Rabu, 25 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 25 May 2011 03:26 AM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


DAFTAR PEMILIH (SPR) BERSAMA PUTERI DUN TG.BIDARA

Posted: 24 May 2011 08:10 PM PDT

LOKASI: TAPAK PASAR MALAM TG. BIDARA

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 25 May 2011 01:31 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM sampai amanat penting kepada belia Sabtu ini

Posted: 24 May 2011 01:32 AM PDT


2011/05/24

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan menyampaikan amanat dan pengumuman penting kepada sejuta belia yang akan berhimpun pada jam 5 petang Sabtu ini sempena Sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata amanat dan pengumuman itu pastinya memberi inspirasi dan pedoman kepada belia yang juga kumpulan terbesar dan terpenting di negara ini.
"Beberapa amanat dan pengumuman penting akan dibuat oleh Perdana Menteri. Saya pun tidak tahu, saya pun tertunggu-tunggu apa yang akan diumumkan," katanya.
Ahmad Shabery bercakap kepada pemberita selepas meninjau persediaan akhir sambutan Hari Belia yang bermula 27 hingga 29 Mei bersama kumpulan media dan pegawai kementerian dengan menaiki dua bas di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan akhir lebih 200 acara menarik membabitkan 80 pertandingan, 93 kerohanian serta keilmuan dan baki persembahan serta pertunjukan.

"Saya berpuas hati dengan persiapan sehingga sekarang dan kita lihat Putrajaya sedang berubah wajahnya dan ia memberi getaran baru membayangkan kekuatan tenaga orang muda yang akan berhimpun di sini," katanya.

Kira-kira sejuta pengunjung dijangka menghadiri sambutan Hari Belia 2011 bertemakan "Seribu Keriangan dan Sejuta Peluang" dari 27 hingga 29 Mei di Putrajaya berbanding 250,000 orang tahun lalu.
Sambutan tiga hari itu turut menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan, keusahawanan, kewangan, perbankan dan bimbingan daripada teknorat serta pihak korporat.

Sebanyak 17 negara iaitu Asean+3 dan Negara Komanwel di Asia turut serta dalam sambutan itu dengan mempamerkan produk mereka.

Antara persembahan yang pastinya menarik golongan muda ialah kumpulan artis muda Korea, Super Junior, pertandingan Futsal, Cyber Games, Youth Got Talent, Animax Cosplay Rulez, G.I.G Dance, Cabaran Parkour, Pertandingan Inline Skating, YoyoSkeel Central Yoyo Contest, Skyrunner, Street Party, Sasuke Jaguh 1 Malaysia dan Karnival Jom Heboh.

Maklumat lanjut dan terkini berkaitan sambutan itu boleh didapati di Sekretariat Hari Belia Negara di talian 03-8871 3626/3632 atau layari laman web "www.haribelianegara.org.my atau www.kbs.gov.my. - BERNAMA

Khairy Jamaluddin

Posted: 25 May 2011 01:30 AM PDT

Khairy Jamaluddin


Isu Produk Makanan Halal

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) berasa amat terkejut dengan laporan tentang pendedahan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengenai penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

DunSemarang

Posted: 25 May 2011 01:14 AM PDT

DunSemarang


PAS T Hilang Melayu dan Islam .. Bila mereka Berkuasa....Ibrat Sang Nila Utama

Posted: 24 May 2011 07:22 AM PDT

Tujuh keluarga terima bantuan Program Bantuan Rumah ( PBR )Dun Semarang.

Posted: 24 May 2011 06:30 AM PDT

Kg. Hj Ghaffar 23 Mei – Kerajaan Barisan Nasional sentiasa peka dengan rakyat dan sejak dari dahulu menjadi juara kepada permasalahan rakyat dengan berusaha secara berterusan membela golongan yang tidak bernasib baik. Usaha ini selaras dengan perintah agama yang mahukan golongan yang berkemampuan memberi pertolongan kepada golongan yang tidak berada. Ini bermakna Kerajaan Barisan Nasional berada di landasan yang benar dan menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan memntingkan keadilan.Penerima Projak PBR sedang menerima kunci rumah dari YB Datuk Samsolbari Jamali ADUN Semarang di saksikan oleh Pegawai Risda Daerah dan Penghulu Mukim Tg Semberong.

Baru-baru ini seramai tujuh keluarga di DUN Semarang menerima program bantuan rumah (PBR) yang dikelolakan oleh pihak RISDA bagi tujuan membantu keluarga tersebut bernaung di rumah yang lebih selesa dan selamat. Majlis serah terima kunci rumah PBR ini disempurnakan oleh YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang pada 23 mei 2011 di Balai Kegiatan RISDA di jalan no. 3 Kampung Hj Ghaffar Mk 7 Batu Pahat. Mereka yang menerima projek ini ialah puan Fatimah bt Sayed dari Kg Hj Ghaffar, puan Azlina bt Saat dari Kg Talang Bunut, puan Sutonah bt Kasbi dan encik Md Habidin bin Mohd Saim dari Asam Bubuk, puan Norhizat bt Nordin dari Pt. Andin, encik Abd Ghani Bidin dari Kg Parit Shukor dan Ghali@Ghazali Abd Razak dari Kg Pt. Bandan.
YB Datuk Hj Samsolbari Jamali beramah mesra dengan ketua-ketua kampung Mukim Tg Semberong
Selepas majlis serah terima kunci Program Bantuan Rumah (PBR) di Kg Hj Ghaffar.


Di majlis tersebut Yang Berhormat meminta semua Ketua Kampung melengkapkan diri dengan maklumat yang terkini bagi membolehkan system penyampaian maklumat kepada rakyat berkesan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Tg Semberong dan semua kampung dalam kawasan Mukim VII.(Terima Kasih, Sumber berita, teks dan Foto dari S/UBAH Halid Saat)

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 24 May 2011 09:27 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


Anwar Tidak Berani Saman Eskay – Ahmad Maslan

Posted: 24 May 2011 09:34 AM PDT

Usul dikemukakan perlu berisi

Posted: 24 May 2011 09:33 AM PDT

Pembangkang Dicabar Turunkan Harga Barang Di Negeri Pentadbiran Mereka

Posted: 24 May 2011 09:30 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 24 May 2011 03:28 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SELAMAT BERJUANG

Posted: 24 May 2011 08:10 AM PDT

Tidak terlambat rasanya bagi saya mengucapkan selamat berjuang kepada semua anak-anak muda yang melanjutkan pelajaran mereka samaada di peringkat PHD, sarjana, ijazah pertama, diploma di peringkat sijil. Sesungguhnya tanggungjawab ini merupakan cabaran baru kepada anda semua bukan sahaja untuk kepuasan diri, keluaraga tetapi juga bagi memenuhi tuntutan agama, bangsa Dan negara.

Dalam kontek daerah Jasin, kami mendoakan semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjuangan anda semua Dan semoga ianya membawa kejayaan bagi membina tranformasi Dan menyediakan modal insan untuk Jasin menuju Bandar Bistari menjelang 2020. Hadapan saya anda semua menjadi agen perubahaan masyarakat pada masa Akan datang.
Sekian Terima Kasih

Ikhlas
Zaidi Attan
Ketua Pemuda BN Jasin
Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Komen