Selasa, 8 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 08 Mar 2011 03:13 AM PST

KEDAH online


1 MALAYSIA HANYA RETORIK

Posted: 07 Mar 2011 11:33 PM PST

Nik Aziz: Umno-BN belakangi demokrasi umpama bom jangka

Posted: 07 Mar 2011 03:58 PM PST

Zaid dakwa ramai ahli, pemimpin PKR akan sertai Kita

Posted: 07 Mar 2011 03:51 PM PST

Pilihanraya Sarawak - PKR tidak matang

Posted: 07 Mar 2011 04:34 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 08 Mar 2011 01:22 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Mereka Masih Berkuasa

Posted: 07 Mar 2011 08:56 PM PST

Saudara dan Saudari,

Tiga tahun sudah berlalu sejak tsunami politik melanda negara. Tanggal 8 Mac 2008 telah memberi harapan baru kepada rakyat seolah-olah kita akhirnya punyai suara untuk tentukan masa depan negara.

Namun ianya tidaklah semudah seperti yang disangkakan.   

Kebangkitan tersebut telah menimbulkan keresahan dikalangan yang masih berkuasa. Sistem undang-undang dipermainkan, serangan politik diperhebatkan dan malangnya rakyat terus disisihkan. Lihat sajalah betapa bangganya mereka mewarwarkan kononnya ekonomi negara bertambah baik, sedangkan rakyat biasa makin dihimpit dengan kesengsaraan hidup. 

Adakah kita tidak mampu menilai?

Sebagai seorang rakyat Malaysia saudara dan saudari pasti berasa sedih dan kecewa.  Polimik perkauman terus diapi-apikan, duit ditabur untuk meraih sokongan sedangkan kekayaan negara terus rakus dirompak. Tidak hairanlah mengapa ruang untuk kita bersuara terus dinafikan.

Mungkin benar bahawa dengan sistem yang sedia ada, kita tidak mampu membawa perubahan.

Dengan kongkongan media yang berterusan, mungkin luahan ini sampai bila tidak akan didengari mereka.

Saya percaya
saudara dan saudari terus kecewa diluar sana. Pesanan saya kepada saudara dan saudari, janganlah putus harapan. Walaupun kita pasrah kerana mereka terus berkuasa, ingatlah bahawa tiga tahun yang lalu kita begitu hampir menumbangkan mereka.


www.keadilannetwork.com
Afif Nasri

Muat Turun Buku Jingga

Posted: 07 Mar 2011 07:47 PM PST


Buku Jingga yang diperkenalkan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat 2010, yang menggariskan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negara, sudah diteliti dan bersifat realistik.

Menurut Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli, antara lain, buku jingga berkenaan menjanjikan penghapusan tol melalui pengambil alihan syarikat konsesi tol oleh kerajaan dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya.

"Apabila kita kata mencadangkan agar Khazanah Berhad mengambil alih dan menyerahkan operasi tol kepada kerajaan, kita sudah buat perkiraan bahawa kalau sekarang ini Khazanah dan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) mampu membeli 21 peratus saham daripada pemegang saham minoriti, lambat laun Khazanah pasti mampu mengambil alih konsesi tol lebuhraya dan menyerahkannya kepada kerajaan," katanya ketika ditemui KeadilanDaily.

Menurutnya, setiap perkara yang dijanjikan dalam Buku Jingga, sudah diperhalusi dan melalui perkiraan yang teliti, seperti cadangan kenaikan gaji guru dan kakitangan pendidik sebanyak RM500.

Jadi, menurut Rafizi, tidak timbul isu samada cadangan-cadangan dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan atau tidak kerana itu adalah prasyarat utama yang sudah diperhalusi sebelum ia disenaraikan dalam Buku Jingga.

Mengulas pertanyaan sebab beberapa akta kontroversi seperti Akta Penerbitan dan Percetakan yang tidak dicadangkan penghapusannya serta merta dalam 100 Pakatan mentadbir Putrajaya, Rafizi menjelaskan satu undang-undang yang lain diperlukan untuk penerbitan akhbar baru seperti permit dan sebagainya.

Namun, akta-akta yang bersifat menindas dan membenarkan penahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihapuskan serta merta.
"Langkah untuk menghapuskan akta melibatkan (penindasan) seperti ISA memang tidak perlu kepada alternatif kerana kita sememangnya mahu menghapuskan undang-undang tersebut," Kata Rafizi yang merupakan antara individu yang merangka buku berkenaan.
Buku Jingga adalah dokumen yang menggariskan falsafah besar Dasar Bersama Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.


Untuk Muat Turun Sila Klik Buku Jingga

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 07 Mar 2011 11:35 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Memang rindu kepada cucu

Posted: 07 Mar 2011 05:13 AM PST

Annuar Shakir
Aina Syazrin
Annuar Syakir
Aina Syazrin

10 hari solid dari 26hb Februari hingga 6hb Mac tak bertemu dengan kedua-dua cucuku ini, bukan saja saya rindu kepada mereka, mereka juga tertanya-tanya kemana saya pergi. Bila saya balik pada malam 6hb Mac mereka sudah tidur, pada hari ini 7hb Mac, Aina bertanya saya: "Aki dah habis kempen di Jengka?, Aki jangan pergi lagi ya?" Annuar belum pandai bercakap, tapi dia pinta saya dokong dia lama-lama.

Jengka 22 - PRK DUN Kerdau - cerita bergambar

Posted: 07 Mar 2011 02:35 AM PST

Setelah 10 hari di Felda Jengka 22, sampailah masa untuk pulang

Petugas-petugas sesetengahnya bersama keluarga bersdedia untuk pulang
Setelah bertugas dari 26hb Mac 2011, maka sudah sampai masa untuk pulang ke kampong masing-masing.
Wanita KEADILAN Kuala Krau menjalankan tugas merayu undi
Merayu undi
Beginilah sentiasanya kehadiran ceramah di Felda Jengka 22
Kehadiran ceramah di Felda Jengka 22
Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Selangor turut membantu kempen di Jengka 22.
Beginilah kehadiran ceramah di Jengka 22 setiap malam
Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato Fauzi Abdul Rahman
Kehadiran ceramah di Felda Jengka 22
Perihatin seorang pemimpin
Wan Azizah berceramah di Jengka 22
Suhaimi Said berceramah setiap malam di Jengka 22
Perihatin seorang pemimpin kepada Ibu seorang warga emas
Man Kadir (Pak Jabit) mempengerusikan semua ceramah di Jengka 22
Dato Seri Wan Azizah, Presiden KEADILAN di Majlis Wanita di Jengka 22
Dari kiri: YB Fuziah Salleh, Dato Seri Wan Azizah dan Dasimah (Ketua Wanita KEADILAN Pahang)

Perjumpaan Wanita bersama Wan Azizah di Jengka 22
Perjumpaan Wanita di Jengka 22
CheguBard di Majlis Ceramah Jengka 22
Dari kiri: Ramli Lidup, Ketua Penerangan PKR Kuala Krau, Suhaimi Said, Ketua PKR Kuala Krau, Mohd Nor Bakar, AJK PKR Kuala Krau, Najib Razak, AJK AMK Kuala Krau
diantara AJK-AJK Kuala Krau yang menjalankan tugas kempen di Jengka 22
Anwar Ibrahim
Saifuddin Nasution di Felda Jengka 22
Jangan tengok bontot dia, Inilah Puteri UMNO yang tinggalkan rasuah di rumah penyokong PKR
Inilah kotak yang dihantar oleh Puteri UMNO ke setiap buah rumah di Jengka 22
Pendatang dari Indonesia mengambil upah menaikkan bendera dan poster BN di Jengka 22
Pendatang Indonesia ini berkata: Saya hanya ambil upah, Pak!
Seramai 4 0rang Pendatang Indonesia ini mengambil upah!
Sentiasa beginilah ceramah anjuran PKR di Jengka 22 setiap malam.
Ceramah PKR di Jengka 22
Lihat Puteri UMNO ni bergegas lari setelah menyampaikan "rasuah" dalam bentuk Kotak kepada tuan rumah
Inilah kotak yang dihantar oleh Puteri UMNO ke setiap buah rumah di Felda Jengka 22
YB-YB PKR turut membantu gerakkerja di Felda Jengka 22
Dato Seri Anwar Ibrahim berucap kepada lautan manusia di Felda Jengka 22
Ustaz Nasaruddin Md Isa, Timbalan Presiden PAS turut membantu kempen di Felda Jengka 22

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 07 Mar 2011 11:13 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


PAS amal Islam sebenar, Umno mengelirukan

Posted: 07 Mar 2011 12:56 AM PST

KEPALA BATAS, 7 Mac: Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengakui PAS mengamalkan Islam tulen berbanding Umno yang banyak mengelirukan agama itu menyebabkan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tidak berminat mendekati Islam.

PAS, kata beliau banyak mengajar dirinya lebih dekat dengan Islam dan merasai ada kelainan bila mana mengadakan perbincangan atau pertemuan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR ketika berucap dalam Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.

Turut berucap ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Mohamad Sabu.

Beliau turut memuji langkah PAS memperjelaskan isu penggunaan kalimah Allah sehingga ada yang pergi ke gereja untuk tujuan berkenaan tetapi sebelum ini tidak pernah terjadi demikian.

Natijahnya kata beliau, PAS bukan sahaja dapat merapatkan jurang dengan masyarakat bukan Islam apabila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS tetapi juga individu bukan Islam tidak bimbang lagi dengan dasar Islam yang didokongi PAS.

"Dulu memang orang bukan Islam takut PAS kerana bimbangkan terlalu ekstrem, rupa-rupanya tidak, Umno pula dianggap parti asabiah kerana terlalu mengagung-agungkan kemelayuannya," kata beliau pada malam terakhir pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri yang berlangsung selama 10 hari itu.

Justeru itu, katanya kebanyakan kepimpinan Umno lebih suka melakukan rasuah, pecah amanah dan tidak mempedulikan penyelewengan untuk melonjakkan nama sendiri bagi memastikan kedudukan terjamin sedangkan PAS terbukti berjaya mempamerkan kejayaan hasil kerjasama dengan bukan Islam dalam PKR dan DAP.

Lagipun, ujarnya Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri berjaya membawa contoh sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan dapat meningkatkan kemajuan.

Ianya, kata beliau tidak seperti mana yang diwar-warkan oleh Umno dan BN kononnya jika memerintah mengikut cara Islam, negeri boleh bankrap dan pembangunan ketinggalan.



Sumber: Harakah Daily

IDEAS : Keputusan PRK Bukan Jaminan Menang PRU

Posted: 07 Mar 2011 12:55 AM PST


SHAH ALAM 7 MAC : Peratusan keluar mengundi yang tinggi dan kemenangan besar Barisan Nasional pada piliharaya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau tidak menjanjikan kedudukan yang selesa kepada parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Apatah lagi, BN kini baru sahaja berjaya menyamakan kedudukan 8-8 dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas tsunami politik 2008 dengan menggunakan keseluruhan jentera kerajaan yang ada.

Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang dihubungi TV Selangor berkata, PRK tidak boleh dijadikan penanda aras untuk menentukan gelombang rakyat pada sesuatu pilihanraya umum.

"Saya rasa kita tak patut bezakan antara PRK dengan PRU. Dalam PRK, semua jentera akan turun untuk berkempen. Dalam PRU, jentera terpaksa dibahagi-bahagikan. Walaupun majoriti pengundi naik kali ini, tetapi masih terlalu awal untuk katakan ia akan mempengaruhi keputusan-keputusan akan datang,"katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihanraya kecil di Kerdau dan Merlimau semalam.

Menurut beliau, kemenangan BN pada kedua-dua pilihanraya kecil yang sememangnya kubu kuat parti itu memang sudah diramalkan.

Walau bagaimanapun, seperti kebiasaannya pilihanraya kecil sering kali dicemari dengan gula-gula politik Umno BN, malah kali ini ditambah pula dengan budaya samseng.

Di Merlimau kereta penyokong yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat dipecahkan. Sementara di Kerdau golongan tertentu membaling batu kenderan yang dinaiki Anwar Ibrahim.

Segala perlakuan itu diselang seli dengan kempen Umno yang berpaksi kepada projek-projek mi segera dan ceramah yang menyerang keperibadian pemimpin PR.

Selain itu, beliau menegaskan pengaruh BN yang besar sebagai kerajaan persekutuan adalah antara faktor yang mempengaruhi keputusan undian dalam pilihan raya
tersebut.

"Saya rasa di kedua-dua kawasan yang paling jelas ialah ia kubu kuat BN. Jadi, kemenangan itu adalah bukan sesuatu yang pelik. Peningkatan yang besar adalah disebabkan kempen daripada pimpinan tertinggi yang bersungguh-sungguh dan tersusun. Bagaimanapun, saya kesal kerana isu-isu Felda dan janji-janji yang ditaburkan itu adalah pengaruh besar yang memastikan majoriti naik sampai begitu sekali,"katanya lagi.

Dalam pada itu, Wan Saiful turut menjelaskan, janji-janji serta strategi yang dilaksanakan BN memainkan peranan penting sehingga menyukarkan laluan Pakatan

Rakyat untuk meraih kemenangan di kedua-dua kawasan tersebut.

Ujarnya, sikap rakyat yang terlalu memandang kepada janji-janji manis yang belum pasti dari Umno-BN juga begitu menyedihkan.

Justeru ujarnya, dalam hal ini Pakatan Rakyat wajar mengubah strategi bagi tujuan meraih undi rakyat.

"Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita melihat peratusan pengundi tanpa mengira kaum. Kita perlu melangkah ke depan dan fikirkan bagaimana untuk menawan hati pengundi tanpa mengira kaum dan agama,"tambahnya lagi.

Barisan Nasional menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad memperolehi 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi.

Sementara itu bagi PRK DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi.


Sumber: TVSNEWS

'ROS pendam permohonan Pakatan'

Posted: 07 Mar 2011 12:34 AM PST

Gabungan pembangkang telah memohon untuk mendaftar secara rasmi, tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskannya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS sebagai satu entiti politik.

Menurut beberapa ahli politik pembangkang, permohonan tersebut telah dikemukakan kepada ROS sejak November 2009.

Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mereka telah mengemukakan permohonan kepada ROS ketika Datuk Zaid Ibrahim masih bersama gabungan itu. Zaid kini presiden parti KITA.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengesahkannya: "Kami telah pun memohon secara rasmi."

pkr congress pc 271110 saifuddin nasution
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata beliau percaya
SPR mungkin tidak jelas mengenai isu itu.

"Saya percaya apa yang timbalan pengerusi SPR maksudkan ialah untuk kami mendaftar dengan SPR di bawah satu logo, untuk digunakan semasa pilihan raya.

"Bagaimanapun, sebelum kita boleh daftar logo kita, kita perlu didaftarkan sebagai satu entiti politik, yang telahpun dilakukan apabila Datuk Zaid bertanggungjawab (mengendalikan perkara itu)."

Saifuddin kemudian mengaitkan isu tersebut dengan cara ROS beroperasi, dengan berkata permohonan Pakatan masih diproses, sedangkan kelulusan permohonan parti KITA nampaknya dibuat dengan cepat.

"Kami belum dengar apa pun mengenai permohonan kami itu, kecuali satu permintaan untuk memasukkan perkataan 'Malaysia', menjadi 'Pakatan Rakyat Malaysia', bagi mencerminkan agenda nasional," katanya.

Semalam Wan Ahmad dilaporkan berkata pakatan itu perlu didaftarkan kerana mereka selalu dilihat melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama berhubung isu penggunaan logo.

Katanya, sudah berulang kali dinyatakan sejak pilihan raya kecil yang lepas, logo parti yang tidak bertanding dilarang dipasang atau digunakan untuk berkempen kerana ia menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bercakap kepada pemberita sewaktu pilihan raya kecil DUN Kerdau di Temerloh semalam. Wan Ahmad dilaporkan berkata perkara itu, jika terus dilakukan, akan menimbulkan masalah kepada SPR dan polis.


Sumber: Malaysiakini

Tabiat gila pangkat ‘Wanita Pertama’

Posted: 07 Mar 2011 12:28 AM PST


KUALA LUMPUR, 7 Mac: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yakin selepas ini akan lebih ramai isteri Menteri Besar dan Ketua Menteri BN yang menuntut pangkat baharu 'Wanita Pertama' ciptaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sedangkan, katanya rakyat menderita menanggung bebanan kenaikan harga barang dan hutang yang semakin bertambah, pemimpin Umno BN pula sibuk sedang mengagih-agihkan kekayaan dan pangkat buat kaum keluarga dan kroni mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang telah 'menganugerahkan' isterinya, Ragad Waleed Alkurdi pangkat Wanita Pertama Sarawak.

Baginya, 'anugerah' itu adalah bukti tamak haloba dan tabiat gila pangkat pemimpin Umno BN yang sudah di tahap ekstrem.

"Inilah tanda-tanda seolah mereka sudah sedar bahawa kuasa perubahan rakyat semakin mara, dan kekalahan BN pada PRU13 nanti adalah suatu yang tidak mustahil.

"Maka, sebelum terlambat pengorup harta rakyat ini segera mengaut harta dan pangkat buat saraan sehingga 7 keturunan sebelum dijatuhkan oleh kuasa rakyat kelak," ujarnya dalam satu kenyataan.


Sumber: Harakahdaily

Karpal: Tangkapan tidak sah, bahan bukti mesti ditolak

Posted: 07 Mar 2011 12:26 AM PST

Tiga bahan yang mahu dikemukakan oleh pihak pendakwa sebagai bukti dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, hendaklah ditolak kerana penangkapan ketua pembangkang itu, menyalahi undang-undang.

Peguam Karpal Singh berkata, bahan-bahan tersebut, di mana profil DNA diperolehi, diambil melalui cara yang tidak betul dan tidak adil atau melalui tipu muslihat.

NONE
Peguam kanan dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata Anwar telah memberi keterangan bahawa tiga peguamnya - Datuk Param
Cumaraswamy, Sivarasa Rasiah , dan Sankara Nair - berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia pada 16 Julai 2008, untuk kenyataannya direkodkan.

"Pada masa itu Anwar tahu mengenai temujanjinya pada jam 2 petang di IPK Kuala Lumpur untuk memberi kenyataan mengikut seksyen 112 berkaitan dengan aduan Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya.

Katanya, Anwar juga memberi keterangan bahawa dia telah memaklumkan kepada pegawai SPRM untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk memberi kenyataannya kepada pihak polis.

Dalam perjalanan balik, hujah Karpal, kereta Anwar telah dihalang oleh beberapa kereta tidak bertanda dan kereta polis dengan 10 hingga 15 anggota komando yang memakai penutup muka dan bersenjatakan mesingan.

"Sankara yang duduk di kerusi depan, telah bertanya kepada Supt Ahmad Taufik Abdullah tentang penangkapan tersebut, tetapi pegawai itu menjawab dia hanya mengikut arahan menangkap Anwar.

"Sankara tidak diberitahu alasannya dan begitu juga dengan Anwar apabila Taufik duduk di sebelahnya di kerusi belakang kereta polis. Apabila disoal balas oleh peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Anwar menafikan yang dia mengetahui mengapa dia ditangkap," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Sesi Panas Dijangka Pada Sidang Dewan Rakyat

Posted: 07 Mar 2011 12:25 AM PST


KUALA LUMPUR 7 MAC : Selepas berlaku kekecohan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Disember lepas yang menyaksikan empat anggota Parlimen Pakatan Rakyat digantung kehadirannya, sesi Dewan Rakyat ini mungkin hangat.

Pertikaman lidah antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengenai beberapa isu dijangka berterusan selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan mesyuarat sesi keempat Parlimen ke-12 hari ini.

Dengan pilihan raya umum menjelang tiba, Dewan Rakyat adalah satu forum di mana Pakatan Rakyat menggunakan, malahan tanpa keempat-empat anggota Parlimen yang digantung selama enam bulan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang), Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Satu isu yang akan dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat sebulan ini ialah keputusan kerajaan membeli enam buah Kapal Tempur Pesisir dengan harga RM6 bilion, di mana Pakatan Rakyat mendakwa harganya terlalu tinggi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji untuk menjawab sepenuhnya dakwaan itu.

Isu lain yang akan dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat ialah pengagihan ekuiti Bumiputera, dengan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendesak agar mengumumkan penerima-penerima saham yang diperuntukkan berjumlah RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Saifuddin, anggota Parlimen PKR Machang berkata beliau akan membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban pengagihan skim itu.

Novel Interlok untuk pelajar tingkatan lima adalah satu lagi isu yang dijangka hangat pada sesi ini sungguhpun kerajaan telah mengatakan bahawa ahagian-bahagian yang dianggap oleh masyarakat India sensitif akan dipinda.

Dua rang undang-undang utama akan dibentangkan, satu untuk menyelaras dan menentukan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta dan satu lagi untuk memperluaskan "penerbitan" untuk memasukkan kandungan multimedia.

Pakatan Rakyat kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

Dengan empat anggota digantung, Pakatan Rakyat akan hanya mempunyai 72 wakil pada sesi Dewan Rakyat ini. Tetapi jumlah berkurangan itu tidak akan melenyapkan suara-suara mereka memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.


Sumber: TVSNEWS

Anwar: Ambil Iktibar PRK Ijok

Posted: 07 Mar 2011 12:24 AM PST


PARIT BUNTAR 7 MAC : Kemenangan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau bukanlah penanda aras bagi menentukan kedudukan kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat di negara ini tentang tsunami politik 2008 yang menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merampas kembali kerusi DUN Ijok walaupun pada awalnya kalah pada pilihanraya kecil kawasan itu.

"Jangan gusar tentang pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, biasalah. Kita sekarang ini tumpu kepada pilihanraya umum. Imbas kembali apa yang berlaku di Ijok. Pilihanraya kecil itu berlaku sebelum pilihanraya umum. Kita letak calon hebat ketika itu, Tan Sri Khalid tapi kita kalah. Selang tidak sampai setahun pilihanraya umum, terbalik! Bukan sahaja di Ijok satu Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam siri jelajahnya di sini, malam tadi.

Beliau berada di Perak dalam siri jelajah Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia di Markas PAS Titi Serong, Parit Buntar malam tadi.

Kira-kira 800 orang hadir bagi mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat lain dalam siri jelajah itu.

Walaupun ceramah diadakan selepas seluruh rakyat Malaysia mengetahui keputusan PRK Kerdau dan Merlimau tidak menyebelahi calon Pakatan rakyat dari PAS, namun ia tidak sedikit pun menggoyah sokongan rakyat kepada Pakatan.

Buktinya Markas PAS di Titi Serong itu dipenuhi oleh hadirin untuk mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar dalam ceramahnya turut menyeru masyarakat di parlimen Parit Buntar mengekalkan momentum yang ada pada hari ini supaya sokongan terus diberikan kepada
gagasan itu demi transformasi menyeluruh di negara ini.


Sumber: TVSNEWS

Kedah : Menteri Besar, 10 Anggota Exco Angkat Sumpah

Posted: 07 Mar 2011 12:22 AM PST


ALOR SETAR 7 MAC : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta 10 anggota Exco kerajaan negeri Kedah, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit Bukit, di sini hari ini.

Azizan ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan, namun ia melibatkan sedikit rombakan portfolio.

Beliau berkata anggota yang terlibat dengan perubahan portfolio ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.

Turut berubah portfolio ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan; Pertanian dan IndustriAsas Tani; Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan.

Anggota-anggota Exco tidak terbabit dengan perubahan portfolio ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi manakala Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik kembali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan.

Anggota lain yang dikekalkan ialah Siti Aishah Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat serta Dr Ismail Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

S. Manikumar turut dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, manakala Lim Soo Nee memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.

Abd Ghani Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan,Pembangunan Usahawan, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan disandang Tan Joon Long @ Tan Chow Kang.

Sementara itu, portfolio Azizan turut dikekalkan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan syarikat Milik Kerajaan.

Azizan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan kerana setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pencapaian mereka dan berharap usaha dapat digandakan bagi memastikan pentadbiran negeri lebih baik.

"Pelantikan ini diharap berkekalan selama setahun... selama tiga tahun menjadi Exco sebelum ini, banyak pengalaman sudah kami lalui," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Selangor masih perlukan polis bantuan untuk turun kadar jenayah

Posted: 07 Mar 2011 12:19 AM PST


SHAH ALAM, 7 Mac – Selangor masih berada dalam lingkungan kadar peratusan jenayah yang tertinggi di Malaysia meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kadar jenayah turun sebanyak 10 peratus dengan jenayah jalanan menurun 35 peratus.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman ini yang disifatkan sebagai bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan sedangkan kerajaan negeri komited dalam menghapuskan jenayah di negeri ini.

Sebelum ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan permintaan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu meletakkan polis bantuan di Selangor.

Permintaan polis bantuan oleh Menteri Besar Selangor adalah berikutan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat.

"Jenayah di Selangor ini adalah yang tertinggi dalam negara, kalau turun pun masih lagi mencapai daripada kumpulan yang tertinggi, jadi persoalan untuk kita nak memperhebatkan lagi dalam menjaga keselamatan di negeri Selangor ini memang niat yang baik kerana kita kalau boleh bukan nak minimum sahaja tapi kita nak hapuskan jenayah, tu bezanya kita dengan UMNO-BN," katanya.

Tambah beliau pencapaian yang ditunjukkan dalam salah satu elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu belum boleh meletakkan Selangor di tangga yang paling bawah dalam usaha memerangi jenayah.

"Kalau dikatakan penurunan itu yang terendah dalam Malaysia itu saya setuju tapi kalau turun daripada yang tertinggi, tu bukan pencapaian yang baik," katanya.

Abdullah Sani tidak menolak jika penurunan yang ditunjukkan ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Negeri juga dan bukan kerajaan Persekutuan sahaja yang menjalankan tanggungjawab ini.

"Antara terendah dalam negara, tidak tapi kita turun daripada yang tertinggi tu turun atas keprihatinan kerajaan negeriyang banyak buat pengawasan, penguatkuasaan," katanya.


Sumber: Selangorkini

AMK KEDAH

Posted: 07 Mar 2011 09:21 PM PST

AMK KEDAH


SAMBUTAN 3 TAHUN KEDAH SEJAHTERA

Posted: 07 Mar 2011 11:32 AM PST


Sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera Di Bawah Pemerintahan Pakatan Rakyat, satu ceramah perdanan diadakan di Kompleks PAS Batu 9, Jalan Kota Sarang Semut, Pendang pada 8 Mac ini.

Program itu dijadual bermula antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Antara penceramah yang bakal menyampaikan ucapan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giow.

SIDANG MEDIA AMK KEDAH

Posted: 07 Mar 2011 10:56 AM PST


Pada 5 HB MAC 2011 AMK KEDAH telah mengadakan sidang media yang di adakan di SP INN SG PETANI.Sidang media tersebut di adakan bertujuan untuk menerangkan dan memperjelaskan isu-isu semasa serta perkara yang berbangkit di dalam negeri KEDAH.

AMK KEDAH MENYERTAI KURSUS PILIHANRAYA NEGERI KEDAH

Posted: 07 Mar 2011 10:51 AM PST



Anwar Ibrahim

Posted: 07 Mar 2011 07:47 PM PST

Anwar Ibrahim


Hakim Tolak Tiga Barangan Sebagai Bukti

Posted: 07 Mar 2011 07:30 PM PST

Dari Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan – berus gigi, botol air minuman dan tuala ‘Good Morning’ tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

“Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.

Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin ‘tidak sah’.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.

Fitnah II: Penahanan Tak Sah, ‘Bukti Pendakwa Raya’ Perlu Ditolak

Posted: 06 Mar 2011 11:38 PM PST

Dari Keadilan Daily

Karpal Singh menegaskan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak sah dan pemerolehan DNA-nya secara tipu muslihat adalah alasan kukuh untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menolak bukti yang mahu dikemukakan pendakwa raya.

Beliau berkata demikian dalam bicara dalam perbicaraan untuk menolak tuala 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan berus gigi sebagai bahan bukti perbicaraan kes Fitnah II.

Kata Karpal, penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bertentangan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah.

Beliau berkata, Superintendan Ahmad Taufik Abdullah – pegawai polis yang menahan Anwar gagal mengemukakan waran tangkap mahupun asas penahanan sewaktu Ketua Pembangkang itu ditahan.

"Mengikut Perkara 5(3) dan Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah, polis yang menahan seseorang tanpa waran, perlu memberitahu individu berkenaan asas penahanannya," katanya.

Malah, katanya, Anwar menerusi peguam beliau, Sankara Nair sudah memberi jaminan kepada polis untuk hadir memberi keterangan pada jam 2 petang pada hari beliau ditahan secara tidak sah.

Selain itu, Karpal berkata, tuala 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan berus gigi – barangan diambil tanpa kebenaran Anwar sewaktu beliau tidak lagi berada di lokap.

Sedangkan, katanya, Seksyen 64 Kanun Acara Jenayah menyatakan polis perlu menyenarai barang-barang yang diambil daripada individu yang menghuni lokap manakala Seksyen 65 kanun sama menyebut, individu berkenaan perlu hadir sewaktu rampasan dibuat.

Karpal berhujah demikian pada hari ketiga bicara dalam perbicaraan, sebahagian kes Fitnah II yang cuba mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat – mengulangi wayang 1998.

Pertuduhan itu dipercayai sebahagian usaha terancang untuk menyekat kebangkitan Anwar dalam menyakinkan rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN) selepas kejayaan memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum 2008.

Wee Choo Keong

Posted: 07 Mar 2011 03:19 PM PST

Wee Choo Keong


Royal Address by His Majesty SPB Yang Di-Pertuan Agong

Posted: 06 Mar 2011 09:48 PM PST

His Majesty addressed both Houses of Parliament this morning for the Opening Ceremony of the 4th Session of the 12th Parliament. His Majesty acknowledges the openness of the Government and despite the success of our economy Malaysia being caught in a middle-income trap.  The Government has taken the right steps for transformation predicted of four [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 07 Mar 2011 11:21 AM PST

BULETIN RAKYAT


Pusat Tuisyen Rakyat Dun Batang Kali dilancarkan....

Posted: 06 Mar 2011 05:58 PM PST

Sebahagian dari usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali telah melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Pendaftaran awal yang telah diambil dari kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa telah berjaya mengumpulkan lebih 80 peserta, menurut Koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman, tuisyen tersebut telah bermula semalam di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.

Nasruddin Abd Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat memerangkap Penyelaras Dun Batang Kali telah melancarkan program PTRS ini semalam di pejabat Dun Batang Kali. Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman.

Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula pada 6 Mac akan dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio
Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 07 Mar 2011 11:14 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rahsia PKR Gempur DUN Labu N.Sembilan terbongkar

Posted: 06 Mar 2011 10:03 PM PST


Nampaknya bersungguh betul PKR di DUN Labu, N.Sembilan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13. PKR DUN Labu telah mula mengedarkan pelbagai risalah penerangan kepada pengundi DUN Labu membongkar kepincangan Umno dan Wakil Rakyatnya di DUN Labu ketika ini. Takkan Pakatan Rakyat nak tawan DUN Labu saja, DUN lain macamana, bila nak mula buat kerja penerangan turun padang macam PKR DUN Labu? Atau asyik sibuk buat kertas kerja, seminar dan bengkel?

Bacalah sendiri begitu banyak risalah masalah setempat di DUN Labu pada pautan berikut http://buletinlabu.blogspot.com/2011/03/blog-post.html

Saman Ekor, ini dia pemimpin Umno berjiwa rakyat

Posted: 06 Mar 2011 07:17 PM PST


Siapa kata pemimpin Umno tidak berjiwa rakyat dalam isu Saman Ekor? Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri dan Mohamad Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan adalah merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat. Mereka telah menunjukkan cara atau membuat demonstrasi kenapa Saman Ekor ini tidak relevan dengan contoh yang ditunjukkan.

Gambar kedua-dua pemimpin ini diambil sumbernya dari pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/pemimpin-umno-ajar-rakyat-tak-hormat.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 07 Mar 2011 09:37 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


SEJARAH HITAM POLITIK PERAK

Posted: 07 Mar 2011 02:11 AM PST

Pada tarikh ini, dalam sejarah tanahair apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hanya mempunyai wakilnya sebanyak 6 kerusi berbanding 18 kerusi dan 7 kerusi telah membentuk sejarah baru bagi politik Malaysia amnya dan Perak khasnya kerana PAS diberikan keyakinan oleh DAP dan PKR bagi membentuk sebuah kerajaan negeri setelah Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 28 kerusi.

Pergabungan antara PAS (6), DAP (18) dan PKR (7) berbanding dengan BN (28) iaitu Umno (27) dan MCA (1) telah merubah landskap politik Perak dengan pelbagai cabaran kerana angin tsunami politik Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 12 tahun 2008 ini telah menjawab pelbagai persoalan tuntutan rakyat Perak yang selama ini dipendam atau dikekang tanpa disalurkan secara betul atau berkesan.

Pelbagai isu nasional mahupun peringkat negeri atau tempatan dengan pelbagai masalah sentiasa ada dan terus ada tanpa diselesaikan seolah-olah sebagai jambatan atau umpan untuk rakyat terus bergayut dengan BN. Umpamanya isu tanah sudah lebih 50 tahun BN gagal atau sengaja untuk melambatkan hak bagi seorang warga penduduk di Perak untuk dimilikinya.

Ditambah dengan pengurusan kewangan rakyat yang mana pernah disebut oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tentang sekecil-kecil perkara seperti minum pagi semasa Mesyuarat Exco yang agak melampau. Bagi pimpinan yang datang daripada PAS yang telah di didik agar bercermat sepertimana yang di ajar oleh Islam dalam pelbagai perkara dapat dilaksanakan ketika berkuasa.

Dalam merungkai konsprasi politik yang disusun di Perak sebagai salah satu usaha menafikan keputusan rakyat yang telah membuat keputusan terbaik dan tekat untuk memberikan nafas baru perubahan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri hanya bertahan selama 11 bulan sahaja. Walaupun dalam tempoh yang sengkat, banyak juga perubahan yang telah dilakukan tetapi masih dinafikan oleh BN.

Bermula dengan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (dahulu Badan Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM) dengan menggunakan media arus perdana yang acap kali menyerang dua orang Exco Kerajaan Negeri (kini telah menjadi ADUN Bebas) yang terpaksa dipertahan oleh semua Exco yang lain bagi menunjukkan setia kawan yang amat yakin bahawa kedua-dua Exco terbabit telah diperangkap.

Pelbagai andaian serangan media ketika itu memaksa semua Exco mempertahan pendirian akan terus bersama dan yakin semua tuduhan tersebut adalah usaha jahat mencemar kepimpinan Pakatan Rakyat (setelah dipersetujui oleh semua parti) (PR) dan usaha menggagalkan pentadbiran kerajaan negeri. Dan isu tuduhan rasuah ini digerakkan oleh media berminggu-minggu seperti mendapat kerjasama daripada SPRM.

Terlalu banyak serangan terhadap kedua-dua Exco terbabit sehingga bersedia mengambil keputusan untuk menyaman mana-mana pihak yang membuat tuduhan kerana selagi Mahkamah tidak membuat keputusan selagi itulah mereka tidak didapati bersalah.

Bukan setakat itu sahaja, Umno menekan Datuk Seri Nizar agar menggantung kedua-dua Exco terbabit kerana telah disiasat isu rasuah seperti didakwa.Mungkin kerana serangan luar sama hebat dengan serangan dalam, tiba-tiba dua Exco tersebut menghilangkan diri dan dikhabarkan bercuti. Disitulah kehilangan kedua-dua Exco tersebut menjadi tanda tanya konsprasi politik rampasan bermula.

Bukan tuduhan, tetapi pelbagai maklumat sampai yang menunjukkan agenda tawar-menawar berlaku dan akhirnya terbukti sehingga ke hari ini.Cara konsprasi ini disusun bukan oleh seorang sahaja, tetapi ianya memainkan banyak watak yang telah kita dengar. Sehingga ke hari ini kedua-dua ADUN PKR yang kini menjadi Bebas termasuk Timbalan Speakar daripada DAP telah berjaya menjatuhkan

Kerajaan Negeri di bawah PR yang hanya bertahan memerintah 11 bulan sahaja. Kesan kejatuhan PR itu bertambah parah dengan pelbagai insiden yang memberikan kesan kepada rakyat Perak.

Dalam perbicaraan kedua-dua ADUN Bebas terhadap tuduhan rasuah seperti telah diduga, mereka dibebaskan oleh Mahkamah seperti sengaja SPRM lambat memohon merayu dibicarakan semula. Persoalan-persoalan yang dilemparkan kepada SPRM dahulu telah
terjawab. Perkara ini terancang? Siapa yang rancang? Apa tindakan kedua-dua ADUN Bebas itu terhadap SPRM? Semua sekarang boleh tutup buku sahaja, yang jahat tentunya terbukti BN.

Persoalan yang timbul, adakah rakyat yang pernah membuat kejutan politik di Perak hilang pertimbangan drama yang dilakonkan dahulu? Adakah kerja buat Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah memulihkan semua kecacatan yang telah berlaku semenjak
diisytihar Menteri Besar Mahkamah? Adakah rakyat akan biarkan sahaja dan kembali memberikan sokongan kepada BN? Atau rakyat akan kembalikan kuasa pemerintahan kepada PR pada PRU 13 nanti?

Sudah tiba masanya rakyat kena membuka minda mereka dalam politik Perak kini, PRU 13 kayu ukur sejarah hitam yang telah berlaku. Kuasa penentu bagi mana-mana kerajaan negeri adalah kuasa rakyat. Politik kepartian adalah sistem demokrasi yang ada, siapa akan menang dan siapa akan kalah. Menang secara terhormat dan kalah secara terhormat, jangan ada yang tidak mahu kalah kerana hanya mahu menang sahaja.

Rakyat akan sekali lagi membuat keputusan mereka bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Ada yang menimbulkan isu perkauman adalah trend selepas PRU 12 yang lalu, kerana trend ini cukup berjaya menegangkan kekebalan kaum untuk bersama atas nama
bersatu. Tetapi corak perkauman ini akan sebenarnya memakan diri kerana di dalam Islam tidak meletakkan kaum sebagai kekuatan sebenar.

Dalam apa yang berlaku, timbul persoalan pendirian politik kepada ADUN yang sudah menjadi Bebas. Ke mana arah mereka selepas ini? Atau mereka akan bersama BN atas parti mereka untuk terus menjadi calon PRU 13 bagi berdepan dengan PR nanti. Kerangka politik Perak akan menjadi susut nilai menjelangnya PRU 13 nanti, PR akan berdepan dengan BN di atas padang baru yang ditonton oleh rakyat yang akan membuat keputusan mereka.

Keputusan rakyat adalah muktamad, Datuk Seri Zambry atau Datuk Seri Nizar akan menduduki kerusi Menteri Besar yang ke - 12 nanti. Sama-samalah kita tunggu tiupan angin PRU 13 yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Perak yang sudah bertekat membuat satu keputusan setelah melalui satu tempoh yang amat merusingkan.


SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sumber: http://joharapat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan