Jumaat, 3 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 03 Jun 2011 01:28 AM PDT

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


KEPUTUSAN PENUH MUKTAMAR PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 02 Jun 2011 05:30 AM PDT

Sumber Harakahdaily
SHAH ALAM, 2 Jun: Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Jun 2011 01:13 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Amalan politik Umno sesatkan orang Melayu

Posted: 03 Jun 2011 01:00 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -
GOMBAK, 3 Jun: Ajaran sesat mengatakan politik tidak ada hubungan dengan ajaran Islam menyebabkan berlakunya khianat dalam pentadbiran negara, kata Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

"Ajaran sesat ini telah melahirkan pemimpin Melayu yang tidak ada perhitungan agama dalam amalan politik mentadbir negara, seterusnya berlaku khianat dalam memimpin rakyat dan mengurus sumber negara yang melimpah ruah," kata Abdul Hadi dalam ucaptamanya di Mukmatar PAS ke 57 di Taman Melewar pagi ini.

Hadi berkata walaupun kini ramai di kalangan orang Melayu Islam telah menerima politik sebahagian dari agama, namun tindakan politik mutakhir ini telah dibejati oleh amalan-amalan yang tidak mengikut batas agama dan syariat.

"Kemurnian politik telah dicemari oleh tindakan jijik menerusi rasuah politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit, pembohongan, dan segala macam perkara kotor yang memalukan anak-anak yang menjadi penonton di sekeliling kita," kata Abdul Hadi sambil menegaskan bahawa Umno Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk membersihkan budaya politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri.

Akibat dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya, kata Abdul Hadi pemimpin Melayu Islam telah membebalkan majoriti rakyat beragama Islam telah gagal menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam.

Umno, kata beliau walaupun merupakan parti majoriti Melayu dan Bumiputera yang telah diberi amanah pemerintahan sejak keluarnya penjajah asing, masih dibarahi penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah ini daripada perhitungan agama.

"Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan yang menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat. Akhirnya, harta negara menjadi milikan peribadi pemimpin mereka, meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini," selar beliau.

Tambah beliau lagi, perkara ini akan berterusan selagi urus tadbir dan tata-kelola pengurusan sumber dan khazanah kekayaan negara tidak mengambil dan merujuk kepada falsafah dan jauh sekali menghayati tuntutan Islam.

"Cita-cita murni untuk membina sebuah negara yang sejahtera dan aman telah digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang terus memimpin secara tidak bertanggungjawab," kata Abdul Hadi.

Menurut Abdul Hadi, umat Melayu Islam sebagai teras politik dalam negara kita ini, semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya, apabila kerajaan hari ini tidak menjadikan Islam agama yang memerintah dan tidak mampu menunjukkan model Islam kepada masyarakat majmuk.

"PAS wajib menyelamat negara dan penganut Islam yang hilang punca dan membetulkan fahaman yang salah ini," tambah beliau.

Mengenai perjuangan Umno, Abdul Hadi berkata mereka hanya sekadar berminat untuk mengekalkan kuasa mereka dan bukannya untuk memartabatkan Melayu dengan Islam.

"Ini kerana Melayu Umno tetap menyokong BN walaupun di kawasan PAS bertanding menentang calon MCA dan MIC, sebaliknya sudah ramai bukan Melayu dan bukan Islam yang komited mengundi calon PAS yang menentang calon MCA dan MIC dari Barisan Nasional. Hakikatnya, Umno telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan membodohkan mereka," terang beliau.

Adalah menjadi tanggungjawab besar bagi PAS, kata Hadi untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah.

"PAS wajib menyelamatkan negara dan rakyat daripada belenggu kejahilan dan kezaliman politik dengan peringatan Allah SWT," tegas beliau.(HDaily)

Hadi: PAS tiada kuasa siasat dakwaan Kickdefella

Posted: 03 Jun 2011 12:30 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa penulis blog Kickdefella telah dibayar sejumlah wang oleh exco kerajaan negeri Kelantan untuk bertanding dalam pemilihan parti.

Bagaimanapun, parti itu mengalu-alukan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas kes berkenaan demi membersihkan parti itu daripada pemimpin yang terlibat rasuah, katanya lagi.

Malah, parti itu juga tidak teragak-agak untuk memecat pemimpin berkenaan sekiranya benar-benar didapati terlibat dalam rasuah, katanya lagi.

"Kita tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah SPRM. Mengikut amalan pentadbiran, orang yang hendak bertindak mesti mendapat green light daripada menteri besar dan juga menteri.

"Sebab itu menteri besar Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh, yang difitnah, dibuat dengan rasuah kerana kita betul-betul hendak bersih kerajaan kita.

"Walaupun exco walaupun menteri besar sekalipun kalau tidak betul, kita pecat. Dalam sejarah PAS (ada) kita pecat. Kita tidak mahu pelihara orang yang ada penyakit ini," katanya dalam satu sidang media di muktamar parti itu di Gombak hari ini.
Penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam mengaku pernah menerima RM350,000 daripada Datuk Husam Musa sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lalu.

Syed Azidi mendakwa wang tersebut ialah sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009.

Dengan berseloka, Abdul Hadi juga berkata dakwaan itu hanya ditimbulkan tetapi kebenarannya masih belum diketahui.

"(Sekarang) zaman langit terbuka. Langit terbuka ini kita dengar guruh kilat, ada guruh yang tak ada hujan. Ada guruh yang ada hujan. Jadi kita tunggulah," kata Abdul Hadi lagi dengan tersenyum.

Sementara itu, setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula berkata, parti itu hanya memberi reaksi kepada isu berkenaan kerana ditanya dalam sidang media berkenaan.

"Maksudnya yang menimbulkannya bukan kita, yang bertanya itu timbul. Kita respon sajalah. Kita tidak timbul sebab tak ada (kes).

"Saya yang buat kenyataan dulu apabila ia berbangkit, dan tak ada. Tak wujud perkara itu," katanya lagi dalam sidang media sama.(MalaysiaKini)

DHPP Buka Tembok Pemisah Bukan Islam

Posted: 03 Jun 2011 12:00 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -
GOMBAK, 3 Jun - Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah jauh lebih relevan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini jika dibanding dengan BN.

Paling penting kata Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, PAS wajib menyampaikan mesej tanpa paksaan dalam agama dan Islam adil untuk semua, sehingga mereka memberi kepercayaan kepada kita untuk memandu ke arah perubahan, dan melihat Islam secara amali.

"Sekaligus membetulkan imej Islam yang dicalar oleh perangai UMNO dan penganut Islam yang tidak beramal dengan ajaran Islam," katanya. Sokongan DHPP dalam beberapa kali pilihanraya membuktikan terbukanya tembok pemisahan PAS dengan masyarakat bukan Islam.

"Sudah ada sumbangan kerja mereka, peti undi dan calon yang menang dengan peranan mereka."

Tambahan PAS telah membuat keputusan untuk melibatkan mereka dengan cara yang lebih berkesan. Kumpulan ini sangat penting menjadi penyumbang kemenangan PAS.

"Saya amat berharap Dewan Himpunan akan main peranan yang lebih penting dalam penyampaian hasrat dan tujuan parti dan juga menyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa PAS adalah parti yang sentiasa menyuarakan apa yang diharapkan oleh rakyat dan mampu menunaikannya," jelasnya lagi.

Muktamar PAS - Foto perasmian muktamar kali ke 57

Posted: 02 Jun 2011 09:30 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -
GOMBAK, 3 Jun - Muktamar PAS kali ke 57 ini berlangsung di ambang pilihanraya umum ketiga belas yang akan diadakan pada bila-bila masa. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pagi tadi menegaskan medan pilihanraya itu nanti akan menjadi medan juang yang sangat sengit kepada kita.

"Maka di atas komitmen ini, tibalah masanya pula kita memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urustadbir yang kita bawa sebagai asas komitmen kita, untuk mentadbir negara masyarakat majmuk ini secara bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat," tegas Presiden PAs itu tadi.


Katanya, berlatar belakangkan seluruh perkembangan politik tanah air dalam kita berdepan dengan cabaran pilihanraya umum ke 13 yang akan tiba nanti.

"Maka faktor kejayaan berikut adalah amat penting untuk dihayati dan dilaksanakan segera oleh semua peringkat pimpinan, aktivis dan pendokong parti," ujarnya.

Presiden PAS dalam ucapan dasar Muktamar PAS ke 57 pagi tadi menyeru 8 rumusan untuk tindakan bersama seperti berikut:

(i) Marilah kita sama-sama memahami tujuan perjuangan dan beristiqamah bersama PAS, memperkasakan organisasi, kerana PAS akan tetap dengan matlamat perjuangan yang digariskan dalam perlembagaannya, kerana itulah tuntutan tujuan ibadah, amanah dan khilafah yang menjadi tujuan kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.

(ii) Marilah kita memahami maksud tema muktamar Membangun Negara Berkebajikan, kerana ianya akan menjadi kunci kepada tindakan kita sepanjang tahun ini. Agenda besar kita yang telah dibentangkan dalam ucapan dasar ini perlu dibincang dan dipercambahkan fikrahnya, perancangan dan tindakannya, supaya tema ini mampu menjadi pemangkin dalam kita melakukan agenda perubahan yang kita rancangkan.

(iii) Marilah kita memperkukuhkan dan merapatkan saf serta mengeratkan "Ukhuwwah filLah" di kalangan ahli jamaah dalam memenuhi tuntutan Allah SWT, sebagai syarat kemenangan sekali gus mempersiapkan dan mempertingkatkan keupayaan dan kelancaran seluruh jentera pilihanraya parti di semua peringkat - JPP Pusat, JPN, JPRK, MTD dan UPU.

(iv) Marilah kita memahami tuntutan" Tahaaluf Siyasi" sebagai pendekatan pemuafakatan politik yang paling bijak dan wajar di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat sekaligus memenuhi tuntutan melancarkan gandingan jentera pilihanraya bersama Pakatan Rakyat di semua peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan, bagi mendepani cabaran menumbangkan kerajaan UMNO/BN.

(v) Marilah kita memperluaskan muafakat melaksanakan perubahan dalam negara kita ini, bersama-sama dengan seluruh badan-badan NGO dari pelbagai latarbelakang aktiviti, serta seluruh rakyat yang prihatin supaya negara dapat dibebaskan dari amalan buruk dan demokrasi berat sebelah yang diamalkan sekarang ini.

(vi) Marilah kita memantapkan jentera penerangan parti bagi mengungguli penerangan kerana sesungguhnya Islam yang diperjuangkan PAS adalah membawa mesej "Rahmat Untuk Sekalian Alam". Jentera penerangan kita juga perlulah menyebar-luaskan agenda perubahan seperti yang termaktub dalam "Dasar Bersama", "Buku Jingga", dan yang telah disebut dalam ucapan dasar ini.

(vii) Marilah kita memurni dan membersihkan Siyasah atau Politik sebagai satu bidang dan juzu' penting dalam kehidupan umat Islam khasnya, dan rakyat seluruh rakyat amnya, dengan membersihkan bidang politik dari perilaku dan gejala politik jijik, fitnah dan perkauman sempit yang diamalkan UMNO/BN di waktu ini. PAS mesti mengambil peranan utama dalam menjayakan usaha murni ini untuk menamatkan fahaman dan amalan politik "Matlamat Menghalalkan Cara" seolah-olah politik adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariat Allah SWT.

viii) Marilah kita memperkukuhkan prinsip "Semak-Imbang" yang dituntut di dalam Al-Quran sebagai teras utama tata-kelola pengurusan serta pemerintahan sesebuah kerajaan yang dibimbingi nilai-nilai Islam dan nilainilai demokratik bagi menjayakan "Pengurusan Terbaik" untuk mencapai cita-cita tema muktamar "Membangun Negara Berkebajikan".
____
Beberapa kandid shot yang sempat diambil pada sidang pagi muktamar hari ini. Menyusul semula selepas solat jumaat..





Kehadiran muktamar luarbiasa, ucapan dasar Presiden " Membangun Negara Berkebajikan"

Posted: 02 Jun 2011 06:53 PM PDT

2 Rejab 1432H. [MOD] -

Muktamar PAS kali ke 57 berlansung dalam keadaan kehadiran perwakilan dan pemerhati memenuhi setiap ruang bangunan Kolej Universiti Dr Zukifli Muhammad di Taman Melewar.

Pengerusi Jawatankuasa muktamar dalam ucapan alu-aluan mengatakan bahawa kehadiran pada hari ini melebihi dari yang dijangkakan. Kerana itu beliau memohon maaf sekira menimbul ketidak selesaan.

Kehadiran pemerhati dari rakan Pakatan Rakyat serta dari gerakan Islam dari seluruh dunia, wakil kedutaan asing serta ngo memerihkan lagi muktamar pada hari ini.

Ucapan Dasar Presiden pada muktamar kali ini ialah dengan tema Membangun Negara Kebajikan diharapkan membawa PAS kepada hala tuju yabg lebih mantap dan konsisten bagi merelisasikan hasrat Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Muktamar pada hari ini membawa kembali nostalgia pas setelah muktamar terakhir diadakan disini terakhir pada tahun 2003.

Muktamar PAS - Foto perjalanan muktamar kali ke 57

Posted: 02 Jun 2011 06:45 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] - Foto terkini perjalanan muktamar pada pagi ini.

Muktamar PAS - Foto lawatan Dato' Seri Presiden kelmarin

Posted: 02 Jun 2011 06:25 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] - Kelmarin Dato Seri Presiden PAS hadir ke Dewan Muktamar PAS, bagi meninjau persiapan terakhir Muktamar PAS Pusat ke-57 di Dewan Dato' Hj Fadhil Md Noor, KUIZM, Taman Melewar. Sebahagian foto yang sempat dimuatkan untuk pembaca blog Cina Islam.



Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan

Posted: 02 Jun 2011 06:00 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -



Kami seluruh warga blog cina islam mengucapkan Selamat bermuktamar kepada semua perwakilan dan pemerhati daripada serata negara yang berhimpun di Taman Melewar. Semoga muktamar kali ini membakar semangat jihad dan membawa hala tuju Parti Islam SeMalaysia (PAS) kearah yang lebih baik dan mantap bagi merealisasikan BN duduk sebagai pembangkang selepas PRU ke 13.

Saya juga mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh perwakilan. Ingatlah setiap undi perwakilan amat penting dalam mentukan kelangsungan perjuang PAS di persada politik tanah air. Merekalah yang akan memandu arah perjalanan parti bagi sesi 2011-2013.

Selamat Bermuktamar buat semua. - 

BN : Bankrup Negara

Posted: 02 Jun 2011 08:29 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -
Oleh: Nash Ar-Rawy

BN atau " Bankrup Negara " tiada boleh dielakkan lagi jika BN terus memerintah selepas PRU13 . Ini adalah kerana khazanah negara semakin susut kerna penyaluran yang terus menerus kepada mengisi temeluk dan ketamakan kroni . Sehingga demi kepentingan kroni dan kolongmerat tarif elekrik akan dinakkan . Petrol seperti dikesan khalayak boleh saja naik pada bila-bila masa jika BN diberikan tampok pemerintahan kerajaan pusat selepas PRU 13.

Khazanah negara terlalu banyak dihabiskan untuk kepentingan kroni dan projek yang membazir semata-mata untuk menyenyangkan dan membuncitkan perut kroni sahaja bukan untuk kepentingan rakyat marhein yang terbanyak . Tetapi, fokus untuk beberapa kerat manusia rakus sahaja. Contohnya, rumah atau bangunan untuk kegunaan wanita bagi setiap daerah; bagi Satu Malaysia sudah menelan berapa juta? Ini projek pembaziran dan tender dirakusi kroni menggunakan wang rakyat yang semakin hari semakin susah kerana ditarik subsidi ( RM 19 Billion untuk disalurkan kepada kroni kolongmerat ). Bahkan, ke mana perginya berbilion subsidi yang dipotong itu ? Siapa yang untung ? Rakyat marhein yang sengsara dengan tekanan ekonomi BN atau kuncu –kuncu suku sakat BN yang rakus itu?

Jika khazanah negara milik rakyat satu Malaysia ; iaitu emas hitam boleh diurus-tadbir tanpa akaun untuk diteliti oleh ahli parlimen . Apakah ianya tiada menjurus ke arah penyelewengan khazanah negara?; jika ianya kekeringan dek kerakusan projek mega kroni . Apakah BN tiada membawa kepada "Bankrup Negara " ?. Perlukah bangunan kembar warisan? Ini semua adalah pembaziran wang negara sepertimana Formula One!.BN jadikan satu Malaysia untuk korporat, dari korporat untuk korporat kerna korporat ; yakni : " Negara Korporat" serakah Qorun.

Negara insyaAllah tiada akan bankrup dek subsidi kepada rakyat jelata . Akan tetapi, kerakusan tadbir-urus kewangan negara boleh menjurus BN kepada BANKRUP NEGARA sebagaimana yang pernah dibayangi oleh Timbalan Menteri Kewangan.

Justeru itu, pengawasan khazanah dan sumber pendapatan negara bukannya boleh dikendalikan atas kepentingan politik-korporat; tetapi mestilah ditadbir-urus demi untuk kepentingan rakyat bukan sebagai habuan politik ; yang mana BN menjadi 'platform ' atau tapak untuk meraih keuntungan dan menjadi kaya raya di atas keperitan dan kesusahan rakyat dan golongan marhein yang merupakan kumpulan majoriti; terus menderita.

Eset negara yang bernilai RM320 Billion iatu, emas hitam yang diberikan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni dua negara yang merugikan rakyat satu Malaysia adalah antara pengkhianatan BN yang menjurus kepada Bankrup Negara ; ternyata bukanlah kerana subsidi kepada rakyat.Disusuli dengan tergadainya warisan negara iaitu Tanah KTM di Singapura kepada kroni Malaysia-Singapura.

Sejak harga minyak naik berkali –kali dalam setahun dan dewasa ini tarif elektrik ; pasti bebannya akan ditanggung oleh golongan marhein, miskin dan juga golongan sederhana . Kenaikan harga barang semuanya berpunca kepada politik minyak dan politik elektrik UBN yang melonjak tinggi melibatkan industri besar dan kecil dan kos pengangkutan tiada mampu dibendung oleh BN kerana BN adalah untuk kepentingan taukeh-taukeh, kolongmerat yang memerlukan sumber yang kukuh untuk membiayai politik umno di lapangan sekaligus untuk menstabilkan ekonomi suku sakat Umno ; selaku pemegang-pemegang saham.

Malaysia adalah negara yang kaya sebenarnya berbanding jiran Singapura yang tiada memiliki balak, minyak, kelapa sawit, getah dan sebagainya . Sepatutnya, dengan anugerah tuhan kekayaan yang melimpah ruah ini . Negara boleh membiayai kos pembelajaran anak-anak bangsa semua kaum satu Malaysia dengan pendidikan yang percuma ; daripada tadika sampailah ke menara gading!. Mengapakah perkara ini tiada pernah berlaku setelah lebih 50 tahun BN memerintah? Mana perginya kekayaan balak di Sabah dan Sarawak .?

Bagaimana taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak satu Malaysia yang daif seperti tahun 60an di semenanjung. Mana pergi kekayaan Minyak dan mengapa tiada sampai ke destinasinya ; yakni golongan marhein yang cukup menderita . Namun, golongan kolongmerat –penguasa kaya-raya membina istana dan hidup di dalam kemewehan di atas harta rakyat dan kesusahan rakyat.

Apakah negara tiada akan bankrup jika kerakusan- kekuasaan keqorunan-kefiraunan ini terus-menerus berlaku?. Baik di semenanjung maupun di Sabah dan Sarawak kerana masing-masing dibawah naungan BN. BN tiada boleh berubah lagi kerna sebarang tranformasi tidak boleh dijadikan perompak sebagai pengurus bank , penjenayah sebagai hakim dan perogol sebagai pembikin filem dan seumpamanya . Senario dan wajah Umno/Bn sudah penuh dengan kefasadan sepertimana mantan Presidennya sendiri pernah berkata Umno ini busuk sampai ke usus.Persis ! Umno/BN tiada boleh berubah lagi ibarat tongkang yang tunggu pecah atau pokok yang dimakan anai-anai yang bisa tumbang pada bila-bila masa insyaAllah pada PRU13 ini . Bahtera baru dengan agenda rakyat membangun negara berkebajikan seperti yang termaktub di dalam buku jingga paling kondusif sekali untuk Pakatan Rakyat menggantikan BN yang bisa membawa negara kepada Bankrup Negara ( BN )

Justeru itu, demi untuk menyelematkan satu Malaysia daripada BN ( Bankrup Negara ) pastikan mesej dan agenda rakyat Buku Jingga ini sampai kepada setiap elektorat kerna ianya bersifat 'Membangun Negara Berkebajikan" tanpa mengira kaum dan agama bukannya retorik 'Satu Malaysia' yang akhirnya menjadi " Satu Bumi" , Satu Melayu" yang bersifat lakunan , kewayangan UBN yang resah lemah dengan agenda rakyat Buku Jingga Pakatan!.

Bukankah Umno itu Melayu Tipu Melayu ! RM52Billion saham bumi habis lesap tanpa dikesan . Melayu tiada bisa bela Melayu kerna hanya Islam sahaja yang tidak menipu dan bisa bela semua kaum satu Malaysia : "Islam Untuk Semua" yang praktikal, realistik dan kondusif kepada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama yang diterima rakyat sekarang melalui Pakatan Rakyat sesuai dengan pakatan " Keadilan Untuk Semua" yang mematikan permainan percaturan perkauman-rasis Umno, MCA dan MIC yamng ditolak oleh rakyat sekarang kerna diri sebenar UBN sudah dikenali khalayak.

Oleh: Nash Ar-Rawy/31.05.11
( www.nasharrawy.blogspot.com )
(www.malaysiatimes.my )

Bodohnya nak sedekah kepada Syed Azidi - Husam

Posted: 02 Jun 2011 07:43 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.

Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.

Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.

Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Berikut kenyataan penuh Husam:.

"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.

"Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.

"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini.

"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.

"Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.

"Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

"Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."

Harakahdaily/-

Siti Zailah dinobat Ketua Muslimat

Posted: 02 Jun 2011 05:30 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 2 Jun: Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh.

Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi.

Bagi jawatan timbalan ketua pula dimenangi Dr. Siti Mariah Mahmud menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan.

Manakala jawatan naib ketua kekal dengan Mumtaz Md Nawi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap
1. Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
1. Siti Mariah Mahmud, Dr

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS

Posted: 02 Jun 2011 03:48 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 Jun: Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:

1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Dalam pertandingan 4 penjuru Timbalan ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh menang bergaya dengan 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandangnya Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi sahaja.

Manakala dua lagi pencabar Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat mengekor di belakang dengan undi sebanyak 193 dan 107 undi masing-masing.

Nik Abduh akan membantu ketua dewan itu Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.

Inkues kematian Sarbani akan diadakan

Posted: 02 Jun 2011 02:24 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Pihak polis mencadangkan supaya diadakan inkues bagi menyiasat kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed ketika disoalsiat Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

Peguam negara telah menyatakan persetujuannya, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, lapor The Star.

Pada 8 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membayangkan kemungkinan sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kematian itu.

Bagaimanapun, tambahnya, polis perlu menyelesaikan siasatan terlebih dahulu.

Mayat allahyarham, 56, ditemui dalam tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 SPRM Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala pada 6 April.

Beliau antara 62 pegawai kastam yang ditahan semasa operasi SPRM bersama enam agensi lain dalam Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan dalam kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lagi.

Malaysiakini/-

Pemuda buka tirai Muktamar Pas 2011

Posted: 02 Jun 2011 02:13 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Kira-kira 500 perwakilan, ahli jawatankuasa dan pemerhati menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia kali ke-52, dekat sini, semalam.

Dalam ucaptama Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan, mengingatkan kerajaan pemerintah sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) supaya membuka ruang demokrasi kepada generasi muda di negara ini.

"Dewan Pemuda Pas (DPP) memberi amaran kepada pemerintah supaya tidak menyalahguna kuasa yang diberi. Jika BN masih berdegil, mereka akan berdepan sekali lagi dengan kebangkitan anak muda yang sukar dibendung dalam operasi Bersih 02.

"Sementara itu, kerajaan PR perlu menunaikan manifesto pilihan raya yang lalu dengan penuh bertanggungjawab khususnya berkaitan dengan Negara Berkebajikan," katanya di Dewan Majlis Bandraya Shah Alam (MBSA).

Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Biro Ekonomi dan Bajet Palestine, Dr Jamal Thallab Nassar.

Nasrudin turut mengingatkan kerajaan di bawah pimpinan Pas di Kelantan dan Kedah untuk memperbaiki kepimpinan dan peka terhadap tuntutan rakyat.

Katanya, peningkatan pengundi muda menjelang PRU-13 menjadi isyarat awal kebangkitan anak muda dalam membawa perubahan sosial, ekonomi dan politik negara.

"Sejarah membuktikan anak muda telah menjana beberapa kebangkitan seperti kebangkitan mahasiswa era 70-an, 80-an dan reformasi akhir 90-an," katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu telus menyampaikan berita benar kerana golongan muda hari ini semakin peka dan celik dalam perkembangan dunia teknologi.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar lebih banyak ruang diberikan kepada golongan muda.

Katanya, generasi muda perlu menzahirkan penentangan terhadap agenda yang boleh merosakkan negara melalui medium media kreatif.

Sinar Harian/-

Nik Aziz tentang semua 'warna' sekularisme

Posted: 02 Jun 2011 02:00 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadikan penegasan menentang fahaman sekularisme sebagai inti penting dalam ucapan pemulanya dalam muktamar parti itu yang sedang berlangsung.

"Saya menyatakan perkara ini sebagai satu penegasan agar PAS mampu berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah.

"Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliah yang mesti ditolak," katanya ketika merasmikan pembukaan Dewan Muslimat di Shah Alam hari ini.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS walaupun sebuah parti Islam tetap bergabung bersama PKR dan DAP yang mempunyai perlembagaan parti yang sekular.

Gabungan itu bagaimanapun mengakui mengakui Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan.

Dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, perjuangan PAS berdasarkan kepercayaan bahawa semua perkara dalam dunia ini milik Allah dan ekoran itu perintah-Nya dalam Al-Quran dan Hadis mesti dituruti.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa, Umno antara pihak yang menentang perkara tersebut.

Katanya, parti itu hanya "menentang orang Melayu yang menolak Islam" dengan nama Umno.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dalam ucapannya sebelum itu mengingatkan anggota dewan itu mengambil iktibar daripada kekalahan mereka dalam pilihan raya Sarawak bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

Katanya, kegagalan mereka di kesemua lima kerusi yang ditandingi merupakan mesej dariapda tuhan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.

"Mana mungkin pengundi-pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya lapan ke sepuluh hari berkempen?" katanya.

Malaysiakini/-

718 awam terkorban serangan Nato

Posted: 02 Jun 2011 01:50 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Seramai 718 orang awam di Libya terkorban manakala 4,067 lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) bagi tempoh 10 minggu, menurut kenyataan jurucakap kerajaan, kelmarin.

"Sejak 19 Mac sehingga 26 Mei lalu, ratusan orang awam tidak berdosa telah terbunuh dan jumlah tersebut tidak termasuk pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi yang turut sama terkorban," menurut Mussa Ibrahim.

Beberapa jam selepas sidang media itu diadakan, sebanyak empat letupan kuat menggegarkan Tripoli dan serangan tersebut didakwa adalah yang paling besar dilancarkan Nato dalam tempoh lebih seminggu.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menyifatkan serangan bertalu-talu oleh Nato yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut seakan menjejaskan usaha beliau sebagai orang tengah untuk melaksanakan gencatan senjata di Libya.

Rundingan yang diadakan antara Zuma dan Gaddafi, Isnin lalu, menyaksikan pemimpin Libya itu akhirnya bersetuju dengan pelan damai yang dicadangkan Kesatuan Afrika (AU) tetapi ia ditolak oleh Nato dan kumpulan pemberontak di negara tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, semalam, Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen mengumumkan mereka memutuskan untuk melanjutkan operasi di Libya kepada 90 hari atau sehingga akhir September.

Rasmussen menyatakan kononnya Nato berazam mahu meneruskan misi utama mereka untuk melindungi rakyat Libya di negara bergolak itu.

Sinarharian/-

Semua jawatan ulama menang tanpa bertanding

Posted: 02 Jun 2011 01:40 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 mencatat sejarah apabila kesemua jawatan dalam dewan itu diumumkan menang tanpa bertanding.

Jawatan-jawatan yang diisytiharkan menang tanpa bertanding meliputi jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha 1,2 dan 3, Bendahari, AJK dan pemeriksa kira-kira bagi sessi 2011-2013.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama, Ustaz Hamdan Mohamad sekitar jam 9.00 pagi ini.

Dewan Ulama PAS Pusat mengadakan Muktamar Tahunan Ke-50 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar di sini, hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ucap utama disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama bagi mewakilo Ketuanya, Datuk Harun Taib yang turut hadir mengikutinya.

Pada sessi perbahasan ucap utama bermula jam 11.30 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamdan Mohamad, seramai 7 peserta telah mengambil bahagian.

Peserta terbabit terdiri daripada perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah, Kedah (Mohd Lutfi Ariffin), Perlis (Idris Yaakub), Johor (Ustaz Arif Salim Osman), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Ustaz Mohd Nazmi Kamaruddin), Perak (Muhammad Nuri Al-Amin Endut) dan Pahang (Ahmad Nazri).

Perbahasan ucap utama akan disambung jam 2.30 petang dengan dimulaikan perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor setelah muktmar berehat jam 1.00 tengahari.

Aziz Muda
Harakahdaily/-

Kepimpinan ulama perlu dalam Pas

Posted: 02 Jun 2011 01:30 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Kepimpinan ulama harus diteruskan dalam Pas bagi memastikan parti itu terus memperjuangkan Islam yang syumul," kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Katanya, ahli parti yang memahami tonggak perjuangan Pas seharusnya mengetahui presiden memerlukan golongan ulama sebagai timbalannya untuk mengukuhkan lagi kesepaduan parti.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada perwakilan untuk buat keputusan dan memilih kerana sesiapa sahaja yang menang tiada masalah bagi kepimpinan sebab mereka juga ahli Pas.

"Tapi kalau perwakilan faham, tradisi kepimpinan ulama itu harus diteruskan. Ikut amalan sesiapa pun boleh, tapi amalan biasa adalah kepimpinan ulama biarpun dalam perlembagaan parti tiada syarat begitu.

"Parti tidak mahu sejarah berulang apabila tugas presiden tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Yusof Rawa yang menggantikan Tan Sri Mohd Asri Muda," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Haron berkata, mana-mana pemimpin akan dipilih untuk jawatan nombor dua parti itu harus patuh kepada perlembagaan parti selain memperjuangkan dasar-dasar yang ditetapkan.

"Bagi saya tidak kisah siapa yang akan menang, tapi saya harap mereka yang menang nanti tahu dasar parti, pertahankan dasar itu dan seterusnya memperjuangkan dasar parti ini kerana parti mahukan seorang pemimpin yang boleh buat kerja," katanya.

Pemimpin veteran Pas, Subky Abdul Latif berkata, jawatan nombor dua parti harus diberi kepada pemimpin berlatar belakangkan kelulusan agama atau ulama.

"Kalau timbalan tiada kelebihan ini dan ditakdirkan presiden tiada macam mana? Pemangku presiden mesti mahir al-Quran dan hadis sebab bila ada soal yang membabitkan hukum Islam dia boleh jawab," katanya.

Namun jelas bekas Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan ini, secara konvensional dasar kepimpinan ulama yang menjadi tradisi parti itu harus diteruskan.

Bagaimanapun, Subky berkata, untuk jawatan naib presiden mana-mana golongan baik ulama atau profesional dibolehkan.

"Sebab itu dalam Pas ini presiden, timbalan presiden dan naib presiden sangat penting sebab rakyat melihat apa yang berlaku dalam parti. Kalau seorang itu ustaz dia mesti ustaz yang berwibawa dan kalau dia seorang pemimpin dia mesti boleh diterima semua lapisan masyarakat," katanya.

Katanya, sesiapa yang menang untuk jawatan timbalan presiden mestilah orang yang boleh menggantikan presiden jika berlaku kekosongan.

"Penggantinya mesti hebat atau lebih hebat daripada presiden sebelum ini dan dalam Pas ada calon-calon yang yang layak, tapi mereka tidak ke depan," katanya.

Pemilihan Muktamar Pas ke-57 ini memperlihatkan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti, iaitu antara penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Pas, Mohamad Sabu.

Pada pemilihan kali ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden yang disandang sejak 2002 tanpa tanding.

Bagi jawatan naib presiden, selain dua penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, empat pemimpin lain yang turut bertanding adalah Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Sinar Harian/-

650 pewakilan tentukan pimpinan pemuda

Posted: 02 Jun 2011 01:21 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 Jun: Seramai 650 pewakilan dari seluruh negeri yang menjadi perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 52 ini bakal menentukan kepimpinannya sesi 2011-2013.

Mereka bakal menentukan siapa akan menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Timbalan Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan dua Pemeriksa Kira-kira.

Mereka mula membuang undi jam 10.00 pagi tadi. Keputusan pemilihan dijangka akan diumumkan malam ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang menang tanpa bertanding, Ustaz Nasrudin Hassan menyatakan pemilihan jawatankuasa kerja kali ini adalah sangat sengit dan sukar untuk menentukan siapa yang akan memenangi kerusi tersebut.

Ditanya mengenai ciri-ciri yang menjadi autoriti kepada calon pemilihan tersebut, beliau menyatakan bahawa pemilihan mungkin dilihat dari dua aspek iaitu aspek glamor dan juga cara berkerja yang dilakukan oleh calon selama dua tahun sebelum ini.

Bercakap pada masa yang sama, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairil Faizi Ahmad Kamil melahirkan kegembiraan terhadap kelangsungan muktamar dewan pemuda kali ini.

"Ini kali pertama kita bermuktamar dengan perwakilan terus dari kawasan dan kita memastikan pewakilan yang datang menghampiri 700 ahli serta layak mengundi untuk pemilihan pada kali ini," jelas beliau sewaktu berucap di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam.

Beliau juga calon dalam merebut jawantankuasa dewan pemuda PAS kali ini juga menyerah kepada pewakilan untuk menentukan pemilihan yang dirasakan sesuai.

Afiq Hizami, Pelatih UKM
Harakahdaily/-

PAS harapan rakyat

Posted: 02 Jun 2011 01:20 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat yang muttaqin.

Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-57 yang berlangsung di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar 3-5 Jun ini amat di nanti-nantikan oleh rakyat yang menyokong PAS, dan juga pendokong aspirasi Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Rakyat ingin melihat, siapakah yang bakal dipilih perwakilan untuk menerajui PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Rakyat ingin mengetahui sejauhmana PAS bersedia menggalas harapan rakyat untuk menggantikan Umno sebagai sebuah kerajaan bersama Pakatan Rakyat.

Dalam Muktamar ini juga, rakyat ingin mengetahui apakah agenda yang ditawarkan PAS kepada rakyat Malaysia, yang boleh disandarkan bagi membuktikan kesungguhan PAS untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sebagai sebuah parti Islam yang terbesar, berpengalaman luas dan semakin bertapak dalam negara, PAS harus tampil sebagai parti terulung yang menyelamatkan negara daripada kedurjanaan Umno-Barisan Nasional.

Pemimpin dan perwakilan PAS dari seluruh negara, harus membuka minda mereka seluas-luasnya dan harus memuhasabah diri, memikirkan apakah ciri-ciri yang melayakkan mereka menjadi penyumbang kepada peneraju perubahan dalam negara.

Sesungguhnya keberadaan PAS dalam negara ini, bukan untuk menjadi parti yang menumpang arus yang diciptakan oleh rakan seperjuangan, tetapi sudah sampai masanya PAS menjadi pemain utama yang mencipta arus rakyat.

Untuk itu, kepimpinan dan seluruh ahli PAS harus berganding bahu, bukan sahaja membentuk jati diri mereka sebagai muslim yang komited dengan sahsiah yang unggul, malah harus mempunyai elemen-elemen yang dikagumi rakyat keseluruhannya.

PAS wujud untuk memartabatkan Islam, memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, bukan untuk dalam kalangan PAS sahaja, tetapi ianya untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dalam menghadapi pemilihan kali ini, seluruh perwakilan harus meletakkan keutamaan menyediakan PAS, untuk terus memainkan peranan utama dalam pentas politik negara bersama Pakatan Rakyat.

PAS harus semakin memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti KeADILan dan DAP. PAS harus ke hadapan dalam menjalim hubungan dengan NGO, khususnya dari kalangan bukan Melayu, bukan Islam.

Untuk mendepani cabaran ini, untuk meletakkan PAS terus unggul di persada politik negara, PAS harus membentuk agenda perjuangannya sesuai dengan aspirasi rakyat.

Agenda yang menepati kehendak atau aspirasi rakyat adalah suatu agenda yang meletakkan keutamaan memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dengan adil dan saksama tanpa memilih warna kulit, kaum mahu pun agama.

Rakyat mahu melihat terus melihat bagaimana kerajaan negeri yang diterajui PAS di Kelantan, sepenggal di Terengganu dan kini di Kedah, mengamalkan dasar negara berkebajikan mengikut kehendak Islam.

Keadilan Islam yang diterajui perjuangannya menerusi PAS harus dilaksanakan, ditawar dengan sebaik-baiknya agar seluruh rakyat Malaysia memahaminya.

Apabila rakyat sudah faham dan menikmati kebaikan dan kebajikan berasaskan Islam, sekali gus sebarang persepsi buruk terhadap Islam itu sendiri akan dapat dihapuskan.

Dengan penghapusan jurang ini, ia semakin mendekatkan PAS dengan rakyat. Perjuangan PAS adalah untuk semua. Untuk memperjuangan hak semua rakyat pemimpin PAS harus dekat dihati rakyat.

Maka perwakilan Muktamar PAS kali ini mempunyai peranan yang amat besar. Iaitu memilih pucuk pimpinan dan menetapkan agenda yang mampu memartabatkan PAS ke tahap yang lebih unggul.

Moga-moga perjuangan Islam yang dibawa PAS akan diterima dan diiktiraf, serta meletakkannya sebagai peneraju unggul dalam Kerajaan Pusat bersama Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

Selamat bermuktamar!

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 02 Jun 2011 09:17 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 02 Jun 2011 03:58 AM PDT

Thursday, June 2, 2011

Memalukan: Sahfri Aziz Tidak Layak Menjadi Exco Kerana Tergamak "Bakar Api Perkauman" Dalam Demontrasi Isu Lynas Di Kuantan Baru-Baru Ini !

KUANTAN, 2 Jun - Orang ramai di sekitar bandar ini kesal dan kecewa dengan tingkah laku seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang yang dipercayai menjadi"mastermind" yang membawa "budaya samseng"kepada penyokong UMNO untuk timbulkan kekecohan melampau dalam himpunan Lynas di Teluk Chempedak baru-baru ini. Exco yang dimaksudkan ialah Dato' Hj.Mohamad Sahfri Ab Aziz (foto) yang memegangportfolio Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ibam,dipercayai menjadi "ketua dalam gerakan untuk mengapi-apikan penyokong kerajaan supaya melakukan kekecohan dan menyerang" semua pihak yang dipercayai kumpulan membantah Lynas. Malah beliau juga didapati telah menyampaikan ucapan berbaur perkauman yang mengajak pihak berkenaan menganyang pihak yang mengadakan demontrasi aman membantah Lynas. Isu perkauman dimainkan, kononnya Lynas hanya diperjuangkan oleh orang-orang Cina sahaja. Sebaliknya merasakan orang Melayu tidak bersama dalam bantahan berkenaan. Padahal, beliau harus tahu bahawa jika berlaku sebarang malapetaka akibat kilang Lynas maka yang akan mendapat risikonnya bukanlah orang Cina tetapi kepada semua rakyat berbilang bangsa. Soalnya, kenapa orang Cina lebih "advanced" dalam hal-hal kesihatan seperti ini. Semuanya kerana akhbar dan media pengampu UMNO yang berbahasa Melayu gagal memainkan peranan untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya radiaoaktif.


Aksi Si Safri Aziz, Exco Pahang yang telah lari dari tugas beliau sebenarnya
di sisi kiri Zaili Besar (ADUN Panching), sisi kanan Tok Sam (Setpol MB)

[Sebaliknya akhbar berbahasa Cina dilihat lebih terkehadapan dalam memaparkan berita, aktiviti dan segala maklumat yang berkaitan.Lantaran itulah kita tidak hairan mereka lebih faham dan sedang akan tanggungjawab sosial seperti ini. Tindakan Si Sahfri Aziz membuat provokasi supaya penyokong UMNO menganyang "kaum Cina" yang kononnya cuba membuat onar dalam isu ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Tambahan pula exco terbabit adalah bertanggungjawab terhadap "perpaduan" antara sesama kaum di negeri ini. Malahan juga tindakan mengumpul "NGO belia" untuk sama-sama hadir pada hari itu jelas sekali menunjukkan beliau telah menyalahgunakan kuasanya. Apakah motif para belia diajar supaya bertindak "samseng" seperti ini?. Sedangkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir sepatutnya mengajak manusia ke arah kebaikan dan bukannya ajar mereka kepada kekerasan yang akan menimbulkan perbalahan kaum di negeri ini. Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang layak untuk bergelar Exco agaknya].

PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Jun 2011 09:15 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Dakwa punca rezeki disekat

Posted: 02 Jun 2011 08:39 PM PDT



Dakwa punca rezeki disekat
Sinar Harian 3 Jun 2011

PORT DICKSON – Hampir 70 Ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Port Dickson yang berpangkalan di Pengkalan Nelayan Port Dickson mengadakan bantahan terhadap Projek Pembangunan Gerbang Maritim Antarabangsa, semalam.

Projek yang didakwa bakal dibangunkan di kawasan pengkalan nelayan itu mengecewakan nelayan kerana merasakan punca rezeki mereka cuba disekat dan diganggu.

Bantahan itu berlangsung secara aman di Pengkalan Nelayan Port Dickson bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira satu jam kemudian.

Nelayan, Kasim Kitan, 54, berkata, jika projek itu dilakukan, pendapatan hariannya bakal terjejas, malah sebelum ini tiada sebarang pemberitahuan daripada pihak bertanggungjawab berkenaan pembinaan tersebut.

Menurutnya, mereka tidak pernah menolak sebarang pembangunan kerajaan, namun projek kali ini seperti membelakangkan mereka.

"Kehidupan kami semua bergantung kepada hasil laut dan jika projek ini diteruskan sumber ekonomi kami akan terjejas," katanya.

Kasim yang menjadi nelayan sejak 35 tahun lalu berkata, mereka tidak akan membantah apabila diarahkan berpindah dengan syarat pengkalan nelayan baru perlu disediakan dengan kemudahan lengkap.

Manakala, Kamaruzamal Adam, 53, berkata, sejak berpuluh tahun lalu, pengkalan nelayan itu tidak pernah menerima sebarang pembangunan dan tiba-tiba ia seperti ingin dilenyapkan secara perlahan-lahan.

"Memang tidak semua nelayan di sini bekerja sepenuh masa sebagai nelayan dan ada yang hanya menjadikan ia sebagai hobi tetapi golongan ini perlu dibela dan tidak perlu ditindas seperti ini.

"Sekarang ini, pagar zink didirikan di sekitar kawasan pengkalan nelayan sekali gus membuka ruang kepada penjenayah mencuri bot dan sebagainya kerana terlindung," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sembilan, Abu Bakar Dawam berkata, pihak yang bertanggungjawab ke atas punca masalah itu perlu mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan semua pihak terlibat terutamanya nelayan agar perkara ini jelas dan boleh membela nasib mereka.

Menurutnya, sebelum ini, sudah beberapa kali perbincangan dilakukan tetapi hanya sebelah pihak sahaja dan jawapan yang diberikan berkenaan projek berkenaan serta nelayan tidak tetap selain sering berubah-ubah.

"Nelayan sering menjadi mangsa penipuan pihak ingin mengaut keuntungan dan diharap kali ini bakal ada jalan penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengkalan nelayan itu sudah beroperasi sejak sebelum merdeka lagi dan menjadi sebahagian punca rezeki penduduk di sini.

Sementara itu, PNK Port Dickson turut membuat laporan polis berkenaan pembinaan pagar zink berkenaan yang mula didirikan sejak 26 Mei lalu selain satu lagi laporan bagi menafikan pihaknya membuat contengan perkataan 'satu lagi projek untuk menghalau nelayan (syabas)' di pagar zink berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9155400.asp

Perkhidmatan bas masih teruk

Posted: 02 Jun 2011 02:48 AM PDT

Perkhidmatan bas masih teruk
Sinar Harian 2 Jun 2011

KUALA KLAWANG - Masalah pengangkutan di Daerah Jelebu masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya meskipun pelbagai rungutan dan aduan dibuat.

Tinjauan mendapati, suasana sekitar tempat perhentian bas di Pekan Kuala Klawang lengang dan tidak banyak pengangkutan awam terbabit ditemui.

Difahamkan, perkhidmatan bas disediakan untuk penduduk di pekan ini selang dua jam sekali dari Pekan Kuala Klawang ke Seremban sahaja.

Manakala, perkhidmatan bas ke kawasan dalam daerah Jelebu tidak disediakan melainkan dari pekan ke Titi.

Perkhidmatan bas dari Pekan Kuala Klawang ke Titi disediakan kerana kawasan berkenaan menjadi tumpuan penuntut Kolej Komuniti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang.

Sehubungan itu, syarikat bas bersedia menawarkan perkhidmatan bas memandangkan terdapat penumpang tetap di kawasan terbabit setiap hari.

Suri rumah, Fatimah Anum Muhammad, yang berasal dari Kampung Simpang Durian berkata, dia sekeluarga menghadapi masalah pengangkutan setiap kali pulang ke kampung halaman kerana tiada perkhidmatan bas dari Pekan Kuala Klawang ke Simpang Durian disediakan kecuali teksi.

Menurutnya, teksi sering mengenakan caj yang tinggi hingga mencecah RM50 dan masalah ini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu.

"Sebelum ini, saya kerap pulang ke kampung halaman, namun sejak menghadapi masalah pengangkutan, saya hanya balik dua bulan sekali.

"Saya kesal dengan tindakan sesetengah pemandu teksi yang mengambil kesempatan dengan mengenakan cas yang tinggi kepada penumpang," katanya yang kini menetap di Flat Sri Penang, Bangsar.

Fatimah Anum berkata, pemandu teksi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 dari Pekan Kuala Klawang ke Simpang Durian.

Menurutnya, harga berkenaan tidak setimpal dan sekiranya harga yang dikenakan hanya RM30 mungkin munasabah.

"Caj perkhidmatan teksi untuk sekitar Kuala Klawang juga mahal. Setiap penumpang dikenakan bayaran RM10 satu kepala bukan untuk satu teksi," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan juga mendapati keadaan stesen bas berkenaan semakin uzur dengan tar jalannya pecah dan berlopak.

Selain itu, caj yang dikenakan ke atas tandas awam juga agak mahal iaitu 30 sen, namun kebersihan tidak begitu memuaskan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9152043.asp

PAS LENGGONG

Posted: 02 Jun 2011 07:18 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 02 Jun 2011 04:15 PM PDT

Parlimen Belia

Posted: 02 Jun 2011 04:14 PM PDT

Pembodohan ke atas belia oleh umno-bn

Muktamar Pemuda PAS

Posted: 02 Jun 2011 04:13 PM PDT

Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS
Harakahdaily
SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.

Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Rasionalisasi- ialah kenaikan harga

Posted: 01 Jun 2011 08:03 PM PDT

Harga gula naik
Tariff lektrik naik
sekarang ada TV hijrah nampak gaya nanti astro juga akan naik.
GST ada pada bil astro
semua menanti untuk PRU13
semua itu hidangan untuk memperbodohkan rakyat.
ada ramai rakyat yang menjadi pak anggok dengan kata tak membebankan.
Restorent kata tak membebankan dan boleh keluar suara dalam TV.

Penganalisis Politik Kangkong.

Posted: 01 Jun 2011 07:50 PM PDT

TV9 semalam menjemput sorang penganalisis politik untuk berbicara pasal kepimpinan PAS dan haluan negara. TV9 tak memanggil penganalisis yang bebas dan memperlihat diri dengan benar-benar bebas.
Kalau penganalisis seperti Dr Hasbullah atau Dr Aziz Barri sudah tentu tiada TV yang berani panggil kerana mereka ini mulutnya terlalu celupar dan bebas. Dibimbangi mereka akan memberi penganalisaan yang ikhlas dan telus jadi tak perlu panggil penganalisis seperti ini.
Jadi dipanggillah pengalalisis yang tidak diketahui kecondongan politiknya. Tetapi Rakyat yang ramai cepat meneka dan cepat faham dalam bahasa dan gaya laku seseorang.
Kalau demonstrasi yang dilakukan oleh PR tentu ramai polis yang berkawal. Kalau demonstrasi BN tiada polis dan jauh sekali dengan water canont. jadi rakyat faham. Belia yang datang tak sampai angka seratus ribu tapi gahnya 1juta. Semuanya pembohongan.
Jadi balik kepada penganalisa tadi cepat difahami siapa dia. mudah sahaja di dadanya terselit 1malaysia. Orang yang bebas tidak akan memakai itu. Tapi kangkong atau monyet yang melompat menunjukkan cerdik menunjukkan kebodohan sendiri.
Orang yang menghina ilmu kerana kepentingan diri sendiri sememangnya hina.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 02 Jun 2011 07:09 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Kerajaan Terengganu Biayai 33,880 Sejadah Dengan Kos RM999,460

Posted: 02 Jun 2011 09:15 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta.

Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu.

(Gambar - Sejadah dikatakan disimpan di Stadium Tertutup Gong Badak)

Hal tersebut, didedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undnagan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Soalan asalnya, berapa banyakkah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang dibeli oleh kerajaan negeri dan sila nyatakan syarikat pembekalnya serta berapakah kos pembiayaan yang ditanggung kerajaan negeri Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, pihak kerajaan menjelaskan jumlah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli oleh kerajaan negeri ialah 33,880 unit.

Manakala, syarikat yang membekalkan sejadah tersebut adalah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di No.33, Aked MARA, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460.00.

Kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa sejadah tersebut masih lagi disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh negeri ini.

Sementara itu, Ustaz Wan Hassan melahirkan rasa dukacita kerana jumlah sejadah yang banyak telah dibeli tetapi tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau.

Bahkan, beliau turut sangsi dengan jawapan tersebut kerana hampir keseluruhan masjid-masjid yang terdapat di Terengganu telah berkarpet.

"Kita (PAS) rasa dukacita kenapa sejadah yang telah dibeli begitu banyak tetapi tidak diagihkan lagi ke masjid-masjid atau surau di seluruh negeri ini.

"Saya rasa sangsi dengan jumlah sejadah yang banyak dengan kos hampir RM1 juta dibelanjakan oleh kerajaan.

Hampir semua masjid di Terengganu dipasang dengan karpet yang tidak lagi menggunakan sejadah," ujarnya.

sumber : BuletinOnline.com

Khalid Samad

Posted: 02 Jun 2011 07:07 PM PDT

Khalid Samad


Petisyen Membantah Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7 Shah Alam

Posted: 02 Jun 2011 05:44 AM PDT

01 Jun 2011
Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid bin Ibrahim
Dato` Menteri Besar Selangor
Pejabat Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Y.A.B. Tan Sri Dato',

Petisyen Membantah Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7 Shah Alam

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kami yang bertandatangan di bawah, selaku penduduk Shah Alam, ingin membantah cadangan pihak MBSA untuk membenarkan Konsert MTV World Stage diadakan di I-City. Bantahan kami adalah atas sebab :-

2.1. I-City merupakan pusat ilmu ( IT) dan bukan pusat hiburan.

2.2. Penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas bagi penduduk Shah Alam, terutamanya penduduk Seksyen 7.

2.3. Penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City akan mengganggu ketenteraman awam dengan berlakunya kebisingan khususnya bagi penduduk Seksyen 7.

2.4. Shah Alam adalah Bandar Raya ilmu dengan terdapatnya UniSel, UiTM, MSU dan PTPL dan kewujudan tapak konsert adalah bercanggah dengan wawasan Bandar Raya ini.

2.5. Pelajar-pelajar IPT yang ramainya di Shah Alam akan terdedah kepada budaya lepak dan berpesta yang tidak akan membantu kemajuan diri mereka.

3. Dengan itu, kami yang bertandatangan di bawah menuntut supaya konsert tersebut tidak diadakan di I-City dan sekiranya ingin diteruskan ianya dianjurkan di kawasan seperti Stadium Bukit Jalil yang jauh dari kawasan perumahan dan lengkap dengan kemudahan parkir kereta yang mencukupi.

TANDATANGAN PETISYEN MEMBANTAH KONSERT MTV WORLD STAGE DI I-CITY SEKSYEN 7 SHAH ALAM SECARA ONLINE DI PETISYEN.COM

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 02 Jun 2011 07:01 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Najib wajar bantu siasatan di Perancis

Posted: 02 Jun 2011 04:41 PM PDT

Apa pandangan anda sekiranya seorang Perdana Menteri dikaitkan dengan skandal? Sekiranya tidak benar kita bernasib baik..... Bagaimana sekiranya ianya ada bukti? Bagaimana nasib negara?

Kita bukan sahaja perlu seorang PM yang bersih.... tetapi juga kelihatan bersih.
___________________________________
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene. Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas perbicaraan terbuka di negara itu berhubung pemberian komisen berjumlah 114.96 juta Euro dalam pembelian dua kapal perang berkenaan. Menurutnya, Najib adalah individu yang lebih berwibawa untuk membantu siasatan berbanding Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau adalah penyandang jawatan itu semasa urusniaga pembelian Scorpene dilakukan pada 2002. "Zahid berkata beliau sanggup untuk pergi, tetapi meletakkan pra-syarat iaitu hanya selepas mendapat persetujuan kabinet. Sebenarnya tidak timbul setuju atau tidak. "Kes ini tidak terlalu sukar daripada yang sepatutnya. Sekiranya kerajaan telus, mana-mana individu yang rasuah wajib didakwa," kata Shamsul.

Mengulas perspektif undang-undang Shamsul berkata, kenyataan Ahli Parlimen atau jawapan Menteri di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah di Malaysia. "Ada pengakuan oleh Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa bayaran telah dibayar kepada syarikat Perimekar dalam bentuk komisen. Ini tidak termasuk ratusan juta ringgit yang dibayar berikutan pembelian peralatan ketenteraan lain seperti Eurokopter," jelas Shamsul.

Persoalannya, kata Shamsul apakah sebarang kenyataan Ahli Parlimen dan Menteri di dalam Parlimen Malaysia turut terpakai kepada mahkamah di negara lain?
Perbicaraan di mahkamah Perancis yang bermula Julai ini akan merungkai persoalan dan mencari pihak terakhir penerima rasuah berjumlah 114.96 juta Euro, iaitu komisen dari pembelian kapal selam pertama negara.

Mengulas isu yang sama, Shamsul mempertikaikan kaedah pembelian senjata melalui orang tengah, seperti dilakukan oleh Perimekar, anak syarikat Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda bekas penasihat strategik Najib yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri. "Apakah wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian senjata, dan mengapa kerajaan perlu membayar lebih?" soal Shamsul.

Pada 8 November 2008, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada Parlimen bahawa (in terms of the value of commission) pembelian kapal selam ini merupakan antara yang paling tinggi di dunia. Justeru Shamsul mempersoalkan, komisen berjumlah hampir RM 500 juta adalah tidak munasabah, bahkan wang tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung subsidi kepada rakyat.

"Seharusnya, pembelian peralatan ketenteraan adalah secara 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan), kerana urusniaga pembelian senjata membabitkan maklumat sulit keselamatan negara," kata Shamsul.
Justeru, beliau menegaskan adalah tidak memadai sekiranya Menteri Pertahanan sekarang, iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dipanggil membantu siasatan. "Kehadiran Najib sendiri ke mahkamah Perancis akan melengkapkan 'jaringan yang terputus' (missing link) dalam penyiasatan rasuah pembelian kapal selam Scorpene," ujarnya.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Jun 2011 03:35 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ASTAGFIRULLAH ! INILAH MENATANG PENYEBAB TARIF LETRIK NAIK !

Posted: 02 Jun 2011 01:28 AM PDT


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tertarik dengan keunikan replika bangunan berlian Suruhanjaya Tenaga selepas merasmikan bangunan itu di sini, hari ini. - BERNAMA
May 31, 2011 4:49 pm

APAKE JADAH BELI BERIBU SEJADAH !

Posted: 02 Jun 2011 12:51 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta.

Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu.

Hal tersebut, didedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Soalan asalnya, berapa banyakkah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang dibeli oleh kerajaan negeri dan sila nyatakan syarikat pembekalnya serta berapakah kos pembiayaan yang ditanggung kerajaan negeri Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, pihak kerajaan menjelaskan jumlah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli oleh kerajaan negeri ialah 33,880 unit.

Manakala, syarikat yang membekalkan sejadah tersebut adalah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di No.33, Aked MARA, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460.00.

Kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa sejadah tersebut masih lagi disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh negeri ini.

Sementara itu, Ustaz Wan Hassan melahirkan rasa dukacita kerana jumlah sejadah yang banyak telah dibeli tetapi tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau.

Bahkan, beliau turut sangsi dengan jawapan tersebut kerana hampir keseluruhan masjid-masjid yang terdapat di Terengganu telah berkarpet.

"Kita (PAS) rasa dukacita kenapa sejadah yang telah dibeli begitu banyak tetapi tidak diagihkan lagi ke masjid-masjid atau surau di seluruh negeri ini.

"Saya rasa sangsi dengan jumlah sejadah yang banyak dengan kos hampir RM1 juta dibelanjakan oleh kerajaan. Hampir semua masjid di Terengganu dipasang dengan karpet yang tidak lagi menggunakan sejadah," ujarnya.

UCAPAN YANG MENGGEGARKAN HINGGA PUTRAJAYA

Posted: 01 Jun 2011 08:21 PM PDT



SHAH ALAM - Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh anak muda di negara ini bangkit dalam pilihan raya umum akan datang untuk menumbangkan BN.

Bercakap menyampaikan ucapan dasar malam ini, ketuanya Nasrudin Hassan berkata, BN sudah tidak boleh lagi dibiarkan merosakkan negara ini.

"Slogan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka.

"Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Milenium ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

"Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan "Sudah sampai masanya BN ditumbangkan," katanya.

Mengemukakan beberapa sebab kenapa BN wajib ditumbangkan, beliau berkata BN telah terbukti gagal mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga rakyat dimangsakan untuk menambah wang negara.

Ianya terbukti apabila beberapa pengumuman baru dibuat kerajaan termasuk menaikkan harga barang keperluan seperti petrol, gula dan terbaru tarif elektrik.

Akibat kegagalan pengurusan ekonomi itu juga, kerajaan semakin terdesak sehingga "memecah tabung rakyat" dan mengugut rakyat membayar saman ekor.

"Sebaliknya apa yang jelas, usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik",tambahnya lagi.

Antara sebab lain pula, BN perlu ditumbangkan kerana menyekat demokrasi, berleluasanya penyelewengan, dan melakukan kezaliman atas nama undang-undang untuk kepentingan politik mereka.

"Kita menentang Umno bukan kerana kelemahan peribadi yang ada dalam Umno, tetapi kegagalan Umno untuk menyempurnakan amanah Allah,"katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh anak muda turun 9 Julai ini dalam himpunan Bersih 2, bagi menunjukkan signal 'anak muda menolak BN'.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-52 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dirasmikan malam ini oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Muktamar penuh akan berlangsung esok termasuk pengundian untuk perwakilan memilih barisan kepimpinan dewan itu untuk sesi 2011-2013.

Posted in: Ustaz Nasruddin Hassan

ALHAMDULILLAH! ROH ISLAM BERKEMBANG SERTA MENDAPAT SOKONGAN DAN PENGIKTIRAFAN

Posted: 01 Jun 2011 05:43 PM PDT


Rabu 1 Jun 2011 Gambar Artis, Ahli Sukan, Pendakwah terkenal dirai oleh PAS, Misbun Sidek bakal jadi kejutan

Inilah kejutan kedua yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia setelah yang pertama di himpunan 30K yang membawa masuk Bob Lokman. kali ini lebih ramai seperti Chairil Anwar bekas penyerang Hoki Kebangsaan, Ustaz Azhar Idrus pendakwah bebas terkenal tanahair, Radhi Mat Din bekas penyerang bola sepak negara dan malangnya Misbun Sidek tidak dapat hadhir last minit untuk menaikan rating kejutan kedua ini. Selain mereka, anugerah tokoh anak muda juga diberi kpd ialah Dr Abdul Basit Abd Rahman dan Bob Lokman

POLIS STORY MORY? MACAM ADA MISTERI

Posted: 01 Jun 2011 03:40 PM PDT

Apa dah jadi ? Kebetulan ? Polis tangkap budak 19 tahun di Trengganu (negeri diperintah BN) kerana mengeluarkan perkataan 'BODOH' kepada polis yang sedang bertugas.
Pastu 2 orang Polis ditampar sekaligus oleh seorang ibu yang gopoh mungkin nak cover anak yang ditahan polis di Johor (negeri diperintah BN).
Kes Polis TERTEMBAK remaja dan kes lama yang belum selesai tertembak mati budak Melayu di Shah Alam.(Semuanya kebanyakan adalah orang Melayu yang tidak dipedulikan PERKASA)
Semuanya kes terkini dan kalau yang lepas banyak lagi.
Apa pengajaran yang pihak Polis dan KDN yang beragama Islam perolehi dari kejadian ini?
Ingatlah langit tak selalu cerah!
Bayangkan (bukan nak menghina manamana pihak) polis dikata bodoh kena tindakan mahkamah manakala kes seorang wanita yang dikelar budak berumur 11 tahun di Shah Alam tidak ambil sebarang tindakan undang-undang. Mana lebih hebat?
Polis masih diminta menjelaskan tuduhan keatas kematian pegawai Imegresen Allahyarham Sarbani yang pada mulanya dituduh bunuh diri. Apa dah jadi ? ikutlah undang-undang!
Anggota polis yang terlibat kehilangan bukti berkilo dadah di Rompin hanya dikenakan tindakan tatatertib. Kalau orang biasa kena tak sampai suku kilo dan boleh dihukum mati kalau sabit kesalahan tapi polis hanya tindakan tatatertib.
Kehilangan dadah barang bukti di balai polis Johor Bahru juga memelikkan sehinggakan wartawan yang membuat liputan dikejar dan dipersalahkan. Apa dah jadi ?

PAS Bandar Seri Putra

Posted: 02 Jun 2011 03:20 PM PDT

PAS Bandar Seri Putra


Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda Pas

Posted: 02 Jun 2011 09:32 AM PDT


Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS
Harakahdaily
SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.
Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.
Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:

1) Ustaz Riduan Mohd Noor

2) Khairul Faizi Ahmad Kamil

3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah

4) Adram Musa

5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad

6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari

7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi

8) Ustaz Nazri Chik

9) Ustaz Yusni Mat Piah

10) Mohd Sany Hamzan

11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri

12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Jun 2011 03:05 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Tahniah kepimpinan baru Pemuda Pas Pusat

Posted: 02 Jun 2011 09:52 AM PDT

Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS
Harakahdaily
SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.

Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Fatwa tegah bina tugu 1Malaysia

Posted: 02 Jun 2011 03:13 AM PDT


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu "1Malaysia" adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

NONEMenurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.

NONEKeputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.

Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.

Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.

PENDAKWAH, ARTIS, AHLI SUKAN & AHLI AKADEMIK DIRAI SEMASA MUKTAMAR PEMUDA PAS

Posted: 01 Jun 2011 06:21 PM PDT


Misbun Sidek mohon maaf kerana tidak dapat hadir di saat akhir atas.

JOM PAKAT TANYA SOALAN KAT KJ 11 PAGI NIE

Posted: 01 Jun 2011 06:07 PM PDT

Selepas Segmen Question Time edisi pertama bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Yahoo Malaysia akan menampilkan Ketua Pemuda UMCO, Khairy Jamaluddin dalam segmen itu. Menurut Yahoo, KJ akan muncul dalam segmen itu pada 2 Jun (Khamis) bermula pukul 11 pagi. Seperti sebelumnya, pengguna  diminta mengirimkan soalan dan soalan yang terpilih akan dijawab oleh KJ. Yahoo juga meminta pengguna tidak melontar soalan yang berupa serangan peribadi kepada KJ.

P/s: Sudah bersedia dengan soalan cepu emas untuk KJ?

PEMUDA PAS, AMK & DAPSY MERUPAKAN HUBUNGAN TAHAALUF

Posted: 01 Jun 2011 05:48 PM PDT

SHAH ALAM, 1 Jun – Pemuda PAS menolak tanggapan sesetengah pihak khususnya parti lawannya bahawa kerjasama sayap itu dengan pergerakan muda dari PKR dan DAP tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip-prinsip syarie.


Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, ada pihak mempertikaikan hubungan "kita dengan AMK dan DAPSY sebagai tidak Islamik dan kononnya menggadai prinsip perjuangan asal kita."

"Suka saya tegaskan di sini bahawa kita tidak pernah merubah dasar dan prinsip perjuangan dan hubungan kita dengan AMK dan DAPSY adalah hubungan tahaaluf yang diluluskan oleh syarak, maka tidak timbul soal tidak syarie atau tidak Islamik," kata beliau dalam ucapan dasarnnya pada muktamar sayap itu hari ini.

Nasrudin menambah, malah pemuda mesti terus 'enggage' dengan semua golongan dan lapisan masyarakat, turun dan mara sebagai "duta penyelamat dan kasih sayang."

"Menyantuni dan menyertai kehidupan harian mereka dengan membawa semangat Orang Muda Geng Kita. Terutama hubungan kita dengan rakan tahaaluf iaitu Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY.

"Pastikan hubungan ini terus erat dan bersama menjana kemenangan demi kepentingan negara dan rakyat," kata beliau pada muktamar sayap itu yang dirasmikan di Shah Alam.
Teks ucapannya diedarkan kepada media malam ini.
Sehubungan itu soal beliau, bukankah Islam mengajar "kita menentang kezaliman seperti ISA, selain menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan seperti apa yang berlaku kepada SPR, badan kehakiman, polis dan FRU?"
Tambah beliau, "bukankah Islam mengajar kita menentang segala pembaziran seperti projek mega yang tidak menguntungkan rakyat, agihan saham hanya berlegar dikalangan kroni dan sebagainya?"

Justeru tambah beliau, Pemuda PAS bersepakat dalam perkara ini dengan AMK dan DAPSY, lalu bekerjasama, "maka di manakah yang tidak Islamik dalam perkara ini?"

"Saya harap kita tidak keliru lagi dan saya juga sebagai anggota Majlis Syura Ulama turut terlibat dalam perbahasan dan penelitian panjang mengenai perkara ini dan Majlis Syura Ulama PAS telah memutus dan meluluskan perkara ini," katanya lagi.

"Justeru itu, kita pertahankan tahaaluf ini dengan konsep dan prinsip serta akhlak dalam bertahaaluf siasi dengan mana – mana jua pihak yang bukan dari jamaah atau parti kita.

"Dalam erti kata yang lain, marilah kita perkukuhkan Pakatan Rakyat tanpa melupakan pemerkasaan parti kita sendiri," katanya lagi.

HUSAM & KICKDEFELLA JAWAB BLOG UMporNO

Posted: 01 Jun 2011 05:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Datuk Paduka Husam Musa tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali "Kickdefella" bagi mendapatkan bantuannya berkempen menghadapi pemilihan PAS yang berlangsung sekarang.

Sehubungan itu pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, perkembangan terbaru itu terbukti bahawa Umno-BN terkesan dengan kedudukan beliau dan barisan kepimpinan PAS akan datang.

"Isu yang dimainkan adalah permainan Umno-BN untuk menghalang Datuk Husam berada di tangga naib presiden untuk pemilihan kali ini," kata beliau .

"Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit," katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.

Sementara itu, Syed Azidi menegaskan, "belum sampai masa" bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan "kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding."

"Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab," kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada "orang Husam".

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 02 Jun 2011 01:39 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Umno Takut Rakyat Bermaklumat

Posted: 01 Jun 2011 07:37 PM PDT


Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno. Perkara ini diluahkan oleh Datuk Dr Fuad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja Shah Alam.


Beliau berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru seperti blog, Facebook dan Twitter .


PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN.


BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.


PAS yakin keresahan Datuk Dr Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 02 Jun 2011 01:06 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda Pas

Posted: 02 Jun 2011 04:24 AM PDT

PAS

Posted: 02 Jun 2011 11:42 AM PDT

PAS


Posted: 02 Jun 2011 01:57 AM PDT

Petua Mengenal Perkembangan Bayi Anda

Jangan risau jika anak anda setahun masih belum berjalan, sedangkan anak jiran anda yang sebaya sudah mampu berlar ke sana sini. Ini kerana tidak semua kanak-kanak mempunyai 'jadual yang sama' dalam tumbesarannya.
  • Kemahiran motor terbahagi kepada 5 kategor;
  • Kemahiran motor seperti merangkak dan berjalan
  • Kemahiran motor yang halus seperti menyusun blok atau mewarna
  • kemahiran berbahasa seperti bercakap dan menyambung perkataan dalam ayat
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran bersosial
Disini panduan jadual pembesaran bayi. Ia sebagai rujukan. Jika anak anda lewat tetapi dalam jangka masa normal, anda tidak perlu risau. tapi jika terlalu lewat, sebaiknya anda berjumpa doktor bagi memastikan keadaan kesihatan anak anda seterusnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut.
Panduan Jadual Pembesaran Bayi
2 Bulan
- Senyum bila mendengar suara ibu
3 Bulan
-Mengangkat kepala dan dada apabila berbaring, mengangkup, mencapai objek dan tersenyum pada orang lain selain ibu
4 Bulan
-Bercakap dalam bahasa sendiri (babbles), ketawa dan cuba meniru bunyi-bunyi yang didengarinya
6 Bulan
-Berguling atau memindahkan satu objek daripada tangan kiri ke tangan kanan atau sebaliknya
7 Bulan
- Respon apabila namanya dipanggil
9 Bulan
-Duduk tanpa bantuan dan merangkak
12 bulan
-Berjalan tanpa atau sokongan orang lain. Boleh menuturkan sekurang-kurangnya satu perkataan. Mangajuk orang lain bercakap
18 Bulan
- Berjalan tanpa bantuan orang lain, minum daripada cawan, menutur sekurang-kurangnya 15 patah perkataan
2 Tahun
- Berlari, mengabungkan 2 perkataan dalam satu ayat, mematuhi arahan yang mudah
3 Tahun
-Menggunakan pelbagai perkataan dan satu ayat, boleh mengenal objek berdasarkan perbe2aan warna dan bentuk
4 Tahun
- Boleh berinteraksi dengan orang lain selain ahli keluarga. Melukis bulatan dan empat segi, boleh menunggang basikal roda 3.

Posted: 02 Jun 2011 01:33 AM PDT

Isu Rebate Cukai Tanah UUM

Apabila tidak ada isu untuk tembak kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin ole Datuk Seri Azizan Razak maka isu rebate cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadikan isu. Sebelumnya mereka cuba gugat kerajaan Kedah dengan isu pusat sembelihan kandang babi di Kampung Berjaya Alor Setar, isu kouta 50 peratus, isu kenaikan harga air. Semuanya isu itu tidak menghakis keyakinan Pakatan Rakyat di Kedah malah telah membuka tembelang dan kelemahan Umno selama memerintah Kedah.
IsunyaUniversiti Utara Malaysia minta supaya Kerajaan Kedah memberi rebate cukai tanah daripada RM1,743,745 setahun kepada RM100,000. Cukai yang dikenakan 20 sen bagi satu meter persegi dengan keluasan tanah milik UUM adalah 2155.2 ekar.
Sebelumnya UUM diberikan rebet cukai tanah UUM daripada tahun 2006 hingga 2008. Tempoh rebet sudah tamat dan Kerajaan negeri kedah minta bayar seperti biasa dengan harga asal iaitu RM1,743,745. Sebaliknya isu ini dipolitikkan oleh UUM dan pemimpin Umno Kedah kononnya kerajaan Kedah menaikkan cukai tanah 10 kali ganda. Hakikatnya, bukan naik tetapi tempoh rebate sudah tamat. Ini soal pentadbiran dan kewangan negeri, macam mana seorang Naib Canselor tidak memahami peraturan kewangan sebuah negeri dan bidang kuasa kerajaan negeri mengenai hal ehwal tanah. Jika perkara ini pun tidak ketahui, maka beliau hanya layak jadi bendahari umno cawangan Malau Kubang Pasu sahaja.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebate pada Jun 2009, namun permohonan itu ditolak pada November 2009 setelah pihaknya merujuk kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Sekali lagi UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, permohonan itu ditolak.
Sehubungan itu, UUM menghantar rayuan permohonannya buat kali keenam pada 19 April 2011 setelah lima rayuannya sebelum ini ditolak. Kali ini UUM meminta rebet selama 5 tahun, sebelumnya hanya 2 tahun sahaja. Ini sudah luar dari kebiasaan.
UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat itu masing-masing sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada 2010.
Mungkin Kerajaan Kedah mempunyai alasan yang tersendiri, kerana dengan pemberian rebate ini kerajaan Kedah hilang pendapatan RM1.6 juta setahun.
Kerajaan negeri pun mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat dan perlu juga melunaskan hutang kerajaan negeri yang ditinggal oleh Barisan Nasional hampir RM2.3 bilion.
Ustaz Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media. Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya.
Cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun
Kenapa sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula?.
Kemana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada UUM sebanyak RM300 juta setahun untuk 30,000 orang warga UUM. Sedangkan Kedah rakyatnya hampir 2 juta, kerajaan Pakatan Rakyat mampu tadbir dengan peruntukan Cuma RM500 juta setahun. Sekarang siapa bijak, Dr Mustafa Ishak atau Datuk Seri Azizan Razak?. Itu pun Dr Mustafa Ishak memperlekehkan Ustaz Azizan Razak hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja.
Kenapa institusi lain boleh bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri seperti yang ditetapkan, seperti sekolah, Institut Perguruan Darul Aman, Politeknik, Balai Polis, Institut Aminudin Baki. Sedangkan peruntukan untuk UUM melebihi daripada institusi lain. Mana wang yang diperuntukan kepada UUM termasuk untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan Kedah.
http://idrisahmad.wordpress.com

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 02 Jun 2011 11:32 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Gambar pemandangan di depan rumah menggunakan dslr samsung nx10

Posted: 01 Jun 2011 10:12 PM PDT

DUN Lembah Jaya

Posted: 02 Jun 2011 11:22 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Tanah Cerun Perlu Ditangani Segera - YB Khasim

Posted: 02 Jun 2011 12:50 AM PDT


1 Jun 2011, Lembah Jaya - Berikutan kejadian tanah runtuh yang menyayat hati di Hulu Langat minggu lalu, YB Hj Khasim mengambil inisiatif meninjau kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berhadapan kejadian tanah runtuh di Lembah Jaya.

Lawatan yang bermula jam 9:00 pagi itu melibatkan dua agensi utama iaitu Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor. Pihak MPAJ diwakili oleh Ir. Zafrul Fazry Bin Mohd Fauzi, Jurutera Jabatan Kejuruteraan MPAJ manakala JPS diwakili oleh juruteranya En. Samuri Somuri. Turut menyertai lawatan tersebut ialah Ahli Majlis MPAJ Tuan Haji Ali (Zon 13) Ismail dan Tuan Haji Abd Aziz Ahmad (Zon11).

Kawasan-kawasan yang dilawati adalah seperti berikut:-
  1. Kg. Bukit Sugai Puteh
  2. Kg. Dato' Mufti Shouib
  3. Kg. Lembah Jaya Selatan
  4. Kg. Ampang Indah
  5. Kg. Tasek Permai
  6. Taman Kosas
  7. Taman Mulia Jaya
Ketua-Ketua Kampung yang terlibat turut serta dalam lawatan tersebut. Sementara itu, YB Khasim memaklumkan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan MPAJ dan JPS termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Selangor kerana terdapat di antara cerun yang berisiko itu terletak di bawah pengurusan jabatan berkenaan. Tambah beliau, tindakan segera akan diambil terutama kawasan yang berisiko tinggi.





Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 02 Jun 2011 11:13 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ikhwan Mesir ucap tahniah, mahu PAS terus maju

Posted: 01 Jun 2011 11:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Parti Ikhwan Muslimin Mesir mendoakan agar PAS akan terus maju dalam perjuangannya untuk Islam dan rakyat supaya Islam terserlah sebagai 'rahmat kepada seluruh alam'.

Dalam masa yang sama, parti itu juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada PAS di bawah kepimpinan Mursyidul Amnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan mengadakan Muktamar Ke-57nya mulai 3 hingga 5 Jun ini.

Murshid Ikhwan Muslimin Mesir, Mohamed Al-Badie' berkata, beliau berharap agar Muktamar PAS Ke-57 berjalan dengan penuh kejayaan dan perlindungan Allah.

Menurutnya, beliau mendoakan agar setiap pendokong PAS sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam, sentiasa tabah menghadapi segala bentuk halangan dan ujian dalam dakwah serta politik yang diceburi dan sentiasa meletakkan keyakinan akan pertolongan dari Allah. 

Katanya, bagi Ikhwan Muslimin di Mesir, mereka bersyukur kepada Allah kerana telah berjaya mencipta sejarah baru, apabila telah berjaya mengadakan Muktamar Senawi secara terbuka, aman dan bebas baru-baru ini selepas kejatuhan rejim diktator Mubarak.

"Sejarah baru ini tercipta setelah kami dari Ikhwan telah menghadapi ujian besar sejak berpuluh-puluh tahun lalu di Mesir. Ikhwan diharamkan, kami dipenjarakan, kami dibuang negeri, tetapi perjuangan kami tetap mekar di hati dan sanubari rakyat Mesir yang cintakan Islam.

"Perubahan yang sedang kami nikmati di Mesir kini semuanya adalah hasil dari berkat kesabaran, keyakinan serta pertolongan dari Allah SWT," katanya menerusi perutusan khasnya sempena Muktamar PAS Ke-57 yang disampaikan melalui Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Adun Batu Buruk dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam berkata, menerusi perutusan itu, Mohamed Al-Badie' turut mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS tentang tiga cabaran besar yang dihadapi oleh gerakan Islam di seluruh dunia.

Pertama, cabaran dalam bentuk global yang menyaksikan dunia Islam kini diserang dengan pelbagai tuduhan dan ancaman dengan meletakkan Islam dikandang orang salah.

Kedua, gerakan Islam di serata dunia akan terus ditekan tanpa mengira belas kasihan.

Ketiga, pertembungan yang sedang berlaku kini di antara gerakan Islam dan kuasa-kuasa Barat bukan hanya pertembungan pemikiran, tapi lebih merupakan pertembungan tamadun yang amat mencabar.

Tegas Mohamed, namun kita amat yakin dengan perkembangan politik baru sekarang. 'Kuasa Rakyat' telah merubah pola politik Mesir dan Timur Tengah.

Perkembangan itu, katanya, tidak mungkin akan mumpu disekat oleh mana-mana pihak termasuk kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Britain. Rakyat di seluruh dunia kini mahukan kebebasan dan hak mereka dikembalikan.

"Akhirnya saya mendoakan agar setiap pendokong PAS sentiasa bersabar menghadapi ujian besar ini. Persiapan yang mendalam perlu dilakukan oleh semua ahli PAS bagi menghadapi situasi politik baru ini.

"Hanya dengan keimanan yang mendalam, persiapan ilmu yang cukup serta pengorbanan yang besar sahaja yang akan menjamin kemenangan serta masa depan Parti Islam.

"Sekali lagi saya mewakili seluruh kepimpinan dari Ikhwan Muslimin mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS). Melangkahlah kamu semua dengan keberkatan dari Allah SWT," ujar beliau. 

Semua jawatan menang tanpa bertanding

Posted: 01 Jun 2011 11:48 PM PDT

KUALA LIMPUR, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 mencatat sejarah apabila kesemua jawatan dalam dewan itu diumumkan menang tanpa bertanding.

Jawatan-jawatan yang diisytiharkan menang tanpa bertanding meliputi jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha 1,2 dan 3, Bendahari, AJK dan pemeriksa kira-kira bagi sessi 2011-2013.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama, Ustaz Hamdan Mohamad sekitar jam 9.00 pagi ini.

Dewan Ulama PAS Pusat mengadakan Muktamar Tahunan Ke-50 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar di sini, hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ucap utama disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama bagi mewakilo Ketuanya, Datuk Harun Taib yang turut hadir mengikutinya.

Pada sessi perbahasan ucap utama bermula jam 11.30 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamdan Mohamad,  seramai 7 peserta telah mengambil bahagian.

Peserta terbabit terdiri daripada perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah, Kedah (Mohd Lutfi Ariffin), Perlis (Idris Yaakub), Johor (Ustaz Arif Salim Osman), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Ustaz Mohd Nazmi Kamaruddin), Perak (Muhammad Nuri Al-Amin Endut) dan Pahang (Ahmad Nazri).

Perbahasan ucap utama akan disambung jam 2.30 petang dengan dimulaikan perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor setelah muktmar berehat jam 1.00 tengahari. 

Indonesia turun harga petrol, Malaysia?

Posted: 01 Jun 2011 11:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun: PAS mempersoal sikap kerajaan Malaysia yang hanya berfikir mahu menaikkan harga petrol temasuk RON 95 sedangkan Indonesia bertindak menurunkan harga bahan bakar itu kali kedua dalam tempoh seminggu.

Kelmarin, PT Pertamina Indonesia mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu iaitu menurunkan harga petrol antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam RM0.07 hingga RM0.21 seliter.

Ketua Penerangan PAS Perak ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Republik Indonesia itu merupakan satu jawapan yang jelas kepada apa yang telah dikatakan oleh Pakatan Rakyat di Malaysia bahawa harga minyak boleh diturunkan.

"Pakatan Rakyat menegaskan berulang bahawa Malaysia mampu menurunkan harga minyak bila BN jadi pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.

"Malah ada isu yang mengatakan sepatutnya harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama 50 tahun lebih sebenarnya boleh sampai ke tahap RM 0.60 seliter dan tidak semahal sekarang,"katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut mempersoal apa penjelasan yang mahu diberikan Umno BN dengan tindakan terbaru negara jiran itu.

Sebelum ini kata Khalil, pemimpin Umno BN sering mengatakan ekonomi Malaysia lebih baik dari Indonesia namun Malaysia dia tidak mampu untuk membela rakyatnya dengan menurunkan harga minyak.

"Ternyata Pemimpin BN berbohong kepada rakyat Malaysia dengan tidak mampu membela nasib rakyatnya yang duduk dalam keadaan tertekan dan dihimpit resiko kenaikan harga barang apabila setiap kali harga minyak naik.

"Realitinya pemimpin BN sekarang menjadi penghisap darah kepada rakyat dengan sewenangnya menaikkan harga minyak RON 97 dan pada bila-bila masa RON 95 akan mengalami kenaikan harga,"tegasnya.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat memastikan dalam PRU ke 13 akan datang BN diletakakan sebagai pembangkang dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin kritikal.

Pertembungan PAS dan Umno pertembungan akidah

Posted: 01 Jun 2011 11:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah.

Oleh iitu, para ulama dalam PAS di semua peringkat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi menerangkan perkara itu bukan hanya kepada ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada orang ramai di seluruh negara.

Perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan oleh ulama PAS apabila ditanya oleh seseorang tentang perbezaan antara PAS dan Umno.

Menurut beliau, sebalik perbezaan itu perlu dinyatakan dengan jelas dan tegas agar difahami setiap pihak, selaras dengan perjuangan PAS untuk Islam, manakala Umno atas dasar nasionalis.

Namun dalam hubungan ini, beliau kesal kerana terdapat ulama PAS di peringkat kawasan sendiri enggan menjelaskan perkara itu dengan mengatakan terpulanglah kepada kefahaman sendiri untuk menanggapinya.

"Begitu juga jika ditanya tentang kepentingan mendaftar diri untuk menjadi pengundi, ada ulama di kawasan hanya memberikan jawapan seperti itu, pada hal ia perlu dicantas terus dengan menjelaskan perbezaan pertembungan antara PAS dan Umno sebagai pertembungan akidah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ucap utama pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Bagi mengatasi perkara itu, beliau menyarankan agar para ulama bukan sekadar memilkii pelbagai ilmu, tetapi juga memiliki sifat keberanian untuk menyatakan kebenaran dan melakukan perubahan.

Sejajar dengan itu, beliau menegaskan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno BN sememangnya tepat kerana kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat ternyata jauh lebih menguntungkan PAS dan umat Islam dari sudut dakwah dan pelbagai sudut lain.

Sementara itu, perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lutfi Ariffin berkata, kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang merupakan satu cabaran penting kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar tidak terpedaya dengan kemewahan hidup.

Beliau berharap agar kemenangan itu pula jangan menimbulkan kepuakan dalam PAS.

Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Perlis, Idris Yaakub berkata, kemenangan yang sebenar bagi umat Islam adalah berpegang kepada ajaran Allah.

Perwakilan Dewan Uilama PAS Johor, Ustaz Arif Salim Osman mengingatkan golongan ulama agar memainkan peranan derngan berkesan kepada masyarakat dengan ilmu yang dimiliki kerana ia merupakan amanah Allah kepada mereka.

Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Nazmio Kamaruddin berharap agar PAS mewujudkan Majlis Penyelidikan dengan segera bagi kepentingan seluruh ahlinya.

Perwakilan Dewan Ulama PAS Perak, Muhammad Nuri Al-Amin Endut pula meregaskan kekuatan Islam antara lain terletak pada prinsip.

Oleh itu, beliau berharap agar para pemimpin dan ahli-ahli PAS terus cekal dengan prinsip perjuangan Islam bagi membolehkan PAS terus maju mendepani pelbagai cabaran.

Perwakilan Dewan Ulama PAS Pahang dalam ucapannya menyarankan agar rakyat Pahang mengKelantankan Pahang dengan antara lain melakukan pengusaan terhadap masjid dengan mengimartahkan masjid.

Selain itu, beliau juga berharap agar rakyat Pahang turut mencontohi negeri Kelantan menerusi keilmuan dengan berusaha memperbanyakkan pusat penyebaran ilmu di negeri itu.

Muslimat: 'Tawan' pengundi, rakan dan musuh

Posted: 01 Jun 2011 08:34 PM PDT

SHAH ALAM, 2 Jun: Muslimat PAS di semua peringkat diseru mempraktikkan segala ilmu dan kepakaran berkaitan pilihan raya yang diperoleh sebelum ini bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, sudah sampai masanya segala pengalaman yang diperoleh melalui kursus dan bengkel yang dianjurkan parti selain melalui 16 siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak digunakan sebagai persedian akhir menghadapi PRU ke-13.

"Gendang PRU ke-13 sudah dipalu dan mulai hangat kedengaran ke seluruh pelusuk negara. Umno BN telah mula mengembar-gemburkan slogan-slogan "Satu Malaysia", transformasi ekonomi dan sebagainya serta telah menabur janji-janji manis.

"Marilah kita tekadkan azam, kuatkan semangat, merancang dan melaksanakan gerak kerja PRU dengan penuh komitmen. Tiada alasan menasabah untuk kita masih bertangguh-tangguh.

"Kita memerlukan komitmen semua ahli-ahli PAS seluruhnya dan para muslimat adalah satu komponen penting jamaah kita dalam menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan," katanya sewaktu menyampaikan ucap tema di muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-51, di Dewan Bankuet bangunan SUK Shah Alam, dekat sini hari ini.

Dalam ucapan bertema "Memimpin Perubahan, Meneraju Kebangkitan", Nuridah mensasarkan tiga golongan untuk 'ditawan' melalui tiga pendekatan sebagai persediaan PRU ke-13 iaitu, pertama; menawan hati pengundi-pengundi melalui penerangan dan dakwah berhikmah.

Menurut Nuridah, muslimat seharusnya telah turun padang mengenal pasti pengundi-pengundi, mendaftarkan pengundi-pengundi muda dari kalangan kita dulu, jiran tetangga dan rakan taulan termasuk menziarahi setiap rumah di bandar-bandar, pinggir-pinggir bandar, di setiap kampung dan desa menyeru dan meraih mereka agar memilih Islam yang syumul.

"Kita ketuk pintu-pintu hati mereka dengan penuh keinsafan dan kesedaran beragama serta keharmonian bermasyarakat. Kita jelaskan juga cita-cita perjuangan PAS – PAS For All – PAS untuk semua dan terangkan kepada mereka segala tawaran Pakatan Rakyat seperti yang tertera pada Buku Jingga," katanya.

Muslimat juga tegasnya harus menjelaskan perubahan dan pembaikan yang telah dilakukan terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya peranan muslimat PAS khususnya dan wanita Pakatan Rakyat amnya dalam urusan pentabdiran kerajaan dengan menerajui portfolio yang mencabar seperti pelaburan dan perindustrian, pendidikan tinggi dan pembangunan insan di Selangor. Juga menerajui portfolio kesihatan, kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Kedua; menawan hati rakan melalui ketulusan hati.

Nuridah berkata, bagi menawan hati rakan, semangat setiakawan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, semua wanita ahli-ahli dan penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS, PKR, PSM dan DAP harus diperkukuhkan bagi berganding bahu melaksanakan strategi serta muafakat setempat.

"Fokuskan kepada kepentingan dan matlamat bersama dan kecilkan segala salah faham dan pekara titik-bengik yang menghalang kita dapat bergerak maju dengan penuh kesepaduan. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kejayaan kita bersama," katanya.

Ketiga; menawan hati lawan melalui strategi bijaksana.Nuridah menyeru seluruh muslimat mematuhi segala arahan pimpinan dalam melaksanakan strategi menghadapi pihak lawan dan tidak terburu-buru mengambil keputusan sendiri serta tidak menangguhkan sesuatu pelaksanaan.

"Contoh teladan para sahabat Rasulullah yang setia mematuhi segala arahannya. Ambillah tugasan yang kita ukur dengan kemampuan kita janganlah cemburu dengan kemampuan sahabat  dan rakan seperjuangan. Juga kita perlu berani mencuba dan jangan ragu-ragu dengan segala keputusan yang telah dimuafakatkan," katanya.

Justeru ujarnya, seluruh muslimat samaada golongan muda atau veteran harus bersama-sama berjuang untuk kelangsungan parti tanpa ada sikap suka berlengah-lengah.

"Mari kita bergerak di dalam satu saf jamaah bersepadu secara terancang dan tersusun mengikut kemampuan kita dan terus mara ke medan jihad. Selagi kita tidak bermula dengan mengharapkan orang lain, selagi itu kita tidak akan mampu menahan gelombang dakyah kehidupan sekular yang membawa dosa dan kemaksiatan secara berseorangan," katanya.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya muslimat mengurangkan atau meninggalkan terus segala aktiviti yang tidak bermanfaat sebaliknya menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk membantu jemaah melawan Umno Bn.

"Masa untuk bersenang-senang, sembang-sembang di atas tangga, membeli-belah tanpa menghirau masa di pasaraya, bersantai-santai dengan teman membiar masa berlalu begitu saja, duduk berjam-jam di depan tv, melayari internet tanpa tujuan perlulah dihentikan segera.

"Masa untuk sibuk dengan agenda peribadi sahaja telah berakhir! Marilah kita bersama-sama turun padang mengharungi segala onak dan duri. Masa untuk kita terlalu singkat sedangkan terlalu banyak perubahan dan pembaikan yang perlu dilakukan. Kerana kematian dan pertemuan dengan Allah sangat hampir. Kita amat bimbang amanah yang dipikul ini tidak sempat ditunaikan dengan baik," katanya. 

Transformasikan rakyat jika mahu tawan Putrajaya

Posted: 01 Jun 2011 07:24 PM PDT

SHAH ALAM, 1 Jun: Menyedari hakikat Pilihan Raya Umum ke-13 sangat hampir, Dewan Pemuda PAS perlu bekerja keras menggerakkan kesedaran kepada rakyat untuk membuat perubahan bersama Pakatan Rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Katanya, kuasa rakyat perlu digerakkan secara maksimum kerana hanya undi mereka yang bakal menentukan sama ada Pakatan Rakyat mampu merialisasikan hasrat mengusai Putrajaya atau sebaliknya.

"Ingatlah rakyat jelata yang membuang undi semasa pilihan raya itulah yang bakal menentukan kemaraan kita mendaki Putrajaya melalui sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pegang berdasarkan Perlembagaan Negara.

"Kita mesti mencari kaedah terbijak untuk melakukan transformasi kepada rakyat yang bakal mengtransformkan kerajaan Umno-BN sedia ada kepada PAS-PR," kata beliau dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS di sini malam tadi.

Tambahnya, walaupun pilihan raya umum ke-12 lalu menyaksikan tsunami politik berlaku, namun untuk mengekalkannya atau menjadikannya lebih besar, memerlukan kerja kuat daripada ahli PAS khususnya pemuda.

"Kita sedar gelombang tsunami politik kedua ini memerlukan gemblengan tenaga yang lebih kuat untuk merangkul semula takhta pemerintahan daripada pemerintah sedia ada yang sejak tahun 1955, gagal melaksanakan tanggungjawab dan akauntabilitinya kepada rakyat jelata,"katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata BN juga sebenarnya gusar menghadapi pilihan raya umum akan datang sehingga terpaksa menggunakan pelbagai serangan terhadap parti lawan khususnya PAS.

Ianya termasuk memainkan isu negara Islam sebagai tidak dipersetujui DAP dalam Pakatan Rakyat, bagi menggambarkan wujud perpecahan dalam Pakatan.

Sehubungan itu, menjadi tugas pemuda untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.

Beliau juga mengingatkan dewan pemuda PAS menyediakan calon berpotensi tinggi, disegani rakyat dan turut dihormati musuh, pada pilihan raya umum nanti jika serius mahu menang.

"Jika kita telah menerima pentas politik sebagai sebahagian daripada medan dakwah kita secara serius, maka kita juga kena serius menyediakan bakal-bakal calon pilihanraya berpotensi tinggi hatta dihormati musuh politik kita sekalipun," katanya.

'Jangan hanya jadi 'yes man' kepada pemerintah'

Posted: 01 Jun 2011 07:22 PM PDT

SHAH ALAM, 1 Jan: Selagi orang muda hanya menjadi 'yes man' terhadap apa yang dilakukan pemerintah, selagi itulah kerajaan BN akan terus bermaharajalela menindas rakyat untuk kepentingan mereka, kata Nasrudin Hassan.

Beliau mengingatkan demikian sewaktu memnyampaikan Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar dewan itu di sini malam ini.

Katanya, anak muda perlu berani menyatakan bantahan terhadap dasar yang mengainaya rakyat yang dibuat kerajaan.

Keberanian itu tegasnya harus diterjemah atas kertas undi pada pilihan raya umum nanti.

"Anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi 'tukang angguk' atau 'yes man' kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

"Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama "undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan",katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau memberikan beberapa tugasan kepada pemuda PAS agar menyedarkan golongan belia bahawa mereka mempunyai peluang menegur kerajaan melalui undi.

Antaranya beliau mahu anak muda menjadi agen penyebar maklumat yang aktif melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain.

Selain itu beliau menyeru agar anak muda menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif melalui wacana dan forum serta membentuk ikatan (coalition) supaya suara mereka lebih didengari.

Di samping itu juga menyeru kerajan BN melihat bagaimana kesan kuasa kebangkitan anak muda di Timur Tengah termasuk di Tunisia dan Mesir sehingga kerajaan masing-masing dijatuhkan melalui jalan raya.

Kesan sama berlaku apabila anak muda bangkit pada pilihan raya Singapura baru-baru ini.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini,"tegasnya.

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Posted: 01 Jun 2011 07:21 PM PDT

Nasrudin Hassan at Tantawi   
Dan Kami mahu mengurniakan pertolongan keatas golongan yang tertindas di atas muka bumi ini, lantas kami menjadikan mereka pemimpin-pemimpin serta kami menjadikan mereka orang-orang yang berhak mewarisi
Surah al Qasas : Ayat 5

1.          Menjunjung kasih dan syukur setinggi – tingginya kehadhrat Rabbul Izzati justeru rahmat agongNya meliputi sekelian makhluk tanpa sempadan, lantas memilih manusia sebagai duta untuk mengimarah bumi ini dan terlebih istimewa apabila kita adalah pemuda terpilih sebagai pejuang untuk memimpin ummah melandasi syariatNya.

2.         Selawat dan salam ke atas Rasulul Ummah al Musthafa saw. Pemimpin yang telah mengemudi kebangkitan ke arah membebaskan ummah dari kebejatan sistem politik dan sosial yang berteraskan syahwat dan bisikan syaithan.

3.         Sejambak penghargaan buat kegigihan yang telah dipamerkan oleh as saabiquunal awwalun [generasi terdahulu] yang menjadi mata rantai perjuangan Islam demi mendaulatkannya di atas muka bumi ini.

Yang berbahagia Saudara Pengerusi Majlis
Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani Timbalan Ketua DPPM
Al Fadhil al Akh Sabky bin Yusuf Naib Ketua DPPM
Al Fadhil Al Akh Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Setiausaha DPPM
[merangkap Pengarah Panitia Muktamar DPPM kali ke 52]
Yang dikasihi anggota Jawatan Kuasa Harian DPPM
Yang dihormati sahabat – sahabat EXCO DPPM,
Yang berbahagia Pengarah Jabatan dan Ketua DPP negeri.
Yang Berbahagia Pengerusi & Timb. Pengerusi Tetap DPPM
Yang dimuliakan dhif kehormat yang terdiri daripada rakan – rakan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat [AMK dan DAPsy] serta NGO jua tokoh akademik dan masyarakat.

Akhirnya, tidak saya lupakan ialah para perwakilan dan pemerhati yang dirahmati Allah swt sekelian. Teristemewa pula penghargaan muktamar DPPM kali ke 52 yang berlangsung hari ini buat pemerhati rasmi dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.


Muqaddimah.

Sidang muktamirin yang dirahmati Allah sekelian,
4.         Alhamdulillah sejarah dicipta lagi, apabila DPP Malaysia hari ini melangsungkan muktamarnya bagi kali ke 52. Seusia itu, DPP telah berperanan untuk mendukung dasar perjuangan PAS di samping melakukan tajdid [pembaharuan] dalam gerakkerja siasah dan dakwah.

5.         Sementara, dalam konteks kebangkitan Islam di Malaysia, DPP bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan bersama golongan muda dengan membangkitkan rasa kebertanggungjawaban mereka terhadap Islam dan masyarakat.

6.         Kita optimis bahawa generasi anak muda akan terus menjadi tunjang peradaban Malaysia, apabila mereka tetap berpegang kepada prinsip Islam dan menjunjung nilai kemanusiaan sejagat. Sebagaimana ungkapan sebuah syair Arab:
انَّ  فى  يدى  الشُبّان   امرَ الامة   وفى  اقدامها حياتَها
Sesungguhnya ditangan (kekuasaan) pemudalah urusan ummah, dan pada langkah (jatidiri) pemudalah kelangsungan hidup ummah tersebut.


Pemuda Ansoorullah yang dirahmati Allah sekelian.

7.         Muktamar kita yang lalu, saya telah menggariskan gagasan perjuangan DPP dalam menempuh separuh abad yang mendatang, iaitu melakar wajah Malaysia baru yang sejahtera, adil, saksama dan mendapat keampunan dari Allah swt.

8.         Saya juga telah menokhtahkan peraturan dan arahan yang menuntut kita mempersiapkan diri dengan memurnikan perjuangan supaya selari dengan tuntutan al-Qur`an dan al-Sunnah, jua sebagai persediaan untuk memaknakan kemenangan yang sedang dan bakal kita terajui bersama insyaallah.

9.         Justeru itu, muktamar DPP Malaysia kali ke 52 ini pula, menjadi medan untuk saya mengajak para pemuda sekelian agar kita memulakan langkah melaksana gagasan perjuangan tersebut dengan memimpin anak muda melakukan kebangkitan ke arah wajah baru Malaysia.
10.       Frasa "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" bermaksud, DPP akan  berganding bahu dengan seluruh anak muda Malaysia, menggerakkan perubahan ke arah wajah Malaysia baru dengan berkongsi gagasan dan pengalaman perjuangan kami sebagai pedoman dalam melakukan kebangkitan.

11.        Pemuda yang saya kasihi sekelian, Insyaallah kita akan bergerak di atas semangat petunjuk Allah swt :
dan Kami telah taut kukuhkan  hati - hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), tatkala mereka bangkit lantas berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
Surah Al Kahfi : 14

12.       Saya yakin dan percaya bahawa anak muda Malaysia hari ini, jua dikenali sebagai generasi millennium [Generasi Y] bukanlah golongan yang buta maklumat, naïf kesedaran dan daif dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.

13.       Namun, sebagai rakan dalam perjuangan dan gandingan dalam kebangkitan, DPP terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab membina generasi muda agar mempunyai kekuatan dan mampu berperanan demi agama, negara dan bangsa.

14.       Generasi Y lazimnya merujuk kepada anak muda yang lahir antara tahun 1978 hingga 2000. Generasi ini disifatkan sebagai golongan yang tidak terikat dengan sesuatu pegangan politik, sosial dan falsafah tetapi sedia bangkit melakukan perubahan.

15.       Generasi ini merupakan generasi digital yang bukan sekadar celik maklumat tetapi senantiasa peka dengan perkembangan semasa. Karakter yang dimiliki oleh anak muda seperti ini sebenarnya berupaya menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sesebuah masyarakat dan negara.

16.       Seluruh anggota DPP sayugianya menyedari kehadhiran anak muda yang sedang berada dalam iklim sosial dan politik negara hari ini. Mereka menepati ciri-ciri yang ada pada Generasi Y. Ia turut membawa pengertian bahawa peluang dan ruang untuk DPP bergandingan dengan mereka ke arah melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini adalah lebih terbuka.

17.       Kita perlu mendekati anak muda ini secara bersemuka termasuklah di gentian maya melalui media baru. Mereka perlu dibekalkan ilmu, maklumat tepat mengenai realiti sosial, ekonomi dan politik semasa untuk menggambarkan betapa perlunya mereka bangkit membuat perubahan.  Telah berkata Saidina Ali Karramallahuwajhah.
مَن أرادَ  الدنيا    فعليه   بالعلم   و مَن  اراد   الآخرة   فعليه   بالعلم    و   مَن ارادَ  هما   فعليه بالعلم .
Maksudnya : barangsiapa yang mahu menguasai dunia maka mestilah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang mahu menguasai akhirat maka mestilah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang mahu menguasai kedua – duanya maka mestilah ia memiliki ilmu.

18.       Kemunculan generasi  ini menandakan zaman masyarakat berfikir dan bertindak secara dogmatik semakin berlalu. Generasi muda hari ini adalah generasi yang sentiasa bersedia melakukan perubahan terutama apabila mereka menyaksikan wujudnya elemen yang mendorong, seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penindasan, ketidakadilan dan perlecehan syariat.

19.       Mereka adalah generasi celik maklumat yang berpendirian dan bertindak berdasarkan argumen, lantaran tiada tempat lagi di hati  dan minda mereka, berita bertaraf jalanan seperti yang sering terpampang di akhbar aliran perdana.

20.       Justeru itu, peranan yang wajib dilaksanakan oleh DPP ialah terus berdamping dengan anak muda dan membekalkan mereka dengan ilmu yang benar dan maklumat yang tepat, kelak kita akan menyaksikan kebangkitan mereka mengorak perubahan yang tidak dijangka.


Kebangkitan Generasi Muda Masa Kini



21.       Naluri anak muda yang berdaya juang dan berdaya tahan telah meletakkan mereka sebagai unsur utama mencetus gelombang kebangkitan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Malah anak muda jualah menunjangi gerakkerja dakwah para Rasul as. menggalas misi pengislahan ummah.


Senario Politik Timur Tengah



22.       Kelansungan faktor inilah, anak muda sekali lagi menggegarkan dunia apabila mencetus gelombang besar, bangkit menuntut perubahan politik dan ekonomi di dunia Arab. Gelombang yang digelar para wartawan sebagai "Tunisami" itu bermula dari Tunisia kemudiannya merebak ke negara Arab yang lain termasuk Mesir.

23.       Kebangkitan ini mempunyai nilai harga yang sangat tinggi justeru ia terlebih dahulu dibayar dengan pengorbanan darah dan nyawa anak muda disepanjang zaman, menentang penguasaan regim diktator.

24.       Kebangkitan anak muda menumbangkan kuasa angkuh regim diktator dunia hari ini, mengesahkan ketetapan Tuhan Maalikul Mulk . Firman Allah swt ;
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Ali Imran : 26
Politik Anak Muda  di Singapura.



25.       Contoh terbaru 'kuasa anak muda' dapat dilihat dalam pilihanraya umum Singapura baru-baru ini apabila parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengalami penyusutan undi popular yang ketara (iaitu sebanyak 60.14% daripada 66.6% pada 2006) kesan daripada protes dan aktiviti kepembangkangan secara berkesan di kalangan anak muda Singapura terutamanya melalui medan maya selepas media perdana dilihat hanya melaporkan yang 'molek-molek sahaja' tentang PAP.

26.       Bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo yang dianggap calon 'heavyweight' PAP turut tersungkur dek kebangkitan baru anak muda Singapura. Seperkara lagi yang menarik perhatian adalah jumlah calon-calon pilihanraya di kalangan anak muda sama ada yang ditampilkan oleh parti pemerintah mahupun pihak oposisi, termasuk calon yang paling muda yang berusia 24 tahun yang telah menyuntik elemen 'wow' dalam kempen politik semasa pilihanraya umum baru-baru ini selain memperlihatkan kematangan dan keupayaan generasi muda republik tersebut.


Kebangkitan Anak Muda di Malaysia.


27.       Justeru itu, saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini.

28.       DPP memberi amaran kepada BN supaya membuka selebarnya pintu demokrasi, juga sekali – kali jangan menipu dan menyeleweng serta menyalahguna kuasa semata – mata untuk meraih kemenangan di dalam pilihanraya. Kedegilan, keangkuhan dan sikap keras kepala BN, membawa mereka sekali lagi berdepan dengan kebangkitan anak muda yang sukar dibendung, bersama operasi BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 akan datang insyaallah.

29.       Sementara buat kerajaan Pakatan Rakyat pula, DPP menegaskan supaya mereka menunaikan manifesto Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, dengan penuh tanggungjawab dan amanah khususnya berkait dengan Negara Berkebajikan.

30.       Lebih khusus, DPP dengan penuh insaf dan prihatin merujuk kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan dan Kedah sedang PAS dominan di situ, supaya mereka segera mengatasi kelemahan yang ada, senantiasa peka terhadap tuntutan rakyat, memperkukuh saff kepimpinan dan memperkasa jentera pentadbiran kerajaan.

31.       Semoga peristiwa kalah teruk pada tahun 2004 tidak berulang lagi dan suka saya peringatkan kita semua bahawa Pilihanraya Umum ke 13 kelak, jumlah pengundi dari kalangan Generasi Y akan mencapai lebih 7 juta orang, iaitu menepati 50% dari keseluruhan pengundi berdaftar.

Saudara sidang muktamirin sekelian.
32.       Komposisi pengundi muda seperti ini menjadi isyarat awal bahawa kebangkitan anak muda untuk melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik bukan satu perkiraan yang kosong, sebaliknya ia benar – benar berpotensi untuk meletus.

33.       Sejarah negara menjadi saksi dan bukti berfakta, bahawa anak muda sebelum generasi Milenium telah pun menjana beberapa kebangkitan sepertimana kebangkitan Mahasiswa di era 70an, ledakan kesedaran Islam dari kalangan anak muda di era 80an dan gelombang reformasi diakhir dekad 90an.

34.       Kebangkitan anak muda pada babak – babak ini telah memberi dampak besar kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Saya yakin dan percaya, tsunami politik tahun 2008, merupakan episod kebangkitan baru anak muda yang mula disertai oleh Generasi Milenium.

Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.
35.       Kalangan anak muda di Malaysia, sekelompok daripada mereka ialah Mahasiswa yang sedang berada di kemuncak pendidikan formal negara.

36.       Pada kesempatan ini, DPP terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada mahasiswa di beberapa buah university tempatan, kerana berani membuat perubahan dan mencetus kebangkitan semula sehingga membawa kemenangan kepada pro mahasiswa.

37.       "Students power" dan peranan strategik mahasiswa selaku 'the third force' dalam mengembeleng perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini, sememangnya telah dikesan sejak sekian lama. Lantaran itu, potensi yang ada pada gerakan mahasiswa telah dikekang dan dipasung melalui Akta Universiti dan Kolej university [AUKU] 1971.

38.       Mahasiswa dilayan seumpama 'rakyat kelas kedua' apabila aktivisme mereka ditentang dan mereka dihalang dari menyuarakan pandangan, khususnya perkara yang melibatkan soal politik dan masa depan negara. Hanya aktiviti membodek dan mengampu pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh segelintir "Napoleon Kecil" yang berada di kerusi Hal Ehwal Pelajar [HEP] setiap universiti.

39.       Natijah dari undang - undang dan peraturan yang membelenggu mahasiswa dan ahli akademik di kampus, jelas tidak langsung membantu dalam mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini, bahkan ianya menjelaskan kenapa reputasi universiti kita selalu merudum dalam pelbagai ranking universiti dunia.

40.       DPP selamanya bertegas, bahawa soal pendirian politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka untuk menentukannya tanpa paksaan dan ugutan.

41.       Kami komited membuat tuntutan supaya diberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada para mahasiswa untuk menyatakan suara dan pandangan mereka terhadap apa jua perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

42.           Meskipun beberapa pindaan telah dilaksanakan ke atas AUKU dengan sedikit sebanyak penambahbaikan telah dilakukan, namun kami berpendirian bahawa pindaan tersebut masih belum mencukupi kerana para mahasiswa masih tidak dibenarkan untuk terlibat dengan parti politik.

43.       Kelonggaran untuk mahasiswa terlibat dengan persatuan atau NGO di luar kampus juga hanya sekadar kosmetik semata-mata, kerana Menteri Pengajian Tinggi masih berkuasa mutlak untuk melarang mahasiswa dari terlibat dengan persatuan atau NGO jika menurut pandangan Menteri sebagai "tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti" sebagaimna yang disebut pada Seksyen 15 (1)(c) AUKU (pindaan 2009).

44.       Pindaan kononnya untuk memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka, nampaknya tidak lebih dari sekadar perlecehan terhadap daya intelektual mahasiswa semata-mata. Mahasiswa diizin untuk menyatakan pandangan secara terbuka, namun pandangan tersebut dihadkan hanya kepada topik yang berkaitan dengan bidang pengajian mahasiswa terbabit seperti yang termaktub dalam Seksyen 15(6)(a) AUKU (pindaan 2009).

45.       Bukankah ini bermakna, mahasiswa yang mengambil bidang matematik hanya boleh bercakap hal ehwal yang berkaitan dengan matematik semata-mata?

46.       DPP mengulangi komitmen memperjuangkan agar universiti dilepaskan dari cengkaman politik sempit lalu memberikan autonomi yang lebih besar kepada pihak pengurusan universiti, di samping memberikan ruang kebebasan yang lebih lebar kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.

47.       Saya mengajak seluruh mahasiswa di negara ini turut berganding bahu supaya gelaran "pewaris kepimpinan negara" yang sering diungkap, benar-benar menjelma dan menjadi kenyataan dengan kebangkitan  memartabat gerakan mahasiswa sebagai kuasa ketiga penjana perubahan.

Kenapa Anak Muda Perlu Bangkit ?

Saudara Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian.

48.       DPP ingin menarik perhatian Generasi Milenium hari ini, bahawa kerajaan yang diterajui oleh BN sekarang begitu lemah sehingga tidak berkeupayaan lagi menguruskan kebajikan rakyat dan pembangunan negara.
49.       Slogan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka. Pencapaian yang disasarkan melalui pelbagai program seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA], Program Transformasi Ekonomi [ETP] dan lainnya, secara realiti tidak dirasai oleh rakyat terbanyak.

50.       Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Milenium ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN".

Kebejatan Sosial

51.       Sebagai renungan kepada para pendukung DPP, yang merupakan 'duta penyelamat dan kasih sayang', saya kemukakan beberapa data yang dikemukakan secara rasmi dalam media massa di negara kita.

Bunuh diri

52.       Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia (NSRM), daripada bulan Januari hingga Ogos tahun lepas (2010), jumlah kes bunuh diri melibatkan 425 orang dengan purata 60 orang sebulan. Ertinya, setiap hari dua orang rakyat Malaysia mencabut nyawa sendiri. Petunjuk ini begitu mengejutkan kerana jumlah ini hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat. DPP mempersoalkan di mana kesungguhan kerajaan untuk menangani kebejatan ini?

Buang Bayi

53.       Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf mencatatkan peningkatan ketara iaitu 16,100 orang pada 2007, 16,541 orang pada 2008 dan 17,303 orang pada 2009.

54.       Tahun 2011, keadaan dilihat semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes pembuangan bayi berlaku.

Jenayah Juvana

55.       Sekiranya kita merujuk kepada kes jenayah juvana pula, ianya semakin membimbangkan. Jenayah ini meliputi kes penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, gejala buli, pengambilan pil khayal, peras ugut, terlibat dengan kumpulan haram, menonton video lucah dan pelbagai kegiatan lain yang berhubung kait dengan jenayah.

56.       Menurut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah di seluruh negara, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes kecurian. Perangkaan ini sebenarnya belum termasuk kes jenayah juvana yang tidak dilaporkan kepada pihak berwajib.

Kemalangan Jalanraya

57.       Antara statistik yang membimbangkan adalah statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dipetik berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan. Golongan yang paling ramai terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah dalam lingkungan 25-30 tahun iaitu sebanyak 50%.
58.       Lingkungan umur ini adalah merangkumi usia pimpinan dan ahli Pemuda! Bayangkan berapa ramai bakal doktor, jurutera, guru, peguam, usahawan tani, hatta ulama terbilang maut di jalan raya!

59. Menyorot dari sudut ekonomi, kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran. Jumlah kerugian ini hampir menyamai jumlah perbelanjaan beberapa kerajaan negeri dalam tempoh setahun!

60.       Kegagalan menangani permasalahan yang meruncing ini akan melumpuhkan upaya dan bakat yang dimiliki oleh generasi muda negara sekaligus memperjudikan masa depan negara dan ummah. Sedang para hukamak telah mengungkapkan .

انْ   أردْتَ   أنْ   تسْتشرفَ    مستقبل   الأمة    فترقب   حركة   شبابها
Maksudnya: Jika engkau mahu menuntut kemuliaan pada masa depan ummah, maka hendaklah engkau awasi pergerakan generasi mudanya.



61.       Saya ingin bertanya para pendukung DPP dan seluruh Generasi Milenium di Malaysia, apakah beberapa kes kebejatan sosial seperti yang didedahkan ini tidak membimbangkan? Andai kebimbangan mula dirasai, maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN".


Ekonomi Harimau Kertas

62.       Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu "Wawasan 2020" menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
63.       Kerajaan negeri yang diterajui oleh BN pula menjanjikan pencapaian sebagai negeri maju lebih awal seperti Melaka pada tahun 2010 dan Perak pada tahun 2015. Hari ini semakin tersingkap bahawa semua slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.

64.       Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.

65.       Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

66.       Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.

67.       Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa "memecah tabung rakyat" bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sebaliknya apa yang jelas, usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.
68.       Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding  KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

69. Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?

Saudara Sidang Muktamirin yang dihormati sekelian.
70.       Konvensyen Profesional Muda 2011 anjuran DPP baru-baru ini telah dibentang beberapa gejala sosial berkaitan ekonomi, iaitu seperti berikut:

Pertama : Jurang antara Kaya dan Miskin yang Semakin Melebar

71.       Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Pembangunan Manusia (UNHDP) pada tahun 2004, jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin adalah yang terburuk di Asia Tenggara dan antara yang terburuk di Asia.

Kedua: Jurang Pembangunan antara Wilayah yang Tidak Seimbang

72.       Semasa era pemerintahan Perdana Menteri kedua, usaha telah diambil untuk mengurangkan jurang perbezaan ini dengan program Pembangunan Wilayah, Perbandaran Luar Bandar dan lain-lain. Bagaimanapun, selepas era itu tidak kelihatan usaha yang jelas untuk mengurangkan jurang ini. Bandar utama seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru dan Georgetown terus mengalami proses urbanisasi yang begitu pesat sedangkan kawasan luar Bandar terus tertinggal.


Ketiga: Daya Ketahanan Ekonomi yang Rapuh

73.       Masyarakat Malaysia sentiasa terdedah dengan turun naik harga barangan makanan dunia disebabkan kebergantungan kepada negara lain. Dari segi pengeluaran beras, sehingga hari ini Malaysia belum pun mencapai sasaran 70% pengeluaran beras tempatan, manakala komoditi makanan yang lain seperti perikanan dan penternakan peratus kebergantungan kepada import masih begitu tinggi.

Keempat: Ketirisan Perbelanjaan Awam

74.       Gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara penyakit ekonomi yang begitu parah di negara ini. Menurut Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam, manakala menurut Brain Wain pula sebanyak RM 340 bilion ketirisan berlaku sepanjang pemerintahan Dr Mahathir Mohammad.

75.       Baru-baru ini negara dikejutkan lagi dengan laporan Global Financial Integrity (GFI) yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 hingga 2008. Ketirisan seperti ini bukan sahaja merugikan negara dan rakyat, tetapi juga mengurangkan daya saing Malaysia untuk menarik pelaburan.



Kelima: Peningkatan Berterusan Kos Hidup

76.       Menurut laporan majalah International Living tahun 2010 kos hidup[1] di Malaysia berada pada kedudukan ke 21 paling tinggi di dunia, lebih baik daripada kedudukan pada tahun 2009 di kedudukan ke 13. Kenaikan mendadak barang keperluan termasuk harga rumah, akan menjadikan kos hidup rakyat semakin tinggi sedang pertambahan pendapatan agak perlahan. Dilaporkan, buat masa ini 50% hingga 60% pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membeli makanan dan peratusan ini boleh mencapai 80% dengan kenaikan barangan yang berterusan.

77.       Situasi ini menyebabkan sebahagian besar pendapatan bulanan dihabiskan untuk menampung kehidupan dan simpanan isi rumah di Malaysia sangat terbatas.

Sidang Muktamirin yang dirahmati Allah,

78.       Saya ingin membawa perhatian para muktamirin semua untuk melihat hasil kajian yang dilakukan oleh Pemuda BN sendiri yang boleh menggambarkan betapa kerapuhan ekonomi negara menjanjikan mimpi ngeri kepada anak-anak muda di Malaysia.

79.       Menurut kajian yang mereka lakukan, hampir 40% anak muda bimbang terhadap masa depan negara. 48% anak muda berpendirian, kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin, iaitu 39% berpendapat kehidupan di Malaysia adalah sukar dan hanya cukup untuk keperluan sahaja, manakala 9% yang lain berpendapat sangat sukar dan tidak cukup untuk keperluan.
80.       Dilaporkan juga, 81% anak muda di Malaysia pernah kehabisan wang sebelum mendapat gaji bulan berikutnya, dengan 10% dari anak muda kerap menghadapi situasi tersebut. Apalagi yang dapat saya simpulkan daripada petunjuk-petunjuk di atas, melainkan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN".

PTPTN Melahirkan Anak Muda Berjiwa Hamba

Saudara Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati sekelian.

81.       DPP amat empati dan simpati dengan nasib yang menimpa para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbeban apabila terpaksa membayar balik pinjaman mereka pada kadar yang lebih tinggi dari jumlah yang dipinjam. Beban hutang PTPTN ini laksana satu perangkap yang telah menjerut leher anak muda yang bukan sahaja memberikan kesan terhadap ekonomi, bahkan juga dari segi psikologi, sosial dan politik.

82.       Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jerat PTPTN ini pada jangka masa panjang akan melahirkan anak muda yang rendah diri, tidak mampu berdikari dan tidak berani untuk mengungkapkan kebenaran apalagi menjadi agen perubah dalam menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan. Zahir daripada mereka hanyalah jiwa hamba yang takut untuk bersuara dan sentiasa mengiyakan kefasadan yang berlaku.

83.       Sebenarnya kegagalan majoriti dari para peminjam menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN mempunyai kaitan langsung dengan iklim dan suasana ekonomi negara di bawah teraju BN yang gagal melonjakkan ekonomi negara hingga pendapatan rakyat tidak meningkat, meskipun mereka ini adalah para graduan universiti.
84.       Kerajaan juga gagal dalam mengawal harga barangan keperluan sehingga kos sara hidup di Malaysia semakin mencanak naik. Seseorang graduan akan terus memikul hutang apabila mereka terpaksa meminjam untuk memulakan kehidupan yang baru, ditambah lagi dengan hutang PTPTN yang sedia ada.

85.       Para graduan di Malaysia juga turut berdepan dengan masalah kurangnya peluang pekerjaan dan persaingan mendapatkan pekerjaan yang sengit, bahkan jika mereka mendapat pekerjaan sekalipun, gaji permulaan yang ditawarkan adalah begitu rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

86.       Lebih malang lagi, purata kenaikan gaji dan pendapatan yang dinikmati di Malaysia juga adalah rendah. Berdasarkan statistik terkini, purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000-2010, adalah hanya di sekitar 2.6%, dan ini adalah jelas lebih rendah berbanding dengan 3.2% purata kenaikan gaji dunia, termasuklah di negara dunia ketiga.

87.       Terkepung dalam kesempitan inilah, para graduan terpaksa berhempas pulas untuk menjelaskan hutang PTPTN mereka. Para peminjam PTPTN bukan sahaja berhadapan dengan tindakan mahkamah, bahkan sebelum ini juga mereka turut berdepan dengan tindakan disenarai hitamkan termasuklah dilarang untuk keluar negara.

88.       Lihatlah wahai anak muda, kerajaan BN terbukti gagal memperbaiki taraf ekonomi negara yang boleh menjamin generasi muda berpendidikan tinggi mendapat taraf hidup yang sewajarnya. Kalaulah graduan pun turut terhimpit dengan kegawatan ekonomi ini, diyakini 80% lagi anak muda yang berpendidikan SPM ke bawah turut sesak terhimpit dengan nasib yang sama.

89. Justeru, atas dasar kepedulian terhadap para graduan dari kalangan para peminjam PTPTN, DPP menuntut agar perkara-perkara berikut dilaksanakan:

90.       Pertama: Kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dikuatkuasakan HANYA selepas enam bulan dari tarikh peminjam mendapat pekerjaan tetap yang setaraf dengan kelulusan mereka, dan bukannya enam bulan selepas dari menamatkan pengajian sebagaimana yang diamalkan sekarang

91.       Kedua: Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan juga Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang membolehkan pihak PTPTN menghantar nama peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman kepada Jabatan Imigresen untuk disenarai hitamkan bagi maksud menghalang peminjam ini dari keluar negara meskipun atas tugasan rasmi, hendaklah dipinda atau dimansuhkan sama sekali.

92.       Ketiga: Bentuk pinjaman baru yang tidak mengenakan langsung sebarang faedah atau kos perkhidmatan hendaklah diperkenalkan bagi menggantikan sistem pinjaman yang sedia ada.

93.       Keempat: Memberikan hak biasiswa kepada kaum Melayu dan bumiputera sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Kebobrokan Politik

94.       Hari ini, politik Malaysia semakin mundur ke belakang dengan elemen perkauman yang semakin menebal, pengamalan budaya politik jijik, maki hamun dan lucah serta penutupan ruang demokrasi kian berleluasa.


Politik Perkauman Semakin Menebal

95.       Pasca tsunami politik 2008, UMNO dan BN begitu terdesak mempertahankan survival kuasa politik mereka. Melalui agenda politik yang terancang, episod politik perkauman terus disuburkan melalui kenyataan politik pimpinan UMNO, laporan provokatif media perdana dan tuduhan melulu para cybertroopers upahan mereka.

96.       Umno juga mempertahankan kandungan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang sememangnya kuat berbau perkauman, juga menghasut para peserta supaya memandang serong terhadap kaum bukan Melayu. BTN yang telah diberi peruntukan besar, sebagai contoh pada tahun 2009 sebanyak RM 72 juta, seringkali digunakan bukan sahaja untuk menghasut supaya membenci kaum bukan Melayu, tetapi juga menabur fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

97.       Kesan dari propaganda tersebut, rata-rata pimpinan UMNO dari peringkat nasional sehingga ke peringkat cawangan masih beranggapan bahawa kaum Cina dan India sebagai pendatang asing atau warganegara kelas kedua.

98.       UMNO juga dilihat merestui tindakan media seperti Utusan Malaysia yang sering menyalakan api perkauman. Hasutan perkauman oleh Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO ini dilihat telah mempengaruhi segelintir masyarakat kita hari ini.

99.       Tidak cukup dengan menyalakan api perkauman, proksi UMNO itu juga menyemarakkan sentimen keagamaan yang jelas bertentangan dengan pendirian Islam yang sebenar. Sebagai contoh, pada awal bulan Januari 2010 beberapa gereja telah dibakar ekoran dari kenyataan organisasi ini yang bersifat hasutan berkait isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.
100.     Kejadian ini merupakan satu sejarah hitam kepada negara Malaysia sekaligus membuktikan kerajaan BN gagal untuk membawa Malaysia ke arah perpaduan nasional. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya anak muda sekelian, adakah wajar kita menyokong BN ? jika jawapannya tidak , maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN"

Pengamalan Budaya Politik Jijik

Sidang Muktamirin Sekelian.

101.      Belum puas dengan politik perkauman dan politik persengketaan agama yang semakin menebal, BN menaja pula budaya politik jijik lagi lucah dalam negara ini. Sedang menurut Islam, berpolitik adalah tanggungjawab dan kegiatan yang murni, untuk memikul amanah Allah swt. menguruskan bumi dan menegakkan keadilan kepada para penghuninya.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Surah an-Nuur: 55

102.     Justeru tanggungjawab politik itu merupakan suatu yang murni, Rasulullah saw. sendiri bertindak menjadi pemimpin politik sebagaimana juga Rasul terdahulu. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah rhu. :

إنّ بني إسرائيل كانتْ تسُوْسُهُم الأنبياء

Maksudnya: Sesungguhnya adalah Bani Israil itu, pemimpin-pemimpin politik mereka ialah para nabi.

Riwayat Ahmad

103.     Kali ini budaya politik lucah bukan hanya melibatkan surat layang, buku picisan dan media massa arus perdana, tetapi turut melibatkan institusi agama Islam dan masjid. Sehingga kini pihak berwajib agama Islam tidak bertindak di bawah peruntukan yang sedia ada untuk menyekat budaya politik jijik ini daripada menular.

104.     DPP mempersoalkan, ke mana perginya semua organ kerajaan yang sering didakwa sebagai agensi terbaik di dunia untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dengan budaya politik seumpama ini. Mengapa sehingga hari ini tiada tindakan terhadap blogger dan penulis upahan yang terlibat secara langsung dalam penyebaran video perlakuan seks tersebut?

105.     Mengapa tiada sekatan dikuatkuasakan terhadap media massa yang menyebarkan fitnah dan hasutan seperti ini? Lebih malang lagi, mengapa tiada pendakwaan Qazaf terhadap mereka yang membuat tuduhan zina atau liwat terhadap individu tertentu seperti yang terpampang di dada akhbar, laman sesawang dan pentas ceramah. Kenapa mereka diam membisu sejuta bahasa ? Lupakah peringatan Nabi saw.

السَّاكتُ  عن  الحق ّ الشيطانُ  أخرس
Diam dari menyatakan kebenaran adalah syaithan bisu.

106.     DPP menyeru kepada semua pencinta Islam khususnya ahli-ahli PAS dan seluruh generasi muda supaya tidak terlibat dengan budaya politik jijik ini. Jauhkan daripada melakukan pembunuhan karakter termasuklah terhadap lawan politik di luar PAS seperti UMNO dan BN. Kita menentang UMNO bukan kerana kelemahan peribadi yang ada dalam UMNO, tetapi kerana keengganan UMNO untuk menyempurnakan amanah Allah swt dan kegagalan mereka memerintah dengan adil dan saksama. Jadilah anak muda yang tinggi akhlak dan mooralnya. Sabda Rasulullah saw :

ان ّ اللّه   لَيُعْجَبُ   مِن    الشَّبابِ  الَّذِي لَيْسَتْ  له  صَبْوَة
Sesungguhnya Allah mengkagumi anak muda yang tiada kerosakan akhlak pada dirinya.
Riwayat Imam Ahmad

107.     Sudah sampai masanya anak muda menganjak budaya berpolitik kita kepada budaya politik bermoral dan berteraskan ilmu. Kita mahu politik yang jujur dan telus. Politik fakta dan hujjah. Politik yang bersulamkan akhlak. Hasrat kita ini hanya dapat diterjemah dengan menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada Generasi Milenium sekelian, Apakah masih ada sokongan saudara buat UMNO dan BN ? jika tiada, maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN"

Penutupan Ruang-ruang Demokrasi.

108.     DPP berpandangan seluruh kebejatan dan kebobrokan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia termasuklah dalam aspek sosial dan ekonomi seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara punca utama ialah pupusnya sistem semak dan imbang dalam system politik negara.

109.     Sebagai sebuah negara demokrasi, salah satu kuasa semak dan imbang yang terpenting ialah ketelusan perjalanan pilihanraya. Malangnya sejak akhir - akhir ini ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia sama ada yang melibatkan Pilihanraya Kecil (PRK) atau PRU semakin merosot. Kini telah timbul tuduhan di luar sana bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditunggangi oleh BN sehingga mereka dituduh bersekongkol untuk memenangkan parti tersebut pada PRU akan datang.

110.      Saya ingin memperingatkan SPR supaya mereka bukan sahaja bersih, tetapi juga mesti dilihat bersih dari ditunggangi oleh BN. Jika tidak, anak muda akan bangkit memBERSIHkan mereka buat kedua kalinya kelak.

111.       DPP mengingatkan bahawa tindakan menghumban pemimpin negara seperti yang berlaku kepada Hosni Mubarak dan Zine Abidine Ben Ali tidak mustahil boleh berlaku kepada pemimpin negara ini jika ruang demokrasi terus disempitkan dan mereka pula terus angkuh di persada kuasa.

112.      Demikian juga dengan satu lagi kuasa semak dan imbang yang penting iaitu media massa. Berdasarkan Laporan Kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara.
113.      Hampir keseluruhan media perdana sama ada Utusan Malaysia, The Star, TV3 dan lain-lain dimiliki oleh BN atau proksinya. Saya yakin PR ataupun proksinya juga mempunyai kemampuan untuk mewujudkan media seumpama media yang di miliki oleh BN sama ada media cetak atau media elektronik.

114.      Justeru itu, demi kepentingan mewujudkan kuasa semak dan imbang dalam negara, saya mendesak kerajaan yang diterajui oleh BN khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Hata Wahari, menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat" dan juga permohonan permit akhbar harian "Purnama' yang telah dimohon sejak sedekad yang lalu.

115.      Sekali lagi DPP memperingatkan, jangan sangka Generasi Milenium ini buta dengan perkara tersebut, sebaliknya mereka begitu peka dan sedang menunggu apakah tindakan selanjutnya kerajaan yang diterajui oleh BN untuk mengembalikan semula sistem semak dan imbang itu.

116.      Maka, sebelum terlambat, saya menyeru kepada seluruh anak-anak muda supaya bangkit untuk menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa NEGARA KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA.

117.      Perubahan untuk masa depan negara bukan lagi satu pilihan sebaliknya ia sudah menjadi kewajipan yang mesti diperjuangkan oleh semua anak muda negara.  Pemuda PAS di setiap peringkat mesti memacu perubahan ini dan memimpinnya sehingga berjaya merubah kuasa pentadbiran yang telah gagal, kepada satu harapan baru untuk masa depan negara yang lebih baik.

Konsep Kebangkitan Baru

118.      Sebagai teras kepada kebangkitan baru ini, keperibadian anak muda seharusnya cemerlang dengan pengertian mereka adalah golongan yang beriman dan beramal. Keperibadian yang kukuh, akan melonjakkan diri anak muda menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ketahanan untuk menjulang obor kebangkitan baru di Malaysia.

119.      Dengan wujudnya peribadi yang cemerlang, generasi muda pasti bersedia pada bila-bila masa untuk terlibat dalam hal ehwal pentadbiran negara dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan.

120.     Malangnya, hari ini peranan anak muda hanyalah sebagai penonton kepada pembangunan negara dan kadang-kadang menjadi 'bidak catur' kepada keputusan pra-matang para pemimpin. Lihat sahaja dalam MEB, peranan anak muda yang sepatutnya dimartabatkan sebagai "penggerak utama ekonomi negara" langsung tidak diberi perhatian secara serius, sebaliknya kepercayaan mutlak diberikan kepada pemodal atau golongan koperat.

121.      Generasi muda juga terus menjadi bahan eksperimen keputusan pra-matang kerajaan yang diterajui BN atas nama Program Rakan Muda dan yang terkini Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program-program yang sepatutnya menatijahkan peribadi anak muda yang hebat, sehingga hari ini kurang dilihat keberhasilannya. Oleh sebab itu, kebangkitan generasi muda kali ini adalah untuk menuntut peranan kita dalam menentukan halatuju pembangunan negara yang telah sekian lama dipinggirkan.

122.     Demi mencapai hasrat tersebut, anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi 'tukang angguk' atau 'yes man' kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

123.     Di dalam sistem politik Islam, hak seperti ini telah sedia diamalkan sebagaimana yang diucapkan oleh Khalifah Abu Bakar as Siddiq:

أيُّها الناسُ فإني قدْ ولِّيْتُ عليكم ولَسْتُ بخيرِكُم، فإنْ أحْسَنْتُ فأعِيْنوني، وإنْ أَسَأْتُ فقَوِّمُوني، الصِدْقُ أمانةٌ، والكَذِبُ خيانةٌ، والضَعيفُ فيكُم قَوِيٌ عندي حتّى أَرِيْحَ عليه حَقَّهُ إنْ شاءَ اللّه، والقَوِىُّ فيكُمْ ضَعِيْفٌ حتَّى آخُذَ اْلحَقَّ مِنْهُ إن شاءَ اللّه، لَا يَدْعُ قومٌ اْلجهادَ في سبيلِ اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمُ اللّهُ بالذُّلِّ، ولاَ تَشِيْعُ الْفاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطْ إلّا عَمَّهُم اللّه بالبلاء، أطيعوني ما أطعْتُ اللّه ورسولَه، فإذا عَصَيْتُ اللّه ورسولَه فلا طاعةَ لي عليك

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.

124.     Namun sebagai matlamat yang terhampir, kami ingin mengemukakan beberapa tugasan segera yang perlu dimainkan oleh anak muda:

125.     Pertama: Anak muda mestilah menjadi agen penyebar maklumat yang aktif khususnya melalui media baru untuk menyedarkan rakyat seluruhnya tentang hakikat sebenar masa depan negara.

126.     Kedua: Anak muda mestilah menzahirkan penentangan mereka terhadap segala agenda yang boleh merosakkan negara secara kreatif seperti melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak muda yang telah membangkitkan penentangan terhadap pembinaan "Menara Warisan" 100 tingkat dalam Facebook yang telah mendapat sokongan yang begitu menggalakkan.

127.     Ketiga: Anak muda mestilah menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif bagi menentukan halatuju negara di masa akan datang melalui wacana dan forum yang menghasilkan manifesto atau agenda mereka untuk kesejahteraan negara.

128.     Keempat: Anak muda mestilah membentuk ikatan (coalition) dan jaringan yang interaktif (network) supaya suara mereka akan didengari dan pendirian mereka akan dihormati.

129.     Kelima: Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama "undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan".

130.     Demi menjayakan tugasan tersebut, DPP sekali lagi memberikan komitmen untuk menjadi rakan gandingan Generasi Milenium, iaitu sebagai :

  • rakan maklumat yang aktif,
  • rakan penentangan yang kreatif,
  • rakan inspirasi yang kolektif,
  • rakan jaringan yang interaktif dan
  • rakan pengundian yang assertif.

Gagasan DPP Memimpin Kebangkitan

131.      DPP sendiri mestilah mempersiapkan prasarana untuk berganding dengan anak muda hari ini ke arah menggagaskan kebangkitan baru demi menyelamatkan negara. Bergandingan dengan anak muda ini, para pendukung DPP perlu terlibat bersama program anjuran NGO yang didominasikan oleh anak muda.

132.     Meskipun kemungkinan program itu menjuruskan kepada aktiviti kesukanan, seni, aktiviti santai dan lain-lain aktiviti kebeliaan, kita tidak boleh mengabaikannya dengan menganggap aktiviti tersebut tidak mempunyai kepentingan dakwah dan siasah. Lebih daripada itu, sudah sampai masanya DPP di peringkat cawangan dan kawasan menubuhkan proksi baru berkait bidang kebeliaan sebagai prasarana penghubung dengan generasi anak muda.

133.     Sementara itu, sudah menjadi keperluan kepada para pendukung DPP untuk menguasai media baru bermula daripada yang paling mudah seperti jaringan SMS sehinggalah kepada penggunaan twitter, blog, facebook, youtube dan lain-lain.

134.     Kewujudan media baru ini telah membuka ruang yang besar kepada kita semua untuk berinteraksi dengan anak muda, sekaligus memungkinkan wujudnya satu gandingan ke arah merealisasikan kebangkitan anak muda.

135.     Tanpa menafikan kepentingan media baru, interaksi secara bersemuka seperti yang telah dilakukan sebelum ini bukan hanya harus diteruskan, malah perlu digandakan. DPP perlu turun ke lapangan anak muda bertemu dan bersemuka dengan mereka,

  • menyedarkan tentang hak dan kuasa mereka,
  • mengajak mereka untuk membuat perubahan,
  • mewujudkan jaringan anak muda yang lebih luas,
  • mendaftar sebagai pengundi dan akhirnya
  • mengundi untuk perubahan.

136.     Kita perlu mengenalpasti tempat tumpuan anak-anak muda yang lazimnya di luar rumah, lalu turun sebagai agen perubah masyarakat. Saya optimis dengan interaksi bersemuka ini akan menjadikan anak muda lebih rapat dan mengenali hasrat murni kita.

Persiapan DPP Memimpin Kebangkitan

137.     Dewan Pemuda PAS di semua peringkat perlu memposisi diri di khalayak anak muda dan perlu tampil dilihat mewakili generasi muda negara. Pemimpin dan anggota DPP tidak boleh ekslusif beraksi dalam gelanggang organisasi parti semata-mata.

138.     Dewan Pemuda PAS perlu memahami suara hati anak muda dan mampu turut bersama mendokong aspirasi dan memperjuang idealism mereka.

139.     Dewan Pemuda PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk anak muda berasimilisasi dengan DPP samada dalam struktur formal DPP atau penglibatan dengan proksi organisasi DPP seperti MyPro, DACS dan sebagainya.
140.     Dewan Pemuda PAS perlu bercakap dengan bahasa anak muda yang ada rasa tanggungjawab tentang masa depan masyarakat dan negara, mampu membentang penyelesaian dan wawasan untuk masa depan negara.

141.      Dewan Pemuda PAS mesti focus pemikirannya kepada kebajikan masyarakat dan rancangan pembangunan negara. Kuasai ilmu untuk keupayaan merancang pembangunan negara terutamanya persoalan ekonomi, kajian sosial dan pembangunan manusia.

142.     Dewan Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran kepimpinan yang tinggi dan daya pemikiran kreatif untuk mampu tampil di tengah-tengah kumpulan anak muda dan memimpin mereka menuntut perubahan.

Pemuda Ansoorullah yang dikasihi sekelian.

143.     Antara persiapan asas yang mesti dimiliki oleh anggota DPP disemua peringkat sebagai sentuhan berkesan untuk memimpin kebangkitan ialah pemuda mesti bergerak seiring dengan 6 elemen kebangkitan.

Pertama: Kebangkitan ilmu dan pemikiran
صحوة العلم  و  الفكرة

144.     Kebangkitan tidak boleh digerakkan dengan sentimen dan kejahilan. Sebaliknya ia mesti dibina di atas kemantapan ilmu dan pemikiran yang jelas untuk membaca road map sesebuah kebangkita. Kata Saidina Umar al Khattab:

تفقهوا    قبل    أن    تسودوا
Kuasai ilmu terlebih dahulu sebelum kamu memimpin.


Kedua: Kebangkitan hati,  jiwa dan perasaan
صحوة  القلب  و  المشاعر

145.     Kebangkitan juga tidak boleh bertolak dari hati dan jiwa yang kosong, lebih – lebih lagi hati dan jiwa yang kotor. Jiwa pejuang kebangkitan mesti kental berdiri di atas keikhlasan dan keyakinan yang tinggi terhadap cita – cita perjuangan disamping memiliki hati yang benci terhadap kezaliman dan penyelewengan.

Ketiga:  Kebangkitan sifat kesungguhan dan berdisiplin
صحوة   الجدية  و  الانضباط

146. Mengurus kebangkitan dan memimpinnya memerlukan satu tahap kegigihan yang maksima. Sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh akan mencacatkan gelombang sebuah kebangkitan.

Keempat: Kebangkitan rasa tanggungjawab dan ringankan bebanan
صحوة  المسؤولية  و تخفيف  الضرار

147.     Sebuah kebangkitan pastinya akan berdepan dengan risiko. Bermula dari kelemahan sendiri dan ianya bertali dengan tekanan dari pihak musuh. Setiap keadaan mesti dihadapi dan didepani dengan penuh tanggungjawab tanpa membuka ruang kepada sikap lepas tangan apatah lagi pengkhianatan.

Kelima: Kebangkitan persaudaraan dan kesatuan teguh
صحوة  الأخوة    و  الإثار

148.     Kebangkitan adalah sebahagian dari episod perjuangan dan ia tidak boleh diurus secara "one man show". Sementara organisasi juga rapuh andai tidak diikat kukuh dengan ukhuwwah fillah dari kalangan pencetus dan pengeraknya.

Keenam:  Kebangkitan Islam dan pemerintahan sejagat
صحوة  الإسلامية   و  الخلافة  الراشدة

149.     Kebangkitan akan sempurna apabila ia dipasak di atas tapak yang kukuh dan starategik. Tentunya tapak itu ialah wahyu Allah, Tuhan yang telah mencipta langit, bumi dan seluruh ummat manusia.

Penutup

Pemuda yang dirahmati Allah sekelian.

150.     Kita akan berhadapan dengan PRU ke 13 tidak lama lagi dengan jangkaan hampir 40% dari 11,811,452 orang pengundi berdaftar adalah dari kalangan generasi muda yang berumur 40 tahun kebawah. Dari jumlah keseluruhan pengundi berdaftar tersebut, lebih kurang dua juta pengundi ialah mereka yang kali pertama akan mengundi di dalam pilihanraya kali ini.

151.      Jumlah itu belum lagi dicampur dengan hampir 3.9 juta warganegara Malaysia yang telahpun mencapai umur 21 tahun, tapi masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Para pengundi muda yang akan mengundi dalam PRU ke 13, seperti yang telah disebutkan sebelum ini terdiri daripada Generasi Milenium yang memperlihatkan kecenderungan berpolitik secara non-partisan.

152.     Senario politik sedemikian menggambarkan betapa pentingnya kepada PAS untuk tampil sebagai sebuah parti politik yang memahami kehendak generasi muda dan sentiasa mesra mendekati mereka. Harus juga diperingatkan bahawa kegagalan memenangi hati anak-muda akan memberi kesan buruk terhadap pencapaian PAS di dalam Pilihanraya akan datang.
153.     DPP berpandangan PAS perlu lebih serius untuk memupuk dan menerima penglibatan lebih ramai golongan muda di dalam hirarki kepimpinan PAS di semua peringkat dalam usaha memperbaharui kesegaran dan dinamisme PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang unggul di rantau ini.

154.     Penonjolan pimpinan muda ini amatlah perlu bagi mengambarkan kita tidak ketandusan pelapis kepimpinan bukan sahaja untuk memimpin parti, tetapi pada masa yang sama untuk diketengahkan sebagai calon di dalam pilihanraya akan datang.

155.     Kami sama sekali tidak bertujuan untuk menidakkan kemampuan kepimpinan yang sedia ada, tapi apa yang kami maksudkan ialah sudah sampai masanya PAS menyediakan lebih banyak ruang untuk mengenengahkan pimpinan muda yang berkaliber dan berkebolehan dengan mengurangkan pertindihan bebanan tanggungjawab pemimpin yang sedia ada.

156. Sama ada disedari atau tidak, pertindihan beban tanggungjawab di kalangan pimpinan PAS merupakan satu isu yang besar dalam parti. Oleh sebab itu, adalah menjadi hasrat DPP menawarkan pemimpin muda kepada parti untuk diberikan peranan yang lebih besar bermula di peringkat kawasan, negeri sehinggalah di peringkat pusat.

157.     Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa kawasan yang telah memberi kepercayaan kepada pimpinan dan bekas pimpinan DPP untuk memimpin PAS kawasan.

158. Dalam masa yang sama PAS juga mesti berani meletakkan calon – calon baru dan muda di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menuntut supaya PAS membariskan 40 % daripada calon pilihanraya adalah dari kalangan calon – calon muda terutama yang berusia 45 tahun ke bawah.
159.     Tahniah saya ucapkan kepada pimpinan PAS yang diterajui oleh Alim Rabbani Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti kerana memberi kepercayaan kepada tokoh – tokoh muda menggalas amanah mewakili parti dalam siri Pilihanraya Kecil baru – baru ini seperti DUN Tenang di Johor, Kerdau di Pahang, Merlimau di Melaka dan terkini pilihanraya umum edisi Sarawak di Sadong Jaya dan Beting Maro.

Pemuda Ansoorullah yang dikasihi sekelian.

160.     Saya akhiri dengan 5 Nota Pemuda PAS, penting untuk perhatian dan renungan setiap anggota Dewan Pemuda PAS.

Nota Pertama :

161. Biar apa pun zaman dan di mana jua berada , Pemuda tetap menjadi skuad kebanggaan Nabi saw. dan sandaran Baginda untuk menyambung risalah perjuangannya ke arah mendaulatkan syariat Allah swt. di atas muka bumi ini . Justeru itu, janganlah kalian semua menghampakan harapan Baginda Rasul saw. dan lebih malang menjatuhkan "air muka" Baginda saw. dengan kegagalan pemuda beraksi selayaknya mendokong dan memacu perjuangan ini.

Nota Kedua:

162.     Pemuda PAS mestilah mempersiapkan diri dari segenap aspek  bermula dari 10 noktah :

  • Spiritual yang mantap dengan taqarrub diri kepada Allah swt.
  • Fikrah yang jelas melalui pembacaan yang komited terhadap surah [al kitab] & khibrah [pengalaman].
  • Aqidah yang tulen tanpa dipengaruhi oleh elemen syirik dan khurafat.
  • Karisma kepimpinan yang taqwa , thiqah dan berpengaruh.
    Syakhsiyyah yang soleh, ikraamul al akh [mesra anggota] dan turun ke medan.
  • Ilmu yang menguasai tuntutan dan keperluan perjuangan secara individu atau kolektif .
  • Fizikal yang kuat memikul amanah perjuangan dan menyerap tekanan .
  • Kebijakan aqal dalam mengatur strategi mendepani cabaran.
  • Ketenangan jiwa semasa mengurus karenah ahli dan mengurai kekusutan dalaman.
  • Kolektif yang berpakat tanpa retak biar sejalur cuma.

Nota Ketiga :

163.     Aktif menggerakkan jentera perjuangan tanpa siapa dikalangan pemuda berpeluk tubuh. Lebih mengaibkan jika ada yang berat papan punggungnya untuk bangun melaksanakan amanah yang terpikul di atas pundaknya sebagai pimpinan di manapun peringkat ia terpilih dan terlantik.

164.     Pemuda PAS bukan pondan yang sering lemah dilanda fitnah, resah dihempap musibah dan longlai dipukul badai sebaliknya hebat di medan debat, perkasa menabur jasa dan gagah menentang musuh bedebah.

165.     Pemuda PAS mestilah menjuarai isu dan senantiasa dekat di mata dan hati rakyat sebagai madu'u [pengundi dalam bahasa pilihanrayanya]. Senantiasa ada bila rakyat berduka dan senantiasa muncul bila rakyat sugul.

166.     Pemuda PAS tidak boleh diperalat oleh siapa jua untuk mencapai tujuan politik individu apalagi untuk menjual agama dan menolak perjuangan suci ini. Bahkan pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berkata : Ya ! Kami Ansorullah [pejuang agama Allah]. Berfungsi di sayap utama mengembeling kekuatan dalaman dan mobilisasi kesedaran rakyat bagi menjana kemenangan dan mempertingkatkan prestasi juang serta mempertahankan kemenangan yang telah sedia tercapai.

167.     Pemuda PAS bukan peluru sesat atau pedang karat yang boleh dimanafaat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melepas amarah sesama sendiri dengan menabur peluru fitnah secara membuta tuli [boleh dibaca - membabi buta] dan menebas leher mencantas betis sesama anggota hanya kerana tidak bersefahaman.

168.     Pemuda PAS adalah senjata "hard target" yang siap dan sedia menembusi kepala dan jantung musuh Allah swt. Tanpa gentar dan gerun melepasi benteng musuh yang penuh jerangkap berbekal strategi licik dan kemahiran yang tinggi dikalangan anggota pemuda.

169.     Pemuda PAS adalah supporter group untuk sedia dan siap melaksanakan arahan jamaah dan pimpinannya dengan teliti dan jaya tanpa mendatangkan masaalah kepada jamaah dan pimpinan sebaliknya melancarkan gerakkerja, melicinkan misi dan menjayakan visi perjuangan suci ini.

Nota Keempat :

170.     Muktamar kali ini adalah pusingan anggota memilih saf kepimpinan jamaah di pelbagai peringkat dan tidak ketinggalan kita para pemuda. Terlebih dahulu kita telah diajar oleh agama agar memilih dan menyerah tugas kepimpinan kepada mereka yang layak, mampu dan beramanah.

171.      Bukan populariti , bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata - mata, sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertaqwa.

172.     Usah jadikan ini kesempatan untuk bersengketa tetapi jadikan ia sebagai peluang untuk merapat jurang, mengimpal retak, menjalin ukhuwwah, membina persefahaman dan menyatu fikrah. Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksana ikatan batu bata, membangun menara kukuh gah dipersada juang.

Nota Kelima:

173.     Rakyat melihat kita adalah bahtera penyelamat yang memegang teraju gelombang perubahan ke arah membina Malaysia yang ditadbir oleh pemimpin yang soleh dan undang - undang yang adil. Mengislahkan politik dan menjana ekonomi melalui plan syariah yang terbukti benar dan berkesan.

174.     Tinggal lagi keyakinan rakyat kepada plan ini masih belum dapat diraih sepenuhnya setelah mereka mengalami krisis keyakinan teruk terhadap undang - undang dan peraturan syariah akibat fitnah dan momokan jahat UMNO dan BN sejak mereka memerintah negara lebih 50 tahun yang lalu.

175.     Justeru itu, pemuda tidak harus rasa selesa walau berada di negeri yang kita menang seperti Kelantan , Kedah, Penang dan Selangor. Sebaliknya pemuda mesti memikir beberapa pendekatan baru dengan kepelbagaian aktiviti untuk terus segar dan mekar bersama masyarakat remaja dan anak muda. Apatah lagi pemuda di negeri yang belum menang seperti negeri2 yg lainnya,


176.     Malah pemuda mesti terus enggage dengan semua golongan dan lapisan masyarakat, turun dan mara sebagai Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Menyantuni dan menyertai kehidupan harian mereka dengan membawa semangat Orang Muda Geng Kita. Terutama hubungan kita dengan rakan tahaaluf iaitu Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy. Pastikan hubungan ini terus erat dan bersama menjana kemenangan demi kepentingan negara dan rakyat.

177.     Ada pihak mempertikai hubungan kita dengan AMK dan DAPsy sebagai tidak islamik dan kononnya menggadai prinsip perjuangan asal kita. Suka saya tegaskan disini , bahawa kita tidak pernah merubah dasar dan prinsip perjuangan dan hubungan kita dengan AMK dan DAPsy adalah hubungan tahaaluf yang diluluskan oleh syara' maka tidak timbul soal tidak syari'e atau tidak islamik.

178.     Bukankah Islam mengajar kita menentang kezaliman seperti ISA. Bukankah Islam mengajar kita menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan seperti apa yang berlaku kepada SPR, Badan kehakiman, polis dan FRU ?

179.     Bukankah Islam mengajar kita menentang segala pembaziran seperti projek mega yang tidak menguntungkan rakyat, agihan saham hanya berlegar dikalangan kroni dan sebagainya ?

180.     Maka kita sepakat dalam perkara ini dengan AMK dan DAPsy lalu kita bertahaaluf [kerjasama], maka dimanakah yang tidak Islamik dalam perkara ini ? Saya harap kita tidak keliru lagi dan saya juga sebagai anggota Majlis Syura Ulama' turut terlibat dalam perbahasan dan penelitian panjang mengenai perkara ini dan Majlis Syura Ulama' PAS telah memutus dan meluluskan perkara ini.
181.      Justeru itu, kita pertahankan tahaaluf ini dengan konsep dan prinsip serta akhlak dalam bertahaaluf siasi dengan mana - mana jua pihak yang bukan dari jamaah atau parti kita. Dalam erti kata yang lain, marilah kita perkukuhkan PAKATAN RAKYAT tanpa melupakan pemerkasaan parti kita sendiri.

182.     Saya mewakili seluruh saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh pelusuk tanahair, kerana memberikan intima' yang jitu demi melunaskan tanggungjawab berjamaah sekaligus menjayakan sidang muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi kali ke 52 ini.

183.     Terima kasih tidak terhingga kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang diterajui oleh Al Fadhil Ustaz Hasbullah Ridzwan dan seluruh exconya jua Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam selaku tuan rumah muktamar kita kali ini.

184.     Terima kasih jua kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang diterajui oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di atas keselesaan dan kemudahan yang diberikan bagi menjayakan muktamar ini. Terima kasih, kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung hari ini bagi kali ke 52.

185.     Akhirnya selamat berjuang, selamat bermuktamar dan pastikan ucaptama "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" ini dibaca bersama dengan ucaptama saya pada tahun lalu iaitu "Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan" bagi mewujudkan keseimbangan dan kesepaduan menggerakkan perjuangan suci ini.

السلام  عليكم  و رحمة  اللّه  و بركاته
اللّه أكبر       اللّه أكبر        اللّه أكبر



[1] Kos hidup ini diukur berdasarkan berapakah jumlah kos yang diperlukan untuk mencapai gaya hidup piawai (atau lebih baik) seperti yang dinikmati di Amerika Syarikat. Sumber data ini diperolehi daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat berkaitan Indeks Kos Hidup Luar Legara yang menentukan berapakan jumlah elaun kos hidup yang diperuntukan untuk menampung gaya hidup barat di beberapa negara.

Sudah sampai masanya BN ditumbangkan

Posted: 01 Jun 2011 07:19 PM PDT

SHAH ALAM, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh anak muda di negara ini bangkit dalam pilihan raya umum akan datang untuk menumbangkan BN.

Bercakap menyampaikan ucapan dasar malam ini, ketuanya Nasrudin Hassan berkata, BN sudah tidak boleh lagi dibiarkan merosakkan negara ini.

"Slogan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka.

"Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Milenium ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

"Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan "Sudah sampai masanya BN ditumbangkan," katanya.

Mengemukakan beberapa sebab kenapa BN wajib ditumbangkan, beliau berkata BN telah terbukti gagal mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga rakyat dimangsakan untuk menambah wang negara.

Ianya terbukti apabila beberapa pengumuman baru dibuat kerajaan termasuk menaikkan harga barang keperluan seperti petrol, gula dan terbaru tarif elektrik.

Akibat kegagalan pengurusan ekonomi itu juga, kerajaan semakin terdesak sehingga "memecah tabung rakyat" dan mengugut rakyat membayar saman ekor.

"Sebaliknya apa yang jelas, usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik",tambahnya lagi.

Antara sebab lain pula, BN perlu ditumbangkan kerana menyekat demokrasi, berleluasanya penyelewengan, dan melakukan kezaliman atas nama undang-undang untuk kepentingan politik mereka.

"Kita menentang Umno bukan kerana kelemahan peribadi yang ada dalam Umno, tetapi kegagalan Umno untuk menyempurnakan amanah Allah,"katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh anak muda turun 9 Julai ini dalam himpunan Bersih 2, bagi menunjukkan signal 'anak muda menolak BN'.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-52 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dirasmikan malam ini oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Muktamar penuh akan berlangsung esok termasuk pengundian untuk perwakilan memilih barisan kepimpinan dewan itu untuk sesi 2011-2013.

Majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-52

Posted: 01 Jun 2011 06:07 PM PDT




















Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Jun 2011 09:52 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Perkhidmatan bas masih teruk

Posted: 02 Jun 2011 02:48 AM PDT

Perkhidmatan bas masih teruk
Sinar Harian 2 Jun 2011

KUALA KLAWANG - Masalah pengangkutan di Daerah Jelebu masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya meskipun pelbagai rungutan dan aduan dibuat.

Tinjauan mendapati, suasana sekitar tempat perhentian bas di Pekan Kuala Klawang lengang dan tidak banyak pengangkutan awam terbabit ditemui.

Difahamkan, perkhidmatan bas disediakan untuk penduduk di pekan ini selang dua jam sekali dari Pekan Kuala Klawang ke Seremban sahaja.

Manakala, perkhidmatan bas ke kawasan dalam daerah Jelebu tidak disediakan melainkan dari pekan ke Titi.

Perkhidmatan bas dari Pekan Kuala Klawang ke Titi disediakan kerana kawasan berkenaan menjadi tumpuan penuntut Kolej Komuniti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang.

Sehubungan itu, syarikat bas bersedia menawarkan perkhidmatan bas memandangkan terdapat penumpang tetap di kawasan terbabit setiap hari.

Suri rumah, Fatimah Anum Muhammad, yang berasal dari Kampung Simpang Durian berkata, dia sekeluarga menghadapi masalah pengangkutan setiap kali pulang ke kampung halaman kerana tiada perkhidmatan bas dari Pekan Kuala Klawang ke Simpang Durian disediakan kecuali teksi.

Menurutnya, teksi sering mengenakan caj yang tinggi hingga mencecah RM50 dan masalah ini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu.

"Sebelum ini, saya kerap pulang ke kampung halaman, namun sejak menghadapi masalah pengangkutan, saya hanya balik dua bulan sekali.

"Saya kesal dengan tindakan sesetengah pemandu teksi yang mengambil kesempatan dengan mengenakan cas yang tinggi kepada penumpang," katanya yang kini menetap di Flat Sri Penang, Bangsar.

Fatimah Anum berkata, pemandu teksi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 dari Pekan Kuala Klawang ke Simpang Durian.

Menurutnya, harga berkenaan tidak setimpal dan sekiranya harga yang dikenakan hanya RM30 mungkin munasabah.

"Caj perkhidmatan teksi untuk sekitar Kuala Klawang juga mahal. Setiap penumpang dikenakan bayaran RM10 satu kepala bukan untuk satu teksi," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan juga mendapati keadaan stesen bas berkenaan semakin uzur dengan tar jalannya pecah dan berlopak.

Selain itu, caj yang dikenakan ke atas tandas awam juga agak mahal iaitu 30 sen, namun kebersihan tidak begitu memuaskan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9152043.asp

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 02 Jun 2011 09:40 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


MUKTAMAR PAS PUSAT: UMNO TAKUT PADA HUSAM

Posted: 02 Jun 2011 08:39 AM PDT

Bodohnya nak sedekah kepada Syed Azidi - Husam
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.

Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.
Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.

Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Berikut kenyataan penuh Husam:.

"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.                         
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.

"Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.                  

"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini.                               
"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.

"Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.

"Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

"Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."

Pengorbanan tuntas Siti Khadijah benchmark MUSLIMAT PAS

Posted: 02 Jun 2011 08:28 AM PDT


KETUA WANITA DHPP
Khamis
2.6.11
SHAH ALAM SELANGOR
Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke 51 telah mencatat sejarah baru untuk Dewan Muslimat seluruh Malaysia di mana perwakilan yang datang telah menunjukkan potensi kuasa ekonomi dan sifat kedermawanan mereka apabila jumlah wang yang diderma berbentuk dinar emas dan dirham serta wang ringgit melebihi RM100,000 setelah di mulakan oleh perasmi muktamar DMPP YAB TUAN GURU DATO' NIK AZIZ NIK MAT.yang menderma 3 dinar emas dan 3dirham.. Pengumpulan Dana pilihanraya yang bermula pada lebih kurang pukul 10.30 pg dan berakhir 7.00ptg telah melebihi target yang disebut pada permulaan pelancaran iaitu RM100,000. Allahu akbar!

Mungkin roh perjuangan Siti Khadijah telah meresap ke jiwa Muslimat PAS sehingga sanggup fastabiqul khairat, berlumba-lumba menderma untuk kebaikan iaitu menumpas rejim yang bathil pada pilihanraya akan datang dan membantu cahaya kebenaran menyinar di PUTRAJAYA.

Siti Khadijah pernah mengatakan kepada Nabi s.a.w ketika ajal sudah hampir dan ketika itu HARTAWAN DERMAWAN sudah kehabisan segala harta bagi membiayai perjuangan kebenaran Nabi s.a.w,

" sekiranya tulangku ini boleh digunakan untuk membuat jambatan yang  digunakan oleh tentera Islam lalu, maka ambillah ia Ya Rasulullah!!"

Semoga ALLAH swt memimpin dan melindungi Muslimat dalam perjuangan mendaulatkan syariatNya.
Amin

caj HATI BEST!

Posted: 02 Jun 2011 07:44 AM PDT

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT : SOF BARU 2011-2013

Posted: 02 Jun 2011 07:33 AM PDT

Siti Zailah dinobat Ketua Muslimat
Hazayani Zakaria   
SHAH ALAM, 2 Jun: Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh. Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi.
Bagi jawatan timbalan ketua pula dimenangi Dr. Siti Mariah Mahmud menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan.

Manakala jawatan naib ketua kekal dengan Mumtaz Md Nawi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap

Nor Hashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail
KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
Siti Mariah Mahmud, Dr  

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida @ Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

Jasindaily Online

Posted: 02 Jun 2011 09:30 AM PDT

Jasindaily Online


AMK DAN DAPSY SAMBUT BAIK UCAPAN DASAR KP DPP PUSAT

Posted: 02 Jun 2011 05:00 AM PDT

Saff Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat 2011-2013

Posted: 02 Jun 2011 04:52 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 02 Jun 2011 09:29 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


'Jangan hanya jadi 'yes man' kepada pemerintah'

Posted: 01 Jun 2011 08:56 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 1 Jan: Selagi orang muda hanya menjadi 'yes man' terhadap apa yang dilakukan pemerintah, selagi itulah kerajaan BN akan terus bermaharajalela menindas rakyat untuk kepentingan mereka, kata Nasrudin Hassan.

Beliau mengingatkan demikian sewaktu memnyampaikan Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar dewan itu di sini malam ini.

Katanya, anak muda perlu berani menyatakan bantahan terhadap dasar yang mengainaya rakyat yang dibuat kerajaan.

Keberanian itu tegasnya harus diterjemah atas kertas undi pada pilihan raya umum nanti.

"Anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi 'tukang angguk' atau 'yes man' kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

"Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama "undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan",katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau memberikan beberapa tugasan kepada pemuda PAS agar menyedarkan golongan belia bahawa mereka mempunyai peluang menegur kerajaan melalui undi.

Antaranya beliau mahu anak muda menjadi agen penyebar maklumat yang aktif melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain.

Selain itu beliau menyeru agar anak muda menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif melalui wacana dan forum serta membentuk ikatan (coalition) supaya suara mereka lebih didengari.

Di samping itu juga menyeru kerajan BN melihat bagaimana kesan kuasa kebangkitan anak muda di Timur Tengah termasuk di Tunisia dan Mesir sehingga kerajaan masing-masing dijatuhkan melalui jalan raya.

Kesan sama berlaku apabila anak muda bangkit pada pilihan raya Singapura baru-baru ini.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini,"tegasnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Muslimat: 'Tawan' pengundi, rakan dan musuh

Posted: 01 Jun 2011 08:52 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 2 Jun: Muslimat PAS di semua peringkat diseru mempraktikkan segala ilmu dan kepakaran berkaitan pilihan raya yang diperoleh sebelum ini bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, sudah sampai masanya segala pengalaman yang diperoleh melalui kursus dan bengkel yang dianjurkan parti selain melalui 16 siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak digunakan sebagai persedian akhir menghadapi PRU ke-13.

"Gendang PRU ke-13 sudah dipalu dan mulai hangat kedengaran ke seluruh pelusuk negara. Umno BN telah mula mengembar-gemburkan slogan-slogan "Satu Malaysia", transformasi ekonomi dan sebagainya serta telah menabur janji-janji manis.

"Marilah kita tekadkan azam, kuatkan semangat, merancang dan melaksanakan gerak kerja PRU dengan penuh komitmen. Tiada alasan menasabah untuk kita masih bertangguh-tangguh.

"Kita memerlukan komitmen semua ahli-ahli PAS seluruhnya dan para muslimat adalah satu komponen penting jamaah kita dalam menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan," katanya sewaktu menyampaikan ucap tema di muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-51, di Dewan Bankuet bangunan SUK Shah Alam, dekat sini hari ini.

Dalam ucapan bertema "Memimpin Perubahan, Meneraju Kebangkitan", Nuridah mensasarkan tiga golongan untuk 'ditawan' melalui tiga pendekatan sebagai persediaan PRU ke-13 iaitu, pertama; menawan hati pengundi-pengundi melalui penerangan dan dakwah berhikmah.

Menurut Nuridah, muslimat seharusnya telah turun padang mengenal pasti pengundi-pengundi, mendaftarkan pengundi-pengundi muda dari kalangan kita dulu, jiran tetangga dan rakan taulan termasuk menziarahi setiap rumah di bandar-bandar, pinggir-pinggir bandar, di setiap kampung dan desa menyeru dan meraih mereka agar memilih Islam yang syumul.

"Kita ketuk pintu-pintu hati mereka dengan penuh keinsafan dan kesedaran beragama serta keharmonian bermasyarakat. Kita jelaskan juga cita-cita perjuangan PAS – PAS For All – PAS untuk semua dan terangkan kepada mereka segala tawaran Pakatan Rakyat seperti yang tertera pada Buku Jingga," katanya.

Muslimat juga tegasnya harus menjelaskan perubahan dan pembaikan yang telah dilakukan terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya peranan muslimat PAS khususnya dan wanita Pakatan Rakyat amnya dalam urusan pentabdiran kerajaan dengan menerajui portfolio yang mencabar seperti pelaburan dan perindustrian, pendidikan tinggi dan pembangunan insan di Selangor. Juga menerajui portfolio kesihatan, kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Kedua; menawan hati rakan melalui ketulusan hati.

Nuridah berkata, bagi menawan hati rakan, semangat setiakawan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, semua wanita ahli-ahli dan penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS, PKR, PSM dan DAP harus diperkukuhkan bagi berganding bahu melaksanakan strategi serta muafakat setempat.

"Fokuskan kepada kepentingan dan matlamat bersama dan kecilkan segala salah faham dan pekara titik-bengik yang menghalang kita dapat bergerak maju dengan penuh kesepaduan. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kejayaan kita bersama," katanya.

Ketiga; menawan hati lawan melalui strategi bijaksana.Nuridah menyeru seluruh muslimat mematuhi segala arahan pimpinan dalam melaksanakan strategi menghadapi pihak lawan dan tidak terburu-buru mengambil keputusan sendiri serta tidak menangguhkan sesuatu pelaksanaan.

"Contoh teladan para sahabat Rasulullah yang setia mematuhi segala arahannya. Ambillah tugasan yang kita ukur dengan kemampuan kita janganlah cemburu dengan kemampuan sahabat dan rakan seperjuangan. Juga kita perlu berani mencuba dan jangan ragu-ragu dengan segala keputusan yang telah dimuafakatkan," katanya.

Justeru ujarnya, seluruh muslimat samaada golongan muda atau veteran harus bersama-sama berjuang untuk kelangsungan parti tanpa ada sikap suka berlengah-lengah.

"Mari kita bergerak di dalam satu saf jamaah bersepadu secara terancang dan tersusun mengikut kemampuan kita dan terus mara ke medan jihad. Selagi kita tidak bermula dengan mengharapkan orang lain, selagi itu kita tidak akan mampu menahan gelombang dakyah kehidupan sekular yang membawa dosa dan kemaksiatan secara berseorangan," katanya.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya muslimat mengurangkan atau meninggalkan terus segala aktiviti yang tidak bermanfaat sebaliknya menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk membantu jemaah melawan Umno Bn.

"Masa untuk bersenang-senang, sembang-sembang di atas tangga, membeli-belah tanpa menghirau masa di pasaraya, bersantai-santai dengan teman membiar masa berlalu begitu saja, duduk berjam-jam di depan tv, melayari internet tanpa tujuan perlulah dihentikan segera.

"Masa untuk sibuk dengan agenda peribadi sahaja telah berakhir! Marilah kita bersama-sama turun padang mengharungi segala onak dan duri. Masa untuk kita terlalu singkat sedangkan terlalu banyak perubahan dan pembaikan yang perlu dilakukan. Kerana kematian dan pertemuan dengan Allah sangat hampir. Kita amat bimbang amanah yang dipikul ini tidak sempat ditunaikan dengan baik," katanya.

Harakahdaily/-

Pemuda Guchil

Posted: 02 Jun 2011 09:24 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 02 Jun 2011 09:14 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Mahasiswa Harapan Penjana Perubahan

Posted: 01 Jun 2011 09:12 AM PDT

SHAH ALAM, 2 Jun : Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah atas keberanian mahasiswa ini membuat perubahan dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sekaligus menjadi bukti gelombang perubahan kini telah dirasakan.

Ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua DPPP dengan tema 'Memimpin Kebangkitan Anak Muda', Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi mengimbas kemenangan kumpulan pro mahasiswa di beberapa buah universiti pada PR kampus baru-baru ini.

"Mahasiswa kini tidak lagi tunduk kepada pihak pentadbir yang menjadikan AUKU sebagai pemasung yang mematikan aktiviti demokrasi mahasiswa," katanya kepada para perwakilan dan pemerhati pada Malam Perasmian Muktamar Tahunan DPPP kali ke 52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam ini.

Menurutnya lagi, walaupun PRK diadakan namun ia hanya sekadar rutin semata-mata tetapi sebaliknya terdapat pihak yang dengan sengaja campur tangan dan membuatkan PRK menjadi berat sebelah dan hanya memenangkan calon yang ditaja pihak pentadbir universiti.

"Natijah sistem yang sekian lama membelenggu mahasiswa dan ahli akademik ini sedikit pun tidak membantu meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara, malah reputasi kampus semakin merudum termasuklah di peringkat universeti seluruh dunia.

"DPPP berpendirian, soal prinsip politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka menentukannya tanpa kekangan, ugutan dan paksaan," katanya lagi.

Oleh itu ujarnya, DPPP menuntut supaya mahasiswa diberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada golongan ini untuk menyatakan suara mereka dan pandangan
terhadap apa jua perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

"Pindaan terhadap Auku sebelum ini masih belum mencukupi kerana sehingga hari ini mahasiswa masih belum dibenarkan untuk terlibat secara langsung dengan parti
politik.

"Jika sekadar hanya dibenarkan menyertai NGO dan persatuan luar kampus maka ia tidak mencukupi untuk memaksimumkan kemampuan golongan mahasiswa ini dalam mengenegahkan suara mereka, dan bukanlah sekadar berlegar dalam ruang tertutup dunia kampus atau bidang pengajian mereka semata-mata tanpa terlibat dalam dunia realiti masyarakat yang sebenarnya terutama isu masyarakat, politik dan negara," ujarnya lagi.

Tegasnya, universiti mesti dibebaskan dari cengkaman politik sempit pihak tertentu, dan autonomi yang lebih besar diberikan pihak pengurusan sendiri dan ruang kebebasan yang lebih lebih kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.

sumber : muktamar57.pas.org.my

i n t a n h i j a u

Posted: 02 Jun 2011 07:17 AM PDT

i n t a n h i j a u


ANAK MUDA PERLU BANGKIT...! - KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 01 Jun 2011 09:43 PM PDT


SHAH ALAM, 2 Jun - Dewan Pemuda PAS berperanan mendukung perjuangan PAS di samping melakukan pembaharuan menyeru dan memulakan langkah menyeru kebangkitan anak muda ke arah wajah baru Malaysia.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata dalam ucapan tema Muktamar DPPP berkat,"Generasi muda pada masa kini yang merupakan tunjang peradabaan Malaysia akan datang perlu berpegang kepada prinsip Islam dan menjunjung nilai kemanusiaan sejagat."

Generasi muda perlu mempersiakan diri dengan memurnikan perjuangan selari dengan tuntuan al-Quran dan as-Sunnah bagi melakar wajah Malaysia baru yang sejahtera, adil, saksama dan keredhaan Allah.

Secara umum katanya, golongan anak muda bakal menjadi gandingn DPPP bagi menerokai kebangkitan di Malaysia adalah mereka yang lahir selepas tahun 1972 hingga 1994 yang mana mewakili 30 peratus daripada jumlah 28 juta penduduk Malaysia.

"Merujuk kepada proses urbanisasi, tidak sampai 38 peratus generasi muda yang berada di bandar dan tidak sampai 14 peratus berada dalam kategori pengurusan dan professional iaitu hampir 80 peratus berpendidikan SPM ke bawah,

"Sebahagian besar dari mereka boleh dikategorikan sebagai golongan yang tersisih dari mengecapi hasil pembangunan negara melainkan kalangan nepotis dan kroni pemimpin Barisan Nasional (BN)."

Keadaan ini katanya menunjukkan runtuhnya nilai keperibadian dan menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah ekoran sikap kerajaan Malaysia membangunkan keperibadian generasi muda umpama melepaskan batuk di tangga.

Justeru itu, DPP mengambil langkah seiring untuk memberi kesedaran bahawa generasi muda yang merupakan jentera utama kepada negara perlu diberi perhatian agar tidak disisihkan dengan melumpuhkan kebebasan bersuara selain daripada menjadikan mereka golongan yang bermodal.

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 02 Jun 2011 03:08 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


MEMIMPIN KEBANGKITAN ANAK MUDA

Posted: 01 Jun 2011 06:56 PM PDT

الحمد لله رب العالمين حمدا حامدين و حمدا شاكرين و حمدا يوافئ نعمه و يكافئ مزيده . يا ربنا لك الحمد كما ينبغى لجلال وجهك و عظيم سلطانك  و اشهد ان لا اله الا الله ولى الصالحين و اشهد ان سيدنا محمدا امام النبيين و قدوة العالمين و سيد الداعيين . صلوات الله و سلامه عليه و على اله و اصحابه و من نهج نهجه و سلك سبيله الى يوم الدين

Firman Allah yang bermaksud;

"Dan Kami mahu mengurniakan pertolongan keatas golongan yang tertindas di atas muka bumi ini, lantas kami menjadikan mereka pemimpin-pemimpin serta kami menjadikan mereka orang-orang yang berhak mewarisi," Surah al Qasas : Ayat 5

1.    Menjunjung kasih dan syukur setinggi – tingginya kehadhrat Rabbul Izzati justeru rahmat agongNya meliputi sekelian makhluk tanpa sempadan, lantas memilih manusia sebagai duta untuk mengimarah bumi ini dan terlebih istemewa apabila kita adalah pemuda terpilih sebagai pejuang untuk memimpin ummah melandasi syariatNya.

2.    Selawat dan salam ke atas Rasulul Ummah al Musthafa saw. Pemimpin yang telah mengemudi kebangkitan ke arah membebaskan ummah dari kebejatan sistem politik dan sosial yang berteraskan syahwat dan bisikan syaithan.

3.    Sejambak penghargaan buat kegigihan yang telah dipamerkan oleh as saabiquunal awwalun [generasi terdahulu] yang menjadi mata rantai perjuangan Islam demi mendaulatkannya di atas muka bumi ini.

Yang berbahagia Saudara Pengerusi Majlis

Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani Timbalan Ketua DPPM
Al Fadhil al Akh Sabky bin Yusuf Naib Ketua DPPM
Al Fadhil Al Akh Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Setiausaha DPPM
[merangkap Pengarah Panitia Muktamar DPPM kali ke 52]
Yang dikasihi anggota Jawatan Kuasa Harian DPPM
Yang dihormati sahabat – sahabat EXCO DPPM,
Yang berbahagia Pengarah Jabatan dan Ketua DPP negeri.
Yang Berbahagia Pengerusi & Timb. Pengerusi Tetap DPPM
Yang dimuliakan dhif kehormat yang terdiri daripada rakan – rakan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat [AMK dan DAPsy] serta NGO jua tokoh akademik dan masyarakat.

Akhirnya, tidak saya lupakan ialah para perwakilan dan pemerhati yang dirahmati Allah swt sekelian. Teristemewa pula penghargaan muktamar DPPM kali ke 52 yang berlangsung hari ini buat pemerhati rasmi dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Muqaddimah.

Sidang muktamirin yang dirahmati Allah sekelian,

4.    Alhamdulillah sejarah dicipta lagi, apabila DPP Malaysia hari ini melangsungkan muktamarnya bagi kali ke 52. Seusia itu, DPP telah berperanan untuk mendukung dasar perjuangan PAS di samping melakukan tajdid [pembaharuan] dalam gerakkerja siasah dan dakwah.

5.    Sementara, dalam konteks kebangkitan Islam di Malaysia, DPP bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan bersama golongan muda dengan membangkitkan rasa kebertanggungjawaban mereka terhadap Islam dan masyarakat.

6.    Kita optimis bahawa generasi anak muda akan terus menjadi tunjang peradaban Malaysia, apabila mereka tetap berpegang kepada prinsip Islam dan menjunjung nilai kemanusiaan sejagat. Sebagaimana ungkapan sebuah syair Arab:

انَّ  فى  يدى  الشُبّان   امرَ الامة   وفى  اقدامها حياتَها

Sesungguhnya ditangan (kekuasaan) pemudalah urusan ummah, dan pada langkah (jatidiri) pemudalah kelangsungan hidup ummah tersebut.   

Pemuda Ansoorullah yang dirahmati Allah sekelian.

7.    Muktamar kita yang lalu, saya telah menggariskan gagasan perjuangan DPP dalam menempuh separuh abad yang mendatang, iaitu melakar wajah Malaysia baru yang sejahtera, adil, saksama dan mendapat keampunan dari Allah swt.

8.    Saya juga telah menokhtahkan peraturan dan arahan yang menuntut kita mempersiapkan diri dengan memurnikan perjuangan supaya selari dengan tuntutan al-Qur`an dan al-Sunnah, jua sebagai persediaan untuk memaknakan kemenangan yang sedang dan bakal kita terajui bersama insyaallah.

9.    Justeru itu, muktamar DPP Malaysia kali ke 52 ini pula, menjadi medan untuk saya mengajak para pemuda sekelian agar kita memulakan langkah melaksana gagasan perjuangan tersebut dengan memimpin anak muda melakukan kebangkitan ke arah wajah baru Malaysia.
10.    Frasa "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" bermaksud, DPP akan  berganding bahu dengan seluruh anak muda Malaysia, menggerakkan perubahan ke arah wajah Malaysia baru dengan berkongsi gagasan dan pengalaman perjuangan kami sebagai pedoman dalam melakukan kebangkitan.

11.    Pemuda yang saya kasihi sekelian, Insyaallah kita akan bergerak di atas semangat petunjuk Allah swt yang bermaksud;

dan Kami telah taut kukuhkan  hati - hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), tatkala mereka bangkit lantas berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

Surah Al Kahfi : 14

12.    Saya yakin dan percaya bahawa anak muda Malaysia hari ini, jua dikenali sebagai generasi millennium [Generasi Y] bukanlah golongan yang buta maklumat, naïf kesedaran dan daif dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.

13.    Namun, sebagai rakan dalam perjuangan dan gandingan dalam kebangkitan, DPP terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab membina generasi muda agar mempunyai kekuatan dan mampu berperanan demi agama, negara dan bangsa.

14.    Generasi Y lazimnya merujuk kepada anak muda yang lahir antara tahun 1978 hingga 2000. Generasi ini disifatkan sebagai golongan yang tidak terikat dengan sesuatu pegangan politik, sosial dan falsafah tetapi sedia bangkit melakukan perubahan.

15.    Generasi ini merupakan generasi digital yang bukan sekadar celik maklumat tetapi senantiasa peka dengan perkembangan semasa. Karakter yang dimiliki oleh anak muda seperti ini sebenarnya berupaya menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sesebuah masyarakat dan negara.

16.    Seluruh anggota DPP sayugianya menyedari kehadhiran anak muda yang sedang berada dalam iklim sosial dan politik negara hari ini. Mereka menepati ciri-ciri yang ada pada Generasi Y. Ia turut membawa pengertian bahawa peluang dan ruang untuk DPP bergandingan dengan mereka ke arah melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini adalah lebih terbuka.

17.    Kita perlu mendekati anak muda ini secara bersemuka termasuklah di gentian maya melalui media baru. Mereka perlu dibekalkan ilmu, maklumat tepat mengenai realiti sosial, ekonomi dan politik semasa untuk menggambarkan betapa perlunya mereka bangkit membuat perubahan.  Telah berkata Saidina Ali Karramallahuwajhah.
مَن أرادَ  الدنيا    فعليه   بالعلم   و مَن  اراد   الآخرة   فعليه   بالعلم    و   مَن ارادَ  هما   فعليه بالعلم .

Maksudnya : barangsiapa yang mahu menguasai dunia maka mestilah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang mahu menguasai akhirat maka mestilah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang mahu menguasai kedua – duanya maka mestilah ia memiliki ilmu.

18.    Kemunculan generasi  ini menandakan zaman masyarakat berfikir dan bertindak secara dogmatik semakin berlalu. Generasi muda hari ini adalah generasi yang sentiasa bersedia melakukan perubahan terutama apabila mereka menyaksikan wujudnya elemen yang mendorong, seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penindasan, ketidakadilan dan perlecehan syariat.

19.    Mereka adalah generasi celik maklumat yang berpendirian dan bertindak berdasarkan argumen, lantaran tiada tempat lagi di hati  dan minda mereka, berita bertaraf jalanan seperti yang sering terpampang di akhbar aliran perdana.

20.    Justeru itu, peranan yang wajib dilaksanakan oleh DPP ialah terus berdamping dengan anak muda dan membekalkan mereka dengan ilmu yang benar dan maklumat yang tepat, kelak kita akan menyaksikan kebangkitan mereka mengorak perubahan yang tidak dijangka.

Kebangkitan Generasi Muda Masa Kini

21.    Naluri anak muda yang berdaya juang dan berdaya tahan telah meletakkan mereka sebagai unsur utama mencetus gelombang kebangkitan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Malah anak muda jualah menunjangi gerakkerja dakwah para Rasul as. menggalas misi pengislahan ummah.

Senario Politik Timur Tengah

22.    Kelansungan faktor inilah, anak muda sekali lagi menggegarkan dunia apabila mencetus gelombang besar, bangkit menuntut perubahan politik dan ekonomi di dunia Arab. Gelombang yang digelar para wartawan sebagai "Tunisami" itu bermula dari Tunisia kemudiannya merebak ke negara Arab yang lain termasuk Mesir.
23.    Kebangkitan ini mempunyai nilai harga yang sangat tinggi justeru ia terlebih dahulu dibayar dengan pengorbanan darah dan nyawa anak muda disepanjang zaman, menentang penguasaan regim diktator.

24.    Kebangkitan anak muda menumbangkan kuasa angkuh regim diktator dunia hari ini, mengesahkan ketetapan Tuhan Maalikul Mulk . Firman Allah swt yang bermaksud;

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Ali Imran : 26

Politik Anak Muda  di Singapura.

25.    Contoh terbaru 'kuasa anak muda' dapat dilihat dalam pilihanraya umum Singapura baru-baru ini apabila parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengalami penyusutan undi popular yang ketara (iaitu sebanyak 60.14% daripada 66.6% pada 2006) kesan daripada protes dan aktiviti kepembangkangan secara berkesan di kalangan anak muda Singapura terutamanya melalui medan maya selepas media perdana dilihat hanya melaporkan yang 'molek-molek sahaja' tentang PAP.

26.    Bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo yang dianggap calon 'heavyweight' PAP turut tersungkur dek kebangkitan baru anak muda Singapura. Seperkara lagi yang menarik perhatian adalah jumlah calon-calon pilihanraya di kalangan anak muda sama ada yang ditampilkan oleh parti pemerintah mahupun pihak oposisi, termasuk calon yang paling muda yang berusia 24 tahun yang telah menyuntik elemen 'wow' dalam kempen politik semasa pilihanraya umum baru-baru ini selain memperlihatkan kematangan dan keupayaan generasi muda republik tersebut.

Kebangkitan Anak Muda di Malaysia.

27.    Justeru itu, saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini.

28.    DPP memberi amaran kepada BN supaya membuka selebarnya pintu demokrasi, juga sekali – kali jangan menipu dan menyeleweng serta menyalahguna kuasa semata – mata untuk meraih kemenangan di dalam pilihanraya. Kedegilan, keangkuhan dan sikap keras kepala BN, membawa mereka sekali lagi berdepan dengan kebangkitan anak muda yang sukar dibendung, bersama operasi BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 akan datang insyaallah.

29.    Sementara buat kerajaan Pakatan Rakyat pula, DPP menegaskan supaya mereka menunaikan manifesto Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, dengan penuh tanggungjawab dan amanah khususnya berkait dengan Negara Berkebajikan.

30.    Lebih khusus, DPP dengan penuh insaf dan prihatin merujuk kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan dan Kedah sedang PAS dominan di situ, supaya mereka segera mengatasi kelemahan yang ada, senantiasa peka terhadap tuntutan rakyat, memperkukuh saff kepimpinan dan memperkasa jentera pentadbiran kerajaan.

31.    Semoga peristiwa kalah teruk pada tahun 2004 tidak berulang lagi dan suka saya peringatkan kita semua bahawa Pilihanraya Umum ke 13 kelak, jumlah pengundi dari kalangan Generasi Y akan mencapai lebih 7 juta orang, iaitu menepati 50% dari keseluruhan pengundi berdaftar.

Saudara sidang muktamirin sekelian.

32.    Komposisi pengundi muda seperti ini menjadi isyarat awal bahawa kebangkitan anak muda untuk melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik bukan satu perkiraan yang kosong, sebaliknya ia benar – benar berpotensi untuk meletus.

33.    Sejarah negara menjadi saksi dan bukti berfakta, bahawa anak muda sebelum generasi Milenium telah pun menjana beberapa kebangkitan sepertimana kebangkitan Mahasiswa di era 70an, ledakan kesedaran Islam dari kalangan anak muda di era 80an dan gelombang reformasi diakhir dekad 90an.

34.    Kebangkitan anak muda pada babak – babak ini telah memberi dampak besar kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Saya yakin dan percaya, tsunami politik tahun 2008, merupakan episod kebangkitan baru anak muda yang mula disertai oleh Generasi Milenium.

Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.

35.    Kalangan anak muda di Malaysia, sekelompok daripada mereka ialah Mahasiswa yang sedang berada di kemuncak pendidikan formal negara.

36.    Pada kesempatan ini, DPP terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada mahasiswa di beberapa buah university tempatan, kerana berani membuat perubahan dan mencetus kebangkitan semula sehingga membawa kemenangan kepada pro mahasiswa.

37.    "Students power" dan peranan strategik mahasiswa selaku 'the third force' dalam mengembeleng perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini, sememangnya telah dikesan sejak sekian lama. Lantaran itu, potensi yang ada pada gerakan mahasiswa telah dikekang dan dipasung melalui Akta Universiti dan Kolej university [AUKU] 1971.

38.    Mahasiswa dilayan seumpama 'rakyat kelas kedua' apabila aktivisme mereka ditentang dan mereka dihalang dari menyuarakan pandangan, khususnya perkara yang melibatkan soal politik dan masa depan negara. Hanya aktiviti membodek dan mengampu pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh segelintir "Napoleon Kecil" yang berada di kerusi Hal Ehwal Pelajar [HEP] setiap universiti.

39.    Natijah dari undang - undang dan peraturan yang membelenggu mahasiswa dan ahli akademik di kampus, jelas tidak langsung membantu dalam mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini, bahkan ianya menjelaskan kenapa reputasi universiti kita selalu merudum dalam pelbagai ranking universiti dunia.

40.    DPP selamanya bertegas, bahawa soal pendirian politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka untuk menentukannya tanpa paksaan dan ugutan.

41.    Kami komited membuat tuntutan supaya diberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada para mahasiswa untuk menyatakan suara dan pandangan mereka terhadap apa jua perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.


42.    Meskipun beberapa pindaan telah dilaksanakan ke atas AUKU dengan sedikit sebanyak penambahbaikan telah dilakukan, namun kami berpendirian bahawa pindaan tersebut masih belum mencukupi kerana para mahasiswa masih tidak dibenarkan untuk terlibat dengan parti politik.

43.    Kelonggaran untuk mahasiswa terlibat dengan persatuan atau NGO di luar kampus juga hanya sekadar kosmetik semata-mata, kerana Menteri Pengajian Tinggi masih berkuasa mutlak untuk melarang mahasiswa dari terlibat dengan persatuan atau NGO jika menurut pandangan Menteri sebagai "tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti" sebagaimna yang disebut pada Seksyen 15 (1)(c) AUKU (pindaan 2009).

44.    Pindaan kononnya untuk memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka, nampaknya tidak lebih dari sekadar perlecehan terhadap daya intelektual mahasiswa semata-mata. Mahasiswa diizin untuk menyatakan pandangan secara terbuka, namun pandangan tersebut dihadkan hanya kepada topik yang berkaitan dengan bidang pengajian mahasiswa terbabit seperti yang termaktub dalam Seksyen 15(6)(a) AUKU (pindaan 2009).

45.    Bukankah ini bermakna, mahasiswa yang mengambil bidang matematik hanya boleh bercakap hal ehwal yang berkaitan dengan matematik semata-mata? 

46.    DPP mengulangi komitmen memperjuangkan agar universiti dilepaskan dari cengkaman politik sempit lalu memberikan autonomi yang lebih besar kepada pihak pengurusan universiti, di samping memberikan ruang kebebasan yang lebih lebar kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.

47.    Saya mengajak seluruh mahasiswa di negara ini turut berganding bahu supaya gelaran "pewaris kepimpinan negara" yang sering diungkap, benar-benar menjelma dan menjadi kenyataan dengan kebangkitan  memartabat gerakan mahasiswa sebagai kuasa ketiga penjana perubahan.

Kenapa Anak Muda Perlu Bangkit ?

Saudara Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian.

48.    DPP ingin menarik perhatian Generasi Milenium hari ini, bahawa kerajaan yang diterajui oleh BN sekarang begitu lemah sehingga tidak berkeupayaan lagi menguruskan kebajikan rakyat dan pembangunan negara.
49.    Slogan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka. Pencapaian yang disasarkan melalui pelbagai program seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA], Program Transformasi Ekonomi [ETP] dan lainnya, secara realiti tidak dirasai oleh rakyat terbanyak.

50.    Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Milenium ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN".  

Kebejatan Sosial

51.    Sebagai renungan kepada para pendukung DPP, yang merupakan 'duta penyelamat dan kasih sayang', saya kemukakan beberapa data yang dikemukakan secara rasmi dalam media massa di negara kita.

Bunuh diri

52.    Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia (NSRM), daripada bulan Januari hingga Ogos tahun lepas (2010), jumlah kes bunuh diri melibatkan 425 orang dengan purata 60 orang sebulan. Ertinya, setiap hari dua orang rakyat Malaysia mencabut nyawa sendiri. Petunjuk ini begitu mengejutkan kerana jumlah ini hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat. DPP mempersoalkan di mana kesungguhan kerajaan untuk menangani kebejatan ini?

Buang Bayi

53.    Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf mencatatkan peningkatan ketara iaitu 16,100 orang pada 2007, 16,541 orang pada 2008 dan 17,303 orang pada 2009.

54.    Tahun 2011, keadaan dilihat semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes pembuangan bayi berlaku.

Jenayah Juvana

55.    Sekiranya kita merujuk kepada kes jenayah juvana pula, ianya semakin membimbangkan. Jenayah ini meliputi kes penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, gejala buli, pengambilan pil khayal, peras ugut, terlibat dengan kumpulan haram, menonton video lucah dan pelbagai kegiatan lain yang berhubung kait dengan jenayah.

56.    Menurut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah di seluruh negara, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes kecurian. Perangkaan ini sebenarnya belum termasuk kes jenayah juvana yang tidak dilaporkan kepada pihak berwajib.

Kemalangan Jalanraya

57.    Antara statistik yang membimbangkan adalah statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dipetik berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan. Golongan yang paling ramai terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah dalam lingkungan 25-30 tahun iaitu sebanyak 50%.
58.    Lingkungan umur ini adalah merangkumi usia pimpinan dan ahli Pemuda! Bayangkan berapa ramai bakal doktor, jurutera, guru, peguam, usahawan tani, hatta ulama terbilang maut di jalan raya!

59.    Menyorot dari sudut ekonomi, kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran. Jumlah kerugian ini hampir menyamai jumlah perbelanjaan beberapa kerajaan negeri dalam tempoh setahun!

60.    Kegagalan menangani permasalahan yang meruncing ini akan melumpuhkan upaya dan bakat yang dimiliki oleh generasi muda negara sekaligus memperjudikan masa depan negara dan ummah. Sedang para hukamak telah mengungkapkan .

انْ   أردْتَ   أنْ   تسْتشرفَ    مستقبل   الأمة    فترقب   حركة   شبابها

Maksudnya: Jika engkau mahu menuntut kemuliaan pada masa depan ummah, maka hendaklah engkau awasi pergerakan generasi mudanya.

61.    Saya ingin bertanya para pendukung DPP dan seluruh Generasi Milenium di Malaysia, apakah beberapa kes kebejatan sosial seperti yang didedahkan ini tidak membimbangkan? Andai kebimbangan mula dirasai, maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN".

Ekonomi Harimau Kertas

62.    Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu "Wawasan 2020" menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
63.    Kerajaan negeri yang diterajui oleh BN pula menjanjikan pencapaian sebagai negeri maju lebih awal seperti Melaka pada tahun 2010 dan Perak pada tahun 2015. Hari ini semakin tersingkap bahawa semua slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian. 

64.    Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.

65.    Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

66.    Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.

67.    Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa "memecah tabung rakyat" bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sebaliknya apa yang jelas, usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.
68.    Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding  KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

69.    Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara? 

Saudara Sidang Muktamirin yang dihormati sekelian.

70.    Konvensyen Profesional Muda 2011 anjuran DPP baru-baru ini telah dibentang beberapa gejala sosial berkaitan ekonomi, iaitu seperti berikut:

Pertama : Jurang antara Kaya dan Miskin yang Semakin Melebar

71.    Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Pembangunan Manusia (UNHDP) pada tahun 2004, jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin adalah yang terburuk di Asia Tenggara dan antara yang terburuk di Asia.

Kedua: Jurang Pembangunan antara Wilayah yang Tidak Seimbang

72.    Semasa era pemerintahan Perdana Menteri kedua, usaha telah diambil untuk mengurangkan jurang perbezaan ini dengan program Pembangunan Wilayah, Perbandaran Luar Bandar dan lain-lain. Bagaimanapun, selepas era itu tidak kelihatan usaha yang jelas untuk mengurangkan jurang ini. Bandar utama seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru dan Georgetown terus mengalami proses urbanisasi yang begitu pesat sedangkan kawasan luar Bandar terus tertinggal.

Ketiga: Daya Ketahanan Ekonomi yang Rapuh

73.    Masyarakat Malaysia sentiasa terdedah dengan turun naik harga barangan makanan dunia disebabkan kebergantungan kepada negara lain. Dari segi pengeluaran beras, sehingga hari ini Malaysia belum pun mencapai sasaran 70% pengeluaran beras tempatan, manakala komoditi makanan yang lain seperti perikanan dan penternakan peratus kebergantungan kepada import masih begitu tinggi.

Keempat: Ketirisan Perbelanjaan Awam

74.    Gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara penyakit ekonomi yang begitu parah di negara ini. Menurut Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam, manakala menurut Brain Wain pula sebanyak RM 340 bilion ketirisan berlaku sepanjang pemerintahan Dr Mahathir Mohammad.

75.    Baru-baru ini negara dikejutkan lagi dengan laporan Global Financial Integrity (GFI) yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 hingga 2008. Ketirisan seperti ini bukan sahaja merugikan negara dan rakyat, tetapi juga mengurangkan daya saing Malaysia untuk menarik pelaburan.

Kelima: Peningkatan Berterusan Kos Hidup

76.    Menurut laporan majalah International Living tahun 2010 kos hidup  di Malaysia berada pada kedudukan ke 21 paling tinggi di dunia, lebih baik daripada kedudukan pada tahun 2009 di kedudukan ke 13. Kenaikan mendadak barang keperluan termasuk harga rumah, akan menjadikan kos hidup rakyat semakin tinggi sedang pertambahan pendapatan agak perlahan. Dilaporkan, buat masa ini 50% hingga 60% pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membeli makanan dan peratusan ini boleh mencapai 80% dengan kenaikan barangan yang berterusan.

77.    Situasi ini menyebabkan sebahagian besar pendapatan bulanan dihabiskan untuk menampung kehidupan dan simpanan isi rumah di Malaysia sangat terbatas.

Sidang Muktamirin yang dirahmati Allah,

78.    Saya ingin membawa perhatian para muktamirin semua untuk melihat hasil kajian yang dilakukan oleh Pemuda BN sendiri yang boleh menggambarkan betapa kerapuhan ekonomi negara menjanjikan mimpi ngeri kepada anak-anak muda di Malaysia.

79.    Menurut kajian yang mereka lakukan, hampir 40% anak muda bimbang terhadap masa depan negara. 48% anak muda berpendirian, kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin, iaitu 39% berpendapat kehidupan di Malaysia adalah sukar dan hanya cukup untuk keperluan sahaja, manakala 9% yang lain berpendapat sangat sukar dan tidak cukup untuk keperluan.
80.    Dilaporkan juga, 81% anak muda di Malaysia pernah kehabisan wang sebelum mendapat gaji bulan berikutnya, dengan 10% dari anak muda kerap menghadapi situasi tersebut. Apalagi yang dapat saya simpulkan daripada petunjuk-petunjuk di atas, melainkan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN". 

PTPTN Melahirkan Anak Muda Berjiwa Hamba

Saudara Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati sekelian.

81.    DPP amat empati dan simpati dengan nasib yang menimpa para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbeban apabila terpaksa membayar balik pinjaman mereka pada kadar yang lebih tinggi dari jumlah yang dipinjam. Beban hutang PTPTN ini laksana satu perangkap yang telah menjerut leher anak muda yang bukan sahaja memberikan kesan terhadap ekonomi, bahkan juga dari segi psikologi, sosial dan politik.

82.    Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jerat PTPTN ini pada jangka masa panjang akan melahirkan anak muda yang rendah diri, tidak mampu berdikari dan tidak berani untuk mengungkapkan kebenaran apalagi menjadi agen perubah dalam menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan. Zahir daripada mereka hanyalah jiwa hamba yang takut untuk bersuara dan sentiasa mengiyakan kefasadan yang berlaku.

83.    Sebenarnya kegagalan majoriti dari para peminjam menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN mempunyai kaitan langsung dengan iklim dan suasana ekonomi negara di bawah teraju BN yang gagal melonjakkan ekonomi negara hingga pendapatan rakyat tidak meningkat, meskipun mereka ini adalah para graduan universiti.
84.    Kerajaan juga gagal dalam mengawal harga barangan keperluan sehingga kos sara hidup di Malaysia semakin mencanak naik. Seseorang graduan akan terus memikul hutang apabila mereka terpaksa meminjam untuk memulakan kehidupan yang baru, ditambah lagi dengan hutang PTPTN yang sedia ada.

85.    Para graduan di Malaysia juga turut berdepan dengan masalah kurangnya peluang pekerjaan dan persaingan mendapatkan pekerjaan yang sengit, bahkan jika mereka mendapat pekerjaan sekalipun, gaji permulaan yang ditawarkan adalah begitu rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

86.    Lebih malang lagi, purata kenaikan gaji dan pendapatan yang dinikmati di Malaysia juga adalah rendah. Berdasarkan statistik terkini, purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000-2010, adalah hanya di sekitar 2.6%, dan ini adalah jelas lebih rendah berbanding dengan 3.2% purata kenaikan gaji dunia, termasuklah di negara dunia ketiga.

87.    Terkepung dalam kesempitan inilah, para graduan terpaksa berhempas pulas untuk menjelaskan hutang PTPTN mereka. Para peminjam PTPTN bukan sahaja berhadapan dengan tindakan mahkamah, bahkan sebelum ini juga mereka turut berdepan dengan tindakan disenarai hitamkan termasuklah dilarang untuk keluar negara.

88.    Lihatlah wahai anak muda, kerajaan BN terbukti gagal memperbaiki taraf ekonomi negara yang boleh menjamin generasi muda berpendidikan tinggi mendapat taraf hidup yang sewajarnya. Kalaulah graduan pun turut terhimpit dengan kegawatan ekonomi ini, diyakini 80% lagi anak muda yang berpendidikan SPM ke bawah turut sesak terhimpit dengan nasib yang sama.

89.    Justeru, atas dasar kepedulian terhadap para graduan dari kalangan para peminjam PTPTN, DPP menuntut agar perkara-perkara berikut dilaksanakan:

90.    Pertama: Kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dikuatkuasakan HANYA selepas enam bulan dari tarikh peminjam mendapat pekerjaan tetap yang setaraf dengan kelulusan mereka, dan bukannya enam bulan selepas dari menamatkan pengajian sebagaimana yang diamalkan sekarang

91.    Kedua: Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan juga Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang membolehkan pihak PTPTN menghantar nama peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman kepada Jabatan Imigresen untuk disenarai hitamkan bagi maksud menghalang peminjam ini dari keluar negara meskipun atas tugasan rasmi, hendaklah dipinda atau dimansuhkan sama sekali.

92.    Ketiga: Bentuk pinjaman baru yang tidak mengenakan langsung sebarang faedah atau kos perkhidmatan hendaklah diperkenalkan bagi menggantikan sistem pinjaman yang sedia ada.

93.    Keempat: Memberikan hak biasiswa kepada kaum Melayu dan bumiputera sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Kebobrokan Politik

94.    Hari ini, politik Malaysia semakin mundur ke belakang dengan elemen perkauman yang semakin menebal, pengamalan budaya politik jijik, maki hamun dan lucah serta penutupan ruang demokrasi kian berleluasa.  


Politik Perkauman Semakin Menebal

95.    Pasca tsunami politik 2008, UMNO dan BN begitu terdesak mempertahankan survival kuasa politik mereka. Melalui agenda politik yang terancang, episod politik perkauman terus disuburkan melalui kenyataan politik pimpinan UMNO, laporan provokatif media perdana dan tuduhan melulu para cybertroopers upahan mereka.

96.    Umno juga mempertahankan kandungan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang sememangnya kuat berbau perkauman, juga menghasut para peserta supaya memandang serong terhadap kaum bukan Melayu. BTN yang telah diberi peruntukan besar, sebagai contoh pada tahun 2009 sebanyak RM 72 juta, seringkali digunakan bukan sahaja untuk menghasut supaya membenci kaum bukan Melayu, tetapi juga menabur fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

97.    Kesan dari propaganda tersebut, rata-rata pimpinan UMNO dari peringkat nasional sehingga ke peringkat cawangan masih beranggapan bahawa kaum Cina dan India sebagai pendatang asing atau warganegara kelas kedua.

98.    UMNO juga dilihat merestui tindakan media seperti Utusan Malaysia yang sering menyalakan api perkauman. Hasutan perkauman oleh Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO ini dilihat telah mempengaruhi segelintir masyarakat kita hari ini.

99.    Tidak cukup dengan menyalakan api perkauman, proksi UMNO itu juga menyemarakkan sentimen keagamaan yang jelas bertentangan dengan pendirian Islam yang sebenar. Sebagai contoh, pada awal bulan Januari 2010 beberapa gereja telah dibakar ekoran dari kenyataan organisasi ini yang bersifat hasutan berkait isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.
100.    Kejadian ini merupakan satu sejarah hitam kepada negara Malaysia sekaligus membuktikan kerajaan BN gagal untuk membawa Malaysia ke arah perpaduan nasional. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya anak muda sekelian, adakah wajar kita menyokong BN ? jika jawapannya tidak , maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN" 

Pengamalan Budaya Politik Jijik

Sidang Muktamirin Sekelian.

101.    Belum puas dengan politik perkauman dan politik persengketaan agama yang semakin menebal, BN menaja pula budaya politik jijik lagi lucah dalam negara ini. Sedang menurut Islam, berpolitik adalah tanggungjawab dan kegiatan yang murni, untuk memikul amanah Allah swt. menguruskan bumi dan menegakkan keadilan kepada para penghuninya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Surah an-Nuur: 55

102.    Justeru tanggungjawab politik itu merupakan suatu yang murni, Rasulullah saw. sendiri bertindak menjadi pemimpin politik sebagaimana juga Rasul terdahulu. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah rhu. :

إنّ بني إسرائيل كانتْ تسُوْسُهُم الأنبياء

Maksudnya: Sesungguhnya adalah Bani Israil itu, pemimpin-pemimpin politik mereka ialah para nabi.

Riwayat Ahmad

103.    Kali ini budaya politik lucah bukan hanya melibatkan surat layang, buku picisan dan media massa arus perdana, tetapi turut melibatkan institusi agama Islam dan masjid. Sehingga kini pihak berwajib agama Islam tidak bertindak di bawah peruntukan yang sedia ada untuk menyekat budaya politik jijik ini daripada menular.

104.    DPP mempersoalkan, ke mana perginya semua organ kerajaan yang sering didakwa sebagai agensi terbaik di dunia untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dengan budaya politik seumpama ini. Mengapa sehingga hari ini tiada tindakan terhadap blogger dan penulis upahan yang terlibat secara langsung dalam penyebaran video perlakuan seks tersebut?

105.    Mengapa tiada sekatan dikuatkuasakan terhadap media massa yang menyebarkan fitnah dan hasutan seperti ini? Lebih malang lagi, mengapa tiada pendakwaan Qazaf terhadap mereka yang membuat tuduhan zina atau liwat terhadap individu tertentu seperti yang terpampang di dada akhbar, laman sesawang dan pentas ceramah. Kenapa mereka diam membisu sejuta bahasa ? Lupakah peringatan Nabi saw.

السَّاكتُ  عن  الحق ّ الشيطانُ  أخرس
Diam dari menyatakan kebenaran adalah syaithan bisu.

106.    DPP menyeru kepada semua pencinta Islam khususnya ahli-ahli PAS dan seluruh generasi muda supaya tidak terlibat dengan budaya politik jijik ini. Jauhkan daripada melakukan pembunuhan karakter termasuklah terhadap lawan politik di luar PAS seperti UMNO dan BN. Kita menentang UMNO bukan kerana kelemahan peribadi yang ada dalam UMNO, tetapi kerana keengganan UMNO untuk menyempurnakan amanah Allah swt dan kegagalan mereka memerintah dengan adil dan saksama. Jadilah anak muda yang tinggi akhlak dan mooralnya. Sabda Rasulullah saw :

ان ّ اللّه   لَيُعْجَبُ   مِن    الشَّبابِ  الَّذِي لَيْسَتْ  له  صَبْوَة
Sesungguhnya Allah mengkagumi anak muda yang tiada kerosakan akhlak pada dirinya.
Riwayat Imam Ahmad

107.    Sudah sampai masanya anak muda menganjak budaya berpolitik kita kepada budaya politik bermoral dan berteraskan ilmu. Kita mahu politik yang jujur dan telus. Politik fakta dan hujjah. Politik yang bersulamkan akhlak. Hasrat kita ini hanya dapat diterjemah dengan menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada Generasi Milenium sekelian, Apakah masih ada sokongan saudara buat UMNO dan BN ? jika tiada, maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN"    

Penutupan Ruang-ruang Demokrasi.

108.    DPP berpandangan seluruh kebejatan dan kebobrokan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia termasuklah dalam aspek sosial dan ekonomi seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara punca utama ialah pupusnya sistem semak dan imbang dalam system politik negara.

109.    Sebagai sebuah negara demokrasi, salah satu kuasa semak dan imbang yang terpenting ialah ketelusan perjalanan pilihanraya. Malangnya sejak akhir - akhir ini ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia sama ada yang melibatkan Pilihanraya Kecil (PRK) atau PRU semakin merosot. Kini telah timbul tuduhan di luar sana bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditunggangi oleh BN sehingga mereka dituduh bersekongkol untuk memenangkan parti tersebut pada PRU akan datang.  

110.    Saya ingin memperingatkan SPR supaya mereka bukan sahaja bersih, tetapi juga mesti dilihat bersih dari ditunggangi oleh BN. Jika tidak, anak muda akan bangkit memBERSIHkan mereka buat kedua kalinya kelak.

111.    DPP mengingatkan bahawa tindakan menghumban pemimpin negara seperti yang berlaku kepada Hosni Mubarak dan Zine Abidine Ben Ali tidak mustahil boleh berlaku kepada pemimpin negara ini jika ruang demokrasi terus disempitkan dan mereka pula terus angkuh di persada kuasa.

112.    Demikian juga dengan satu lagi kuasa semak dan imbang yang penting iaitu media massa. Berdasarkan Laporan Kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara.
113.    Hampir keseluruhan media perdana sama ada Utusan Malaysia, The Star, TV3 dan lain-lain dimiliki oleh BN atau proksinya. Saya yakin PR ataupun proksinya juga mempunyai kemampuan untuk mewujudkan media seumpama media yang di miliki oleh BN sama ada media cetak atau media elektronik.

114.    Justeru itu, demi kepentingan mewujudkan kuasa semak dan imbang dalam negara, saya mendesak kerajaan yang diterajui oleh BN khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Hata Wahari, menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat" dan juga permohonan permit akhbar harian "Purnama' yang telah dimohon sejak sedekad yang lalu. 

115.    Sekali lagi DPP memperingatkan, jangan sangka Generasi Milenium ini buta dengan perkara tersebut, sebaliknya mereka begitu peka dan sedang menunggu apakah tindakan selanjutnya kerajaan yang diterajui oleh BN untuk mengembalikan semula sistem semak dan imbang itu. 

116.    Maka, sebelum terlambat, saya menyeru kepada seluruh anak-anak muda supaya bangkit untuk menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa NEGARA KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA.

117.    Perubahan untuk masa depan negara bukan lagi satu pilihan sebaliknya ia sudah menjadi kewajipan yang mesti diperjuangkan oleh semua anak muda negara.  Pemuda PAS di setiap peringkat mesti memacu perubahan ini dan memimpinnya sehingga berjaya merubah kuasa pentadbiran yang telah gagal, kepada satu harapan baru untuk masa depan negara yang lebih baik.

Konsep Kebangkitan Baru

118.    Sebagai teras kepada kebangkitan baru ini, keperibadian anak muda seharusnya cemerlang dengan pengertian mereka adalah golongan yang beriman dan beramal. Keperibadian yang kukuh, akan melonjakkan diri anak muda menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ketahanan untuk menjulang obor kebangkitan baru di Malaysia.

119.    Dengan wujudnya peribadi yang cemerlang, generasi muda pasti bersedia pada bila-bila masa untuk terlibat dalam hal ehwal pentadbiran negara dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan.

120.    Malangnya, hari ini peranan anak muda hanyalah sebagai penonton kepada pembangunan negara dan kadang-kadang menjadi 'bidak catur' kepada keputusan pra-matang para pemimpin. Lihat sahaja dalam MEB, peranan anak muda yang sepatutnya dimartabatkan sebagai "penggerak utama ekonomi negara" langsung tidak diberi perhatian secara serius, sebaliknya kepercayaan mutlak diberikan kepada pemodal atau golongan koperat.

121.    Generasi muda juga terus menjadi bahan eksperimen keputusan pra-matang kerajaan yang diterajui BN atas nama Program Rakan Muda dan yang terkini Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program-program yang sepatutnya menatijahkan peribadi anak muda yang hebat, sehingga hari ini kurang dilihat keberhasilannya. Oleh sebab itu, kebangkitan generasi muda kali ini adalah untuk menuntut peranan kita dalam menentukan halatuju pembangunan negara yang telah sekian lama dipinggirkan.

122.    Demi mencapai hasrat tersebut, anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi 'tukang angguk' atau 'yes man' kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

123.    Di dalam sistem politik Islam, hak seperti ini telah sedia diamalkan sebagaimana yang diucapkan oleh Khalifah Abu Bakar as Siddiq:

أيُّها الناسُ فإني قدْ ولِّيْتُ عليكم ولَسْتُ بخيرِكُم، فإنْ أحْسَنْتُ فأعِيْنوني، وإنْ أَسَأْتُ فقَوِّمُوني، الصِدْقُ أمانةٌ، والكَذِبُ خيانةٌ، والضَعيفُ فيكُم قَوِيٌ عندي حتّى أَرِيْحَ عليه حَقَّهُ إنْ شاءَ اللّه، والقَوِىُّ فيكُمْ ضَعِيْفٌ حتَّى آخُذَ اْلحَقَّ مِنْهُ إن شاءَ اللّه، لَا يَدْعُ قومٌ اْلجهادَ في سبيلِ اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمُ اللّهُ بالذُّلِّ، ولاَ تَشِيْعُ الْفاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطْ إلّا عَمَّهُم اللّه بالبلاء، أطيعوني ما أطعْتُ اللّه ورسولَه، فإذا عَصَيْتُ اللّه ورسولَه فلا طاعةَ لي عليك

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.

124.    Namun sebagai matlamat yang terhampir, kami ingin mengemukakan beberapa tugasan segera yang perlu dimainkan oleh anak muda:

125.    Pertama: Anak muda mestilah menjadi agen penyebar maklumat yang aktif khususnya melalui media baru untuk menyedarkan rakyat seluruhnya tentang hakikat sebenar masa depan negara.

126.    Kedua: Anak muda mestilah menzahirkan penentangan mereka terhadap segala agenda yang boleh merosakkan negara secara kreatif seperti melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak muda yang telah membangkitkan penentangan terhadap pembinaan "Menara Warisan" 100 tingkat dalam Facebook yang telah mendapat sokongan yang begitu menggalakkan.

127.    Ketiga: Anak muda mestilah menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif bagi menentukan halatuju negara di masa akan datang melalui wacana dan forum yang menghasilkan manifesto atau agenda mereka untuk kesejahteraan negara. 

128.    Keempat: Anak muda mestilah membentuk ikatan (coalition) dan jaringan yang interaktif (network) supaya suara mereka akan didengari dan pendirian mereka akan dihormati.

129.    Kelima: Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama "undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan".

130.    Demi menjayakan tugasan tersebut, DPP sekali lagi memberikan komitmen untuk menjadi rakan gandingan Generasi Milenium, iaitu sebagai :

•    rakan maklumat yang aktif,
•    rakan penentangan yang kreatif,
•    rakan inspirasi yang kolektif,
•    rakan jaringan yang interaktif dan
•    rakan pengundian yang assertif.  

Gagasan DPP Memimpin Kebangkitan

131.    DPP sendiri mestilah mempersiapkan prasarana untuk berganding dengan anak muda hari ini ke arah menggagaskan kebangkitan baru demi menyelamatkan negara. Bergandingan dengan anak muda ini, para pendukung DPP perlu terlibat bersama program anjuran NGO yang didominasikan oleh anak muda.

132.    Meskipun kemungkinan program itu menjuruskan kepada aktiviti kesukanan, seni, aktiviti santai dan lain-lain aktiviti kebeliaan, kita tidak boleh mengabaikannya dengan menganggap aktiviti tersebut tidak mempunyai kepentingan dakwah dan siasah. Lebih daripada itu, sudah sampai masanya DPP di peringkat cawangan dan kawasan menubuhkan proksi baru berkait bidang kebeliaan sebagai prasarana penghubung dengan generasi anak muda.

133.    Sementara itu, sudah menjadi keperluan kepada para pendukung DPP untuk menguasai media baru bermula daripada yang paling mudah seperti jaringan SMS sehinggalah kepada penggunaan twitter, blog, facebook, youtube dan lain-lain.

134.    Kewujudan media baru ini telah membuka ruang yang besar kepada kita semua untuk berinteraksi dengan anak muda, sekaligus memungkinkan wujudnya satu gandingan ke arah merealisasikan kebangkitan anak muda.

135.    Tanpa menafikan kepentingan media baru, interaksi secara bersemuka seperti yang telah dilakukan sebelum ini bukan hanya harus diteruskan, malah perlu digandakan. DPP perlu turun ke lapangan anak muda bertemu dan bersemuka dengan mereka,

•    menyedarkan tentang hak dan kuasa mereka,
•    mengajak mereka untuk membuat perubahan,
•    mewujudkan jaringan anak muda yang lebih luas,
•    mendaftar sebagai pengundi dan akhirnya
•    mengundi untuk perubahan.

136.    Kita perlu mengenalpasti tempat tumpuan anak-anak muda yang lazimnya di luar rumah, lalu turun sebagai agen perubah masyarakat. Saya optimis dengan interaksi bersemuka ini akan menjadikan anak muda lebih rapat dan mengenali hasrat murni kita.

Persiapan DPP Memimpin Kebangkitan

137.    Dewan Pemuda PAS di semua peringkat perlu memposisi diri di khalayak anak muda dan perlu tampil dilihat mewakili generasi muda negara. Pemimpin dan anggota DPP tidak boleh ekslusif beraksi dalam gelanggang organisasi parti semata-mata.

138.    Dewan Pemuda PAS perlu memahami suara hati anak muda dan mampu turut bersama mendokong aspirasi dan memperjuang idealism mereka.

139.    Dewan Pemuda PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk anak muda berasimilisasi dengan DPP samada dalam struktur formal DPP atau penglibatan dengan proksi organisasi DPP seperti MyPro, DACS dan sebagainya.
140.    Dewan Pemuda PAS perlu bercakap dengan bahasa anak muda yang ada rasa tanggungjawab tentang masa depan masyarakat dan negara, mampu membentang penyelesaian dan wawasan untuk masa depan negara.

141.    Dewan Pemuda PAS mesti focus pemikirannya kepada kebajikan masyarakat dan rancangan pembangunan negara. Kuasai ilmu untuk keupayaan merancang pembangunan negara terutamanya persoalan ekonomi, kajian sosial dan pembangunan manusia.

142.    Dewan Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran kepimpinan yang tinggi dan daya pemikiran kreatif untuk mampu tampil di tengah-tengah kumpulan anak muda dan memimpin mereka menuntut perubahan.

Pemuda Ansoorullah yang dikasihi sekelian.

143.    Antara persiapan asas yang mesti dimiliki oleh anggota DPP disemua peringkat sebagai sentuhan berkesan untuk memimpin kebangkitan ialah pemuda mesti bergerak seiring dengan 6 elemen kebangkitan.

Pertama: Kebangkitan ilmu dan pemikiran
صحوة العلم  و  الفكرة

144.    Kebangkitan tidak boleh digerakkan dengan sentimen dan kejahilan. Sebaliknya ia mesti dibina di atas kemantapan ilmu dan pemikiran yang jelas untuk membaca road map sesebuah kebangkita. Kata Saidina Umar al Khattab:

تفقهوا    قبل    أن    تسودوا
Kuasai ilmu terlebih dahulu sebelum kamu memimpin.


Kedua: Kebangkitan hati,  jiwa dan perasaan
صحوة  القلب  و  المشاعر

145.    Kebangkitan juga tidak boleh bertolak dari hati dan jiwa yang kosong, lebih – lebih lagi hati dan jiwa yang kotor. Jiwa pejuang kebangkitan mesti kental berdiri di atas keikhlasan dan keyakinan yang tinggi terhadap cita – cita perjuangan disamping memiliki hati yang benci terhadap kezaliman dan penyelewengan.

Ketiga:  Kebangkitan sifat kesungguhan dan berdisiplin
صحوة   الجدية  و  الانضباط

146.    Mengurus kebangkitan dan memimpinnya memerlukan satu tahap kegigihan yang maksima. Sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh akan mencacatkan gelombang sebuah kebangkitan.

Keempat: Kebangkitan rasa tanggungjawab dan ringankan bebanan
صحوة  المسؤولية  و تخفيف  الضرار

147.    Sebuah kebangkitan pastinya akan berdepan dengan risiko. Bermula dari kelemahan sendiri dan ianya bertali dengan tekanan dari pihak musuh. Setiap keadaan mesti dihadapi dan didepani dengan penuh tanggungjawab tanpa membuka ruang kepada sikap lepas tangan apatah lagi pengkhianatan.

Kelima: Kebangkitan persaudaraan dan kesatuan teguh
صحوة  الأخوة    و  الإثار

148.    Kebangkitan adalah sebahagian dari episod perjuangan dan ia tidak boleh diurus secara "one man show". Sementara organisasi juga rapuh andai tidak diikat kukuh dengan ukhuwwah fillah dari kalangan pencetus dan pengeraknya.

Keenam:  Kebangkitan Islam dan pemerintahan sejagat
صحوة  الإسلامية   و  الخلافة  الراشدة

149.    Kebangkitan akan sempurna apabila ia dipasak di atas tapak yang kukuh dan starategik. Tentunya tapak itu ialah wahyu Allah, Tuhan yang telah mencipta langit, bumi dan seluruh ummat manusia.

Penutup

Pemuda yang dirahmati Allah sekelian.

150.    Kita akan berhadapan dengan PRU ke 13 tidak lama lagi dengan jangkaan hampir 40% dari 11,811,452 orang pengundi berdaftar adalah dari kalangan generasi muda yang berumur 40 tahun kebawah. Dari jumlah keseluruhan pengundi berdaftar tersebut, lebih kurang dua juta pengundi ialah mereka yang kali pertama akan mengundi di dalam pilihanraya kali ini.

151.    Jumlah itu belum lagi dicampur dengan hampir 3.9 juta warganegara Malaysia yang telahpun mencapai umur 21 tahun, tapi masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Para pengundi muda yang akan mengundi dalam PRU ke 13, seperti yang telah disebutkan sebelum ini terdiri daripada Generasi Milenium yang memperlihatkan kecenderungan berpolitik secara non-partisan.

152.    Senario politik sedemikian menggambarkan betapa pentingnya kepada PAS untuk tampil sebagai sebuah parti politik yang memahami kehendak generasi muda dan sentiasa mesra mendekati mereka. Harus juga diperingatkan bahawa kegagalan memenangi hati anak-muda akan memberi kesan buruk terhadap pencapaian PAS di dalam Pilihanraya akan datang.
153.    DPP berpandangan PAS perlu lebih serius untuk memupuk dan menerima penglibatan lebih ramai golongan muda di dalam hirarki kepimpinan PAS di semua peringkat dalam usaha memperbaharui kesegaran dan dinamisme PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang unggul di rantau ini.

154.    Penonjolan pimpinan muda ini amatlah perlu bagi mengambarkan kita tidak ketandusan pelapis kepimpinan bukan sahaja untuk memimpin parti, tetapi pada masa yang sama untuk diketengahkan sebagai calon di dalam pilihanraya akan datang.

155.    Kami sama sekali tidak bertujuan untuk menidakkan kemampuan kepimpinan yang sedia ada, tapi apa yang kami maksudkan ialah sudah sampai masanya PAS menyediakan lebih banyak ruang untuk mengenengahkan pimpinan muda yang berkaliber dan berkebolehan dengan mengurangkan pertindihan bebanan tanggungjawab pemimpin yang sedia ada.

156.    Sama ada disedari atau tidak, pertindihan beban tanggungjawab di kalangan pimpinan PAS merupakan satu isu yang besar dalam parti. Oleh sebab itu, adalah menjadi hasrat DPP menawarkan pemimpin muda kepada parti untuk diberikan peranan yang lebih besar bermula di peringkat kawasan, negeri sehinggalah di peringkat pusat.

157.    Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa kawasan yang telah memberi kepercayaan kepada pimpinan dan bekas pimpinan DPP untuk memimpin PAS kawasan.

158.    Dalam masa yang sama PAS juga mesti berani meletakkan calon – calon baru dan muda di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menuntut supaya PAS membariskan 40 % daripada calon pilihanraya adalah dari kalangan calon – calon muda terutama yang berusia 45 tahun ke bawah.
159.    Tahniah saya ucapkan kepada pimpinan PAS yang diterajui oleh Alim Rabbani Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti kerana memberi kepercayaan kepada tokoh – tokoh muda menggalas amanah mewakili parti dalam siri Pilihanraya Kecil baru – baru ini seperti DUN Tenang di Johor, Kerdau di Pahang, Merlimau di Melaka dan terkini pilihanraya umum edisi Sarawak di Sadong Jaya dan Beting Maro.

Pemuda Ansoorullah yang dikasihi sekelian.

160.    Saya akhiri dengan 5 Nota Pemuda PAS, penting untuk perhatian dan renungan setiap anggota Dewan Pemuda PAS.

Nota Pertama :

161.    Biar apa pun zaman dan di mana jua berada , Pemuda tetap menjadi skuad kebanggaan Nabi saw. dan sandaran Baginda untuk menyambung risalah perjuangannya ke arah mendaulatkan syariat Allah swt. di atas muka bumi ini . Justeru itu, janganlah kalian semua menghampakan harapan Baginda Rasul saw. dan lebih malang menjatuhkan "air muka" Baginda saw. dengan kegagalan pemuda beraksi selayaknya mendokong dan memacu perjuangan ini.

Nota Kedua:

162.    Pemuda PAS mestilah mempersiapkan diri dari segenap aspek  bermula dari 10 noktah :

•    Spiritual yang mantap dengan taqarrub diri kepada Allah swt.
•    Fikrah yang jelas melalui pembacaan yang komited terhadap surah [al kitab] & khibrah [pengalaman].
•    Aqidah yang tulen tanpa dipengaruhi oleh elemen syirik dan khurafat.
•    Karisma kepimpinan yang taqwa , thiqah dan berpengaruh.
Syakhsiyyah yang soleh, ikraamul al akh [mesra anggota] dan turun ke medan.
•    Ilmu yang menguasai tuntutan dan keperluan perjuangan secara individu atau kolektif .
•    Fizikal yang kuat memikul amanah perjuangan dan menyerap tekanan .
•    Kebijakan aqal dalam mengatur strategi mendepani cabaran.
•    Ketenangan jiwa semasa mengurus karenah ahli dan mengurai kekusutan dalaman.
•    Kolektif yang berpakat tanpa retak biar sejalur cuma.

Nota Ketiga :

163.    Aktif menggerakkan jentera perjuangan tanpa siapa dikalangan pemuda berpeluk tubuh. Lebih mengaibkan jika ada yang berat papan punggungnya untuk bangun melaksanakan amanah yang terpikul di atas pundaknya sebagai pimpinan di manapun peringkat ia terpilih dan terlantik.

164.    Pemuda PAS bukan pondan yang sering lemah dilanda fitnah, resah dihempap musibah dan longlai dipukul badai sebaliknya hebat di medan debat, perkasa menabur jasa dan gagah menentang musuh bedebah.

165.    Pemuda PAS mestilah menjuarai isu dan senantiasa dekat di mata dan hati rakyat sebagai madu'u [pengundi dalam bahasa pilihanrayanya]. Senantiasa ada bila rakyat berduka dan senantiasa muncul bila rakyat sugul.

166.    Pemuda PAS tidak boleh diperalat oleh siapa jua untuk mencapai tujuan politik individu apalagi untuk menjual agama dan menolak perjuangan suci ini. Bahkan pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berkata : Ya ! Kami Ansorullah [pejuang agama Allah]. Berfungsi di sayap utama mengembeling kekuatan dalaman dan mobilisasi kesedaran rakyat bagi menjana kemenangan dan mempertingkatkan prestasi juang serta mempertahankan kemenangan yang telah sedia tercapai.

167.    Pemuda PAS bukan peluru sesat atau pedang karat yang boleh dimanafaat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melepas amarah sesama sendiri dengan menabur peluru fitnah secara membuta tuli [boleh dibaca - membabi buta] dan menebas leher mencantas betis sesama anggota hanya kerana tidak bersefahaman.

168.    Pemuda PAS adalah senjata "hard target" yang siap dan sedia menembusi kepala dan jantung musuh Allah swt. Tanpa gentar dan gerun melepasi benteng musuh yang penuh jerangkap berbekal strategi licik dan kemahiran yang tinggi dikalangan anggota pemuda.

169.    Pemuda PAS adalah supporter group untuk sedia dan siap melaksanakan arahan jamaah dan pimpinannya dengan teliti dan jaya tanpa mendatangkan masaalah kepada jamaah dan pimpinan sebaliknya melancarkan gerakkerja, melicinkan misi dan menjayakan visi perjuangan suci ini.

Nota Keempat :

170.    Muktamar kali ini adalah pusingan anggota memilih saf kepimpinan jamaah di pelbagai peringkat dan tidak ketinggalan kita para pemuda. Terlebih dahulu kita telah diajar oleh agama agar memilih dan menyerah tugas kepimpinan kepada mereka yang layak, mampu dan beramanah.

171.    Bukan populariti , bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata - mata, sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertaqwa.

172.    Usah jadikan ini kesempatan untuk bersengketa tetapi jadikan ia sebagai peluang untuk merapat jurang, mengimpal retak, menjalin ukhuwwah, membina persefahaman dan menyatu fikrah. Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksana ikatan batu bata, membangun menara kukuh gah dipersada juang.

Nota Kelima:

173.    Rakyat melihat kita adalah bahtera penyelamat yang memegang teraju gelombang perubahan ke arah membina Malaysia yang ditadbir oleh pemimpin yang soleh dan undang - undang yang adil. Mengislahkan politik dan menjana ekonomi melalui plan syariah yang terbukti benar dan berkesan.

174.    Tinggal lagi keyakinan rakyat kepada plan ini masih belum dapat diraih sepenuhnya setelah mereka mengalami krisis keyakinan teruk terhadap undang - undang dan peraturan syariah akibat fitnah dan momokan jahat UMNO dan BN sejak mereka memerintah negara lebih 50 tahun yang lalu.

175.    Justeru itu, pemuda tidak harus rasa selesa walau berada di negeri yang kita menang seperti Kelantan , Kedah, Penang dan Selangor. Sebaliknya pemuda mesti memikir beberapa pendekatan baru dengan kepelbagaian aktiviti untuk terus segar dan mekar bersama masyarakat remaja dan anak muda. Apatah lagi pemuda di negeri yang belum menang seperti negeri2 yg lainnya,


176.    Malah pemuda mesti terus enggage dengan semua golongan dan lapisan masyarakat, turun dan mara sebagai Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Menyantuni dan menyertai kehidupan harian mereka dengan membawa semangat Orang Muda Geng Kita. Terutama hubungan kita dengan rakan tahaaluf iaitu Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy. Pastikan hubungan ini terus erat dan bersama menjana kemenangan demi kepentingan negara dan rakyat.

177.    Ada pihak mempertikai hubungan kita dengan AMK dan DAPsy sebagai tidak islamik dan kononnya menggadai prinsip perjuangan asal kita. Suka saya tegaskan disini , bahawa kita tidak pernah merubah dasar dan prinsip perjuangan dan hubungan kita dengan AMK dan DAPsy adalah hubungan tahaaluf yang diluluskan oleh syara' maka tidak timbul soal tidak syari'e atau tidak islamik.

178.    Bukankah Islam mengajar kita menentang kezaliman seperti ISA. Bukankah Islam mengajar kita menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan seperti apa yang berlaku kepada SPR, Badan kehakiman, polis dan FRU ?

179.    Bukankah Islam mengajar kita menentang segala pembaziran seperti projek mega yang tidak menguntungkan rakyat, agihan saham hanya berlegar dikalangan kroni dan sebagainya ?

180.    Maka kita sepakat dalam perkara ini dengan AMK dan DAPsy lalu kita bertahaaluf  [kerjasama], maka dimanakah yang tidak Islamik dalam perkara ini ? Saya harap kita tidak keliru lagi dan saya juga sebagai anggota Majlis Syura Ulama' turut terlibat dalam perbahasan dan penelitian panjang mengenai perkara ini dan Majlis Syura Ulama' PAS telah memutus dan meluluskan perkara ini.
181.    Justeru itu, kita pertahankan tahaaluf ini dengan konsep dan prinsip serta akhlak dalam bertahaaluf siasi dengan mana - mana jua pihak yang bukan dari jamaah atau parti kita. Dalam erti kata yang lain, marilah kita perkukuhkan PAKATAN RAKYAT tanpa melupakan pemerkasaan parti kita sendiri.

182.    Saya mewakili seluruh saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh pelusuk tanahair, kerana memberikan intima' yang jitu demi melunaskan tanggungjawab berjamaah sekaligus menjayakan sidang muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi kali ke 52 ini.

183.    Terima kasih tidak terhingga kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang diterajui oleh Al Fadhil Ustaz Hasbullah Ridzwan dan seluruh exconya jua Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam selaku tuan rumah muktamar kita kali ini.

184.    Terima kasih jua kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang diterajui oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di atas keselesaan dan kemudahan yang diberikan bagi menjayakan muktamar ini. Terima kasih, kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung hari ini bagi kali ke 52.

185.    Akhirnya selamat berjuang, selamat bermuktamar dan pastikan ucaptama "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" ini dibaca bersama dengan ucaptama saya pada tahun lalu iaitu "Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan" bagi mewujudkan keseimbangan dan kesepaduan menggerakkan perjuangan suci ini.

*** Ucapan Ketua Pemuda Ustaz Nasharudin ketika Perasmian Muktamar Pemuda PAS Pusat Kali Ke52 di Odotorium MBSA Shah Alam

1 ulasan: