Isnin, 16 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 16 May 2011 03:25 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


SELAMAT HARI GURU, CIKGU-CIKGU!

Posted: 15 May 2011 05:13 PM PDT



Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasullullah S.A.W. bersabda: 

"Sesungguhnya Allah, malaikat  dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut didalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan didarat dan laut) mendoakan kebaikan keatas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."

( Riwayat al-Tirmizi)



PAS TAMBUN

Posted: 16 May 2011 01:34 AM PDT

PAS TAMBUN


SUASANA MAJLIS MAKAN MALAM PAKATAN RAKYAT KALI KE 3 DI SMJK YUK CHOY IPOH

Posted: 16 May 2011 12:25 AM PDT

YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Rakyat menyampaikan ucapan.

YB Puan Radziah Ismail , Exco Negeri Selangor

Masih bersemangat dan semakin kental.. untuk memperjuangkan nasib rakyat.. azam untuk perintahs semula perak..

Cheers!!
YAB Mr Lim Guan Eng

YB Dr Idham Lim
Dr Khairuddin Dato Abd Malik

Makan Time!!

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 May 2011 01:30 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


SPR Jangan Undur ke Belakang

Posted: 16 May 2011 01:30 AM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -





KUANTAN, 16 Mei: PAS mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil jalan undur ke belakang dengan melarang ejen calon membawa telefon bimbit untuk mengelakkan penyaluran tidak rasmi berlaku di hari pengundian seperti yang dilaporkan di sebuah akhbar tempatan hari ini.

"Adalah lebih baik untuk SPR mencari jalan yang lebih telus dengan menyiarkan keputusan jumlah undian di setiap peti undi melalui tayangan skrin besar di luar kawasan penjumlahan.

"Ini sekaligus akan berjaya mengelakkan maklumat tidak rasmi di setiap peti undi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam reaksinya terhadap laporan akhbar Berita Harian hari ini.

Berita Harian melaporkan bahawa mulai pilihan raya umum ke-13 yang dijadualkan tidak lama lagi, ejen parti politik yang bertugas di pusat pengiraan undi dan pusat mengundi dilarang membawa masuk telefon bimbit.

"Ia bagi mengelakkan parti politik menyalurkan maklumat, khususnya keputusan tidak rasmi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook atau Tweeter sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, baru-baru ini," tambah laporan itu lagi.

Namun begitu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpendapat bahawa dengan kecanggihan teknologi masa kini adalah sukar untuk menghalang penyebaran maklumat.

"Cuma yang kita mampu ialah bersikap telus dengan maklumat yang ada, ini sekadar cadangan," tambah beliau.

4,000 pertahan Ladang Rakyat

Posted: 16 May 2011 01:00 AM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TUMPAT, 16 Mei: Lebih 4,000 peserta Ladang Rakyat berhimpun di Koperasi Ladang Rakyat sempena program hari himpunan anggota koperasi ladang rakyat di Wakaf Baru.

Biarlah sekitar 200 peserta Umno berdemo di hadapan Kota Darulnaim pagi ini untuk menyerahkan 'memo rakyat' tetapi di sini mereka yang menyertai himpunan begitu ramai untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri dan Ladang Rakyat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Dua deklarasi dicapai iaitu menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di samping memperkukuhkan Ladang Rakyat sebagai satu badan untuk membantu rakyat dan memperteguhkan kerajaan dipimpin ulama.

Deklarasi itu disampaikan oleh Nazmi Ghazali.

Harakahdaily/-

Idea Najib hantar askar pengaman ke Bahrain diselar

Posted: 16 May 2011 12:30 AM PDT


13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, : Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat menyelar idea Perdana Menteri yang bersetuju untuk menghantar tentera tempatan di atas nama memelihara kestabilan serta keselamatan di Teluk untuk membantu kerajaan Bahrain, yang kini dikecam dari semua pelosok antarabangsa kerana kekejaman ke atas rakyat dan barisan pembangkang.

Dalam lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain.

"Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC (Majlis Kerjasama Teluk) untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini," kata Najib Jumaat lalu di Arab Saudi, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.

Kenyataan tersebut turut menambah bahawa Malaysia menyokong proses dialog nasional yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa untuk "menangani aspirasi penduduk Bahrain dan meredakan ketegangan" di negara berkenaan.

"Mengambil kira hakikat ini, Perdana Menteri Najib berbesar hati mengumumkan bahawa Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain," tambah kenyataan itu lagi yang turut menyifatkan jemputan daripada kerajaan Bahrain sebagai satu penghormatan yang besar untuk menawarkan bantuan dalam usaha murni ini.

Sebagai reaksi balas kepada pendirian Najib, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong memberikan amaran bahawa perdana menteri sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah dengan menyatakan bahawa usaha memberikan bantuan kepada keganasan regim Bahrain sebagai satu usaha yang murni.

"Saya cukup terkejut bahawa kerajaan Malaysia menyifatkan tindak balas kejam daripada kerajaan Bahrain untuk menentang orang awam yang mengambil peluang untuk menyatakan hasrat mereka sebagai satu usaha yang murni.

Saya tertanya-tanya apakah Najib faham dengan kenyataan sedemikian, beliau sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah," kata Liew dalam satu kenyataannya hari ini.

Liew turut menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dzirhan Mahadzir, seorang journalis pertahanan yang pro Angkatan Bersenjata Malaysia (MAF) di Twitter, di mana beliau menyifatkan idea Najib sebagai idea terburuk dan memberikan amaran bahawa penghantaran tentera pengaman negara akan hanya menyebabkan MAF muncul sebagai penindas rakyat Bahrain, dan bukannya pembela nasib mereka.

"Kepada PM Najib Razak, ia adalah satu idea buruk untuk pasukan tentera kita melibatkan diri di Bahrain. Angkatan Bersenjata Malaysia membela orang awam, bukannya menindas mereka, dengan menghantar mereka ke Bahrain, kita akan terlibat dengan penindasan.

"Bukankah menjadi prinsip bahawa Malaysia tidak akan bercampur tangan dalam hal-ehwal negara asing, dengan menghantar tentera ke Bahrain, kita sedang melanggar prinsip ini. Jika National Security Division (Jabatan Keselamatan Negara) berkata semuanya ok untuk hantar tentera ke Bahrain, ingatlah mereka adalah orang yang sama yang menyatakan bahawa semuanya ok di Mesri," kata Dzirhan kepada Najib di Twitter.

Sementara itu, Liew turut menyoal mengapa tiba-tiba Malaysia bersemangat untuk melibatkan diri dalam kemeluk di Teluk.

"Bukan saja kerajaan Malaysia, yang menggelar dirinya sebagai pencetus idea di kalangan di dunia Islam, langsung tidak memberikan sokongan kepada kebangkitan demokrasi di dunia Arab pada awal tahun ini, bahkan sekarang bersedia untuk berdiri di sebelah diktator dengan menghantar tentera untuk menindas aspirasi demokrasi rakyat Bahrain," selar Liew.

Bahrain berada di dalam kemelut semenjak pihak polis negara tersebut melancarkan tindakan keras dan kejam terhadap para penunjuk perasaan yang inginkan kerajaan yang dipilih secara demokratik di ibu kota negara tersebut, yang mengakibatkan 3 orang terbunuh dalam serangan menggunakan pemedih mata, peluru getah dan buckshot pada Februari 17 yang lalu.

Berdasarkan maklumat terbaru daripada Human Rights Watch, terdapat bukti baru bahawa ramai penunjuk perasaan yang telah ditangkat telah diseksa dan tidak dapat dihubungi setakat ini.

"Satu perkara yang paling membimbangkan di Bahrain ialah kita menyaksikan lebih 1,000 orang ditangkap, dengan 600 masih di tahanan, selepas berminggu lamanya mereka ditahan. Kita tidak tahu di mana mereka berada. Peguam juga tidak tahu di mana mereka berada, keluarga pun tidak tahu di mana mereka berada.

Mereka telah ditahan tanpa dapat dihubungi, dan inilah situasi di mana penyeksaan akan berlaku," Joe Stork daripada Human Rights Watch dipetik sebagai berkata.

Mengikut pihak penguasa Bahrain, setakat ini, 24 orang termasuk 4 polis terkorban dalam kemelut di negara ini yang kini dikecam hebat oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi antarabangsa kerana keganasan regim itu terhadap para penunjuk perasaan.

"Saya telah dimaklumkan bahawa pemimpin dalam Angkatan Bersenjata Malaysia tidak cenderung dengan keputusan ini kerana ia bukan tugas mereka untuk membunuh orang awam, lagi-lagi orang awan di negara asing," tambah Liew.

Harakahdaily/-

Israel serang kapal bantuan M'sia ke Palestin

Posted: 16 May 2011 12:20 AM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Sebuah kapal milik Malaysia yang membawa bantuan untuk Palestin telah dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel pada 6.54 pagi waktu Jordan (kira-kira 11.54 pagi waktu Malaysia), menurut Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF).

Berikutan serangan itu, yang menurut PGPF berlaku dalam zon keselamatan Palestin, kapal itu telah dipaksa berlabuh di perairan Mesir kira-kira satu setengah batu nautika dari perairan Gaza.

Wakil PGPF, Matthias Chang berkata pasukan tentera laut Israel mengelilingi kapal bantuan itu dua kali dan melepaskan tembakan.

"Tiada seorang pun yang cedera," katanya dalam kenyataan itu.
Seorang lagi aktivis dalam kapal itu, Derek Graham berkata beliau melihat kapal Israel datang dari satu hujung penjuru dan kapal Mesir datang dari penjuru yang lain.
Berlaku tembakan, katanya. "Semua orang selamat, tiada seorang pun yang cedera."

Kapal itu berlepas dari pelabuhan Piraeus, Greece, pada Rabu. Ia membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.

Mereka yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan itu termasuk aktivis antiperang dan wartawan terdiri daripada tujuh rakyat Malaysia, dua rakyat Ireland, dua warganegara India dan seorang rakyat Kanada.

Inisiatif kemanusiaan itu dibiayai oleh PGPF yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini/-

Nik Aziz nasihatkan Anwar banyak bersabar

Posted: 16 May 2011 12:00 AM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mei: "Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya," ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

"Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun," tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

Tv Selangor/-

PR Ulangi Pelawaan Debat Buku Jingga Dengan Najib

Posted: 15 May 2011 11:30 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 16 MEI : Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat mengulangi pelawaannya supaya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya menyertai perbahasan bagi membuktikan sama ada 10 inisiatif Buku Jingga yang disaran pihaknya benar-benar akan menjadikan negara muflis, atau sebaliknya memanfaatkan rakyat dalam jangka panjang.

"Kalau Najib nak tahu sama ada negara akan bankrap, cara yang baik adalah mengizinkan pakar-pakar ekonomi membahaskan cadangan Buku Jingga bersekali dengan Pakatan Rakyat. Najib dan pimpinan BN dipersilakan hadir sama," kata Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisan blognya.

Kepimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini pernah memanjangkan pelawaan sedemikian kepada Najib, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, awal tahun ini.

Bagaimanapun ia ditolak kepimpinan Najib.

Pakatan Rakyat memperkenalkan Buku Jingga dengan 10 inisiatif pada konvensyennya 19 Disember lalu.

Dalam tulisannya bertajuk "Mengapakah PM Najib takut sangat Buku Jingga ini?", Dzulkefly yang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, pendekatan Buku Jingga adalah berpaksikan rakyat iaitu usaha memakmurkan dan mensejahterakan rakyatnya, sementara Pakatan Rakyat mahu menjana persaingan sihat dan meningkatkan daya saing dengan menamatkan amalan kronisme dan rasuah dalam sistem penyampaian.

"Kami bukan tidak mesra bisnes, tetapi bukan bisnes yang mengorbankan rakyat dan negara," katanya.

"Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini adalah buktinya! Buku terbitan kerajaan negeri Selangor 'The Road to Reform' adalah bukti terbaik bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pendekatan reformasi ekonomi politik kami secara ilmiah," katanya lagi.

Laporan media terbaru mendakwa akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia telah memberi arahan khas untuk menghentam rancangan 100 Hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

"Mengapakah BN tertekan dengan penampilan dan kehadiran Buku Jingga ini? Mengapakah Perdana Menteri Najib dan pimpinan BN takut sangat Buku Jingga ini?" katanya lagi.

"Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politik-ekonomi yang berpanjangan.

"Ia menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai penyelesaian alternatif," kata beliau lagi.

Dr Dzulkefly dalam tulisannya turut mempersoalkan mengapa Najib menyerang Buku Jingga dengan tuduhan bahawa negara akan muflis atau bankrap.

"Muflis atau bankrap adalah kata-kata yang emotif dan sensasi yang cepat difahami rakyat. Jadi itulah cara paling kuno dan konvensional untuk Najib menyerang kami. Rakyat takut negara bankrap," katanya,

Bagaimanapun katanya, keseluruhan program Buku Jingga jika dilaksanakan tidak sampai pun menelan RM19 bilion.

"Tidak dengan itu negara akan bankrap. Negara pastinya bankrap dengan hutang kerajaan pusat dan GLC yang mencecah 60 peratus KDNK dan terus meminjam lagi.

"Tahun ini kerajaan akan menerbitkan RM82 bilion bon dan sukuk. Sebahagian diguna untuk bayar hutang dan kupon bon yang telah matang," katanya sambil menambah, "bankrap mungkin, tapi bukan kerana Buku Jingga."

"Pahang dan Johor mungkin bankrap kerana hutang, tidak Selangor dan Pulau Pinang dan tidak juga Kedah dan Kelantan," jelas beliau.

Dzulkefly juga menulis, "betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik dan sekali gus Program 100 kerajaan Pakatan Rakyat, andainya kami mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan."

Tambah bekas pengarah unit penyelidikan PAS pusat itu, pihaknya bukan sahaja bercakap tentang pertumbuhan dan pendapatan per kapita tetapi memastikan pertumbuhan mampan dan berakhir dengan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat.

"... antara lain dengan agihan kekayaan negara yang adil dan rakyat dapat meningkatkan pendapatan boleh berbelanja, yang tidak ditelan oleh inflasi.

"Kami lakukan reformasi politik bersekali dengan peralihan struktural dengan mendekati isu contohnya, subsidi dan kaedah penswastaan yang tidak akan membebankan rakyat dan menguntungkan kroni semata-mata," kata Dr Dzulkefly lagi.

Jelas Dr Dzulkefly, kepimpinan Pakatan Rakyat juga mendekati perkara itu dengan menentukan keutamaan dalam pelaburan kerajaan berpandukan 'fiqh Al-Awlawiyyat'.

"Nak bina Menara Warisan (100 tingkat dengan dana RM5 bilion) ke atau nak mendayakan rakyat dengan memberikan perkhidmatan asas dengan harga yang munasabah. Ini kesemua adalah keputusan politik dan komitmen politik.

"Tetapi Najib-BN hanya bercakap tentang projek mega, mutakhir kereta api laju ke Singapura, dulu Bakun yang hingga kini tak ada pembeli tenaganya," katanya lagi.

Malah kata Dr Dzulkefly, Pakatan Rakyat juga merungkaikan masalah perbezaan pembangunan wilayah dengan pendekatan desentralisasi polisi fiskal dengan mendayakan pihak negeri dalam isu royalti dan peruntukan per kapita yang lebih adil untuk kerajaan negeri dalam amalan federalisme yang lebih demokratik.

"Bukan seperti yang 'rompakan' yang dilakukan atas royalti minyak negeri Kelantan dengan mencerobohi kesucian perjanjian yang menakutkan pelabur asing dan tempatan," katanya lagi

Tv Selangor/-

Anwar dakwa Hakim Kes Jatuh ‘hukuman’ Sebelum Bela Diri

Posted: 15 May 2011 11:03 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan 'prahukuman' meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri.

Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama.

"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

"Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya," kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.

"Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas," kata Ketua Umum PKR ini.

The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi.

Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini.

Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar.

"Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz.

"Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini," kata Anwar.

Salah seorang peguam pasukan pembela  Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan.

"Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri," kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan.

Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan.

"Beliau perlu (jadi saksi utama)," katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas.

Jadilah Pendidik Beramanah

Posted: 15 May 2011 09:45 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



PAS Pahang merakamkan ucapan "Selamat Hari Guru" kepada seluruh warga pendidik di Pahang, khasnya dan di seluruh negara amnya.

Pendidik ulung ialah ibu bapa kerana merekalah yang pertama memberi suluhan cahaya kepada anak-anak untuk mengenali dunia mereka dan mereka jugalah insan yang pertama mengajar setiap perkara.

Lantaran itu, peranan ibu bapa sebagai pendidik ulung mesti diteruskan dengan menanam aqidah kepada anak-anak, selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah  suci murni (Islam), maka ibu bapanya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

 Guru merupakan gantian ibu bapa di sekolah yang mengajar murid tanpa jemu dan penat, dengan kekuatan semangat untuk melihat anak muridnya berjaya dan sangat menginginkan muridnya menjadi lebih tinggi dari gurunya.

 Atas sebab itu, Islam sangat memberi ingatan kepada murid agar sentiasa menghormati dan memuliakan gurunya.

Saya masih ingat sewaktu kecil sehingga dewasa, ibu sering kali berpesan "jangan sesekali kamu menyakiti hati guru kamu, kamu tidak akan berkat sepanjang hidup kamu".

Berbekalkan pesanan ini, ingatlah sekalian bahawa yang penting bagi ilmu itu ialah berkat ilmu, yang mampu menyuluh cahaya dalam perjalanan hidup ini.

Kepada para guru, jadilah anda seorang pendidik yang beramanah dengan ilmu kerana guru yang amanah dan ikhlas sama seperti mata air yang mengalir - air yang bersih dan jernih untuk diminum oleh semua.

Beringat-ingatlah bahawa guru yang khianat dan tidak ikhlas dalam kerjayanya adalah sama seperti mata air yang mengalirkan air yang keruh, lalu keruhlah air itu sampai di kuala.

Selamat Hari Guru.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,

Pesuruhjaya PAS Pahang

Naib Presiden PAS

16 Mei 2011

Nik Aziz Nasihatkan Anwar Banyak bersabar

Posted: 15 May 2011 09:31 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 16 Mei: "Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya," ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

"Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun," tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

Gempa 6.5 Magnitud Melanda Papua New Guinea, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Posted: 15 May 2011 09:30 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Gempa kuat berukuran 6.5 magnitud melanda dasar laut Kepulauan Papua New Guinea, awal pagi Isnin dengan amaran tsunami tempatan dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang laporan mengenai mereka yang menjadi mangsa atau kerosakan yang berlaku.

Gempa berlaku jam 4.37 pagi waktu tempatan di kedalaman 43 kilometer di barat Pulau Bougainville, di Papua New Guinea.

"Gempa bumi bersaiz ini selalunya membawa tsunami tempatan yang mampu memberi kesan kemusnahan terhadap pesiiran pantai dalam lingkungan 100 kilometer dari pusat gempa," menurut amaran yang dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik. -AFP

Kes liwat: Anwar diarah Bela Diri

Posted: 15 May 2011 09:05 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 16 Mei — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi diarah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah berkata pendakwa raya telah membuktikan kesemua keterangan dan saksi untuk mempertahankan tuduhan ke atas Anwar.

"Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh," kata hakim yang membacakan alasan penghakiman kes peringkat pendakwaan, yang berlarutan kira-kira satu setengah jam bermula 9 pagi tadi.

Katanya, tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima bukti-bukti yang diketengahkan pendakwa raya dalam kes ini.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu.

Terdahulu, Mohd Zaibidin memutuskan bahawa Saiful, yang juga pengadu, merupakan seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.

Mohd Zabidin juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi.

Anwar diarah Bela Diri

Posted: 15 May 2011 09:00 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 16 Mei: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Bagaimanapun perbicaraan ditangguhkan seketika sebelum menentukan tarikh untuk Anwar berbuat demikian.

Anwar berkemeja putih berkot, dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira jam 8.45 pagi.

Beliau diiringi isteri, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail serta anak sulungnya, Nurul Izzah.

Antara pimpinan yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Ronnie Liu dan barisan pimpinan Angkatan Muda Keadilan.

Sementara itu, hampir 500 penyokong termasuk petugas media berkumpul di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.

Mereka membuat gimik menarik orang ramai berkumpul dengan bersarapan nasi lemak beralaskan akhbar Umno, Utusan Malaysia - antara akhbar yang kuat dikecam PKR - ekoran sikap akhbar itu yang sering menjadikan Anwar sebagai sasaran penghinaan.

Sebelum ini, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa profil DNA "lelaki Y" yang ditemui di dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Pembangkang itu.

Beberapa kain rentang turut direntangkan menuntut Anwar dibebaskan di samping laungan "bebas Anwar".

Laungan "mana Saiful Bukhari" juga kedengaran ekoran Mohd Saiful tidak kelihatan hadir hari ini.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

rakyat Palestin ditembak

Posted: 15 May 2011 08:50 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Tentera Israel serang penunjuk perasaan cuba masuk kawasan Yahudi

MAJDAL SHAMS, Bukit Golan: Tentera Israel menembak mati 13 penunjuk perasaan Palestin yang cuba memasuki kawasan diduduki Yahudi itu dari tiga sempadan berasingan iaitu Syria, Lubnan dan Gaza semalam.

Insiden berkenaan berlaku pada hari 'Nakba' (bencana) iaitu hari penubuhan Israel pada 1948 yang menyebabkan beratus ribu warga Palestin diusir keluar dari negara mereka.

Di sempadan Lubnan dengan wilayah diduduki Yahudi, 10 warga Palestin ditembak mati apabila ditembak tentera Israel yang menghalang mereka memasuki wilayah berkenaan.
Pasukan keselamatan Lubnan berkata lebih 100 orang cedera dalam insiden berkenaan yang berlaku di Maroun al-Ras.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau berharap insiden berkenaan tidak akan mencetuskan keganasan yang lebih dahsyat.

Media Syria melaporkan tentera Israel menembak mati dua orang daripada berpuluh-puluh pelarian Palestin yang cuba memasuki Bukit Golan dari Syria.

Di Semenanjung Gaza pula, tentera Israel menembak ke arah 82 penunjuk perasaan yang menghampiri pagar yang memisah wilayah dikuasai Hamas itu dengan Israel.

Dalam satu insiden berasingan, tentera Israel berkata pihaknya menembak mati seorang lelaki yang didakwanya cuba memasang bom berhampiran sempadan.

Di Tel Aviv, seorang pemandu lori warga Israel berbangsa Arab merempuh kereta dan pejalan kaki, membunuh seorang lelaki dan mencederakan 17 orang.

Polis masih menyiasat sama ada insiden itu adalah satu kemalangan atau satu serangan.

Saksi berkata pemandu berkenaan ditahan.

Di Tebing Barat yang diduduki Israel, remaja Palestin dan tentera Israel bertempur beberapa jam di pusat pemeriksaan yang memisahkan Ramallah, pusat pentadbiran Palestin dan Baitulmaqdis. – Reuters

Liwat II: Kes Prima Facie, Anwar diperintah Bela Diri

Posted: 15 May 2011 08:50 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," katanya.

Dalam penghakiman lebih dua jam itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana beliau seorang yang "berwibawa".

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

RON95 : Dijangka Naik Lagi

Posted: 15 May 2011 08:30 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA 16 MEI : Kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya dipetik Bernama Online.

Ismail Sabri berkata kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," kata beliau.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

Kenaikan harga petrol RON95 telah dibincangkan semasa mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.

Tv Selangor/-

Perbicaraan Kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta

Posted: 15 May 2011 08:20 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Perbicaraan Kes Liwat yang dihadapi beliau:

7.00 pagi - Polis mula mengawal ketat keadaan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Kira-kira 100 penyokong turut kelihatan.

9.09 pagi - Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mula membacakan penghakiman mahkamah sebelum membuat keputusan kes berkenaan dibuang atau dibawa ke peringkat pembelaan.

Sinar Harian/-

Ketua IMF ditangkap Laku serangan seks

Posted: 15 May 2011 08:00 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



NEW YORK - Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss- Kahn ditangkap polis kelmarin atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja wanita di sebuah hotel di sini.

Jurucakap polis New York, Paul Browne berkata, Strauss-Khan, 62, yang berketurunan Yahudi ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini selepas dia menaiki sebuah pesawat Air France ke Paris.

Dia yang merupakan Pengarah Urusan IMF ditangkap 10 minit sebelum pesawat itu berlepas setelah melakukan serangan seks ke atas pekerja wanita yang berusia 32 tahun tersebut.

Strauss-Kahn yang beristeri merupakan bakal calon presiden yang akan bertanding bagi mewakili parti Sosialis dalam pilihan raya Presiden Perancis pada April tahun depan.

Dia merupakan calon pilihan yang paling popular untuk menjadi Presiden Perancis.

IMF merupakan agensi yang memberi pinjaman kewangan sehingga berbilion-bilion dolar kepada negara-negara yang memerlukan pinjaman.

Menurut Browne, pekerja wanita itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia memasuki bilik Strauss-Kahn di Hotel Sifotel pada Sabtu lalu.

Pekerja wanita tersebut memberitahu dia diarahkan supaya membersihkan bilik ketua IMF itu yang berharga AS$3,000 (RM9,007) satu malam selepas diberitahu bilik berkenaan sudah kosong.

Wanita itu menyatakan, Strauss-Kahn muncul dalam keadaan bogel di bilik itu selepas dia memasukinya sebelum mengejar dan menjatuhkannya.

Menurutnya, ketua IMF itu menariknya ke bilik mandi dan memaksanya melakukan seks oral selain cuba menanggalkan seluar dalamnya.

Wanita itu kemudian berjaya melarikan diri dari bilik tersebut dan memberitahu pekerja hotel.

Pekerja hotel tersebut kemudian menghubungi polis.

Namun, selepas beberapa detektif tiba, Strauss-Kahn didapati sudah meninggalkan hotel itu tetapi telefon bimbitnya tertinggal.

Menurut Browne, ketua IMF itu didapati tergesa-gesa meninggalkan hotel tersebut.

Polis kemudian mendapat maklumat Strauss-Kahn berada di lapangan terbang.

Pihak polis kemudian menghubungi pegawai-pegawai Pihak Berkuasa Pelabuhan untuk meminta bantuan supaya ketua IMF itu ditangkap di kabin kelas pertama pesawat Air France.

Pekerja wanita yang menjadi mangsa Strauss- Kahn itu dibawa polis ke sebuah hospital dan dirawat kerana mengalami kecederaan kecil.

Menurut peguam ketua IMF itu, William Taylor, Strauss-Kahn tidak akan mengaku bersalah terhadap tuduhan ke atasnya.

Ketua IMF itu dilahirkan dalam keluarga Yahudi yang kaya di pinggir Paris pada 25 April 1949 dan menghabiskan masa kanak-kanaknya di Maghribi.

Dia memperoleh ijazah doktor falsafah ekonomi dari Universiti Paris X.

Strauss-Kahn menjadi ketua IMF dengan kontrak selama lima tahun sejak 2007 dengan gaji AS$420,930 (RM1.2 juta) setahun. 

Agensi

Laungan "bebaskan Anwar" bergema di luar mahkamah

Posted: 15 May 2011 07:50 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Mahkamah Tinggi hari ini akan memutuskan sama ada akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membela diri atau membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkemeja putih berkot, dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira jam 8.45 pagi.

Beliau diiringi isteri, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail serta anak sulungnya, Nurul Izzah.

Antara pimpinan yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Ronnie Liu dan barisan pimpinan Angkatan Muda Keadilan.

Sementara itu, hampir 500 penyokong termasuk petugas media berkumpul di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.

Mereka membuat gimik menarik orang ramai berkumpul dengan bersarapan nasi lemak beralaskan akhbar Umno, Utusan Malaysia - antara akhbar yang kuat dikecam PKR - ekoran sikap akhbar itu yang sering menjadikan Anwar sebagai sasaran penghinaan.

Sebelum ini, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA "lelaki Y" yang ditemui di dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Pembangkang itu.

Beberapa kain rentang turut direntangkan menuntut Anwar dibebaskan di samping laungan "bebas Anwar".

Laungan "mana Saiful Bukhari" juga kedengaran ekoran Mohd Saiful tidak kelihatan hadir hari ini.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

PAS Miri Ucapan Selamat Hari Guru

Posted: 15 May 2011 07:45 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

"Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu."

PAS Miri ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei nanti kepada semua guru-guru. Merujuk kepada pendidik profesional peranan dan tugas utama guru pada umumnya adalah mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih dan menilai anak didiknya.

Peranan guru sangat luas lebih-lebih lagi dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Pihak yang berwajib patut memberi perhargaan kepada guru-guru yang telah mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan Negara. Di antara masalah guru yang patut diberi perhatian oleh pihak berwajib:

Seperti memberi kemudahan asas dan tempat tinggal yang selesa kepada guru-guru yang mengajar di kawasan luar bandar dan di ulu pendalaman.

Kerajaan perlu menpertimbangkan permintaan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ketika ini dengan keperluan dan kekosongan supaya tidak timbul masalah yang timbul sekiranya sistem pengurusan itu baik, tiada masalah yang timbul. Jangan biarkan masalah berpanjangan kalau perlu diselesaikan dengan segera

Kepada guru-guru sandaran sekolah menengah yang tidak terlatih kita minta Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menunaikan janjinya terhadap mereka agar mereka diberi latihan perguruan dan dilantik semula seperti mana guru di Sekolah agama Islam dan Sekolah Rendah Kebangsaan.

Kita berharap pihak yang berwajib dapat memberi perhatian yang serious masalah guru ini agar semua pihak yang terlibat dapat bekerja dengan selesa dan dapat mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin.

Harapan kita dengan adanya guru yang terlatih dan professional anak didik yang bakal memimpin Negara di masa hadapan akan dapat memimpin dengan baik, amanah, adil dan dapat membangun Negara dengan lebih teratur dan bebas dari unsur-unsur negative seperti rasuah dan penyelewengan.

Tanpa Guru yang mendidik dan mengajar kita semasa kita kanak-kanak dulu, siapalah kita pada hari ini. Terima kasih Gikgu.

Dari PAS Miri

Lelaki Uganda ditahan bawa 15.8kg heroin, ganja

Posted: 15 May 2011 07:40 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



ALOR SETAR - Seorang lelaki Uganda dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa diberkas bersama heroin dan ganja sebanyak 15.8 kilogram (kg) bernilai RM353,000 di sebuah stesen minyak di Tanah Merah, Jitra dekat sini malam kelmarin.

Dalam tangkapan pada pukul 11.55 malam itu, sebanyak 43 kapsul berisi 806 gram heroin bernilai RM300,000 ditemui di dalam beg sandang suspek.

Polis turut menemui 15 ketulan mampat tumbuhan kering dipercayai ganja seberat 15kg bernilai kira-kira RM53,000 di dalam beg pakaian warna hitam yang dibawa suspek sama.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika dia menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur.

"Suspek ditahan ketika mundar-mandir di stesen minyak itu sebelum cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis yang mahu menahannya," kata beliau.

Menurut beliau, kapsul dadah berisi heroin yang ditemui itu dipercayai baru dikeluarkan melalui proses buang air besar oleh seseorang kerana warnanya yang kekuningan serta berbau busuk.

Hakim akan umum keputusan - keadaan tegang

Posted: 15 May 2011 07:30 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukar, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.

Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.

Sementara itu, selepas 59 hari perbicaraan yang bermula awal tahun lalu, Anwar akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memerintahkannya untuk membela diriu ataupun melepaskan daripada tuduhan liwat.

Ketika ini, kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat.

Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.

Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Malaysiakini/-

Dua Maut Kereta Terjunam dalam Sungai

Posted: 15 May 2011 07:20 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat salah seorang daripada mangsa yang maut selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki terbabas ke dalam sungai di Alor Gajah, Melaka 

ALOR GAJAH - Hasrat tiga sahabat pulang ke rumah selepas bersantai bersama lima lagi rakan di pantai Klebang di sini tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut dan seorang lagi parah apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di Lebuh AMJ berhampiran Sungai Petai semalam.

Pada kejadian pukul 7.35 pagi itu, P. Siva Kumar, 19, dari Taman Pengkalan Indah di sini dan R. Raman, 33, dari Jalan Jasin, Selandar yang dipercayai memandu kereta tersebut maut di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera parah pula ialah C. Velu, 21, dari Taman Pengkalan Indah dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Ketua Polis daerah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, sebelum kejadian, ketiga-tiga sahabat itu dalam perjalanan pulang ke Pengkalan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Dihukum Gantung Kerana Kekasih

Posted: 15 May 2011 07:00 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


RIDZUAN bersalaman dengan ahli keluarga selepas dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar

ALOR SETAR - Demi kekasih, seorang pemuda dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah tertuduh didapati bersalah membunuh neneknya selepas mangsa enggan menyerahkan wang RM50 kepada tertuduh yang mahu membawa kekasihnya keluar makan.

Hakim Datuk Mohamad Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati Ridzuan Taib, 21, bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Che Basah Ahmad, 75, di Taman Berlian, Jitra dekat sini antara pukul 9 pagi dan 3.15 petang 11 Mei 2008.

Dalam penghakimannya, Mohamad Azman berkata, peguam Sharif Mat yang mewakili tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan hujah pembelaan juga adalah penafian semata-mata.

"Pihak pembelaan hanya meletakkan kesalahan kepada bekas kekasih tertuduh.

"Pembelaan ini tidak dicadangkan di peringkat pendakwaan," katanya.

Sebelum hukuman dijatuhkan Mohamad Azman bertanyakan kepada tertuduh, apakah firasatnya.

Ridzuan kemudian menjawab, dia menyerahkan kepada Tuhan dan pasrah dengan hukuman yang bakal dikenakan.

Mohamad Azman kemudian mengeluarkan kata-kata: "Kerana wang abang disayang, tiada wang abang melayang."

Skuter Elektrik Tanpa Pencemaran Berharga RM8,944

Posted: 15 May 2011 06:40 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -




BERLIN - Sebuah skuter elektrik buatan Jerman yang dijual pada harga 2,112 euro (RM8,944) tidak mengeluarkan sebarang pencemaran, lapor sebuah akhbar semalam.

Skuter itu sepanjang 139 sentimeter (sm), tinggi 62sm dan lebar 35sm selain menggunakan sebuah bateri mudah alih.

Pembeli boleh mengecaj skuter itu di kedai kopi dan di tempat kerja kerana ia menggunakan bateri mudah alih.

Skuter itu berjenama TP yang bermaksud Tante Paula atau ibu saudara Paula dalam bahasa Melayu.

Kelajuan skuter itu ialah 19 kilometer sejam. 
  
Agensi

Lembu Jantan Rempuh Cermin Kedai

Posted: 15 May 2011 06:20 PM PDT

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SAO JOSE DO RIO PRETO, Brazil - Seekor lembu jantan merempuh cermin pameran sebuah kedai di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lembu jantan itu memasuki kedai pakaian tersebut selepas ia terlepas dari sebuah trak haiwan yang terlibat dalam satu nahas jalan raya baru-baru ini.

Haiwan itu yang telah memasuki kedai berkenaan berdiri di tepi cermin kedai tersebut di tepi beberapa patung pameran.

LEMBU itu kemudian merempuh cermin kedai di Sao Jose Do Rio Preto, Brazil

Beberapa orang yang ditugaskan untuk menangkap haiwan itu berdiri di luar kedai tersebut dengan tujuan untuk menangkapnya.

Namun, selepas berdiri buat seketika, lembu itu merempuh cermin kedai pameran menyebabkan beberapa orang yang mahu menangkap haiwan cuba mengelak daripada terkena kaca.

Para penangkap lembu itu kemudian menggunakan tali yang dibaling ke arah kepala haiwan tersebut sebelum mereka berjaya menangkapnya semula. 

Agensi

Salam Perjuangan

Posted: 15 May 2011 11:36 PM PDT

Salam Perjuangan


PERUTUSAN HARI GURU DARI PJ PAS PAHANG

Posted: 15 May 2011 09:22 PM PDT

16 MEI 2011

Posted: 15 May 2011 03:39 AM PDT

PAS TELUK INTAN

Posted: 15 May 2011 11:14 PM PDT

PAS TELUK INTAN


Memahami Buku Jingga

Posted: 14 May 2011 11:40 PM PDT

Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:
  1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
  2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
  3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
  4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 15 May 2011 09:35 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Kepimpinan Baru Menyinari PAS Kawasan Pasir Salak

Posted: 15 May 2011 04:01 AM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 15 May 2011 09:03 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Selamat Hari Guru dari DS Mohamad Nizar Jamaluddin

Posted: 15 May 2011 05:16 AM PDT

Selamat menyambut hari guru yang ke 40.Sesuai dengan tema hari guru "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara" DS Nizar mengharap para guru berubah ke arah memilih kerajaan yang lebih baik.

Justeru itu PRU yang ke 13 ini pilihan terbaik para guru undi mengundi kerajaan yang terbukti cemerlang memerintah Kelantan,Kedah,Pulau Pinang dan Selangor.

Justeru itu sekali lagi Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada guru yang terus menabur bakti kepada agama,negara dan bangsa,tanpa rasa takut kepada tekanan kerajaan BN.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut

Posted: 15 May 2011 07:45 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut


SELAMAT HARI GURU 2011

Posted: 15 May 2011 09:03 AM PDT


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK KHUSUSNYA GURU-GURU DISELURUH PARLIMEN LUMUT.


IKHLAS DARIPADA DPPKL.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 15 May 2011 07:39 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Berceramah Di Dungun 19 Mei, Khamis

Posted: 15 May 2011 12:49 AM PDT

DUNGUN 15 Mei, Ahad - Di tengah-tengah lambakan isu yang sedang berlaku di negara ini, Lajnah Penerangan DUN Sura mengambil kesempatan dengan mengundang Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyampaikan maklumat terkini melalui kupasan isu dari kacamata kepimpinan.

Menurut Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab, Dato' Tuan Ibrahim akan diiringi sama oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Haji Azman Syapawi Abdul Rani dan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

" Dato' Tuan Ibrahim dijangka turut menyentuh isu fitnah yang dihadapkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, sementara Ustaz Azman akan menjelaskan isu-isu nasional lain, " ujar Encik Ahmad Roslin.

" Kami yakin bahawa isu-isu negeri Terengganu akan turut diketengahkan melalui ceramah ini dan kebetulan sidang DUN Terengganu baru sahaja selesai pada 12 Mei baru-baru ini dan sudah tentu Y.B. ADUN Sura akan merungkai isu-isu sidang DUN Terengganu di majlis berkenaan, " tambah beliau.

Ceramah tersebut akan diadakan di Jalan Lembah, Sungai Buaya pada 19 Mei, Khamis ini.

PAS LENGGONG

Posted: 15 May 2011 07:26 PM PDT

PAS LENGGONG


Nasib Anwar pada 16 mei

Posted: 14 May 2011 08:02 PM PDT

Beranikah mereka yang hendak DSAI bersumpah meminta DSAI bersumpah dalam mahkamah dan bila DSAI bersumpah maka mahkamah terus melepaskan DSAI?
Rasanya tidak ada yang berani nak minta begitu.

Doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah

Posted: 14 May 2011 08:00 PM PDT

Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.

Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.

Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.

Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.

Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar Ibrahim, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.

Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.

Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.

Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.

"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," tegasnya.

Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah SWT datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.

Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok.

"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

Rakyat sebenarnya berkuasa.

Posted: 14 May 2011 07:18 PM PDT

Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah, bukan Umno
Hazayani Zakaria

SELAYANG, 15 Mei: Umno BN sudah hilang rasa hormat terhadap majlis-majlis agama kerana keghairahan mereka mengaibkan dan menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program 'Munajat Rakyat Menolak Fitnah' bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang malam tadi.

Anwar dalam ceramahnya berkata, Umno BN sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor.

"Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya'?" soalnya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang hadir.

Terdahulu, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah maghrib bertajuk Qazaf dan Sumpah Laknat – 'Antara Syariat dan Adat' yang disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abd Ghani Shamsudin.

Program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat dipimpin Dr Sheikh Wahbah sendiri.

Dr Sheikh Wahbah dalam ceramahnya selepas itu berpesan kepada hadirin agar istiqamah dalam berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika kita menurut permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan.

Anwar dalam ceramahnya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Sheikh Wahbah yang sanggup datang dari Syiria semata-mata untuk bersama-sama rakyat bermunajat menolak fitnah Umno BN.

Beliau berkata, dalam pada Umno BN bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain.

"Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum?

"Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula.

"Saya nak tegaskan, yang boleh jatuhkan saya bukan Umno, bukan BN tapi dengan kuasa rakyat dengan izin Allah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Kerja Umno edar VCD, tak selesai masalah rakyat

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut menyampaikan ceramah meluahkan kekecawaan terhadap penyebaran VCD itu.

"Satu perkara yang sangat menyakitkan hati saya, apabila malam ni masyarakat tak ada kerja lain, diedarkan pulak VCD yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim.

"Ini saya anggap satu kerja bodoh dalam negeri yang kaya," katanya.

Beliau berkata, Umno BN terlalu 'sibuk' menabur fitnah dan meracuni fikiran rakyat sehingga tidak ada masa memikirkan soal ekonomi dan pembangunan negeri itu.

"Petang tadi saya pergi ke Kuala Selangor ada projek terbengkalai yang mana 6,000 mereka yang membeli rumah sudah lebih 15 tahun tak dapat dan kontraktornya lari.

"Saya pergi dan selesaikan dengan pemaju dan pembeli. Ini lebih baik daripada edar VCD ini.

"Umno di Selangor tak boleh selesaikan masalah penduduk, yang boleh buat hanyalah edar VCD bongok ini," katanya disambut gelak tawa hadirin.

Deklarasi Anti-Fitnah turut dibacakan dengan dipimpin oleh Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abd Hamid.

Deklarasi daripada 60 NGO tersebut menurut Azmi akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan pihak-pihak tertinggi yang lain.

Turut menyampaikan ceramah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bonda Allahyarham Ust Ghazali Abdul Rahman- Meninggal dunia

Posted: 14 May 2011 07:14 PM PDT

Beliau meninggal dunia semalam dan solat jenazah akan di dirikan jam 11.30 pagi ni. Semoga Allah menempatkan Rohnya disisiNya.
Al-Fatihah.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 15 May 2011 07:24 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Ceramah Perdana DS TG Hj Hadi

Posted: 15 May 2011 05:28 PM PDT

Lain-lain akan menyusul....

Makan Malam Di Dewan Dato' Nazir

Posted: 15 May 2011 05:20 PM PDT

Kuliah Maghrib DS TG Hj Hadi Awang Di Masjid Pekan Bt 14

Posted: 15 May 2011 05:10 PM PDT

Berita Yang Kita Tak Berapa Nampak

Posted: 12 May 2011 03:54 AM PDT

Minyak naik, gula naik...... Darah naik...

Pemandu kata harga minyak RON95 sepatutnya RM2.05. Hmmmmmmm....



____________________________________________
Gov't under pressure to hike RON95 fuel price
Wednesday, May 11 @ 08:05:18 CDT

By now, it should be RM2.05 a litre under Pemandu's subsidy rationalisation plan, but inflation fears put it on hold.

Following yesterday's increase in the price of sugar, the market is now speculating whether the price of RON95 petrol will follow suit or whether it will delayed until after a snap general election.

Under the subsidy rationalisation plan proposed by Pemandu, the government should have increased the price of RON95 petrol to RM2.05 per litre now, after two adjustments - by 15 sen at the close of last year and 10 sen by the first half this year.

Kenapa Baru Sekarang?......

Posted: 11 May 2011 05:35 PM PDT

Senagai PM Najib telah melakukan tindakkan yang lambat dan salah. Sama ada beliau sengaja atau baru perasaan kita tidak pasti. Isu 'Kristian Agama Resmi' bukan baru muncul. Kenapa sekarang baru nak jumpa kumpulan Kristian?

Persoalannya kenapa Najib nak jumpa bukannya Najib memanggil mereka mengadap? Kenapa lembik sangat dan lambat sangat nak panggil mereka ini? Sebagai pemimpin negara Najib boleh memanggil mereka ini bila-bila masa sahaja. Ini melibatkan kepentingan negara dan ketenteraman awam. Ianya perlu disegerakan. Kalau perlu hantar polis untuk jemput mereka ini Najib boleh buat.

Ataupun Najib memang sengaja melambat-lambatkan tindakkan bagi mencetuskan perasaan gelisah dan tidak tenteram dalam masyarakat. Apabila masyarakat merasa tidak selamat dan terancam, maka rakyat diharapkan akan kembali mendapatkan perlundungan dari UmNo.

Amat mahal bayaran yang perlu dibuat oleh rakyat demi survival politik UmNo.....

___________________________________
Najib jumpa kumpulan Kristian esok
Mei 11, 11 3:45pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pertubuhan Kristian esok berhubung dakwaan 'konspirasi Kristian' seperti yang dipaparkan pada tajuk utama Utusan Malaysia Sabtu lalu.

dap islamic state forum 260707 hermen shastriSetiausaha Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) Rev Hermen Shastri memberitahu akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa mesyuarat itu adalah usaha Pejabat Perdana Menteri yang mahu mencari penyelesaian berhubung kekalutan isu berkenaan.

Sambil berkata, mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup Hermen enggan mendedahkan tempat dan masa ia akan diadakan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 May 2011 03:37 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SIAPA KATA UMNO TU MELAYU, MELAYU TU ISLAM ? SORI LA!

Posted: 15 May 2011 05:16 AM PDT

Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).

Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.

Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.

Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.

Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik.

Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian? Jika benar pun wujud konspirasi atau pakatan sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, apakah logiknya pakatan itu jika penduduk Kristian di negara ini hanya mewakili 10 peratus jumlah penduduk.

Malah ahli Parlimen DAP Jelutong yang dikaitkan dengan dakwaan konspirasi itu sendiri beragama Buddha dan bukannya Kristian seperti anggapan kebanyakan orang. Majlis itu juga turut dihadiri ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba, Mohamed Razali Abdul Rahman. Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam.

Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman?

Malah Umno Sabah telah membentuk satu pasukan petugas khas bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam dari kalangan etnik Kadazandusun dan Murut untuk menyertai Umno. Usaha ini, kata John Ambrose adalah untuk menguatkan lagi kedudukan Umno di Sabah.

Langkah Umno Sabah ini, kata Ketua Umno Bahagian Penampang itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Umno (ketika itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak.

INNALILLAH ! ULAMA' TERBUNUH

Posted: 14 May 2011 11:46 PM PDT

TRIPOLI: Penduduk Libya semalam mengebumikan 11 imam yang terbunuh dalam serangan Nato yang mensasarkan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.

Semua imam berkenaan terbunuh dalam serangan awal kelmarin di bandar Brega.
Sekurang-kurangnya 50 orang lagi cedera dalam serangan udara itu dengan lima daripadanya parah, kata jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim.

Nato dalam kenyataannya berkata, serangan terhadap Brega itu dilakukan kerana bangunan yang menjadi sasaran digunakan oleh rejim Gaddafi bagi menyelaraskan serangan terhadap orang awam.

Dalam pada itu, sekumpulan imam yang terselamat dalam serangan itu menggesa umat Islam seluruh dunia bertindak balas dengan membunuh 1,000 musuh Islam bagi setiap imam yang terbunuh dalam serangan berkenaan.

AFP

PERALATAN MODEN YANG CANGGIH TIDAK LAYAK JADI DALIL PENGHAKIMAN ISLAM

Posted: 14 May 2011 08:59 PM PDT


12 Jamadilakhir 1432H,

SHAH ALAM, 15 MEI : Ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berdepan dengan kes rakaman video fitnah seksnya, "sangat wajar mengadu terus ke hadrat Allah S.W.T."

"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini," kata beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Ucapan Dr Wahbah telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu dan semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, analisis pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan ia sebagai tulen.

Dalam pada itu Dr Wahbah menambah, peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

Katanya, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.

Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri.

Dr Wahbah juga menyatakan al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya lagi, jika si penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.

Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.

Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.

Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.

Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.

Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.

"Umat Islam hendaklah mengambil syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," jelas beliau.

Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah s.w.t. datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.

Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari dan berakhir hari ini.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.-tvs

WIRA SEBENAR UTUSAN JADI SASARAN

Posted: 14 May 2011 05:18 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 MEI : Sebagaimana yang dijangka, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad kerana kononnya melanggar syarat perkhidmatan dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan polisi syarikat.
Hatta menjadi sasaran Utusan selepas lantang mengkiritik tahap kebebasan akhbar arus perdana di negara ini, khususnya Utusan yang disifatkan beliau lebih untuk mengangkat agenda Umno dan bukannya maklumat yang benar kepada rakyat.
Beliau dilihat sebagai Presiden pertama NUJ yang berani menegur pengurusan Utusan yang disifatkannya terlalu mengikut telunjuk pemimpin Umno sehingga menjejaskan kewibawaan Utusan sebagai akhbar yang mencerminkan suara orang Melayu.
"Maknanya keputusan ini membuktikan, apabila kita memperjuangkan sesuatu yang positif iaitu kebebasan media inilah risiko untuk mana-mana wartawan. Kalau kita lantang sikit inilah yang berlaku," kata Hatta.
Walaupun dipecat, Hatta akan terus menerajui NUJ sehingga pemilihan untuk penggal baru diadakan.
"Ini bukan satu tanda nokhta untuk saya memperjuangkan kebebasan media di negara ini. Saya akan lebih agresif untuk memperlihatkan agar media dapat dibebaska, bukan setakat membantu wartawan dalam industri ini tetapi juga untuk mengembangkan Keluaran Dalam Negara Kasar. Di United Kingdom dan Amerika Syarikat media adalah penyumbang ketiga terbesar dalam negara. Di Malaysia industri media tertutup dan tidak menyumbang kepada negara," kata beliau.
"Walaupun saya dibuang kerja, perjuangan ini tidak akan berhenti . Saya harap kawan-kawan terus bersama dengan saya memperjuaangkan perkara ini" tambah Hatta.

Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.

"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.
Bagaimanapun, Hata yang menyertai Utusan pada tahun 1995, dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari terhadap pemecatan itu.
Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.
Pada 3 September 2009, Utusan turut memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati salah atas tuduhan menfitnah syarikat itu bersabit aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Posted in: Presiden NUJ

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 May 2011 03:35 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PERKASA ISYTIHAR JIHAT? PERGI JAHANAMLAH PERKASA

Posted: 15 May 2011 12:20 AM PDT

GOMBAK, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat di sini, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas (bertanding atas tiket PAS) ini berkata bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.


"Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh," kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu.
muke gini nak jihat? berjahat ada ....

"Mungkin jika tidak berpoligami, rezeki saya tidak seperti ini,”

Posted: 14 May 2011 04:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah untuk setiap isteri. Itu pemberian eksklusif penyanyi, pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob, 50, kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Emi, 24.


Beliau yang dijangka melengkapkan kuota poligami dengan penuntut ijazah sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu selepas Aidilfitri ini berkata, rumah berkenaan sebagai hantaran kepada Emi dan hadiah kepada tiga isterinya yang terdahulu.

Menurutnya, pemberian itu bakal menjadi hadiah terhadap segala pengorbanan semua isterinya selama ini.

"Ketiga-tiga isteri saya menerima pelbagai ujian dan dugaan akibat berpoligami. Walaupun sering dipandang negatif, ia tidak mematahkan semangat mereka. Kerana itu, saya ingin menghargai kekuatan mereka yang menyokong saya selama ini.

"Pada masa sama, mereka (isteri) yang menjadi orang kuat di belakang saya sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, sifat rendah diri dan tabah yang diterapkan dalam diri masing-masing menjadikan mereka kuat, dan itu adalah kekuatan bagi saya," katanya dalam temubual bersama wartawan Metro Ahad di sini.

Menurut Salih, dia bercadang membeli rumah baru berkenaan dalam satu kawasan di sekitar Lembah Klang bagi menempatkan setiap isteri dan anaknya.

Buat masa ini, ketiga-tiga isterinya menetap di Kampung Pandan.

Menurut Salih, dia memastikan layanan kepada setiap isteri dan keluarganya sama adil dan saksama supaya mereka mampu hidup aman dan selesa hasil pendapatannya.

"Alhamdulillah, tidak ada satu pun yang kurang. Jika seorang mendapat kereta, yang lain juga dapat. Ini yang cuba saya terapkan terhadap keempat-empat isteri nanti. Syukur kepada Allah, kami hidup selesa hasil rezeki pemberian-Nya.

"Apa yang saya miliki kini menjadi kejayaan bagi setiap isteri dan anak. Jika mahu diikutkan, kejayaan saya adalah kejayaan untuk mereka.

"Saya percaya, ini semua rezeki anak dan isteri. Rezeki saya hanya untuk membeli sekotak rokok. Mungkin jika tidak berpoligami, rezeki saya tidak seperti ini," katanya berseloroh.

Pelawak popular itu kembali mencuri tumpuan masyarakat seluruh negara selepas akhbar ini secara eksklusif menyiarkan gambar bakal isteri keempat Salih yang berwajah ala Arab pada ruangan muka depan Khamis lalu.

....awat org melayu perempuan cukup fobia dengan poligami....

TPM : TG NIK AZIZ KELUAR FATWA BARU... ANAK HANG SEKSI SAPA BAGI FATWA BOLEH?

Posted: 14 May 2011 04:17 PM PDT

KUANTAN, 14 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "berkata benar walaupun pahit" berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata, Nik Aziz mengeluarkan fatwa baru ekoran kenyataan terbaru semalam bahawa mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan seseorang yang "ternama."

"Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu.

"Jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya," katanya dipetik media hari ini.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang di sini, diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan 'tak masuk syurga tuduh Anwar' terbabit dalam video seks berkenaan.

ada sapa-sapa boleh bagi fatwa... ke muhiaddin aka muhyiddin berfatwa takpe anak seksi depan orang ramai...wakakakakaka

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 15 May 2011 01:43 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Desperado .........

Posted: 14 May 2011 08:52 PM PDT

Tindakan desperado , pihak-pihak yang sudah tidak kenal hal haram , semakin berleluasa.

Sebaran Video Lucah disebar meluas , dan Dewan Pemuda PAS Puchong juga telah dihantar salinan video lucah tersebut.

Mesyuarat tergempar diadakan oleh DPP dan keputusan sebulat suara untuk membuat laporan Polis atas tindakan yang tidak bertanggungjawab ini.



(Ketua Pemuda dan Dewan Harian DPP Puchong di Balai Polis)

Laporan sedang dibuat atas tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab.


Sebaran video lucah jugak berleluasa di program-program keagaaman , melampau !

Rujuk link di bawah :

Batu Gajah Mari

Posted: 15 May 2011 11:19 AM PDT

Batu Gajah Mari


GAMBAR : Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Negeri Perak Meriah!!

Posted: 15 May 2011 02:34 AM PDT

Jamuan makan malam yang kali pertama diadakan oleh Pakatan Rakyat Perak pada malam tadi itu telah menarik lebih 1000 orang dari pelbagai bangsa yang datang dengan membeli kupon bagi tuan kutipan Dana Pakatan Rakyat yang turut dilancarkan dalam Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Negeri Perak .

Hadir sama dalam Program tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dan Wakil MB Selangor, Yb. Rodziah Ismail, Pengerusi PR Perak, Dato Seri Muhammad Nizar jamaluddin, Seluruh Pimpinan PR Perak dari PAS, DAP dan PKR serta ahli Parlimen dan ADUN PR Perak.























anak-anak Dato' Seri Nizar

pejuang rakyat








Batu Gajah Mari












Ketua DHPP Perak


Wakil MB Selangor, Yb. Rodziah Ismail


Ketua Menteri Pulau Pinang


Kampar Mari






Adun Changkat Jong, YB Anuar Sudin


YDP Pas Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin



Muaz memeriahkan program tersebut


V Sivakumar menjamu selera


Pengarah Program, Dr Khairuddin


YB Husin Din dan YB Ramli Tusin


Kampar Mari




walaupun suara beliau tiada, namun masih bersemangat memberi ucapan


Adun Simpang Pulai


kesepaduan Pakatan Rakyat


UMNO takut tgk gambo ni.. hehe


YB Lim Guan Eng Menyempurnakan Plag tulisan jawi








dibida dengan rm 700


plag yang disempurnakan oleh DS Nizar dibida dengan harga rm1200




sdr ini membida lagu DS Nizar rm1000


suaranya sungguh syahdu.. hehe




MB perak yang sah

PR Perak kecam pengedaran video lucah di Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Negeri Perak

Posted: 15 May 2011 12:00 AM PDT








IPOH, 15 Mei :- Terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab dengan mengedarkan salinan video lucah fitnah yang masih berada dalam siasatan polis di Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Negeri Perak di Dewan Sek. Men. Bantuan Kerajaan Yu Choy di Jelapang malam tadi disini. Demikian penjelasan dari ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau juga telah mengesahkan menerima laporan dari Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail(Gambar,berbaju hitam) yang telah mengesahkan kepada saya setelah mendapati sekeping VCD video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang diletakkan dicermin keretanya. Kejadian berlaku ketika beliau baru pulang dari program tersebut

Khalil juga mengesahkan video lucah itu telah di selitkan di cermin hadapan kereta yang datang ke program Pakatan Rakyat Perak itu malam tadi. VCD lucah tersebut telah diedarkan di sekitar tempat program tersebut terutamanya pada kenderaan yang diletakkan dibahagian luar pagar tempat program berlangsung. Penyebaran VCD lucah tersebut tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

"Saya juga mendapat pengesahan dari pengendali blog Batu Gajah Mari yang mengirimkan dua keping gambar diatas dan disiarkan dalam blognya pada awal pagi ini mengenai kejadian tersebut".

Jamuan makan malam yang kali pertama diadakan oleh Pakatan Rakyat Perak pada malam tadi itu telah menarik lebih 1000 orang dari pelbagai bangsa yang datang dengan membeli kupon bagi tuan kutipan Dana Pakatan Rakyat yang turut dilancarkan dalam Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Negeri Perak .

Hadir sama dalam Program tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dan Wakil MB Selangor, Yb. Rodziah Ismail, Pengerusi PR Perak, Dato Seri Muhammad Nizar jamaluddin, Seluruh Pimpinan PR Perak dari PAS, DAP dan PKR serta ahli Parlimen dan ADUN PR Perak.

Khalil Idham Lim yang juga Ketua Penenrangan PAS Perak mengecam tindakan tidak bermoral dan bertamadun dengan pengedaran video lucah itu.

"Kejadian ini sangat memalukan dalam keadaan rakyat menolak politik porno dan lucah masih ada rakyat sendiri yang sanggup melakukan kerja kortor ini" katanya

Beliau menyifatkan perkara itu juga sekaligus menghina Tan Seri Mufti Kerajaan Perak yang mengeluarkan kenyataan bahawa penyebaran Video Lucah yang berunsur fitnah itu adalah bercanggah dengan Islam

"Oleh itu Pihak Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis pada hari ini atas penyebaran VCD lucah tersebut" katanya

"Saya berharap pihak polis akan membuat siasatan yang terperinci atas kejadian yang menyalahi undang-undang itu bagi memastikan kejadian yang sama tidak akan berulang lagi"Katanya.

Kahlil Idham Lim juga mengigatkan kepada semua petugas Pakatan Rakyat di seluruh negara berhati-hati dalam setiap program yang dianjurkan kerana dikhuatiri penyebaran video sampah tersebut dirancang untuk seluruh negara oleh pihak terbabit.

GEMPAR!! Video seks diedar di tempat program Pakatan Rakyat

Posted: 14 May 2011 11:17 AM PDT





Seorang ahli PAS telah menerima sekeping VCD video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Kejadian berlaku ketika beliau baru pulang dari program Makan Malam sempena Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Negeri Perak di Jelapang malam tadi.

Beliau mendakwa, video lucah itu telah di selitkan di cermin hadapan keretanya. VCD lucah tersebut telah diedarkan di sekitar tempat program tersebut. Penyebaran VCD lucah tersebut tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Pihak Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis esok atas penyebaran VCD lucah tersebut..

KHIDMAT MERU

Posted: 15 May 2011 09:47 AM PDT

KHIDMAT MERU


PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP MERU

Posted: 15 May 2011 05:21 AM PDT


























Seramai 150 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Tertutup Meru yang di adakan di Kolam Memancing Meru.


Mereka di kenakan bayaran RM10 untuk setiap joran.


Setiap peserta sabar memancing dari jam 8 pagi hingga jam 1 tengahhari.


YB Dr Rani yang turut menemani pemancing-pemancing tersebut dan memberi kata-kata perangsang turut diminta untuk mencabut beberapa nombor bertuah bagi peserta-peserta yang bernasib baik.


Pihak penganjur, iaitu JKKK Kg Meru telah menyediakan hadiah berupa wang tunai RM500 kepada pemenang pertama, RM300 bagi pemenang kedua dan RM100 bagi pemenang ketiga.












N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 May 2011 09:30 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kenapa berlaku zalim kepada rakyat Kelantan?!

Posted: 15 May 2011 08:43 AM PDT

Sumber alam yang berupa minyak di kurniakan Allah swt diperairan Sabah, Sarawak,Terengganu dan Kelantan. Sabah dapat royalti, Sarawak menguasai royalti minyak. Trengganu menikmati royalti. SOALAN CEPU EMAS:: Penting untuk difikir masak-masak oleh semua orang MELAYU...walau di mana anda berada!
Kenapakah kerajaan BN membenar royalti dibayar kepada 3 negeri di atas dan tidak di Kelantan????????
Sabah dan Sarawak mempunyai penduduk Melayu adalah minoriti.........royalti dapat!
Trengganu majoriti Melayu dapat royalti, Kenapa Kelantan yang majoriti MELAYU berslogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM TIDAK diberi royalti oleh kerajaan BN yang dikepalai oleh parti MELAYU UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu..........kenapa kejam kepada orang Melayu KELANTAN yang rata-rata Melayu beragama Islam.
Kalau memang takut Malaysia jadi negara Kristian curahkan royalti dan segala yang lain kepada pemimpin tulus dan bersih seperti YAB MENTERI BESAR KELANTAN....habis cerita!!
    Jangan buat sandiwara lawak yang tidak masuk akal konon untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan menyokong PAKATAN RAKYAT.
FEAR TAKTIK yang diguna oleh pakar TIPU MUSLIHAT POLITIK UMNO ini boleh dibaca oleh rakyat yang sudah cerdik pandai insyaallah!


Selepas dipukul, Exco turun sendiri gantung banner
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 15 Mei: Selepas seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu, hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungnya di tempat sama.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut.
Tindakan itu juga bagi menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menghalang rakyat negeri ini menuntut hak royalti tersebut.
Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh.
Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.
Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika.
Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya.
Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu.
"Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri," katanya kepada Harakahdaily.
Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri.
Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu.
 

Kenali insan paling hebat!

Posted: 15 May 2011 08:12 AM PDT

Kalau mahu menjadi insan terbaik kita perlu mencari 'best role model' untuk dijadikan ikutan dan sumber rujukan. Insan yang di akui oleh ALLAH SWT.........siapa dia??

MUSLIMAT PAS RAI HARI IBU PELBAGAI KAUM

Posted: 15 May 2011 08:01 AM PDT

SHAH ALAM
14.5.11]
Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS PUSAT(LPN DMPP menganjurkan HI TEA HARI IBU bagi meraikan bersama ibu-ibu daripada kalangan Muslimat PAS dan wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Majlis telah selamat dirasmikan oleh PN HJH SALBIAH ABD WAHAB mewakili Ketua DMPP yang berada di luar negara.
   Pengerusi LPN DMPP, YB Dr Hjh Halimah Ali dalam ucapan aluannya telah menegaskan PAS memang berjuang untuk semua kaum kerana semua bangsa ini dicipta oleh Allah swt.PAS tidak bermasalah sekiranya orang Tionghua mahu mengekalkan bahasanya, orang India mahu berbahasa Tamil,orang Melayu mahu berbahasa Melayu kerana bahasa-bahasa itu pada hakikatnya dicipta oleh Allah swt. Maka PAS sebagai sebuah parti Islam akur kepada ketentuan Ilahi.Oleh itu semua kaum sepatutnya tidak perlu gentar atau takut bersama PAS.Orang Melayu juga sepatutnya lebih senang dan selesa dengan PAS kerana PAS meletakkan kepentingan mereka dalam perjuangan mereka.PAS tidak pernah melupakan keperluan dan kepentingan Melayu. Bahkan segala yang diperjuangkan oleh PAS adalah untuk orang Melayu hingga kebajikan akhirat orang Melayu diambil perhatian serius oleh PAS.
    Yang beza ketaranya antara PAS dan parti politik yang mendakwa mereka pejuang hak dan kepentingan Melayu ialah PAS mengiktirafkan kewujudan bersama orang bukan Melayu, orang bukan Islam.
YB Dr Halimah dan Pn Salbiah memotong kek bersama ibu contoh DHPP
 PAS faham mereka juga manusia. Sebagai manusia yang berlainan keturunan, ras, bahasa, budaya dan agama mereka diberi hak mereka menurut ajaran agama mereka sendiri TANPA menjejaskan prinsip yang dibawa oleh PAS.
PASyang meletak Islam sebagai dasar kewujudannya akan merancang dan melaksanakan aktiviti atau program berpaksikan ajaran Islam.
Di antara ajaran asas Islam juga adalah akhlak yang mulia, justeru PAS berlaku sopan dan mengguna hikmah dalam menangani perbezaan pendapat dan ideologi.Maslahah dan mafsadah harus ditimbang dengan teliti.Islam mengajar supaya berlaku adil: adil tentang peluang pendidikan, peluang pekerjaan, peluang untuk dapat rumah, peluang untuk keselamatan, peluang untuk perubatan.Inilah kecantikan ajaran Islam yang mula mekar di mata non-Malay non-Muslim yang menyebab mereka mahu menyokong dan mendokong parti PAS.Mereka faham kawan Muslimat mereka akan melindung anak mereka daripada diculik, diganggu, dizalimi.Sekiranya mereka dikasari Muslimat bersedia membantu, merawati hati mereka.Sekiranya mereka mereka lapar Muslimat PAS sudi menghulur apa yang ada walaupun muslimat PAS tidak sekaya mana.Sekiranya anak mereka lemah disekolah Muslimat PAS boleh menawar kelas tambahan/tuisyen.
Inilah penyebab mula rakyat bukan Melayu bukan Islam ini tertarik dengan peribadi Muslim dan kasih sayang tanpa sempada. Mereka tidak hairan bahkan lebih yakin dan lebih tenteram kalau Muslimat perlu minta izin untuk tinggalkan mereka sebentar untuk menunaikan solat. Mereka tahu orang yang solat ini tidak akan menganiaya merka.
Insyaallah bila tiba iradah Allah orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Asli dll akan melihat nikmatnya Islam yang di hidang oleh PAS.Sinergi daripada NGO-NGO Islam akan menjadi pemangkin dakwah dan siyasah insyaAllah.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 May 2011 09:14 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Naib Presiden PAS Ke DUN Sura 19 Mei Ini

Posted: 15 May 2011 01:26 AM PDT

DUNGUN 15 Mei, Ahad - Di tengah-tengah lambakan isu yang sedang berlaku di negara ini, Lajnah Penerangan DUN Sura mengambil kesempatan dengan mengundang Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyampaikan maklumat terkini melalui kupasan isu dari kacamata kepimpinan.

Menurut Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab, Dato' Tuan Ibrahim akan diiringi sama oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Haji Azman Syapawi Abdul Rani dan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

baca seterusnya...di sini.

i n t a n h i j a u

Posted: 15 May 2011 07:45 AM PDT

i n t a n h i j a u


NISA TELUK INTAN EDAR CENDERAMATA DAN RISALAH SEMPENA HARI IBU

Posted: 15 May 2011 03:33 AM PDT


TELUK INTAN, 15 Mei - Menginsafi akan pengorbanan ibu maka sempena Hari Ibu, Nisa Teluk Intan telah mengedarkan cenderamata dan risalah kepada kaum wanita yang bergelar ibu di sekitar bandar Teluk Intan.

Program tersebut telah dilaksanakan pada sebelah pagi di mana ia melibatkan beberapa tempat tumpuan orang ramai. Beberapa kumpulan daripada Unit Nisa Teluk Intan telah dibentuk ke lokasi seperti Pasar Tani, pasar raya TF Value dan The Store.



Kebanyakan ahli Unit Nisa yang terlibat adalah dalam kalangan remaja belasan tahun yang sanggup bertemu dengan setiap wanita di lokasi-lokasi tersebut untuk menyampaikan cenderamata berupa bunga ros serta risalah sebagai tanda penghargaan kepada kaum ibu.

Sesungguhnya, usaha sebegini dapat mengeratkan hubungan di antara Unit Nisa dengan masyarakat serta memberikan pendedahan dan pengalaman kepada ahli Nisa semasa berhadapan dengan orang ramai.

Tahniah Nisa Teluk Intan..!

intanhijau.blogspot.com

16 MEI - SEPATUTNYA HARI PEMBEBASAN GURU DARI TEKANAN DAN BEBAN

Posted: 14 May 2011 06:45 PM PDT


Setiap tahun kita menyambut Hari Guru dengan pelbagai tema yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mana menteri dan timbalan-timbalannya ialah ahli politik. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan.

Menyingkap setahun yang lalu sesudah kita menyambut Hari Guru 2010, begitu banyak perkara yang menimpa ke atas para guru di Malaysia akibat amalan politik yang begitu kuat oleh menteri dan timbalan-timbalannya. Begitu banyak tercatat rekod tindakan yang telah diambil ke atas para guru yang telah dikategorikan oleh KPM sebagai guru berpolitik.

Ada yang telah diberikan tindakan amaran, ditukarkan sekolah; dalam daerah, antara daerah dan luar negeri demi 'kononnya memberikan pengajaran' kepada guru tersebut yang tidak jelas kesalahannya. Kes terbaru ialah tindakan ke atas Cikgu Maarof Mutalib yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di daerah lain yang jaraknya 3 jam perjalanan dari rumah. Beliau diambil tindakan atas 'kesalahan' menyalahgunakan cuti sakit untuk berkempen dalam pilihan raya. Cuti sakit Cikgu Maarof telah diperoleh oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan secara tidak profesional demi memuaskan hati pihak UMNO.

Jika di negeri Perak, ramai juga para guru yang telah ditukarkan pada sekitar bulan April dan Mei tahun lepas iaitu bulan di mana para guru meraikan Hari Guru. Bayangkan betapa hancurnya hati para guru yang telah menabur bakti dan jasa kepada sekolah dan pelajar tanpa mengambil kira kaum dan agama, telah diambil tindakan begitu drastik melalui pertukaran serta merta atas sebab semata-mata penglibatan mereka di dalam politik.

Sedangkan, kita dimaklumkan bahawa tindakan menukar guru memang tiada di dalam buku Perintah Am. Pertukaran guru (menurut seorang Guru Besar) hanya sekadar 'mental torture' semata-mata. 

Tidak cukup dengan beban yang diletakkan atas bahu para guru dengan kerja-kerja yang tidak sepatutuya dilakukan demi memudahkan kerja 'orang atas'. 

Oleh itu, bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini, maka pihak intanhijau mengucapkan Selamat Hari Guru... sambutlah dengan penuh kesedaran mendalam setakat manakah para guru dihargai dengan wajarnya ? Guru bukan mahu melihat penghargaan dari segi kebendaan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah 'New Deal'. 

Apa yang penting ialah penghargaan dari segi hati, perasaan dan emosi.

Wahai Menteri Pelajaran, anda berani ?



Tiada ulasan:

Catat Komen