Rabu, 30 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 29 Mar 2011 11:20 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


Posted: 28 Mar 2011 07:27 PM PDT

Assalamualaikum.


Apa khabar anda hari ini. Semoga sejahtera hendaknya. Saya sekarang menyertai persidangan di Parlimen menggunakan kemudahan yang ada. Sekarang ini, di mana-mana pun kita boleh melayari internet dan update tulisan kerana kemudahan sudah semakin canggih dan terkini.


Hari ini, saya dimaklumkan mengenai cuaca yang tidak menentu dan hujan begitu lebat di Kuala Terengganu khususnya. Keadaan itu telah menyebabkan kejadian banjir di beberapa tempat. Saya berharap, mereka yang terlibat dengan kejadian banjir mengejut ini akan kuat bersabar sementara bantuan akan dihulurkan kerajaan serta pihak lain.

Saya amat faham akan kesulitan ini, namun setiap kejadian seringkali di luar pengetahuan dan jangkaan kita. Itulah yang sering berlaku. Namun, apa yang penting, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ini, kita semua haruslah sentiasa bersiap-sedia dengan pelbagai kemungkinan. Kita tidak harus hanya sekadar melihat.


Bagi mereka yang tidak terlibat dengan kejadian banjir, bantulah mereka yang memerlukan bantuan kita dan bantuan itu pula tidak semestinya berbentuk kewangan. bantulah jirang kita sekurang-kurangnya jika mereka berada dalam kesusahan akibat kejadian banjir.


Saya percaya, agensi kerajaan berkaitan sedang mengambil langkah perlu bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Bagi mereka yang sedikit terjejas, semoga mereka bersabar.


Saya sendiri, walaupun sedang menunaikan tanggungjawab di Parlimen, namun sentiasa memantau apa yang sedang berlaku di Terengganu. Alhamdulillah, semuanya dalam pengetahuan saya.


Semoga kita mempelajari sesuatu di sebalik apa yang pernah berlaku sebelum ini dan bersiap-sedia apabila cuaca tidak menentu.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 29 Mar 2011 07:07 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


GELOMBANG BIRU.....

Posted: 29 Mar 2011 06:45 AM PDT



Orang ramai tak sabar menanti kehadiran pemimpin no 2...

Dato Hj Sulaiman Karli bersalaman dengan hadirin..Tahniah dato

ramainya..GELOMBANG BIRU

Ketibaan TPM

TPM bersama barisan pimpinan UMNO Negeri serta bahagian

Serius aje Dato...

Helikopter yang membawa TPM pulang pun jadi isu hangat..pabila ada pihak mengatakan satu pembaziran..Helloo..sebelum buat apa-apa statement,kena taulah kenapa dan mengapa..TPM kena segera ke satu lagi destinasi untuk berjumpa dengan raknyat..bayangkan waktu ini hampir pukul 1 petang,sedangkan majlis di Ampang sekitar jam 2 petang,rasa tak sempat sampai...nanti lewat dikata...
Berakhir siudah lawatan TPM ke Daerah Kuala Langat.Pelbagai suka dan duka telah dirakamkan sepanjang lawatan kerja TPM.Yang suka pasti akan tersenyum riang dan akan menjadikannya sebagai satu kenangan yang terindah yang akan disematkan disanubari masing-masing.Manakala yang duka terus berduka dan ketakutan pabila GELOMBANG BIRU mula menyinari Daerah Kuala Langat..hinggakan terpaksa mengarahkan pihak PBT untuk menurunkan bendera BN/UMNO di beberapa lokasi dimana tempat kunjungan TPM.Tak dapat turunkan waktu siang,mereka turunkan seawal pagi.Mujurlah rakan-rakan PEMUDA KUALA LANGAT ada..situasi dilaporkan agak "TEGANG" juga..namun ianya reda setelah perbincangan dilakukan..lihat disini http://penaksj.wordpress.com/2011/03/29/gempar-ronnie-liu-sabotaj-majlis-tpm-di-kuala-langat/.namun setelah semua selesai dan setelah TPM tiba di Sijangkang,pihak kami telah mendapat panggilan,bahawa pihak PBT giat menurunkan bendera itu lagi..wahhhh!!!hebatkan..Kenapa bendera BN/UMNO sahaja diturunkan,sedangkan bendera  parti lain tidak diturunkan walhal mereka LEBIH lamaaaaaa memacak..sedangkan kami hanya baru beberapa hari sahaja...Akur,negeri di bawah pemerintahan mereka,namun HORMATlah pemimpin no 2 negara..yang datang ke Daerah kita..janganlah sombong dengan kuasa yang ada...Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat sempena lawatan kerja TPM ke daerah Kuala Langat hari ini,silap kecil-kecilan tu biasalah adat...Tapi,tabik springgg kepada Dato'Seri Hishamuddin..sanggup meninggalkan pengawal peribadi semata-mata nak bersalaman dengan orang ramai..cayalah..
Sanggup meninggalkan bodyguardnya semata-mata mahu jumpa raknyat!Syabas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan