|    PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN    Posted: 04 Jun 2011 03:22 PM PDT          |    BAGAIMANA DENGAN AKAUN YANG LAIN ?    Posted: 03 Jun 2011 09:22 PM PDT   
   |        Afiq Hizami, Pelatih UKM          |       KUALA LUMPUR, 3 Jun: Datuk Husam Musa (gambar)  bersedia pada bila-bila masa  sekiranya pihak Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) ingin  menyiasat atau menyemak akaunnya.
  Beliau yang ditemui selepas selesai menjalani tanggungjawab sebagai   pengundi untuk pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 petang tadi    bagaimana pun menjadikan isu tersebut sebagai sendaan sewaktu ditanya   oleh pihak media.
  Menurut Husam tidak logik untuk beliau  memberikan 350 ribu ringgit  terhadap seorang blogger, Kickdefella atau   dikenali dengan Syed Azidi  Syed Abdul Aziz sebagai membantunya untuk  menang dalam pemilihan  muktamar kali ini.
  Beliau juga  menyifatkan blogger milik Umno dan akhbar Utusan ini semakin  lantang  dan berani melemparkan fitnah secara terbuka kepadanya dan  mungkin juga  pada ahli PAS yang lain.
  Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS  Pusat Datuk Mustafa Ali telah  menyiasat sendiri pekara ini dan  mendapati dakwaan tersebut adalah tidak  benar.
  "Saya juga  berasa hairan terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk  mencampuri  pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu," jelas beliau dalam  kedaan  bersahaja.
  Ditanya mengenai tindakan beliau mengenai pekara  tersebut, beliau hanya  menyifatkan Syed Azidi Syed Abdul Aziz adalah  orang yang tidak tahu  undang-undang yang boleh dikenakan kepadanya.
  Beliau tidak akan membuat apa-apa tindakan buat masa ini yang mungkin   sibuk dengan muktamar dan urusan kerajaan negeri selepas pulang dari   India.
  Serah pada perwakilan
  Sementara itu, ditanya mengenai pemilihan muktamar pada kali ini bagi   jawatan Naib Presiden PAS beliau hanya tersenyum dan menyerah kepada   perwakilan untuk menentukan pemilihan.
  "Saya lihat perwakilan  yang hadir bijak menentukan pemilihan pada kali  ini, justeru itu saya  hanya mampu menunggu keputusan pada keesokan  harinya.
  "Dari  dulu lagi, pekara semacam ini yang kita lihat dalam muktamar PAS   sebelum ini yang langsung tidak menyerupai Umno yang berebut kuasa dan   nama," kata beliau lagi. |  
  |   
    |     |    MODUL EKONOMI PAS HANYA SENDIWARA PKR DAN DAP...    Posted: 03 Jun 2011 09:11 PM PDT           Nazri Abdullah      PPUBJ : Bagaimana Pakatan nak urus ekonomi jika ketiga-tiga mereka berebut jawatan satu sama lain....Sudah pasti buku jingga akan jadi pedoman mereka..     |       KUALA  LUMPUR, 3 Jun: PAS memberi tawaran mengurus kahazanah negara lebih baik  berbanding BN jika diberi peluang memerintah negara bersama Pakatan  Rakyat.
  Di bawah agenda 'membetulkan salah urus ekonomi',  Presiden PAS dalam ucapan dasarnya berkata, PAS berperinsip pengurusan  kekayaan negara adalah amanah dari Allah dan bukan untuk kepentingan  kelompok tertentu seperti diamalkan Umno BN.
  Dengan perinsip itu  kata Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bakal menjauhkan salah urus,  rasuah dan penyelewengan yang selama ini gagal diamalkan Umno BN.
  Sesuai  dengan perinsip Islam yang menuntut keadilan kepada semua, PAS juga  mahu memastikan pengagihan kesejahteraan ekonomi sampai kepada rakyat  bawahan tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama.
  "BN tidak memahami semua perhitungan ini kerana tidak mengambil kerangka dan asas pemikiran yang dianjur Islam.
  "Sebaliknya  urus tadbirnya hanya untuk kepentingan kelompok tertentu yang ada  hubungan dengan elit politik kerajaan Umno BN,"katanya.
  Ianya  termasuk projek Menara Warisan yang bernilai RM5 bilion yang sewajarnya  digunakan untuk perkara asas lain yang lebih diperlukan rakyat.
  Rakyat  ujarnya boleh melihat kesan pengurusan yang tidak dilandaskan pada  agama seperti kerugian RM12.5 bilion wang rakyat dalam PKFZ, tambahan  RM1 bilion projek empangan Bakun, Istana Negara dan lain.
  Selain  itu, rakyat juga ujarnya terus dibebankan dengan kenaikan harga barangan  keperluan asas, atas nama 'merasionlisasikan' subsidi sedangkan pada  masa sama kerajaan Umno BN ghairah dengan projek membazir.
  Komitmen  untuk melaksanakan urus tadbir yang baik ini tegasnya lagi, telah  diterjemah dalam Buku Jingga yang menjanjikan perubahan 100 hari pertama  sejurus Pakatan Rakyat memerintah.
  "Sesuatu 'Perubahan Ekonomi' hanya akan dapat direalisasikan oleh sebuah kerajaan yang juga melaksanakan 'Reformasi Politik'.
 
  "Kami  yakin sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir  negara ini, kami akan uruskan demokrasi agar ia berfungsi dengan betul,  seterusnya mengembalikan keyakinan, kewibawaan dan integriti kepada  institusi kritikal negara, sekaligus mewujudkan ketelusan dan  kebertanggungjawaban dalam pentadbiran, maka kegiatan ekonomi dan  pelaburan akan dapat dirancakkan dalam satu ekosistem yang  menggalakkan,"katanya dihadapan ribuan hadirin di dewan Kolej Universiti  Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) hari ini.
  Turut hadir mendengar  ucapan dasar itu adalah para pemimpin dari parti rakan Pakatan Rakyat  termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and Penasihat  DAP, Lim Kit Siang. |  
    |     |    NEGARA ISLAM RETRORIK PAS......    Posted: 03 Jun 2011 09:03 PM PDT   
 Mari membangun negara berkebajikan - Abdul Hadi
  PPUBJ : Bagaimana nak jadi negara kebajikan jika aspek ekonomi tidak menjadi agenda PAS. Kegagalan kerajaan PAS Kelantan dan Kedah ternyata satu mimpi buruk buat pengikut PAS dan orang Melayu. |                
   |        Harakahdaily          |      KUALA LUMPUR, 3 Jun: PAS mengajak semua rakyat  negara ini untuk menjaga kepentingan mereka dengan menyokong perjuangan  PAS dan Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan di negara ini.
  Perkara  ini dizahirkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  dalam ucapan dasar Muktamar PAS ke 57 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej  Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) hari ini.
 
  Ia  berlangsung di dewan yang penuh sesak dengan perwakilan, pemerhati dan  para tetamu yang datang untuk melihat muktamar yang dijangka  mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke 13.
  Turut  bersama mereka adalah para pemimpin dari parti rakan Pakatan Rakyat  termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and Penasihat  DAP, Lim Kit Siang.
  "Muktamar ini berlangsung di ambang  pilihanraya umum ketiga belas yang akan diadakan pada bila-bila masa.  Medan pilihanraya itu nanti akan menjadi medan juang yang sangat sengit  kepada kita," kata Abdul hadi dalam ucapannya.
  Maka di atas  komitmen ini, kata beliau, tibalah masanya pula PAS memperkukuhkan  konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urustadbir yang  PAS bawa sebagai asas komitmennya, untuk mentadbir negara masyarakat  majmuk ini secara bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.
  "Mauduk  yang begitu besar ini, menuntut kita untuk membawa tema MEMBANGUN  NEGARA BERKEBAJIKAN, sebagai tema muktamar pada tahun ini," katanya.
  Ini  bertepatan dengan perjuangan PAS yang berkonsepkan amal kebajikan, di  mana seluruh kegiatan kita selama ini adalah kebajikan, apabila Allah  SWT memberi kemenangan dengan pertolongannya maka wajib diisi dengan  kebajikan, tambahnya.
  "Tema ini berpaksikan kepada pegangan kita,  bahawa Islam yang difahami oleh kita adalah sempurna yang merangkumi  seluruh cara hidup manusia, roh dan jasad, individu, keluarga dan  masyarakat, hubungan dengan Allah, diri manusia dan makhluk yang lain.  Islam yang terkandung di dalamnya seluruh cara hidup manusia dalam aspek  politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya," kata  Abdul Hadi.
  Abdul Hadi yakin, walaupun mungkin adanya perbezaan  dasar dan konsep dengan rakan-rakan yang lain, tetapi banyak titik  persamaan dalam pelaksanaan dan objektifnya dalam aspek pentadbiran dan  penglibatannya ke dalam masyarakat majmuk. 
  "Walau pun berbeza  dalam perkara halal dan haram, tetapi kita tentunya bersama dalam  menegakkan adil untuk semua dan menentang kemungkaran, kezaliman dan  penyelewengan  seperti rasuah dan sebagainya. Inilah kerjasama yang  menuntut kita untuk bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi  membawa agenda perubahan ini," tegasnya.
  Ucapan dasar ini, kata beliau, adalah menggariskan dasar umum serta falsafahnya yang berpihak dan menepati Islam. 
  Maka  pemahaman konsep kebajikan dan objektifnya adalah sangat penting kepada  PAS supaya apa yang dirancangkan sebagai agenda parti sepanjang sesi  ini dapat dilaksanakan, yang akan terus menerus diperincikan oleh  seluruh jentera parti di berbagai peringkat dari masa ke semasa.
  "Dalam  kita mengungkap konsep kebajikan menyeluruh ini, maka kepimpinan yang  menerajui negara berkebajikan adalah di kalangan yang berilmu dan  bertakwa. Maka Islam menegaskan bahawa berpolitik adalah tugas para nabi  dan pengikutnya yang setia," kata Abdul Hadi. |  
  |   
    |     |    MAMPUKAH HAJI HADI MELAYAN TSUNAMI ERDOGAN?    Posted: 03 Jun 2011 08:38 PM PDT    |        Harakahdaily          |      KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan  Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa  dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.  Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.
  Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.
  Ketiga-tiga  mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust  Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar  Jamaludin.
  Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).
  Keputusan  rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013,  Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:
  1) Mazlan Aliman (804) 2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765) 3) Datuk Kamarudin Jaafar (739) 4) Hanipa Maidin (735) 5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721) 6) Dr Zulkefly Ahmad (702) 7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651) 8) Khalid Samad (643) 9) Abdul Ghani shamsuddin (579) 10) Amiruddin Hamzah (576) 11) Abdul Wahid Endut (556) 12) Abu Bakar Chik (527) 13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470) 14) Dr Siti Mariah Mahmud (445) 15) Datuk Mahfodz Mohamed (449) 16) Datuk Hassan Ali (437) 17) Abdul Ghani Abd Rahman (430) 18) Nuridah Salleh (416 |  
    |     |    PAS MEMPORAKPERANDAKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA    Posted: 03 Jun 2011 08:15 PM PDT  Hadi kecam UMNO habis-habisan  |  ABDUL Hadi Awang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa berbincang sesuatu pada perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam. 
  |  
  KUALA LUMPUR 3 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadikan peluang menyampaikan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO habis-habisan. Dalam ucapan lebih sejam itu, Abdul Hadi menuduh BN mengamalkan pemerintahan zalim dan mendakwa UMNO menjadi punca kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Turut menjadi mangsa kecaman beliau ialah golongan ulama yang menyebelahi UMNO dengan menganggap mereka tidak mampu menterjemah kefahaman Islam dengan ilmu dalam memahami politik semasa akibat dilahirkan melalui sistem pendidikan Islam yang lemah. Abdul Hadi yang menyampaikan ucapan bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' mendakwa, Pas bertanggungjawab untuk membersihkan bidang politik dari perilaku dan gejala politik jijik, fitnah dan perkauman sempit yang diamalkan oleh UMNO dan BN. "Pas mesti mengambil peranan dan amalan politik, 'Matlamat Menghalalkan Cara' seolah-olah adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariah Allah SWT," katanya. Mengenai kerjasama Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ramai melihat Pas hanya menjadi 'kuda tunggangan', Abdul Hadi mempertahankan kerjasama tersebut dengan menganggap ia sebahagian daripada fekah politik Islam. Menurut Abdul Hadi, konsep kerjasama itu wajib dipelajari oleh pimpinan Pas dan diperkenalkan kepada masyarakat. Ini kata beliau bagi membolehkan mereka memahami perbezaan kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala' antara UMNO dan BN yang dituduh beliau mengorbankan prinsip dan menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu yang beragama Islam, seterusnya menghanyutkan Islam yang sebenar. Mengulas mengenai konsep negara berkebajikan, Presiden Pas itu yang sama sekali tidak menyebut mengenai penubuhan negara Islam berkata, parti tersebut wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang didakwa beliau menjadi amalan kerajaan UMNO dan BN. Abdul Hadi juga menuduh UMNO dan BN melemah dan mematikan sifat menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan sehingga mendahulu kerajaan untuk mendapat pahala. "UMNO dan BN telah mematikan sifat tersebut (seperti) amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajikan dan sebagainya, semata-mata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat," dakwanya. Beliau seterusnya menyerang UMNO dengan menuduh parti itu 'dibarahi' penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah memerintah daripada perhitungan agama. "Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan bagi menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat," katanya. Selain itu, isu video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, langsung tidak disentuh oleh Abdul Hadi walaupun ramai yang menanti pendirian sebenar parti itu. Sebaliknya, Abdul Hadi mendakwa, UMNO dan BN telah mencemarkan kemurnian politik melalui tindakan politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit dan pembohongan. Beliau juga mendakwa, orang Melayu sebagai teras politik dalam negara ini semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya. "Di masa yang sama UMNO sekadar mengekalkan kuasa mereka dan bukannya memartabatkan Melayu dengan Islam kerana Melayu UMNO tetap menyokong BN walaupun di kawasan Pas bertanding menentang calon MCA dan MIC," katanya. Abdul Hadi juga mengkritik pengurusan ekonomi negara yang dianggap tidak mengambil kerangka dan asas pemikiran seperti dianjurkan Islam, sebaliknya mendakwa ia diurus tadbir hanya untuk kepentingan kelompok tertentu yang ada hubungan dengan elit politik kerajaaan BN   |            |  
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan