|    Pas Kawasan Tanjung Malim    Posted: 08 Jul 2011 01:36 AM PDT         |    Renungilah Bait Puisi Sasterawan Negara Ini..    Posted: 07 Jul 2011 10:07 AM PDT  Peludah Warna
  Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya.
  Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
  Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
  Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya.
  A Samad Said
  Sumber: Malaysiakini.com   |            |  
  |    CINA ISLAM (林川興)    Posted: 08 Jul 2011 01:11 AM PDT          |    Ahli Majlis MPS sokong Bersih    Posted: 08 Jul 2011 12:50 AM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 SELAYANG - Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyokong penuh Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan esok walaupun terpaksa diubahkan lokasinya ke stadium terpilih.  
 
 Sokongan tetap diberikan biarpun ahli majlis terlibat tidak memakai baju T Bersih seperti di sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri ini yang berbuat demikian semasa menghadiri mesyuarat penuh.  
 
 Ahli Majlis MPS yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Selayang, Ahmad Zaidy Abdul Talib berkata, pihaknya yakin himpunan itu akan berjalan aman melainkan terdapat pihak mencetuskan provokasi.  
 
 "Pihak tidak bertanggungjawab boleh berbuat pelbagai cara dengan menyamar memakai baju Himpunan Bersih 2.0 sehingga ia dirampas oleh polis. Malah pihak tertentu juga boleh membelinya dan akan membuat apa sahaja untuk kepentingan mereka.  
 
 "Saya juga yakin sepenuhnya rakyat akan hadir dalam himpunan ini dengan memberi kerjasama baik kerana mereka hadir bukan untuk suka-suka atau membuang masa, tetapi berhimpun kerana inginkan keadilan dan ketulusan dalam pilihan raya," katanya selepas Mesyuarat Penuh MPS Bulan Jun di bangunan MPS, di sini.  
 
 Menurutnya, semasa pihaknya membuat bancian undi dari rumah ke rumah di Selayang baru-baru ini, penduduk sering bertanya petugas mengenai status himpunan Bersih 2.0.  
 
 "Dalam membuat kerja bancian ini, ada mempertikaikan terdapat rumah mereka yang dimasukkan senarai nama pengundi hantu yang tidak sepatutnya berlaku. Ini menimbulkan tanda tanya mereka," katanya.  
 
 Terdahulu sehubungan menuntut hak keadilan ini menurutnya, pihaknya daripada peringkat pimpinan Pakatan Rakyat (PR), Ahli Majlis MPS dan Pas kawasan Selayang akan memberi sokongan penuh semasa himpunan Bersih 2.0 nanti.  
 
 Ahmad Zaidy berkata, kemungkinan pihaknya akan menghantar seramai mungkin untuk hadir dalam himpunan itu sekitar 3,000 lebih ahli Pas Selayang.  
 
 "Terima kasih juga kepada semua pihak penganjur dan peguam yang sanggup memberi kerjasama untuk membantu dan memberi khidmat guaman dalam Himpunan Bersih 2.0 nanti," katanya kepada Sinar Harian.  
 
 Sementara itu, Ahli Majlis MPS, Maznah Abdul Aziz berkata, walaupun tidak memakai baju T Bersih semasa mesyuarat itu, tetapi sokongan sepenuhnya terhadap himpunan terbabit tetap diberikan. 
 
 sinarharian/-    |     |    Tengkorak Ayu sudah ditemui    Posted: 08 Jul 2011 12:50 AM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 JOHOR BAHRU: "Alhamdulillah, biarpun sedih dengan nasib menimpa anak kesayangannya kami, saya tetap bersyukur kerana polis menemui semua cebisan mayat termasuk tengkorak, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian. 
 
 "Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit terutama pihak berkuasa yang bertungkus-lumus melakukan pencarian itu," kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja yang dibunuh kejam sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam. 
 
 Anaknya, Nurrahayu, 16, dipercayai dibunuh selepas ditinggalkan berseorangan berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan berdekatan rumah keluarganya di Pekan Seri Alam, dekat sini. 
 
 Menurut Qomarodin, sejak kehilangan anaknya itu mereka sekeluarga sedih dan bimbang hingga diberitahu sebahagian jenazahnya ditemui di dua lokasi berbeza. 
 
 Katanya, berita mengenai penemuan hampir semua cebisan jenazah termasuk kepala sedikit sebanyak mengubat kerinduan keluarga dan melegakan kerana dapat mengebumikannya dengan sempurna. 
 
 "Saya menerima panggilan dari polis dan dibenarkan menuntut jenazah Ayu bermula semalam selepas hampir semua cebisan jenazah termasuk serpihan tulang dan tengkorak ditemui. 
 
 "Kami akan membuat tuntutan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini sebelum melakukan solat jenazah di Surau Al-Ikhlas di Pulai Utama, di sini, selepas selesai solat Jumaat. "Walaupun belum melihat keadaan mayat Nurrahayu, saya dan keluarga bersedia dan reda kerana lebih penting kami mengebumikannya dengan sempurna dan berpusara. 
 
 "Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan di mana akan mengebumikannya sama ada di tanah perkuburan Gelang Patah atau di Kangkar Pulai esok (hari ini)," katanya. 
 
 Tengkorak remaja perempuan berkenaan ditemui di ladang kelapa sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini, petang kelmarin, iaitu lokasi sama sebahagian anggota tubuhnya ditemui sebelum ini. 
 
 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ruslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuaan berkenaan dan keluarga Nurrahayu boleh menuntut mayatnya di HSI untuk dikebumikan. Akhbar ini melaporkan kehilangan pelajar tingkatan empat berkenaan pada 2 Julai lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada 18 Jun lalu. 
 
 Pada 3 Julai lalu, misteri kehilangan Ayu terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badan yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di sebuah tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang kelapa sawit Sungai Tiram itu. 
 
 Jarak Ayu ditinggalkan (pondok pengawal keselamatan) dengan lokasi penemuan mayatnya di tanah perkuburan Hindu di Masai serta ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini kira-kira 15 kilometer (km) manakala jarak Ayu ditinggalkan dengan lokasi rumah kongsi bapanya kurang 200 meter. 
 
 Menurut Roslan, polis masih menyiasat kes pembunuhan Nurrahayu dan berharap mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. 
 
 Katanya, buat masa ini polis masih menyiasat seorang suspek yang juga pengawal keselamatan berhampiran rumah mangsa di sebuah tapak pembinaan di Pekan Seri Alam di sini, sejak Ahad lalu. 
 
 Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah. 
 
 METRO/-    |     |    BERSIH gagal dapat permit himpun di Stadium Merdeka    Posted: 08 Jul 2011 12:26 AM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok. 
 
 Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan. 
 
 "Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya. 
 
 Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil. 
 
 "Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya. 
 
 "Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh. 
 
 Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok 
 
 "BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH. 
 
 Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu. 
 
 Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya". 
 
 "Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission". 
 
 Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini. 
 
 malaysiakini/-    |     |    Stadium bola di Belanda runtuh    Posted: 08 Jul 2011 12:15 AM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 BEBERAPA kakitangan perubatan melihat bumbung stadium bola sepak kelab FC Twente yang runtuh di Enschede, Belanda semalam. 
 
 ENSCHEDE - Seorang lelaki mati manakala 10 yang lain cedera akibat dihempap sebahagian bumbung sebuah stadium bola sepak yang runtuh di Belanda semalam. 
 
 Datuk Bandar Enchede, Peter den Qudsten berkata, kejadian berlaku ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan ke atas stadium bola sepak FC Twente. 
 
 Menurutnya, secara keseluruhan seramai 14 orang cedera apabila bumbung bahagian selatan stadium berkenaan tiba-tiba runtuh dengan dua daripada mereka parah. 
 
 Mangsa yang maut dan cedera katanya, terdiri daripada pekerja binaan di lokasi kejadian. 
 
 Setakat semalam, beberapa ekor anjing pengesan dan kamera digunakan untuk mencari jika terdapat mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan itu. 
 
 "Punca kejadian masih disiasat," kata Qudsten. 
 
 Menurutnya, kerja pembinaan dilakukan untuk meningkatkan kapasiti stadium itu kepada 30,000 orang berbanding 24,000 orang sekarang dengan menambah barisan tempat duduk dan membina beberapa tingkat baharu. - Agensi    |     |    PERKASA batal perhimpunan esok    Posted: 08 Jul 2011 12:00 AM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 PERKASA telah membatalkan rancangannya untuk berhimpun esok kerana gagal mendapatkan permit polis, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Katanya, ia ekoran kegagalan PERKASA untuk mendapatkan kebenaran dari beberapa pihak pengurusan stadium yang dipohon sebagai lokasi perhimpunan PERKASA. 
 
 Berikutannya, Ibrahim berkata ahli-ahli PERKASA yang telah mendaftar untuk berhimpun esok, diminta "bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Taman Tasik Titiwangsa. 
 
 "Buat masa ini batal, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium, kalau dapat kita akan pohon permit polis," katanya. Ditanya mengenai masa yang sudah suntuk, Ibrahim berkata, pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk berbuat demikian. 
 
 Pagi tadi, dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata permohonan PERKASA untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur esok telah ditolak. 
 
 Katanya, penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka. 
 
 malaysiakini/-    |     |    Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0    Posted: 07 Jul 2011 11:40 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis? o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan 
 
 2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri? o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas 
 
 3. Bilakah anda ditahan? o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut o Apabila anda digari 
 
 4. Apa harus anda buat apabila ditahan? o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan o Tanya apakah alasan anda ditahan o Tanya ke balai mana anda akan dibawa 
 
 5. Apakah hak anda setelah ditahan? o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan 
 
 6. Berapa lama polis boleh menahan anda? o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan 'Bersih 2.0' 
 
 7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman? o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan 
 
 8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan? 
 
 o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan "saya akan jawab di mahkamah" terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan 
 
 9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ? 
 
 o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam 'Bersih 2.0' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai 
 
 Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat 
 
 Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia : 
 
 1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3 2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3 3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3 4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9 
 
 harakahdaily/-    |     |    BERSIH cabar keputusan k'jaan isytiharnya haram    Posted: 07 Jul 2011 11:00 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pagi ini mengemukakan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram. 
 
 Pemohonan itu difailkan di bahagian pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 
 
 Seramai 14 ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang diketuai oleh pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai reponden dalam permohonan semakan kehakiman setebal 46 halaman itu. 
 
 Awal bulan ini, Hishammuddin mengisytiharkan BERSIH sebagai sebuah pertubuhan haram tetapi Ambiga menafikan perkara itu. 
 
 malaysiakini/-    |     |    22 terbunuh serangan ke atas bas di Pakistan    Posted: 07 Jul 2011 09:30 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 KARACHI 8 Julai – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 20 lagi cedera apabila satu kumpulan bersenjata melepaskan tembakan ke arah dua buah bas dan melancarkan serangan di jalan-jalan di bandar terbesar Pakistan ini, semalam. 
 
 Penasihat keselamatan bagi wilayah Sindh, Sharfuddin Memon berkata, seramai 10 orang terkorban dalam serangan yang disasarkan ke atas dua bas. 
 
 Menurutnya, insiden terbaru ini menjadikan jumlah korban akibat serangan kumpulan bersenjata meningkat kepada 49 orang dalam tempoh tiga hari. – AFP    |     |    Enam mati rentung rumah terbakar    Posted: 07 Jul 2011 09:20 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 SANDAKAN 8 Julai — Enam orang mati rentung selepas sebuah rumah di Kampung Jawa 2 di Batu 12 dekat sini terbakar awal hari ini. 
 
 Lima mangsa adalah orang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. 
 
 Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan Alias Abu berkata, setakat ini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa. 
 
 Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti mereka, katanya. 
 
 Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran membabitkan rumah tersebut pada pukul 1.15 pagi. 
 
 Katanya, dua jentera bersama 18 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal api pada pukul 2.41 pagi. - Bernama    |     |    Bersih lonjak kesedaran politik generasi muda    Posted: 07 Jul 2011 09:00 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR, 8 Julai: Himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan esok telah memberikan satu lonjakan kesedaran politik rakyat Malaysia, terutama generasi muda. 
 
 "Mungkin selama ini mereka tidak kisah sangat apa yang berlaku sekeliling mereka. Mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing. 
 
 "Apabila media BN yang sudah hilang orbit kewarasan dalam pemberitaan, akhirnya menjadi senjata makan tuan, kerana anak muda ialah mereka generasi yang berfikir," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). 
 
 Tambahnya, lebih-lebih lagi di era langit terbuka, mereka mendapat maklumat kedua kemudian, mereka membakul sampahkan propaganda BN. 
 
 Beliau berkata, hasrat BN cuba memburukkan program Bersih dengan berbagai tuduhan seperti komunis, gerakan kristian, agen asing semuanya gagal. 
 
 Menurutnya, generasi muda yang celik maklumat bukan mereka yang boleh dicucuk hidung oleh pemimpim BN. 
 
 Mereka, ujarnya mentelaah semua maklumat, kemudian membuat pertimbangan mana yang betul dan yang salah. 
 
 Katanya lagi, mereka tidak mahu melanjutkan kepimpinan negara yang separuh abad diberi amanah, tetapi telah mengkhianati amanah negara. 
 
 Oleh itu, katanya mereka perlu melantik pemimpin yang amanah dengan jawatan tetapi impian itu tidak akan diperolehi jika perjalanan pilihan raya yang tempang. 
 
 Justeru, tegasnya reformasi perlu dibuat dalam perjalanan pilihan raya di negara ini. 
 
 Beliau menambah, jika benar BN kuat mereka tidak perlu takut untuk menerima tuntutan Bersih, biarlah rakyat menjadi Hakim Negara untuk memilih pemimpin negara. 
 
 "Perkara ini pemimpin BN tidak perlu takut jika mereka menganggap ini adalah amanah, tetapi mereka akan takut jika tujuan menjadi pemimpin sebagai tangga untuk mengumpul kekayaan anak beranak," ujarnya. 
 
 harakahdaily/-    |     |    18 hari kritikal disengat tebuan    Posted: 07 Jul 2011 08:20 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 KESAL...Aziz menunjukkan surat aduan kecuaian yang akan dihantar kepada JPN Pahang. Gambar kecil, Muhamad Al-Amin. 
 
 KUANTAN: Seorang murid tahun dua yang mengikuti latihan sukan sekolah, kini bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akibat disengat tebuan pada 20 Jun lalu. 
 
 Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Muhamad Al-Amin Ibrahim, 8, dari Kampung Darat Sungai Ular bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, di sini, belum sedarkan diri akibat cedera di kepala, leher, rusuk, lengan dan belakang badan. 
 
 Bapa angkat mangsa, Aziz Mamat, 49, berkata dia mendapat tahu kejadian terbabit melalui isterinya, Rosilawati Abdul Rahman, 39, sebelum bergegas pulang ke rumah. 
 
 "Isteri memberitahu dia yang berada di rumah didatangi guru yang membawa anak kami pulang dan memberitahu dia disengat tebuan sebelum mendapati keadaannya separuh sedar. 
 
 "Isteri bertanyakan mengenai kejadian terbabit, namun guru memberitahu anak kami disengat di luar kawasan sekolah padahal sarang tebuan itu berada di sebuah bangunan sekolah itu," katanya. 
 
 Menurutnya, melihat keadaan dan rupa anaknya bertukar kebiruan dia membawanya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dipindahkan ke HTAA. 
 
 Katanya, sehingga kini, anaknya sudah 18 hari menerima rawatan dan dipercayai paru-parunya dijangkiti kuman. 
 
 Aziz berkata, susulan itu dia merujuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang untuk mengambil tindakan lanjut berikutan kecuaian guru yang mendakwa lambat menghantar anaknya ke HTAA Kuantan. 
 
 "Saya sedih apabila melihat keadaannya ketika menerima rawatan yang menyeksakan. 
 
 "Bayangkan 10 sengatan tebuan sehingga menyebabkan bisa serangga itu merebak ke paru-parunya," katanya ketika ditemui, semalam. 
 
 Katanya, dia difahamkan, sarang tebuan itu yang berada di bangunan sekolah sudah dibuang sepasukan anggota bomba dan penyelamat sehari selepas kejadian terbabit. 
 
 Menurutnya, dia sudah membuat surat aduan untuk diserahkan kepada Pengarah JPN selain akan mengambil tindakan undang-undang selepas mendapati kecuaian berlaku dalam sekolah berkenaan. 
 
 metro/-    |     |    BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok    Posted: 07 Jul 2011 08:00 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok. 
 
 Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik. 
 
 "Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka," petik kenyataan itu. 
 
 BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok. 
 
 "Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan. 
 
 "Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil." 
 
 Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan. 
 
 "Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya. 
 
 Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya. 
 
 Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu. Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. 
 
 BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil, 
 
 "Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini," kata BERSIH 2.0. 
 
 Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator. 
 
 "Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak," katanya. 
 
 malaysiakini/-    |     |    Tak kan ke pejabat sendiri pun tak boleh    Posted: 07 Jul 2011 07:56 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR, 8 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok. 
 
 Katanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja. 
 
 "Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily. 
 
 Polis Kuala Lumpur semalam mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin termasuk Mahfuz memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur esok, 9 Julai. 
 
 Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. 
 
 Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais. 
 
 Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. 
 
 Kawasan larangan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana Negara. 
 
 Mengulas lanjut, Mahfuz memberitahu empat anggota polis datang ke rumahnya di Kedah malam tadi untuk menyerahkan notis perintah larangan itu. 
 
 Beliau bagaimanapun enggan menandatangan notis itu ekoran larangan terhadapnya untuk ke pejabatnya di Jalan Raja Laut. 
 
 "Saya tak tanda tangan sebab tak logik, malah saya enggan menerima notis itu. 
 
 "Mereka kemudiannya letak notis tu dalam peti surat rumah saya," katanya. 
 
 Nazri Abdullah harakahdaily/-    |     |    Presiden Yemen muncul di TV    Posted: 07 Jul 2011 07:30 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 SANAA 8 Julai – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh buat pertama kalinya muncul di kaca televisyen semalam sejak insiden serangan di Istana Presiden di Sanaa bulan lalu yang menyebabkan beliau cedera. 
 
 Beliau yang kelihatan dengan muka terbakar dan tangan berbalut hampir-hampir tidak dapat dikenali dan hanya duduk kaku ketika menyampaikan ucapan di stesen televisyen kerajaan itu. 
 
 Dalam ucapan beberapa minit itu, beliau memberitahu telah menjalani 'lapan pembedahan yang berjaya' dan menggesa supaya dialog diadakan bagi menamatkan krisis di negara ini. – AFP    |     |    Bersih 2.0 : Operasi Hentian Puduraya Dihenti Sementara    Posted: 07 Jul 2011 07:20 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR 8 JULAI : Kurang 36 jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini, pihak berkuasa mula memperketatkan tindakan penguatkuasaan dengan mengarahkan supaya operasi Hentian Puduraya, yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu mulai tengah malam ini dan dipindahkan ke lokasi lain. 
 
 Hentian Puduraya, merupakan salah satu hentian utama di ibu negara yang mengendalikan 300 perjalanan setiap hari. 
 
 Pusat perhentian itu terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka dimana Bersih 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini sebelum membatalkan perhimpunan jalanan. 
 
 Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dihubungi turut mengesahkan bahawa operasi Hentian Puduraya itu akan dihentikan buat sementara mulai tengah malam ini dan pada hari Sabtu. 
 
 "Saya dimaklumkan operasi bas di Hentian Puduraya akan dihentikan mulai tengah malam esok, dan juga sepanjang hari Sabtu," kata beliau. 
 
 "Mungkin langkah ini diambil selaras dengan keputusan SPAD, dan tindakan polis," kata beliau kepada The Malaysian Insider . 
 
 Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur. 
 
 Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan. 
 
 Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling. 
 
 Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) menafikan khabar angin bahawa perkhidmatan tren transit aliran ringan di beberapa stesen akan mengalami gangguan pada Sabtu ini. 
 
 "Tidak, tidak," kata beliau ketika ditanya sama ada pihaknya ada sebarang rancangan atau telah menerima sebarang arahan daripada pihak berkuasa agar menghentikan operasi perkhidmatan tren aliran ringan pada Sabtu ini. 
 
 SPNB memiliki tren aliran ringan laluan KL-Ampang dan Gombak-Kelana Jaya. 
 
 Bagaimanapun menurut SPAD, ia masih bergantung pada tindakan dan arahan susulan daripada kerajaan. 
 
 "Operasi kami adalah normal, tetapi kami akur kepada sebarang keputusan dibuat oleh pihak berkuasa yang relevan," kata seorang jurucakap SPAD ketika dihubungi. 
 
 Jurucakap SPAD itu juga mengesahkan bahawa Kabinet belum lagi mengeluarkan sebarang arahan mengenai perkara itu. 
 
 TV SELANGOR/-    |     |    Teruskan BERSIH 2.0, bukan rakyat gentar tapi UMNO yang berlindung di belakang polis    Posted: 07 Jul 2011 07:16 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 PETALING JAYA - Wanita PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melanggar titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila terus mengharamkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.  
 
 Ketuanya, Zuraida Kamarudin mendakwa, tindakan Hishammuddin menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan menteri itu tidak akur dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku Mizan.  
 
 "Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini, seharusnya Hishammuddin taat.  
 
 "(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat sudah lepas tangan dan tidak berupaya mengawal perilaku menteri-menterinya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.  
 
 Hadir sama, Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azwan Ramli.  
 
 Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Hishammuddin yang berkata, Bersih masih sebuah pertubuhan haram walaupun selepas pemimpinnya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon kebenaran mengadakan perhimpunan Sabtu ini.  
 
 Hishammuddin dilaporkan berkata, keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara mengikut undang-undang.  
 
 Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan kerajaan menghalang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini membuatkan rakyat lebih marah dan bersemangat untuk berhimpun pada hari itu.  
 
 Pada sidang media itu juga Zuraida turut melancarkan kempen 'Teruskan Bersih' dengan membawa dua lagi tuntutan, iaitu mendesak Hishammuddin segera membebaskan 194 tahanan, termasuk enam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.  
 
 Menteri itu juga diminta menghentikan sebarang penahanan dan mengembalikan kesemua barang Bersih yang dirampas.  
 
 Zuraida juga menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang membekukan permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.  
 
 "Kerajaan menuduh Bersih membawa kerugian kepada banyak pihak apabila mengadakan perhimpunan, tetapi kerajaan sendiri yang menyekat rezeki dan ekonomi sesetengah pihak apabila membekukan permit sementara itu.  
 
 "Lebih buruk lagi ialah kemungkinan semua pengangkutan awam di ibu negara akan dihentikan," katanya.  
 
 Zuraida mendakwa Barisan Nasional (BN) cuba menimbulkan provokasi membawa masuk provokator mereka menyertai Bersih.  
 
 "Kami dengar ada pihak mencetak baju-T Bersih di Thailand untuk diedarkan kepada provokator mereka.  
 
 "Justeru, saya mengingatkan ahli-ahli Pakatan Rakyat berjaga-jaga dengan mereka yang tidak dikenali," katanya. 
 
 pas parit buntar/-    |     |    Suhakam gesa bebaskan tahanan Ordinan Darurat    Posted: 07 Jul 2011 07:00 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR, 8 Julai: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyatakan rasa kebimbangan tentang penangkapan dan penahanan beberapa Ahli Parlimen serta aktivis Bersih baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera. 
 
 Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. 
 
 Menurutnya, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat. 
 
 "Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia," ujarnya dalam satu kenyataan. 
 
 Beliau juga mengalu-alukan konsultasi yang sedang berjalan di antara pihak berkuasa dan Bersih berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di stadium, setelah menurut titah DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Julai dan majlis menghadap yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku kepada Bersih pada 5 Julai 2011. 
 
 Katanya, walaupun mengalu-alukan perkembangan positif ini, dalam keadaan sekarang, Suruhanjaya ingin mengulangi bahawa kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat adalah terkandung dalam Perkara 19 UDHR. 
 
 "Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan Bersih dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," katanya lagi. 
 
 Harakahdaily/-    |     |    Bersih 2.0 : 30 Jalan Di KL Ditutup Sabtu Ini    Posted: 07 Jul 2011 05:30 PM PDT   6 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR 8 JULAI : Menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno pada Sabtu ini, polis sudah mula mengenal pasti hampir 30 jalan utama di ibu negara untuk ditutup kepada trafik. 
 
 Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mendakwa pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi kawasan panas di sekitar ibu negara. 
 
 Malah, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya. 
 
 Bagaimanapun katanya, mereka yang bekerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dikecualikan. 
 
 Antara jalan utama yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ini ialah seperti berikut : 
 
 Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara. 
 
 Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara. 
 
 Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. 
 
 tv selangor/- 
 
    |     |    Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini    Posted: 07 Jul 2011 04:05 AM PDT  Syaaban 1432H. [MOD] -                                            KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.
   Perkasa   Datuk Ibrahim Ali   Datuk Ab Rahman Abu Bakar   Syed Hassan Syed Ali   Irawah Fahmi Ideris   Roslan Kassim   Sharifuddin Abd Hamid   Dr Zubir Harun   Ameir Hassan   Datuk Ahmad Saad   Ahmad Zaini Ismail   Muhammad Zaid Md Arip   Abdullah Mansor   Zaira Jaafar   Norkhaila Jamaludin   Pemuda Umno   Khairy Jamaluddin Abu Bakar   Datuk Megat Firdouz Megat Junid   Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican   Megat Zulkarnaian Omardin   Rizalman Mokhtar   Tengku Azman Tengku Zainol Abidin   Lokman Noor Adam   Datuk Abdul Azeez Rahim   Ungku Saleh Ungku Jamal   Arman Azha Abu Hanifa   Tun Faisal Ismail Aziz   Bersih   Datuk Ambiga Sreenevasan   Mohamad Sabu   Hishamuddin Md Rais   Khairul Anwar Ahmad Zainuddin   Maria Chin Abdullah   Chua Tian Chang   Kamarulzaman Mohamad   Dr Mohd Hatta Md Ramli   Syed Shahir Syed Mohamud   Syed Ibrahim Syed Noh   Teresa Kok Suh Sim   Badrul Hisha Shaharin   Shamsul Iskandar bin Mohd Akin   Arutchelvam A/L Subramaniam   Wong Chin Huat   Ong Boon Keong   Enalini A/P Elumalai   Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim   Datuk Khalid Yunus   Datuk Zulkifli Noordin   Dr Zubir Harun   Datuk Seri Abd Hadi Awang   Datuk Seri Anwar Ibrahim   Lim Kit Siang   Nik Abdul Aziz bin Nik Mat   Nurul Izzah Anwar   Kohila Yanasekaran   Zaid Kamaruddin   Khoo Teng Swee   Fadiah Nadwa Fikri   Yap Swee Seng   Salahuddin Ayub   Datuk Mahfuz Omar   Nasrudin Hasan   Mazlan Aliman   Dr Syed Azman Syed Nawawi   Dr Dzulkifli Ahmad   Dr Mujahid Yusof   Khalid Abd Samad   Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin   Azman Shapawi Abd Rani   Suhaizan Kaiat   Nor Azli bin Musa   Mohd Firdaus Jaafar   Loke Siew Fook   Lau Wen San   Mohd Azmin Ali   Mat Shuhaimi Shafie   Satipul Bahari Amamt   Wan Hassan Mohd Ramli   Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini   Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin   Muhammad Hilman Idham   Mohd Shukri Che Ab Razab   Mohd Syukri Kamaruddin   Ahmad Syazwan Muhammad Hasan   Choo Chon Kai   Sarasvathy Muthu   Soh Sook Hwa   Nurul Izham Nurul Anuar   Abd Rahim Osman   Mohd Sibri Ismail   Mohd Lukam Muda   Datuk Prof Kamaruddin Kachar   Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah    |     |    Negara diperbodohkan oleh pemimpin BN yang gila kuasa    Posted: 07 Jul 2011 03:29 AM PDT   5 Syaaban 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIAPejabat ADUN Titi Serong/Ketua Sekretariat PR Perak.Negara sekali lagi telah diperbodohkan oleh sang pemimpin BN yang gila kuasa, kolot dan mundur pemikiran. Perhimpunan Bersih 2.0 yang direncana NGO-NGO yang mencapai kata sepakat telah diperakui oleh Tuanku  Mizan selaku pemimpin tertinggi Negara, bermakna segala yang berkaitan permit sepatut dipermudahkan malah tidak perlu lagi. Tetapi disebabkan UMNO-BN cuba sedaya mungkin untuk menyekat rakyat dari melakukan perhimpunan untuk menyatakan rasa tidak setuju terhadap demokrasi dan amalan sistem pilihanraya Negara dengan mengemukakan lapan tuntutan yang saya sifatkan satu pun tidak membahayakan Negara. Yang bahaya kerana ianya mengancam kuasa politik UMNO dan BN. Reaksi pemimpin kerajaan UMNO-BN  menyalahi perlembagaan Negara apabila KDN tetap engan menarik semula arahan mengharamkan Bersih 2.0. Seluruh rakyat telah diberi pendidikan bahawa rukun Negara adalah undang-undang tertinggi Negara, itulah yang telah dipersetujui sejak Malaysia ditubuhkan sebagai Negara yang berdaulat. Hari ini kerajaan yang sepatutnya menjaga kelangsungan kedaulatan perlembagaan dan Rukun Negara telah menghina dan menafikan semua perkara tersebut khususnya apabila rukun Negara yang kedua dan yang ketiga menyebut iaitu  Kesetiaan kepada Raja dan Negara dan  Keluhuran Perlembagaan telah dinafikan. Dalam isu ini, UMNO-BN telah mengkhianati kedua perkara tersebut, tetapi adakah rakyat tahu hal ini? Sudah tentu hal demikian tidak sampai ke pengetahuan rakyat kerana media yang pro kepada BN seperti radio dan televisyen terus dikongkong untuk pemberitaan yang berat sebelah sahaja. Gambaran buruk terhadap Bersih dengan berbagai momokan adalah gambaran ketakutan mereka kepada perbuahan pilihanraya yang lebih bersih serta mengugat kuasa yang mereka sedang miliki. Perlembagaan telah dikhianati oleh UMNO-BN  kerana perlembagaan dengan jelas melindungi hak dan kebebasan setiap rakyat, hari ini apabila ada rakyat yang memakai baju kuning tertera tulisan bersih dan ada yang tidak ada tulisan bersih pun ditangkap dengan sewenangnya, kemanakah perginya hak rakyat yang sebenarnya ?. Perlembagaan juga melindungi rakyat berhimpun secara aman , hari ini juga kerajaan sekali lagi telah mengkhianati perlembagaan yang sama apabila menghalang rakyat dari turun dan ikut serta dalam himpunan aman  tersebut. UMNO-BN lebih dahsyat dan lebih teruk dari aspek moral dan  sebagai manusia yang bertamadun apabila menafikan rundingan wakil Bersih dengan DYMM Yang Dipertuan Agong baru-baru ini yang mendapat perkenan untuk mengadakan perhimpunan. Namun telah dipesulitkan dengan berbagai paraturan dan akta yang membawa kekusutan yang belum dapat diselesaikan pada hari ini. Rakyat mestilah bertekad untuk mengubah kepimpinan negara yang sedia ada, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang untuk memastikan negara selamat dari pelbagai penyelewangan serta pelanggaran undang-undang negara. DRS. KHALIL IDHAM LIMPARIT BUNTAR, 7 JULAI 2011   |     |    Tebusan : 30 Kanak-kanak dan empat guru diselamatkan.    Posted: 07 Jul 2011 03:22 AM PDT   5 Syaaban 1432H. [MOD] -30 Kanak-kanak dan empat guru yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki  bersenjatakan tukul besi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids di Sungai  Abong, Muar berjaya diselamatkan oleh pasukan Unit Tindakan Khas pada  petang Khamis    |     |    Semua tebusan di tadika selamat    Posted: 07 Jul 2011 03:14 AM PDT   5 Syaaban 1432H. [MOD] - MUAR: Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi. Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala. Guru dan murid terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Jalaluddin, berkata lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke sama untuk rawatan. Terdahulu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha memujuk lelaki terbabit membebaskan tebusan dan menyerah diri gagal. Drama tebusan itu bermula 9.30 pagi tadi apabila lelaki yang bersenjatakan parang menceroboh tadika berkenaan    |     |    Gangguan Talian Internet, Telefon Usaha Terbaru Gagalkan Bersih 2.0 ?    Posted: 07 Jul 2011 03:11 AM PDT   5 Syaaban 1432H. [MOD] - Ura-ura  rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu  hujung minggu disifatkan sebagai usaha terbaru untuk melumpuhkan  perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang  dijadualkan Sabtu ini, kata jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.  Menurut  jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dalam kenyataan media hari ini,  tindakan itu sekali gus akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini  tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.
  "BERSIH  2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh  atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.
  "BERSIH  2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses  rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman  web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak  berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia  Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang  kejayaan,"katanya.
  Tegas Jawatankuasa pemandu  Bersih 2.0, sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) enggan  berkompromi ia hanya akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak  ubah seperti diktator seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah.
  Tambahnya,  tindakan kerajaan mengadakan pelbagai tekanan, hambatan dan halangan  tidak mampu membantutkan hak rakyat untuk berhimpunan secara aman di  Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini meskipun permit bas  sementara untuk perjalanan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini telah  dibekukan.
  "Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman," petik kenyataan itu.
  Sekiranya  lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat  sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di  negara ini.
  Malah katanya, usaha jahat kerajaan  Umno-BN ini hanya akan mengakibatkan negara berdepan dengan kehilangan  rakan perniagaan dan keyakinan daripada komuniti pelaburan serta memberi  gambaran buruk terhadap politik di Malaysia kepada negara luar.
 
    |     |    IGP : Arah bersih berhimpun di luar KL    Posted: 07 Jul 2011 02:42 AM PDT  5 Syaaban 1432H. [MOD] - 
 
                                Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar  mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium  Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah  nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu. "Saya  juga mengesyor agak perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala  Lumpur sesak. (Ia) boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai  awam yang tidak teribat (dengan perhimpunan itu).  "Saya  mengesyorkan  Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor telah buat  tawaran," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman  selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga. Namun katanya, Ambiga adalah "degil" dan menolak tawarannya itu. "Malaysia luas, mengapa pilih tempat di tengah bandar dan menggangu orang lain? "Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalkan mesej anda dapat disampaikan. "Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.  "Kamu nak sampaikan mesej,  katakan (wak) duduk di stadium di Pahang, tidak boleh sampai mesej ke?" katanya. Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.
  Ketua  polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri  Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan  pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai  kaitan dengannya. Sementara it dalam perkembangan berkaitn, kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini,  pengerusinya Datuk S Ambiga berkata gabungan itu akan mencuba sekali  lagi membuat tempahan di Stadium Merdeka dan memohon permit polis jika  pengurusan perbadanan stadium itu memberikan kelulusannya.  Perkara  itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail  Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini. Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0  Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Bercakap  kepada wartawan selepas pertemuan itu, Ambiga berkata usaha BERSIH 2.0  itu membuktikan gabungan 62 NGO itu sanggup bekerjasama dengan polis  bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman.    |     |    Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini    Posted: 07 Jul 2011 02:40 AM PDT  5 Syaaban 1432H. [MOD] -
 Perintah  berkenaan melarang semua individu tersebut -- daripada PERKASA, BERSIH  2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam  perhimpunan berkenaan. 
 
  Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan. 
 
 Seramai  66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan  BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan  presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais. 
 
 Seramai  14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk  Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab  Bakar dan Syed Hassan Syed Ali. 
 
 Polis  turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno  yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin  Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal  Merican Naina Merican.  
 
 Turut  disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua  Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz  Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang    |            |  
  |    Idris Ahmad    Posted: 07 Jul 2011 11:53 PM PDT          |    Najib Kemaruk Tawan Kelantan.    Posted: 07 Jul 2011 06:13 PM PDT  Datuk Seri Najib Tun Razak nampak kemaruk untuk tawan Kelantan yang diperintah oleh Pas sejak 21 tahun yang lalu. Ketika berucap di Machang Kelantan beliau dengan penuh semangat meminta rakyat Kelantan perlu berubah untuk memilih BN dalam pilihanraya akan datang. Beliau juga berjanji untuk mendirikan stadium baru jika BN berjaya tawan Kelantan dengan memperlekehkan “scoreboard” stadium yang masih menggunakan menual, kerana tidak kemampuan pemimpin Pas.  Sebelum beliau hendak menawan Kelantan, tolong perhati dulu negeri-negeri yang umno perintah termasuk negeri Pahang. Kelantan walaupun diperintah oleh Pas tidaklah sampai mengemis untuk membayar gaji kakitangan dan melaksanakan negeri berkebajikan seperti skim kifalah, bantuan makanan kepada orang miskin dan terbaru bantuan perkahwinan.  Jika Umno menawan Kelantan semua skim ini akan dikuburkan, seperti di Terengganu, Pas menghapuskan cukai pintu kediaman, selepas Umno menang cukai pintu dikenakan kembali.  Di dalam keaadaan Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak dan hak pendaratan minyak Kelantan terus membangun dengan pesat dari segi spritual dan material. Maklumlah negeri Kelantan seolah-olah berada di planet lain, sehingga hak mendarat minyak dinaikkan ke Songkla Siam yang jauh 270 kilometer, berbanding dengan Kelantan hanya 150 kilometer sahaja. Inilah demokrasi ala 1Malaysia  .  Walaupun “scoreboard” di stadium Kelantan menggunakan manual, stadium tidak runtuh. Kita bimbang jika stadium yang Datuk Seri Najib hendak bina, runtuh pula seperti stadium Trengganu yang berharga RM291 juta. Ia hanya sempat “bernyawa” setahun sahaja, seolah-olah binaan  stadium diikat dengan tali pisang.  Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.  Filed under:  Pilihanraya,  Politik                    |     |    Bersih, Lonjakan Kesedaran Politik Anak Muda    Posted: 07 Jul 2011 06:05 PM PDT  Himpunan Bersih 9 Julai 2011 telah memberikan satu lonjakan kesedaran politik rakyat Malaysia, terutama generasi muda. Mungkin selama ini mereka tidak kisah sangat apa yang berlaku sekeliling mereka. Mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing. Apabila media BN yang sudah hilang orbit kewarasan dalam pemberitaan, akhirnya menjadi senjata makan tuan, kerana anak muda ialah mereka generasi yang berfikir. Lebih-lebih lagi di era langit terbuka, mereka mendapat maklumat kedua kemudian  mereka membakul sampahkan propaganda BN. Hasrat BN cuba memburukkan program Bersih dengan berbagai tuduhan seperti komunis, gerakan kristian, agen asing semuanya gagal.  Generasi muda yang celik maklumat bukan mereka yang boleh dicucuk hidung oleh pemimpim BN. Mereka mentelaah semua maklumat, kemudian membuat pertimbangan mana yang betul dan yang salah. Mereka tidak mahu melanjutkan kepimpinan negara yang separuh abad diberi amanah, tetapi telah mengkhianati amanah negara. Oleh itu mereka perlu melantik pemimpin yang amanah dengan jawatan. Impian ini tidak akan diperolehi jika perjalanan pilihanraya yang tempang. Reformasi perlu dibuat dalam perjalanan pilihanraya di negara ini. Jika benar BN kuat mereka tidak perlu takut untuk menerima tuntutan Bersih, biarlah rakyat menjadi Hakim Negara untuk memilih pemimpin negara. Perkara ini pemimpin BN tidak perlu takut jika mereka menganggap ini adalah amanah, tetapi mereka akan takut jika tujuan menjadi pemimpin sebagai tangga untuk mengumpul kekayaan anak beranak.  Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.  Filed under:  Politik                    |     |    Ikhlas Teras Kejayaan Pas    Posted: 07 Jul 2011 06:01 PM PDT     Ikhlas Teras Kejayaan Pas  Ustaz Idris Ahmad  7/7/11     Tajuk yang senang ditulis, sukar untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, terutama kehidupan berjamaah. Syaitan sering menggoda supaya sifat ini hilang daripada jiwa amilin. Sifat ikhlas penentu amal kita diterima oleh Allah atau tidak. Firman Allah SWT "Pada hal mereka hanya diperintah menyembah Allah dengan ikhlas semata-mata kerana (menjalankan) agama dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus" (Al-Bayyinah, 98:5)     Untuk hendak memupuk sifat ikhlas  dalam diri ia memerlukan proses pentarbiahan yang berterusan. Ia tidak boleh diperolehi dengan secara irtijal (spontan) sahaja. Mungkin permulaan gerak langkah kita dengan tidak ikhlas, kemudian baru datang keikhlasan. Contohnya amalan solat yang kita lakukan sekarang, mungkin pada mulanya kerana takut kepada ayah, maka lama kelamaan ia sudah sebati tanpa disuruh. Begitu juga kerja jamaah mungkin pada peringkat awal kerana malu kepada orang yang kita segani, kemudian ia sudah bertapak semangat ikhlas di dalam diri.     Jamaah tidak boleh bergerak seandainya tidak ada semangat ikhlas di kalangan anggota dan pimpinan. Semangat ikhlas inilah yang berjaya dilahirkan dalam tarbiah Pas sehingga mereka berjuang bukan kerana individu tetapi kerana Islam dan jamaah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pas telah berjaya menanamkan kefahaman Islam sehingga melahirkan ahli yang ikhlas kepada Allah SWT dalam perjuangan. Inilah kejayaan tarbiah yang dianjurkan oleh Pas. Tidak hairanlah kepada kita beberapa orang pemimpin tertinggi  Pas yang telah mengkhianat perjuangan namun ahli Pas tidak pernah mundur walaupun setapak, malahan ini dianggap sebahagian daripada tarbiah untuk melihat sejauhmanakah mereka yang telah tahan diuji semasa dalam perjuangan. Pemimpin Pas yang keluar daripada Pas hidup menderita apabila mereka melihat sejak ketiadaan mereka Pas semakin berkembang bukan semakin lemah. Ini yang menambahkan barah perasaan dan mental di dalam diri mereka. Fanatiknya ahli-ahli Pas kerana perjuangan dan dasar Pas.     Seperti mana wasiat Allahyarham Prof. Zulkifli Mohammad kepada wakil rakyat pada tahun 1964 sebelum beliau meninggal dunia,     "Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa,  mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya  lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada  diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita".     Justeru itu jika di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai hajat yang lain, orang ini tidak kekal lama dalam perjuangan. Diperingkat ahli, keikhlasan memang tidak dapat dinafikan kerana merekalah tenaga penggerak Pas. Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Phd hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan sabsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan. Semuanya mereka sanggup menerima  kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan  walau hidup mereka kais pagi makan pagi.     Filed under:  Politik                    |     |    Tangkapan Bersih, Polis Perlu Profesional    Posted: 07 Jul 2011 05:57 PM PDT    |            |  
  |    Salam Perjuangan    Posted: 07 Jul 2011 11:40 PM PDT    |  
  |    Peghelih La...    Posted: 07 Jul 2011 11:24 PM PDT          |    Bersih 2.0: Sekitar 30 jalan di KL ditutup Sabtu    Posted: 07 Jul 2011 08:08 PM PDT   Malaysian Insider melaporkan: KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.
  Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.
  Bagaimanapun katanya, mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dibenarkan.
  Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:
  — Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara
  — Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara
  — Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. 
    |     |    BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok    Posted: 07 Jul 2011 08:04 PM PDT  Malaysiakini melaporkan: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.
  Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.
  "Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka," petik kenyataan itu.
  BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.
  "Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.
  "Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil."
  LAGI >>>    |     |    Provokasi Bersih 2.0: Pemuda PAS Perlis buat laporan polis    Posted: 07 Jul 2011 02:32 AM PDT   KANGAR- Ekoran berlakunya pengkhianatan bersifat vandalisme di hadapan Kompleks PAS Perlis hari ini, Dewan Pemuda PAS Perlis membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar petang ini.
  Laporan polis dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan jam 4.30 petang tadi.
  Dalam laporannya, beliau meminta pihak polis menyiasat dan menangkap pihak yang terbabit kerana perbuatan tersebut merupakan suatu bentuk pengkhianatan kepada orang yang tidak bersalah selain melibatkan kepentingan awam.
  "Pemuda PAS Perlis mengutuk keras tindakan pihak berkenaan yang menganngap ianya suatu usaha memburuk-burukkan imej penganjur Bersih 2.0 selain usaha untuk mewujudkan suasana ketegangan dan kebencian di kalangan penduduk di negeri ini.
  Hadir sama mengiringi beliau ialah Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Naib Ketua Pemuda PAS Perlis, Meor Hassan Sazali dan Setiausaha Pemuda, Mohd Sahir Ab Raman.
  Pagi tadi, warga kerja Kompleks PAS Perlis dikejutkan dengan perbuatan vandalisme berbentuk semburan cat di atas jalan dan papan tanda di tepi pagar Kompleks PAS dengan perkataan "BERSIH HARAM" dan "PAS Bodoh".
  Manakala perkataan "PAS Bodo" juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di tepi pagar, dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.    |     |    PAS Perlis kutuk provokasi Bersih 2.0    Posted: 07 Jul 2011 12:21 AM PDT   KANGAR - PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap bersifat vandalisme yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab sekitar bandar Kangar termasuk di hadapan Kompleks PAS Perlis.
  Malam tadi, di hadapan pintu masuk ke Kompleks PAS Perlis berlakunya perbuatan vandalisme dengan menyemburkan cat di atas jalan dengan perkataan "Bersih Haram" dan "PAS Bodoh". Perkataan "PAS Bodo" juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di pagar Kompleks PAS Perlis.
  Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menyifatkan kerja ini dilakukan tangan-tangan nakal yang mempunyai unsur-unsur politik di belakangnya.
  "PAS dan Pakatan Rakyat Perlis berasa kesal dan dukacita dengan perbuatan seperti ini dan meminta ianya dihentikan. Tidak sepatutnya ada campurtangan politik dalam hal ini khususnya untuk memburukkan imej Bersih. Saya memberi jaminan bahawa pihak kami tidak membuat kerja-kerja seperti ini.
  "Kami berharap agar semua pihak mengambil pendirian dan pemikiran yang rasional dalam hal ini tanpa dipengaruhi emosi," katanya.
  Menurut Ustaz Hashim lagi, perbuatan vandalisme sebegini turut di lakukan di merata lokasi di sekitar bandar Kangar termasuk di dinding bangunan, pagar sekolah dan lain-lain.
  Justeru katanya, PAS Perlis mengutuk keras perbuatan yang tidak bertamadun ini yang jelas cuba membangkitkan rasa kebencian dan ketegangan di kalangan penduduk di negeri ini khususnya.
  "Kami berkeyakinan bahawa rakyat Perlis tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur seperti ini. Pimpinan Bersih sendiri telah mengadap Yang Dipertuan Ahong, jadi semua pihak perlus menghormati pendirian Tuanku.
  "Pihak kerajaan juga harus menghentikan tekanan-tekanan yang dibuat terhadap Bersih termasuk menahan orang-orang yang berpakaian kuning berlogokan Bersih supaya kita akan memperolehi suatu penyelesaian yang baik.
  "Sekali lagi kami tegaskan, perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan adalah himpunan aman dengan tujuan yang murni untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang Bersih dan Adil," katanya lagi.
 Dalam pada itu, Ustaz Hashim juga menyelar pandangan yang menyatakan bahawa himpunan Berish akan menyebabkan pelabur asing tidak datang akan datang ke Malaysia."Sebaliknya, pelabur asing lebih takut untuk datang ke negara ini sekiranya sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini adalah pincang dan tidak telus," ujarnya.
  Sidang media diadakan hari ini di Kompleks PAS Perlis dengan turut dihadiri pimpinan PAS, KeADILan dan DAP Perlis.    |     |    Kenyataan Media PAS Perlis berhubung provokasi Bersih    Posted: 07 Jul 2011 12:15 AM PDT  KENYATAAN MEDIA  PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap pihak yang tidak bertanggungjawab bersifat vandalisme yang dilakukan sekitar Bandar Kangar termasuk di hadapan Kompleks PAS Perlis.
  Malam tadi, di hadapan pintu masuk ke Kompleks PAS Perlis berlakunya perbuatan vandalisme dengan menyemburkan cat di atas jalan dengan perkataan "Bersih Haram" dan "PAS Bodoh". Perkataan "PAS Bodo" juga turut disembur pada papan tanda yang terdapat di pagar Kompleks PAS Perlis.
  Dalam pemerhatian kami juga, perbuatan vandalisme sebegini turut di lakukan di merata lokasi di sekitar Bandar Kangar termasuk di dinding bangunan, pagar sekolah dan lain-lain.
  Justeru kami mengutuk keras perbuatan yang tidak bertamadun ini yang jelas cuba membangkitkan rasa kebencian dan ketegangan di kalangan penduduk di negeri ini khususnya.
  PAS Perlis telah menjangkakan akan berlakunya perbuatan bersifat provokasi seperti ini menjelang Perhimpunan Aman Bersih 2.0 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
  Sekali lagi ditegaskan, perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan adalah himpunan aman dengan tujuan yang murni untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang BERSIH dan Adil.
 
  USTAZ HASHIM JASIN Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis     |     |    Lagi Provokasi menjelang Bersih 2.0    Posted: 07 Jul 2011 12:11 AM PDT    Di papan tanda depan kompleks   Di pintu masuk  Di atas jalan di hadapan kompleks    |            |  
  |    PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG    Posted: 07 Jul 2011 09:37 PM PDT         |        Posted: 06 Jul 2011 11:16 PM PDT   Kempen Provokasi BN bagi PRU 13 sebenarnya telah bermula apabila sahaja NGO melancarkan kempen 'BERSIH '. Semua jentera kerajaan dikerah dengan perbagai rupa dan wajah bagi memburukkan kempen ' BERSIH'.  Kini rakyat telah jelas melihat sebenar siapa yang derhaka kepada KDYMM Yang Dipertua Agong. UMNO /BN telah kalah dalam kempennya dipusingan pertama. 
 
 Stadium Merdeka akan mengulangi sejarah apabila nanti menjadi medan berkuburnya kerajaan UMNO /BN. Bergema nanti laungan 'MERDEKA' BUAT KALI KE 2 di Stadium kebanggaan kita semua. Kita tunggu dan lihat nanti jentera kerajaan BN ( polis ) yang terakhir menggunakan kekuatannya untuk melenyapkan suara keramat rakyat... 
 
 
 
     |            |  
  |    PAS Negeri Sembilan    Posted: 07 Jul 2011 09:28 PM PDT         |    Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya    Posted: 07 Jul 2011 04:50 PM PDT  Aduan Rakyat Online, July 5th, 2011 Saya amat rasa terkilan kerana dari 23 Jun 2011 yang lalu hingga ke hari ini 4 Julai 2011 kerana tidak ada air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya. Saya telah membuat aduan kepada Pihak Sains dan pihak Sains mengatakan masalah ini adalah berpunca dari Bekalan Air di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya yang mengalami kerosakan tangki air ( kerosakan selepas meter air ). Masalahnya sekarang pula apabila saya memaklumkan kepada Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pihak Jabatan pula mengatakan Kuartas Guru SMK Seremban Jaya tidak terlibat dengan Tangki Air sekolah dengan alasan kami yang duduk di Kuartas membayar terus bil air kepada pihak Sains… Persoalannya…… Saya amat faham jika pihak sekolah yang tidak dapat membaiki dengan segera kerosakan Pam air sekolah kerana buat masa ini tiada peruntukan.    Tetapi yang menjadi persoalannya kami bukan bayar bil air kepada pihak sekolah, tetapi membayar bil kepada pihak Sains….  INI BERMAKNA KAMI YANG DUDUK DI KUARTES GURU SMK SEREMBAN JAYA tiada kena mengena dengan kerosakan yang di alami oleh pihak sekolah.  ( Pihak sains pula mengatakan kerosakan tersebut berpunca dari kerosakan pam air sekolah dan selepas meter ) ini bermakna kami yang selama ini membayar bil air kepada pihak Sains adalah salah KERANA kalau kerosakan tersebut bermula dari selepas Meter apa kena mengena tempat tinggal kami di Kuartes?  Kerana kami tidak membayar bil kepada pihak sekolah tetapi kepada pihak Sains…. Untuk makluman juga saya yang membuat aduan ini adalah warga emas….dan tidak larat lagi untuk mengangkat air ke tingkat 3 setiap kali balik dari kerja dan terpaksa membeli makanan yang melebih belanja RM 50 untuk sehari.  Kerana ketiadaan air ini kami di kuartes terpaksa menanggung berbagai-bagai risiko. Oleh itu saya memohon agar ADUAN RAKYAT dapat menyiasat perkara ini agar kami yang duduk di Kuartes Guru ini mendapat HAK KAMI SEBAGAI PEMBAYAR. By: Norhayati binti Abu Bakar   http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas-guru-smk-seremban-jaya     |            |  
  |    Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah    Posted: 07 Jul 2011 09:22 PM PDT         |    KERAJAAN ‘DOUBLE STANDARD’  DALAM ISU BERSIH 2.0    Posted: 07 Jul 2011 02:26 AM PDT                                         
 
 Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menjunjung titah perintah Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas keprihatinan Baginda terhadap BERSIH 2.0. Keprihatinan ini dapat dibuktikan apabila Baginda memberi ruang kepada rakyat iaitu penganjur BERSIH 2.0 untuk menghadap  Baginda di Istana Negara baru-baru ini. Sejajar dengan itu, DPPNS menghargai tindakan Yang Dipertuan Agung selaku pemimpin tertinggi negara di atas sokongan Baginda kepada BERSIH 2.0 DPPNS begitu komited bagi mewujudkan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini selaras dengan tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0. Maka dengan itu, DPPNS telah menghantar seramai 300 orang pemudanya ke Kuala Lumpur bagi menyatakan kebersamaan dan sokongan dalam usaha bagi memastikan sistem pilihanraya di negara ini benar-benar dalam keadaan yang membanggakan serta boleh dijadikan contoh terhadap negara lain. DPPNS juga menyelar tindakan pihak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang masih lagi bersikap 'double standard' dimana mereka masih meneruskan membuat tangkapan secara berleluasa termasuk di Sabah kepada penyokong-penyokong kempen BERSIH 2.0 walaupun pihak penganjur BERSIH 2.0 telah diperkenankan menghadap Yang Dipertuan Agung. Tindakan pihak kerajaan ini seolah-olah menggambarkan tidak menghormati tindakan dan usaha Yang Dipertuan Agung sebagai ketua negara Malaysia.  Maka untuk memastikan kelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, DPPNS menyeru semua ahli PAS Sabah mengadakan solat hajat selama dua malam berturut-turut di semua markas-markas PAS Kawasan di seluruh negeri Sabah agar Allah SWT memberi pertolongan serta kemudahan pada perhimpunan aman BERSIH 2.0. DPPNS juga menyeru kepada rakyat di negeri Sabah agar memakai baju berwarna kuning pada 9 Julai 2011 nanti bagi menyatakan tanda sokongan rakyat terhadap tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 ke arah pilihanraya yang bebas, bersih dan adil. Lahirul Bin Latigu Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS).    |            |  
  |    PARLIMEN BUKIT GANTANG    Posted: 07 Jul 2011 09:17 PM PDT         |    Perintah Mahkamah TG Nik Aziz,Hj Hadi,Mat Sabu antara 91 tidak dibenar hadir 9 Julai ini.    Posted: 07 Jul 2011 03:08 AM PDT                
 
 Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.   Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.    Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan. 
 "Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.  Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.  Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.  Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.  Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.  Perintah berkenaan turut menyenaraikan kawasan komersial Kuala Lumpur yang dikenalpasti polis sebagai kawasan berhimpun bagi kumpulan berkenaan.  Kawasan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana negara, kata Amar Singh lagi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur petang ini.  Ketika ditanya, Amar Singh berkata perintah yang diperolehi semalam daripada Majistret Kuala Lumpur itu merupakan satu langkah pencegahan bagi menghalang pemimpin berkenaan daripada hadir ke kawasan tersebut.  "(Jika berhimpun) di tempat lain tak jadi salah, hanya di tempat ini saja," katanya lagi yang menjelaskan individu berkenaan masih perlu memohon permit sekiranya ingin berhimpun di tempat lain.     |            |  
  |    PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'    Posted: 07 Jul 2011 09:13 PM PDT    |  
  |    PAS Cawangan Serkam Darat    Posted: 07 Jul 2011 08:16 PM PDT    |  
  |    DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH    Posted: 07 Jul 2011 07:42 PM PDT         |    Bersih 2.0 Tetap ke Stadium Merdeka    Posted: 07 Jul 2011 12:45 AM PDT  Bersih 2.0 mengisytiharkan  perhimpunan  Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik  segala  halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka.  Dalam   kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota   jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem   pilihan raya negara berkata "kami tidak akan sekali-kali akan berubah   niat dan tetap akan  membuat himpunan yang aman di sana". Sambil   menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan   juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu,   pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap   Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa   mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah   stadium.  Apa   sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan menggunakan hak   perlembagaan untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan   berpatutan dengan tidak  akan berbelah bahagi. "BERSIH  2.0  kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau  berdolak  dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi  perhimpunan aman  kami. "Sebagai ahli masyarakat madani,  kami setia berpegang  kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh  hati akan menuruti  titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk  berhimpun di stadium  untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
  "Kami   memilih Stadium Merdeka sebagai tempat yang terbaik untuk acara ini   kerana ia simbolik dan terletak di lokasi yang munasabah. Kami tidak   akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan  membuat himpunan yang   aman di sana," kata kenyataan itu. Menurut gabungan  itu  jika Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau  akan  membuat tindakan yang sewajarnya agar perhimpunan Sabtu ini dapat   dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka.  Kata   BERSIH 2.0, kenyataan akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis   Negara yang 'menasihatkan' rakyat supaya tidak "berbuat apa-apa selain   daripada duduk di rumah masing-masing" sebenaranya percubaan   menakiut-nakutkan orang ramai. "Kami sebagai rakyat   Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin    kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan ditakut-takutkan   dengan penyalahgunaan kuasa yang  tidak bermoral dan tidak adil.  "Tanggungjawab   pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami. Kami   sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah   berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan. Kenyataan itu diakhir dengan ayat berikut: "Kami   rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut  pilihan  raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang.  Kami  akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita  membina  Malaysia."  Kenyataan penuh BERSIH 2.0:BERSIH   2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau   berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi   perhimpunan aman kami.
  Sebagai ahli masyarakat   madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan   sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong   untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan   adil.
  Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat   yang terbaik untuk acara ini kerana ianya simbolik dan terletak di   lokasi yang munasabah. Kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan   tetap  akan  membuat himpunan yang aman di sana.
  Jikalau   Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan   membuat tindakan yang sewajarnya agar acara ini dapat dilaksanakan   secara aman di Stadium Merdeka.
  Sama ada kerajaan   berpegang kepada prinsip-prinsip mereka atau tidak, kami sebagai rakyat   Malaysia akan berpegang kuat kepada prinsip-prinsip kami. Semangat kami   untuk menggunakan hak perlembagaan kami untuk berkumpul secara aman   dengan tujuan yang adil dan berpatutan tidak  akan berbelah bagi.
  Kenyataan-kenyataan   akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara menunjukkan bahawa   pihak polis akan mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami  berbuat  apa-apa selain daripada duduk di rumah masing-masing.
  Kami   sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk   memilih pemimpin  kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan   ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang  tidak bermoral dan   tidak adil. Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan   anak-anak kami. Kami sudah  memasang tekad  agar mereka tidak mewarisi   negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan   prinsip-prinsip keadilan.
  Kami rakyat Malaysia akan   tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil   di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk   berkumpul beramai-ramai, dan bersama-sama kita membina Malaysia.
  Kenyataan daripada, Ahli Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Jawatankuasa  Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada: Dato'  Ambiga Sreenevasan  (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam  K., Dr Farouk Musa,  Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah,  Richard Y W Yeoh, Dr  Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong  Chin Huat, Dato' Yeo  Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.                                                              |            |  
  |    DUN CHINI    Posted: 07 Jul 2011 07:40 PM PDT         |    SENARAI YG DIHARAMKAN KE  KL 9/7/11 INI    Posted: 07 Jul 2011 09:00 AM PDT  Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini. DARI Bersih 1. Datuk Ambiga Sreenevasan 2. Mohamad Sabu 3. Hishamuddin Md Rais 4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin 5. Maria Chin Abdullah 6. Chua Tian Chang 7.   Kamarulzaman Mohamad 8.   Dr Mohd Hatta Md Ramli 9.   Syed Shahir Syed Mohamud 10. Syed Ibrahim Syed Noh 11. Teresa Kok Suh Sim 12. Badrul Hisha Shaharin 13. Shamsul Iskandar bin Mohd Akin 14. Arutchelvam A/L Subramaniam 15. Wong Chin Huat 16. Ong Boon Keong 17. Enalini A/P Elumalai 18. Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim 19. Datuk Khalid Yunus 20. Datuk Zulkifli Noordin 21. Dr Zubir Harun 22. Datuk Seri Abd Hadi Awang 23. Datuk Seri Anwar Ibrahim 24. Lim Kit Siang 25. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat 26. Nurul Izzah Anwar 27. Kohila Yanasekaran 28. Zaid Kamaruddin 29. Khoo Teng Swee 30. Fadiah Nadwa Fikri 31. Yap Swee Seng 32. Salahuddin Ayub 33. Datuk Mahfuz Omar 34. Nasrudin Hasan 35. Mazlan Aliman 36. Dr Syed Azman Syed Nawawi 37. Dr Dzulkifli Ahmad 38. Dr Mujahid Yusof 39. Khalid Abd Samad 40. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 41. Azman Shapawi Abd Rani (Naib YDP PAS Dungun) 42. Suhaizan Kaiat 43. Nor Azli bin Musa 44. Mohd Firdaus Jaafar 45. Loke Siew Fook 46. Lau Wen San 47. Mohd Azmin Ali 48. Mat Shuhaimi Shafie 49. Satipul Bahari Mamat (Timb. YDP PAS Dungun) 50. Wan Hassan Mohd Ramli (YDP PAS Dungun) 51. Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini 52. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin 53. Muhammad Hilman Idham 54. Mohd Shukri Che Ab Razab 55. Mohd Syukri Kamaruddin 56. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan 57. Choo Chon Kai 58. Sarasvathy Muthu 58. Soh Sook Hwa 60. Nurul Izham Nurul Anuar 61. Abd Rahim Osman 62. Mohd Sibri Ismail 63. Mohd Lukam Muda 64. Datuk Prof Kamaruddin Kachar 65. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah  Dari Perkasa 66. Datuk Ibrahim Ali 67. Datuk Ab Rahman Abu Bakar 68. Syed Hassan Syed Ali 69. Irawah Fahmi Ideris 70. Roslan Kassim 71. Sharifuddin Abd Hamid 72. Dr Zubir Harun 73. Ameir Hassan 74. Datuk Ahmad Saad 75. Ahmad Zaini Ismail 76. Muhammad Zaid Md Arip 77. Abdullah Mansor 78. Zaira Jaafar 79. Norkhaila Jamaludin
  Dari Pemuda Umno 80. Khairy Jamaluddin Abu Bakar 81. Datuk Megat Firdouz Megat Junid 82. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 83. Megat Zulkarnaian Omardin 84. Rizalman Mokhtar 85. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin 86. Lokman Noor Adam 87. Datuk Abdul Azeez Rahim 88. Ungku Saleh Ungku Jamal 89. Arman Azha Abu Hanifa 90. Tun Faisal Ismail Aziz
 
 
 
    |            |  
  |    PAS LENGGONG    Posted: 07 Jul 2011 07:37 PM PDT         |    Program 100 hari PR memerintah - Peringkat Negeri Perak    Posted: 07 Jul 2011 04:50 PM PDT  Program ini akan mengagihkan borang tanah felda plantation yang melebihi 800,000 ekar di seluruh negara yang akan diagihkan kepada mereka yang layak. Kategori yang layak 1.Generasi kedua peneroka Felda  2.Pekerja bawahan Felda. 3.Bekas anggota tentera 4.Penduduk yang tinggal dekat dengan persekitaran tanah terbabit.
  Program peringkat Negeri Perak ini akan di adakan pada 22 dan 23 julai 2011 tempat di Lenggong dan akan di sempurnakan oleh Timbalan Presiden dan AJK PAS PUsat Mazlan Aliman
  Apa-apahal pun dapatkan borang dahulu. Isi kan borang dan hantar. Bila sampai masa PR Memerentah nanti dalam masa 100 hari kita tak perlu sediakan borang kita on kan saja borang yang telah dilengkapkan tersebut. makananya dalam tempoh 100 hari tanah Felda Plantation akan menjadi hak mutlak individu rakyat tertentu dan tidak menjadi "hak rakyat" yang diselewengkan oleh BN. Berilah sokongan kepada PR.   |     |    Lontar batu sembunyi tangan - Pastinya rakyat tahu.    Posted: 07 Jul 2011 04:46 PM PDT  Senjata: Dedah siapa dalang                        |        Ismail Hashim          |        |     SHAH ALAM, 7 Julai:  PAS mendesak pihak polis segera melakukan siasatan terperinci mengenai  penemuan berbagai jenis senjata yang dikaitkan dengan Bersih seperti  diumumkan polis di dalam siaran media, baru-baru ini.
  AJK PAS  Pusat, Mazlan Aliman membuat laporan polis terhadap Ketua Polis  Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mendedahkan penemuan itu pada 6  Julai lalu.
  Turut serta dalam laporan di IPD Shah Alam petang  tadi adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Ketua  Pemuda PAS Shah Alam, Mohd Hilmi Redzwan.
  Mazlan berkata, ekoran  pendedahan polis menemui perkara itu secara terbuka, ia telah  menimbulkan banyak keraguan rakyat tentang sejauh mana ketelusan polis  atas isu itu.
  "Penemuan senjata seperti parang yang masih baru dan baju T Bersih adalah sangat meragukan serta menimbulkan tanda tanya rakyat.
  "Gambaran  buruk dan fitnah yang ditujukan kepada penganjur Bersih seperti  pertubuhan haram, kemungkinan huru hara akan berlaku dan pertumpahan  darah boleh berlaku adalah sangat tidak bertanggungjawab," tegasnya.
  Sekatan  jalan raya dibuat pihak polis, tangkapan kepada orang awam, gangguan  terhadap ceramah dan serbuan terhadap premis-premis tertentu disusuli  dengan penemuan senjata berbahaya seperti dirancang membuktikan ada  pihak-pihak ingin melakukan huru hara dalam negara ini, tambahnya.
  Katanya,  penggunaan ISA, Ordinan Darurat termasuk perisytiharan Darurat boleh  digunakan kononnya sebagai langkah pencegahan dan jika itulah  perancangannya, ia sangat malang dalam sistem demokrasi perlembagaan  negara ini.
  Menurut laporan media, Tun Hisan mendedahkan tentang  penemuan parang, pemetik api, botol plastik berisi petrol dan baju T  kuning bertulisan Bersih.
  Barangan itu ditemui di celah batu  lereng bukit belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak -  Bentong setelah menerima maklumat seorang Asli yang mencari rotan di  kawasan itu.
  Laporan juga dibuat terhadap Pemangku Ketua Polis  Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang membuat pendedahan  berasingan tentang penemuan barangan lain.
  Antara yang didedahkan  adalah empat molotov koktel, 28 mercun bola, topeng dan baju T Bersih  dalam bungkusan plastik hitam di celah pokok hiasan di hadapan restoren  The Ship Kompleks Pertama.
  Menurut Mazlan, pihaknya mendesak  siasatan segera dilakukan apa motif pendedahan dibuat terhadap orang  awam, siasatan dan tindakan segera dilakukan terhadap suspek yang  ditangkap, siasatan dan dedahkan siapa dalang di sebalik penemuan  berbagai senjata itu.
  Desakan keempat adalah memohon penjelasan apa kaitan penemuan barangan itu dengan Himpunan Bersih pada 9 Julai ini.
  "Saya  menuntut pihak polis memainkan peranan sebenar mereka melindungi rakyat  seluruhnya tanpa menjadi boneka kepada sesiapa yang berkepentingan.
  "Taktik kotor seperti Peristiwa 13 Mei 1969, Peristiwa Memali dan Operasi Lalang adalah lapuk dan menjijikkan," tegasnya lagi.
  Menurutnya,  Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk  berpesatuan, kebebasan bersuara dan behimpun secara aman mesti dipatuhi.
  Mazlan  menambah, beliau bersama seluruh rakyat Malaysia menjunjung titah khas  oleh Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.
  Katanya,  prinsip keadilan, kebijaksanaan, perundingan dan mendengar rintihan  rakyat sebagaimana yang ditekankan baginda sangat bertepatan dan harus  dijunjung setiap lapisan rakyat termasuk polis.
  Dalam sidang  sama, beliau mendedahkan dokumen notis penolakan masuk ke Sarawak, 6  Julai lalu yang menyatakan pihak berkuasa negeri telah mengarahkan tiada  pas dikeluarkan kepadanya.
  |      |            |  
  |    DPPK PARIT    Posted: 07 Jul 2011 07:10 PM PDT    |  
  |    Pemuda PAS DUN Kemasik    Posted: 07 Jul 2011 03:46 PM PDT    |  
  |    masanya memilih jalan yang lurus    Posted: 07 Jul 2011 03:42 PM PDT         |    BERSIH 2.0: mengapa ambiga?    Posted: 07 Jul 2011 10:53 AM PDT  Salam Palestin, Mengapa Ambiga? Semasa saya berada di Mesir sebulan lepas, ada persoalan dibangkitkan oleh para pelajar di sana berkaitan BERSIH 2.0, penganjur perhimpunan aman yang menuntut reformasi pilihan raya yang telus dan adil, terutama berkaitan pengerusinya, Datuk S. Ambiga. Ia agak hangat apabila kumpulan anti BERSIH, termasuk sesetengah kumpulan Islam mula mempertikaikan kesanggupan PAS [...]     |            |  
  |    Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara    Posted: 07 Jul 2011 03:39 PM PDT    |  
  |    Pemuda PAS Wangsa Maju    Posted: 07 Jul 2011 03:24 PM PDT          |    SENARAI 66 ORG BERSIH 2.0... ZUL KATAK SESAT PUN TERMASUK?    Posted: 07 Jul 2011 07:17 AM PDT  Ini dia senarai nama 66 orang daripada kalangan BERSIH 2.0 yang dihalang untuk berada di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011:- 
 
 Datuk Ambiga Sreenevasan  Mohamad Sabu 
 
 Hishamuddin Md Rais Khairul Anwar Ahmad Zainuddin Maria Chin Abdullah Chua Tian Chang 
  Datuk Zulkifli Noordin (ni orang gila... tak kire sebab bukan mumayyiz)Kamarulzaman Mohamad 
 
 Dr Mohd Hatta Md Ramli Syed Shahir Syed Mohamud Syed Ibrahim Syed Noh Teresa Kok Suh Sim Badrul Hisha Shaharin Shamsul Iskandar bin Mohd Akin Arutchelvam A/L Subramaniam Wong Chin Huat Ong Boon Keong Enalini A/P Elumalai Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim Datuk Khalid Yunus Dr Zubir Harun Datuk Seri Abd Hadi Awang Datuk Seri Anwar Ibrahim Lim Kit Siang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Nurul Izzah Anwar Kohila Yanasekaran Zaid Kamaruddin Khoo Teng Swee Fadiah Nadwa Fikri Yap Swee Seng Salahuddin Ayub Datuk Mahfuz Omar Nasrudin Hasan Mazlan Aliman Dr Syed Azman Syed Nawawi Dr Dzulkifli Ahmad Dr Mujahid Yusof Khalid Abd Samad Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Azman Shapawi Abd Rani Suhaizan Kaiat Nor Azli bin Musa Mohd Firdaus Jaafar Loke Siew Fook Lau Wen San Mohd Azmin Ali Mat Shuhaimi Shafie Satipul Bahari Amamt Wan Hassan Mohd Ramli Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin Muhammad Hilman Idham Mohd Shukri Che Ab Razab Mohd Syukri Kamaruddin Ahmad Syazwan Muhammad Hasan Choo Chon Kai Sarasvathy Muthu Soh Sook Hwa Nurul Izham Nurul Anuar Abd Rahim Osman Mohd Sibri Ismail Mohd Lukam Muda    |     |    TEBUSAN MURID TADIKA... POLIS KAITKAN DENGAN BERSIH 2.0???    Posted: 07 Jul 2011 12:03 AM PDT  MUAR - Dalam kesibukan pihak polis menghadapi perhimpunan Bersih 2.0, diberitakan bahawa tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan 'parang' yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini. Laporan Bernama Online menyebut polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan. Sehingga pukul 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu. .... apakah mungkin Polis akan cuba mengkaitkan dengan perhimpunan Bersih...  "lelaki tu mendapatkan parang yang diedarkan oleh peserta Bersih yang meletakkan parang di Sogo tempoh hari"... wakakakaka   |     |    (UPDATE) PEMUDA DPPWM  YANG DITAHAN LOKAP... DIBEBASKAN    Posted: 06 Jul 2011 08:08 PM PDT  5.30 pm...
  Alhamdulillah... Ayahanda dan sahabat telah dibekaskan oleh pihak polis dan telah dibebaskan dari tuduhan memakai baju kuning... nampaknya memang polis saja nak menakut-nakutkan kita dan semamangnya tiada mana-mana peruntukan undang-undang menghalang orang ramai memakai baju.
  2.30 pm....
  Baru pulang dari balai polis Dang Wangi bagi mendapatkan perkembangan terbaru sahabat Pemuda Wanngsa Maju... mengikut I/O Ins Yanti (bujang lagi orang Sabah) menyatakan yang Ayahanda belum lagi dapat dibawa ke Mahkamah kerana tak tau nak dakwa beliau atas kesalahan apa... polis pun sudah pening!!!
  11.00am....
  Menurut lawyer kita,Lawyer Zamri memaklumkan bahawa Ayahanda dan sahabat Titiwangsa kemungkinnan besar akan dibebaskan dan tidak dibawa ke mahkamah. Beliau try call I/O Ins Yanti tapi tidak berangkat, Lawyer kita yang ditugaskan di Mahkamah Jalan Duta akan memaklumkan sekiranya ayahanda akan dibawa ke Mahkamah persekutuan Jalan Duta. 
  Apapun kita doakan yang terbaik buat mereka. Aminnn.
  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
  Berita Sebelum...
  Seorang Pemuda Pas Wangsa Maju yang telah direman semalam akan dihadapkan ke mahkamah pagi ini atas kesalahan memakai baju kuning masih lagi ditahan di lokap Balai Polis Dang Wangi. Setakat ini, I/O Inspector Yanti Kasdi di Jalan Duta masih gagal dihubungiuntuk mendapat maklumat terkini masa dan tarikh mereka akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan Jalan Duta 
  Beliau yang ditahan polis ketika melalui satu sekatan jalanraya dihadapan Hospital Besar Kuala Lumpur kerana hanya memakai baju berwarna kuning kira-kira jam 10.15 malam tadi. Beliau yang turut dikenali dengan panggilan mesra sebagai ayahanda turut ditahan bersama-sama dengan seorang pemuda Pas Titiwangsa. 
  Mereka yang dalam perjalanan ke Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ditahan pihak polis atas alasan memakai baju berwarna kuning tanpa ada tertera perkataan 'BERSIH'. 
  MENYUSUL LAGI ... celakak punye polis tahap gaban dah nie...   |     |    OMARDIN OKU DAPAT RM50K KERANA ISYTIHAR 'PERANG'!!! BRAHIM KATAK?    Posted: 06 Jul 2011 06:06 PM PDT  KUALA LUMPUR, 7 Julai — Omardin menerima selempang khas, sijil penghormatan, sepersalinan baju kebangsaan dan wang tunai RM50,000 daripada Najib Razak kerana keberaniaannye mengisytiharkan 'perang' terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 sekiranya pengajur Bersih 2.0 tidak membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun pada 9 Julai ini. Pada majlis sambutan 50 tahun PSSLM di PWTC semalam, juga pengasas dan mahaguru PSSLM Omardin Mauju aka OKU sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam seni mempertahankan diri. Najib Razak merestui kumpulan silat dan seni mempertahankan diri ini sebagai barisan pertahanan ketiga negara ini kerana mereka termasuk daripada kumpulan yang mahu melancarkan "perang" berhubung tuntutan pembaharuan pilihan raya bersih dan adil. Akhir bulan lalu, Omardin berkata PSSLM memberi amaran kepada penganjur perhimpunan Bersih 2.0 supaya membatalkan hasratnya jika tidak mahu "berperang" dengan pengamal seni silat di negara ini. ... camne ngan Brahim Perkasam??... takkan Najib tak ikhtirar mereka... sian le kat depa... bagi le sikit... 50 sen pun jadi le... buat tutup lubang pusat...wakakakaka   |     |    BANGSAT PERKASA NAK STADIUM GAK    Posted: 06 Jul 2011 05:40 PM PDT  Sebagimana diputuskan Bersih 2.0 semalam, Perkasa yang merancang mengadakan perhimpunan balas protes juga mengambil langkah yang sama. Pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Ibrahim penderhaka Sultan Kelantan itu telah memohon kepada tiga stadium di ibu negara bagi tujuan tersebut. Bagaimanapun pengurusan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Titiwangsa belum lagi meluluskan permohonan mereka. Barua itu berkata Perkasa telah memutuskan untuk tidak membatalkan Gerak Aman 9 Julai sebab Bersih 2.0 mahu terus mengadakan perhimpunan Sabtu ini meskipun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Seramai 14,661 ahli Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk 2,000 bukan Melayu sudah pun menandatangani petisyen menyokong perhimpunan balas. .... kita bg stadium mini pasir mas le....   |            |  
  |    DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB    Posted: 07 Jul 2011 02:07 PM PDT    |  
  |    Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota    Posted: 07 Jul 2011 11:10 AM PDT         |    CERAMAH UMUM    Posted: 07 Jul 2011 03:07 AM PDT  KITA PAKAT DATANG KE DATARAN PUTRA SEBELUM MELANGKAH KE PUTRAJAYA!!!    |            |  
  |    Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai    Posted: 07 Jul 2011 09:58 AM PDT         |    GooglePakatan kesal sikap melampau KDN, polis    Posted: 06 Jul 2011 07:15 PM PDT  Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang masih memberi pelbagai tekanan dan halangan kepada himpunan Bersih 2.0 walaupun Yang di-Pertuan Agong membenarkan himpunan di stadium. Ianya termasuk penangkapan mereka yang memakai dan membawa baju Bersih, halangan ceramah Bersih, pendakwaan mereka yang ditangkap, dan keengganan membenarkan bersih berhimpun di stadium. "Kita kesal dengan sikap keterlaluan Menteri Dalam Negeri yang menyimpang dari rundingan Yang di-Pertuan Agong, seolah-olah mengatakan 'kami tidak peduli rundingan kamu dengan Agong," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas majlis pimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di sini. Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiusaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw. Sambil menyifatkan KDN 'mensabotaj' perkenan Agong, Anwar juga menyelar sikap KDN itu yang juga bertentangan dengan janji yang dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri. "Ia semangat rundingan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah dari perarakan awam ke stadium, disahkan oleh perdana menteri. "Apa alasan (KDN) nak batalkan lagi," soalnya. KDN, polis jangan jadi alat politik Sementara itu, Mohamad Sabu ketika mengulas perkara sama manyeru pihak polis bertindak menjaga keselamatan rakyat yang mahu berhimpun secara aman tersebut, dan bukan menjadi alat politik pihak tertentu. Tindakan itu kata Mohamad, hanya memburukkan lagi imej pasukan keselamatan itu di mata rakyat. "Masa masih belum terlambat. Ketua Polis dan anggota perlu tunjuk kewibawaan menjaga keselamatan rakyat, bukan pihak tertentu,"katanya. Ditanya jika hasrat mengadakan himpunan di stadium juga dihalang pihak berkuasa, Mohamad berkata dia yakin dengan janji Najib. "Dia (kerajaan) mesti bagi sebab itu janji perdana menteri 'yang dikasihi'," katanya sambil tersenyum. Lim Kit Siang ketika mengulas janji Najib itu juga berkata "saya tidak ragu-ragu dengan keihklasan perdana menteri". Sehubungan itu, Pakatan Rakyat kata mereka bersetuju dengan keputusan bersih mengadakan himpunan di Stadium Merdeka dan akan memberi sokongan penuh bagi menjayakannya. Mereka juga sekali lagi mengulangi komitmen untuk mengerahkan 300,000 ahli dari ketiga-tiga parti untuk hadir ke perhimpunan 9 Julai itu.    |            |  
  |    N45 Dr Halimah Ali    Posted: 07 Jul 2011 09:43 AM PDT         |    POLITIK UMNO UNTUK SURVIVAL PERIBADI    Posted: 07 Jul 2011 05:02 AM PDT  Umno retak kerana himpunan Bersih 2.0                       |        Nazri Abdullah          |       KUALA LUMPUR, 7 Julai:  Keretakan dalaman Umno jelas dapat dilihat dengan percanggahan  pandangan antara pemimpin mereka dalam menangani himpunan Bersih 2.0. AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata,  pertentangan tersebut antara kem Naib Presiden Umno, Datuk Seri  Hishammuddin Hussein, yang mengharamkan Bersih dengan kem Presidennya,  Datuk Seri Najib Razak. Hishammuddin yang turut disokong Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin  Yassin dan kumpulan ultra Melayu dalam Umno ujarnya, lantang menolak  himpunan Bersih walau dengan apa alasan. "Ini agak pelik sebab Hisham lazim berada dalam kem Najib seperti  juga Khairy dan Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,"  katanya kepada Harakahdaily. Muhyiddin, ujarnya, masih tetap mengintai-mengintai peluang untuk  mencuri sokongan tegar Umno itu dari bossnya. Kelompok ini didakwa  mendapat sokongan mantan PM, Tun Mahathir dan warlords Umno yang masih punya 'taring' atau clouts. Kini kelompok ini dilihat langsung tidak mempedulikan pandangan Yang  di-Pertuan Agong yang telah membenarkan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai  ini di buat di stadium. Berbeza dengan Najib yang didakwa turut mendapat sokongan Ketua  Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dilihat lebih "terbuka" menangani Bersih  2.0. "Hishammuddin mahu buktikan dia punya kuasa dan mahu kawal rakyat  seperti zaman kuno dalam Politik Lama. Pelaku-pelaku atau politikus ini  ditanggapi sebagai 'dinasour' yang mengecewakan pelbagai pihak sivil dan  awam. "Najib pula mahu tampilkan dia perdana menteri yang fahami rakyat  yang telah mengalami "pencerahan politik," kata Dzulkefly yang juga ahli  parlimen Kuala Selangor. Najib juga mahu meyakinkan bahawa dia serius  apabila mengemukakan retoriknya 'zaman kerajaan tahu semula telah  berlalu', tetapi nyata tidak disenangi 'kelompok penguasa kedua dalam  Umno," hujah Dzulkefly lagi. Keterbukaan Najib itu bagaimanapun menurutnya terus "tersepit" dengan  janji beliau tentang anjuran "kesederhanan Islam" kepada pimpinan kuasa  tunggal dunia sedikit waktu dahulu. Segala retoriknya tampak  bertentangan dengan falsafah dan doktrin supramacist sempit Umno yang berpaksikan 'Ketuanan Umnoputera' ujar beliau lagi. Biarpun terpaksa bercanggah dengan kem Hishamudin dan kumpulan ultra  Melayu dalam Umno, Najib katanya,  terpaksa mengambil resiko itu sebab  tidak mahu di tanggapi umum sebagai lemah dan 'takut' kepada kelompok  'Muhyuddin-Hishammuddin'. "Kemungkinan juga beliau ditekan oleh pihak barat supaya menunjukkan  moderate yang dicanangnya. Pertentangan dengan kumpulan Melayu tegar  dalam Umno kata Dzulkefly, bukan baru bagi Najib," ujarnya. Dari sudut ekonomi, Najib sebelum ini juga dakwanya pernah cuba  membawa perubahan dalam Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi ditentang  kumpulan itu. MEB sekarang tenggelam dalam pengisytiharaan pelbagai  projrk-projek mega di bawah akronim lain seperti NKRA, NKEA, GTP, ETP,  EPP dan lain-lain. "Dan kemuncak pertentangan itu dizahirkan dalam menangani Bersih di  mana Hishamuddin mengharamkan Bersih biarpun bertentangan dengan Agong,  sementara Najib memahami kehendak baginda lantas memberi laluan kepada  perhimpunan aman itu," katanya. Apapun jelasnya, ia membuktikan keretakan umno semakin serius dan  menonjol sekali, serentak mengisyaratkan persaingan kuasa yg semakin  sengit. Tampak dalam kemelut Bersih2.0 ini Najib akan sekali lagi  kecundang dan berbolak-balik atau 'flip-flop'. "Setiap langkah Najib, beliau dipaksa berundur dua langkah  kebelakang. Umno di persimpangan ini sememang berdepan dengan  "generational conflict" atau konflik generasi yang getir" mengikut  pengamatan Pengerusi Jabatan Penyelidikan PAS yang baru dilantik semula  itu. "Lebih parah bagi Najib, konflik generasi ini tidak mudah  dirungkaikan dengan garis usia semata-mata. Ianya dirumitkan lagi dengan  pelbagai dnamika dalaman Umno. "Namun faktor 'kepentingan survival politik' dan sekaligus perebutan  kuasa dan peluang bagi membolot kekayaan, mendominasi konflik ini,"  tegas beliau lagi. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4226-umno-retak-kerana-himpunan-bersih-20 |  
    |            |  
  |    Mohamad Taufek Abd Ghani    Posted: 07 Jul 2011 09:41 AM PDT    |  
  |    PAS KAWASAN KANGAR    Posted: 07 Jul 2011 09:23 AM PDT         |    Himpunan "Bersih 2.0" Tetap Mahu Di Adakan Di Stadium Merdeka Seperti Yang Di Rancang, Malah Penganjur Mahu Najib Razak Tidak Mungkir Janji    Posted: 06 Jul 2011 11:49 PM PDT    Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di  Stadium  Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka. Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata  "kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap  akan membuat himpunan yang aman di sana". Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri   Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana  didakwa mengkhianati janji bagi  membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium. Apa sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan menggunakan hak perlembagaan untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan berpatutan dengan tidak akan berbelah bahagi.  "BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami. "Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. "Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat yang terbaik untuk acara ini kerana ia simbolik dan terletak di lokasi yang munasabah. Kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana," kata kenyataan tersebut.  Ambiga dan jawatankuasa Bersih 2.0 tetap pilih Stadium Merdeka [Menurut gabungan itu jika Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar perhimpunan Sabtu ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka. Kata BERSIH 2.0, kenyataan akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara  yang 'menasihatkan' rakyat supaya tidak "berbuat apa-apa selain daripada duduk  di rumah masing-masing" sebenaranya percubaan menakut-nakutkan orang ramai. "Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil. "Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami. Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan". Kenyataan itu diakhir dengan: "Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama kita membina Malaysia"]. mkini    |            |  
 
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan