Sabtu, 16 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 16 Apr 2011 03:03 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


PRESIDEN PAS MERAYU KEPADA RAKYAT SARAWAK

Posted: 15 Apr 2011 09:46 PM PDT



Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini.

Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama.  

Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri.  

Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini.  PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini.

PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.  PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.

Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti.  

Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan.  Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

KELUAR AWAL NAK 'NYONTENG' BULAN

Posted: 15 Apr 2011 09:27 PM PDT

Nazri Abdullah Harakah  



Abang Ahmad mewakili PAS di Beting Maro.




BETING MARO, 16 April: Rata-rata penduduk di sini hari ini keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.


Tinjaun Harakahdaily di beberapa tempat pembuangan undi mendapati, kebanyakan penduduk menunggu sejak awal pagi sebelum pusat pengundian dibuka.



Ramai di kalangan mereka turut membawa kipas tangan hijau bercetak gambar Mursyidul Am PAS dan lambang bulan.



Bagaimanapu, petugas SPR mengarahkan mereka meninggalkannya di luar kerana sebarang lambang parti tidak dibenar dibawa masuk dalam kawasan 50 meter dari tempat pengundian.



Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Azam berkata, keadaan yang ramai keluar sejak awal pagi ini sangat berbeza dengan pengundian tahun 2006. Beliau yang juga seorang pengawal keselamatan di salah sebuah bank di sini berkata, mereka hari ini keluar awal kerana tidak sabar mahu 'nyonteng' (pangkah) PAS.



"Saya sudah lama menyokong BN, ramai sini dulu sokong BN, hari ini kami keluar awal mahu nyonteng bulan,"katanya.



Ditanya apa faktor yang mebuatkan beliau mahu meninggalkan BN, beliau memberitahu kerana tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan negeri perlakukan terhadap mereka.



Ianya merujuk kepada isu tanah yang gagal diselesaikan kerajaan BN malah ada tanah yang diusahakan mereka dirampas.



"Tanah belakang rumah saya, saya tanam macam, dah dirampas dan tidak dibenar masuk lagi," katanya.



Semua 5 adik beradiknya juga katanya turut membuat perubahan sama.



Isu tanah antara isu paling besar, bukan sahaja di sini malah seluruh kawasan di Sarawak.



Ianya menjadi kemarahan setiap masyarakat di sini yang juga menjadi pencetus kepada kemarahan mereka terhadap pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.



Abang Ahmad dikerumun



Sementara itu, calon BN Raizali Gapur didakwa kurang mendapat sambutan di sini. Semalam beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Baru Beladin, iaitu tempat sama dengan calon PAS Abang Ahmad Kerdee Masagus.



Beliau juga turut menyediakan makanan dan minuman percuma yang siap dibungkus kepada ahli jemaah yang hadir.



Bagaimanapun, selepas selesai solat Jumaat, penduduk dilihat tidak berminat bertemu beliau malah calon PAS pula menjadi tumpuan mereka.



Abang Ahmad ketika ditanya berhubung perkara itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menyerang peribadi calon lawan dan melihat sokongan teradap beliau itu pentanda baik untuk perubahan Sarawak.

NAMA PM DAN ISTERI TERUS BERSIH SEPERTI AIR MUTLAK HANYA DENGAN KENYATAAN RPK!

Posted: 15 Apr 2011 04:06 AM PDT

Petikan : Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.


Begitulah reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran media tradisional Barisan Nasional yang hangat mempermainkan dan memutarkan kenyataan Raja Petra yang di wawancara bersama TV3 untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini amat tertekan untuk mempertahankan dua pertiga majoriti DUN Sarawak.

Dalam tulisan terbarunya, Raja Petra menegaskan bahawa beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya selama ini seperti mana yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Namun, TV3 melaporkan seolah-olah Raja Petra, seorang yang masih diburu polis sehingga kini telah membersihkan nama Najib dan Rosmah daripada kemelut Altantuya.

Turut melucukan, kenyataannya disambut baik oleh Najib, sebagai ayat sakti dalam membersihkan namanya tanpa menghiraukan bahawa Raja Petra kini masih tengah berperang media dengan Deepak Jaikishan.

Deepak pula adalah kenalan rapat Rosmah yang didakwa beliau membantu perisik P Balasubaraniam keluar dari negara selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib mempunyai hubungan fizikal dengan Altantuya sebelum menafikannya.


"Raja Petra yang diburu polis beberapa waktu dan waran tangkapnya masih sah, kini tiba-tiba menjadi hero sehingga PM dan FLOM (Wanita Pertama Malaysia, Rosmah) pun rasa bersih, lebih bersih daripada baru macam iklan sabun.


"Dengan hanya satu kenyataan saja dah jadi bersih, dengan sesudu sabun sahaja dah jadi macam baru," sindir Tuan Ibrahim. (gambar)

Tambah Tuan Ibrahim, sekarang mungkin Raja Petra sudah boleh kembali dengan negara, dan rakyat tidak perlu terkejut jika kerajaan menyambutnya dengan karpet merah atas jasa besarnya kononnya telah membersihkan nama Perdana Menteri.

Cuma apa yang dibimbangi, kata Tuan Ibrahim, segala kekotoran yang asal terpalit pada Najib dan Rosmah kini mungkin akan memaluti Raja Petra ekoran wawancaranya bersama TV3.

"Sudah ada rakyat yang mula tengok beliau sebagai seorang yang kotor dan jijik ekoran wawancara itu. Soalnya, siapa yang akan bersihkannya selepas ini?" kata Tuan Ibrahim sambil menambah mungkin media tradisional BN akan digunakan sepenuhnya untuk "membersihkan" nama Raja Petra.


SAYANG SARAWAK SUNGAINYA SEMPIT…

Posted: 15 Apr 2011 03:43 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 16 Apr 2011 01:38 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Majlid Pemimpin Bersama Rakyat di Bayan Lepas

Posted: 15 Apr 2011 06:28 PM PDT

Tarikh : 17 April 2011 12.00 pm- 5.00pm Jamuan RAKYAT Persembahan Wayang Slide SHOW dan Pendaftaran WARGA EMAS ************************** 9.00pm CERAMAH ISU SEMASA TUAN GURU HJABDUL HADI AWANG PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA – PAS YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA TIMBALAN PESURUHJAYA PULAU PINANG YB MALIK KASIM ADUN BATU MAUNG ************************* ANJURAN : JKKK Permatang Damar [...]

Berpaling tadah atau “ubah” sejarah: Siapa yang nak angkat Ku Li jadi PM dan siapa yang nak jatuhkan Pak Lah sebagai orang nombor satu negara?

Posted: 15 Apr 2011 06:23 PM PDT

Rafizi Ramli dedahkan pertemuan dimaksudkan RPK itu diadakan Oktober 2007 tetapi tidak pernah menyentuh soal Najib dan ia dianjurkan oleh penulis-penulis blog yang probekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu melihat pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berakhir. Mohd Rafizi Ramli menafikan dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa satu pertemuan pernah diadakan di pejabat Tengku Razaleigh [...]

PAS TAMBUN

Posted: 16 Apr 2011 01:19 AM PDT

PAS TAMBUN


Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik - Inductive Amplifier

Posted: 15 Apr 2011 05:25 AM PDT



Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juru elektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.

Dalam kes yang melibatkan kecurian komputer riba. Alat ini digunakan untuk mengesan medan elektronik yang dihasilkan oleh komputer riba. Komputer riba masih boleh dikesan miskipun disembunyi dalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk kereta kerana kesan medan elektronik ini.

Perkara paling baik adalah dengan membawa komputer riba bersama ke mana jua. Jika anda terpaksa tinggalkan ia di dalam kereta, pastikan anda mencabut bateri komputer riba anda dan letakkan ianya berjauhan dan bukan dalam satu ruang. Namun begitu mencabut bateri komputer riba masih belum terbukti ianya cara yang baik dan berkesan. Ianya adalah satu usaha untuk mengurangkan kesan medan elektronik.

GreenBoy: Harga alat ni lebih kurang RM50 je.. cuma bermodal RM50, anda boleh jadi penghuni neraka..

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Apr 2011 01:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Terkini Sarawak 4.10 p.m

Posted: 16 Apr 2011 01:11 AM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Menurut MP Serdang Teo Nie Ching, terdapat perubahaan sikap di kalangan pengundi yang kini cenderung menyokong DAP di Repok.

Di satu saluran, pengiraan awal mendapati DAP menang 165 undi berbanding 135 yang diperolehi 135.

"Ketika 2006 (pilihan raya negeri), kita kalah hanya dengan 23 undi," katanya.

Keputusan Tebedu

Posted: 16 Apr 2011 01:02 AM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:
PKR -162
BN - 76
Snap -32
Bebas - 1
Rosak - 1

Terkini Kerusi PAS 3.40 p.m

Posted: 16 Apr 2011 12:41 AM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.

Berikut antara kerusi tersebut:

N 22 Sebuyau
PAS - 698 undi
BN - 1,860 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 184 undi
BN - 763 undi
Bebas - 32 undi

N22 Sadong Jaya
PAS - 163 undi
BN - 448undi
Bebas - 29 undi

Bagi kerusi N 24 Beting Maro setakat ini masih belum menerima apa-apa keputusan. PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi di DUN Sarawak sebelum ini.

Terkini Sarawak 3.27 pm

Posted: 16 Apr 2011 12:28 AM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.

Terkini Kerusi PAS

Posted: 16 Apr 2011 12:12 AM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi

Sarawak: PR 8 vs BN 4

Posted: 16 Apr 2011 12:04 AM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



8


4


Keputusan Tidak Rasmi Kerusi PAS Bertanding

Posted: 15 Apr 2011 11:50 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:

Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11

Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13

Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27

Beting Maro
PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2

Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan.

Pegawai Kanan Sebuah Kementerian di Tangkap Khalwat

Posted: 15 Apr 2011 11:47 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


GEORGE TOWN, 16 April — Seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar 'Datuk' ditangkap awal hari ini selepas dipercayai berkhalwat. 

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang  bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik. 

Menurut laporan Bernama Online, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi sebelum keterangan mereka diambil mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. Pengarah jabatan agama Islam  Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

M/insider

Petugas PAS Meninggal

Posted: 15 Apr 2011 11:32 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


BETING MARO, 16 April: Seorang petugas PAS dari Kelantan, yang bertugas sejak hari pertama kempen di sini, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang ini.

Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, didakwa meninggal ketika sedang berbual bersama rakan-rakan di bilik gerakan PAS Beting Maro.

Beliau adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul machang.

H/daily

Isu Exco disiasat SPRM, perbuatan khurafat Zambry dan ADUN Titi Serong dedah bomoh panaskan DUN Perak

Posted: 15 Apr 2011 10:23 PM PDT

Isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dari Pasir Panjang mengenai Exco Kanan BN yang disiasat oleh SPRM sebagaiamana pendedahan oleh Dewan pemuda PAS dalam Sinar Harian baru-baru ini tidak dijawab langsung oleh MB Perak mahkamah. malah walaupun Zambry telah ditanya oleh Nizar pada 13 April dia menjawabnya pada sidang kelmarin 15 April dalam ucapan penggulungan yang bergulung-gulung dengan mengatakan dia tidak mengetahuipun masalah itu. Sedihnya waktu penggulungan digunakan oleh zambry untuk mempertahankan apa yang dilakukan olehnya bukan ancak dan menyerang peribadi pemimpin PR khususnya Nizar.

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Safarizal Saleh

IPOH, 15 April:- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berakhir hari ini dipanaskan dengan beberapa isu yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Negeri Perak yang masih tidak boleh dijawab oleh kepimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pelbagai tomahan dilemparkan oleh Zambry khususnya kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang dan juga bekas Menteri Besar Perak. Dalam perbahasan Datuk Seri Nizar di dalam menjunjung kasih titah ucapan Pemangku Seri Paduka Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah semasa pembukaan sidang DUN pada 12 April yang lalu telah mendedahkan pelbagai isu.

Dalam perbahasan Datuk Seri Nizar pada hari berikutnya, beliau telah menyentuh terutama berkaitan akidah yang dipetik di dalam titah Tuanku yang menyentuh perkara yang sama. Ianya sudah tentu berkaitan soal perbuatan khurafat yang berunsur syirik yang dilakukan oleh Zambry. Datuk Seri Nizar juga menyentuh berkaitan dakwaan terdapat seorang Exco Kerajaan Negeri yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dan dalam perbahasan penangguhan oleh Zambry pada hari ini, beliau masih mempertahankan perbuatannya tersebut tidak terpesong walaupun acap kali Datuk Seri Nizar bangun ingin mendapatkan penjelasan. Dengan sikap angkuh Zambry, beliau langsung tidak mengizinkan Datuk Seri Nizar mencelah untuk mengemukakan fakta barunya.

Termasuk juga keengganan Zambry mendedahkan Exconya yang telah disiasat oleh SPRM demi menyelamatkan orang bawahan kepimpinannya terlibat dengan unsur rasuah. Beliau hanya mengatakan bahawa beliau tidak tahu siapakah yang sedang disiasat dan meminta SPRM menjelaskannya.

Manakala berkaitan kedudukan isu dakwaan ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim yang telah mendedahkan di dalam sidang DUN lepas bahawa terdapat bomoh telah di bawa masuk ke dalam Dewan untuk di lakukan satu upacara syirik. Dan dikatakan terdapat usul yang diterima oleh sidang DUN pada hari tersebut yang membawa ADUN Titi Serong mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

Setelah dibentangkan keputusan pada sidang DUN pada hari ini, yang menyebabkan semua ADUN PR bertindak keluar Dewan setelah gagal mendapat penjelasan kerana usul yang telah dibentangkan tersebut tidak bertepatan dengan Perintah Tetap DUN Perak kerana tiada yang telah menyokong usul tersebut semasa ianya dicadangkan.

Semasa sidang media selepas daripada itu, Datuk Seri Nizar menegasakan bahawa semua tindakan tersebut berdasarkan Penyata Dewan yang telah dilampirkan yang jelas sepertimana yang didakwa oleh ADUN PR.

PAS Miri : Pilih calon yang ikhlas dan tidak suka menipu.

Posted: 15 Apr 2011 09:45 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Salam sejahtera kepada semua pengundi,

Hari ini 16hb April 2011 kita semua sebagai pengundi akan diberi hak dan kebebasan untuk memilih wakil yang kita yakin dapat menjalankan amanah dengan baik. Di antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian oleh pengundi:-

1. Pilih calon yang dapat menjalankan amanah dengan jujur dan baik.
2. Pilih calon yang sentiasa perihatin dengan masalah rakyat.
3. Pilih calon yang mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dari rasuah.
4. Pilih calon yang berakhlak mulia dan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
5. Pilih calon yang ikhlas dan tidak suka menipu.

Buat pengundi di Miri, marilah kita fikir baik-baik sebelum mengundi . Pilih calon anda dengan hati yang terbuka serta jangan paksa diri anda untuk memilih calon yang bukan pilihan anda dan yang nyata bersubahat dengan golongan yang zalim.

Calon Senadin dari Pkr walaupun dia seorang doktor dan kaya tetapi beliau seorang yang berjiwa rakyat sanggup turun padang bersama rakyat marhean. Beliau juga yakin dengan sikap pemimpin Pas seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berakhlak mulia dan tidak mengamal rasuah dalam urusan pentabiran negeri tidak seperti apa yang berlaku di negara Sarawak. Kalau dibandingkan dengan Supp yang anti Islam contohnya yang tertulis dalam banner mereka dalam bahasa cina "kalau undi Dap makna undi Pas". Ini jelas yang mereka tidak suka pada Islam. Pas adalah parti yang berjuang Islam dan juga berjuang keadilan untuk semua bangsa tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik. Jadi janganlah pengundi Melayu Islam tertipu dengan Supp yang sebenarnya
parti perkauman dan anti Islam.

Bagi pengundi Islam dan Melayu walaupun Piasau dan Pujut diwakili oleh Dap yang agak perkauman di Sarawak pada mulanya kalau dibandingkan dengan Dap di semenanjung tetapi setelah Dap bersama dengan parti Islam (Pas) sifat perkauman mereka sudah agak menurun. Contoh yang jelas ketua menteri pulau pinang Lim Guan Eng banyak membantu orang melayu dan Islam di Pulau Pinang. Beliau menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola beliau.Dulu ada pemimpin Dap yang anti Islam tetapi setelah mereka bersama parti Islam Pas sikap dan pandangan mereka terhadap Islam sudah berubah sebab mereka tahu yang selama ini Umno/Bn telah memberi gambaran yang buruk terhadap Islam yang bawa oleh Pas. Sekarang setelah mereka faham Islam yang sebenar yang dibawa
oleh Pas pandangan mereka terhadap Islam sudah berubah dan ada sesetengah peminpin Dap sudah mula membaca petikan dari al quran sebagai rujukan.

Kita kena fikir kalau kita berkawan dengan orang yang baik-baik dan berilmu insy'Allah akhirnya kita akan jadi baik dan berilmu seperti mereka tetapi kalau kita baik tetapi bergaul dengan orang yang suka membuat kejahatan lama kelamaan kita akan terikut-ikut dengan perbuatan kejahatan mereka.

Jadi tiba masanya rakyat Sarawak memilih wakil rakyat yang benar-benar jujur,amanah dan berjiwa rakyat untuk mewakili mereka serta memimpin negara Sarawak dengan lebih baik lagi dari apa yang kita alami selama ini. Jangan takut untuk memilih kerana inilah peluang yang terbaik buat rakyat Sarawak untuk memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

Kita diberi hak untuk memilih lima (5) tahun sekali jadi jangan salah memilih lagi kerana kalau kita memilih semata-mata kerana diberi sedikit wang dan peruntukan yang tidak seberapa akhirnya kita akan menanggung kerugian dan kesusahan dalam kehidupan seharian kita nanti. Sekiranya mereka yang terpilih tidak dapat menjalankan amanah dengan jujur dan baik, dalam masa lima (5) selepas itu kita sebagai pengundi akan menukar lagi mereka ini supaya negara kita bebas dari pemimpin rasuah dan tidak amanah. Dengan cara begini mereka yang terpilih tidak akan berani hendak membuat sesuka hati mereka terhadap amanah yang telah kita beri kepada mereka.

Akhir sekali pilihlah calon anda dengan hati yang terbuka dan mohon petunjuk Allah supaya kita dapat memilih calon yang benar-benar jujur dan ikhlas dan dapat memerintah negara ini dengan lebih baik lagi untuk masa hadapan kita semua.

Selamat mengundi

Terima kasih kerana mengundi Pakatan Rakyat demi kebajikan rakyat.

Jofri Jaraiee
YDP Pas Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya Pas Negeri Sarawak

Kenyataan Media : Isu Penggantungan ADUN Titi Serong.

Posted: 15 Apr 2011 09:30 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Sehubungan dengan keputusan pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari kelmarin 15 April yang telah meluluskan usul untuk menggantung saya sebagai ADUN Titi Serong daripada menghadiri satu sesi persidangan DUN akan datang. Berikut adalah beberapa kenyataan saya mengenai isu berbangkit :-

1.Saya dikatakan digantung satu persidangan iaitu satu hari sahaja di mana jika persidangan akan datang berlangsung selama empat hari, maka pada hari pertama itu, saya tidak boleh menghadiri mesyuarat seperti yang dijelaskan Ganesan dalam satu kenyataan.

2. Saya dikenakan tindakan selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 25 Februari lepas atas dakwaan tidak bercakap benar dan enggan bertanggungjawab atas perkara yang diperkatakan pada persidangan itu kerana saya mendedahkan terdapat anggota ADUN UMNO telah membawa bomoh Melayu memasuki dewan untuk dijampi sebelum sidang pada 7 Mei 2009 yang menyaksikan Sepeaker yang sah, V. Sivakumar dinafikan haknya..

3. Penggantungan itu dibuat selepas majoriti anggota DUN dari BN pada persidangan kelmarin tetap bersetuju terhadap usul memperakukan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang bersidang 25 Feb lepas walau ianya telah mendapat bantahan dan penjelasan yang terperinci dengan bukti yang kukuh bahawa usul yang dibawa terhadap saya untuk dihadapkan kepada JK Hak dan Kebebasan adalah tidak sah dan terbatal.

4. Jawatankuasa Hak dan kebebasan yang telah bersidang tanpa kehadiran saya yang saya anggap tidak sah untuk bersidang tetapi telah membuat keputusan dengan mendapati saya ada kaitan dengan isu berbangkit dan mempunyai prima facie yang perlu dijawab oleh saya tetapi saya bertegas tidak hadir untuk memberi penjelasan kerana alasan yang telah saya berikan dalam beberapa kenyataan saya sebelum ini yang boleh dirujuk dalam:

1. http://idhamlim.blogspot.com/2011/02/kenyataan-media.html
2. http://idhamlim.blogspot.com/2011/02/bantah-tajuk-adun-degil-akhbar-sinar.html

5. Kami dari ADUN pakatan Rakyat yang diketui oleh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah mempertahankan tindakan yang memerlukan pembatalan itu telah bertindak keluar Dewan sebagai tanda bantahan terhadap keputusan yang telah diambil tanpa mengira segala pelanggaran kepada peraturan dewan yang sedia ada.

6. Saya sebagai seorang yang dinamakan kepada kes tersebut bangun beberapa kali untuk menafikan tindakan beberapa ADUN BN yang telah berbohong yang mengatakan Usul yang telah dibawa oleh ADUN Kamunting terhadap saya disokong dan telah dibahas konon berdasarkan berdasarkan kepada rakaman video.

7. Bukti yang dibawa oleh saya jelas kerana ketidak hadiran saya dalam mesyuarat untuk memberi penjelasan pada mesyuarat jawatankuasa pada 25 Februari lalu adalah berdasarkan handsard atau Penyatan Resmi dewan yang jelas menunjukkan usul yang dibawa kepada saya belum mendapat sokongan,dibahas dan diundi terlebih dahulu sesuai dengan peraturan yang sedia ada.(rujuk gambar) handsrad atau penyata resmi adalah sesuatu yang datang dari rakaman Video sepanjang sidang dewan.

Kerana itu saya tegaskan disini:-

a. Tindakan Speaker Ganesan yang mengendalikan Dewan Negeri Perak dan perkara yang berkaitan dengannya berdasarkan kes saya adalah jelas tidak profesional dan jelas beliau telah menyalahgunakan kuasanya untuk apa yang saya sifatkan menegakkan benang yang basah.

b. Saya dengan ini membantah keputusan yang diambil dan tidak berpuas hati serta menegaskan akan tetap hadir dalam persidangan DUN Perak pada masa akan datang atas anggapan saya keputusan itu adalah tidak sah sama sekali.

c. Akhirnya saya dengan ini menegaskan bahawa keputusan yang telah berlaku kepada saya tidak akan mengalih pandangan saya kepada isu asal iaitu bahawa sesungguhnya saya mempunyai bukti yang kukuh bahawa Dewan Negeri Perak telah dimasuki oleh Bomoh sebelum 7 Mei 2009.

Kenyataan pada : 16 April 2011

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Perlawanan Bermula

Posted: 15 Apr 2011 09:30 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.


Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib. Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi. Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.

Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas. Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasti berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga. Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi. Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam. Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

M/insider

Pengundi Keluar awal di Muara Tuang

Posted: 15 Apr 2011 09:20 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MUARA TUANG, 16 April: Calon PAS di N15 Dun Muara Tuang, Noraini Hamzah optimis pengundi mahu membuat perubahan apabila melihat peratusan keluar mengundi yang meningkat berbanding pilihan raya lepas.

Beliau berkata, setelah melawat lima tempat membuang undi di Dun tersebut, beliau dapat melihat situasi yang positif dari sudut kesedaran untuk keluar mengundi.

"Alhamdulillah saya berpuas hati dengan situasi pengundian di sebelah pagi ini.

"Saya yakin pengundi mahu membuat perubahan kerana saya difahamkan sebelah pagi ini sahaja, peratusan keluar mengundi di Dun ini sudah lebih 40 peratus," kata beliau ketika ditemui di Sekolah Menengah Muara Tuang.

Cuaca baik pagi ini juga membantu pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka lebih awal.

Terdahulu Noraini turut membuang undi di Sekolah Kebangsaan Dato' Traoh pada jam 8.15 pagi.

Selepas ini beliau akan melawat beberapa lagi tempat membuang undi sebelum berehat untuk solat Zuhur.

H/daily

Cuaca Cerah Tetapi Pengundian di Miri Perlahan

Posted: 15 Apr 2011 09:10 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MIRI, 16 April: Cuaca cerah dan cantik di Kampung Masjid, Kuala Baram pagi ini masih tidak dapat membantu pengundi dari Kampung Muhibbah untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab.

Mereka adalah antara 372 pengundi yang bakal berbuat demikian di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 1, dekat sini.

"Pengundi di sini amat perlahan, belum sampai 30 peratus," jelas Ustaz Fauzi. Mereka, terangnya, akan menaiki perahu berenjin dan kemudiannya berkereta sejauh 1km ke pusat pengundian.

Semua kos dua kenderaan itu hari ini dibayar oleh BN.

Di sini pengundian bermula jam 8 pagi dan berakhir pada 5 petang.

Kelihatan dalam gambar, petugas berkereta masih menunggu pengundi datang dengan perahu berenjin dari Kampung Muhibbah.

Calon Pakatan Rakyat dar DAP bagi kawasan Piasau, Ling Sie Kiong malam tadi berharap semua pengundi khususnya di dalam kawasan beliau bertanding dapat memberikan undi keemasan bagi membantu Negeri Sarawak untuk buat perubahan dalam pilihan raya umum esok hari.

Ling, 28, adalah seorang peguam lulusan dari London. Beliau merupakan seorang pelajar bijak yang dididik khas untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai orang muda yang bertenaga, beliau dilihat akan dapat mengatasi undi lawannya.

Ketika menemubual beliau selepas majlis penamaan calon pada 6 April lalu, beliau menyebutkan akan berusaha mengajak rakyat mengambil peluang terbaik ini untuk membuat perubahan politik Sarawak.

Dua kali beliau menyatakan "dengan rendah diri, saya berharap rakyat di kawasan ini akan memilih saya untuk membawa suara mereka yang selama ini tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri'.

Dalam satu himpunan besar-besaran di Bandaraya Miri minggu lalu, beliau masih mengenali penulis untuk pertemuan kali kedua. Malam itu beliau membawa bersama dan memperkenalkan tunangnya, Florence Lau Bern Ee, 23, graduan niversiti dan kini sebagai seorang pegawai eksekutif sebuah bank.

Sebentar tadi untuk kali ketiganya, kami bercakap di telefon. Katanya, malam ini hujan di Miri. Beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah. Bila ditanya tentang harapan beliau untuk hari esok, katanya, "Tidak mustahil untuk mencapai kemenangan" dan dua kali menyebut Insya Allah.

"Saya yakin dengan janji pengundi-pengundi yang berkata mereka akan memilih Pakatan di masa sama, saya juga percaya Tuhan pun akan tolong kita," jelasnya dengan ceria.

Di akhir kalimat tadi, beliau meminta disampaikan salam perjuangan pada semua Muslimin Muslimat di Sarawak dan di Malaysia agar mendoakan kemenangan berpihak kepada pejuang kebenaran dan penentang ketidak-adilan.

Seperti mana diketahui, lawannya bukan calang-calang orang. Siapa tidak kenal dengan George Chan. Sebut sahaja nama itu, semua orang akan teringat pada Miri. Ingat Miri akan teringat juga pada George Chan. Begitulah sinonimnya nama dan tokohnya.

Namun dalam pilihan raya Negeri Sarawak pada 16 April (esok), tokoh veteran yang kini sebagai Presiden SUPP, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan dalam masa sama, memegang dua portfolio penting di dalam pentadbiran kerajaan negeri; dicabar oleh seorang anak muda.

Dr Chan terkenal dengan sifatnya yang suka tersenyum. Malah ketika penamaan calon pada 6 April lalu, tanpa segan silu kerana sudah biasa sangat menghadapi suasana begitu, beliau menggoncangkan kuat berkali-kali tangan pencabarnya, Ling Sei Kiong.

Sesiapa yang melalui satu bulatan besar di dalam Bandaraya Miri akan terperasan signboard memaparkan tubuh badan Dr Chan dalam keadaan sasa dan maskulin berpakaian sukan. Hebatnya beliau di gambar itu. Sedangkan di luar, saiz tubuhnya berbeza.

Ramai rakyat akan tersenyum malah ada yang menjadikan kisah beliau beristeri muda sama seperti Tan Sri Taib Mahmud, sebagai bahan gurauan bagi memulakan ucapan. Ramai wanita yang marah kerana pemimpin mereka tidak memilih rakyat tempatan dan bercitarasa wanita muda.

Sudah berapa lama Dr Chan menjadi wakil rakyat di Miri namun keadaan persekitaran dan kehidupan khususnya masyarakat marhaen di pinggiran Bandaraya Miri seakan terbiar begitu sahaja.

Kini datang hero muda dari Pakatan menawarkan diri untuk membawa perubahan kepada rakyat negeri Sarawak khususnya di Piasau dalam Parlimen Miri. Jika gambaran kebangkitan rakyat dapat diukur menerusi himpunan malam menjangkau puluhan ribu, keputusan malam esok, bakal menyebelahi Ling untuk Pakatan.

H/daily

Keluar Awal Nak 'nyonteng' Bulan

Posted: 15 Apr 2011 08:57 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


BETING MARO, 16 April: Rata-rata penduduk di sini hari ini keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Tinjaun Harakahdaily di beberapa tempat pembuangan undi mendapati, kebanyakan penduduk menunggu sejak awal pagi sebelum pusat pengundian dibuka.

Ramai di kalangan mereka turut membawa kipas tangan hijau bercetak gambar Mursyidul Am PAS dan lambang bulan.

Bagaimanapu, petugas SPR mengarahkan mereka meninggalkannya di luar kerana sebarang lambang parti tidak dibenar dibawa masuk dalam kawasan 50 meter dari tempat pengundian.

Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Azam berkata, keadaan yang ramai keluar sejak awal pagi ini sangat berbeza dengan pengundian tahun 2006. Beliau yang juga seorang pengawal keselamatan di salah sebuah bank di sini berkata, mereka hari ini keluar awal kerana tidak sabar mahu 'nyonteng' (pangkah) PAS.

"Saya sudah lama menyokong BN, ramai sini dulu sokong BN, hari ini kami keluar awal mahu nyonteng bulan,"katanya.

Ditanya apa faktor yang mebuatkan beliau mahu meninggalkan BN, beliau memberitahu kerana tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan negeri perlakukan terhadap mereka.

Ianya merujuk kepada isu tanah yang gagal diselesaikan kerajaan BN malah ada tanah yang diusahakan mereka dirampas.

"Tanah belakang rumah saya, saya tanam macam, dah dirampas dan tidak dibenar masuk lagi," katanya.

Semua 5 adik beradiknya juga katanya turut membuat perubahan sama.

Isu tanah antara isu paling besar, bukan sahaja di sini malah seluruh kawasan di Sarawak.

Ianya menjadi kemarahan setiap masyarakat di sini yang juga menjadi pencetus kepada kemarahan mereka terhadap pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abang Ahmad dikerumun

Sementara itu, calon BN Raizali Gapur didakwa kurang mendapat sambutan di sini. Semalam beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Baru Beladin, iaitu tempat sama dengan calon PAS Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Beliau juga turut menyediakan makanan dan minuman percuma yang siap dibungkus kepada ahli jemaah yang hadir.

Bagaimanapun, selepas selesai solat Jumaat, penduduk dilihat tidak berminat bertemu beliau malah calon PAS pula menjadi tumpuan mereka.

Abang Ahmad ketika ditanya berhubung perkara itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menyerang peribadi calon lawan dan melihat sokongan teradap beliau itu pentanda baik untuk perubahan Sarawak.

H/daily

Pakatan Mula Kerja Akhir PRN Dengan Ceria

Posted: 15 Apr 2011 07:47 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUCHING, 16 April: Pakatan Rakyat memulakan kerja akhir pilihan raya negeri (PRN) Sarawak hari ini dengan sasaran untuk menafikan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dun Sarawak.

Semua calon-calonnya bergerak ke tempat mengundi masing-masing dengan penuh ceria ekoran laporan awal Pakatan mempunyai harapan besar mencapai sasaran itu.

Ketika ada anggaran kerajaan BN akan jatuh dalam PRN ini, pemimpin Pakatan merendahkan sedikit anggaran mereka kepada menafikan kuasa dua pertiga BN.

"Saya meletakkan sasaran menafikan dua pertiga itu sebagai boleh diterima tetapi tidak menolak untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Beliau tidak menolak ramalan yang dibuat oleh Zentrum Future Studies yang meletakkan Pakatan akan mendapat sehingga 49 peratus sokongan berbanding dengan BN hanya 27 peratus, Snap 20 peratus dan Bebas empat peratus tetapi ramalan itu bagi beliau terlalu tinggi.

(Gambar: Pola pengundian berdasarkan anggaran akhir yang dibuat oleh Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) - Prediction and Tomorrow?)

Zentrum dalam laporan akhir mereka meramalkan, Pakatan akan mendapat  34 kerusi, BN 19, Snap 14 dan Bebas 4.

"Bagi saya, yang lebih boleh dipercayai buat masa sekarang adalah 28 kerusi untuk Pakatan," kata beliau.

Beting Maro

Sementara itu, wakil Harakahdaily di Beting Maro, Nazri Abdullah melaporkan, calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memulakan lawatan ke pusat pengundian pagi ini di Sekolah  Menengah Beladin.

Beliau yang dilihat ceria dan bersemangat, tiba di sini kira-kira jam 7.45 pagi selepas mengharungi sungai dengan menaiki bot dari pengkalan jeti Beladin.

Turut mengiringi beliau ketika ini, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rakman. Beting Maro adalah harapan utama PAS untuk menang.

(Gambar: Keluar awal untuk mengundi di Beting Maro. Pengundi berbaris jam 7.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Muton)

Abang Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Abang Handsome' di kalangan penduduk di sini sejak hari penamaan calon 5 April lalu, kemudiannya akan ke Sek. Keb. Semarang sebelum meneruskan lawatan ke Sek. Keb. Sepinang.

Beliau yang juga anak tempatan di sini, turut akan membuang undi di Sek. Keb. Spaoh iaitu selepas pulang dari Sek. Keb. Sepinang.

Selepas itu, Abang Ahmad akan ke SRJK Cina Pusa, SK Kalok, SK Tambak dan SK Muton.
Dun Beting Maro mempunyai sejumlah 7,868 orang pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Pada pilihan raya negeri 2006 lalu, PAS melalui calonnya Alem Din tewas hanya dengan majoriti 895 undi kepada calon BN Bolhassan Haji Di.

Alem mendapat 1,901 undi manakala Bolhassan mendapat 2796 undi.

Beting Maro juga mempunyai pecahan penduduk Melayu Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

Pada pilihan raya kali ini PAS bagaimanapun dijangka mampu merampas kerusi Dun ini.

(Gambar: Calon PAS Beting Maro, Abang Mat [tengah] di atas feri menunju kawasan pengundian)

Sejak hari penamaan calon lagi, banyak pihak menjangkakan PAS boleh menang di kerusi ini.

Selain faktor kemarahan rakyat kepada kepimpinan negeri, ianya juga dibantu faktor calon muda PAS yang juga seorang peguam.

Faktor lain yang dijangka turut memberi kelebihan adalah perbalahan dalaman BN di sini yang memprotes calon bukan pilihan mereka, Razaili Gapur.

H/daily

20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching

Posted: 15 Apr 2011 03:56 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching
Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap.

Chong Snr ceramah in kuchingPara penyokong segera membentuk perisai manusia untuk
menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong.

Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak.

Pada atu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka.

Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang.

Chong Snr ceramah in kuchingAtas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!"

[Baca berita penuh]

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Crowd outside dap sri aman ceramahPolis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.

Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

"Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.

Dap ceramah in MiriDAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.

Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.

Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.

Cops break up kuching ceramahKetegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan
orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".

Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.

Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.

Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit. ML/-

Konsert BN gagal saingi ceramah Pakatan

Posted: 15 Apr 2011 03:51 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


BN menganjurkan acara terbesarnya semalam, dengan mengadakan konsert terbuka di Pusat Komersil 101 di Jalan Tun Jugah, yang menjadi lokasi beberapa pusat penjaja yang mampu menampung ratusan pengunjung setiap malam.

NONEIklan dalam sebuah akhbar menjanjikan cabutan bertuah, yang kemudian merupakan set TV dan persembahan hiburan oleh penyanyi terkenal dari Semenanjung.

Penceramahnya ialah barisan calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk Pending, Kota Sentosa, Padungan, Batu Lintang and Batu Kawah, berucap bersama dengan pemimpin BN dari semenanjung.

Bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor merupakan penceramah pertama, dan seperti biasa, menghentam PKR, tetapi dalam nada yang lebih lembut kerana mungkin beliau tidak biasa dengan hadirin dari kalangan masyarakat Cina.

Ezam menggesa mereka supaya menolak bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ramai pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu.

"Nombor pendaftaran parti saya ialah 007. James Bond," kata Ezam berseloroh, " Dan saya telah meninggalkan parti itu. Satu-satunya yang tinggal (antara pengasas PKR) ialah 001 - Dr Wan Azizah (Wan Ismail)".

NONEManakala ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong - calon BN bagi kerusi Batu Lintang, pula dalam ucapannya menghentam DAP kerana memutarbelitkan sebutan nama SUPP - seperti yang dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina - sebagai parti orang utan. Ia kerana sebutan SUPP dalam bahasa Cina hampir sama dengan sebutan perkataan orang utan.

Bagaimanapun, agak sukar untuk mengukur sama ada hadirin turut berkongsi sentimennya walaupun Sih bertanya sama ada mereka juga marah dengan gelaran seumpama itu.

Tindak balas hadirin agak lemah, berbanding dengan di perhimpunan Pakatan, tetapi apa yang jelas ialah calon SUPP bagi kerusi Pending - pakar kardiologi, Dr Sim Kui Hian, mempunyai penyokong yang ramai.

Sejumlah hadirin kelihatan beredar selepas ucapan Sim, yang dianggap salah seorang calon terkuat, yang dibariskan oleh BN dan
satu-satunya calon yang dianggap mempunyai peluang untuk menumbangkan penyandang kerusi itu dari DAP.

dap miri ceramah rain and umbrellaKira-kira 2 km di Taman BDC, suasananya begitu berbeza sekali, dengan orang ramai berhimpit-himpit seperti 'tin sadin' untuk mendengar ceramah anjuran DAP di tempat letak kereta pusat perniagaan kecil di situ.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penceramah utama yang berjaya mempersonakan para hadirin sebaik sahaja memulakan ucapannya. MK/-

BN hanya yakin 41, Zentrum kata Pakatan menang

Posted: 15 Apr 2011 03:45 PM PDT

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 April: Menjelang saat-saat akhir waktu kempen, Pakatan Rakyat (Pakatan) besar kemungkinan dapat menafikan dua pertiga BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila maklumat dari dalam BN sendiri merasakan begitu.

Menurut sumber itu, BN hanya yakin mendapat 41 kerusi sahaja (kawasan putih) manakala Pakatan pula mendapat 19 kerusi (hitam) manakala 11 kerusi lagi kelabu dan sedang diperjuangkan oleh kedua-dua belah pihak.

Namun, kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies pula memberikan kemenangan kepada Pakatan dalam PRN kali ini apabila kajian mereka menunjukkan sokongan kepada PR sudah 40 peratus berbanding BN 39 peratus, Snap 17 peratus dan Bebas empat peratus.

Laporan Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) - Prediction Period 3 yang dikeluarkan hari ini mendapati Pakatan akan menang 28 kerusi, BN 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala Bebas tiga kerusi.

Menurut laporan itu, PAS akan menang di tiga kerusi iaitu Beting Maro, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dua lagi kerusi PA iaitu Sebuyau dan Sadong Jaya didahului sedikit oleh calon BN.

Laporan itu juga mendapati, calon Bebas, Datuk Salleh Jafarudin mendahului Tan Sri Taib Mahmud di Balingian dengan majoriti yang kecil.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian juga mendahului calon BN di Ba'kelalan.

Pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya yakin Pakatan bersama parti pembangkang yang lain akan berjaya menyekat kuasa dua pertiga BN dalam DUN Sarawak.

Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari terakhir kempen pilihan raya negeri Sarawak hari ini.

Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.

Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.

Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.

Namun begitu, kebimbangan diberikan oleh pengkaji politik James Chin apabila beliau menjangkakan BN akan melemparkan bom karpet (carpet bombing) menjelang hari mengundi esok.

Bom karpet adalah istilah yang diberikan kepada serangan besar-besaran terhadap pengundi dengan memberikan wang dan barangan untuk membeli undi.

Pensyarah Universiti Monash ini menjangkakan, Pakatan akan mendapat antara 12 ke 27 kerusi.

Ooi Kee Beng pula meramalkan, Pakatan akan mendapat sehingga 20 kerusi sahaja.

PRN Sarawak: Antara Jangkaan dan Realiti

Posted: 15 Apr 2011 04:37 AM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Bagi pertama kalinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis sejak dari awal proses pilihan raya negeri Sarawak sudah mengumumkan mengenai wujudnya Kerusi Panas. Ia dimaksudkan kepada kedudukan kerusi-kerusi yang berkaitan rapat dengan potensi persaingan sengit dan ketegangan isu kempen dimainkan antara parti-parti atau calon bertanding. Di samping kawasan itu juga ditandai warna merah yang menjelaskan keadaan lebih kritikal yang berkemungkinan besar pihak Barisan Nasional bakal kalah ditangan Pakatan Rakyat.

Jangkaan sebelum realiti

Menurut Malaysiakini (14 April 11) yang memetik sumber Umno berkata ada 28 kerusi panas yang melibatkan 19 kerusi dianggap bakal dimenangi Pakatan Rakyat. Sementara sembilan Dun lagi bakal menjadi medan perebutan yang belum pasti.

Sejumlah 19 kerusi panas itu, 15 kerusi adalah ditandingi SUPP, iaitu lima di Kuching, tiga di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu. Sementara empat kerusi lagi ialah masing-masingnya tiga PBB dan satu SPDP. Jika ini berlaku bermakna, Pakatan Rakyat akan dapat memenangi setidak-tidaknya 19 hingga 28 Dun dan sekaligus memungkinkan upaya Pakatan Rakyat menafikan kuasa mutlak dua pertiga.

Sekiranya matlamat untuk menafikan kuasa dua pertiga, iaitu memenangi 24 kerusi, rasanya Pakatan Rakyat tidak mempunyai halangan besar. Ini kerana kesemua kerusi itu terletak di kawasan majoriti Cina dan Iban, kecuali tiga Dun ditandingi PBB merupakan Dun Melayu/ Melanau (Seribas, Beting Maro dan Lingga). Di Dun Panas itu juga berlakunya putaran ligat isu penolakan terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari kuasa ketua menteri. Ia seperti mana dijelmakan oleh laras bahasa kempen DAP yang mengingatkan pengundi bahawa "vote SUPP = vote Taib" sehingga memaksa pihak Barisan Nasional memutar isu tersebut menggunakan pendekatan reverse psi-war dengan mengajak pengundi Cina mengundi Barisan Nasional demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan, kemakmuran dan kesederhanaan.

Apa pun semua laras bahasa kempen pihak Barisan Nasional sudah dilihat kaku dan tidak bermaya berikutan banyak isu-isu yang terdedah sudah membongkarkan kekayaan Abdul Taib, anak-anak, menantu dan kroninya menerusi pelbagai projek ekonomi dan kewangan.

Menurut Bridget Welsh (Malaysiakini 12 April 2011) isu-isu berkaitan Abdul Taib itu telah perlekatkan dengan kekangan ekonomi semasa, peningkatan perbelanjaan sara hidup, gaji yang murah diikuti dengan pembolotan kekayaan oleh elit politik kroni Barisan Nasional dan elit politik dari Semenanjung Malaysia yang seida mengaut hak rakyat Sarawak. Ia bakal mencetus suatu gelombang kebangkitan rakyat Sarawak seumpama dengan tsunami politik
pada pilihan raya umum 2008.

Hal ini ada benarnya berasaskan kepada kajian persepsi oleh Zentrum Future dan maklumat Malaysiakini daripada 'dalaman Umno' yang menyimpulkan pihak Barisan Nasional Sarawak tidak lagi kalah lapan Dun, sebaliknya akan hilang kuasa dua pertiga.

Jadual berikut adalah ringkasan kedudukan jangkaan keputusan oleh dua entiti tersebut.

Jadual 1: Kajian persepsi semasa - Zentrum Future Studies

Berdasarkan jadual 1, Pakatan Rakyat dijangka berjaya meraih 31 kerusi dan parti oposisi lain, iaitu SNAP 12 kerusi dan Bebas 4. Ini bermakna Barisan Nasional bakal jatuh dari tampuk kuasa dengan hanya meraih 21 Dun. Maka dijangka tamatlah riwayat Abdul Taib sebagai Ketua Menteri paling lama. Justeru jangkaan Zentrum Future sudah tidak popular lagi buat Abdul Taib dan rakan sepasukannya.

Hal yang hampir sama ditunjukkan oleh Malaysiakini daripada maklumat 'dalaman Umno' (seperti mana dipetik Malaysiakini, 14 April 11) ) yang menilai prestasi kempen di Dun Sarawak. Jadual 2 berikut menunjukkan Barisan Nasional masih utuh di tampuk kuasa, meskipun masih kekal sebagai pihak berkuasa negeri.


Berpandukan jadual 2, kesemua parti Pakatan Rakyat dikatakan akan mencapai kemenangan di kerusi panas seperti yang dijelas di awal tadi. Namun, menurut sumber Umno (yang dipercayai bersumberkan maklumat perisikan yang sah), kemungkinan agak realistik, meskipun di sana masih muncul keghairahan kalangan pengundi Iban untuk berubah bersama-sama Pakatan Rakyat. Hal yang sama dijangkakan oleh salah seorang pensyarah sains politik Universiti Malaysia Sarawak (dalam Hornbill Unleassed 3 April 2011) yang meletakkan 29 kerusi persaingan sengit dan boleh dimenangi Pakatan Rakyat.

Apakah ini suatu realiti atau hanya sekadar jangkaan permainan analisis angka para pengkaji? Justeru itu, perkembangan kempen sehingga hari terakhir (15 April) di setiap 71 Dun boleh menjadi asas untuk menjangkakan kemenangan besar atau kecil . Ataukah ia bakal menyaksikan peralihan kuasa?

Perkembangan terakhir

Faktor Abdul Taib yang sudah berusia 74 tahun dan sudah berkuasa selama 30 tahun sebagai ketua menteri masih gagal diganti, ia sudah cukup menjadi simbol kontroversi di sebalik dominasi PBB mengetuai dominasi politik Sarawak.

Berdasarkan pandangan pengkaji politik, James Chin dari Monash University Malaysia, pihak Pakatan Rakyat dijangka memenangi sekitar 20 kerusi atas faktor pengundi yang tidak suka kepada Abdul Taib sahaja (belum diambil kira faktor lain). Asas tidak suka itu mungkin berkait rapat dengan angkara tuduhan rasuah berskala besar, amalan kroni dan penyuburan sekutu politik nepotisme.

Sebaliknya, hal tersebut turut menyuburkan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat, meskipun pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan sasaran kempen buli atas fitnah video seks dan liwat serta perpecahan dalaman parti KeADILan. Sekali-kali ia tidak menghalang sambutan luar biasa berlaku dalam kempen di Sibu, Miri dan Kuching serta Bintulu. Ia telah merekodkan poin hangat yang memungkinkan kesemua kerusi bandar dans sub-bandar akan menolak Barisan Nasional.

Jika itu benar, maka SUPP bakal terjelepak longlai seperti parti Gerakan, sementara PBB, SPDP dan PRS sedang tertekan dengan asakan isu pemilikan tanah adat dan kaitannya dengan penguasaan tanah tersebut oleh syarikat yang ada hubungannya dengan pemimpin politik parti-parti tersebut.

Atas faktor tersebut, nampaknya kesedaran muncul mendadak kalangan pengundi Iban, Bidayuh dan Orang Ulu serta suku bumiputra lain. Jika benar, gelombang rakyat Sarawak menolak Barisan Nasional pasti berlaku, maka gelombang pengundi di pedalaman itu memungkinkan Baru Bian boleh menang selesa di Ba'kelalan, diikuti dengan persaingan sengit di semua Dun pengundi Iban melebihi 3,000 orang. Apa pun hanya malam 16 April bakal menentukan semua jangkaan menjadi realiti untuk Sarawak, kemudian pilihan raya umum nasional ke-13.

H/daily

Rakyat Terkejut PM Rasa Dirinya Sudah Bersih

Posted: 15 Apr 2011 04:07 AM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.

Begitulah reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran media tradisional Barisan Nasional yang hangat mempermainkan dan memutarkan kenyataan Raja Petra yang di wawancara bersama TV3 untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini amat tertekan untuk mempertahankan dua pertiga majoriti DUN Sarawak.

Dalam tulisan terbarunya, Raja Petra menegaskan bahawa beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya selama ini seperti mana yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Namun, TV3 melaporkan seolah-olah Raja Petra, seorang yang masih diburu polis sehingga kini telah membersihkan nama Najib dan Rosmah daripada kemelut Altantuya.

Turut melucukan, kenyataannya disambut baik oleh Najib, sebagai ayat sakti dalam membersihkan namanya tanpa menghiraukan bahawa Raja Petra kini masih tengah berperang media dengan Deepak Jaikishan.

Deepak pula adalah kenalan rapat Rosmah yang didakwa beliau membantu perisik P Balasubaraniam keluar dari negara selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib mempunyai hubungan fizikal dengan Altantuya sebelum menafikannya.

"Raja Petra yang diburu polis beberapa waktu dan waran tangkapnya masih sah, kini tiba-tiba menjadi hero sehingga PM dan FLOM (Wanita Pertama Malaysia, Rosmah) pun rasa bersih, lebih bersih daripada baru macam iklan sabun.

"Dengan hanya satu kenyataan saja dah jadi bersih, dengan sesudu sabun sahaja dah jadi macam baru," sindir Tuan Ibrahim. (gambar)

Tambah Tuan Ibrahim, sekarang mungkin Raja Petra sudah boleh kembali dengan negara, dan rakyat tidak perlu terkejut jika kerajaan menyambutnya dengan karpet merah atas jasa besarnya kononnya telah membersihkan nama Perdana Menteri.

Cuma apa yang dibimbangi, kata Tuan Ibrahim, segala kekotoran yang asal terpalit pada Najib dan Rosmah kini mungkin akan memaluti Raja Petra ekoran wawancaranya bersama TV3.

"Sudah ada rakyat yang mula tengok beliau sebagai seorang yang kotor dan jijik ekoran wawancara itu. Soalnya, siapa yang akan bersihkannya selepas ini?" kata Tuan Ibrahim sambil menambah mungkin media tradisional BN akan digunakan sepenuhnya untuk "membersihkan" nama Raja Petra.

H/daily

Menunggu Keputusan Pilihanraya

Posted: 15 Apr 2011 03:49 AM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Barisan Nasional (BN) Sarawak buat pertama kalinya dalam sejarah politik negeri bumi kenyalang itu menghadapi ujian pahit dan getir dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-10 yang pengundiannyanya diadakan pada 16 April selepas penamaan calon pada 6 April lalu.

Kempen selama 10 hari telah pun berakhir dan proses undi pos terdiri dari beribu-ribu pengundi anggota angkatan tentera dan pasukan keselamatan termasuk isteri dan keluarga mereka yang bermula dua hari sebelum pengundian sebenar telahpun berakhir.

Pelbagai jangkaan dan ramalan yang dibuat oleh para penganalisis politik dan para pemerhati politik dalam dan luar negara terhadap kemungkinan keputusan pilihanraya Dun Sarawak kali ini. Ada yang meramalkan BN tidak akan lagi menikmati majoriti dua pertiga dan hanya mampu memenangi majoriti kecil untuk menubuhkan kerajaan.

Ada pula yang lebih extreme beranggapan bahawa regim Taib Mahmud yang memerintah Sarawak selama 30 tahun menyamai pemerintahan regim Hosni Mubarak di Mesir dan regim-regim lain di Timur Tengah akan berakhir dalam pilihanraya ini.

Apa pun keputusan pengundi berdaftar yang berjumlah hampir satu juta orang itu yang terdiri dari pelbagai etnik, bumiputra Islam dan yang bukan Islam, pengundi kaum Cina, Dayak, Iban dan lain-lain, akan menentukan lanskap politik masa depan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya. Indikasi perkembangan politik Sarawak dari keputusan pilihanraya negeri akan mencernakan lanskap politik Malaysia, walaupun tidak keseluruhannya, yang akan mengadakan pilihanraya parlimen selewat-lewatnya pada 2013.

Jika BN mampu mempertahankan regim negerinya dengan kemenangan majoriti dua pertiga, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan diarahkan untuk mengadakan pilihanraya dengan lebih segera bagi mengekalkan momentum kemenangan yang diraih, tetapi jika BN kecundang untuk meraih majoriti dua pertiga, pilihanraya akan dilengahkan sehingga tamat tempoh mandat lima tahun, dari pilihanraya lalu pada 2008.

Tekanan terhadap BN dalam pilihanraya ini begitu hebat dan teruja sekali. Ia dapat dilihat buat pertama kalinya tiada calon-calon BN terdiri dari calon Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), calon-calon SUPP (Cina) dan calon-calon parti etnik kaum lain yang bergabung dalam BN, tiada saorang pun yang menang tanpa bertanding.

Sudah berlalu masa calon-calon BN menang tanpa bertanding yang menjadi trend pilihanraya-pilihanraya Sarawak di masa lalu. Kali ini BN ditentang sama ada satu lawan satu, atau tiga penjuru atau lebih kerana penyertaan calon-calon bebas dalam pilihanraya Dun Sarawak. Sebenarnya calon-calon bebas tidak memberi sebarang impak kecuali satu dua kerusi, kerana ada di kalangan calon yang merupakan bekas anggota Dun Sarawak.

Pertembungan satu lawan satu adalah antara calon-calon BN dengan calon Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Dalam pertandingan tiga penjuru pula berlaku pertandingan antara calon BN dengan calon Pakatan dari komponan PKR dan SNAP, sebuah parti tertua di Sarawak yang tidak dapat berkompromi dengan PKR dalam pembahagian kerusi yang dipertandingkan. PKR bertanding dikebanyakan kerusi di Dun Sarawak. PAS bertanding lima kerusi dan DAP bertanding 15 kerusi. Selebihnya ditandingi oleh PKR walaupun tidak sepenuhnya dalam pertandingan 71 kerusi Dun Sarawak.

PKR dan SNAP tidak dapat bertolak ansur dalam beberapa kawasan petandingan pilihanraya dan kerana itu pertandingan menjadi tiga penjuru. SNAP bertanding lebih dari 20 kerusi di kawasan-kawasan yang dikatakan majoriti pengundi berketurunan Dayak dan Iban yang menjadi pusat pengekalan kekuatan SNAP yang pernah memerintah Sarawak diawal penyertaan Sarawak dalam gagasan Malaysia. 

Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah dari SNAP, Stephen Kalong Ningkan sebelum diambil alih oleh Penghulu Tawi Sli, dalam krisis politik Sarawak yang pertama di zaman Perdana Menteri (PM), Tunku Abdul Rahman.

Selepas Penghulu Tawi Sli barulah Sarawak diteraju oleh Ketua Menteri berketerunan Melayu-Melanau beragama Islam, Tun Abdul Rahman Ya'kub yang memimpin Sarawak selama satu dekad (sepuluh tahun). Pada masa pemerintahannyalah kedudukan politik bumiputra Sarawak diperteguhkan apabila berlaku penyatuan gabungan parti-parti di kalangan bumiputra Sarawak yang beragama Islam dan bumiputra yang bukan Islam.

Pengenalan politik Sarawak tidak dapat dipisahkan dari pengenalan etnik, kaum dan agama. Tetapi Sarawak telah melalui perubahan secara evolusi dan kerana itulah PAS kini mampu bertanding di Dun Sarawak. Kemampuan PAS bertanding merupakan satu perubahan keyakinan kepada politik Islam yang dibawa PAS di tengah-tengah masyarakat plural Sarawak yang pluralismenya melebehi pluralisme masyarakat majmuk di Semenanjung.

PAS tidak mungkin akan memenangi kelima-lima kerusi yang dipertandingkan dan parti-parti lain juga baik dikalangan Pakatan Rakyat dan komponan BN Sarawak tidak mungkin juga akan memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi. PAS dijangka mampu memenangi satu dua kerusi yang dipertandingkan atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan majoriti calon BN yang menang di kawasan yang ditandingi PAS.

Jika demikian hakikatnya, maka ia membawa petanda bahawa PAS telah mulai diterima oleh rakyat Sarawak. Jika PAS kalah pun PAS telah membuka dan meluaskan arena politik Islamnya. Kesempatan PAS untuk berpolitik sambil berdakwah merupakan satu anugerah Allah yang besar yang perlu digunakan ruang dan peluang dengan sepenuhnya. Ia juga bererti PAS telah berada di bumi kenyalang, yang Umno masih tidak mampu memasukinya dan hanya mengharapkan PBB sebagai proxy Umno di Sarawak.

Pertanding satu lawan satu akan menyaksikan pertandingan hebat dan genting tetapi pertandingan tiga penjuru akan memberI miliege kepada calon BN. Sayang sekali SNAP tidak dapat bersama dengan Pakatan Rakyat. Dalam pertandingan pelbagai penjuru juga ia akan memberi keuntungan kepada BN.

Perdana Menteri (PM) Najib Tun Razak agak yakin dengan kemungkinan BN akan menguasai Dun Sarawak dan begitu juga Ketua Menteri (KM) Taib Mahmud, tetapi jika hendak berlaku tsunami politik di Sarawak seperti tsunami 2008 di Semenanjung, tiada sesiapa yang dapat menahannya. Kemungkinan rakyat Sarawak sudah bosan dengan pemerintahan BN di Sarawak yang berKMkan Taib Mahmud, selama 30 tahun, satu era pemerintahan yang terlalu lama. Taib dijangka akan berundur selepas pilihanraya setelah penggantinya dapat dicari. Taib tidak akan menghabiskan penggal ini.

Bagaimana pun keputusan pilihanraya bergantung bukan kepada satu dua faktor. Ia mencakupi pelbagai faktor dan faktor-faktor inilah yang sedang diperkecilkan oleh parti pemerintah bagi menjamin kemenangan mereka berterusan.

Sesuatu yang sangat jelas bahawa pilihanraya yang diadakan tidak berada di landasan yang benar-benar demokratik, apabila kerajaan menggunakan seluruh jenteranya di peringkat negeri dan pusat untuk membeli undi rakyat. Pengundi dibeli dengan projek-projek segera yang berjumlah berjuta-juta ringgit.

Pertandingan tidak berada di padang permainan samarata, Pakatan Rakyat terutama PAS, mana mampu menghadapi perbendaharaan negeri dan pusat yang menabur wang dengan pelbagai projek untuk membeli undi. Rakyat Sarawak yang rata-rata masih dalam kolompak kemiskinan, walaupun negeri mempunyai hasil perkayuan dan petrolium. Dalam persekitaran masyarakat yang dibelenggui kemiskinan amat mudah untuk mempengaruhi rakyat untuk memberi sokongan kepada mereka dengan mengadakan projek-projek prasarana dan kemudahan.

Di kalangan Pakatan Rakyat, DAP dijangka akan membuat kehadiran-nya dirasakan kerana pengundi-pengundi Cina mempunyai pemikiran terbuka. DAP bertanding di kawasan-kawasan bandar dan pekan melawan calon SUPP. Calun-calun PKR dari kalangan etnik Cina dan lain-lain dijangka juga akan membuatkan kehadirannya. Di kawasan-kawasan pertandingan dengan PBB, tidaklah mudah bagi calon PKR untuk membuat kehadirannya dirasakan, tetapi pertandingan tetap sengit dan mencabar.

Sedikit lagi advantage bagi calon-calon BN bahawa mereka berkempen atas dasar bahawa parti-parti mereka adalah parti-parti yang berasal dari bumi kenyalang tidak seperti parti-parti dari Pakatan Rakyat kononnya semuanya datang dari Persekutuan. Tetapi hakikatnya, calon-calon yang bertanding semuanya adalah calon-calon tempatan.

Jika DAP dan calon PKR dari kalangan kaum Cina membuat kehadirannya maka kedudukan SUPP sangat genting dan berkemungkinan SUPP akan mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya ini. Kehadiran SNAP juga tidak dapat diperlekehkan kerana SNAP berupaya dan mampu menerokai kemenangan yang akan menjadikan politik tawar menawar di Sarawak selepas pilihanraya.

H/daily

Rakyat Sarawak Bangkit

Posted: 15 Apr 2011 03:03 AM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Kebangkitan hebat rakyat Sarawak menjelang Pilihan raya Negeri ke 10 (PRN10) esok hari (16 April) bakal diterjemahkan ke peti undi bagi memastikan berlakunya perubahan drastik pada lanskap politik di negeri terbesar Malaysia itu.

Secara umumnya, rakyat Sarawak telah lama menyimpan perasaan membuak-buak untuk membuat perubahan cuma mereka dihalang oleh rasa takut dalam diri.

Namun kedatangan genderang gemuruh tsunami politik yang dibawa dari Semenanjung diikuti berlakunya kejatuhan pemimpin luar negara yang lama memerintah, memberikan tambahan semangat berani kepada rakyat negeri itu.

Mereka telah lama menderita. Hidup rakyat pertengahan dalam kesusahan. Apatah lagi mereka yang marhaen; kais pagi dan petang terus sahaja habis tiada berbaki lagi.

Menziarahi kampung-kampung dhaif yang hanya berjarak 10km sahaja dari Bandaraya Miri memang menggamit rasa kasihan pada mereka lantaran dibiarkan begitu sahaja oleh pemimpin kaya raya ke sana sini dengan helikopter diapit ratu muda bergaya.

(Gambar: Janggut [kiri] menunjukkan masalah bekalan air di mana satu meter terpaksa dikongsi dengan 12 keluarga lain)

Kampung-kampung yang gelap gelita, nampak dari jauh seperti didirikan atas air yang sebenarnya berpunca dari air bertakung disebabkan tiada sistem perparitan sempurna.

Ke mana air hendak mengalir pergi jika tiada laluannya menyebabkan warnanya bertukar menjadi hitam pekat. Penduduk bimbang dengan wabak denggi berpunca dari serangan ganas nyamuk aedes.

Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas di Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Kuala Baram, Kampung Api Api, Kampung Pasir, Kampung Muhibbah dan sebagainya lagi.

Siapa dapat bayangkan mereka hidup dalam keadaan tiada bekalan elektrik di masa pemimpin kerajaan menyeru setiap rumah mesti mempunyai komputer.

Bagi mengatasi masalah itu, penduduk terpaksa membeli generator sendiri dengan harga melebihi RM2 ribu dengan kos minyak disel melebihi RM5 satu malam jika digunakan dari 7 hingga 11 malam.

Suasana di sebelah malam di sini tidak ubah seperti mereka semua tinggal berhampiran dengan kawasan industri besar sementelahan bunyi generator dari semua rumah bersipongang ke udara secara serentak.

Sadisnya. Untuk rekod, mereka sudah meneroka, mendirikan rumah sendiri dan mendiami kawasan itu lebih dua puluh tahun. Sedih hati mereka bila diberitahu terpaksa keluar dari kawasan itu menjelang 2015.

Pak Janggut atau nama sebenar Haling Anak Bagak, 41, sekeluarga yang lebih 20 tahun tinggal di Kampung Pasir berkata, "kami tidak mahu pindah-pindah lagi, ini tanah kami."

Tegasnya, berikan kami geran sah, semua masalah akan selesai.

Rupanya bukan isu bekalan tenaga elektrik sahaja membelenggui mereka selama ini. Masalah air bersih juga bersarang kecewa di hati mereka.

Sebagai gambaran ringkas, satu meter terpaksa dikongsi dengan sebelas kediaman lain. Satu bulan secara puratanya setiap rumah terpaksa membayar lebih RM40.

Bayangkan berapa jumlah bayaran untuk satu meter setiap bulan. Keadaan lebih rumit bila ada yang 'sangkut' tidak dapat jelas satu hingga tiga bulan. Akibatnya bekalan air ke semua kediaman terpaksa dipotong. Untuk mendapatkan semula meter, setiap rumah dikenakan denda sebanyak RM100 pula.

Persoalannya sampai bila mereka perlu hidup dalam keadaan begini dalam sebuah negeri kaya?

Jika kita tinjau harga barang pula, ada keperluan yang empat kali ganda dari Semenanjung. Jika tidak pun, ia mesti lebih mahal sekali ganda.

Semua harga ini terpaksa dibayar oleh rakyat Sarawak. Orang kaya memang tidak terasa apa-apa, namun bagaimana dengan orang biasa dan marhaen yang terpaksa membayar sama seperti harga orang berwang juga. Tiada kekecualian apa-apa.

Rakyat kebanyakannya tahu tentang kekuatan ekonomi negeri bersumberkan minyak, gas dan sumber hutan serta sebagainya.

(Gambar: Semua hadirin mengangkat tangan secara serentak bersetuju untuk membuat perubahan dalam pilihan raya esok hari.)

Hasil dari maklumat yang meniti dari bibir ke bibir, mereka juga tahu dan adakalanya lebih tahu, ke mana wang negeri itu berlegar dan hilang pergi entah ke mana.

Rakyat sudah sedar. Mereka mendapat maklumat sah dari banyak sumber. Generasi muda banyak memberikan informasi. Hasilnya kini, bila semua sudah sedar dan meninggi, timbul semangat berani yang tidak dapat dibendung lagi.

Rasanya tiada siapa lagi yang boleh menyekat mereka dari membuat perubahan secara revolusi menerusi peti undi bermula esok pagi.

Kesempatan penulis membuat tinjauan selama seminggu di Miri, baru-baru ini mengesahkan dengan pandangan mata kepala sendiri bagaimana hebatnya sesuatu kebangkitan bila ia berlaku.

Suasana dan jumlah kehadiran serta pungutan dana menerusi jualan dan derma dalam himpunan Pakatan Rakyat tidak dapat dicabar oleh BN.

Medan utama di pekarangan Klinik Dr Teo Yu Keng yang merupakan calon Keadilan untuk Dun Senadin di tengah Bandaraya Miri membimbangkan musuh.
Himpunan reformasi rakyat untuk buat perubahan dianggarkan sekitar 30 ribu dengan jumlah derma satu malam sahaja RM21 ribu.

Satu malam dalam satu himpunan sama, semua hadirin mengangkat tangan secara serentak (gambar) bersetuju untuk membuat perubahan dalam pilihan raya esok hari.

Berbanding dengan program jamuan makan malam anjuran calon BN dari SUPP yang merupakan Timbalan Ketua Menteri dan penyandang dua jawatan Exco Negeri Sarawak, sungguh malang tidak sampai 50 hingga 80 hadirin yang sanggup datang, itu pun dengan kenderaan percuma.

BN di banyak tempat membuat ceramah di hadapan kedai makan dengan mengambil kesempatan masa dan peluang ketika beberapa orang itu makan.
Mereka datang ke restoren itu bukan bertujuan untuk mendengar Koh Tsu Koon yang kerananya BN hilang negeri di Pulau Pinang; apa yang mahu diajarnya pada pengundi Miri untuk pertahankan Sarawak?

Satu ketika, Tsu Koon membelakangkan jalan utama kerana tiada orang di hadapannya sebaliknya hadirin leka makan-makan di meja dalam restoren tanpa peduli pun apa celotehnya.

Dalam satu ceramah bersama Dr Teo dan Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor (MBSC), Khairul Anuar Othman, penulis sempat bandingkan keadaan dan suasana Sarawak 40 tahun di bawah BN dengan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di bawah PR.

"Bukti ada di depan mata kita, lihatlah beza bentuk pentadbiran antara bobroknya BN dan berkesannya PR dalam masa tiga tahun buktikan kemampuan mereka.

"Jika rakyat Sarawak boleh bersabar lebih 40 tahun dengan keadaan begini, kenapa tidak boleh beri peluang selama empat tahun untuk PR tunjukkan bentuk pemerintahan Kerajaan Sarawak Baharu?

"PR tidak bercakap kosong kerana mereka telah dapat buktikan kemampuan mereka di empat negeri Semenanjung: di Selangor, air percuma 20 meter padu pertama, ada skim warga emas, anak baharu lahir dan anak masuk universiti di samping jumlah pelaburan tetap antara tertinggi di Malaysia," hadirin memberikan perhatian mereka.

Peringatan untuk rakyat Sarawak, inilah masa dan peluang terbaik untuk mereka bersama mencipta sejarah baharu Negeri Sarawak. Jika tidak, mereka terpaksa menunggu lagi sehingga empat akan datang atau tidak akan berubah selama-lamanya.

Namun dalam keadaan sekarang, kebangkitan rakyat Sarawak mengatasi segala-galanya; mereka akan buktikan esok jatuhnya regim BN dan bentuk Kerajaan Baharu Pakatan Rakyat atau paling tidak menafikan 2/3 penguasaan BN selama ini.

Ingatlah, dunia dan Sarawak tidak akan KIAMAT semata-mata jatuhnya BN di negeri itu esok, cuma yang bezanya adalah teraju pentadbiran negeri yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

H/daily

Video Itu TV3 Rakam Dua Bulan Lalu

Posted: 15 Apr 2011 02:21 AM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 15 April: Pengasas laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang muncul dalam TV3 sejak beberapa hari ini tampil menjelaskan bahawa beliau adalah konsisten selama ini dan berkata video TV3 dirakam dua bulan lalu.

Dalam satu wawancara dengan akhbar milik Umno, New Straits Times, Petra sekali lagi menafikan bahawa beliau telah menarik balik tuduhannya selama ini.

Beliau hanya telah membuat pengakuan bersumpah supaya pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006.

Media pro Umno menyiarkan berita sensasi kebelakangan ini akibat satu wawancara beliau yang disiarkan TV3 yang menggambarkan beliau seolah-olah telah membuat 'pusingan U' terhadap tuduhan bahawa perdana menteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.


"Apa yang saya kata ialah pemberi maklumat telah memberitahu saya terhadap perkara tersebut," kata Petra ketika ditanya. "Jadi, sudahkah anda membaca SD (pengakuan bersumpah) saya? Saya rasa tidak, sebab banyak komentar berbuat demikian tanpa membacanya," beliau menambah.

Sambil mengatakan bahawa beliau tiada mood untuk menjelaskan 'spin' media tradisional itu, Petra, 61 berkata sekarang sudah tiba masanya untuk beliau hendak mendapat kembali haknya terhadap orang yang menipu tentang dirinya.

"Kerja mereka hanya untuk menghentam saya, dan itu yang mereka tengah lakukan. Sekarang, selepas tiga tahun dihentam, saya menghentam balik. Ini bukan hak saya ke?" tanya beliau.

Wawancara 2 bulan yang lalu

Mengenai wawancara di TV3 yang disiarkan dua hari yang lepas secara berturut-turut, Petra berkata rakaman itu telah dibuat dua bulan yang lepas, dan menafikan dakwaan bahawa wawancara itu dibuat untuk membantu Barisan Nasional di pilihan raya Sarawak.

"Dua bulan yang lepas, tiada kata putus mengenai bila pilihanraya Sarawak akan diadakan. Jadi bila saya patut memberikan wawancara? Selepas pilihanraya Sarawak? Jadi, selepas pilihanraya Sarawak, orang akan tanya mengapa sekarang, sebelum pilihanraya umum ke 13? 

"Jadi, saya tunggu selepas pilihanraya umum ke 13, and orang akan terus bertanya, mengapa sekarang, sebelum pilihanraya kecil? Jadi, bila saya patut buat wawancara ini? Selepas Malaysia membasmi pilihanraya?" bidas Petra secara sinis.

Menjawab satu persoalan samada beliau boleh memberikan bukti bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Petra membalas dengan memberikan sejarah 'keadilan' di mahkamah Malaysia di mana testimoni sudah cukup untuk mensabitkan kesalahan pada seseorang terhadap satu jenayah yang serius.

"Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Bukti video yang mereka tengah bertuala dalam bilik hotel?" kata Petra secara jelas merujuk kepada video klip seks yang diedarkan beberapa pemimpin Umno yang mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam skandal seks.

"Terangkan apa itu bukti. Anwar disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 15 tahun pada 1999 hanya berdasarkan testimoni. Testimoni ialah bukti dan cukup untuk memenjarakan Anwar 15 tahun. Testimoni saya lebih hebat. Ia dalam bentuk pengakuan bersumpah," kata Petra, yang dahulunya mengetahui kempen 'Selamatkan Anwar' dalam mendapat tekanan antarabangsa terhadap kerajaan untuk melepaskan Anwar daripada penjara.

Isu khalwat Najib

Mengenai dakwaan bahawa beliau telah 'berubah' kerana ingin kembali ke Malaysia, Petra membidas dalam keadaan yang marah dan mengingatkan wartawan NST itu kepada kejadian pada 1990an di Port Dickson, di mana Najib dikatakan telah ditangkap khalwat oleh jabatan agama di sebuah hotel, tapi dilepaskan tanpa pembicaraan syariah.

"Adakah anda hendak bertanya kepada Najib terhadap isu ini? Siapa kisah terhadap apa yang orang kata di bawah? Jikalau kerajaan Malaysia kata saya boleh kembali ke Malaysia, saya akan suruh kerajaan pergi mampus kerana saya cinta negara kelahiran saya, apa yang anda nak kata nanti?" kata Petra, yang dilahirkan di Surrey, UK.

Petra juga berkata dakwaan-dakwaan terhadapnya bukanlah baru, malahan beliau menambah beliau pernah dituduh murtad kerana pergi ke gereja setiap Ahad dan beliau dan isterinya telah meninggalkan Islam dan menjadi penganut Katolik.

Sementara itu, menjawab soalan bersiri daripada The Straits Times Singapura yang meliputi isu masa wawancara yang bertembung dengan pilihanraya negeri Sarawak dan dakwaan samada beliau tengah me'nuetralisasikan' kesangsian terhadap penglibatan Najib dalam pembunuhan, Petra membidas bahawa ia adalah kelakar untuk menganggap bahawa wawancara beliau dan video seks yang ditujukan pada Anwar akan memberikan kesan terhadap keputusan pilihanraya Sarawak.

"Jika anda beranggapan demikian, maka anda patut meminta untuk ditukar ke meja servis makanan sebab anda masih jauh ketinggalan dalam memahami politik," jawab beliau kepada wakil Malaysia  akhbar tersebut, Hazlin Hassan.

Tindakan terhadap Kol Azmi

Sementara itu, akhbar Umno, Utusan Online melaporkan, seorang pegawai perisikan tentera, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika terbukti beliau membuat kenyataan palsu bagi tujuan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan serta merta sudah dijalankan terhadap Azmi Zainal sebaik sahaja pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan pembabitan pegawai tentera itu dalam usaha terancang bagi menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, berkuat kuasa serta merta juga, Azmi Zainal tidak lagi bertugas di Kor Risik sebaliknya, ditukarkan ke bahagian pentadbiran, di Wisma Kementerian Pertahanan.

H/daily

Peghelih La...

Posted: 15 Apr 2011 11:25 PM PDT

Peghelih La...


Jom kita pakat pi ramai-ramai

Posted: 15 Apr 2011 12:30 AM PDT


Mesyuarat Agung PAS Kawasan

Posted: 15 Apr 2011 12:21 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar dan Arau akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing esok, Sabtu (16 April 2011).


PAS Padang Besar akan bermesyuarat di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri dan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.


Manakala PAS Arau akan bermesyuarat di Kompleks PAS Perlis. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ustaz Hashim Jasin.

Salam Perjuangan

Posted: 15 Apr 2011 11:04 PM PDT

Salam Perjuangan


SIASAT AKUAN BERSUMPAH RPK

Posted: 15 Apr 2011 08:14 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Apr 2011 07:44 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Undilah Pakatan Rakyat Untuk Kebajikan Rakyat Sarawak

Posted: 14 Apr 2011 08:00 PM PDT


Salam sejahtera kepada semua pengundi,

Esok pada 16hb April 2011 kita semua sebagai pengundi akan diberi hak dan kebebasan untuk memilih wakil yang kita yakin dapat menjalankan amanah dengan baik.

Di antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian oleh pengundi:-

1. Pilih calon yang dapat menjalankan amanah dengan jujur dan baik.

2. Pilih calon yang sentiasa perihatin dengan masalah rakyat.

3. Pilih calon yang mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dari rasuah.

4. Pilih calon yang berakhlak mulia dan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

5. Pilih calon yang ikhlas dan tidak suka menipu.



Buat pengundi di Miri, marilah kita fikir baik-baik sebelum mengundi esok (16hb April 2011). Pilih calon anda dengan hati yang terbuka serta jangan paksa diri anda untuk memilih calon yang bukan pilihan anda dan yang nyata bersubahat dengan golongan yang zalim.


Calon Senadin dari Pkr walaupun dia seorang doktor dan kaya tetapi beliau seorang yang berjiwa rakyat sanggup turun padang bersama rakyat marhean. Beliau juga yakin dengan sikap pemimpin Pas seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berakhlak mulia dan tidak mengamal rasuah dalam urusan pentabiran negeri tidak seperti apa yang berlaku di negara Sarawak. Kalau dibandingkan dengan Supp yang anti Islam contohnya yang tertulis dalam banner mereka dalam bahasa cina "kalau undi Dap makna undi Pas". Ini jelas yang mereka tidak suka pada Islam. Pas adalah parti yang berjuang Islam dan juga berjuang keadilan untuk semua bangsa tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik. Jadi janganlah pengundi Melayu Islam tertipu dengan Supp yang sebenarnya parti perkauman dan anti Islam.


Bagi pengundi Islam dan Melayu walaupun Piasau dan Pujut diwakili oleh Dap yang agak perkauman di Sarawak pada mulanya kalau dibandingkan dengan Dap di semenanjung tetapi setelah Dap bersama dengan parti Islam (Pas) sifat perkauman mereka sudah agak menurun. Contoh yang jelas ketua menteri pulau pinang Lim Guan Eng banyak membantu orang melayu dan Islam di Pulau Pinang. Beliau menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola beliau.Dulu ada pemimpin Dap yang anti Islam tetapi setelah mereka bersama parti Islam Pas sikap dan pandangan mereka terhadap Islam sudah berubah sebab mereka tahu yang selama ini Umno/Bn telah memberi gambaran yang buruk terhadap Islam yang bawa oleh Pas. Sekarang setelah mereka faham Islam yang sebenar yang dibawa oleh Pas pandangan mereka terhadap Islam sudah berubah dan ada sesetengah peminpin Dap sudah mula membaca petikan dari al quran sebagai rujukan. Kita kena fikir kalau kita berkawan dengan orang yang baik-baik dan berilmu insy'Allah akhirnya kita akan jadi baik dan berilmu seperti mereka tetapi kalau kita baik tetapi bergaul dengan orang yang suka membuat kejahatan lama kelamaan kita akan terikut-ikut dengan perbuatan kejahatan mereka. Jadi tiba masanya rakyat Sarawak memilih wakil rakyat yang benar-benar jujur,amanah dan berjiwa rakyat untuk mewakili mereka serta memimpin negara Sarawak dengan lebih baik lagi dari apa yang kita alami selama ini.


Jangan takut untuk memilih kerana inilah peluang yang terbaik buat rakyat Sarawak untuk memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri yang akan datang. Kita diberi hak untuk memilih lima (5) tahun sekali jadi jangan salah memilih lagi kerana kalau kita memilih semata-mata kerana diberi sedikit wang dan peruntukan yang tidak seberapa akhirnya kita akan menanggung kerugian dan kesusahan dalam kehidupan seharian kita nanti. Sekiranya mereka yang terpilih tidak dapat menjalankan amanah dengan jujur dan baik, dalam masa lima (5) tahun selepas itu kita sebagai pengundi akan menukar lagi mereka ini supaya negara kita bebas dari pemimpin rasuah dan tidak amanah. Dengan cara begini mereka yang terpilih tidak akan berani hendak membuat sesuka hati mereka terhadap amanah yang telah kita beri kepada mereka.


Akhir sekali pilihlah calon anda dengan hati yang terbuka dan mohon petunjuk Allah supaya kita dapat memilih calon yang benar-benar jujur dan ikhlas dan dapat memerintah negara ini dengan lebih baik lagi untuk masa hadapan kita semua.


Selamat mengundi


Terima kasih kerana mengundi Pakatan Rakyat demi kebajikan rakyat.


PAS Miri

English version


Greetings to all voters,


Tomorrow, on 16th April 2011 we as voters will have the rights and freedom to choose our representatives and we are confident that can carry out its mandate appropriately.


Among the things that need to be taken care by the voters: -

1. Choose the candidate who can carry out its mandate in an honest and good.

2. Choose the candidate who is always concerned with people's problems.

3. Choose the candidate who has had a net of corruption.

4. Select candidate noble and not involved in unhealthy activities.

5. Select candidate who are sincere and do not like cheating.


For the voters in Miri, let us think carefully before voting tomorrow (16th April 2011). Choose your candidate with an open mind and do not force yourself to choose a candidate who is not a real choice and abetted by those who do wrong.


Senadin candidate from PKR and he is a doctor even though he is rich, but he is a people-oriented and willing to go into the field with people to solve problem. He also believes that the attitude of PAS Spiritual leader like Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, the noble and corrupt practice is not in the business of the state administration does not like what happened in Sarawak state. When compared with the anti-Islam Supp example is written in their banner in the Chinese language "means a vote for Dap is vote for Pas." It is clear that they do not like Islam. PAS is a party that is struggling to fight for Islam and justice for all people regardless of skin color and political affiliation. The Malay-Muslim voters do not fool by Supp that are actually racism and anti-Islamic party.


For Islam and Malay voters even Piasau and Pujut represented by DAP is somewhat racist in Sarawak was initially compared to the DAP in the peninsular, but after the DAP together with the Islamic party (PAS) they racism have decreased somewhat. A clear example of Penang chief minister Lim Guan Eng much more helps the Malays and Muslims in Penang. He took Caliph Umar Abdul Aziz as an idol. Before there are DAP leaders anti-Muslims but when they work together with Islamic party their attitudes and views on Islam have been changed because they knew that Umno / Bn was given a bad picture of Islam that was brought by PAS. Now that they understand the true Islam brought by the PAS and they views on Islam have changed and there are some DAP leader have started reading quotes from Al Quran as reference.


We have to think that if we make friends with the good people and knowledgeable, Insy'Allah we eventually will become good and knowledgeable as they are, but if we're good, but hanging out with people like to do evil thing will eventually ending up-coming with their evil deeds. So it is time for the people of Sarawak to choose their representatives that are truly honest, trustworthy and soul of the people to represent them and lead the Sarawak state better than what we experienced over the years.


Do not be afraid to vote because this is the best opportunity for the people of Sarawak to choose their representatives in the Legislative Assembly in the future. We are given the right to select five (5) years, so do not choose another one because if we choose simply because of some money and provisions given to us that will ultimately bear the loss and suffering in our lives later. If they have chosen but not carry out its mandate in an honest and good, within five (5) years after that we as voters will change them and our country will free from corruption and untrustworthy leader. This is the way to teach for those who are selected will not dare to enter at will against the trust we have bestowed on them.


Finally, choose your candidate with an open mind and seek the guidance of Allah so that we can choose a right candidate who truly honest and sincere and to govern this country better for all for our future.

Happy voting


Thank you for voting Pakatan Rakyat for the sake of public welfare.


Pas Miri

PAS LENGGONG

Posted: 15 Apr 2011 07:35 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 15 Apr 2011 02:05 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 15 Apr 2011 07:33 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 15 Apr 2011 03:47 AM PDT

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN BALING KE 53 AKAN BERLANGSUNG DI DEWAN KOMPLEKS YAYASAN KUPANG
MESYUARAT KALI INI MERUPAKAN PERMILIHAN YDP,TYDP,NYDP DAN AJK YANG BARU
MESYUARAT TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA 23/4/2011 HARI SABTU JAM 8.00 PAGI
PERWAKILAN SELURUH CAWANGAN MELIBATKAN SEBANYAK 150 LEBIH CAWANGAN AKAN HADIR.
PERINGATAN KEPADA SENUA AJK PEMUDA KAWASAN TERLIBAT PERSIAPAN MESYUARAT TERSEBUT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 15 Apr 2011 07:17 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Banyaknya Harta Tok Uban..!!!!

Posted: 14 Apr 2011 09:23 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 15 Apr 2011 03:32 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Peluang Cerah di DUN Sadong Jaya, Walaupun Cabaran Hebat

Posted: 14 Apr 2011 09:22 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Apr 2011 03:27 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(18SX) SKODENG AWEK MANDI KOLAM

Posted: 15 Apr 2011 07:54 AM PDT


skodeng jangan tak skodeng...wakakakakaka

MASJID CIREBON INDONESIA DI BOM WAKTU SOLAT JUMAAT TADI

Posted: 15 Apr 2011 02:16 AM PDT

Korban Luka Bom Cirebon Berjumlah 25 Orang


Jakarta - Korban ledakan di masjid Mapolresta Cirebon ternyata tidak hanya 17 orang. Korban luka yang kini dirawat intensif di sejumlah rumah sakit terdekat itu berjumlah 25 orang. Jumlah itu bisa jadi bertambah. Dikatakan bom itu diledakkan sewaktu bilal sedang melaungkan Qamad untuk solat jumaat.

"Korbannya kurang lebih sekarang teridentifikasi 25 orang," kata Kapolda Jawa Barat Irjen Pol Suparni Parto saat dihubungi detikcom, Jumat (15/4/2011).

Suparni mengatakan, dari 25 orang tersebut mengalami luka ringan dan luka berat. Korban terdiri dari polisi dan warga sipil yang kebetulan salat Jumat di masjid tersebut.

"Ya korbannya campur-campur. Ada polisi ada masyarakat," jelasnya.

Korban pun dibawa di berbagai rumah sakit yakni Rumah Sakit Pelabuhan dan Rumah Sakit Pertamina.



... kita mendoakan agar mereka yang terkorban dimasukkan dikalangan orang-orang yang shahiid dalam melaksanakan ibadah kepada Allah...

SAPA MAU BAYAR BIL ASTRO KAMIK BULAN2?

Posted: 15 Apr 2011 01:07 AM PDT

[Bernama] KAPIT, 15 April : Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini.


Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan.

"Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang.

"Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri," katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit.



... dah tue bulan-bulan sapak nak bayar bil Astro kamik?....

RAMALAN DR ABU HASSAN BUAT NAJIB GELABAH

Posted: 15 Apr 2011 12:59 AM PDT

Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun Sarawak. Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.


Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) – iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.


(Rajah Sarawak Election (SELECT 2011) – Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%). Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%). Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).


Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini. Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Daripada keputusan di atas yang diramalkan, boleh dikatakan pembentukan kerajaan Sarawak adalah tergantung kerana kedua-dua parti terbesar iaitu BN dan PR gagal memperolehi undi mudah iaitu 36 kerusi. Oleh itu, kerusi yang dimenangi oleh SNAP yang kebanyakannya dari kawasan Iban dan Bidayuh dijangka menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan campuran.

Sekiranya situasi ini benar-benar berlaku, hubungan renggang antara PKR dan SNAP pada hari ini bakal mengundang masalah bagi kedua-dua parti ini bekerjasama. Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis. Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini. Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

ARTIS PALING SEKSI PILIHAN KORG

Posted: 14 Apr 2011 11:34 PM PDT

aku pun tak tau le Harian Metro ni sampai tak takde keje nak buat bancian sampai mintak pembaca HM undi artis paling seksi kat Malaysia..... kalu tgk keputusan yang korg pakat undi sehingga kini....


mungkin cerita cuti-cuti cinta menyebabkan pembaca HM mengundi dia sebagai artis paling seksi setakat ini.....

bangga aku jadi rakyat 1 Malaysia yg memiliki senarai artis wanita yang seksi-seksi...tue yang rais yatim suka tu... wakakakakaka...

KOMIK HINA TGNA, TGHA, DSAI, LKS DI KUCHING

Posted: 14 Apr 2011 06:59 PM PDT

Satu komik yang diterbitkan oleh puak-puak Be End untuk menghina Pakatan Rakyat mula diedarkan di sekitar bandar Kuching.


Komik yang menampilkan karikatur bagi menghina pemimpin  PR seperti Tuan Guru Nik Aziz, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Karpal Singh itu dilihat menjadikan agenda Pakatan Rakyat untuk menawan negara sebagai isi kandung utama.


oppps silap bukan yg ini... ini dalam komik ana....



polis kene ambil tindakan kalu polis benar-benar polis

(PANAS) VIDEO SEKS SIRI 2!!!

Posted: 14 Apr 2011 06:52 PM PDT


Terbukak le pulak blog mangkuk bermoral tinggi pagi nie….


Kata malaun tue video seks siri ke 2 akan kuar esok … tak esok lusa…. Tak esok minggu depan… tak minggu depan bulan depan…. tunggu je la ….

300K PENGUNDI MUDA SARAWAK PENUNTU ESOK!!!

Posted: 14 Apr 2011 06:33 PM PDT

Angkatan Muda PKR yakin generasi muda Sarawak yang dianggarkan 300 000 orang, yang telah berdaftar sebagai pengundi, bakal menjadi penentu perubahan di Sarawak pada hari pengundian pilihan raya negeri ke-10 esok.


Sarawak mempunyai lebih 970,000 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Penolong Setiausaha Angkatan Muda PKR, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, generasi muda Sarawak yang berhadapan dengan pelbagai belenggu dan isu hanya akan dapat diselesaikan melalui proses demokrasi, pemilihan tampuk kepimpinan negeri.

"Masalah pendidikan dan peluang pekerjaan menjadi masalah utama kepada generasi muda ini," katanya.

Saifullah berkata, kemudahan asas sekolah berada dalam keadaan uzur dan tidak mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di Sarawak.

"Faktor ini akhirnya menyebabkan keciciran di kalangan pelajar tinggi di Sarawak," katanya beliau dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian tinggi terpaksa merantau ke Semenanjung kerana kekurangan tempat untuk menyambung pengajian di Sarawak selain Universiti Malaysia Sarawak dan UiTM.

"Masalah kedua yang menjadi isu penting kepada golongan muda di Sarawak adalah masalah pekerjaan. Seramai 200,000 direkodkan berhijrah ke Semenanjung terutama di Johor Baru, Lembah Klang dan Singapura kerana masalah pengangguran yang tinggi," kata beliau.

Katanya, 200,000 orang di kalangan mereka yang terpaksa merantau keluar Sarawak ini terdiri daripada golongan muda yang sukar mendapat pekerjaan.

"Kekayaan negeri akan diagihkan kepada rakyat. Hasil negeri adalah milik rakyat. Undi generasi muda seramai 300,000 orang ini kepada Pakatan Rakyat bererti undi untuk masa depan yang lebih cerah," katanya.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Apr 2011 03:12 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PESANAN TOK GURU UNTUK RAKYAT SARAWAK !

Posted: 15 Apr 2011 07:02 AM PDT


AMANAT TOK GURU : PILIHLAH PAS,PKR DAN DAP

Jumaat, 15 April 2011 14:14
KUCHING, 15 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat negeri Sarawak agar memilih calon Pakatan Rakyat pada hari pengundian esok bagi membentuk Sarawak Baru.

Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya kerana calon yang diwakili PAS, PKR dan DAP, adalah mereka yang ikhlas mahu membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri ini, yang sekian lama tertindas di bawah BN.

"Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP adalah terdiri dari mereka yang layak untuk dipilih.

"Ini kerana mereka semua memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua," katanya.

Tambahnya, mengundi calon yang layak akan memberi kesan yang baik kepada semua pihak.Malah ujarnya lagi, memilih calon dari pihak yang baik dikira ibadat yang mulia dan sudah pasti akan mendapat restu Tuhan."Oleh itu saya berharap kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat,"katanya.

KALAU POLIS UMUM HARI INI, BN MATI !

Posted: 15 Apr 2011 01:38 AM PDT

Daripada kenyataan Ketua Polis Negara kita boleh membuat kesimpulan bahawa lelaki di dalam video tersebut bukan Anwar. Ini berdasarkan maklumat berikut :
Kertas siasatan hanya akan disiapkan minggu depan selepas pilihanraya Sarawak. Kalau diumumkan minggu ini dan ternyata bukan Anwar.... Rosaklah rancangan UmNo.
Kesan siasatan mungkin mempengaruhi keputusan pilihanraya Sarawak...... Confirm bukan Anwar.... Confirm BN kalah di Sarawak.
Seperti biasa kalau UmNo kalah dalam apa-apa juga pertandingan atau pilihanraya keputusan akan diumumkan lambat-lambat..... kalau boleh tak payah diumumkan terus.
Memandangkan pilihanraya Sarawak amat penting buat UmNo terutama Najib bagi menentukan tarikh pilihanraya umum akan datang maka perkara yang paling penting bagi KETUA pOLIS nEGARA menyelamatkan kerajaan dan maruah Najib.

ADUN TAHAN NYARIS KENA UNDI TAK PERCAYA

Posted: 15 Apr 2011 12:28 AM PDT

Adun Tahan dikatakan masih Bertahan.
Ada berita yang telah disebarkan bahawa ADUN Tahan telah dikenakan Undi Tidak Percaya dikatakan sebagai satu fitnah....... ianya bermula dari mesyuarat UMNO cawangan K Tahan,yang telah disuarakan oleh sdr Roslan @ Atan kepada rasa tidak puas hati dan marah beliau kepada Adun Tahan,namun ianya telah berakhir dengan cadangan untuk membantu menyelesaikan masalah yang telah puluhan tahun tidak selesai.

Perkara ini timbul kununnya kerana salah faham dan salah maklumat sahaja ianya tidak dirancang ataupun bukan bertujuan untuk mengugut sesiapa tetapi ialah hanya luahan hati seorang saudara kepada saudaranya .
ADUN Tahan telah menjelaskan bahawa kemarahan itu ujud dari rasa tak puas hati berasaskan fakta yang salah,tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan dikatakan adalah tidak benar, ADUN dikatakan telah merampas tanah rakyat di Kuala Tahan.

ADUN mencabar sesiapa yang membuat tuduhan boleh buktikan samada beliau seleweng atau tidak. Jika benar dakwaan beliau akan serahkan balik jika ada isu tanah yang diluluskan kepada PSK (PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN) seluas 700 ekar pada tahun 2006. Pada masa itu beliau mendakwa belum menjadi wakil rakyat lagi. Komen : Tak kiralah bila yang penting ADUN terkini kena pikul tanggungjawab selesaikannya.

ADUN menjelaskan bahawa beliau sedang menyusun lot lot tapak rumah untuk diagihkan kepada penduduk seluas 6000 kaki setiap lot dan berharap ianya dapat persetujuan Kerajaan Negeri. Tujuan cadangan itu dilakukan ialah kerana beliau sedar dan tahu isu di Kuala Tahan,penduduk mahukan tanah tapak rumah kerana ada dikalangan mereka bergantung dan menumpang dirumah keluarga.
Asasnya ialah pihak kerajaan melalui Felcra gagal membina keseluruhan rumah Felcra tembeling tengah sebagai mana yang telah dijanjikan pada tahun 2004,lebih kurang 250 unit rumah tidak dibina oleh Felcra sedangkan Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah untuk cadangan tersebut. Kenapa rumah Felcra Tembeling Tengah sangat penting,kerana keseluruhan penduduk yang berada di Kuala Tahan ini tidak mempunyai rumah bagi golongan muda,perkara ini telah dinyatakan kepada YAB Menteri Besar semasa dialog pada tahun 2006( perkara ini telah dibangkitkan oleh Ali Asra Kepada YAB Menteri Besar Pahang) untuk menyegerakan pembinaan rumah bagi golongan muda. pihak kerajaan melalui pejabat tanah dan daerah telah meluluskan tapak cadangan perumahan seluas 25 ekar di Kampung Padang bagi tujuan pembinaan rumah murah oleh Jabatan Perumahan Negera namun hingga kini masih tiada jawapannya bilakah ianya akan dibina. Dua(2) Rancangan Tanah Kelompok kampung Kuala Tahan dan kampung Tuit telah dirancang untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri setiap peserta diberikan kelulusan seluas 0.899 hektar bersamaan dengan 2 ekar setiap lot untuk penduduk kampung padang dan kuala tahan secara amnya dan DUN Tahan secara khususnya kini sedang dalam proses hampir 400 peserta untuk peluang ini.
Isu penduduk Kampung Gol ialah RTK Kampung Gol,sedang dalam proses untuk kelulusan oleh pihak Kerajaan Negeri semua nama peserta yang dicadangkan oleh Ketua Kampung (Nordin bin Samad) telah diangkat untuk pengesahan MMK(Majlis Mesyuarat Kerajaan)tiada satu pun nama yang dicadangkan dipotong atau ditinggalkan.
Kini beliau berdoa apa yang dirancang menjadi kenyataan,hanya dengan pertolongan dan pertimbangan terbaik daripada YAB MB Pahang dan Barisan Exco kerajaan Negeri .

MULAI HARI INI KITA LENYAPKAN BLOG KEJI ITU

Posted: 14 Apr 2011 07:07 PM PDT

Selain dari akhbar media BN yang kita telah pulaukan dan kita harus beri darjah kepercayaan 10% sahaja kini sampai masa kita bukan pulaukan blog-blog malah kita buang dan lenyapkan blog dari tuanpunya blogger yang jenis wakil rakyat katak lompat cara kurang ajar macam YB Zul Kulim atau Zahrain dari blog atau laman web atau facebook , twitter kita masing-masing.
Blog Malaysia Today juga teman akan buang dari blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 mulai hari ini 15 April 2011.

Operasi ini juga melibatkan Blog-blog (facebook,twitter dan seumpamanya) yang menghina Ulama dan Hukum Islam serta blog yang lucah dan suka mencarut seperti sekapal dengan Parpukari.

Teman harap semua Blogger Pakatan Rakyat dan persendirian yang setuju cara ini kita berdemo cara buangkan blog yang jahat, kurang ajar, suka guna bahasa lucah (Aduka juga kena hati-hati .. sekarang dah ok skit) dan menghina Islam terutama blogger yang beragama Islam.

KERJA CIKAI NAIK PANGKAT RAKYAT PERTIKAI !

Posted: 14 Apr 2011 05:36 PM PDT

Perlantikan Khalid Sebagai Timbalan IGP Dipertikai. Imej Polis Akan Terus Merudum.

PKR 'protes' Khalid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

PKR menyifatkan keputusan Putrajaya melantik Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru adalah tidak wajar dan "satu langkah tidak bijak" jika mahu memulihkan imej PDRM.
Menurut naib presidennya N. Surendran, banyak pihak akan mempersoalkan pelantikan bekas ketua polis Selangor itu kerana kegagalan beliau dalam beberapa insiden kematian dan penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis Selangor.

Tambah Surendran, beliau sendiri tidak yakin akan kredibiliti dan keupayaan Khalid untuk memikul tanggungjawab orang nombor dua dalam PDRM.

Selain itu, tambahnya, pelantikan Khalid itu juga dilihat satu usaha untuk mengangkat beliau menjadi ketua polis negara selepa ini.

"Saya terkejut dengan pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan keputusan itu dilihat cubaan untuk melantik beliau sebagai ketua polis negara selepas ini.

"Pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar adalah satu keputusan tidak bijak kerana ia jelas tidak akan membantu mengembalikan kepercayaan dan tidak akan meletakkan pasukan polis berada di landasan yang sepatutnya," katanya sambil menambah Putrajaya perlu mengambil kira kepentingan awam dalam membuat keputusan penting seperti itu.

Khalid, Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam dilantik sebagai timbalan ketua polis negara menggantikan Datuk Husin Ismail yang bersara hari ini.

Tegas Surendran, dua kematian yang berlaku ketika Khalid masih memegang jawatan ketua polis Selangor adalah sebab utama mengapa beliau tidak layak untuk dilantik timbalan ketua polis negara.

"Beberapa alasan kenapa beliau tidak layak untuk menjawat jawatan itu adalah penyalahgunaan kuasa yang berlaku ketika beliau masih menjadi ketua polis Selangor, ia termasuk pembunuhan dan penganiayaan terhadap A. Kugan pada Januari 2009 dan kemudian kes tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang mana polis cuba untuk menutup kedua-dua insiden ini.

"Malah Datuk Khalid Abu Bakar juga tidak pernah memohon maaf atau bertanggungjawab atas dua kes kematian yang berlaku ketika memegang jawatan itu," katanya.

Malah kata beliau, jawapan yang diberikan Khalid dalam kedua-dua kes itu menguatkan lagi keyakinan beliau tidak layak untuk memegang jawatan baru itu.

"Menjadikan keadaan lebih teruk dalam kes A. Kugan Datuk Khalid Abu Bakar memberikan komen dan jawapan yang tidak munasabah mengenai cara kematiannya iaitu Kugan meminum segelas air lalu mati.

"Sedangkan keadaan yang berlaku adalah sebaliknya apabila badan A. Kugan mengalami kecederaan serius, begitu juga dalam kes Aminulrasyid apabila Datuk Khalid Abu Bakar berkata remaja itu adalah penjenayah dan cuba untuk melanggar kereta peronda polis," katanya.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah meninggal dunia ketika dalam tahanan polis manakala Aminulrasyid pula ditemui mati ditembak April lalu.

Tambah Surendran, keyakinan rakyat terhadap PDRM masih berada di tahap yang rendah ekoran dua insiden yang berlaku itu.
"Selain itu, PDRM perlu secara keseluruhannya dirombak semula, proses merekrut polis dan kaedah latihan juga perlu dikaji.

"Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC) perlu diwujudkan untuk memantau penyalahgunaan kuasa polis," katanya.

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 15 Apr 2011 01:32 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Pemuda PAS lapor SPRM isu penyelewengan STDC

Posted: 14 Apr 2011 07:06 PM PDT

ALOR SETAR, 14 April - Ekoran pendedahan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung 'perbelanjaan tidak berkepentingan' sebanyak RM7.5 juta Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) yang dilakukan oleh pengurusan yang lalu (di bawah Kerajaan BN), Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar hari ini mengambil tindakan melaporkannya kepada SPRM.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar yang baru, Encik Mohd Azam Awang bersama beberapa AJK Pemuda yang lain telah menyerahkan bukti-bukti berkaitan berupa dokumen bertulis dan cakera padat kepada SPRM.

"Bahan-bahan asas untuk penyiasatan telah diserahkan kepada SPRM, terserah kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak tertentu berdasarkan apa yang telah didedahkan oleh Dato' Amiruddin dalam Sidang DUN baru-baru ini," ujar Mohd Azam ringkas selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai penyiasat SPRM.

Dalam Sidang DUN baru-baru ini, Dato' Amiruddin Hamzah mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai 'tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC'.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 15 Apr 2011 01:17 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Berapa Agaknya Bob Lokman Dibayar Untuk Sertai PAS?

Posted: 14 Apr 2011 06:54 PM PDT

13 April 2011, Taman Ampang Indah - Ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pengerusi majlis pada malam itu, Bob Lokman dengan tenang menjawab:

" Memang saya dibayar, cuma tuntutan bayaran tersebut bukan dibuat di sini (di dunia ini), tapi di akhirat, insyaAllah... "




Sebahagian daripada dua ribu hadirin yang hadir

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang turut memberikan ucapan pada malam itu

YB Khasim menceritakan pengalaman berkempen di Sarawak

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 15 Apr 2011 01:17 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Ingatan TGNA Untuk Sarawak....

Posted: 13 Apr 2011 04:10 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 15 Apr 2011 01:08 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


PRN Sarawak : DPP Puchong hantar Petugas (Siri 2)

Posted: 15 Apr 2011 03:17 AM PDT

Bagi hari kedua , delegasi DPP Puchong yang diketuai oleh Ketua Pemuda sendiri , turun ke setiap ceruk di DUN Sadong Jaya , untuk bertemu dengan para pengundi dan masyarakat setempat.

Pelbagai rintihan masalah , kesusahan hidup diluahkan oleh penduduk setempat. Beginilah , para pemimpin BN hanya turun ke akar umbi setiap 5 tahun sekali.

Sedikit cebisan gambar yang diambil , untuk merakam kan aktiviti yang terjadi sepanjang hari ini.

Keadaan rumah di dalam DUN Sadong Jaya

Golongan pemuda berani tambil menyatakan hasrat membuat perubahan

Anak-anak Tunas harapan bangsa yang perlu mendapat jaminan masa depan yang lebih sempurna

Remaja pelbagai kemahiran bagi sebuah kehidupan



Kesungguhan berkempen utk PAS amat mengagumkan



Kempen membawa perubahan kepada masyarakat setempat



Perubahan bakal merubah masa depan



KP DPP Puchong menyantuni masyarakat di sekitar DUN Sadong Jaya



Makcik menanam padi di halaman sendiri bagi sesuap nasi


Jika benarlah sokongan telah beralih arah .....



PAS KOTA TINGGI

Posted: 15 Apr 2011 01:05 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Selamat Tahun Baru Cina- Presiden PAS

Posted: 03 Feb 2011 03:50 PM PST


Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu 'makan besar' yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.



Selamat Tahun Baru Cina.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Batu Gajah Mari

Posted: 15 Apr 2011 11:39 AM PDT

Batu Gajah Mari


ZENTRUM Ramal DUN Sarawak "Tergantung'

Posted: 14 Apr 2011 05:32 PM PDT

Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun Sarawak. Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi. Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) – iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.


Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Daripada keputusan di atas yang diramalkan, boleh dikatakan pembentukan kerajaan Sarawak adalah tergantung kerana kedua-dua parti terbesar iaitu BN dan PR gagal memperolehi undi mudah iaitu 36 kerusi. Oleh itu, kerusi yang dimenangi oleh SNAP yang kebanyakannya dari kawasan Iban dan Bidayuh dijangka menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan campuran.

Sekiranya situasi ini benar-benar berlaku, hubungan renggang antara PKR dan SNAP pada hari ini bakal mengundang masalah bagi kedua-dua parti ini bekerjasama.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis. Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Apr 2011 11:12 AM PDT

Dupahang's Weblog


178 ahli PBB beralih menyertai PAS di DUN Tanjong Datu

Posted: 15 Apr 2011 05:03 AM PDT

Tanjung D atu, 15 April – Seramai 178 ahli Pesaka Bumipu tera Bersatu (PBB) menyertai PAS dalam satu majlis malam tadi di Tanah Hitam, Tanjung Datu. PBB merupakan parti tunjang bagi BN Sarawak yang diketui oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Borang permohonan keahlian PAS telah diserahkan oleh Noraini Aban kepada Dr Hatta [...]

341 ahli PBB sertai PAS di Sadong Jaya

Posted: 15 Apr 2011 04:59 AM PDT

SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS. Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi. Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan [...]

Luahan hati petugas Pas di Sarawak?

Posted: 15 Apr 2011 04:53 AM PDT

http://penyokongpas.wordpress.com Kecil hati kalangan penggerak PAS di seluruh Sarawak kerana TG Nik Aziz tidak membekalkan 'cukup' wang untuk kami di sini. Duit sendiri sudah banyak keluar. Janji bahawa Anwar akan memberikan dana khas kepada PAS juga tidak kedengaran. Malahan, waktu penggerak PAS menelefon Azmin Ali pun; dia hanya sebut 'nanti; nanti'. Ada yang hina kita, [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 15 Apr 2011 11:12 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


DUN MUARA TUANG MILIK PAS?

Posted: 14 Apr 2011 06:34 PM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kontingenterengganu.jpgKUALA TERENGGANU - Kehadiran PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak yang sedang berlangsung kini, diterima baik oleh pelbagai kaum samada Melayu, Iban, Dayak mahu pun Cina.

Ia sekaligus menafikan dakwaan Taib Mahmud dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) bahawa parti politik dari Semenanjung ditolak oleh penduduk Sarawak.

(Gambar kiri - kontingen PAS Terengganu berjaya mengadakan majlis calon bersma penduduk Iban di Kampung Merang baru dan lama)

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/mslimatdungun.jpgPenasihat Kontingen PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata, sehingga Khamis 14 April, pelbagai kaum terbabit memberikan kerjasama baik malah ramai yang telah memberi persetujuan untuk mengundi calon PAS.

"Masyarakat Iban 70 peratus terima PAS, dalam semua rumah panjang yang di lawati di (daerah mengundi) Semarang, begitu juga (kaum) Iban yang tidak tinngal di rumah panjang 80 peratus menerima PAS,"katanya kepada Buletinonline.

(Gambar kanan - muslimat Dungun bertemu masyarakat Iban di Kampung Soh)

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/muslimatKTSeganam.jpgBeliau yang telah berkampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang sejak 5 April lalu turut mengesahkan kira-kira 60 peratus suku Dayak Bidayuh menolak BN.

Manakala, kata Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, masyarakat Cina paling tinggi menolak BN iaitu kira-kira 80 peratus dari jumlah keseluruhan kaum itu dan Melayu paling sedikit.

(Gambar kiri - Muslimat Kuala Terengganu di Kampung Seganam, perkampungan Iban, 45 minit perjalanan dari Kota Samarahan)

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/muslimatknerus.JPG"80 peratus orang Cina menolak BN dan (daripada) orang Melayu (hanya) 50 peratus sahaja yang menolak BN,"jelasnya.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, isu yang paling menonjol adalah isu tanah.

(Gambar kanan- Muslimat Kuala Nerus di pinggir sungai Samarahan menuju ke Kampung Binyu)

Katanya, isu tanah dan yang berhubung kait dengannya adalah isu 'dominan' yang terdapat pada hampir keseluruhan kawasan dalam DUN Muara Tuang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/ibankgsuruit.jpg"Isunya, yang paling menonjol adalah isu tanah, samada tanah adat orang Iban (tanah NCR) atau tanah untuk tempat tinggal bagi kaum-kaum lain termasuk orang-orang Melayu di Kota Samarahan, khususnya di Kampung Tanjung Bundong dan persekitaran,"ujarnya ketika dihubungi.


(Gambar kiri - Ariffin, Haji Hanafiah dan Ustaz Wan Sukairi di Kampung Suruit, kampung paling jauh penempatan Iban)

Menurut Ariffin, sentimen yang paling 'panas' adalah kemarahan rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak paling lama dan paling kaya, Taib Mahmud.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/ustidrishjhassantamandesailmu.jpgOleh itu, katanya, isu-isu sampingan lain turut menyumbang kepada 'kepanasan' cuaca pilihanraya Sarawak, termasuk isu bekalan air, jalanraya rosak dan tiada jalanraya dan kenaikan harga barang.

(Gambar kanan - Ustaz Idris Ahmad bersama Haji Hassan Salleh, dan petuga muslimin Kemaman berkempen di Taman Desa Ilmu)

PAS Terengganu di beri tanggungjawab melaksanakan aktiviti kempen di DUN Muara Tuang yang mengenengahkan seorang muslimat, Puan Noraini Hamzah sebagai calon.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/DSC_0045.JPGNoraini atau Kak Ani menentang calon BN Dato' Ali Mahmud yang juga adik kepada Taib Mahmud.

DUN Muara Tuang adalah salah dari empat DUN dalam Parlimen Samarahan yang diwakili oleh anak Taib, Sulaiman.

(Gambar kiri - Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah bersama pemuda Kemaman berkempen di Merdang Gayam)

Menurut Ariffin, halangan terbesar PAS menang dalam DUN tersebut adalah undi pos dikalangan tentera yang berjumlah 3,800 orang.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 15 Apr 2011 09:57 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


PRN Sarawak : Buat Najib & Taib terus tergolek - SNAP setuju sertai kabinet Pakatan Rakyat

Posted: 14 Apr 2011 11:55 PM PDT

KUCHING: Snap today announced that it was willing to join a cabinet headed by PKR's Baru Bian as chief minister if the opposition managed to kick out Barisan Nasional tomorrow.

"The notion that Baru Bian is to be the chief minister has been agreed upon by Pakatan Rakyat Sarawak. This is because Snap is a member of Pakatan Rakyat Sarawak," said its secretary-general, Edmund Stanley Jugol in a statement issued here today.

He assured that Snap strongly subscribed to the struggle of Pakatan Rakyat Sarawak.
"In the event that PKR wins very few seats, and Snap captures more seats within the opposition front, Snap will offer DAP, PAS and PKR to jointly govern Sarawak," he said.

However, he lamented that PKR was spoiling the chances of Pakatan by contesting in too many seats and causing a split in the opposition votes.

"Snap only fielded candidates in 26 areas. But PKR fielded 48 candidates which reduce the chances of Pakatan Rakyat Sarawak to win in the majority of the seats they contest," he noted.
Snap had previously come under fire from opposition groups over allegations that it was insincere and would switch sides after the election.

Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang

Posted: 14 Apr 2011 11:52 PM PDT


LIMBANG, 15 April: Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu.

Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

(Gambar: Keadaan kelam kabut apabila rombongan Najib enggan membenarkan penduduk Limbang dan DAP menyerahkan memo.)

Menurut Adun Pasir Pinji, Thomas Su, penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang".

"Kami menunggu ketibaan Datuk Sri Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6 petang.

"Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP di sini Leong Kwang Yew.

"Semasa Leong Kwang Yew dan Adun Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar.

"Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, pembuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka," cerita Thomas Su (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja!

Beliau sangat kecewa dan menyesal dengan sikap PM dan rombongannya dengan kejadian yang berlaku di Pasar Tamu Limbang petang semalam.

H/daily

Lebih 10 ribu turun ceramah. Jalan sesak 10 KM. Mengeletar rejim Taib

Posted: 14 Apr 2011 11:50 PM PDT



KEMPEN fasa pertama bagi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak telah selesai 11 April lalu, dengan kempen agak tidak agresif membabitkan seluruh parti kecuali DAP yang menguasai kawasan bandar. Namun, meskipun kempen fasa pertama tidak hangat, bahang kemarahan dan perubahan yang dijana rakyat 'secara senyap' mula meluap di awal pusingan kedua kempen bermula 12 April.

Himpunan-himpunan yang diaturkan Pakatan Rakyat terutama DAP, PAS dan KeADILan di kawasan Bandar Kuching, seperti di Batu Kawa pada 11 April lalu cukup mendebarkan jantung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Kehadiran lebih 10,000 warga Sarawak dengan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer dari Bandar Kuching menuju Batu Kawa cukup untuk menceritakan bahawa gelombang kebangkitan rakyat semakin dirasai.

Kempen dan ceramah yang diadakan membabitkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di beberapa tempat, selain kempen Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak awal, dan kehadiran Lim Guan Eng membantu kempen menampakkan lagi kemarahan rakyat.

Namun yang mencuri tumpuan, kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkampung di sini selama lima hari memberikan 'signal' bahawa BN sebenarnya tertekan dengan gelombang kebangkitan rakyat Sarawak.

Datangnya Najib dengan pengumuman kononnya sudah ada pelan peralihan kuasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan penggantinya sebaik selesai pilihan raya tidak meyakinkan rakyat.

Telahan itu benar kerana sebaik pengumuman itu, Taib Mahmud sendiri mengesahkan ianya bukan dalam keadaan segera selepas pilihan raya, sebaliknya mengambil masa beberapa tahun selepas pilihan raya. Najib mungkin tanpa sedar, Taib Mahmud juga memiliki pelan politiknya yang tersendiri memandangkan beliau cukup lama berada di Sarawak, menjajah Bumi Kenyalang bagai 'Raja Brooks' versi Melayu-Melanau.

Telahan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dalam analisis awalnya, bahawa keyakinan dan perubahan 'mood' rakyat semakin jelas kelihatan untuk menolak kerajaan BN-PBB Sarawak. Kebangkitan ini tidak terjangka oleh BN, sama ada Najib, Muhyiddin mahupun Taib Mahmud sendiri.

Kemarahan rakyat yang telah terpendam lama sejak 48 tahun lalu memberikan peluang besar buat Pakatan Rakyat yang masuk dengan pasukan yang mantap menghadapi BN di Sarawak.

Sementara kemelut dalaman pimpinan-pimpinan BN di Sarawak, serta pergeseran antara Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mampu diselindungkan.

Sama ada kehadiran Najib lima hari berkempen di Sarawak juga membawa tanda bahawa Pengerusi BN itu sebenarnya tidak lagi yakin dengan kemampuan Taib Mahmud, mahupun Muhyiddin untuk mempertahankan Sarawak.

Najib sebenarnya sedang bertarung secara dalaman dengan Muhyiddin-Taib Mahmud yang semakin menjadi 'liabiliti' kepada beliau dalam mengekalkan jawatan Perdana Menteri.

Sementara, jika berjaya mengekalkan kemenangan BN di Sarawak 16 April ini, Najib akan menjadi wira yang didendangkan untuk meletakkan langkahnya setapak ke hadapan berbanding pesaingnya, Muhyiddin.

Selain itu kedudukan Taib Mahmud, jika Najib berjaya dalam pelannya mungkin seperti telur di hujung tanduk memandangkan, Najib akan membuka pekung bagaimana resepinya berkempen menerajui sebarang kejayaan.

Cuma Najib lupa, kemarahan dan gelombang kebangkitan rakyat tidak mampu dihalang dengan kempen lima harinya, dan dalam perubahan itu, pastinya Muhyiddin memiliki pelan tersendiri jika kempen Najib di Sarawak menemui keputusan negatif.

Muhyiddin tidak akan menonjolkan dirinya selagi mana beliau berada di kerusi nombor dua, di belakang Najib untuk duduk di kerusi nombor satu dengan sebarang kemungkinan percaturan yang dibuat.

Sebarang keputusan PRN Sarawak akan menjejaskan pelan politik kedua-dua (Najib-Muhyidin) tokoh ini, selain kedudukan Taib Mahmud yang semakin samar dengan pelan peralihan kuasa yang langsung tidak menampakkan keputusan
penamat.

Kebangkitan rakyat melalui isu tanah adat, kekayaan Taib Mahmud, kegilaan memiliki harta rakyat, dan masalah kemiskinan melampau di Sarawak boleh menghukum BN-PBB di sini.

Namun, terdapat kebimbangan jika kebangkitan itu nanti disekat dengan taktik kotor BN melalui jenteranya, mahupun agensi kerajaan yang akan diperalat di saat akhir, termasuk dengan kaedah ugutan serta politik wang!

Peringatan Mustafa Ali ada asasnya, bahawa kebangkitan rakyat Sarawak harus dikekalkan momentumnya, dengan jentera Pakatan Rakyat harus memperkemaskan kempen mempertahankan gelombang itu daripada luntur.

Sebarang kemungkinan saat-saat akhir boleh berlaku, namun api kemarahan rakyat mungkin tidak akan terubat hanya dengan 'gula-gula' pilihan raya, kerana rakyat mulai sedar, kesungguhan BN berkempen hanya untuk terus menguasai harta dan kekayaan 'Bumi Kenyalang'.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Apr 2011 09:27 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


PEMBEKAL MAKLUMAT KES ALTANTUYA DIGANTUNG TUGAS

Posted: 15 Apr 2011 07:05 AM PDT


Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan tugas-tugas rasmi Kol Azmi Zainal Abidin digantung berikutan pendedahan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa pegawai kanan tentera itu membekalkannya dengan maklumat berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain. Beliau kini bertugas di Markas Tentera Darat. Cerita penuh di SINI

BASAHKAN LIDAH DENGAN AYAT-AYAT SUCI WAHAI PETUGAS PAS

Posted: 14 Apr 2011 11:38 PM PDT


Berikut adalah cadangan urutan ayat-ayat Al Quran  yang harus diwiridkan atau dibaca  oleh para ahli  PAS amnya dan petugas pondok panas atau perayu undi sempena Pilihanraya Negeri Sarawak bagi mencegah perkara-perkara yang tidak diingini atau yang boleh memudaratkan Jemaah.

1. Surah Fatihah


2. surah Albaqarah: 1-5


3. Albaqarah: 102




5.Albaqarah 255 (ayatul Qursi)


6.Albaqarah 285-286


7. Ali imran:18-19


8.Al 'A raaf: 54-56


9.Al' Araaf: 117-122
Ulang sebanyak mungkin ayat yang ke 120 (bermaksud " Dan ahli-ahli sihir itu     serta  merta meniarapkan diri dengan bersujud" )




10.Yunus: 81-82 .


Ayat 81 diulang-ulangkan sebanyak mungkin (Musa berkata apa yg kamu lakukan itu itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya.Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang2 yang mebuat kerosakan)


11.ThaaHaa: 69


Ulang-ulangkan bahagian terakhir ayat bermula "INNAMA SONA'UU........" bermaksud "Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir. Dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang"


12. Al Mu'minuun: 115 - 118


13. Ash Shaafaat (surah 37):  1- 10


14. Al Ahqaf: 29-32


15. Ar Rahman: 33- 36


16. Al Hasayr : 21- 24


17. Al Jinn: 1-9


19. Al Ikhlas


20. Al Falaq


21.An Nas

Pos berkaitan sihir - ilmu hitam

KENAPA NAK MUSNAHKAN PORTAL SENDIRI DI SAAT BEGINI

Posted: 14 Apr 2011 09:58 PM PDT



 Ada puak-puak yang menuduh PAS sendiri atau Pakatan Rakyat secara umumnya yang melakukan DDoS serangan ke atas portal seperti Harakahdaily, Malaysiakini dan Sarawak Report untuk tujuan menarik simpati pengundi menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak. Munasabah ke? Kenapa MykMu,UMNO on line dan Bernama sebagai contoh, tidak menghadapi sebarang masalah?


Beberapa laman alternatif untuk melayari Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini telah disediakan jika serangan tersebut berterusan.

Untuk Harakahdaily:-

1. harakahdaily.net
2. myharakah.net
3. harakah.net.my

Bagi laman PAS:-
1. pas.org.my
2. parti-pas.org
3. parti-islam.org



If what the hosting companies say is true, then big money is behind all these cyber-attacks.

If WordPress, one the world's biggest hosting sites was nearly brought down, then the people behind these attacks are afraid, and desperate.

With much to lose, BN and the people affiliated to it are prepared to silence Sarawak Report and Malaysiakini, so that the people of Sarawak are prevented from seeking, receiving and sharing vital information that can help them decide on their representatives and government.

How amusing that APCO, which must be orchestrating these attacks, has become one of the largest and most well organised hacker in the world . MORE on BN's cyber-attacks designed to 'rig' the Sarawak polls

Pemuda Guchil

Posted: 15 Apr 2011 09:14 AM PDT

Pemuda Guchil


Awas! PR Akan Kalah Kerana Borang 14 Je..

Posted: 15 Apr 2011 09:04 AM PDT

Lintas Langsung Grand Finale di Kuching, Miri Dan Limbang !!

Posted: 15 Apr 2011 08:47 AM PDT

Lebih 10 ribu turun ceramah. Jalan sesak 10 KM. Mengeletar rejim Taib

Posted: 15 Apr 2011 04:24 AM PDT

DS Anwar : Siapa Arahkan UTK Bunuh Altantuya?

Posted: 15 Apr 2011 04:23 AM PDT

BERITA DAN GAMBAR YANG DIHARAMKAN SIAR DI MEDIA-MEDIA PENCACAI APCO

Posted: 15 Apr 2011 04:23 AM PDT

Perlantikan Khalid Sebagai Timbalan IGP Dipertikai. Imej Polis Akan Terus Merudum.

Posted: 15 Apr 2011 04:22 AM PDT

Yusmadi : Siasat Semula Kes Altantuya

Posted: 15 Apr 2011 04:13 AM PDT

Sampai kiamat Yahudi tidak akan berdamai dengan Islam

Posted: 15 Apr 2011 04:10 AM PDT

Wawancara Raja Petra tidak jejaskan kebenaran akuan bersumpahnya

Posted: 15 Apr 2011 04:08 AM PDT

Raja Petra: Saya tak belot, masih bersama pembangkang

Posted: 15 Apr 2011 04:06 AM PDT

Rakyat terkejut PM rasa dirinya sudah bersih

Posted: 15 Apr 2011 04:01 AM PDT

mtdchenderoh

Posted: 15 Apr 2011 07:50 AM PDT

mtdchenderoh


AKHBAR PORNO

Posted: 15 Apr 2011 03:49 AM PDT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan