Jumaat, 29 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 29 Apr 2011 03:19 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


PINDAHKAN RAKYAT MALAYSIA. PANGGIL PERSIDANGAN OIC

Posted: 29 Apr 2011 12:42 AM PDT

Kenyataan Media (28 April 2011)

KEMELUT SYRIA: PINDAHKAN RAKYAT MALAYSIA. PANGGIL PERSIDANGAN OIC

 

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) menggesa Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Syria untuk memindah atau membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia di sana.  Keadaan yang semakin meruncing dan tidak menentu di Damsyik sekarang di atas bantahan dan tunjuk perasaan rakyat Syria yang menggesa Presiden Bashir Asad untuk berundur semakin tinggi.

Laporan rasmi ketika ini seramai 450 rakyat telah menjadi korban pro-demokrasi yang bermula sejak 6 minggu lalu. Namun laporan tidak rasmi memberitakan sudah hampir mencecah 1000 orang. LA DPPP khuatir dengan tindakan dan tindak balas kerajaan Syria melalui tentera dan polis terhadap penunjuk perasaan dan rakyatnya akan membahayakan rakyat Malaysia di sana yang terdiri daripada penuntut-penuntut di pusat pengajian tinggi dan professional yang bekerja disana.

Kejadian tembak-menembak yang dilepaskan secara rambang oleh  tentera untuk menyuraikan protes rakyat boleh membahayakan umum. Dengan komunikasi di kawasan-kawasan utama di Syria telah disekat oleh pihak berkuasa  dari dunia luar juga merisaukan rakyat Malaysia terhadap nasib dan keselamat keluarga serta anak-anak mereka yang sedang berada di Syria.

LA DPPP menggesakan Kerajaan Malaysia mengambil langkah pro-aktif  dengan memindahkan warga Malaysia ke kawasan yang agak selamat seperti Jordan atau terus membawa mereka pulang sekiranya kerajaan Malaysia tidak boleh menjamin keselamat mereka. Suasana di Syria dilihat lebih terancam berbanding Mesir kerana pihak berkuasanya dilihat mengambil langkah balas dengan cara kekerasan sehinggakan mana-mana tentera yang enggan melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan akan diambil tindakan keras.

Sumber memberitahu ramai tentera dan polis yang bersimpati  dengan penunjuk perasaan juga tidak terkecuali menjadi mangsa tembakan rambang tentera. LA DPPP menyeru Menteri Luar, Datuk Anifah Aman agar segera mengeluarkan kenyataan jaminan kerajaan Malaysia terhadapa keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di Syria dengan kadar segera.

Malaysia juga melalui Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di lihat telah gagal dalam menangani kemelut di Timur Tengah yang semakin meruncing hari ini. LA DPPP juga menggesa satu sidang tergempar OIC perlu diadakan segera untuk membincangkan kemelut di Negara-negara umat Islam ini bagi menyekat pihak tertentu terutamanya Amerika yang dilihat sudah mula mengambil kesempatan untuk campur tangan.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 29 Apr 2011 03:05 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


ANWAR BENGANG...SIAPA TAK BENGANG!!!

Posted: 28 Apr 2011 05:34 PM PDT



Berita TV3 dan media lain mem'berita' kan pula tentang cara pemberita dimarahi oleh DS Anwar kerana bertanya tentang bila lagi Anwar nak memberikan DNA beliau kepada polis.

Dah lah kena tuduh berzina yang dinafikan oleh beliau, DNA yang diambil secara berhelah oleh PDRM boleh digunakan semula dalam mahkamah, orang yang sebarkan video lucah tidak ditahan polis, penjelasan mufti-mufti dan para ulama' disisihkan, kisah bersumpah dalam masjid yang tidak boleh dijadikan hujjah untuk menjatuhkan maruah orang Islam lain dibesar-besarkan... Anwar kena pula tunjuk 'cool' dan 'tidak emosi' kepada pemberita yang hendak menghangatkan lagi cerita seks yang akan mengukuhkan persepsi buruk terhadap ketua pembangkang itu.  

Video seks  itu disebarkan dalam internet dan sebahagiannnya oleh TV3, gambar dan ulasan yang 'hangat' disiarkan oleh pelbagai bentuk media, yang menggambarkan pelakunya ialah Anwar walaupun dinafikan oleh Anwar dan keluarganya.

Tidak ada orang berminat dengan penafian, seolah-olah semua orang berminat dengan video tersebut saja.



Orang yang sehebat Anwar Ibrahim yang terus kuat berdepan dengan pelbagai bentuk fitnah dan konspirasi pun tetap seorang manusia biasa... Maruahnya dihina, diperleceh dan dipijak-pijak.

Walaupun amarahnya yang dikawal ketat, akhirnya terzahir juga, walaupun masih terkawal... Kalau calang-calang orang, ada juga yang kena tampar dan kena maki dengan perkataan yang kesat, kelat dan pedas!!!   

Bila undang-undang Islam disisihkan, maruah sesiapa pun boleh dihina dengan sehina-hinanya tanpa batas dan tanpa bukti yang sewajarnya.

Malu tetap terpalit, walaupun berita dan dakwaan tidak benar... Malu turut terpalit kepada anak-anak kecil, keturunan dan generasi orang yang dimalukan tersebut, dan dia tetap dianggap oleh orang ramai mangsa media tidak beretika sebagai 'kotor' dan  'hina', sehingga tidak ada 'air mutlak' yang boleh mensucikannya...

Ajaklah anak-isteri kita, saudara mara dan rakan taulan kita menonton video penuh klip seks yang dituduh dilakukan oleh Anwar, siarkanlah kepada seluruh rakyat Malaysia.... kerana kita, rakyat Malaysia bukanlah lagi masyarakat timur yang beragama dan pemalu, tetapi kita hanyalah kononnya 'pencari kebenaran'...  

Malukanlah Anwar Ibrahim semalu-malu pertuduhan dalam segala bentuk media dan sebaran... kerana anda tidak lagi malu kepada Allah dan tidak takut kepada amaran-Nya... Jika kamu tidak ada sekelumit perasaan malu lagi, buatlah apa saja yang engkau suka. 


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 Apr 2011 01:42 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Angkat Sumpah Eskay Batal

Posted: 29 Apr 2011 01:30 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SENTUL 29 APRIL : Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, dibatalkan.

Ia disahkan oleh pengerusi masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin.

Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar.

Namun keadaan menjadi agak tegang sebaik sahaja selesai solat Jumaat tadi apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan.

Tv Selangor/-

Suasana Majlis Angkat Sumpah Laknat Kecoh

Posted: 29 Apr 2011 01:00 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

25 Jamadilawal 1432 H.KUALA LUMPUR: Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah lakmatsalah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.

Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.

Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.

Tv Selangor/-

Bagusnya jika Najib umum royalti hak rakyat T’ganu

Posted: 29 Apr 2011 12:40 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 29 April: Alangkah bagusnya pada akhir sesi lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib Razak ke negeri ini mengumumkan bahawa royalti adalah hak rakyat Terengganu dan rakyat seharusnya menikmati hak mereka dengan sebaik mungkin.
Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke Terengganu, esok.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah percaya kedatangan Najib adalah bukti komitmen dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan apa yang dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan tersebut bukan sekadar datang menjenguk, tetapi katanya mahu mendengar suara akar umbi rakyat di Terengganu, khususnya di Pekan Batu Enam, di Manir, Kuala Terengganu dan golongan muda melalui pertemuan dengan rakan Facebook yang dijadualkan pada petang hari tersebut.

Untuk itu, katanya Mampat mewakili suara rakyat Terengganu bagi semua golongan mengambil kesempatan di atas keprihatinan Najib mendengar rintihan rakyat Terengganu untuk mengembalikan semula 'hak dan maruah' mereka yang telah dinafikan selama 11 tahun.

"Kembalikan royalti kami kerana ianya adalah lambang 'hak dan maruah' kami yang telah dinodai'

"Dalam kesempatan ini juga, Mampat ingin mengingatkan rakyat Terengganu umumnya dan kepimpinan Terengganu pada hari ini tentang janji-janji yang pernah disebutkan Najib berkenaan royalti minyak Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk makluman perdana menteri, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan olehnya.

Namun, ujarnya sehingga hari ini tiada sebarang khabar berita mengenainya walaupun bulan Mei 2011 menjelang tiba.

"Ini adalah janji kali keempat yang pernah diberikan. Rakyat Terengganu tidak akan lupa janji-janji yang telah dibuat oleh pimpinan Pusat untuk mengembalikan royalti kami," katanya.

Beliau turut mengimbau kembali jalinan janji yang pernah diberikan kepada rakyat Terengganu sebelum ini.

Katanya, pada 14 Jun 2008, Perdana Menteri pada masa itu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) mengumumkan bahawa royalti akan dikembalikan kepada rakyat Terengganu di mana pengumuman itu dibuat di Hotel Primula.

Tambahnya, rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Ahmad Said dan rakyat Terengganu ditipu oleh Najib apabila menerima replika cek pada 13 Disember 2008 berjumlah RM408.6 juta yang dikatakan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008.

Dalam majlis berkenaan, katanya Najib menyebut seolah-olah selepas ini semua wang royalti akan dimasukkan terus ke akaun kerajaan negeri.

Bagaimanapun, ujarnya hakikat sebenar tidak berlaku seperti yang dinyatakan.

Selain itu, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahmad telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan oleh pihak menteri besar itu.

"Atas kesedaran yang sama, Mampat menyeru semua pihak sama ada kerajaan negeri, mahupun rakyat Terengganu untuk terus bertanyakan hak rakyat Terengganu ini yang seolah-olah sengaja cuba dilupakan," katanya.

Beliau menambah, jika peluang sebaik kedatangan Najib itu tidak digunakan, Mampat percaya ruang lain yang ada sangatlah terbatas, hendak diharapkan respons pada laman Facebook Najib, sudah tentu ia seumpama mimpi sahaja.

Untuk makluman, jelasnya sehingga Mac 2011 yang lalu, genap sudah 11 tahun Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Terengganu menikmati royalti Minyak.

"Rakyat Terengganu sudah terlalu letih menunggu buah yang tidak gugur. Jangan nanti sehingga rakyat terpaksa menjolok buah yang tidak gugur tersebut dengan cara yang lebih keras.

"Cukup-cukuplah penghinaan yang kami terima, cukup-cukuplah janji-janji kosong yang kami terima, cukup-cukuplah mencuri hak rakyat Terengganu," katanya.

Harakahdaily

Had Umur Persaraan Sektor Swasta Dicadangkan 58 Tahun

Posted: 29 Apr 2011 12:30 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Had Umur Persaraan Sektor Swasta Dicadangkan 58 Tahun
PUTRAJAYA: Had umur persaraan bagi sektor swasta mungkin dilanjutkan kepada 58 tahun selaras dengan umur persaraan sektor awam, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini, perkara itu masih di peringkat perbincangan dan mengambil masa sebelum dimuktamadkan.

"Kita dalam proses mengadakan perbincangan dengan semua 'stakeholder' untuk mencari satu jalan...suatu umur yang ditetapkan bagi sektor swasta.

"Tujuan kita membenarkan mereka bekerja lebih lama (dari umur bersara pada 55 tahun sekarang) kerana mereka masih mempunyai keupayaan dan boleh menyumbang kepada produktiviti (syarikat masing-masing)," katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pernah menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti.

Subramaniam berkata kerajaan juga sedang mengkaji memperluaskan skim-skim perlindungan sosial bagi menjaga kebajikan para pekerja terutamanya jika diberhentikan kerja atau syarikat tempat mereka bekerja gulung tikar.

"Kita sudah pun memulakan perbincangan yang melibatkan kerajaan dan 'stakeholder' bagaimana untuk mewujudkan satu sistem atau dana kepada pekerja yang diberhentikan tanpa apa-apa arahan dan bukan disebabkan atas pilihan mereka.

"Skim-skim ini diharap dapat membantu meringankan beban kerana mereka tidak bersedia berdepan dengan masalah sedemikian," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus berusaha untuk menjaga kebajikan pekerja dan penggubalan terhadap Akta Majlis Konsultasi Gaji Minima Kebangsaan merupakan antara langkah ke arah itu.

Katanya dengan penggubalan akta itu, kerajaan mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar gaji minimum berpatutan kepada pekerja kerana terdapat sektor-sektor yang gaji minimumnya masih rendah.

"Perkara-perkara ini diberikan tumpuan besar oleh kerajaan sebagai langkah untuk menjaga kebajikan tenaga pekerja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata sambutan Hari Pekerja akan diadakan pada 7 Mei ini di Bukit Jalil dan akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tema sambutan kali ini, ialah "Pekerja Merealisasi Transformasi Negara", yang mencerminkan pentingnya peranan warga pekerja dalam merealisasikan transformasi ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.- BERNAMA

Azhar tidak hadir sidang DUN Pulau Pinang kerana sakit

Posted: 29 Apr 2011 12:20 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN: Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, tidak menghadiri perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini kerana dimasukkan ke Island Hospital di sini akibat masalah jantung.

Azhar yang ditemui di hospital itu berkata, beliau mula berasa sesak nafas, sakit dada dan batuk pada Rabu dan terus dibawa ke Hospital Kepala Batas oleh isterinya.
Beliau kemudiannya dipindahkan Island Hospital di sini pagi semalam kerana rekod perubatannya ada di hospital berkenaan.

"Saya berharap sangat dapat menyertai sidang DUN kali ini, tapi saya kena dengar nasihat doktor," katanya yang kelihatan agak lemah, kepada pemberita selepas menerima lawatan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO pagi ini.

Azhar berkata, jika beliau dibenarkan keluar hospital dalam waktu terdekat, beliau akan menghadiri persidangan DUN untuk mendengar perbahasan yang berlangsung tanpa turut serta dalam perbahasan itu.

Beliau dijadual menghadiri persidangan dewan hari ini selepas tempoh penggantungannya selama enam bulan berakhir bulan lalu.

Azhar dikenakan tindakan penggantungan enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mendapati wakil rakyat Penaga itu melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pada persidangan DUN Mei lalu.

Persidangan DUN kali ini dijadual selama lima hari bermula hari ini dan akan disambung pada Selasa hingga Jumaat depan. - BERNAMA

Anwar : Saya Tak Akan Tunduk Serangan Umno-BN

Posted: 29 Apr 2011 12:00 AM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 29 APRIL : Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau "tunduk" kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.

"Dalam pemerintahan diktatorial yang tidak demokratik, mana-mana wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk," katanya lagi.

"Anwar menjadi sasaran, tetapi jika Anwar meninggalkan pentas dan anda mendapat pemimpin baru, maka pemimpin ini akan diserang," kata beliau dalam temu bual ini yang diadakan kelmarin, sehari sebelum rakaman video seks yang didakwa mirip beliau dimuat naik di laman YouTube.

Dalam temu bual eksklusif ini, Anwar menjelaskan meskipun serangan yang dihadapinya itu sangat "melukai hati" diri beliau dan juga keluarganya, usaha-usaha untuk menamatkan kerjaya politik bukan sesuatu yang baru.

"Ia (satu perbuatan) menghina maruah," kata bapa kepada enam orang anak dan mempunyai dua cucu ini.

Bagaimanapun beliau menekankan, serangan-serangan itu memperkuatkan azamnya untuk terus menerajui Pakatan Rakyat.

"Jika saya berundur dan melepaskan (jawatan), ini bermakna kita tunduk kepada rekaan (politik) Umno... siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak? Parti-parti Pakatan Rakyat dan pengundi buat keputusan. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini," kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai pengikat kerjasama dan hubungn komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998 dan yang kedua satu dekad kemudian, di mana sama ada Ketua Umum PKR ini akan dipanggil bela diri atau dibebaskan akan ditentukan 16 Mei ini.

"Saya terus diserang, sejak tuduhan pertama pada 1998... ramai tidak dapat membayangkan yang mereka (Umno-BN) (sanggup) mengambil tindakan macam ini, tetapi ia bukan tuduhan yang baru, bukan?" kata bekas timbalan presiden Umno ini.

Anwar berkata, tindakan-tindakan ini, yang beliau sifatkan sebagai terdesak, bertujuan menghentikan usahanya mahu mewujudkan sebuah kerajaan bebas rasuah.

"Sebagai contoh, sebuah pasukan pihak berkuasa berasuah yang cuba mencemarkan anda, menghentikan kempen anda menentang rasuah... adakah anda akan menyerah diri? Itu penekanan saya. Anda perlu ada iltizam dan semangat dalam apa yang anda lakukan," katanya lagi.

Sehari selepas temu bual ini, rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Anwar dimuat naik di YouTube, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh "Datuk T".

Anwar juga berkata beliau tidak mahu fokus perjalanan politiknya diganggu oleh penyebaran tuduhan video seks yang dipertontonkan pada 21 Mac lalu.

"Saya tidak mahu dialih pandangan dengan pendedahan video, ia didedahkan ketika dekat dengan pilihan raya Sarawak.

"Di Sarawak, saya berkempen selama 13 hari ketika serangan Umno begitu tinggi, menggunakan video... tetapi ia bukan pilihan untuk serah diri sekarang, bukan sekarang," kata Anwar lagi.

"Saya perlu teruskan (perjuangan)," katanya lagi.

Keluarganya menurut Anwar lagi, adalah sumber kekuatan beliau sepanjang berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dan mereka sentiasa menyokongnya dalam keputusan seharian sebagai ahli politik.

"Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka," katanya lagi.

"Azizah, anak-anak saya... meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri, mereka anak Anwar dan Azizah," kata beliau dengan senyuman.-The Malaysian Isider

Dalang muat naik video seks sedang dicari

Posted: 28 Apr 2011 11:30 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah memulakan siasatan untuk mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab memuat naik video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman YouTube, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata sehingga kini pihaknya belum mengenal pasti identiti mereka yang terbabit dan proses itu dijangka mengambil masa lama.

"Polis dan SKMM menjalankan siasatan sebaik rakaman itu tersebar di internet dan tidak perlu menunggu laporan polis dibuat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, bahagian kedua klip video seks hitam putih yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu tersebar menerusi laman video YouTube sehingga menjadi perhatian ramai.

Klip video selama satu minit 47 saat bertajuk Papa Nurul Izzah Part 2 dimuat naik oleh pemegang akaun YouTube menggunakan nama 'Wakparjosudorno' dan dipaparkan menerusi pautan di beberapa laman blog lain sebelum dipadam kira-kira jam 6.30 petang.

Klip itu adalah susulan klip video pertama bertajuk 'VTS 010' yang dimuat naik ke laman sama pada awal bulan ini menggunakan nama 'thepowercam'.

Rakaman video itu kali pertama mereka didedahkan pada 21 Mac lalu kepada sekumpulan wakil media oleh tiga individu yang menggelarkan diri mereka 'Datuk T'. Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Khalid berkata, individu yang bertanggungjawab memuat naik video itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan meminta orang ramai jangan buat spekulasi serta menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Berita Harian/-

Polis Berpangkat SAC Dakwa Anwar Ancaman Negara

Posted: 28 Apr 2011 10:30 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 29 APRIL: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan seorang pegawai polis tertinggi berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) l, Datuk Isa Abdul Rahman bertemu dengan guru-guru di sekolah sekitar Kelantan menyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ancaman kepada negara.

Turut didakwa, pegawai polis itu telah mengesahkan Anwar adalah individu yang terlibat dalam rakaman video seks yang tersebar luar di laman Youtube.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata maklumat tersebut disampaikan oleh guru sekolah berkenaan dan dipercayai telah berlaku sejak empat minggu lalu apabila video tersebut mula diedarkan oleh trio 'Datuk T'.

"Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," jelasnya.

Katanya lagi, PKR akan menyatakan bantahan kepada PDRM dan Jabatan Perdana Menteri selepas mengumpulkan maklumat lengkap mengenai perkara tersebut.

Tv Selangor/-

15 maut dalam serangan bom di Marrakesh

Posted: 28 Apr 2011 09:35 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

MARRAKESH: Seramai 15 orang termasuk 10 warga asing maut dalam serangan bom ke atas sebuah kafe di destinasi pelancongan terkenal Maghribi, Marrakesh.

Serangan bom itu disasarkan ke atas sebuah kafe berhadapan Medan Jamaa el-Fnaa yang sering dipenuhi pelancong.
Jurugambar Reuters berkata, beliau melihat anggota penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang terputus.

Televisyen 2M melaporkan 15 yang terbunuh ialah enam warga Perancis, lima warga Maghribi dan empat warga asing yang tidak dinyatakan negara mereka.

"Analisis awal bukti yang diperoleh di tempat kejadian itu mengesahkan teori serangan," menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Maghribi. - Reuters

Misteri kehilangan terjawab

Posted: 28 Apr 2011 09:00 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

IPOH – Belum pun sampai empat jam mengadakan sidang media mengenai kehilangan anaknya, seorang ibu, M Kavitha, 36, terpaksa meratapi kematian anaknya itu yang dipercayai dibunuh.

V Seshagary berusia sembilan bulan yang ditemui mati di dalam beg pada Sabtu lalu rupa-rupanya anaknya yang hilang sejak 22 April lalu.

Misteri kehilangan itu terjawab selepas pengecaman gambar dibuat di Balai Polis Simpang, Taiping dan mengesahkan bayi itu adalah anaknya.

Pengerusi Biro Pengaduan Masyarakat India Negeri, Iruehiyam Sebastiar yang menemani Kavitha untuk pengecaman itu memberitahu, mayat bayi lelaki itu adalah Seshagary.

"Kita serah segalanya kepada pihak polis untuk jalankan siasatan kerana kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

"Saya pun telah dimaklumkan pihak polis bahawa seorang wanita iaitu rakan Kavitha telah ditahan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, mayat bayi itu berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, bagaimanapun ia belum boleh dituntut kerana melibatkan kes polis.

Terdahulu pada sidang medianya, Kavitha memberitahu kehilangan anaknya itu mula disedari selepas kawan baiknya mengambil bayi itu dengan alasan untuk bermain pada 22 April kira-kira jam 12.30 tengah hari di rumah pengasuh.

Beliau yang tinggal di Taman Indah Sakti mengenali rakannya itu sejak setahun lalu berkata, anaknya itu tinggal beberapa hari di rumah rakan itu di Taiping sehingga 24 April.

Rakannya yang mula dipercayai itu kemudiannya memaklumkan akan menghantar anaknya itu tetapi sehingga semalam masih belum tiba seperti yang dijanjikan.

"Dia beritahu abangnya akan hantar anak saya balik ke rumah kerana dia akan ke Kuala Lumpur tetapi sampai sekarang tidak sampai-sampai.

"Itulah yang saya risaukan. Bila saya telefon, abang dia tak angkat tetapi ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) suruh saya ambil anak di beberapa tempat," katanya dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat, Bangunan Perak Daruk Ridzuan, di sini, semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu, Penasihat Menteri Besar, Datuk S Veerasingam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN ), Datuk R Ganesan dan Penasihat Undang-undang MIC, S Thangeswary.


Terima SMS minta ambil anak



Kepada media Kavitha memberitahu ada menerima SMS pertama daripada lelaki itu meminta beliau mengambil anaknya itu di Seri Iskandar.

Katanya, setelah sampai ke tempat yang dimaksudkan, tidak ada sebarang kelibat anak dan lelaki itu sebaliknya satu lagi SMS diterima meminta beliau ke Air Tawar.

"Setelah saya tiba di Air Tawar, keadaan sama seperti di Seri Iskandar. Tiada apa yang saya jumpa dan lelaki itu menghantar SMS terakhir meminta saya ke Balai Polis Sitiawan.

"Bila sampai di Balai Polis Sitiawan, memang saya hampa dan sedih sebab anak saya masih tidak dijumpai," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Menurut Kavitha, satu laporan polis dibuat kelmarin berkaitan kehilangan anak bongsunya itu dan beliau merasakan anaknya itu telah diculik.

"Saya mahu kawan saya ini bertanggungjawab ke atas kehilangan anak kesayangan saya. Saya juga berharap pihak polis mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat," katanya.

Pada 23 April lalu, mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun lebih berpakaian lengkap ditemui dalam beg pakaian berhampiran jalan susur masuk ke hentian tol Bandar Baharu di Kilometer 175 dari arah Utara, pada jam 5.45 petang.

Berdasarkan pemeriksaan awal, polis menemui kesan lebam di kepala mangsa, manakala hidungnya berair.

Sinar Harian/-

Media lucah: Apa peranan KDN

Posted: 28 Apr 2011 08:45 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.

"Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah," tegasnya.

Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.

Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".

Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.

"Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?" tanya beliau lagi.

Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.

"Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.

"Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?" soalnya lagi.

Harakahdaily/-

Isu nasi lemak untuk lindungi wabak negara

Posted: 28 Apr 2011 08:30 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS sangat prihatin terhadap isu yang berlaku menyentuh aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini termasuklah aspek pemakanan di sekolah.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) berkata, PAS tidak mahu isu pemakanan menenggelamkan isu besar seperti isu akhlak di kalangan pelajar dan belia, isu PPSMI, isu diskriminasi politik termasuk ke atas guru, rasuah, jenayah, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain yang belum diselesaikan.

"Apakah isu pemakanan ini serius atau hanya untuk menabiri dan melindungi isu-isu besar yang sedang mewabak dalam negara?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada keputusan Kerajaan untuk menyekat penjualan nasi lemak di sekolah seperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar harian bersama dengan sejumlah senarai makanan dan minuman yang lain.

Menurutnya, isu pemakanan untuk pelajar-pelajar bukanlah isu yang sangat besar berbanding dengan isu akhlak dan gejala sosial yang menjadi wabak di kalangan pelajar dan belia dalam negara hari ini.

Beliau menambah, sesuatu isu sepatutnya diselesaikan secara berstrategik dalam erti kata ianya hendaklah mengambil kira kemampuan anggota masyarakat untuk mengikuti aturan dan peraturan yang hendak dikenakan.

"Apakah isu sebenar di kalangan pelajar dewasa ini?" tanya beliau lagi.

Menurutnya lagi, diandaikan isu pemakanan merupakan isu besar, maka ia mestilah dikaji secara teliti di mana spek-aspek kebudayaan dan cara hidup khususnya yang membabitkan aspek pemakanan dalam masyarakat.

Katanya, budaya pemakanan ini tidak boleh ditukar secara drastik dengan suatu penguatkuasaan undang-undang kerana aspek perundangan tidak boleh mengatasi aspek kemanusiaan.

Beliau berkata, menukar menu makanan di sekolah secara drastik membabitkan makanan tradisi seperti nasi lemak walaupun nampaknya mudah tetapi akan menekan kehidupan dan kebiasaan yang belum tentu mendatangkan mudarat, sedangkan memaksa mereka meninggalkannya lebih menyusahkan dan membebankan banyak pihak kerana makanan itu adalah mengenyangkan dan mudah serta menjadi adat dan kebiasaan yang sudah bersebati dalam kehidupan masyarakat.

"Mana satu yang lebih mudarat membiarkan menu nasi lemak seperti biasa ataupun membebankan masyarakat dengan peraturan-peraturan yang baru?

"Apa bezanya nasi lemak dengan nasi minyak, mee kuning, nasi goreng, nasi dagang, roti canai dan seumpamanya?" soalnya lagi.

Oleh kerana itu, ujarnya maka pendidikan kepada anggota masyarakat untuk mengamalkan budaya baru yang difikirkan baik adalah lebih penting daripada memaksa meraka meninggalkan kebiasaan yang tidak terbukti kemudaratannya.

Dalam isu ini, katanya aspek-aspek kemampuan ibu bapa dalam semua lapisan masyarakat di bandar dan luar bandar, kamampuan pengusaha-pengusaha kantin dan asrama dan kemampuan sekolah untuk melaksanakan peraturan dan kemampuan pelajar untuk mematuhi adalah isu besar yang memerlukan masa dan proses mendidik untuk memampukan mereka mematuhi peraturan-peraturan yang hendak dijalankan.

Sebagai perbandingan, katanya lagi isu pelajar-pelajar merokok, walaupun ia tidak dibenarkan dan diharamkan, namun peraturan-peraturan yang ada tidak dapat menyekat mereka daripada merokok bahkan masalah menjadi bertambah besar kerana makin ramai pelajar yang merokok.

Beliau berkata isu gengsterisme, pencabulan, pemakaian yang tidak menutupi aurat dan terlalu ketat pergaulan bebas, seks rambang, dadah, arak, ponteng sekolah, rempit, mencuri, ragut, vandalisme tidak menghormati guru dan menderhakai ibu bapa adalah isu-isu yang sangat menyayat hati dan mesti ditangani segera.

Pada hari ini, ujarnya terlalu banyak isu yang sedang berlaku menyentuh bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini yang kalau tidak ditangani akan memberi kesan buruk kepada masa depan negara dan rakyat.

"Apabila pihak Kerajaan mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adakah ia bermakna isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) telah pun diselesaikan sesuai dengan tuntutan Perlembagaan Negara dan kepentingan nasional serta menjamin hak umat Islam di negara ini?" soalnya.

Harakahdaily

Jangan permainkan sumpah laknat

Posted: 28 Apr 2011 08:00 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

650 rakyat Malaysia di Syria selamat - Wisma Putra

Posted: 28 Apr 2011 07:50 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Semua 650 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Damsyik, Syria dilaporkan selamat dan tidak terlibat dalam kekacauan di negara itu.

Wisma Putra berkata, pihak kedutaan Malaysia di Syria sentiasa memantau dan berhubung dengan rakyat Malaysia serta menasihatkan mereka agar berwaspada dengan situasi terkini negara itu yang dilaporkan semakin meruncing.

Malah, kedutaan turut menasihatkan pelajar dan warganegara Malaysia yang telah tamat belajar dan selesai urusan perniagaan atau lawatan mereka ke Syria agar kembali secara sukarela ke tanah air.

"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan lawatan mereka ke negara itu sehingga keadaan dan keselamatan di sana bertambah baik," katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi bilik operasi Kementerian Luar yang dibuka 24 jam di talian 03-88874570, 03-88892746, 03-88874770, 03-88892830 atau 019-2784566.

Sinar Harian/-

PMIUM gesa kerajaan bertegas permainan hina Islam

Posted: 28 Apr 2011 07:30 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu (Devil May Cry 3) didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa tindakan tegas harus diambil dengan serius oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib.

Katanya, difahamkan permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

"Jadi, saya mewakili mahasiswa mahasiswi Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci 'keadaan' permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja.

"Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan permainan seperti itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila 'mempermainkan' agama Islam.

Tambahnya, tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat.

"Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang permainan ini," ujarnya.

Harakahdaily

Ribut Taufan Landa AS: 193 Maut

Posted: 28 Apr 2011 07:20 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



TUSCALOOSA (Alabama): Ribut taufan melanda sebahagian negeri AS dengan memusnahkan banyak kediaman dan pusat perniagaan, selain memaksa sebuah loji nuklear menggunakan sumber tenaga sokongan bagi meneruskan operasi, semalam.

Jumlah korban di lima negeri dikatakan sekurang-kurangnya 193 orang, termasuk 61 di Alabama dan jumlah itu dijangka meningkat.

Antara kawasan paling teruk terjejas adalah Tuscaloosa, bandar didiami lebih 83,000 orang serta menempatkan Universiti Alabama.

Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 100 dirawat di sebuah hospital di daerah itu.

Akibat angin kencang, bekalan elektrik di bandar berkenaan terputus, manakala jalan tidak dapat dilalui, selain pelbagai kerosakan dahsyat lain.

Seramai 11 orang terbunuh masing-masing di Mississippi dan Georgia.

Presiden Barack Obama membenarkan Gabenor Alabama, Robert Bentley, mengisytiharkan darurat bagi membolehkan bantuan kecemasan persekutuan dihantar. 

AP

Tentera Syria Bunuh 500 Orang Awam

Posted: 28 Apr 2011 07:00 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



AMMAN: Tentera Syria dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 500 orang awam dalam usaha mereka mengekang kebangkitan rakyat, kata sebuah pertubuhan hak asasi manusia, semalam.

Menurut Sawasiah, beribu-ribu warga Syria turut ditahan dan sebahagian daripadanya gagal dikesan selepas demonstrasi mendesak reformasi diadakan di negara itu dilancarkan hampir enam minggu lalu.

Sawasiah ditubuhkan peguam hak asasi manusia yang kini dipenjara, Mohannad al-Hassani.

Dalam kenyataan semalam, pertubuhan itu menuntut kerajaan menghentikan pembunuhan, penyeksaan dan penahanan warga Syria.

"Kami memiliki 500 nama orang yang dibunuh tentera kerajaan," kata pertubuhan itu. 

Reuters

Dihukum Gantung

Posted: 28 Apr 2011 06:40 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



ALOR SETAR: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dengan menghentak kepala mangsa menggunakan seterika serta menikam dada dan leher mangsa bertubi-tubi menggunakan gunting, dua tahun lalu.

Pesurujaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Adnan Abdul Rahim, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Zaki berkata, selepas meneliti penghujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwa mempunyai bukti kuat untuk mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh.

"Ketika membela diri, tertuduh tidak menafikan melakukan kecederaan kepada si mati tetapi mendakwa tiada niat untuk membunuh si mati. Saya tiada pilihan lain kecuali menjatuhkan hukuman mati," katanya sebelum menjatuhkan hukuman itu.

Mengikut fakta kes, Mohamad Adnan dituduh membunuh Nur Bahirah Ishak, 22, di sebuah rumah bernombor 157, Lorong Perak 2, Taman Perak, Kulim, antara jam 10.30 hingga 10.45 pagi pada 17 Mei 2009.

Tertuduh berasal dari Simpang Ampat, Pulau Pinang didakwa membunuh mangsa dengan menghentak kepalanya menggunakan seterika serta menikam bertubi-tubi dengan gunting termasuk di bahagian dada sebelah kiri dan leher akibat perselisihan faham.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili peguam, K Padmanathan.

Mohamad Adnan yang memakai kemeja-T kelihatan tenang dan hanya menundukkan kepala selepas mahkamah menjatuhkan hukuman itu.

Pada 18 Mei 2009, akhbar ini melaporkan seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda yang dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya.

Mangsa, Nurbahirah Ishak, 22, bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik di rumahnya di Taman Perak, di sini.

Dua Kali Terkejut

Posted: 28 Apr 2011 06:20 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MARAN: Seorang peneroka yang terlelap di ruang tamu rumahnya ketika menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Real Madrid menentang Barcelona, awal pagi semalam, tergamam apabila dikejutkan tiga penyamun yang mengacukan parang di lehernya dalam kejadian samun di Felda Jengka 18, dekat sini.

Kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa Ramli Saad, 58, sekali lagi terkejut apabila diberitahu tiga penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya.

"Saya lihat ramai orang berkumpul di situ dan apabila sampai di sana, seorang rakan memberitahu ada penyamun kena tembak dan mereka adalah kumpulan yang menyamun saya," katanya Ramli berkata, dia terjaga daripada tidur apabila badannya ditepuk seorang daripada tiga penyamun terbabit yang turut mengacu parang di lehernya sebelum tangannya diikat menggunakan dawai ampaian, manakala mukanya ditekup dengan tuala.

Selepas diikat dan diarahkan diam, penjenayah bertopeng dipercayai warga asing itu menggeledah rumahnya dan melarikan empat telefon bimbit serta wang tunai RM300.

Ramli yang juga pembekal baja berkata, ketika kejadian dia berseorangan di ruang tamu rumahnya, manakala isterinya, Normah Khalid, 53, dan tiga anaknya serta dua cucunya nyenyak tidur dalam bilik.

"Saya memang 'kaki bola' dan menyokong pasukan Barcelona terlelap seketika sementara menunggu perlawanan itu bermula.

"Saya sama sekali tidak menyangka apabila dikejutkan tiga lelaki bertopeng yang mengacu parang ke leher saya," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir dicederakan.

"Selepas menggeledah kira-kira lima minit, mereka melarikan diri apabila gagal membuka tiga pintu bilik tidur di rumah saya.

"Mereka hanya melarikan empat telefon bimbit dan dompet saya mengandungi wang tunai RM300," katanya memaklumkan penyamun terbabit masuk melalui bahagian belakang rumahnya yang sedang diubahsuai.

Ramli berkata, selepas tiga penyamun terbabit melarikan diri, dalam keadaan tangan masih terikat, dia menjerit memanggil anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU).

"Saya bertempik meminta pertolongannya yang kemudian membuka ikatan pada tangan saya dan mengejutkan ahli keluarga yang lain.

"Mereka semua terkejut kerana langsung tidak menyedari rumah kami dimasuki penyamun," katanya yang menghubungi polis selepas itu.

Menurutnya, dia hanya mengetahui penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya apabila keluar ke kedai di simpang masuk Felda berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

"Ketika saya sampai mayat penjenayah itu sudah dibawa polis. Yang tinggal hanyalah Perodua Viva berwarna merah dinaiki mereka tersadai selepas melanggar pokok sawit dan beberapa anggota polis melakukan siasatan," katanya.

Tiga penjenayah terbabit ditembak mati sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felda berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa dan sejam selepas melakukan rompakan.

Keputusan Liga Europa

Posted: 28 Apr 2011 06:00 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Keputusan Liga Europa 

Separuh akhir pertama

Benfica 2 (Jardel 50, Cardozo 59) - Braga 1 (Vandinho 53)

FC Porto 5 (Falcao 49-pen, 67, 75, 90, Guarin 61) - Villarreal 1 (Cani 45) 

Jepun Usul Bajet RM146 bilion Pulih Kawasan Bencana

Posted: 28 Apr 2011 05:40 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



TOKYO 29 April – Kerajaan Jepun semalam menyerahkan bajet sebanyak AS$49 bilion (RM145.873 bilion) kepada Parlimen untuk peruntukan pembangunan semula selepas dilanda bencana gempa bumi dan tsunami.

Pihak pembangkang yang menguasai blok pemerintahan dilihat mempersetujui draf tersebut yang dijangka diluluskan Isnin depan, lapor media tempatan negara ini.

"Ia akan mempercepatkan proses untuk membantu kawasan yang dilanda bencana," kata Menteri Kewangan, Yoshiko Noda kepada pemberita.

Bajet tambahan itu yang telah diumumkan pada minggu lepas merangkumi kerja pemulihan termasuk pembersihan dan pembinaan rumah sementara untuk penduduk yang kehilangan rumah. 

AFP

Pengebom Berani Mati Bunuh 10 Lelaki Syiah di Iraq

Posted: 28 Apr 2011 05:20 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



BAQUBA 29 April – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di kalangan jemaah Syiah di dalam sebuah masjid di tengah bandar Iraq, kata seorang pegawai keselamatan semalam.

Pengebom tersebut meletupkan dirinya sekitar pukul 8.15 malam di dalam masjid Imam al-Hussein di bandar yang terletak 75 kilometer ke timur laut Baghdad sekali gus meningkatkan kebimbangan di wilayah Diyala, kata seorang Kolonel yang mengawal keselamatan di wilayah ini.

Kira-kira 30 jemaah yang lain turut cedera akibat terkena serpihan letupan sambil menyatakan kesemua yang terkorban adalah lelaki. 

AFP

Sukan Arnab Melompat Kian Popular

Posted: 28 Apr 2011 05:05 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


JENA, Jerman - Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Mula diperkenalkan di Sweden pada awal tahun 1980-an, acara yang dikenali sebagai Kaninhop itu memerlukan arnab-arnab melompat melepasi halangan yang terdiri daripada pelbagai saiz serta ketinggian.

SNOPPY melompat satu halangan di sebuah kelab Kaninhop di bandar Jena, jerman

Seekor arnab berwarna putih hitam bernama Snoopy dari bandar Jena, Jerman merupakan bintang di kelab Kaninhop tempatan.

"Snoopy boleh melompat setinggi 60 sentimeter. Ia juga hebat dalam pertandingan dengan pernah menduduki tempat kedua dan ketiga," kata pengasas kelab Kaninhop di Jena, Claudia Fehlen.

Agensi

Penyelam Temui Harta Karun Jutaan Dolar

Posted: 28 Apr 2011 04:50 PM PDT

25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SANTO DOMINGO - Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

SEBAHAGIAN duit syiling dan harta karun yang ditemui oleh kumpulan penyelam Deep Blue Marine

Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.

Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.

"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion.

Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.

Menurut Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.

Bangkai kapal itu kini dipenuhi pasir dan terumbu karang. 

Agensi

Penjenayah diburu Maut ditembak Polis

Posted: 28 Apr 2011 06:00 AM PDT

24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



TAWAU — Polis Lahad Datu menembak mati seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Oyong' selepas disyaki terlibat dalam empat kes rompakan di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditembak di Kilometer 14, Jalan Silam-Kunak pada 7.35 malam tadi setelah melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba meloloskan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata sebelum itu, Oyong yang menunggang motosikal, dikatakan bertemu seorang rakan apabila terserempak dengan sepasukan anggota polis.

"Sebaik keluar di jalan raya, anggota polis memberi amaran agar berhenti, namun tidak diendahkan suspek, sebaliknya memecut motosikal sehingga polis terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer sebelum berjaya memintasnya.

"Selepas dipintas, penjenayah berkenaan turun dari motosikal dan terus melepaskan satu das tembakan ke arah polis. Polis yang bertindak mempertahankan diri melepaskan dua das tembakan dan mengenai perutnya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Polis Daerah seluruh Sabah hari ini.

Polis menemui sepucuk pistol yang berisi lima butir peluru dan 44 peluru hidup di tempat kejadian.

Hamza berkata, polis juga memburu rakan suspek yang dikenali sebagai Dul Kibe, berusia lingkungan 30-an dengan alamat terakhir di Ladang Permai Lahad Datu, yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.

Katanya, Dul amat dikehendaki polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi polis dengan segera.

PAS TAMBUN

Posted: 29 Apr 2011 01:36 AM PDT

PAS TAMBUN


Adik Hariyaasri hidapi sakit jantung : PAS Tambun tampil prihatin membantu

Posted: 29 Apr 2011 01:02 AM PDT

Sumbangan kewangan disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Dr. Khairuddin Dato' Abd. Malek.

Turut hadir Setiausaha dan Ketua Pemuda Kawasan, Ahmad Khair Faizal dan Zairul Azrun Zainal Abidin serta Pengerusi Dewan Himpunan PAS Kawasan Tambun, En. Pavelan serta pimpinan PAS Cawangan Taman Klebang Jaya.


IPOH 28 April- PAS Kawasan Tambun melahirkan rasa simpati kepada keluarga Encik Kuppu Samy A/L Krishnan apabila seorang daripada anaknya menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan rawatan perubatan dengan kos yang tinggi. Kunjungan pimpinan PAS Kawasan Tambun yang diketuai oleh Yang DiPertua Kawasan, Dr. Khairuddin Dato' Abd. Malek ke rumah En. Kuppu Samy di Taman Klebang Jaya telah disambut baik oleh keluarga ini. Anak ketiga mereka, Hariyaasri berusia 3 tahun menghadapi masalah jantung dan memerlukan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Wakil media PASTAMBUN BLOGSPOT turut sama pada kunjungan tersebut telah menemuramah En. Kuppu Samy. Berdasarkan laporan perubatan, penyakit anaknya dikenali sebagai 'verticular septol defect' (VSD) memerlukan rawatan pakar dan kos yang perlu ditanggung ialah RM55,500.
Beliau yang bekerja di sektor swasta dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sangat mengalu-alukan bantuan kewangan dari mana-mana pihak yang berasa simpati.

Dr. Khairuddin ketika ditemubual berkata PAS prihatin kepada nasib yang menimpa keluarga ini dan telah meluluskan sumbangan kewangan dari Tabung Kebajikan Kawasan. " Diharapkan sumbangan tersebut dapat menampung keperluan mereka dan berharap lain-lain pihak juga berasa terpanggil untuk membantu. Ini tanggungjawab kita bersama", ujarnya lagi yang turut ditemani iserinya. Beliau yang juga seorang doktor perubatan mempelawa dua lagi anak Kuppu Samy yang berusia 5 dan 6 tahun untuk mengikuti pra sekolah di PASTI berdekatan.

Sehubungan itu, sumbangan boleh dimasukan terus ke akaun berikut : CIMB 0821-0009163-52-3 di atas nama Kuppu Samy A/L Krishnan atau hubungi Setiausaha PAS Kawasan Tambun, Khair Faizal di talian 017-575 3424 untuk maklumat lanjut.

Peghelih La...

Posted: 28 Apr 2011 11:23 PM PDT

Peghelih La...


GUARD SACKED AFTER WORKING FOR 36 HOURS

Posted: 28 Apr 2011 03:34 AM PDT

Bernama Melaporkan:

KANGAR, April 27 (Bernama) -- A security guard claiming to have worked 36 hours at a stretch was sacked by his employer four days ago without giving him proper notice.

Khamis Tehak, 54, who was stationed at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan here for more than a month, alleged that his service was terminated only through a phone call from his employer on Sunday.

"I was told not to come to work anymore as I had been replaced by someone else," he said, here, today.

Khamis who lives in Pangsapuri Seri Sena, was unhappy with his employer's action and reported the matter to the Manpower Department on Monday.

He said the department advised him to continue working as there was no official letter on the termination of his employment.

However, Khamis said when he went back to work, his employer instructed him to write a resignation letter and asked him to go home.

"My employer alleged that I failed to record my patrolling time and had fallen asleep on duty on the night of April 13 after I did the 36 hours of
duty," he said.

He claimed that on that night there was no electricity due to a fire at one of the school''s buildings, and two colleagues also failed to write a report but were not sacked.

Khamis said he had now lost an income to support his wife and four children aged 13 to 26.

Salam Perjuangan

Posted: 28 Apr 2011 11:03 PM PDT

Salam Perjuangan


SKANDAL VIDEO - QAZAF JALAN TERBAIK

Posted: 28 Apr 2011 03:58 AM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 28 Apr 2011 09:51 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MUNAJAT RAKYAT JOHOR

Posted: 27 Apr 2011 10:35 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Apr 2011 09:19 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Penduduk mahu lampu jalan

Posted: 28 Apr 2011 02:31 AM PDT



Sinar Harian 28 April 2011

TITI - Rata-rata penduduk di sini, meminta pihak berkenaan memasang lampu jalan di persimpangan masuk ke Kampung Seperi dan Titi berikutan sering berlaku kemalangan.

Seorang penduduk Kampung Seperi, Abd Ghani Abdul Talib, 60, berkata, keadaan jalan yang gelap pada waktu malam menyukarkan kenderaan keluar masuk ke kampung berkenaan.

Menurutnya, simpang itu juga berdekatan dengan sebuah sekolah berasrama penuh yang sering digunakan pelajar dan pelawat.

"Baru-baru ini, berlaku satu kemalangan di kawasan jalan ini melibatkan sepasang suami isteri. Suaminya meninggal dunia dan isterinya cedera parah.

"Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat menyediakan kemudahan ini bagi mengelakkan perkara sama berulang lagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Katanya, selain itu, kawasan sekitar pintu masuk ke Kolej Komuniti Jelebu juga tidak dilengkapi lampu jalan dan menyukarkan pelajar untuk keluar masuk ke kawasan kolej.

"Isu lampu jalan ini sudah lama dibangkitkan penduduk dan berharap agar ia dapat diselesaikan segera," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9024118.asp

PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Apr 2011 07:19 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Dan Pakatan Harus Bersatu Untuk Tumpaskan BN Dalam PR13 !!!

Posted: 27 Apr 2011 10:31 PM PDT

Kenyataan akhbar PAS Miri

28 April 2011 - Merujuk kepada laporan dan kenyataan Setiausaha agungnya DAP, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi. Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti. "Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tinggi daripada 30 peratus," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

PAS Miri menghargai pandangan dan pengakuan jujur seorang pemimpin tertinggi DAP yang mengatakan tanpa sokongan kaum bumiputera mana mungkin DAP dapat menang dengan selesa tanpa sokongan kaum bumiputera sama ada di Bandar atau di kawasan luar Bandar. Dengan kerjasama yang erat diantara parti kompenan dalam Pakatan juga antara faktor kemenangan besar DAP dalam Pilihanraya Sarawak yang lalu. Walaupun DAP menang besar dalam kawasan Bandar tidak semestinya kemenangan tersebut hanya sokongan dari pengundi Cina tetapi faktor yang disebut oleh Lim Guan Eng jelas menujukan bahawa Pakatan perlu kerjasama dan lebih terbuka lagi untuk semua kaum dan ini akan meningkatkan sokongan rakyat kepada Pakatan.

Hanya dengan kerjasama yang erat saja semua parti dalam Pakatan boleh menang dalam pilihanraya. DAP atau mana-mana parti tidak akan berjaya kalau mereka bersendirian, ini sudah terbukti apabila DAP Berjaya menawan 2 Dun dalam kawasan parlimen Miri iaitu Pujut dan Piasau dimana dulu kawasan tersebut adalah kubu kuat SUPP/BN. Tanpa kerjasama dari rakan kompenan dalam Pakatan seperti PAS dan PKR maka susah untuk DAP menang dalam kawasan tersebut, inilah hasil yang dapat daripada kerjasama semua pihak dalam Pakatan. Untuk membuktikan bahawa DAP tidak bersifat perkauman dan hanya bertanding dalam kawasan Bandar maka kita perlu tunjukkan kepada rakyat dalam PR13 nanti bahawa rakan DAP dalam pakatan seperti PAS juga perlu diberi peluang yang sama untuk bertanding dalam kawasan Bandar untuk membuktikan bahawa PAS juga bukan parti ekstrimis dan perkauman.

Di antara Bandar yang PAS aktif sekarang adalah Bandaraya Miri, PAS juga mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dapat membantu PAS dalam menggerakkan operasinya dalam kawasan Bandar. DHPP di anggotai oleh semua kaum termasuk Cina, Iban,orang ulu dan lain-lain. PAS yakin kalau Pakatan dapat memberi ruang untuk PAS bertanding dalam kawasan Bandar seperti Miri, Insy-Allah dengan kerjasama yang erat dan kukuh PAS dan Pakatan dapat buktikan bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah gabungan yang lebih baik untuk semua golongan tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik. Tidak mustahil untuk PAS menang dalam kawasan Bandar sekiranya kerjasama yang erat dan kukuh diantara parti komponen dalam Pakatan dijalinkan dengan baik dan sokongan dari masyarakat cina dalam Bandar yang mempunyai banyak maklumat tentang PAS kalau dibandingkan dengan masyarakat luar Bandar yang masih jauh ketinggalan dari segi mendapat maklumat dan infrastructure.

Dengan ini PAS sekali lagi menyeru agar Pakatan rakyat dapat bekerjasama dalam semua hal yang melibatkan kebajikan rakyat. Hanya dengan kerjasama yang erat dan kukuh dalam Pakatan saja harapan rakyat untuk melihat perubahan akan tercapai. Pakatan rakyat mesti buktikan yang Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih baik dari Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang dan dengan ini kita yakin Pakatan akan dapat diterima baik oleh semua golongan masyarakat. PAS dan Pakatan untuk semua.

PAS Miri

English version : A press statement from PAS Miri


Referring to the reports and statements from DAP secretary-general Lim Guan Eng said Statistics show that without support from non-Chinese voters, DAP would have won only six seats during the Sarawak polls. DAP said the statistics clearly show that the party's successes in Sarawak could not have been achieved solely with the backing of Chinese voters. PAS Miri appreciate the views and honest confession from a DAP top leader says without the support from non-Chinese wherever possible for DAP to win comfortably without the support of indigenous people in the town or in rural areas. With close cooperation among the component parties in the coalition is also the factor for DAP to success in the Sarawak general election recently. Although DAP won in the city area it is not necessarily the only winning support from Chinese voters, but other factor mentioned by Lim Guan Eng clearly directed that the coalition should be more cooperation and more open to all races and this will increase public support for the coalition. Only close cooperation with all parties in the coalition will win the election.

DAP or any other party will not succeed if they are alone, when DAP has been proven successful in charming 2 Dun in Miri constituency of Pujut and Piasau where that this area is the stronghold of SUPP / BN. Without the cooperation of the component of the alliance partners, such as PAS and PKR, it is so hard for DAP to win in these areas, this could result from the cooperation of all parties in the coalition. To prove that DAP is not racist and only compete in the city area, so we have to show to the people in this coming general election (PR13) that the coalition partners, such as PAS should also be given equal opportunity to compete in the city to prove that PAS is not extremist and racist party .

Among the City that PAS active now is Miri city, PAS also has PAS Supporters Association Board (DHPP) that will help PAS to drive the operations in the city. DHPP is belonging to all people, including Chinese, Iban, Orang Ulu and others. PAS sure if Pakatan give full support to PAS for competing in the town such as Miri, Insy-Allah with the close cooperation and strong Support from the coalition, Pakatan can prove that is to be a better combination for everyone regardless of race, religion and political affiliation. It is not impossible for PAS to win in the town area with the close and strong cooperation among the component parties in the coalition forged with the good and the support from Chinese communities in the city with a lot of information about the PAS when compared with the rural communities are still far behind in terms of getting information and infrastructure.

With this PAS once again calling for PR to cooperate in all matters that affecting the welfare of the people. Only with close collaboration and strong in the coalition the people hope for change will be achieved. PR must prove that the Pakatan Rakyat (PR) is better than the Barisan Nasional (BN). With this we are confident that this coalition will be well received by all communities. PAS and the Coalition for all

PAS Miri

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 28 Apr 2011 07:18 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


“Mereka Menjadikan Sumpah-sumpah Mereka Sebagai Perisai, Lalu Mereka Menghalangi (manusia) Dari Jalan Allah.....

Posted: 28 Apr 2011 09:15 AM PDT

Trio 'Datuk T' mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini. Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar," katanya. Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah. Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral [UM 20/04/11].

Berdasarkan pendedahan di atas, nampaknya kes video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim itu telah melangkah ke babak seterusnya iaitu babak 'sumpah laknat' pula, demi membuktikan dakwaan pihak terbabit. Dalam babak sebelum ini, Ketua Polis Negara telah membuat pengesahan bahawa video tersebut adalah tulen setelah dilakukan ujian ke atasnya. Selepas itu pula, entah macamana video tersebut telah terlepas ke laman youtube. Pihak polis menafikan bahawa mereka yang memuatnaik video tersebut. Trio Datuk T juga menafikan yang mereka berbuat demikian. Aneh sungguh, video tersebut yang disahkan hanya ada dalam pemilikan Datuk T dan pihak polis sahaja, namun kedua-dua pihak menafikan memuatnaikkannya ke laman youtube! Jadi, entah siapalah yang melakukannya, hanya Allah dan pelakunya sahajalah yang mengetahui. Apa pun, beberapa babak telah berlalu sebelum kes ini mungkin dibawa ke mahkamah sebagai babak berikutnya.

baca artikel penuh...di sini.

PAS LENGGONG

Posted: 28 Apr 2011 07:15 PM PDT

PAS LENGGONG


SK beri DNA pasal apa pula?

Posted: 28 Apr 2011 03:54 AM PDT

Barangkali ada teknology yang boleh memastikan DNA seseorang dalam vedio agaknya. Kalau begitu suruh Rahim tambi chik serah DNA dan minta compare dengan anak budak yang dibawah umur yang menyebabkan YAB Lim Guan Eng masuk penjara dulu.
Semalam s k serah dna kenapa tidak diketahui.
Harini wartawan haramjadah minta pula dna dari anwar. semoga laknat Allah ke atas wartawan itu.
Kalau dia belum kawin semoga dia dapat laki seorang perogol. Kalau dah kawin ada anak semoga jjjjjjjjjjjjjj

Kenapa Gobala keluar PKR- Barangkali ini sebabnya.

Posted: 27 Apr 2011 10:17 PM PDT

Keputusan kes rayuan Gobala ditangguh

April 28, 2011

Kes beliau ditangguh berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Wahab bercuti kerana ibunya meninggal dunia semalam di Terengganu.

GEORGE TOWN: Keputusan kes rayuan Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng berkata keputusan kes rayuan itu yang sepatutnya dibuat hari ini, ditangguhkan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Wahab bercuti kerana ibunya meninggal dunia semalam di Terengganu.

Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lalu selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikenakan denda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret.

Beliau dituduh dengan sengaja menghalang Cif Insp V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira 12.20 tengah hari, 29 Jan 2002 dan ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.

Berikutan itu, Gobalakrishnan berdepan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Padang Serai.

Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Malaysia, seseorang Anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Gobalakrishnan dan peguamya R.S.N. Rayer tidak hadir di mahkamah hari ini.

– Bernama

Guru- Keringat di perah, pengiktirafan meleset.

Posted: 27 Apr 2011 10:09 PM PDT

Guru di panggil bertugas diluar elaun perjalanan untuk selepas 100km ialah tambang teksi 20sen/km.

Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 27 April: Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji guru tahun ini, ekoran bebanan hidup akibat kenaikan harga barangan, membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh PAS berhubung perkara itu selama ini adalah benar.

Walaupun kerajaan BN menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai termasuk penjawat awam, tuntutan Cuepacs yang mewakili sektor awam ternyata dengan sendirinya telah mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji guru tahun ini.

Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN.

Katanya, disebabkan realiti itulah, PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyusun perkara itu dengan kemas dengan menjanjikan pemberian elaun khas sebanyak RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberikan amanah oleh orang ramai memerintah negara ini dalam PRU Ke-13 ini, seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

"Itu dah ditegaskan oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam Janji 100 Hari Pertama Pakatan Rakyat, namun ia ditertawakan oleh kerajaan BN dengan mengatakan kerajaan akan bankrap jika dilaksanakan perkara itu.

"Pada hal hujah kerajaan BN itu ternyata meleset kerana janji itu sendiri dibuat oleh Pakatan Rakyat setelah mengambil kira segala aspek termasuk kemampuan kerajaan dari segi kewangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Bernama hari ini melaporkan, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Katanya, penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka.

Selain itu, beliau berkata, Cuepacs turut mencadangkan agar bantuan sara hidup (COLA) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

"Ini kerana kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar," katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis di Kangar.

Cuepacs juga, katanya, mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, PAS memang bersetuju dengan tuntutan itu, malah ia bukan sahaja perlu mengambil kira penyelarasan gaji guru, tetapi juga penjawat-penjawat awam lain.

"Malah dalam hal ini, PAS dan Pakatan Rakyat sendiri berharap agar sektor awam sendiri turut menyokong segala perkara yang dijanjikan seperti yang digariskan dalam Buku Jingga kerana itu semua telah mengambil kira segala keperitan hidup rakyat di semua peringkat," katanya.

Selain itu, katanya, sektor awam dan orang ramai di semua peringkat juga perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana turut berhasrat untuk melakukan pelbagai kebaikan lain lagi jika diberikan mandat memerintah negara, termasuk untuk menangani masalah tol seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

"Kenaikan tol juga telah kita kenalpasti sebagai punca bebanan hidup rakyat. Jadi jika masalah tol dapat ditangani dengan baik, ia pasti akan turut mengurangkan bebanan hidup kakitangan awam dan semua pihak," tegas beliau.

TV9 - Niat jahat.

Posted: 27 Apr 2011 10:05 PM PDT

Berita tentang kes DSAI.
Di skrin tv tertera gambar DSAI dan tulisan " dipanggil untuk membela diri"
tindakan itu seperti menghina mahkamah dan menghina DSAI.
kerana itu celakalah sesiapa yang berada di TV9.
Semoga Allah melaknat hangpa dunia hingga akhirat.

Di Pudu Raya pula lain ceritanya.

Posted: 27 Apr 2011 10:04 PM PDT

Lot Bazar Tok Guru kecil atas kehendak persatuan
M Faqih

KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal.

Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh.

Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah.

Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga.

Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010.

"Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit.

"Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit.

"Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga.

Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit.

Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar.

Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi.

"Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan.

"Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin.

Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK.

Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru.

Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun.

Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga.

"Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000.

"Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 28 Apr 2011 07:14 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Menjelang usia 33 tahun, kita bukan lagi anak bongsu

Posted: 28 Apr 2011 07:04 AM PDT

Esok 29 April 2011, untuk kali yang ke 33, PAS Kawasan Setiu akan mengadakan mesyuarat agong  sebagai menunaikan tanggungjawab tahunan sebuah parti politik yang sah berdaftar mengikut undang-undang negara dan yang lebih penting bagi melaksanakan amanah sebagai ahli sebuah gerakan Islam yang berjuang bagi meninggikan kalimah Allah. Sungguh! apabila kita dipilih oleh Allah sebagai pendokong perjuangan Islam ini, ia benar-benar suatu tuah anugerah Allah.

Setiu, kawasan bongsu dari segi usia. Dari PRU pertama 1959 hingga PRU ke 6 1982, Setiu masih dikenali sebagai DUN Setiu, PRU ke 7 1986 barulah Setiu wujud sebagai parlimen.
Walaupun Setiu tampil sebagai kawasan parlimen bongsu di negeri Terengganu, tetapi ianya bukan suatu alasan untuk kita berlagak sebagai anak bongsu yang manja, apatah lagi usia kita telah menjangkau 33 tahun, suatu usia yang sudah cukup matang dalam kehidupan seorang insan. Dalam usia sebegini, banyak garam kehidupan yang telah dikecapi kemasinannya, kita telah melalui pengalaman pahit maung, jatuh bangun, suka duka, kemenangan dan kekalahan. Semua ini memantangkan kita.  Lantas kita perlu tampil kehadapan dengan penuh keyakinan dan kemulian, bukan kerana diri kita, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokongi.

Tanpa kita melupakan sahabat seperjuangan yang telah mendahului kita mengadap Allah. Allahyarham Haji Lokman Abdul Kadir, YDP PAS Setiu yang pertama, Allahyarham YB Haji Mohamad Hitam, Bekas ADUN Langkap yang meninggal dunia ketika masih berkhidmat sebagai ADUN, Allahyarham Ustaz Rozali Ahmad, bekas bendahari PAS Setiu, Allahyarhamah Hajah Hamidah Daud, bekas ketua Dewan Muslimat PAS Setiu. Mereka semua telah mendahului kita dan kita yang masih tinggal meneruskan perjuangan ini sebelum kita juga akan dipanggil mengadap Tuhan Maha Pencipta. Pastinya tidak ada amal bakti yang lebih besar  untuk kita bawa sebagai bekalan mengadap Allah lebih daripada bakti kita kepada perjuangan Islam.

Kita perlu bertekad untuk menjadikan Mesyuarat Agong ini sebagai titik perubahan (turning point). Kalau bukan di sini dan saat ini, di mana lagi? Mempertahankan kelesuan ciptaan sendiri tak akan banyak membantu kita dan orang lain tak akan mampu merangka suatu agenda perubahan bagi kita kalau bukan kita sendiri yang mengorak langkah.  Kekalahan yang sebenar bukanlah kerana kita jatuh, tetapi apabila kita tidak mampu untuk bangun kembali setelah jatuh. Marilah kita bangkit sebagai seorang pejuang. Kekurangan masa lalu adalah pengalaman dan pelajaran. Kita perlu melihat hari depan dengan penuh harapan. Kata Mujahid Islam, As Syahid Syed Qutb. "Hari esok untuk Islam."

Setiap perkara dalam kehidupan ini telah ditentukan kaedahnya oleh Allah. Untuk meraih kejayaan dan kemenangan juga telah ditentukan pra syarat oleh Allah. Mematuhi pra syarat bermakna kita layak untuk diberi anugerah kemenangan, tanpa mematuhi pra syarat natijahnya pasti sebaliknya. Kata-kata Amirul Mukminin Khalifah Umar ketika menghantar tentera pergi berjuang perlu menjadi renungan. "Aku lebih takutkan dosa dan maksiat kamu kepada Allah, lebih dari takutkan kekuatan yang dimiliki musuh kamu..."

Para perwakilan perlu menjadikan ruang mesyuarat agong sebagai medan muhasabah terbaik. Ada kekurangan yang perlu ditampung, ada yang tiada perlu diadakan, ada yang terlebih perlu dikurangkan, ada yang baik perlu diteruskan. Perjuangan ini adalah milik kita bersama. Pemimpin yang melangkah ke hadapan, perlu sekali sekala menoleh ke belakang. Jangan terlalu laju sehinggan pengikut ketinggalan jauh dan jangan terlalu perlahan sehingga terpijak kaki... AllahuAkbar

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 28 Apr 2011 07:07 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


10 Rakyat Malaysia terlibat dalam penyeludupan Dadah

Posted: 27 Apr 2011 10:25 PM PDT

10 keldai dadah ditahan

KUALA LUMPUR 27 April — Sepuluh rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand, semalam selepas didapati cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta).

Akhbar New Zealand Herald melaporkan, dadah jenis methamphetamine itu ditemui disorokkan dalam kasut suspek.

Laporan menyebut, kastam membuat tangkapan itu selepas menahan dua rakyat Malaysia daripada sekumpulan pelancong yang tiba di lapangan terbang tersebut pada tengah hari semalam.

Selepas diperiksa dan disoal siasat, pihak berkuasa mendapati mereka membawa methamphetamine atau 'P' dalam kasut masing-masing, sebelum bertindak mengesan kumpulan pelancong terbabit.

"Kesemua mereka didapati membawa antara 800 gram dan sekilogram P dalam kasut masing-masing. Nilai semasa P dianggar NZ$1 juta (RM2.4 juta) sekilogram," kata akhbar itu.

Lapan lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an dan lewat 60-an itu dijadual dihadapkan ke Mahkamah Daerah Manukau hari ini.

Laporan itu memetik Pengurus Siasatan Dadah Kastam Mark Day sebagai berkata, tangkapan tersebut membabitkan bilangan 'keldai dadah' teramai dalam satu operasi di New Zealand.

"Dengan menyertai kumpulan pelancong yang dilihat sebagai sah, penjenayah ini cuba mengikuti corak perjalanan yang biasa dilakukan pelancong agar tidak dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi," katanya.

Menurut Kementerian Luar Malaysia, sehingga 31 Mac tahun ini seramai 833 daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah kerana kes dadah. — BERNAMA

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 28 Apr 2011 03:42 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BALACI' PENZINA' YANG DISEGANI POLIS NAK BERSUMPAH KAT MASJID !

Posted: 28 Apr 2011 01:33 PM PDT


Balaci UMNO merangkak Pencacai Najis dan Pak Pacak dalam bilik bersama pelaku seks video laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.
Beliau dan Pengerusi RISDA adalah perosak agensi kerajaan pejuang Pekebun Kecil dengan Menteri KKLW yang tak bertanggungjawab Safie Apdal Menteri kena mengena dengan Shuib salah seorang trio Datuk T.
Sudah pasti Polis akan kata mereka tidak akan terlibat dan tak tahu menahu seperti yang berlaku di Carcosa. Cuma kalau ada deonstrasi dar pihak Pakatan Rakyat atau rakyat barulah Polis berduyun-duyun akan turun siap tambah penyembor air lagi.

Bagaimanapun, BELUM PASTI sama ada 2 lagi anggota Datuk T - Pengerusi RISDA Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas ketua menteri Melaka) dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk dengan berkata "Eskay (bersumpah) wakili semualah."
'Atas nama Allah, Rasulullah'

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya. Mungkin beliau tak jadi bersumpah kalau tokoh tidak membenarkan. Yang pelik kenapa Masjid di Sentul kenapa tak Masjid Putrajaya atau Masjid Besi di Putrajaya berdekatan rumah PM? Saiful liwat bersumpah pun paling lekeh di Masjid Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.

ORANG RAMAI TERKEJUT PEGAWAI SPRM MENIPU !

Posted: 27 Apr 2011 09:52 PM PDT

CI: Pegawai SPRM berbohong
Suruhanjaya diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mendapati seorang pegawai SPRM memberi kenyataan tidak betul kepada pihak polis mengenai masa dia meninggalkan Plaza Masalam pada hari itu Teoh dijumpai mati dua tahun lalu.

Pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14 menara komersial Plaza Masalam dan Teoh dijumpai mati koridor perkhidmatan tingkat lima pada 16 Julai 2009.
Perselisihan masa tersebut, dibangkitkan oleh peguam Majlis Peguam, Cheow Wee ketika menyoal penolong pegawai penguatkuasa SPRM di Klang, Zukefly Aziz, yang merupakan saksi ke-55 RCI.

Cheow berkata Majlis Peguam mendapati dari rakaman CCTV bahawa Zukefly meninggalkan pejabat pada jam 6.59 pagi 16 Julai 2009 - bercanggah dengan kenyataan awalnya kepada polis yang dia meninggalkan pejabatnya pada jam 3.15 pagi hari tersebut.

Katanya, beliau membanding rakaman kenyataan polis polis baru-baru ini dan menemui percanggahan tersebut.

Zulkefly berkata, beliau tidak tahu tentang rakaman CCTV yang menunjukkan dia meninggalkan bangunan itu kemudian.

Cheow kemudiannya bertanya mengapa Zulkefly pergi semula ke pejabatnya (di Klang) pada 10 pagi 16 Julai untuk dua jam sahaja dan kemudian pulang ke rumah selepas itu?

Zulkefly menjawab dia sebenarnya tidak pulang ke pejabat hari itu.

Orang ramai di galeri awam itu kedengaran terkejut kerana dalam keterangannya semalam, Zulkefly berkata dia pergi ke pejabat pada 17 Julai 2009 melaporkan diri untuk bekerja.

Cheow kemudiannya bertanya sama ada beliau telah mengubah keterangannya?

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam keterangan hari ini, Zulkelfly memaklumkan beliau tidur di surau bangunan Plaza Massalam di tingkat 13 pada 3.15 pagi hingga 6 pagi namun selepas itu beliau kembali semula ke pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 tetapi beliau tidak mempunyai kad laluan untuk memasuki pejabat.

"Saya kemudiannya pulang ke pejabat SPRM Klang pada 7 pagi, 16 Julai 2009 untuk punch card dan terus pulang ke rumah," katanya.

Ketika disoal Cheow adakah beliau sedar rakaman percakapannya telah bercanggah dengan kenyataannya hari ini, Zulkelfly berkata: "Seminggu selepas rakaman itu saya sedar dan pada saya tiada 'point' yang relevent."
Jawapan yang diberikan oleh Zulkelfly turut ditegur pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen agar memberi kerjasama yang baik untuk membantu suruhanjaya itu menyiasat kematian Teoh.

Zulkelfly turut bersetuju dengan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom bahawa perkara ini berlaku mungkin disebabkan kecuaian beliau ketika memberi keterangan kepada pihak polis.

Sementara itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Yusmizan Mohd Yusof memberitahu suruhanjaya beliau tidak terlibat dalam operasi di kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

aya cuma pergi ke syarikat Kim Tan Enterprise pada 15 Julai 2009 dengan rakan sekerja, Shazlin untuk mengesahkan sama ada syarikat itu membekalkan buku sekolah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sg Way," katanya ketika disoal peguam Edmund Bon dari Majlis Peguam.

Mohd Yusmizan memaklumkan beliau rapat dengan Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus namun selepas dua bulan kematian Teoh, Mohd Ashraf dilihat kurang bercampur dengan pegawai-pegawai SPRM yang lain.

Beliau juga bersetuju dengan Edmund bahawa Mohd Ashraf ada menghubunginya pada hari mayat Teoh dijumpai di tingkat 5, bangunan Plaza Malasam, pada 16 Julai 2009 namun panggilan yang diterima daripada rakan karibnya itu (Mohd Ashraf) hanya untuk memaklumkan mengenai ada rumah yang ingin dijual.

"Saya memang sedang mencari rumah untuk dibeli namun ketika Mohd Ashraf menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai rumah itu saya rasa tidak berminat dan saya hanya memberitahu kepada Mohd Ashraf mengenai kematian Teoh dan memintanya supaya datang ke pejabat SPRM, Selangor.

"Saya agak terkejut apabila Mohd Ashraf memaklumkan tiada sesiapa pun yang menghubunginya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu dan saya adala

Sementara itu, Zulkefly menafikan ada menghantar atau menerima kandungan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan sejawatannya meminta bersabar dua hari selepas kematian Teoh Beng Hock.

Zulkelfly berkata, ini adalah kerana telefon bimbit berkenaan bukan miliknya.

Penafian itu dibuat apabila buat pertama kalinya suruhanjaya itu memberi kebenaran kepada saksi membuat panggilan telefon semasa prosiding sedang berjalan.

Panggilan telefon itu dibuat oleh Zulkelfly pada 11 pagi hingga 11.15 pagi bagi mengesahkan kandungan SMS yang didakwa oleh peguam Cheow Wee dari Majlis Peguam bahawa ia telah dihantar oleh Zulkelfly pada 18 Julai 2009 kepada pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail.

Cheow Wee kemudiannya membacakan kandungan SMS dalam prosiding kepada Zulkelfly yang terkenal dengan gelaran 'Ustaz Zul'.

"Sabar banyak-banyak bro. Gunakan pengalaman yang ada untuk selesaikan masalah...lari bukan jalan penyelesaian doa orang yang teraniaya tiada hijab di sisi Allah pasti pegawai atasan beri sokongan."

Bagaimanapun, selepas menelefon nombor yang diberi Cheow Wee, Zulkelfly memberitahu suruhanjaya itu pemilik nombor telefon yang sebenar ialah 'Zul', dan bukan dirinya berdasarkan penerima panggilan itu.
-malaysiakini-

DAFTAR PEMILIH SPR NAFI ALAMAT PENGUNDI SEBENAR !

Posted: 27 Apr 2011 07:27 PM PDT

SPR pamer Rang Daftar Pemilih tambahan mulai hari ini ?

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamer Rang Daftar Pemilih tambahan bagi suku pertama tahun 2011 untuk semakan orang ramai mulai esok hingga 4 Mei.
Seminggu jer ! Apa yang kita boleh buat ! Bagilah 2 minggu sekurang-kurangnya untuk rakyat semak.
Apa yang perlu kita semak ?
1. Nama pengundi baru - pastikan kita buat kaji selidik kewujudan pengundi itu dan rumah yang diduduki melalui alamat dalam daftar pemilih. Biasanya memang sukar kerana penggunaan lokaliti.
2. Nama pengundi yang bertukar tempat mengundi - Kita perlu ada pengkalan data seluruh Malaysia bagi mengesan duplikasi no kad pengenalan yang sama. Biasanya kalau guna pengkalan data setakat satu negeri , sukar mengesan orang yang sama wujud lagi di tempat yang lain.
3. Nama pengundi yang telah meninggal dunia atau mati. Sewajarnya kita semak benarkah penama sudah mati atau meninggal dunia? Pastikan periksa data induk lagi sekali agar kita dapat kesahihan rekod simati telah dibuang selepas Daftar Pemilih ini telah diterima kelak.


Yang rakyat geram dan fakta menyusahkan ialah penggunaan lokaliti . SPR menggunakan lokaliti jadi pengganti alamat. Contoh pengundi pengundi di taman rumah semi-detached tetapi lokalitinya bersama perumahan pangsapuri. Biasanya no. rumah akan bertindan atau sama padahal rumah berlainan taman dan jenis rumah. Ini dikatakan sengaja dibuat begitu agar lawan Barisan Nasional sukar mengesan pengundi semasa hari pengundian semasa pilihan raya.
Kadang kala ada kes pelabagai bangsa dan berlainan agama menggunakan lokaliti yang sama.
Dan ada juga kes di mana alamat pengundi memang tidak wujud apabila dibuat pemeriksaan.

PAKATAN RAKYAT SUDAH DAHULUI SARANAN & SOKONGAN PADA CADANGAN CUEPACS

Posted: 27 Apr 2011 06:13 PM PDT

Cuepacs Minta Kerajaan Selaras Gaji Seimbang Kenaikan Harga Barang

KANGAR, 27 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini,berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka,kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan. Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

BERNAMA

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 28 Apr 2011 03:32 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAK TENGOK VIDEO SEKS 2... KLIK SINI...

Posted: 28 Apr 2011 03:18 AM PDT

Kepada yang belum tonton lagi boleh le klik sini.


(Klik pada gambar untuk Download)

DATUK T AKAN SUMPAH DILAKNAT ESOK KAT MASJID AMRU AL AS

Posted: 28 Apr 2011 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang "Datuk T" yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim — akan melakukan sumpah laknat esok.


Justeru beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.

Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar Anwar untuk turut serta.

Menurut Shazryl, hanya beliau sahaja yang akan melakukan sumpah laknat, namun dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan hadir dan solat Jumaat bersama-sama sebelum melakukan sumpah laknat.

"Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu.

"Sekiranya Anwar masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video itu, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru al-As," katanya pada sidang media di sini.

..sekali lagi Masjid bakal dikotori oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab...

AWAT 'ARTIS' YG MASUK UMNO HARI TU TAK DAPAT 'DATUK'?

Posted: 28 Apr 2011 12:18 AM PDT

Sebelum ni kecoh pasak AC Mizal bakal dapat datuk daripada YM Sultan Pahang bersama-sama dengan Zul Katak. Tetiba artis yang dapatnya M. Nasir & Ramli MS.


Dengar cerita dari Datin pada Datuk Akhbar yang dapat pingat bersama-sama . Nasir & Ramli MS hari tue, kes nafkah yang membuatkan YM Sultan Pahang murka untuk menganugerahkan datuk pada dia.

Ac Mizal pernah ditahan berikutan kes tak bagi nafkah kat anak dia sebab apa guna dapat datuk kalau Dato tapi still tak boleh bagi nafkah kat anak lagi kan?

Tapi kita tak tahu sejauh mana kebenaran kenapa Ac akan isu tak bagi nafkah tu,mungkin ada masalah dalaman atau masalh gelang yang didakwa tipu ….

Apa pun buat AC Mizal moga-moga dah masuk UMNO nie dapat le kenen-kenen dari Najib agar dapat kenen-kenen  mana-mana Sultan bagi Datuk kat hang….wakakakaka…

PANDANGAN YUSUF QARADAWI TENTANG RAKAM VIDEO SEKS

Posted: 28 Apr 2011 12:05 AM PDT

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.


Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:


"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis "barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya…."



Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.


Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

sumber : sebahagian petikan dari http://drmaza.com/home/?p=1379

POLIS BOCORKAN VIDEO KEPADA BLOGGER UMNO?

Posted: 27 Apr 2011 09:13 PM PDT

"Bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?"- Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,"

"Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

"Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya.

... Kan Polis Malaysia terbaaaikkk....

APA CER? VIDEO SEKS KEDUA DIDEDAHKAN OLEH WAKPARJOSUDORNO!

Posted: 27 Apr 2011 06:51 PM PDT

Apa lagi... itulah kerja Utusan Meloya mensensasikan Video Seks siri-2. Mungkin ini sebab itu Dr Haron Din mengharamkan membaca Utusan Meloya.

Rakaman bahagian kedua video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara berdurasi selama satu minit 47 saat diberi judul Papa Nurul Izzah Part II telah dimuatnaikkan oleh individu yang menggunakan nama 'wakparjosudorno' semalam. Rakaman ini merupakan sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.



Video ke dua ini seperti yang vedio yang pertama dulu yang turut memaparkan imej sekurang-kurangnya dua individu yang berbeza...


 

MENATANG APA NADIR BUMI / TANAH JARANG?

Posted: 27 Apr 2011 05:44 PM PDT

Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai Loji Nadir Bumi (Rare Earth/Tanah Jarang) yang akan beroperasi di Kuantan dan yang terbaru di BUkit Merak pulak. Apa sebenarnya Nadir Bumi ini? Tuan-tuan tahu? Saya pun tak tahu?. Samada kita hendak membantah atau menyokong projek Nadir Bumi ini , mari terlebih dahulu kita belajar sikit mengenai Nadir Bumi.

Apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ?

Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.

Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :
Prometium - Bateri Nuklear
Scandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Thulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium - Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium - Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik



Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.

Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.

Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.

Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.

Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.

MP Pendang

Posted: 28 Apr 2011 01:25 PM PDT

MP Pendang


Anak Sungai Derhaka: MEMALUKAN!! TV3 dikecam Biskop Gereja Katholik...

Posted: 28 Apr 2011 09:09 AM PDT

Anak Sungai Derhaka: MEMALUKAN!! TV3 dikecam Biskop Gereja Katholik...: "Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri An..."
Apa komen Mashiitah dan Jamil Khir pula, bekas pelajar Maahad Mahmud Alor Setar ni, sekolah ana juga la tu, tapi memalukan ana dan rakan-rakan dimaahad kerajaan senyap walaupun fitnah dah bermaharaja lela dibiarkan mereka.
tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

KedahLanie.info: Mai belajaq bab "SUMPAH"

Posted: 28 Apr 2011 08:39 AM PDT

KedahLanie.info: Mai belajaq bab "SUMPAH": "Sumpah: Penjelasan PGSM berhubung mubahalah Harakahdaily KUALA LUMPUR, 28 April: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan baha..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Batu Gajah Mari

Posted: 28 Apr 2011 11:20 AM PDT

Batu Gajah Mari


Polis restu Papa Gomo

Posted: 28 Apr 2011 01:48 AM PDT

Desakan demi desakan terus dibuat oleh Kedailan terhadap pihak polis untuk bertindak namun ianya terus dipandang sepi.. adakah Ahli-ahli Keadilan ini bukan rakyat Malaysia? Sedangkan mereka juga termasuk aku sendiri membayar cukai pendapatan untuk digunakan oleh pihak kerajaan UMNO/BN untuk membiayai seluruh jentera kerajaan..

Video Fitnah: Polis restui blogger Umno-BN

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.


"Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,"

"Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

"Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim.

"Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya?

"Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan.

"Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan," kata Surendran.

Bob Lokman nekat bersara dari dunia Hiburan hipokrit!!

Posted: 27 Apr 2011 09:55 PM PDT

Bob, Din Beramboi (allahyarham) dan Aflin semasa program Raja Lawak Astro

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.

"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu.




Bob Lokman kini menjadi pendakwah sepenuh masa

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 28 Apr 2011 11:08 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


CERAMAH UMUM

Posted: 27 Apr 2011 10:09 PM PDT

Tarikh : 29 APRIL 2011
Tempat : Surau al-Hidayah Cherating Sawmill
Penceramah : Ust Hamid Derani, YB Syed Mohammad Tuan Lonik, Ust Suhaimi Saad




DATANG BERAMAI-RAMAI!!!

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Apr 2011 09:40 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tidak selesa gerai sempit

Posted: 28 Apr 2011 02:31 AM PDT



Sinar Harian 28 April 2011

PEDAS - Peniaga gerai baru di Pekan Pedas memohon supaya Majlis Daerah Rembau dapat memasang 'awning' di bahagian belakang gerai.

Pembantu gerai makan, Jamaliah Ariffin, 54, berkata, ketiadaan 'awning' menyebabkan kedainya terkena tempias hujan selain tidak tahan dengan cuaca panas sehingga menimbulkan rasa kurang selesa ketika memasak.

Menurutnya, kebanyakan peniaga yang memulakan perniagaan sejak dua minggu lalu turut meluahkan masalah sama.

"Justeru, kami memohon supaya pihak berkenaan memahami masalah yang dihadapi, sekali gus mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Kemudahan berniaga diberikan amat dihargai tetapi peniaga di sini berharap permohonan bagi mendapatkan 'awning' dapat diberi perhatian segera," katanya.

Sementara itu, Lee Heng Guan, 51, pula berkata, peniaga bukan sahaja memerlukan 'awning' tetapi juga terpaksa memasak dan meletakkan barang di belakang gerai disebabkan sempit.

"Buat masa ini, peniaga masih patuh dengan arahan iaitu hanya memasak di dalam gerai sahaja, tetapi kami berharap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan masalah ini dengan membenarkan kami menggunakan belakang gerai untuk memasak," katanya.

Menurutnya, pihak berkenaan juga diharap dapat melihat sendiri keadaan di dalam gerai yang semakin sempit kerana dipenuhi peralatan memasak dan ruang membuat air turut tidak selesa.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9023290.asp

Majlis Makan Malam DUN Johol 1 Mei 2011

Posted: 27 Apr 2011 08:20 PM PDT



MAJLIS MAKAN MALAM MTD JOHOL
1 Mei 2011 AHAD Jam 8 malam
Di Dataran Ikhwan, Johol, N.Sembilan
Bersama YB Ustaz Nasaruddin Md Isa, Timbalan Presiden PAS
Kupon RM20
Hubungi : Azman 0196400062, Saharuddin 0136769492, Mazlan 0162076037, Jamalullail 0196237822, Hj Aziz 0162073045, Zuraidah 0133545785

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 28 Apr 2011 09:36 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Kembara Tarbawi Bersama Tuan Guru Presiden PAS 2011

Posted: 27 Apr 2011 10:07 AM PDT



Buat kali kedua, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Program Tarbiyyah berbentuk 'OutDoor', iaitu Kembara Tarbawi Bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS, YB Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2011.

Kembara ini akan diadakan di Cengal Besar, Hulu Dungun yang terletaknya Pohon Cengal yang Terbesar di Asia Tenggara.

Kali pertama, kembara ini telah diadakan di Ayer Putih, Hulu Kemaman pada tahun lepas, yang telah menampilkan lebih 30 buah kenderaan Pacuan empat roda 4X4, yang terdiri daripada pelbagai Kelab Pancuan Empat Roda, seumpama PADAT, RANGGOT dan lain-lain.

Kembara pada kali ini, akan dilancarkan sejurus selepas Kuliah Dhuha Tuan Guru Presiden di Rusila pada Jumaat, 13 Mei 2011, pada jam 10.30 pagi. Kemudian, kembara ini akan bertolak ke Masjid Kampung Nyior, yang Tuan Guru Presiden akan menyampaikan Khutbah Jumaatnya di masjid tersebut, dan semua peserta akan berjamu selera tengahari di sana.

Selepas itu, Kembara akan bertolak ke Felda Ketengah Jaya, untuk agenda Hi-Tea Bersama Tuan Guru Presiden. Satu agenda yang semata-mata untuk mendekatkan lagi masyarakat Felda dengan Tuan Guru Presiden.



Sesungguhnya Kembara ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani, mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan peserta dan memupuk kesedaran serta rasa pertanggungjawaban terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik.[Gambar - Kembara Tarbawi 2010]

Setelah berada di Ketengah Jaya, kembara akan terus ke Cengal Besar. Di sanalah, para peserta Kembara berpeluang berada di sisi Tuan Guru Presiden, terutama melihat peribadi Tuan Guru secara lebih dekat lagi.

Akhirnya, kembara ini akan berakhir pada jam 02 petang, yang akan dipenuhi agenda-agenda yang menarik ketika berada bersama Tuan Guru Presiden di Cengal Besar.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kembara ini, bolehlah merujuk kepada Ketua Urusetia, Ust Faisal Mizan Ambak di talian 019-9085023, atau Pengarah Kembara ini iaitu, Saudara Wan Mohd Hadib Wan Zain di talian 013-9395693.


Jom Kite Bersama Tok Guru!


Ustaz Mohd Azizul Hashim
Setiausaha Kembara Tarbawi 2011

Baca dari sumber

p/s : Nantikan kemunculan posting akan datang : Koleksi gambar sekitar program Kembara Tarbawi 2010....dikumpul dari laman sesawang alternatif.

PAS Kawasan Gerik

Posted: 28 Apr 2011 09:05 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Video Ceramah Bob Lokman Di Markas PAS Kawasan Gerik Kampung Krunai

Posted: 28 Apr 2011 01:36 AM PDT







Pemuda PAS Merbok

Posted: 28 Apr 2011 07:44 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


DPPKM SOKONG TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG KEKAL PRESIDEN

Posted: 27 Apr 2011 10:11 PM PDT



PAS Kedah akan terus menyokong dan mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Abdul Hadi adalah orang yang paling layak memimpin PAS ketika ini kerana berjaya membawa banyak perubahan kepada parti.

pas muktamar 130610 abdul hadi awang"Beliau telah membawa kejayaan besar kepada PAS. Di bawah beliau, kita dapat menawan Kedah...kita juga dapat mengekalkan Kelantan. Beliau juga berjaya meyakinkan ahli-ahli untuk bekerjasama dan berganding bahu di bawah Pakatan Rakyat.

"Dulu kita susah nak bekerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat," kata menteri besar Kedah itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.

Ditanya sama ada beliau berhasrat bertanding jawatan tertinggi parti dalam pemilihan itu, Azizan berkata beliau menyerahkan kepada anggota parti untuk mencalonkannya bagi sebarang jawatan.

"Saya pernah jadi naib presiden tetapi kemudian pemilihan lepas saya tak bertanding. Saya hanya tunggu orang calonkan saya untuk saya bertanding," katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan pemilihan kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit, Azizan berkata pemilihan dalam PAS sengit sejak
dahulu lagi tetapi kurang mendapat perhatian media.

Beliau turut menafikan wujud kem dalam PAS berdasarkan keadaan semasa yang membayangkan banyak individu mahu merebut jawatan tertinggi dalam parti itu.

"Setakat yang saya tahu..tak ada kem-kem dalam PAS. Tapi kalau di luar pengetahuan saya, saya tak tahulah," katanya.

PAS Kulaijaya

Posted: 28 Apr 2011 07:28 AM PDT

PAS Kulaijaya


Dr Azzam Tamimi di Johor.

Posted: 27 Apr 2011 06:24 PM PDT

PAS KUALA KANGSAR

Posted: 28 Apr 2011 07:05 AM PDT

PAS KUALA KANGSAR


Tahniah kepimpinan baru PAS Kawasan Kuala Kangsar

Posted: 27 Apr 2011 08:05 PM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 28 Apr 2011 07:03 AM PDT

i n t a n h i j a u


VETERAN PAS TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA

Posted: 28 Apr 2011 05:49 AM PDT

TELUK INTAN, 28 April - Seorang veteran PAS Kawasan Teluk Intan, Haji Asmui bin Ridzwan telah meninggal dunia pagi tadi. Beliau meninggal dunia di kediaman beliau di Kg. Selabak dekat sini.
Kenangan : Allahyarham Hj. Asmui semasa menerima Anugerah Jasamu Dikenang daripada YB Hj. Mahfuz Omar.

Allahyarham merupakan bekas ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas PAS Cawangan Kg. Selabak dan juga merupakan penggerak utama kepada PASTI di sana. Kawasan halaman rumah Allahyarham sering menjadi tempat ceramah oleh pihak PAS Teluk Intan.

Sebagai menghargai jasa Allayarham terhadap parti, pihak PAS Kawasan Teluk Intan pernah menganugerahkan sijil Jasamu Dikenang semasa mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Teluk Intan pada 26 April 2009. Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YB Datuk Mahfuz Omar selaku perasmi mesyuarat.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Kg. Selabak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Selabak selepas solat Asar. Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Teluk Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong  YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan kawasan dan cawangan.

PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah...

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan