Jumaat, 22 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 21 Apr 2011 11:01 PM PDT

Salam Perjuangan


PAS DIKRITIK KERANA SAYANG

Posted: 21 Apr 2011 05:27 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Apr 2011 09:29 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PAS Jelebu edar risalah isu rakyat, TAHNIAH

Posted: 21 Apr 2011 09:06 PM PDT




Tahniah diucapkan kepada PAS Kawasan Jelebu. Kurang bercakap, tapi banyak bekerja. Walaupun teramat kurang sumber kewangan, dana dan sumber tenaga tetapi begitu komited untuk turun padang menyelami masalah rakyat.

TAHNIAH ! Wa Tabik Sama Lu !

Pas Kuala Klawang edar risalah isu rakyat
Sinar Harian 22 April 2011


KUALA KLAWANG - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas Kuala Klawang mengambil inisiatif mengedarkan risalah berhubung isu rakyat kepada penduduk setempat.

Naib Yang Dipertua Pas Jelebu, Noranif Selamat berkata, risalah itu mengandungi pelbagai isu dan butiran yang diambil daripada ceramah anjuran Pas dan Pakatan Rakyat (PR).

"Tujuan diadakan program edar risalah ini adalah untuk memberikan maklumat terkini kepada penduduk Jelebu, khasnya penduduk Kuala Klawang berhubung beberapa isu yang menyentuh soal masyarakat.

"Risalah ini turut menyentuh mengenai kedudukan undang-undang yang perlu rakyat tahu mengenai hak mereka mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Difahamkan, risalah berkenaan diedarkan kepada penduduk sekitar kawasan ini, termasuk kepada pengunjung pasar minggu di pekan itu.

Noranif berkata, program itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dan pengunjung pasar berkenaan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9005533.asp

Berilah Sokongan kepada PAS di Jelebu dengan melayari Blog berikut :

PAS Parlimen Jelebu di http://pasjelebu.blogspot.com/

PAS DUN Klawang di http://orangklawang.blogspot.com/

Sehari Bersama Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 11 Seremban

Posted: 21 Apr 2011 05:48 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 195, Taman Desa Kelana, Pantai, Seremban
Besama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Omar, PJ N9
Chegubard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 5 ptg
Tempat : No 2, Kg Panchor, Seremban
Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Zulkefly Omar
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Sumber http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/04/program-terkini-hi-tea-dan-ceramah-umum.html

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 21 Apr 2011 09:24 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


DATUK SERI WAN AZIZAH DI MUAR

Posted: 21 Apr 2011 09:37 AM PDT

 Datuk Seri Wan Azizah bersama Siti Zahirah, puteri YB Dr Mohammad Taslim
dalam Majlis Jamuan PKR Cabang Bakri.
PKR cipta sejarah: Wan Azizah

MUAR – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya berjaya membuat sejarah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang lalu apabila memperoleh banyak sokongan meskipun banyak menerima tentangan di sana.

Beliau berkata, kejayaan PKR memenangi kerusi dalam pilihan raya itu menunjukkan sokongan yang diterima semakin meningkat.

"Kami telah ke sana sebelum PRN Sarawak lagi, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dituduh melalui kes yang begitu memalukan.

"Sejak tahun 1998 lagi, belum pun selesai kes lama timbul lagi kes-kes yang lain terutamanya apabila menghampiri pilihan raya itu," katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan PKR Cabang Bakri, malam kelmarin.

Terbaru katanya adalah berkaitan isu video seks yang mengaitkan suaminya dan ada pihak mencabarnya untuk menonton sendiri video tersebut.

"Akhirnya saya menonton video berkenaan. Jelas sekali lelaki dalam video ini bukan Anwar kerana keadaan fizikalnya terutamanya bahagian perut yang buncit," katanya.

Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim; ADUN Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Md Salleh dan ADUN Bentayan, Gwee Tiang Hong.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8999076.asp (21 April 2011)
YB Dr Mohammad Taslim bersama YB Manikavasagam.
 








Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 21 Apr 2011 07:58 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Bila MCA Beri Amaran Kepada Orang Cina....

Posted: 21 Apr 2011 05:14 PM PDT

Sepatutnya ia juga dibaca sebagai.... Sekiranya orang Melayu terus menyokong UmNo/BN di PRU13 orang Melayu akan kehilangan perwakilan di DUN dan Parlimen. Pandanglah, dengarlah dan lihatlah tanda-tanda penolakkan terhadap BN semakin berkembang. Sekiranya 45% orang Sarawak menolak BN di Sarawak, bayangkan apa yang akan berlaku di PRU13. Sekiranya BN kalah di PRU13 sedangkan orang Melayu masih menyokong BN.... Kita akan melihat orang Melayu akan kehilangan suara di DUN dan Parlimen.

Pesanan kepada orang Melayu dan pemimpin orang Melayu. Bersedialah untuk berubah. PAS sedia ganti UmNo dan PAS sedia mengambil alih semua kerusi yang ditandingi oleh UmNo. Jika UmNo kalah pun orang Melayu masih kuat suaranya di DUN dan Parlimen.

Kesangsian dan kebencian terhadap PAS tidak akan memberi sebarang manfaat terhadap orang Melayu dan Islam. Bergerak sekarang dan mulakan perubahan. Kuasa bergantung kepada jumlah kerusi.... itulah demokrasi.
___________________________________________
Pemimpin MCA sokong 'amaran' Chua

Para pemimpin MCA berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejak malam tadi, ibu pejabat parti telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kenyataan pelbagai pemimpinnya yang menyokong kenyataan Chua bahawa MCA akan "membincangkan" kedudukannya dalam kerajaan jika prestasinya seburuk dalam pilihan raya umum 2008.

Kenyataan Chua itu dilihat oleh pembangkang sebagai amaran kepada masyarakat Cina bahawa mereka akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan, memandangkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) - yang mewakili kaum Cina Sarawak - kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Bersetuju dengan kenyataan Chua itu, ketua penerangan MCA, Heng Seai Kie berkata parti itu akan dianggap tidak relevan lagi jika ia tidak mencapai kemenangan di peringkat negeri dan pusat dan tidak lagi akan dapat mewakili masyarakat Cina.

"Jika masyarakat Cina menolak MCA untuk mewakili mereka, maka MCA tidak ada pilihan tetapi menyemak semula kedudukannya dalam arus politik nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Heng tidak bertanding dalam pilihan raya umum umum, tetapi dilantik sebagai senator dan kemudiannya menjadi timbalan, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.

Naib presiden MCA Datuk Donald Lim pula berkata, sudah ada contoh pada 1969, apabila MCA telah memilih untuk tidak menyertai kabinet Tunku Abdul Rahman selepas kalah teruk dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Katanya, jika MCA gagal memperoleh pengiktirafan daripada majoriti masyarakat Cina Malaysia, maka ia akan menjejaskan kedudukan MCA dalam BN untuk berunding bagi mendapat dan mempertahankan kepentingan kaum Cina.

Menyentuh tentang kesan pilihan raya umum 1969, setiausaha agung MCA, Datuk Kong Cho Ha berkata, semasa pembentukan BN pada 1973, MCA di bawah kepimpinan Tan Sri Lee San Choon telah menyokong gabungan baru itu "dengan syarat".

Kong berkata, MCA kemudian memutuskan untuk menyertai BN dengan syarat itu party akan terus mewakili mewakili aspirasi masyarakat Cina sama sepertimana Umno mewakili orang Melayu.

"MCA tidak pernah berganjak daripada prinsip ini. Dengan kata lain, jika MCA hilang sokongan majoriti rakyat Cina Malaysia, MCA akan kehilangan tempat berpijak dalam arus politik perdana Malaysia.

"Jika ini berlaku, MCA mesti menjalankan satu kajian semula yang komprehensif mengenai peranan dan kedudukan parti kita, dalam kerajaan negeri dan pusat," kata Kong.

Kenapa PAS dikritik

Posted: 21 Apr 2011 05:07 PM PDT

TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?

"Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

"Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih "menyayangi" (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

"Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.

"Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

"Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS," terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

"Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan," katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, 'sekiranya itu dan sekiranya ini' walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

"Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN," ulasnya secara positif.

Rakyat perlu internet percuma, bukan e-mel percuma

Posted: 21 Apr 2011 03:33 AM PDT

SHAH ALAM, 21 April: Kerajaan Negeri Selangor menyedari akan peranan internet yang banyak menyumbang kepada perluasan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.

"Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa sesuatu yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya bukanlah emel percuma tetapi kemudahan internet percuma," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Dengan pemberian itu, tanya beliau bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan.

Katanya, kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah.

Inim tambahnya sekali lagi menunjukkan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional dibuat secara tergesa-gesa, tidak teliti dan tidak dirancang rapi.

Menurutnya lagi, syarikat Tricubes Berhad pula dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa Malaysia.

"Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini?" soalnya.

Tambahnya, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa projek itu tidak menggunakan dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal.

"Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bangkit mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya mendesak kerajaan Malaysia memberikan kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya benar Kerajaan Malaysia mendahulukan rakyat.

Rembau Hari Ini

Posted: 21 Apr 2011 07:20 PM PDT

Rembau Hari Ini


PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau

Posted: 20 Apr 2011 08:54 PM PDT



PAS beri sumbangan anak yatim, miskin merupakan tajuk akhbar Sinar Harian pada 20 April 2011. Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Hj Taufek yang juga merupakan ADUN Paroi telah mengadakan lawatan serta menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim di Taman Desa Permai, Kundur, N.Sembilan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke pihak pengurusan Rumah Anak Yatim tersebut iaitu ke akaun CIMB , PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8

Sumber berita dari http://parchembong.blogspot.com/2011/04/peyakin-dapat-sumbangan.html

PAS LENGGONG

Posted: 21 Apr 2011 07:15 PM PDT

PAS LENGGONG


Baru 2 hari cerita dah jadi begini.

Posted: 21 Apr 2011 03:48 AM PDT

Emel 1Malaysia bukan percuma sepenuhnya.
Walaupun telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana projek E-mel 1Malaysia adalah percuma dan tidak membabitkan dana kerajaan, tetapi satu kenyataan syarikat pengendalinya, Tricubes Bhd, membayangkan kemungkinan ada 'bayaran sampingan' yang akan dikenakan.

Caj-caj ini akan dikenakan untuk "kerahsian data" dan "perkhidmatan tambah-nilai".

Pengakuan itu dibuat selepas syarikat IT itu menjadi sasaran
pertanyaan media dan orang ramai mengenai pembiayaannya, butir-butir lanjut mengenai projek tersebut serta kemampuannya melaksanakan rancangan bernilai RM50 juta itu.

NONEDalam jawapannya melalui emel kepada senarai soalan dari Malaysiakini, ketua pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar menegaskan bahawa perkhidmatan asas untuk menyediakan emel 1Malaysia itu "tidak membabitkan sebarang kos kepada pengguna"

Pengguna boleh menggunakan akaun emel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman.

Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan "tiada kos" ialah perkhidmatan emel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.

Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian.

Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.

Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan, walaupun ianya tidak jelas siapa yang akan membayarnya, pengguna atau agensi-agensi terbabit.

Walau apa cara pembayarannya, ia akan membabitkan dana rakyat.

Malulah sikit oi

Posted: 21 Apr 2011 03:38 AM PDT

Dah puluhan tahun UUM tu. Pelbagai program yang ditawarkannya. Sampai keperingkat PhD pulak tu. Masih mengharapkan potongan rebet juga.
Naib Chansolarnya pula tokoh penganalisis politik bagi umno. apakah NC itu hanya layak labun saja berdegor. Dulu Nordin Kardi kena tindakan mahkamah. Apalah malangnya kependidikan pengampu itu.
Bagaimana UTM masih dapat rebet ke?
USM masih dapat rebet juga ke
UKM juga masih dapat rebet juga kot
UM yang terkeluar dari 200 universiti terkemuka dunia juga dapat rebet.
Kalau dan jadi pentadbir yang tak pandai mengurus itulah menyebabkan jatuhnya prestasi pelajar. Pelajar dimarahi kerana belajar politiking dalam campus.
ust Azizan kata kalau tak mampu serah kepada kerajaan kedah. apa lagi?

PRN Sarawak 2011

Posted: 21 Apr 2011 02:52 AM PDT

Fakta Mengejutkan Pilihanraya Sarawak!

2006
Jumlah Pengundi : 892,537
Jumlah Kerusi : 71
Undi Popular : BN 341,587
Lain-lain Parti : 82,134

2011
Jumlah Pengundi : 979,796
Jumlah Kerusi : 71
Undi Popular : BN 372,379
PR dan Lain-lain Parti : 300,288







PR mendapat undi : 300,288-82,134=220,000 undi
BN mendapat: 372,379-341,587=31,000 undi

Sarbani- Matinya mengejut

Posted: 21 Apr 2011 02:48 AM PDT

Sebabnya tak diketahui.
Polis tak jumpa cari sebab.
Kesian Allahyarham tu.
Semoga Allah mengampuni akan rohnya.

e-mail 1malaysia -keliru dan mengeliru untuk menipi

Posted: 21 Apr 2011 02:37 AM PDT

Sekarangni kalau sesiapa nak daftar e-mail cukup sekadar beli komputer dan beli broadband dan selepastu boleh guna untuk mengekses internet. Kalau nak daftar e-mail dia klik yahoo. kalau hotmail -hotemail. kalau dalam google pula ada gmail. boleh daftar email sampai berapa yang dikehendaki dan kosnya percuma. sekarang kenapa sampai 50juta. Tak masuk akal penipuan dan pembodohan ini.
Rakyat mahu internet dan rakyat tahu nak mendaftar e-mail

RM50 juta sedia e-mel tidak munasabah, membazir
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 April: Pelaburan RM50 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dianggap sebagai tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran nyata yang dilakukan oleh kerajaan.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari , rakyat melihat hari ini, pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain sedangkan kini kerajaan Malaysia dengan murah hati menyediakan RM50 juta untuk perkhidmatan emel tambahan kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

"Emel@1Malaysia dikhabarkan akan diguna bagi urusan menghantar bil dan sebagainya. Jadi, apa perlunya kerajaan berbelanja RM50 juta untuk memperkenalkan e-mel 1Malaysia?

"Adakah untuk mengintai maklumat peribadi pengguna emel yang berurusan dengan kerajaan?" soalnya.

Menurutnya lagi, lebih meragukan, apabila kontrak bagi menyediakan perkhidmatan e-mel 1Malaysia ini diberikan kepada sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Berhad yang sedang menghadapi masalah kewangan dan juga sebuah syarikat yang mempunyai rekod kewangan yang buruk.

"Saya kira RM50 juta satu nilai yang cukup tinggi, projek emel 1Malaysia ini jelas kepada kita satu projek yang tidak munasabah dan merupakan pembaziran paling nyata jika diteruskan juga.

"Saya cadangkan supaya RM50 juta itu di salurkan atau ditambah dalam dana pendidikan. Sepertimana yang kita maklum, biaya pendidikan yang harus ditanggung para mahasiswa kini semakin membengkak," ujarnya.

Gamis juga, katanya mengharapkan kerajaan akan menimbang semula cadangan untuk menyediakan akaun e-mel 1Malaysia tersebut.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Apr 2011 03:41 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


UMUM 50 JUTA SAJA TRICUBES DAH SELAMAT !

Posted: 21 Apr 2011 06:56 AM PDT



Tengok Geraf di atas kita boleh lihat harga saham Tricubes tiba2 mencanak naik

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

Tricubes chief executive Khairun Zainal Mokhtar said: "With the decline of physical mail traffic, there is substantial growth in digital mail. Our base service will be the email services at no cost to users, while our revenue sources will come from the value-added services, which will be introduced in phases." Such services include bill and notice presentment; job boards and online registration to government agencies that currently use electronic forms; advertising; and an online marketplace.

ALAMAK ! SARAWAK NAK JADI MACAM PERAK !

Posted: 21 Apr 2011 02:45 AM PDT

Semuanya ini adalah gempak dari ketakutan BN di Sarawak yang digembar-gembor oleh blogger BN/UMNO. Dari analisa mereka ekoran dari kununya Akhbar Star telah berkempen untuk DAP secara tak langsung. Kini ditambah dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA yanh turut menggesa KM Sarawak meletakkan jawatan.

Biarpun telah tewas dalam pilihanraya DUN Negeri Sarawak yang dibuat, puak pembangkang masih lagi tidak berputus asa untuk menghuru-harakan kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Taib Mahmud. Kali ini mereka menggunakan isu kaum pula dalam kempen busuk mereka..

Baru-baru ini tersebar berbagai khabar angin Pakatan rakyat mempengaruhi ADUN-ADUN BN yang menang supaya memboikot kabinet baru Kerajaan negeri yang diketuai kepimpinan Taib Mahmud.

Kata mereka daripada 35 kerusi BN, Taib Mahmud hanya mempunyai 26 sahaja ADUN Melayu/melanau manakala 29 lagi adalah bumiputra Sarawak. Bagi menjatuhkan Taib, ADUN-ADUN bumiputra boleh mendesak Taib Mahmud dengan mengugut untuk melompat parti kepada PR jika enggan melaksanakan kehendak mereka.

Benarkah demikian?

Masalah dipercayai timbul apabila kepimpinan BN Sarawak hendak menetapkan siapa lebih sesuai dilantik dalam kabinet kerajaan negeri. Apabila nama Dato Seri Wong Soon Koh disebut sebagai bakal Timbalan Ketua Menteri, ramai yang mengeluarkan pendapat masing-masing sehingga wujud spekulasi pertikaian SUPP terhadap kedudukan tersebut.

Semoga dosa BN di Perak akan tertebus di Sarawak dalam masa terdekat.

MELAYU KG PLENTONG TERUS DIKELENTONG UMNO ?

Posted: 21 Apr 2011 02:10 AM PDT



UmNo Membela Penduduk Setinggan Pasir Gudang, Johor Baharu.
Nama jer Johor kuat UMNO ! Tapi rakyat Melayu tertindas


Sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu merasa terhina duduk dibumi yang dipimpin oleh bangsa Melayu serta mempunyai kuasa penuh untuk menentukan halatuju bangsanya sendiri khususnya di dalam memiliki tanah sekangkang kera untuk dijadikan tempat kediaman. Sedangkan bangsa lain daripada Melayu bukan sahaja sekangkang kera malah beribu ekar tanah dengan begitu mudah mereka dapat memilikinya.

Inilah yang terjadi kepada penduduk di sekitar Parlimen Pasir Gudang dimana lebih kurang 10 ribu orang telah dinafikan hak mereka sebagai rakyat yang setia kepada kerajaan selama ini telah dinafikan hak mereka untuk memeliki tanah hanya sekangkang kera. Kenapa saya berkata begitui kerana ada bukti dimana penduduk tersebut telah meneroka tanah hak kerajaan lebih 30 tahun yang lalu. Persoalannya jika pemimpin Umno yang dikatakan bijak dan tidak korup serta selalu mewar warkan bahawa merekalah yang memperjuangankan nasib bangsa tidak bersungguh-sunggu 30 tahun dahulu untuk memastikan masyarakat melayu di berikan hak milik tanah tersebut. Oleh kelalaian pemimpin Umno inilah menyebabkan tanah yang diterokai oleh masyarakat Melayu akhirnya dimilikki oleh syarikat yang tidak tahu hunjung pangkalnya layak menerima tanah tersebut. Adakah ini dikatakan Umno membela Melayu?

Jika kita renungkan 30 tahun yang lalu pemimpin Umno begitu galak menyeru supaya masyarakat Melayu meneroka tanah tersebut dengan menubuhkan seberapa banyak Cawangan Umno dengan allasan parti itulah akan menyelesaikan masalah masyarakat Melayu dimasa akan datang. Tetapi malang seribu kali malang penduduk Melayu dengan hinaya telah dinafikan hak mereka sebaliknya pula kroni diutamakan bagi mmenuhi nafsu sarakah pemimpin. Tidak cukup dengan itu beberapa janji telah ditaborkan kepada masyarakat Melayu apabila tibanya PRU dan dengan mudahnya masyarakat Melayu mempercayai janji yang ditaborkan. Maka sekali lagi masyarakat Melayu memartabatkan pemimpin Umno untuk terus membela nasib mereka. Malang sekali janji yang manis itu tidak dikkotakan sebaliknya hanya retorik semata-mata.

Pada 12/4/2011 di rumah 10, Kampung Plentong sekali lagi pemimpin Umno memberi harapan kepada penduduk setinggan serta berjanji akan memastikan cuba menyelesaikan isu tuntutan penduduk setinggan masyarakat Melayu bagi memberi hak milik. Tetapi kali ini penduduk dengan sinis dan mencebek muka mendengar janji tersebut kerana sudah lama benar menunggu janji pemimpin Umno. Ini kerana pendudk sudah tahu harapan mereka untuk mendapatkan hak milik tanah tidak akan menjadi kenyataan. Walaupun pemimpin Umno masih lagi melaungkan kata-kata hikmah bahawa hanya Umnolah sahaja yang mampu membela nasib Melayu tetapi laungan tersebut hanyalah untuk menjaga kepentingan peribadi Mereka.

Kesimpulan daripada kalimah hanya Umno sahaja yang mampu membela nasib Melayu adalah retorik. Sedangkan parti keramat itu yang sudah memegang tampok selama 53 tahun sepatutnya sudah lama dapat menyelesaikan isu tanah setinggan ini. Tetapi oleh kerana mempunyai kepentingan peribadi nasib rakyat terpaksa dikorbankan.

ORANG DAH ANGKAT SUMPAH, BARU NAK MENYUMPAH !

Posted: 21 Apr 2011 12:21 AM PDT

Naib presiden MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

Gan berkata Taib perlu mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun memandangkan kemerosotan sokongan terhadap BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Meskipun BN Sarawak muncul pemenang pada pilihan raya negeri yang berakhir pada 16 April 2011, dan mengekalkan majoriti dua pertiga kuasanya, tetapi yang jelas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina," kata Gan dalam satu kenyataan akhbar.

Mengimbas kembali peralihan sokongan di kalangan masyarakat Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat, Gan juga berkata kumpulan pelbagai etnik lain di Sarawak juga tidak lagi memberi sokongan padu kepada BN.

Gan memuji tindakan SUPP - parti yang 'dibelasah teruk' oleh DAP - untuk menolak mana-mana ADUN Cina bagi jawatan kabinet negeri setelah ditolak oleh pengundi.

Komen : MCA dah terlambat minta Taib Mahmud serah jawatan. kecuali ada hero (anak jantan) di Sarawak seperti Tan Sri Muhyiddin yang boleh menegur Pak Lah agar disegerakan letak jawatan beri laluan Najib menjadi Perdana Menteri. Sepatutnyanya masa sebelum PRN10 hari tu buat perjanjian baru boleh tuntut.

SUP DALAM MANGKUK BN BERKOCAK & BERGOLAK ... memang tak dapat dielak !

Posted: 20 Apr 2011 08:15 PM PDT

CWC enggan menyokong penerimaan Wong dalam Kabinet Negeri sebagai menteri penuh

KUCHING: Pertikaian dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) seakan-akan mencapai kemuncak baru semalam apabila Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti enggan mengendors atau menyokong penerimaan Timbalan Setiausaha Agungnya, Dato Sri Wong Soon Koh ke dalam kabinet negeri.
Mengenai pelantikan Wong sebagai menteri kabinet kelmarin (selepas mengangkat sumpah), CWC SUPP mengeluarkan kenyataan dari ibu pejabat semalam yang ber-bunyi : "Penerimaan YB Dato Sri Wong Soon Koh sebagai Menteri Kabinet Negeri adalah keputusan peribadi beliau."
Kenyataan tersebut bagai-manapun tidak mengulas lanjut apa akibatnya sekiranya Wong menerima pelantikan itu.
SUPP juga tidak menyata-kan apa cadangan yang mereka ingin dan telah kemukakan kepada Ketua Menteri me-ngenai Soon Koh, yang juga Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Bawang Assan dan juga ADUN Datuk Lee Kim Shin.
SUPP turut menegaskan pendiriannya yang dipersetujui pada mesyuarat CWC Isnin lalu bahawa cadangan empat wakil rakyatnya iaitu Bumiputera atau Dayak di Opar, Bengoh, Simanggang dan Engkilili untuk dipertimbangkan berkhidmat dalam kabinet negeri.
"Memandangkan SUPP ga-gal mendapatkan mandat daripada masyarakat Cina pada pilihan raya negeri yang lalu, manakala sokongan Bumiputera kepada BN (Barisan Nasional) meningkat, parti mencadangkan bahawa lebih ramai YB Bumiputera dilantik sebagai menteri dan menteri muda dalam kabinet negeri.
"Cadangan itu sudah di- kemukakan oleh Presiden parti (Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan) kepada kepim-pinan BN negeri.
Kenyataan akhbar itu semalam dikeluarkan oleh Bendahari parti Datuk David Teng Lung Chi yang terdahulunya bermesyuarat dengan Setiausaha Agung Datuk Sim Kheng Hui dan Setiausaha Penerangan dan Publisiti Datuk Alfred Yap.
Teng dan Yap masing-masing tewas di Repok dan Kota Sentosa pada pilihan raya ne-geri yang baru selesai.
Teng yang bercakap me-wakili jawatankuasa memberitahu, bahawa 'mesyuarat' itu sekadar 'sesi ceramah motivasi' antara pemimpin parti yang hadir.
"Kita tidak membincangkan situasi Soon Koh sama sekali. Kenyataan akhbar ter-sebut menjelaskan semua-nya," katanya lagi.
Sementara itu, situasi tersebut tercetus kelmarin dalam mesyuarat CWC apabila parti mempunyai beberapa cadangan kepada dua wakil rakyat kaum Cina iaitu Wong dan Lee.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut cadangan tersebut dan memberitahu keputusan itu terletak di tangan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurut sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, sumber dalam parti menyebut bahawa beberapa pemimpin parti yang kalah bertegas menyata-kan ia tidak harus menerima sebarang pelantikan dalam kabinet negeri yang baru ekoran kekalahannya di kawasan Cina dalam pilihan raya.
Wong yang telah dispekulasikan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri, menentang idea menarik diri dari kabinet itu dan ini meletak-kan beliau sebagai menentang hasrat partinya.
sumber utusanborneo

KEMBALIKAN KEPADA PBT , NILAI KERJA LEBIH BERERTI

Posted: 20 Apr 2011 06:20 PM PDT


Selangor Serah Tugas Pengurusan Pembersihan Kepada PBT

SHAH ALAM 19 APRIL : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti pungutan sampah di setiap rumah masih lagi dikendalikan oleh Alam Flora.

"Kami putuskan kuasa untuk perkhidmatan pembersihan diberi semula kepada PBT kerana kita dapati antara masalah terbesar dan aduan yang kita terima adalah mengenai kebersihan.

"Kita rasa dua tugas itu terlalu besar untuk dijalankan oleh Alam Flora. Sekiranya Alam Flora menumpukan kepada pemungutan sampah sahaja kita lebih senang tahu tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor, di sini.

Selain itu, Khalid berkata kerajaan negeri juga mendapati Alam Flora lebih banyak bertindak sebagai koordinator dan menggunakan khidmat kontraktor untuk menjalankan tugas pengutipan sisa pepejal.

Menurut Khalid, keputusan itu juga tidak akan memberi implikasi kepada kewangan PBT yang terpaksa membelanjakan antara RM300 juta hingga RM400 juta bagi kerja-kerja pembersihan serta pengurusan sisa pepejal.

"Kita menganggarkan lebih daripada RM200 juta akan digunakan untuk pengurusan pembersihan," katanya.

Jelas Khalid lagi, kerajaan negeri juga melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan sembilan PBT itu dapat menjimatkan 10 peratus kos pengurusan yang selama ini dikenakan oleh Alam Flora bagi pengendalian pengurusan pembersihan.

Katanya lagi, pengambilalihan tugas daripada Alam Flora sepatutnya dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula 1 April tahun ini menerusi peruntukan undang-undang yang diluluskan.

Menurutnya, peruntukan itu memberikan kuasa kepada kementerian untuk menentukan tugas syarikat konsesi perkhidmatan sisa pepejal tersebut di setiap negeri di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

"Oleh kerana belum dapat diselaraskan lagi pentadbirannya jadi kementerian belum jalankan tanggungjawab itu. Sebab itu pada dua minggu lepas kerajaan Selangor telah buat keputusan untuk bahagikan tugas tersebut," katanya.

Tegas Khalid, keputusan itu juga tidak bercanggah dengan perjanjian kontrak yang dibuat kerajaan negeri dengan Alam Flora sebelum ini.

Tambah Khalid, walaupun kerajaan negeri memutuskan untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam kepada PBT namun beliau tidak akan menamatkan perkhidmatan Alam Flora selepas ini.

DPP Gopeng

Posted: 21 Apr 2011 03:32 PM PDT

DPP Gopeng


Ceramah Motivasi Ibu bapa PASTI

Posted: 21 Apr 2011 07:29 AM PDT

15 April 2011- Ipoh, Ceramah motivasi keibu bapaan berjaya dianjurkan oleh PASTI Rapat Setia yang bernaung di bawah Jabatan PASTI PAS Gopeng.

Tajuk yang dipilih ialah Sayangilah Generasi Tunas Islam yang disampaika oleh bekas pelajar generasi pertama PASTI 70an dahulu Ustaz Nuri Amin (Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak).

Alhamdulillah kehadiran ibu bapa kian ramai walaupun pada permulaan program 9 malam, belum ramai ibu bapa yang tiba. Insya Allah program ini akan diteruskan sebagai program bulanan PASTI dan dijadikan program Jabatan PASTI kawsan da bukan lagi hanya PASTI Al Ehsan.

Jualan buku dan majalah Aulad (majalah pra sekolah) juga diadakan.





Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 21 Apr 2011 03:25 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Tulisan Nik Abduh utk Abd Aziz

Posted: 21 Apr 2011 12:36 AM PDT



Prof Dr Abdul Aziz Bari

Penulis Tamu

Oleh nik mohamad abduh

Saya terlewat dua hari. Baru sekejap tadi jengok Malaysian Insider cari berita pasal Prof Dr Abdul Aziz Bari kritik Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang untuk ke sekian kalinya.

Tapi dah ada tiga berita rupanya. Kelmari dulu beliau kritik lalu semalam dikritik pula oleh para pemimpin PAS dan hari ini beliau datang lagi mempertahankan kritikannya itu. Ini saya tulis ini kira himpun yang tiga-tiga tu jadi satu.



Terima kasih Prof Aziz kerana kritik. Tahniah Dewan Pemuda PAS Wilayah kerana 'mengamuk' dan terima kasih sekali lagi kepada Prof Aziz kerana melarang mereka yang muda-muda itu daripada mengamuk. Antara pantang larang orang-orang akademik ialah tidak boleh mengamuk. Mengamuk tanda tidak akademik dan ilmuan. Nasib baik mereka dah habis belajar di universiti. Jika tidak Prof Aziz akan anggap mereka mahasiswa yang tidak akademik dan berilmu.

Di universiti sekarang, yang terlebih mengamuk ialah kumpulan pro pembangkang. Adapun mahasiswa yang pro kerajaan mereka tidak buat perangai mengamuk. Mereka pada sisi pandang Prof Aziz Bari adalah lebih akademik dan ilmuan. Inilah masalah pembangkang, asyik melahirkan penyokong yang mudah mengamuk. Tak puas hati sikit mengamuk. Dikritik sikit, mengamuk. Mengkritik pun mengamuk.

Tapi saya pula ucap tahniah pada rakan-rakan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Bukan hanya kerana mempertahankan balik presiden mereka, tapi kerana mereka dianggap pengamuk oleh Prof Aziz. Saya tak fikir mereka rasa mereka sedang mengamuk semasa tindakan mempertahan itu berlaku. Hanya apabila Prof Aziz kata jangan mengamuk, baru mereka sedar tindakan mereka adalah amukan kepada Prof Aziz di mata Prof Aziz sendiri.

Jadi tindakan mereka cukup berkesan sehingga dianggap satu amukan oleh seorang bertaraf ilmuan dan akademik. Itu bukan calang-calang. Jadi saya fikir kena ucap tahniah kepada rakan-rakan saya itu. Saya sendiri memang tak boleh mengamuk dah. Dah dua hari terlewat. Mengamuk bukan boleh buat-buat, apatah main tangguh-tangguh.

Untuk pengetahuan, baru- baru ini saya tengok di TV ramai orang mengamuk di Mesir dan Tunisia. Hasilnya tumbanglah kedua-dua kerajaan yang sedia ada. Dengar kata, kerajaan tersebut sebelum itu tak suka rakyatnya mengamuk, malah menyekatnya. Nampaknya, mengamuk ini tidak disukai oleh orang-orang akademik seperti Prof Aziz Bari dan kerajaan yang zalim seperti Husni Mubarak.

Tetapi di sisi orang-orang berilmu di medan kehidupan dan perjuangan, oleh kerana sifat amuk itu berakar semulajadi dan tabie sifatnya, apatah di kalangan orang-orang Melayu mengikut kata orang putih, mereka telah menjadikannya satu aset penting memacu perjuangan dan kejayaan. Di Mesir tadi contohnya, amukan rakyat marhaen dan anak-anak muda itu telah disusun dan ditarsyidkan dengan sempurna oleh orang-orang berilmu yang berbakti di medan kehidupan dan perjuangan. Dikatakan, para ulama banyak memainkan peranan besar mengurus kerja-kerja tarsyid terhadap amukan rakyat tersebut sehingga membuahkan hasil yang diinginkan oleh semua termasuk Prof Aziz sendiri, iaitu kemenangan menumbangkan kezaliman. Para ulama tersebut walau bagaimanapun, sepertilah tuan guru presiden, biasanya dianggap lembap, kurang strategi dan terlalu ukhrawi dan kurang duniawi.

Mungkin kerana itulah saya gembira dengan 'amukan' pemuda Wilayah itu. Ini kerana mereka mengamuk mempertahankan ulama. Oleh kerana ulama ini kerja besarnya adalah tarsyid dan mengurus kebangkitan umat, maka saya yakin pemuda Wilayah, bahkan seluruh pemuda PAS akan sentiasalah amukan mereka itu terurus dengan baik kerana sentiasa diurus para ulama yang dipertanggung jawab oleh Allah untuk mengurus umat Islam sampai bila-bila selagi tak kiamat.

Tapi, Prof Aziz Bari tak boleh mengamuk. Pertama beliau tak suka orang mengamuk, maka mana boleh dia memgamuk? Kedua, jika beliau mengamuk tak ada ulama atau sesiapa pun boleh uruskan dia. Lihat saja dua tahun lepas, beliau telah mengamuk dan amukannya tak henti-henti sehingga datang mursyidul am PAS mengarahkan sebuah muktamar tergempar parti PAS untuk 'menyelesaikan' amukan Prof Aziz itu. Susah habis segala orang bila amukan tiada tarsyid berlaku.

Mungkin Prof Aziz Bari tak merasa pun dia mengamuk pada masa itu, tetapi saya dan ramai melihat dia telah mengamuk. Samalah seperti Prof Aziz anggap pemuda PAS Wilayah mengamuk hari ini sedangkan mereka tak rasa pun mereka sedang mengamuk.

Untuk pengetahuan, orang mengamuk secara umumnya memang tak sedar dia mengamuk. Kita hanya boleh melarang orang mengamuk selama mana kita sendiri tidak dalam dunia amukan.

Kemudian, Prof Aziz Bari nampaknya begitu bersyukur PAS kalah di Beting Maro, Sarawak dalam pilihan raya negeri itu baru-baru ini. Agak lama beliau tidak memiliki peluru buat membedil tuan guru presiden. Bayangkan jika PAS menang, peluru itu pasti bertukar menjadi peluru plastik. Prof Aziz akan bungkam atau jika dia mahu menembak juga dia akan berkata, sepatutnya PAS menang di dua atau tiga kerusi yang ditandinginya atau PAS sepatutnya bertanding di seluruh DUN majoriti Islam! Ha, keplastikan sangat peluru itukan. Maka mari bersyukur PAS kalah di Beting Maro..

Kemudian, Prof nampaknya terus mengagumi dan meratapi pemergian almarhum Dato Fadhil Nor. Seolah-olah beliau berkata, oh, kalaulah almarhum masih hidup, bla bla..

Saya pula lain. Bagi saya nasib baik beliau telah pergi menemui kekasihnya yang hakiki itu. Kerana 'jikalah' beliau hidup, siapa pula akan memimpin Pakatan Rakyat? Fadhil Nor atau Anwar? Saya naik bimbang pula bahawa Prof Aziz pada masa itu akan menghentam Anwar pula semacam RPK lakukan atau mencincang lumat almarhum Dato Fadhil Nor sambil berkata, "Kamu ni menyusahkan, sepatutnya kamu telah mati 10 tahun lepas lagi." Bahasa orang mengamuk mana boleh agak?

Jadi, bagi saya, ketiadaan almarhum yang telah dipilih awal oleh Allah itu adalah kebaikan untuk semua. DSAI selesa memimpin PR dan Prof Aziz pula selesa melibas sana sini, wassana wassini.

Akhirnya, bagi saya, presiden PAS adalah liabiti jika;

Pertama, jika beliaulah yang telah mengumumkan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak dalam PRN Sarawak baru-baru ini yang telah menyebabkab PBB memperolehi undi swing Melayu Melanau Islam di sana dengan mudah dan percuma yang menyebabkan PAS apatah PKR sendiri kehilangan banyak undi.

Kedua, jika beliaulah yang mendesak MB Kelantan agar mengekalkan
larangan premis jualan untuk judi loteri yang mencetuskan kemarahan DAP, MCA, kaki judi dan sebahagian non muslim lelaki (wanita mana suka suami berjudi?).

Ketiga, jika beliau tidak suka Prof Aziz Bari mengkritiknya.

Jika tidak, maka tidaklah. Jadi, nasihat saya, teruslah mengkritik dan teruslah mengamuk. Kedua-duanya adalah bukan liabiliti buat PAS dan para ulama rabbani.


Pengakuan Bekas Polis.

Posted: 21 Apr 2011 12:33 AM PDT

Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik- Bekas Polis


KANTOI...

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan 'video seks' pertama yang diedar pada 1999.
Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti "sumber" video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.
"Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10," ujarnya.
Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.
Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu", yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.
Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.
"Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.
"Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar," katanya lagi.
Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.
"Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.
"Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka," katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.
"Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.
"Terdapat 'nexus' (penghubung) antara kedua video seks ini," kata beliau lagi.KD


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1K8mObpn8

CEH!!! TPM BERBOHONG RUPENYE...

Posted: 21 Apr 2011 12:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April — Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) menuduh Muhyiddin Yassin berbohong apabila bulan lalu mengatakan bahawa kontroversi berkaitan novel "Interlok" sudah selesai.


Kumpulan itu yang terdiri daripada pelbagai organisasi khususnya mewakili kaum India juga mendakwa Kementerian Pelajaran juga telah gagal dalam memberi respons ke atas laporan-laporan yang dihantar mereka, menggariskan alasan mengapa novel itu seharusnya digugurkan daripada silibus kementerian.

Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Hai berkata novel itu pada keseluruhannya menggambarkan kesemua rakyat Malaysia secara negatif, bukan hanya masyarakat India.

POS MALAYSIA TERANCAM AKIBAT TRICUBES

Posted: 20 Apr 2011 11:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 April – Tricubes Berhad yang mendapat projek RM50 juta  bagi email 1 Malaysia akan membuat peruntukan awal RM5.3 juta untuk menggerakkan projek e-mel 1 Malaysia, tetapi akan bergantung pada penghantaran notis simpanan persaraan dan cukai pendapatan untuk meneruskan perkhidmatannya, yang ramai menganggap sebagai sesuatu yang tidak perlu.


Perkhidmatan akaun e-mel myemail.my akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Syarikat IT itu, yang kini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia ekoran masalah pematuhan peraturan kewangan berkata perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah yang banyak akan membolehkannya menampung perbelanjaan keseluruhan RM50 juta tanpa melibatkan kewangan kerajaan ataupun awam.

PERKASA: sungguh Tinggi keintelektualan mu

Posted: 20 Apr 2011 10:39 PM PDT

`SUSU DIBALAS TUBA' - MENGAPA KITA SAKIT HATI BILA KAUM CINA BERSATU ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEPATAH `Susu Dibalas Tuba' yang diperkatakan oleh PERKASA terhadap DAP boleh dijadikan bahan ketawa oleh golongan cerdik pandai. Apa kata jika kaum Cina mengatakan bahawa selama ini kebanyakan mereka hanya mendapat `tuba' bukan `susu'?

Apakah PERKASA ingat di negara ini semua kaum Cina hidup mewah? Mungkin ada beberapa kerat yang dapat `susu' yang terdiri dari kroni-kroni puak tertentu termasuk beberapa taukeh judi yang kaya raya. Mengapa kita perlu sakit hati bila kaum Cina lebih cerdik dari kita berpolitik?

Saya mengulas isu ini setelah membaca laporan yang disiarkan di dalam Malaysiakini, "Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup "membalas susu dengan tuba".

NONE"Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini. "Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina," katanya (Malaysiakini).

Jika kaum Melayu masih ramai yang buta di dalam berpolitik, yang langsung tidak peka kepada untung nasib orang Melayu yang semakin tertekan, masalah harga barang yang semakin tinggi, masalah pendidikan, agama, sosial dan sebagainya maka mengapa kita sakit hati atau dengki dengan kaum Cina yang bijak berpolitik itu? Sepatutnya kita belajar dari mereka bagaimana untuk bersatu meruntuhkan keegoan pemerintah yang tidak peduli akan nasib rakyat? Mengapa kita harus terhutang budi dengan sehelai kain pelekat atau kain batik?

Memang kaum Cina lebih pasif di dalam menunjukkan ke arah mana mereka di dalam politik, sebab itu sukar untuk kerajaan menafsirkan sokongan mereka. Namun demikian, walaupun mereka pasif tetapi akal mereka ligat memikir yang mana satukah parti yang benar dan yang mana satukah parti yang selalu menipu. Berbeza dengan kaum Melayu yang jelas begitu aktif berpolitik dan mudah dibaca arah sokongan mereka. Tetapi, kaum Melayu sering tidak menggunakan akal untuk menilai yang mana benar atau tidak.

Tidak hairanlah amat sukar untuk kita melihat kaum Cina bercerita soal video seks yang kebanyakan kaum Melayu sibuk bercerita di kedai-kedai kopi. Bagi kaum Cina, isu tersebut tidak membantu kehidupan rakyat apatah lagi mereka tahu isu tersebut hanyalah fitnah dan bohong semata-mata.

Ingin saya peringatkan PERKASA agar tidak menyalahkan kaum Cina kerana kebijaksanaan mereka berpolitik, tetapi PERKASA kena selidik mengapa terlalu mudah kaum Melayu diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang kununnya berjuang untuk Melayu ini. PERKASA juga harus buktikan bahawa selama ini kaum Cina yang mana mendapat `susu' dan yang mana mendapat `tuba'. Jika kerajaan sendiri yang memberi `tuba' kepada rakyat, mengapa pula kaum Cina mahu disalahkan?/wfauzdin.blogspot.com

PROJEK EMAIL 1 M'SIA UNTUK SELAMATKAN KRONI BERMASALAH

Posted: 20 Apr 2011 08:17 PM PDT


Takrif GN3 - A company designated as an Affected Listed Company because its poor or adverse financial condition and level of operations fall into the criteria described in Bursa Malaysia's Guidance


Apa kejadahnya Najib bagi projek RM50 juta kepada company yang dah nak terlungkup kerana masaalah kewangan? Betul ke tak ada dana rakyat yang terlibat? Jadi company bermasaalah ni nak dapat duit dari mana? Apa ke bangang company ni? Dah nak terlungkup masih lagi nak buat projek amal untuk Malaysia?




Siapakah mereka ini yang beriaya sangat Najib nak selamatkan????

INI LE HANTU BUKAN MENANTU...

Posted: 20 Apr 2011 07:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menantu durjana. Itulah ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun apabila sanggup menampar, menendang dan memijak kepala ibu mentuanya di rumah mereka di Desa Rejang, Setapak gara-gara mangsa bersetuju menerima sofa yang mahu diberikan adik iparnya, semalam.


Lebih kejam, lelaki terbabit meludah muka ibu mentuanya berusia 59 tahun ketika memijak kepala mangsa.

Ketika kejadian, wanita terbabit baru selesai mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Difahamkan, suspek mendakwa tindakan ibu mentuanya bersetuju menerima sofa berkenaan sebagai menyindirnya sebelum bertindak membelasah wanita itu hampir 20 minit.

Malah, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya mangsa mendakwa sering dipukul suspek sejak enam bulan lalu terutama ketika ketiadaan dua anak kandungnya termasuk isteri suspek di kediaman berkenaan.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak.

LEPAS-LEPAS NIE NAK PILIH MENANTU PUN KENE PILIH YANG BERAGAMA..

KORBAN SEBAR 'AKSI' INTIM JIRAN DI TENGAHARI

Posted: 20 Apr 2011 07:08 PM PDT

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu.


Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.

Suspek berusia 44 tahun yang ketika itu berada dalam bilik menyedari perbuatan La, lalu segera keluar untuk menemuinya, namun La beredar.

...lain kali nak buat projek tengok la masa...

BEKAS POLIS MINTA POLIS SIASAT DATUK T DENGAN KES TAHUN1999

Posted: 20 Apr 2011 05:59 PM PDT

Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh "Datuk T" bulan lalu.


Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

"Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

"Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka," katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

Pengedaran pertama itu berlaku lebih setahun selepas Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

DPPWP JANGAN MELATAH : PROF AZIZ BARI

Posted: 20 Apr 2011 05:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 April — Prof Abdul Aziz Bari menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak "mengamuk dan naik minyak" ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu.


Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah (Persektuuan) tak perlu melenting. Mereka kena faham konsep dan implikasi kepemimpinan dalam politik moden berperlembagaan hari ini," kata ahli akademik ini.

"Mungkin Dewan Pemuda Wilayah berasa PAS sekarang hebat. Itu hak mereka. Tetapi tak perlulah mereka mengamuk.

"Saya fikir elok mereka bekerja untuk memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik," kata beliau dalam satu kenyataan balas hari ini.

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 21 Apr 2011 01:32 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Sarawak Oh Sarawak................

Posted: 20 Apr 2011 05:04 PM PDT

MP Pendang

Posted: 21 Apr 2011 01:23 PM PDT

MP Pendang


Anak Sungai Derhaka: e-mail 1Malaysia : Tricubes Berhad Adik Najib yang...

Posted: 20 Apr 2011 05:04 PM PDT

Anak Sungai Derhaka: e-mail 1Malaysia : Tricubes Berhad Adik Najib yang...: "Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan B..."
Tak kan tak ada orang yang jelous kot, untuk email saja dapat durian runtuh 50 juta, kalau macam ni cepat lagi la naik tingkat jutawan terkaya di dunia, tikus jatuh kepadi .

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 21 Apr 2011 01:04 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Kenapa PAS dikritik

Posted: 21 Apr 2011 11:33 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 21 Apr 2011 11:33 AM PDT

Batu Gajah Mari


Umno-APCO Cabul Perjanjian Persekutuan Malaysia!!

Posted: 21 Apr 2011 05:06 AM PDT


Kerajaan negeri Kelantan membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah bukan atas dasar mencabar kerajaan pusat sebaliknya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri itu semata-mata.

Walaupun berhadapan dengan risiko campur tangan kerajaan pusat, rakyat dapat melihat kesungguhan kerajaan negeri, menurut ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang tidak akan mengalah dalam isu ini.

"(Kami) berusaha mendapatkan hak royalti bagi kepentingan rakyat negeri Kelantan, soal menang atau kalah itu bagi saya mudah untuk difahami oleh rakyat dalam pengalaman bagaimana kita membawa kes-kes sebegini (di mana) seringkali (ia) diganggu dengan campur tangan oleh kerajaan pusat," kata Salahuddin kepada Tv Selangor.

Kelantan hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayuan berhubung samannya terhadap Petronas.

Permohonan pertama membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kerajaan pusat menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman kerajaan Kelantan kepada Petronas.

Manakala permohonan kedua supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya tuntutan royalti minyak dipindahkan semula dari bahagian sivil ke bahagian dagang.

Menurut Salahuddin yang juga naib presiden PAS, perjuangan kerajaan negeri dalam mendapatkan hak royalti minyak yang dinafikan oleh Petronas selama ini selari dengan kehendak rakyat.

"Tapi apa yang penting adalah kita menunjukkan kesungguhan kita, kita memberikan sepenuhnya usaha-usaha kita yang kita rasakan sebagai satu tanggungjawab memenuhi mandat rakyat demi memperjuangkan hak kita," ujar Salahuddin.

Justeru menurut Salahuddin, tidak mustahil kerajaan pusat akan terus berusaha untuk membantutkan usaha kerajaan negeri memenangi kes saman berkenaan.

"Bagi saya mereka (kerajaan pusat) akan pergi lebih jauh untuk terus menggagalkan sama sekali usaha kerajaan negeri Kelantan ini. Sudah pasti mereka tidak mahu kemenangan berpihak kepada kerajaan Kelantan,"tambahnya lagi.

Jelas Salahuddin lagi, jika kemenangan berpihak kepada Kelantan, ia akan menjadi ancaman besar kepada kerajaan pusat kerana wang royalti itu nanti akan digunakan untuk progrma-program kebajikan rakyat Kelantan.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri itu berhubung pendapatan minyak.

Saman berkenaan difailkan pada 30 Ogos tahun lalu.

Celik di PR, buta di BN

Posted: 20 Apr 2011 10:23 PM PDT


Wan Ahmad hanya celik kempen pembangkang

KUALA LUMPUR, 20 April: PAS kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihan raya negeri Sarawak, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.

Katanya, Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional dalam mengendalikan pilihan raya.

"Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai pada hari pembuangan undi," soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau turut mempersoalkan adakah Wan Ahmad buta maklumat bagaimana media yang dikuasai oleh BN melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan memutar belitkan dan melaga-lagakan kenyataan dalam media perdana.

"Kenapa beliau membisu seribu bahasa terhadap perkara ini?" tanya beliau lagi.

Menurutnya, PAS tidak pernah mendengar kenyataan yang keluar daripada beliau menegur pihak BN yang banyak melanggar tatasusila pilihan raya.

Tambahnya, Wan Ahmad hanya bersuara ketika parti anutannya dibelasah oleh PR.

"Orang seperti Wan Ahmad inilah yang paling takut menghadapi pilihan raya kerana bimbang talian hayat beliau akan tamat jika BN kecundang," ujarnya. -HD

TG Hadi - Saya sedia ditentang

Posted: 20 Apr 2011 10:20 PM PDT


KUALA LUMPUR, 21 APRIL : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk ditentang pada pemilihan pusat Jun depan.

Hadi berkata beliau amat mengalu- alukan kehadiran pelapis baru yang berkelayakan bagi menggantikannya berikutan beliau bukan selamanya mahu menjadi pemimpin parti itu.

"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

"Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," kata beliau dipetik media.

Hadi berkata PAS turut mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin.

Sehubungan itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu menyambut baik sebarang pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

Hadi sebelum ini disifatkan penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, sebagai liabiliti kepada parti itu.

Dr Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS dipetik sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah dalam menyesuaikan parti itu dalam arena politik kini.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Dalam pada itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai "langkah kurang tepat", Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang pemimpin perlu ditukar hanya apabila pemimpin itu melanggar syariat.

Beliau kemudiannya berkata PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 21 Apr 2011 09:47 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ZINA: RM 1.1 juta untuk tanggung natijah 35 pelajar berzina

Posted: 21 Apr 2011 05:24 AM PDT

Kejadian Zina sudah mencapai tahap kritikal ekoran krisis keruntuhan akhlak dan kecelaruan aqidah di kalangan masyarakat.Yang paling terkesan adalah golongan remaja yang juga merupakan pelajar di bangku sekolah..Kebebasan tanpa kawalan telah mengakibatkan perbuatan yang menurut runtunan hawa nafsu yang memberi kesan kepada pelajaran dan masa depan mereka.
  Ibubapa seolah lali melihat pergaulan tanpa batas anak-anak.Masyarakat memejam mata keadaan di sekeliling.Kapitalis.Opportunis mengaut untung lumayan dengan aktiviti perniagaan yang menghancurkan tamadun manusia.Pemerintah yang mengawal media massa seolah buta dan tuli terhadap program negatif yang menyumbat corong telinga dan menerobosi kanta mata mereka. Bisu, kaku dan terpaku.Tiada tindakan untuk mencegah,menyekat atau menghapus unsur-unsur yang membiakkan zina.
   Berapakah yang harus dibelanjakan oleh rakyat jelata untuk mengendali masalah segelintir yang sepatut dicegah dengan berkesan oleh pihak berwajib.Inilah akibatnya sekira pemimpin tidak membuat keputusan dengan merujukkan perkiraan dosa dan pahala.
 
. . 49 remaja hamil dapat manfaat Sekolah Harapan
Apr 21, 11 5:28pm
Kongsi 18
Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan sudah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Rahaman Karim school for pregnant students malaccaBeliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah terbabit dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.

"Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Jasin, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini jam 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali.

signboard school for pregnant students malaccaAb Rahaman berkata, remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.

Ab Rahaman berkata, pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.

"Pada tahun lalu, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A," katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Beliau berkata, kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

staff of school for pregnant students malacca 3"Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri," katanya.

Katanya, pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lalu.

Beliau juga berkata, sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.

Selain itu kata beliau, isteri Perdana Menteri ketika lawatannya turut menyumbang idea bagi menambahbaik sekolah berkenaan seperti usaha untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing, memberi input agama yang mencukupi dan memulihkan semangat mereka agar kembali menjadi warganegara yang baik.

- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/162118

TAHNIAH BUAT TRICUBES BHD $ KERAJAAN BN

Posted: 20 Apr 2011 05:56 PM PDT

Tricubes Berhad, syarikat yang merintis projek 1 Malaysia email memang bijak dan Kerajaan BN terus nampak kebaikan dan kelebihan projek ini dalam strategi mengekalkan kuasa dan memonopoli ICT kepada rakyat umumnya dan pengundi khususnya.

Hosting di USA (sila lihat di bawah) dan pelbagai maklumat peribadi bakal berada di hujung jari pihak swasta untuk digunakan sesuka hati. Kononnya pendapatan dihasilkan melalui penghantaran notis serta penyata dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Wang Simpanan Pekerja (EPF). Pendapatan ini "taik gigi" sahaja.

Pendapatan sebenar akan datang dari penjualan maklumat peribadi serta alamat email kepada pihak ketiga seperti syarikat kredit kad, pasaraya, gedung membeli belah serta syarikat pengiklanan.

Baru-baru ini satu SPAM telah dihantar melalui telefon bimbit kononnya di hantar oleh Celcom/ Telekom Malaysia Berhad kepada semua pelanggan mereka bagi mengucapkan selamat tahun baru yang diucapkan oleh seorang individu bernama NAJIB RAZAK.



PKA & PKFZ BOARDS HAD SOUND GOOD GOVERNANCE

Posted: 20 Apr 2011 09:51 AM PDT


Port Klang Authority (PKA) chairman Datuk Teh Kim Poo argued both PKA and PKFZ boards to remain unchanged

because directors on both boards already had sound understanding of good governance to bring in more developments to PKFZ.

He also claims that both BOD have a good, experienced team of people sitting on the boards

It is little wonder that they made a good job out of the fiasco since they had sound good governance. Please refer to the recommendation by Pricewaterhouse Coopers Consultant (image below-please click on them to enlarge)

PKA and PKFZ boards unchanged, says chairman 

April 20, 2011/Malaysian Insider






PORT KLANG, April 20 — Port Klang Authority (PKA) chairman Datuk Teh Kim Poo said today that the boards of the regulator and its Port Klang Free Zone (PKFZ) industrial park are to be retained.

He said that this was because directors on both boards already had sound understanding of good governance to bring in more developments to PKFZ.


"I have decided not to change for now as we have a good, experienced team of people sitting on the boards," said Teh, who took up the role at the beginning of the month.






He said that the immediate concern was to find new business plans for PKFZ as Port Klang was currently ranked among the top ports in the world.

"I want the board members to stop criticising and pointing fingers at others over legal action in respect to the PKFZ scandal," he told reporters here.



The PKFZ scandal has seen the project cost balloon

from about RM2 billion to potentially RM12.5 billion.

Former transport ministers Tun Dr Ling Liong Sik and Tan Sri Chan Kong Choy are facing trial for deceiving the government over the PKFZ scandal.









EXECUTIVE SUMMARY OF PKFZ

Jasindaily Online

Posted: 21 Apr 2011 09:24 AM PDT

Jasindaily Online


PAS CADANG BINA SBPI DI FELDA

Posted: 21 Apr 2011 07:27 AM PDT

Taubat Nasuha : Trio T sanggup peralat Kaabah

Posted: 21 Apr 2011 07:24 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 Apr 2011 09:18 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau

Posted: 20 Apr 2011 08:55 PM PDT



PAS beri sumbangan anak yatim, miskin merupakan tajuk akhbar Sinar Harian pada 20 April 2011. Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Hj Taufek yang juga merupakan ADUN Paroi telah mengadakan lawatan serta menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim di Taman Desa Permai, Kundur, N.Sembilan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke pihak pengurusan Rumah Anak Yatim tersebut iaitu ke akaun CIMB , PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8

Sumber berita dari http://parchembong.blogspot.com/2011/04/peyakin-dapat-sumbangan.html

PAS Kulaijaya

Posted: 21 Apr 2011 07:48 AM PDT

PAS Kulaijaya


Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kulai kali ke 23.

Posted: 20 Apr 2011 06:31 PM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 21 Apr 2011 07:38 AM PDT

i n t a n h i j a u


KENAPA PAS DIKRITIK...?

Posted: 21 Apr 2011 04:18 AM PDT


TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?

"Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

"Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih "menyayangi" (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

"Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.
"Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

"Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS," terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

"Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan," katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, 'sekiranya itu dan sekiranya ini' walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

"Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN," ulasnya secara positif.(harakahdaily)

TUKAR PEMIMPIN LANGGAR SYARIAT, BUKAN KALAH PILIHAN RAYA

Posted: 21 Apr 2011 04:09 AM PDT


KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.

"Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.

"Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.

Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

"Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," kata beliau dipetik media.

Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

"Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.(harakahdaily)

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 21 Apr 2011 03:21 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


RESPON TUAN GURU NIK AZIZ TERHADAP CADANGAN PROF AZIZ BARI

Posted: 20 Apr 2011 04:12 PM PDT

Petikan daripada: Tinta Hijau


Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 21 Apr 2011 03:18 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


PROGRAM PAS GANTI UMNO PAS KAWASAN DUNGUN

Posted: 20 Apr 2011 04:46 PM PDT

 




JOM RAMAI RAMAI PAKAT GI BLAKE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan