Salam 2 all.
Arakian  tersebut satu kisah, seorang Pak Yangoat yang terkenal dengan 'abidnya.  Dahinya hitam, janggutnya Bin Laden pun bisa nangis dong. Tiap masalah  pasti akan disolathajatkan..alhamdulillah. Satu ketika, banjir datang  melanda, hingga mencecah bumbung rumah. Berlarilah Pak Yangoat keatas  bumbong sambil menadah tangan mohon bantuan. Tiba-tiba lalu Pak Taming  mendayung sampan. "Jom naik Pak Yangoat, kita ke pusat pemindahan". Pak  Yangot sambil tersenyum berkata, "timaseh Pak Taming, insyallah ana dah  buat hajat, nanti ALLAH akan tolong ana". Lalu Pak Yangoat terus menadah  mohon pertolongan, sambil air makin naik.
Tiba-tiba lalu bot  penyelamat bomba, "cepat naik Pak Yangoat, air makin naik". "Takpa,  kejap lagi ALLAH akan tolong", sambil mulut Pak Yangoat berkomat kamit  mohon bantuan. Akhirnya air sudah keparas dada, tiba-tiba datang  helikopter TUDM sambil mencampakkan tangga penyelamat, "cepat naik Pak,  air besar akan naik kejap lagi". "Takpa encik, ALLAH akan bantu saya",  lalu Pak Yangoat terus menadah sambil kumat-kamit mohon bantuan. Dan  datanglah air besar, hanyut dan mati lemaslah Pak Yangoat.
Dihadapan  ALLAH, Pak Yangoat komplen, "ya Robb, aku hambaMu yang tunduk pada Mu.  Tiap masalah aku pasti aku solathajatkan, hingga lebam dahiku. Kenapa  Kau tidak menolong aku dikala aku kesukaran menghadapi banjir, hingga  aku mati kelemasan, mengapa ya ALLAH!". Lalu ALLA Yang Maha Esa  menjawab, "Aku dah hantar sampan, Aku dah hantar bomba, dan Aku hantar  helikopter TUDM lagi, kenapa mike tak naik yop!!!".
Teman saja  bawak cerita diatas yop, bila terkenangkan dah berkenjah solat hajat  dibuat untuk mendapatkan kebenaran dalam isu membabitkan manusia yang  ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Seingat teman, solat hajat dah  dibuat merata tempat. Malah malam pertama Anwar dipecat Tun Mahathir,  solat hajat dibuat diBukit Damansara, diimamkan oleh Ustad Razali  Nawawi. Segala macam imam sudah mengetuai solat hajat. Termasuk ke  segala pesantren dan pondok di Selatan Thai, Indonesia, Filipina,  sampailah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menganjurkan solat hajat  untuk ALLAH  tunjukkan kebenaran dalam isu manusia anugerah tuhan ini!
Malah  mangsa liwat Anwar iaitu stafnya sendiri Saiful Bukhori Azlan pun  pernah buat solat hajat di hadapan Ka'bah dan di Masjid Nabawi memohon  kebenaran di tunjukkan oleh ALLAH.  Bukan sahaja solat hajat, sumpah  la'nat pun Saiful dah buat. Paling akhir Rabu Jamadil Awal 1432  bersamaan 06 Apr 2011, sekali lagi solat hajat dibuat secara  besar-besaran untuk mendapatkan petunjuk haq dan kebenaran. Tetapi sehingga kini mereka  yang taksub masih tidak dapat melihat kebenaran.
Persoalannya,  adakah ALLAH sudah tunjukkan kebenaran itu? Bagi mereka yang taksub  dengan manusia anugerah tuhan ini, kebenaran itu bagi mereka hanya jika  mereka lihat Saiful muncul berkudis sopak, ataupun Tun Mahathir jadi  sewel, ataupun manusia taksuban mereka bersemayam di Putrajaya. Sebab  itu jika ada isyarat lain mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu & Buta.  Sebagaimana kaum Yahudi & Nasara dahulu, mereka menunggu-nunggu  kebenaran kenabian datang, tetapi dalam kepala mereka sudah  diindoktirnasikan bahawa Nabi akan datang itu ialah Yahudi. Bila Nabi  Muhammad saw, seorang 'Arab Makkiyun datang, dengan segala isyarat haq  dan kebenaran kitabiah, Yahudi & Nasara menolaknya, kerana  Rasulullah saw bukan Yahudi! Itu sahaja!
Bagi para penaksub ini, cuba renung-renungkan apa isyarat, bukti dan keterangan yang ALLAH telah hantar setakat ini:
1.  Anwar terbukti seorang pembohong. Satu bukti jelas ialah pembohongan 16  Sept. Satu dunia dia temberang dan kelentongnya. Ini semua orang, satu  duniawi tahu, kecuali yang PBB aje yang buat tak tahu. Tidak ada yang  jelas melainkan jelasnya pembohongan Anwar dalam konspirasi 16 Sept in

i!  Kalau satu dunia Anwar boleh auta dan kelentong, dan masih juga ada  yang PBB terus menyokong, bayangkan apa lagi pembohongan & penipuan  yang manusia "anugerah tuhan" ni boleh buat!!
Tidak pernah  ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kalau Anwar boleh bohong  satu dunia pasal 16 Sept, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah,  apatah lagi bertaubat dan meminta ma'af, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal-hal lain!! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!2.  Saiful yang mengadu menjadi mangsa liwat Anwar adalah staf dia sendiri.  Anwar yang temuduga Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja, Anwar yang  bayar gaji Saiful, Anwar yang bawak Saiful makan angin ke Hong Kong,  Bangkok & Singapura (walaupun baru beberapa minggu bekerja sebagai  "errand staff"), tau-tau Anwar kata Dato' Sri Najib yang bersalah!!!  Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Saiful. Sampai ada yang mintak  biar Saiful cacat, gila, kena sopak, jadi sewel dan macam-macam lagi.  Sebaliknya Saiful bukan sahaja bersumpah dalam Masjid mengadu Anwar  meliwat dia, malah berangkat mengerjakan haji bersama ibu tercinta dan  berdoa di Gua Hira' dan dihadapan Baitullah & Masjid Nabawi! Yang  dok kelam kabut, dengan macam-m

acam caca merba & pasembor, dengan macam-macam pembongkaran dimunculkan, ialah Anwar, bukan Saiful!
Tidakkah pernah mike nak bertanya dalam hati kecil mike yop, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah  la'nat. Mengapa yang kelihatan semakin "dila'nat" bukannya Saiful tapi  dia? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!! 3.  dalam kes tuduhan meliwat Saiful Bukhori, pihak pendakwaraya  mengemukakan pelbagai keterangan dan bukti, saksi, doktor, pakar kimia,  pakar forensik, pakar DNA dan macam-macam lagi! Dan yang paling terang  bukti & keterangan ialah adanya baki sperma seseorang dikenali  sebagai Jantan-Y dalam karung kunyit Saiful. Dan Anwar hanya perlu  berikan sampel DNA dia (darah, air liur, peluh, rambut, kuku dll,  anything yop). Jika benar dakwaan Anwar bukan dia yang mengunyit Saiful,  pasti DNA Anwar dan DNA Jantan-Y tidak akan "matching". Dan jika itu  betul, bukan sahaja Anwar akan terlepas bebas, silap-silap mahkota  Putrajaya pun dia boleh dapat.
Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu yop, kenapa Anwar liat sangat nak bagi  sampel DNA tu yop; sedangkan dia tidak rugi satu habuk pun jika  menyerahkan sampel DNA tu kepada Mahkamah jika dia yakin benar!  Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!4.  dalam kes videoklip terbaru, tak pasal-pasal manusia anugerah tuhan  melenting kata itu bukan dia; walaupun tidak ada sesiapa pun yang tuduh  dia, apatah lagi nak tuduh dia "menyudu" pelacur Cina tu. Anwar kata  pada masa kejadian dia sedang sibuk bertweet, dan jam Omega yang  dijumpai Datuk Eskay sebenarnya ada dengan isteri tercinta. Maka  habislah keluar segala agamawan dan ustadwan, dengan macam-macam patwa  qazaf dan lain-lain., siap memfasikkan dan mengkapiorkan orang lain yang memberi pendapat berbeza. Isunya bukan kita menuduh Anwar berlacur atai berzina, tetapi isunya  ialah adakah  videoklip itu tulin, dan siapa watak-watak didalam video tu. Tak timbul  langsung tuduhan zina, rogol, atau melacur.
Tidak pernah ke
  mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa twitter Anwar  kosong daripada jam 09.30mlm-11.30mlm? Kenapa Anwar & Azizah liat  sangat nak tunjukkan jam Omega spesial edition tu kalau betul ada dengan  mereka? Kenapa Datuk Eskay rakan baik Anwar sendiri dedahkan videoklip  ini? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!5.  Karpal Singh beriya-iya nak jadi peguam Anwar dalam kes pertuduhan  meliwat stafnya Saiful, dan Anwar beriya-iya mahukan Karpal membelanya.  Tetapi Karpal Singh inilah orang yang sama yang mendedahkan kegiatan homoseks &  liwat Anwar pada 22.10.1997 dalam Parlimen & dalam ceramah DAP di  Hotel Federal KL. Dia yang ceritakan kepada pimpinan PAS sehingga mereka  pangill dia "Anwar Al-Juburi". Dia yang jadi loyer Azizan & Umi  Hafilda. Dia yang desak Anwar bertaubat & letak jawatan setelah  pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan inilah Karpal yang sama yang  mengisytiharkan "perang" terhadap Islam apabila menentang cita-cita PAS  nak mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam  dengan perisytiharan "over my dead body". Dan mentor mereka Lee Kuan Yew  pernah mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Singapura & Australia  mempunyai bukti teknikal Anwar terlibat dengan kegiatan tidak  bermoral!!!
Tidak  pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa  Karpal penentang negara Islam ni beriya-iya nak jadi loyer Anwar? Adakah  dia & sekutu DAPnya ada agenda tersendiri? Adakah Anwar sudah berada  dibawah cengkaman mereka? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk  ALLAH hantar lagi yop!6. Sejak daripada awal lagi,  seorang-demi seorang sahabat baik dan rakan karib serta orang  kepercayaan Anwar meninggalkan beliau, dan semuanya atas sebab yang sama  - tidak percaya kepada Anwar, politikus yang rakus, cakap tak serupa bikin,  hanya berminat nak jadi Perdana Menteri, punya masalah moral yang serius, dikhianati  Anwar, pembohong dan lain-lain. Sejak Professor Dr. Chandra Muzaffar,  Zainur Zakaria, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatul, Anuar Shaari, Hajjah  Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB  Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB  Dominique, Professor Dr. Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk  Syazryl Eskay, rakan-rakan pengasas ABIM, dan ramai lagi mereka yang  terkenal dengan kewibawaan dan integriti yang baik. Dan kesemua mereka  tidak duduk diam selepas meninggalkan Anwar,  malahan sebaliknya   hampir semua memilih untuk mendedahkan topeng sebenar Anwar, bak kata Datuk Seri  Zahrain, "bagai raksaksa pelbagai wajah". Dan sebaliknya yang masih merapati  manusia anugerah tuhan ini ialah Michael Danby (MP pejuang gay  Australia), Paul Wolfowitz (Yahudi yang menjadi akitek serangan  Iraq/Afghanistan), Martin Indyk (Yahudi bekas Duta US ke Israel), James  Wolfehnson (Yahudi bekas Presiden Bank Dunia), Al Gore (Yahudi bekas  Naib Presiden US), William Cohen (Yahudi bekas Setiausaha Pertahanan  US), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi!
Tidakkah  pernah mike semua nak bertanya didalam hati kecil mike tu, kenapa ramai  rakan baik dan kepercayaan Anwar lari dan kini menentang dia secara  terbuka? Mengapa para gay, pejuang homoseks & lesbian, para Yahudi  & kafirun harbi kekal menyokong manusia anugerah tuhan ni yop?  Kebenaran apa lagi yang mike tunggu  ALLAH hantar yop?Sebenarnya  yop, banyak lagi isyarat-isyarat dan petanda-petanda yang telah ALLAH  hantar. Persoalannya ialah mengapa kita tidak mahu melihat dengan 
'ainul-yaqeen-mata  keimanan berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mengapa kita tidak mahu  menggunakan aqal yang ALLAH anugerahkan untuk berfikir. 
Otak itu ALLAH anugerahkan bukan untuk buat sup yop, tetapi untuk berpikior!!! Maka berfikirlah yop!
Nanti  bila sampai depan ALLAH, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu  berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "teman udah buat solat  hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar  wahai ALLAH. Tak pasal-pasal ALLAH akan tempelak kita dengan berfirman:
"Aku  dah hantar 16 Sept, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA,  Aku dah hantar videoklip, Aku dah  hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh  dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate,  ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak ALLAH  hantar lagi yop? 
Teman menutup  tulisan ini dengan satu firman ALLAH dalam satu surah yang cukup  terkenal dikalangan orang Melayu, iaitu surah Yaasin (ayat 7-10).  Ingatan ini adalah untuk diri teman, dan mereka yang masih punya sedikit  kelumit keimanan:
"Sesungguhnya  telah pasti berlaku ketetapan siksaan ALLAH terhadap kebanyakan mereka,  kerana mereka tidak mahu  beriman (mempercayai). Sesungguhnya Kami  jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran  sebagai) belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu,  maka kerana itu mereka menjadi terdongak. Dan kami jadikan (sifat tamak  dan gila mereka kepada pangkat dan hartabenda sebagai) sekatan (yang  menghalang mereka daripada memandang keburukan dan kesingkatan masa  dunia yang ada) dihadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka  daripada memikirkan azab yang ada) dibelakang mereka (pada hari kiamat).  Lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat  melihat (jalan yang benar). Maka (dengan sebab itu) sama sahaja kepada  mereka; samada engkau beri amaran (peringatan) kepada mereka, atau  engkau tidak memberi amaran (peringatan) kepada mereka mereka tetap  tidak akan beriman (mempercayainya)" (rujukan kepada Tafsir pimpinan Ar-Rahman & Al Quran & Terjemahan (Khadaamun Haramain Sa'udi).
Jadi  persoalan besar yang teman nak tanya diri teman dan mike semua yop,  tidakkah terpikior yang ALLAH mungkin telah pun memberi petanda, bukti,  isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon  petunjuk dan kebenaran tu yop! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!Yang baik itu datangnya daripada  ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH menjadikan  tulisan dan peringatan ini kebaikan untuk diri teman dan mereka yang  masih beriman, dan semoga ALLAH memberikan keberkatan dan menjauhkan  teman dari segala sifat dengki, dendam dan takabbur, dan menjadikan  tulisan ini sebagai suatu 'ibadah guna untuk mendekatkan diri lebih  kepada ALLAH. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali.  Astaghfirullah hal 'azheem.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'alam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Jamadil Awal 1432
11 April 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan