Khamis, 7 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 06 Jul 2011 11:52 PM PDT

Salam Perjuangan


BERSIH 2.0 - AYUH, PENUHKAN STADIUM!!!

Posted: 06 Jul 2011 04:24 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 06 Jul 2011 09:34 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Himpunan 2000 Pemuda Padang Terap Di Puncak Janing Berjaya Walaupun Ada Halangan

Posted: 05 Jul 2011 09:17 PM PDT











PADANG TERAP, 4 Julai: Biarpun berdepan sekatan pihak polis, program Himpunan 2000 Pemuda Padang Terap tetap mendapat sambutan luar jangkaan.

Program anjuran Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan itu adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Bagaimanapun, ia sedikit terganggu apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan raya dipercayai ada kaitan dengan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Setiap motosikal dan kereta peserta digeledah pihak polis bagi mencari sebarang bahan yang ada kaitan dengan Bersih.

Namun polis gagal menemui sebarang benda yang berkaitan dan tidak ada seorang pun ditahan dalam sekatan tersebut.

Sekatan itu juga menyebabkan lebih separuh dari peserta terpaksa berpatah balik.

"Mungkin cari barang yang berkaitan bersih. Ada maklumat bahawa ada pihak ketiga buat laporan ada sepanduk dan poster bersih. Sedangkan tiada rampasan," kata Nasir yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beberapa tokoh anak muda turut dipanggil termasuk Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, tokoh indusitri muzik Pak Long (Selagi Ada Rindu), tokoh sukan bolasepak Radhi Mat Din (bekas pemain bola kebangsaan) dan tokoh sukan motor Yasir Said (bekas juara Cub Prix Asia).

Bagi meraikan kehadiran ribuan anak muda itu, seekor kerbau turut ditumbangkan.

Perseta diraikan dengan konvoi terbesar dalam sejarah Padang Terap yang dipimpin oleh Yasir dan Radhi dan Salahudin.

Mereka dikawal dengan kehadiran 20 marshal dengan motorsikal berkuasa besar mewakili KTM Owners Club Malaysia.

Himpunan itu turut disifatkan menjangkaui sasaran biarpun separuh dari mereka berpatah balik.--harakahdaily

PAS Kawasan Pekan

Posted: 06 Jul 2011 07:49 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Doa TGNA Untuk Agong Di Depan Kaabah

Posted: 06 Jul 2011 09:54 AM PDT

Oleh HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 06 Jul 2011 07:35 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Bersih 2.0 Tidak Berganjak Untuk Berhimpun Di Stadium Merdeka !

Posted: 06 Jul 2011 10:02 AM PDT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) meluahkan kekecewaanya terhadap keputusan Perdana Menteri Najib Razak dan kabinetnya yang "mungkir janji" untuk menyediakan stadium kepada pihaknya sebagai gelanggang mengadakan perhimpunan aman.

"Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana." Demikianlah penegasan BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada kira-kira jam 11, malam tadi.

Malah BERSIH 2.0 berkata, "Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka."

Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan telah berganjak langkah untuk bersetuju agar perhimpunan aman BERSIH 2.0 diadakan dalam stadium, setelah mengadap DYMM Yang di-Pertuan Agong pada petang 5 Julai. Keputusan ini selari dengan cadangan yang diulangi Najib Razak, agar BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan di dalam stadium.

Bagaimanapun, setelah BERSIH 2.0 berkompromi, penangkapan dan pendakwaan ke atas aktivis BERSIH 2.0 tetap berlaku, malah Kementerian Dalam Negeri dan polis tetap menganggap BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram. Tiada jaminan bahawa permit perhimpunan akan diberikan, seandainya BERSIH 2.0 memohonnya. Malah, Menteri Penerangan Rais Yatim menggunakan alasan bahawa BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram, maka tidak harus dibenarkan untuk menggunakan stadium di sekitar Kuala Lumpur, termasuk Stadium Negara, Stadium Merdeka mahupun Stadium Bukit Jalil.

Najib Razak pula, yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa kerajaan akan bertemu dengan wakil BERSIH; kini mendakwa kenyataan tersebut tidak bermakna beliau sendiri akan berjumpa dengan wakil BERSIH.

Yang berikut adalah kenyataan BERSIH 2.0: BERSIH 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman.

Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana.

Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.

Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali.

Kenyataan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara seolah-olah menunjukkan bahawa polis berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa pada 9 Julai selain duduk di rumah.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia patriotik yang hanya inginkan keupayaan memilih pemimpin-pemimpin kita melalui cara demokratik dan halal tidak akan ditakuti oleh pelaksanaan kuasa yang zalim dan tidak bermoral. Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk masa depan dan anak-anak kita, dan kami berhasrat untuk pastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.

Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang. Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik.

Yang benar,

Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Prakkash Arul, K. Arumugam, Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard YW Yeoh, Subramaniam Pillay, Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

sumber : merdekareview.com

Dr Azman Ibrahim

Posted: 06 Jul 2011 07:25 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Kompromi ada hadnya...

Posted: 06 Jul 2011 07:07 PM PDT



Saya menyanjung tinggi keputusan BERSIH yang telah memuktamadkan lokasi himpunan di Stadium Merdeka jam 2.00 petang 9 Julai ini. Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri akan merasa yakin bahawa mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya, bahkan juga kerajaan BN akan membuka mata bahawa rakyat menuntut perubahan segera sebelum Pilihanraya Umum ke 13 diadakan.

Walau tidak dinafikan, ada dikalangan penyokong BERSIH yang kecewa dengan beberapa tindakan kompromi sebelum ini, tapi kita perlu bersangka baik bahawa BERSIH 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat.

Tinggal pemimpin BN yang lidah bercabang. Sekejap kata nak bagi stadium, sekejap kata BERSIH tak boleh mohon sebab tak berdaftar, sekejap kata tak boleh guna stadium sekitar Lembah Kelang, sekejap kata gunalah stadium di negeri Pakatan Rakyat. Sekejap kata boleh berhimpun tapi tak boleh pakai baju BERSIH. Ini orang Terengganu kata, kluk klek!  Mereka nak permainkan kita sehingga pengikut bawahan mula keliru. Di sinilah kebijaksanaan dan ketegasan pimpinan terserlah. Kompromi ada hadnya.

Jesteru semua peringkat pimpinan perlu bergerak segera memobilasikan rakyat dengan tempoh yang ada. Ayuh keluar dengan baju BERSIH tanpa ragu dan keliru. Biarkan polis dengan tugasnya, dan kita dengan agenda kita.

Semalam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, seolah-olah zaman darurat. Melaui jalan pantai, sekatan pertama polis di Padang Nenas, sekatan kedua di Batu Rakit, sekatan ketiga di Bari, sekatan keempat di Saujana, sekatan kelima di sempadan Kuala Besut-Semerak dan sekatan terakhir di Jalan Tok Bali-Melawi. Untuk apa semua ini?

9 Julai khabarnya Najib akan keluar negara. Kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini yang puncanya saya cukup yakin bukan bermula dari peserta Himpunan BERSIH, mungkinkah berulang lagi episod kambing hitam sebagaimana Musa menjadi kambing hitam kepada Mahathir dalam peristiwa Memali. Siapa yang akan dikambing hitamkan. Muhyiddin, Hishamuddin atau Rais? Berhati-hati sebelum bertindak! Sekali lagi diingatkan, pemerintah yang berkonfrantasi dengan kehendak dan hasrat rakyat tak akan ke mana.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 06 Jul 2011 07:23 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


17 TAHANAN DI BEBASKAN HARI INI

Posted: 05 Jul 2011 10:00 PM PDT

 Tahanan reman keatas 17 tahanan pejuang PAS Jasin, di bebaskan pagi tadi jam 9.45 pagi. Ramai para peyokong PAS yang telah menunggu di luar seawal pagi lagi.

Ustaz Kamarudin serta saudara Harun kelihatan sebuk menguruskan bagi mempercepatkan pembebasan mereka.


Pimpinan PAS Negeri, Kawasan dan penyokong-penyokong PAS berkumpul di luar IPD Jasin untuk menyambut mereka.

Ustaz Mohd Nor turut memberikan kata-kata peransang kepada semua ahli PAS yang berada di situ ,sejurus mereka di bebaskan.

PAS Kawasan Jasin telah mengadakan  majlis doa kesyukuran kepada semua tahanan dan makan tengahari di Dataran Hamas tengahari  tadi.
penyokong begitu setia menunggu


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 Jul 2011 03:29 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


kuning

Posted: 06 Jul 2011 10:00 AM PDT

HIKAYAT PENYAKIT KUNING


HIKAYAT PENYAKIT KUNING
oleh Ronasina

Alkisah bermula cerita di sebuah negeri bernama Malassiasia. Rakyatnya hidup berbilang bangsa, sengsara berduka di bawah konsep 1Merana. Kais pagi nak makan senja, kais malam nak bayar hutang keliling kepala. Tidak seperti Menteri Perdana, hidup mewah di dalam istana, beg tangan isterinya saja segudang banyaknya. Berbagai warna berbagai jenama, harganya sudah tentulah teramat istimewa. Tidak mengapa, beban cukai dihempapkan ke jemala rakyat jelata.
Inilah ceritera baru nak bermula, kisah Menteri Perdana yang gundah gulana. Entah apa petaka penyakit ganjil mula melanda. Tidaklah tahu bagaimana punca, bak kilat virus datang menyerang tubuhnya.

Menteri Perdana jatuh gering,
segala dilihat semuanya kuning
masuk tandas nampak kuning
tengok dinding warna kuning
kucing melintas berbulu kuning
sarapan telur setengah masak nampak kuning
pendek kata semua kuning
tidak ada yang tidak kuning
semuanya kuning belaka

Dalam keadaan gering yang semakin parah, Menteri Perdana tetap tak mahu kalah, depan pegawai dia tunjuk gagah, seolah-olah tiada masalah. Mesyuarat bersidang seperti biasa, untuk mengetahui perkembangan semasa, segala menteri melapor berita, untuk pengetahuan sang Menteri Perdana.

"Wahai Menteri Pertanian dan Tumbuh-tumbuhan! Bagaimanakah keadaan projek pertanian kita?" Soal Menteri Perdana. Menteri Pertanian tersengih kerang, mata yang layu tetiba terang, mujur laporan sudah siap dibentang, betul salah cerita belakang.

"Inilah laporan projek pertanian kita wahai Menteri Perdana yang sangat kami kasihi lagi disayangi. Ke semuanya sedang menjadi-jadi. Padi sudah masak dan sawah sudah MENGUNING......."

"Arghhhh!!! Jangan sebut kuninggg!! Beta tak boleh dengar...tubuh beta akan jadi seram sejuk dan perut memulas-mulas. Tolong teruskan tapi berhati-hati dengan perkataan.." jerit Menteri Perdana sambil menekan perut. Muka pula berkerut-kerut bagai diserang angin senggugut.

"err..ampun Menteri Perdana. Seterusnya juga projek tanaman durian, rambutan gading dan mangga harum manis di sebelah utara semuanya sedang masak meranum dan berwarna........"

"Jangan sebuutt warnanya. Beta tahu warna buah-buahan tersebut kuning. Arghh!" Kali ini Menteri Perdana jatuh berguling-guling sebab terdengar perkataan kuning yang beliau sendiri sebutkan. Tapi beliau kuatkan semangat dan bangun semula duduk di takhtanya. Isterinya yang bertubuh besar tidak sempat bangun sebab terlalu berat. Jika tidak, dia akan bangun mengangkat Menteri Perdana dengan tangannya yang gagah perkasa.

"Sudah! Menteri Pengangkutan pula bagaimana?" Tanya Menteri Perdana menahan sakit. Mulutnya tersebik-sebik.

Menteri Pengangkutan berdiri gagah membentang laporan. " Kenderaan-kenderaan awam kepunyaan kita banyak yang rosak. Kontraktor yang mengambil tender membaiki kenderaan kita sudah lari. Tapi jangan risau, patik akan mencari kontraktor yang lain dalam YELLOW Pages..."

Kali in bukan kepalang. Penyakit kuning semakin menerjang. Menteri Perdana tergolek terlentang, terdengar YELLOw matanya terbuntang. Bak disampuk mambang, isterinya juga tiba-tiba tumbang, menggigil tubuhnya bak ikan ternampak memerang. Jangkitan kuning tak dapat lagi dihalang.
Menteri Kesihatan pantas bangkit, berfikir mencari penawar penyakit. Virus mesti dibunuh cepat sebelum semua menteri juga mendapat. Seluruh pelosok negeri dicanang, diminta semua bomoh dan pawang, kalau handal silalah datang, ubatkan penyakit yang menyerang, segala hadiah dan ganjaran usahlah bimbang, lumayan gila bang!
Tapi entah apakah malang apalah dosa, sudah seribu tabib berusaha, semuanya sia-sia belaka, penyakit kuning tetap bermaharajalela. Menteri Perdana, isterinya dan seluruh menteri dalam istana sugul, hatinya masygul.

"Wahai Menteri Perdana jangan bimbang, masih ada peluang. Patik ada kenal seorang pawang. Dia bukan orang sembarang, dari timur dia datang. Nanti patik uruskang!" Kata Menteri Kesihatan. Menteri Perdana mengangguk setuju, nak bercakap sudah tak lalu, mentelah pula melihat isterinya terlantar macam paus biru.

Pawang Braheng menghadirkan diri. Berpakaian hitam segak sekali. Songkok dan keris sama tinggi. Menteri Perdana memandang sedikit geli. Bukan tak kenal sahabat lamanya ini, sama-sama mencari katak buat umpan mengail haruan dan keli. Perangai menipunya dulu semua orang tahu. Tapi Menteri Perdana tak peduli, sakit punya pasal Braheng pun jadi.
Pawang Braheng duduk mencangkung seperti katak di celah kangkung. Kemenyan dibakar setanggi dinyala, serapah jampi mula bergema.

"Huh! Dok leh jadi nih! Ni gara-gara tersampuk mambang kuning ni!" Rungut Braheng sambil lidah terjelir-jelir. Menteri Perdana dan isterinya terus jatuh terjelepuk. Menteri Kesihatan segera berlari dan berbisik di telinga Pawang Braheng, "Tolong jangan sebut perkataan 'kuning'. Dia alahan!"

Menteri Perdana tercungap-cungap, isterinya tersangap-sangap. Pawang Braheng meneruskan cakap. "Ambo buleh ubatkan ni denge syarat sediakan semangkuk pulut KUNING..."
Sekali lagi Menteri Perdana dan isterinya menggelepar. Bak kerbau tertelan selipar.
"Jangaaannnn!!!" Jerit isteri Menteri Perdana.
Menteri Kesihatan juga bertempik," Teruskan jampi dan mengubati Menteri Perdana dan jangan cakap apa-apa, nanti lain jadinya, bertambah parah pula."
Pawang Braheng tersipu kerana tak sedar perbuatannya menambah sakit Menteri Perdana dan isteri. Dia lalu tersengih menahan malu.

Kali ini tiada dapat dikawal lagi. Menteri Perdana tiba-tiba tegak berdiri sebelum jatuh mengancing gigi. Mulut berbuih-buih busuk sekali. Isterinya juga begitu, memandang Pawang Braheng menjerit seperti ternampak hantu. Tubuhnya yang besar menjadi lesu. Jatuh menghempap suaminya yang dah lama kaku. Kedua-duanya tak bergerak dan layu.
Seluruh isi istana menjadi gempar. Masing-masing terkejut besar. Pawang Braheng juga panik dan pelik, mengapa tiba-tiba kedu-duanya mati selepas melihat mukanya yang memang tak cantik.

apakah kesudahannya? dapatkan akhbar Suara Keadilan terbaru edisi 23 warna kuning!

cerita Dari ummu Asiah

Posted: 06 Jul 2011 09:58 AM PDT

BERSIH2.0:Tahanan Ordinan Darurat, kita BERJAYA!!!!

(ini adalah satu kejayaan besar kerana sebelum ini tahanan tidak akan dibenarkan dibawa ke mahkamah untuk kes akta ISA dan tahanan tanpa bicara. Namun kami akan terus mengingati 4 teman seperjuangan yang lain dan ramai lagi yang ditangkap dan dipenjarakan lantaran keangkuhan, kedegilan polis, KDN, pemerintah, BN, UMNO dan lain-lain)

Mereka 30 orang ahli PSM Parti Sosialis Malaysia telah ditahan ketika mereka semua berada di dalam sebuah bas di dalam aktiviti roadshow menyedarkan rakyat tentang perlunya Kerajaan yang zalim ini "Udahla, Bersaralah".

Program itu juga berkaitan dengan Perhimpunan #BERSIH2.0.

Mereka semua telah ditangkap, ditahan reman selama 7 hari di Pulau Pinang. Pada Sabtu lepas Saraswathy dan Sukumaran antara 6 orang dari mereka yang kemudiannya telah dibawa ke Bukit Aman dan ditahan di bawah Ordinan Darurat yang seangkatan zalimnya seperti ISA. boleh ditahan selama 60 hari dan ditambah dua tahun lagi!

Sejak mereka dibawa ke Bukit Aman, pelbagai usaha dijalankan oleh peguam, keluarga dan penyokong untuk membolehkan perjumpaan dengan tahanan dibenarkan namun semuanya gagal.

Sukumaran dan Saraswathy juga adalah OKT bagi kes tangkapan Perhimpunan Protes Harga Minyak dan Barangan (PROTES) yang perbicaraan sedang berlansung. 5 & 6 Julai adalah tarikh sambung bicara dan sebagai OKT mereka mesti berada di mahkamah kecuali dengan rela hati mereka untuk tidak datang.

Maka semalam 5hb Julai, pihak peguambela telah membentangkan permohonan dan penghujahan agar mereka berdua dibawa ke Mahkamah.

Pihak pendakwaan telah membantah dengan mengatakan bahawa "Hak polis untuk melindungi keselamatan awam kerana mereka ditahan bersabit dengan jenayah dan ini juga akan menghalang polis menjalankan siasatan."

Namun Hakim akhirnya bersetuju dan mengeluarkan arahan "Order to Produce" dan mereka berdua mesti dibawa untuk menghadiri perbicaraan pada hari ini 6hb Julai 2.30pm.

Kami menanti kehadiran mereka dengan penuh sabar.

(menurut Saras, mereka telah di'blindfold'kan dan tidak tahu di mana mereka ditahan)



Akhirnya mereka berdua muncul juga. Di celah-celah pintu kelihatan wajah Saraswathy tersenyum. Kami semua bangun dan meluru ke arah mereka berdua. Saras kelihatan sungguh kehilangan berat badan.

Air mata berguguran di pipinya. Kami berpelukan erat dan menangis bersama. Namun kata-kata sokongan kami berikan kepada mereka.

Mereka kuat.

Sukumaran sungguh kelihatan tidak terurus, walhal sebelum ini sentiasa kemas.

Mohd Sabu adalah salah seorang OKT dalam kes PROTES ini.

Peguam Edmund Bon mengambil peluang bertanya dan mengumpul maklumat untuk proses Habeas Corpus. Perjumpaan di Bukit Aman sebanyak 3 kali GAGAL!.

Kami belikan makanan buat mereka......cubaan dan dugaan dalam perjuangan...

Saras masih tersenyum..
.
Saras bertanya kepada saya "eh perhimpunan Bersih tak jadi ya?"

"No, No...jadi, kita teruskan...untuk rakyat, untuk anda semua, we will fight!!!"

Inilah kisah kami dan mereka

Ini adalah kejayaan besar kita....

(TERKINI) PEMUDA DPPWM DITAHAN POLIS KERANA BERBAJU KUNING

Posted: 06 Jul 2011 09:17 AM PDT

Seorang Pemuda Pas Wangsa Maju telah ditahan polis ketika melalui satu sekatan jalanraya dihadapan Hospital Besar Kuala Lumpur kerana hanya memakai baju berwarna kuning. Beliau yang turut dikenali sebagai ayahanda turut ditahan bersama-sama dengan seorang pemuda Pas Titiwangsa didalam kereta.

Mereka yang dalam perjalanan ke Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ditahan pihak polis kira-kira jam 10.15 malam tadi atas alasan memakai baju berwarna kuning tanpa ada tertera perkataan 'BERSIH'. Sehingga berita ini disiarkan, mereka masih lagi ditahan di balai polis Dang Wangi untuk diambil keterangan oleh pihak barua polis.

.... celakak punye polis...

BERSIH 2.0 : KORANG SUDAH KENE KENCING... BERSIH TETAP HARAM

Posted: 06 Jul 2011 02:37 AM PDT

Hishammuddin Hussein menegaskan gabungan Bersih 2.0 masih kekal haram meskipun sekretariat itu telah mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong semalam, sekali gus mengisytiharkan telah membatalkan perhimpunan jalanan Sabtu ini.

Nampaknya ini adalah suatu sabotaj daripada pihak kerajaan apabila pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak permohonan Bersih untuk membuat rapat umum yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 dengan alasan yang direkacipta

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri ini berkata Bersih 2.0 masih boleh memohon mendapatkan permit menggunakan cara lain.

"Tidak, mereka masih haram, tidak sah. Tiada siapapun mengatasi undang-undang. Hanya kerana Tuanku bertemu mereka, tidak bermakna mereka sudah tidak haram lagi," kata beliau pada sidang media hari ini.
Katanya, Bersih masih dianggap sebagai sebuah badan haram oleh Pendaftar Pertubuhan atas nasihat Peguam Negara dan akan kekal sedemikian kecuali Pendaftar Pertubuhan memutuskan sebaliknya.

Justeru kata Hishammuddin, kemeja-T juga satu barang yang dilarang dan undang-undang terpakai ke atas mereka yang ditahan di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Kata Hishammuddin sekiranya Bersih 2.0 berjaya dalam permohonannya dalam menggunakan stadium, kerajaan akan menyediakan perkara yang perlu bagi perhimpunan tersebut.

.... bangsat punye Menteri.....

KANTOI... BOM PETROL BUAT PAKAI BOTOL MINERAL WATER PLASTIK...WAKAKAKA

Posted: 05 Jul 2011 08:28 PM PDT

Akhbar milik Umno melaporkan polis juga merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama Bentong, malam semalam.


Bernama pula melaporkan dalam serbuan itu polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong.


Tun Hisan berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.

Yang paling lucu adalah, 36 malotov cocktail yang dijumpai di jalan gombak adalah diperbuat daripada botol mineral water bertutup merah... mane ada orang buat dengan botol plastik... tak sempat baling dah terbakar kat tangan.... tapi nak buat camne... last minit punye plan tak sempat nak cari botol kaca... kire sekotak air mineral 500ml yg ada 20 botol pun jalanlah...
 
wakakakakaka..

POLIS ENGKAR TITAH SULTAN... TERUS BERTINDAK GANAS!!!

Posted: 05 Jul 2011 06:06 PM PDT

KOTA DAMANSARA: Engkar Titah Khas Yang DiPertuan Agong, pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.


Tindakan itu kurang 12 jam selepas Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.

Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.

Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.

Polis secara kasar menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram.

Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit.

Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.

Menurut Sivarasa, beliau kecewa dengan tindakan polis yang jelas melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong supaya semua pihak melakukan rundingan dalam isu himpunan Bersih.

"Saya merasa kecewa kerana PDRM masih terima arahan politik dari Umno-BN untuk gagalkan himpunan 9 Julai walaupun Agong benarkan himpunan itu diadakan di dalam stadium.

Sementara Dr Nasir pula berkata, beliau kesal kerana kehadiran dua wakil rakyat di kawasan itu seakan tidak dipedulikan pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai hak menggunakan dewan berkenaan.

TARIK BALIK 'HARAM' BERSIH 2.0 : NAIB PRESIDEN PAS

Posted: 05 Jul 2011 05:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Tindakan membebaskan semua tahanan termasuk yang ditahan dibawah ordinan darurat harus dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0, diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Selain itu, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, langkah Yang di-Pertuan Agong mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa pemandu Bersih termasuk pengerusi Datuk Ambiga Sreenevasan membuktikan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Kementerian Dalam Negeri.

"Ya, sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertitah dan memberi pandangan baginda dalam isu ini dan baginda tidak mengatakan Bersih adalah pertubuhan haram malah baginda juga meminta kerajaan sedia ada menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Kalau Bersih ini pertubuhan haram, mengapa Yang di-Pertuan Agong mahu kerajaan berunding untuk mencari jalan penyelesaian? Malah baginda juga perkenan untuk membenarkan Bersih menghadap baginda untuk berbincang.

"Jadi atas hujah ini tidak timbul Bersih adalah pertubuhan haram atau sebagainya dan apa jua tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri dan polis sangat bertentangan dengan amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata

Oleh itu, tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu semua mereka yang ditahan perlu dibebaskan serta-merta dan semua pengharaman yang dibuat ke atas Bersih harus ditarik balik.

"Sesiapa sahaja yang ditahan dalam isu Bersih ini harus dibebaskan serta-merta kerana ia bertentangan dengan hasrat dan titah Yang di-Pertuan Agong.

"Malah semua pengharaman termasuk kemeja-T Bersih 2.0 juga harus ditarik balik," katanya.

..... jenis bangsa tak reti bahasa....

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 06 Jul 2011 03:25 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


RAMPASAN SATU LAKONAN ?

Posted: 06 Jul 2011 03:01 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar tindakan pihak polis yang cuba mengaitkan rampasan sejumlah besar senjata termasuklah 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T berlogo BERSIH dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini. Semua senjata-senjata tersebut dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur. Telahan dan tuduhan tersebut hanyalah berdasarkan kepada penemuan baju T berlogo BERSIH bersama-sama senjata yang dirampas sepertimana yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meyangkal keras segala tuduhan tersebut dan meminta supaya pihak polis tidak terburu-buru di dalam menentukan kesalahan ke atas pihak tertentu tanpa ada pembuktian yang benar-benar kukuh dan munasabah. Hanya dengan penemuan baju T berlogo BERSIH, pihak polis sudah boleh menuduh pembabitan gerakan BERSIH sedangkan ianya boleh sahaja dicetak dan dikeluarkan oleh pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab maka kemampuan pihak polis untuk melakukan penyiasatan yang telus dan teliti boleh dipertikaikan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup gusar sekiranya rampasan ini merupakan satu agenda ataupun lakonan baru pihak polis untuk terus menjustifikasikan tindakan mereka menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin gerakan BERSIH 2.0.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga berpendapat tuduhan pihak polis bahawa agenda BERSIH diresapi pengaruh komunis adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak hadir bersama-sama menjayakan Himpunan BERSIH 2.0. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap supaya pihak polis dapat melakukan penyiasatan terhadap isu ini dengan secara telus dan professional tanpa bias serta campurtangan pihak-pihak yang lain.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

06 Julai 2011


Dapatkan Selangor Kini... yg BERSIH.

Posted: 05 Jul 2011 05:51 PM PDT

Yang kotor Selangor Terkini

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 Jul 2011 03:20 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KALAU PM BERKUASA , PASTIKAN PIHAK KESELAMATAN HORMAT TITAH AGUNG

Posted: 05 Jul 2011 10:33 PM PDT

Pulangkan T-shirt BERSIH, lepaskan yang ditangkap disebabkan Perhimpunan Bersih.
PM pun secara tak langsung akui BERSIH tidak haram.
Polis perlu hentikan gangguan dan tekanan terhadap semua aktiviti BERSIH kerana ia jelas memperlihatkan sikap derhaka kepada Yang Dipertuan Agong yang telah bersetuju membenarkan perhimpunan BERSIH diadakan pada hari Sabtu ini bertempat di stadium.

Sikap degil yang ditunjukkan oleh pihak polis sekalipun telah mengatahui perkenan Agong tersebut terhadap jawatankuasa BERSIH amat dikesalkan dan boleh dikenakan tindakan.

Integriti dan kredibiliti polis kini benar-benar tercemar. Ternyata mereka kini BUKAN untuk menjaga keselamatan negara tetapi untuk kepentingan parti UMNO BN.

MUJUR UMNO MUKA TEBAL !

Posted: 05 Jul 2011 08:12 PM PDT


Sarawak melalui pemimpinnya Taib Mahmud memalukan pentadbiran Barisan Nasional. Apataknya, dah la UMNO seperti burung dipipiskan lada. UMNO juga seperti melukut di tepi gantang di Sarawak. Walaupun UMNO dah 50 tahun mendominasi Malaysia namun bendera UMNO masih sukar dikibarkan secara rasmi di Sarawak. Arahan Taib Mahmud seolah bagai PM sebuah negara lagaknya. Mentang-mentang negerinya yang ditadbir Taib ini lebih besar dari Semenanjung Malaysia. Taib sanggup memperkudakan Polis bagi mengawal cabaran dan pengaruh pihak Pakatan Rakyat di Sarawak. UMNO memang memalukan ahlinya yang memperjuangkan Melayu kunun. UMNO dimalukan PAS yang sudah pun diterima di Sarawak, di mana cawangan PAS sudah bertaburan dibuka dengan jaya di Sarawak. Perkembangan ini menakutkan Taib yang sudah tua yang tamak yang sensitif dengan cabaran yang sukar ditanganinya.

Mazlan Aliman ditahan di Miri atas arahan Taib.

KUALA LUMPUR, 6 Julai: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.
Turut bersama beliau ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail.
Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.
Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula.
Nasaie yang mengiringi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan.
Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun.
Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis.

POLIS JANGAN SUSAHKAN RAKYAT ! PESANAN AGUNG KENA INGAT

Posted: 05 Jul 2011 08:02 PM PDT


Ni kat Tol Bkt Beruntung jam 8 pg , tapi ada roadblock juga sebelem masuk tol nie.

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

GARA_GARA NAK BERSIH, SAMPAI HULU POLIS BALUN

Posted: 05 Jul 2011 07:05 PM PDT



Yang Dipertua PAS kawasan Hulu Selangor (Paling kanan) turut hadir menyatakan sokongan kepada 'mangsa'.

Bukit Beruntung 3 Julai - Tidak cukup kedai diperiksa, rumahnya juga turut digeledah oleh pihak Polis untuk mencari bukti keterlibatan beliau dengan BERSIH 2.0. Inilah yang dialami oleh pemilik sebuah kedai buku disini hari ini.

Natijahnya, kesemua pekerja beliau dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa sebermula jam 10 malam sehinggalah jam 5 pagi untuk memberi keterangan kepada pihak Polis.

Hampir 30 orang ahli-ahli PAS kawasan Hulu Selangor termasuk pimpinan seperti YDP PAS Kawasan,Tn Hj Idris, Mohd Nizam Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan dan ramai lagi saf pimpinan kawasan telah turut hadir memberikan bantuan dan sokongan moral kepada mangsa,ahli keluarga dan para pekerjanya.

Turut hadir wakil daripada PKR Cabang Hulu Selangor Sdr Shaiful dan Cikgu Nasarudin serta beberapa orang yang lain.

Kesemua mereka dibebaskan pada jam 5 pagi Isnin 4 Julai setelah pihak Polis berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan.

Turun 9 Julai!!!

budakbalun 04072011

MP Pendang

Posted: 06 Jul 2011 01:57 PM PDT

MP Pendang


Kerajaan Rakyat: Pasukan Polis Pakar Kelentong

Posted: 06 Jul 2011 06:47 AM PDT

Kerajaan Rakyat: Pasukan Polis Pakar Kelentong: "Sebelum baca cerita Pak Pandir, Pak Kaduk.... ingat ini dulu:  P ak P andir, P ak K aduk: (PPPK) Pasukan Polis Pakar Kelentong Sila ambil pe..."
baca cerita ni teringat kisah cuka getah boh dalam kantung plastik di Kpg Bok semasa Datok FadhilNor jadi Presiden PAS, masa tu tok guru Nik Aziz ceramah, polis kata penyokong PAS baling depa dengan cuka getah dalam kantung plastik, dalam peristiwa tu juga tiba-tiba jeep polis dibawah jagaan polis terbakar, sampai la apa cerita hasil siasatan.
Macam ni lah, petrol ddalam botol plastik, nak buat bahan letupan, dah tu ada sumbu pulak, nak tunggu 9 julai, kering habis la petrol tu meresap, nak letup apa lagi, memang pak pandir betul idea yang buat kerja ni.

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 06 Jul 2011 01:53 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Bersih Sudah Berjaya 60%. Giliran Rakyat Untuk Jayakan 40% Yang Akhir Dengan Hadiri Perhimpunan Di Stadium

Posted: 05 Jul 2011 11:16 PM PDT


PAS mengucapkan syabas kepada semangat kental yang ditunjukkan oleh para penganjur Bersih 2.0 yang berjaya menunjukkan tahap ketabahan yang mengkagumkan sepanjang minggu lepas walaupun diasak, diugut dan dipersenda oleh mereka-mereka yang berkuasa tapi tidak menghormati undang-undang sehingga mendapat Bersih 2.0 mendapat pengiktirafan diRaja apabila diberi peluang untuk menghadap Yang DiPertuan Agong.
PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada kebijaksaan Yang DiPertuan Agong dalam menyelesaikan kemelut yang sengaja diwujudkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata kerana ketakutan menghadapi pilihanraya pada satu padang yang sama rata.
Di sini, PAS ingin menegaskan bahawa Bersih 2.0 ialah sebuah badan bukan politik dan berkecuali. Namun, oleh kerana dasar perjuangannya untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil demi masa depan negara dan generasi akan datang, maka PAS menyokong Bersih 2.0, termasuklah keputusannya untuk mengadakan perhimpunan aman pada Julai 9 ini di Kuala Lumpur.
Walaupun tempat perhimpunan aman bertukar daripada demonstrasi aman di jalanraya kepada stadium, PAS menyeru seluruh ahlinya untuk tetap menghadirkan diri di stadium yang ditentukan nanti untuk menyokong Bersih 2.0 kerana dasar perjuangannya tetap sama iaitu untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil di negara ini.
Kepada para penyokong Bersih 2.0 yang kecewa dengan kompromi ini, bersangka baiklah pada jawatankuasa Bersih 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat.
Daripada digelar sebagai satu pertubuhan haram, diasak oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menggunakan polis dan akta-akta yang zalim seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehinggalah mendapat restu dan pengiktirafan diRaja dengan diberi peluang menghadap Agong, rakyat perlu kagum dan bangga dengan kegigihan aktivis-aktivis Bersih 2.0 untuk meneruskan agenda mereka tanpa gerun demi rakyat.
Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan KDN yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.
Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional.
Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya – kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya.
Rakyat kena yakinkan diri sendiri dan kawan-kawan kita yang lain yang sedar tentang kewujudan dan fungsi Bersih 2.0 dengan menghadirkan diri secara beramai-ramai ke perhimpunan awam nanti.
Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri berasa yakin mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya, bahkan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahawa rakyat menuntut perubahan dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 diadakan.
Itulah 40% lagi, yang hanya boleh diusahakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan untuk menjayakan Bersih 2.0 sepenuhnya.
Namun begitu, PAS juga ingin mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap penyokong Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada kita.
Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di'offset'kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.
8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa.
Pakatan Rakyat juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional. Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara.
Untuk kerajaan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya, PAS menasihatkan agar menunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 ini. Barisan Nasional akan menghayati kepentingannya sekiranya di pilihanraya umum ke 14 apabila tewas di pilihanraya ke 13 nanti.

Namun demikian, tidak perlu bimbang, sekiranya Pakatan Rakyat diberi kuasa memerintah nanti, kita akan pasti supaya 8 tuntutan ini dilaksanakan supaya kita dapat bersaing secara sihat dan seimbang di padang yang sama rata dengan semua pembangkang - dengan penuh keyakinan daripada rakyat bahawa demokrasi negara adalah subur, telus dan tulen.

Kamparin

Posted: 06 Jul 2011 01:33 PM PDT

Kamparin


Posted: 05 Jul 2011 02:31 PM PDT

PERSIAPAN MENUJU KE PERHIMPUNAN BERSIH2.0 DIMANA-MANA STADIUM YG AKAN DITENTUKAN OLEH PIHAK PENGANJUR PADA 9 JULAI 2011.

INGAT!! MEMAKAI BAJU -T BERSIH WARNA KUNING BUKAN SATU KESALAHAN.

IANYA ADALAH HAK MUTLAK SETIAP MANUSIA UTK BERPAKAIAN SELAGI TIDAK MENYELAR, CACI, HASUT , HINA DLL YG DITEGAH NDANG-UNDANG!!


10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH 'DITAHAN'? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, "Anda ditahan"
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, "Adakah saya ditahan?"
b. Sekiranya mereka berkata "Ya", jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata "Tidak", anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi 'membantu' siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya "Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya." Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta 'perlindungan' mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

SILA BEREDAR DARI TEMPAT LETAK KERETA MASING-MASING DGN TERATUR DAN TERTIB MENGIKUT ARAHAN POLIS TRAFIK BEGITU SEMASA PULANG SELEPAS SELESAI BERHIMPUN. JIKA ADA SOLAT HAJAT DISTADIUM, IKUT ARAHAN PENGANJUR DAN IMAM SOLAT HAJAT. BAWA BEKALAN AIR MINERAL SENDIRI DAN BERWUDUKLAH SEBELUM KESTADIUM. BAWA JUGA PAYONG BERSIH JIKA ADA UTK MENGELAK KEPANASAN SBB CUACA DAN SUHU DI KUALA LUMPUR MELEBIHI 33C


Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 06 Jul 2011 01:24 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Najis Mughallazah

Posted: 06 Jul 2011 09:49 AM PDT




Busuk perut!!
Demer ni jenis species haram***** al-mughallazah
Patutler YDPA pun tak sior nak jumpa demer
Najis berat, agen perosak!!
Jauhi mereka!!

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sebagimana diputuskan Bersih 2.0 semalam, Perkasa yang merancang mengadakan perhimpunan balas protes juga mengambil langkah yang sama.
Pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu (gambar) telah memohon kepada tiga stadium di ibu negara bagi tujuan tersebut.
Bagaimanapun pengurusan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Titiwangsa belum lagi meluluskan permohonan mereka.
Ibrahim berkata Perkasa telah memutuskan untuk tidak membatalkan Gerak Aman 9 Julai sebab Bersih 2.0 mahu terus mengadakan perhimpunan Sabtu ini meskipun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, seramai 14,661 ahli Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk 2,000 bukan Melayu sudah pun menandatangani petisyen menyokong perhimpunan balas.-MI
[Lagi sumber di sini]

Panas!! Agong Tidak Perkenan Mengadap PERKASA

Posted: 06 Jul 2011 09:47 AM PDT



Klik untuk besarkan..kah..kah..

Apa dah jadi Ibrahim Ali Al- Kataki?? Nak pitam ke? Kumpulan Ultra Melayu, PERKASA tidak jadi mengadap Agong pagi tadi. Di khabarkan, Agong tidak perkenan bertemu dengan PERKASA.. Jadi PERKASA adalah pertubuhan HARAMJADAH!! bukannya BERSIH. Ibrahim Ali Al-Kataki sepatutnya dilucutkan kerakyatan.. bukannya Ambiga..kah..kah..kah..

kah..kah..kah aku suka..padan muka.. ko orang tak suka ke??

BERSIH 2.0 : Najib lidah biawak!

Posted: 06 Jul 2011 09:42 AM PDT



KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdolak dalih, kurang 24 jam selepas membuat tawaran untuk perhimpunan Bersih diadakan di stadium dan bukan dijalanan.

Selepas tawaran berkenaan diterima oleh penganjur perhimpunan semalam, Najib hari ini menegaskan Bersih adalah pertubuhan haram dan justeru itu, tidak boleh memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Najib berkata mana-mana pihak yang membuat permohonan untuk perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.


Kenyataan itu mengejutkan lebih-lebih lagi setelah Najib sendiri menyatakan kesediaannya semalam untuk berjumpa dengan penganjur Bersih bagi membincangkan tawarannya itu.

Bagaimanapun Perdana Menteri menukar rentaknya hari ini dan menegaskan mana-mana pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

"Kita serahkan kepada polis untuk membuat keputusan dengan mengambilkira soal keselamatan," kata beliau.

Penganjur Bersih menegaskan pihaknya tidak boleh memerlukan sebarang pendaftaran kerana ia hanya merangkumi 62 pertubuhan bukan kerajaan yang berkongsi agenda untuk menuntut pilihanraya adil dan telus.

Pengumuman terbaru Perdana Menteri membayangkan kerajaan masih keberatan untuk meluluskan perhimpunan Bersih sungguhpun penganjur membatalkan rancangan awal untuk berarak ke Istana Negara.

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mendakwa bahawa hakikat Yang DiPertuan Agong berjumpa rombongan Bersih semalam, tidak menjadikan gabungan itu sah dari segi undang-undang.

Kenyataan Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno itu dibidas oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak menghormati institusi Istana Negara sendiri.

Rombongan Bersih semalam memutuskan untuk membatalkan perarakan jalanan selepas di nasihati oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.

Mazlan Aliman ditahan di Miri

Posted: 06 Jul 2011 09:34 AM PDT



KUALA LUMPUR,: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.
Turut bersama beliau ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail.
Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.
(Gambar: Mazlan menunjukkan surat sekatan beliau memasuki Sarawak.)
Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula.
Nasaie yang mengiringi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan.
Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun.
Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis

‘Bom petrol’ dalam botol plastik. Ia satu lawak, kata Jonah.

Posted: 06 Jul 2011 09:29 AM PDT

Minyak petrol, beserta sumbu yang diisi ke dalam botol air mineral
 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, menyifatkan dakwaan polis bahawa rampasan beberapa jenis senjata berbahaya dikaitkan dengan perhimpunan Bersih, melucukan. 

Demikian beliau yang dikenali sebagai Jonah mengulas dakwaan polis, berikutan rampasan beberapa senjata termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo Bersih, di tiga lokasi. 

Bom petrol dan mercun yang dijumpai dikatakan disembunyikan di pasu bunga manakala baju T Bersih pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah. 


Di Kuala Lumpur, barangan itu kononnya dijumpai di sekitar Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama. 

Manakala Bernama melaporkan serbuan polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu di sebuah tokong. 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia meletakkan berita itu di muka hadapannya hari ini. 

Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan pihak polis. 

"Ia satu lawak, rasanya rakyat sudah biasa dan mual dengan kenyataan oleh pemerintah yang mudah memberi alasan dengan apa yang ditangkap dan dirampasnya," kata Jonah, merujuk kepada bahan rampasan tersebut, termasuk bom petrol yang diisi ke dalam 'botol plastik air mineral'. 

"Mereka sengaja mewujudkan perkara-perkara sebegitu untuk menakut-nakutkan rakyat dan memberi tanggapan negatif brehubung Bersih kepada orang ramai," katanya lagi. 

Menurut Jonah, pemerintah perlu sedar dengan tindakan mereka sebelum rakyat melabelkan pihak polis sebagai badan yang diperkudakan demi kepentingan politik. 

"Lagi dibuat, lagi orang akan ketawa, cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat kerana tidak ada lagi yang boleh diperbodohkan pemerintah. 

"Macam-macam mereka terpaksa reka, sebelum ini (Bersih) dikaitkan dengan komunis, perang ke atas Agong dan sebagainya," kata beliau.

Biawak dan Lidah yang bercabang cabang..!

Posted: 06 Jul 2011 09:25 AM PDT

Pihak berkuasa memperhebatkan tekanan ke atas kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika terus menyertai perhimpunan 9 Julai ini.


NONEAntara yang paling menonjol semasa Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

"Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak" - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

NONELatihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Ia bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia.

Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata polis akan bekerjasama dengan tentera untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

NONE"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun katanya, latihan bersama itu tidak ada kaitan langsung latihan berkenaan sebaliknya diadakan bagi menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang diterima oleh polis dan tentera.

Selepas ketegangan beberapa minggu sehingga menyaksikan 200 orang termasuk wakil rakyat Pakatan ditangkap kerana menyokong perhimpunan itu, BERSIH akhirnya akur supaya perhimpunan itu dipindahkan ke sebuah stadium.

NONEKeputusan dibuat selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara yang mencemar duli berjumpa dengan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusi Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin, semalam meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram.

Ke Stadium Merdeka..le kita..?

Posted: 06 Jul 2011 09:24 AM PDT


BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 06 Jul 2011 01:11 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Pemuda PAS desak SPR bersihkan pengundi berganda

Posted: 06 Jul 2011 03:48 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 06 Jul 2011 11:35 AM PDT

Batu Gajah Mari


Kes Baju Bersih: Saudara Salleh dibebaskan

Posted: 06 Jul 2011 03:45 AM PDT



Saudara Salleh Yusof yang ditahan kerana ke baju bersih telah bebas dengan wang jminan RM3800.00 dan kes akan disebut 1 Ogos. Kini beliau berada di rumah dalam keadaan ceria dan sihat.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 06 Jul 2011 11:19 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Nik Aziz berdoa untuk Agong di depan Kaabah

Posted: 06 Jul 2011 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: "Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berada di Mekah waktu ini kerana menunaikan umrah menyatakan demikian di dalam suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Berikut adalah kandungan penuh surat berkenaan.
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.
Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.
Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.
Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.
Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.
Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. 
Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Bersih 2.0: Pemuda pastikan 30,000 setiap negeri

Posted: 05 Jul 2011 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Dewan pemuda PAS Pusat mengulangi komitmen mereka untuk menghantar 30,000 ahlinya dari setiap negeri ke himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini.
"Kami akan pastikan jumlah asal 30 ribu pemuda dari setiap negeri akan dicapai.
"Kita harap jangan luntur semangat dan batal hasrat menyertai himpunan tersebut walaupun telah ditukar ke stadium," kata ketuanya, Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily hari ini.
Selain hak yang diperuntukkan perlembagaan, perhimpunan itu juga sebagai menghormati titah Yangd i-Pertuan Agong yang memperkenan himpunan itu diadakan di stadium.
Pihak istana juga ujarnya, akan menghantar wakil mereka untuk menerima memorandum di stadium itu nanti.
Sehubungan itu, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka sebagai menunaikan janjinya sebelum ini yang membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium.
"Kini giliran kerajaan menunjukkan keikhlasan terhadap janjinya.
"Saya minta pemuda yang akan datang ke sini, memakai baju bersih dan jangan takut, Agong pun terima Bersih 2.0 mengadap, bermakna Bersih bukan pertubuhan haram seperti didakwa BN.
"Saya harap pihak polis tidak melakukan sekatan atau halangan yang menyukarkan anggota kami berhimpun di Stadium kelak,"katanya lagi.
Beliau merujuk anggota jawatankuasa Bersih yang terdiri daripada pengerusinya Datuk S Ambiga , Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin yang mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang semalam.
Dengan perkembangan terbaru itu juga, Nasruddin mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis membebaskan semua tahanan yang dikatikan sebagai menyokong Bersih yang ditangkap sebelum ini.
Kerajaan juga ujarnya mesti menarik balik kenyataan dan tindakan mereka mengharamkan pemakaian baju Bersih 2.0
Selain itu beliau juga mendesak semua pertuduhan yang dikenakan kepada mereka yang ditangkap ditarik balik.

Berhimpun di Stadium Merdeka

Posted: 05 Jul 2011 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) bercadang untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka.
Pemilihan yang dibuat ke atas Stadium Merdeka berdasarkan kedudukan stadium itu di tengah pusat bandar dan mudah didatangi orang ramai dari seluruh negara.
Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan, penyerahan memorandum yang mengandungi 8 tuntutan Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak akan dilakukan dengan perarakan.
Sebaliknya, ia hanya akan dilakukan oleh tidak lebih 10 orang wakil Bersih yang akan berkunjung ke Istana Negara dari tempat perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka.
"Penyerahan memorandum itu tidak membabitkan seorangpun pemimpin parti-parti politik dari Pakatan Rakyat. Mereka yang terbabit adalah dari Bersih atau NGO sahaja dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.
Sebelum itu, beliau menjelaskan, Bersih 2.0 menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan baginda menerima mengadap wakil Bersih yang terdiri daripada beliau, Datuk A Samad Said dan Zaid Kamaruddin, semalam.
Bersih 2.0 menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Tuanku di atas keprihatinan terhadap aspirasi rakyat untuk menikmati demokrasi dan hak asasi seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, pada pertemuan itu, rombongan Bersih 2.0 telah mempersembahkan kepada Tuanku di antara lain kenyataan dan pendirian Bersih 2.0.
"Pertama, Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di Stadium dan berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar, manakala wakil Bersih 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Kedua, kerajaan menunjukkan good faith dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah EO dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong-penyokong Bersih 2.0.
"Ketiga, menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk pembaikan sistem dan proses pilihanraya," katanya.
Tuntutan Bersih 2.0
Bersih 2.0 adalah gabungan yang sah kerana disertai oleh pertubuhan-pertubuhan dan entiti yang berdaftar.
Menurut Ambiga, Bersih 2.0 menuntut satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan di dalam dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihanraya yang sedia ada.
"Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan (stakeholders)," katanya.
Lapan tuntutan jangka pendek Bersih 2.0 dipenuhi sebelum PRU Ke-13 iaitu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Menurutnya, semua yang telah ditahan berkaitan sokongan kepada Bersih 2.0 hendaklah dibebaskan termasuk enam pemimpin PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) mestilah dibebaskan serta merta atau dihadapkan ke mahkamah.
Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan Bersih 2.0 ditarik balik atau digugurkan dan mereka yang masih ditahan dibebaskan tanpa syarat.
Katanya, Bersih 2.0 turut menuntut agar semua gangguan (harassment), ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong-penyokong Bersih 2.0 dihentikan dan ini bermakna rakyat dibenarkan memakai baju kuning, usaha-usaha menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 di stadium tidak dihalang.
"Pihak polis, DBKL atau pihak-pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka pada pukul 2 hingga 4 petang 9 Julai (Sabtu) ini.
"Bersih 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," jelasnya.
Beliau juga memberitahu, Bersih 2.0 sedang berusaha untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan segera untuk membincangkan semua tuntutan itu dan sebarang perkara berkaitan Bersih 2.0.

Bersih 2.0: Tiada makna jika stadium tidak melimpah

Posted: 05 Jul 2011 11:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya iaitu kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  dalam satu kenyataannya hari ini.

"Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.

"Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional. "Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya – kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya," terang beliau.

Tuan Ibrahim juga berkata rakyat usahakan 40% yang selebihnya untuk memastikan agenda Bersih 2.0 berjaya bagi meyakinkan diri sendiri serta orang-orang sekitarnya yang sedar tentang kewujudan dan fungsi Bersih 2.0 dengan menghadirkan diri secara beramai-ramai ke perhimpunan awam nanti.

"Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri berasa yakin mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya, bahkan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahawa rakyat menuntut perubahan dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 diadakan.

"Itulah 40% lagi, yang hanya boleh diusahakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan untuk menjayakan Bersih 2.0 sepenuhnya," seru beliau.

Beliau juga mengucapkan syabas atas kegigihan yang ditunjukkan para penganjur Bersih 2.0 yang berjaya menunjukkan tahap ketabahan yang mengkagumkan sepanjang minggu lepas walaupun diasak, diugut dan dipersenda oleh "mereka-mereka yang berkuasa tapi tidak menghormati undang-undang" sehinggalah mendapat pengiktirafan diRaja apabila diberi peluang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Daripada digelar sebagai satu pertubuhan haram, diasak oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menggunakan polis dan akta-akta yang zalim seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehinggalah mendapat restu dan pengiktirafan diRaja dengan diberi peluang menghadap Agong, rakyat perlu kagum dan bangga dengan kegigihan aktivis-aktivis Bersih 2.0 untuk meneruskan agenda mereka tanpa gerun demi rakyat, tambah beliau.

Walaupun tempat perhimpunan aman bertukar daripada demonstrasi aman di jalanraya kepada stadium, PAS menyeru seluruh ahlinya untuk tetap menghadirkan diri di stadium yang ditentukan nanti untuk menyokong Bersih 2.0 kerana dasar perjuangannya tetap sama iaitu untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil di negara ini.

"Kepada para penyokong Bersih 2.0 yang kecewa dengan kompromi ini, bersangka baiklah pada jawatankuasa Bersih 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat," nasihat Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, katanya juga ingin menegaskan bahawa Bersih 2.0 ialah sebuah badan bukan politik dan berkecuali, dan PAS menyokong kerana dasar perjuangannya untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil demi masa depan negara dan generasi akan datang.

"PAS menyokong Bersih 2.0, termasuklah keputusannya untuk mengadakan perhimpunan aman pada Julai 9 ini di Kuala Lumpur," kata beliau.
 
Ingatan kepada Pakatan Rakyat

Tuan Ibrahim juga mengingatkan Pakatan Rakyat Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap penyokong Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada pembangkang.

"Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di'offset'kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa," terang beliau.

Pakatan Rakyat, katanya juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, mereka bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional secara automatik.

"Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara," tegur Tuan Ibrahim.

Untuk kerajaan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya, Tuan Ibrahim berkata PAS menasihatkan agar menunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 ini.

"Barisan Nasional akan menghayati kepentingannya sekiranya di pilihanraya umum ke 14 apabila tewas di pilihanraya ke 13 nanti," kata beliau, sambil menambah bahawa sekiranya diberi kuasa memerintah nanti Pakatan Rakyat akan juga melaksanakan 8 tuntutan Bersih 2.0.

"(Ini bagi memastikan) supaya kita dapat bersaing secara sihat dan seimbang di padang yang sama rata dengan semua pembangkang - dengan penuh keyakinan daripada rakyat bahawa demokrasi negara adalah subur, telus dan tulen," kata beliau.

Mengapa sekat jalan hari ini, Bersih kan Sabtu?

Posted: 05 Jul 2011 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Beberapa jalan utama memasuki bandar Kuala Lumpur sesak teruk hari ini berikutan sekatan jalan oleh pihak polis dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Harakahdaily difahamkan, sekatan tersebut dibuat di lebuh raya Besraya berhampiran stesen komuter Serdang, lebuh raya Karak di plaza tol Bentong, lebuh raya Sprint, seksyen 16 Petaling Jaya, dan di Lebuh Raya Plus dari Shah Alam menghala ke KL.
Beberapa jalan lagi juga difahamkan terdapat sekatan serupa termasuk di Cheras, Ampang dan Gombak.
Tinjauan Harakahdaily di Besraya mendapati polis hanya membuka satu sahaja dari tiga lorong menyebabkan kekesakan teruk sepanjang jalan di hadapan pusat membeli belah Mines, dari Balakong dan juga Serdang lama.
Sekatan itu juga dijangka akan diteruskan sehingga 9 Julai ini iaitu hari yang dijadual berlakunya himpunan Bersih 2.0.
Di Bentong, polis turut menggeledah kenderaan orang ramai, dipercayai mencari barang yang ada kaitan dengan himpunan Bersih.
"Dia buka bonet kereta, cek dalam kereta, tanya dari mana nak ke mana.
"Saya cakap dari Temerloh nak ke Mahkamah Jalan Duta. Dia tanya lagi Temerloh kat mana," cerita Mohd Sabri Shafie kepada Harakahdaily yang melalui jalan itu pagi tadi.
Beliau hari ini hadir ke mahkamah bagi mendengan permohonan memfailkan petisyen rayuan di luar masa berhubung perhimpunan Bersih 1 pada 10 November 2007 lalu.
Ramai pengguna jalan raya yang menuju ke tempat kerja hari ini mengecam tindakan polis membuat sekatan jalan raya itu melalui laman Facebook dan Twitter.
Ada juga yang mempersoalkan mengapa pihak polis mengadakan test sekatan jalan pada hari ini iaitu hari kerja sedangkan himpunan Bersih pada hari Sabtu, bukan hari bekerja bagi jabatan kerajaan dan sebahagian swast

PRU 13: Buka bilik gerakan pemuda

Posted: 05 Jul 2011 11:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kini telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sehubungan itu, Jabatan Pilihanraya DPPP telah mengeluarkan arahan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri supaya mengenal pasti dan membuka sekurang-kurangnya sebuah Bilik Gerakan Pemuda di setiap kawasan.
Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPP, Mohd Sany Hamzan menjelaskan, bilik gerakan tersebut akan menjadi pusat perkumpulan anak muda untuk mendapatkan pelbagai maklumat, beriadah, bersantai dan bersukan.
Menurut beliau, Jabatan Plihanraya DPPP cukup yakin  bahawa seluruh pemuda-pemuda PAS kawasan-kawasan telah bersiap siaga untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan datang.
Katanya, persediaan tersebut pasti dibuat  dengan penguasaan segala ilmu dan taktik pilihanraya, selain daripada pengalaman-pengalaman semasa membantu jentera parti menghadapi pilihanraya-pilihanraya kecil lalu.
"Sesungguhnya motivasi untuk mempertahankan negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat  daripada dirampas oleh Umno BN dan menuju ke Putrajaya sudah pastilah akan menyemarakkan gerakerja pemuda di semua peringkat," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdailly, hari ini.
Jabatan Plihanraya DPPP, menurut beliau, mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Gombak di atas pelancaran Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia di Majlis Tindakan Dun Gombak Setia yang telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Saari Sungib baru-baru ini..
Katanya, dengan pelancaran itu telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan keprihatinan PAS Kawasan Gombak untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut perkiraaan Perdana Menteri.
"Dengan kewujudan Bilik Gerakan ini sudah pastilah akan menyemarakkan lagi aktiviti dan program ke arah gerakerja pilihanraya yang lebih kemas dan tersusun," katanya.
Oleh itu, Jabatan Plihanraya DPPP, tegasnya, menuntut komitmen yang sama daripada PAS kawasan-kawasan di seluruh negara supaya dapat melakukan persediaan yang sama seperti itu.
"Komitmen seperti itu tidak terkecuali sama ada di kawasan-kawasan yang PAS bertanding ataupun tidak bagi mewujudkan suasana dan gelombang semangat gerakerja petugas-petugas parti di semua peringkat.
"Begitu juga diharapkan kepada pemuda-pemuda PAS kawasan supaya dapat menggembleng sepenuh tenaga untuk membantu jentera pilihanraya parti di semua peringkat," ujar beliau.

Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno

Posted: 05 Jul 2011 05:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

"Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya.

"Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap beberapa siri tangkapan dan juga penemuan terbaru polis yang mengaitkan Bersih 2.0 sebagai himpunan ganas.

Ianya termasuk rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam antaranya 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH.

Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

Tidak cukup dengan itu, beberapa siri tangkapan termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang menyebarkan risalah Bersih dan maklumat kepincangan negara dibawah BN kepada rakyat Johor, juga cuba dikatkan dengan Komunis.

Antaranya ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM lain yang ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Mengulas siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong Bersih itu, presiden PAS itu mendakwa ia bukti kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu.

"Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa di tahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini," katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 ujarnya adalah untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, bukan himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi.

Tambahnya, sememangnya sudah sekian lama Pakatan Rakyat berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, dan ia bukan lagi suatu yang rahsia.

Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka.

"Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya.

"Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi.

"Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru.

Sehubungan itu beliau turut mengingatkan Umno BN agar sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan dan membebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng.

"PAS menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan," tegasnya.

MB tawar stadium Selangor untuk Bersih 2.0

Posted: 05 Jul 2011 05:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Selangor tampil negeri pertama menawarkan stadium negeri untuk digunakan penganjur himpunan Bersih 2.0 selepas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersetuju untuk diadakan di stadium.

Tawaran itu dilontarkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang ini, lapor TV Selangor.

Beliau berkata sekirannya penganjur Bersih 2.0 memohon untuk menggunakan stadium- stadium di Shah Alam, beliau akan meluluskannya tertakluk kepada syarat- syarat biasa yang dikenakan kepada pihak yang mahu menggunakan premis sebegitu.

"Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," ujar Khalid.

Khalid berkata, perhimpunan Bersih harus disokong oleh rakyat kerana ia bertujuan memastikan pengundi berpeluang memilih kerajaan yang terbaik menerusi pemilihan yang bebas daripada penipuan dan pembohongan.

"Secara peribadinya saya berpendapat, usaha Bersih adalah untuk memastikan pilihan raya di negara ini diadakan dengan adil dan bersih.

"Perhimpunan ini diadakan bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang. Golongan muda juga pastinya mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," kata beliau.

Tengah hari tadi penganjur Bersih 2.0 menghadap Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akur dengan nasihat baginda supaya perhimpunan aman pada 9 Julai ditukar ke stadium.

Perhimpunan Bersih 2.0 di stadium?

Posted: 05 Jul 2011 05:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Besar kemungkinan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium ekoran pengumuman Pengerusi Bersih dan juga kata sepakat yang dicapai Pakatan Rakyat yang menyebut mereka terbuka untuk perhimpunan di stadium.

Keputusan Bersih dibayangkan pengerusinya Datuk S Ambiga pada sidang media lepas mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi manakala keputusan Pakatan pula diumumkan tiga pimpinan tertinggi mereka.
(Ambiga ketika dikerumuni wartawan di perkarangan Istana Negara - gambar Malaysiakini)

Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan.

Menurut Ambiga, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Sebelum itu, Pakatan membayangkan akan bersetuju untuk berhimpun di stadium melalui tiga pemimpin kanan mereka.
Pakatan Rakyat juga menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.
Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.

"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini.
Menurut mereka, Pakatan Rakyat  ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan  menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka.
Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.
"Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi.

Dupahang's Weblog

Posted: 06 Jul 2011 11:10 AM PDT

Dupahang's Weblog


Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno

Posted: 05 Jul 2011 07:45 PM PDT

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 5 Julai: Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk [...]

Antara jihad, ibadah dan menuntut ilmu

Posted: 05 Jul 2011 06:03 PM PDT

Mukadimah Beberapa saat yang lalu ada segelintir orang yang menyatakan bahwa berjihad dengan mengangkat senjata dalam rangka menentang penjajahan yang dipelopori kaum kafir seperti yang terjadi di Irak, Palestina, Checnya dan negara-negara lainnya adalah Khawarij, teroris, matinya konyol, ruwaibidhah, dungu, anak ingusan dan berbagai label negatif lainnya. Ironisnya, kata-kata itu justru keluar dari kalangan yang [...]

Hukum Melakukan Operasi Selaput Dara

Posted: 05 Jul 2011 05:58 PM PDT

Seorang gadis terkoyak selaput daranya karena satu sebab. Bolehkah ia melakukan operasi selaput dara untuk mengembalikannya seperti semula? Jawaban: Alhamdulillah, permasalahan ini termasuk masalah aktual yang banyak dibicarakan orang sekarang. Dalam kesempatan kali ini sangat tepat sekali disebutkan dua pendapat ulama berkenaan dengan masalah ini dan memilih pendapat yang terkuat. Pendapat pertama: Tidak dibolehkan mengoperasi [...]

Jasindaily Online

Posted: 06 Jul 2011 10:02 AM PDT

Jasindaily Online


Mamak Patriot - Kimma_k Penderhaka Negara

Posted: 06 Jul 2011 06:58 AM PDT

LOKAP YANG BERSIH 2.0

Posted: 05 Jul 2011 11:42 PM PDT

TAHANAN BERSIH 2.0 PAS JASIN DIBEBASKAN

Posted: 05 Jul 2011 11:39 PM PDT

KHUSUS UNTUK ANAK MUDA DAN KAKI REMPIT ..

Posted: 05 Jul 2011 11:36 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 06 Jul 2011 09:51 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Bersih 2.0: Pemuda pastikan 30,000 setiap negeri

Posted: 06 Jul 2011 01:32 AM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Julai: Dewan pemuda PAS Pusat mengulangi komitmen mereka untuk menghantar 30,000 ahlinya dari setiap negeri ke himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini.

"Kami akan pastikan jumlah asal 30 ribu pemuda dari setiap negeri akan dicapai.

"Kita harap jangan luntur semangat dan batal hasrat menyertai himpunan tersebut walaupun telah ditukar ke stadium," kata ketuanya, Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily hari ini.

Selain hak yang diperuntukkan perlembagaan, perhimpunan itu juga sebagai menghormati titah Yangd i-Pertuan Agong yang memperkenan himpunan itu diadakan di stadium.

Pihak istana juga ujarnya, akan menghantar wakil mereka untuk menerima memorandum di stadium itu nanti.

Sehubungan itu, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka sebagai menunaikan janjinya sebelum ini yang membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium.

"Kini giliran kerajaan menunjukkan keikhlasan terhadap janjinya.

"Saya minta pemuda yang akan datang ke sini, memakai baju bersih dan jangan takut, Agong pun terima Bersih 2.0 mengadap, bermakna Bersih bukan pertubuhan haram seperti didakwa BN.

"Saya harap pihak polis tidak melakukan sekatan atau halangan yang menyukarkan anggota kami berhimpun di Stadium kelak,"katanya lagi.

Beliau merujuk anggota jawatankuasa Bersih yang terdiri daripada pengerusinya Datuk S Ambiga , Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin yang mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang semalam.

Dengan perkembangan terbaru itu juga, Nasruddin mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis membebaskan semua tahanan yang dikatikan sebagai menyokong Bersih yang ditangkap sebelum ini.

Kerajaan juga ujarnya mesti menarik balik kenyataan dan tindakan mereka mengharamkan pemakaian baju Bersih 2.0

Selain itu beliau juga mendesak semua pertuduhan yang dikenakan kepada mereka yang ditangkap ditarik balik.




Halal & Haram Yang Semakin Mendapat Perhatian

Posted: 05 Jul 2011 10:50 PM PDT

Oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura


Pada hari Isnin (malam Selasa) yang lalu, 4 Julai 2011, saya berkesempatan menonton berita di RTM1. Sudah tahu, perkara yang pasti akan diberi tumpuan adalah berkaitan himpunan BERSIH. Media massa terus berperanan menakut-nakutkan rakyat dan memberi gambaran yang sangat buruk kepada BERSIH.


Seperti yang dijangka, RTM 1 ketika itu menyiarkan ucapan Najib yang memberikan pelbagai alasan dangkal untuk menggambarkan himpunan BERSIH adalah himpunan ganas yang bakal menghancurkan keharmonian Malaysia. Selepas itu, sampai pula giliran Zahid Hamidi berlagak hero. Kononnya, Angkatan Tentera Malaysia sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku disebabkan himpunan 'haram' bersih ketika itu. 'HARAM' kata mereka. Oh, begitu..

Menariknya, sebelum gambar Najib dan Zahid Hamidi keluar, RTM 1 terlebih dahulu menyiarkan liputan tarian gelek yang bertempat di Besut. Tarian gelek yang disebut berasal dari Mesir itu dikatakan mendapat sambutan yang menarik. Hebat lagi apabila salah seorang peserta melahirkan rasa bangga kerana setiap gerakan dalam tarian gelek menyebabkan berat badannya turun lebih daripada 10 kilo (terlupa bilangan yang tepat). Aktiviti kebudayaan yang disiarkan itu nampaknya seperti 'halal' pula. HALAL pula?

Sekarang, kita lihat media massa seperti pandai pula membicarakan masalah halal dan haram. Setiap hari, permasalahan yang dibincangkan sentiasa berlegar masalah halal haram. Jumaat lepas, seluruh masjid dikatakan mengecam himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini. Kami menanti juga tajuk halal dan haram apa pula yang bakal disentuh dalam khutbah-khutbah Jumaat di seluruh Terengganu Jumaat ini.

Jangan himpun untuk tuntut pilihanraya BERSIH, 'HARAM' katanya. Jom hadiri himpunan tarian gelek, 'halal' pula pada pandangan mereka. Tahniah UMNO atas didikan yang diberikan pada rakyat berkaitan halal dan haram ini.

Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong

Posted: 05 Jul 2011 10:48 AM PDT


Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,


YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Jul 2011 09:44 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


BERSIH di Stadium Merdeka

Posted: 05 Jul 2011 09:54 PM PDT

























http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4211-berhimpun-di-stadium-merdeka

berita lain

BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka

http://malaysiakini.com/news/169056







Al-Fatihah

Posted: 05 Jul 2011 08:47 PM PDT


Al-Fatihah buat Allahyarham Lt. Kolonel (B) Haji Malakan bin Kamaruddin, bapa kepada Sdr. Rozmal Timb YDP PAS Rembau, telah kembali kerahmatullah pada pagi tadi. Jenazah beliau akan di sembahyangkan di Surau Taman Alamanda, Senawang dan akan di ke bumikan sebelum Asar.

Lt. Kolonel (B) Malakan, 74 seorang bekas tentera dari Rejimen Askar Melayu, telah berkhidmat selama 30 tahun.
http://hjmalakan.blogspot.com

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya disyurga bersama para Rasul dan pejuang-pejuang agama Allah yang lain



Ceramah UMUM 9 Julai

Posted: 05 Jul 2011 08:20 PM PDT

Ceramah Umum

Isu Semasa +majlis kesyukuran

bersama

Ust. Idris Ahmad (Ajk PAS Pusat)
Sdr. Badrul Hisham Shahrin, Che'gubard (Ketua Cabang Rembau)
Sdr. Zulkefli Hj Mohd Omar (Ajk PAS Pusat)

9 Julai 2011 (Sabtu) 9.00 malam
Markas PAS Caw. Ampangan
(Sebelah Surau Hitam)

Semua Di jemput Hadir

klik poster

http://imageshack.us/f/813/ceramahjulai2011copy.jpg/

KHIDMAT MERU

Posted: 06 Jul 2011 09:30 AM PDT

KHIDMAT MERU


HI TEA DI DUN PAYA JARAS

Posted: 05 Jul 2011 05:02 PM PDT



















PROGRAM JELAJAH PEMERKASAAN DESA

Posted: 05 Jul 2011 02:23 PM PDT





















Satu Program Jelajah Pemerkasaan Desa Selangor Peringkat Daerah telah diadakan di Dewan Serbaguna Pajabat Daerah Klang.


Program yang dianjurkan dibawah YB Dr Yaakop Sapari selaku Exco Kerajaan Negeri telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampong daerah Klang, murid-murid dan ibu bapa dari kalangan masyarakat India.


YB Dr Rani, YB Manikavasagam, YB Ronnie Liu, YB Dr Xavier telah hadir bagi sesi-sesi yang berlainan bagi menjayakan program tersebut.


Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor telah didedahkan kepada rakyat dan banyak lagi rancangan masa hadapan telah dibentangkan dalam pertemuan tersebut.


















Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 06 Jul 2011 09:27 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Ish! MasyaAllah! Maakkk oooo...Nak Gelak Ka Nak Teriak Niii?

Posted: 06 Jul 2011 04:35 AM PDT


Oleh: Sanusi

Ish! MasyaAllah! Maakkk oiii...nak gelak ka dak niii??? Polis UMNO kata Geng bersih nak merusuh di kola Lupo 9hb ni dengan molotov *****tail (bom petrol) dan parang lading!!! Stail komunis zaman dolu-dolu...

Tun Hisan Ketua Polis Selangor yang tak berapa ada rambut tu buat cerita sat ni... Mak tengok TB dak? Siap tunjukkan barang-barang yang dirampas tersorok di Pertama Kompleks dan Jalan Raja Laut dan sekitarnya.

Ada botol plastik bertudung purple (biji ghemia), sumbu pakai benang mentah warna putih, minyaknya warna kekuningan...penuh botol. Satu lagi Polis Sigh lonjong pulak jumpa molotov *****tail...botol kaca warna hijau, minyak ada separuh dan sumbu pakai kain pelekat, yang dikoyak panjang-panjang. Sumbu tak pintal lasung macam pelita minyak kita dulu-dulu... Standardise saja sumbunya, sama corak, sama panjang, botol sama warna, hijauuuu!!! minyak sama banyak...dan botol itu bersihhh sekali...berkilat-kilat. Sere botol baru Mak!

Parang lading ada tujuh lapan bilah...2 bulan lepas aku beli sebilah untuk menebas kebun, RM15 satu. Yang paling ngeri sekali makkk! Ada T-shirt Bersih 2.0 warna kuning pulak tu disorokkan bersama bom petrol dan parang lading! Polis tu kata, ada 3 orang dok buat sorok benda-benda tu di sekitar kola Lupor... Mak! Jangan tak tau pulak, Jalan Raja Laut ada Pejabat Agong PAS... Ada orang awam nampak puak tu dok sorok, terus telefon polis...dengan cepatnya polis mari ambik semua barang2 tu. Minyakdalam botol sikit pun tak tumpah.... parang tu semua baru-baru...sure tak besa menebas lagi... kita penjam buat takek kayu api pa mak....tajam tu!

Mak! Jalan Raja Laut bukan macam belakang rumah kita, semak samun... Kat situ ada deretan kedai 2 tingkat ke atas... tinggi2 ... Ada hotel, bangunan bersambung-sambung.... ada lorong tengah tu sambung ke Chow Kit dan Lorong Hj Taib! Ada tempat tunggu bas...tunggu teksi, kedai mamak, org makan tak berenti renti. Orang pula ramai lalu lalang tak putus-putus... Ada Public bank, ada kedai spare-part motor, ada kedai mainan budak2. Utan lalang, pokok cenerai, senduduk, kapal terbang, seneru, seniyo, riung,...tak dak! kemucut pun tak dak mak weiii...pokok bunga cina lagi la tak dak!
Mak! Kalau baju kita simpan dengan minyak petrol dalam botol tak dak tudung...baju tu bau minyak dak Mak? Ada ka manusia gamak pakai baju busuk minyak? Kalau susuk parang lading 3-4 kaki panjang, agak2 orang nampak dak mak? Hulu dia plastik warna merah dan warna hijau... buleh susuk ke dak Mak, di kaki lima kedai-kedai tu... Kalu Mak tak dapat bayangkan Jalan Raja Laut dengan Pertama Kompleks tu, 9hb ni aku bawak mi gi tengok tempat tu...dengan syarat, mak jangan gelak sampai terguling sudah!

Mak, orang bodoh mana taruh situ, barang2 macam tu...minyak petrol minyak gas ni jenih bau ka dak mak? Kalau ada bau, busuk pulak tu, dari 5hb sampai 9hb, orang tak leh jumpa ka Mak? Mak oiiiii...minyak petrol moto pak pun, kalu tak tutup tangki, dia meresaap gi gitu jaaa...ni pulak dok dalam botol, sikit pulak tu... ada ka nak dan pakai 9hb ni... Kalu coh lepa, pastu tak meletop, sebab minyak tak dak... nak buat gena mak...orang tak gelak ka???
Yang heran sekali Mak, baju tu gi susuk situ buat pa? Orang semua nak pakai, dak pun org bawa boh dalam beg... Selai 15 hinggit tu Mak, bukan murah... Kalu orang kebas gi, macam mana... Org mesti minat punya sebab baju tu tak kotor lasung-lasung! Dema wak masuk TB mak oiii! Cerita macam tu masuk buletin utama Tv3 suku! Mak tengok TB dak mak malam ni...

Makk!!! nak gelak ka nak teriak ni??? Dema suruh kita percaya cerita dongeng macam tu...yang cakap tu Ketua Polis Negeri Selangor Mak oiii! Gaji dia besa..pangkat dia tinggi... Dia orang pekan! Bukan kapong macam kita... Mak, kalu gamak... tolong gerak Asma' dalam ndoi tu sama, suruh dia percaya juga cerita hebat ni... Mak! katop TB lah sari dua ni Mak, satgi Pak napak berita ni dalam TB, takut dia rebah terguling... kesian la kat polis botak dan polis Sigh tu!! Orang luar negeri dok gelak tak bereti lagi ni mak ooo...pecah perut pun ada pa, kesian juga ke dema pong!

Tujuan beratus baju-baju BERSIH 2.0 dirampas terbongkar?

Posted: 06 Jul 2011 04:29 AM PDT


Oleh: Milo Suam
MAKLUMAT yang baru diterima ini benar-benar memeranjatkan. Diharap pihak penganjur dan mana-mana pihak yang berkenaan memandang berat tentang isu ini. MiLo SuaM telah menerima sebuah email dari "orang dalam" yang membongkarkan bahawatindakan sabotaj akan dilakukan ke atas Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Difahamkan bahawa beratus-ratus baju BERSIH 2.0 yang dirampas sejak kebelakangan ini akan dipakai oleh puak-puak penentang perhimpunan tersebut dengan niat untuk melakukan sabotaj.

Bagi mengesahkan maklumat ini, kita lihat nanti, apakah berita yang akan dimainkan oleh media-media arus perdana untuk menggambarkan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebuah perhimpunan yang ganas?. Bagaimanapun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakan perkara tidak diingini daripada berlaku.

Bik Mama seperti biasa masih membelek-belek katalog beg tangan import, sambil menunggu peruntukan dari isteri tercinta kah kah kah...

ReJaM© "Kita tunggu dan lihat, berita apa akan dikeluarkan oleh media arus perdana pada 9 Julai ini..."

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 06 Jul 2011 09:09 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Pemimpin berjiwa besar mampu bersemuka tuntutan SEMUA rakyat

Posted: 06 Jul 2011 07:41 AM PDT

PAS cadang Najib hadir himpunan Bersih 2.0
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 6 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disaran hadir ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Dengan kehadirannya, sudah pasti beliau dapat mendengar sendiri semua ucapan pimpinan Bersih dan jemputan mereka terutama huraian lapan tuntutan berkaitan pilihan raya bersih dan telus dalam negara. 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) bersetuju penuh dengan saranan agar Najib hadir sendiri di Stadium Merdeka, Sabtu ini untuk mendengar dengan lebih dekat lagi isu yang dibangkitkan Bersih mewakili lebih 60 NGO.
"Ya elok sangat jika perdana menteri dapat hadir dalam Himpunan Bersih ini," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Namun begitu Najib, ujarnya,  tidak dijemput untuk merasmikan Himpunan Aman Bersih tetapi beliau boleh hadir sebagai penonton biasa sahaja seperti orang lain juga.
Jika rakyat awam terpaksa berjalan, membawa peralatan berwarna kuning dan juga berbaju kuning, Najib digalakkan juga berbuat demikian, ujarnya lagi.
Bersih pada asalnya akan diadakan dalam perarakan raksasa dari tiga lokasi menuju ke Istana Negara untuk diserahkan memo berkaitan oleh pimpinan Bersih.
Namun selepas lebih 2,000 lapuran polis dibuat terhadap penganjur oleh puak-puak pengampu BN dan kumpulan 'carma' serta provokasi media menyebabkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong termasuk mengeluarkan titah baginda.
Setelah tiga wakil Bersih menghadap baginda dan mendapat nasihat Istana, lokasi himpunan telah ditukar ke Stadium Merdeka. 
Kini hanya menanti masa dan ketika sahaja, himpunan jutaan rakyat akan berlaku secara aman tenteram dengan mendapat perkenan Agong.
Namun sehingga kini, Bersih dilapurkan sebagai belum halal meskipun dalam titah Agong langsung tidak terdapat kalimah haram terhadap Bersih.
Ekoran titah Agong, pimpinan Bersih mendesak pihak berkuasa akan memberikan laluan mudah kepada semua peserta Bersih untuk menjayakannya.
Desakan itu termasuklah membebaskan mereka yang direman dan melupuskan semua tuduhan terhadap orang awam dan wakil rakyat terlibat.

Pembelajaran minal mahdi ilal lahdi

Posted: 06 Jul 2011 07:09 AM PDT

UNISEL mengalah IPTA/IPTS lain

Posted: 06 Jul 2011 06:56 AM PDT

30.6.11
Bestari Jaya
Kuala Selangor

EXCO Pendidikan Tinggi Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali meluangkan masa bersama warga UNISEL(UNIVERSITI SELANGOR) dalam majlis penyerahan dua mock cek khususnya kepada Dekan Fakulti Kejuruteraan,Professor Jamaluddin dan Professor Anwar, penyelaras program SEKOLAH ANGKAT UNISEL yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor UNISEL dan personaliti utama yang mencari dana untuk membantu UNISEL memohon dana daripada kerajaan negeri.
Fakulti Kejuruteraan Unisel berjaya menjuarai ECO CHALLENGE anjuran PERODUA dengan menggunakan makmal UNISEL sendiri merekaciptakan kerangka kereta dan segala inovasi untuk mencapai kelajuan terbaik dengan penjimatan petrol maksima! 

 Selain daripada penciptaan inovasi kereta 'sport' Perodua, fakulti kejuruteraan UNISEL ini juga berjaya membuat pembaharuan dengan mempertingkatkan 'performance' motorsikal yang sudah sampai ke peringkat pusingan terakhir.
 


EXCO Pendidikan Tinggi, YB Dr Hjh Halimah menyampaikan cek bernilai RM20,000 bagi tujuan UNISEL RACING TEAM turut serta CLUB PRIX CHALLENGE dengan membuat kajiselidik untuk mempertingkatkan keupayaan motorsikal dengan taktik kejuruteraan yang bijak.

Pemuda PAS Merbok

Posted: 06 Jul 2011 07:21 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


YA ALLAH ! BERKATILAH KDYMM TUANKU & PERMAISURI

Posted: 05 Jul 2011 07:18 PM PDT

Semoga Allah memperkenankan doa keberkatan ke atas KDYMM...

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am

Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M


p/s : Amin...Ya Rabbal A'lamin, semoga bumi Malaysia terus diberkati & dirahmati Allah di bawah pemerintahan pimpinan yang adil dan bersih.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 06 Jul 2011 07:03 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan