Ahad, 12 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 12 Jun 2011 03:06 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Candid dari Istanbul : PRU Turki

Posted: 12 Jun 2011 12:12 AM PDT

‎2 hari suntuk bersama dgn aktivis AK parti. Kemenangan pasti dlm tangan cuma mrk nak 2/3 majoriti utk pinda perlembagaan
 Bersama para pemimpin AK di hadapan Pejabat dan didalam pejabat mereka.
BERITA BERKAITAN

Hari ini, 50 juta rakyat Turki yang layak mengundi akan membuang undi mereka dengan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) yang memerintah bersedia untuk menang kali ketiga berturut-turut.


Ini bermakna mereka bersedia untuk mencatatkan sejarah bersama dengan parti pimpinan Sulaiman Menderes yang pernah mencatat rekod yang sama dalam sejarah demokrasi Turki.

Sulaiman adalah satu-satunya pemimpin yang memimpin parti politik yang pernah memenangi pilihan raya Turki tiga kali berturut-turut dan kini AKP sedia untuk menyamai rekodnya itu.

(Kiri: Penulis bergambar di depan bangunan gudang yang menempatkan pusat operasi AKP Istanbul untuk pilihan raya umum ini.)

Namun AKP mahu memecahkan rekod itu dengan mencatatkan pencapaian yang lebih baik iaitu dengan peningkatan undi walaupun selepas tiga kali menang berbanding dengan parti pimpinan Sulaiman yang turun pencapaiannya dalam pilihan raya ketiga.

Orang ramai yang ditemui yakin, AK akan membuat pencapaian yang lebih baik kali ini berbanding 47 peratus undi popular dalam pilihanraya 2007 lalu. Pandangan ini bukan sahaja dikongsi oleh penyokong AKP bahkan juga dari parti lawannya iaitu Saadet pimpinan Rejjab Kuttan.

"Saya fikir mereka akan dapat sekitar 48 - 52 peratus kali ini berdasarkan sokongan ramai yang mereka terima," kata Hassan,  seorang peniaga makanan manisan Turki di Grand Bazaar yang merupakan penyokong kuat Saadet.

Bagaimanapun beliau berharap kali ini Saadet akan turut bersama dalam kerajaan Turki untuk membantu melaksanakan dasar-dasar negara bagi kepentingan Islam di Turki.

Saadet umpama PAS manakala AKp umpama PKR di Malaysia. Pemimpin AKP, Raccip Toyyib Erdogan adalah Ketua Pemuda parti Refah pimpinan Almarhum Necmetin Erbakan, ketika Erbakan pernah menjadi pemimpin Turki satu masa dulu.

Parti yang dipimpin Erbakan sentiasa sahaja berdepan dengan pemansuhan oleh mahkamah perlembahaan Turki atau pihak tentera apabila mereka dilihat mahu melaksanakan Islam.

Selepas Refah diharamkan, Erdogan memilih jalan sendiri dan membentuk AK pada tahun 2001 sebelum menyertai pilihan raya Turki 16 bulan selepas itu dan menang 34 peratus undi popular pada tahun 2002.

Pada ketika itu, Erdorgan tidak dapat menyertai pilihan raya itu ekoran sekatan undang-undang selepas dipenjarakan enam bulan kerana membaca satu syair yang dikira bercita-cita mahu melaksanakan syariah di Turki.

Abdullah Gul telah dipilih menjadi Perdana Menteri AKP yang pertama. Selepas sekatan undang-undang selesai, Erdorgan menyertai satu pilihan raya kecil melalui perletakan jawatan salah seorang anggota parlimennya dan menang.

Erdorgan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul tidak beberapa lama selepas itu dipilih menjadi Presiden Turki sehingga kini.

Mulai 2002, AKP membentuk kerajaan sehingga kini, Dalam pilihan raya umum 2007, undi mereka meningkat keppada 47 peratus dan membentuk kerajaan tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.

Berdasarkan pengalaman Refah dan Erbakan, AKP mengambil pendekatan lebih terbuka dan inklusif dimana partinya tidak menampakkan untuk Islam semata-mata bahkan untuk semua pihak.

Hasilnya AKP umpama PKR di Malaysia. Ahlinya terbuka kepada semua pihak yang bercita-cita untuk mengubah Turki kepada negara yang lebih baik.

Semalam, kami menyertai satu majlis kempen AKP di Istanbul. Majlis bermula dengan berjalan (Walk about) melalui kawasan-kawasan perumahan dengan didahului oleh van yang balut khasnya dengan banner kempen disamping menyiarkan lagu AK.

Perarakan yang bermula dengan petugas sukarelawan dan pemimpin AKP berkembang dari satu lorong ke satu lorong apabila ia turut disertai oleh penduduk tempatan.
Pendekatan inklusif AKP bukan sahaja menarik perhatian rakyatnya bahkan para pemimpin politik negara Balkan dan persekitarannya. Mereka turut sama menyertai perarakan ini dan bangga dikaitkan dengan Erdogan.

(Gambar: Peristiwa Perdana Menteri Erdogan menyalahkan Perdana Menteri Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia menjadi gambar utama kempen AKP dalam pilihan raya ini dan diletakkan di mana-mana termasuk di ibu pejabat operasinya.)

"Di Malaysia, ada yang kaitkan saya dengan kumpulan Erdorgan dalam PAS...nampaknya, saya juga berbangga dengan jolokan itu dengan apa yang dibuat Erdogan untuk rakyat Turki," kata Dr Siti Mariah Mahmud, anggota Parlimen PAS dari Kota Raja yang mengetuai rombongan PAS memerhati perjalanan pilihan raya ini.

Seorang ahli politik dari Kosovo yang turut serta dalam perarakan itu berkata, beliau berbangga dengan apa yang dibuat oleh AKP untuk Turki.

"Saya yakin AKP akan membuat percapaian yang lebih baik kali ini berdasarkan apa yang beliau buat untuk rakyat Turki," kata beliau ketika bersama-sama menyertai perarakan itu.

Sebagaimana budaya kaum Cina dan India di Malaysia, program di Istanbul bermula jam 5 petang lagi. Ketika Azan Maghrib bergema dari corong masjid berdekatan, mereka menghentikan sekejap muzik yang bergema yang dibuat di sebuah pentas yang terletak di sebuah taman rekreasi itu. (Umpama panggung Aniversari di Lake Garden, Kuala Lumpur).

Selepas azan berhenti, muzik disambung kembali dan 15 minit selepas itu majlis bermula dengan persembahan tarian tradisi Turki.

Selepas itu, majlis ucapan bermula dari pemimpin tempatan dan calon-calon yang bertanding. Turut dijemput naik ke pentas dan memberikan ucapan adalah Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk mini stadium itu. Selepas majlis selesai, penonton dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi popular Turki yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.

"Cara AK memang mendapat sokongan ramai dan saya yakin mereka akan menang besar lagi kali ini," kata Hassan penyokong Saadet itu.

Selain pendekatannya yang mendapat sokongan ramai, AK mempunyai tiga tunggak besar yang menjadi pillar kepada sokongan ke atasnya, kata Dr Umar Faruk, seorang pemimpin muda AK yang menjadi penyelaras kepada tetamu dari luar Turki.

"Pertama kami mempunyai pemimpin yang berkarismatik iaitu Erdorgan," kata Umar.

Kepimpinan Erdorgan terserlah ketika beliau menjadi Datuk Bandar (Mayor) Istanbul. Ketika Istanbul mempunyai pelbagai masalah kronik. Dari jalan raya yang sentiasa sesak tanpa peraturan dan susunan yang baik hinggalah kepada masalah air yang meruncing.

Erdorgan berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah ini dengan baik dan kini Istanbul menjadi pusat kewangan utama yang menarik pelbagai pihak.

"Yang kedua organisasi AK yang mantap menjadikannyaa sebuah parti yang menarik untuk semua pihak. Di Istanbul misalnya mempunyai 39 daerah dan 1000 bandar kecil. Di semua bandar ini kami ada cawangan dan sasaran kami, sembilan orang di setiap pusat pengundian yang berjumlah 31,000 itu," cerita Omar.

Faktor ketiga adalah pencapaian kerajaan Turki selama 10 tahun di bawah AK.

"Aktiviti dan polisi yang dibuat kerajaan Turki sepanjang tempoh itu menjadi bahan  kempen kami kini," kata Omar yang sangat bangga dengan pencapaian partinya.

Untuk itu, sepanjang kempen ini, AK menyediakan satu banner khasnya untuk menceritakan kejayaan kerajaannya atau succes story yang memapar perbezaan antara kerajaan Turki di bawah AK dan sebelum ini.
Di pejabat AK Istanbul, ia dijadikan satu banner besar yang dipaparkan dipintu masuk ke pajabatnya. Semua tetamu dan petugas akan melihat banner itu.

Yang menarik dari segala-galanya adalah konsep atau pendekatan kerja pilihan raya AK bermula sehari selepas pengundian tamat,

"Kerja pilihan raya kami akan datang bermula Isnin ini selepas pengundian tamat petang esok (Ahad)," kata Omar.

Kerja utama mereka sepanjang masa adalah mendaftar seramai mungkin ahli. Untuk mengelakkan sebarang halangan untuk menjadi ahli, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada mana-mana pihak untuk menjadi ahli parti itu.

Kerja mendaftar keahlian ini antara aktiviti utama hatta sepanjang kempen pilihan raya umum yang sedang berjalan sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan ramai yang merasa AK adalah parti mereka.

Hasilnya, AK mempunyai 5 juta ahli di seluruh negara. Dengan 50 juta pengundi Turki bermakna, 10 peratus dari mereka adalah ahli AK.

Parti pembangkang terbesar sekarang adalah CHP (Parti Demokratik Rakyat) yang hanya mempunyai 750,000 ahli.

Dengan latar belakang inilah parti AK pimpinan Erdorgan menyertai pilihan raya kali ini dan mereka sangat yakin akan kekal sebagai pemerintah di samping berusaha memecahkan rekod Sulaiman Damires.
 

TGNA : sikit lagi PAS potong Umno

Posted: 11 Jun 2011 07:06 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 12 Jun 2011 01:41 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Rempuh pembahagi jalan

Posted: 12 Jun 2011 01:30 AM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -

 Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: "Mujur saya sempat elak ke tengah di pembahagi jalan, kalau tidak mesti banyak kereta kena rempuh," kata Razak Chik, 59, apabila lori pasir dipandunya merempuh pembahagi jalan dan tiang lampu di depan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini, jam 1 tengah hari semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Razak berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari Batu Enam, di sini, menghala ke Jalan Pejabat, di sini, membawa muatan tar untuk projek meratakan jalan di situ.

Katanya, sebaik tiba di depan IPK Terengganu lampu trafik di persimpangan Jalan Sultan Omar itu berwarna merah dan dia memperlahankan kenderaan.

"Namun brek gagal berfungsi ketika itu, malah cubaan saya menggunakan brek tangan juga tidak berhasil, menyebabkan lori terus bergerak.

"Melihatkan kereta banyak di depan, saya mengambil tindakan pantas dengan membelok ke tengah di pembahagi jalan untuk memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah tiang lampu di situ," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan tangki air lorinya pecah, namun masih boleh bergerak.

Begitupun, dia bersyukur insiden itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan dia juga tidak cedera, manakala sebuah kereta Perodua Myvi remuk di bumbung terkena lampu hiasan jalan di situ.

Mangsa serangan cimpanzi jalan pemindahan muka

Posted: 12 Jun 2011 01:00 AM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -


CONNECTICUT: Mangsa serangan cimpanzi, Charla Nash, semalam menjalani pemindahan muka, pembedahan ketiga seumpamanya pernah dilakukan di Amerika Syarikat.

Charla, 57, cedera parah selepas seekor cimpanzi milik rakannya mengamuk dalam kejadian pada 2009.

Dia kehilangan dua tangan, bibir, hidung dan mata. Selepas 20 jam, pakar bedah berjaya memasang hidung, bibir, kulit muka dan juga sarat penggerak untuk muka baru Charla.

Kira-kira 30 pakar perubatan terbabit dalam pembedahan itu.

Pembedahan pemindahan kedua-dua tangan Charla sebelum ini berjaya dilakukan tetapi terpaksa dipotong semula kerana berdepan dengan masalah.

Menurut pakar, Charla mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum wajah barunya dapat diperlihatkan kepada orang ramai. 

Agensi

Ugut tembak

Posted: 12 Jun 2011 12:45 AM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -


SUEZ: "Anda pergi, kami tembak." Itu antara ungkapan sekumpulan anggota tentera kepada penulis dan jurugambar melalui jurubahasa dan pemandu tempatan ketika hendak melepasi satu sekatan jalan raya di lebuh raya menghubungkan Kaherah ke Suez, dalam perjalanan ke kawasan pelancongan, Sham El-Sheikh.

Sekatan berkenaan dikatakan dibuat secara tiba-tiba akibat serangan samseng bersenjata yang dikenali sebagai Beltagi.

Perkembangan itu menyebabkan jurubahasa penulis kurang senang dan mengarahkan pemandu merempuh sekatan kawalan tentera di jalan menuju ke Sinai itu.

Ini kerana sebelum ini laluan berkenaan tidak pernah ditutup, namun tindakan itu tidak membawa ke mana-mana apabila pasukan keselamatan berkenaan terus menghalang laluan dengan tong dan kawat duri, sekali gus menyebabkan rombongan penulis ditahan seketika.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi (waktu tempatan) ketika perintah berkurung tinggal kira-kira sejam setengah lagi, selain rombongan penulis dan sekumpulan lelaki Arab turut bertekak dengan pasukan keselamatan berkenaan yang dilihat melepaskan beberapa kenderaan awam di belakang selepas pemandunya menunjukkan kad tentera.

"Mengapa dia dilepaskan, sekalipun dia pegawai tentera, dia tidak beruniform dan tidak menggunakan kenderaan rasmi tentera, jadi dia sepatutnya tidak mendapat keistimewaan kerana dia bukan menjalankan tugas rasmi... dia sama seperti kami yang malah mungkin melalui jalan sini untuk bercuti, sedangkan kami membawa amanah rakyat untuk menghantar bekalan bahan mentah," kata seorang pemandu lori.

Ketika dimaklumkan rombongan penulis dari Malaysia, pasukan keselamatan bertanya tujuan melalui jalan berkenaan.

Penulis memberitahu ingin ke Sinai, Taba dan untuk melihat beberapa tempat menarik di sana.

Kemudian, rombongan penulis dilayan penuh sopan dan kerana Subuh hampir tamat kira-kira jam 4 pagi, dibenarkan menunaikan solat di pos kawalan tentera berkenaan dan diberi jaminan dapat meneruskan perjalanan selepas jam 5 pagi.

Bagaimanapun, cubaan jurugambar untuk merakam insiden berkenaan tidak dibenarkan pegawai tentera muda (Mesir mengamalkan sistem kerahan tenaga) yang bertugas dipercayai mempunyai kaitan dengan faktor keselamatan berikutan laluan dipenuhi bukit bukau dan padang pasir itu sering menjadi laluan samseng bersenjata serta ejen perisikan Israel.

Beberapa kereta kebal turut kelihatan berada sekitar kawasan padang pasir berkenaan, namun penulis difahamkan ia hanya 'replika' kerana bukan kenderaan tempur sebenar dimiliki Mesir.

Mesir sebenarnya memiliki kenderaan ketenteraan lebih canggih yang tidak mahu ditonjolkan kepada orang ramai, terutama perisik Israel yang sering menggunakan laluan itu.

Perjalanan penulis ke Sham El Sheikh mengambil lebih 14 jam dengan melalui sekurang-kurangnya 10 pemeriksaan keselamatan.

Penulis terpaksa tidur di kawasan tumpuan penyelam, Dahab, untuk mengelak kadar bilik sewa hotel yang tinggi.

Kekurangan pelancong di bandar pelancongan Dahab itu menyebabkan urusan ekonomi dijalankan dalam matawang Euro dan tempatan.

PAS: Kami tak ciplak idea BN, sudah lama guna negara kebajikan

Posted: 12 Jun 2011 12:15 AM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Jun — PAS menempelak pentadbiran Najib yang mendakwa parti Islam itu mencuri idea atau menciplak apabila menekankan konsep negara berkebajikan ketika muktamar awal bulan ini, kata pemimpinnya hari ini.

Malah pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari juga berkata PAS sudah pun menekankan soal negara berkebajikan sejak akhir 1970-an.

"Soal curi idea atau ciplak, saya hairan dengan pandangan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak). Saya hairan dengan pandangan beliau, tapi saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang sudah bercakap mengenai soal kebajikan," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Kata Mahfuz, sebahagian konsep negara berkebajikan telah pun dilaksanakan tetapi dengan keupayaan yang terhad.

"Apa yang dimaksudkan keupayaan terhad adalah bidang kuasa kita terhad dan kewangan terhad," katanya yang turut menekankan bahawa ucapan dasar lazimnya akan bertukar tema dan kali ini ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

"Ucapan dasar presiden biasanya bersandarkan isu-isu dan perkembangan semasa. Saya pasti begitu juga ucapan presiden Umno dan parti-parti politik lain.

"Jadi, ucapan Datuk Seri Hadi menyentuh konsep negara kebajikan, yang ada kaitan dengan manifesto pilihan raya umum 2008," katanya lagi.

Muktamar PAS kali ini dilihat yang terakhir sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Namun begitu, Mahfuz menegaskan, konsep negara berkebajikan perlu difahami bahawa ia tidak melibatkan harta benda semata-mata.

"Ini sudah disalah tafsir oleh masyarakat jika menganggap negara berkebajikan itu melibatkan kewangan semata-mata.

"Negara berkebajikan itu merupakan perkara baik yang bertujuan menyatupadukan rakyat. Konsep ini yang menekankan kepimpinan yang adil, telus dalam masyarakat, bebas dari rasuah.

"Sejak PAS mentadbir kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu, mana ada lagi pemimpin kerajaan negeri yang diseret ke mahkamah atas sebab rasuah berbanding kepimpinan Umno," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

"Umno sekarang sudah terdesak dan tidak mampu lagi memberi jaminan kepada rakyat dalam konteks negara berkebajikan sedangkan rakyat ternanti-nantikan konsep ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, Buku Jingga sebenarnya menjadi wadah kepada rakyat betapa pentingnya mereka membentuk negara berkebajikan dan kembali kepada kebajikan.

"Ia (buku itu) sudah memberi tawaran menyeluruh untuk ke arah negara berkebajikan," tambah Mahfuz.

Ahli Parlimen Kuala Selangor juga menekankan bahawa PAS sudah lama menggunakan konsep negara berkebajikan sejak era kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor yang mengetengahkan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 pada 2002.

"Malah, ia juga sudah dimasukkan dalam manifesto PAS pada 2008. Jadi, mengapa baru sekarang Umno mempertikaikan perkara ini dan jadikan isu," kata beliau lagi.

"Cuma PAS memberikan pengertian dan penghayatan semula kepada konsep ini," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Abdul Aziz pula berkata, pada penelitian beliau konsep kebajikan pernah dimasukkan ke dalam manifesto ketika pilihan raya umum 1978.

"Jadi, bagi saya ia bukan isu. Ini kerana ia sudah lama dibawa oleh PAS, cuma tidak diberikan penekanan.... hanya sekarang ia mendapat tempat secara terperinci," katanya ketika dihubungi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menjelaskan konsep negara berkebajikan akan dimasukkan dalam manifesto PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 walaupun sudah ada dalam manifesto 2008.

Jelasnya, beliau akan menambah sedikit intipati kandungannya seperti masalah pendapatan seisi rumah kerana harga barang meningkat.

Tambah beliau, sebenarnya negara berkebajikan sudah ada sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

"Pembangunan ekonomi dulu, lebih adil dan telus, pemimpinnya juga bersifat adil. Kini, walaupun mempunyai berjuta-juta pemimpin tetapi belum tentu mempunyai ciri-ciri ke arah negara berkebajikan," ujanya.

Mohamad menegaskan, sebenarnya Buku Jingga merupakan salah satu contoh konsep negara berkebajikan.

"Saya akan membawanya ke dalam manifesto akan datang. Jadi Pakatan Rakyat akan turut sama memperincikan negara berkebajikan ini," ulasnya lanjut.

Cikgu Shida hebat

Posted: 11 Jun 2011 11:49 PM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -


PARIT: "Bukan sekadar 'miming', malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat," begitulah reaksi awal pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat ketika ditanya mengenai penampilan sulung ratu miming, Roshida Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shida yang berjaya menambat hati hampir dua juta peminat laman web Youtube kerana aksi gila-gilanya.

Malah, gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut 'memecahkan perut' kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.

"Mana tak penatnya, kadangkala 'shooting' (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok 'scene' (babak) baru kena hafal dialog lagi.

"Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik 'cut' (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya," katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.

Ditangkap berbasikal dalam keadaan bogel

Posted: 11 Jun 2011 11:43 PM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -


SANTIAGO 12 Jun - Tujuh penunggang basikal ditahan kerana berbasikal dalam keadaan bogel yang merupakan satu kempen yang dilancarkan di seluruh dunia.

Para penunggang berkenaan pada awal memakai pakaian lengkap ketika menunggang di kawasan perumahan, tetapi mula menanggal pakaian apabila sampai ke kawasan Plaza Italia sehingga sebahagian daripada mereka tidak memakai seurat benang sekalipun.

Santiago salah sebuah bandar di seluruh dunia yang menyertai kempen berbasikal dalam keadaan bogel dimulakan sejak 2004 untuk membantah kebergantungan kepada minyak dan menuntut hak sebagai penunggang basikal.

Para peserta berharap penduduk Chile sedar akan pentingnya keselamatan penunggang basikal berikutan aktiviti itu semakin popular di bandar yang paling tercemar di Amerika Latin itu. 

AFP

AK sedia membina rekod baru untuk Turki

Posted: 11 Jun 2011 08:12 PM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -
Zulkifli Sulong

ISTANBUL, 12 Jun: Hari ini, 50 juta rakyat Turki yang layak mengundi akan membuang undi mereka dengan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) yang memerintah bersedia untuk menang kali ketiga berturut-turut.

Ini bermakna mereka bersedia untuk mencatatkan sejarah bersama dengan parti pimpinan Sulaiman Menderes yang pernah mencatat rekod yang sama dalam sejarah demokrasi Turki.

Sulaiman adalah satu-satunya pemimpin yang memimpin parti politik yang pernah memenangi pilihan raya Turki tiga kali berturut-turut dan kini AKP sedia untuk menyamai rekodnya itu.

(Kiri: Penulis bergambar di depan bangunan gudang yang menempatkan pusat operasi AKP Istanbul untuk pilihan raya umum ini.)

Namun AKP mahu memecahkan rekod itu dengan mencatatkan pencapaian yang lebih baik iaitu dengan peningkatan undi walaupun selepas tiga kali menang berbanding dengan parti pimpinan Sulaiman yang turun pencapaiannya dalam pilihan raya ketiga.

Orang ramai yang ditemui yakin, AK akan membuat pencapaian yang lebih baik kali ini berbanding 47 peratus undi popular dalam pilihanraya 2007 lalu. Pandangan ini bukan sahaja dikongsi oleh penyokong AKP bahkan juga dari parti lawannya iaitu Saadet pimpinan Rejjab Kuttan.

"Saya fikir mereka akan dapat sekitar 48 - 52 peratus kali ini berdasarkan sokongan ramai yang mereka terima," kata Hassan, seorang peniaga makanan manisan Turki di Grand Bazaar yang merupakan penyokong kuat Saadet.

Bagaimanapun beliau berharap kali ini Saadet akan turut bersama dalam kerajaan Turki untuk membantu melaksanakan dasar-dasar negara bagi kepentingan Islam di Turki.

Saadet umpama PAS manakala AKp umpama PKR di Malaysia. Pemimpin AKP, Raccip Toyyib Erdogan adalah Ketua Pemuda parti Refah pimpinan Almarhum Necmetin Erbakan, ketika Erbakan pernah menjadi pemimpin Turki satu masa dulu.

Parti yang dipimpin Erbakan sentiasa sahaja berdepan dengan pemansuhan oleh mahkamah perlembahaan Turki atau pihak tentera apabila mereka dilihat mahu melaksanakan Islam.

Selepas Refah diharamkan, Erdogan memilih jalan sendiri dan membentuk AK pada tahun 2001 sebelum menyertai pilihan raya Turki 16 bulan selepas itu dan menang 34 peratus undi popular pada tahun 2002.

Pada ketika itu, Erdorgan tidak dapat menyertai pilihan raya itu ekoran sekatan undang-undang selepas dipenjarakan enam bulan kerana membaca satu syair yang dikira bercita-cita mahu melaksanakan syariah di Turki.

Abdullah Gul telah dipilih menjadi Perdana Menteri AKP yang pertama. Selepas sekatan undang-undang selesai, Erdorgan menyertai satu pilihan raya kecil melalui perletakan jawatan salah seorang anggota parlimennya dan menang.

Erdorgan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul tidak beberapa lama selepas itu dipilih menjadi Presiden Turki sehingga kini.

Mulai 2002, AKP membentuk kerajaan sehingga kini, Dalam pilihan raya umum 2007, undi mereka meningkat keppada 47 peratus dan membentuk kerajaan tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.

Berdasarkan pengalaman Refah dan Erbakan, AKP mengambil pendekatan lebih terbuka dan inklusif dimana partinya tidak menampakkan untuk Islam semata-mata bahkan untuk semua pihak.

Hasilnya AKP umpama PKR di Malaysia. Ahlinya terbuka kepada semua pihak yang bercita-cita untuk mengubah Turki kepada negara yang lebih baik.

Semalam, kami menyertai satu majlis kempen AKP di Istanbul. Majlis bermula dengan berjalan (Walk about) melalui kawasan-kawasan perumahan dengan didahului oleh van yang balut khasnya dengan banner kempen disamping menyiarkan lagu AK.

Perarakan yang bermula dengan petugas sukarelawan dan pemimpin AKP berkembang dari satu lorong ke satu lorong apabila ia turut disertai oleh penduduk tempatan.

Pendekatan inklusif AKP bukan sahaja menarik perhatian rakyatnya bahkan para pemimpin politik negara Balkan dan persekitarannya. Mereka turut sama menyertai perarakan ini dan bangga dikaitkan dengan Erdogan.

(Gambar: Peristiwa Perdana Menteri Erdogan menyalahkan Perdana Menteri Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia menjadi gambar utama kempen AKP dalam pilihan raya ini dan diletakkan di mana-mana termasuk di ibu pejabat operasinya.)

"Di Malaysia, ada yang kaitkan saya dengan kumpulan Erdorgan dalam PAS...nampaknya, saya juga berbangga dengan jolokan itu dengan apa yang dibuat Erdogan untuk rakyat Turki," kata Dr Siti Mariah Mahmud, anggota Parlimen PAS dari Kota Raja yang mengetuai rombongan PAS memerhati perjalanan pilihan raya ini.

Seorang ahli politik dari Kosovo yang turut serta dalam perarakan itu berkata, beliau berbangga dengan apa yang dibuat oleh AKP untuk Turki.

"Saya yakin AKP akan membuat percapaian yang lebih baik kali ini berdasarkan apa yang beliau buat untuk rakyat Turki," kata beliau ketika bersama-sama menyertai perarakan itu.

Sebagaimana budaya kaum Cina dan India di Malaysia, program di Istanbul bermula jam 5 petang lagi. Ketika Azan Maghrib bergema dari corong masjid berdekatan, mereka menghentikan sekejap muzik yang bergema yang dibuat di sebuah pentas yang terletak di sebuah taman rekreasi itu. (Umpama panggung Aniversari di Lake Garden, Kuala Lumpur).

Selepas azan berhenti, muzik disambung kembali dan 15 minit selepas itu majlis bermula dengan persembahan tarian tradisi Turki.

Selepas itu, majlis ucapan bermula dari pemimpin tempatan dan calon-calon yang bertanding. Turut dijemput naik ke pentas dan memberikan ucapan adalah Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk mini stadium itu. Selepas majlis selesai, penonton dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi popular Turki yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.

"Cara AK memang mendapat sokongan ramai dan saya yakin mereka akan menang besar lagi kali ini," kata Hassan penyokong Saadet itu.

Selain pendekatannya yang mendapat sokongan ramai, AK mempunyai tiga tunggak besar yang menjadi pillar kepada sokongan ke atasnya, kata Dr Umar Faruk, seorang pemimpin muda AK yang menjadi penyelaras kepada tetamu dari luar Turki.

"Pertama kami mempunyai pemimpin yang berkarismatik iaitu Erdorgan," kata Umar.

Kepimpinan Erdorgan terserlah ketika beliau menjadi Datuk Bandar (Mayor) Istanbul. Ketika Istanbul mempunyai pelbagai masalah kronik. Dari jalan raya yang sentiasa sesak tanpa peraturan dan susunan yang baik hinggalah kepada masalah air yang meruncing.

Erdorgan berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah ini dengan baik dan kini Istanbul menjadi pusat kewangan utama yang menarik pelbagai pihak.

"Yang kedua organisasi AK yang mantap menjadikannyaa sebuah parti yang menarik untuk semua pihak. Di Istanbul misalnya mempunyai 39 daerah dan 1000 bandar kecil. Di semua bandar ini kami ada cawangan dan sasaran kami, sembilan orang di setiap pusat pengundian yang berjumlah 31,000 itu," cerita Omar.

Faktor ketiga adalah pencapaian kerajaan Turki selama 10 tahun di bawah AK.

"Aktiviti dan polisi yang dibuat kerajaan Turki sepanjang tempoh itu menjadi bahan kempen kami kini," kata Omar yang sangat bangga dengan pencapaian partinya.

Untuk itu, sepanjang kempen ini, AK menyediakan satu banner khasnya untuk menceritakan kejayaan kerajaannya atau succes story yang memapar perbezaan antara kerajaan Turki di bawah AK dan sebelum ini.

Di pejabat AK Istanbul, ia dijadikan satu banner besar yang dipaparkan dipintu masuk ke pajabatnya. Semua tetamu dan petugas akan melihat banner itu.

Yang menarik dari segala-galanya adalah konsep atau pendekatan kerja pilihan raya AK bermula sehari selepas pengundian tamat,

"Kerja pilihan raya kami akan datang bermula Isnin ini selepas pengundian tamat petang esok (Ahad)," kata Omar.

Kerja utama mereka sepanjang masa adalah mendaftar seramai mungkin ahli. Untuk mengelakkan sebarang halangan untuk menjadi ahli, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada mana-mana pihak untuk menjadi ahli parti itu.

Kerja mendaftar keahlian ini antara aktiviti utama hatta sepanjang kempen pilihan raya umum yang sedang berjalan sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan ramai yang merasa AK adalah parti mereka.

Hasilnya, AK mempunyai 5 juta ahli di seluruh negara. Dengan 50 juta pengundi Turki bermakna, 10 peratus dari mereka adalah ahli AK.

Parti pembangkang terbesar sekarang adalah CHP (Parti Demokratik Rakyat) yang hanya mempunyai 750,000 ahli.

Dengan latar belakang inilah parti AK pimpinan Erdorgan menyertai pilihan raya kali ini dan mereka sangat yakin akan kekal sebagai pemerintah di samping berusaha memecahkan rekod Sulaiman Damires.

Najib tak faham negara berkebajikan PAS

Posted: 11 Jun 2011 08:09 PM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.

Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.

"Jelas dia (Datuk Seri Najib Razak) tak tahu negara berkebajikan," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan anak sulung kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Markaz PAS Taman Melewar di sini, petang ini. Iskandar Zulkarnain Salahuddin dan isteri, Khalilah Abd Majid diraikan pada majlis makan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN.

Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis.

Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat.

"Kita tak sama, kita ikut perlembagaan PAS iaitu sandar pada al-Quran dan Hadis.

"Kita ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), dia (Umno BN) tidak ada,"katanya.

Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN.

Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu.

Umno tak nyenyak tidur

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti 'tidak nyenyak tidur' dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS.

Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu.

"Dulu dia (Umno BN) kata PAS jauh ketinggalan di belakang.

"Sekarang ini kita sama-sama, dia kiri kita kanan. Nanti kita akan potong dia,"katanya.


Harakahdaily/-


Ulasan :

sampai bilapun mereka tidak akan faham

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3734-sampai-bila-pun-umno-tak-faham-perjuangan-pas

Lebih 500 nelayan mogok

Posted: 11 Jun 2011 02:00 AM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -


KUANTAN - Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak berkata, nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.

"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.

Kumpulan Anti-Lynas mahu injunksi mahkamah

Posted: 11 Jun 2011 01:45 AM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -

Kumpulan anti-Lynas 'Save Malaysia' mempertimbangkan mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang projek kontroversi bernilai RM700 bilion itu daripada memulakan operasinya.


Clement Chin lynas save malaysia groupKetua perhubungan awam kumpulan itu Clement Chin (kiri) berkata, kumpulan itu kini bekerjasama dengan Majlis Peguam Pahang bagi meneliti kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah terhadap Lynas Advance Material Plant (Lamp).

"Kami melihat daripada segenap penjuru, (dan kami) akan buat keputusannya dalam masa sebulan," katanya dalam sidang media anjuran gabungan NGO People's Green hari ini.

Lamp terletak di kawasan perindustrian Gebeng, 25km ke arah utara Kuantan, ini negeri Pahang.

Pusat nadir bumi itu akan memulakan operasi percubannya pada September depan.

Young milik United

Posted: 11 Jun 2011 01:20 AM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -

 YOUNG berhijrah dari Villa dengan harga perpindahan RM98.5 juta.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berjaya mendapatkan khidmat Ashley Young dengan harga perpindahan £20 juta (RM98.5 juta) semalam.

Pembelian Young dari Aston Villa menyaksikan jumlah perbelan- jaan United pada musim perpindahan ini mencecah £55 juta (RM271 juta).

Kehadiran pemain berstatus bintang itu melengkapkan pembelian ketiga oleh Ferguson.

Sebelum ini, Liverpool telah berbelanja £20 juta (RM98.5 juta) apabila membeli perancang Sunderland, Jordan Henderson, manakala pengurus Arsenal, Arsene Wenger hanya mengeluarkan £1 juta (RM4.9 juta) ke atas pertahanan Charlton Athletic, Carl Jenkinson.

Lebih mengejutkan, kelab yang sebelum ini terkenal dengan pembelian pemain secara besar-besaran, Chelsea dan Manchester City masih belum me- ngeluarkan belanja selepas tamat saingan musim ini.

Young, 25, melepasi ujian perubatan di padang latihan United di Carrington semalam dan menandatangani kontrak selama empat tahun.

Dia kini menyertai Phil Jones seba- gai pemain baharu di Old Trafford selepas berpindah dari Blackburn Rovers dengan harga £16.5 juta (RM81.3 juta), Rabu lalu.

United juga sebelum itu telah membeli penjaga gol Sepanyol, David De Gea dari Atletico Madrid dengan harga £18.5 juta (RM91.2 juta).

Ferguson merampas Jones dari tangan pencabarnya, Liverpool, manakala pengurus The Reds, Kenny Dalglish turut dikatakan berminat ke atas Young.

Young boleh beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang kedua dan dia merupakan pemain yang mampu memberi sumbangan besar kepada United di bahagian serangan.

Pemain ini mula menarik perhatian ketika bermain dengan kelab Watford sebelum dibeli oleh Villa dengan £8 juta (RM39.4 juta) pada Januari 2007.

Dia membuat 193 penampilan dengan menjaringkan 39 gol, namun statistik mencipta peluang jaringan sebanyak 54 kali telah membuatkan Young sebagai aset yang bernilai.

Pembeliannya juga mula mencetuskan persoalan mengenai masa depan Nani di Old Trafford.

Baru-baru ini, Nani mengesahkan dia bersedia mengubah haluan dengan menyertai kelab lain. 

Agensi

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 12 Jun 2011 01:26 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Tidak Perlu Meniru Mesir, Cukuplah Dengan Turki, Melalui BERSIH 2.0

Posted: 11 Jun 2011 09:50 PM PDT

sumber : http://tehlimau.blogspot.com/ Tidak Perlu Meniru Mesir, Cukuplah Dengan Turki, Melalui BERSIH 2.0 Kita jarang untuk mengambil kisah tentang Pilihanraya Umum di luar negara dan disebab itulah kita semua begitu menyanjungi demokrasi pilihanraya yang dipamerkan oleh SPR. Alhamdulillah, Pakatan Rakyat telah mengambil peluang untuk menjadi pemantau pilihanraya di Turki yang akan berlangsung tidak lama lagi. [...]

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 12 Jun 2011 01:24 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Timbalan YDP Pas Tg Malim di ICU

Posted: 11 Jun 2011 07:43 AM PDT

Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Tanjong Malim, Tn Hj Salam ditahan di Wad ICU Hospital Slim River. Menurut sumber rasmi daripada keluarga beliau, Tn Hj Salam telah dimasukkan ke wad ICU ini sejak 9 Jun yang lalu.

Beliau yang merupakan antara perwakilan Pas Kawasan ke Muktamar Pas Pusat baru-baru ini tetap menjalankan amanahnya serta mengikuti perjalanan muktamar Pas sehingga ke akhirnya. Walaupun keadaan kesihatannya sedikit uzur, namun demi perjuangan dan amanah yang diberikan kepada, beliau terus menyumbangkan khidmat dalam perjuangan Pas ini.

Bagi pihak YDP dan seluruh AJK Pas Kawasan Tg Malim mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat bersama saf kepimpinan meneruskan gerak kerja ke arah Pembentukan Negara Berkebajikan. Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau sentiasa dalam keredhaan Allah SWT dan semoga seluruh ahli keluarga tetap tabah dan bersabar dengan segala dugaan dan ujian yang mendatang ini.

...setakat berita ini ditulis, beliau masih lagi di Wad ICU Hospital Slim River...

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 12 Jun 2011 01:21 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


mari bersama hadirkan diri

Posted: 11 Jun 2011 05:25 PM PDT

liqa pas kawasan teluk intan

Posted: 11 Jun 2011 05:17 PM PDT

Salam Perjuangan

Posted: 11 Jun 2011 11:36 PM PDT

Salam Perjuangan


PRU13 - SPR BERSEDIA BILA-BILA MASA

Posted: 11 Jun 2011 06:00 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 11 Jun 2011 09:48 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Tun Mahathir tak layak jadi contoh; Nizar

Posted: 11 Jun 2011 06:17 AM PDT

KEPALA BATAS, 11 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.

Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.

Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.

"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.

"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini.

Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini.

Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut.sumber harakahdaily.net

PAS KDAS 3

Posted: 11 Jun 2011 09:45 PM PDT

PAS KDAS 3


Persepsi 10/6/2011: Kabinet Pilihan Raya (Hard Talk bersama Mohamad Sabu)

Posted: 10 Jun 2011 09:59 PM PDT

Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden

Posted: 10 Jun 2011 09:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

"Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook.

Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno.

Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno.

"Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya.

Persepsi 10/6/2011: Kabinet Pilihan Raya (Hard Talk bersama Mohamad Sabu)

Posted: 10 Jun 2011 09:42 PM PDT

Persepsi 10/6/2011: Kabinet Pilihan Raya (Hard Talk bersama Mohamad Sabu)

Posted: 10 Jun 2011 09:35 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 11 Jun 2011 09:15 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Penyalahguanaan Kuasa & Warga Felcra Changkat Lada Diperkudakan

Posted: 11 Jun 2011 02:39 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 11 Jun 2011 07:25 PM PDT

PAS LENGGONG


Semalam Isa Samad pula berkata bagi umno

Posted: 11 Jun 2011 02:42 AM PDT

Sedangkan rakyat tahu rasuahnya dia.

Pembaziran yang membanggakan UMNO Lenggong

Posted: 11 Jun 2011 02:37 AM PDT


Ada dua disitu.
1. Gerai makan 4 pintu
2. Tempat menunggu bas.
Bagi yang perhati terdapat banyak lagi tempat menunggu bas itu sampai ke kg luat.
Puluhan ribu terbenam membazir disitu.
Rakyat dapat perhati dengan jelas.

PAS Kawasan Miri

Posted: 11 Jun 2011 07:15 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Diterima Oleh Masyarakat Majmuk Di Malaysia!

Posted: 11 Jun 2011 06:40 PM PDT

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri Mahu PAS Bertanding Di Kawasan Bandar
Gambar En. Yeo dalam kawasan Muktamar PAS Pusat ke 57 Di Taman Melewar KL.

Baru-baru ini PAS Miri telah menghantar perwakilannya ke Muktamar PAS ke-57 di Taman Melewar yang bermula pada Jumaat 3 Jun hingga Ahad 5 Jun bersama dengan SU Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) En Yeo KH. Inilah kali pertama En.Yeo bersama dengan rombongan PAS Miri menyertai atau menghadiri muktamar PAS Pusat.

En Yeo telah diberi penghormatan untuk berjumpa dengan kepimpinan tertinggi Pas pusat disamping beliau juga diberi ruang ke dalam dewan sebagai pemerhati bagi mewakili DHPP Sarawak.

Beliau juga rasa bangga dan terharu kerana pemimpin PAS pusat menghargai kaum bukan Melayu yang mewakili DHPP semasa muktamar tersebut. Beliau juga diberi peluang berjumpa dan bersalam dengan Tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana peluang begini memang selalu dicari-cari oleh ahli dan penyokong PAS. Harapan beliau agar PAS juga boleh diberi peluang untuk bertanding dalam kawasan Bandar dimana golongan majoritinya bukan Melayu dan bukan Islam seperti di Parliament Miri. Kata beliau PAS boleh diterima baik di kalangan orang bukan Melayu sebab itu beliau yakin bahawa sekarang orang-orang bukan melayu dan bukan Islam sudah boleh menerima PAS dalam kawasan Bandar sebab kawasan Bandar penduduknya mudah mendapat maklumat tentang PAS melalui internet.

Diharap kepimpinan PAS Pusat keraplah datang ke Sarawak lebih-lebih lagi ke bandaraya Miri dimana penduduknya bersedia untuk menerima perubahan dalam PR13 nanti. Ini bukan sahaja harapan ahli PAS Miri bahkan penduduk bukan Melayu sudah bersedia bersama PAS sebab mereka yakin PAS tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa sebab itulah antara sebab En.Yeo berjuang bersama PAS.

Sekarang konsep PAS untuk semua sudah menampakkan hasil berkat usaha kepimpinan PAS selama ini. Begitu juga kalau boleh kita mahu kepimpinan PAS dapat anjurkan majlis dialog antara agama dan antara kaum agar mereka ini betul-betul dapat memahami konsep dan perjuangan PAS yang selama ini telah diberi gambaran buruk oleh pihak musuh politik mereka.

Sekiranya PAS diberi peluang untuk bertanding dalam Bandaraya Miri ini akan menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat diterima oleh semua golongan masyarakat dan dengan sendirinya usaha musuh PAS akan musnah kerana tiada lagi isu PAS ini dianggap sebagai parti ekstirimis dan perkauman. Diharap rakan dalam Pakatan jangan berpecah belah dan berebut kerusi dan berilah peluang diantara satu sama lain untuk bertanding menentang BN yang penting Pakatan dapat mengambil alih kuasa dari BN dalam PR13 nanti.

Perjuangan PAS dan Pakatan untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. Diharap rakan dalam Pakatan boleh memberi kerjasama dengan PAS sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan Bandar nanti. Kalau PAS menang Pakatan juga akan menang jadi jangan terlalu tamak dengan perebutan kerusi akhirnya harapan rakyat akan musnah seperti apa yang berlaku dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu. Marilah kita sama-sama berjuang untuk mendirikan sebuah Negara berkebajikan untuk semua rakyat. PAS untuk semua.


Gambar YDP Miri (Jofri) dan Ketua Pemuda PAS Sarawak baru (Arif) dalam Dewan Muktamar
















Gambar sekitar Muktamar PAS Di Taman Melewar








Gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS memeriksa perbarisan Unit Amal













Gambar Haji Mohamad Sabu sedang bersalam dengan orang ramai setelah berjaya dilantik menjadi Timbalan Presiden PAS yang baru
















English version

PAS Board Support Association (PBSA) Miri Want PAS Contest In The Urban Areas

Recently, PAS Miri has sent the representatives to the 57th PAS Muktamar at PAS premises in Taman Melewar started on Friday, June 3 until Sunday, June 5 along with the Secretary (SU) Board of PAS Supporters Association (BPSA) Mr Yeo. This is the first time Mr Yeo joined with PAS Miri representatives to attend the central conference.

Mr Yeo was honored to meet the highest PAS central leadership as well as he was also given a seat in the hall for the PAS supporter association as an observer for PAS Sarawak.

He is also very proud and flattered that the central PAS leaders appreciate the non-Malays who represent BPSA during the conference. He was also given the opportunity to meet and greet with the spiritual leader Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat and the PAS president Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang and this opportunity has always been highly sought by members and supporters of PAS. His expectations for PAS is given the opportunity to compete in the town areas where the majority of non-Malays and non-Muslims such as Miri Parliament. He said PAS might well be accepted among those non-Malays because he believes that now the non-Malays and non-Muslims have accepted PAS in the town because the town people easily get information about the PAS through the Internet.

We hope that the PAS central leadership could come to Sarawak frequently especially to Miri city in which people here are willing to accept changes in this coming GE13. This is not the only hope for PAS Miri but even the non-Malay population has been ready with PAS because they confident that PAS do not practice corruption and abuse of power and this is one of the reason why Mr Yeo struggling with PAS.

Now the concept of PAS for all has been revealed and thanks to the leadership of the PAS for they're successful over the years. Similarly, if possible, we want the leadership of the PAS to organize a dialogue between religions and between races so that they are truly understand the concept of PAS and the struggle of PAS for all that have been given a bad impression by their political enemy.

If PAS is given the opportunity to compete in the Miri City this will make PAS and all communities can accept Pakatan Rakyat and of itself PAS enemies' propaganda will be smashed because there is no issue of PAS is seen as the extremis party and racism. It is hoped that the alliance partners should not be divided and fighting over the seats and give the opportunities for each other to compete against BN that is more important for alliance to take power from the BN in this coming 13th General Election (13th GE).

PAS and the Alliance is Struggles for the people and not for personal gain. It is hoped that the alliance partners can cooperate with PAS if given the chance to compete in the urban areas. If PAS wins the Alliance will also be won so do not be too greedy with seats and struggle for seats that will be eventually destroyed the hope of the people like what have happened in the last Sarawak general election. Let us work together and strive to establish a welfare state for all citizens. PAS for all.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 11 Jun 2011 07:07 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


PAS Kawasan teruskan program kebajikan

Posted: 11 Jun 2011 04:10 AM PDT

PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan dan MTD Bukit Baru meneruskan program kebajikan dengan mengadakan program khidmat kesihatan buat kali ketiga hari ini. Program hari ini tertumpu di Kg Bukit Katil dan esoknya di Kg Paya Ikan.

Penyelaras Program, Cikgu Yusof Wahab berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memberikan khidmat kepada rakyat yang memerlukan rawatan secara percuma. Ubat-ubatan juga diberikan kepada pesakit yang dirawat.

PAS Kawasan selesai bentuk 'Kabinet' Pilihanraya

Posted: 11 Jun 2011 03:43 AM PDT

PAS Kawasan Bukit Katil selesai melengkapkan 'kabinet'nya untuk sessi 2011/2013. Hj Ramli Dalip dan Cikgu Yusof Wahab dikekalkan sebagai Setiausaha PAS Kawasan dan Ketua Penerangan manakala Haji Ab Rahhim Idris juga diamanahkan semula sebagai Bendahari.

Naib Yang Dipertua, Haji Yassim Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya merangkap Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan (JPRK).

Haji Bakrin Sidek, Haji Nordin Morsed, Haji Hussin Ibrahim, Haji Roslee Jamaluddin, Sufian Sahat, Sidek Abdullah, Rela Ismail telah dilantik menjadi AJK PAS Kawasan.

Kesemua mereka dilantik pada Mesyuarat PAS Kawasan baru-baru ini.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 11 Jun 2011 07:02 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 11 Jun 2011 05:14 AM PDT

KETUA PEMUDA KAWASAN BALING TURUN
MERASMIKAN KEJOHANAN BOLASEPAK
8 SEBELAH
DI PADANG BOLASEPAK PULAI BALING
9 PAGI 11/6/2011 SABTU


KETUA PEMUDA BALING UST OSMAN
MENYERAH BOLA SEPAK KEPADA
KETUA PEMUDA CAWANGAN PULAI
BERSAMA HADIR UST ASHRI S/U DPPB(KIRI)
UST OSMAN MERASMIKAN KEJOHANAN
DENGAN MENYEPAK BOLA SEBAGAI
SIMBOLIK MULANYA PERLAWANAN
SEMPAT JUGA MELAWAT GERAI JPA BALING

SEDANG MELIHAT JADUAL PERLAWANAN


JAM 10.00 PAGI
ZIARAH UST MAHMUD AJK PAS KAWASAN



12.00 TGHR
MAKAN KENDURI DI CAROK BAKAP


Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 11 Jun 2011 03:14 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Ceramah Dewan Himpunan Penyokong PAS

Posted: 10 Jun 2011 08:38 PM PDT






Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 11 Jun 2011 11:29 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


MAKAN MALAM DANA PILIHANRAYA PEMUDA CUKAI

Posted: 10 Jun 2011 07:56 PM PDT

E-mail Print PDF
KEMAMAN - Satu Majlis Makan Malam akan diadakan oleh Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, pada 12 Julai depan bagi mengutip dana bagi mengisi Tabung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Setiausahanya, Wan Muhammad Zawawi berkata dua tetamu khas iaitu Naib Presiden Salahuddin Ayob dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz akan melancarkan Tabung PRU-13 Pemuda DUN Chukai.

Katanya, pelancaran itu juga, merupakan Fasa kedua persiapan 'perang' Pemuda PAS di Dun Chukai menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa..

"Kami (pemuda) di Dun Chukai ini dalam keadaan siap sedia dan hanya tunggu 'wisel' pilihan raya.

"Pelbagai aktiviti diadakan dan kami (PAS) masih memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk hadapi pilihan raya ini," ujarnya kepada Harakah.

Menurutnya, semangat kerja Pemuda PAS Dun Chukai umpama 'bala tentera', semakin kuat selepas Muktamar PAS Pusat Ke-57 dengan saf kepimpinan baru dipilih.

Katanya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin gerun dengan saf kepimpinan PAS kali ini yang disifatkan sebagai "kabinet perang".

Buletinonline dimaklumkan, majlis makan malam tersebut akan di Restoran Cahaya Mesra, Geliga Besar, Chukai, Kemaman.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat menyertainya sila hubungi Ustaz Zawawi ditalian 019-984 7288, 019-967 1409 atau Ahmad Sabree (013-931 8061) bagi tempahan meja

Batu Gajah Mari

Posted: 11 Jun 2011 11:28 AM PDT

Batu Gajah Mari


Video Seks Mat Sabu la pulak.. alahai Umno

Posted: 10 Jun 2011 09:25 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

NONEIni kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad – yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru – dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

NONE"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.

PEMUDA PAS LIPIS

Posted: 11 Jun 2011 11:22 AM PDT

PEMUDA PAS LIPIS


Politik Malaysia Pasca Muktamar PAS

Posted: 11 Jun 2011 06:42 AM PDT

Tema ucapan dasar `negara berkebajikan' dan keputusan pemilihan pimpinan pusat masih lagi hangat dibicarakan di media massa. Termasuklah media tidak rasmi sebelah Be End (BN). Hari ini, 11 Jun 2011, PM Najib dilaporkan pelik dengan PAS kerana baru sekarang nak menuju ke arah negara berkebajikan. BN, kata Najib sudah lama buat. Berita itu menambah, PAS nak tiru BN. Malaysiakini pula siarkan berita memetilkik kata Ust. Dato' Tuan Ibrahim bahawa PAS tak meniru kebajikan ala BN walau seinci pun. Dua hari lepas, berita jam 8 TV3 cuba mengulas bahawa PAS dah buat pusingan U. Kata depa, PAS dah berubah dari perjuang negara Islam kepada negara berkebajikan.

Membaca Harakahdaily, saya ingin memetik tulisan YB Khalid Samad sebagai menjawab isu-isu di atas, dengan tajuk Coretan Muktamar PAS ke 57.


"Isu yang turut dilaung-laungkan ialah bahawa kononnya PAS sudah menggugurkan matlamat perjuangannya dan menerima matlamat perjuangan PKR dan DAP. Ini adalah kerana cogan kata yang digunakan PAS adalah 'Negara Berkebajikan' dan bukannya 'Negara Islam'.

Hakikatnya, sekiranya ada parti politik yang ingin mengubah matlamat perjuangannya, ianya bukan dengan mengemukakan cogan-kata tertentu. Ianya mesti melalui pindaan perlembagaan parti tersebut. Selagimana perlembagaan tidak diubah, maka apa cogan kata sekalipun mesti ditafsir berdasarkan perlembagaan yang digunapakai".

Istilah 'Negara Berkebajikan' bagi ahli PAS ialah 'sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah' (Perlembagaan PAS fasal 5).

Istilah 'Negara Berkebajikan' digunapakai kerana ingin memberi penegasan kepada aspek kebajikan yang terjamin dalam sesebuah masyarakat yang sedemikian rupa. Istilah 'Negara Islam' tidak digunapakai kerana penekanan melalui istilah itu adalah hukum-hakam Islam, khususnya Hudud, seolah-olah itu sahajalah apa yang terdapat di dalam pemerintahan yang diinginkan PAS. Sedangkan hukum-hakam Islam, termasuk Hudud, adalah bertujuan untuk menghasilkan kebajikan kepada manusia! Termasuk dalam takrif 'berkebajikan' itu adalah keadilan, kebertanggung-jawaban dan keamanan.

Dalam erti-kata yang lain, istilah 'Negara Berkebajikan' membawa rakyat untuk melihat kepada hasil dan kesudahannya; sambil istilah 'Negara Islam' memperlihatkan mekanisma dan perundangannya.

Jikalau dirujuk di dalam Al-Quran, istilah yang masyhur yang terdapat di dalamnya adalah 'Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafuur' atau 'Negara yang baik serta pengampunan dari Tuhan'. Ianya merupakan istilah yang menumpukan kepada persoalan hasil yang diinginkan dan hasil ini mampu menarik minat semua pihak.

Lagipun, semua yang mengaji memahami kaedah 'Al-Hukmu yadurru 'alal musamma laa 'alal ismi' atau 'hukum (sesuatu perkara) bergantung kepada perkara yang dinamakan itu, bukan kepada namanya'. Dalam erti kata lain, 'apa ada pada nama, yang penting benda atau isinya!'

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 Jun 2011 09:18 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Jangan tunggu ibumu menjadi mayat sebelum berjasa

Posted: 11 Jun 2011 09:09 AM PDT

Ayah kau mewarnai masa depan anak-anakmu.....jangan lali dan leka

Posted: 11 Jun 2011 08:58 AM PDT

Penguin boleh jadi role model pengorbanan ayah!

Posted: 11 Jun 2011 08:52 AM PDT

Wahai ayah, di mana anakmu?

Dewan Muslimat PAS Pusat menyusun langkah kritikal memimpin wanita

Posted: 11 Jun 2011 08:22 AM PDT

AJK MUSLIMAT DMPPSenator Mumtaz(Naib),Athirah,YB Dr Halimah
Kuala Lumpur
Hiruk pikuk yang ditimbulkan oleh  UMNO yang gelabah melihat pendekatan PAS yang lebih inklusif dan praktikal ekoran daripada keperluan mendesak rakyat jelata natijah kepincangan sistem pemerintahan UMNO/BN.Lebih tepat lagi negara kebajikan yang dijadikan tema muktamar ke 57 PAS. Sekali ilmbas tidak ada yang pelik dengan kemahuan Presiden PAS mahu menggerak seluruh ahli perwakilan PAS yang datang dari seluruh pelusuk tanah air untuk membantu  menjadikan Malaysia negara berkebajikan.
  Apa peliknya sebuah parti yang berteraskan Islam mengambil kebajikan diantara perkara utama untuk diperjuangkan.Berkebajikan sinonim dengan prihatin, ambil peduli,peka,empati dan dari sudut sebuah kerajaan bertimbang rasa, cuba mengurangkan beban rakyat, usaha mempastikan rakyat cukup makan,cukup pakaian, cukup tempat tinggal yang wajar, berpendidikan, mempunyai sumber pendapatan, sihat dan aman tenteram.
Berkebajikan juga bermakna semua kaum terbela. Kaum wanita tidak dipinggirkan dan terjamin hak mereka.
Tidak dinafikan ada usaha kebajikan yang diusahakan oleh pihak pemerintah di peringkat federal namun 'kebersihan' pemimpinnya dipertikaikan oleh banyak pihak hingga tahap yang mencemaskan.UMNO/BN tidak mampu lagi memimpin negara kerana telah dijangkiti penyakit rasuah yang membarah 'sehingga busuk sampai ke usus',ikatakan oleh mantan PM Tun Dr Mahathir.
 
Ahli Jawatankuas Dewan Muslimat PAS Pusat yang baru bersidang selepas muktamar ke 51 dan sebulat suara bersetuju akan merapatkan sof muslimat dan meletakkan target yang jelas untuk memartabatkan Islam dengan memperbanyakkan suara penerus perjuanagn RASULULLAH S.A.W.Bukan sekadar melukut di tepi gantang.Suara keramat yang ada 'izzah,berani kerana benar, tidak gentar atas celaan orang yang suka mencela.Inilah nekad pimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Pusat yang mahu diterjemahkan oleh semua Muslimat di seantero dunia amnya dan Malaysia khususnya.

Bagi yang MAHUKAN KEBENARAN ini dia perkara asas dalam perjuangan PAS sebelum menilai dengan adil adakah kenyataan pemimpin UMNO benar atau salah mengenai PAS sudah tidak memperjuangkan Islam.

MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

BAB YANG KEDUA: DASAR DAN SERUAN

Fasal 3. Dasar
Dasar PAS ialah ISLAM

Fasal 4. Seruan
Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

HADIAH SPIRITUAL UNTUK MU!

Posted: 11 Jun 2011 05:23 AM PDT

NEGARA KEBAJIKAN cetus panik BN

Posted: 11 Jun 2011 05:18 AM PDT

Negara berkebajikan: Siapa nak tiru siapa
Mohd Sabri Said   
TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

"Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni.  Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN," tegasnya.

Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.

Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.
"Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan.  Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil.  Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya," tambah beliau.
Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.
Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.

Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng.

Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 11 Jun 2011 07:34 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TV3 : BALACI, BALACI DAN BALACI UMNO

Posted: 11 Jun 2011 02:11 AM PDT

RAJA LAWAK : NAJIB CAKAP PASAL WASATIAH DALAM ISLAM

Posted: 11 Jun 2011 01:49 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 11 Jun 2011 03:31 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Negara Berkebajikan

Posted: 11 Jun 2011 01:11 AM PDT

Di antara polisi yg akan saya perjuangkan untuk wanita di dalam negara berkebajikan ialah mewajibkan para suami @ anak2 mencarum ke KWSP dan SOCSO untuk isteri @ ibu mereka yg bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah tangga untnk memastikan nasib wanita yang bergelar ibu. 

Mereka ini bila ditanya apa pekerjaan anda? 

Mereka akan menjawab 'saya tak kerja, jaga suami dan anak2 saja'. 

Pada hal sumbangan mereka tidak ternilai untuk produktiviti negara.

Memantau Pilihanraya Turki

Posted: 10 Jun 2011 04:07 AM PDT

ISTANBUL, 10 Jun: Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmud adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Rombongan sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi tadi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini bertujuan mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 11 Jun 2011 03:26 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Umno tidak tahu di mana kedudukan ulama

Posted: 10 Jun 2011 07:41 AM PDT


Kedai Buloh 10 Jun : Setelah lebih 60tahun baru kini Umno sedar akan lompang dalam kepimpinan parti mereka iaitu kurangnya ulama dalam kepimpinan utama mereka.


Ulama di dalam parti mereka ketika ini hanyalah diletakkan dibawah biro agama sahaja, seperti hanya berperanan untuk melengkapkan senarai penuh biro mereka sahaja.


Sedangkan PAS sudah sekian lama telah meletakkan ulama pada tempat yang sangat tinggi dengan menyediakan dua tempat bagi golongan itu untuk menentukan dasar dan halatuju parti.


Begitulah yang disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah apabila diminta mengulas tentang cadangan ahli Umno untuk mewujudkan sayap baru iaitu Sayap Ulama Umno.


Semalam dalam akhbar Utusan, Timbalan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hasan mencadangkan agar ditubuhkan segera sayap baru Umno iaitu Sayap Ulama Umno.


Cadangan beliau itu bertolak dari dakwaan beliau bahawa Pas sudah menolak kepimpinan ulama dalam muktamar Pas baru-baru ini.


"Kita mempunyai Dewan Ulama dan yang tertinggi ialah Majlis Syura yang mana kita tidak akan mengingkari apa jua keputusan Majlis Syura, kerana ahli kita tsiqah (percaya) kepada ulama-ulama kita yang berilmu," kata Ustaz Mohd Nor


Bagi beliau inilah tanda yang menunjukkan bahawa Pas meletakkan ulama ditempat yang sepatutnya berbanding Umno yang hanya menggunakan ulama apabila mereka tersepit dalam isu-isu yang menguntungkan mereka.


Seperti contoh yang terbaru apabila isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, ulama muda mereka Fathul Bari Jahaya dalam satu kuliahnya dengan tegas menyeru ahli Umno menolak tuduhan itu.


Akan tetapi suaranya dianggap sepi sahaja oleh ahli Umno yang lebih galak bermain dengan isu itu walaupun Fathul Bari telah mengeluarkan hadis sahih berkenaan fitnah serta ancaman Allah terhadap pengfitnah


Berikutan itu Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong mencabar agar Umno menyenaraikan dahulu ulama yang ada di dalam Jawatankuasa Majlis Tertinggi mereka sebelum menuduh Pas telah mengenepikan ulama.


"Dengan cadangan ini kita amat berharap selepas ini Presiden Umno akan dipilih dari kalangan ulama," ujar beliau sinis.

Pengumuman acara

Posted: 10 Jun 2011 05:43 AM PDT

Dijemput semua ke majlis ceramah bersama Ustaz Radzi (bekas vokalis Malissa)

Di perkarangan PASTI Kampung Tok Dir

Pada 11hb Jun 2011

Acara bermula selepas isyak

Skrin besar akan disediakan untuk menonton perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Terengganu dan Kelantan sebelum ceramah bermula

Datanglah beramai-ramai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan