Khamis, 28 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN Lembah Jaya

Posted: 27 Apr 2011 11:04 AM PDT

DUN Lembah Jaya


"Terima Kasih Saja, Sudah Ada Orang Tolong Saya!"

Posted: 26 Apr 2011 12:53 AM PDT

Membaca artikel Harakahdaily.net bertajuk [ DAP Akan Tolak Jemputan Umno Sertai BN ], semua rakyat pasti amat bersetuju dengan penolakan itu memandangkan modus operandi yang dijalan oleh Umno-BN saling tak tumpah sebagaimana yang pernah mereka lakukan terhadap PAS sehinggalah cubaan terakhir mereka tahun lalu digagalkan oleh Allah SWT.

Kini mereka mencuba nasib untuk menjemput DAP pula, namun pihak PAS khususnya PAS Ampang amat yakin dengan semangat dan jatidiri perjuangan yang ditunjukkan oleh rakan pakatan itu. Setiusaha Agung DAP dipetik sebagai berkata "bagi saya ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat" katanya kepada Harakahdaily.

Keadaan rumah yang ditawarkan untuk diperbaiki oleh Umno, namun ditolak oleh tuan rumah atas alasan beliau telah dibantu oleh kerajaan Pakatan Rakyat

Terdahulu, dalam lawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatannya ke Ampang pada 29 Mac lalu, seorang warga Kg. Tasek Permai berbangsa Cina telah menolak pelawaan Umno untuk membina rumah baru untuknya memandangkan rumah yang didiami oleh beliau telah terlalu usang seperti gambar di atas. "Terima kasih saja, sudah ada orang tolong saya!.." yang merujuk kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Kepada penduduk yang berkenaan dan yang sependapat dengan beliau, pihak DUN Lembah Jaya mengucapkan terima kasih dan tahniah.


"Terima kasih saja, sudah ada orang tolong saya!.."

Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi

Posted: 27 Apr 2011 09:51 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi


TEKS USRAH BULAN APRIL 2011

Posted: 26 Apr 2011 10:12 PM PDT

KERTAS KERJA DASAR

USUL 20 HASSAN AL-BANNA:
SATU TINJAUAN UMUM (1)
Sebelum membaca artikel ini, saudara perlu tahu;
1. Kertas kerja ini adalah untuk memahami asas 20 Imam al-Banna secara umum dan 10 usul pertama secara khusus. Untuk tujuan pembentangan, hendaklah ditumpukan kepada butiran yang dihitamkan sahaja. Para ahli usrah dikehendaki membaca dan memahami sepenuhnya sebagai kerja rumah.
2 – Saudara akan melihat kepentingan usul 20 dan kaitannya dengan gerakan Islam PAS
3 – Saudara perlu memahami dengan jelas peranan setiap ahli gerakan Islam demi menjayakan misi agung Islami di dalam memimpin umat manusia sejagat.
Muqaddimah
Usul Isyrin (20) yang ditulis oleh ustaz Hasan al Banna ini adalah dianggap di antara tulisannya yang penting, kerana usul isyrin ini mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh setiap muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya samada dalam hubungannya dengan al Khaliq atau hubungannya sesama manusia.
Usul isyrin ditanggap oleh para ulama sebagai penemuan penting kepada pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam abad kini yang ditimpa pelbagai penyakit kesan daripada kemunduran tamadun, kemudian keruntuhan khilafah Islamiyah terakhir di Turki. Al syahid Hasan al Banna telah mengumpulkan dan meringkaskannya, kemudian mengemukakan penyelesaian yang perlu diikuti oleh umat Islam demi kebangkitan semula umat Islam.
Beliau menekankan kepada persoalan pokok keruntuhan tamadun Islam yang berpunca daripada kegagalan umat Islam memahami Islam yang sebenar. Daripada kesilapan awal itulah lahirnya pemikiran yang salah dantindakan – tindakan yang bukan membangun, bahkan semakin menjauhkan dan mengeluarkan umat Islam daripada janji tuhannya. Pangkal usul isyrin adalah penyatuan umat Islam.
Dalam Usul Isyrin ini, beliau menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian) sesama umat Islam, terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam al Quran dan al Sunnah al nabawiyah.
Demikian juga dalam Usul Isyrin ini beliau telah menerangkan bahawa perbezaan pendapat adalah dibenarkan dalam perkara – perkara tertentu dalam ugama. Justeru pertikaian sesama sendiri yang membawa kelemahan dan kekalahan umat Islam boleh dielakkan jika mereka mengenal batas – batas yang telah ditentukan oleh syara' dengan sempurna.
Al mursyidul am dalam penyusunan kitab-kitabnya adalah benar dan menepati sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam.Walaupun demikian kita mesti ingat bahawa tidak ada orang yang maksum melainkan para rasul alaihimussalam.
PAS yang merupakan jaringan kepada gerakan Islam seluruh dunia yang bergerak seiring membina ketamadunan umat yang baru sentiasa menjadikan pengajaran tokoh mujaddid ini sebagai pedoman di dalam pembinaan ahlinya ke arah kesempurnaan.
Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat berpesan kepada ahli-ahli pemuda PAS agar membaca dan mengulang – ngulang buku Risalah al Ta'aalim oleh al imam al syahid yang menjadi rujukan penting pembinaan jamaah dan umat itu sehingga ia bersebati dengan mereka dalam kefahaman dan tindakan.
Berikut adalah pengenalan seimbas terhadap usul isyrin, semoga ianya akan membantu menghidupkannya di dalam ingatan, seterusnya mampu dilaksanakan di dalam mengurus perjuangan, insya Allah.



Usul Pertama
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh dan mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Keterangan;
Usul pertama ini adalah asas paling utama. Ia memperkenalkan hakikat kesyumulan Islam pada maknanya yang asli. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Hakikatnya, ianya begitu ganjil untuk difahami oleh umat Islam di zaman keruntuhan tamadun dan khilafah.
Umat Islam waktu itu diserang fahaman sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat, lalu membutakan mereka daripada memahami nas – nas yang jelas. Hati umat menjadi tidak subur untuk Islam tumbuh dan berbuah dengan sempurna.
Al syahid Hasan al Banna telah datang menjelaskan hakikat dan telah mencurahkan tenaga yang banyak untuk menanam hakikat ini dalam jiwa umat Islam.
Ringkasnya, umat Islam mula melihat sesuatu yang telah lama menghilang iaitu tampilnya saudar muslim yang berada di mihrab dalam penuh khusyu', tekun, menangis dan merendah diri. Lantas kemudiannya ia dilihat sebagai seorang penceramah yang menyampaikan dakwah dan peringatan yang mengetuk gegendang telinga. Selepas itu dia dilihat di padang sebagai seorang ahli sukan yang pantas, berlari dan membaling bola atau berenang. Selang beberapa ketika dia kelihatan di pasar dan di tempat kerjanya melaksanakan tugas degan penuh amanat dan dedikasi.
Begitulah gambaran seorang muslim yang lahir daripada kefahaman Islam yang syumul dan sempurna.

Usul Kedua
Al Quran al karim dan Sunnah al Rasul adalah merupakan sumber rujukan untuk memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberat - beratkan dan tidak pula membabi buta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang thiqah dan dipercayai.
Keterangan;
Usul ini mempunyai kaitan dengan usul pertama. Selepas menegaskan kesyumulan Islam dalam segala aspek melalui usul pertama, usul kedua ini pula menegaskan tentang sumber rujukan hukum - hakam bagi setiap aspek dan bidang kehidupan tersebut.
Walaupun terdapat sumber rujukan hukum yang lain seperti ijma', qias dan istihsan, Hasan al Banna tidak menyebutnya dalam usul ini kerana mahu mengembalikan dan menyatukan umat Islam di atas dua sumber utama yang telah disepakati secara ijma' oleh umat Islam tersebut. Lagi pula, sumber – sumber lain sebenarnya telah pun ditunjukkan dan disebut di dalam kedua – dua kitab utama tersebut.
Rujukan dalam memahami al Quran dan al hadis pula hendaklah melalui kaedah - kaedah bahasa Arabiyah dengan tidak memberat – beratkan atau meringan – ringankan secara membabi – buta. Ini adalah disebabkan al Quran telah diturunkan dalam bahasa Arabiyah. Begitu juga al Rasul yang bertutur dalam bahasa tersebut.
Oleh kerana cara capaian yang berbeza daripada al Quran, mengenali dan memahami al sunnah hendaklah pula bergantung kepada periwayatan daripada para ulama hadis yang thiqah dan dipercayai berdasarkan disiplinnya yang disepakati.
Sebenarnya, kegagalan memahami usul yang kedua inilah yang akhirnya menjebakkan umat Islam kepada kecelaruan di dalam memahami Islam yang akhirnya mencetuskan pertikaian yang tidak pernah luntur.

Ia juga telah membuka ruang kepada musuh – musuh Islam untuk memecah – belahkan umat Islam melalui tafsiran Islam yang bersumberkan otak manusia.

Usul Ketiga
Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya, manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syara'. Ia tidak boleh diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas ugama.
Keterangan;
Usul ketiga ini memanjangkan maksud usul kedua. Selepas menerangkan kewajiban bersumberkan dua rujukan utama di atas, usul ketiga menjelaskan beberapa perkara yang dianggap oleh segolongan umat Islam sebagai sumber rujukan tambahan, bagaimanakah dakwaan tersebut boleh thabit dan diterima atau gugur dan tertolak.
Ia menjelaskan bahawa iman yang teguh, ibadah yang sahih berserta mujahadah yang berterusan mampu memberikan kesan – kesan yang baik terhadap individu tersebut. Allah akan mengurniakan cahaya yang mampu menyuluhnya mengenali kebaikan yang tidak dilihat orang biasa. Dia juga akan mengecapi kemanisan iman yang luar biasa hasil usahanya bertaqarrub kepada Allah.
Maka berlakulah kurniaan ilahi seperti ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi yang benar ke atas hamba – hamba pilihanNya. Ia thabit dan tak boleh ditolak oleh umat Islam. Meskipun demikian, ianya bukanlah menjadi sumber hukum dan dalil kepada hukum syara' yang berdiri sendiri.
Jika ditanya, apakah faedah kewujudannya? Jawabannya adalah ya, ia diterima sekiranya tidak bertentangan dengan al Quran dan al Sunnah, lalu ia hadir untuk menguatkan kesahihan kedua – duanya. Ia menjadi cahaya di atas cahaya. Kesemua kurniaan tersebut adalah bersifat dzanni ( sangkaan ) yang belum terjamin kesahihannya.
Daripada usul ini diperhatikan beberpa perkara:
1) Menjaga sumber hukum syara' kekal bersih daripada percampuran yang meragukan.
2) Kesederhanaan Hasan al Banna di antara menerima dan menolak kurniaan ilahi tersebut.
3) Bertujuan menutup pintu daripada dimasuki dajal – dajal yang bertujuan mempermainkan pemikiran umat Islam.
4) Menyelamatkan umat daripada terperangkap dengan perkara – perkara khurafat.

Usul Keempat
Tangkal, azimat, jampi mentera, tenung, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi kecuali jampi daripada ayat - ayat al Quran atau jampi yang ma'thurat dan diterima daripada RasuluLlahsallaLlahu alaihi wasallam.
Keterangan;
Usul ini menumpukan kepada usaha membersihkan akidah umat Islam daripada kekeruhan, membebaskan hati daripada waham, dzan dan khurafat. Ia sering terjadi apabila kejahilan melata di kalangan umat Islam. Ia menyerang hati, pemikiran dan harta orang miskin.
Usul ini menjelaskan hakikat kesalahan umat Islam yang bergantung kepada unsur – unsur syirik yang menjauhkan hubungan dengan al Khaliq. Justeru umat Islam mestilah meninggalkan segala bentuk kepercayaan dan khurafat yang akan membantutkan kebangkitan mereka ke arah kemajuan yang diredhai.
Perkara – perkara tersebut diharamkan kerana ia bertentangan dengan akidah bahawa sanya yang memberi manfaat dan mudarat hanyalah Allah yang esa. Tiada pula yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah.

Usul Kelima
Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam perkara yang tidak ada nas atau nas yang menerima pengertian yang pelbagai adalah diterima. Demikian juga pendapatnya dalam perkara yang berhubung dengan maslahat umum, ia boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh saja berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat. Asal ibadat adalah taabbud (pengabdian diri) tanpa perlu melihat kepada makna yang tersirat, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.
Keterangan;
Ini adalah usul yang menerangkan mengenai siasah syar'ieyah, perkara yang harus atau sebaliknya bagi seorang imam/khalifah atau naibnya seperti menteri, qadhi dan ketua tentera.
Siasah syar'ieyah penting dijaga garisannya agar tidak berlaku perlanggaran yang boleh meminggirkan hukum – hukum yang jelas nasnya, menjejaskan hak – hak dan membuka ruang kepada pintu – pintu kejahatan dan kerosakan.
Seorang imam mestilah memiliki sifat – sifat tertentu. Paling penting memiliki pengetahuan yang mendalam tentang syariat Allah dan hukum – hukumNya. Dia mestilah ikhlas dan bukan mengikut hawa nafsu sekiranya dia bukan ahli ijtihad.
Ijtihad imam boleh berlaku pada perkara yang tiada nas, atau dalam keadaan wujud nas yang mempunyai andaian tafsiran yang berbeza, atau dalam perkara yang tidak disentuh nas yang menarik kebaikan dan menolak keburukan. Ia disebut al masoleh al mursalah.
Walaupun imam itu wajib dipatuhi tetapi ia mestilah dalam ruang lingkup ketaatan kepada Allah. Pilihan imam dalam perkara yang tiada nas tidak boleh diingkari.
Usul ini menjelaskan satu kaedah penting; Semua ibadah yang disyariatkan dan ditetapkan masa, tempat, syarat dan sebagainya adalah suatu yang bersifattaabbudi iaitu mematuhi perintah Allah semata – mata tanpa berpaling kepada hikmah, rahsia dan sebab disyariatkan. Walau bagaimanapun, kita beriman bahawa segala ibadah yang disyariatkan tetap ada hikmahNya yang hanya diketahui olehAllah.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 27 Apr 2011 09:41 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG ziarah rakyat marhaen

Posted: 27 Apr 2011 07:55 AM PDT

23.4.11
Telok Pulai,KLANG
ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama rombongan Briged Amal Selangor turun padang cari warga marhaen yang sakit, warga emas dan orang miskin untuk menyumbang sedikit bagi meringankan bebanan mereka serta menghibur hati mereka dengan kedatangan wakil rakyat mereka.
Ada yang mahu kerusi roda yang baru kerana kerusi roda yang dipinjam daripada kenalannya sudah berkarat dan rosak.Payah untuk isterinya mengendalikannya.
Seorang OKU berbangsa Tionghua tidak dapat membuka pagar rumahnya kerana beliau berada di atas kerusi roda kerana kaki kirinya sudah dipotong kerana kencing manis.Isterinya bekerja.Yang menjaganya ialah anaknya yang sakit mental!


menyantuni pesakit yang lengan hingga ke bahu  kanannya bergerak tidak terkawal
Meredah lumpur dan tanah becak

Remaja perlu ikon yang mendorong kepada kebaikan bukan sebaliknya

Posted: 27 Apr 2011 07:19 AM PDT

REMAJA: Peringkat pencarian erti kehidupan

Golongan remaja baru keluar daripada alam kanak-kanak yang bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa. Perubahan fizikal yang mendadak boleh menimbulkan kecelaruan dan ketegangan.Lazimnya secara tidak sedar mereka mengidentifikasi diri dengan figur-figur yang sering tertonjol dalam media massa tanpa mengambilkira positif atau negatif latarbelakang idola tersebut.Fenomena mengidolakan artis dan personaliti terkenal sinonim dengan remaja.
Justeru, pemikir dan pengemudi masyarakat khususnya pemimpin negara perlu
mempastikan ada program membentuk ikon-ikon positif yang dicorak sebagai contoh ikutan kepada remaja yang 'fragile' ini.
Kewujudan artis-artis berwawasan akhirat seperti Maher Zain sedikit sebanyak membantu mendidik mereka yang minat seni dengan cara yang santai dan lebih berkesan.

REMAJA PATUT DIPERSALAHKAN ATAU PEMIMPIN YANG MEMBUAT DASAR tidak BERKESAN UNTUK REMAJA?!!

Posted: 26 Apr 2011 08:16 AM PDT

Siapa yang menentukan acuan mana yang digunakan untuk membentuk remaja?

Apabila negara dilanda krisis keruntuhan akhlak, semua pihak meneropong remaja. Seolah-olah masalah dadah, rempit, masalah juvana, ponteng sekolah, kes buang anak,vandalisme dan seribu satu macam lagi masalah gejala sosial berpunca dan berkisar sekeliling perangai dan tindak tanduk mereka sahaja.
      Ini persepsi kebanyakan remaja. Persepsi ini mencetus perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang memang pun sudah mempunyai ciri yang suka memberontak. Apabila kumpulan mereka dihentam, dikutuk dan dikritik bertalu-talu samada di corong radio, di kaca television mahupun terpapar saban hari di media cetak, gejolak perasaan malu bercampur marah akan meledak dan menyumbang kepada tindakan memberontak dan menatijah kerosakan harta benda kerana gangguan perasaan serta pengambilan dadah dan menghidu gam.
     Majoriti remaja boleh mengawal kemahuan dan mengendalikan perasaan.Segelintir bermasalah besar menempuh hidup, lebih-lebih lagi yang berada dalam keluarga yang dilanda krisis..Iklim sekolah yang sekular dan terus menekan jiwa remaja diantara faktor penting yang mendorong seseorang bertindak diluar fitrahnya sebagai insan. Ketandusan input spiritual melumpuh daya tahan kepada serangan hawa nafsu yang menolaknya kepada tindak tanduk yang merugikan dirinya dan mendedahkannya kepada risiko bahaya akan datang bukan sahaja sekadar balasan di dunia tetapi akhirat. Rembesan hormone pertumbuhan(growth hormone) seiring dengan hormon seks yang memuncak diperingkat remaja akan mengakibatkan kadar perlakuan berkaitan dengan seks semakin sukar untuk dibendung.  
   Justeru, para pembuat dasar daripada kerajaan, pimpinan masyarakat, institusi pendidikan seperti sekolah, university dan pusat latihan kemahiran belia termasuk PLKN serta media massa, peniaga,ibubapa, PIBG, keluarga dan jiran tetangga, NGO memainkan peranan penting berkolaborasi secara sinergistik untuk melahirkan suasana kondusif yang boleh membantu remaja membangun secara positif dan memungkinkan mereka menjadi modal insan berkualiti yang produktif dan bukan insan liabiliti yang merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat amnya..
  Pihak pemerintah sebagai pentadbir harus merancangkan pelan strategik untuk membangunkan remaja berpotensi menjadi pemimpin pelapis bagi mempastikan pembangunan lestari yang mendapat restu Ilahi insyaallah. Rakyat pula harus memainkan peranan untuk memilih pemimpin rabbani yang bertunjangkan kejayaan ukhrawi dan mengemudikan ummat untuk mencapai kejayaan duniawi. Barulah konsep insan sebagai khalifah seperti yang disebutkan dalam surah Al BAQARAH AYAT 30 menjadi kenyataan.Inilah sebahagian tuntutan kepada manusia supaya khusyu' tunduk kepada arah perintah Ilahi agar 'good governance' boleh dilaksanakan.Justeru lengkap dan  syumulnya Islam hingga menerangkan konsep urustadbir yang baik dalam Al Quran itu sendiri.






Rasuah: betul bersungguhkah nak basmi? PM demi PM dah cakap...bikin??

Posted: 26 Apr 2011 06:41 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tentang  bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan  ketika  majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.



Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.

Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.

Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.

PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia  yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan  Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SOALAN CEPU EMAS: Rumah kediaman manakah yang tak siap-siap?!

Posted: 26 Apr 2011 05:32 AM PDT

Kediaman PM dan TPM tidak pernah siap
Subky Latif   
KETIKA saya ke Putrajaya tersesat ke satu jalan mati. Si hujung jalan mati di tebing sungai tersergam sebuah mini istana. Ia rupanya kediaman Timbalan Perdana Menteri.
Ia bukan jalan masuk ke kediaman Tan Sri Muhyidin Yassin itu. Jalan itu sempit. Untuk pusing ke belakang pun sulit. Ia sesuai bagi penghuninya lari kalau dia diburu dari jalan masuk yang sebenar.
Mengikut orang-orang di Putrajaya, Tan Sri Muhyiddin tidak tetap bermalam di situ dan dia belum betul pindah ke situ walau pun sudah lebih dua tahun jadi Timbalan Perdana Menteri.
Saya diberitahu, mini istana itu sedang direnovasi. Mungkin itu yang menyebabkan TPM tidak menetap tetap di situ.
Kononnya sebaik sahaja dia pindah ke situ, dia mengubah suainya.
Rumah itu dibina untuk Timbalan Perdana Menteri ketika penjawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana malamnya sama banyak dalam dan luar negeri dan di dalam negeri pun dia ada rumah sendiri, maka kurang sangat dia bermalam di situ.
Bila Tun Abdullah Badawi menjadi tuan baru bangunan itu, dia dikatakan membuat ubah suai. Apabila dia pindah ke kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Najib pun menjadi penghuninya.
Cita rasa pasangan suami isteri itu biasanya lebih tinggi dari penghuni sebelumnya. Lebih banyak ubah suai dilakukan.
(Kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana)
Tidak diketahui besar mana belanja renovasi itu.
Tiba giliran Muhyiddin Yassin menjadi penghuninya, dia mengesahkan rumah itu tidak pernah siap. Sedang direnovasi lagi.
Jika 50 tahun Barisan Nasional memerintah, jika gaya hidup demikian diteruskan, berapa puluh lagi mini istana itu akan menghadapi ubah suai. Ia mungkin kekal menjadi bangunan yang tidak pernah siap.
Abdul Khalid Samad, Anggota Parlimen Shah Alam berceramah di Taman Melewar, Gombak. Dia menyebut satu peruntukan dalam bajet negara yang dibentang Najib ialah mengubah suai kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sebanyak RM65 juta.
Wau! Banyaknya!
Wang sebesar itu boleh membina sebuah kediaman yang kecil sedikit dari kediaman Perdana Menteri yang ada itu. Kalau dibina di tanah di luar Putrajaya bagi banglo sejuta ringgit sebuah, boleh dapat  65 buah.
Apa lagi kurangnya kediaman Perdana Menteri yang ada itu?
Adakah ia satu contoh mendahulukan rakyat? Atau ia mendahulukan Perdana Menteri dan anak-anaknya selama menjadi Perdana Menteri?
Adalah betul ia bukan rumah Najib dan Rosmah. Ia kediaman Perdana Menteri dan bagi sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri selepas ini.
Orang tidak tahu akan keperluan renovasi sehingga RM65 juta itu. Tetapi yang dapat dikhayalkan itu tuntutan yang dibuat oleh Puteri Gunung Ledang apabila Raja Melaka meminangnya.
Raja Melaka pun tak sanggup menunaikannya padahal baginda adalah raja. Ertinya dalam kediaman Najib itu ada ruh dan impian Puteri Gunung Ledang. Ia satu kehidupan kayangan yang fantasi. Impian Puteri Gunung Ledang itu satu kisah dongeng. Tetapi fantasi pasangan Najib ialah satu transformasi dongeng?
Biasanya peruntukan RM65 juta itu tidak dibelanjakan mengikut nilai peruntukan itu. Ia boleh memberi komisyen hingga 30 peratus. Barisan Nasional terkenal dengan keberanian menggandakan peruntukan sesuatu projek, hingga yang sepatutnya murah menjadi mahal tang-tang-tang.
Ia satu cara untuk menghalalkan lintah darat mengaut duit negara.
Tunku Abdul Rahman Putra dulu anak Sultan. Sebagai Perdana Menteri dia tinggal di bangunan yang dinama Residensi di tengah Jabatan Perdana Menteri. Bangunan lama yang digunakan oleh Orang Putih dulu. Kerajaan ketika itu membina kediaman Perdana Menteri yang dinamakan Seri Taman di belakang Masjid Negara. Bila siapa Tunku enggan pindah. Rumah itu pun didiami oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Razak
Tunku itu anak Raja. Tetapi agaknya kerana berjiwa rakyat, dia memilih kediaman yang  sederhana. Tetapi anak rakyat yang menjadi Perdana Menteri, mungkin berjiwa raja, maka memilih gaya hidup dan impian bangsawan.
Amat tidak sedap mendengar cerita kediaman Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang tidak pernah siap ini. Ia cerita yang berkembang dalam masyarakat. Ia boleh memburukkan imej pimpinan negara.
Cerita yang saya dengar mungkin lagi memburukkan Perdana Menteri dan timbalannya. Maka wajar Perdana Menteri atas nama Menteri Kewangan membuat penjelasan supaya orang tidak bersangka tidak baik kepada pemimpin negara.
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2986:kediaman-pm-dan-tpm-tidak-pernah-siap&catid=61:subky-latif&Itemid=303

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 27 Apr 2011 09:22 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Lembu lembu bebas berkeliaran di DUN Chembong, Rembau

Posted: 27 Apr 2011 02:07 AM PDT




Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong. Lagi gambar-gambar betapa bebasnya lembu ini berkeliaran macam pekan koboi di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/binatang-ternakan-berkeliaran-salah.html

BINATANG TERNAKAN BERKELIARAN: SALAH SIAPA?

Menurut laporan en idris bin Saleh 26 April 2011 berhubung binatang ternakan seperti di bawah;

saya ingin buat aduan tentang binatang ternakan (lembu) yang selalu datang meragut rumput dan berkeliaran di depan lot kedai Taman rembau Permata.

Kemalangan pernah berlaku pada tahun lepas, membabitkan dua ekor lembu dan sebuah kancil remuk dan pemandunya cedera parah (berlaku di jalan utama , rembau-seremban (depan fresco).

Nyawa manusia boleh terkorban akibat kelalaian penternak (pemilik) kerana membiarkan ternakan mereka berkeliaran (10-20 ekor). Setiap bulan dua atau tiga kali lembu-lembu datang meragut rumput di sini. harap pihak berwajib ambil tindakan.

Unit aduan membuat siasatan dan telah menjumpai bukti yang kukuh antaranya gambar-gambar yang sempat di rakamkan di Taman Rembau Permata, Lorong 2 sekitar jam 2.30 petang

FOTO 1 - menganggu lalu lintas orang ramai

FOTO 2 - sekawan lembu dalam jumlah 10-20 ekor di kesan pada 26 April 2011
berkeliaran di Taman Rembau Permata

FOTO 3 - ibu lembu ini membawa anak..

FOTO 4 - ... meragut rumpu bersebelahan tangki air Taman Rembau Permata

FOTO 5 - Boleh mengundang padah (kemalangan)

PEMILIK BINATANG TERNAKAN INI DI MINTA TAMPIL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG SUDAH BERLARUTAN DAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PEMANDU JALAN RAYA.

LAPORAN E-ADUAN DALAM PORTAL MDR (MAJLIS DAERAH REMBAU) TELAH DIBUAT. NAMUN TIADA SEBARANG RESPON SETAKA HARI INI.PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM MERAGUT NYAWA PENDUDUK DI SINI.

PAS Memartabatkan DUN Chembong 8 Mei 2011

Posted: 26 Apr 2011 11:40 PM PDT



CERAMAH PERDANA
8 Mei 2011 AHAD 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Kg Rendah, Lot 923, Lrg Sekolah 1, REMBAU

Bersama :
YB Dato' Ir Amiruddin, EXCO Kedah
YB Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (Rembau)
Chegubard, Pengerusi SAMM

Semua Dijemput Hadir

Blog ADUAN RAKYAT DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/

SOALAN SIDANG DUN APRIL 2011

Posted: 26 Apr 2011 08:39 PM PDT



SOALAN – SOALAN LISAN DAN BERTULIS
PERSIDANGAN PERTAMA (PERASMIAN)
PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KE 12

SOALAN LISAN DARI ADUN PAROI
(OLEH YB HJ MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI)

HARI PERTAMA PERSIDANGAN DUN N.SEMBILAN 25hb APRIL 2011 (ISNIN)


SOALAN 1

PUSAT KAFE SIBER BEROPERASI LEBIH MASA

Terdapat banyak Pusat Kafe Siber yang beroperasi di sekitar kawasan Senawang dan Paroi. Ada beberapa Pusat Kafe Siber sebagai contoh di Taman Matahari Height dan di Pusat Komersial Senawang yang didapati beroperasi sehingga jam 2 pagi.

a. Apakah waktu perniagaan bagi sesebuah Pusat Kafe Siber? Pihak manakah yang memantau operasi Pusat Siber Kafe ini samada dari segi waktu perniagaan mahupun bentuk perkhidmatan yang ditawarkan ?

b. Kenapakah rungutan yang dibuat penduduk sekitar melalui kaedah bertulis mahupun melalui saluran e-public tidak mendapat respon yang baik dari pihak yang berkaitan? Ini kerana tiada tindakan yang diambil terhadap pengusaha tersebut dan ia tetap beroperasi sehingga jam 2 pagi sehingga sekarang.


SOALAN 2

STATUS PEMBINAAN BANGUNAN SMK SENAWANG 3

Memandangkan SMK Senawang 3 masih "menumpang" sehingga kini di bangunan SMK Senawang , Taman Marida dan kini sekolah tersebut telah "menumpang" sehingga lebih 3 tahun lamanya.

a. Walaupun dimaklumi bahawa perkara ini di bawah tanggungjawab kerajaan pusat tetapi apakah usaha pihak kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah kelewatan ini? Kelewatan pembinaan bangunan sekolah ini bukan sahaja telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar-pelajar sekolah SMK Senawang 3 tetapi juga pelajar-pelajar di SMK Senawang, Taman Marida.

b. Berapakah jumlah sekolah di Negeri Sembilan yang masih "menumpang" kerana bangunan sebenar masih belum siap pembinaannya?


SOALAN 3

GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI DI NEGERI SEMBILAN


GSTT sangat diperlukan di ketiga-tiga Sekolah Menengah Agama Negeri di Negeri Sembilan bagi menampung kekurangan guru.

a. Berapakah orang GSTT yang ada pada tahun 2011? Adakah jawatan ini telah dibekukan dan surat perlantikan sebagai GSTT tidak dikeluarkan lagi?

b. Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi membantu Sekolah Menengah Agama Negeri yang mengalami masalah kekurangan guru dan terpaksa mencari dana sendiri bagi menampung kos membayar gaji GSTT ini?


SOALAN LISAN DARI ADUN PAROI
(OLEH YB HJ MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI)

HARI KE 2 PERSIDANGAN DUN N.SEMBILAN 26hb APRIL 2011 (SELASA)

SOALAN 1

PUSAT HIBURAN KELUARGA BEROPERASI LEBIH MASA

Berselindung di sebalik nama Pusat Hiburan Keluarga, terdapat 2 buah Pusat Hiburan keluarga yang beroperasi di Pusat Perniagaan Cempaka yang sering menjadi tumpuan anak-anak muda terutama pada hujung minggu. Walaupun banyak rungutan dari penduduk setempat berkenaan dengan pusat hiburan ini namun sehingga kini tiada tindakan tegas diambil.

a. Terdapat dakwaan dari pimpinan masyarakat setempat menyatakan tentang penglibatan pihak berkuasa dalam mempertahankan pusat hiburan daripada tindakan undang-undang. Apakah siasatan telah dijalankan oleh pihak yang berkaitan bagi mengelakkan salah tanggap masyarakat terhadap badan penguatkuasa undang-undang ini daripada berterusan?

b. Adakah pandangan dari masyarakat setempat khususnya kawasan majoriti orang Melayu Islam telah diperolehi sebelum meluluskan lesen dan premis bagi menjalankan pusat hiburan seperti ini?


SOALAN 2

TEKS KHUTBAH JUMAAT

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mula mengarahkan khatib-khatib seluruh Negeri Sembilan supaya membaca khutbah menggunakan teks yang telah disediakan oleh JHEAINS dan JAKIM.
(a) Adakah pihak JHEAINS menyedari bahawa situasi atau masalah di sesuatu kariah tidak sama antara satu sama lain? Adakah JHEAINS tidak bersedia memberi sedikit ruang waktu di hujung khutbah pertama kepada para khatib supaya menyelitkan nasihat-nasihat berkaitan isu-isu setempat yang berlaku di kariah tersebut?

(b) Apakah tindakan yang akan dikenakan oleh para khatib yang gagal mematuhi arahan supaya membaca teks khutbah yang disediakan oleh JHEAINS atau JAKIM?


SOALAN 3

KOS PENGHANTARAN SEMULA PELAJAR-PELAJAR NEGERI SEMBILAN KE MESIR

Akibat situasi politik yang tidak menentu di Mesir, ramai pelajar-pelajar yang berasal dari Negeri Sembilan telah diarahkan balik ke tanahair.

(a) Berapakah jumlah pelajar yang telah balik semula ke Mesir dan berapakah pelajar yang masih berada di Negeri Sembilan? Apakah punca yang menyebabkan masih ada pelajar-pelajar yang belum balik ke Mesir?

(b) Berapakah jumlah kos yang telah dan akan dibelanjakan bagi menghantar semula pelajar-pelajar Negeri Sembilan balik ke Mesir?


SOALAN – SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS PERSIDANGAN DUN NS

PERSIDANGAN PERTAMA
PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KE 12

SOALAN 1

CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran adalah merupakan hasil tahunan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang digunakan untuk tujuan pengurusan, projek dan penyenggaraan setempat untuk manafaat pembayar cukai.

(a) Kenapakah pada tahun cukai taksiran setengah tahun pertama tahun 2011 perlu dibayar sebelum 28 Feb 2011 tanpa bayaran denda? Tindakan ini hanya membebankan pengguna yang perlu menjelaskan pebagai perbelanjaan awal tahun seperti yuran sekolah, yuran pengajian, saman ekor dan sebagainya.

(b) Berapakah hasil cukai taksiran yang dikutip oleh MPS pada tahun 2010 dan berapakah sasaran untuk tahun 2011?

(c) Berapakah tunggakan cukai taksiran MPS dan MPN setakat ini?


SOALAN 2

WABAK DENGGI

Penularan wabak denggi sekarang ini sedang melanda Seremban dan Senawang. Penubuhan COMBI adalah salah satu cara untuk mencegah penularan wabak ini. Walaupun sering diadakan gotong royong dan semburan asap , namun kes wabak denggi ini sering berulang.


(a) Apakah keputusan terhadap kaedah baru (menggunakan sejenis nyamuk lain) yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes

(b) Apakah tindakan yang dilakukan ke atas pemilik rumah atau bangunan yang membiarkan premis mereka yang kosong dipenuhi semak samun, hutan dan kemungkinan banyak bekas yang menakung air di dalam dan di luar rumah atau bangunan?

(c) Apakah tindakan agresif dan berkesan yang dilakukan terhadap untuk mencegah tempat pembuangan sampah haram di tepi jalan, lereng bukit, lembah, gaung, sekitar taman perumahan dan sebagainya.


SOALAN 3

KELAS KAFA dan KAP

Kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardhu Ain serta KAP atau Kelas Agama Petang adalah satu usaha yang baik untuk meningkatkan amalan dan ilmu agama Islam di kalangan pelajar sekolah rendah.

(a) Berapakah bilangan guru dan pelajar untuk KAP dan KAFA pada tahun 2011?

(b) Adakah terdapat mana-mana sekolah yang tidak dapat mengadakan KAP disebabkan kekurangan bilik darjah?

(c) Sila senaraikan semua KAFA beserta alamatnya yang terdapat pada tahun 2011?

(d) Berapa elaun yang dibayar kepada guru KAFA dan KAP oleh kerajaan negeri melalui JHEAINS dan yang dibayar oleh kerajaan persekutuan melalui JAKIM mulai tahun 2011?

SOALAN 4

PENIAGA-PENIAGA KECIL

Terdapat banyak warung dan gerai yang didirikan oleh para peniaga kecil akhir-akhir ini sekitar Senawang dan Seremban, namun hampir keseluruhan warung dan gerai ini didirikan di tepi jalan, di lereng bukit, tanah lapang dan sebagainya.

(a) Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu para peniaga kecil ini untuk memberikan kemudahan yang lebih baik, seperti mengadakan medan selera atau bengkel di tempat yang strategik iaitu laluan orangramai bukannya di jalan mati seperti di Taman Tuanku Jaafar?

(b) Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti mana-mana tanah tersepit, tanah tepi jalan, tanah padang terbiar yang boleh dibangunkan untuk membantu para peniaga kecil ini?


SOALAN 5

PEMASANGAN METER BAYARAN DI KAWASAN TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR

Terdapat beberapa kawasan letak kereta di sekitar Senawang dan Seremban sedang dalam proses pemasangan meter bayaran antaranya di sekitar Dataran Senawang (Pusat Komersial Senawang). Ini merupakan langkah MPS bagi meningkatkan pendapatan MPS.

(a) Senaraikan kawasan letak kereta yang baru yang telah diwartakan sebagai kawasan letak berbayar di Negeri Sembilan pada tahun 2010 dan tahun 2011.

(b) Sila nyatakan dengan terperinci butiran berkaitan dengan kontrak pemasangan meter bayaran bagi kawasan letak kereta berbayar yang diwartakan tersebut.

(c) Adakah pemasangan meter parking ini dan kutipan duit parking tersebut diserahkan kepada pihak swasta? Sila nyatakan secara terperinci berkaitan dengan kontrak tersebut iaitu dari segi nama syarikat yang berjaya, nama pemilik syarikat, harga bagi kontrak pemasangan tersebut dan bagaimana kos bagi mengutip duit bayaran tempat letak kereta tersebut yang perlu dibayar kepada syarikat berkenaan.


SOALAN 6

PENGHANTARAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) OLEH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Dalam beberapa perayaan utama negara kita seperti Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Tahun Baru, ramai rakyat Negeri Sembilan menerima SMS dari YAB Menteri Besar.

(a) Sila nyatakan kos yang terlibat dalam penghantaran SMS itu sepanjang tahun 2010.

(b) Sila nyatakan bagaimanakah maklumat berkaitan dengan pemilik nombor telefon bimbit itu diperolehi oleh pejabat Menteri Besar sedangkan semua maklumat peribadi pengguna telefon bimbit sepatutnya dilindungi oleh Akta Data Peribadi 2010.


SOALAN 7

PESERTA RANCANGAN TANAH FELCRA DI NEGERI SEMBILAN

Terdapat beberapa rancangan tanah yang diuruskan oleh FELCRA di Negeri Sembilan

(a) Sila nyatakan secara terperinci kawasan tanah rancangan FELCRA di Negeri Sembilan , keluasan tanah yang terbabit dan jumlah peserta yang terlibat.

(b) Walaupun FELCRA adalah merupakan agensi di peringkat kerajaan Pusat , kerajaan negeri tetap mempunyai hak terutama dari segi tanah yang terlibat. Jadikan , apakah usaha kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu peserta-peserta FELCRA yang kini mengadu tentang masalah pemberian dividen yang rendah oleh FELCRA , beban hutang yang tinggi dan pendapatan bulanan yang rendah berbanding dengan harga getah dan kelapa sawit yang semakin tinggi hari ini.

(c) Adakah kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mencadangkan kepada FELCRA untuk mengkaji semula perjanjian yang dibuat antara peserta dan FELCRA sendiri?


SOALAN 8

TANAH FELDA PLANTATION DI NEGERI SEMBILAN

Terdapat banyak tanah di Kawasan Rancangan Tanah FELDA yang diserahkan kepada FELDA Plantation di Negeri Sembilan

(a) Sila nyatakan secara terperinci jumlah keluasan kawasan tanah yang diuruskan oleh FELDA Plantation di Negeri Sembilan dan nyatakan lokasinya.

(b) Walaupun FELDA adalah merupakan agensi di peringkat kerajaan Pusat , kerajaan negeri tetap mempunyai hak terutama dari segi tanah yang terlibat. Apakah kerajaan Negeri Sembilan tidak berhasrat untuk menyemak semula pemberian tanah kepada FELDA Plantation dengan tujuan untuk menyerahkan tanah tersebut kepada generasi kedua dan ketiga FELDA?


SOALAN 9

PEMBELIAN TANAH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BAGI MENGGANTI TANAH DI KEM TENTERA UDARA SUNGAI BESI.

Tanah berkomersial tinggi di Kem Tentera Udara Sungai Besi telah diserahkan kepada pihak swasta untuk dimajukan.

(a) Terdapat perancangan oleh Kerajaan Pusat yang bercadang untuk membeli tanah di Negeri Sembilan bagi mengganti semula tanah di Kem Tentera Udara di Sungai Besi, dimanakah lokasi sebenar tanah yang akan dijual tersebut , berapakah harga dan keluasan tanah yang ingin dijual tersebut?

(b) Apakah kajian yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri Sembilan sebelum menjual tanah tersebut kepada Kerajaan Pusat atau pihak swasta?


SOALAN 10

CADANGAN MEMBINA KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAN NEGERI SEMBILAN YANG BARU.

Difahamkan bahawa tapak pembinaan kompleks tersebut terletak di Bandar baru Sendayan.

(a) Apakah alasan-alasan kerajaan negeri membina kompleks pentadbiran yang baru sedangkan bangunan sedia ada masih elok dan sempurna (tiada kerosakan serius)?

(b) Dimanakah lokasi sebenar tapak kompleks tersebut dan siapakah pemilik tanah tersebut?

(c) Berapakah kos sebenar pembinaan kompleks tersebut dan dari manakah sumber kewangan bagi membiayai pembinaan kompleks tersebut? Berapa peratuskah proses pembinaan tersebut telah berjalan?

ADUN Paroi gesa hentikan amalan P-Politik(Video Lucah), isu Altantuya hangatkan Sidang DUN Negeri Sembilan

Posted: 26 Apr 2011 07:34 PM PDT



Seremban 25 April 2011

Ketika membahaskan usul terima kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah menegur pihak yang tidak bertanggungjawab atas penyebaran VCD , gambar dan buku yang mengandungi bahan lucah yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Sudah sampai masanya untuk hentikan semua ini , rakyat sudah muak dengan P-Politik . UMNO mengajak rakyat kepada P-Politik iaitu politik porno tetapi kami , Pakatan Rakyat ingin membawa rakyat kepada budaya K-Politik iaitu "Knowledge Politik" yakni politik yang berdasarkan ilmu dan hujah".

"Walaupun kami diberi maklumat tentang skandal pihak tertentu di Negeri Sembilan, ada kes ditangkap khalwat, kes dengan isteri orang, kes dengan artis di hotel Port Dickson dan pelbagai kes maksiat yang lain tetapi pimpinan Pakatan Rakyat tidak berminat untuk mensensasikan isu-isu peribadi kerana ia melibatkan maruah pemimpin dan ianya tanpa bukti yang sahih mahupun saksi yang adil".

Beliau turut menjelaskan pandangan Islam berhubung isu tuduhan zina ini dengan membacakan ayat Al-Quran dari Surah An-Nuur ayat 4 yang bermaksud "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan/lelaki yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka selama-selamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasik".

Persoalan tuduhan zina tanpa 4 orang saksi yang adil ini bukan persoalan kecil kerana apabila isu ini diperbesarkan sebegitu rupa dengan penglibatan media massa secara terancang seolah-olah UMNO mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam soal yang melibatkan hukum-hakam Islam dan amaran tergolong sebagai fasiq seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat Al-Quran tersebut.

Penjelasan yang dikemukakan itu menyebabkan ramai wakil rakyat UMNO bangkit kerana cuba menganggu ucapan beliau tersebut.

Beliau turut menyentuh isu pembunuhan wanita Mongolia di mana dalam isu ini , Pakatan Rakyat tidak menuduh pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam pembunuhan tersebut tetapi PR mahu Perdana Menteri (PM) membersihkan nama beliau apabila banyak media antarabangsa mengaitkan pemimpin tertinggi negara itu dengan pembunuhan tersebut.

Untuk menjaga imej dan maruah negara Malaysia, sewajarnya PM mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut.

Sebagai bukti bahawa PR mengamalkan budaya politik ilmu dan hujah, beliau mengambil contoh dalam isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga , kita khususnya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat dan berhujah apabila PM mempersoalkan kewajaran tawaran PR tersebut.

Cabaran debat yang dikemukakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim itu tidak pernah disambut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga ke hari ini.

i n t a n h i j a u

Posted: 27 Apr 2011 07:54 AM PDT

i n t a n h i j a u


SEMINAR MAQASID SYARI'AH

Posted: 27 Apr 2011 03:21 AM PDT


SEMINAR MAQASID SYARI'AH
TARIKH:
3 Jumada Al-Thani 1432 H bersamaan 7 Mei 2011 M (Sabtu)
MASA:
8.00 pagi hingga 2.00 petang
TEMPAT:
Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
PESERTA:
  1. Ahli Majlis Syura Ulamak
  2. AJK Kerja PAS Pusat
  3. Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri
  4. AJK Kerja Dewan-dewan PAS Pusat
  5. AJK Harian Perhubungan PAS Negeri-negeri
  6. AJK Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri-negeri
  7. AJK Harian Dewan-dewan PAS Negeri-negeri
  8. AJK Harian PAS Kawasan-kawasan
  9. Ahli Dewan Rakyat
  10. Ahli Dewan Undangan Negeri
ANJURAN:
PAS Pusat
KERJASAMA:
Dewan Ulamak PAS Pusat
TENTATIF PROGRAM:
8.00 a.m.                - Kehadiran Peserta
                              - Sarapan pagi
                              - Pendaftaran
8.55 a.m.                - Ucapan aluan Pengerusi Majlis
9.00 a.m.                - Bacaan ayat suci Al-Quran
9.30 a.m.                - Ucapan Perasmian dan Pembentangan Kertas Utama
                                 : YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
                                 : "Maqasid Syari'ah"
                              - Pengulas (1)
                                 : YB Dato' Ustaz Haji Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat)
                              - Pengulas (2)
                                 : YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abd Razak (Pesuruhjaya PAS Kedah)
                              - Soaljawab
1.00 p.m.               - Ucapan Perasmian Penutup
                                 : YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
1.30 p.m.               - Rehat, solat zohor dan makan tengahari
2.00 p.m.               - Bersurai

Pemuda PAS Merbok

Posted: 27 Apr 2011 07:31 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


MB KEDAH AKAN HADIRI HIMPUNAN 30K PERKASA?

Posted: 26 Apr 2011 04:53 PM PDT

ALOR SETAR – Rakyat Kedah digemparkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) menyatakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan hadir ke Perhimpunan PERKASA di Stadium Suka Menanti 30 April ini.

SMS itu adalah seperti berikut, "Perhimpunan Melayu Kedah…pada 30April 2011 jam 3.00 petang di Stadium Suka Menanti Alor Setar, datang beramai. Kita gabungkan tiga pemimpin besar Melayu di satu pentas, YBhg Tun Mahathir, YAB Ustaz Azizan, YB Ibrahim Ali. DEMI KEDAULATAN MELAYU."

Setiausaha akhbar YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Helmi Khalid berkata, hebahan itu adalah tidak benar sama sekali dan Menteri Besar langsung tidak terlibat dengan perhimpunan ini.

Hebahan ini secara tempiasnya juga untuk menjatuhkan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan dan sebagai propaganda pembangkang mengaitkan beliau dengan PERKASA.

"Ustaz Azizan tak akan hadir sama sekali untuk sertai perhimpunan itu dan ini adalah taktik pembangkang untuk kaitkan beliau dengan PERKASA.

"Diminta rakyat jangan percaya dengan propaganda ini," ujar beliau ketika dihubungi untuk mengulas isu ini.

Setiausaha politik YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor turut menafikan hebahan ini.

"Tajuk perhimpunan itu adalah Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara, jadi mereka guna nama Ustaz Azizan untuk tarik orang ramai datang, ataupun jika beliau tak hadir maka isu lain timbul seperti Ustaz Azizan tak sokong Melayu, kalau hadir pun ada isu juga," jelas beliau.

Ekspo Perdagangan Melayu PERKASA Kedah bertemakan Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara akan diadakan pada 29 April hingga 30 April di Stadium Suka Menanti dan ucaptama perhimpunan disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sumber : Warta Darul Aman

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 27 Apr 2011 07:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau


Perjuangan PAS Kini Membunga Di Sarawak

Posted: 27 Apr 2011 12:28 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 27 Apr 2011 03:41 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


YAB MB turun padang

Posted: 26 Apr 2011 06:08 AM PDT

Semalam  YAB Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turun Padang ke Tapak Laluan @ jajaran LRT di Alam Megah.
Turut hadir ialah ADUN Sri Muda, Dato Bandar Shah Alam, Ahli Majlis dan Ketua-ketua Kampung.
Ia bagi menyelesaikan kes tertangguh mengenai laluan ini yang akhirnya akan memberi manafaat kepada kira-kira 700,000 penduduk di sekitar Subang, Puchong dan Bandar Kinrara dekat sini mungkin tidak perlu berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya selepas ini apabila jaringan terbaru perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) akan diperluaskan ke kawasan mereka.
Melalui jajaran baru itu, kedua-dua perkhidmatan LRT iaitu Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang.

Projek yang dijangka menelan belanja sehingga RM7 bilion dan siap menjelang tahun 2012 itu melibatkan sambungan dari stesen Sri Petaling bagi Laluan Ampang manakala dari Kelana Jaya bagi Laluan Kelana Jaya ke stesen terakhirnya di Putra Heights dengan tambahan 13 stesen baru.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana), Datuk Idrose Mohamed berkata, antara kawasan baru yang dijangka dilalui oleh LRT tersebut ialah di Bandar Kinrara, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Prima, USJ 8, USJ 21, SS 7, Taman Perindustrian Subang Jaya, Persiaran Murni, Taman Alam Megah dan Kompleks Kelana Centre Point.
Gambar oleh Pn Rozaina.

Tiada ulasan:

Catat Komen