Ahad, 24 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 24 Apr 2011 03:22 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


TIMBALAN MURSYIDUL AM MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN MARANG

Posted: 24 Apr 2011 02:33 AM PDT


23 April – Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang Kali ke 27 telah dirasmikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din dengan dihadiri oleh lebih 800 orang perwakilan dan pemerhati di Dewan Utama, Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai.

Tuan Haji Yahaya Ali selaku YDP PAS Kawasan Marang mengalu-alukan kedatangan perasmi dan para perwakilan ke mesyuarat agung dan turut menyingkap beberapa gagasan, program dan harapan beliau dalam memperkasakan PAS Kawasan Marang, termasuk cadangan mendirikan sebuah dewan PAS Kawasan Marang di dalam kompleks Madrasah Darul man.  

Dato' Dr. Haron sebelum itu menerima lintas hormat perbarisan Jabatan Amal dan Briged Amal, Pemuda PAS Kawasan Marang di perkarangan TER sambil diiringi dengan lagu PAS dan lagu amal, dengan turut disaksikan oleh seluruh  jawatankuasa PAS Kawasan Marang.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Dato' Dr.Haron Din mengulas tentang tanggungjawab mendirikan agama dalam ayat ke 13, surah asy-Syura, sebagai perintah Allah yang terus menerus dipertanggung-jawabkan ke atas para rasul secara sambung menyambung dan diteruskan pula oleh para pengikut mereka.

Perjuangan menegakkan agama pada zaman mutakhir ini menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh pemimpin seperti Ibnu Badis di Algeria, Jamaludin Syakib Arsalan, Hasan al-Banna dan Syed Qutb di Mesir, perjuang Dr. Hatta dan Pak Nasir di Indonesia dan ramai lagi.

Perjuangan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang suatu ketika dulu pernah dipandang ringan sudah mula membuahkan hasil di dunia arab, di mana Mesir, Tunisia, Syiria sudah mula menunjukkan perubahan yang ketara.

Perjuangan menegakkan agama tidak akan mencapai kejayaan dalam sekelip mata, sehinggakan baginda Rasulullah SAW yang sentiasa mendapat wahyu dan bimbingan daripada Allah dan ditemani oleh malaikat Jibril as pun memerlukan masa lebih 20 tahun untuk menjayakan usaha tersebut.    

Perjuangan PAS juga adalah sebuah kesinambungan bagi perjuangan menegakkan agama di bumi Malaysia sejak tahun 1951, di mana sejarah mencatatkan kesinambungan kepimpinan yang menerajui parti seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy dan  Prof. Dr. Zulkifli yang diteruskan olehTuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada masa ini.   

Oleh kerana, perjuangan ini panjang dan dipenuhi liku maka pejuang PAS hendaklah memperkemaskan 'bahtera' perjuangan, membawa 'bekal' yang tidak terlalu berat dan mengikhlaskan niat dalam berjuang, lantaran lautan perjuangan sangat dalam dan bergelora, bekal yang terlalu berlebihan akan merencatkan perjalanan dan niat yang tidak suci akan diperiksa oleh Tuhan Yang Maha Melihat.

Akhirnya, Timbalan Mursyidul Am mengulas tentang pandangan Islam mengenai klip video yang dikatakan membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan gambaran peristiwa yang hampir sama yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, iaitu berita bohong tentang kecurangan isteri baginda, Sayyidatina Aisyah.

Peristiwa tersebut yang disebarkan oleh kaum munafiqin dan orang yang beriman yang terpedaya dengan dakyah kaum munafiqin, melibatkan isteri yang dikasihi oleh baginda yang merupakan anak kepada sahabat karib baginda dan melibatkan sahabat besar dalam medan jihad iaitu Safwan bin Mu'at'thal bertujuan untuk meruntuhkan kredibiliti baginda Rasulullah SAW.


Peristiwa yang membelenggu kehidupan Rasulullah SAW dan ummat Islam selama 40 hari atau 3 bulan itu benar-benar memberikan tekanan yang sangat hebat, sehingga baginda Rasulullah SAW hampir-hampir menceraikan ummul Mukminin, Aisyah untuk mengurangkan kadar tekanan hebat ke atas Islam dan kepimpinan Islam yang diselubungi dengan tuduhan yang seberat itu.

Akhirnya, wahyu turun secara panjang lebar dalam surah an-Nur membebaskan Aisyah dan Safwan daripada tuduhan liar kaum munafiqin dengan memberikan jalan kepada orang yang tercalar maruahnya untuk meminta bukti 4 orang saksi daripada golongan yang menuduh dan jika tidak mereka hendaklah didakwa melakukan jenayah Qazaf.

Kesimpulannya,  petunjuk Islam mengenai perbuatan jenayah menuduh orang berzina, iaitu mendatangkan 4 orang saksi dan bukannya dengan bersumpah la'nat mubahalah dan bukan juga dengan bersumpah di depan Ka'abah, bahkan orang yang bersumpah dengan menuduh satu pihak lain berzina pula patut dikenakan hukuman Qazaf.

Seterusnya, mesyuarat agung dirasmikan dengan lafaz 'Bismillahir Rahmanir Rahim' dan ungkapan 'teruskanlah perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah dan teguhkanlah langkah-langkah kamu dengan mendapat pertolongan daripada Allah".

Perjalanan mesyuarat agung berjalan dengan lancar dan turut melibatkan acara pemilihan jawatankuasa kerja PAS Kawasan Marang yang baru dengan dikendalikan oleh Unit Keselamatan Negeri yang dipimpin oleh saudara Yasin.

Kepimpinan Jawatankuasa PAS Kawasan Marang yang baru menyaksikan pemegang-pemegang jawatan mendapat sokongan daripada para perwakilan untuk meneruskan tanggung jawab mereka dalam memperkasakan PAS Kawasan Marang bagi sesi 2011/13.   

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mendapat undi tertinggi dalam pemilihan kali ini.


  Perbarisan Hormat Jabatan Amal dan Briged Amal di perkarangan TER.

 Timbalan Mursyidul Am di pentas perbarisan.

 Tegap dan gagah berani belaker nih...

 Tabik hormat dan melaporkan persediaan.

 Bergerak untuk memeriksa perbarisan.



 Antara Jawatankuasa yang turut berada di tapak perbarisan.


 Dato' Dr Haron Din memeriksa perbarisan dengan diringi oleh YDP PAS Kawasan Marang.

 Perwakilan daripada Pekan Bukit Payong diluar dewan
.
 Di kaunter pendaftaran, kelihata perwakilan daripada Kampung Baru, Rhu Muda.

 Memasuki dewan mesyuarat.


 Abang-abang Unit Keselamatan.



 Qari membetulkan pembesarkan suara sbelum mempedengarkan bacaan daripada surah as-Saff.

 Ustaz Ya dan perwakilan Titian Baru.

YDP PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali menyampaikan ucapan.


Cikgu Hassan Jusoh selaku pengerusi Majlis Perasmian.

Dato' Dr.Haron Din memberikan ucapan perasmian yang memberi semangat dan merungkai isu dengan jelas dan menarik. 

Wakil kaum tionghua turut hadir dalam mesyuarat ini.

Anugerah DUN dengan pertambahan ahli terbanyak.


Dato' Dr. Haron melancarkan kutipan derma untuk membina dewan PAS Kawasan Marang di Bukit Payong.

Mengutip derma setelah pelancaran derma dibuat daripada Dewan Pemuda Kawasan.



Perwakilan Dewan Muslimat Kawasan.


Sumbangan derma disampaikan kepada Timbalan Mursyidul Am.



Semoga Allah memberi ganjaran kepada para  penderma yang bermurah hati menyumbang kepada perjuangan Islam.

Cenderahati kepada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan isteri.

Sesi Rehat.



Ustaz Sulaiman mengundi.


Ada ucapan yang kelakar agaknya...




Wakil Dewan Pemuda. saudara Rusli bertanyakan soalan.


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 24 Apr 2011 01:37 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Emel Percuma Untuk Rakyat Malaysia, Berbaloikah?

Posted: 24 Apr 2011 01:25 AM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Satu lagi siri keputusan terburu-buru yang dibuat oleh kerajaan walaupun Perdana Menteri dengan tegasnya menyebut bahawa dana yang digunakan bagi membangun projek ini  tidak sama sekali menggunakan duit rakyat. Nah, kalau bukan duit rakyat soalnya duit siapa? Kerajaan mana yang sediakan peruntukan tersebut? Perkara ini sebenarnya mengelirukan banyak pihak termasuk kakitangan kerajaan sendiri yang belum tentu mampu mengendalikan projek ini dengan jayanya.

Bagi saya bukan emel percuma sebagai pilihan utama kepada rakyat sekarang. Setahu saya banyak lagi pilihan untuk rakyat untuk menggunakan perkhidmatan emel percuma. Sebagai contoh mudah di bank-bank dan perkhidmatan emel daripada universiti pun percuma. Jadi, tidak perlulah kerajaan mewar-warkan inisiatif tersebut yang bagi saya mempunyai kepentingan lain. Nama emel sahaja pun sudah cukup menggambarkan ianya berkepentingan.

Apa yang lebih utama diusahakan pihak kerajaan adalah memperuntukkan internet ke seluruh negara kalau benar-benar ingin jadikan Malaysia sebagai negara maju. Belum pun internet, nak disediakan emel percuma. Saya sebutkan internet yang lebih utama dek kerana sumber maklumat yang sangat terhad sekarang menyebabkan rakyat terdedah kepada maklumat-maklumat asas yang boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Justeru, saya mencadangkan sediakan internet terlebih dahulu. Sebagai contoh,apa yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor yang sedang menggiat usaha meluaskan jalur internet ke seluruh negeri Selangor.

Bahkan pelaburan untuk projek ini sehingga mencecah RM50 juta! Seperti yang dipetik dari sebuah laporan akhbar mengenai ucapan Perdana Menteri: "He said that the RM50 million investment would have a GNI impact of RM39 million up to 2015 Further the 1 Malaysia email initiative will allow direct and secure communications between Malaysian citizens and government as well as enhance delivery of public services.."

Soalnya,adakah projek ini adil untuk semua rakyat Malaysia walaupun namanya emel 1 Malaysia? Bagaimana para penduduk di kawasan pedalaman yang kawasannya pun belum tentu mempunyai sumber asas seperti bekalan air bersih dan elektrik! Hak asasi ini yang perlu pihak kerajaan lebih peka dan prihatin. Cuma baru-baru ini saya juga dimaklumkan projek pemberian mini komputer riba secara percuma apabila membuat penyambungan internet pun telah dihentikan oleh pihak kerajaan dengan alasan tidak cukup dana dan kehabisan peruntukan sedangkan projek ini sangat besar manfaatnya untuk rakyat. Janganlah terlalu ghairah mengejar impian sehingga hak asasi rakyat diabaikan. Ibarat kata Karam Sigh Walia, kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan!

Bagi saya juga, pendidikan percuma lebih utama diusaha dan diharmonikan oleh kerajaan berbanding sekadar emel percuma yang katanya bakal mengganti surat-surat rasmi kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam usaha berjimat cermat. Bagaimana pula masa depan para posmen di Malaysia? Agaknya mereka pula hilang kerja gara-gara surat sudah bertukar dalam bentuk emel !

H/daily

Dari Email 1 Malaysia, Baik Bagi wi-fi Percuma

Posted: 24 Apr 2011 01:00 AM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KEPALA BATAS, 21 April: Kerajaan Malaysia patut meniru langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan Wi-Fi percuma kepada keseluruhan rakyat bukannya memperkenalkan Email 1 Malaysia yang mempunyai motif tersendiri untuk menyelamatkan kedudukan syarikat Tricubes Berhad yang terumbang ambing.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof menegaskan, perbelanjaan RM50 juta wang rakyat demi kroni tidak boleh diterima lagi bahkan patut dihukum dengan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang kerana lebih cerdik menggunakan wang kerajaan untuk sesuatu projek.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan email 1 Malaysia. Ia berubah-ubah dari projek kerajaan kepada inisiatif swasta. Media pula mendedahkan syarikat Tricubes Berhad adalah syarikat yang hampir bankrap dan dikaitkan dengan adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak melalui Kumpulan CIMB.

Agensi kerajaan yang menggunakan email ini pula akan dikenakan caj 50 sen satu email yang akan diperolehi oleh Tricube sedangkan sebelum ini ia hanya percuma dan tidak akan menggunakan wang rakyat.

Sejak pengumuman ini, saham Tricubes telah naik mencanak di Bursa Malaysia kepada angka yang tidak pernah dicapainya sebelum ini.
 

"Jika nak sangat bagi jalur lebar untuk meningkatkan prestasi negara lebih baik bagi Wi-Fi percuma pada rakyat bukanya email 1 Malaysia.  Lagipun ramai rakyat dah ada email sendiri termasuk remaja atau pelajar sekolah.  Kita rasa Wi-Fi amat penting kerana ia dapat mengurangkan kos penggunaan internet sepertimana sekarang ia menjadikan syarikat telekomunikasi bertambah kaya buat keuntungan, " terang Yusmadi (gambar) ketika ditemui di majlis Hi-Tea di Nans Food Court, Taman Serdang, Kepala Batas baru-baru ini.

Lagipun katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengongkong rakyat terutamanya golongan pemuda agar memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada untuk meneruskan tranformasi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu sebelum menjelangnya tarikh piliharanraya Sarawak.

Selain mempunyai motif yang tersirat barangkali cara itu merupakan taktik Barisan Nasional (BN) melebarkan proganda dan dakyah kepada sasaran dengan lebih mudah terus ke dalam komputer yang mendaftar dengan email 1 Malaysia.

"Dengan kewujudan email yang dipantau oleh kerajaan lebih mudah untuk mereka menyebarkan propaganda bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " tambahnya.

Program khas sempena perlantikan Adnan sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Azmin Ali, Ketua Perhubungan KeAdiLan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husain.

H/daily

MCA Minta Pulau Utusan, Apa Kata Pemuda Umno

Posted: 24 Apr 2011 12:15 AM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KOTA BHARU, 24 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia.

Gesaan ini dilaporkan oleh laman web berita dalam talian Malaysiakini pada 23 April 2011.


Ini ekoran rencana yang ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan minggu lepas yang mencadangkan agar digerakkan kempen '1Melayu, 1Bumi'.

Pemuda PAS Kelantan, kata Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari, menyanggah kenyataan Presiden UMNO bahawa cadangan tersebut merupakan cadangan peribadi penulis dan tidak ada kaitan dengan kerajaan.

Hakikatnya, kata beliau, Utusan Malaysia merupakan lidah rasmi Umno dan sebarang tulisan yang tersiar di dalamnya khususnya yang berkaitan dengan sidang pengarangnya sendiri harus dipikul tanggungjawabnya oleh Umno.

Justeru, Fadhli (gambar) berkata, Pemuda PAS Kelantan melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA merupakan satu cabaran kepada Umno yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu.

"Jika selama ini mereka sering menuduh bahawa PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP, maka hari ini apabila MCA secara terang menyelar lidah rasmi Umno, adakah Umno berani untuk bersuara?" katanya dalam satu kenyataan.

Pemuda PAS Kelantan beranggapan, sekiranya Umno khususnya Pergerakan Pemudanya hanya diam membisu, bererti mereka sendiri sudah merelakan diri menjadi kuda tunggangan MCA.

"Sepatutnya, pada masa inilah Pemuda UMNO perlu menunjukkan kejantanan mereka tampil ke hadapan membela suara rasmi mereka yang dianggap pembela bangsa Melayu selama ini," katanya.

Hakikatnya, kata Fadhli, seruan Utusan Malaysia itu hanyalah mengulangi pendirian politik perkauman yang diamalkan oleh Umno selama ini.

Pemuda PAS Kelantan katanya yakin, masyarakat Malaysia semakin menyedari permainan politik yang merbahaya ini dan akan menolak politik perkauman yang diamalkan oleh Umno dana rakan-rakan parti politik di dalam komponen Barisan Nasional.
 
H/daily

Anwar, Husam Dalam Seminar Muqasid

Posted: 23 Apr 2011 11:30 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 24 April: Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK) akan mengadakan seminar pemikiran Islam semasa berkaitan Maqasid Syar'iyyah yang akan diadakan di Balai Islam Lundang.

Seminar tersebut akan diadakan pada 30 April 2011 bersamaan 26 Jamadilawal 1432H bermula jam 2.00 petang.


Ahli-ahli panel terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, Datuk Husam bin Musa, Exco Kelantan dan Dr. Muhammad Nur Manuty, Pensyarah KUIS yang juga Ketua Penerangan PKR.



Manakala Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula akan menyempurnakan majlis perasmian penutup yang dijangka berakhir pada jam 5.00 petang.

Moderator seminar ini Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri kelantan.

Pengarah TATOK, Mohd Khir Abdul Ghani berkata, seminar ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada rakyat tentang matlamat Syariah.

"Peserta dianggarkan lebih 1500 orang terdiri daripada pimpinan masyarakat, badan-badan NGO, pelajar-pelajar IPT dan DHPP Kelantan serta para aktivis daripada pelbagai bangsa tanpa mengira fahaman politik turut turut dialu-alukan,

"Tujuan diadakan seminar untuk memberi gambaran jelas tentang konsep Maqasid Syar'iyyah dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia yang meliputi asas-asas kehidupan manusia untuk seluruh masyarakat yang berbilang kaum," katanya.

Pada jam 9.00 malam pula akan diadakan ceramah penjelasan isu-isu semasa yang dianjurkan pihak Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan di Padang Majlis Daerah Machang.

Penceramah ialah Nik Abdul Aziz, Anwar, Husam dan Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP.

H/daily

1Melayu 1Bumi Hasrat Sebenar Umno

Posted: 23 Apr 2011 11:00 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


BAYAN LEPAS: Isu 1Melayu, 1Bumi sepertimana yang diperkatakan oleh akhbar Utusan Melayu, milik Umno sebenarnya menyuarakan hasrat sebenar parti tersebut dan dasar yang ingin mereka praktikkan.

Namun begitu, bagi Pakatan Rakyat (PR), ia bukannya sesuatu yang membanggakan.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Sungai Tiram, Bayan Lepas malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, turut menyatakan apa yang cuba ditimbulkan oleh Umno melalui akhbar tersebut akan mengundang prasangka yang parah kerana mempertontonkan keakuan yang melampau.

"Dalam PR kita membela semua golongan masyarakat yang memerlukan sokongan dan bantuan. Siapa sahaja yang sukar dan melarat pasti akan dibela bagi menjadikan mereka juga dapat hidup dalam sempurna dengan kumpulan masyarakat yang lain.

"Oleh kerana itulah, PR enggan menerima momokan prejudis seperti ini untuk diperjuangkan sebagai landasan politik yang akan membawa parah dan kemudaratan," tegasnya lagi.

Azmin juga menyatakan dalam pilihan raya umum yang akan datang, PKR tidak akan berkompromi lagi dengan mana-mana pihak yang telah menggugat kestabilan parti sepertimana yang dilakukan oleh wakil rakyat yang melompat.

"PKR akan pastikan tapisan kali ini adalah yang terbaik, setelah pengalaman lalu membuktikan, tanpa tapisan yang terbaik, maka hasilnya juga adalah yang tidak baik sepertimana yang dibuktikan oleh wakil rakyat PKR yang mengisytiharkan diri mereka sebagai bebas.

"Mereka ini juga sebenarnya menjatuhkan imej sendiri, apabila meletakkan martabat mereka, pada tahap yang begitu rendah dengan tidak menghormati mandat yang telah diberikan oleh pengundi atas tiket parti sebelum ini.

"Walau bagaimana pun, kita akan pastikan insiden ini tidak akan berulang lagi dalam pilihan raya yang akan datang. Tapisan yang terbaik akan dilakukan sebelum pemilihan wakil rakyat dilakukan," tegasnya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mansor Othman dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain.

H/daily

Berjuang Kerana Allah dan Rasul

Posted: 23 Apr 2011 10:40 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Sebelum Tentera Islam bersiap sedia untuk berkumpul di Yarmuk menanti serangan bala Tentera Rom,  Khalifah Abu Bakar mengarahkan Panglima Khalid Al-Walid untuk mengambil alih pimpinan daripada Abu Ubaidah termasuk memimpin seluruh bala tenteranya. Abu Ubaidah terus berkata "Mudah-mudahan Allah memberkati khalifah dengan pandangannya dan selamatkan Khalid dengan tugasnya".

Menariknya kata-kata dari Panglima Abu Ubaidah ini, adalah kerana ia menjadi bukti keikhlasan dan kebesaran jiwa para sahabat sehingga kasih sayang dan ukhuwwah tidak diganggu oleh kepentingan pangkat dan kedudukan sehingga mereka boleh diatur dan ditukar jawatan dengan sebegitu rupa.

Inilah bukti kekuatan iman dan roh yang ada pada setiap para sahabat sehingga 2 kerajaan besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi tunduk di bawah kekuasaan ISLAM.

Kemenangan menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno adalah sesuatu yang pasti jika PAS memenuhi syarat kemenangan itu untuk melayakkan diri diberi pertolongan dari Allah S.W.T. Apabila kekuatan roh berbekalkan iman dan keikhlasan serta  persediaan yang terbaik mengikut kemampuan, bersama taktik dan strategi yang bijak, pertolongan dari Allah S.W.T itu pasti akan berlaku tanpa halangan. Satu petikan yang saya ambil dari karangan Tuan Guru Presiden sendiri, satu karya yang cukup bermakna buat diri saya iaitu "Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin".

Pentingnya setiap pejuang gerakan ISLAM khususnya yang berada di dalam PAS melalui proses didikan itu atau proses tarbiyyah itu sepertimana proses yang sama dilalui oleh para sahabat Nabi S.A.W kerana jika tidak, PAS akan melahirkan barisan pimpinan yang lemah untuk memimpin gerakan itu. Dan jika pimpinan itu dipilih dari perwakilan yang juga tidak melalui proses tarbiyyah itu, saya khuatir, PAS tidak akan dapat melayakkan diri untuk menerima pertolongan dari Allah S.W.T sepertimana pertolongan yang telah diberikan kepada para sahabat Nabi suatu ketika dahulu.

Saya khuatir. Saya tidak akan khuatir tanpa bersebab. Semoga pemerhatian saya tersilap atau tersilau dari hakikat sebenar khususnya di kawasan saya sendiri. Pilihlah mereka yang teguh dari aspek akidah dan akhlak, dan juga mereka yang mampu menyatukan semua pihak untuk berjuang ke arah satu matlamat, tidak kira dari kalangan ahli PAS malah dari kalangan parti komponen Pakatan Rakyat itu sendiri khususnya PKR dan DAP.

Bagaimana pentingnya kepimpinan ulama' untuk membarisi kepimpinan PAS, begitu juga pada pandangan peribadi saya, pentingnya golongan professional untuk juga bersama-sama dalam barisan pimpinan baru kali ini.

Pesanan dari Ayahanda Almarhum Ustaz Hj.Fadzil Noor dari kertas kerja beliau, "Konsep Kepimpinan Dalam Parti Islam Semalaysia", "Bagi kita ulama' bukanlah dilihat dari segi pakaian lahirnya tetapi yang kita maksudkan ulama' ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya dari sumber-sumber Islam yang diijmakkan iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias. Mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan yang mendapat pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka tetapi mereka juga mungkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan melalui pengajian agama tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilmu keIslaman seperti yang berlaku di dalam sebahagian dari kepimpinan Islam di dunia sekarang ini. Lantaran itu bukanlah suatu yang mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan sebagai pemimpin.".

Apabila Panglima Khalid Al-Walid dilucutkan jawatan oleh Khalifah Umar Al-Khattab, beliau masih bersama-sama gagah dalam barisan serangan menyerang musuh ISLAM tanpa ada rasa kekecewaan sedikitpun di wajahnya sehingga perlakuan yang dianggap pelik oleh sebahagian ketika itu dijawab dengan penuh yakin oleh beliau "Kerana Allah Dan Rasulnya Aku Berjuang".

Dan jika kerana itu juga, sebab utama kenapa kita bersama di dalam PAS, pastinya kasih sayang dan ukhuwwah antara kita akan terus dipelihara oleh semua khususnya ketika proses pemilihan pimpinan di peringkat cawangan, kawasan dan pastinya ketika di Muktamar PAS yang ke-57 yang menjelang tiba. Insya Allah.

H/daily

2 Tok Guru Aset Umat Islam, Bukan Sekadar PAS

Posted: 23 Apr 2011 10:20 PM PDT

Jamadilawal 1432H. [MOD] -


 PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.

"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.

"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.

Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.

"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai.

"Di peringkat nasional, rakyat sudah muak dengan fitnah hodoh seperti diperlakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga anak-anak kecil kebingunan dengan apa yang dilaporkan di media.

"Di Pasir Puteh ini, media digunakan untuk menyebar berita palsu kononnya berduyun-duyun ahli PAS masuk Umno," katanya.

Di sebelah pagi telah diadakan mesyauarat agung muslimat PAS kawasan Pasir Puteh di tempat yang sama.

"Pagi ini kita adakan masyuarat (agung) muslimat di sini, perwakilan yang hadir hampir 600, ini membuktikan segala dakwaan bahawa  orang kawasan ini begitu ramai masuk Umno satu pembohongan," ujar beliau.

H/daily

Penyamun Tamak Terima Padah ditembak Polis

Posted: 23 Apr 2011 10:00 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

MELAKA – Tidak puas dengan hasil samun yang diperoleh daripada sebuah stesen minyak di Jalan Munsyi Abdullah di sini, dua penjenayah menyamun pula sebuah stesen minyak di Tengkera selang 15 minit selepas itu malam kelmarin.

Sikap tamak mereka bagaimanapun membawa padah apabila salah seorang daripadanya ditembak dan ditahan polis ketika melakukan samun kedua.

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di sebuah stesen minyak yang cuba disamun di Tengkera, Melaka

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian pertama di sebuah stesen minyak di Jalan Munsyi Abdullah itu berlaku kira-kira pukul 9 malam.

Menurutnya, ketika melakukan samun kedua, salah seorang penjenayah itu memasuki kaunter bayaran dan mengugut juruwang wanita berusia 20-an dengan sebilah pisau agar menyerahkan wang.

"Dua anggota polis yang menyamar dalam Ops Kios di stesen minyak ini menggagalkan cubaan samun tersebut.

"Suspek kemudian keluar dari kaunter dan menyerang anggota polis tersebut dengan pisau menyebabkan satu tembakan terpaksa dilepaskan dan mengena bahagian kiri perut suspek," katanya.

Tipu Hamil Kerana Projek Sekolah

Posted: 23 Apr 2011 09:30 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil.

Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah.

Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.

Sebagai bukti dia berkata benar, Rodriguez mengeluarkan bantal yang diikat dengan menggunakan wayar pada perutnya di hadapan para pelajar lain.

Seterusnya, dia memberitahu, kajian sosial itu dirahsiakan dan hanya diketahui oleh seorang rakannya, ibunya, teman lelakinya dan pengetua sekolah berkenaan serta segelintir yang lain.

"Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," katanya kepada akhbar Yakima Herald-Republic selepas mendedahkan berita tersebut.

Selepas Rodriguez membuang 'perut palsunya', ramai antara 700 pelajar sekolah itu, pada mulanya terkejut, namun mereka lantas bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

GABY RODRIGUEZ membuang bantal pada perutnya selepas berpura-pura hamil selama enam bulan.

Mengulas mengenai tindakan pelajarnya itu, pengetua sekolah berkenaan, Trevor Green berkata, Rodriguez patut dipuji kerana komitmennya meneruskan projek tersebut.

"Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya mengagumi keberaniannya," kata pengetua tersebut.

Kisah pelajar berkenaan mendapat liputan meluas di AS dengan Rodriguez diundang ke rancangan bicara pagi popular, Today kelmarin untuk menceritakan pengalamannya. - Agensi 

Telefon Untuk Orang Buta dilancar

Posted: 23 Apr 2011 09:15 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

 
NEW DELHI - Sebuah syarikat teknologi India melancarkan telefon bimbit khas bagi golongan buta.

Telefon unik itu mempunyai ciri seperti papan kekunci menggunakan tulisan Braille, dail panggilan menggunakan suara dan turut membacakan teks mesej kepada pengguna.

Menurut Intex Technologies, telefon yang dinamakan Intex Vision itu mempunyai papan kekunci yang mampu berkata-kata dan akan membacakan nombor yang ditekan kepada pengguna bagi membantu golongan buta yang tidak boleh membaca tulisan Braille.

Buat masa ini, telefon berharga 2,600 Rupee (RM177) itu hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris namun lebih banyak versi bahasa lain, termasuk Hindi, akan dikeluarkan dalam masa terdekat. 

Hidung Elektronik Kesan Barah

Posted: 23 Apr 2011 09:00 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


 Sebuah ciptaan teknologi perubatan baru digelar 'hidung elektronik' mampu mengesan barah hanya melalui ujian pernafasan ke atas pesakit.
 
Rekaan baru seperti itu amat diperlukan untuk mengesan barah di bahagian kepala dan leher pada peringkat awal kerana sebelum ini, penyakit berbahaya itu hanya boleh dikesan melalui ujian khas iaitu selepas tahap penyakit menjadi lebih serius.

Hasil kajian awal menunjukkan hidung elektronik yang menggunakan teknologi nano itu dapat mengenal pasti sel barah peringkat awal dalam bentuk molekul paling kecil.

Dianggarkan 40,000 pesakit menghidap barah di kepala dan leher di Amerika Syarikat setiap tahun.

Keputusan Perlawanan Bola Sepak La Liga

Posted: 23 Apr 2011 08:45 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


 MADRID: Keputusan perlawanan bola sepak membabitkan kelab La Liga, Sepanyol semalam dan awal pagi tadi adalah:

Valencia 3 (Soldado 60, Jonas 80, Alba 85) , Real Madrid 6 (Benzema 23, Higuain 31, 42, 53, Kaka 39, 62)

Barcelona 2 (Villa 24, Messi 87) , Osasuna 0

Athletic Bilbao 2 (Muniain 18, Toquero 29) , Real Sociedad 1 (Javi Martinez 31-gs) 

AFP

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Serie A

Posted: 23 Apr 2011 08:40 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


 ROM: Keputusan perlawanan bola sepak membabitkan kelab Serie A, Itali yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi adalah:

Roma 1 (Perrotta 4) , Chievo 0

Bari 0 , Sampdoria 1 (Pozzi 59)

Bologna 0 , Cesena 2 (Giaccherini 48, Malonga 84)

Cagliari 1 (Cossu 47) , Fiorentina 2 (Cerci 45, 50)

Genoa 4 (Floro Flores 10, 62, Palacio 42, 54) , Lecce 2 (Di Michele 3, 30)

Inter Milan 2 (Sneijder 40, Eto'o 53) , Lazio 1 (Zarate 24-pen)

Palermo 2 (Balzaretti 38, Bovo 45-pen) , Napoli 1 (Cavani 2-pen)

Udinese 0 , Parma 2 (Amauri 13, 90)

Brescia 0 , AC Milan 1 (Robinho 82)

Juventus 2 (Del Piero 19-pen, 38) , Catania 2 (Gomez 81, Lodi 90)

AFP

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Bundesliga

Posted: 23 Apr 2011 08:35 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


 BERLIN: Keputusan perlawanan bola sepak membabitkan kelab bola sepak Bundesliga, Jerman yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi adalah:

Schalke 04 0 , Kaiserslautern 1 (Lakic 42)

Bayer Leverkusen 2 (Kadlec 40, Vidal 51) , Hoffenheim 1 (Sigurdsson 28)

VfB Stuttgart 3 (Cacau 6, 88, Gentner 78) , Hamburg 0

Eintracht Frankfurt 1 (Rode 54) , Bayern Munich 1 (Gomez 87-pen)

St Pauli 1 (Bartels 29) , Werder Bremen 3 (Thorandt 50-gs, Pizarro 73, 74)

Borussia M'gladbach 1 (Idrissou 35) , Borussia Dortmund 0 

AFP

Keputusan Perlawanan Bola Sepak EPL

Posted: 23 Apr 2011 08:30 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


 LONDON: Keputusan perlawanan bola sepak membabitkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi adalah:

Aston Villa 1 (Bent 43) , Stoke 1 (Jones 20)

Blackpool 1 (Campbell 32) , Newcastle 1 (Lovenkrands 17)

Chelsea 3 (Lampard 44, Torres 84, Malouda 90) , West Ham 0

Liverpool 5 (Rodriguez 7, 66, 73, Kuyt 23, Cole 86) , Birmingham 0

Manchester United 1 (Hernandez 83) , Everton 0

Sunderland 4 (Gyan 55, Henderson 66, 77, Sessegnon 73-pen) , Wigan 2 (Diame 52, Di Santo 90)

Tottenham 2 (Pavlyuchenko 27, Defoe 66) , West Bromwich 2 (Odemwingie 5, Cox 81)

Wolverhampton 1 (Fletcher 22) , Fulham 1 (Johnson 80)

AFP

Rakyat Negara Kaya Cenderung Bunuh Diri?

Posted: 23 Apr 2011 08:15 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


NEW YORK - Penemuan ini mungkin mengejutkan tetapi negara yang diisytiharkan paling gembira di dunia disahkan mempunyai kadar bunuh diri tertinggi.

Menurut kajian terbaru, lebih mewah sesebuah kawasan kediaman itu, lebih gembira penduduk di kawasan tersebut tetapi mereka juga lebih cenderung untuk membunuh diri.

Ini kerana seseorang individu bermasalah yang tinggal di kawasan di mana penduduk lain lebih gembira akan merasa lebih tertekan berhubung masalah yang dihadapinya.

Tetapi individu yang tinggal di kawasan kurang gembira tidak akan merasa terlalu tertekan dengan masalah sendiri dan lebih mudah untuk berhadapan dengan masalah tersebut.

Penyelidikan terdahulu membuktikan negara di mana penduduknya paling gembira seperti Denmark, Kanada, Amerika Syarikat dan Switzerland mempunyai kadar bunuh diri lebih tinggi berbanding negara lain. 

Memo Editor Kilang Rugi, 30 Mesin Musnah Akibat Ribut

Posted: 23 Apr 2011 08:00 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


PETALING JAYA – Sebuah kilang elektronik mengalami kerugian bes:ar apabila 30 mesin memproses alat semikonduktor musnah akibat ribut di Sungai Way, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, papan lapis dari sebuah tapak pembinaan tempat letak kereta, di belakang kilang tersebut, terbang ditiup angin sehingga menimpa bumbung premis.

Kejadian menyebabkan bumbung kilang pecah dan sebahagian mesin itu musnah kerana ditimpa hujan.

Pakar Pengeluaran Mekanikal, R Maniam, 40 berkata, ketika kejadian, terdapat enam pekerja operator sedang menjalankan operasi terhadap 60 buah mesin.

"Secara tiba-tiba, kami terdengar bunyi dentuman yang kuat. Kami semua terus keluar menyelamatkan diri.

"Bunyi tersebut kedengaran hampir 15 minit dan selepas itu, didapati bumbung kilang pecah teruk. Sebanyak 30 buah mesin termasuk produk yang sudah siap musnah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Kejadian juga menyebabkan tiga buah kenderaan iaitu dua Proton Iswara dan Perodua Kancil turut musnah ditimpa papan dari tapak pembinaan tersebut.

Pas Perlu Turunkan BN, Bukan Hadi

Posted: 23 Apr 2011 07:47 PM PDT

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -




KUALA LUMPUR – "Pas perlu "disegarkan" dengan membawa elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti, bukannya menukarkan kepimpinan yang ada hari ini," demikian tegas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Husam Musa.

Sambil mempertahankan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Husam berkata, Pas perlu berusaha memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 kerana ia lebih penting.

"Kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma perlu mengambil tindakan memperkasakan kedudukannya.

"Usaha yang perlu diberi perhatian adalah menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku yang juga merupakan seorang pemimpin Pakatan Rakyat," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Pas kawasan Batu, semalam.

Menurutnya, isu presiden dicabar atau tidak, Pas tidak perlu memberi respons secara berlebihan.

"Nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah BN bukan Pas.

"Kawasan saya (Kubang Kerian) juga mencalonkan Hadi sebagai presiden kerana beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui Pas. Ini sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden)," katanya.

Pertikaian pemilihan jawatan tertinggi Pas bermula selepas beberapa kawasan mula mengadakan mesyuarat kawasan dan Pas Bukit Bintang mencalonkan Husam sebagai presiden.

Husam berkata, Pas harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti.

Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi liabiliti kepada Pas, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.

"Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain, tidak sama. Bagi saya, Hadi bukan liabiliti kepada Pas, kepimpinannya masih diperlukan, cuma Pas perlu disegarkan semula," katanya. 

S/H

Perubahan Sokongan Rakyat Sarawak Bukan Atas Dasar Perkauman

Posted: 23 Apr 2011 06:00 AM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan kemenangan DAP merangkul 12 kerusi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 16 April lalu atas dasar perkauman.

Menyatakan pemikiran politik perkauman  BN perlu dihenti segera, beliau berkata keputusan PRN  Sarawak itu, sebaliknya membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.

"Jika ada perubahan dari  pilihan raya Sarawak,  ia tidak harus disandarkan pada trend demografi bangsa tetapi kecenderungan geografi berdasarkan lokasi.

"BN sebenarnya bangsa sentimen dengan menuduh DAP bermain politik perkauman. Keputusan PRN  membuktikan keinginan dan gerakan untuk perubahan tidak terbatas pada satu komuniti sahaja tetapi tersebar di pelbagai masyarakat Sarawak," katanya pada kenyataannya hari ini.

Beliau juga tidak menolak dengan sokongan semua kaum di Sarawak adalah penyumbang kepada sokongan terhadap DAP dan Pakatan Rakyat (PR) semakin tinggi, berdasarkan beberapa analisis.

"Kejayan Pakatan Rakyat dan DAP secara khusus, tidak mungkin terjadi tanpa peningkatan sokongan semua komuniti di Sarawak. Hal ini terutama jelas dalam kerusi luar bandar seperti Kidurong, Piasau, Batu Kawah dan Meradong yang semuanya dimenangi DAP.

Guan Eng juga mengakui bukan semua kawasan  majoriti Cina memberi sokongan terhadap DAP kerana DUN Bawang Assan dimenangi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen BN.

"Penting untuk dicatat bahawa sokongan tidak seragam di beberapa bahagian seluruh negara. Ada BN berjaya mencapai perubahan yang menguntungkan mereka. Hal ini berlaku untuk kerusi majoriti Cina juga, seperti Bawang Assan.

"Calon kami hilang sokongan berbanding dengan 2006. Hal ini juga tanggapan yang besar bagi Sarawak, dan jurang antara Cina dan bukan Cina yang lebih antara luar bandar dan bandar," ujarnya.

Justeru, Guan Eng menyeru  BN supaya tidak mengaitkan sokongan terhadap DAP bersifat perkauman kerana rakyat lebih rasional memikirkan masalah yang dihadapi mereka.

"Mereka yang tidak bertanggung jawab cuba untuk memainkan isu perkauman. Yang jelas adalah penolakan pengundi  tidak ada kaitan dengan perkauman tapi lebih kepada masalah yang menimpa mereka," katanya.

40 Mahasiswa Pro-M disingkir Kolej Kediaman UPM Walaupun Layak

Posted: 23 Apr 2011 05:22 AM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

 

KUALA LUMPUR: Lebih 40 mahasiswa, termasuk dua pemimpin Pro Mahasiswa (Pro-M) disingkir dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun memenuhi merit minimum, kata jururcakap Pro-M, Siti Zulaikha Rusmadi.

Siti Zulaikha berkata, dua pimpinan Pro-M itu termasuklah Zuhairah Hayati Hared yang mempunyai 142 merit dan Norhidayah Abdul Rahman 100 merit dengan syarat minimum menduduki kolej kediaman di UPM hanyalah 60 mata merit minimum.

"Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya diketahui mendakwa pengetua kolej, Rosna Abdul Raman merupakan dalang tindakan tidak berperundangan itu.

"Rosna sejak seminggu lalu menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa dari menghuni di kolej tersebut," katanya dalam kenyataan media.

Zuhairah adalah bekas Timbalan Presiden II Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala Norhidayah ialah Exco Pembangunan Siasah dan Integrasi, Kolej Kedua UPM.

Siti Zulaikha menyelar tindakan berat sebelah Rosna yang membenarkan pelajar Pro Aspirasi, Yohana Masrol menetap di kolej itu walaupun hanya mendapat 52 merit.

Pro-M dlihat memiliki pandangan yang agak kritikal terhadap kerajaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi dilihat cenderung dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Rosna adalah pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan boleh dihubungi melalui 03-894 673 57.

"Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan," kata Siti Zulaikha lagi.

Salam Perjuangan

Posted: 23 Apr 2011 11:17 PM PDT

Salam Perjuangan


LANJUTKAN TEMPOH KAJIAN LYNAS

Posted: 23 Apr 2011 05:48 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 23 Apr 2011 09:37 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MUHAMMAD PUTERA FARID ISKANDAR PELAJAR CEMERLANG SPM 2010

Posted: 23 Apr 2011 03:21 AM PDT

Mahu teroka teknologi nano



Muhammad Putera Farid Iskandar



IPOH 22 April - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Muhammad Putera Farid Iskandar yang mendapat 10A+ berhasrat untuk meneruskan pendidikan di Massachusstts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS) dalam teknologi nano.
Penerima biasiswa nasional itu berkata, MIT menjadi pilihannya kerana ia mampu merealisasikan hasratnya untuk menjadi penyelidik dalam bidang nano pada suatu hari nanti.
Bagaimanapun, menurut beliau, sebelum menempatkan diri di MIT, beliau akan mengikuti Program Ijazah Amerika Syarikat (ADP) selama setahun di Malaysia sebelum berangkat ke AS akhir tahun 2012.
''Saya sudah bersedia untuk meneruskan pendidikan bagi mencapai cita-cita sebagai penyelidik," katanya ketika ditemui selepas selesai berkongsi pengalamannya di sesi Ikon Inspirasi Minggu Saham Amanah Malaysia, di sini hari ini.
Ketika ditanya resipi kejayaannya, Muhammad berkata, beliau sentiasa membuat ulang kaji lebih awal untuk memastikan tidak ketinggalan dalam pembelajaran seharian.
Jelasnya, sejak kecil sehingga SPM, beliau tidak pernah pergi tuisyen kerana percaya dengan teknik pembelajaran sendiri.
"Selain mengulang kaji secara konsisten, saya memastikan setiap kali selesai mendapat ilmu dari guru, saya meminta mereka memberkati ilmu dan mendoakan saya," katanya.


sumber: http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&div=1


PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 23 Apr 2011 09:24 PM PDT

PAS KAWASAN BAKRI


Apa BN dah buat: LYNAS

Posted: 23 Apr 2011 03:42 AM PDT

20 Jamadil Awal 1432 H | 23 April 2011

Dalam isu kilang nadir bumi (tanah jarang) Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, sepatutnya sejak awal lagi pandangan rakyat harus didahulukan dan keselamatan mereka diutamakan sebelum kelulusan untuk membina kilang tersebut diberi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ekoran bantahan hebat daripada semua lapisan masyarakat di Kuantan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah menukar pendirian sejajar dengan peningkatan bantahan daripada rakyat yang memuncak dari hari ke hari:

Kenyataan MB tidak konsisten
  • Memberi jaminan bahawa kilang Lynas selamat, kemudian
  • Melenting untuk menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses 'rare earth' tidak dibenarkan beroperasi, akhirnya
  • Mengalihkan masalah kepada Putrajaya dengan mengatakan bahawa bukan kerajaan Pahang yang memberikan kelulusan.
'Silat' Adnan yang menepis masalah panas ini ke Putrajaya ternyata berhasil apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kelmarin, mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menubuhkan satu panel bebas secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.

"Sepatutnya pandangan pakar diminta dari awal lagi, dan bukan setelah rakyat bangun membantah.
PAS cukup kesal dengan sikap dolak dalik antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, sehingga terkini MB Pahang dan Kementerian barulah kata nak meminta pandangan pakar sebelum membuat sesuatu keputusan," ujar Tuan Ibrahim sebagai respons kepada tindakan kerajaan pusat.


Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyoal maksud di sebalik kenyataan Adnan di sidang Dun Pahang beberapa hari yang lepas, di mana Adnan menyatakan bahawa kalau Lynas ditutup sekalipun, ianya bukan berpunca daripada tekanan pembangkang.


"Jadi kalau bukan kerana tekanan pembangkang, maka atas alasan apa Lynas akan ditutup," soalnya atas hujah bahawa Lynas sememangnya mendapat lampu hijau untuk beroperasi daripada kerajaan negeri dan kementerian yang berkenaan."


"Dalam keadaan bangunan sedang dalam proses untuk disiapkan, dan Lynas dijangka akan memulakan operasinya hujung tahun ini - kerajaan masih gagal memberi kata putus untuk tutup segera – jadi sekarang kita menunggu samada kerajaan hendak membuat sesuatu berdasarkan kehendak rakyat atau sebaliknya dan menanggung risiko dihukum rakyat pada piliharaya umum ke 13," tegurnya.


Secara logiknya, tambahnya, rakyat kini sudah matang dan pandai berfikir bahawa mengapa kerajaan Australia hendak menolak projek Lynas yang bakal mendatangkan keuntungan lumayan setahun sekiranya tiada risiko sampingan.


"Takkanlah projek yang berdaya maju begini tiada negara akan sanggup menerimanya, lalu di saat negara lain menolak kerana takut akan risikonya, mengapa pula Pahang terima?" soal beliau lagi.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 23 Apr 2011 09:19 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bridge in danger of collapsing

Posted: 23 Apr 2011 06:46 PM PDT



Zefry Dahalan

April 23, 2011

PANTAI : There is a single bridge connecting Kampung Pajam to Pajam town and the 200 villagers fear their only access will be cut as the bridge is about to collapse.

According to a resident Hoh Kin Leong, there are signs the bridge is sinking after a recent storm.

"This is the only exit road we have fand its is not safe to ctross the bridge anymore. We are living in fear just in case the bridge collapses when someone from this village is using the bridge," said Kin Leong.

Another resident K Lakshamanan said he had informed the Village Development and Security Committee (JKKK – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) on the condition of the bridge but nothing has been done so far.

"We informed JKKK three weeks ago after we found the bridge start to sink but so far no repairs have been done.

"Worried on the safety of the bridge we have done our own minor repair but we can'tguarantee safety of the bridge.

Meanwhile Seremban MP, John Fernandez said : "The soil structure is not strong and the bridge is leaning to one side .

"There is urgency for the bridge to be repairded immediately or a new bridge be built. Not only are the people uses this bridgeto go to work but the school van also uses the bridge .

"If the government can build a temporary bridge within 24 hours at a location where a by-election is on the cards why can't they do the same here?" asked John.

Lenggeng State Assemblymen Mustafa Salim urged the residents to be patient as he and the officers from the Seremban District Office visited the bridge three weeks ago.

"Seremban District office has already applied to the State Development Office for a budget of RM100, 000 to repair the bridge," he said.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/23/bridge-in-danger-of-collapsing/

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 23 Apr 2011 07:32 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


LAWATAN KERJA KALI KE-2 KG. KUBANG PALAS.

Posted: 23 Apr 2011 09:06 AM PDT

22 APRIL 2011- Majlis Ramah Mesra bersama penduduk kampung sempena lawatan kerja ke mukim padang terap telah diadakan di masjid Kubang Palas selepas solat jumaat. Majlis yang dikendalikan dengan kerjasama Ahli Parlimen Padang Terap dan juga Ahli MKK serta jawatankuasa Masjid.
Lawatan kerja kali ini bertujuan menjelaskan isu tanah yang berkaitan dengan kg. ragut dan kaeng yang mula diketengahkan oleh Kerajaan Negeri.Daripada hasil aduan yang telah disuarakan oleh peneroka tanah mendapati,status tanah terbabit tidak dapat diberi hak milik kepada peneroka berikutan perjanjian yang temeterai antara badan kerajaan dan sebuah syarikat ketika pentadbiran dulu.

Tanah Pdg. Ragut seluas kira-kira 300 hektar yang melibatkan hampir 600 peneroka mula menjadi perhatian hasil daripada beberapa aduan yang dibuat mengenai pemilikannya.

Kini masalah yang disuarakan mula dibincangkan didalam mesyuarat mingguan exco bagi mempercepatkan proses pemilikan tanah.

Yb Phahrolrazi didalam ucapannya menyebut, masalah pdg ragut dianggap 80 peratus selesai dlam usaha kerajaan mengambil semula tanah daripada syarikat sebelum diagihkan kepada pemohon yang layak. 
Pihak peneroka juga perlu mewujudkan satu jawatankuasa bagi merujuk sebarang maklumat pemohon dan menyelesaikan sebarang masalah kecil sebelum pengagihan tanah dibuat,ujarnya.

Katanya lagi sambil mengingatkan sebarang penerokaan tanah yang menjadi rizab kerajaan perlulah dielakkan supaya masalah sama tidak berulang. Ini kerana tanah rizab negeri kedah semakin berkurangan daripada had 1/3 tanah negeri yang perlu disimpan oleh setiap negeri bagi menghindarkan sebarang ketidaktentuan alam sekitar.

Turut hadir Ahli Parlimen Padang Terap YB Nasir Zakaria serta beberapa agensi dalam majlis ramah mesra bersama Exco Negeri Kedah di Masjid Kubang Palas.
Mengenai Tanah Kaeng pula,Kerajaan Negeri sedaya upaya meneliti punca masalah dan akan bertindak segera.

PAS LENGGONG

Posted: 23 Apr 2011 07:32 PM PDT

PAS LENGGONG


Perkukuh Pakatan- YB Idham Lim

Posted: 23 Apr 2011 06:34 PM PDT


Semasa merasmikan penutup Muktamar Agong PAS Lenggong YB Idham mengingatkan perwakilan agar bersedia menangkis serangan fitnah jahat yang akan dihemburkan oleh UMNO -BN dan konco-konco mereka kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Kerana itu jangan ikut rentak mereka. Sebarang berita dari sumber mereka hendaklah ditapis dengan amat teliti.
Pemeriksaan terhadap berita dari umno dan konconya hendaklah berpaksikan maksud ayat " Jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat dengan teliti".
Perwakilah digesa bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan. PAS Lenggong pada pemerhatian dari kepimpinan negeri memiliki peluang yang cerah untuk menang dalam pilihanraya ke13 nanti. Perkara penting ialah kesepaduan dan kerja sama kukuh dalam Pakatan.

Perasmian Penutup

Posted: 23 Apr 2011 03:25 AM PDT




Sessi Pengambaran

Posted: 23 Apr 2011 03:21 AM PDT





Mesyuarat Agong PAS Lenggong yang bergaya.

Posted: 23 Apr 2011 03:08 AM PDT








PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 23 Apr 2011 07:22 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


SELAMAT BERMESYUARAT AGUNG

Posted: 23 Apr 2011 06:23 AM PDT

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 24 April 2011 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Hotel Kings, Lebuh Ayer Keroh.

Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan ketiga-tiga jawatan utama dipertandingkan iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua serta AJK. Manakala Ketua Urusan Ulama di sandang oleh Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz tanpa bertanding.

Mesyuarat Agung kali ke-8 ini akan dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat YB Dr Hatta Ramli

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 23 Apr 2011 03:34 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KES SARBAINI : KELUARGA TUNGGU KEPUTUSAN AG

Posted: 22 Apr 2011 09:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu melihat respons Peguam Negara berhubung laporan siasatan polis mengenai kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu bagi menentukan tindakan susulan pihaknya.


Peguam keluarga itu Ghazali Mohd Ramli berkata, sebarang tindakan lanjut bergantung pada keputusan Peguam Negara setelah menilai kertas siasatan yang akan diserahkan polis berhubung kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala.

"Tindakan sewajarnya akan diambil apabila diputuskan oleh pihak Peguam Negara berdasarkan laporan hasil siasatan polis.

"Setakat ini saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi, saya pun tidak tahu apa laporan itu... jadi kita tunggu keputusan Peguam Negara dulu," kata Ghazali kepada The Malaysian Insider.

Jelas Ghazali, beliau tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan bagi mengelakkan berlaku sebarang campur tangan dalam siasatan polis.

"Kita tidak tahu apa yang berlaku, apa yang kita tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi sebab apa dia jatuh kita tidak tahu.

"Apa yang kita tahu banyak spekulasi sahaja, kita tidak ada maklumat dan saya percaya polis tahu apa yang berlaku... apa-apa kita tunggu sahaja keputusan Peguam Negara," kata beliau.

(18SG) KEMALANGAN F1 PALING NGERI!

Posted: 22 Apr 2011 06:22 PM PDT

ngeri tak?....wakakakakaka

DESAKAN HIDUP... NENEK KEJE BENGKEL MOTO

Posted: 22 Apr 2011 06:10 PM PDT



nak buat camne... Barang Naik.... terpaksa la makcik mungkin bertaraf nenek kerja kat bengkel moto untuk menampung kehidupannya... nasib..nasib

AZAB DOSA SILAM

Posted: 22 Apr 2011 05:55 PM PDT


IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan 'gadis penyedap' sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.


Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.

Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

"Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat," katanya.

Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.

Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.

.... nak tau detail beli paper....

JOSTOR BAKAR QURAN DIARAH BAYAR BON DAMAI

Posted: 22 Apr 2011 05:51 PM PDT

Pastor kontroversial dari Florida dikehendaki menyediakan 'bon damai' sebelum menganjurkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan di depan masjid terbesar Amerika Syarikat di sini, demikian diputuskan oleh juri.


Panel tujuh juri — empat wanita dan tiga lelaki — memutuskan demikian lewat Jumaat (pagi ini, waktu Malaysia).

Pastor Terry Jones merancang untuk mengadakan protes sekitar 5 petang (waktu tempatan).

Selain itu, Jones yang menjadi perhatian kerana protes terhadap Islam termasuk membakar al-Quran bulan lalu juga dikehendaki bertanggungjawab ke atas kos keselamatan dan tugasan pihak yang akan dikerah jika protes diadakan di pekarangan masjid Pusat Islam Amerika di sini, lapor msnbc.com.

Jones berkata dia tidak akan menyediakan bon dan juga tidak akan mengubah lokasi protes.

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 23 Apr 2011 03:19 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


pas: eksklusif atau inklusif?

Posted: 22 Apr 2011 06:27 PM PDT

Salam Palestin, Mungkin menarik untuk difahami, adakah PAS perlu berubah, daripada sebuah parti yang kelihatan eksklusif dan terbatas sifatnya kepada sebuah parti yang inklusif, terbuka dan lebih luas rangkumannya? Ramai daripada kalangan pemerhati, penganalisis dan pemain politik tanah air beranggapan ya, PAS perlu berubah ke arah itu. Terbaru, Prof Dr Abdul Aziz Bari mengulanginya sekali [...]

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 Apr 2011 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KOMPONEN BN NAK 'BAN' UTUSAN !

Posted: 23 Apr 2011 10:32 AM PDT

Nak tuduh PAS pulaukan akhbar Utusan Malaysia memang PAS dan ahli akui, nak tuduh PKR pun memang mereka pun menyampah dengan akhbar ni dan nak tuduh DAP pun apa nak heran diapun adalah komponen parti Pakatan Rakyat yang mantap. Yang terkini sebenarnya ialah parti MCA yakni parti komponen Barisan Nasional yang dianggap BN dah tak rasional bila MCA nak pulaukan Utusan Malaysia gara-gara idea bangang Najib dan pembodeknya.


MCA menggesa rakyat M
alaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mencadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum. Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.

"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya. Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu. "Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim dalam satu kenyataan.
Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR KENA TEGUR !

Posted: 23 Apr 2011 12:50 AM PDT



HULU SELANGOR, 22 April: Sikap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang hanya sekadar pandai berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada penduduk amat dikesali, sehingga menyebabkan sebuah sekolah agama di kawasan itu terus berada dalam keadaan ketiadaan kemudahan asas yang diperlukan.
Mudir Maahad Tahfiz Alkohlidi, Ustaz Yunus Kamaruddin menjelaskan, antara keperluan asas yang masih diabaikan oleh pihak bertanggungjawab terhadap sekolah itu termasuklah bekalan elektrik dan jalan raya.
Menurut beliau, pihaknya telah pun mengemukakan permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendapatkan bekalan elektrik, tetapi sehingga kini amat mengecewakan, sebaliknya berbagai helah pula yang diberikan oleh pihak TNB untuk meluluskan permohonan itu.
Katanya, alasan yang diberikan oleh pihak TNB, kawasan itu tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai, sedangkan bilangan penduduk di kawasan itu mencecah hampir 300 orang, di samping bekalan elektrik itu sendiri merupakan satu keperluan kepada pelajar-pelajar di sekolahnya.
"Pernah juga terjadi pergaduhan antara kami dengan pihak TNB untuk membuat kerja pemasangan elektrik. Sepatutnya mereka turun padang melihat keadaan kami di sini dahulu barulah mengeluarkan kenyataan tetapi terjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui.
Maahad Tahfiz Alkohlidi yang menumpukan sepenuhnya ke atas hafazan Al-Quran ditubuhkan pada 2008 dengan tapak asalnya di Sri Ukay Bistari, Hulu Klang, tetapi telah berpindah di Ulu Kalong, pekan Ulu Yam, di sini, sejak bulan September 2010.
"Jumlah pelajar di sini dari semasa ke semasa semakin meningkat dan kini hampir 120 pelajar. Dengan kemasukan yang semakin meningkat, kita inginkan bekalan elektrik dan jalan raya yang sempurna kerana laluan ke sekolah ini terlalu gelap," katanya.
Ketiadaan bekalan elektrik, katanya, menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, apatah lagi apabila mereka mempunyai aktiviti sebelah malam di luar kawasan sekolah itu, sehingga menyebabkan mereka pulang ke asrama dalam kegelapan disebabkan kawasan itu kawasan hutan.
"Kadang-kala pelajar-pelajar merasa cemas dan takut untuk mengikuti aktiviti di luar, apabila mendapat jemputan program di masjid mahupun program sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah tahfiz lain. Keselamatan pelajar terutamanya sebelah malam amat merisaukan kami kerana dalam kegelapan berbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku," katanya.
Selain itu, keadaan jalan yang tidak pernah diturap dan keadaan jambatan (gambar kiri) untuk menyeberang ke jalan luar yang tidak dibaiki serta dinaiktaraf turut merisaukan beliau.
"Sebelum kami berpindah ke sini, keadaan jalan raya dan struktur jalan amat teruk sekali, sedangkan ia merupakan jalan "reserve" . Apa yang saya faham jika jalan "reserve" ia adalah milik kerajaan tetapi mengapa tidak dibaiki untuk kegunaan masyarakat.
"Memandangkan kawasan tanah yang telah saya dirikan bangunan sekolah terletak di kawasan pendalaman, maka saya turapkan jalan raya itu sendiri dengan menelan belanja sebanyak RM80,000," jelasnya.
Jambatan yang merupakan jalan untuk ke seberang untuk keluar dari kawasan itu juga telah roboh sehingga menyebabkan air naik melimpahi kawasan itu bila hujan.
"Kenderaan yang melalui jambatan ini pasti akan mengalami kerosakan terutamanya tayar kenderaan akan pecah dan bumper kenderaan mereka juga akan terjatuh kerana kerosakan jambatan tersebut. Bahkan bas sekolah juga tidak berani masuk ke kawasan ini kerana jambatan yang uzur sejak 13 September 2010.
"Saya mendesak agar Ahli Parlimen Hulu Selangor turun padang melawat kawasan ini. Seperti yang beliau janjikan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, jika menang, beliau akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat.
"Jika benar 1 Malaysia boleh memenuhi permintaan rakyat, seharusnya pemimpin Umno BN membuat lawatan dari semasa ke semasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat dengan menyelesaikan masalah rakyat sebaiknya. Bukan turun padang apabila berlakunya pilihanraya sahaja.
"Jangan hanya pandai menabur janji dalam pilihanraya sahaja, tetapi selepas pilihanraya mereka tidak pernah melawat kawasan dan bertemu rakyat," katanya".
Beliau turut berharap agar Kerajaan Pusat memulangkan kembali wangnya yang telah dibelanjakan sebanyak RM80,000 untuk membaiki jalan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat, bukannya pihaknya.
"Sekiranya wang itu dikembalikan semula, pihak sekolah ingin melengkapkan kemudahan peralatan dan menambahkan bangunan sekolah terutamanya menyediakan rumah guru, madrasah, dewan untuk kegunaan pelajar bagi memberi keselesaan kepada mereka," katanya.
Untuk perkembangan sekolah itu, pihaknya turut bercadang untuk menaikkan taraf sekolah tersebut dengan kos keseluruhannya berjumlah RM200,000.
Pada tahun 2009, pihaknya pernah menerima sumbangan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjumlah RM15,000 yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sumbangan tersebut disampaikan semasa kunjungan Tan Sri Khalid ke sekolah itu bersama beberapa orang Exco Kerajaan negeri, selaras dengan usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membantu menaiktaraf sekolah-sekolah agama di Selangor.
"Alhamdulilah dengan bantuan yang diberikan itu, pihak sekolah telah pun membeli peralatan keperluan pejabat, kelas, katil, almari dan membaiki sekolah. Bantuan itu telah meringankan bebanan kami," katanya.
Selain itu, pihaknya juga pernah berbincang dengan Exco Agama, Datuk Hasan Mohamed Ali sejak tahun 2009 lalu bagi mendapatkan pendapatnya berhubung usaha untuk menaiktaraf sekolah tersebut dan pihaknya diberikan kerjasama yang cukup baik.
Sementara itu, tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan sekolah itu, Siti Rokiah Abd Hamid, 69, turut berharap agar P Kamalanathan, TNB dan pihak-pihak bertanggungjawab lain memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap sekolah itu dan penduduk sekitarnya.
"Dengan tiada bekalan elektrik menyebabkan pelajar-pelajar di sini sukar untuk mengulangkaji pelajaran waktu malam. Saya juga difahamkan oleh pihak mudir sekolah, pelajar-pelajar sekolah bangun di awal 4 pagi untuk melakukan ibadah.
"Tetapi dengan ketiadaan bekalan elektrik, ia pasti amat menyusahkan pihak sekolah menguruskan dan menjaga keselamatan para pelajar, apatah lagi sekolah ini terletak di kawasan hutan," katanya.
Beliau juga berharap agar jalan raya yang tidak sempurna dan jambatan yang telah rosak diperbaiki secepat mungkin oleh pihak bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.-/ harakahdaily

POS MALAYSIA BERTUKAR TUAN !

Posted: 22 Apr 2011 06:17 PM PDT

BILIONWAN 'UMNO' DAPAT POS MALAYSIA

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad. DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia.

Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima.

"Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan," katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan.

Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp.

Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia.

Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing.

DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada.

Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan.

KLT

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/04/bilionwan-umno-dapat-pos-malaysia.html#ixzz1KIvniwuY

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak

Posted: 23 Apr 2011 01:26 PM PDT

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak


homestay tanah seribu

Posted: 23 Apr 2011 08:17 AM PDT

berita baik, pas cawangan kampong batu masjid, mengumumkan akan pembukaan HOMESTAY TANAH SERIBU, dibuka untuk sewaan mulai 1 mei 2011.

1.Kadar bayaran: RM 100.00 SATU MALAM
2.Fasaliti :i) bersifat domitari
ii)luas, sesuai untuk 20 orang.
iii)Peti tv, dvd,cerek elektrik dan dapur disediakan.
iv)Bantal selimut dan TOTO disediakan.
v)Tandas moden dan bilik mandi disediakan.
vi)Meja makan dan kerusi, kipas disediakan.

3.Sesuai untuk keluarga yang tidak dapat hotel, keluarga yang pergi kenduri kahwin sekitar
Tapah,Temoh,Air Kuning dan Kampar.

4.Dibuka 24 Jam sila Hubungi ATAN(Mohd Nor b.Yunus):012 3675873, OEE(Rosli b.Ahmad):017 5017038 dan DZUL(Dzulbahrain b.Jalun): 019 5157622


Sekian, Jazakallahu khairan kathira'

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 23 Apr 2011 01:20 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Perlukah Kita Menukar Pemimpin ?

Posted: 21 Apr 2011 07:33 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 23 Apr 2011 01:15 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


UMNO Yang Beri Tuba Kepada Melayu

Posted: 23 Apr 2011 08:33 AM PDT

"Sejak peristiwa Malayan Union, Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO semata-mata kerana memperjuangkan hak mereka. Sokongan Melayulah yang membolehkan UMNO berkuasa di Malaysia sehingga kini. Dari tahun 1946 hingga 2011, di manakah Melayu diletakkan oleh UMNO? Adakah Melayu menjadi bangsa yang menguasai ekonomi di tanah tumpah darah datuk nenek mereka?

Melayu terkebelakang jika dibandingkan dengan orang Cina walaupun UMNO menjadi teras kepada Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Mengapa? UMNO tidak tolong naikkan Melayu. Mereka hanya naikkan Melayu di sekeliling mereka dan diri mereka sendiri. Adakah pemimpin UMNO yang miskin? Tiada. Jadi wakil rakyat satu penggal pun dah kaya. Jadi ketua bahagian pun kaya-raya.

Semua orang tahu bagaimana mereka kebas peruntukan dalam Dasar Ekonomi Baru. Akibatnya Melayu hanya dapat kumpul 18% ekuiti sepanjang dasar itu. Ada RM54 bilion saham. RM52 bilion disapu datuk-datuk dan tan sri- tan sri dalam UMNO dan di sekeliling pemimpin UMNO. Yang tinggal apa? RM2 bilion. Yang lain-lain tu sudah pun berpindah tangan kepada bukan Bumiputera.

Tanah Simpanan Melayu pun kena kebas. Dari 3 juta hektar yang ditinggal British, kini hanya ada 1.7 juta hektar. Semuanya dirompak oleh UMNO kononnya atas nama pembangunan. Janji nak ganti, tetapi tak ganti-ganti sampai la ni.

Kalau dicampur dengan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan entah apa-apa lagi, tak tahulah berapa laksa. Macam mana Melayu nak bangun kalau macam tu? Pengaliran wang secara haram ke luar negara ratus-ratus juta. Tanggung kerugian pun ratus-ratus juta. Beri barang mahal nak mampus. Janji komisyen masuk. Mungkin juga untuk isi tabung UMNO!

Melayu beri susu kepada UMNO. UMNO beri tuba kepada Melayu. Kelih tak kelih depa tuduh Cina balas susu dengan tuba. Sendiri bagi tuba kepada bangsa sendiri buat-buat tak nampak. Itulah UMNO. Kalau Cina tak sokong BN kerana mereka meluat dengan kelaku pemimpin BN apa salahnya? Baguslah begitu.

Melayu yang tak sedar-sedar kena tuba tu apa hal pula? Sepatutnya Melayu kena ikut macam Cina. Bagi tuba kepada BN. Biar mereka mati beragan. Naikkan Pakatan Rakyat!!! Kalau Pakatan pun buat perangai yang sama, kasi punah sampai akar umbi. Ganti pula dengan yang lain. Apa susahnya?

Apabila Cina bagi tuba kepada BN, orang Melayu yang kena tuba masih terhegeh-hegeh sokong UMNO. Tak mau bagi hilang hak Melayu konon. Dah hilang entah banyak mana tak sedar-sedar. Nak tunggu sampai tak dak apa-apa lagikah? Bangunlah Melayu. Kita pun kena bagi tuba kepada UMNO dan BN. Kuasa itu di tangan kita dalam sistem demokrasi. Nak takut apa. Apa UMNO boleh buat kalau Melayu tak sokong depa? UMNO dah hanyut dalam Laut Qalzum, habih lemaih. Nak buat apa lagi?

PERKASA:'1Melayu,1Bumi'

Posted: 23 Apr 2011 08:32 AM PDT

"KALAU nak MELAYU BERSATU, cuma ada satu cara saja. Buat undang-undang, apa-apa media pun, paper,tv,radio jangan sebut perkataan UMNO, PAS, PKR dsb (kecuali masa kempen untuk pilihanraya) dan berilah kebebasan media termasuk bloggers untuk lapor apa saja yg bernilai untuk mereka.

Kalau nak bercakap tentang MELAYU jangan masuk sebelah puak, jangan berat sebelah, jangan cakap atas kapasiti politik dan JANGAN PILIH KASIH!

Gurkah-gurkah politik di'port' merasakan yang sebenarnya, pemimpin UMNO bukan suruh Melayu bersatu TETAPI mesti bersatu dibawah bendera UMNO, bukan bendera PAS, bukan bendera PKR.

PERKASA??!..Kah..Kah..Kah.., apa yg dia orang buat untuk orang melayu dan anak cucu bangsa melayu?? tidak ada...elek, hanya bercakap, dan bersilat sambil menghunus keris. Ada tak PERKASA bimbing orang Melayu jadi usahawan? Ada tak cari peluang niaga dan bagi modal kat Melayu? Ada tak bela anak yatim?..Peeeeerrahhhhhh!!!

Orang Melayu memang dah bersatu sekarang tetapi bilik lain-lain atas ruang kapasiti politik masing-masing sebabnya MEDIA PERDANA dan BN terutamanya UMNO setiap hari menghasut dan menggugut Melayu supaya menyokong UMNO. Ugut macam-macam contohnya Melayu dah berpecah dan sebagainya.

Tuan EDITOR MEDIA mazhab UMNO, kalau melayu berpecah...ANDALAH PUNCANYA ! Anda kena ingat itu.

PERKASA, perkasakanlah pengetahuan orang Melayu, buka "divide and rule". Jangan kongkong orang Melayu kerana kamu sendiri yang hancurkan Melayu.

PERKASA... kamu ni merbahaya. Pilih lah, carilah idea utk membangunkan bangsa melayu. Jgn jadi persatuan murahan dgn menyamakan diri macam parti politik caci maki yg ada skrg. Jadilah persatuan yg menyatukan Melayu.. memajukan melayu.. bukan membuat pasal. Kalau betul nk marah bangsa Cina pun, buat komentar yg membina, jgn menghasut kerana org cina akn makin membenci melayu dan makin bersatu dan akhirnya akan jadilah spt kata dr mahathir 'IT'S A DISASTER'.

Politik adalah politik. Siapa yang buat hal akan jadi isu politik dan dihukum di pilihanraya. Jadi jgn la buat hal. Kalau aku orang cina, aku pun akan pangkah DAP sebab bukan sajaTaib Mahmud, tapi hampir semua pemimpin melayu dalam umno menyeleweng. Jadi tolong jangan seleweng lagi.

'Those malay high ranking with money up there have no concern or give a f*ck' about us mortal malays! They only think their pocket money and how to pocket more money'. So sedarlah melayu.

PERKASA dinaungi olih orang-orang yang terlalu tinggi OTAK dan AKAI..sebab itulah mereka sudah banyak mengarut. '1Melayu,1Bumi'..kenapa?? puncanya ialah orang-orang Sarawak tolak BN,orang-orang melayu semenanjung tolak umno sebab KM mereka terlalu korup, sebab ketua-ketua umno banyak yang korup!.

Tak habis-habis nak main wayang kulit...

Wahai para pemimpin Melayu, fikirkanlah tentang mereka yang hendak kamu pimpin ke arah mana hendak kamu bawa mereka???

Nasib Melayu la. Melayu bila perintah, salah guna kuasa. Sebab Melayu memang selalu MUDAH LUPA, sampai Tuhan pun banyak orang melayu yang dah LUPA. Yang jelas HARAM boleh jadi HALAL sebab Melayu memang selalu LUPA. Melayu LUPA, atau PELUPA, atau BUAT2 LUPA??

Akhir kalam ... Saya berpendapat orang Melayu sedang mengalami malapetaka dalam pelbagai segi, keruntuhan moral, perpecahan dan kemiskinan lah yang paling ketara. Mereka nampak boleh cukup makan tetapi secara perbandingan dengan kaum cina mereka miskin. Jika ada pun seorang dua yang kaya, orang Melayu sendiri akan cuba memporak perandakannya kerana dengki dan khianat sesama Melayu, bangsa Cina kaya tidak apa, malah Melayu sanggup menghambakan diri. Pemimpin Melayu sendiri juga mengutamakan orang cina termasuklah Dr. Mahathir sendiri. Dan bangsa Melayu keseluruhannya sedang menunggu "check mate" atau pukulan terakhir untuk KO. Bangsa Melayu hanya akan sedar jika mereka betul-betul terhina. Malangnya ketika mereka sedar mulut, tangan dan kaki mereka sudah terkunci mati.

Tolong beritahu semua orang Melayu.

Nampak benor nipu nye .....

Posted: 23 Apr 2011 08:30 AM PDT


"Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bangkit mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya mendesak kerajaan Malaysia memberikan kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya benar Kerajaan Malaysia mendahulukan rakyat. Lagi kat sana.

Siapalah yang kemaruk sangat dengan emel 1Malaysia tu? Yahoo ada , Window Live ada, Gmail ada .... free je, takyah bayor sekupang pun nak register.

Nabi SAW pernah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : سيصيب أمتي داء الأمم فقالوا : يا رسول الله ، وما داء الأمم ؟ قال : الأشر والبطر والتكاثر والتناجش في الدنيا والتباغض والتحاسد حتى يكون البغي ( رواه الحاكم )

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umat
ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,
"Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3)
menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
(Riwayat Hakim)

WAllahua'alam ...

1Melayu 1Bumi keakuan melampau

Posted: 23 Apr 2011 08:29 AM PDT

Isu 1Melayu, 1Bumi sepertimana yang diperkatakan oleh akhbar Utusan Melayu, milik Umno sebenarnya menyuarakan hasrat sebenar parti tersebut dan dasar yang ingin mereka praktikkan.
Namun begitu, bagi Pakatan Rakyat (PR), ia bukannya sesuatu yang membanggakan.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Sungai Tiram, Bayan Lepas malam tadi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, turut menyatakan apa yang cuba ditimbulkan oleh Umno melalui akhbar tersebut akan mengundang prasangka yang parah kerana mempertontonkan keakuan yang melampau.
"Dalam PR kita membela semua golongan masyarakat yang memerlukan sokongan dan bantuan. Siapa sahaja yang sukar dan melarat pasti akan dibela bagi menjadikan mereka juga dapat hidup dalam sempurna dengan kumpulan masyarakat yang lain.

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 23 Apr 2011 01:09 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Ucapan MB Kedah di Perhimpunan Bulanan, 18 April 2011

Posted: 22 Apr 2011 11:58 PM PDT










Kisah mula-mula PAS ambilalih kerajaan dulu

Posted: 22 Apr 2011 06:53 PM PDT



Kisah mula-mula PAS ambilalih kerajaan dulu
Oleh: SAIBURI SUDIN


Sebaik Pakatan Rakyat mengambilalih kuasa Mac 2008, tunggakan hutang kerajaan terdahulu ialah sebanyak RM2,095,556,344.18!

Kira-kira ¾ dari peruntukan untuk ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri sudah habiskan, hanya dalam masa dua bulan pertama 2008. Semacam 'sudah tahu' bahawa hayat kuasa mereka setakat 8 Mac 2008.

Terdapat kira-kira 99 buah syarikat dan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, dimana kira-kira separuh darinya adalah syarikat yang sudah tidak berperanan tetapi tidak ditutup. Terdapat sebahagian syarikat yang termasuk dalam kategori hidup segan mati tak mahu. Syarikat tersebut tetap mempunyai kos penyelenggaraan setiap tahun, sekalipun tidak beroperasi.

Empat buah syarikat utama yang bernaung di bawah kerajaan negeri Kedah iaitu Yayasan Islam, Permodalan Kedah Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Menteri Besar Incorporated. Setiap empat induk utama itu, mengandungi berpuluh pula anak syarikat di bawahnya.

Amanah Saham Kedah, di bawah PKB, memulakan operasi dengan pengumpulan modal sebanyak RM400,000.00. Sahamnya adalah dari duit rakyat, termasuk orang-orang kampung. Sahamnya jatuh merudum, sehingga nilainya tinggal kira-kira RM30,000.00 sahaja.

Sekalipun mengalami kerugian, elaun lembaga pengarah terpaksa dibekalkan ialah sebanyak RM400,000.00 setahun. Mereka terdiri dari tokoh-tokoh politik UMNO.

Banyak lagi lantikan dalam GLC yang berupa ehsan politik. Ketua Puteri UMNO Kedah, Shahanim Yusof adalah merupakan Pegawai Khas Menteri Besar sewaktu era Dato' Seri Mahdzir Khalid, bagi urusan GLC. Tetapi dalam waktu yang sama dia juga adalah lembaga pengarah kepada beberapa buah GLC.

Ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang ditempatkan dalam GLC sedangkan syarikat tersebut tidak membuat untung pun serta mereka pula bukan professional di bidang tersebut. Elaun yang diterima amat mengejutkan dan juga menakutkan. Begitu banyak duit rakyat dibazirkan oleh kepimpinan kerajaan BN dahulu.

Contohnya, Kumpulan Ladang yang menempatkan tokoh-tokoh UMNO terpaksa menyediakan elaun lembaga pengarah sebanyak RM 760,000.00 setahun.

(Nanti kita cerita sikit demi sedikit... takleh banyak2 sangat, biag faham satu, satu)

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Wawancara : MB - Kedah Sanggup Urus UUM

Posted: 22 Apr 2011 06:27 PM PDT





Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 23 Apr 2011 11:40 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal

Posted: 22 Apr 2011 07:53 PM PDT

KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.
Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam.
"Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak.
"Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno.
"Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalannya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua, Datuk Anuar Tan Abdullah.
Hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati termasuk pemimpin PKR Cabang Kota Bharu, DAP Bahagian Kota Bharu serta masyarakat bukan Islam hadir.
Mohd Nizar yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat berkata, paling mendebarkan usaha memecahkan PAS dengan Pakatan Rakyat berlaku apabila Pak Lah menemui Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas jemputan Yang di-Pertuan Agong menghadiri majlis makan malam di Istana Terengganu Kuala Lumpur.
Katanya, pada pertemuan yang disifatkan diatur khas turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
 "Agenda besar yang dirancang tersebut bertujuan memecahkan PAS daripada Pakatan. Perangkap besar tersebut sudah dipasang namun masih tidak mengena," ujarnya.
Pada mesyuarat tersebut beberapa tokoh veteran PAS menerima saguhati setengah Dinar emas iaitu Ismail Mohamad, Tengku Jaafar Tengku Ahmad, Mohd Amin Salleh dan bekas pemimpin PRM, Lee Han Tie.
Manakala Yaakub Awang diisytiharkan Tokoh PAS Kota Bharu 2011. Beliau menerima satu Dinar, sijil dan buku Sejarah PAS Kelantan.
Sementara itu pada pemilihan jawatankuasa PAS Kota Bharu sesi 2011-2013 yang diadakan, jawatan-jawatan utama kekal tanpa bertanding.
Manakala anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Aidy Hassan, Nor Azariza Mohd Alawi, Mohd Adilan Mat Jusoh, Mohd Saiba Yaakub, Mohd Baharudin Mohd Nor, Nasrudin Mahmud Muhaidin, Mohamad Kamal Khatib, Azhari Abdul Rahman, Nor Hashimah Deraman, Rosli Abdul Razak, Syarifah Mariam Syed Alwi, Mohd Ridhuan Nawi, Hanafi Muhamad, Mohd Noor Mohd Yusof dan Husin Mansor.

JAGA ADAB BERKEMPEN Jawatan satu amanah, bukan untuk dibanggakan

Posted: 22 Apr 2011 03:44 PM PDT

Jawatan satu amanah,
 bukan untuk dibanggakan
19 Jamadil Awal 1432 H | 22 April 2011
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu.

B
iarpun kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan bahawa jawatan kepimpinan dalam parti adalah amanah dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Sehubungan itu tegasnya, calon yang hendak dipilih perlu mempunyai dua syarat penting iaitu layak dan kedua, mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab.


Mengulas trend sesetengah pihak di kalangan PAS yang gemar menggunakan media termasuk blog untuk menghentam mana-mana pimpinan dalam parti, beliau berkata perkara itu sewajarnya dielakkan.


"Kita kena berhati-hati dalam soal ini. Perang terbuka ini kadang-kadang tidak sangat membantu memperkukuh jamaah. Bahayanya kerana dia akan dimanipulasi dan akan ada pandangan-pandangan ekstrem terhadap individu dan jawatan tertentu," katanya lagi.

Awas manipulasi media


Ianya termasuk isu pencalonan Datuk Husam Musa bertanding jawatan presiden oleh PAS Bukit Bintang.


"Tetapi perbezaan yang ditunjukkan oleh Bukit Bintang itu kita raikan, itu hak kawasan," katanya.


Datuk Husam Musa dicalonkan oleh PAS Bukit Bintang untuk jawatan presiden namun begitu Husam telah menolaknya dengan berkata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi adalah calon yang paling layak untuk jawatan itu.


"Beliau adalah antara faktor penyatuan dalam PAS," kata Husam dalam reaksi segeranya kepada Harakahdaily sebelum ini ekoran pencalonan itu.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 23 Apr 2011 11:35 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


NAJIB TERPAKSA LAWAT TRG KERANA PANAS DGN PGU

Posted: 23 Apr 2011 05:57 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/mesyagungknerus%20079.jpgKUALA NERUS - Lawatan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak adalah bukti kejayaan program Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU)

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata Umno cukup bimbang dengan perkembangan 'mood' rakyat yang semakin 'bangkit' telah memaksa pimpinan Umno peringkat pusat turun ke negeri Terengganu.

"Ini merupakan kejayaan program Badan Perhubungan PAS, (PAS Gnti Umno) PGU, apabila kita melancarkan program PGU di Selatan dan Utara dan yang terdekat (akan datang) ini di kawasan tengah, nampaknya Umno cukup bimbang dengan perkembangan 'modd' rakyat yang semakin meningkat khususnya di kalangan pemuda-pemuda,

"yang memaksa pimpinan (Umno) pusat terpaksa turun ke Terengganu untuk membantu,"jelasnya dalam sidang media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kuala Nerus, disini, 23 April.

Menurutnya, lawatan presiden Umno itu juga menunjukkan permasalahan dalaman dikalangan pemimpin Umno Terengganu masih belum selesai.

Turut hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato; Ustaz Abu Bakar Chik.

Ustaz Abu Bakar berkata, Najib tahu rakyat Terengganu marah dengan Umno-BN kerana diskriminasi yang telah dilakukan oleh pemimpin pusat terhadap negeri Terengganu.

"Diskriminasi kerajaan pusat terhadap negeri Terengganu daripada (sejak) merdeka sehingga sekarang, dan dia (kerajaan pusat) janji nak beri balik royalti minyak masih lagi tidak diberi,"tegasnya.

Disamping itu, menurutnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, kerajaan pusat juga mendiskriminasikan Terengganu dalam pelbagai perkara termasuk perlantikan Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan lain-lain.

"Jawatan-jawatan penting tidak di pandang (dilantik rakyat Terengganu),"katanya, yang menambah, tujuan lawatan Najib adalah untuk memujuk rakyat Terengganu
Perkara tersebut disahkan apabila Najib dikatakan akan bertemu dan melihat sendiri kehidupan rakyat negeri ini dalam lawatannya ke Terengganu pada 30 April.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata aturcara Perdana Menteri selama sehari itu berkisar kepada pertemuan dengan rakyat.

Najib juga dilaporkan supaya mengelakkan sebarang protokol dipercayai bagi mengurangkan 'renggang' diantara pemimpin Umno dan rakyat negeri Terengganu.

PGU 100K DIBANDAR TRENGGANU

Posted: 23 Apr 2011 05:54 AM PDT

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita46/pcpgu100k%20021.jpgKULA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Terengganu akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) Kali Ke-3, yang di sifatkan sebagi PGU 'klimaks' menjelang pilihanraya umum ke-13

Menurut Pengarah PGU Kali Ke-3, Ustaz Satiful Bhri Mamat,  dua PGU lalu yang diadakan di Chukai dan di Jerteh, mendapat sambutan hangat dari seluruh rakyat negeri Terengganu.

"Kita  Badn Perhubungan PAS negeri Terengganu akan mengadakan PGU kali yang ke-3 dan kita anggap ini merupakan PGU 'klimaks' yang kita menjangkakan (dapat) menghimpunkan 100,000 rakyat Terengganu menghadiri(nya),

"kita telah adakan (PGU) yang pertama di Chukai dan yang kedua di Jerteh, sepanjang dua program lalu, sambutan rakyat bersama PAS untuk menggantikan Umno (memerintah negeri Terengganu) amat menggalakkan,"ujarnya kepada pihak media selepas mesyuarat induk program tersebut di Kuala Ibai, Khamis 21 April.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, PGU kali ke-3 yang diadakan di kawasan tengah melibatkan empat tuan rumah iaitu, (PAS Kawasan) Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang.

PGU kali ini juga, katanya, akan melibatkan semua kaum termasuk bukan Islam dengan salah satu agendanya adalah Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat negeri Terengganu yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Setiausaha Panitia Induk PGU Kali Ke-3, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Batu Gajah Mari

Posted: 23 Apr 2011 11:23 AM PDT

Batu Gajah Mari


Raja Petra beri keterangan!!

Posted: 23 Apr 2011 06:48 AM PDT



Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 23 April – Raja Petra Kamarudin memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini, dipercayai berhubung akuan bersumpah 2008 dan pendedahan terbaru menerusi temu bual televisyen dua minggu lalu.

Blogger kontroversial itu kini berada di Bangkok sempena pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

PAS perlu di"Segar"kan, bukan ganti Hadi

Posted: 23 Apr 2011 04:04 AM PDT


KUALA LUMPUR, 23 April — Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu "disegarkan" dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.
Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
"Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS," katanya.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.
"... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).
"Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.
Kata Husam Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.
"Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.
"Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.
"Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama.
"Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula," katanya.
Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.
Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.
Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan.
Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.
Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN.
"Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS.
"Bila berpecahnya Pakatan Rakyat... berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa," katanya. - TMI

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 23 Apr 2011 11:10 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


CERAMAH UMUM

Posted: 23 Apr 2011 01:32 AM PDT

JOM DATANG RAMAI-RAMAI!!!


KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK MENGGERAKKAN PROGRAM-PROGRAM KEBAJIKAN. SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN : BIMB 06019010080651
Jazakallah...

CERAMAH PENERANGAN

Posted: 22 Apr 2011 04:48 PM PDT

Program :Ceramah Penerangan
Tarikh : 19 APRIL 2011
Tempat : Dataran PUTRA, Balok
Peceramah : Ustaz Suhaimi Saad
: YB Fuziah Salleh
: Bob Lokman

Ustaz Suhaimi Saad selaku pengerusi majlis sedang menyampaikan ucapan aluan


YB Fuziah Salleh sedang meyampaikan ceramah berkaitan isu LYNAS yang agak panas ketika ini


Hadirin yang hadir memenuhi Dataran PUTRA


Wakil dari PKR yang turut hadir


Perasmian Cawangan PAS Bandar Baru Balok oleh Bob Lokman, Takbir!!!


Himpunan orang ramai yang mahu mendengar isu-isu terkini


Bob Lokman sedang menyampaikan ceramah


Lagi orang ramai yang hadir


YDP PAS Indera Mahkota, Tuan Haji Nasrun Amir Abdullah sedang meneliti buku "Aku, Isabella dan Tok Kenali"

Jasindaily Online

Posted: 23 Apr 2011 09:37 AM PDT

Jasindaily Online


POLIS SIASAT KE JOIN SEKAKI TONTON VIDEO ?

Posted: 23 Apr 2011 08:45 AM PDT

UTUSAN DAN PERKASAM BERNIAT JAHAT

Posted: 23 Apr 2011 08:40 AM PDT

Petanda PRU 13 kian Hampir

Posted: 23 Apr 2011 08:28 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 23 Apr 2011 09:12 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Always losing? STOP!

Posted: 22 Apr 2011 10:19 AM PDT

Check your meter. When is your E.D.D (expected date of death)?
Oooops, was that too sensitive?
But are immortal?  GOTCHA!
Better late than never to realize.
.

Berita panas? Syok? Dah periksa sumber?

Posted: 22 Apr 2011 09:58 AM PDT

Mendengar sensasi memang sedap dan seronok lagi-lagi kalau mata hati gelap gulita. Ini dalil bagi mengkaji daripada sumber berita hangat tersebut. Walaupun datang daripada konon kawan atau orang yang kita biasa.Takut bahan daripada penghasut dan pendengki yang dihantar melalui orang yang tidak sedar. Walaupun sekali pandang macam warak.
   Ada masanya penyampai tidak berniat jahat tetapi dia tersilap dengar atau mendengar hanya sebahagian berita. Walhal menurut konteksnya maksudnya berlainan.Justeru, jaga-jaga bila mendengar berita sensasi.Jangan suka menghukum orang lain. Mana tahu kita tersilap.Kita berdosa mengaibkan orang.
   Amatlah rugi sekiranya kita menjadi mangsa sebab cemburu dan hasad dengki seseorang. Allahu'alam

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Apr 2011 09:11 AM PDT

KHIDMAT MERU


SKUAD AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR

Posted: 23 Apr 2011 02:42 AM PDT











Masjid AsSyariff Meru dengan kerjasama IPD Klang Utara telah menubuhkan Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar untuk menangani masaalah gejala sosial yang berlaku di sekitar DUN Meru.


YB Dr Rani selaku perasmi pelancaran skuad tersebut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Nazir dan AJK Masjid yang buat julung-julung kalinya telah menubuhkan Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar tersebut.


ASP Ahmad Tarmzi mewakili OCPD Klang telah meminta kerjasama dari semua pihak terutama dari masyarakat untuk membantu pihak polis membenteras keganasan dan kemungkaran yang tidak mengenal warna kulit dan agama.

KEMBARA JAMBORI UNIT AMAL DI BUKIT KAPAR

Posted: 23 Apr 2011 02:15 AM PDT
















Skuad Kembara Unit Amal DUN Meru di bawah pimpinan saudara Zainuri bin Ahmad telah berjaya menziarah 32 buah rumah yang di diami oleh warga emas di Kg Bukit Kapar dan melakukan kerja gotong royong membersihkan surau di Jaya Setia.


Dalam ucapan pelancaran skuad tersebut yang mendapat kerjasama Datuk Ketua Kampung Bukit Kapar, YB Dr Abd Rani bin Osman menegaskan betapa besarnya peranan yang di mainkan oleh Unit Amal bagi merealisasikan kebajikan yang digalakkan oleh Islam.


Mana-mana gerakan Islam di muka bumi ini yang pada mulanya susah diterima oleh masyarakat akhirnya mendapat kepercayaan massa apabila kerja-kerja kebajikan diketengahkan.

i n t a n h i j a u

Posted: 23 Apr 2011 07:29 AM PDT

i n t a n h i j a u


PERANGKAP LAJU AKAN DIHAPUS..?

Posted: 23 Apr 2011 03:16 AM PDT


KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.
Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

"Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus)," kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

PAS PERLU DISEGARKAN, BUKAN TUKAR PRESIDEN

Posted: 23 Apr 2011 12:52 AM PDT

 
KUALA LUMPUR, 23 April — Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu "disegarkan" dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS," katanya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kubang Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden kerana beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.

"... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).

"Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Kata Husam, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.

"Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.

"Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.

"Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama.

"Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula," katanya.

Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN.

"Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS.

"Bila berpecahnya Pakatan Rakyat... berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa," katanya.TMI

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 23 Apr 2011 03:31 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Idea paling rasist

Posted: 22 Apr 2011 09:25 PM PDT

"Ini adalah bumi Allah untuk seluruh mahluk dimuka bumi ini yang dijadikan Allah, ianya bukan milik parti Umno" kata Di Siti Mariah dalam ucapannya dalam "Kempen JOM sertai PAS di Tapak Pasar Tani, Taman Sri Andalas pagi tadi mengenai idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.
"Saya harap ia tidak berlaku kerana jika diteruskan juga akan  menjadi mala petaka bagi bumi tercinta Malaysia kerana idea ini adalah bagi memisahkan bangsa-bangsa lain dengan bangsa Melayu" kata Dr Mariah lagi.

"Mana perginya Idea 1Malaysia?" soal Dr Mariah.

Beliau juga menjelaskan idea ini dibuat hanya semata-mata untuk menyelamatkan dua, tiga kerat pemimpin yang sudah amat terdesak akan ditimpa mala petaka kekalahan dalam PRU 13 akan datang lantas mengeluarkan idea ini dengan mengunakan saluran Utusan Meloya.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan