Khamis, 19 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Posted: 19 May 2011 01:43 AM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA


Posted: 19 May 2011 01:34 AM PDT

Semua ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan
Perwakilan Puteri UMNO Cawangan


Assalamualaikum w.b.t

Y. Bhg. Saudari,

NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2011


Terlebih dahulu saya mendoakan semoga saudari sentiasa dikurniakan rahmat dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Puteri UMNO di baca sekali dengan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan Tahunan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 22hb Mei 2011

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Hotel Flamingo Ampang

Oleh yang demikian, semua Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Perwakilan Puteri UMNO Cawangan yang telah dipilih dalam Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan sesuai dengan Fasal 14.2.4 Peraturan Puteri UMNO adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Saudari dikehendaki hadir bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Puteri UMNO demi meneruskan kesinambungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.


Ini adalah notis umum yang dipaparkan di laman blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Notis melalui sms serta Notis melalui surat akan menyusul.


Sekian, terima kasih.

'Generasi Wanita Prihatin – Prihatin Berilmu'

Yang Benar,

(ZALENA JAAPAR)
Pen Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa


s.k. 1. YB Pen. Setiausaha Puteri UMNO Malaysia
2. Pen. S.U. Badan Perhubungan Puteri UMNO Wilayah
3. Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa
4. S.U. UMNO Bahagian Setiausaha

DunSemarang

Posted: 19 May 2011 01:42 AM PDT

DunSemarang


Pandi Kutty.hina Melayu...orang tertawa...INTERLOK... kau orang MARAH.

Posted: 18 May 2011 05:48 AM PDT


Anwar berkata lagi...."Memang dari segi bahasanya makna 'pandi kutty' itu adalah anak babi tetapi maksud sebenarnya adalah bodoh. Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah," katanya dalam Ceramah Pakatan yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada malam tadi.

"Bila saya tuduh Umno amalkan budaya 'pandi kutty mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik 'pandi kutty'.


Mengapa guna Bahasa Tamil untuk PANDI KUTTY...bukankah lebih baik sebut ANAK BABI atau BODOH, semua rakyat Tanah Melayu tahu...Hakikat sebenarnya siapakah yang Anwar maksudkan...Orang India yang hadir pada malam ceramah yang di anggap BODOH atau orang Melayu UMNO yang di anggap Anak Babi. Fikrlah sendiri....mengapa orang India tak marah ..bila perkataan tersebut di jaja oleh Anwar. Apa perasaan Orang India bila kita kata..AWAK PANDI KUTTY....dengan maksud awak bodoh..atau awak anak babi...sepatutnya Orang India juga sesama membantu....menentang penggunaan perkataan tersebut..bukan turut sama tertawa dan bersorak sorai...kalau saya sebagai Rakyat Malaysia..Melayu..merasa malu dan marah..bila orang bangsa lain menggunakan bahasa Melayu hanya untuk tujuan mencerca dan membodohkan orang lain. Kalau nak memaki gunalah bahasa sendiri jangan pinjam bahasa orang lain..walaupun cceramah di kawasan INDIA..siapa sebenranya yang Anwar Maksudkan PANDI KUTTY yang lebih tersirat..

Seorang yang berwibawa tidak akan mengucapkan perkataan seperti itu walau bagaimana pun alasan atau keadaan apatah lagi seorang pemimpin suatu kelompok."
Kata Datuk S Nalla..Saya (orang) India, penganut Hindu pun malu nak menggunakan perkataan itu, sepatutnya orang Islam pun begitulah terutama yang boleh menjadi imam, membaca khutbah, memberi tazkirah dan berucap sambil menyelitkan ayat al-Quran macam Anwar.

umno bahagian cheras

Posted: 18 May 2011 01:29 PM PDT

umno bahagian cheras


Isu video seks ; terserah kepada Peguam Negara - Syed Ali

Posted: 18 May 2011 04:22 AM PDT

TERSERAH kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya hasil siasatan polis terhadap video seks yang dikatakan membabitkan pemimpin parti pembangkang.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan mendedahkan lelaki terbabit perlu dibuat bagi mengelak tuduhan pembangkang kononnya UMNO melakukan kospirasi untuk menjatuhkan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam pada itu, beliau mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein melihat kes tersebut sebagai isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam jika tindakan tidak diambil.


Beliau berpendapat, trio 'Datuk T' telah melakukan tindakan yang boleh dianggap betul apabila mendedahkan pita rakaman video tersebut kepada sekumpulan wartawan termasuk blogger tempatan.


"Pada pendapat saya, jika trio Datuk T serahkan pita rakaman tersebut terlebih dahulu kepada polis atau Perdana Menteri, mungkin orang akan kata satu konspirasi," ujarnya.


Tambah beliau, isu video seks tersebut kini menjadi tumpuan umum dan semua pihak ingin mengetahui siapakah pelakunya.


"Tetapi hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dikatakan berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks tersebut, kita menghormati penjelasan beliau," tegasnya.


Khalid dilaporkan memberitahu media di Johor Bharu hari ini bahawa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.


Mengulas lanjut penjelasan Timbalan Ketua Polis Negara itu, Syed Ali berkata semua pihak harus menghormatinya.


"Kita tidak mahu mencampuri urusan polis, tetapi amat berharap Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya demi kepentingan politik negara," jelasnya.


Beliau bimbang kesan daripada itu akan terus memberi ruang kepada pembangkang terutama Anwar untuk menuduh pemimpin UMNO sebagai dalang disebalik isu video seks tersebut.


"Saya khuatir, dalam ceramah politiknya Anwar akan membangkitkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan memutarbelitkan isu tersebut,"tegasnya.



















“Saya pun hairan, kenapa Anwar tak mahu saman Eskay & kenapa polis juga enggan dedahkan pelaku seks itu…”

Posted: 17 May 2011 09:09 PM PDT

"APABILA saya bertemu orang ramai, mereka bertanya, kenapa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak saman (Datuk) Sazryl Eskay Abdullah yang dedahkan isu video seks kalau benar dia tidak terbabit," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Kata mereka lagi, "kalau Anwar takut nak saman Eskay, maka pelaku dalam video seks itu mungkin benar diri beliau," jelasnya.

"Setahu saya, Anwar sebelum ini memang terkenal sebagai kaki saman," tambah Syed Ali.

Katanya, jika ada sebarang tuduhan terhadap beliau, Anwar akan lekas-lekas ambil tindakan menyaman, tetapi dalam isu video seks, dia diam membisu

Beliau memberitahu, di merata tempat orang sedang bercakap kenapa Anwar tidak berani membuat laporan polis terhadap Eskay yang mendedahkan pelaku dalam video berkenaan.

Sebaliknya kata Syed Ali, Anwar berterusan menuduh UMNO membuat fitnah dan konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

"Ini jelas menunjukkan Anwar penakut dan pembohong, di luar, di kata UMNO, tetapi tidak berani pula untuk menyaman Eskay," tegasnya.

"Ada juga yang tanya saya, kenapa pihak polis seperti cuba menyembunyikan hasil siasatan video seks tersebut, sedangkan ketulinan rakaman itu telah disahkan oleh pakar antarabangsa," ujarnya lagui.

"Saya pun berasa hairan, kenapa Anwar tak mahu saman Eskay dan kenapa polis pun diam diri (tak mahu dedah), susah saya nak jelaskan kepada penyokong parti di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu tegas Syed Ali, selagi pihak polis masih enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki dalam video seks itu, selagi itulah masyarakat akan memandang serong kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kenapa polis takut nak dedahkan ? apakah polis juga menerima tekanan dalam hal ini ?, soal beliau lagi.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.

Zaid seperti yang dilaporakn oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini dipetik sebagai berkata :


" Jangan sampai masyarakat melihat polis pun mengikut rentak orang politik. Kalau bukan polis yang dedahkan pelaku, pihak mana yang hendak diharapkan. Ini bukan lagi soal ada keperluan perundangan atau tidak,".

Menurut Syed Ali lagi, dua soalan itu juga yang menjadi tajuk perbahasan orang ramai sehingga ada yang beranggapan seperti sia-sia sahaja Eskay mendedahkan pelaku seks berkenaan.

"Anwar bukan pemimpin istimewa, maka tidak ada sebab kenapa kes video seks itu dilengah-lengahkan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan