Sabtu, 30 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 30 Apr 2011 01:22 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Benarkah PKNP tak maklum MoU projek sensitif kepada Kerajaan Negeri Perak ?

Posted: 30 Apr 2011 12:44 AM PDT

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kesal dengan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kerana menandangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Zambry di petik sebagai berkata, "Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MoU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri...walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209"Walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kontroversi berhubung laporan sebuah portal sebelum ini bahawa sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah.

Laporan itu menimbulkan bantahan beberapa pihak yang bimbang mengenai kesan radiasi daripada projek itu.

Zambry berkata menjadi tanggungjawab PKNP untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri kerana sebarang perkara yang membabitkan soal dasar kerajaan negeri harus dimaklumkan terlebih dahulu.

Katanya, sebagai sebuah agensi kerajaan negeri, ia tidak boleh mengambil sebarang tindakan sesuka hati terutama yang berkaitan perkara sensitif.

Portal berita berkenaan melaporkan pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai memorandum persefahaman dengan PKNP bagi menjalankan projek itu di Bukit Merah.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd, telah memohon kepada Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja pembersihan.

Ketua Eksekutif PKNP Datuk Samsudin Hashim semalam berkata MoU itu hanya memberi kebenaran kepada Syarikat CVM Mineral Limited untuk melaksanakan kajian kemungkinan melombong sisa nadir bumi dan tiada kelulusan projek nadir bumi diberikan.

MoU itu hanya membenarkan firma itu untuk mengkaji elemen daya maju operasi perlombongan nadir bumi di Bukit Merah, katanya.MK/-

Ulasan Cina islam :

Namun timbul persoalan yang sangat serius apabila pengerusi kepada PKNP adalah Dr. Zambry dan timbul berbagai persoalan termasuklah semacam CEO PKNK "dikambing hitamkan" demi untuk menyelamatkan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Perak.



Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat kata NUJ

Posted: 30 Apr 2011 12:42 AM PDT

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

NONE"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi," kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

NONE"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

NONE"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.

Malaysiakini/-

Politik 'longkang' cemari Rukun Negara

Posted: 30 Apr 2011 12:40 AM PDT

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Wira Arjuna

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMedia arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.

NONE"Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini," kata beliau sebelum ini.

Di Kelantan, PKR mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen "pencerahan isu Anwar" oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat KEMAS. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa.

Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat.

Ke mana hala tuju negara?

Jika ini bukan "politik longkang" yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini?

NONEKe mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal kesopanan dan kesusilaan?

Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik?

Apakah benar polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis?

Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan "jam Omega' sebagai modal politik ketika pilihan raya negeri Sarawak yang lalu.

Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib.

NONEMalah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah.

Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998.
Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim.

alleged four full sex videos on youtube 290411Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, TV3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan.

Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan BN (BN).

Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan ketua pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya.

Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain.

Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah.

NONEDalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.

Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan.

Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.

Malaysiakini/-

Nostalgia Ikan Laga Bendang

Posted: 30 Apr 2011 12:24 AM PDT


26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


MALAYSIA mencatatkan kehadiran 25 spesies betta liar iaitu ikan hiasan dalam perairan air tawar negara. Spesies tersebut berpotensi untuk dikomersialkan memandangkan ia mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Laporan oleh Fishbase 2011 menyebut bahawa sebahagian besar ikan itu terdapat di Semenanjung Malaysia, lima spesies di Sarawak dan empat spesies di Sabah. Daripada jumlah itu beberapa jenis pula telah dikenalpasti berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan.

Antara spesies yang telah dikenalpasti ialah Betta bellica, Betta coccina, Betta persephone, Betta livida, Betta pulchra, Betta fusca dan Betta pugnax. Peminat ikan betta itu termasuklah mereka dari Jerman, United Kingdom, Amerika, Jepun, Taiwan dan China.

Uniknya spesies itu adalah ia hanya ditemui di rantau Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sehubungan dengan itu, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi di Jelebu, Negeri Sembilan telah mengenal pasti beberapa spesies ikan hiasan tempatan terutamanya ikan betta yang sangat berpotensi dikomersialkan untuk pasaran dalam dan negara, kata Pengarah FRI Glami Lemi, Zulkafli Abdul Rashid.

Maklumat mengenai potensi spesies tempatan ikan hiasan itu sebenarnya telah dikumpulkan sejak tahun 2000.

Menurut Zulkafli, FRI telah memulakan kajian dengan menjalankan aktiviti pengumpulan spesimen ikan dari habitat semula jadi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Spesimen ikan liar betta yang berjaya dikumpul akan dipelihara dan dijinakkan dalam tangki di makmal FRI Glami Lemi sehingga matang dan boleh membiak. Setakat ini, 10 spesies betta telah dapat dijinak dan dibiakkan dalam makmal.

Zulkafli berkata, satu baka baru jenis Betta Bellica, yang berasal dari hutan simpan paya gambut di Pagoh, Johor dan Sabak Bernam, Selangor, berjaya dibiak dan dijinakkan dalam tangki dan berpotensi besar untuk dipasarkan.

Spesies itu dilaporkan telah banyak terancam dan diharapkan usaha pembiakan dapat diteruskan pula oleh penternak yang berminat untuk tujuan komersial.

"Spesies ini juga dikenali sebagai ikan pelaga hijau, tempala atau sepilai oleh penduduk tempatan tapi kami menamakannya Betta Manja kerana sifatnya yang begitu manja ketika lapar," jelas beliau.

Berpotensi dikomersialkan

Keistimewaan ikan hiasan itu ialah ia tidak berlaga sesama sendiri seperti ikan pelaga Siam, selain mempunyai warna badan yang cantik, bercoklat gelap, sisik berwarna hijau berkilat, mata berwarna biru berkilat dan sirip ekor yang panjang berbentuk nyalaan lilin.

"Ia sangat jinak dan makan di atas jari pemiliknya. Spesies ini berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan," katanya.

Pegawai penyelidik kanan FRI Glami Lemi, Mohamad Zaini Suleiman pula berkata, ikan itu berpotensi dibiakkan dalam kurungan (tangki) sebab sepasang ia boleh menghasilkan 200 ekor anak.

"Jadi, dalam tempoh enam atau tujuh bulan, saiznya mencecah kira-kira tiga setengah inci dan boleh dipasarkan pada harga RM5 seekor manakala induknya RM10 hingga RM15 seekor.

"Ia juga boleh dikomersialkan dan dipelihara dalam tangki untuk dijadikan peliharaan kesayangan kerana keistimewaannya yang tidak takut untuk makan di tangan tuannya.

"Tidak mustahil pada masa hadapan, ikan ini boleh dijadikan sebagai ikan spa untuk urutan dan perubatan," katanya.

Pengarah teknikal dan pengeluaran Aquatics International Sdn. Bhd., Syed Abas Alattas, berkata, sehingga kini belum ada penternak ikan betta liar secara komersial di Malaysia. Pihak beliau akan mengimport ikan itu dari Thailand sekitar 20,000 ke 30,000 ekor sebulan untuk dieksport semula ke negara lain.

"Memang kita dapat keuntungan, tapi kalau boleh dikeluarkan secara komersial di Malaysia adalah lebih baik," katanya.

Sementara itu, satu kolokium sehari telah diadakan di FRI Glami Lemi baru-baru ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan sasar akan potensi ikan betta bagi meningkatkan pendapatan.

"Di samping menjana pendapatan, kolokium ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang perlunya konservasi terhadap khazanah semula jadi kita yang sangat bernilai untuk diwariskan kepada generasi akan datang," kata Zulkafli.

Kolokium dengan tema "Khazanah Warisan Penjana Kekayaan" itu diadakan untuk membentangkan kepada masyarakat terutama yang terlibat dalam industri perikanan mengenai kejayaan dalam penyelidikan perikanan. - Bernama

Gempa bumi sederhana di pantai barat Sumatera Utara

Posted: 29 Apr 2011 04:57 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 29 April — Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku di pantai barat Sumatera Utara pada 4.56 petang hari ini.

Pusat gegaran ialah 40 kilometer tenggara Meulaboh, Indonesia, 522 kilometer barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, gegaran tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pemuda Pas Parit Prihatin : Selesai Masalah Rakyat

Posted: 29 Apr 2011 04:27 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PAS Parit.

Parit, 29 April 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit sekali lagi menunjukkan rasa prihatin dan cakna terhadap masalah rakyat apabila mengunjungi penduduk kampung di Parit 8 semalam sekaligus menghulurkan sedikit bantuan kebajikan. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Shah Hakimi Shah Alami dan turut disertai oleh beberapa Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit.

bantuan kebajikan.PNG

Program ziarah kebajikan semalam telah singgah di dua buah rumah penduduk yang dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Seorang penduduk kampung Parit 8 yang diziarahi semalam yang hanya mahu dikenali sebagai Din berkata, beliau berasa sangat terharu atas keprihatinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan nasibnya yang ditimpa strok kecil seterusnya menyebabkan tidak mampu untuk mencari sumber pendapatan dan terpaksa bergantung harap kepada ehsan isteri dan anak-anaknya.


Din yang juga ahli Umno Kawasan Parit melahirkan rasa kecewa dengan pimpinan Umno Kawasan yang langsung tidak menjenguk beliau dan bertanya khabar walaupun merupakan penggerak kuat Umno di cawangan beliau. Dalam kesempatan ziarah tersebut, Din telah menyatakan hasrat untuk menyertai PAS dan bersedia untuk menjadi penggerak PAS yang kuat di cawangan beliau.

bantuan kebajikan2.JPG

Dalam ziarah di rumah yang kedua, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit begitu tersentuh akan nasib seorang ibu tunggal yang tinggal dalam sebuah rumah yang begitu kecil tidak berbilik dan tidak mempunyai elektrik. Kedaifan hidup ibu tunggal tersebut semakin menghibakan kerana beliau baru sahaja kehilangan sumber pendapatan utamanya iaitu mencari buah luruh di ladang kerana peraih yang selalu membeli buah tersebut telah berpindah ke tempat lain.


Memetik ucapan Ustaz Shah Hakimi semasa program Ceramah Isu Semasa pada sebelah malamnya, "Pemuda Pas Kawasan Parit akan mencari alternative pekerjaan untuk kedua-dua buah rumah yang baru sahaja diziarahi ini. Insya Allah, dalam masa terdekat, Pemuda Pas Kawasan Parit akan bergotong royong membantu membina banggunan baru untuk ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan tersebut. "

ustaz shah hakimi.PNG

Menurut beliau, "Rakyat di Kawasan Parit ini seharusnya memahami bahawa UMNO sudah tidak relevan untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini kerana masalah rakyat seperti di dua buah rumah ini sudah lama berlaku dan sampai sekarang masih tidak ada penyelesaian sedangkan ianya boleh diselesaikan. "


Ustaz Shah Hakimi menegaskan lagi bahawa, "Sekarang sudah masa untuk rakyat memilih PAS dan Pakatan Rakyat sebagai wakil rakyat mereka demi membela nasib dan kebajikan mereka."

ESKAY TIADA PILIHAN, TERPAKSA BERSUMPAH JUGA, KERANA APA?

Posted: 29 Apr 2011 04:25 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI.

Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).

Meskipun difahamkan Eskay tetap akan hadir bersumpah selepas Jumaat kemungkinan lewat tiba, apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?

Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?

Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. Seandainya Eskay tetap mahu bersumpah hari ini kita merasa sedih kerana berkemungkinan ada Imam lain yang turut menjadi mangsa politik lagi.

Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi semalam, beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.

Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan.

Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?

Posted: 29 Apr 2011 04:24 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?

Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?

Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?

Tunggu kawan-kawan lain tolong sambung..../wfauzdin.blogspot.com

Hanya Eskay lafaz sumpah

Posted: 29 Apr 2011 04:10 AM PDT


25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 April: Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah akhirnya melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul sebelum waktu Asar siang tadi.

Bagaimanapun hanya beliau seorang sahaja melafazkan kalimah sumpah itu walaupun uturut ditemani dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Majlis itu dilakukan dalam keadaan semua pintu ke ruang solat masjid itu ditutup dan dikawal ketat pihak polis.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, melalui pintu belakang masjid.

Masjid kecoh, Eskay batal sumpah laknat

Terdahulu, majlis sumpah laknat yang dijadualkan selepas solat Jumaat tengahari tadi bertukar kecoh sehingga ianya terpaksa dibatalkan.

Kekecohan berlaku sejurus selesai imam membaca doa selepas solat Jumaat apabila kumpulan menyokong Eskay bersumpah laknat bertembung dengan kumpulan yang membantahnya yang diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Belum pun kelibat Eskay kelihatan, kedengaran laungan 'Allahuakbar' dan'kami mahu qazaf, bukan sumpah' bergema dalam masjid itu sejurus selesai berdoa.

Ekoran itu, semua hadirin yang baru sahaja keluar, masuk semula melihat apa yang berlaku sehingga ruang solat utama penuh sesak.

Kekecohan yang berlaku diruang solat uatama masjid itu berlarutan hampir 45 minit dengan pelbagai aksi tolak menolak dan berbalas laungan.

Turut kelihatan beberapa individu dipercayaai penyokong trio Datuk T ditarik dan dihalau keluar dari ruang solat selepas berlaku pertengkaran dengan kata-kata kesat sebelumnya.

Selain Shamsul, beberapa pimpinan AMK lain juga turut kelihatan mengedarkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) kepada hadirin.

Lebih memanaskan keadaan apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku Qazaf itu.

Dalam kekecohan itu juga, penyokong Pakatan Rakyat sempat mengadakan solat hajat dan berdoa beramai-ramai memohon pemfitnah diberi pembalasan.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Abdul Razak berkata, beliau dimaklumkan Eskay tidak hadir dan upacara sumpah laknat itu telah dibatalkan.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mendakwa Eskay akan menunaikan solat Asar di masjid itu nanti.

Harakahdaily/-

Ibu Aminulrasyid Dakwa Khalid, Najib Lindungi Jenayah

Posted: 29 Apr 2011 02:00 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 29 APRIL : Ibu kepada remaja mangsa tembakan polis, Aminulrasyid Amzah, Norsiah Ahmad mendakwa wujud konspirasi untuk melindungi anggota dan pegawai polis yang terlibat dari sebarang tindakan undang-undang dalam kes pembunuhan anak bongsunya itu.

Norsiah berkata, beliau turut menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya penjenayah sebenar, diheret ke muka pengadilan.

Menurut Norsiah yang ditemui ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Petaling Jaya, terdapat beberapa usaha yang dilakukan pihak tertentu untuk melindungi jenayah yang dilakukan terhadap anaknya, yang turut didalangi Khalid sendiri.

Dalam pada itu, Norsiah yang diiringi beberapa pemimpin PKR dan Lawyer For Liberty mempersoalkan pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, sedangkan beliau gagal menyelesaikan kes tersebut sewaktu memegang jawatan Ketua Polis Selangor ketika hari kejadian.

Tv Selangor/-

KEMELUT SYRIA: PINDAHKAN RAKYAT MALAYSIA. PANGGIL PERSIDANGAN OIC

Posted: 29 Apr 2011 01:45 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) menggesa Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Syria untuk memindah atau membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia di sana. Keadaan yang semakin meruncing dan tidak menentu di Damsyik sekarang di atas bantahan dan tunjuk perasaan rakyat Syria yang menggesa Presiden Bashir Asad untuk berundur semakin tinggi.

Laporan rasmi ketika ini seramai 450 rakyat telah menjadi korban pro-demokrasi yang bermula sejak 6 minggu lalu. Namun laporan tidak rasmi memberitakan sudah hampir mencecah 1000 orang. LA DPPP khuatir dengan tindakan dan tindak balas kerajaan Syria melalui tentera dan polis terhadap penunjuk perasaan dan rakyatnya akan membahayakan rakyat Malaysia di sana yang terdiri daripada penuntut-penuntut di pusat pengajian tinggi dan professional yang bekerja disana.

Kejadian tembak-menembak yang dilepaskan secara rambang oleh tentera untuk menyuraikan protes rakyat boleh membahayakan umum. Dengan komunikasi di kawasan-kawasan utama di Syria telah disekat oleh pihak berkuasa dari dunia luar juga merisaukan rakyat Malaysia terhadap nasib dan keselamat keluarga serta anak-anak mereka yang sedang berada di Syria.

LA DPPP menggesakan Kerajaan Malaysia mengambil langkah pro-aktif dengan memindahkan warga Malaysia ke kawasan yang agak selamat seperti Jordan atau terus membawa mereka pulang sekiranya kerajaan Malaysia tidak boleh menjamin keselamat mereka. Suasana di Syria dilihat lebih terancam berbanding Mesir kerana pihak berkuasanya dilihat mengambil langkah balas dengan cara kekerasan sehinggakan mana-mana tentera yang enggan melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan akan diambil tindakan keras.

Sumber memberitahu ramai tentera dan polis yang bersimpati dengan penunjuk perasaan juga tidak terkecuali menjadi mangsa tembakan rambang tentera. LA DPPP menyeru Menteri Luar, Datuk Anifah Aman agar segera mengeluarkan kenyataan jaminan kerajaan Malaysia terhadapa keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di Syria dengan kadar segera.

Malaysia juga melalui Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di lihat telah gagal dalam menangani kemelut di Timur Tengah yang semakin meruncing hari ini. LA DPPP juga menggesa satu sidang tergempar OIC perlu diadakan segera untuk membincangkan kemelut di Negara-negara umat Islam ini bagi menyekat pihak tertentu terutamanya Amerika yang dilihat sudah mula mengambil kesempatan untuk campur tangan.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumapah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi

Posted: 29 Apr 2011 01:40 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.
Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat,"kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam,"tegasnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Idris Ahmad

Posted: 29 Apr 2011 11:45 PM PDT

Idris Ahmad


Video lucah di media, mana peranan kdn

Posted: 29 Apr 2011 02:49 AM PDT

Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap media perdana yang  dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.  Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahnnya.
Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Pas ingin mengigatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga  berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk “Lelaki Y ialah Anuar”. Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

Pas pun hairan kemana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

Salam Perjuangan

Posted: 29 Apr 2011 11:19 PM PDT

Salam Perjuangan


NUKILAN BUAT DSAI - FITNAH MEHNAH PERJUANGAN

Posted: 29 Apr 2011 12:13 AM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 29 Apr 2011 09:38 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MUNAJAT PERDANA RAKYAT JOHOR

Posted: 29 Apr 2011 09:30 AM PDT

Munajat Perdana Rakyat Johor Anjuran PAS Johor



PAS Negeri Johor telah mengadakan Munajat Perdana Rakyat Johor pada hari Khamis 28 April 2011.Program ini di adakan di Kg Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, berhadapan dengan Taman Universiti., bermula dengan solat maghrib berjamaah.diikuti dengan zikir munajat, solat isya', solat hajat dan seterusnya ceramah.Ribuan ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat hadir.

Menurut Pengerusi Penganjur Program tersebut, Ustaz Abdullah Hussein, juga Ketua Dewan PAS Johor, program ini bertujuan meningkatkan komitmen setiap pimpinan dan ahli PAS dimnegeri Johor bagi menghadapi PRU 13 nanti. Program ini juga bertujuan memohon kepada Allah supaya PAS dan Pakatan Rakyat terhindar daripada perbuatan fitnah oleh golongan yang zalim.


Ceramah  Perdana disampaikan oleh AJK PAS Malaysia, Tuan Haji Moahamad Sabu. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, yang juga Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, turut menyampaikan ceramah.


YB Dr Mohammad Taslim di barisan hadapan nombor 3 dari kanan.
Di kanan sekali barisan hadapan ialah Tuan Hj Selamat Othman dan Sdr Abu Bakar Ismail dikirinya. Sdr Zamzuri  di baris kedua , 3 dari kanan.Mereka datang bersama



HambaMu bersujud mohon di kabulkan doa.

 
Doa Pejuang-Pdejuang Islam di ketuai oleh Ustaz Abdullah Hussein.

Gambar-gambar di atas adalah ehsan Sdr Dhamam.
 
Mohammad Taslim was tagged in Ayub Suleiman's video.
 


 YB Dr Mohammad Taslim dan Dr Mohd Ramli Kari turut hadir  dalam program tersebut. Ketika mereka sedang mendengar ceramah sambil minum di warong, mereka diberitahu  ada seorang hamba Allah pengsan di warong bersebelahan.YB Dr Mohammad dan seorang Ustaz petugas Unit Amal cuba membantu memulihkannya  sebelum   dirujuk ke hospital.Doakan sahabat kita ini segera sembuh. 









PAS LENGGONG

Posted: 29 Apr 2011 07:32 PM PDT

PAS LENGGONG


Sumpah yang sebenarnya

Posted: 29 Apr 2011 02:41 AM PDT

Sumpah yang sebenar ialah menyebut nama Allah dan menafikan dirinya tidak melakukan sesuatu kejahatan. Sumpah yang mengatakan orang lain yang melakukan sesuatu kesalahan sebenarnya tiada dalam islam, Seseorang islam yang melihat seseorang yang melakukan zina dan ada saksi 4 orang hendaklah membawa atau membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa untuk diadili orang melakukan zina. Dia (yang melihat secara nyata dan saksi) tiada hak untuk bersumpah. Hak untuk bersumpah ialah bagi yang dituduh.
Sumpah laknat pula bukan dalam mesjid dan saksi pula hendaklah termasuk haiwan ternakan. sk buat sumpah adalah salah dan menghina sumpah. Orang ramai yang menyaksikan dan melindungi juga bersubahat menghina sumpah. Semoga Allah melaknat semua yang terlibat itu. Tetapi yang pasti di akhirat nanti mereka akan tahu.

PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya, lapor Harakahdaily.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manNaib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya.

NONEBeliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Harussani ZakariaSebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 29 Apr 2011 07:29 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Jangan permainkan sumpah laknat

Posted: 29 Apr 2011 03:18 AM PDT


KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.
Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.
"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.
"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.
"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.
Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.
"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.
Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.
"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.
"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya.-HD

Dr Chua Soi Lek Sedang Melelong Maruah UMNO

Posted: 29 Apr 2011 03:05 AM PDT

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
29 April 2011
Dr Chua Soi Lek Sedang Melelong Maruah UMNO

Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak maka Presiden MCA Dato Sri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Mengekalkan Hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat(PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009. Tidak mungkin disebabkan seorang tokong konterversi Dr Chua Soi Lek maka PR akan berubah sikap.

Sebagai pemimpin senior dalam Barisan Nasional (BN) Dr Chua Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Hak Istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini. Hak Istimewa orang Melayu di lihat tempang kerana penghianatan UMNO yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka. Bermaksud jika tiada pengkhianatan UMNO dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai. Tanpa penghianatan UMNO, orang Melayu sudah lama maju di negara ini. Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi . Buat waktu ini hak istimewa orang Melayu masih diperlukan. Saya sangat kuatir permainan politik Dr Chua Soi Lek mengenai hak Istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini.

Ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman. Tetapi Dr Chua Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA. Betapa murahnya harga perjuangan politik Dr Chua Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik. Keceluparan Dr Chua Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan UMNO mengawalnya. Dr Chua Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang Barisan Nasional(BN). Hak istimewa orang Melayu adalah maruah UMNO. Memberi perakuan untuk mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah UMNO di pasar Batu Pahat. Dimana Pemuda UMNO ? Dimana Pemuda BN? Dimana Khiary Jamaluddin ? Saya cabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, Pengerusi BN bertindak tegas terhadap keceluparan Chua Soi Lek.


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.
(019 728 5174)

Masjid Amru Al-As jadi tumpuan hari ini.

Posted: 29 Apr 2011 02:58 AM PDT



Shazryl Eskay lafaz sumpah laknat -BH


BH melaporkan trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI.

Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

Lafaz sumpahnya: 
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."




Sumpah laknat: Masjid Amru Al-As kecoh-MK

Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong AMK pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

NONEMereka berkumpul di situ kerana sebelum ini, salah seorang anggota trio 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.
Dua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
NONEKeadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.

NONEBerikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dan wartawan di situ,

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.


NONEBeliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.
Sementara itu, Shamsul dan penyokong PKR telah keluar dari kawasan masjid sebelum mengadakan sidang akhbar

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 Apr 2011 04:11 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


FAKTA 'SK" SEBELUM BERSUMPAH JADI SAMPAH !!

Posted: 29 Apr 2011 02:51 AM PDT



VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY/SK ?

BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?


Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?


Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar?Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?

SI BANGANG CUBA MENIPU, TETAPI TERLEBIH BANGANG YANG PERCAYA, BAHKAN LAGI BANGANG YANG BAGI SOKONGAN KEPADA SI BANGANG YANG CUBA MENIPU TU....
Posted by Hijau Yang Indah

PUTERI UMNO KATA ANWAR TIDAK BERSALAH ! ALHAMDULILLAH !

Posted: 28 Apr 2011 09:45 PM PDT


Puteri UMNO pun tahu rujuk pada mufti agama dan hukuman Islam. Tidak macam pemimpin tertinggi , yang hanya menunjuk bersama imam masjidil haram tapi nak rujuk kes video fitnah Dato T dengan Mufti Dato Seri Harussani pun haram langsung. Dan saya yakin puteri UMNO dan ahli serta wanita akan meluat jika membaca blog UMNO yang penuh dengan video seks almaklumlah polis 'TIADA KUASA'?

4 saksi memang dari hukum Islam bagi menentukan pesalah zina. Jika tak cukup saksi walau berdua di dalam bilik tertutup kita memang tak boleh hukum sebat atau rejam kecuali pengakuan ikhlas mereka.

BAJA TAHI SG. AMBAT KENA REMBAT , TERINGAT TAUKEH BAJA NAK BERSUMPAH PETANG INI !

Posted: 28 Apr 2011 08:54 PM PDT


Komen : Bila citer pasal baja teringat ada citer taukeh besar baja yang dapat tender bila ada kabel besar dengan pengerusi RISDA . Beliau kununnya akan angkat sumpah laknat petang ini di sebuah masjid. Beliau diberitakan mempunyai tidak kurang 4 buah kilang baja di Thailand. Patutlah ada lawatan dibuat beberapa kali ke Thailang dengan melawat kilang itu. Beliau dikatakan sedang meng-usha Pengerusi FELCRA bagi melebarkan sayapnya tetapi tiba-tiba sibuk membuat filem 20 minit. Katanya beliau terjumpa tapi membuat pengakuan orang ke 3 dalam video fitnah seks itu adalah beliau sendiri. Yang pelik semasa soal-siasat awal beliau tidak dapat memberitahu di mana tempat berlaku penyundalan seks itu. Sehingga kini dan saat ini Polis baik Ketua Polis Negara yang jatuh pengsan jumaat lepas masih berdiam diri termasuk Timbalannya yang baru naik pangkat walau bermasalah dengan kes-kes misteri dan ganas di Selangor.


MERSING: Demi mendapatkan wang secara mudah, empat buruh sanggup melarikan 52 guni baja tahi lembu dari sebuah ladang dekat Sungai Ambat di sini, petang kelmarin.

Namun, kegembiraan kumpulan pencuri terbabit yang membawa sebuah lori ketika mencuri baja bernilai RM4,000 itu berakhir apabila kenderaan dinaiki dipintas dan ditahan polis dua jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid, berkata sepasukan anggota polis digerakkan untuk mengesan kumpulan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian terbabit.

"Polis mengesan kenderaan yang digunakan mereka di Kahang. Pemeriksaan mendapati ia sarat dengan muatan baja tahi lembu yang dilaporkan hilang.

"Siasatan polis mendapati, empat lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditahan itu pekerja kontrak yang ditugaskan menyelesaikan kerja membaja ladang sawit di FELDA Sungai Ambat.

"Sebelum mencuri baja terbabit, semua suspek menjalankan kerja membaja di ladang berkenaan, namun mula bertindak memunggah bahan buangan haiwan itu ke dalam lori selepas yakin keadaan itu selamat kerana percaya ia boleh dijual kepada pembeli yang berminat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, semua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri baja berkenaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan denda.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 29 Apr 2011 04:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BILA NAK BERSUMPAH DEPAN KAABAH?

Posted: 29 Apr 2011 09:20 AM PDT

Eskay buat sumpah laknat pasal isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang

tadi....

Dia mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang di hadapan pembantu imam masjid itu Ezhan Mohd Piah. Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim.juga memakai baju kalis peluru.... takut kena serang...

,,so bila lak nak bersumpah depan Kaabah... tak sabar nak tgk nie... kalu Trio gie musim cuti sekolah nie... ana nak ikut sama... nak tgk gak camne puak-puak nie bersumpah... sambil tue boleh ajar trio nk buat ibadah umrah... al maklum la... trio tak pernah jijak kaki kat tanah suci... mungkin sebab takut kot yang nak buat umrah selama nie walaupun duit banyak????

(GAMBAR) BUAYA PUTIH (ALBINO BARANGKALI)

Posted: 29 Apr 2011 08:59 AM PDT

Buaya putih nie memang sukar dijumpai dan diakui oleh pakar buaya Steve Irwin (Crocodile Hunter) yg dah mati ditikam ikan pari.


Subhanallah

Sumpah oh sumpah

Posted: 29 Apr 2011 03:39 AM PDT

Eskay akhirnya lakukan sumpah laknat berbaju kalis peluru!

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

- Malaysia Kini

Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru

Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks dengan ditemani Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan). — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

"Datuk T" itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.

- Malaysian Insider

Terdahulu:

Kesian Kat mereka ni.

Posted: 29 Apr 2011 03:38 AM PDT

'UMNO buat kami macam paria' - aktivis UMNO

Eksklusif oleh: MAT KERING BAKAQ BATA


Pada tahun 1979 dulu, ahli-ahli UMNO yang terdiri dari Pak Ya Kapak, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Pak Lang Bakar sanggup pinjam duit bank untuk siapkan bangunan UMNO Bahagian Pendang yang dok ada la ni.

Ahli-ahli UMNO tersebut pinjamkan duit (yang depa pinjam dari bank tu)kepada UMNO Bahagian, bukan sikit RM15 ribu. Malangnya bila siap bangunan UMNO Bahagian tak mau bayaq balik dekat depa sampai la.

Ahli-ahli UMNO tu terhutang dengan bank. Bank ambik tindakan dekat depa termasuk melelong tanah yang depa cagarkan waktu buat pinjaman dulu.

Mereka pergi minta tolong dengan Najib. Najib tak layan suruh pi jumpa UMNO negeri. Mereka nak jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.

"Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" mereka mula meluahkan rasa hati.

"Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti PARIA dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu.

http://kedahla.blogspot.com

SK2 bayar UTUiSAN untuk promo movie porno??

Posted: 29 Apr 2011 02:05 AM PDT


SK2: Akhirnya aku lagi popular dari Dr. Rozmey, tak yah buat movie 2 alam.. buat video porno 4minit dah leh jd popular....pastu iklan kat UtuiSan lagi menguntungkan sebab UmnOi bayooo....kahh kahhh

KES AMINULRASYID : NAJIB MESTI TUNAI JANJI

Posted: 28 Apr 2011 11:27 PM PDT

PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.


Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Awal minggu ini genap setahun kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja mati dalam kejadian tembakan anggota polis, namun sehingga hari ini keluarga remaja berusia 16 tahun ini masih meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai "terlalu awal."

...Polis dok sibuk nak cari orang yang sebarkan video seks.... walaupun orang tue dok depan mata....

ZAMIHAN PATUT SUMPAH LAKNAT JUGAK KAH?

Posted: 28 Apr 2011 09:20 PM PDT

"Saya tidak serang Sheikh Abdul Rahman... saya tidak hina beliau tapi kena perlu kumpul orang serang saya dalam Facebook? Mereka ini adalah fanatik Wahabi, kalau tidak berpuas hati boleh bersemuka dengan saya," kata Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia.


Berbalik kepada seminar Berpegang Kepada al-Quran dan As-Sunah, Zamihan berkata, seminar yang disertai tokoh agama dalam dan luar negara ini berorientasikan fahaman Wahabi kerana ada penceramah yang memuji fahaman itu dan mencela sifat 20 yang menjadi pegangan mazhab Shafie.

... mungkin Zamihan nie juga kena sumpah laknat yang dia tidak menghina Sheikh Abdul Rahman As Sudais... maklum la sekarang nie zaman sumpah menyumpah laknat....

MUAT NAIK VIDEO SEKS TANPA EDIT DISINI...

Posted: 28 Apr 2011 05:30 PM PDT

Rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik di YouTube awal hari ini, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.


Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru semalam.



(Klik SINI untuk download)

REMAJA INI YANG DIHARAPKAN MUHYIDDIN

Posted: 28 Apr 2011 05:20 PM PDT

...tak tau nak cakap apa... kenapa tak buat simbol 'peace'... kenapa mesti itu?... mungkin terlebih makan nasik lemak kat sekolah yang menyebabkan otat mereka lemah akhlak

DPP Gopeng

Posted: 29 Apr 2011 03:50 PM PDT

DPP Gopeng


Rasuah Sepanjang PRN Sarawak

Posted: 29 Apr 2011 09:43 AM PDT

Rasuah Sepanjang PRN Sarawak

· Menurut laman web Sarawak Report alon BN DUN Temin Joseph Mauh telah melakukan rasuah tetapi menipu si mangsa dengan memberi cek tendang kepada Tuai Rumah. Cek pertama RM 2000 dan cek kedua RM 3000 berjaya ditunaikan tetapi cek ketiga RM 5000 adalah cek tendang.

· PRN 2006, setiap pengundi di rumah panjang akan diberi RM 20 tetapi tahun 2011 dinaikan ke RM 50.

· Pemantau Pilihanraya Sibu (SEW) memberitahu lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu pada 25 April dan menuntut baki RM 400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada PRN yang lalu.

· Di Ba'kelalan - pengurus kempen PKR Paul Bian mendakwa setiap keluarga mendapat antara RM1000 to RM2000 – dakwaan melibatkan jumlah wang tertinggi setakat ini. PKR menurunkan pengerusi majlis pimpinan negerinya Baru Bian, di kerusi ini.

· Di Saribas pula, petugas PKR turut mendakwa usaha mempengaruhi undi melalui pemberian wang dan babi di rumah panjang sudah berlaku.

· Pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan peruntukan tertentu, sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar. Ia adalah perbuatan rasuah dan menyalahi peruntukan undang-undang.

· Tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM73.68 juta dalam tempoh itu, kononnya untuk kepentingan tiga kategori sekolah di negeri itu, juga amalan rasuah.

· Najib pada satu ceramah melakukan rasuah terang-terangan apabila menjanjikan RM5 juta kepada pengundi jika BN menang.

· Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memperlihat agensi itu sebagai bebas dalam menjalankan fungsinya meskipun autonomi mereka dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Lajnah Penerangan DPPK Gopeng

Beberapa kejahilan agama dilakukan oleh Dato’ Eskay.

Posted: 29 Apr 2011 09:36 AM PDT

Beberapa kejahilan agama dilakukan oleh Dato' Eskay.

1. Sumpah adalah prosedur mahkamah Syariah dan ia perlu dipertuduh menurut undang-undang syariah bukan melalui sivil.

2. Sumpah hanya untuk yang didakwa bukan yang mendakwa (apatah lagi si pembuat konspirasi).

3. Sumpah bukan di masjid dan memegang Al Quran ala Kristian. Dahulu sumpah dilakukan di masjid jika pengadilan syariah dilakukan di masjid (tiada bangunan mahkamah seperti hari ini). Sumpah wajib di hadapan hakim. Adakah Dato' Eskay lupa bahawa negara kita negara memiliki mahkamah Syariah?

4. Adakah Dato' Eskay berminaat menjalankan hokum islam lantaran itu memilih metod keterangan da pengadilan Islam iaitu sumpah?

5. Dalam undang-undang Islam si pendakwa perlu membawa bukti bukannya bersumpah. Ternyata Dato' Eskay jahil.

6. bahan bukti yang didakwa iaitu pita video seks ditunjuk kepada wartawan bukannya kepada pihak mahkamah menujukkan bahawa individu seperti dato' Eskay menganggap para wartawan adalah sebahagian daripada sistem perundangan syariah negara ini. Tahniah.

Lihat kenyataan Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip di bawah;

Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah.

Ini adalah kerana di dalam Islam serta perundangan negara kita ada kaedah serta undang-undang yang telah digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan. Di dalam undang-undang Jenayah Syariah, kaedah yang ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang yang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke Mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan itu adalah terletak kepada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan perkara di dalam dakwaan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – "Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud."

Selanjutnya Akta yang sama menyatakan cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan bahawa – "Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah."

Oleh yang demikian, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan ke Mahkamah melalui proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak yang mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di Mahkamah. Sesuatu dakwaan atau pertuduhan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah dan bukannya di tempat-tempat awam atau di Masjid. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang suci untuk umat Islam beribadat dan bukannya menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan kebenarannya sesuatu dakwaannya itu adalah benar.

Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya samada bukti tersebut adalah berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini adalah penting bagi menyokong dakwaannya dan bukannya hanya bersumpah. Di dalam prinsip keterangan Islam sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam iaitu "Keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya."

Di dalam jenayah Islam kes-kes yang melibatkan qisos seperti membunuh para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh. Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja.

Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama' dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja.

Manakala di dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf.

PGSM berpendirian bahawa di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di Mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan tersebut melalui keterangan dan boleh bersumpah sekiranya diperintah oleh Hakim berbuat demikian. Namun demikian sumpah tersebut tidak mengikat hakim di dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Lajnah Penerangan DPPK Gopeng.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 29 Apr 2011 01:45 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Apa Dah Nak Jadi...

Posted: 29 Apr 2011 12:29 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 29 Apr 2011 11:22 AM PDT

Batu Gajah Mari


Syarat nak bersumpah pun tak cukup, Lagi mahu bersumpah ke???

Posted: 29 Apr 2011 02:13 AM PDT

muka dah la macam penyamun... muka tak bolEh percaya.. kalau yang menuduh Anwar tu alim macam ulama-ulama terkernal seperti Syeikh Yusuf Al-Qardawi baru la aku dan orang percaya.. Ni muka penyangak...

sudah-sudah la.. Sumpah bukan perkara main-main. Lagi banyak anda kenakan Anwar lagi bengang rakyat kat UMNO/UPCO!!!

http://media1-cdn.malaysiakini.com/360/b13650b4cc6b45c7df9effa588ea6eaf.jpg

"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. "(Al-Munafiqun: 2).


Syarat-Syarat Mubahalah

(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah.

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.


Majlis Angkat Sumpah Batal !!

Posted: 29 Apr 2011 01:48 AM PDT

Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang "Datuk T" — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan "Datuk T" itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: "Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik."

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

-malaysianinsider-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 29 Apr 2011 11:17 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


NUKILAN BUAT DSAI - FITNAH MEHNAH PERJUANGAN

Posted: 29 Apr 2011 01:14 AM PDT

26 Jamadil Awal 1432 H | 29 April 2011

Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang.

Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas.

Tekanan ini bukan perkara baru dalam sejarah dunia. Firaun pernah melakukannya ke atas Nabi Musa dan pengikutnya yg beriman. Bahkan tukang sihir Firaun yg asalnya adalah petugas yang berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa, ia dilayan, disanjung tetapi bilamana tukang sihir melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa mereka kemudiannya beriman dengan Allah. Maka bermulalah penentangan dan penindasan sehingga mereka disalib pada kayu salib, mereka diseksa dengan kaki tangan mereka dipotong secara bersilang. Firaun menyeksa mereka dan setelah segala rayuan dan tangisan tidak dipedulikan, akhirnya yang keluar dari mulut mereka ialah "Hukumlah apa yg kamu ingin lakukan, kerana kamu hanya berkuasa di dunia ini sahaja".

Kini Anwar secara peribadi menjadi mangsa tuduhan. Beliau belum tentu bersalah tetapi kini bukan mahkamah diminta untuk buat keputusan sebaliknya media membuat tayangan, blog memainkan sentimen dan akhbar perdana membentuk minda pembaca agar menjadi hakim dalam perkara yg telah dirancang, disusun dan diedit agar sesuai dengan kehendak pemimpin BN. Mereka mengambil pendekatan agama (bersumpah) dalam perkara yang salah, agar dengannya rakyat yakin.

Bagaimana nantinya kalau dibuktikan bahawa ia bukan sebagaimana yang dituduh? Keaiban telah berlaku, dan ada yang bertanya, "Kalau betul, bagaimana?"

Saya berpegang kepada kaedah asas bahawa sesuatu tuduhan pada peringkat awal adalah tidak benar, melainkan dibuktikan benar. Maknanya dalam keadaan sekarang ia berada pada tahap tidak benar. Kenapa diaibkan sebegitu. Kerana 'kalau benar' akan dibuktikan kemudian.

Bagaimana pula yang membuat tuduhan sanggup bersumpah? Saya ingin agar kita lihat siapa yg membawa wanita itu, siapa yang sedia bilik, siapa yg merakam, siapa yang ada bersama waktu kejadian dan melihat kemungkaran itu. Apakah orang begini boleh menggunakan nama Allah untuk bersumpah, minta Allah agar buktikan?

Dia sepatutnya menentang kemungkaran sebelum berlaku, mencegahnya bukan menyediakannya. Kalau dia seorang Islam dia harus faham bahawa dia mesti bertindak menyekat kemungkaran, bukan memberi ruang dan menyediakan agar berlaku kemungkaran. Kepada saya siapa yg melakukan itu, kalaupun tidak dapat dibuktikan di dunia nanti, di Akhirat akan terbukti jua!

Kepada DSAI dan keluarga, saya menyeru agar bersabar di atas ujian berat ini, dan ambil kaedah yang Rasulullah s.a.w sarankan : "Jangan kamu cuba lawan gelombang waktu tengah-tengah membuak, jangan lari kerana orang akan membenarkannya, dan sabarlah sehingga Allah membersihkannya".

Peristiwa fitnah ke atas Aisyah dan Safwan berlanjutan sehingga 40 hari baru Allah turunkan ayat membersihkan Aisyah, sedangkan Allah boleh menyegerakan ayatnya. Namun para mufassurin menjelaskan sengaja Allah membiarkan 40 hari agar zahir siapa munafik, siapa nuknib, siapa pembela, siapa musuh dan siapa sebenarnya sahabat.

Dekatkan diri kepada Allah kerana Allah Maha mendengar rayuan hambaNya. Wassalam

Bagusnya jika Najib umum royalti hak rakyat T’ganu

Posted: 29 Apr 2011 01:13 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 29 April: Alangkah bagusnya pada akhir sesi lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib Razak ke negeri ini mengumumkan bahawa royalti adalah hak rakyat Terengganu dan rakyat seharusnya menikmati hak mereka dengan sebaik mungkin.
Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke Terengganu, esok.
Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah percaya kedatangan Najib adalah bukti komitmen dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan apa yang dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan tersebut bukan sekadar datang menjenguk, tetapi katanya mahu mendengar suara akar umbi rakyat di Terengganu, khususnya di Pekan Batu Enam, di Manir, Kuala Terengganu dan golongan muda melalui pertemuan dengan rakan Facebook yang dijadualkan pada petang hari tersebut.
Untuk itu, katanya Mampat mewakili suara rakyat Terengganu bagi semua golongan mengambil kesempatan di atas keprihatinan Najib mendengar rintihan rakyat Terengganu untuk mengembalikan semula 'hak dan maruah' mereka yang telah dinafikan selama 11 tahun.
"Kembalikan royalti kami kerana ianya adalah lambang 'hak dan maruah' kami yang telah dinodai'
"Dalam kesempatan ini juga, Mampat ingin mengingatkan rakyat Terengganu umumnya dan kepimpinan Terengganu pada hari ini tentang janji-janji yang pernah disebutkan Najib berkenaan royalti minyak Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Untuk makluman perdana menteri, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan olehnya.
Namun, ujarnya sehingga hari ini tiada sebarang khabar berita mengenainya walaupun bulan Mei 2011 menjelang tiba.
"Ini adalah janji kali keempat yang pernah diberikan. Rakyat Terengganu tidak akan lupa janji-janji yang telah dibuat oleh pimpinan Pusat untuk mengembalikan royalti kami," katanya.
Beliau turut mengimbau kembali jalinan janji yang pernah diberikan kepada rakyat Terengganu sebelum ini.
Katanya, pada 14 Jun 2008, Perdana Menteri pada masa itu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) mengumumkan bahawa royalti akan dikembalikan kepada rakyat Terengganu di mana pengumuman itu dibuat di Hotel Primula.
Tambahnya, rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Ahmad Said dan rakyat Terengganu ditipu oleh Najib apabila menerima replika cek pada 13 Disember 2008 berjumlah RM408.6 juta yang dikatakan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008.
Dalam majlis berkenaan, katanya Najib menyebut seolah-olah selepas ini semua wang royalti akan dimasukkan terus ke akaun kerajaan negeri.
Bagaimanapun, ujarnya hakikat sebenar tidak berlaku seperti yang dinyatakan.
Selain itu, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahmad telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan oleh pihak menteri besar itu.
"Atas kesedaran yang sama, Mampat menyeru semua pihak sama ada kerajaan negeri, mahupun rakyat Terengganu untuk terus bertanyakan hak rakyat Terengganu ini yang seolah-olah sengaja cuba dilupakan," katanya.
Beliau menambah, jika peluang sebaik kedatangan Najib itu tidak digunakan, Mampat percaya ruang lain yang ada sangatlah terbatas, hendak diharapkan respons pada laman Facebook Najib, sudah tentu ia seumpama mimpi sahaja.
Untuk makluman, jelasnya sehingga Mac 2011 yang lalu, genap sudah 11 tahun Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Terengganu menikmati royalti Minyak.
"Rakyat Terengganu sudah terlalu letih menunggu buah yang tidak gugur. Jangan nanti sehingga rakyat terpaksa menjolok buah yang tidak gugur tersebut dengan cara yang lebih keras.
"Cukup-cukuplah penghinaan yang kami terima, cukup-cukuplah janji-janji kosong yang kami terima, cukup-cukuplah mencuri hak rakyat Terengganu," katanya.

Pemuda Guchil

Posted: 29 Apr 2011 10:35 AM PDT

Pemuda Guchil


Eskay, Si Pendusta Itu Tidak Hadir, Benar-benar Datuk T(emberang)

Posted: 29 Apr 2011 07:07 AM PDT

Dr Chua Soi Lek Sedang Melelong Maruah UMNO

Posted: 29 Apr 2011 07:06 AM PDT

Media lucah: Apa peranan KDN

Posted: 29 Apr 2011 07:05 AM PDT

Anwar : Saya Tak Akan Tunduk Serangan Umno-BN

Posted: 29 Apr 2011 07:05 AM PDT

PAS: Jangan permainkan sumpah laknat

Posted: 29 Apr 2011 07:02 AM PDT

Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid

Posted: 29 Apr 2011 12:03 AM PDT

Kerja Lahanat : JAWI tidak halang Eskay hendak sumpah laknat

Posted: 29 Apr 2011 12:02 AM PDT

Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat

Posted: 29 Apr 2011 12:00 AM PDT

Video seks kotori minda anak muda

Posted: 28 Apr 2011 11:58 PM PDT

Mat Sabu: Video seks isu peribadi, PAS tetap bersama Pakatan

Posted: 28 Apr 2011 11:55 PM PDT

Ibu Aminulrasyid cuba 'bersihkan' nama anaknya

Posted: 28 Apr 2011 11:54 PM PDT

No 2 PAS: Saya bersedia, tapi serah pada perwakilan

Posted: 28 Apr 2011 11:52 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 29 Apr 2011 10:33 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


MATA HATI: ADA KATARAK? ATAU BUTA TERUS?

Posted: 29 Apr 2011 10:07 AM PDT

Wajib periksa kesihatan mata hati.Jangan sampai gelap langsung.Ketika itu kebenaran tidak nampak dan maksiat menjadi baik dan 'membahagiakan'

DUN SADONG JAYA; Sudah mulakan persiapan untuk PRU 13?

Posted: 29 Apr 2011 09:52 AM PDT

 YB Dr Halimah memeriksa tekanan darah penduduk Iban di rumah panjang di DUN Sadong Jaya semasa kempen pilihanraya PRN yang lepas
YB Dr Halimah bersama penduduk DUN Sadong Jaya selepas ceramah umum.

YB Dr Hjh Halimah di aiport Kuching bersama rombongan untuk pilhanraya Sarawak

SIFAT yang patut ada pada pejuang kebenaran Ilahi

Posted: 28 Apr 2011 09:56 AM PDT

Pejuang tidak boleh hanya mempunyai semangat yang berkobar-kobar tanpa ilmu dan persediaan rohani dan emosi yang menjadi daya kekuatan stamina berjuang hingga ke nafas terakhir.
Juga yang akan menentukan keberkesanan perjuangannya ditentukan oleh keperibadiannya yang mampu menarik jiwa manusia ke arah seruannya.

KHIDMAT MERU

Posted: 29 Apr 2011 10:10 AM PDT

KHIDMAT MERU


HUJAN LEBAT LEBIH DARI TIGA JAM MELANDA BUKIT KAPAR

Posted: 29 Apr 2011 01:37 AM PDT
















Hujan lebat bermula dari jam 5.00 pagi dan berterusan hingga hampir jam 9.00 pagi menyebabkan banjir besar yang melanda Kg Bukit Kapar di DUN Meru.
YB Meru Dr Hj Abd Rani bin Osman bersama-sama Datuk Ketua Kampung Meru dan Datuk Ketua Kampung Bukit Kapar telah turun padang bagi berjumpa penduduk terlibat beserta pegawai-pegawai dari JPS.


Menurut sebahagian dari penduduk di situ, banjir besar yang pernah mereka lalui ialah kira-kira 2 tahun lalu, namun kesannya tidaklah seperti yang dialami sekarang.
Dr Rani mengarahkan agar penduduk melakukan solat hajat selepas solat maghrib atau isyak malam ini memohon kepada Yang Maha Esa agar masaalah banjir ini segera dapat di atasi.


Beliau juga mengarahkan agar longkang-longkang yang tersumbat dapat di korek dengan kadar segera.





















i n t a n h i j a u

Posted: 29 Apr 2011 07:35 AM PDT

i n t a n h i j a u


(video) ESKAY BERSUMPAH

Posted: 29 Apr 2011 05:54 AM PDT



Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 29 Apr 2011 03:43 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


dari TITM buat DSAI

Posted: 29 Apr 2011 12:27 AM PDT

Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang.

Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas.

Tekanan ini bukan perkara baru dalam sejarah dunia. Firaun pernah melakukannya ke atas Nabi Musa dan pengikutnya yg beriman. Bahkan tukang sihir Firaun yg asalnya adalah petugas yang berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa, ia dilayan, disanjung tetapi bilamana tukang sihir melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa mereka kemudiannya beriman dengan Allah. 
 
Maka bermulalah penentangan dan penindasan sehingga mereka disalib pada kayu salib, mereka diseksa dengan kaki tangan mereka dipotong secara bersilang. 
 
Firaun menyeksa mereka dan setelah segala rayuan dan tangisan tidak dipedulikan, akhirnya yang keluar dari mulut mereka ialah "Hukumlah apa yg kamu ingin lakukan, kerana kamu hanya berkuasa di dunia ini sahaja". Baca seterusnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan