Selasa, 19 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 18 Jul 2011 11:19 PM PDT

Peghelih La...


Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia, kata Hadi

Posted: 18 Jul 2011 01:00 AM PDT

AMPANG - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Baca selanjutnya laporan The Malaysian Insider
di sini >>>>

Idris Ahmad

Posted: 18 Jul 2011 11:13 PM PDT

Idris Ahmad


Tahniah 11 Doktor Tung Shin, Bertegas Polis Menembak Gas Pemedih Mata Dan Air Asid

Posted: 18 Jul 2011 05:56 AM PDT

Tahniah 11 Doktor Tung Shin, Bertegas Polis Menembak Gas Pemedih Mata Dan Air Asid

Idris  ahmad
18/7/11

Tahniah atas keberanian 11 doktor Tung Shin yang tidak berganjak daripada pendirian mereka mengatakan bahawa memang polis menembak gas pemedih mata dan air berasid ke pekarangan hospital pada himpunan Bersih 9 julai 2011. Walaupun pihak polis dan menteri cuba menafikan, namun mereka tetap bertegas memang polis melakukan. Mereka bersedia untuk memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa mengenai perkara tersebut

11 orang doktor terdiri daripada Dr Ng Kwee Boon, Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. Mereka juga hairan kenapa Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku, sedangkan mereka tidak berada di situ

Rakyat tertanya-tanya mana pergi Datuk Hishamudin Husin Onn, selaku Menteri Dalam Negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku,  selaku menteri yang menjaga hal ehwal kepolisan. Beliau tidak boleh melepaskan diri dengan tragedi 9 Julai 2011. Sikap tidak profesional polis dan keganasan polis sudah ditonton oleh dunia. Datuk Hishamudin mesti dipertanggungjawab, jangan beliau hanya berlagak dengan kuasanya sahaja untuk membuat ugutan kepada rakyat, tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengurus anak buahnya supaya bertindak secara profesional. Di dalam peperangan pun hospital dan mereka yang terlibat dalm paramedik dilindungi, sedangkan ini hanya himpunan aman, undang-undang mana Datuk Hishamudin ajar polis untuk bertindak sedemikian rupa.

Terdapat bukti bergambar yang dirakam memang berlaku di perkarangan hospital Tung Shin jalan Pudu, bukan hospital di Ghaza Plestin.


Filed under: Demontrasi

Salam Perjuangan

Posted: 18 Jul 2011 11:07 PM PDT

Salam Perjuangan


BELASUNGKAWA - DR. LO' LO, SEKADAR YANG SAYA KENALI

Posted: 18 Jul 2011 08:06 AM PDT

PAS CABAR 'PEJUANG ISLAM UMNO'

Posted: 17 Jul 2011 11:21 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 18 Jul 2011 09:46 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Suatu Coretan Buat Seorang Pejuang Muslimat Yang Telah Pergi - DRAZA

Posted: 18 Jul 2011 06:39 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 18 Jul 2011 09:41 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Lebih 2,000 iringi jenazah Dr. Lo' Lo'

Posted: 17 Jul 2011 11:54 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Jul 2011 09:37 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Penduduk mahu penjelasan

Posted: 18 Jul 2011 09:20 PM PDT



Sinar Harian 19 Julai 2011

SEREMBAN - Penduduk yang mendiami 69 rumah di Taman Desa Temiang dekat sini mendakwa bil elektrik mereka naik secara mendadak selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar meter, Februari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, semua penduduk terbabit keliru kerana mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai isu berkenaan.

"Saya pernah mencadangkan kepada pengurusan TNB Negeri Sembilan agar mereka turun padang memberi penerangan kepada penduduk dalam satu perjumpaan.

"Namun mereka memaklumkan keputusan hanya boleh dibuat oleh ibu pejabat TNB," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Temiang, dekat sini, semalam.

Menurutnya, ada antara penduduk yang dikenakan caj penggunaan elektrik sehingga dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Selain itu katanya, beberapa penduduk terkejut apabila melihat terdapat tunggakan pada bil mereka sedangkan semua bayaran telah dijelaskan.

"Masalah ini membebankan penduduk yang terlibat dan mereka berharap TNB menyemak semula pengiraan kadar penggunaan elektrik di setiap rumah.

"Sekiranya masih ada penduduk yang berdepan masalah serupa, mereka boleh menemui saya atau berhubung terus dengan TNB untuk mendapatkan penjelasan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim ketika dihubungi Sinar Harian berkata, hanya TNB yang boleh memberi penerangan lebih jelas terhadap isu berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan TNB Negeri Sembilan gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9348028.asp

Ceramah Melayu DAP 23 Jun 2011 Rantau, N.Sembilan

Posted: 18 Jul 2011 08:32 PM PDT



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Jun 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Pejabat DAP, Taman Ekar, Rantau, N.Sembilan

Bersama
1. Zairil Tan Sri Khir Johari (DAP)
2. YB Taufek (ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
3. YB Ravi (ADUN Port Dickson, PKR)
4. Subra, Ketua Penerangan Dewan Penyokong PAS
5. che'GuBard (Pengerusi SAMM)
6. Seorang Pegawai Tinggi Polis (berbangsa India) di Johor bergelar Datuk yang baru menyertai PAS

Semua Dijemput Hadir , Pertanyaan 012-3696474 Azizi

Zairil adalah merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang , Encik Lim Guan Eng. Blog beliau di http://zairil.wordpress.com/

Bersih Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik

Posted: 18 Jul 2011 08:03 PM PDT



Monday, July 18, 2011

Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.

Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil. Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal. Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil , seolah-olah kita minta teh, tetapi yang dibawanya kopi.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

http://idrisahmad.wordpress.com/2011/07/17/bersih-tuntut-dakwat-kekal-bukan-biometrik/

Masalah Air di Matrik Kuala Pilah sejak Zaman Pak Kaduk

Posted: 18 Jul 2011 08:00 PM PDT



Masalah Air di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Aduan Rakyat Online, July 18th, 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Saya mewakili para pelajar perempuan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap masalah air yang membelenggu kami, pelajar perempuan yang mendiami kolej kediaman Cendikia (blok C).

Kolej kediaman Cendikia merupakan kolej kediaman yang terletak paling jauh dari pusat pentadbiran dan dewan kuliah. Selain daripada perlu menghadapi kenyataan bahawa asrama kami merupakan asrama yang paling jauh, kami juga mengalami gangguan air yang teruk. Terdapat 4 blok iaitu C1, C2, C3 dan C4. Setiap blok dianggarkan terdapat lebih 150 pelajar perempuan.

Pada waktu ini, blok C1 sudah kehabisan air langsung, maka dengan itu, seramai lebih kurang 150 pelajar dari Blok C1 turun ke Blok C2 untuk memenuhi keperluan diri seperti mandi dan sebagainya. Oleh itu, ini menjadikan 300 orang pelajar mandi di satu blok yang sama kerana jarak antara Blok C1 dan Blok C2 adalah yang paling hampir berbanding blok-blok yang lain.

Hal ini menyebabkan Blok C2 juga kehabisan air dan perkara yang sama berlaku pada Blok C3. Oleh hal yang demikian, seramai lebih kurang 450 orang pelajar terpaksa berebut dan bersesak di Blok C4 untuk mandi. Malangnya, tandas di Blok C4 hanya terdapat sebanyak 8 buah sahaja.

Kami telah menyuarakan perkara ini kepada pihak kolej tetapi sekali lagi malang buat kami kerana tiada tindakan diambil oleh pihak kolej. Kata-kata yang kami terima hanyalah "memang dari zaman pak kaduk lagi macam ni". Mereka seolah-olah tidak ingin mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Oleh itu, kami terpaksa mengambil insiatif ini iaitu kami mengadu kepada Aduan Rakyat dengan harapan pihak Aduan Rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah kami di sini.

Kami berharap pihak Aduan Rakyat mengambil langkah terbaik bagi menyelesaikan hal ini. Hal ini kerana kami sudah buntu untuk mencari jalan bagi masalah kami ini.

Sekian. Terima kasih.

By: Anis Husna

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-kolej-matrikulasi-negeri-sembilan

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 18 Jul 2011 09:24 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Takziah Buat Keluarga Dr. Lo'lo'

Posted: 17 Jul 2011 09:58 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah merakam ucapan takziah atas pemergian AlLAHyarhamah Dr. Lo'lo' kelmarin. Semestinya pemergian ini merupakan satu kehilangan besar terhadap Keluarga beliau serta juga satu kehilangan besar buat penduduk serta pengundi di Kawasan Parlimen Titiwangsa tempat beliau berkhidmat.


Semoga pemergian ALLAHyarhamah Dr. Lo'lo' akan terus memberi semangat kepada semua penggerak jemaah agar terus istiqomah dalam perjuangan Islam sehingga ke akhir hayat sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh beliau. Semoga ALLAH menempatkan ALLAHyarhamah ditempat orang-orang yang memperjuangkan Agama ALLAH dan para syuhada'.

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 18 Jul 2011 09:09 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading


Al-Fatihah : Dr. Lo' Lo' yang saya kenali..

Posted: 18 Jul 2011 09:07 PM PDT


Oleh :Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: "Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut "Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

"Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

"Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat".

Itulah antara kandungan email beliau.

Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.
Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: "Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada".

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

Apabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:"Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama".

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: "mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

"Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno".

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: "Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

"Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno".

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

Dr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: "ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik".

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

Antara yang beliau kata; "Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana".

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

Kata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Mentobulat : Dr.Lo'Lo' telah melaksanakan tugasnya dan beliau adalah contoh hamba Allah yang terbaik, kita bagaimana?

PAS Kawasan Pekan

Posted: 18 Jul 2011 07:36 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


HARI KELUARGA PASTI AT TAUFIQ 2011

Posted: 18 Jul 2011 07:55 AM PDT

16 Julai 2011, Sabtu PASTI At Taufiq Pekan telah menganjurkan Hari Keluarga yang diadakan di Pantai Sepat, Penor Kuantan. Penyertaan Guru-guru, semua murid PASTI dan keluarga mereka berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta pada hari tersebut.

Seawal 7.45 pagi, semua pelajar PASTI dan ibu-bapa berkumpul diperkarangan Madrasah As Siddiq, Kg Pulau Serai Pekan. Sebuah bas disewa khas untuk membawa pelajar PASTI ke destinasi Hari Keluarga sedia menunggu dan ibu-bapa pelajar kebanyakan membawa kenderaan masing-masing untuk ke destinasi hari keluarga.

Tepat jam 8.30 pagi, rombongan peserta hari keluarga PASTI At Taufiq telah sampai ke Pantai Sepat dan disana beberapa Ahli Jawatankuasa penganjur telah sedia menunggu untuk menyambut ketibaan pelajar dan keluarga masing-masing.

Pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna, sukaneka kanak-kanak dan sekaneka ibu bapa pelajar telah berjaya menghidupkan program hari keluarga tersebut. Dengan bantuan saudara Isha Asmawi yang petah berjaya menceriakan suasana hari keluarga tersebut. Pertandingan sukaneka seperti boling kelapa, lari dalam guni, bola rotan dan tiup belon telah menjadikan pelajar dan ibu bapa seronok dan ceria.

Kebanyakan ibu bapa peserta sangat berpuas hati dengan program hari keluarga PASTI yang dianjurkan dan berharap usaha ini dapat diteruskan setiap tahun kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama Islam.

Program Hari Keluarga PASTI At Taufiq telah dirasmikan oleh Pengerusi PASTI Pekan yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pekan Sdr. Azizur bin Abdullah. Dalam ucapan perasmian, beliau sempat mengingatkan ibu-bapa tentang peri pentingnya mendidik anak-anak dengan didikan Islan sejak dari awal usia anak-anak. Sekolah pra yang diberi nama PASTI mampu menawarkan produk pendidikan Islam untuk anak-anak awal usia dan ini dapat dibuktikan apabila setiap tahun permintaan untuk memasuki PASTI sentiasa tinggi.

Institusi pra sekolah PASTI At Taufiq adalah dibawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan. Kejayaan Dewan Pemuda PAS mengendalikan 4 buah PASTI diseluruh Daerah Pekan patut diberi pujian.

Pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terima-kasih diatas penyertaan ibu-bapa pelajar PASTI pada program hari keluarga tersebut dan mengucapkan jutaan terima-kasih kepada AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan, Sdr. Syed Hasnol, Sdr. Naim, Sdr. Nazhar, Abang Wan Zainuddin, Abang Par kerana telah sama-sama menjayakan program Hari Keluarga PASTI At Taufiq.

Photo program untuk dikongsi bersama ;


PAS LENGGONG

Posted: 18 Jul 2011 07:33 PM PDT

PAS LENGGONG


Bongkar penyelewengan daftar undi SPR seterusnya

Posted: 17 Jul 2011 11:23 PM PDT

PUNYALAH banyak sangat bukti-bukti penyelewengan daftar undi di dalam database Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR sampai ReJaM© dah tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ini.

Satu lagi penyelewengan dibongkarkan selepas berpuluh penyelewengan yang sudah-sudah dikeluarkan sebelum ini. Kali ini, nampaknya pemegang kad pengenalan lama bernombor H0871728, memiliki dua nombor mykad (700420-12-5991 dan 700420-12-6003) dan dua nama yang hampir sama iaitu HOSNI BIN RAJA dan HUSNI BIN RAJA.

Apa yang paling penting, makhluk ini memiliki dua alamat yang berbeza yang membolehkannya untuk mengundi lebih dari satu kali pada pilihanraya umum nanti. Inilah yang dipanggil makhluk celaka, jadi kambing lagi baik!




Seperti biasa, untuk mengesahkan bahawa maklumat ini adalah maklumat yang benar, bukan rekaan MiLo SuaM, bukan cerita bohong, bukan hikayat dongeng, silalah ke website rasmi SPR dan semaklah sendiri klik sini [SPR].

Terlalu banyak bukti penyelewengan di dalam daftar undi SPR telah dibongkarkan. Jika SPR masih tak mahu menggunakan cap jari kekal seperti yang terdapat di dalam tuntutan BERSIH 2.0, bagi mengelakkan orang yang sama mengundi dua kali, maka BERSIH 3.0 wajib dilaksanakan! BN nak kata perhimpunan haram pergi mati sama dia

Kalau pakai dakwat kekal pastinya dia akan mengundi sekali sahaja.

Dr Lo' Lo

Posted: 17 Jul 2011 10:58 PM PDT

Oleh : Dr. Mujahid Yusof Rawa

Nama Dr Lo'Lo' agak sukar dilafazkan kerana ia berasal dari bahasa Arab yang bermakna permata mahal dari lautan. Jikalau dalam Bahasa Arab pun sebutannya susah disebut, tetapi bertentangan dengan tuan tubuh yang benama Lo'Lo' beliau seorang yang mudah dan senang bergaul.


Sifat ramah dan tamahnya sesekali sebagai ibu, kakak dan kawan membuatkan kita amat selesa berada dalam persahabatannya.Lo'Lo' tidak pernah mengecewakan permintaan rakan seperjuangannya dan selalu mendahulukan urusan parti dari kepentingan dirinya malah keluarganya sendiri. Selalu beliau bergurau dengan saya, tatkala saya membuat komplen terlalu sibuk dengan parti.

Dr Lo'Lo' menjawab awak takpalah muslimin (lelaki), saya muslimat terpaksa tinggalkan suami di rumah untuk urusan parti. Mendengar gurauan itu, ia benar-benar menyusup ke dada saya tentang kecekalan seorang sahabat dan seorang yang saya anggap kakak saya. Berita pemergiannya menyentap hati dan sanubari kerana suka duka kenangan seorang muslimat Pas yang bernama Dr Lo'Lo' Ghazali. Saya mula mengenali Dr Lo'Lo' semasa dalam kepimpinan pemuda dalam beberapa program parti.

Kakak saya Aida Binti Haji Yusof Rawa seorang aktivis muslimat memperkenalkan saya dengan Dr Lo'Lo, malah Dr Lo'Lo' pernah menghadiri perhimpunan keluarga kami bagi meraikan keluarga besar Haji Yusof Rawa. Beliau diberi ruang berucap dan memuju Haji Yusof Rawa sebagai mempunyai keluarga yang besar dan anak-anaknya mampu menghimpunkan seluruh keluarga. Kehadiran Dr Lo'Lo' dalam majlis kami hari itu cukup menyerikan dan saya masih terkenang itulah pertama kali saya mengenali beliau dengan cara dekat.

Mulai itu saya menjadi rakan seperjuangannya apatah lagi semasa berada bersama dlam AJK Pas Pusat. Banyak masa bersama Dr Lo'Lo' ialah semasa kempen PRK. Beliau akan senantiasa aktif berkempen secara agresif dan kadang-kadang tak terdaya saya mengejarnya. Selalu beliau akan mengejek saya secara berseloroh: "Macamana ni muslimin (lelaki) dah tak larat, kami muslimat boleh jalan lagi ni" kecuali PRK Bagan Pinang, langkahnya perlahan malah dilihat tercungap-cungap keletihan.

Walaupun saya dah biasa dengan Dr Lo'Lo' dalam siri-siri kempen, kali ini saya merasai Dr Lo'Lo' agak keletihan. Beliau menjawab, dia tak berapa sihat, malah dia cuma mampu berada sehari dua sahaja di Bagan Pinang. Saya merasa kekok bila Dr Lo'Lo' tidak hadir malah pernah menaliponnya, lalu dia menjawab tak berapa sihat.

Saya pernah bersama Dr Lo'Lo' bermusafir ke luar negara dalam rombongan ahli Parlimen ke Gaza sejurus setelah Gaza di tawan Israel. Semangatnya yang cekal untuk bersama 10 orang ahli Parlimen PAS memang mengkagumkan. Sepanjang perjalanan beliau nampak bersemangat walaupun kami terpaksa beberapa hari di perbatasan Mesir dalam kesejukan. Begitu juga terpaksa melalui jalan darat ke Jordan, Syria, Dr Lo'Lo' tetap bersemangat.

Sememangnya semangat Dr Lo'Lo' terhadap perjuangan Palestine memang kental, malah dalam perjalanan beliau membeli mafla bersimbolkan Palestine itu dan memberikannya setiap seorang. Selebihnya saya membeli 10 mafla Palestine untuk saya agih-agihkan pada sahabat-sahabat di Malaysia. Sambil dia mengemaskan saya mafla Palestine dia berseloroh lagi "tak dapat pergi Gaza pun, promosi mafla Hamas pun dah kira pahala tu".

Ada juga peristiwa lucu ketika kami tersadai di Lapangan Terbang Damaskus gara-gara imigresen yang melambat-lambatkan kami. Dr Hatta yang terkenal kerana gurauannya yang tak kira tempat, berseloroh dengan kami sambil kami duduk di lantai dewan ketibaan.

Kata Dr Hatta sambil menunjukkan tangannya: "Ini orang-orang gaji yang tak ada tuan yang nak ambil depa, yang ini (tunjuk kepada Dr Lo'Lo') mahal sikit sebab dia putih yang ini (tunjuk kepada Dr Maria) murah sikit sebab hitam . . ." Kami tertawa dengan gelagat Dr Hatta dan Dr Lo'Lo' menampakkan wajahnya kemerahan nak tergelak dan marah pun ada. Itulah telatah bersama Dr Lo'Lo' dalam bermusafir ke Mesir, Syria dan Jordan.

Dalam Parlimen Dr Lo'Lo' sebagai Ahli Dewan Rakyat Titiwangsa, sememangnya lantang dalam Parlimen khususnya dalam soal-soal menegakkan keadilan dan membela isu Kampong Baru yang hendak diperbadankan.

Saya masih ingat semasa kempen GMI atau Gerakan Mansuhkan ISA, Dr Lo'Lo' dilihat mengedar badge GMI di Parlimen termasuk kepada wakil rakyat BN. Apa lagi, marahlah mereka dalam dewan kerana sikap "persuasive" Dr Lo'Lo' berkempen. Termasuk ketegasan Dr Lo'Lo' ialah tentang rokok, saya masih ingat perdebatan hangat di dewan tentang penajaan syarikat tembakau dalam sukan bolasepak.

Dr Lo'Lo' bertegang leher dengan Ahli Dewan Rakyat Arau, Yb Ismail Kassim yang bertegas bahawa jika tidak ada penajaan syarikat tembakau maka sukan bolasepak khususnya akan bungkus. Dr Lo'Lo' tetap bertegas bahawa tidak ada bezanya penajaan sukan dan bahaya merokok.

Saya turut menyokong soal rokok ini di mana saya pernah mencadangkan supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa pengharaman rokok, Dr Lo'Lo' menyokong penuh saranan ini dan telah menjadi berita yang dipetik dalam hampir semua akhbar termasuk akhbar Cina.

Semasa sesi Parlimen terakhir baru-baru ini saya terkejut kerana diminta bertukar tempat dengan Dr Lo'Lo' yang asalnya berada di blok hadapan dan saya di blok belakang berjiranan dengan konsensus bebas. Kerana keuzuran, ADR Titiwangsa itu terpaksa berkerusi roda dan kerana itu perlu berada di blok belakang dan tempat saya menjadi pilihan menukar.

Saya dan saya yakin, ramai dari kalangan wakil rakyat Pakatan dan BN akan merindui suara lantang Dr Lo'Lo'. Saya yakin pengundi beliau juga akan merindui Dr Lo'Lo' khususnya kebajikan yang diusahakan.

Dalam parti Dr Lo'Lo' sememangnya sinonim dengan Lujnah Kebajikan dan tagline Kami Prihatin adalah usaha beliau yang menjadi slogan kebajikan Pas. Termasuk usaha Dr Lo'Lo' ialah memberi makan kepada warga Chow Kit dan usaha itu terus dijalankan hingga hari ini. Dr Lo'Lo' juga cuba untuk memastikan isu wanita menjadi inklusif dalam ruang ligar perjuangan Pas dan sikap keterbukaan Dr Lo'Lo' amat disenangi oleh semua pihak khususnya dalam advokasi hak-hak wanita di Malaysia dan dunia secara umumnya.

Saya menulis ketika berita Dr Lo'Lo' meninggal dunia tersebar luas dan saya mahu menjadi orang yang pertama mendapat penghargaan menulis tentang Serikandi ini. Mungkin saya tidak mengenali Dr Lo'Lo' sepenuhnya tetapi saya yakin tidak ada siapa yang akan mempertikaikan jikalau saya mengatakan Dr Lo'Lo' adalah permata dari lautan yang mahal nilainya untuk perjuangan ini. Ramai yang mempunyai nama yang hebat tapi tak ramai yang boleh hidup atas nama masing-masing. Al Fatihah buat Dr Lo'Lo'.

Perginya Dr Lo Lo

Posted: 17 Jul 2011 10:49 PM PDT

‎"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari i

PAS Kawasan Miri

Posted: 18 Jul 2011 07:13 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Nasib Ibu Tunggal Yang Mengidap Penyakit Buah Pinggang

Posted: 18 Jul 2011 06:52 PM PDT



Ibu Tunggal Mohon Bantuan
Lahai Jau yang mengidap penyakit buah pinggang

Susulan daripada lawatan sambil menyumbang kepada penduduk setinggan di Pujut 3 bersama Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Miri berapa hari yang lalu, PAS Miri sekali lagi berkunjung ke rumah sebuah keluarga yang memerlukan bantuan. PAS Miri telah melawat ke rumah Rebecca Ajang anak Lahai Jau di pujut 3 untuk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan penderitaan Lahai Jau (ibu Rebecca) yang mengidap masalah buah pinggang seperti yang tersebut dalam surat rayuan beliau. Menurut Rebecca, ibu beliau sudah lama mengidap masalah buah pinggang dan setiap 3 kali seminggu mereka terpaksa berbelanja sebanyak seratus lima puluh ringgit (RM150.00) setiap kali melakukan dialysis di Bulan Sabit Merah Miri. Mereka juga pernah memohon bantuan daripada kebajikan masyarakat namun belum dapat bantuan yang sepatutnya. Rebeca adalah ibu tunggal dan tinggal bersama ibu dan juga dua orang anaknya. Mereka juga hanya bergantung hidup dengan bekerja sendiri. Pendapatan yang tidak seberapa dengan menanggung kos dialysis sudah tentu menyukarkan lagi keadaan kehidupan mereka seharian.


YDP PAS Miri sedang menyampaikan bantuan kepada Ibu Rebecca

Mohon Bantuan Segera
Mereka merayu dan memohon kepada orang ramai dan sesiapa yang sudi menolong meringankan bebanan mereka boleh berhubung terus dengan Rebecca Ajang di talian 0198915991 atau salurkan bantuan terus ke Bank Account beliau seperti tersebut dibawah.
Public Bank Account : 4-5745987-18

PAS Miri Perihatin
Rombongan PAS Miri berbincang dengan keluarga Rebecca

PAS Miri sangat simpati dengan masalah mereka dan menyeru pihak yang berkenaan agar memberi perhatian dan bantuan segera kepada semua kaum yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS akan mengamalkan konsep ke arah Negara berkebajikan untuk semua sekiranya diberi peluang memerintah Negara ini. PAS untuk semua.

English version
Single Mothers Needs Helps
Pic1. Jau Lahai suffering from kidney disease
Following the visits contributed to the squatters in Pujut 3 together with Datuk Sri President of PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang in Miri few days ago, PAS Miri again visited a family in need. PAS Miri visited the home of Rebecca Ajang the daughter of Lahai Jau in Pujut 3 to provide some contribution to ease the suffering of Lahai Jau (Rebecca mother) who is suffering from kidney problems as mentioned in her appeal letter. According to Rebecca, her mother had been suffering from kidney problems long time ago and they had to go three times a week and spend a hundred fifty ringgits (RM150.00) each time to do dialysis at the Miri Red Crescent Society. They also seek help from welfare but no respond as it should be. Rebecca is a single mother and lived with her mother and her two children. They are also only dependent on the self-employed. The low income which is not expected to bear the cost of dialysis would complicate their everyday lives matter.

Pic2. PAS Miri chief give contribution to Rebecca mother
Needs Help
They pleaded and appeal to the public and anyone who willing to help lessen the burden they may communicate directly with Rebecca Ajang in line 0198915991 or donations directly to her bank account as mentioned below.

Public Bank Account: 4-5745987-18

PAS Miri Cognizant
Pic3. PAS Miri delegation discussed with the family of Rebecca
Miri PAS is sympathetic to their plight and urged the parties concerned to pay attention and take immediate relief to all those who need help regardless of race, religion and political affiliation. PAS will be implementing the concept to the National welfare for all if given a chance to rule the country. PAS for all.

Penduduk Setinggan Pujut 3 Dapat Sumbangan Dari PAS Miri

Posted: 18 Jul 2011 12:37 AM PDT

Pegawai E-kasih gagal jejak golongan miskin tegar di Bandaraya Miri

Penduduk setinggan Pujut Tiga di Sungai Adong berebut-rebut mengambil bungkusan makanan pemberian PAS.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyampaikan bungkusan kepada salah seorang penerima.

Dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula.. itu saja dari Presiden PAS.





SUNGAI ADONG – Dengan pemberian hanya dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula, penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan setinggan di sepanjang Sungai Adong, Pujut 3 begitu gembira menyambut kunjungan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Asong Dungau menjinjing bungkusan yang mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.



Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PAS, Dato Sri Abdul Hadi Awang. Hadir sama Ketua PAS Miri, Jofri Jaraiee dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PAS bukan Islam, Madelline Len.


Seramai 134 penerima didaftarkan untuk menerima bantuan tersebut, namun sebahagian daripada mereka begitu teruja sehingga sanggup berebut-rebut mendapatkan bungkusan itu yang disimpan di atas ruangan penyimpanan barang kenderaan pacuan empat roda.
Beberapa penerima yang kebanyakan golongan warga emas dan suri rumah ketika ditemui memberitahu, mereka berasa terharu dengan pemberian tersebut dan tidak menyangka akan diberi mee hon, minyak masak dan gula memandangkan sebelum ini pernah mendapat bantuan yang sama.
Asong Dungau, 76, dari Long Moh, Baram ketika ditemui berkata, bantuan itu amat bernilai bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti mereka.
"Saya pernah meminta bantuan E-Kasih namun tidak berhasil. Saya juga tidak mendapat bantuan beras untuk golongan miskin tegar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, walaupun saya patut menerima," katanya sambil menjinjing tiga buah beg mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.
Paya Jau, 77, dari Long Anyat, Baram pula menambah, setakat ini sudah dua kali PAS memberikan bantuan makanan kepada penduduk setinggan di situ.
"Kami berharap kerajaan dapat memberikan bantuan dan lebih prihatin dengan keadaan kami di sini yang begitu miskin dan daif," katanya yang sudah lebih 30 tahun menetap di kawasan setinggan itu.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 18 Jul 2011 03:35 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


PASTI PJU Bawa Pelajar Melawat Pusat Gajah Kuala Gandah dan Deerland Park di Lanchang

Posted: 18 Jul 2011 10:37 AM PDT

17 Julai 2011, Lanchang - Pelajar2 6 tahun Pasti Petaling Jaya Utara berkesempatan melihat secara dekat haiwan gajah, rusa dan haiwan lain.
Mereka kelihatan sangat gembira apabila dapat memberi makan sendiri kepada haiwan2 tersebut.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 18 Jul 2011 03:21 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PROGRAM PAS WANGSA MAJU BERSAMA DATO' TUAN IBRAHIM

Posted: 18 Jul 2011 10:21 AM PDT

 Pada tanggal 18 Julai 2011, Pas Kawasan Wangsa Maju telah menganjurkan program sempena perasmian penubuhan Pas CAwangan Kawasan 12 Taman Melati. Program yang diandakan di Dewan Aktiviti Taman Melati telah mengundang YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua Penerangan Pas Pusat.

 
 Sementara menunggu kehadiran YBhg Dato'...para hadirin disajikan dengan video 'kemesraan polis' semasa himpunan Bersih 2.0 baru-baru ini...

 Para hadirin turut memenuhkan ruang luar dewan tersebut... dianggarkan sekitar 100 orang hadir pada majlis ini...
 Majlis dimulakan dengan utama oleh YBhg YDP Pas Kawasan Wangsa Maju Dr. Rainey
 Turut kelihatan golongan orang kelainan utama pada majlis tersebut... alhamdulillah...
 Majlis juga turut meraikan 5 ahli Pas Wangsa Maju yang telah ditahan polis pada perhimpuan Bersih baru-baru ini...
 Disamping itu juga, majlis penyerahan tabung buluh yang disempurnakan oleh YBhg Dato' kepada wakil-wakil cawangan Pas Wangsa Maju


 Tidak ketinggalan Ketua Pemuda Pas Wangsa Maju,Ust Abduh yang bersama-sama menyerahkan tabung buluh kepada YBhg Dato'
 YBhg Dato' menyampaikan ceramah walaupun jam telah menunjukkan jam 11 malam
Gulai 2 ekor kambing yang masih 'panas' menanti para hadirin yang hadir bagi menjayakan program tersebut

 ... tak ingat anak bini dah bile dapat makan kambing... baik punyeeee (dafi)
.... terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut... Takbir!!!

(LENSA DPPWM) : PENGHORMATAN BUAT SRIKANDI DR. LO' LO'

Posted: 18 Jul 2011 03:45 AM PDT

 YB Azmn Ali serta isterinya
 .... set jahhak...
 YB Salahuddin Ayub


 .... YDP Wangsa Maju, DR Rainey
 Kire-kire 300 muslimat turut menunaikan solat buat Allahyarhamah Dr. Lo' Lo'

 ... kelihatan YB DS Anwar Ibrahim...



 Turut kelihatan YBhg Tuan Ibrahim Tuan Man



.... nie org 'kuat' unit amal wilayah....

Salam Takziah Dr Lo'Lo

Posted: 18 Jul 2011 03:25 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan takziah kepada keluarga YB Dr Hajjah Lo'Lo' Binti Dato Hj Ghazali yang kembali kerahmatullah pada 10.15 malam tadi.
Dewan Pemuda PAS kawasan Wangsa Maju juga mendoakan Allahyarhamah sentiasa dalam limpahan keampunan serta mendoakan keluarga Allahyarhamah akan diganjarkan dengan gantian nikmat
dan rahmat yang lebih dari setimpal di atas kehilangan ini. Kami juga berkongsi kesedihan selama anda sekalian merasai kehilangannya.

Wallah Hu A'lam

Mahadzir Bin Abdul Rani
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS kawasan Wangsa Maju

Steady lah Man Bersih

Posted: 18 Jul 2011 03:21 AM PDT

MESTI TENGOK - Dia 'harimau' bro ! editor Berita Harian boleh sasau sekarang !


Ini video bikin editor Berita Harian boleh sasau bro ! Sasau berat..bukan ringan-ringan punya. Empunya badan sudah bunyi bro..dengar apa dia cakap ! Patutlah 2-3 anggota FRU fikir 2-3 kali nak rapat, bodi sasa giler bro !

Lepas solat jenazah di masjid tadi, wak bukak jer fb..ada mesej dari sahabat (Firdaus Nasir) dari Pahang sudah sent ini video kat wak. Jom layan..!

3 TAHUN DR' LO' LO DISEGANI KAWAN & LAWAN

Posted: 18 Jul 2011 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Sejak berita kematian muncul lewat malam tadi, mesej menerusi Twitter tidak putus-putus dihantar oleh pelbagai pihak, tidak kira fahaman politik.

Meskipun Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali merupakan wakil rakyat kerusi Parlimen Titiwangsa dari PAS, namun mesej mengucapkan takziah turut diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Salah seorang daripada mereka, Datuk Saifuddin Abdullah yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno antara lain menyifatkan Dr Lo' Lo' sebagai "antara MP wanita yg bersuara, bernas di Dewan Rakyat. Al-Fatihah."

Berita kematian beliau juga menarik perhatian Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, yang turut mengucapkan takziah sambil berkata sumbangan dan jasa Dr Lo' Lo' akan sentiasa dikenang.

Wakil rakyat BN dari Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud dalam laman Twitter berkata Dr Lo' Lo' merupakan seorang "pemimpin yang baik selain berpidato secara berhemah (di Dewan Rakayt) dan bertanggungjawab."

Beliau juga berkata Dr Lo' Lo' merupakan kenalannya dan pemergian bekas timbalan ketua Dewan Muslimat PAS itu amat dirasai.

Selain itu, dalam satu laman Twitter yang dinamakan "premesh" berkata, Dr Lo' Lo' merupakan antara individu yang memainkan peranan besar untuk membolehkan wanita bertanding dalam pilihan raya mewakili PAS.

Allahyarhamah merupakan antara dua wakil rakyat daripada kalangan doktor, memenangi pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Namun bagi Pakatan Rakyat terutamanya PAS, pemergian Dr Lo' Lo' merupakan satu kehilangan besar sambil menyifatkan wakil rakyat penggal pertama itu sebagai "sebutir permata yang sangat bernilai dan tidak boleh diganti."

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Dr Lo' Lo' merupakan seorang individu yang tegas, tabah dan cekal dalam perjuangan terutamanya yang melibatkan kebajikan rakyat.

"Kematian beliau (Dr Lo' Lo') adalah satu kehilangan yang cukup besar kepada PAS terutamanya Dewan Muslimat kerana beliau diibaratkan sebagai permata yang cukup berharga dan seorang pejuang yang cukup tegas dan gigih.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan juga kepada rakyat di (Parlimen) Titiwangsa kerana kehilangan pemimpin yang disegani," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Dr Lo' Lo' di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.

"Sepanjang persahabatan saya, beliau adalah seorang pemimpin yang baik, tegas, berdisiplin dan sentiasa menghadapi cabaran dengan hati terbuka.

"Beliau adalah pemimpin yang sentiasa memperjuangkan hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat... beliau juga ada berpesan supaya meneruskan mana-mana perjuangan yang belum selesai terutamanya isu Kampung Baru yang diperjuang beliau selama ini," kata Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga exco Dewan Muslimat PAS Dr Halimah Ali berkata, Dr Lo' Lo' adalah seorang pemimpin yang teguh berpegang kepada prinsip perjuangan demi rakyat.

"Bagi saya beliau adalah seorang pemimpin yang berprinsip, beliau bukan pemimpin yang hanya tahu bercakap, tapi beliau adalah pemimpin yang bercakap atas dasar fakta dan apa yang beliau mahu katakan akan dikaji terlebih dahulu.

"Beliau bukan sahaja boleh diibaratkan sebagai sebutir permata tetapi seorang pejuang yang berilmu, apa yang beliau lakukan adalah demi rakyat bahkan semasa sakit pun beliau tetap gagahkan diri untuk bersama dengan rakyat," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pemergian Dr Lo' Lo' akan terus dikenang, bukan sahaja pengorbanannya, malah leterannya diibarat sebagai "seorang ibu" dalam menjalankan tugasnya akan terus dirindui.

"Bukan hanya penduduk Titiwangsa, ahli dan penyokong PAS dan gagasan Pakatan Rakyat yang terasa kehilangan satu permata, tetapi saya selaku sahabat ahli Parlimen, masih terasa kata-kata rangsangan, nasihat dan motivasi yang disampaikan arwah dalam bentuk leteran.

"Beliau tampil dalam memberi khidmatnya seperti seorang ibu kepada anak-anak (rakyat) dalam bentuk leteran kerana bagi saya leteran itu sangat bermakna untuk kita bekerja lebih kuat," katanya.

"Ia adalah satu kehilangan besar dan jasa beliau kepada parti dan masyarakat akan terus dikenang, malah perjuangan beliau dalam isu tanah Kampung Baru akan terus kami perjuangkan," katanya.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sumbangan Dr Lo' Lo' kepada parti dan rakyat akan terus diperjuangan parti Islam itu.

"Saya merasakan satu kehilangan besar kerana jasa dan perkhidmatan beliau, malah sumbangan beliau ini akan dikenang sepanjang zaman.

"Beliau seperti sebutir permata yang berharga, beliau juga seorang pemimpin yang tegas, berpegang kepada prinsip dan sentiasa kental dalam memperjuangkan nasib rakyat walaupun berada dalam keadaan tidak sihat," katanya.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya ke atas kawasan Parlimen Tititwangsa yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Menurut Ahli Parlimen Subang dari PKR Sivarasa Rasiah, beliau memahami penderitaan yang dihadapi Dr Lo' Lo' kerana turut menderita kanser lebih 10 tahun lalu.

"Bila saya mendapat tahu mengenai kematian beliau, saya rasa sangat sedih kerana saya dan beliau ada persamaan... saya juga pernah menderita kanser lebih 10 tahun lalu tapi kanser yang dihadapi beliau lebih teruk.

"Dr Lo' Lo' adalah seorang pemimpin yang dihormati di Parlimen, beliau bukan sahaja dihormati pimpinan Pakatan Rakyat tetapi Barisan Nasional (BN) juga," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kematian Dr Lo' Lo' merupakan satu kehilangan besar kepada penduduk di Kampung Baru.

"Selama ini beliau memperjuangkan isu Kampung Baru dan ia satu kehilangan yang besar kepada kami.
"Beliau juga antara pemimpin yang lantang bersuara di Parlimen," katanya.

Pearl Doc: Allah lebih menyanyangimu

Posted: 17 Jul 2011 11:21 PM PDT

Sesudah Subuh - Balesungkawa

Dr Lo' Lo': Mutiara Yang Tidak Akan Hilang Sinarnya
Oleh MSO
Dr LO' LO' binti Mohd Ghazali adalah satu nama besar dalam Pas. Meskipun kedudukannya dalam parti Islam itu khususnya dalam Dewan Muslimat bukan ditempat teratas, tetapi dewan itu seakan sinonim dengan namanya, Dr Lo' Lo'. Nama ini mula disebut dalam Pas sekitar tahun 90-an dan mulai mewangi pada awal akhir tahun 90-an. Kelopak perjuangannya mula berkembang dan disedari tatkala meletusnya era reformasi.

Era reformasi menerjahkan namanya ke tengah-tengah gelanggang. Era ini menguji kekuatan mental dan ketabahan feminis beliau sebagai seorang pejuang. Orangnya bertubuh kecil molek, berwarna putih kuning menjadi sekuntum bunga di dalam Pas. Kelihatan manja tetapi tegas. Ia menjadi daya tarikan, istimewa kepada anak-anak muda terutamanya kaum wanita. Kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan (profesional) telah memberi rangsangan kepada anak-anak muda lain untuk menuruti jejak langkahnya menyimbah peluh di padang perjuangan.

Kesungguhnya beliau berjuang dalam Pas, menjadi aktivis muslimat Pas yang gigih, tekun dan membawa Pas keluar dari kepompong muslimat pingitan sebelum ini ke jalan baru tidak boleh dialpakan. Beliau telah merintis membuka ruang lebih luas dalam Pas untuk kaum hawa mengibarkan panji Islam, duduk tinggi atau memberi pengorbanan sama besar dengan lelaki bersama rakan-rakan lain, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf dan lain-lain.

Sepanjang hayatnya beliau mendominasi dalam bidang kebajikan terutamanya dalam aspek kesihatan sesuai dengan kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan. Jika tidak silap saya Dr Lo' Lo' juga pernah ikut sama memberi bantuan kemanusiaan, rawatan dan perubatan dalam tragedi gempa bumi di Yogjakarta tahun 2006.

Pada pilihan raya umum ke-11 (2004) beliau diberikan tanggungjawab oleh Pas bertanding di Parlimen Bukit Gantang, Perak tetapi tewas. Ketewasan itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya. Malahan kekalahan kali pertama itu menjadi perangsang untuk beliau terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Kekalahan dan pengalaman pertama itu mengajar beliau erti perjuangan menerusi berpilihan raya.

Siapa percaya pada tahun 2008, beliau seorang wanita yang lemah lembut boleh menang di sebuah kerusi bandaraya yang mempunyai berbagai lapisan masyarakat. Dr Lo' Lo' mengalahkan calon BN, Jamaluddin Aziz di kerusi Titiwangsa dengan majoriti 1,972. Kemenangan itu meletakkan namanya sebagai ahli Parlimen wanita pertama daripada Pas yang menang untuk mana-mana kerusi dalam Wilayah Persekutuan. Satu sejarah.

Nama yang sememangnya sudah bercahaya kerana Lo' Lo' itu sendiri bermaksud mutiara atau permata cepat mengharumkan Dr Lo' Lo'. Kerajinannya mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen menjadikan beliau popular dan disanjungi kawan dan lawan kerana komitmennya kepada tanggungjawab dan amanah. Isu-isu yang diambil bahagian ialah mengenai hak wanita dan juga isu-isu mengenai kepentingan Islam dan kebajikan insan.

Sebagai wakil rakyat wanita beliau tidak terelak terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah politik yang dilakukan lelaki. Lo' Lo' tidak dikecualikan atas persoalan gender. Kawasan Titiwangsa adalah pernah dimiliki oleh Sulaiman Mohamad, seorang politician Melayu yang dikenali sebagai samseng kampung dusun. Walaupun Sulaiman tidak lagi menjadi penghulu di situ namun Dr Lo' Lo' tetap menghadapi cabaran dan sindiran yang diwarisi dari Sulaiman yang diteruskan oleh penguasa Umno seterusnya.

Sekali lagi serangan dan kritikan terhadapnya selaku wakil rakyat oleh Umno tidak menjadi kudis gatal. Kemunculan Menteri Wilayah Baru Raja Nong Chik yang beriya untuk merampas Kampung Baru yang perlahan-lahan telah bertukar menjadi kubu untuk Pakatan Rakyat dan cuba merombak sokongan kepada Dr Lo' Lo' merupakan cabaran terhebat buatnya. Dr Lo' Lo' pernah dipersendakan oleh Raja Nong Chik kerana beliau seorang perempuan. Kalau tidak silap Dr Lo' Lo' pernah meminta Nong Chik meminta maaf kepadanya atas satu perbuatan Nong Chik yang kurang tamadun.

Keberaniannnya juga terserlah. Beliau mencabar untuk bersekemuka dengan sesiapa saja demi kebenaran dan keadilan untuk rakyat. Dalam berdepan dengan isu rampasan Kampung Baru beliau ke hadapan. Perjuanganya menjaga hak warisan orang Melayu Kampung Baru diperjuangkan sampai ke denyut-denyut nafas terakhir. Dalam keadaan beliau sudah sakit di mana seharus rakyat dilupakan namun beliau masih membela dan mempertahankan hak rakyat Kampung Baru. Beliau tidak rela Umno menzalimi penduduk Kampung Baru.

Penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) pada sidang Parlimen Mac lalu sesuatu yang menggembirakan beliau. Penangguhan itu sedikit sebanyak adalah kerana kelancangan beliau menentang agenda berstrategi Umno itu. Dr Lo' Lo' tidak habis-habis memberi peringatan agar agenda untuk membangunkan Kampung Baru biarlah dilakukan secara adil dan hak orang Melayu di situ terbela selamanya.

Ternyata iltizam beliau kepada tanggungjawab dan amanah parti itu tidak pernah diabaikan. Walaupun beliau tidak dapat menyuarakan kepada Parlimen kerana dihalang kanser namun beliau tidak berputus asa. Jalan lain dicari bagi menyampaikan isi hatinya. Rakan-rakan seperjuangnya senantiasa membantu dan mewakili beliau bagi menyampai apakah yang tersekang di dadanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub pernah diwakilkan untuk menyampaikan ucapannya di Parlimen.

Meneliti dan mengimbau sejarah perjuangan dan keulitan serikandi ini, benarlah apa yang diungkapkan oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya; Dr Lo' Lo' adalah seorang mujahidah yang istiqamah di dalam perjuangan.

Mengapa tidak seperti dikatakan tadi beliau tidak mudah berputus asa dan berwalang durjana demi memastikan perjuangan partinya tegak di atas muka bumi ini. Selain itu beliau juga seorang yang rajin, ada masanya melebihi pejuang lelaki sendiri.

Saya ada secebis pengalaman dalam hal ini, melihat sendiri bagaimana rajin dan seriusnya beliau dalam perjuangan pada berkempen pilihan raya kecil bagi memastikan calon Pakatan Rakyat. Semasa berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh yang melibatkan pertandingan Anwar Ibrahim, Dr Lo' Lo' adalah seorang tenaga kempen utama. Bagi memastikan kemenangan Anwar beliau telah turun naik ke pejabat-pejabat kerajaan untuk memberi risalah dan mendekati pengundi.

Beliau ada menceritakan bagaimana beliau dihalau keluar dari pejabat tetapi tidak diendahkannya. Hak demokrasi dan kebebasan bersuara dipergunakan seterusnya. Beliau memberi tahu ada kalanya beliau terpaksa bertengkar dengan kakitangan pejabat sebelum dapat meninggalkan risalah. Selamba saja beliau memberi tahu apa yang berlaku ke atasnya.

Pada pilihan raya kecil itu beliau juga turut sama mendekati para peniaga di sebuah pasar. Beliau melalui dari lorong ke lorong menemui segenap penjual di dalam pasar berkenaan. Sambil bertanya khabar beliau menghulurkan risalah kepada para peniaga. Cara diplomasi yang tinggi dan lemah lembut menyebabkan para peniaga senang menerima kunjungannya. Ini terbukti bila mana ada peniaga yang membelanjakan beliau dan rombongan untuk minum.

Demikian juga pada siri-siri kempen pilihan raya kecil lain atau acara refomasi. Wajah dan kelibat beliau akan senatiasa sahaja ternampak. Mengingati akan kerajinan beliau dalam membantu rakan dan memastikan kemenangan, teringatlah saya kepada seorang lagi ahli Parlimen yang seingat saya tidak pernah miss menjadi host kempen pada pilihan raya kecil. Orang yang saya maksudkan itu adalah Dr Mohd Hatta Ramli. Kalau dalam lelaki Pas ada Hatta yang rajin, komited maka dalam muslimat Pas ada Dr Lo' Lo' yang ulit dan tidak mengenang letih dan istiqamah.

Semalam jam 10:15 minit 15 Syaaban 1432 bersamaan 17 Julai 2011 dalam usia 54 tahun permata Pas yang bergemilang memancar sinar itu sudah pun tiada lagi. Dia sudah dipanggil pulang ke pangkuan penciptaannya untuk selamanya. Pas dan kita semua hanya diberikan pinjam sekejap saja permata penuh berazimat itu. Demikian takdir Allah, kita kena pasrah.

Namun sinar yang pernah hadir dan memberi cahaya kepada kita tetap akan terlekat kejap di sanubari. Kewujudannya ia bersama kita sebagai menandakan bahawa kita pernah bersama dalam mengibarkan panji-panji kebenaran ini dan selorong menuju ke mardtillah, insyaAllah.

Kalau kita semua benar sayang dan mengkagumi ratu jihad ini, ayuh.. terus kibarkan panji-panji ini yang ditinggalkan kerana ia akan meneduhkan rajuna itu di ambang Syurga. Penerusan perjuangan adalah doa kudus untuk Allahyarham. Al Fatihah. [wm.kl. 6:02 am 18/07/11]

Catatan Tengah Malam

Dr Lo' Lo' Kembali Ke Rahmatullah

AKHIRNYA debaran kebimbangan mengenai keadaan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Dato' Mohamad Ghazali yang dalam keadaan kritikal sejak beberapa hari lalu terjawab dan berakhir juga. Tepat jam 10:56 malam ketika sedang santai di kopitiam bersama seorang kawan tiba-tiba masuk satu email ke dalam telefon mengkhabarkan Dr Lo' Lo' telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 10:15 malam. Allahyarham telah menutup kitab hidupnya dalam usia 54.

Tangan saya jadi menggeletar ketika memutar tumbol telefon untuk membaca pesanan yang dimuatkan dalam email berkenaan. Pengirimnya bernama Wan Mohd Azli Wan Ahmad.

Sumber yang baru diterima itu jelas dan sahih. Ia bukan lagi berita palsu dan fitnah yang ditaburkan sepanjang pagi tadi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berhati haiwan.

Pagi tadi beberapa bloger yang tidak bertanggungjawab atau pun twist yang kurang berhati-hati telah melaporkan yang Dr Lo' Lo' sudah kembali ke Rahmatullah sedang saat itu Dr Lo' Lo' masih bertarung dengan maut dan bernafas.

Nasib baik saya dapat menhubungi Dr Mohd Hatta Ramli untuk mengetahi keadaan sebenarnya. Setahu saya Dr Hatta adalan di antara orang yang perihati mengenai keadaan Dr Lo' Lo' dan beliau adalah di antara pemimpin Pas yang paling akhir menziarahi Dr Lo' Lo'.

Maklumat dari Dr Hatta saya muatkan dalam blog dan sekaligus membatalkan laporan palsu mengatakan Dr Lo' Lo' sudah tiada lebih awal dari waktu yang ditetapkan Khalidnya.

Berkali-kali saya membaca pesanan menerusi email dari Wan Mohd Azli itu. Saya berharap ianya palsu lagi kali ini. Biarlah Dr Lo' Lo' masih bersama kita bagi meneruskan perjuangan yang masih panjang yang baru dimulai olehnya. Walaupun beliau sudah nazak tetapi harapan tetap berbunga di hati untuk melihat Dr Lo' Lo' terus bersama kita semua.

Saya cuba menghubungi beberapa pemimpin Pas. Sekali lagi Dr Hatta yang berjaya dihubungi. Beliau masih dalam majlis (retreat) bersama pemimpin Pas, khabarnya diadakan di Ampang. "Dr betulkah Dr Lo' Lo' sudah tiada?" tanya saya dalam nada pelahan dan mengharap jawaban tidak. 'Iya..." jawabnya pendek.

Jawaban Dr Hatta yang pendek dan padat itu cukup kejam meragut jiwa saya. Ia bagaikan kilat dan pelakar yang memancar membakar seluruh indera saya. Harapan saya untuk melihat Dr Lo' Lo' bersama meneruskan perjuangan sudah tiada lagi. Dia telah dibawah pulang ke penciptanya.

Berpandukan kepada maklumat email itu yangf memberi tahu jenazah akan dibawah ke masjid al Aqram saya cuba menghubungi beberapa orang kawan untuk membawa saya ke Masjid Al Aqram di Dato' Keramat. Saudara Rushdan Mustafa yang sering menjadi 'driver' peribadi saya kebetulan dalam perjalanan ke Petaling Jaya. Mengenangkan dia dalam perjalanan saya tidak memaklumkan kepadanya dan terpaksa mencari kawan lain.

Nasib baik saudara Zulaimin Kazin, taukeh Kopi Janda dapat dihubungi. Sebegitu memaklumkan bahawa Dr Lo' Lo' suah tiada dan menyatakan hajat untuk menziarahi jenazahnya, Zulaimin yang sejak petang lagi ikut sama memantau keadaan Dr Lo' Lo' tanpa banyak cerita terus datang mengambil saya di kedai kopi di Taman Permata.

Sewaktu saya dan Zulaimin sampai sudah ada beberapa puluh orang di perkarangan masjid yang sedang menunggu jenazah Dr Lo' Lo'. Di antara kenamaan yang awal tiba ialah ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giok, (maaf kalau namanya salah ejaa maklumlah ni dah pagi) Adun Pandan Jaya, Iskadar Abdul Samad serta Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail.

Yang turut juga kelihatan dan terawal sampai ialah bekas Ketua Muslimat Pas, Ustazah Jamilah Ibrahim bersama rakannya. Beliau juga nampak kurang sihat dan mengagahkan diri untuk datang melawat.

Sementara ahli Parlimen Pas yang tiba untuk menanti ketibaan jenazah ialah Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusuf yang tiba bersama timbalannya Siti Mariah Mahmud. Mereka sampai hamoir serentak dengan ketibaan jenazah.

Jenazah tiba dari hospital Selayang kira-kira jam 12:20 minit malam yang disambut oleh orang ramai dan juga sanak saudara Allahyraham. Jenazah kini tenpatkan di masjid al Aqram untuk menerima orang ramai yang akan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Berpuluh orang sedang membaca yassin dan berdoa di samping jenazah.

Agak anih juga tiada kelihatan pemimpin besar Pas yang berada di perkarangan masjid menanti ketibaan jenazah Dr Lo' Lo'. Apa yang berlaku sebenarnya semua pemimpin tertingi Pas sedang mengadakan permukiman di sebuah hotel di Ampang menyebabkan mereka 'sukar' untuk meninggalkannya. Boleh jadi kehadiran Siti Zailah dan Siti Mariah sebagai mewakili mereka - pemimpin jantan.

Adalah baik dan molek kalau para pemimpin meninggalkan seketika retreat berkenaan dan ramai-ramai ke perkarangan masjid untuk menziarahi jenazah dan membaca Yassin sekali seorang sebagai menandakan kasih dan simpati atas apa yang berlaku. Bagaimana pun tanpa disedari ramai lawan Dr Lo' Lo' dalam pilihan raya lalu Abdul Aziz turut hadir untuk memberi penghormatan sebaik berita kematian Dr Lo' Lo' sampai ke pengetahuannya.

Menurut maklumat jenazah akan dikebumikan esok di tanah perkuburan Dato Keramat yang terletak tidak sampai satu km dari masjid al-Aqram. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz yang sudah dimaklumkan katanya akan datang untuk sama-sama menyembahyahi jenazah Dr Lo' Lo' esok.

ARWAH DR LO' LO' SEMPAT PESAN, "TERUSKAN PERJUANGAN TERMASUK ISU KG. BARU"

Posted: 17 Jul 2011 11:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali berkata Ahli Parlimen Titiwangsa itu berpesan agar kepimpinan PAS meneruskan segala perjuangan yang masih belum selesai terutamanya isu Kampung Baru.


Menurut suaminya Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim, amanat itu dibuat sebelum Dr Lo' Lo' (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang malam tadi.

"Beliau berpesan agar semua kerja hendaklah dibuat dengan betul dan segala perjuangan yang dilakukan beliau diteruskan.

"Beliau berkata mana-mana perjuangan beliau yang masih belum selesai agar diteruskan oleh Pakatan Rakyat terutamanya isu Kampung Baru dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.

Jenazah Dr Lo' Lo' terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Al-Akram dengan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Dr Lo' Lo', 54, meninggal dunia kerana menghidap kanser.

Anak kelahiran Kuala Kangsar ini meninggalkan empat anak iaitu Mawaddah, 30, Muhd Fawwaz, 28, Sakinah,26, dan Muhd Farhan, 25.

.... gambar Lensa DPPWM Insya Allah Akan menyusul nanti....

Hanya negara komunis tak benar demonstrasi

Posted: 17 Jul 2011 09:50 PM PDT



KUALA LUMPUR, 18 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, seluruh negara yang mengamalkan demokrasi moden mengizinkan rakyatnya meluahkan perasaan kepada kerajaan.

Ia bukan sahaja melalui wakil rakyat di parlimen, malah melalui media dan juga demonstrasi aman.

"Kerajaan bertanggungjawab melalui polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan jalan raya dan peserta demonstrasi. Ini berlaku di seluruh dunia.

"Yang tak benar demonstrasi ini hanya negara komunis sahaja, kalau demonstrasi dia tangkap" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di sebuah hotel di Ampang, semalam.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata demikian sebagai membidas tindakan kerajaan yang menyifatkan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai himpunan haram.

Malah lebih teruk dari itu, pihak keselamatan menggunakan kekerasan semasa menangani peserta himpunan itu sehingga ramai yang cedera dan salah seorang darinya meninggal dunia.

Sementara itu, mengulas impak himpunan yang disertai lebih 50, 000 rakyat itu, presiden PAS itu berkata ianya telah berjaya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara.

Kejayaan itu jelasnya dapat di lihat dari awal apabila penyertaan begitu besar dalam himpunan itu yang hadir dari seluruh negara biarpun pihak kerajaan menggunakan pelbagai cara bagi menghalang himpunan tersebut daripada berlangsung.

"Alhamdulillah, kita dapat respon positif dari masyarakat yang bermaklumat.

"Follow up kita diseluruh negara, melalui ceramah-ceramah kita mendapat sambutan yang sangat hebat," katanya.

PAS CABAR UMNO IKUT KEDAH

Posted: 17 Jul 2011 09:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini mencabar Umno-Barisan Nasional (BN) agar melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka.


Dalam satu kenyataannya dikeluarkan pagi ini, Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kelantangan MCA dan Gerakan yang selalu mengikut telunjuk Umno dalam menentang rancangan kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah diluluskan 14 tahun lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka yang ketara.

"Kerana golongan inilah yang juga menyokong enakmen tersebut sewaktu dibentang dulu. Kini secara tiba-tiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya disiarkan oleh HarakahDaily hari ini.

Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, kawan sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam.

Polemik terbaru dilaporkan selesai selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim berkata tindakan tersebut adalah satu pendekatan bijak kerana pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk dikenakan tindakan jika ada yang melanggar enakmen itu.

"Ini adalah satu lembaran baru kerana kerajaan Kedah di bawah PAS telah dapat melaksanakan enakmen yang membawa kebaikan kepada umat Islam negeri tersebut yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh Umno yang memerintah negeri itu sekian lama," kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 18 Jul 2011 03:19 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


BERBUKA PUASA BERSAMA YB DATO' SERI TUAN GURU PRESIDEN PAS DI DUN KEMASIK

Posted: 17 Jul 2011 09:40 PM PDT

KULIAH MAGHRIB DI AMBANG RAMADHAN

Posted: 17 Jul 2011 09:39 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Jul 2011 03:09 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


AMAT PENTING UNTUK YB MELAYU YANG PERIHATIN DENGAN AL-QURAN & HADIS !

Posted: 17 Jul 2011 07:12 PM PDT

Sebenarnya perkara ini amat penting bagi semua orang-orang Islam yang mengaku Islam adalah satu cara hidup( Islam is a way of life ) . Begitu juga seorang Islam adalah seorang pendakwah yang wajar tahu menjinakkan orang yang berminat untuk masuk Islam.

Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran Dan Hadis

Assalamualaikum ustaz..saya ada satu persoalan apakah hukum bagi orang bukan Islam menggunakan hadis dalam hujahnya?..cthnya apa yang berlaku pada sidang ADUN semalam..adakah ianya salah??apa pandangan ustaz.?

Jawapannya

Islam yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah saw adalah untuk disampaikan kepada semua umat manusia tanpa dikecualikan kepada sesiapa. Al-Quran dan Hadis adalah dua sumber hukum yang paling penting dalam menentukan sesuatu hukum di dalam Islam selain daripada Ijamak dan Qiyas. Selain dari itu juga, Al-Quran dan Hadis merupakan suatu alat dakwah yang mendatangkan bukti-bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Islam kepada orang-orang bukan Islam. Untuk berdakwah kepada mereka, kita tidak berhujah dengan hanya menggunakan akal semata-mata kerana Islam itu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan dikukuhkan juga dengan kebenaran akal fikiran manusia. Saidina Umar Al-Khatab memeluk agama Islam dengan hanya mendengar adiknya Fatimah membaca Al-Quran.

Berdasarkan persoalan di atas mengenai orang kafir membaca Al-Quran atau membaca Hadis Rasulullah saw. Di sini saya datangkan pendapat ulamak terlebih dahulu yang berkaitan dengan masalah ini, di antaranya ialah :

Syeikh Atiyyah Saqr bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa : "Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan."

Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar mengatakan bahawa : "Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa."

Begitu juga dengan pendapat dikalangan ulamak Mazhab Syafie di antaranya ialah Imam Ramli dalam kitabnya ihaayatu al Muhtaj mengatakan bahawa : "Orang kafir tidak ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya."

Ada juga sebahagian ulamak terutamanya dari kalangan Mazhab Hambali mengatakan bahawa : "Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub."


Sebagai orang muslim yang baik, maka kita kena positifkan perkara ini dan jangan sama sekali mencampurkannya dengan kepentingan peribadi masing-masing. Masalah ini akan lebih parah lagi apabila ia melibatkan kepentingan politik tertentu. Kalau masalah ini dibicarakan mengikut fikiran yang waras, maka masalah ini tidak menjadi besar dan tidak berlaku laporan polis dan berbagai kecaman yang telah berlaku sebelum ini. Perkara ini semua merupakan khilaf ulamak, lazimnya apabila berlakunya khilaf ulamak, maka mesti ada yang mengatakan harus, haram, sunat, makruh dan sebagainya. Faktor berlakunya berbagai pendapat dari kalangan para ulamak adalah disebabkan tiada dalil Al-Quran dan Hadis yang mengatakan haram dan mengatakan harus orang kafir membaca Al-Quran dan Hadis.

Sepatunya masalah ini tidak menjadi besar dan kita sebagai orang awam perlu menghormati segala pandangan yang telah dikeluarkan oleh orang-orang alim walaupun ia tidak bersesuaian dengan pandangan kita. Mereka mengeluarkan hujah berdasarkan ilmu mereka. Kita mengeluarkan hujah berdasarkan fikiran yang jahil agama dan dicampurkan juga dengan keinginan nafsu politik yang tajam.

Ini pandangan saya, orang kafir membaca Al-Quran dan hadis ia merupakan langkah yang baik, kerana secara langsung atau tidak langsung mereka telah mempelajari Al-Quran dan Hadis. Masalah tajwid atau sebutan itu janganlah kita pertikaikan, kerana mereka mana tahu ilmu tajwid, lagipun lidah mereka bukan seperti lidah orang yang dah lama belajar membaca Al-Quran atau Hadis. Sepatutnya kita kena malu kepada mereka, kerana ramai orang Islam yang tidak tahu membaca Al-Quran, malah lebih teruk lagi tidak tahu mengucap pun ada. Ramai ahli-ahli sains barat yang memeluk Islam kerana mereka mengkaji dan membaca Al-Quran yang telah diterjemahkan kepada bahasa mereka.

Antara ahli sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran Al-Quran ialah profesor Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah menganut Islam selepas melihat kebenaran Al-Quran. Profesor Keith L Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasal daripada Nabi Muhammad saw dan beliau mengakui kebenaran Al-Quran.

Orang kafir belajar membaca Al-Quran dan Hadis juga merupakan sebahagian dari dakwah Islam yang telah disampaikan tanpa paksaan, mereka berminat untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah mereka. Kita sebagai orang Islam berusaha menyampaikan dakwah dan berdoa kepada Allah semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk memeluk agama Islam. Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja, malah dia juga ditujukan kepada orang bukan Islam dan banyak ayat-ayat yang mengatakan wahai sekalian manusia, ini membawa maksud secara umum iaitu sekalian manusia termasuk yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Saya tegaskan di sini, artikel saya ini tidak terikat kepada mana-mana fahaman politik, saya berhujah berdasarkan sedikit ilmu yang kerdil dan sedikit rujukan yang telah dibuat. Tujuan penyebaran artikel ini adalah sebagai jawapan kepada pengunjung yang bertanya dan merupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menghayati hadis Rasulullah yang berbunyi "Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat".

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 18 Jul 2011 01:52 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Surat Rahsia Basmi BERSIH dari Pejabat Perdana Menteri

Posted: 18 Jul 2011 08:51 AM PDT


Laman web popular Malaysia Today hari ini membocorkan apa yang dilihat sebagai surat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan garis panduan mengenai cara untuk menangani perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Surat tersebut, kononnya dikeluarkan pada 17 Jun dan ditandatangani oleh Ketua Komunikasi Negara Jalil Hamid, berkata kaedah itu perlu kerana perhimpunan tersebut "pasti akan melampaui isu-isu pilihan raya yang adil dan bebas" seperti inflasi, Teoh Beng Hock dan juga kontroversi loji Lynas.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Jalil dan pegawai kanan akhbar Jabatan Perdana Menteri yang lain tidak berjaya.

"Bantahan, jika tidak ditangani, boleh melemahkan kerajaan, ekonomi dan keselamatan negara. Nota ini menggariskan panduan dasar apa yang patut dilakukan dan larangan-larangan dalam menguruskan isu ini, "garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today pagi ini menyebut.

Dalam nota panduan itu, ia menyatakan ia telah ditulis selepas mesyuarat biro politik Umno untuk membincangkan isu Bersih dan juga diedarkan kepada ahli-ahli biro, kata surat tersebut.

Di dalamnya, PMO mengingatkan para media untuk menjatuhkan Bersih dan pemimpinnya sebagai "kumpulan ahli-ahli politik dan individu-individu yang cenderung kepada politik yang tiada kredibiliti" dan menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah "perhimpunan haram".

Bersih juga dilabelkan sebagai satu barisan untuk pembangkang atau ejen asing serta satu cubaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari 'jalan pintas ke Putrajaya' secara yang tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.

Media telah diberitahu untuk mengetengahkan cerita-cerita bagaimana perniagaan, pelancong dan rakyat biasa akan terjejas; mengutarakan soalan mengenai pembiayaan Bersih itu; mensasarkan Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan dan "budak suruhan DSAI dan tali Barut DAP" (Anwar dan DAP) Mohamad Sabu; dan menggunakan fail gambar Ambiga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerlahkan hubungan rapat mereka.

Akhbar juga diarahkan untuk menggunakan beberapa muka lama seperti Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali sebagai "anjing serangan" bagi memihak kepada pimpinan belia Barisan Nasional (BN Youth) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); menggerakkan para bloggers; dan memainkan imej daripada demonstrasi jalanan yang hodoh di negara-negara lain.

Yang perlu dilakukan dan larangan-larangan terperinci:

* [Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua] dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam akan memberikan taklimat ringkas kepada editor-editor media di KDN (Kementerian Dalam Negeri). Mesyuarat itu adalah untuk mengukuhkan penjenamaan sebagai "Perhimpunan haram" (illegal assembly), dan Bersih itu adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang melakukannya adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

* KDN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua media cetak, perlu memastikan semua media mengikut garis panduan.

* Membataskan ahli-ahli politik hanya membuat kenyataan politik. Biarkan polis melaksanakan tugas mereka.

* PDRM boleh mula memanggil penganjur Bersih berdasarkan beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat setakat ini.

* Menggalakkan penggunaan pengesahan pihak ketiga.

* Menyediakan perasaan huru-hara dan gangguan (fear paradigm). "Menunjukkan kekerasan" oleh pihak Umno atau kumpulan silat menjelang dan sebelum 9 Julai mungkin berkesan untuk menghalang penunjuk perasaan.

* Suara yang memihak kepada kita MESTI datang dari seluruh negara dan merentasi garis etnik. Suara-suara itu perlu bukan sahaja terhad kepada orang Melayu atau mereka yang tinggal di Lembah Klang.

* Kita tidak boleh membenarkan perhimpunan tersebut dieksploitasi oleh unsur-unsur antarabangsa.

* Sebagai langkah pre-emptive, pihak berkuasa perlu menghentikan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina. Begitu juga, satu acara Perkasa yang dikenali sebagai "Lawan Persahabatan Bersih" di Kelab Sultan Sulaiman pada hari yang sama juga perlu dihentikan.

* [EC] SPR perlu membalas tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan menonjolkan pelbagai inisiatif yang telah diambil setakat ini. Gunakan PRN Sarawak yang sangat berjaya sebagai model. SPR juga tidak harus bertemu dengan orang-orang daripada Bersih.

Surat itu berkata matlamat panduan tersebut adalah untuk meneutralkan suara pembangkang, mengukuhkan pandangan bahawa sentimen orang awam tidak bersama dengan Bersih dan pembangkang, menghantar mesej yang kuat bahawa kerajaan mengawal keadaan sepenuhnya dan mengelakkan kesan buruk ke atas keyakinan pelabur dalam Malaysia.

Bersih mendakwa kehadiran sebanyak 50,000 untuk demonstrasi jalanan pada hari Sabtu, yang berjalan tanpa kebenaran polis selepas rundingan berlarutan dengan pihak berkuasa.

Gabungan 62 NGO itu meneruskan perhimpunan dijalanan walaupun sebelum ini menerima tawaran Najib untuk menggerakkan perhimpunan ke stadium, selepas kerajaan enggan membenarkan perhimpunan itu berlangsung di Stadium Merdeka.

Perginya seorang sri kandi...

Posted: 18 Jul 2011 08:49 AM PDT

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily. -HD


TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957

UMUR: 54 TAHUN

TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK

PEKERJAAN: DOKTOR

LATAR BELAKANG AKADEMIK:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH
2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
3. KOLEJ ISLAM KLANG
4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)
5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST

KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM
2. EXCO PERSIAP UKM

PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.

KEGIATAN DALAM PAS:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa'
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL

PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA: PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11

Kes PRU Ke 11 Negeri Terengganu Bukti Paling Besar Penipuan UMNO & SPR

Posted: 18 Jul 2011 08:47 AM PDT

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh BERSIH adalah benar dan tulin kerana terdapat bukti-bukti yang nyata perjalanan pilihanraya negara ini penuh dengan penipuan.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, keputusan pilihanraya umum ke 11 (PRU ke-11) pada tahun 2004 di negeri Terengganu adalah bukti yang paling besar menunjukkan pilihanraya yang berlaku tidak adil dan tidak bersih.

Beliau berkata, statistik-statistik hasil PRU ke-11 bagi Terengganu adalah tidak masuk akal kerana pengundi bau bertambah sebanyak 62% merupakan yang tertinggi didunia.

"Hasil pilihanraya Terengganu (tahun) 2004 tidak masuk akal, pengundi baru bertambah 62%, paling tinggi dalam dunia, pengundi baru bertambah, pengundi Umno bertambah 62%,

"sedangkan undi PAS kalau dalam kes Besut hanya 8% seluruh negeri Terengganu hanya 5%, undi kita (PAS) turun 5% undi Umno boleh naik 62%,"jelasnya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pasca BERSIH 2.0 di Rusila, 15 Julai.


Sedangkan katanya, pertambahan pengundi muda yang baru yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004.

Beliau menegaskan, dalam keputusan PRU ke-11 itu, terdapat tujuh undi di negeri Terengganu yang tidak boleh disahkan, berbeza dengan jumlah yang terdapat dalam daftar pemilih.

"Dalam kes Terengganu ada tujuh undi yang tidak boleh disahkan, undi dapat tetapi dari segi daftar pemilih tidak ada banyak itu pengundi yang keluar mengundi,

"ada tujuh undi (itu) yang menunjukkan ada dua kali mengundi, satu orang mengundi dua kali atau tiga kali,'tega Husam.

Sebab itu, menurutnya, BERSIH menuntut kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya setiap pengundi dicap jarinya menggunakan dakwat kekal.

Dengan itu, katanya, bila seorang pengundi sudah dicap jarinya, akan hanya mengundi sekali sahaja dan tidak boleh mengundi sekali lagi ditempat lain
.

Beliau yang juga Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan menyatakan, Umno takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana sekiranya ia dapat dilaksanakan, Umno akan kalah diseluruh negara.

"Kalau tiap-tiap pengundi (membuang) undi sekali satu orang, Umno akan 'ranap' (di)seluruh negara, ini (sebab) Umno takut, ini talian hayat Umno,"ujarnya.

Beliau menolak hujah Umno yang mendakwa PAS menang dibeberapa negeri dan kawasan adalah bukti menunjukkan pilihanraya berlaku dengan adil.

Sedangkan kata beliau, penipuan terus berlaku dan sedang dilakukan oleh Umno dan SPR khusunya di negeri Selangor pada ketika ini.

Menurutnya, Umno dan SPR akan terus melakukan penipuan akan terus berlaku dan sedang berlaku di negeri Selangor

"penipuan masih berlaku dan penipuan akan terus berlaku besar-besaran, di Selangor sekarang telah didaftarkan puluh ribu orang-orang daripada Sabah dengan I.C (nombor kad pengenalan) 12,"hujahnya.

Katanya, baru pada minggu lalu, PAS telah membantah seramai 660 orang dari Sabah yang diangkut dan didaftarkan di DUN Selat Kelang untuk menjadi pengundi di situ. -buletinonline

Hadi: Hanya Negara Komunis Tak Benarkan Demonstrasi

Posted: 18 Jul 2011 08:46 AM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.

Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

"Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis," katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Najib.

Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

"Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang," katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Salam BERS✔H Dari KL Ke New York

Posted: 18 Jul 2011 08:45 AM PDT

Salam BERSIH dari KL ke New York Oleh Nurul Syaheedah

Pagi hari yang cerah disinar mentari, dihiasi pepohon hijau dengan daun berjuta melambai sayu. Tanah subur bersulam bunga berbagai warna diatas bumi diiringi bunyi kicauan burung-burung, menjadi petanda hari bersejarah yang bakal diukir.

Sambil menyaksikan segala keindahan alam serta kesibukan insan di Kota New York, hati bersyukur kepada tuhan akan kebebasan yang dinikmati di bumi orang. Sebaliknya hati terasa hiba lagi terharu memikirkan apa yang telah berlaku di tanah air sendiri 12 jam yang lalu.

Sememangnya saya bersyukur dengan apa yang telah negara kita capai tetapi realiti kini sukar untuk disembunyi kerana bau bangkai janji kemerdekaan terhidu kuat serata dunia.

Semenjak tahun 1946, rakyat telah berani bangun dan keluar ke jalanraya di bandar dan desa untuk menentang penjajah British. Keberanian berjuang kerana kebenaran berpaksikan hak asasi telah melahirkan sebuah negara merdeka pada tahun 1957.

Alhamdulillah kita bebas dari penjajahan 500 tahun warga asing.

Tetapi, sejarah hitam 1969 mengajar bagaimana nafsu kuasa pihak yang mahu mengangkat satu ketuanan telah mengikat kembali kebebasan demokrasi dengan akta darurat berlapikkan hujah perkauman menjadi nyata. Mimpi merdeka bertukar ngeri kotor lagi menghampakan.

Masya Allah, kita dijajah kembali bukan sahaja dengan dilarutkan demokrasi tetapi jauh lebih dasyat kerana minda dan jiwa dijajah hipokrasi sebuah nasionalisma sempit lagi menghimpit.

"Inilah nasib kisah orang melayu,
Hujah lapuk lagi palsu diterima bulat generasi minda yang lesu,
Korupsi, Kolusi, Konspirasi depan mata biar diam membisu,
Sibuk bersubahat menghalang rakyat berhimpun untuk bersatu,
Yang mahu Negara Bersih dan bukan kiasu,
Suruh semua bersyukur buta sejarah yang lalu,
Tetapi buat lupa dosa kerajaan yang aib lagi tidak malu,
Ibarat kisah si Luncai dengan labu-labu..Biarkan..Biarkan"


Mana boleh dibiarkan...... dibiarkan begitu sahaja?

Oleh itu tahun 2011 menyusul di atas usaha gergasi 2007 untuk mengembalikan jiwa
Malaysia yang berbilang bangsa melalui pilihanraya bebas dan adil menjadi agenda murni patriot jitu negara.

Oleh itu hak demokrasi berani bertembung dengan tamparan kuku besi otokrasi yang tidak mahu negara Bersih daripada dijajah hipokrasi demokrasi penuh korupsi.

Oleh itu kuning menjadi haram, bersih pula dikotorkan dan rakyat terus ditakutkan dengan cerita momok konon mengancam bangsa oleh pemangsa khayalan ciptaan ilusi jiwa muflis bersongkok tinggi.

Mana boleh dibiarkan.....dibiarkan begitu sahaja?

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan menuntut janji demokrasi sebenar.

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan membebaskan ekonomi untuk semua.

Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan memerdekakan minda dan jiwa daripada penjajah otokrasi Putrajaya.


Mana boleh dibiarkan.... dibiarkan begitu sahaja?

Tepat jam 10 pagi bermulalah tiupan panggilan Bersih pada 9 Julai 2011 di Melbourne, Australia yang terus bergilir mengelilingi dunia secara aman sehingga tiba di Kuala Lumpur di mana patriot pertiwi yang ramai berhimpun damai diserang bertubi-tubi oleh penjajah baru biru yang tidak bersantun lagi lupa diri serta ikrar suci menjaga rakyat dahulu dan bukan diutamakan bersubahat bersama tuan berbibir merah jambu berambut kelabu.

Tepat jam 10 pagi setibanya giliran tiupan Bersih di Kota New York, 12 jam selepas Kuala Lumpur yang masih basah berdarah lagi pedih berasap memahat sejarah; Bersih disambut dengan kain rentang kuning memanjang dan semangat Malaysia Muhibah yang baru.

Mana boleh dibiarkan..... biarkan begitu sahaja?

Maka tuhan dan dunia menyaksikan melalui YouTube, Facebook, Twitter mahupun SMS; pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, antara patriot dan penjajah dan antara Bersih dan Kotor.

Maka Patriot Bersih beribu ditangkap, berjuta menunggu sedangkan "Patriot" Kotor hanya beratus beratur paksa manakala juak berjuta menyorok di belakang tengkolok hanya taat berolok membuat bising seperti ayam berkokok menunggu disembelih keris tumpul lagi bengkok oleh puak pemakai songkok tinggi yang ghaib kehadiran tersesat di jalanan sebagai alasan balasan dosa nista pahlawan palsu berjiwa lesu.

"Ada Bersih, Ada Kotor,
Yang takut berkata karut,
Yang berani sanggup digari,
Akhirat nanti jawablah sendiri,
Buku di tangan kanan atau kiri,
Orang berani tidak takut mati,
Kerana niat suci didalam hati,
Berjuang demi Ilahi."


Memang benar pagi hari yang indah menjadi petanda sejarah baru diukir.

Cahaya mentari menerangi kegelapan penindasan serta pepohon hijau demokrasi memberi teduh kepanasan kezaliman, kicaun burung penuh kesyukuran perjuangan murni baru dimulakan dan warna-warni bunga ibarat berbagai bangsa bersama untuk menjadikan Malaysia Bebas, Bersatu dan Bersih.

Insya Allah, Malaysia Muhibbah Merdeka sudah lahir bersih dari kekotoran pengkhianat bangsa-pemungkir janji-pemecah amanah-penghasut durjana.

Terima kasih Bersih yang penuh cinta untuk pertiwi dan dengan penuh sayu salam AlFatihah untuk wira Baharudin yang gugur merintis perjuangan menuju kebebasan agar dipenuhi janji merdeka yang sebenar!

Pesanan Peringatan bersama dari Thomas Jefferson:
"Apabila Rakyat takut kepada kerajaan, Ia dinamakan Penjajahan (tyranny), Apabila Kerajaan takut kepada Rakyat, Itu Namanya Kemerdakaan (Liberty)."

Masih mahu dibiarkan..... dibiarkan begitu sahaja? -MR

BERS✔H: Bilamasa Wujudnya Pertubuhan BERSIH Dan Logo Rasmi BERSIH?

Posted: 18 Jul 2011 08:43 AM PDT

Polis: Boleh pakai baju kuning tanpa logo BERSIH

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah. - Bernama

Ulasan GB

Pertama, keputusan mahkamah yang menyatakan BERSIH adalah pertubuhan haram.

Keputusan itu tidak dapat dikuatkuasakan kerana JELAS bahawa BERSIH bukan sebuah pertubuhan, ia hanya satu kempen. Tidak ada organisasi bernama BERSIH. Jangan ada ialah Jawatankuasa Penganjur Kempen BERSIH.

Kedua, Jawatankuasa BERSIH tidak pernah mengisytiharkan apa-apa logo atau lambang. Yang ada hanyalah perkataan BERS✔H 2.0 yang diterima ramai (tidak diketahui siapa melakarkannya kali pertama). Justeru tidak timbul soal lambang atau logo BERS✔H lantaran ianya tidak merupakan lambang dan logo rasmi BERSIH.

Berdasarkan kepada kedua-dua poin di atas, keputusan Polis untuk melarang, menahan, menangkap mereka yang berpakaian "berlambangkan" logo BERS✔H, sebenarnya invalid, null & void.

Kenyatan Yang Paling Lawak Dalam Sejarah.

Posted: 18 Jul 2011 08:39 AM PDT


Orang ramai diminta serah video perhimpunan haram.  

GENTING HIGHLANDS 18 Julai — Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.
"Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut. - Bernama
Laporan terhadap polis dan polis juga yang menyasat.. sapa nak mengaku berak tengah jalan beb.!!!

Gempar!! Pegawai Khas Menteri Belia Dan Sukan Ditangkap Polis..

Posted: 18 Jul 2011 08:34 AM PDT


Datuk Ahmad Shabery Cheek ada buat tuduhan kononnya:

"Itu sebabnya mereka menggunakan Bersih untuk mempertikaikan pengadil tentang kemungkinan kekalahan mereka," kata Shabery ketika berucap membuka perhimpunan agung tahunan ke-12 Kelab Umno Luar Negara hari ini.

"Mereka akan kata sistem (pilihan raya) ada cacat (dan) penggadil (iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya) pula tidak betul," kata beliau.
Tulang Besi mendapat satu laporan polis berkaitan dengan pemberian MyKad kepada pendatang asing dari Cambodia dan Myanmar.

Laporan Polis tersebut boleh dibaca di sini:

Photobucket


Sewaktu penangkapan ini berlaku, sebuah kereta berplet kerajaan juga telah ditahan. Gambar kereta tersebut:

Photobucket


Dalam kereta tersebut dijumpai banyak dokumen. Tapi yang jelas menarik perhatian adalah orang yang membawa kereta tersebut. Sila lihat sendiri:





Adakah Ahmad Shabery Chik juga terlibat dalam aktiviti menipu dalam pilihanraya?

Babipun Tak Giler Macam Ni...!!

Posted: 18 Jul 2011 08:31 AM PDT


UiTM tawar Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar
Joseph Sipalan
Jul 18, 11
3:52pm

Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.

Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.

Beliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.

Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya.

Beliau kini mempin kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang mahu keistimewaan termasuk biasiswa dan segala bantuan hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja.

Cincin Rosmah, Pegawai Kastam KRISHNAN Ditahan?

Posted: 18 Jul 2011 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dokumen-dokumen baru telah muncul dan mendedahkan bahawa cincin berlian yang dikatakan "dibeli" oleh isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor telah meninggalkan negara ini selepas empat hari ia dibawa masuk ke Malaysia.

Dalam e-mel yang dihantar kepada FMT, seorang penulis blog yang tidak mahu dikenali namanya, berkata cincin berlian RM24 juta "natural fancy blue cushion cut diamond ring" telah dibawa masuk ke negara ini pada 16 April untuk pameran peribadi oleh seorang VVIP yang tidak dikenali dan bukannya dibeli oleh Rosmah seperti yang didakwa lebih awal.

Cincin itu dihantar ke Singapura pada 20 April.

Satu set dokumen pengisytiharan import dan eksport menunjukkan bahawa cincin itu telah dibawa masuk ke negara ini oleh Jacob & Co c / o (penjagaan) Malca Amit Kuala Lumpur. Jacob & Co pengeluar gelang.

Dokumen tersebut juga mempunyai cetakan khas yang menyatakan:"Pemeriksaan oleh: H.E. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor" 

Lampiran dokumen-dokumen lain menunjukkan bahawa cincin itu telah dihantar ke Singapura pada 20 April oleh Malca Amit (Malaysia) ke cawangan di Singapura.

Adalah difahamkan bahawa cincin itu kemudiannya dihantar kembali kepada pemiliknya Jacob & Co di New York.

Kedua-dua dokumen telah ditandatangani oleh pegawai Kastam yang bernama A Krishnan dan diakui oleh Abdul Najid Abdul Razak, pembantu khas Pengarah Kastam.

Terdapat percanggahan dalam dokumen-dokumen itu, yang meletakkan harga cincin itu RM24 juta dalam akuan pengimport manakala nilai RM23.73 juta dalam akuan pengeksport.

Nombor invois bagi item yang sama juga berbeza.

Satu set dokumen - daripada paparan skrin komputer Jabatan Kastam - yang lebih awal telah menunjukkan bahawa cincin itu bernilai USD 24 juta (RM73.48 juta).

Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen baru yang menunjukkan pergerakan perjalanan cincin ini dari Kuala Lumpur ke Singapura telah meletakkan nilai cincin itu kepada kira-kira RM24 juta.

Set pertama dokumen juga menunjukkan bahawa cincin itu telah dilepaskan oleh Pengurus Operasi Kastam Krishnan dan cincin itu tidak mempunyai duti import yang dikenakan ke atasnya.


Krishnan ditahan? 

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin di dalam blognya mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Krishnan yang menandatangani dokumen-dokumen Kastam tersebut.

Badrul, juga dikenali sebagai Chegubard, bagaimanapun, tidak menyatakan bila "Krishnan" ditahan.
Minggu lepas, beberapa blogger pro Pakatan Rakyat mendakwa bahawa Rosmah telah membeli sebentuk cincin dari Jacob & Co yang harganya mencecah sehingga RM75 juta berdasarkan nilai USD 24 juta.

Rosmah masih belum menjelaskan kemelut ini tetapi bukti terkini menunjukkan bahawa bukan dia yang membeli cincin tersebut dan ia hanya dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan pameran.

Siapa kah ini?

Posted: 18 Jul 2011 08:20 AM PDT


LAMA juga kotak e-mel Joyah tidak terima gambar aksi panas artis tempatan kita. Bersyukur Joyah kerana ingat artis-artis di Malaysia sudah insaf dan tak minat lagi nak buat lagi benda-benda tak senonoh.

Baguslah pasal tak ada faedah pun nak bergambar seksi, lepas tu tersebar sampai satu dunia boleh melihatnya.

Namun dalam tidak sangka tu, muncul juga kisah panas gambar seksi terlampau seorang artis disebarkan.

Joyah sendiri menerima beberapa keping gambar tersebut termasuk gambar-gambar seorang artis wanita berpeluk sakan dengan lelaki ketika mandi di air terjun.

Tilik punya tilik memang betul artis ni bekas bintang program realiti popular di negara ini.

Masa dia masuk program tu setahu Joyah dia bergelar ibu tunggal. Joyah tak nak tuduh bukan-bukan kerana mungkin dia sudah berkahwin semula.

Yalah, kalau dah kahwin suka hati nak ambil gambar peluk macam mana pun walaupun tak sepatutnya di tempat terbuka.

Tapi selepas disiasat, artis ni masih lagi seorang janda. Kalau macam tu, Joyah malas nak komen banyak. Penat okey.

Sendiri buat sendiri tanggunglah kerana zaman moden sekarang ni penuh teknologi canggih. Terlajak perbuatan, inilah akibatnya.

RUPANYA ISTERIKU!!!!!

Posted: 18 Jul 2011 08:17 AM PDT


Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana si pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri.

Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.

"Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi," ujarnya kepada suratkhabar setempat.

Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja disalah satu kedai di pusat kota. "Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai," tuturnya.

Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?

PANAS!! EKSKLUSIF!! Undang-Undang Keluarga Taib Mahmud Dan Rakyat Berbeza??

Posted: 18 Jul 2011 08:15 AM PDT

UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK TAIB SEKELUARGA, DAN LAIN PULA UNTUK ORANG KEBANYAKAN?

Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!

Sarawak Report tidak menyalahkan pengambilan alcohol, tetapi meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar?

Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud.


Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia.

Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.

Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal.

Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.

Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik.

PANAS!! Artis Kantoi Diserbu JAIS!!

Posted: 18 Jul 2011 08:13 AM PDT

Haleeda Nikah Di Thailand!


Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Menurut sumber pengakuan pasangan terbabit yang mereka sudah bernikah di negara jiran diperoleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah dramatis itu pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi.

Difahamkan wanita itu dihubungi Jais Khamis lalu untuk tujuan siasatan namun dia menafikan perkara itu.

Sumber itu berkata, berikutan penafian itu pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka.

"Berdasarkan pengakuan lelaki terbabit pihak berkuasa tidak jadi untuk menyerbu rumah dramatis yang terletak di Taman Keramat, dekat sini kerana pasangan berkenaan mengaku sudah bernikah.

"Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, pelakon lelaki berkenaan ketika datang untuk membuat pengakuan terbabit, turut menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di Thailand dan selepas menelitinya pegawai di pejabat agama itu berpuas hati mereka sudah bernikah serta menyerahkan kes pernikahan luar kariah itu kepada pihak mahkamah.

Katanya, kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pendakwaan.

Penyanyi dan pelakon wanita itu boleh didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala suaminya pula boleh didakwa bersubahat terhadap pertuduhan yang dihadapi isterinya itu. Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 133 yang dibaca bersama Seksyen 40(2) Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan yang membawa hukuman sama. Difahamkan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jumaat ini bagi sebutan kes pernikahan mereka di negara jiran itu.

Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada pelakon wanita berkenaan gagal kerana ketika dihubungi taliannya berada di luar kawasan.

Pelakon terbabit sebelum ini hangat diperkatakan apabila kes perceraian dan tuntutan nafkah dengan bekas penyerang kebangsaan itu menjadi tumpuan media.

Dramatis terbabit berkahwin dengan pemain bola sepak itu pada 27 Januari 1995 dan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003 serta dikurniakan seorang cahaya mata. Kes tuntutan nafkahnya pula diselesaikan di luar mahkamah Oktober tahun lalu, selepas kedua-duanya bersetuju mencari penyelesaian secara baik.

Sebelum Bagi Nama Anak Kucing, Jawab Isu Duit FELDA Hilang!

Posted: 18 Jul 2011 08:10 AM PDT

Apakah kepentingan menamakan seekor kucing Parsi mahu ditonjolkan sebagai prihatin terhadap masalah rakyat?

Tidak adakah isu lagi yang lebih penting jika dibandingkan dengan hanya meminta rakyat 2Malaysia (1 kroni, 1 rakyat marhaen) menamakan kucing yang belum tentu membawa manfaat terhadap ekonomi negara?

Sudahlah isu hutang KERAjaan Umno-APCO yang meningkat hingga ke siling sebanyak RM378 Bilion belum dijawab, masalah lain pula timbul dengan isu hilangnya wang FELDA berjumlah RM2 .7 Bilion!

Apakah Najib tidak mahu menjawab bagaimana wang FELDA Plantations hilang sebaliknya menumpukan kepada usaha mencari nama anak kucing yang sesuai untuk anak perempuannya?

Amat malang rakyat 2Malaysia berPerdana Menterikan Najib. Kunun apabila dibuka "bidaan awam" menamakan nama anak kucing itu sudah memadai akan bukti ketelusan KERAjaannya?
Tak habis-habis rakyat dirundung malang dengan kenaikan kos sara hidup yang membebankan hampir seluruh negara, Najib mahu buat lawak dalam episod "Raja Lawak"?

Kalau beginilah tanggungjawab seorang Perdana Menteri Umno-APCO, usah diharap hendak menyelesaikan isu berbangkit lain seperti PKFZ, Scorpene dan kehilangan enjin jet TUDM sampai bila-bila!/Jalan Pulang

Rakyat Sudah Kehilangan Pimpinan...

Posted: 18 Jul 2011 08:09 AM PDT

BAHAGIAN PERTAMA


Apabila kekusutan politik berlaku terutamanya di kalangan orang-orang Melayu tentulah fokus ramai adalah kepada Umno, sebab Umno ialah sebuah parti yang telah memupuk dan membina kepimpinan Melayu.

PAS juga telah membina kepimpinan Melayu (Islam) tetapi oleh Umno itu adalah sebuah parti yang memerintah tentulah parti itu menjadi badan siasah yang akan menerima baik dan buruknya dalam isu pembangunan kepimpinan bangsa Melayu.

Umno (asal) telah menumpukan untuk mengasah kepimpinan Melayu dan pemimpin utamanya telah melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab untuk mempastikan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dapat dibela dan dipertahankan di muka bumi Malaya dan kemudian Malaysia akan terjamin.

Kepimpinan yang baik merupakan kemestian bagi sesuatu bangsa itu tidak berpecah dan kepimpinan yang di asah itu akan menerima hakikat bahawa pemimpin itu bertanggungjawab terhadap kestabilan negara samada dari sudut perhubungan di antara kaum dan perhubungan sesama kaum.

Jika berlaku salah satu atau kedua-duanya sekali pimpinanlah yang sepatutnya mengambil "accountability" tersebut.

Pemimpin yang di asah itu akan diberitahu yang kesilapan yang kita lakukan hari ini akan membuahkan kecelaruan dalam jangka masa yang panjang.

Itu sebabnya kepimpinan wajar menggubal dasar-dasar yang kekal yang boleh diguna pakai buat masa yang panjang.

Apabila dasar itu sentiasa berubah mengikut siapa yang menjadi pemimpin semasa, maka rakyat akan berubah dan perbezaan pendapat di antara yang biasa dengan sesuatu dasar itu akan berbalah dengan dasar baru mengikut acuan individu yang sedang memimpin.

Ramai yang berpendapat Husein Onn merupakan Perdana Menteri yang paling lemah semasa dekadnya.

Tetapi Husein berpegang teguh kepada dasar yang telah dianggap sebagai dasar yang boleh diguna pakai oleh beliau yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sebelum beliau.

Zaman beliau adalah zaman pemindahan kekayaan negara kepada Bumiputera dan beliau mempunyai pemimpin pelapis yang telah beliau tugaskan untuk melakukan dengan cara yang terbaik supaya saham-saham yang dipindahkan kepada Bumiputera itu tidak kembali jatuh ketangan bukan Bumiputera .

Banyak syarikat-syarikat kerajaan (Public Companies by Guarantee) yang sekarang dipanggil GLC telah dipindahkan kepada Bumiputera dengan mechanism yang teratur supaya saham-saham yang dipindahkan itu tidak terjatuh kepada orang lain di samping oleh Melayu mendapat perolehan dividen yang munasabah yang lebih dari kadar inflasi negara.

Tengku Razaleigh Hamzah dipertanggung jawabkan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pelaburan Kabinet (JPP) untuk mencari mechanism yang terbaik.

Justru itu wujudlah apa yang dikenali sebagai Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang sehingga hari ini memberikan nikmat palaburan yang mempunyai dividen yang tinggi yang melepasi kadar inflasi negara sejak ianya mula di tubuhkan.

Skim ini merupakan salah satu dari initiative kerajaan semasa itu untuk memberikan kebaikan kepada orang Melayu dan ianya di berikan sokongan yang kuat oleh kaum lain.

Kepimpinan kita dihormati dan kaum lain menerima hakikat bahawa Bumiputera mesti diberikan galakan dan sokongan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain.

Bangsa asing sentiasa memberikan dukongan kepada kerajaan untuk menjayakan apa sahaja projek "economics dan social engineering" yang dilancarkan oleh kerajaan semasa itu.

Sokongan itu bukannya mudah di dapati.

Tetapi sokongan itu didapati dari keupayaan pimpinan Melayu untuk mendapatkan keyakinan dari kaum-kaum lain.

Keyakinan itu tentulah diperolehi dari sikap jujur pimpinan semasa itu yang pimpinan kita adalah serius dan tidak bermain-main dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Penyertaan orang Melayu di dalam "commerce and industry" memang dirasai kerana Skim ASN, ASNB serta PNB telah mewakili orang Melayu di dalam syarikat-syarikat gergasi dengan pegangan saham yang besar.

Maka sekali gus pimpinan kita telah berjaya membawa masuk ramai Bumiputera di dalam syarikat-syarikat besar dengan penyertaan orang Melayu yang ramai di dalam pengurusan syarikat-syarikat tersebut.

Pendeknya penyertaan Bumiputera di dalam pengurusan syarikat-syarikat besar itu bukan sebagai "conduit" taukeh-taukeh besar tetapi sesungguhnya duduk didalam pengurusan syarikat tersebut kerana pegangan ekuiti yang besar melalui PNB, ASNB dan Skim ASN itu tadi.

Zaman inilah zaman kejayaan awal Bumiputera yang sangat drastik bayangkan di dalam jangka masa 1971 sehingga 1984 penyertaan ekuiti Bumiputera meningkat dari 2.7 kepada 18.4 peratus pada tahun 1984.

Tengku Razaleigh dan rakan-rakan di dalam JPP telah berjaya mengendalikan peningkatan ekonomi Bumiputera khususnya didalam bidang ekuiti Bumiputera kepada angka yang sangat memberangsangkan.

Tetapi beliau tidak dapat lagi memainkan peranan besar itu kerana tugas beliau telah di ambil alih oleh orang lain dan beliau sendiri telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Dari 1984 sehingga 2003 pegangan ekuiti Bumiputera hanyalah meningkat ke 18.9 peratus sahaja dan angka resmi ini terkandung di dalam ucapan Dr Mahathir Mohamad yang terakhir di Parlimen sehari sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan beliau.

Lain-lain perkataan sejak 1984 "marginal increment" kepada pegangan Bumiputera di dalam syarikat-syarikat awam dan badan-badan berkanun yang berkepentingan bumiputra hanyalah sebanyak 0.5 peratus sahaja.

Angka-angka ini merupakan angka resmi kerajaan dan pada sesiapa yang mempunyai minat dan tenaga untuk membaca boleh membezakan kepimpinan di antara zaman Husein atau sebelumnya dan zaman selepas Husein.

Di zaman Husein dan sebelumnya tidak banyak retorik dari pemimpin kerana barisan kepimpinan masa itu merupakan kepimpinan yang tulin dan legitimate.

Kepimpinan yang berkualiti memang tidak payah berucap berdentum dentam kerana mereka boleh dinilai dari hasil kepimpinan mereka.

Slogan pun tidak ada semasa itu selain dari slogan Muhibbah kerana kerajaan beserta dengan sokongan rakyat sangat-sangat memerlukan kehidupan yang Muhibbah di antara kaum.

Isu rasis pun tidak kedengaran kerana masing-masing kaum menghormati kaum yang lain.

Dalam perlaksanaan dasar yang kuat oleh pihak pimpinan dan penggubal dasar maka pelaksana terutama Unit pelaksana dan penyelarasan JPM (ICU) merupakan Jabatan yang paling sibuk menyelaraskan segala projek yang melibatkan rakyat ramai dilaksanakan secara betul.

Tetapi ini hanya boleh dilakukan jika perlaksana juga adalah telus dan jujur melaksanakan dasar yang telah ditetapkan itu.

Tetapi semuanya ini sudah menjadi sejarah dan tidak pun ramai yang ingat dan mahu mengikut cara yang telah terbukti berkesan ini.

Ini adalah disebabkan jika kita melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan telus dan jujur cara ini tidak dapat menerbitkan elemen-elemen salah guna kuasa dan rasuah.

Dari era pertengahan lapan puluhan nilai ini sudah beransur-ansur hilang kerana pada waktu itu sudah mula tanda-tanda pemimpin-pemimpin mendekati harta dan wang untuk mereka sendiri.

Ramai pemimpin serta penjawat awam sudah mula merasakan nikmat kaya raya dan mereka telah beransur-ansur melupakan ketelusan yang kebaikan.

Dalam politik Umno yang menjadi tunjang pentadbiran negara telah dicemati dengan unsur-unsur rasuah yang menggila.

Pucuk pimpinan tidak mahu mengambil tindakan awal kerana jika di ambil tindakan pucuk pimpinan takut tidak dapat kekal lebih lama menjadi pemimpin utama negara.

Justru siapa yang memberikan sokongan yang tidak berbalah bagi mereka ini akan diberikan kedudukan tanpa mengambil kira nilai moral mereka ini.

Maka secara beransur-ansur kepimpinan negara menjadi lemah dan setelah hampir 3 dekad sejak zaman itu inilah yang kita dapati sekarang.

Kebanyakan pemimpin kita menjadi umpatan rakyat ramai dan mereka sudah tidak mampu mendapatkan penghormatan dari rakyat yang mereka pimpin.

Rakyat mulai menolak kepimpinan kita dan telah pun terbukti di dalam PRU 12 yang lalu.

Untuk mempertahankan diri pihak pimpinan kita mengalih isu-isu penting ini dan menyalah parti-parti pembangkang.

Kita perlu ingat jika kita betul seperti kepimpinan dulu kala masakan rakyat marah?

Rakyat marah mesti bersebab.

Takkanlah rakyat saja-saja hendak marah.

Pihak kita bolehlah menyalahkan parti-parti pembangkang tetapi kita sendiri tidak mahu memulihkan persepsi buruk terhadap kita sendiri.

Tetapi Umno dan BN memilih untuk membidas pemimpin pembangkang tidak habis-habis.

Sesiapa sahaja yang memberikan pendapat yang ikhlas akan di label sebagai penyokong pembangkang.

Dalam hal ini amat jelas Umno telah gagal untuk membentuk kepimpinan pelapis dan rakyat sudah tidak tahu lagi untuk memberikan keyakinan kepada siapa dikalangan pimpinan tertinggi parti kita ini.

Kekosongan di setiap peringkat kepimpinan kian hari kian jelas.

Pemimpin-pemimpin penyandang dan yang akan mengambil alih melalui kaedah conventional iaitu Timbalan mengambil alih jika PMnya bersara sudah tidak dapat dipakai lagi.

Yang akan mengambil alih pun belum tentu mampu untuk menjadi pemimpin yang lebih baik kerana mereka itu adalah dari kumpulan yang sama dari segi nilai dan kemampuan kepimpinan mereka.

Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah kerajaan yang "descent" yang boleh mengimbangi pembangunan fisikal dan pembangunan nilai kemanusiaan.

Inilah tuntutan dari rakyat seperti kami dan kita dibawah ini kepingin untuk mendapatkan kembali pentadbiran yang pernah kami rasai dahulu.

Sekarang elok kita bertanya kepada diri kita samada Umno masih boleh memberikan harapan untuk mengasah kepimpinan Melayu kerana sedikit sebanyak kita telah jelas melihat pemimpin-pemimpin Umno pada hari ini merupakan mereka yang tidak ada kepimpinan yang tulin untuk kita harapkan membela generasi Melayu yang akan datang.

Apakah pilihan-pilihan yang ada kepada kita untuk mewujudkan kepimpinan Melayu yang berkesan kerana kepimpinan Melayu yang baik ialah Melayu yang berkemampuan untuk memimpin Melayu dan rakyat malaysia yang berbilang kaum ini.

Tulisan ini akan di sambung dalam posting yang akan datang kerana sudah terlalu panjang. — 

Majlis Pemakaman Jenazah Almarhumah Dr Lo' Lo'

Posted: 18 Jul 2011 08:02 AM PDT

yang sanggup tinggalkn kesenangan untuk membantu " kesakitan" Ko-Hilal (Klinik) yang sekarang ini menjadi "tempat bersalin paling selamat (islamic) dari "Dr. Male" dan menjadi bualan muslimah di Bandaraya KL. iut lah diantara perjuangan Dr. Lo' Lo' Putri Mantan Mufti Perak, Sohibussamahah TG Hj. Ghazali.














Sumber disini

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 18 Jul 2011 01:05 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali Dalam Kenangan.

Posted: 18 Jul 2011 12:41 AM PDT

Bila Umno BN nak ikut Kedah:Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted: 17 Jul 2011 06:56 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 18 Jul 2011 11:43 AM PDT

Batu Gajah Mari


Dr Lo lo : Perjuanganmu akan diteruskan!!

Posted: 18 Jul 2011 06:31 AM PDT


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalung al Faatihah buat al Marhumah Yb. Dr Lo' Lo' Dato' Hj Ghazali yang telah kembali ke rahmatillah. Semoga ruhnya tergolong dari kalangan hamba Allah yang solehah. Jua takziah buat keluarga al Marhumah, mudah - mudahan tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Sungguh, bukan hanya keluarga terdekat merasai kehilangan tetapi ia turut dirasai oleh ahli jamaah [PAS], rakan - rakan seperjuangan dari Pakatan Rakyat malah pemergiannya jua merupakan satu kehilangan besar bagi Parlimen Malaysia dan seluruh rakyat, khasnya yang diwakili beliau dari kawasan parlimen Titiwangsa.

2. Dr. Lo' Lo' adalah antara nama besar dipersada politik tanahair. Mewakili PAS membawa risalah perjuangan Islam guna membebaskan ummah dari belenggu kezaliman dan penindasan regim sang penguasa yang rakus di takhta. Lantang, berani dan tegas antara sifat beliau sepanjang beliau menggalas amanah perjuangan ini. Namun uniknya, sifat keibuan terus terserlah, membuatkan kehadhiran beliau ke tengah medan perjuangan ini sangat dirasai dan kini pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar dan sukar dicari ganti.

3. Saya mempunyai rekod peribadi yang sangat menarik sepanjang saya mengenali beliau di pentas perjuangan ini. Kesimpulan yang boleh saya rumuskan di sini ialah beliau seorang pejuang yang sungguh berdisiplin dan gigih serta tegas dengan prinsip perjuangan. Perjuangannya mesti diteruskan dan ia menjadi teladan istemewa buat generasi muda menongkah arus jahiliah moden hari ini.

4. Isu Kampung Baru yang gigih dan teguh diperjuangkan oleh beliau antara isu yang melonjak nama beliau ke peringkat nasional dan mula dihormati oleh masyarakat meskipun dari luar parti.Kesungguhan beliau bagaikan tiada tara dan sempadan. Bahkan saat bergelut dengan penyakit yang mengancam nyawanya, beliau tega menyembunyikan resah dan derita diri sendiri untuk terus menampilkan wajah ceria, berani dan serius memperjuangkan hak rakyat agar bebas dari belenggu penderitaan dan kesengsaraan akibat kerakusan sang tirani.

5. Biarpun berkerusi roda, biarpun beliau mengetahui perkelanaan beliau di bumi fana ini telah berada di perhentian akhir, beliau terus tabah dan menggagah diri untuk hadhir ke Muktamar PAS ke 57 baru - baru ini yang berlangsung di Dewan Hj Fadzil Mohd Noor, KUIZM Taman Melewar. Ia melambangkan peribadi beliau sebagai seorang pejuang, seorang serikandi yang sukar untuk mengalah sekalipun berdepan dengan situasi yang sedemikian.

6. Perjuangan beliau mesti diteruskan. Kesungguhan beliau mesti diteladani. Kelantangan beliau mesti dicontohi. Keberanian beliau mesti diwarisi oleh anak - anak muda hari ini untuk mendepani cabaran dan halangan sebuah perjuangan. Al Faatihah buat al marhumah.

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kalau anda ada maruah.. letaklah jawatan!!!

Posted: 18 Jul 2011 01:05 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Kumpulan rakyat yang majoritinya "majoriti senyap" terus menyatakan pendirian mereka mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Desakan dizahirkan mereka pada laman peminat Facebook yang bertajuk '100,000 Rakyat meminta Najib Tun Razak meletak jawatan' (100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation) yang kini sudah mencecah 202,020 peminat sehingga jam 2.07 petang tadi.

Ketika Harakahdaily membuat liputan perkara ini Julai 11 yang lalu, jumlah peminat telah pun mencecah angka 119,000.

Angka peminat Facebook terus meningkat apabila kerajaan Barisan Nasional meneruskan tindakan mereka memperlekehkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Selepas seminggu, hari ini peminat telah meningkat lebih daripada 80,000 kepada angka 202,020 seperti yang tertera di gambar.

Peminat Facebook yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama, menulis komen menyeru Najib untuk meletak jawatan ekoran tindakan tidak bertamadun polis dan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani perhimpunan aman rakyat itu.

Antara komen itu berbunyi :

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,
Sembah Patik Harap DiAmpun,
Khabar Buruk Patik Sembahkan,
Harap Diteliti Dimurka Jangan.

Perdana Menteri menjadi kebencian,
Pasukan Diraja menjadi cacian,
Rakyat mahukan keharmonian dan keadilan,
Mohon Tuanku Terajui Pemerintahan.


Seorang lagi peminat pula berkata tujuan beliau menyokong laman Facebook tersebut adalah untuk memberitahu Najib bahawa rakyat yang tidak dapat menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 bukan bermaksud mereka tidak menyokong agenda yang dibawa Bersih 2.0.

"Beliau (Najib) berkata ramai rakyat tidak menyertai Bersih 2.0 kerana mereka tidak menghiraukan Bersih 2.0. Sini untuk bagi tahu beliau, tak menyertai tidak bermaksud tidak menyokong," tulis beliau.

Disebabkan populariti laman tersebut, ramai peminat juga mewujudkan laman-laman lain untuk menuntut perletakan jawatan pemimpin Barisan Nasional yang lain yang lantang mengutuk perhimpunan Bersih 2.0.

Di antaranya ialah laman peminat menuntuk perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang kesemuanya mengkritik Bersih 2.0 di samping membela polis yang menggunakan kekerasan melampau terhadap para peserta himpunan.

Namun begitu, ketiga-tiga laman tersebut hambar sambutannya jika dibandingkan dengan laman menuntut perletakan jawatan Najib.

Yang paling tinggi hanyalah laman menuntut perletakan jawatan Hishamuddin, itupun hanya dapat mencapai 8 peratus atau 16,244 peminat saja daripada apa yang diterima oleh sepupunya.

Sementara itu, ada pihak yang menamakan dirinya Patriot telah membuka satu laman Facebook menyokong Najib untuk melawan popularati Facebook mendesak peletakan jawatan Najib..

Akan tetapi, sambutannya amat hambar, dengan setakat ini hanya mendapat 9,590 peminat atau 5 peratus sahaja daripada lawan mereka.

Dupahang's Weblog

Posted: 18 Jul 2011 11:36 AM PDT

Dupahang's Weblog


Nak Menipu Siapa Lagi…Org Kampong dan Seluruh Dunia dah tau..

Posted: 18 Jul 2011 12:39 AM PDT

Seluruh Dunia Melihat Kita..

Facebook: Lebih 200,000 mahu Najib letak jawatan

Posted: 18 Jul 2011 12:29 AM PDT

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 18 Julai:Kumpulan rakyat yang majoritinya “majoriti senyap” terus menyatakan pendirian mereka mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. Desakan dizahirkan mereka pada laman peminat Facebook yang bertajuk '100,000 Rakyat meminta Najib Tun Razak meletak jawatan' (100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation) yang kini sudah mencecah 202,020 peminat sehingga jam [...]

Lebih 2,000 iringi jenazah Dr Lo’ Lo’

Posted: 18 Jul 2011 12:23 AM PDT

Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 18 Julai:Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi. Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi. [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 18 Jul 2011 11:36 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Sekitar Himpunan AMAN BERSIH 2.0

Posted: 17 Jul 2011 10:34 PM PDT




Rakyat Malaysia sememangnya tidak gentar berhadapan dengan ugutan polis mahu menahan sesiapa sahaja yang menyertai himpunan Bersih 2.0, sebaliknya menegaskan perhimpunan itu begitu penting bagi membina sebuah negara yang dihormati dunia.
"PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman. Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, rakyat Malaysia percaya kebanyakan sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan 'water cannon' di depan mata. Sikap berat sebelah polis yang cenderung mengikut telunjuk pemerintah sekaligus menafikan hak rakyat untuk bersuara.

"Di manakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang diikuti PDRM?

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 18 Jul 2011 11:14 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan

Posted: 17 Jul 2011 09:32 PM PDT



KUALA LUMPUR 18 JULAI : Jenazah Allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi memimpin solat jenazah bersama-sama 500 jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.
Turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Jenazah dikebumikan di Lorong 9, Tanah Perkuburan Datuk Keramat.

Pemergian Dr Lo' Lo' sangat dirasai
KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.
Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.
"Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya," ujarnya.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu.
"Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi.
Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan.
"Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru.
Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad.
Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Jul 2011 09:54 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Queen Elizabeth perli Najib dalam senyap

Posted: 17 Jul 2011 12:19 PM PDT

Jasindaily Online

Posted: 18 Jul 2011 09:40 AM PDT

Jasindaily Online


BOLEH PAKAI BAJU KUNING TAPI BERSYARAT

Posted: 17 Jul 2011 10:12 AM PDT

GUGURNYA SEORANG SERIKANDI

Posted: 17 Jul 2011 09:55 AM PDT

PAS Kawasan Gerik

Posted: 18 Jul 2011 09:33 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Rakyat Tertunggu-Tunggu Video PDRM-Prof Aziz Bari

Posted: 18 Jul 2011 04:33 AM PDT


SHAH ALAM 18 JULAI: Rakyat tertunggu-tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat.

Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu polis menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi menghalalkan tindakan polis menyuraikan orang ramai pada 9 Julai lalu.

"Ya pada saya terpulanglah kalau polis ada video , bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahulah video atau gambar itu diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan itu tak bolehlah.

"Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap jangan begitulah,"kata Aziz kepada Tv Selangor.

Muhyiddin sebelum ini berkata, media dalam dan luar negara dilihat melakukan tohmahan kepada pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video pihak polis
menyuraikan orang awam.

Namun katanya, video-video yang dipamerkan tidak pula memuatkan tindakan para peserta yang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ganas membaling batu.

Hakikatnya hujah Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ada asasnya apabila Berita Minggu pada 10 Julai lalu memaparkan watak seorang peserta yang disifatkan ganas dengan memanipulasi tindakan peserta itu pada hari kejadian.

Abdul Razak Endut, individu yang dipaparkan gambarnya di muka depan akhbar itu dikatakan bertindak membalas serangan pihak polis ke atas orang awam.

Malah beliau didakwa membawa pisau dan membaling batu ke arah polis.

Namun menceritakan apa yang berlaku pada hari itu, Abdul Razak yang merupakan Unit Amal PAS berkata, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno-BN itu pada ceramah PAS malam tadi.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,"ujar beliau.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya.

Justeru itu menurut Aziz, beliau agak sangsi dengan rakaman video mahupun gambar yang bakal dipaparkan oleh PDRM sendiri.

"Dan saya fikirkan kalau bahan-bahan bukti itu ada, sudah lama dikeluarkan.. tak perlu tunggu lama sehingga sekarang setelah diserang, dikritik bertubi-tubi belum ada yang kita lihat. Begitu juga tuduhan polis tembak air ke hospital,itu sudah banyak dikemukakan bukti dan nampaknya selepas itu kerajaan dan polis cuba pula buat siasatan lain.

"Kalau mereka ada (bukti) mereka boleh keluar lebih awal lagi sebelum mereka diserang. Sebenarnya sebelum himpunan Bersih itu pun pihak polis telah dikecam dan dikritik begitu hebat. Jadi mengapa perlu tunggu lama untuk mengeluarkan bukti yang ada,"kata Aziz.

Namun ujar beliau, jika polis berani bertindak menyunting mahupun menokok tambah video sedia ada, ia hakikatnya boleh menjadi boomerang kepada PDRM sendiri.

" Bukti-bukti seperti itu bukan saja tak menyakinkan tetapi menjadi boomerang juga boleh menjauhkan lagi imej pasukan polis.

" Dan saya fikir dalam hal ini, saya rasa pihak kerajaan janganlah menarik polis begitu teruk atau melibatkan pihak polis sebab kalau imej dan kredibiliti polis itu jatuh begitu teruk...yang menerima kesan ialah rakyat,"tambah beliau lagi.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Jul 2011 09:24 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ribuan iringi Jenazah Dr Lo'Lo'

Posted: 18 Jul 2011 05:34 AM PDT




Al-Fatihah utk Allahyarhamah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali

Posted: 17 Jul 2011 10:11 AM PDT




Allahummaghfir laha warhamha wa'afiha wa'fu anha...Innalilahi wa inna ilayhi raji'un

Dari keluarga arwah: Solat jenazah YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali jam 10.30pagi esok(18/7/2011), Masjid Al-Akram Dato Keramat. Kebumi di Tanah perkuburan Dato Keramat, belakang Pasar Keramat sejurus selepas itu.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan