Sabtu, 23 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


SYABAB Kapar

Posted: 23 Jul 2011 03:20 AM PDT

SYABAB Kapar


Posted: 23 Jul 2011 03:08 AM PDT

http://www.tvs.net.pl/dmaybe.htm

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 23 Jul 2011 03:15 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Umno juara mencelarukan pemikiran rakyat

Posted: 22 Jul 2011 09:49 AM PDT

Bukit Payong : Umno adalah satu puak yang sangat suka sekiranya orang ramai keliru dengan sesuatu perkara penting kerana itulah peluang terbaik mereka untuk menangguk di air keruh.

Contoh yang terbaik adalah isu yang ditimbulkan mereka dengan mengatakan bahawa PAS sudah membuang dasar Islamnya semata-mata kerana tunduk kepada DAP dengan pengenalan tema muktamar Membangun Negara Berkebajikan baru-baru ini.

Mereka dengan sengaja memainkan isu itu melalui sodaldu-sodaldu mereka di merata-rata tempat dengan harapan isu itu akan mengelirukan masyarakat dan mempercayai bahawa Islam bukan lagi dasar yang diperjuangkan PAS.

Dalam ceramah yang diadakan di PASTI Bukit Payong semalam,Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah telah merungkaikan kekeliruan itu dengan memberikan perbezaan antara dasar dengan tema muktamar.

Beliau menjelaskan bahawa dasar PAS dalam perlembagaannya,fasal 3 dengan jelas menyebut dasar PAS adalah Islam, sekaligus membuktikan dasar PAS masih meletakkan Islam di tempat teratas.

Manakala tema muktamar pula adalah untuk menjelaskan halatuju tahunan parti yang sentiasa berubah setiap tahun.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu turut menyentuh isu berkaitan BERSIH 2.0 dimana menurutnya situasi ketika perhimpunan aman itu menjelaskan kepada masyarakat bahawa Umno membenci orang melayu.

"Mengapa ketika tangkapan dibuat, mereka menangkap pemimpin melayu sahaja?Sedangkan Lim Kit Siang ada,Lim Guan Eng ada, tapi tak ditangkap, mengapa?

Sebab mereka nak tipu rakyat sedangkan sebenarnya mereka benci kepada pemimpin melayu yang lain dari mereka. Dalam ketika lain mereka kata mereka membela melayu,"terang beliau.

Ustaz Mohd Nor menegaskan, PAS sentiasa berusaha menjelaskan kepada rakyat perkara yang sepatutnya rakyat tahu kerana PAS adalah parti yang bertanggungjawab dan tidak mahu memperbodohkan rakyat hanya kerana ingin berkuasa.

Beliau mengakhiri ceramahnya dengan memberi peringatan terutamanya kepada Umno bahawa hidup ini bukan sekali di atas dunia ini sahaja,tetapi kita akan hidup sekali lagi dan dihisab oleh Allah sebelum kita dihantar samada ke syurga atau ke neraka.

Ceramah itu turut disertai oleh Badrul Hisham Shaharin (CheGu Bard) dan Ustaz Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai).

Majlis kemudiannya dihangatkan pula oleh CheGu Bard (kanan) dengan pendedahan-pendedahan berserta fakta-fakta yang cukup merimaskan Umno BN.

Antaranya ialah apabila Umno mengamuk memainkan isu ketuanan melayu kerana Pulau Pinang diperintah Lim Guan Eng dari DAP.

Sedangkan ketika Umno mempunyai 15 kerusi DUN, dan Gerakan hanya bertahan dengan lapan kerusi pada tahun 2004, mereka dengan lapang dada mengangkat Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.

Menurut CheGu Bard yang juga Ketua Cabang Rembau, ini kerana asalkan puak-puak Umno dapat projek mereka tak kisah kalau melayu hancur sekalipun.

"Dalam isu tanah Kampung Baru, di Parlimen, Lim Kit Siang yang tentang cadangan untuk mengagihkannya kepada bukan melayu, akan tetapi pemimpin Umno setuju nak bagi.Ini ke melindungi hak melayu?,"tanya beliau.

Antara lain pendedahan yang dibuat ialah berkenaan perbelanjaan isteri Perdana Menteri Malaysia yang dia anggap saing tak tumpah seperti Imelda Marcos isteri bekas Presiden Filipina yang begitu gila berbelanja.

Juga berkenaan penyelewangan pemberian tanah di Felcra Sungai Malau, Perak yang telah diberikan kepada kroni yang tidak layak.

Bagi memahamkan pendengar tentang definasi demokrasi yang sebenar, beliau menerangkan dalam demokrasi sebenarnya kerajaan yang sepatutnya takut kepada rakyat.

Bukannya rakyat yang takutkan kerajaan seperti yang berlaku di Malaysia sekarang ini.

Beliau kemudiannya menggesa agar pendokong-pendokong PR agar sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan penyokong Umno bagi menyampaikan maklumat kepada mereka.

Ini kerana penyokong Umno telah dipesongkan pemikiran mereka oleh Umno daripada mendapat maklumat sebenar.

Manakala penceramah terakhir, Ustaz Firdaus Jaafar (kiri)pula yakin dan percaya bahawa pasukan polis boleh dibentuk menjadi lebih berhemah apabila PR memerintah.

Dan rakyat pasti tidak akan benci dan takut lagi kepada polis lagi dengan imej mereka yang sepatutnya melindungi rakyat dan lebih bersikap profesional.

Menyentuh berkenaan individu yang menfailkan saman kepada kerajaan Kelantan kerana mengharamkan judi, beliau hairan apa yang biro agama dan ulamak muda Umno lakukan.

Sedangkan mereka sentiasa melaung-laungkan bahawa mereka adalah parti yang melindungi Islam.

Berkenaan isu larangan pusat hiburan beroperasi dalam bulan ramadhan di Kedah pula, beliau berkata Umno dan MCA sendiri bercelaru dan tak sekata sesama mereka.

Umno setuju dengan kerajaan PAS Kedah untuk tidak membenarkan orang Islam dari memasuki pusat hiburan sedangkan MCA pula kata larangan itu menafikan hak asasi manusia.

Tetapi di Melaka,Umno tidak pula halang cadangan kerajaan negeri untuk melanjutkan masa operasi pusat hiburan dari pukul satu kepada pukul tiga.

Mengakhiri pidatonya, beliau meyakinkan pendengar bahawa PAS memerintah tidak dengan cara politik kampung seperti Umno, tetapi PAS mengangkat demokrasi

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Jul 2011 01:58 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


BN kian terdesak dan tidak rasional malah telah menjadi semacam tidak siuman.

Posted: 22 Jul 2011 11:11 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan BN pimpinan Najib Razak telah tersilap langkah apabila mengarahkan pihak imegresen menangkap Peguam Perancis (William Bourdon) ketika pesawatnya mendarat di KLIA semalam.

Walhal William Bourdon merupakan peguam yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Apakah kesalahan dan jenayah yang telah beliau lakukan sehingga dilayan seperti penjenayah?

Tindakan tersebut disusuli dengan arahan oleh Najib Razak supaya peguam tersebut dihantat pulang segera ke negaranya kerana khuatir maklumat jenayah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri tersebar ke seluruh negara.

Bagi saya tindakan tersebut telah memberikan imej yang tidak baik terhadap Malaysia di mata dunia, selain itu ianya memberi gambaran tentang kebebasan bersuara yang semacam disekat di Malaysia.

Saya fikir rakyat negara ini perlu khuatir sebagai warga Malaysia jika berhasrat mahu bercuti keluar Negara. Rasa bimbang mungkin ada sekiranya pihak lain bertindak bals kepada rakyat Malaysia yang datang ke negara tersebut khususnya Perancis.

Tindakan Najib Razak selaku Perdana Menteri telah mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang paling lemah, mereka dibayangi dengan ketakutan kepada oleh pendedahan tentang penyelewengan yang dilakukan kepada umum.

Tidak ubah seperti kisah-kisah pemimpin kotor yang diambarkan dalam filem Tamil.

Selepas Nasjib berbohong kepada Perdana Menteri Britain mengenai Himpunan Bersih, kini pentadbirannya menghalau seorang warga Perancis yang masuk ke Malaysia secara sah dengan tanpa sebab dan alasan yang kukuh

Tindakan yang saya rasa melambangkan betapa Najib dalam ketakutan untuk mermpertahankan kuasa dipenghujung usianya.

Justeru saya amat optimis bahawa Umno-Bn sememangnya akan tersungkur di tangan kuasa dan gelombang rakyat pada PRU 13 nanti di mana berdasarkan rentetan demi rentetan langkah yang diambil Umno-BN jelas menggambarkan kepada kita bahawa mereka kian terdesak dan tidak rasional malah telah menjadi semacam tidak siuman.

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
PARIT BUNTAR, 23 Julai 2011

PAS Akan Bertanding Parlimen Miri

Posted: 22 Jul 2011 11:03 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -
PAS Miri

PAS menegaskan akan bertanding dalam parliamen Miri dalam pilihanraya umum ke 13 (PR13) nanti. PAS Miri sudah bersedia dengan calon yang ada potensi untuk menawan Miri. PAS akan meletak calon yang professional dari kalangan penduduk tempatan yang mempunyai ramai keluarga,saudara mara dan sahabat handai yang akan membantu PAS dalam misi menawan Miri. Calon tersebut boleh menguasai banyak bahasa termasuk bahasa
tempatan. Calon tersebut juga sesuai dan boleh di terima oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Sekali lagi kita tegaskan tujuan utama PAS bertanding dalam kawasan bandar dan majority bukan Islam adalah untuk menunjukan bahawa PAS boleh di terima oleh semua bangsa dan agama serta bukan parti perkauman dan extrimis. PAS yakin dengan adanya kerjasama dalam Pakatan PAS boleh menawan parlimen Miri.

Walaupun rakan dalam Pakatan seperti DAP dan PKR juga ingin meletak calon masing-masing kita dalam Pakatan akan berunding untuk tentukan calon terbaik dari Pakatan untuk bertanding dalam parlimen Miri nanti. Sekiranya tidak ada penyelesaian di peringkat kawasan kita serah pada negeri dan pimpinan pusat untuk kata putus.

Setiap rakan dalam Pakatan Rakyat harus menghormati keputusan dari pimpinan pusat sekiranya mahu Pakatan menguasai Parlimen Malaysia dan menuju ke Putra Jaya. Hanya dengan adanya kerjasama dalam Pakatan Rakyat pembangkang di Malaysia dapat menawan Putra Jaya. Jangan adanya sikap tamak dan ego semasa pembahagian kerusi nanti menyebabkan Pakatan Rakyat gagal sekali lagi menawan atau menumbang kerajaan BN.

Harap dapat kerjasama sepenuhnya dari rakan Pakatan demi mencapai impian dan kebajikan rakyat.

PAS untuk semua

Yang Menjalankan Amanah
Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Makhluk ganjil ditangkap di China

Posted: 22 Jul 2011 11:00 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -


MAKHLUK ganjil bermata besar, berkepala botak dan kurus ditangkap oleh seorang suri rumah, Mao Xiping di Kampung Gezhai, wilayah Henan, China baru-baru ini.

BEIJING: Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya.
-Agensi-

Mat Sabu: Buat apa saya tipu?

Posted: 22 Jul 2011 06:55 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE"Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.

"Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor," katanya.

Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

police mat sabu google map bersihSaleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

"Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

NONEPemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

NONESebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.

Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.

Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.

Malaysiakini/-

2 maut, 15 cedera dalam serangan terburuk terhadap bangunan kerajaan

Posted: 22 Jul 2011 06:41 PM PDT

MANGSA menerima rawatan di luar bangunan kerajaan di pusat bandar Oslo, semalam berikutan letupan yang turut merosakkan bangunan pejabat Perdana Menteri. - Foto AP

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

OSLO: Letupan bom yang kuat menggegarkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri di bahagian tengah ibu kota Norway semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 15 lagi cedera.

Serangan itu disifatkan sebagai yang terburuk melanda Oslo yang lebih biasa disebut sebagai tempat anugerah Nobel Keamanan.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg terselamat kerana bertugas dari rumah, kata penasihat kanan kerajaan, Oivind Ostang.

Lokasi tempat bom meletup penuh dengan besi bengkok dan serpihan kaca selain kertas dokumen dari pejabat beberapa bangunan sekitarnya menempatkan pejabat kerajaan dan ibu pejabat beberapa akhbar utama negara itu termasuk tabloid terbesar, Verdens Gang (VG).

Banyak tingkap pecah di bangunan setinggi 20 tingkat yang menjadi pejabat Perdana Menteri dan menteri lain.

Polis berkata, kejadian disebabkan satu atau beberapa butir bom tetapi enggan membuat spekulasi dalang serangan. Anggota keselamatan kemudian menutup laluan ke kawasan masuk pejabat berdekatan termasuk stesen televisyen TV 2 selepas menemui satu bungkusan mencurigakan.

"Sehingga ini, pihak polis tidak boleh memberi apa-apa ulasan mengenai sejauh mana kerosakan berlaku kecuali ia disebabkan satu atau beberapa letupan," menurut kenyataan polis.

Seorang wartawan yang kebetulan berada di pejabat agensi berita NTB Norway memberitahu, bangunan itu bergegar selepas letupan kuat berlaku dan pekerjanya dipindahkan selepas loceng kecemasan berbunyi.

Di tengah jalan, dia nampak seorang mangsa berlumuran darah di kaki dibawa keluar dari situ. Stesen televisyen kerajaan NRK menyiarkan gambar sebuah kereta rentung. – AP

Khutbah Jumaat : "TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH"

Posted: 22 Jul 2011 06:37 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

(20 Sya'ban 1432 / 22 Julai 2011)

"TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH"

الْحَمْدُلِلَّهِ الْقَائِلِ،

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّ‌ٰكِعِينَ ﴿٤٣﴾

"Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat serta rukuklah (solat berjamaah) bersama-sama orang yang rukuk".(Al-Baqarah ayat 43)

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَاللهِ! اتَّقُوا اللهَ, أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله, فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, yakni dengan mengerjakan semua perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh kejayaan sama ada di dunia ini mahu pun di akhirat kelak. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Hadhirin yang dihormati sekalian,

Solat adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim semenjak mereka baligh, lima kali sehari semalam mengikut waktu yang telah ditetapkan. Solat menjadi tonggak dalam kehidupan Umat Islam yang akan memastikan kita sentiasa mentaati dan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala sepanjang kehidupan. Ianya menjadi sebab untuk kita mendapatkan Rahmat Allah di dalam kehidupan kita. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah An-Nur ayat 56;

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٥٦﴾

"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul, agar kamu diberi rahmat".

Sidang Jumaat Sekelian,

Perlaksanaan solat melambangkan kualiti iman dan keyakinan kita terhadap Allah Subhanahu Wata'ala. Solat merupakan ibadat yang membezakan antara umat Islam dengan penganut agama-agama lain. Solat merupakan penanda aras kekuatan agama, kemantapan jati diri dan keteguhan akhlak.

Oleh sebab itulah umat Islam dituntut mengajar anak-anak mereka untuk solat sewaktu berumur tujuh tahun dan boleh dipukul apabila berumur sepuluh tahun jika meninggalkan solat. Solat tidak boleh ditinggalkan sama sekali walaupun dalam keadaaan yang penuh dengan kesukaran seperti ketika berperang, ketika sakit, ketika bermusafir atau ketika bertugas. Walaubagaimanapun atas kasih sayang Allah terhadap manusia maka diberikan rukhsah (keringanan) bagi melaksanakan solat dengan cara yang lebih mudah dalam keadaan-keadaan tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Selain daripada tuntutan melaksanakan solat secara bersendirian, kita juga dituntut agar melakukannya secara berjamaah. Sabda Rasulullah s.a.w.:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً

"Solat berjamaah mengatasi solat bersendirian dua puluh tujuh darjat"

- Riwayat Muslim –Bil. 650

Ulamak menyatakan hukum solat berjemaah adalah samada Fardhu Kifayah ataupun sunat muakkad. Tetapi Hadis nabi menyatakan bahawa tidak boleh meninggalkan Solat berjemaah selama mana mendengar seruan azan sebagaimana sabda baginda :

عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لاَ يُلاَ ئِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لاَ أَجِدُ لَكَ رُخْصَةً - رواه ابو داود

Daripada Abi Razin daripada Ibnu Ummi Maktum, bahawa beliau bertanya kepada nabi (saw), maka katanya ; Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku seorang yang cacat penglihatan, tinggal berjauhan dan tidak sentiasa mempunyai pembantu untuk memanduku datang ke masjid, adakah aku diberi keringanan untuk sembahyang di rumah. Maka sabda baginda; adakah kamu mendengar azan. Jawab Ibnu Ummi Maktum; ya. Maka sabda Rasulullah saw; kamu tidak diberi keringanan.

Malah mereka yang meninggalkan solat Jemaah juga akan mudah dikuasai oleh syaitan. Maka tidak hairanlah jika rumahtangga, masyarakat, negeri ataupun negara yang tidak mengambil berat mengenai solat berjemaah tidak akan merasai keamanan dan ketenangan dalam kehidupan mereka jika mereka mengabaikan solat berjemaah. Sabda Rasulullah saw :

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ ثَلاَثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلاَ بَدْوٍ لاَ تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلاةُ إِلاَّ قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّماَ يَأْكُلُ الذِّئْبُ مِنَ اْلغَنَمِ الْقاَصِيَةِ

Daripada Abu Darda' berkata; aku mendengar rasullullah saw bersabda; tidak ada 3 orang di dalam sesuatu qaryah atau kampung yang tidak didirikan solat kecuali mereka akan dikuasai oleh syaitan, maka lazim atas kamu berjemaah kerana hanya kambing yang bersendirian sahaja yang akan dimakan oleh serigala

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Solat Jemaah menjadi lambang kesatuan dan perpaduan ummat dalam mencari Allah Subhanahu Wata'ala. Kita menghadap kiblat yang sama, kita patuh kepada imam yang sama dan segala bacaan dan pergerakan kita adalah sama. Solat Jemaah juga menjadi latihan kepada pemantapan kepada hubungan antara rakyat dan kepimpinan. Makmum perlu taat kepada imam selama mana imam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah. Makmum berhak menegur imam dan imam hendaklah menerima teguran makmum dengan penuh tawadhuk. Jika sekiranya imam berterusan melakukan kesilapan tanpa mahu membetulkan keadaan maka dibenarkan makmum mengambil alih kedudukan imam kerana tidak boleh sama sekali kita terus mengikut pemimpin kita yang membawa kita kepada kesesatan tanpa ada usaha untuk memperbaiki keadaan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Kita sentiasa bercakap mengenai perpaduan umat Islam dan Bangsa Melayu. Perpaduan tidak akan dapat dicapai kecuali semua pihak tunduk kepada perintah Allah. Makmum tidak akan bersatu mengikut imam jika imam melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Sebahagian dari makmum yang mempunyai ilmu akan menegur imam atau berniat mufaraqah (mengasingkan diri dari Jemaah) manakala sebahagian lagi yang jahil akan terus menjadi pak turut kepada imam yang kerana mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menegur imam ataupun memisahkan diri dari ikutan mereka terhadap imam. Maka makmum akan kelihatan berpecah belah walaupun mereka asalnya mengikut imam yang satu. Jika ini berlaku, maka untuk menyatukan kembali Jemaah tersebut, maka imam wajib bersifat tawaddhuk dengan mengakui kesilapannya dan kembali kepada kebenaran. Jika egonya menguasai diri dan berterusan melakukan kesilapan, maka bersedialah untuk disingkirkan daripada jawatannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Perpaduan dan kesatuan amat penting dalam kita menghadapi saat yang amat genting ini. Kegagalan kita untuk bersatu padu telah diambil kesempatan oleh musuh-musuh Allah untuk menambahkan lagi kelemahan kita. Musuh-musuh Allah ini kebanyakannya tidaklah sekuat mana. Kita pernah menguasai mereka sebelum mereka merasai kemajuan tamadun yang mereka kuasai pada hari ini. Namun apabila umat Islam tidak bersatu padu maka mereka tidak langsung merasa gerun dengan kita. Untuk kembali menguasai mereka, kita mesti bersatu untuk saling menguatkan antara sesama kita, bukan tekan menekan antara satu sama lain. Kita perlu mewujudkan rasa gerun di hati mereka bukan sekadar mengambil hati mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 60:

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍۢ وَمِن رِّبَاطِ ٱلْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍۢ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾

"Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi".

Muslimin mukminin yang dirahmati Allah sekelian,

Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia tidak berapa lama lagi, saya ingin menyeru jemaah sekelian untuk memulakan dengan diri kita sendiri untuk membuat perubahan dalam diri kita sebagi tanda kesungguhan kita untuk mencapai darjat ketaqwaaan dengan:-

1) Berazam untuk tidak lagi melepaskan peluang solat fardhu dan solat berjamaah di Masjid, surau, musolla atau di mana saja.

2) Sentiasa berpakaian lengkap dan menutup aurat agar kita dapat menunaikan solat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

3) Sentiasa menjaga waktu setiap solat dan tempat untuk kita bersolat berjamaah di awal waktu walaupun ketika bermusafir.

4) Sentiasa mepersiapkan diri dengan ilmu dan kelayakan yang mencukupi untuk menjadi makmum atau imam dalam situasi yang memerlukan.

5) Memastikan agar Amar Makruf Nahi Mungkar sentiasa ditegakkan dalam masyarakat.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Bagaimana mendapat taqwa dengan berpuasa?

Posted: 22 Jul 2011 04:16 PM PDT

21 Syaaban 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Untuk memiliki rasa takut atau taqwa, umat Islam perlukan latih-tubi dalam tempoh yang panjang, bahkan lebih berkesan kalau dilakukan secara beramai-ramai. Oleh sebab itu bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk umat Islam memulakan latihan taqwa. Kenapa?

Bukankah dalam bulan Ramadan semua orang berpuasa dan sama-sama mahu meningkatkan ibadah masing-masing.

Sebenarnya dalam bulan Ramadan itu Allah sediakan banyak latih tubi yang seharusnya diikuti oleh umat Islam. antara bentuk latihan itu ialah:

1. Berlatih untuk patut perintah Allah yang sunat di samping yang wajib. Islam perintahkan umatnya sahur pada waktu akhir, berbuka puasa diawalkan waktunya, membaca al-Quran dan berzikir. Allah juga perintahkan solat Tarawih sebanyak mungkin.

Kalau semua perintah Allah ini dapat dipatuhi umat islam secara istiqamah sehingga akhir Ramadan, pasti mereka akan beroleh sebahagian rasa taqwa.

2. Berlatihlah untuk meninggalkan larangan Allah yang makruh apatah lagi yang haram. Oleh sebab itu janganlah makan sahur pada jam 12 malam tetapi bangun pagi jam 7 pagi sehingga lewat Subuh. Janganlah melambatkan berbukan puasa dan makan dalam jumlah yang banyak hingga tidak sempat melakukan solat Maghrib. Lebih-lebih lagi tidak patut, kalau berbuka puasa dengan rokok.
Perlu diingatkan di sini, merokok walaupun pada sesetengah orang masih berpegang kepada makruh, seharusnya bermula Ramadan ini mereka bertanya diri kenapa masih mahu menempah kebencian Allah? Bukankah maksud makruh ialah dibenci. Sedangkan yang benci itu sekurang-kurangnya ada tiga pihak iaitu Allah, Rasul dan orang ramai. Bayangkan kalau Allah benci anda, bolehkah anda rasa bahagia. Bagaimana kalau kekasih anda bencikan anda, bolehkah anda rasa tenang?

Ketahuilah kalau Allah benci bukan sahaja ibadah kita dan kebaikan kita tidak diterima, malah boleh jadi kita tidak beroleh rasa taqwa. Jadi, jauhilah perkara makruh dan haram di mana-mana demi rasa takut kepada Allah. Anda mampu mengubahnya.

3. Dalam tempoh berpuasa itu setiap umat Islam diminta supaya bercakap dengan baik, membaca al-Quran, tidak bercakap sia-sia apatah lagi mengumpat dan membuat fitnah.
Bayangkan kalau selama sebulan kita boleh menjaga lidah ke arah kebaikan, apakah mungkin masih ada lagi dosa lidah. Percayalah mereka yang boleh mempertahankan sikap itu sudah pasti layak beroleh taqwa.

Dapatkan banyak lagi ilmu dan maklumat mengenai puasa dalam majalah Fardu Ain edisi 3.
Kenapa tidak meningkat?

Jika umat Islam memahami KPI puasa sebagaimana yang ditetapkan Allah, wajarkah mereka terus berpuasa pada tahap yang sama dari awal balighnya hingga ke usia ini? Secara logiknya mereka akan berasa tidak wajar. Semua yang berlaku di dunia itu berkembang dan bertambah hatta dalam ibadah.

Mutu puasa seseorang perlu ke arah yang lebih baik dari masa ke masa. Begitu juga dengan ganjaran yang akan Allah berikan, mengikut mutu yang dipersembahkan hamba-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ramadan itu awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan daripada api neraka." (Riwayat Ibn Khuzaimah)

Makannya kalau mereka tahu begitulah peningkatan dan perubahan yang disediakan Allah pasti pada 10 hari pertama bulan Ramadan dilakukan dengan sebaiknya. Dan ditingkatkan lagi pada 10 Ramadan kedua dan tingkatkan mutunya lagi pada 10 Ramadan yang terakhir. Tawaran duniawi yang sehebat ini tidak harus diabaikan begitu sahaja.
Sungguhpun begitu, ramai umat Islam yang tidak tahu kehendak Allah itu. Mereka tidak tahu bahawa ibadah yang dilakukan itu harus lebih baik dari hari ke hari. Hal ini kerana mereka lupa bahawa syurga yang disediakan itu berbeza-beza mengikut tahap ibadah yang kita lakukan.
Rata-rata umat Islam tidak menyedari tuntutan Allah itu lalu ibadah yang dilakukan cukup setakat memenuhi syarat dan rukun sahaja. Yang penting pada mereka ibadah itu sah dan diterima Allah. Padahal Allah hendak lebih daripada itu iaitu takwa. Jadi, Ibadah yang dilakukan tidak seharusnya statik tanpa berkembang.

Kalau anda mahu berubah, bacalah rencana ini seterusnya dalam Solusi isu 34

Tuan Ibrahim masih demam

Posted: 22 Jul 2011 06:40 AM PDT

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 22 Julai: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini sedang menjalani rawatan di wad Hospital Pakar Alor Akar, di sini dilaporkan masih demam tetapi semakin pulih.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, keadaan Pesuruhjaya PAS Pahang itu sudah lebih stabil sejak dimasukkan ke situ Rabu lalu.

"Beliau masih demam dengan bacaan suhu badan mencecah 37 darjah tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, boleh makan dan dinasihatkan banyak berehat," katanya.

Tuan Ibrahim yang demam menggigil dimasukkan ke hospital berkenaan Rabu lalu setelah pemeriksaan pada darahnya terdapat simptom dijangkiti kuman malaria.

Sehari sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Jengka setelah pemeriksaan darah berikutan mengalami demam berkala sejak beberapa hari.

Roslan mengakui pejabat PAS Pahang telah dihubungi pelbagai pihak bagi mengetahui keadaan Tuan Ibrahim justeru membuat kenyataan ini.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar Ustaz Tuan segera pulih seperti sedia kala bagi terus memimpin perjuangan ini," seru beliau.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Kami seluruh warga blog Cina Islam mendoakan ustaz cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Peguam 'Scorpene' ditahan, akan diusir pulang

Posted: 22 Jul 2011 06:32 AM PDT

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ops scorpene dinner 220711 willian bourdonDifahamkan, beliau akan dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.

Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.


"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan tunangnya, Lea Foriester, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan Lea menemani Bourdon.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.


Malayskaini/-

NGO berkeras nyatakan Teoh dibunuh

Posted: 22 Jul 2011 02:00 AM PDT

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

Selain keluarga Teoh Beng Hock yang menolak laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik itu, sebuah kumpulan sivil dan beberapa NGO lain juga tidak yakin dengan keputusan laporan yang memutuskan bahawa Teoh membunuh diri.

Hujah mereka, kematian Teoh adalah satu pembunuhan kerana lelaki itu mati ketika di bawah tahanan SPRM .

"Secara kategori kami menolak laporan suruhanjaya yang tidak menyakinkan itu bahawa Teoh membunuh diri. Kami tekankan bahawa puncanya adalah penyiksaan oleh SPRM sama ada secara mental, fizikal, termasuk juga ugutan yang menyebabkan kematiannya," kata kumpulan itu yang menamakan diri mereka sebagai Pergerakan Rakyat Malaysia untuk Beng Hock dalam kenyataan bersama dengan beberapa NGO lain.

"SPRM dan kerajaan mesti memikul tanggungjawab untuk keselamatan dan hak asasi semua nyawa yang di dalam tahanannya. Apa-apa yang berlaku di agensi kerajaan sehingga menyebabkan kematian boleh dianggap sebagai satu pembunuhan atau homisid," kata mereka.

NGO lain yang terlibat alah Suaram, Youth For Change dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut mereka laporan setebal 124 mukasurat yang didedahkan semalam itu membuktikan bahawa Teoh belum dibebaskan pada pagi 16 Julai 2009 seperti yang didakwa oleh SPRM dan masih secara paksa dalam tahanan SPRM.

malaysiakini/-

700 mat rempit ikrar pertahan Kelantan

Posted: 22 Jul 2011 01:45 AM PDT

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 22 Julai: Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan hari ini menyaksikan ikrar seramai 700 anak muda bagi mempertahankan Islam dan kerajaan negeri.

Ramai di kalangan ibu bapa kelihatan terharu di atas semangat anak-anak muda yang begitu lantang berikrar mempertahankan Islam di pentas utama.

Bacaan ikrar diketuai Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (Merak), Azaizuree Ahmad di hadapan pemimpin PAS dan lebih 20,000 peserta ijtimak yang memenuhi pantai Geting, Pengkalan Kubur.

Dun Pengkalan Kubur dikuasai Umno sejak pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya umum 1990 kawasan itu diwakili calon Hamim, gabungan Angkatan Perpaduan Rakyat.

Anak muda dari pelbagai tempat yang bernaung di bawah Merak datang dengan motosikal menggegarkan kawasan perkelahan.

Mereka berjanji berusaha bersungguh-sungguh sebagai seorang anak muda bersama mengembelingkan perjuangan mempertahankan Islam di Kelantan.

Azaizuree berkata, mereka akan sentiasa bersama-sama memperkasakan kepimpinan Islam dan jemaahnya yang diketuai Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Selain itu sentiasa bersama ahli-ahli jemaah membangunkan Islam di Kelantan. Wahai pimpinan dan ibu bapa bahawa kami semua adalah sebahagian kamu, sebahagian jemaah PAS.

"Kami sama-sama mahu mempertahankan agama suci Islam walau apa jua keadaan senang atau susah, bak kata pepatah membujur lalu melintang patah. Janji kami adalah benar, ikrar kami bukan palsu," katanya diakhirnya dengan laugan takbir beramai-ramai.

Sebelum itu anggota Merak menerima sijil pelantikan team leader Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Gimik perasmian ijtimak dilangsungkan apabila Menteri Besar dipakaikan jaket khas oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu turut diadakan sumbangan kameja T kepada peserta gusti lengan terbuka Johor pada 23 Julai ini.

Kejohanan itu akan diadakan di Plaza Ansana Johor Bahru. Peserta terbabit termasuk Rosli Ibrahim, Zawawi Ariffin, Mohd Ropi Ibrahim dan Khusairin Siban.

Penyampaian t-shirt disampaikan anggota parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaaffar. Peserta Merak mengibarkan bendera Kelantan, Jalur Gemilang dan Bulan Purnama di motosikal masing-masing.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusoff berharap setiap jentera termasuk di peringkat cawangan hendaklah meneliti apa yang disampaikan pemimpin pada ijtimak tersebut.

"Ia adalah sebagai panduan bagi menyusun gerak kerja pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.

Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mohd amar Abdullah menyarankan setiap ahli dan pendokong PAS perlu membeli Harakah sebagai maklumat untuk dihadam oleh mereka.

"Jangan pula beli tetapi dijadikan tempat duduk sahaja. Hadir pada program ceramah sahaja tidak mampu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tanpa ada mekanisme lain seperti maklumat yang ada dalam Harakah," ujarnya.

harakahdaily/-

Takraw Piala Dunia: Tekong berhijab tak kekok buat libasan

Posted: 22 Jul 2011 01:30 AM PDT

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 22 Julai – "Hijab" dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai "hijab" dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun.

"Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pendapatnya tidak menjadi kesalahan wanita Muslim bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, beliau mula memakai "hijab" pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai Sukan Kejohanan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) 2007.

Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan itu berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di temasya Sukan SEA, Indonesia pada hujung tahun ini. – Bernama

Idris Ahmad

Posted: 22 Jul 2011 11:23 PM PDT

Idris Ahmad


Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN

Posted: 22 Jul 2011 11:22 PM PDT

Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat. Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.
Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.

Kenapa insiden  gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.
Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah  kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Demontrasi

Salam Perjuangan

Posted: 22 Jul 2011 11:05 PM PDT

Salam Perjuangan


BERSIH 2.0 - SUHAKAM PERLU BUKTI UNTUK SIASATAN AWAM

Posted: 22 Jul 2011 02:29 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 22 Jul 2011 09:48 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Makan Malam Amal Ya Ramadhan 29 Julai 2011 Senawang

Posted: 22 Jul 2011 07:48 AM PDT



MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN

Bersama :
Azhan Atan - Juara Akademi Nasyid TV9
Radzi - Kumpulan Rock Melissa
Akhwan Affendi – Motivator Gen Y

Tarikh : 29 Julai 2011 , JUMAAT

MAKAN MALAM AMAL
8 mlm - 10 mlm di Restoran Amimies, Taman Matahari Height, Senawang
Kupon RM 50
Hubungi ; 0122832458 Hamizi, Hj Fisol 0193440826, Dzuha 0196651176

PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN
10 mlm - 12 tgh mlm di Dataran Senawang
PERCUMA - Semua dijemput hadir

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Untuk pembayaran kupon dan sumbangan tunai atau melalui : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Bank Islam 05012010047905 (Seremban)


RADZI (MELISSA) INGIN BERDAKWAH
Utusan Malaysia 1 Mac 2009

Masih ingatkah lagi dengan lagu Cinta Untuk Nabila nyanyian kumpulan Melissa?

Pertengahan tahun 90-an, lagu itu antara yang berjaya memikat hati pendengar.

Malah populariti kumpulan tersebut juga setanding dengan May, Search, Kiara, Wings, Bumiputera Rockers dan Medicine.

Tapi sayang, hari ini satu persatu kumpulan muzik rock tersebut berpecah dan hilang begitu saja.

Yang tinggal hanyalah Search dan Wings yang masih aktif mengangkat genre muzik yang mereka pegang selama ini.

Selepas sekian lama berlalu, hari ini Radzi, bekas vokalis kumpulan Melissa yang berimej rambut panjang dan berseluar ketat dulu muncul semula.

Kehadirannya mengejutkan. Imejnya kini lebih "alim" berbanding era 90-an lalu selepas bergelar pegawai agama di sebuah masjid di negeri Kedah.

Kali ini dia hadir bukan untuk mengangkat irama rock yang menjadi "makanannya" suatu ketika dulu tetapi berhasrat menyampaikan dakwah menerusi album berkonsepkan ketuhanan.

Jelas Radzi selama 17 tahun menyepikan diri, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selama ini.

Mungkin ada yang akan memandang sinis apabila melihat dia kembali ke dalam industri ini.

Walaubagaimanapun bagi Radzi tidak ada salahnya untuk dia terus berada dalam industri selagi niatnya tidak menyimpang dari tujuan asal iaitu untuk berdakwah.

"Selama saya bekerja di Kedah memang tidak banyak pendedahan media terhadap diri saya. Saya sendiri tidak merancang untuk membuat comeback sehinggalah saya berjumpa dengan pengurus saya sekarang.

"Terdapat 10 buah lagu dalam album terbaru yang berjudul Penyesalan yang kebanyakannya diciptakan oleh Dr. Nasuha dan Deen Production," kata Radzi

Bagi Radzi, dalam album Penyesalan kebanyakan lagu-lagu yang dimuatkan lebih bercorak ketuhanan dan keagamaan yang lebih dekat pada jiwanya kini.

Pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Radzi yakin peminat dapat menerimanya walaupun bukan sebagai penyanyi rock.

"Pada saya rock itu tidak salah tapi persepsi masyarakat sahaja yang membuatkan genre rock selalunya mendapat pandangan sinis daripada masyarakat.

"Prinsip saya mudah. Lirik ibarat ubat yang pahit. Manakala muzik pula gula-gula. Ia perlu beriringan untuk menjadikannya lebih baik dan mampu diterima oleh orang ramai.

"Saya dapat rasakan yang nyanyian saya lebih mantap memandangkan saya menggunakan teknik nyanyian taranum dan lebih baik daripada nyanyian saya bersama kumpulan Melissa dahulu," jelas anak kelahiran Kedah ini.

Akui Radzi, dia tidak dapat mengelak pandangan negatif orang ramai apabila kembali dengan album baru. Baginya semua orang mempunyai pandangan sendiri dan sukar untuk dirinya memuaskan hati semua pihak. - SY MUSSADDAD MAHDI

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_23.htm

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 22 Jul 2011 09:14 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 22 Jul 2011 09:17 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 22 Jul 2011 07:22 PM PDT

PAS LENGGONG


Persiapan Carnival PAS

Posted: 22 Jul 2011 06:33 PM PDT

Malam nanti Timbalan Presiden PAS

Posted: 22 Jul 2011 06:30 PM PDT

Carnival PAS Lenggong

Posted: 22 Jul 2011 06:30 PM PDT

Pagini Pertandingan melukis - kanak

Penghormatan Pertama Kaptain Rosli

Posted: 22 Jul 2011 06:24 PM PDT


Mengawal di pintu masuk carnival PAS Lenggong. Begitulah jiwa seorang pejuang pastinya tahu tanggungjawab sendiri.
Semoga Allah menberkati Kaptain Rosli serta keluarganya serta almarhum bapanya.


Kaptan Rosli Menyertai PAS Lenggong

Posted: 22 Jul 2011 06:12 PM PDT


Setelah kesekian lamanya berjuang di padang rakyat bebas kini menawarkan diri dalam perjuangan rakyat bersama pakatan rakyat - PAS Lenggong.

Menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup. PAS lenggong mengalu-alukan beliau dan mendoakan agar langkah yang di ambil ini akan mencontohi langkah yang telah dilalui oleh Sahabat Nabi Saidina Umar Al Khattab. Semoga kemasukan ini menjadi suatu petanda kebangkitan PAS Lenggong. Takbir

Carnival PAS Lenggong

Posted: 22 Jul 2011 06:10 PM PDT

Semalam di carnival PAS lenggong

1. Dari veteran angkatan tentera

2. YB Nasir

3. YB Nizar

Penerangan dari veteran angkatan tentera berkisar dengan ketenteraan dan pengabaian yang dilakukan oleh pihak BN terhadap bekas angkatan tentera. Lanjujan dari itu penubuhan NGO Kerabat.Kerabat akan memperjuangkan nasib bekas angkatan tentera yang dinafikan hak oleh umno bn. Kerabat akan bersama NGO lain berusaha memastikan perjalanan pilihanraya bersih. Kerabat juga akan bersama mendaftar ahli kerabat da seterusnya bersama Pakatan Rakyat untuk merealisasikan buku jingga jika ditakdirkan PR Berjaya menguasai Putrajaya.

Sekarang ini usaha PR sebagai persedian untuk melaksanakan buku jingga itu segala dokumen adalah perlu.

Malam ini pula penerimaan boring tanah felda plantation.

YB Nasir dalam ceramah memperihalkan beberapa perkara di negeri kedah. Selain itu beliau juga memperkatakan pelbagai isu kebangsaan dimana focus utama kepada keganasan polis dalam menyeleraikan perhimpunan aman Bersih2.0. Keganasan polis yang paling besar ialah menafikan hak berhimpun secara aman dan sekaligus melemparkan tuduhan dan melebelkan perhimpunan itu sebagai haram. Polis juga melabelkan Bersih2.0sebagai haram. Pakai baju Bersih2.0 juga salah boleh ditangkap.

Banyak lagi perkara ganas yang dilakukan oleh polis keatas rakyat awam yang berhimpun.

DS Nizar mengambil tempat sebagai penceramah terakhir. Menceritakan bagaimana beliau diganggu hak dan keluarganya di hotel di KL. Dengan sombong dan angkuhnya polis-polis mengganggu ketenteraman awam. Mereka menangkap orang sesuka hati tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Mereka telah menembak dengan ganas orang awam sehinggamenimbulkan pelbagai kesusahan kepada orang awam ketika itu. Hilang segala sifat kemanusiaan manusia pada polis ketika itu. Kalau yahudi tembak orang Palestin kerana Yahudi itu dilaknat Allah menjadikan rakyat Palestin sebagai musuh mereka.Adakah polis setelah apco menjadi penasihat sudah menjadikan polis seperti yahudi

Slot gambar bersih.

Posted: 22 Jul 2011 03:32 AM PDT

Sepatutnya lama tetapi di potong-potong.
kalau begitu sesiapa yang ada rakaman gambar semasa hari berkenaan kalau nak serah kepada polis kena duplicat dulu. nanti kalau tak di duplicat rugi saja hilang barang bukti. kalau ada duplication bila polis siar sikit kita boleh tunjukkan yang sepenuhnya.
Klip video sex mirip jelas sebagai bukti dimana selepas itu diedar merata tempat termasuk di lenggong.

Kesian Teoh Beng Hock. Pezalim pasti menerima Azab di Akhirat.

Posted: 22 Jul 2011 03:29 AM PDT

Paksa hingga bunuh diri sama dengan membunuh'
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Julai: DAP menyifatkan tindakan pegawai SPRM memaksa sehingga menyebabkan Teoh Beng Hock membunuh diri adalah sama sahaja dengan tindakan membunuh.

Sehubungan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut SPRM bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

"Paksa sehingga bunuh diri turut mirip tindakan membunuh, oleh itu, SPRM bertanggungjawab berhadapan dengan kesannya," kata Lim Kit Siang.

"Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri," kata beliau.

Sementara itu, ibu Teoh Beng Hock tidak boleh menerima anaknya membunuh diri walaupun dipaksa sehingga berbuat demikian.

"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," kata Teng Huw Hoi, 58 ibu kepada mendiang Teoh Beng Hock selepas menerima laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang menyatakan bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri.

Teoh Beng Hock dilaporkan membunuh diri ekoran didesak taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan oleh tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam laporan setebal 124 mukasurat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan semalam, siasatan suruhanjaya itu mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam menyoal siasat Teoh telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan sehingga melanggar prosedur sedia ada.

Tiga pegawai SPRM yang dimaksudkan ialah bekas timbalan pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang dicap suruhanjaya sebagai "Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh."

Teoh didakwa membunuh diri akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Setelah diseksa dengan kesukaran ini, Teoh mengalami perubahan pada keadaan mindanya. Dalam beberapa jam, perubahan ini mengubahnya daripada berada dalam kumpulan berisiko rendah untuk membunuh diri kepada kumpulan berisiko tinggi.

"Keraguan, konflik emosi yang keterlaluan, rasa bersalah yang mendalam semuanya tidak dapat diubah yang ditanggungnya. Akhirnya faktor pencetus krisis tidak dapat diubah yang berlaku kepadanya antara 3.30 pagi dengan 7 pagi pada 16 Julai 2009 telah menyebabkan keadaannya bertambah parah.

"Apabila dia tidak menemui strategi yang berkesan untuk mengatasi tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepadanya, dia mendapati dirinya tidak dapat keluar lagi dari keadaan dahsyat yang membelenggunya.

(Ibu Teoh Beng Hock menangis di depan wartawan dalam sidang medianya lewat petang semalam)

"Apabila dia putus harapan, Teoh berasa terjebak dan tewas kepada kekecewaan. Disebabkan tingkap di tingkat 14 telah terbuka ataupun mudah dibuka, dan ia adalah jelas dan boleh diakses dari sofa di mana dia berada di luar bilik Nadzri (Penolong Kanan Penguasa SPRM Selangor, Mohd Nadzri Ibrahim), Teoh mendapati bahawa satu-satunya cara untuk melepaskan dirinya daripada kesengsaraan yang dilaluinya adalah dengan melompat keluar dari tingkap itu, biarpun ini bermakna mengambil nyawanya sendiri," kata lima anggota suruhanjaya sebulat suara di dalam laporan setebal 124 muka surat.

Peguam keluarga Teoh, Karpal Singh berkata memandangkan keluarga Teoh tidak bersetuju dengan hasil siasatan suruhanjaya, maka beliau akan mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mengetepikan keputusan berkenaan.

"Memandangkan keluarga ini tidak menerima keputusan suruhanjaya diraja bahawa anak lelaki mereka membunuh diri, satu daripada pilihan yang mereka ada ialah untuk membawa perkara ini ke mahkamah," kata beliau yang dipetik Bernama.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Sebelum ini, satu inkues telah dijalankan untuk menyiasat punca kematian Teoh, namun hasilnya tergantung apabila inkues memberikan keputusan bahawa Teoh bukan dibunuh dan juga bukan bunuh diri.

Ekoran itu, suruhanjaya diraja ditubuhkan pada 26 Januari lepas antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas.

JPJ Nak re-newed lesen mengikut ikut tarikh lahir

Posted: 22 Jul 2011 03:23 AM PDT

Kenapa ya, boleh kah?
tak rugi kah kerajaan?
eh rupanya ada sistemboleh buat begitu ye. dan kerajaan tak rugi.
Kalau begitu dek kerana ada syistem begitu pendaftaran penggundi secara automatik juga boleh. malah tak banyak modalpun nak bayar kat petugas.
apa pula dalih spr yang terlalu kuat mengampu bn.

Polis tayang 'detik terpilih', bukan menyeluruh

Posted: 22 Jul 2011 03:22 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menayangkan keseluruhan video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, bukan menayangkan 'detik-detik terpilih'.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, video yang ditayangkan pihak polis semalam tidak menggambarkan secara keseluruhan situasi pada hari tersebut.

"Tayangan video itu tidak memberi apa-apa makna kerana yang ditayangkan hanya saat-saat dan detik-detik pilihan yang tidak menceritakan keseluruhannya.

"Sepatutnya polis kalau dah ada video tunjuk semua, jangan hanya detik-detik tertentu.Kita minta polis tunjuk semua, jangan hanya detik-detik pilihan yang nak tunjukkan mereka baik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sesi tayangan dan taklimat selama satu jam 30 minit yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini petang semalam yang dikatakan bagi menjawab segala dakwaan terhadap salah laku polis.

Video klip itu bagaimanapun hanya menunjukkan 'layanan baik' polis terhadap peserta himpunan termasuk menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa beliau dilanggar pajero polis.

"Saya nampak ianya tidak menujukkan apa-apa konklusi. Video itu tidak menunjukkan saat Mat Sabu jatuh, tak tunjuk sama ada dia jatuh, pajero undur dan langgar dia dan dia jatuh ataupun ada dua buah kereta waja yang langgar dia dan dia jatuh.

"Saya ingat dari segi apa yang ditunjukkan dalam video itu menujukkan bahawa tak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Mat Sabu menipu malahan nampak macam polis nak menipu," katanya yang turut cedera di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata dan menerima enam jahitan.

Tambahnya, tindakan polis memilih video sebelum ditayangkan sehingga mengambil masa selama dua minggu amat menimbulkan keraguan.

"Kenapa saat-saat tertentu sahaja yang polis tunujuk? Masa polis tembak gas masa perhimpunan kenapa tak tunjuk?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Dalam taklimat semalam, polis tutut mendakwa peserta perhimpunan yang banyak melakukan provokasi supaya polis menangkap mereka.

Polis bagaimanapun mengakui kemungkinan melepaskan meriam air ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Ajaib bin Pelik.

Posted: 22 Jul 2011 03:04 AM PDT

Cerita Mat Sabu- dilanggar kenderaan polis, Polis nafi dan tunjukkan gambar. Ada gambar pulak tu. dan tidak hitam putih dan wartawan dipanggil untuk melihatnya. tapi gambar itu sat sangat saja. Kata norman kalau 5 minit tentu gambar palsu. Dalam kes TBH tiada gambar dalam cctv. colour atau hitam putih pun tiada. Kes sarbani pun begitu tiada cctv.
Kes DSAI cctv berbeza masa. Nanti barangkali ada pakar akan kata juga tape itu tulin.
Yang menarik dalam dakwaan Mat sabu, polis kata nak dakwa mat sabu. Nasib lah mat sabu, dia tumpang mat rempit untuk lari dari tangkapan polis, polis pula kejar dan melanggar motosikal yang dibonceng itu, dia jatuh dan cedera dan sekarang dia akan didakwa pula. Tetapi sesuatu yang ada bahan bukti ialah ada gambar. Kes ini bukan kes melibatkan sex bukti yang diperlukan 4 saksi. yang ini ada bukti gambar laku. sekarang gambar dah ada.
Kesian keluarga teoh.

BN juga sambut Program PAS Lenggong.

Posted: 22 Jul 2011 03:02 AM PDT

Di Jalan dari lenggong ke Gelok berkibar bendera BN. petang semalam tiada kelihatan tetapi pagi tadi dah ada sepanjang jalan. BN juga gembira menyambut Dato Nizar dan Mohammad Sabu.

PAS BANGI 3

Posted: 22 Jul 2011 03:43 PM PDT

PAS BANGI 3


orang muda geng kita

Posted: 22 Jul 2011 12:45 PM PDT



Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning

Posted: 22 Jul 2011 03:42 PM PDT

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning


Cukuplah Bodohkan Orang Ramai...!!

Posted: 21 Jul 2011 04:59 PM PDT

Polis Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Tentera Israel Gunakan Untuk Perangi Rakyat Palestin

Posted: 21 Jul 2011 04:48 PM PDT

PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya

Posted: 21 Jul 2011 04:45 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Jul 2011 03:29 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DASYATNYA POLIS SILOP ? ooops 1

Posted: 22 Jul 2011 11:37 AM PDT


Polis tempohhari nampak seronok gamaknya dan duaronok (kata rajalawak Jozan) dengan mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Walaubagaimanapun kuasa Allah dan berkat doa rakyat Islam yang perihatin maka terbuktilah penipuan aka pembohongan video yang dikeluarkan oleh Polis.Semua ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.


Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di bawah dengan mata kepala anda sendiri.


KONSERT OTAI DI SG SELISIK 24 JULAI !

Posted: 22 Jul 2011 06:44 AM PDT

WAJA PUNYA HAL, PAJERO DAPAT NAMA ! SIRI POLIS KANTOI

Posted: 22 Jul 2011 02:19 AM PDT


Mohamad Sabu arah peguam saman Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam Mohamed Hanipa Maidin telah menerima arahan dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar menghantar surat saman kepada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Polis ekoran dakwaan beliau (Mohamad) menipu.

Hanipa berkata, Mohamad telah menghubungi beliau pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan itu.

Semalam Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero," katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

"Saya harap akan dapat menghantar notis kepada Bukit Aman minggu depan meminta mereka menarik balik dakwaan Mohamad Sabu menipu," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Menurut Hanipa (gambar) yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.

Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Dua hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

"Saya dirempuh Proton Waja Polis"

Sementara itu, Keadilandaily melaporkan, Mohamad Sabu berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

"Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah," katanya kepada Keadilandaily.

(Motosikal yang dinaiki Mohamad Sabu tersepit antara Pajero dan Proton Waja Polis...dipetik dari video yang dikeluarkan PDRM semalam)

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

"Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,"

"Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar)," kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.

" Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar," katanya.

KALAU TAK SALAH KENAPA GELABAH !

Posted: 22 Jul 2011 12:50 AM PDT


Peguam Perancis William Bourdon, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)yang mana beliau telah berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia.
Fikir sendirilah sapa gelabah?
Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

MISTERI PEGAWAI PERUBATAN GANAS ?

Posted: 21 Jul 2011 10:09 PM PDT

Polis: Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'

Polis menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

Sebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

"Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

"Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula," katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.

Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.

Menurut Salleh, rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

Salleh berkata rakaman itu menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Dakwanya, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

Sehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Malaysiakini

BILA T-SHIRT BERSIH HARAM ! VIDEO BERSIH HALAL ?

Posted: 21 Jul 2011 08:02 PM PDT





Komen : Setakat bukti begini memang Malaysia boleh hancur ..sehancur bukti gambar Pulau Batu Putih yang hasilnya Malaysia putih mata. Itu pasal bila di bawa ke mahkamah banyak kes demonstrasi dimenangi pihak Pakatan Rakyat .

Jika perhimpunan ini dijalankan tanpa gangguan dan diberikan kerjasama secara sepenuhnya oleh polis maka tiada provokasi, tiada tangkapan, tiada keganasan, tiada tuduhan liar oleh pihak demonstrasi,, tiada kecederaan, tiada kematian dan tiada Polis yang tersentuh sampai terjatuh.

Biasanya sebahagian pencacai BN akan mendakwa, Jika tiada perhimpunan maka tiada segala masalah ini.. Jawapan teman : Perhimpunan aman adalah hak rakyat dan ianya termaktub di dalam perlembagaan.

Persoalan ini yang bermain kepala jemala rakyat bukan versi pencacai.
1.Lapuran perubatan mendapati, patah tulang rusuk, patah gigi dan cedera pada bibir apa kena mengena nya dengan keganasan polis?
2. susuk badan sebenar Baharuddin seakan akan pelakun komedi Mr. Os tapi lelaki dalam video tu mirit kah badan dia.
3.tak nampak pun baju biru 'wetsuit' menyelam, T kuning Bersih dan seluar kelabu 6 poket.

Terseksalah rakyat Malaysia nak fikirkan. Kesahihan penjelasan PDRM pulak jadi isu pertikaian rakyat pulak ni.

SIMPANG MALAIKAT 44? INI BARU 44 , KALAU KALI DUA?

Posted: 21 Jul 2011 05:57 PM PDT





(Komen : Simpang 44 malaikat tu elok kita ganti dengan perkataan Astagfirullah atau Masyallah ...wallahualam)
Terengganu dedahkan 44 pengundi boleh mengundi lebih sekali

SETIU - Terdapat 44 pengundi dalam senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di negeri Terengganu dikesan sehingga kini mempunyai dua nama ditempat yang berbeza.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Oleh itu, menurutnya, mereka boleh membuang undi lebih daripada sekali.

"di (negeri) Terengganu (sehingga kini) daftar pemilihnya ada 44 orang yang namanya sama, nombor kad pengenalan lama sama, tapi (nombor) kad pengenalan cuma dua angka digit terakhir itu berbeza,

"jadi bermakna 44 orang ini, besr kemungkinan kalu mereka mahu boleh mengundi lebih daripada sekali,"jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Dewan harian Badan Perhubungan PAS Terengganu, di sini Khamis 21 Julai.

[Gambar - Wahid jelaskan 44 pngundi boleh mengundi dua kali]

Katanya, tujuan beliau mendedahkan perkara tersebut adalah kerana mahu memberikan fakta yang jelas, mengapa tuntutan BERSIH 2.0 adalah relevan.

Beliau berkata, salah satu dari lapan tuntutan BERSIH 2.0 kepada pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah meminta supaya dilakukan pembersihan dalam senarai daftar pemilih yang telah dikeluarkan.

Tambahnya, senarai 44 {lampiran di bawah} orang tersebut adalah dikesan dari semua kawasan parlimen, dari Kemaman hingga ke Besut.

Beliau yakin mereka boleh mengundi lebih dari sekali kerana menurutnya, melalui pengalamannya, SPR akan membenarkan mereka mengundi sekiranya hanya dua angka berbeza.

"hanya dua angka terakhir berbeza dan pengalaman kita dengan SPR waktu pilihanraya, bila hanya dua angka berbeza, dia boleh mengundi,

"diberikan ruang mengundi dua kali tanpa dibantah kerana dia (SPR) kata, sikit sangat perbezaan,"tegasnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Ustaz saiful bahri Mamt, Hji Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak serta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Ngeri Terengganu, Ariffin Deraman
Jumaat 22 Julai 2011 Warawan Buletin

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 22 Jul 2011 03:29 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Yossi Benayoun:pemain bolasepak yahudi(israel) pertama bermain di malaysia

Posted: 22 Jul 2011 10:38 AM PDT

Hampir tak perasan aku yang perlawanan malaysia vs chelsea,ada kehadiran zionis ni...yossi benayoun juga adalah merupakan kapten pasukan israel.

Papagomo Blogger Penipu-EXCO Pemuda UMNO

Posted: 22 Jul 2011 06:59 AM PDT

Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.

Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti atau tidak, dia gagal menjawab YA atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik berbanding Papagomo.

Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghak upayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding dari rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.


Nah ni dia VIDEO dr POLIS, tengok dan buka lah akal besar2

Posted: 22 Jul 2011 03:54 AM PDT

Isu kematian baharuddin dan kecederaan mat sabu - teori aku.
Aku tengok penyokong umno banyak yang kurang cerdik bila berhujah dan defend video polis. Aduhai. Korang neh buka lah akal besar2 bhai. Ko ingat kehidupan baharuddin bermula selepas dia masuk avenue k je ke? Sebelum itu lagi beb. Sebelum itu lagi. Korang tengok video kat bawah neh. Neh video polis tahu. Aku punya akal cerdik. Aku kena puji diri sendiri. Aku belajar dari ibrahim ali.. okey?


kah kah kah

Arwah berlari masuk ke avenue k. Dan ramai2 lagi berlari masuk. Kenapa? Kenapa dorang berlari? Punca nya apa? Apa donkk... <-- terspeaking indonesia plak. Kata polis sebab pintu avenue k nak ditutup. Yeke? Ataupun dorang cari tempat perlindungan sebab tear gas?

kah kah kah

Katakan dia dah tersedut. Sebab tue dia lari. Bukan lah bila tersebut gas tue automatik mati ditempat kejadian. Perlukan proses. Gas perlu masuk ke dalam sistem pernafasan. Masuk ke dalam aliran darah dan sebagainya yang mana pakar2 perubatan je layak ulas isu neh. Aku cuma argue dari segi pandangan penyiasat je.

Andai tubuh badan arwah alergelic dengan bahan2 kimia dalam teargas tue ke ataupun jantung dia gagal beroperasi disebabkan sedutan asap itu ke, still teargas = punca kan? Bab kelewatan ambulance pun ada argument bagi pihak aku. Polis letak masa ketika arwah baharuddin masuk ke avenue k. Tetapi ketika snapshot gambar ambulance park di depan avenue k kenapa polis tak letak masa? Hujah aku ialah memang benar ambulance sampai lambat. Tapi ini cuma teori andaian. Bukan sahih.

Mengenai video mat sabu pula. Bukanlah aku nak defend mat sabu sangat. Sebab hanya dia lebih tahu situasi sebenarnya pada ketika itu. Aku pun tunggu ulasan terbaru dia gak. Andai aku spot apa2 yang mencurigakan, memanglah mat sabu kena terjah. Cuma melalui rakaman cctv yang ditunjukkan oleh pihak polis tak nampak muka dan plat motor. Itu satu hal. Dan rakaman menunjukkan memang pajero tidak melanggar motor tetapi bagaimana pula dengan kereta polis?

Polis cakap motor dah terbabas selepas kereta ketiga tiba. Tapi ikut rakaman, motor tetap berada di belakang pajero dan kereta sedang menuju ke arah motor. Dan macam mana polis tahu mat sabu ikut jalan apa? Aku syak polis ekori pengerakkan matsabu kot. Lagisatu aku sendiri tak pasti samada matsabu cakap dia kena langgar dengan pajero ataupun kereta. Ataupun dia dihimpit sehingga membuatkan kenderaan terbabas. Aduhaii bersungguh2 tangkap musuh politik. Kalau disalurkan usaha neh untuk tangkap penjenayah kan bagus. Heh

Polis diminta jangan main isu bahawa kematian arwah baharuddin dimanipulasikan dengan gambar suhardi. Ini kerana isu neh telah diperjelaskan. Lihat sini. Satu benda yang aku rasa betul kat video polis tue ialah bilamana polis bercerita mengenai hadi awang yang mengakui polis melayan dia dengan baik. Ini je aku percaya. Siyes.

Aku nak cadangkan kat polis, lainkali biar je rakyat hidup berasaskan perlembagaan. Perlembagaan cakap apa? Ya betul, hak untuk berhimpun ada. Apa lagi perlembagaan cakap? Ya betul rakyat bebas berhimpun di mana2, tiada kekangan pun. Nak cakap ini kawasan bn, ini kawasan pr maka ada had2 tertentu? Helloo.. sebagai rakyat malaysia elok jgn kita buat boundary yang mengarut tue. Andai korang bn nak juga buat, boleh. so apa lagi? Ramai2 bn beramboslah dari kl pasal bila masa pula bn pegang kl? Kl itu ada stadium merdeka kan? So kami punya pasal lah. Heh.


Yang belasah rakyat sila tunjuk sekali.. aduhaii kami tunjuk video polis balun bersih, polis tunjuk video layan bersih baik.. so apa kesudahannya? Isu tak selesai juga? Rakyat akan muak.

Senang2 polis minta maaf je lah sebab menzalimi rakyat bersih dan dalam waktu yang sama, sapa2 yang mengada2kan cerita negatif pasal polis, berhentilah dan minta maaf juga. Apa salahnya citer hal benar. Aku slumber je mengaku aku tipu polis dalam perhimpunan bersih ari tue. Kena ejek pun kena lah, janji aku tak buat2 citer. Okeyh?

Ameno : Aku tak perlu minta maaf ye incik polis pasal aku citer benda betul. Ingat lagi polis2 boh layan aku bila minta id polis pompuan yang padanmukakan aku.. ceh. Geram siot! Layanan adil kah? Nak report pun susah.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/isu-kematian-baharuddin-dan-kecederaan.html#ixzz1SsimeY00

RamaiNya Sambut Najib di Subang tadi

Posted: 22 Jul 2011 03:49 AM PDT

peguam scopene di tahan di klia.. dalam masa yg sama mat mongol turun di kg melayu subang ? kah kah kah.. baiklah sume beb.. gua sertakan gambar2nye skali kah kah kah

demonstrasi jalanan bagi mat mongol! kah kah kah

seorang penduduk kg ingin menyaman pakcik botak a.k.a mat mongol scopene kerana menyebabkan beliau rugi perniagaan hari ini dan kesesakan beribu batu jauhnya kerana DEMONSTARI JALANAN UMNGOK INI! kah kah kah





kah kah kah... cuba lu org lihat lah gambo2 ni beb.. mat mongol dan gerombolan pencacai2nya terpaksa memakai budak2 sekolah menengah utk meramaikan majlis sepetang bersama rakyat ? kah kah kah kah..
penggunaan kanak2 utk demonstasi BERSIH di larang oleh GEROMBOLAN2 LIDAH KONTOT, tetapi jelas GEROMBOLAN menggunakan anak2 sekolah yg berusia 14 tahun utk mengaburi mata rakyat marhaen utk menampakkan seolah2 ramai.. kah kah kah.. umno is dead!! kah kah kah



tengok jgn tak tengok... ini lah zaman kejatuhan umngok yg tiada lagi anak2 muda mahu bersama2 dgnnya kerana umngok parti rasuah sepanjang zaman! kah kah kah,

logik akal...
budak sekolah form 2 jer ke beb yg bley lu bawak ? kah kah kah
yg gua nampak.. gerombolan lagi ramai dari yg penduduk tempatan.. kah kah kah
merugikan peniaga bejuta2 ringgit kah kah kah
menyebabakan kesesakan melampau kerana gerombolan lagi ramai dari org ramai.. kah kah kah..
himpunan berjuta2 semut di putrajaya pun pakai budak sekolah form 2 juge beb.. kah kah kah

KHADIR SHEIK FAZIR SOUND NAJIB PASAL TUNTUTAN BERSIH

Posted: 22 Jul 2011 01:44 AM PDT

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik," kata beliau.

"Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan," kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, "merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat."

"Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.
"Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan)," katanya.

Kata beliau, "sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya."

"Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.

"Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.

"Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki," katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 22 Jul 2011 01:43 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


KEDAH TAMBAH DANA UNTUK USAHAWAN

Posted: 22 Jul 2011 05:09 AM PDT

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah terus menyuntik galakan kepada usahawan di negeri ini yang gigih meneroka ke arah kejayaan lebih besar.

Untuk itu, pinjaman sebanyak RM565,000 telah disampaikan kepada 28 usahawan terpilih menerusi skim bantuan Dana Teroka Usahawan pada majlis penyerahan bantuan tersebut di Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di sini pada 19 Julai baru-baru ini.

 Keterangan gambar: Ustaz Abd Ghani menyerahkan bantuan Dana Teroka Usahawan kepada salah seorang peminjam sambil diperhatikan Dato' Abdul Rahman


Menurut Exco Usahawan Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Abd Ghani Ahmad, jumlah tersebut adalah daripada RM 3 juta yang disediakan PKNK bagi tahun ini.

Ujarnya, pada tahun lalu PKNK memperuntukkan sebanyak RM 2 juta, manakala RM 1.7 juta pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu ujarnya menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menggalakkan kejayaan usahawan sekaligus membantu merancakkan perkembangan ekonomi negeri.

Jelas Ustaz Abd Ghani, setiap usahawan menerima pinjaman antara RM5,000 hingga RM50,000 di mana ia hanya diberikan kepada usahawan atau bakal usahawan yang gagal mendapat pinjaman atau tidak cukup syarat untuk memperolehi pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.

Dalam ucapannya, beliau turut menasihati para usahawan agar mendisiplinkan diri dengan menggunakan pinjaman itu hanya untuk tujuan perniagaan.

Katanya, pinjaman yang diberikan untuk tujuan memajukan perniagaan itu tidak harus digunakan untuk perkara seperti melangsaikan hutang, membeli kenderaan atau seumpamanya.

"Ini disebabkan tujuan yang lain itu akan menghancurkan minat untuk maju dalam perniagaan kerana pinjaman untuk dijadikan modal perniagaan sudah hilang dan tidak lagi dapat membantu meningkat perniagaan kerana tiada lagi wang," ujarnya.

Beliau juga menyeru para usahawan agar mengeluarkan zakat perniagaan di mana dengannya akan mendatangkan barakah dalam perniagaan.

Kerana jelasnya, di atas harta kepunyaan itu adanya hak saudara se-Islam yang miskin dan daif.

"Jika mereka dibantu dengan hak yang wajib diperolehi atas harta kita, maka mereka juga boleh membangunkan diri mereka dalam kehidupan seterusnya berupaya untuk mengeluarkan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.

"Inilah hikmah zakat dalam membangunkan ekonomi ummah," terangnya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Eksekutif PKNK, Dato' Abdul Rahman Ibrahim itu.

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru

Posted: 22 Jul 2011 11:26 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru


22 July, 2011 18:19

Posted: 22 Jul 2011 11:19 AM PDT

ive never had anything handed to me I needed a quick solution right away I took advantage of this!! http://pcgm.lv/engine/redirect.php?hogyj&ref=google.com&hdparm=mail.com&url=http://finance-job.net/esubmit/bizopp_main.php now I feel completed dont wait to try it out Really easy method to make some extra cash

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 22 Jul 2011 11:24 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Gotong-royong membersihkan perkuburan Batu Hitam

Posted: 22 Jul 2011 03:24 AM PDT

Alhamdulillah, pada 17 Julai 2011 yang lalu, Jabatan Amal Indera Mahkota telah mengadakan satu gotong royong membersihkan tanah perkuburan Batu Hitam.

Seramai 20 orang anggota Amal telah turun untuk sama-sama menjayakan program khidmat masyarakat ini. Ia telah diketuai oleh Komander Amal Kawasan Indera Mahkota, Saudara Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz yang juga merupakan Timbalan Pengarah 1 Amal Pahang.

Turut serta dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pemuda Indera Mahkota, Ustaz Zainal Abidin serta exco DPP Indera Mahkota.

Selepas gotong-royong, pihak yang terlibat telah dijamu dengan nasi minyak oleh PAS Cawangan Batu Hitam.

Jabatan Amal Indera Mahkota mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bermurah hati menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang, masa, tenaga dan sebagainya bagi menjayakan program gotong-royong ini.

Jazakallah...

Sheikh Azlan sedang memberi taklimat kepada anggota Amal


Saudara Zaim dengan mesin rumputnya...





Ketua Penerangan DPP Indera Mahkota, saudara Nuruldeen, sedang menginsafkan dirinya


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Cukuplah kematian itu sebagai peringatan bagi orang yang berakal...


Sebahagian mereka yang telah bermurah hati menginfaqkan tenaga...Jazakallah


Menjamu selera selepas berpenat di bawah terik mentari. Semoga ia menjadi amalan baik di sisi Allah SWT

DUN Lembah Jaya

Posted: 22 Jul 2011 11:17 AM PDT

DUN Lembah Jaya


SJK (Tamil) Ampang Terima Sumbangan

Posted: 22 Jul 2011 12:54 AM PDT


Sumbangan disampaikan oleh YB Khasim dan diterima oleh wakil PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ampang pada 15 Julai 2011 lalu.

Hadir bersama meraikan program serahan cek sumbangan itu ialah Ketua Komuniti Kaum India Cikgu Subra dan Ahli Majlis MPAJ Zon 14 Encik Nallan Dhanabalan. Beberapa orang ibu bapa murid tidak ketinggalan bertemu dengan YB Khasim pada program tersebut.


Para pelajar berbaris menuju ke kantin pada waktu rehat sambil diawasi oleh guru

Dari kiri: Nallan, Cikgu Subra, YB Khasim, Khairolbazli

Pemandangan Pejabat Penghulu Mukim Ampang 1 dari kantin sekolah



Bergambar bersama PIBG

Batu Gajah Mari

Posted: 22 Jul 2011 11:12 AM PDT

Batu Gajah Mari


Panas!! Exco Pemuda UMNO dedah siapa PAPAGOMO!

Posted: 22 Jul 2011 10:29 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie-8wmVTeYpaY2Mur7awx81gNQdBq6hJMSSG4wH-O7JTPDk1CmMfr9H8PFHFOO4-waaOW5JjEqBi7JGenfooTl87ocMLAwofDcr6GU0eFo_I3URqLjRMJSlfYHVfHRILMHKf2yWLy22Jw/s1600/Papa+Gomo+tahi.jpg

ditulis oleh:

Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.

Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti atau tidak, dia gagal menjawab YA atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan dan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik berbanding Papagomo.

Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghakupayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.

Padan muka Puak UMNO Penang!!

Posted: 21 Jul 2011 09:29 PM PDT

BN dan UMNO sekali lagi menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang sebagai berbentuk rasuah dan pancing undi bila belum ada pilihanraya dan RM100 diberikan kepada setiap bayi dan bukannya kepada mana-mana pemimpin PR.


Malah Suruhanjaya Pilihanraya pun tidak boleh menyatakan ianya ada kaitan dengan pancing undi bila tidak ada mana-mana pilihanraya sekarang.

Kemungkinan besar kerajaan PR tidak akan mengadakan pilihanraya bersama dengan BN sekiranya dijalankan tahun kerana mandate rakyat adalah untuk lima tahun.

Sungguh tidak waras dan tidak bertanggungjawab untuk BN dan UMNO mentakrifkan pemberian wang untuk meraikan tambahan cahaya mata kepada Pulau Pinang kepada rakyat sebagai amalan rasuah kerana pemberian wang kepada rakyat memang tindakan mana-mana kerajaan yang baik di dunia.

Sebelum ini, Kerajaan PR Pulau Pinang dikutuk keras melakukan rasuah berikutan kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 "one-off" urusan jenazah kepada waris warga emas pada 2010 demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri.

Ekoran tuduhan BN, saya telahpun menjemput Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang menyaksikan pemberian wang RM 100 kepada warga emas ataupun RM1,000 "one-off" urusan jenazah.

Sehingga hari ini saya tidak pernah ditangkap ataupun disiasat pun melakukan rasuah kerana berikan wang kepada rakyat.

Tuduhan rasuah oleh BN untuk mensabotajkan program penghargaan emas nyata gagal dengan kadar pendaftaran warga emas kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telahpun mendaftarkan diri.

Oleh itu, BN dan UMNO harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan jahat rasuah ini kerana memperbodohkan rakyat seakan-akan rakyat boleh dibeli dengan rasuah RM100 sahaja

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 22 Jul 2011 11:11 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kesan Bersih 2.0 lebih besar – Presiden PAS

Posted: 22 Jul 2011 07:54 AM PDT

TUMPAT, 22 Julai: Tidak lama selepas Bersih 1.0 diadakan pada November 2007, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima kesannya apabila dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen pada pilihan raya umum Mac 2008.
Dan kesan gelombang Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu diakui banyak pihak lebih hebat lagi dirasakan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bersih 2.0 dirasakan lebih hebat berbanding Bersih 1.0.
"Antaranya penyertaan masyarakat bukan Melayu begitu menggalakkan sekali. Ini merupakan satu gabungan sangat baik.
"Sedangkan kerajaan BN menggunakan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersikap fanatik  seperti Perkasa dan kumpulan seni silat.
"Namun akhirnya mereka tidak dapat berhimpun dan terpaksa menarik diri kerana tidak dapat sambutan," katanya selepas perasmian penutup Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting, petang ini.
Ijtimak sehari itu bermula jam 9 pagi tadi. Kesemua pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat hadir. Perasmian pada sebelah pagi diadakan serentak dengan kuliah perdana oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dianggar lebih 20,000 hadir pada ijtimak tersebut apabila lokasi tempat perhimpunan penuh dengan kebanjiran pendokong PAS dari seluruh jajahan.
Menurut Presiden PAS, di negeri lain juga perhimpunan rakyat mendapat sambutan baik di majlis-majlis yang diadakan di seluruh tempat.
"Termasuklah himpunan anjuran Bersih 2.0 yang diatur baru-baru ini mendapat sokongan meluas dari seluruh negara di mana mereka sanggup datang berhimpun di Kuala Lumpur.
"Ini menandakan respon yang sangat positif daripada seluruh rakyat, bukan saja daripada penyokong PAS," katanya.
Ditanya mengenai peguam Perancis, William Bourdon dilaporkan ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) katanya ia menandakan demokrasi di Malaysia ini masih tidak sempurna.
"Sekiranya kerajaan berada di pihak yang benar, kerajaan betul, apa hendak ditakutkan," ujarnya.
Bourdon dilaporkan ditahan sebaik tiba di KLIA. Semalam beliau berada di Pulau Pinang bercakap tentang isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit.
Menurutnya peguam terbabit dilihat berani mempertahankan kebenaran dan kalau tak salah apa hendak ditakutkan.
Sebelum itu ketibaan Tuan Guru Abdul Hadi yang anggota parlimen Marang ke Pantai Geting menaiki motosikal berkuasa besar dari Pantai Seri Tujuh.
Mengenai sambutan hangat ijtimak tersebut katanya Insya Allah kita yakin PAS dapat mempertahankan negeri ini.
"Selama ini walau pun pilihan raya tidak bersih di seluruh negara, Kelantan boleh bertahan. Operasi mengangkut pengundi dari luar, gunakan duit, macam-macam serta serangan media.
Kelantan mampu bertahan

"Dalam masa 20 tahun kita boleh bertahan. Sambutan diberikan hari ini menandakan komitmen, iltizam jentera-jentera PAS untuk terus bekerja bagi mempertahankan kemenangan di Kelantan ini, InsyaAllah," katanya.
Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mereformasikan demokrasi di Malaysia dan 8 perkara tuntutan Bersih 2.0, beliau mengalu-alukan sebarang langkah supaya membetulkan amalan demokrasi di Malaysia ini.
"Kita sangat-sangat mengalu-alukan cadangan penubuhan itu," ujarnya.
Mengulas tiada tanda-tanda pimpinan Datuk Seri Najib Razak mahu menerima 8 perkara tuntutan Berih 2.0, beliau berkata sekiranya mahu menjadi pemimpin  bertanggungjawab mesti perubahan dilakukan.
Menurutnya mana-mana pemimpin yang bertahan secara tidak bermoral, jatuh pun juga secara tidak bermoral.
"Lihat seperti apa yang berlaku di Mesir, di Tunisia dan di mana-mana saja di dunia.
"Di Asia Tenggara Marcos dengan Suharto yang memerintah begitu lama dengan revolusi tertutup, akhirnya jagi meletup dan berkaku perubahan.
"Dan kita harap negara kita juga berlaku perubahan dengan cara yang bersopan, pemimpin kena sedar dan insaf," katanya.
Beliau juga berkata, sekiranya tuntutan mereformasi pilihan raya tidak diterima kerajaan BN, PAS tetap akan menyertai pilihan raya dan menentang sebarang penyelewengan.

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting

Posted: 22 Jul 2011 07:53 AM PDT







700 mat rempit ikrar pertahan Kelantan

Posted: 22 Jul 2011 07:50 AM PDT

TUMPAT, 22 Julai: Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan hari ini menyaksikan ikrar seramai 700 anak muda bagi mempertahankan Islam dan kerajaan negeri.
Ramai di kalangan ibu bapa kelihatan terharu di atas semangat anak-anak muda yang begitu lantang berikrar mempertahankan Islam di pentas utama.
Bacaan ikrar diketuai Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (Merak), Azaizuree Ahmad di hadapan pemimpin PAS dan lebih 20,000 peserta ijtimak yang memenuhi pantai Geting, Pengkalan Kubur.
Dun Pengkalan Kubur dikuasai Umno sejak pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya umum 1990 kawasan itu diwakili calon Hamim, gabungan Angkatan Perpaduan Rakyat.
Anak muda dari pelbagai tempat yang bernaung di bawah Merak datang dengan motosikal menggegarkan kawasan perkelahan.
Mereka berjanji berusaha bersungguh-sungguh sebagai seorang anak muda bersama mengembelingkan perjuangan mempertahankan Islam di Kelantan.
Azaizuree berkata, mereka akan sentiasa bersama-sama memperkasakan kepimpinan Islam dan jemaahnya yang diketuai Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Selain itu sentiasa bersama ahli-ahli jemaah membangunkan Islam di Kelantan. Wahai pimpinan dan ibu bapa bahawa kami semua adalah sebahagian kamu, sebahagian jemaah PAS.
"Kami sama-sama mahu mempertahankan agama suci Islam walau apa jua keadaan senang atau susah, bak kata pepatah membujur lalu melintang patah. Janji kami adalah benar, ikrar kami bukan palsu," katanya diakhirnya dengan laugan takbir beramai-ramai.
Sebelum itu anggota Merak menerima sijil pelantikan team leader Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Gimik perasmian ijtimak dilangsungkan apabila Menteri Besar dipakaikan jaket khas oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Selain itu turut diadakan sumbangan kameja T kepada peserta  gusti lengan terbuka  Johor pada 23 Julai ini.
Kejohanan itu akan diadakan di Plaza Ansana Johor Bahru. Peserta terbabit termasuk Rosli Ibrahim, Zawawi Ariffin, Mohd Ropi Ibrahim dan Khusairin Siban.
Penyampaian t-shirt disampaikan anggota parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaaffar.  Peserta Merak mengibarkan bendera Kelantan, Jalur Gemilang dan Bulan Purnama di motosikal masing-masing.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusoff berharap setiap jentera termasuk di peringkat cawangan hendaklah meneliti apa yang disampaikan pemimpin pada ijtimak tersebut.
"Ia adalah sebagai panduan bagi menyusun gerak kerja pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.
Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mohd amar Abdullah menyarankan setiap ahli dan pendokong PAS perlu membeli Harakah sebagai maklumat untuk dihadam oleh mereka.
"Jangan pula beli tetapi dijadikan tempat duduk sahaja. Hadir pada program ceramah sahaja tidak mampu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tanpa ada mekanisme lain seperti maklumat yang ada dalam Harakah," ujarnya.

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 22 Jul 2011 09:40 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Tangisan warga Sepangar

Posted: 21 Jul 2011 05:27 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepangar mengambil berat terhadap laporan dari sabahdaily yang dipetik dari sabahkini. Tindakan pihak berkuasa yang membelakangkan prikemanusiaan merupakan suatu perbuatan yang zalim terhadap rakyat sendiri. DPP Sepangar menyeru rakyat Sabah agar bersedia untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN di Sabah bagi memastikan kejadian sebegini tidak lagi menghantui rakyat Sabah. Pakatan Rakyat melalui buku Jingga malah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan tema 'Membina Negera Berkebajikan' bersedia untuk memikul amanah rakyat Sabah bagi mestikan hak-hak mereka terbela.

PAS Sabah melalui NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan. Sebarang permasalahan tanah disekitar Sepangar dan Kota Kinabalu, boleh menghubungi Saudara Lahirul Latigu yang juga Setiausaha TABAH (019-3692587).

........................................................................................

Berikut adalah berita yang diperolehi dari Sabahdaily:

Istimewanya PATI, Hinanya Anak Negeri?


BETAPA hinanya Anak Negeri Sabah kerana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tanpa teragak-agak menghantar jentolak untuk meranapkan rumah mereka di beberapa kampung di Likas, Inanam dan Sepanggar atas alasan rumah mereka adalah Setinggan; sinonim dengan pepatah Melayu, hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat.

Tetapi bagi PATI yang berasal daripada Pulau Gaya setelah mendapat kad pengenalan projek, Haji Sidek, dengan bantuan Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang mengangkat sumpah sebagai Sultan Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim II; begitu bermegah dengan Istana yang dibina secara haram di atas tanah simpanan milik kerajaan di Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Haji Sidek membeli lot tanah berkenaan seluas 900 kaki persegi tetapi telah menceroboh tanah simpanan kerajaan dengan membina dua buah rumah di satu lot kosong dengan keluasan yang sama tetapi direzabkan untuk kegunaan kerajaan (open space).

Walaupun isu ini telah hangat di Facebook sejak jun tahun lalu, namun DBKK seolah-olah tidak mempedulikan keluhan rakyat, sekalipun Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai turut memberi respon sambil lewa.

Yeo Boon Hai memberi komen dengan mengatakan bangunan tersebut adalah dalam tanah persendirian, cuma tidak ikut syarat DBKK maka OC tidak di luluskan. "Tadi pagi saya sudah arah architectnya waktu memenuhi syarat DBKK".

Namun setelah didesak, Yeo Boon Hai akhirnya mencatatkan, "According to my officer, both are in their land. One has to go. We are waiting for their architect to respone..."

Namun seorang Forumer, Ansari Abdullah menyatakan bahawa rumah tersebut bukan dalam geran hak milik tetapi dalam tanah simpanan jalan awam yang sekarang ini dipagar secara haram. Ini menghalang penglihatan pengguna jalan raya dan sudahpun menyebabkan beberapa kemalangan Jalan Raya.

Bagaimanapun Yeo Boon Hai tidak lagi memberikan sebarang respon sehingga kini dan tidak ada sebarang tindakan daripada DBKK.

Dalam pada itu, seorang Anak Negeri Sabah, Hossin Bayani Omar berkata, beliau masih ingat bila DBKK beri surat amaran robohkan rumah orang kampung Tanjung Aru yang didirikan di tanah kerajaan sejak berpuluh tahun sebelum kelahiran beliau iaitu 42 tahun lalu, tanpa sebarang pampasan.

Tindakan kejam kerajaan tersebut kata Hossin hanya dipandang sebelah mata oleh Wakil Rakyat dan penduduk terpaksa akur robohkan rumah mereka untuk pembangunan jalan dan projek keindahan kampung. Tetapi sampai ke hari ini, janji tinggal janji.

Sabahkini.net akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir dalam masa terdekat.

Oleh : RAHMAN IBRAHIM (sabahkini)

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 22 Jul 2011 09:15 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Hitler Demam KUNING sebab Bersih 2.0

Posted: 22 Jul 2011 06:30 AM PDT

Hitler membebel kat Khairi,Mael,Sham dan Baem

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Jul 2011 09:10 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Makan Malam Amal Ya Ramadhan 29 Julai 2011 Senawang

Posted: 22 Jul 2011 07:54 AM PDT



MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN

Bersama :
Azhan Atan - Juara Akademi Nasyid TV9
Radzi - Kumpulan Rock Melissa
Akhwan Affendi – Motivator Gen Y

Tarikh : 29 Julai 2011 , JUMAAT

MAKAN MALAM AMAL
8 mlm - 10 mlm di Restoran Amimies, Taman Matahari Height, Senawang
Kupon RM 50
Hubungi ; 0122832458 Hamizi, Hj Fisol 0193440826, Dzuha 0196651176

PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN
10 mlm - 12 tgh mlm di Dataran Senawang
PERCUMA - Semua dijemput hadir

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Untuk pembayaran kupon dan sumbangan tunai atau melalui : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Bank Islam 05012010047905 (Seremban)


RADZI (MELISSA) INGIN BERDAKWAH
Utusan Malaysia 1 Mac 2009

Masih ingatkah lagi dengan lagu Cinta Untuk Nabila nyanyian kumpulan Melissa?

Pertengahan tahun 90-an, lagu itu antara yang berjaya memikat hati pendengar.

Malah populariti kumpulan tersebut juga setanding dengan May, Search, Kiara, Wings, Bumiputera Rockers dan Medicine.

Tapi sayang, hari ini satu persatu kumpulan muzik rock tersebut berpecah dan hilang begitu saja.

Yang tinggal hanyalah Search dan Wings yang masih aktif mengangkat genre muzik yang mereka pegang selama ini.

Selepas sekian lama berlalu, hari ini Radzi, bekas vokalis kumpulan Melissa yang berimej rambut panjang dan berseluar ketat dulu muncul semula.

Kehadirannya mengejutkan. Imejnya kini lebih "alim" berbanding era 90-an lalu selepas bergelar pegawai agama di sebuah masjid di negeri Kedah.

Kali ini dia hadir bukan untuk mengangkat irama rock yang menjadi "makanannya" suatu ketika dulu tetapi berhasrat menyampaikan dakwah menerusi album berkonsepkan ketuhanan.

Jelas Radzi selama 17 tahun menyepikan diri, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selama ini.

Mungkin ada yang akan memandang sinis apabila melihat dia kembali ke dalam industri ini.

Walaubagaimanapun bagi Radzi tidak ada salahnya untuk dia terus berada dalam industri selagi niatnya tidak menyimpang dari tujuan asal iaitu untuk berdakwah.

"Selama saya bekerja di Kedah memang tidak banyak pendedahan media terhadap diri saya. Saya sendiri tidak merancang untuk membuat comeback sehinggalah saya berjumpa dengan pengurus saya sekarang.

"Terdapat 10 buah lagu dalam album terbaru yang berjudul Penyesalan yang kebanyakannya diciptakan oleh Dr. Nasuha dan Deen Production," kata Radzi

Bagi Radzi, dalam album Penyesalan kebanyakan lagu-lagu yang dimuatkan lebih bercorak ketuhanan dan keagamaan yang lebih dekat pada jiwanya kini.

Pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Radzi yakin peminat dapat menerimanya walaupun bukan sebagai penyanyi rock.

"Pada saya rock itu tidak salah tapi persepsi masyarakat sahaja yang membuatkan genre rock selalunya mendapat pandangan sinis daripada masyarakat.

"Prinsip saya mudah. Lirik ibarat ubat yang pahit. Manakala muzik pula gula-gula. Ia perlu beriringan untuk menjadikannya lebih baik dan mampu diterima oleh orang ramai.

"Saya dapat rasakan yang nyanyian saya lebih mantap memandangkan saya menggunakan teknik nyanyian taranum dan lebih baik daripada nyanyian saya bersama kumpulan Melissa dahulu," jelas anak kelahiran Kedah ini.

Akui Radzi, dia tidak dapat mengelak pandangan negatif orang ramai apabila kembali dengan album baru. Baginya semua orang mempunyai pandangan sendiri dan sukar untuk dirinya memuaskan hati semua pihak. - SY MUSSADDAD MAHDI

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_23.htm

Politeknik Nilai, N.Sembilan tiada CF?

Posted: 21 Jul 2011 06:51 PM PDT



Politeknik Nilai tiada CF
Aduan Rakyat Online
July 21st, 2011

Politeknik Nilai beroperasi (sewa) pada peringkat awal di Kompleks Perniagaan Kuarters KLIA, Nilai Negeri Sembilan sehingga awal bulan Julai 2011. Ini adalah politeknik yang agak kecil dimana kurus yg ditawarkan amat terhad. Tenaga pengajar dan kakitangan sokongannya juga terhad.

Apa yang amat mendukacitakan, Pengarah Politeknik telah menggunakan kuasa vetonya untuk memaksa operasi Politeknik Nilai dipindahkan ke kampus barunya di Kampung Labu Johnsan (LBJ) walaupun mendapat tentangan daripada kakitangan politeknik tersebut.

Kampus yang baru masih belum mendapat Sijil Menduduki (CF) dan masih ada kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan. Sudah tentu dalam keadaan pembinaan yg masih berjalan, tahap keselamatan pelajar dan kakitangan tidak dapat dijaminkan. Jika berlaku kejadian yang tidak diingini siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Yang peliknya, pejabat Pengarah Politeknik Nilai masih berada di kampus lama? kenapa beliau tidak berpindah sekali kalau tahap keselamatan terjamin?

Disamping itu, semasa kerja-kerja pemindahan dijalankan, kakitangan pengajar yang teruk berkemas kerana tidak wujudnya 'general workers'.

Baru-baru ini, kemasukan pelajar baru dan kelas telahpun bermula…kemudahan pejabat masih belum tersusun…semuanya masih dalam keadaan kelam kabut….apakah pengarah sedar akan permasalahan ini? Apakah kementerian sedar dan prihatin akan akan masalah ini? Mungkin kalau sudah terjadi sesuatu tragedi…baru sedar semua pihak…

By: ZALISMA

http://www.aduanrakyat.com.my/politeknik-nilai-tiada-cf

Apa yang tidak kena dengan Kolej Negeri di Seremban?

Posted: 21 Jul 2011 06:50 PM PDT



Setakat ini telah 3 aduan mengenai Kolej Negeri di Seremban tersiar dalam laman web Aduan Rakyat Online. Dan setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kolej Negeri mengenai kesahihan aduan berkenaan. Adakah Kolej Negeri ini milik kerajaan Negeri Sembilan? Jika ya, kerajaan negeri juga harus mengeluarkan kenyataan mengenai aduan yang tersiar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Laman web Kolej Negeri di http://www.kolejnegeri.edu.my/

KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 PENIPU!
Aduan Rakyat Online
May 23rd, 2011

Saya pelajar Kolej Negeri Seremban 2 nak adukan rasa tak puas hati. Selama 3 tahun kami ditipu. Ada kursus yang ditawarkan tidak diiktiraf MQA. Ada kawan kami yang terus berjumpa dengan pihak MQA untuk mendapatkan kepastian tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan kami. Kursus kami tidak pernah sekalipun membuat permohonan MQA. Apabila kami kemukakan hal ini ke pihak pengurusan kolej, mereka terus menafikan.

Kami juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan akhir atas alasan tidak membayar yuran pengajian. Yang hairannya, tindakan sebegini baru diambil berat pada semester lepas dan semester ini. Ramai yang diantara kami langsung tidak mengambil ujian 2. Kami taknak ia berlaku pada peperiksaan akhir.

Untuk pengetahuan encik kami mengambil kursus diploma dibawah kerjasama UTM. Kami diugut oleh ketua program kolej kami untuk menipu pada pihak UTM bahawa kami belajar disini dengan penuh sempurna, tidak ada sebarang masalah. Tetapi hakikatnya kami belajar di sebuah bangunan lama yang tiada kemudahan langsung yang diperlukan oleh semua student seperti perpustakaan, studio, kantin, unit kaunseling dan sebagainya.

Kami tinggal di asrama (rumah kedai) berasak-asak, kerana berpuluh orang tinggal di asrama yang sama. Selama ini kami bersabar kerana telah menghabiskan banyak wang disini tetapi apabila mengetahui ketiadaan MQA, kesabaran kami ibarat tercabar dan terasa tertipu.

Pensyarah yang mengajar selalu tiada, selalu bertukar-tukar, perkara yang diajar kadang-kadang tiada dalam silibus, ini telah membuatkan ramai pelajar merosot, pointer jatuh, pelajar ramai berhenti. Seorang pensyarah terpaksa mengajar sehingga 3-4 subjek.
Pihak kewangan juga enggan memberi kembali deposit asrama. Mereka hanya mengerah kami membayar tetapi kami tidak diperdulikan.Deposit kami langsung tidak diperdulikan. Kami bukan sedikit..kami ramai. kami sangat-sangat ditindas. Harap pihak encik dapat berikan kerjasama..janganlah hanya melihat warga MALAYSIA dijajah oleh warga MALAYSIA sendiri..bantulah merdekakan kami..

By: siti amiera http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2-penipu

PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
Aduan Rakyat Online
July 19th, 2011

Assalamualaikum..

Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka.

Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah..

Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini. Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya???

masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2….

tolonglah siasat aduan rakyat..kami bermohon!!

By: manusiaditindas http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-kolej-negeri-seremban-2-ditindas

KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2
Aduan Rakyat Online
April 13th, 2011

assalamualaikum,

saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga..

saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita


dengan bayaran yg x seberapa..saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima

pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana,

sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut…

saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma..

saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini..

By: shura http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 22 Jul 2011 07:33 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TAZKIRAH JUMAAT : AKHLAK TERPUJI

Posted: 21 Jul 2011 09:21 PM PDT

SAMAN KERAJAAN : PEMBANTU PERIBADI ANWAR

Posted: 21 Jul 2011 09:18 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 22 Jul 2011 03:52 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


BERSIH 2.0 : Pandangan rakyat

Posted: 21 Jul 2011 03:30 PM PDT

Adalah paling bahaya bilamana institusi penguatkuasaan dalam negara hilang integriti dan krediabialiti. Terbaru adalah pendedahan PDRM terhadap Himpunan BERSIH 2.0 yang memaparkan 'kekejaman' pendemo tanpa senjata, niat Tuntutan 8 Perkara telah dengan sengaja disalah ertikan sebagai 'tujuan menggulingkan kerajaan yang ada.

Bagi sesetengah orang yang rasional, desakan rakyat tidak 'meluap-luap' sebegini jika kerajaan atau pihak berkuasa yang ada jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Paling tidak kerajaan rakyat takut dengan rakyat. Sebaliknya kerajaan yang ada meremehkan rakyat. Walaupun sudah dihujahi, dianalisa, disokong dengan pandangan para cendakiawan, ahli politik, kerajaan tetap berdegil dan enggan tunduk dengan pandangan-pandangan bersifat untuk kebaikan bersama.

Kerajaan yang ada memperalatkan semua institusi yang ada termasuk PDRM untuk mengelapkan Himpunan 9 Julai sebagai himpunan ganas, mengundang kepada kekacauan, kumpulan gila kuasa dan tidak perlu disimpatikan.

Inilah paparan dan gambaran untuk memberi kecelaruan kepada rakyat terbanyak. Di samping dengan menggunakan taktik memujuk, meraih simpati dan mengkambinghitamkan BERSIH 2.0 adalah kumpulan pengkhianat negara.

Sementelahan pula kegagalan media arus perdana memberi laluan seimbang antara keduanya bagi rakyat menilai dan mendapat info secukupnya.

Kini, kebenaran terserlah sebelah siapa antara keduanya. Paling tidak rakyat teramai mendapat info maklumat daripada media-media alternatif berkembang bak cendawan tumbuh.

Justeru itu rakyat tidaklah selalu boleh dibohongi, janganlah pasukan keselamatan kita menjadi pasukan keselamatan kelas 3. Cukuplah jangan kita diperalatkan dan selalu menjadi alat. Inilah usaha BERSIH 2.0 adalah untuk membersihkan perkara-perkara seumpama ini.

Walaupun nampak sukar usaha ke arah penyuburan dan pembersihan perlu dan segera diusahakan.

Semarakkan Ramadhan Dengan Ibadat - Ust Mokhtar Senik

Posted: 21 Jul 2011 05:27 AM PDT


TEMERLOH: Imarahkan infak sempena Ramadhan, bersama-sama untuk mengejar tawaran ganjaran ALlah SWT.

Sebagai umat Islam kita berlumba-lumba mengejar pahala yang ALlah tawarkan kepada kita. Dalam masa yang sama kekuatan individu jika dipadukan dengan jemaah akan membina satu rantian ummah yang utuh.

Demikian saranan Al Fadil Ust Mokhtar Senik, selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, sempena ulama menyantuni kawasan menjelang Ramadhan.

Program pertemuan ini diadakan kepada semua petugas bagi menanam kesedaran ketibaan bulan yang istimewa kepada manusia setahun sekali ini.

Umno adalah Pengkhianat - Hashim Abdullah

Posted: 21 Jul 2011 05:10 AM PDT


MENTAKAB: PAS mengingatkan semua orang Melayu hendaklah sedar dan berani membuat perubahan mulai sekarang, jangan lah lagi percaya dengan memberi undi kepada Umno. Kerana Umno ternyata gagal untuk urustadbir negara apatah lagi mahu menjaga hak-hak orang Melayu.

Walaupun dalam masa yang sama mereka mendakwa berjuang kerana Melayu. Mereka juga mendakwa sebagai parti Melayu, ternyata semua itu bohong belaka. Sebagai contoh selepas merdeka simpanan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan penjajah kepada kaum bumi adalah seluas 3,000 juta hektar. Kini selepas 54 tahun mereka tanah simpanan melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.

Kenapa dan mengapa situasi ini berlaku, ke mana pergi jumlah tanah yang begitu besar gagal dipertahankan. Justeru itu, dulu dan kini yang berkuasa adalah Umno, maka merekalah yang wajar dipertanggungjawabkan. Ini juga adalah menandakan Umno yang khianati dan tidak amanah. Mereka habiskan tanah-tanah tersebut, mereka jual dan faraid tanah ini sesama kroni dan dijual kepada bukan Melayu.

Sewajarnya tanah rezab Melayu yang terjual terambil oleh kerajaan maka hendaklah diganti dengan nilai dan lokasi yang sama nilai dengan apa yang telah diambil.

Demikian penjelasan Sdr Hashim b Abdullah ketua penerangan PAS Temerloh semasa berceramah di Batu Kapor dekat sini kelmarin.

Turut hadir adalah Dr Zulkafley Ahmad MP Hulu Selangor, YDP Kawasan Hj Jusoh Darus, YB Syed Hamid Syed Mohammad Adun Kuala Semantan.


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 22 Jul 2011 03:38 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Bekas menteri: Najib perlu pastikan pilihan raya bersih, Bersih 2.0 ada asas

Posted: 22 Jul 2011 01:18 AM PDT

Sumber The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik," kata beliau.

"Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan," kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, "merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat."

"Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.

"Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan)," katanya.

Kata beliau, "sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya."

"Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.

"Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.

"Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki," katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat membanjiri ibu negara untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil yang turut disertai Pakatan Rakyat.

Amanah diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Ia juga membariskan beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.

Posted: 20 Jul 2011 11:56 PM PDT

Ceramah Pemuda




21hb Julai 2011

Khamis malam Jumaat

selepas isyak

Di PASTI Bukit Payong

(Berdekatan Sek.Keb.Bukit Payong)



Penceramah :



Ustaz Mohd Nor Hamzah

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu/

Adun Bukit Payong







Badrul Hisham Shaharin (CheGu Bard)
Ketua Cabang Keadilan Rembau







Ustaz Firdaus Jaafar

(Ahli Parlimen Jerai)


Dijemput hadir beramai-ramai

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 22 Jul 2011 03:34 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Video yang ditayang oleh PDRM sempena BERSIH 2.0

Posted: 21 Jul 2011 10:09 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan