Jumaat, 6 Februari 2015

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 05 Feb 2015 11:31 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Berfesyen sekadar ikut trend atau sunnah?

Posted: 05 Feb 2015 06:38 AM PST

Oleh NORSHARI NASIR 


ISLAM agama relevan dengan setiap keadaan dan tempat, bukan sahaja ia sesuai pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., akan tetapi sesuai sepanjang zaman hingga hari kiamat. Ini kerana ia adalah satu-satunya agama daripada Allah SWT yang lengkap, sejagat dan menepati naluri manusia, termasuklah dalam isu pemakaian khususnya kepada muslimat.

Islam menitik-beratkan persoalan menutup aurat ketika berpakaian adalah untuk memelihara kehormatan wanita daripada sebarang pencerobohan ke atas diri mereka. Namun etika berpakaian dalam Islam mempunyai garis panduan dengan tidak berlebihan dalam hingga dianggap sebagai fesyen.

Walaupun Islam tidak menghalang berfesyen, ia mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Di Malaysia masa kini nyata ramai yang berfesyen bertujuan untuk menonjol pada khalayak ramai berbanding dalam mengekalkan imej bersopan mengikut sunnah yang digariskan dalam Islam terutama golongan wanita. Bahkan dilihat mereka telah semakin jinak dengan perkembangan hidup masyarakat "luar" yang jelas tidak mementingkan agama sebagai nilai kehidupan.

Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah masyarakat Barat yang kini seakan-akan telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini secara keseluruhannya.

Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar batasan yang digariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua anggota masyarakat Islam dulu kini dan selamanya.

Paling ketara kita dapat lihat dalam pemakaian tudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.

Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ini dengan mengatakan bahawa mereka pakai tudung tetapi akhlak mereka tidak baik. Pada hari ini juga dapat kita perhatikan ramai wanita mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung (menutup aurat sepenuhnya).

Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan daripada mereka masih belum mengenakan tudung yang benarbenar sesuai dengan kehendak syariat dan hanya lebih selesa mengikut trend masa kini.

Dalam keghairahan bertudung mengikut pembangunan fesyen semasa, mereka masih alpa mengenai aurat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan umat Islam. Kini, pelbagai fesyen tudung dipakai mengikut proses transformasi dan permodenan semasa. Namun, pemakaiannya masih dianggap tidak sempurna jika masih menampakkan bahagian leher dan dada.

Menutup aurat bukan sekadar jika kepala sudah kemas diliputi tudung sudah dikira menutup aurat tetapi wajib menutup seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan. Padahal telah jelas dalil menyebutkan: "Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…" (QS. An Nur : 31)

Dalam isu pemakaian tudung, ia bukan sekadar berfesyen atau budaya untuk dijadikan ikutan semata-mata tetapi demi menjaga maruah mereka sebagai wanita Islam. Jika wanita itu berpakaian dengan sempurna pasti dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mungkar.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka.

Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya." (Riwayat Muslim) Namun, apa yang ditonjolkan oleh golongan wanita pada hari ini masih tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan syariat Islam. Oleh itu, setiap wanita Muslim perlu mengambil serius perkara ini supaya mereka terlepas daripada fitnah pandangan lelaki bukan mahram selain menjaga maruah wanita Muslim.

Wanita juga perlu mengelak daripada berhias atau berpakaian secara berlebihlebihan sehingga menarik perhatian orang ramai. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

>> Penulis adalah siswi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM

PAS Kawasan Miri

Posted: 05 Feb 2015 07:40 PM PST

PAS Kawasan Miri


SPR Perlu Telus dan Adil dalam Persempadanan Semula DUN Sarawak

Posted: 05 Feb 2015 03:38 AM PST

SPR perlu mengkaji semula persempadanan semula DUN Sarawak

Setelah kita meniliti cara persempadanan semula dalam Bahagian Pilihan Raya Persekutuan seperti yang dicadangkan oleh pihak SPR, kita dapati beberapa perkara yang agak mengelirukan seperti kawasan atau daerah tempat mengundi baru tidak dinyata dengan jelas. Bagaimana pengundi tahu daerah tempat mengundi baru sedangkan kawasan DUN mereka sudah bertukar?

Kebanyakan kawasan yang padat penduduk juga tidak dipisahkan menjadi satu DUN baru sedangkan kawasan yang kurang penduduk seperti kawasan luar bandar pula dipisahkan menjadi satu DUN baru.  Di sini berlaku ketidakseimbangan dalam perjumlahan pengundi dimana kawasan yang ramai pengundi sepatutnya boleh dibahagi kepada kawasan baru.

Sudah tentu ini memberi kelebihan kepada pihak pemerintah memandangkan penduduk luar bandar masih banyak bergantung bantuan dari kerajaan yang memerintah. Perkara ini nampak macam berat sebelah dan pada dasarnya memang kita tidak setuju cara persempadanan semula dilakukan kerana berlaku ketidakseimbangan antara kawasan bandar dengan luar bandar walaupun alasan pihak SPR untuk memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar untuk menunaikan hak mereka mengundi.

Jumlah bilangan pemilih dalam Sarawak sebanyak 1,109,134 orang seperti yang tercatit dalam Bahagian Pilihan Raya Persekutuan 2014.

Kami juga dapati daerah mengundi di Tanjong dan Luak sudah bertukar ke dalam DUN Piasau. DUN Senadin sekarang meliputi Kuala Baram, Lopeng dan Riam saja. Kebanyakan pengundi tidak tahu berlaku perubahan tempat mengundi baru mereka sekiranya mereka tidak melihat jadual baru persempadanan semula yang dipamerkan di daerah masing-masing. Mereka mungkin tidak begitu kisah sebab tidak ada berlaku sebarang perubahan atau persempadanan semula dalam Parlimen Miri.

Sepatut kawasan bandar yang padat dengan penduduk seperti di kawasan Senadin boleh di tambah DUN baru dengan adanya pertambahan penduduk dalam kawasan perumahan di Lopeng, jalan Airport, Riam dan di Luak.

Kalau ikut kawasan sempadan Lopeng dan Riam yang terpisah dari kawasan DUN Senadin sepatutnya dipisahkan dari kawasan Kuala Baram. Mengapa ianya tidak digabung dengan Tanjong dan Luak menjadi satu DUN baru yang berjumlah lebih dari 14 ribu pengundi.

Memandangkan kepadatan penduduk di kawasan DUN Senadin yang meliputi kawasan  perumahan baru di Tudan, Permyjaya dan Kuala Baram sepatutnya kawasan Lopeng dan Riam tidak dimasukkan dalam DUN Senadin.

Kita mahu semua pihak yang terlibat perlu dipanggil bersama untuk bincangkan masalah ini agar ianya dapat memberi kepuasan kepada semua pihak yang terlibat.

Kita tidak mahu ada berat sebelah dalam  persempadanan semula berlaku dalam DUN Sarawak. Sekiranya ianya diluluskan nanti tentu DUN Sarawak akan bertambah banyak dari 71 menjadi 82.

Sekiranya berlaku persamaan dalam kerusi DUN suatu hari nanti, pihak SPR perlu mengkaji semula angka genap sekarang menjadi angka ganjil agar tidak berlaku perebutan kuasa nanti apabila jumlah kerusi pembangkang dengan BN sekarang ada persamaan. Ini tidak mustahil berlaku pada masa hadapan kerana BN tidak akan jadi pemerintah selamanya.

Kita mengesa pihak SPR mengkaji semula cadangan mereka untuk memisahkan DUN yang sedia ada sebelum digazetkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Sarawak nanti. Kerjasama dengan pihak SPR untuk mengkaji semula cadangan mereka amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

The EC should review the delineation exercise of the state assembly

Once we examine the way of delineation exercise in the Federal Constituency as proposed by the EC, we found a few things that are a little misleading as the area or polling district that is not stated clearly. How do voters know a new voting district while their constituency have changed?

Most densely populated areas are not separated into a new DUN while sparsely populated areas such as rural areas are separated into a new DUN.  Here there is an imbalance in the area where voter's summation of many voters should be divided into new areas.

Of course this is favourable to the government as the rural population still depends very much on assistance from government. This thing looks like bias and basically we did not agree the way delineation exercise is done because there is an imbalance between urban and rural areas although the reason the EC to provide facilities to the rural population to fulfil their right to vote.

The total number of voters in Sarawak as many as 1,109,134 as stated in Federal Constituency 2014.
We also found that voting district in Tanjong and Luak already turned into DUN Piasau. DUN Senadin now includes Kuala Baram, Lopeng and Riam only. Most of the voters do not know there are changes in their new polling station if they do not see the new schedule delineation exercise as display in each area. They may not quite oblivious because there are no any changes or delineation exercise in Miri Parliament.

It should have been densely populated urban areas with population in areas such as Senadin can add new DUN with the population increase in residential areas at Lopeng, Airport road, Riam and in Luak.

If you follow the border areas of Lopeng and Riam that separated from the Senadin DUN should be separated from Kuala Baram area.  Why it is not combined with Tanjong and Luak into a new constituency which totaling more than 14 thousand voters.

Given the population density in Senadin constituency which covers an area of new housing in Tudan, Permyjaya and Kuala Baram should Lopeng area and Riam is not included in the Senadin constituency.

We want all parties involved should be called together to discuss these issues so that they can give satisfaction to all parties involved.

We do not want to be bias in delineation exercise occurred in the state assembly. If it is approved later certainly Sarawak constituency will increase from 71 to 82.

In the event of equality in the seat someday, the EC should review the current round figures be an odd number so as to avoid power struggles later when the number of opposition seats with BN now there are similarities. It is not impossible happen in the future because BN government will not be forever.


We urge the EC to review their proposal to separate the existing constituency before gazetted for use in Sarawak General Election later. Cooperation with the EC to review their proposal is greatly appreciated. 

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 05 Feb 2015 11:03 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Bila Parti Perjuang Rasis, Semua Perkara Dilihat Secara Rasis

Posted: 05 Feb 2015 05:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah menganggap Dap tidak layak untuk bercakap soal rasis lantaran mereka sendiri seringkali bersikap sedemikian dalam pelbagai hal.
Ujarnya, apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengeluarkan kenyataan yang memberi kepentingan kepada keseluruhan masyarakat telah disalah anggap dan dilabel rasis maka bermakna mereka terbukti berpaksikan kepada agenda peribadi semata-mata.
dap_rasis_kurang-ajar_guan_eng_pijak_langkah_melayu_islam
"Mengapa perlunya tuding jari kepada orang lain kerana diri mereka sendiri sebenarnya yang selama ini bersikap sedemikian malahan banyak perkara yang sememangnya dibuat oleh mereka atas kepentingan politik mereka sendiri sahaja," katanya kepada UMNO-Online.
Tegasnya, apakah sumbangan Dap kepada rakyat selama ini kerana sememangnya mereka lebih terserlah untuk mendapatkan kuasa hanya dengan bermain persepsi atau memanipulasikan fakta tanpa melaksanakan kerja yang sewajarnya.
"Hal membabitkan harga barang yang tinggi adalah isu seluruh masyarakat tetapi apa sumbangan Dap dalam hal ini kerana mereka langsung tidak memainkan peranan dalam membantu masyarakat berdepan perbelanjaan harian yang membebankan malah buat pula tuduhan rasis untuk sembunyikan sikap mereka sebenar.
"Kalau betul mereka perjuangkan rakyat kenapa tidak turut berkempen dan desak pemborong untuk turunkan harga barangan dalam keadaan harga minyak telah turun tapi sebaliknya mereka manipulasikan isu," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ujar beliau lagi, sekiranya pemimpin Dap benar-benar bertanggungjawab maka mereka tidak akan berkata demikian.
"Sebelum ini pun Dap juga pernah mengatakan mahu mengurangkan kakitangan awam sekiranya memerintah atau berkerajaan kerana mereka sedar kebanyakan kakitangan awam adalah berbangsa Melayu malahan ucapan ini dikeluarkan kepada masyarakat Cina.
lim_kit_siang_parti_rasis_dap_kami_kaum_cina_we_the_chinese_people
"Apabila kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin Dap maka ini menunjukkan bahawa betapa menyampahnya Dap terhadap orang-orang Melayu dan cara ini digunakan bagi menanamkan semangat kebencian di kalangan anggota mereka kepada bangsa Melayu sendiri."
Tambah beliau lagi, kerana itulah pembangkang melabelkan UMNO sebagai parti rasis sebagai melindungi kesalahan mereka sendiri yang seringkali menggunakan isu sensitif dan perkauman bagi mempengaruhi rakyat sebagaimana, Ahli Parlimennya dari Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun menggelar penjawat awam sebagai 'kucing kurap'.
"Dap menjadi pentadbir dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang dan label 'kucing kurap' tersebut diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka maka secara langsung ia menunjukkan sikap kurang ajar pemimpinnya yang tak tahu menghormati apatah lagi untuk menghargai golongan bawahan," katanya.
Dilaporkan, sebelum ini, Ooi pernah mengeluarkan kenyataan melabelkan beberapa pengawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai 'kucing kurap' kerana tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong, selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
"Bahayanya Dap ini adalah kerana mereka menggunakan agenda perkauman dalam isu politik yang tentunya akan mengundang malapetaka sekiranya dibiarkan berlarutan," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Khamis, 5 Februari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 05 Feb 2015 01:09 PM PST

Duke of UMNO


PATUT PUN RAMAI CHAUVINIS ULTRA KIASU MARAH PADA USTAZ NI....

Posted: 04 Feb 2015 06:09 PM PST


Padanlah ramai di kalangan puak chauvinis Cina yang marah sangat pada Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Dia memang betul-betul lebih memahami sentimen keharmonian kaum di negara kita ni, khususnya yang bersangkutan dengan kaumnya...

Dan padanlah masyarakat Cina yang masih sedar dan tahu kedudukan sosial kontrak dan jus soli tidak marah dan setuju dengan Ustaz Ridhuan Tee ni....

Saya salute pada Dr Ridhuan Tee dengan kupasan yang pedas dan tepat. Malah saya yakin, hujah yang dikemukakan memang tidak mampu dijawab puak-puak chauvinis ultra kiasu tu...

 


Kupasannya bukan semberono. Cukup kaya dengan fakta, hujah bernas dan ilmiah serta berdasarkan pengalaman sebenar dalam dunia seorang kaum Cina....

Dia lebih tahu siapa chauvinis ultra kiasu. Dan dia juga lebih tahu kaumnya berbanding kita. Meskipun saya ada darah campuran Cina, saya tidaklah tahu semua tentang kaum berkenaan...

Cuba baca dan apakah anda setuju dengan kupasan Ustaz Ridhuan Tee tu? 

waadat

Posted: 05 Feb 2015 01:04 PM PST

waadat


Info Myrrh yang perlu anda tahu

Posted: 04 Feb 2015 10:51 PM PST

Kenapa dinamakan Minyak Morhabshi?

Saya juga mulanya tertanya-tanya apa sebenarnya 'morhabshi' dan kenapa allahyarham datuk saya namakan produknya Minyak Morhabshi?

Pada peringkat awal saya cuba cari 'morhabshi' dalam internet namun tidak banyak membantu.

Sekitar 2009 saya aktif menulis dalam Wikipedia dan pada suatu hari saya terfikir untuk menulis tajuk Morhabshi. Sayangnya saya hanya mampu menulis satu perenggan kerana kegersangan maklumat.

Tanpa disangka-sangka selang beberapa lama saya dapati artikal tersebut telah diperlengkap oleh seorang aktivis Wikipedia dan dari situlah saya tahu morhabshi dikenali sebagai MYRRH yang berasal daripada bahasa Arab: 'mur' yang bermaksud pahit.

Terima kasih kepada individu tersebut dan saya anggap beliaulah pembuka jalan bagi saya lebih mengenali morhabshi di internet.

Dari situ juga saya tahu pohon morhabshi berasal dari Somalia dan telah terkenal sejak tamadun Mesir dan Rom.

Sesuatu yang amat mengejutkan saya ialah pada zaman dahulu harga morhabshi sama dengan emas, dengan kata lain jika anda mahu membeli satu gram morhabshi maka anda perlu sediakan satu gram emas!

Kini pengeluaran morhabshi telah dikomersialkan dan harganya tidak lagi semahal dulu.

Melalui kata kunci 'myrrh' saya menjelajah ruang maya dari semasa ke semasa dan saya dapati artikal mengenainya sentiasa bertambah. Hal ini kerana semakin banyak dapatan baru hasil kajian di seluruh dunia.

Berikut adalah salah satu artikal yang saya temui. Maaf kerana terjemahan yang tidak begitu baik. Namun saya sertakan artikal asal dalam bahasa Inggeris.

Artikal ini membentangkan keistimewaan myrrh dan sekaligus menjawab persoalan saya kenapa allahyarham datuk saya memasukkan myrrh dalam Minyak Morhabshi dan kenapa ramai pengguna Minyak Morhabshi menganggap ia produk ajaib!

Berikut adalah 16 keistimewaan Myrrh (morhabshi) diceduk daripada sebuah laman web. Maaf jika terdapat kelemahan terjemahan.

1) Pembersihan
Morhabshi boleh meningkatkan fungsi sel darah putih dan memulihkan kadar enzim yang dikenali sebagai antioksidan glutathione. Mereka yang telah mengkaji herba telah membuat kesimpulan bahawa morhabshi menyediakan faedah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sistem imun manusia serta melindungi hati daripada kesan-kesan bahaya plumbum.

2) Anti jangkitan dan Antivirus
Resin morhabshi tidak membiarkan kuman berkembang atau menjangkiti badan kerana morhabshi bersifat anti-virus. Ia boleh digunakan bagi mengelak pelbagai penyakit yang disebabkan mikrob seperti demam, keracunan makanan, batuk & selsema, beguk, campak, serta jangkitan (wabak).

3) Agen Pengecutan
Morhabshi membantu mengecut otot, usus dan organ dalaman yang lain termasuk pada kulit, serta boleh membantu mengukuhkan gusi. Morhabshi juga menguatkan akar rambut, yang secara teorinya mampu memerangi kebotakan.

Satu lagi aspek penting daripada resin ini ialah bahawa ia benar-benar membantu masalah pendarahan akibat luka-luka, dan berupaya menghalang kehilangan banyak darah apabila cedera.

4) Ekspektoran
Morhabshi berkesan melawan  batuk dan selsema. Ia membantu untuk melegakan kesesakan dan membuang kahak.

5) Terapi ulser
Dalam satu kajian ke atas haiwan di makmal, suplemen dengan morhabshi dapat meningkat jumlah sel darah putih dan membantu menahan serangan ulser serta mengekalkan ketahanan semasa proses penyembuhan ulser.

6) Anti kulat
Morhabshi juga berfungsi menghalang dan membunuh kulat. Ia boleh digunakan secara dalaman dan luaran untuk memerangi jangkitan kulat.

7) Perangsang
Minyak daripada morhabshi baik dalam merangsang rembesan, aliran darah, penghadaman, daya ingatan, dan perkumuhan. Ia merangsang rembesan jus pencernaan, aktiviti mengepam jantung, dan hempedu, malah membolehkan anda sentiasa aktif dan memberi tumpuan pada sistem saraf dan otak.

8) Haruman daripada minyak morhabshi membantu menghilangkan bau kurang enak dan memberi lebih keselesaan apabila berada di khalayak ramai.

9) Anti kanser
Lebih daripada satu kajian mendapati morhabshi membantu tubuh manusia melawan kanser dan kesimpulan dibuat bahawa morhabshi menunjukkan potensi yang baik sebagai pilihan semula jadi dalam merawat kanser prostat.

10) Perpeluhan
Ia merangsang pengeluaran peluh dan mengekalkan tubuh bebas daripada garam tambahan, racun, dan pembendungan cecair berlebihan. Berpeluh membantu penyingkiran gas berbahaya seperti nitrogen serta membersihkan liang-liang kulit.

11) Antiseptik
Samada luka kecil atau luka besar, atau mendapat jangkitan bukan lagi satu isu jikai anda mempunyai morhabshi dalam simpanan. Oleh kerana ia merupakan satu bahan antiseptik, minyak ini boleh menjaga sebarang jangkitan yang berpotensi menjadi septik.

13) Sistem Peredaran
Pati minyak daripada morhabshi merangsang aliran darah dan memastikan badan anda mendapat jumlah oksigen yang sesuai ke tisu. Hal ini dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan untuk mencapai kesesuaian metabolisme.

13) Booster Imun
Minyak daripada morhabshi mengaktif dan menguatkan sistem imun tubuh dan mengekalkan perlindungan daripada jangkitan dan penyakit (kebal).

14) Anti radang
Minyak daripada morhabshi sesuai mengawal radang tisu dalam kes-kes jangkitan virus dan dalam sistem kardiovaskular termasuk keradangan disebabkan oleh pengambilan makanan panas terlalu banyak.

15) Antispasmodic
Ia juga memberikan kelegaan pada pengecutan yang tidak diingini atau kejang, dan dengan itu meredakan sakit, kejang, dan kesakitan otot.

16- Rawatan parasit Organik
Foscialiasis suatu penyakit disebabkan oleh parasit yang boleh didapati di kawasan air. Ia menyebabkan kerosakan hati dan halangan biliary.

Penggunaan myrrh atau morhabshi tidak boleh dilakukan secara wewenang kerana ia memerlukan dos dan cara yang betul terutama apabila dicampur dengan ekstrak herba.

Dapatkan nasihat doktor anda.

Artikal di atas bukan khusus untuk Minyak Morhabshi tetapi berkenaan myrrh (morhabshi) yang menjadi salah satu bahan dalam penghasilan Minyak Morhabshi.

Artikal berkenaan resin myrrh atau morhabshi ini disalin daripada web https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-myrrh-essential-oil.html

Untuk info lanjut boleh hubungi 0194401944 syafiq.
Stokis diperlukan.

PEJUANG BANGSA

Posted: 05 Feb 2015 11:29 AM PST

PEJUANG BANGSA


DULU PAK LAWAK BODOH , SEKARANG MR BEAN PAS TERKENA MABUK MINUM TODI !

Posted: 05 Feb 2015 12:14 AM PST



Mulut Mr Bean Mahfuz memang tak ada adab ....dari dulu lagi kenyataannya memang lawak dan menampakkan kebodohan.

Hari ini beliau gelarkan 92 Ketua UMNO Bahagian sebagai mabuk minum todi .

Apakah Mr Bean PAS ini sudah kenal gaya seseorang kaki  mabuk  minum todi selepas berkawan dengan DAP dan PKR   ?

Untuk pengetahuan Mahfuz , bukan semua harga  barang di bawah kawalan kerajaan  dan kebanyakkan ditentukan harga pasaran .  

Itu yang Ismail Sabri sarankan boikot peniaga yang menaikkan harga walaupun harga minyak sudah turun sebanyak 3 kali .

Siapa yang mabuk todi sekarang ??



PAS membidas tindakan 92 ketua Umno bahagian yang menyokong kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai "mabuk todi", selepas kontroversi kenyataan berbaur perkauman yang dibuat menteri pertanian dan industri asas tani itu.

 Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan pemimpin akar umbi Umno itu yang menyokong Ismail tetapi tidak pula menggesa Putrajaya menurunkan harga barang yang berada di bawah kawalannya.

 "Usahlah menyokong membuta tuli bagaikan orang yang mabuk minum todi," kata Mahfuz pada satu sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebaliknya menggesa pemimpin Umno tersebut mendesak kerajaan menurunkan harga barang kawalan seperti gula, gandum, minyak masak dan gas memasak.

"Mengapa tidak berani menyatakan tuntutan kepada Perdana Menteri agar kerajaan sendiri menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan?" soalnya.

 Beliau berkata, Ismail dan pemimpin Umno bahagian itu tidak seharusnya mengeluarkan hujah tanpa fakta dengan menyalahkan peniaga Cina dalam isu kenaikan harga barang.

 "Saya menegaskan sekali lagi pentingnya pemimpin Umno bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta," katanya. -

PANAS ! MACAI ANAK MUDA PR CABAR PAS SINGKIRKAN HADI DARI PRESIDEN !

Posted: 04 Feb 2015 05:00 PM PST




Pengundi muda akan memastikan Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang di Malaysia sekiranya sikap suka bercakaran sesama sendiri antara tiga komponennya tidak dihentikan segera.

Amaran keras itu dibuat oleh aktivis politik dan kumpulan mahasiswa yang mengakui bahawa mereka kecewa dan sudah tidak meletakkan sebarang harapan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Lantang mengkritik sikap ego kepimpinan PAS, DAP dan PKR, aktivis Kelab Bangsar Utama, Mandeep Singh berkata sepanjang tujuh tahun Pakatan Rakyat dibentuk, gabungan itu tidak pernah lekang dengan pelbagai pelbalahan dan pertikaian.

Mandeep kecewa kerana Pakatan Rakyat masih gagal mencari pengganti sekiranya Anwar dipenjarakan.
"Tujuh tahun anda berada dalam satu pakatan, takkan tujuh tahun tak boleh selesaikan isu-isunya. Ini masalahnya apabila Majlis Presiden tidak berfungsi. Sekarang ini Pakatan Rakyat hanya ada satu moto iaitu 'tembak sesama sendiri'.


"Mereka kemudiaan salahkan media, tapi mereka juga yang bergaduh setiap hari dalam media. Jadi nak bercakap soal harapan? Tapi saya tak melihat mereka sebagai harapan.

"Kamu kata anak muda komited menyokong Pakatan...bawa kamu naik di Selangor dan menangkan 89 kerusi Parlimen tapi ingat anak muda juga boleh terus jadikan kamu pembangkang di Malaysia," katanya pada Selasa malam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum 'Pakatan Rakyat: Masihkah Ada Harapan' yang turut dihadiri kepimpinan pemuda DAP, PKR dan PAS anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).

Hadir sama sebagai ahli panel ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat; Ketua DAPSY Malaysia, Teo Kok Seong dan jurucakap Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya (UM) Luqman Nul Haqim.

Terbaharu PAS dan DAP terpalit dengan perbalahan berhubung pelaksaan hukum hudud di Kelantan dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Sebelum ini ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat turut berhadapan krisis berpanjangan berhubung pertikaian pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu selepas 'Langkah Kajang' yang dicipta PKR.

Mandeep terus menghangat forum tersebut apabila mencabar PAS supaya menyingkirkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika veteran parti itu gagal memainkan peranannya untuk kepentingan Pakatan Rakyat.

"Realitinya Jawatan Kerja PAS Pusat tidak berfungsi kerana keputusan parti itu hanya dibuat oleh Datuk Seri Hadi.
"Muktamar PAS pada bulan Jun ini. Jadi PAS harus jelas ke mana hala tuju parti kamu. Kalau kamu harus singkirkan presiden kamu...singkirkan," katanya sambil disambut tepukan gemuruh penonton yang hadir.

Mengulas lanjut Mandeep berkata beliau yakin Pakatan Rakyat akan terus bergolak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Jelas beliau sehingga kini pakatan itu gagal mencari pengganti yang layak untuk memimpin gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Pada 10 Februari ini sama ada Anwar masuk (penjara) atau tidak...kita anggap beliau masuk. Kemudian beberapa hari lepas itu Pakatan Rakyat akan terus bergaduh apabila nak berhadapan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

"Saya tak nampak siapa lagi yang akan jadi ketua Pakatan Rakyat. Nak letak Wan Azizah, pastinya PAS tak setuju...nak letak (Mohamed) Azmin (Ali) pun akan ada yang tak setuju.

"Jadi saya tak meletakkan apa-apa harapan lagi kepada mereka. Tapi nasib baik kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) juga tak kuat pada masa ini," katanya.


Sementara itu Luqman yang turut menyokong pandangan Mandeep berkata, golongan muda sedia menggalas peranan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kepimpinan muda termasuk golongan mahasiswa yakin mereka mampu menyumbangkan idea dan gerak kerja yang lebih baik demi masa depan Malaysia.

"Kalau Pakatan tak boleh, biar kami sahaja yang bertanding dalam pilihan raya dan buat perubahan. Kami sudah buktikan pada PRU yang lalu apabila ada wakil bertanding di Parlimen Pekan," katanya.

Selain itu Luqman berkata parti komponen Pakatan Rakyat wajar menukar kepimpinan sedia ada yang dilihat gagal memainkan peranan dengan sebaiknya.

"Perubahan mesti berlaku dalam parti. Pakatan Rakyat...kalau nak maju ke hadapan, pucuk pimpinan perlu berubah, semakin tua ini, cakap pun kadang-kadang entah apa-apa.

"Orang muda ada idea yang lebih segar," katanya. 

KEHADIRAN RAKYAT HAKIM NEGARA DI KEMAMAN PENUH SESAK DEMI ANWAR !!

Posted: 04 Feb 2015 04:00 PM PST



Begini la keadaan ceramah Road Tour Rakyat Hakim Negara oleh Anwar ke seluruh negara di Kemaman , Terengganu .

Selepas di Lunas yang dianggarkan tak sampai 1 ribu orang , kini di Kemaman lagi menyedihkan iaiatu sekitar 200 orang .


Ternyata kini rakyat semakin tak peduli POLITIKUS  bernama Anwar Ibrahim nak masuk  jail ke tidak pasal kes liwatnya ..

Walaupun pelbagai cerita dibuat PKR  seperti mengaitkan Saiful Bukhari dengan Tun Daim & Tun Mahathir tetapi perkara pokoknya isu liwat adalah isu peribadi mereka berdua .






IPOHMALAY

Posted: 05 Feb 2015 09:06 AM PST

IPOHMALAY


Teresa Kok mudah lupa

Posted: 05 Feb 2015 06:18 AM PST


Lupakan frasa Melayu Mudah Lupa kerana nampaknya hari ini suasana sudah berubah.

Seperti nyonya single biduanita DAP ini yang kurang berfikir panjang ketika membuat video raya Cina tahun lalu yang membuatkan pemerintah Sabah berasa kurang suka.

Apabila dilarang memasuki Sabah barulah terpinga-pinga.



Iklan di Malaysia hina warganya, Indonesia mengamuk lagi

Posted: 04 Feb 2015 10:50 PM PST

Indonesia dihebohkan semalam dengan sebuah iklan  'standing bunting' yang mempromosi alat penyedut habuk dan pengemop lantai iRobot. Yang menjadi kemarahan mereka ialah ayat  " Pecat Pembantu Rumah Indonesia Anda SEKARANG! " yang dijadikan penarik iklan.

Sehubungan itu reaksi keras dan berbagai diterima dari pelusuk masyarakat pembaca di dunia maya terutamanya dari kalangan yang bangang dan tidak dapat membezakan antara perbuatan  pemerintah dan perbuatan peniaga, lalu meniup sentimen tipikal mereka - perang.

Pun begitu para menteri dan tokoh pembela tenaga kerja mereka mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas ke atas syarikat tersebut dan ini dikirim bersama dengan lawan Presiden Indonesia , Joko Widodo ke Malaysia hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Richard Riot juga menerima SMS dari rakan sejawatannya semalam yang meminta tindakan diambil ke atas syarikat tersebut.

Iklan itu milik sebuah syarikat Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan di beberapa negara. Indonesia tidak memiliki cawangan syarikat tersebut.

Sikap tidak bermoral peniaga yang mensabotaj apapun seperti ini, adalah tipikal kepada kalangan peniaga berketurunan pendatang yang sombong dan tidak berakhlak di negara ini. Maka perhatikan setiap mereka mulai dari sekarang dan sebaiknya dipulaukan.


​

Kamis, 05/02/2015 11:12 WIB

Menkum Yasonna Minta Malaysia Tindak Tegas Iklan yang Lecehkan TKI

Mulya Nurbilkis - detikNews

Jakarta - Perusahaan Robovac membuat iklan dengan kata-kata yang dinilai melecehkan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Menkum HAM Yasonna Laoly menilai hal itu harus mendapat tindakan tegas dari pemerintah Malaysia.

"‎Itu kan merendahkan. Dalam hubungan baik kedua negara, yang paling parahnya kan pas mendekati Presiden datang ke sana. Ini kan tidak patut. Tapi karena ini dilakukan swasta, saya kira biarlah pemerintah di sana yang menegur," kata Yasonna di kantor Wapres, Jalan Medan Merdeka Utara, Jakarta Pusat, Kamis (5/2/2015).

Menurutnya, pemerintah Malaysia harus memberikan sanksi tegas pada perusahaan Robovac yang mengeluarkan iklan tersebut. Pasalnya, iklan itu dinilai sudah melecehkan warga Indonesia khususnya yang bekerja di Malaysia.

"‎Karena merendahkan martabat negeri. Kita sangat tersinggung. Saya kira, saudara kita yang bekerja di sana juga memberikan sumbangsih. Kalau saudara kita pergi, ekonomi mereka juga bisa kolaps kok. Banyak warga kita yang bekerja di sana," ujar Yasonna.

Yasonna menambahkan, sebagai negara yang bertetangga harus ada rasa saling menghormati antara kedua negara. Baik pemerintah, perusahaan maupun masyarakatnya. Karena itu, agar pelecehan ini tidak terus berulang, Yasonna meminta pemerintah melalui Kementerian Luar Negeri melayangkan protes keras pada pemerintah Malaysia.

"‎‎Kita melayangkan protes saja pada dia. Ini bukan pertama. Sudah berulang-ulang. Kita harus melakukan protes keras," ucapnya.

bumiyang

Posted: 05 Feb 2015 03:42 AM PST

bumiyang


Konfirm Anwar Memang Suka Makan Karipap???

Posted: 05 Feb 2015 12:00 AM PST

tunku

Posted: 05 Feb 2015 03:02 AM PST

tunku


Lawyer Eric Paulsen charged with sedition

Posted: 04 Feb 2015 10:12 PM PST

Eric Paulsen was charged in a Sessions Court here Thursday over a tweet in which he allegedly accused the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) of promoting extremism.

He was brought before judge Abdul Rashid Daud to have his charge read to him.

Paulsen, who is also Lawyers for Liberty executive director, was charged with publishing seditious words on his Twitter account at twitter.com/ericpaulsen101 stating that, "Jakim is promoting extremism every Friday. Government needs to address that if serious about extremism in Malaysia".

The offence was allegedly committed at the D5 criminal investigation unit, Bukit Aman here at about 8pm on Jan 10, this year.

He later claimed trial to the charge under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948.

Judge Abdul Rashid later fixed bail at RM2,000 in one surety pending mention on April 27.

Counsel Gobind Singh Deo appeared for Paulsen.

Cheap Smartphone Device Detects HIV, Syphilis In 15 Minutes: Study

Posted: 04 Feb 2015 07:09 PM PST

The US and Rwandan researchers say they have developed a low-cost smartphone accessory capable of detecting HIV and syphilis from a finger prick of blood in just 15 minutes, Xinhua news agency reported.

This is the first device that replicates all the functions of a lab-based blood test and works by detecting markers of infectious diseases: HIV antibody, treponemal-specific antibody for syphilis and non-treponemal antibody for active syphilis infection.

The manufacturing cost of the device is only US$34, much lower than the US$18,000 that current gold standard of diagnostics, known as the enzyme-linked immunosorbent assay (ELISA), needs.

The accessory was recently piloted by health care workers in Rwanda who used it to test blood finger-pricked from 96 patients, many of whom were women at risk for mother-to-child transmission of sexually transmitted diseases.

The researchers said the device delivered test results displayed on the phone screen within 15 minutes and performed almost as well as the ELISA test.

Nearly all patients preferred it to lab-based tests, which could take up to two or more hours.

"Our work shows that a full laboratory-quality immunoassay can be run on a smartphone accessory," said lead author Samuel Sia, associate professor of biomedical engineering at Columbia University.

"This kind of capability can transform how health care services are delivered around the world," Sia said.

The device, or dongle, can easily connect to a smartphone or computer. It is small and light enough to fit into one hand and draws all the power it needs to run by plugging into a smartphone's audio jack.

Researchers believe that this lab-on-a-chip device could help scale up early detection of HIV and syphilis especially in mobile or field clinics.

"Our dongle presents new capabilities for a broad range of users from health care providers to consumers," Sia said.

"By increasing detection of syphilis infections, we might be able to reduce deaths by tenfold. We might be able to scale up HIV testing at the community level with immediate antiretroviral therapy that could nearly stop HIV transmissions and approach elimination of this disease," he added.

The work, also comprising researchers from Rwanda Biomedical Centre, was published in the US journal Science Translational Medicine.


The Unspinners

Posted: 04 Feb 2015 11:42 PM PST

The Unspinners


Macam LGE dan handbag Betty, kemarahan dipanggil komunis boleh viral

Posted: 04 Feb 2015 09:24 PM PST


FMT SINI menyiarkan berita Lim Kit Siang marah bila satu gambar dia dalam pakaian Mao Tse Tong disebarkan melalui Twitter.

Lalu dia bercadang membawa blogger Syed Akbar ke mahkamah.


Ini hanya mengingatkan kita kembali bila Lim Guan Eng marah isterinya diserang kerana mempunyai handbag berjenama yang mahal-mahal.

Ekoran itu, lagi melimpah-limpah isu tentang Betty ditimbulkan...










Isu Kit Siang marah dipanggl rasis dan komunis ada berkit dengan poster berikut:


Mungkinkah dianya akan lebiih viral lagi ....













 Semua telah tersenarai


 Entah Kit Siang nak saman tu ... takut trsalah ajer.


Anwar counting days, memorising numbers

Posted: 04 Feb 2015 04:30 PM PST

The Malay Mail Online reported Anwar sounding desperate.

Read Guilty ruling on controversial sodomy case could backfire on government, says Anwar 
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/guilty-ruling-on-controversial-sodomy-case-could-backfire-on-government-say

The remark is in contempt of court as it tantamount to intimidation and holding the judiciary ransom.

For an ex-convict and lawless sodomite, Anwar has no respect for law n order. It is obly to be expected.

This threat also implies Anwar knows his days are numbered. His attempt to buy the judiciary and government officers failed. It shows he is desperate.

It confirmed that there's no DEAL between Anwar and Dato Najib. Such rumours are merely desperate attempt to influence the decision in favour of his release.

While Anwar his days, he may like to memorise several.important dates:












Tak usah cuba pusing fakta liwat

Posted: 04 Feb 2015 04:31 AM PST







APANAMA

Posted: 04 Feb 2015 11:39 PM PST

APANAMA


1MDB Tong-Taek battle

Posted: 04 Feb 2015 10:18 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 04 Feb 2015 11:09 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#rakyathakimnegara: 10,000 titisan hujan hadir di ceramah Anwar di Kemamang!

Posted: 04 Feb 2015 06:04 PM PST


Anwar bikin gempaq lagi beb, kali ni berceramah di Kemaman, Terengganu. 

Hampir 10,000 rakyat marhaein berpusu-pusu melihat wajah dan ceramah pemimpin Anugerah Tuhan yang telah menolak jawatan Mufti Turki itu.

Jangat tergezut...sambutan ceramah kali ini di Chukai begitu hambar hanya sekitar 200-300 orang saja di perkarangan pejabat PKR Kemaman, Jalan Jakar (zakar???).

Hujan amat lebat seawal jam 3.00 petang hinggalah ke malam sewaktu ceramah diadakan. Tu pun ramai dok berlonggok kat kaki lima kedai dan khemah takut kena hujan nanti demam.

Di mana saja Anwar pergi pasti suwei punya hujan lebat mencurah-curah bagai tak restu kehadirannya.

Itulah perangai Anwar ketika susah dia cari rakyat membela kesalahannya. Bila senang dia dengan bininya pergi naik basikal bersenang lenang di New Zealand meninggalkan mangsa banjir di Kajang dan gunakan alasan tiada tiket penerbangan balik ke Malaysia. 

Bila banjir surut baru dia datang bagi sekampit dua beras lepas tu tabur segala fitnah dan dakyah jahat.

Orang Kemaman bersusah payah berminggu-minggu hadapi banjir dia hanya datang cuma nak bagi ceramah dok kata kerajaan negeri (UMNO-BN) tak buat kerja.


Di Kemaman, Anwar berceramah konon dia difitnah meliwat. Tapi di mahkamah para peguamnya mengatakan liwat berlaku atas dasar suka sama suka. 

Sebabnya ada gambar si mangsa tersenyum ketika menghidangkan kopi pada Anwar...kira suka dan best kot? 

Semuanya alasan nak lepaskan diri le tewww.

Macam biasa juga skrip kononnya beliau ditawarkan jadi penasihat ekonomi Dubai oleh Syeikh Khalifa dan penasihat agama atau Mufti Turki oleh Yusoff Al Qardawi didendangkan lagi...

Sambil-sambil tu kaitkan ketirisan dan penyelewengan, isu 1MDB, rasuah dan sebagainya bercelaru merepek melalut Nuar ni.

Negara tak bangkrap pun walaupun ditabur fitnah sebegitu rupa...yang jadi sengal adalah para pencacai yang tak tahu cerita hujung pangkal.

Bila pemimpin sengal, pencacai bertambah-tambahlah bingai.  

Dah tiba masanya PKR tolak orang macam Nuar ni. PKR memerlukan reformasi dalaman dan membebaskan sepenuhnya dari pengaruh dinasti keluarga Anwar.


Daripada orang Terengganu nak buang masa untuk bela Anwar sorang, lebih baik tumpukan usaha memperbaiki dan memulihkan kesan-kesan banjir. Lagi banyak pahala, Allah pun suka.

Lagi pun orang PAS Terengganu pasti tak lupa bagaimana calon PKR parti si Anwar @ si penjual pil kuda sanggup saman dan cerca Tuan Guru Haji Hadi...orang Ganu jugak. 

HARGA MINYAK DAH TURUN...TAPI KENAPA HARGA BARANG TAK TURUN???

Posted: 04 Feb 2015 05:10 AM PST


Pakar ekonomi terhampeh PKR; Rapussy Ramli sekali lagi didesak untuk membuktikan kebenaran teori ekonominya.

Rapussy kata kalau nak turunkan harga barang mestilah turunkan harga minyak. 

Apabila harga minyak turun semua rakyat gembira termasuklah para pencacai pemakan minyak.

Mana yang bersyukur akan berterima kasih tetapi mana yang kufur nikmat tetap dengan sikap mereka yang terus menerus mencaci cerca kerajaan.

Persoalannya harga minyak jenis mana yang turun menurut Rapussy hingga boleh menyebabkan penurunan harga barang?

Mungkin Rapussy ini sedang berfantasi minyak yang dimaksudkan adalah minyak urut sebab dengan minyak urut boleh menurun atau menaikkan 'barang' seseorang.

Almaklumlah sekarang ni mereka sibuk kerana nak mempertahankan 'barang' Anwar.

Apabila kita melihat foto wanita berpurdah di atas, kita mungkin boleh bertanya adakah budak perempuan ini dah berkahwin?

Harga minyak dah turun tiga kali berturut-turut atau dah turun hampir tiga kali ganda. Tapi kalau dia masih lagi dok membujang maknanya budak ni ada masalah hingga dia tidak lagi laku-laku.

Mungkin ramai jantan, teruna atau duda di luar sana takut untuk masuk meminang. 

Manakan tidak kalau belum kahwin perangai dah begini rupa, silap-silap dah nikah nanti masalah atas ranjang sebab 'barang' tak naik pun akan dijaja ke jalanan.  

Hasil wang sedekah tabung tin milo dibuat replika motor ...satu pembaziran dan penyelewengan wang rakyat...tak palah motor ni tak pakai minyak

Kini harga minyak dah turun tetapi mengapa harga barang liat sangat nak turun?

Puak-puak pencacai ketika harga minyak naik sering menakut-nakutkan rakyat dengan kenaikan harga barangan.

Tetapi kini mereka bagai hilang punca apabila harga minyak dah turun.

Apa lagi isu yang boleh dimainkan? 

Harga tariff elektrik masih tinggi?

Harga siling barang masih tak diturunkan?

Peniaga terpaksa habiskan stok lama?

Faktor cuaca menyebabkan bekalan bahan mentah kurang? 

Atau kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga barang import mahal?

Atau alasan paling pelik... sebab GST iaitu satu cukai baru dan tambahan kepada cukai sedia ada menyebabkan harga barang mahal?!!  

Atau alihkan saja kepada isu rasis supaya tumpuan kempen kerajaan untuk menurunkan harga terganggu?


Kami rakyat biasa terkesan dengan kenaikan harga barang akibat sikap tamak dan tidak nasionalis para pengeluar, pemborong, pengedar, peruncit dan peniaga. 

Lainlah kalau bini Joseph Lim Guan Eng si Betty Chew boleh beli beg Gucci Bamboo berharga RM12,000 macam beli bah kut teh di pasar malam.

Rakyat biasa tidak mampu untuk semewah mereka ini sambut birthday di hotel mewah ditaja pulak oleh para kontraktor.




ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Feb 2015 09:41 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Jangan Salah Erti Teguran Ismail Sabri

Posted: 04 Feb 2015 05:58 AM PST





Turun Harga Barang : Masih Ingat Janji Manis Rafizi Ini?

Posted: 04 Feb 2015 01:01 AM PST


Inilah matematik mudah yang dibuat oleh Rafizi, video kempennya semasa PRU13. Ramai yang terpedaya dengan janji janji manis ini. 

Tambah pekat manis lagi bila Rafizi berjanji bahawa pada hari pertama pakatan pembangkang masuk ke Putrajaya maka harga minyak akan terus turun. 

Kini harga minyak sudah turun, mengapa Rafizi takut bercakap tentang hak rakyat dan pengguna? Masih hendak percaya cakap dan janji kosong begini? Mereka sebenarnya hanya pandai menipu dan berjanji sahaja. 

Bila keadaan realiti sudah tiba, rakyat akan tahu kebenaran yang sebenar. Sebelum percaya janji, selidik dulu kebenaran dan keboleh percayaan janji itu.


PM @NajibRazak Minta Peniaga Turunkan Harga Barang

Posted: 03 Feb 2015 10:28 PM PST



Apa Niat Sebenar Teresa Kok & Anak Anwar Ini?

Posted: 03 Feb 2015 12:51 AM PST


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 04 Feb 2015 03:37 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Remaja perempuan ketagih porno pelik

Posted: 04 Feb 2015 12:01 AM PST

London: Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku memiliki imej ekstrem pornografi membabitkan beberapa haiwan dan lebih 600 imej tidak senonoh kanak-kanak ketika dia berusia 17 tahun.

Amy Hickson yang kini berusia 20 tahun mengaku terhadap 13 tuduhan termasuk menghasilkan imej tidak senonoh, memiliki imej terlarang dan sebuah filem kanak-kanak.

Menurut Mahkamah Winchester Crown, Amy mengaku memiliki 16 imej pornografi haiwan yang diklasifikasikan sebagai ekstrem, jijik dan lucah.

Tambahnya lagi, imej itu menunjukkan perbuatan seks dilakukan dalam keadaan 'jelas atau realistik.'

Amy yang berasal dari New Cheriton memilih mengaku bersalah sejurus sebelum perbicaraannya dimulakan semalam.

Semua kesalahan dilakukan antara Jun 2011 dan Februari 2013 ketika Amy masih remaja.

Pertuduhan merangkumi lapan tuduhan menghasilkan gambar tidak senonoh seorang kanak-kanak dengan satu daripada pertuduhan itu saja membabitkan 596 imej.

Satu pertuduhan disebabkan menghasilkan imej palsu tidak senonoh membabitkan kanak-kanak.

Amy turut mengaku memiliki dua lagi akaun imej tidak senonoh kanak-kanak dan dua tuduhan memiliki imej melampau membabitkan haiwan.

Ustaz Kazim buat laporan polis

Posted: 03 Feb 2015 07:57 PM PST

IPOH: Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini membuat laporan di Balai Polis Manjoi di sini, berhubung penyebaran rakaman video ceramah beliau yang didakwa berbaur perkauman.

Ustaz Kazim yang membuat laporan polis pada 9.40 pagi, bagaimanapun enggan memberi kenyataan kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan terus beredar meninggalkan pekarangan balai polis.

Anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat menunggu di luar pekarangan balai polis berkenaan sebagai tanda sokongan mereka kepada Ustaz Kazim.

Semalam, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat dengan mendakwa rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang berdurasi 2 minit 27 saat itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28331#sthash.3hIBVbmT.dpuf

Cucu Tok Selampit

Posted: 04 Feb 2015 01:22 PM PST

Cucu Tok Selampit


Foto-Foto Menakjubkan Yang Sempat Dirakam - Kemalangan Pesawat ATR-72-600 TransAsia Airways GE235

Posted: 03 Feb 2015 08:25 PM PST





Pesawat ATR-72-600 milik TransAsia Airways GE235 terhempas ke dalam Keelung River selepas berlepas dari New Taipei City. Pesawat dengan penumpang seramai 58 orang dikatakan terhempas ke dalam sungai selepas melanggar sebuah jambatan di Taiwan, kira-kira jam 10.26 pagi tadi. Sekurang-kurangnya 9 terkorban dan berbelas mangsa masih terperangkap di dalam nahas pesawat berkenaan. Pihak Central News Agency (CNA) telah meletakkan gambar-gambar detik cemas pesawat berkenaan seperti di atas di dalam website mereka, yang kebetulan diambil daripada kamera 'dashboard' seorang pemandu teksi yang melalui lebuhraya berkenaan. Tonton video kemalangan di bawah: