Rabu, 27 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 26 Mar 2013 11:34 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Saya pilih @NajibRazak. Anwar Dah Sia-siakan Peluang Yng Ada - Tun Daim #tolakpakatan

Posted: 26 Mar 2013 08:00 PM PDT




Wawancara Tun Daim Zainduddin yang tersiar dalam Berita Harian dan The New Straits Times pada Ahad dan Isnin lalu sekadar mengesahkan lagi tanggapan ramai orang terhadap kebolehan dan kemampuan Anwar Ibrahim untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Sungguhpun Daim menyatakan bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, merupakan individu yang lebih mengenali Anwar Ibrahim, namun sesungguhnya Daim merupakan orang yang sangat akrab dengan Anwar dalam politik. Sebab itu, apabila Anwar dipecat, Daim mengambil langkah yang sangat berbeza daripada ahli politik lain.

Beliau tidak membuat banyak kenyataan terbuka mengenai Anwar Ibrahim, apatah lagi memburukkannya di khalayak awam. Namun Daim tidaklah sediam yang disangkakan. Apabila Anwar dipecat, Daim banyak mengadakan perjumpaan tertutup dan menerangkan pandangan beliau terhadap Anwar dan sokongannya kepada Dr. Mahathir. Penulis antara kumpulan mahasiswa yang dipanggil secara "diam" oleh Daim untuk menerangkan sisi pandangannya mengenai Anwar.

Selepas hampir 15 tahun, Daim tidak lagi diam. Beliau muncul secara terbuka menyatakan pandangannya terhadap Anwar. Bagi beliau, masa Anwar untuk menjadi Perdana Menteri telah berakhir. Kata Daim, "Anwar telah mendapat peluangnya dan ia telah berakhir. Sekarang masa untuk memberi peluang kepada Mohd Najib membuktikan kemampuannya."

Daim antara orang yang rapat dengan Anwar. Mereka seumpama belangkas dalam politik. Daim melalui kekuatan kewangan dan restu Dr. Mahathir telah melaksanakan agenda menaikkan Anwar Ibrahim hingga hampir ke persada kepimpinan UMNO dan Negara. Anwar tanpa bantuan Daim dan Mahathir tidak mungkin menjadi bintang politik sekelip mata meningkat naik tanpa melalui jalan susah dan payah seperti mana pemimpin lain.




Justeru tiada orang lain yang boleh membicarakan kemampuan Anwar sebagai ahli politik, ahli kabinet dan calon Perdana Menteri kecuali Daim Zainuddin. Berbanding Dr. Mahathir dan Sanusi Junid yang berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar Ibrahim, Daim memilih jalan yang sederhana.

Beliau tidak mempunyai perasaan dendam mahu pun marah terhadap Anwar. Anwar tidak menjejaskan apa-apa kehidupannya, Anwar juga tidak memberi apa-apa keuntungan pada dirinya. Daim tidak memerlukan apa-apa dari Mohd Najib mahu pun Anwar Ibrahim. Daim juga tidak akan terjejas jika siapa pun menang pilihan raya. Pada usia melebihi 70 tahun dan kekuatan empayar perniagaannya, Daim tidak tersangkut pada apa-apa beban untuk memihak kepada sesiapa pun.

Sebagai anggota kabinet yang berpengalaman, rakan Anwar dan mengenali Mohd Najib, Daim ibarat jauhari yang mengenal manikam dalam pilihan raya umum kali ini.

Daim secara berterus terang berpendapat bahawa rakyat Malaysia perlu memberi peluang kepada Mohd Najib melakukan transformasi dan perubahan dalam penggal akan datang.
Sesiapa yang mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim pasti akan bersetuju dengan kenyataan Daim yang berikut,

"Itu adalah apa yang beliau katakan, iaitu beliau adalah adiwira yang memerangi jenayah dan rasuah dan perlu ditumpaskan. Jika anda tahu perkara mengenai beliau yang saya tahu, bahawa dakwaannya adalah kelakar, dan paling berani ialah menyatakan ia adalah menegakkan kebenaran."

Sebab itu saya sentiasa tegaskan bahayanya Anwar ialah beliau lebih Sukarno daripada perkara lain. Semua ucapan berapi-apinya siap dengan kenyataan ekonomi, sebenarnya penghasut yang hebat.

Jika kita boleh meletakkan kepercayaan kepada Daim Zainuddin sebanyak dua kali untuk menyelamatkan ekonomi negara apakah kita tidak boleh memberi kepercayaan kali ketiga kepada beliau denganmemberi kepercayaan kepada Mohd Najib selama sepenggal ini?
Daim telah memberi satu rumusan terbaik kepada rakyat Malaysia,

Jika anda bertanya kepada saya, di antara Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan memberikan Najib peluang. Berikan beliau mandat dan lihat jika adakah mampu memenuhi kehendak kerana Anwar sudah mempunyai peluang, tetapi dia mensia-siakannya. Saya mahu Najib menang kerana saya tidak fikir Anwar adalah calon tepat untuk menjadi perdana menteri. Saya percaya beliau (Anwar) akan mengacau-bilaukan negara dengan mendapatkan nasihat daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan (Paul) Wolfowitz (bekas Presiden Bank Dunia).

Percayalah, Daim ada kelemahan, kekurangan dan kecacatan, namun untuk seorang manusia Melayu yang telah dua kali menyelamatkan negara ini dari bencana ekonomi, Daim adalah Jauhari dalam politik negara hari ini.

sumber: MY KMU

Menunggu Sesumpah Bersumpah #1Malaysia #tolakPR #tolakfitnah

Posted: 26 Mar 2013 06:59 PM PDT





Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak. 

Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur.  Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara.  Ia dijangka menjadi 'bom' untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.

Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa. 

Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu 'secara paksa' telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.  Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela? 

Ini kerana isu di sini bukan 'rela atau paksa' tetapi 'liwat atau tidak'.  Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat.

Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP.   Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat. 

Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme.  Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya. 

Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme.  Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya. 

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan 'kesucian' dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan.  Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan 'bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam' dan berbagai-bagai alasan lagi.  Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata "sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian." 

Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, 'telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman'.  Malah, kata penulis laman tersebut lagi, 'orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat' dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya. 

Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.   Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah.  Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar. 

Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu. 

Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan. 

Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar. 

Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata.  Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun. 

Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.  Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut. 

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong.  Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya. 

Selasa, 26 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 25 Mar 2013 11:46 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa's Response to AG

Posted: 25 Mar 2013 09:07 AM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 25 Mar 2013 07:45 PM PDT

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Najib, Kali Ini Rakyat Putus, Kalau Rakyat Kata Tukar, Tukarlah!

Posted: 25 Mar 2013 12:03 PM PDT

[VIDEO] Menteri Ambil, Komisen! Polis Ambil, Corruption!

Posted: 25 Mar 2013 12:02 PM PDT

[VIDEO] Saya Tak Sanggup Fitnah Yang Saya Tidak Tahu

Posted: 25 Mar 2013 11:58 AM PDT

[VIDEO] Harapan Rakyat Kepada Polis Sangat Tinggi

Posted: 25 Mar 2013 11:55 AM PDT

[VIDEO] Mengapa Melindungi Keganasan Yang Dilakukan Oleh Pemuda UMNO & Perkasa?

Posted: 25 Mar 2013 11:54 AM PDT

[VIDEO] Hishamuddin, Do Not Condone Political Violence

Posted: 25 Mar 2013 11:52 AM PDT

WAWANCARA ANWAR IBRAHIM DISIARKAN LANGSUNG MALAM INI DI RADIO FREE MALAYSIA (25 MAC 2013, 9PM)

Posted: 24 Mar 2013 10:01 PM PDT

Wawancara Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan disiarkan secara langsung malam ini bersama rakyat Malaysia di seluruh negara melalui siaran Radio Free Malaysia. Siaran wawancara yang menggemparkan ini, adalah untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim bercakap di radio sejak penyingkiran beliau dari kerajaan pada tahun 1998. Ianya akan menjadi wawancara khas sempena operasi stesen radio baru ini, Radio Free Sarawak (RFM).

Setiap malam di frekuensi AM / MW 1359, RFM akan menampilkan kandungan siaran yang melibatkan orang-orang yang selalunya tidak diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan. Stesen ini mempunyai nombor bebas tol dan rakyat Malaysia boleh menggunakannya dengan menghubungi (1-800-815-309).

Sementara rakyat Malaysia menunggu Parlimen untuk dibubarkan dan pilihan raya umum berlaku, mereka boleh mendengar pandangan dan pemikiran pemimpin Pakatan, dan membuat keputusan untuk diri mereka sendiri apa arah tuju yang terbaik bagi masa depan Malaysia.

Demokrasi adalah tentang pandangan, ungkapan, dan kami gembira untuk mengumumkan awal hari ini, ungkapan itu akan bermula. Bagi Malaysia yang lebih demokratik.

Untuk maklumat lanjut mengenai stesen, pengeluaran dan butiran kenalan, sila baca siaran dari stesen tersebut.

PEJABAT DATO ‘SERI ANWAR IBRAHIM
IBU PEJABAT KEADILAN
TROPICANA Selatan

Wee Choo Keong

Posted: 25 Mar 2013 03:52 PM PDT

Wee Choo Keong


Watan-Online bukan ANASIR asing

Posted: 25 Mar 2013 02:38 AM PDT

Watan-online telah menjawab posting saya bertajuk “Is Watan-Online another foreign outfit for “Regime Change” pada 23-3-2013.  Jawapan/Penjelasan Watan-Online di SINI. Untuk makluman sdr/sdri sidang pengarang Watan-Online yang saya hormati, bahawa Peraturan Dewan Rakyat 36 (6) hanya boleh digunakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sahaja dalam persidangan Dewan. Walaubagaimana pun saya amat memahami maksud sdra/sdri, kenapa Peraturan [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 25 Mar 2013 11:40 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Posted: 25 Mar 2013 12:24 AM PDT


Kenapa saya masuk PKR?

Posted: 25 Mar 2013 12:19 AM PDT


Anwar: Siasat pertemuan Najib & Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram

Posted: 25 Mar 2013 12:17 AM PDT


KOTA KINABALU 25 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pihak berkuasa menyiasat bukti bergambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram, pimpinan Kesultanan Sulu.
"Ada bukti bergambar foto pertemuan dengan Aziz Shamsuddin, Menteri dan bekas Setiausaha politik Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang terlibat dalam projek IC dan juga dengan Datuk Seri Najib.
"Patut ada siasatan rapi tentang hubungan mereka dengan pimpinan Umno. Tidak hanya menuding dan tohmah pemimpin pembangkang," kata Anwar pada sidang media bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah di Hoytel Hyatt, hari ini.
Media semalam melaporkan pasukan keselamatan mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna pada 23 Mac lalu ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Amir Bahar anak kedua Esmail Kiram kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.
Polis semalam melaporkan, lelaki berusia lewat 40-an itu adalah Menteri Pertahanan Sulu yang bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.
Kata Anwar, siasatan perlu dibuat kerana ia berkait dengan insiden keganasan di Lahad Datu dan projek IC yang memberi kesan terhadap keamanan di Sabah.
"Kenyataan Pakatan Rakyat jelas. Menyokong pasukan keselamatan. Tetapi kita mengingatkan, isu ini adalah isu nasional dan keselamatan negara dan tidak harus dipolitikkan," katanya.
Gambar yang tersebar di internet dan media sosial sejak sebulan lalu menunjukkan pertemuan pemimpin Umno dengan waris Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak pertengahan Februari 2013.
Antara pemimpin Umno yang dirakam bersama Esmail Kiram adalah Aziz Shamsuddin, Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Adbullah Ahmad Badawi. – SDQ
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48307

MB Negeri Sembilan tak faham konsep pemisahan kuasa- Prof Aziz Bari

Posted: 24 Mar 2013 10:59 PM PDT


KUALA LUMPUR 25 Mac: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak faham perlembagaan apabila menyamakan isu kerajaan sementara dengan konsep pengasingan kuasa, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau berkata demikian sebagai respon kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kerajaan negeri itu masih sah, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar, Selasa ini.
Hasan dalam kenyataan semalam berkata, menerusi sistem demokrasi berparlimen atau westminster, hanya kuasa oleh wakil rakyat akan terbubar jika DUN mencapai tempoh lima tahun, sementara kehakiman dan eksekutif masih perlu dijalankan.
Mengulas perkara itu, Aziz yang juga bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata, dalam sistem westminster di Malaysia, kuasa eksekutif iaitu pemerintah dilantik oleh legislatif (perundangan).
"Dia (Mohamad Hasan) tak faham perlembagaan. Kerajaan sementara tidak ada kena mengena dengan pemisahan kuasa.
"Dalam sistem westminster, kerajaan itu dilantik daripada dewan (legislatif). Jadi apa lagi autoriti yang dia ada.
"Kalau Dewan habis (bubar), bermakna habislah kerajaan itu. Ibarat pelantar, kalau pelantar dah runtuh takkan boleh bina rumah atas air," ujarnya ketawa ketika dihubungi.
Justeru Aziz menegaskan, kerajaan Negeri Sembilan tetap akan menjadi sebuah kerajaan haram, sekiranya kerajaan sementara tidak dilantik secara rasmi selepas 26 Mac ini.
"Maknanya, dia (Mohamad Hasan) tidak boleh buat keputusan penting selepas dilantik, tidak boleh ada mesyuarat Exco dan lain-lain. Dalam keadaan dewan sudah melepasi 5 tahun, apalagi moral yang dia ada. Kerajaan sementara kena dilantik secara formal," tegas beliau.
Oleh sebab itu katanya, pihak istana perlu melantik Mohamad Hasan sebagai ketua kerajaan sementara, sesegera yang mungkin.
Katanya lagi, jika tidak, ia akan menimbulkan pelbagai isu berhubung kemudahan yang diguna menteri besar itu, termasuk kediaman dan kenderaan rasmi serta soal pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.
Menurut Aziz, kerajaan sementara yang ditubuhkan selepas itu pula mesti melakukan tugasan rutin sahaja dan tidak boleh membuat keputusan penting seperti meluluskan peruntukan mengguna wang kerajaan negeri.
Ditanya mengenai negara yang mengamalkan sistem westminster seperti Bangladesh yang menetapkan kerajaan sementara secara rasmi dalam perlembagaan, Aziz berkata, ini kerana perlembagaan mereka dikira baru, berbanding Malaysia.
Di negara itu, selepas dewan parlimennya dibubar, kerajaan sementara akan diletak di bawah satu majlis khas yang diketuai Ketua Hakim Negara.
Ini bermaksud kerajaan sementara di Bangladesh bukan sekadar melibatkan fungsi kerajaan, tetapi perubahan organisasi.
Di Australia dan New Zealand, dokumen rasmi menyebut tentang amalan ini, namun kebanyakan negara mengamalkan kerajaan sementara secara konvensyen, atau tidak bertulis.
"Ini kerana mereka lebih bertamadun dan beradab. Di UK (United Kingdom), walaupun tidak ada perlembagaan bertulis, tetapi mereka mengikut adat, jika habis tempoh maka dewan akan terbubar sendiri," ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48289

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 25 Mar 2013 11:04 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Parti Berjasa tidak mesra saudara baru?

Posted: 25 Mar 2013 02:24 AM PDT




Antara matlamat Parti Berjasa yang terdapat di laman web mereka di berjasa.org pada fasa yang pertama dengan jelas mengatakan ; "Untuk mewujudkan  sebuah masyarakat harmoni dan adil bagi menyatupadukan orang Melayu berdasarkan Al-Quran, Al-Sunnah, Qias dan Ijmak".

Adakah ini bermakna Parti Berjasa tidak mengalu-alukan masyarakat dari lain-lain kaum juga di kalangan saudara baru atau mualaf dari bangsa India, Cina, Sulu, Bajau, Bugis dan termasuk juga dari KIMMA iaitu Kongres Indian Muslim Malaysia?