Ahad, 1 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 01 May 2011 03:20 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Gotong royong di Kampung Jawa

Posted: 30 Apr 2011 04:00 AM PDT

Pagi tadi bertempat di Kampung Jawa Klang telah berlangsung Gotong Royong mencegah denggi di Kampung ini. Turut hadir ialah YB Dr Siti Mariah, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Kampung, Ahli Majlis dan lain-lain.

Ikuti rakaman program ini yang dibuat oleh Tn Hj Bahaudin selaku ketua unit fotografi PAS Kawasan Kota Raja.

Kutip YB kutip sampah tu, ianya menyemak dan memedihkan mata memandangnya. inilah sikap rakyat Malaysia yang perlu diubah.

 Aksi YB, minat nampaknya beliau dengan lri sampah masuk kampung ciptaan MPK ini. Kalau nak pandu jangan lupa pakai topi ye.
 YDP Kota Raja pun turut serta
 Serius perbincangan Tok Ketua dengan YB atas titian usang ni.
 Mana pulak datang nya periuk tu YB, ni lah antara tempat nyamuk Aedes membiak - dengarnya 10 kes di Kampung Jawa sehingga kini.

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 01 May 2011 03:07 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Selamat Menyambut Hari Pekerja 2011

Posted: 30 Apr 2011 10:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 May 2011 01:37 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Tinggalkan Umno, Sertai PAS

Posted: 30 Apr 2011 08:00 PM PDT

27 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. 

"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.

Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.

Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?

"Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?

"Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya.

Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.

H/daily

Selamat Hari Pekerja.

Posted: 30 Apr 2011 07:40 PM PDT

27 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Sempena dengan Hari pekerja yang disambut pada hari ini 1 Mei maka saya dan seluruh warga kerja blog Cina Islam mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang berkerja di sektor awam dan swasta. Termasuklah kepada seluruh warga asing yang berkerja di pelbagai sektor dan industri di Malaysia.

Harapan saya semuga hari pekerja pada tahun ini membawa arti yang lebih besar bila segala tuntutan dan usaha badan dan agensi yang berkaitan berhasil memberi pembelaan yang lebih besar kepada warga pekerja di seluruh pelusuk negara.

Saya juga mengharapkan hari cuti yang panjang pada minggu ini yg berlanjutan sehingga pada hari esok 2 mei bagi negeri yang cutinya Ahad, agar memanfaatkan cuti ini untuk kerja-kerja yang berfaedah dan tidak bercanggah dengan Islam.

Bagi warga kerja yang menggunakan hari cuti ini untuk bersama, saya harapkan ianya dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan seluruh rakyat Malaysia.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Kenapa Kerajaan Enggan Laksana Qazaf

Posted: 30 Apr 2011 07:30 PM PDT

27 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KEPALA BATAS, 1 Mei: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.

"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.

"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi.

Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat, katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam yang sebenar.

Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.

"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.

"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan, ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan imam tersebut," ujarnya lagi.

H/daily

Kalou Selamatkan Chelsea

Posted: 30 Apr 2011 07:00 PM PDT

27 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



LONDON: Penyerang Salomon Kalou memastikan Chelsea memungut tiga mata penuh apabila menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge, sebentar tadi.

Spurs bagaimanapun mendahului pada minit ke-19 menerus Sandro Raneirei sebelum Frank Lampard menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi gol konytroversi.

Ketika Spurs hampir meraikan kejayaan mengikat kedudukan 1-1, Kalou menguis masuk pada minit ke-87 untuk memastikan Chelsea terus memburu kejuaraan liga di belakang pendahulu, Manchester United.

Serangan Bom di Mosul: 8 Maut, 19 Cedera

Posted: 30 Apr 2011 06:35 PM PDT

27 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MOSUL 1 Mei – Seramai lapan orang terbunuh dan 19 lagi cedera dalam satu serangan berani mati di tempat pemeriksaan tentera di bandar Mosul, Iraq semalam.

Polis wilayah Nineveh, Leftenan Kolonel Mahmoud al-Jibouri berkata, mangsa yang terbunuh adalah lima anggota tentera dan tiga penduduk awam, sementara dua lagi anggota tentera turut cedera.

Sumber hospital turut mengesahkan angka itu dan memberitahu serangan berlaku di sebuah pasar popular di timur Mosul, kira-kira 390 kilometer ke utara Baghdad. 

REUTERS

Pastor bakar al-Quran muncul lagi, ‘disambut’ kasut dan botol

Posted: 30 Apr 2011 11:54 AM PDT

27 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Polis Dearborn cuba menenangkan penunjuk perasaan membantah kemunculan Pastor Terry Jones di pekarangan Dewan Bandaraya Dearborn, Dearborn, Michigan semalam. — Foto Reuters

DEARBORN (Michigan)— Pastor kontroversial dari Florida yang minggu lalu dilarang daripada mengadakan protes di masjid terbesar Amerika Syarikat, yang terletak Dearborn, terpaksa memendekkan demonstrasi ekoran perhimpunan balas diadakan kumpulan yang menentangnya.

Pastor Terry Jones, 59, bertekad untuk kembali minggu ini walaupun perintah mahkamah melarangnya mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Islam Amerika di sini.

Dia mendakwa perintah itu bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Amerika Syarikat.

"Kami berada di sini untuk bercakap mengenai isu-isu berkaitan dengan rakyat Amerika," kata Jones, yang bercakap menggunakan mikrofon tanpa wayar di podium yang didirikan di atas tangga dewan bandar raya.

Bulan lalu dia membakar al-Quran di Florida, menyebabkan kemarahan di banyak negara. Zon sekatan juga didirikan di sepanjang jalan empat lorong di Michigan Avenue.

Seramai 75 pengikut Jones, dilihat kecil telah diatasi oleh kumpulan penentangnya yang lima kali lebih besar.

Datuk Bandar Dearborn John O'Reilly Jr kemudian memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu dihentikan atas sebab-sebab keselamatan.

"Mereka meminta dia tidak melangkah ke arah sekatan dan dia patuh arahan itu," kata O'Reilly.

"Tugas kami ialah melindungi komuniti kami dan itu yang kami lakukan," katanya lagi.

Jones merancang untuk mengadakan demonstrasi selama tiga jam tetapi berakhir dalam 75 minit, dan dia diiringi oleh polis ke arah kereta yang sedang menanti.

Masyarakat Islam dan Kristian, tidak kira muda atau tua berbaris memperlihatkan sokongan membantah Jones, yang menurut mereka dia membwa mesej membenci.

"Kami tidak mengecam anda. Kami berada di sini bukan untuk protes anda. Kami berada di sini untuk menjemput anda kepada Islam," kata penduduk Dearborn Monzer Jaber.

"Setiap orang berhak kepada kebebasan berucap tetapi saya tidak menganggap yang itu sebagai kebebasan berucap," kata Matty O'Dea yang dipetik Fox Detriot.

"Saya fikir adalah sangat penting kita biar orang lain mengetahui bahawa Dearborn adalah satu komuniti yang bersatu.

"Kami mengambil berat dan menghormati satu sama lain," kata seorang lagi penduduk Dearborn Roxanne McDonald.

Awalnya protes bermula dengan tenang dan aman.

Jones berada di podium sambil bercakap menyentuh Islam radikal manakala kumpulan yang antibeliau pula melemparkan kata-kata yang mencabarnya.

"Ini Amerika dan sangat cantik, malah walaupun ia kontroversial, tapi dalam hal ini mereka boleh menyuarakan pandangan mereka. Ramai yang tidak boleh melakukan begitu di banyak negara," katanya.

Bagaimanapun Jones dengan menarik mikrofon terus berjalan ke arah penunjuk perasaan yang mengecamnya.

Polis Dearborn tidak dapat mengawal keadaan apabila berpuluh-puluh orang melepasi sekatan lalu menjerit dan membaling botol dan kasut ke arah Jones dan pengikutnya.

Malaysiainsider/-

PAS tegas akan bersama Pakatan - Mustafa Ali

Posted: 30 Apr 2011 03:54 AM PDT

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 April: PAS dengan tegas menyatakan akan kekal bersama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.

Mustafa (gambar) mengulas kenyataan Najib yang sekali lagi menjemput PAS untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah beberapa kali ditolak oleh PAS.

Chua pula berkata, MCA tidak akan berada dalam kabinet lagi jika parti itu tidak mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib hari ini mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. Sebelum ini timbalan beliau, tan Sri Muhyidin Yasin juga datang ke Dun Manir, kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib.

"Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat - bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia," kata Mustafa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Bagi Mustafa, kenyataan Najib dan Chua ini hanya kenyataan politik.

Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.

"Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu," tegas beliau.

Nizar rasmi Kejohanan Motorcross Terbuka Perak di Kuala Kangsar

Posted: 30 Apr 2011 03:18 AM PDT

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA KANGSAR, 29 April:- Litar motorcross di bendang kering sayong diharapkan lain dengan litar yang lain bila peserta dan penganjur yang terlibat tidak mengabaikan tanggungjawab kepada tuntutan agama dan diharapkan supaya kerja kita dianggap sebagai ibadah kepada disisi Allah. Demikian antara penegasan Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, YB. Dato' Seri Muhamaad Nizar Jamaluddin semasa merasmikan Kejohanan Motocross Terbuka Perak di Litar kepala bendang Sayong, disini hari ini.

Kejohanan yang julung kali diadakan di litar yang juga baru dibuka itu menarik lebih 100 orang peserta dari seluruh negara, antaranya dari Kedah, perlis dan seorang pelumba dari Australia yang mewakili satu kumpulan dari Ipoh.

Penganjuran kejohanan ini adalah anjuran bersama yayasan amal malaysia bersama dengan Pengusaha-pengusaha Seramik Sayong yang menawarkan hadiah keseluruhan bagi semua kategori hampir RM 10,000.

Hadir saya dalam kejohanan itu ialah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan pengarah Program.

Selesai merasmikan program tersebut Dato" Seri Nizar yang juga ditemani oleh Isterinya serta 3 orang nakannya meluangkan masa untuk melawat lebih 40 gerai jualan kejohanan selama 2 hari itu.

Program penutupan akan disempurnakan oleh tuan Hj. Mohd Sabu esok pada jam 5.30 petang.






Abdul Rahman angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Posted: 30 Apr 2011 03:17 AM PDT

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN: Tun Abdul Rahman Abbas hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi penggal keempat.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Hakim Pengurus Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Zakaria Sam di Seri Mutiara di sini.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, anggota Exco kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat.
Pada 19 April lalu, Abdul Rahman, 73, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memegang jawatan itu bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Abdul Rahman yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Abdul Rahman yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat orang anak.

Beliau yang berkelulusan ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982.
Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum bergiat aktif dalam politik dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bertam, Pulau Pinang selama empat penggal pada pilihan raya umum tahun 1978, 1982, 1986 dan 1990.

Abdul Rahman dalam karier politiknya pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974 hingga 1988, Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO dari 1976 hingga 1978 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada 1988. -

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar Panama

Posted: 30 Apr 2011 03:16 AM PDT

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

WASHINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Panama awal hari ini, kata kerajaan Amerika Syarikat.

Gempa yang berlaku pada kira-kira 3.19 pagi waktu tempatan, kira-kira 179 kilometer selatan bandar David, dekat sempadan Costa Rica, kata Pengkaji Geologi Amerika Syarikat.

Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan. - AFP

Kenyataan ADUN Titi Serong : Ucapan Najib gambaran UMNO dan BN sudah tersangat lemah

Posted: 30 Apr 2011 12:51 AM PDT

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Khalil Idham Lim.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan dirinya sendiri dan menunjukkan dia sudah tidak ada isu lagi untuk bercakap dengan meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat yang disifatkkannya jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Najib juga berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Sedangkan beberapa usaha dilakukan Umno yang dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Usaha ini diperhebatkan dan dilihat ada kewajaran lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Kalaulah dengan alasan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam, saya lihat kenyataan Najib adalah kenyataan yang sangat rapuh dan akan ditertawakan oleh sesiapapun yang tahu antara DAP dan UMNO sendiri siapakah yang sebenarnya lebih baik pada masa ini.

Tidak lagi bercakap siapa yang memperjuangkan Islam, kerana DAP walaupun parti bukan Islam seperti dakwaan UMNO dia adalah parti yang berjuang untuk Islam, ternyata yang telah ditunjukkan oleh Ketua Menteri dari DAP di Pulau Pinang, Lim Guang Eang adalah lebih baik dari masa pemerintahan BN.

Pemberiaan saguhati kepada para penghafal al Quran, bantuan kepada guru KAFA, Sekolah Agama dan banyak lagi usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang menunjukkan negeri itu lebih baik pembelaan Islam berbanding dibawah BN satu masa dulu.

Walaupun "wangi" yang dilakukan oleh Kerajaan PR ditutup rapat, malah di "busukkan" dengan putar belit dan cerita palsu oleh media BN, namun sesuatu yang baik dan wangi itu pasti dicium juga oleh seluruh rakyat Pulau Pinang malah sampai keluar Pulau Pinang.

Selain itu siapakah Najib yang memandai untuk mengajar PAS keluar dari PR. Nasihat saya jagalah dulu parti sendiri dan gabungan BN yang sudah semakin nazak dan akan dikuburkan dalam PRU ke 13 nanti. jangan menyibuk mengenai parti dan gabungan pakatan Rakyat, tahulah kami untuk mengajar BN dalam PRU ke 13 nanti !

Persoalannya ilah orang cina sudah menolak komponen parti yang mewakili orang Cina dalam BN iaitu MCA. Kegusaran kalau isu liwat dan video seks tidak menjadi untuk mengukuhkan sokongan melayu kepada UMNO, dimanakah lagi UMNO akan berpaut melainkan mencari kaedah baru untuk pecah dan lemahkan Pakatan Rakyat.

Bercakap dengan nada yang "bodoh" supaya PAS keluar dari PR dan jangan berkawan dengan DAP adalah ajakan supaya PAS bergabung dengan UMNO yang telah jelas ditolak oleh pemimpin PAS.

Alhamdulillah apa yang saya lihat dari kenyataan Najib pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu hari ini menggambarkan bahawa UMNO dan BN sudah tersangat lemah dan hampir pasti menerima kekalahan yang teruk dalam pru ke 13.

Kalau sebelum ini Pakatan Rakyat dapat membuktikan dan berjaya menumbangkan BN di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pualau Pinang. Adakah satu perkara yang mustahil dan susah sangat untuk kita menjadi kerajaan Pusat selepas PRU ke 13 ?

Kita tungu dan lihat.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 01 May 2011 01:24 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Montaj Muktamar DPPN PP Kali ke 11

Posted: 30 Apr 2011 06:13 PM PDT

Montaj Sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS  Negeri Pulau Pinang kali ke 11 yang diadakan di An Nahdoh Kubang Semang. Montaj ini telah disediakan oleh Jabatan ICT Dewan Pemuda PAS Negeri. Kualiti gambar mungkin kurang memuaskan kerana video teah dicompress ke saiz kecil.

AMK : Qazaf,Bukan Sumpah

Posted: 30 Apr 2011 06:18 AM PDT

Perlu Qazaf dan bukannya sumpah

Salam Perjuangan

Posted: 30 Apr 2011 11:34 PM PDT

Salam Perjuangan


MARI BERSAMA PAS LAKSANAKAN ISLAM

Posted: 30 Apr 2011 06:28 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 30 Apr 2011 09:30 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ADUN MAHARANI MENYUSUR AKAR - KEMBALI KE SEKOLAH

Posted: 30 Apr 2011 04:41 AM PDT

MAJLIS SAMBUTAN 100 TAHUN DAN PELANCARAN ALUMNI SK SERI MENANTI, MUAR


Sejarah tercipta bagi warga Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar apabila Majlis Sambutan 100 Tahun dan Pelancaran Alumni Sekolah Kebangsaan Serti Menanti, Muar disempurnakan pada pagi Sabtu 30 April 2011.Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Encik Mohd Hasidin Hj Md Zaini, telah merasmikan Majlis tersebut.Encik Affendi hadir mewakili PegawaiPelajaran Daerah Muar.


Tuan Haji Abdul Rahman Kasbon, bekas Pegawai Jabatan PenuntutMalaysia London, mewakili bekas pelajar.YB Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani) dan Tuan Haji Malik Md Diah (Timbalan YDP PAS Muar) juga dijemput hadir sebagai bekas pelajar.


 Cenderamata untuk Alumni Tersohor SK Seri Menanti Muar
yang diterima oleh YB Dr Mohammad Taslim. Terima kasih Cikgu !

Di antara penerima Cenderamata Pelajar Tersohor SK Seri Menanti Muar ialah:

1. Professor Dr Jalani Sukimi (Dekan Fakulti Sains dan Teknologi USIM),
2.  YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani),
3.  Tuan Haji Abdul Rahman Kasbon (Bekas Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia London),
4.  Puan Fatimah Kasbon (Wanita Pertama Guru Rakyat),
5.  Puan Hjh Kalsom Kasbon (Guru Perempuan Pertama Maktab Perguruan Perempuan Melaka),
6.  Puan Hjh Sharifah Kasbon (Pesara Guru Besar),
7.  Lt. Kol (B) Dr Hj Basir Rakim,
8.   Lt Kol (B) Tuan Hj Masuod Sukimi.
9.   Tuan Haji Tahir Sukimi (Pesara Guru Penolong Kanan),
10. Tuan Haji Kosnin Kamari  (Pesara Pengetua),
11. Kapt Dr Rosli Kolop (TUDM),
13. Tuan Haji Hamzah Sarbini (Pesara Guru Besar, Bekas YDP PIBG SK Seri Menanti),
14. Puan Hamidah Hamzah (University of Pacific USA),
15. Puan Norliza Hamzah (Ketua Pegawai Kewangan DRB-Hicom),
16. Puan Suzana Hamzah (Pensyarah, Masters of Education (TESL) UM Kelas Pertama),
17. Puan Noraini Hamzah (Pensyarah, University of Leeds UK)

YB Dr Mohammad bersama En. Md Hasidin, Guru Besar, YDP PIBG dan tetamu.

 Tn Hj Abdul Rahman Kasbon mewakili Bekas Pelajar.

Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.
 
 Gong Perasmian dipalu.

 Cenderamata untuk Tuan Hj Hamzah Sarbini juga untuk 4 orang
puteri-puterinya yang menerima anugerah Alumni Tersohor SK Seri Menanti

 Cenderamata untuk Perasmi, disampaikan oleh Guru Besar, Puan Hjh Zuraidah Rohsah.

 Persembahan Pelajar.

 
 Persembahan Pelajar.

Pertemuan kakak dan adik - Tn Hj Abdul Rahman bersama kakaknya Pn Hjh Kalsom.
Dua orang lagi adik beradik mereka Pn Fatimah dan Hjh Sharifah tidak dapat hadir.
Kesemuanya  Penerima Anugerah Alumni Tersohor.Mereka juga sepupu kepada YB Dr Mohammad.

 YB Dr Mohammad bersama tetamu  menjamu selera.

 
 Dari kanan: Puan Hjh Zuraidah (Guru Besar), En. Mohd Hassan Taib (YDP PIBG),
Puan Hjh Kalsom dan Puan Hjh Halimah Nabil (Mantan Guru Besar SK Seri Menanti).

 Self Portrait - YB Dr Mohammad Taslim.
Di belakang kanan ialah Sdr Malik Md Diah.

Majlis Pelancaran Alumni SK Seri Menanti Muar ini mengimbas kembali zaman persekolahan YB Dr Mohammad  di sekolah yang banyak berjasa ini. Gambar-gambar yang cukup terhad  yang masih dalam simpanan beliau ini menjadi kenang-kenangan sepanjang zaman........


Keputusan Masok Sekolah Menengah 1962 bertarikh 6/1/1963 ( 48 tahun yang lalu ! )
di tandatangani oleh Guru Besar Allahyarham Cikgu Abu bin Abu Bakar.
10 0rang pelajar mengambil peperiksaan, seorang pelajar  ( Mohammad b Taslim )
mendapat Pangkat A. Keputusan Peperiksaan ini di tampal pada 
dinding  Balai Raya Seri Menanti dan masih disimpan oleh YB Dr Mohammad. 

 Di antara guru-guru YB Dr Mohammad Taslim: di tengah-tengah Cikgu Abu b AbunBakar,
di kanannya Cikgu Said dan di kirinya Cikgu Ali Hj Othman.Kesemuanya sudah kembali
ke rahmatullah. Alfatihah....

 
 'Gambar kenang2an menyambut Selamat berpisah pg. 111 1961'
Itulah yang ditulis di belakang gambar ini oleh YB Dr Mohammad (no. 2 dari kanan).
Lihat pen di poket bajunya, tiada tali pinggang, seluar pendek dan kasut kanvas puteh.
Smart juga ikut standard dulu-dulu.....

 YB Dr Mohammad bersama rakan sedarjah (Darjah 5 Tahun 1961)
dan guru kelas, Cikgu Hj Johari Hj Elias (belakang, kiri). Di mana Cikgu sekarang ?

 'Hari Ithnain 17 july 1961 di-Padang Badminton' Darjah V,
Itulah nota di belakang gambar ini.Duduk no. 4 dari kanan ialah
Cikgu Johari, di sebelahnya kanannya Mr Abd Kadir (guru Bahasa Inggeris) 
dan  YB Dr Mohammad





PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 30 Apr 2011 09:18 PM PDT

PAS KAWASAN BAKRI


SELAMAT HARI PEKERJA

Posted: 30 Apr 2011 03:40 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 30 Apr 2011 07:32 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


PAS tetap pertahan Anwar Ibrahim: Selagi tiada bukti dan empat saksi yang sah mengikut syariat Islam

Posted: 30 Apr 2011 06:27 AM PDT



PAS tetap pertahan Anwar Ibrahim: Selagi tiada bukti dan empat saksi yang sah mengikut syariat Islam

PAS akan terus membela Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim selagi tiada empat saksi dan bukti yang boleh menyabitkan beliau dengan tuduhan liwat mahupun zina seprti yang diuar-uarkan oleh media dan pemimpin Umno-BN ketika ini.


Ketika menegaskan perkara tersebut, Mursyidul Amnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kebenaran patut dibela selagi tiada bukti yang konkrit untuk menyerat Anwar sebagai pesalah. Katanya, ada dua perkara patut diperhatikan iaitu Anwar dituduh melakukan liwat sejak 10 tahun dulu, tetapi tidak selesai kerana tiada bukti yang kukuh.


"Liwat ni orang buat dalam kelambu, nyamuk (pun) tak boleh masuk! Tiba-tiba bagaimana tuduh seorang manusia meliwat sedangkan kamu tak tengok. Kamu tuduh orang buat benda dalam kelambu, tentu mu (kamu) tak ada. Kalau mu (kamu) ada, tentu mu (kamu) kongsi sama.


"Kenapa kes Anwar diperlagakan sejak dari zaman Dr Mahathir Mohamad lagi? Tak habis-habis sampai sekarang. Sebab tak ada bukti. Saja dicari, buat-buat bukti ada, padahal tak ada," tegas beliau kepada Suhaimi Embong dalam satu interbiu eksklusif di Sarawak.

"Dalam video ni saya dengar sendiri ceramah daripada Ahli Parlimen Sungai Petani dia kata, kenapa tak tunjuk muka Anwar. Kalau video yang dia buat untuk menuduh Anwar, tentu fokus kamera itu mesti kat atas muka Anwar. Kenapa tak buat? Nak fokus macam mana, sebab bukan Anwar. Bila itu bukan orangnya, nak fokus macam mana? Dulu liwat, sekarang zina, yang mana sebenarnya?

"Orang yang tuduh zina, akan kena qazaf. Tak kena qazaf di dunia, akan dikenakan hukum qazaf di akhirat kelak. Saya boleh kata, bukan Anwar," tegas Menteri Besar Kelantan itu. Katanya, beliau akan membela sesiapa sahaja atas nama kebenaran, selagi tiada sabitan yang kukuh.

PAS Kawasan Miri

Posted: 30 Apr 2011 07:31 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Seru UMNO Tinggalkan BN!

Posted: 30 Apr 2011 04:32 PM PDT

Najib minta PAS keluar Pakatan
Apr 30, 11 4:18pm - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam."Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu.Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno."Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR."Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim)."Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini."Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya. --Bernama


Kenyatan Akhbar PAS Miri, Sarawak
PAS Sarawak ingin merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.


Kenyataan PM Najib seperti seorang yang tidak sedar diri dengan mengatakan "DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam." Memang DAP tidak pernah memperjuangkan Islam sebab DAP bukan parti Islam, PAS nak tanya balik dengan Najib adakah MCA dan MIC juga pernah berjuang untuk Islam? Sebelum menyeru PAS tinggalkan Pakatan lebih baik lihat sendiri dalam Umno/BN apakah mereka benar-benar berjuang Islam? PAS Sarawak menyeru pula agar Umno tinggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai PAS supaya kita bersama-sama berjuang untuk agama Islam, Bangsa dan Negara. PAS Sarawak minta Umno dan sekutunya PBB supaya tinggalkan BN marilah kita bersama Pakatan untuk menuju sebuah negara yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman ideologi politik.
PAS bukanlah alat kepada DAP seperti yang didakwa oleh Umno/BN tapi PAS berjuang bersama DAP dan PKR dalam Pakatan adalah untuk kebajikan semua rakyat. Insya-Allah PAS boleh buktikan dalam PR13 nanti sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan bandar dimana DAP dan PKR akan bersama-sama membantu PAS menang dalam kawasan bandar. Ini tanda menujukkan bahawa Pakatan lebih sesuai daripada BN kerana Pakatan berjuang untuk menegak keadilan dan kebajikan untuk semua. PAS untuk semua.

English version
PAS Miri, Sarawak Press statement


PAS Sarawak want to refer to a statement by Prime Minister Najib Razak urged PAS to leave the Pakatan Rakyat coalition as only DAP is reaping benefits from three-member opposition coalition.PM Najib's statement as insensible person by saying "DAP is apparently never even fight for Islam." Indeed, DAP has not been fighting for Muslims because DAP is not Islamic party, PAS want to ask back to Najib is MCA and MIC also fighting for Islam? Before calling for PAS to leave PR it is better for Umno / BN to look at themselves if they are really fighting for Islam? PAS Sarawak also called for Umno to leave Barisan Nasional (BN) and join PAS to fight for Islam as a Muslim and for the Nation. PAS Sarawak urged Umno and PBB to leave BN alliance to let us go into a welfare state for all people regardless of race, religion, political ideology or faith. PAS is not a tool of DAP as claimed by UMNO / BN, but PAS struggled with the DAP and PKR in the Alliance is for the welfare of all citizens. God willing, may proven in the coming PR13 if PAS given the chance to compete in the town areas where the DAP and PKR will work together to assist the PAS to win in the urban areas. This will shows that the based of Pakatan Alliance is better than BN which Pakatan fight for justice and the welfare for all. PAS for all.

PAS Miri

PAS LENGGONG

Posted: 30 Apr 2011 07:26 PM PDT

PAS LENGGONG


Penyokong orang Fasik ialah

Posted: 30 Apr 2011 03:37 AM PDT

Orang-orang yang bersekutu dengan mereka. Begitu juga orang-orang yang menyokong mereka. Begitu juga orang yang melindungi mereka. begitu juga orang yang cenderong dengan mereka.
Orang yang seronok dengan mereka.
Semoga laknat Allah ke atas mereka. Tapi yang pastinya derita dan azab amat pedih.

eskey seorang fasik

Posted: 30 Apr 2011 03:29 AM PDT

Apa yang timbul daripada sumpah laknat Eskay?

Posted on Saturday, April 30 @ 01:37:44 PDT by paktam

Oleh Syed Imran

Seorang insan bernama Shahryl Eskay Abdullah yang lengkap berpakaian Melayu dan dilindungi pihak polis, telah melafazkan apa yang disebut sebagai sumpah laknat di hadapan seorang pegawai Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, petang semalam.

Dalam sumpah laknatnya itu dia membuat pengakuan bahawa dia, iaitu Eskay, berada dalam bilik bersama-sama Anwar Ibrahim. Bilik yang dimaksudkan oleh Eskay adalah bilik dalam mana Anwar dikatakan oleh Eskay telah berzina dengan seorang perempuan atau pelacur?



Turut sama berada dalam Rumah Allah itu adalah dua orang rakan Eskay yang ketiga-tiga mereka digelar sebagai Datuk T. Abdul Rahim Thamby Chik, mantan Ketua Menteri Melaka yang terpaksa meletak jawatan atas sebab-sebab yang umum ketahui; dan mantan guru, mantan ketua Umno Bahagian Sungai Petani, mantan Senator dan kini bapa mertua salah seorang naib presiden Umno, Shuib Lazim.

Abdul Rahim dan Shuib tidak pula membuat atau melafaz apa-apa sumpah. Mungkin mereka tidak yakin sepenuhnya atas apa yang berlaku. Hanya mereka berdua yang tahu.

Walau apapun, kita kena akur akan 'keberanian' Eskay melafaz sumpah laknat kerana dia tentu sedar dan tahu akan akibat dan padahnya. Oleh itu, ramai yang akan mempercayainya.

Saya hanya mampu membuat satu kesimpulan ekoran daripada sumpah laknat yang dilafazkan oleh Eskay.

Atas pengakuannya yang dia berada dalam bilik berkenaan bersama-sama Anwar, maka dia, iaitu Eskay, jelas telah bersubahat dalam pelakuan zina oleh Anwar, jika benar itu adalah Anwar. Sama ada Eskay adalah orang yang 'membekal' pelacur itu kepada Anwar atau sebaliknya juga menjadi tanda tanya?

Apakah hukum ke atas sesiapa yang bersubahat dalam pelakuan zina dan 'membekal' wanita untuk tujuan pelacuran?

Sumpah yang sebenarnya

Posted: 29 Apr 2011 08:49 PM PDT

Sumpah ada 2.
1. Angkat sumpah- macam ikrar tetapi angkat sumpah bila menyebut nama Allah. Dilakukan oleh orang yang seperti baru dilantik dalam suaada tu pekerjaan.
2. Bersumpah- ialah suatu hak yang diberi ke atas seseorang yang tertuduh bertujuan untuk membela diri. Dinamakan perakuan bersumpah. Tetapi bersumpah dengan menggunakan nama Allah ada syaratnya. Jika tidak mengikut syaratnya bererti menghina syariat sumpak.
Apa yang dilakukan semalam oleh trio itu menyalahi syarat sumpah. Bukan tiga ekor tu saja yang menghina malah yang menjadi saksinya juga menghina syariat sumpah. Orang yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh tiga ekor tu juga menghina syariat sumpah. Orang yang tidak berusaha menegahnya juga terlibat sama. Akhbar yang menyokong juga masuk semakuk.
Ayatnya jelas orang yang menuduh orang berzina hendaklah membawa 4 orang saksi. kalau tidak dia kena rotan 80 kali dia ialah orang fasik. Ayat itu jelas. Tiada peruntukan sumpah untuk orang yang menuduh orang bersumpah.
Yak Allah Laknatkan orang yang menghina syariat sumpah dalam islam kerana mereka menghina islam dan qur an.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 30 Apr 2011 07:22 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Aktivis PAS Setiu keuzuran

Posted: 29 Apr 2011 10:44 PM PDT

Ustaz Abdul Ghani Muda, Pengerusi Kelab Veteran PAS Setiu yang terlantar di rumahnya di Kampung Banggol Permaisuri diziarahi oleh AJK PAS Kawasan Setiu usai Mesyuarat Agong Tahunan semalam

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 30 Apr 2011 03:41 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


APA PANDANGAN MUFTI LAIN?

Posted: 30 Apr 2011 02:47 AM PDT

Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah Balas
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

NONE"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.

DSAI ke Johor

Posted: 30 Apr 2011 02:35 AM PDT

Program Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Johor

Program 1
5.30 -6.30 ptg – Ucapan Penutup Konvensyen KeADILan Johor

Lokasi: Pulai Spring Resort, Jalan Pontian Lama, Kangkar, Pulai

Program 2
8.30 – 10.00 mlm – Perasmian Pejabat KeADILan Negeri Johor

Lokasi: Bandar Baru UDA, Jalan Skudai, Johor Bharu

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

Program 3
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Markaz PAS, Kampong Ulu Pulai, Ulu Choh, Gelang Patah

Penceramah:
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
YB Johari Abdul
YB Dr Boo Cheng Hau
YBhg Dato' Dr Mahfoz Muhammad
YBhg Shmasul Iskandar Mohd Akin

Video Lucah : mana pergi pihak berwajib

Posted: 30 Apr 2011 02:29 AM PDT

Video Lucah : Depa pos pulak dah...

KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.

Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan "Datuk T" mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.


Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

"Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza," kata beliau kepada pemberita di sini.

"Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.

"Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan," kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.

"Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama," katanya.

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.

"Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.

"Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata Surendran.

Semalam, salah seorang "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.

Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.

Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak."

Polis sedang menyiasat "Datuk T" di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.

Beliau juga berkata akan "mendedahkan" identiti pelaku pada masa yang sesuai.

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.

Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.


The Malaysian Insider

Sesiapa dari KDN tolong jawab.

Posted: 30 Apr 2011 02:26 AM PDT

Video lucah di media, mana peranan kdn


ustaz idris ahmad

Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka.

Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahnnya.

Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Pas ingin mengigatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anuar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

Pas pun hairan kemana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?

Macam ada skrip sahaja?

Posted: 30 Apr 2011 01:47 AM PDT

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat,"kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam,"tegasnya.

Al-Munafiqun ayat 1-4

Posted: 30 Apr 2011 01:15 AM PDT

Al-Munafiqun ayat 1-4
[1]
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2]
Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3]
(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4]
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?

(PANAS) POLIS SAHKAN & PASTI 110% LELAKI TU ANWAR!!!

Posted: 29 Apr 2011 09:56 PM PDT

Aku bawak gambar ini jumpa polis dah polis telah mengesahkan dengan penuh yakin tanpa ada syak wasangka lagi bahawa yang wajah lukisan ini milik Anwar ....Anwar Sadat...wakakakakaka


Jeneral Besar Mohammed Anwar Al Sadat bahasa Arab: محمد أنورالسادات; lahir di Mit Abu Al-Kum, Al-Minufiyah, Mesir, 25 Desember 1918 – meninggal di Kairo, Mesir, 6 Oktober 1981 pada umur 62 tahun) adalah seorang tentara dan politikus Mesir. Ia menjabat sebagai Presiden ketiga Mesir pada periode 15 Oktober 1970 hingga terbunuhnya pada 6 Oktober 1981. Oleh dunia Barat ia dianggap sebagai orang yang sangat berpengaruh di Mesir dan di Timur Tengah dalam sejarah moden.

APA CER? AWIE HENTAM BOB LOKMAN

Posted: 29 Apr 2011 09:38 PM PDT

Harian Metro keluaran hari ini membantu Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang untuk menarik masyarakat mendengar ceramah Bob Lokman pada 12 Mei ini. Bob Lokman dijangka bersama Nik Abduh akan berceramah di Taman Damai Simpang,Taiping bermula 9.00 malam.



Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap 'menyerang' dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

"Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

"Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

... Biarlah dia nak cakap apa pun Bob .... mungkin hatinya belum menerima Islam sepenuhnyah sebagai suatu cara hidup.... hanya jauhari mengenal manikam... awie tak kenal manikam.... awie kenal abi & ucop je

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 30 Apr 2011 03:34 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SOKONGAN RAKYAT BERDUYUN WALAU DSAI DIBALUN !m

Posted: 29 Apr 2011 07:49 PM PDT


Ucapan alu-aluan dan dimulai oleh YB Qasim ADUN Lembah Jaya yang berapi dengan mengecam acara sumpah laknat UMNO dan jemputan Ustaz Shamsul dari masjid yang diguna UMNO untuk sumpah laknat.


DSAI kelihatan kurus dan cengkung memang jauh berbeza dengan dalam gambar dalam media pencacai. Walaubagaimanapun itu bukan perkara penting, yang penting Ulama no wahid kata penuduh kena ada 4 saksi adil dan berilmu atau alim dan kalau sebaliknya penuduh boleh dihukum qazaf.



Ucapan Tian Chua, ADUN bekalalan Bian Baru, YB Qasim dan YB Azmin menjelaskan awal apa misi Pakatan Rakyat dan sumbangan PR setakat ini menandingi BN.



Nak tengok perut saya atau ucapan saya?

PAS KOTA TINGGI

Posted: 30 Apr 2011 01:16 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Gambar Lucah Di Media; Mana Peranan KDN

Posted: 29 Apr 2011 09:25 PM PDT


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya.

Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN yang ternyata busuk sampai ke usus-usunya?

Dupahang's Weblog

Posted: 30 Apr 2011 11:30 AM PDT

Dupahang's Weblog


APABILA SIJAHIL BELAGAK ALIM

Posted: 30 Apr 2011 02:22 AM PDT

Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil – bekas Mufti WP Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 30 Apr 2011 11:17 AM PDT

Batu Gajah Mari


Pegi Mampus la!!!!

Posted: 30 Apr 2011 08:54 AM PDT

Nasihat Najib minta PAS keluarkan PR.... satu cadangan yang maha bodoh dari seorang PM yang memang bodoh.

Kalau betul-betul BN kuat, mengapa tidak UMNO berdiri sendiri tanpa parti komponen BN lain.

  • Kita cadangkan agar MCA dan MIC keluar BN.
  • Tinggalkan UMNO. Selama ini yang merosakkan parti MCA dan MIC ialah UMNO.
  • Selama ini, UMNOlah yang menyebabkan berlakunya salah faham antara agama dan kaum.
  • Larinya undi Cina dan India daripada MCA dan MIC juga disebabkan sikap talam dua muka UMNO.
  • Jom KELUAR BN...!

Pemuda Guchil

Posted: 30 Apr 2011 09:37 AM PDT

Pemuda Guchil


Dah ada e-mel percuma, apasal bangang sangat nak guna yang kena bayar?

Posted: 29 Apr 2011 11:39 PM PDT

Pemuda PAS cabar Najib ambil tindakan terhadap Soi Lek

Posted: 29 Apr 2011 11:08 PM PDT

Amerika Serang Libya, Tiba-tiba Puting Beliung Serang Amerika, 224 Terkorban

Posted: 29 Apr 2011 11:06 PM PDT

Formula PRU-12 berbeza dengan Formula PRU-13

Posted: 29 Apr 2011 11:06 PM PDT

Pengarah JAWI Pun Ada Saham Dalam Sumpah "Laknatullah"

Posted: 29 Apr 2011 11:05 PM PDT

Sumpah Laknat - Eskay Pegang Quran Terbalik Dan Dilarang Fitnah Anwar

Posted: 29 Apr 2011 11:05 PM PDT

Politik 'longkang' cemari Rukun Negara

Posted: 29 Apr 2011 11:00 PM PDT

Hak Melayu: Saya tak sokong tapi cabar PKR, kata Soi Lek

Posted: 29 Apr 2011 10:59 PM PDT

Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat kata NUJ

Posted: 29 Apr 2011 10:59 PM PDT

Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia

Posted: 29 Apr 2011 10:58 PM PDT

Politik Fitnah Mencemar Rukun Negara

Posted: 29 Apr 2011 10:57 PM PDT

Anwar dakwa Soi Lek pengecut

Posted: 29 Apr 2011 10:56 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 30 Apr 2011 09:29 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Kisah Pemuda

Posted: 29 Apr 2011 10:42 PM PDT


Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Sedutan kisah dibawa untuk mengajak diri bertaubat, memohon keampunan dari Allah... Astaghfirullah....


sumber : facebook

Bagusnya jika Najib umum royalti hak rakyat T’ganu

Posted: 29 Apr 2011 11:00 AM PDT


KUALA TERENGGANU, 29 April: Alangkah bagusnya pada akhir sesi lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib Razak ke negeri ini mengumumkan bahawa royalti adalah hak rakyat Terengganu dan rakyat seharusnya menikmati hak mereka dengan sebaik mungkin.

Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke Terengganu, esok.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah percaya kedatangan Najib adalah bukti komitmen dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan apa yang dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan tersebut bukan sekadar datang menjenguk, tetapi katanya mahu mendengar suara akar umbi rakyat di Terengganu, khususnya di Pekan Batu Enam, di Manir, Kuala Terengganu dan golongan muda melalui pertemuan dengan rakan Facebook yang dijadualkan pada petang hari tersebut.

Untuk itu, katanya Mampat mewakili suara rakyat Terengganu bagi semua golongan mengambil kesempatan di atas keprihatinan Najib mendengar rintihan rakyat Terengganu untuk mengembalikan semula 'hak dan maruah' mereka yang telah dinafikan selama 11 tahun.

"Kembalikan royalti kami kerana ianya adalah lambang 'hak dan maruah' kami yang telah dinodai'

"Dalam kesempatan ini juga, Mampat ingin mengingatkan rakyat Terengganu umumnya dan kepimpinan Terengganu pada hari ini tentang janji-janji yang pernah disebutkan Najib berkenaan royalti minyak Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.



Untuk makluman perdana menteri, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan olehnya.

Namun, ujarnya sehingga hari ini tiada sebarang khabar berita mengenainya walaupun bulan Mei 2011 menjelang tiba.

"Ini adalah janji kali keempat yang pernah diberikan. Rakyat Terengganu tidak akan lupa janji-janji yang telah dibuat oleh pimpinan Pusat untuk mengembalikan royalti kami," katanya.

Beliau turut mengimbau kembali jalinan janji yang pernah diberikan kepada rakyat Terengganu sebelum ini.

Katanya, pada 14 Jun 2008, Perdana Menteri pada masa itu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) mengumumkan bahawa royalti akan dikembalikan kepada rakyat Terengganu di mana pengumuman itu dibuat di Hotel Primula.

Tambahnya, rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Ahmad Said dan rakyat Terengganu ditipu oleh Najib apabila menerima replika cek pada 13 Disember 2008 berjumlah RM408.6 juta yang dikatakan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008.

Dalam majlis berkenaan, katanya Najib menyebut seolah-olah selepas ini semua wang royalti akan dimasukkan terus ke akaun kerajaan negeri.

Bagaimanapun, ujarnya hakikat sebenar tidak berlaku seperti yang dinyatakan.

Selain itu, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahmad telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan oleh pihak menteri besar itu.

"Atas kesedaran yang sama, Mampat menyeru semua pihak sama ada kerajaan negeri, mahupun rakyat Terengganu untuk terus bertanyakan hak rakyat Terengganu ini yang seolah-olah sengaja cuba dilupakan," katanya.

Beliau menambah, jika peluang sebaik kedatangan Najib itu tidak digunakan, Mampat percaya ruang lain yang ada sangatlah terbatas, hendak diharapkan respons pada laman Facebook Najib, sudah tentu ia seumpama mimpi sahaja.

Untuk makluman, jelasnya sehingga Mac 2011 yang lalu, genap sudah 11 tahun Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Terengganu menikmati royalti Minyak.

"Rakyat Terengganu sudah terlalu letih menunggu buah yang tidak gugur. Jangan nanti sehingga rakyat terpaksa menjolok buah yang tidak gugur tersebut dengan cara yang lebih keras.

"Cukup-cukuplah penghinaan yang kami terima, cukup-cukuplah janji-janji kosong yang kami terima, cukup-cukuplah mencuri hak rakyat Terengganu," katanya.(hrkhdaily)

Sumpah liwat - Ulasan Ust Azhar Idruss

Posted: 29 Apr 2011 10:21 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 30 Apr 2011 09:04 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Perutusan Hari Pekerja 2011: Membina Minda Kelas Pertama

Posted: 30 Apr 2011 06:18 AM PDT

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar memanjatkan rasa syukur yang berpanjangan kepada Tuhan Rabbul Jalil yang telah memberikan kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah mengerah kudrat dan keringat dalam memperjuangkan Islam ini sehingga kita dilimpahi kurnia paling tuntas berharga.

Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini, kita sekali lagi bakal menyambut Sambutan Hari Pekerja yang mana merupakan hari memperingati akan sumbangan para pekerja yang selama ini bertungkus lumus mengerah keringat dan buah fikiran untuk membangunkan tanah air yang tercinta ini, sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.

Para pekerja yang dikasihi,

Setiap individu dalam mana-mana organisasi, semestinya menginginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya dan juga organisasinya agar bisa menyumbang sehabis baik kepada negara. Oleh kerana itu, organisasi tersebut perlu menyediakan pelagai insfrakruktur & sistem kelas pertama untuk memastikan penghasilan yang akan diperoleh oleh organisasi tersebut berada pada tahap optimum. Namun begitu sesebuah organisasi yang mempunyai sistem dan peralatan yang canggih belum pasti boleh menghasilkan kerja kelas pertama kerana faktor individu memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sesuatu sistem itu berfungsi. Maka, minda kelas pertama perlu dibudayakan pada setiap individu dalam organisasi tersebut bagi mencapai matlamat ini.

Minda Kelas Pertama akan menghasilkan kerja kelas pertama. Ini bermakna kerja kelas pertama bermula dengan individu yang memiliki pemikiran (IQ), emosi (EQ), sikap dan spiritual (SQ) kelas pertama.

Para pekerja yang dikasihi,

Budaya Kerja Kelas Pertama didefinisikan sebagai: "Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan". Terdapat tiga (3) perkara penting di dalam pemahaman kepada Budaya Kerja Kelas Pertama iaitu; cara berfikir dan pemikiran, cara merasa dan menghayati dan cara bertindak dan berperilaku.

Bagi merealisasikan Budaya Kerja Kelas Pertama ini, kita perlu menerapkan satu konsep atau model yang boleh difahami, diterima dan diamalkan secara berterusan secara sukarela oleh semua anggota di dalam sesebuah organisasi. Peranan ini perlu dimulakan oleh ketua jabatan, selaku pemimpin di organisasi.

Maka penerapan konsep ESQ, merangkumi komponen IQ, EQ dan SQ secara menyeluruh adalah sangat penting. Secara asasnya Kecerdasan Akal atau Intelectual Quotient (IQ) terletak pada fungsi otak Neo Cortex. Kecerdasan IQ diperkatakan secara meluas di seluruh dunia dan telah digunakan sebagai asas pengambilan pekerja di dalam organisasi awam dan swasta.

Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient (EQ) pula terletak pada fungsi otak Lymbic System. EQ adalah kemampuan untuk merasakan orang lain atau ilmu perhubungan manusia atau dari perspektif Islamnya dinamakan "hablum minannas".

Spiritual Quotient pula atau ringkasnya SQ terletak pada fungsi Temporal Lobe. SQ Didefinasikan sebagai kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna atau value, iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya, kecerdasan untuk menilai bahawa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain.

SQ adalah landasan yang diperlukan untuk memfungsikan IQ dan EQ secara efektif. Bahkan SQ merupakan kecergasan tertinggi. Secara mudahnya SQ adalah berkaitan hubungan dengan pencipta (Hablum minallah), Ia bagi menjawab persoalan untuk apa IQ ini dan untuk apa EQ ini. Orang yang kuat beribadat (ritual) tidak semestinya menjadi seorang individu yang bagus dan berguna kepada masyarakat sekiraya beliau gagal menghayati dan mengaplikasikan sesuatu ibadat tersebut.

Bilakah masanya seseorang pekerja diuji dari aspek SQ atau secara mudah sekuat mana imannya? Kemungkinan besar tiada. SQ hanya teruji bila pegawai ditempatkan di agensi, sektor atau unit-unit yang mendedahkan beliau kepada peluang untuk menyalahgunakan kedudukan atau kuasa. Bagi yang berjaya menghadapi godaan dan ujian, Insyallah selamat, manakala bagi yang gagal ujian akan terjebak dengan penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Sebagai balasannya, didunia mereka boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.A 395, atau undang-undang negara yang berkuatkuasa. Tetapi di akhirat sana, perbuatan itu akan dihitung sebagai suatu dosa besar.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177

"Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui."

Sabda Nabi S.A.W

"Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum"

Para pekerja yang dikasihi,

Justeru, Budaya Kerja Kelas Pertama sebenarnya adalah suatu rutin harian yang boleh dan telah dilaksanakan tanpa kita sedari. ESQ adalah satu kerangka dasar, bagi membimbing kita menjayakan Budaya Kerja Kelas Pertama. Kejayaan ini terletak kepada pelaksanaan dan penghayatan yang berterusan. Kesannya dapat dilihat dari aspek kepuasan kerja, wujudnya suasana harmoni, penurunan kes tatatertib dan pengiktirafan yang diterima oleh organisasi dan individu . Budaya Kerja Kelas Pertama dapat direalisasikan apabila setiap individu di dalam organisasi memiliki kesepaduan IQ, EQ dan SQ.

Akhir kata daripada saya, marilah sama-sama kita bekerja dengan lebih gigih lagi untuk membangun tanah air kita ke arah masa depan yang lebih baik untuk tatapn generasi akan datang. Akulu kauli hadza, astagfirullahal alazim aliwalakum, assalamualaikum wbt.


Amir Saifuddin Samsuddin
Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar

i n t a n h i j a u

Posted: 30 Apr 2011 07:19 AM PDT

i n t a n h i j a u


SELAMAT TINGGAL BN

Posted: 30 Apr 2011 03:41 AM PDT


Nasihat Najib minta PAS keluarkan PR.... satu cadangan yang maha bodoh dari seorang PM yang memang bodoh.

Kalau betul-betul BN kuat, mengapa tidak UMNO berdiri sendiri tanpa parti komponen BN lain. 

  • Kita cadangkan agar MCA dan MIC keluar BN. 
  • Tinggalkan UMNO. Selama ini yang merosakkan parti MCA dan MIC ialah UMNO.
  • Selama ini, UMNOlah yang menyebabkan berlakunya salah faham antara agama dan kaum.
  • Larinya undi Cina dan India daripada MCA dan MIC juga disebabkan sikap talam dua muka UMNO.
  •  Jom KELUAR BN...!

GAMBAR LUCAH DI MEDIA : MANA PERANAN KDN...?

Posted: 30 Apr 2011 02:55 AM PDT


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya. Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 30 Apr 2011 03:59 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


DENGAR DAN LIHAT! DATUK T SEBENARNYA DIBERIKAN TAZKIRAH OLEH USTAZ YANG BERANI

Posted: 30 Apr 2011 02:51 AM PDT





KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi 'khutbah' kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

"Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi 'jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih'.

"Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat," katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

"'Skrip' yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf," katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li'an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

"Sumpah li'an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak 'laku' kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak 'laku' kalau tidak membabitkan suami dan isteri," ujarnya.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1KzwSr97a

Tiada ulasan:

Catat Ulasan