Isnin, 23 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 22 Jul 2012 07:28 PM PDT

Anwar Ibrahim


Lafaz ‘Janji Ditepati’ Untuk Janji Yang Mana?

Posted: 22 Jul 2012 10:45 AM PDT

Malaysiakini
Oleh Afif Bahardin

Ramai sedia maklum, “Janji Ditepati” menjadi platform utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retoriktransformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila “Janji Ditepati” singgah di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Tika "Janji Ditepati” menjadi jenama jelajah politik Perdana Menteri, saya tiada punya masalah, tetapi apabila ia menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara yakni “55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati” – itu masalah!

“Janji” membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala “Ditepati” pula bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz. Jika “55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati” menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana? Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020?

Janji manakah yang telah dipenuhi dan tepati seperti dimaksudkan eksekutif hari ini?

Bagi berlaku adil baik untuk rakyat dan sang pemerintah, wajar kita menyoroti kembali latar masa sejarah, 55 tahun ke belakang iaitu tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat di mana Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ selepas beliau membacakan satu pemasyhuran keramat. Arakian pemasyhuran tersebut menandakan detik perubahan dalam sejarah tanahair. Beralihnya dari status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas dan merdeka. Maka tiada ‘janji-janji’ lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai ‘Janji’ melainkan teks keramat – Pemasyhuran Kemerdekaan.

Ketika Pemasyhuran ini mula diperkenalkan, seluruh rakyat diminta membaca dan menghayatinya. Rakyat ketika itu rata-rata menyebut bahawa isi kandungan pemasyhuran tersebut sebagai sesuatu yang amat bernilai, sesuatu yang diibaratkan sebagai ‘sijil kelahiran’ negara merdeka. Malangnya, berbeda dengan dokumen penting negara lain seperti ‘Sumpah Pemuda 1928′ di Indonesia, pidato ‘Tryst with Destiny’ oleh Jawaharlal Nehru, Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dikarang Thomas Jefferson; pemasyhuran negara ini telah karam hampir tidak dibaca, apatah lagi diwacanakan secara serius. Apa yang penulis paling khuatiri adalah dengan pudarnya dakwat pemasyhuran, maka semangat idealismenya juga turut terhakis.

Pemasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 menyebut:

“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”

Jelas Pemasyhuran Kemerdekaan menyebut akan prinsip asas pembentukan negara bangsa Malaysia ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, amalan demokrasi berparlimen dengan penekanan khusus diberikan dalam menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini terpelihara. Sekali lagi kita tertanya, apakah 55 tahun merdeka, pemerintah Umno dan BN telah berjaya memenuhi atau menjunjung prinsip asas yang termaktub ini?

Amalan demokrasi yang matang dan baik haruslah mempunyai beberapa asas yang penting seperti suruhanjaya pengendali yang bebas dari segala bentuk tekanan politik, akses kepada media yang adil dan bebas, gelanggang politik yang sama luas’ dan rata untuk semua pihak serta punya usaha yang efektif dan berterusan untuk melibatkan seluruh rakyat di dalam proses itu.

Perbezaan pendapat atau pandangan politik juga diraikan di dalam amalan demokrasi yang matang, dan lebih penting perdebatan mahupun wacana serius dan berterusan adalah penting dalam menjelaskan kebijakan atau apa jua agenda yang ingin dibawa oleh sesiapa dapat diketengahkan kepada umum dan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh semua pihak.

Dalam amalan demokrasi di Malaysia, adalah salah apabila rakyat masih dimomokkan dengan hujah bahawa setiap lima tahun kita mengundi, membuktikan amalan demokrasi sudah terlaksana. Walhal proses demokrasi itu harus berterusan sehari-hari dan menjadi amalan kerajaan untuk melibatkan rakyat secara aktif di dalam proses itu. Lebih malang apabila amalan pilihanraya setiap lima tahun itu juga turut dinodai dengan penyelewengan dan penipuan yang melampau.

Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan daftar pemilih dikemaskini dan bersih dari pengundi dicurigai, amalan politik wang yang membarah, ‘gelanggang’ yang tidak sama rata antara parti pemerintah dan parti pembangkang, serta kebebasan media yang disekat – sekat; menunjukkan bahawa kerajaan Umno dan BN yang telah memerintah sejak 55 tahun lepas gagal untuk menepati ‘janji’ yang dimeterai bersama Pemasyhuran Kemerdekaan yang dilafaz Tunku Abdul Rahman.

Bagaimana pula dengan janji untuk menjunjung hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat seperti yang termaktub di dalam Pemasyhuran dan juga Perlembagaan negara? Saat artikel ini ditulis, mereka yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting masih lagi tidak dibebaskan, bahkan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan pun masih tidak dibuat lagi.

55 tahun merdeka, kita dihantui undang-undang drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta dan juga Peraturan Polis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjuarai transformasi, retorik pemansuhan akta seperti ISA, Akta Darurat dan juga beberapa akta lain. Malangnya transformasi yang dijanjikan masih tidak terlaksana dan sekadar indah khabar dari rupa.

Dengan kesedaran ini, tatkala slogan sambutan Kemerdekaan tanah air kali ke – 55 diumum sebagai '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati', tiada kata-kata yang lebih memualkan yang pernah lahir daripada Umno dan BN setakat hari ini.

Retorik politik sebegini rupa; mempergunakan sambutan nasional negara, sambutan yang sepatutnya menjadi hak milik seluruh rakyat, sebagai alat untuk parti pemerintah melaungkan pujuk – rayu, bukan itu saja, bahkan dengan berani melaungkan bahawa inilah masa untuk segenap rakyat membalas budi.

Tindakan Umno dan BN mempergunakan sambutan Kemerdekaan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 sebagai alat kempen adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab, memalukan dan memualkan. Strategi terbaru Umno dan BN ini membuktikan betapa mereka terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Konotasi seolah-olah rakyat terhutang budi kepada Umno dan BN, maka, bagi mengenang jasa, rakyat perlulah meneruskan kesinambungan kepimpinan kerajaan di bawah Umno dan BN. Rakyat diminta untuk tidak merenung jauh dan terima sahaja bahwa janji sudah dilaksana, oleh itu teruskan saja mengundi mereka menjadi kerajaan.

Perdana Menteri hari ini masih melaungkan Transformasi. Banyak wang dibelanjakan untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), dengan berbagai bentuk laporan dikeluarkan. Hakikatnya rakyat sedar. Janji asas yang terkandung di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan, sehingga hari ini gagal ditepati oleh Umno dan BN.

Melihat retorik politik terbaru yang dilaungkan Umno dan BN hari ini (baca : 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati), rakyat harus faham bahawa sebenarnya ini sajalah yang termampu dilakukan oleh Umno dan BN. Kerajaan autokratik ini sudah tiada kemampuan dan iltizam untuk meneruskan atau menjuarai apa yang kita panggil perubahan. Pada mereka, semuanya sudah tepu, maka rakyat terimalah seadanya. Mana–mana suara yang menentang atau tidak senada dengan mereka, maka orang-orang ini adalah pengkhianat.

Rakyat harus jelas akan janji yang kita wajib tuntut. Rakyat perlu kembali menoleh ke masa lampau – 55 tahun lalu. Generasi pendiri negara bangsa Malaysia yang merdeka ini berdiri di atas 'janji' yang sama.

Janji ini dibacakan pertama kalinya oleh Tunku Abdul Rahman dan diuar-uarkan ke seluruh negara. Janji yang menjadi tiang seri tertegaknya negara ini termaktub di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan dan telah dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Janji tersebut bagaimanapun mutakhir ini kelihatan jarang–jarang sekali meniti di bibir, bukan hanya di kalangan rakyat terbawah, bahkan cuba ditepis jauh–jauh oleh mereka yang telah kita amanahkan dengan kuasa dan masa depan negara kita.

Selagi janji ini tidak ditepati, jangalah sesiapapun tanpa segan melaungkan bahawa tugas mereka sudah selesai. Janji ini akan terus kita tuntut, kerana saya dan anda semua tahu, janji yang ini masih lagi belum terlaksana;

"….dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa."

- Pemasyhuran Kemerdekaan, 31 Ogos 1957

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Malaysia Hilang RM893b Dalam Aliran Keluar Haram, Kata penyelidik

Posted: 22 Jul 2012 10:36 AM PDT

The Malaysian Insider

Sejumlah RM893 billion dipercayai keluar daripada cukai ekonomi Malaysia ke luar negara antara 1970 dan 2010, demikian berdasarkan laporan kaji selidik berpangkalan di London, meletakkan negara berada di tangga tertinggi antara 20 negara membangun yang dilabelkan sebagai "tewas" dalam kehilangan modal.

Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada hutang Malaysia yang berjumlah RM257.2 bilion pada 2011, menurut laporan media sebelum ini.

Kajian yang dijalankan oleh Tax Justice Network (TJN), satu organisasi professional berpangkalan di London termasuk ahli-ahli ekonomi dan perunding cukai, Malaysia sekarang menduduki tangga ke-12 dua anak tangga di atas RM533 bilion aliran keluar Singapura dan ketiga di bawah Indonesia yang berjumlah RM1 trilion.

Menurut penyelidik James Henry di The Guardian UK hari ini, "ekonomi luar pesisir" meninggalkan satu impak utama dengan anggaran-anggaran ketaksamaan kekayaan dan pendapatan baru dalam mana-mana negara, serta anggaran-anggaran nisbah pendapatan negara dan hutang.

"Yang lebih penting — (ia akan) mempunyai kesan negatif amat penting di pangkalan-pangkalan cukai tempatan 'sumber' negara," kata Henry dipetik akhbar berkenaan.

Bekas ahli ekonomi dan ketua di perundingan McKinsey, dalam menyediakan laporan penyelidikan bertajuk "The Price of Offshore Revisited" untuk TJN, telah memperolehi data daripada Bank of International Settlements (BIS), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan para penganalisis sektor swasta untuk menyimpulkan bahawa lebih empat dekad lalu, satu anggaran mencemaskan sejumlah RM66 trilion atau mungkin RM100 trilion telah membanjiri daripada negara asal mereka merentasi dunia meresap masuk ke dalam "rekahan sistem kewangan".

Menurut The Guardian, ini malah lebih besar daripada saiz keseluruhan ekonomi Amerika.

Kajian berkenaan menunjukkan bahawa aset tersembunyi luar negara oleh mereka yang mahu mengelak cukai-cukai menandakan pekali gini rasmi sebuah negara menderita akibat kehilangan modal tidak akan mencerminkan satu gambaran sebenar.

"Standard mengukur ketaksamaan, yang cenderung untuk bergantung kepada kaji selidik pendapatan isi rumah atau kekayaan dalam setiap negara, secara radikalnya memperkecilkan jurang benar antara kaya dan miskin," lapor The Guardian.

Ahli TJN John Christensen berkata ini bermaksud bahawa ia menunjukkan ketaksamaan mungkin menjadi lebih "teruk," daripada perangkaan rasmi.

"Tetapi ahli-ahli politik masih bergantung pada lelehan memindahkan kekayaan untuk orang lebih miskin.

"Data baru ini menunjukkan bertentangan telah berlaku: untuk tiga dekad kekayaan luar biasa telah dialir ke dalam akaun-akaun luar negara satu bilangan yang kecil yang sangat kaya," katanya lagi.

Pada Disember tahun lalu, pemerhati Amerika Syarikat, Global Financial Integrity melaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan RM150 bilion melalui kehilangan modal dalam 2009 sahaja, keempat tertinggi untuk negara-negara membangun.

Pemerhati itu juga mendapati bahawa Malaysia telah kehilangan sejumlah US$338 bilion (RM1.08 trilion) pada dekad pertama abad ini manakala RM930 bilion telah keluar dari negara antara 2000 dan 2008, bertambah kepada RM218 bilion setiap tahun dari permulaan RM71 bilion dalam tempoh itu.

Pembangkang pusat telah lama mengkritik Barisan Nasional (BN) atas kekurangan dalam menguruskan fiskal Malaysia ekoran perbelanjaan yang mana dakwa mereka bakal menyebabkan negara ini berhadapan dengan krisis hutang suatu masa nanti.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

What Catholics Can Learn During Islam’s Holy Month

Posted: 21 Jul 2012 11:26 PM PDT

By Carol Glatz
Catholic News Service

The Muslim holy month of Ramadan, which started July 20 in many countries, is a time of fasting, prayer and repentance, when Muslims distance themselves from worldly activities in an effort to align their lives more closely with God and his laws.

According to the Vatican’s point man for dialogue with Islam, Ramadan is also an opportunity for Catholics to learn from Muslims’ example of obedience to the Almighty — and thereby strengthen their own Catholic faith.

Msgr. Khaled Akasheh runs the section for relations with Muslims at the Pontifical Council for Interreligious Dialogue, an office founded by Pope Paul VI in 1964, during the Second Vatican Council.

One of the most important aspects of Vatican II, Msgr. Akasheh toldCatholic News Service, was that “the church accepted all that is right and beautiful in religions.” The council thus fostered a culture in which theological disagreement did not mean disrespect for what others hold sacred.

Even half a century later, however, many Catholics perceive a tension between the need to respect other religious traditions and Christ’s call to bring his truth to all people.

“Managing mission and dialogue is perhaps the major theological challenge” in communicating with other faiths, Msgr. Akasheh said.

Catholic experts engaged in dialogue do not make any “explicit appeal to others to embrace our religion, but this doesn’t mean that we are not faithful to our faith and our mission, because in dialogue we say what we are,” he said.

For Msgr. Akasheh, who was born in Jordan and has taught at the seminary of the Latin Patriarchate in Jerusalem, dialogue is a process of witnessing to one’s own beliefs, learning about others and sharing common concerns.

Pope Benedict XVI’s famous 2006 speech in Regensburg, Germany, was part of that process, he said.

The pope’s quotation in the speech of a 14th-century Byzantine emperor who had described the legacy of the prophet Mohammed as “evil and inhuman” provoked violent reactions in much of the Islamic world.

But following that controversy, a whole new stage in dialogue was launched: The pope met personally with ambassadors of countries with a Muslim majority and with Italy’s Muslim leaders; 138 Muslim scholars from around the world wrote an open letter to Pope Benedict and other Christian leaders asking for a dialogue about shared values; and a new Catholic-Muslim Forum for dialogue held its first meeting at the Vatican in 2008.

Dialogue with Islam will be on the pope’s agenda again in September, when he is scheduled to meet with Muslim leaders during a three-day visit to Lebanon.

Msgr. Akasheh said interreligious dialogue at the theological level should be reserved for experts: people who know their own faith well; carry a mandate to speak officially in the name of their faith community; understand the beliefs, culture and language of their interlocutors; and who will never compromise on theology for the sake of agreement.

This is not the kind of dialogue underpinning peace deals or settlements that are founded on compromise and concessions, he said.

Therefore, talking theology with Muslims can present certain dangers for ordinary Catholics.

“There is a danger when we are not sufficiently strong and rooted in our Christian identity,” or lack knowledge of the basic tenets of the other faith, or fail to understand what true interreligious dialogue entails, he warned.

Friendship between lay Catholics and Muslims is a good thing, Msgr. Akasheh said, but the best way for everyday Catholics to engage with their Muslim neighbors is by becoming “better Catholics, better believers.”

BULETIN RAKYAT

Posted: 22 Jul 2012 11:04 AM PDT

BULETIN RAKYAT


Dekati Allah di bulan ramadhan ini

Posted: 21 Jul 2012 07:28 PM PDT

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat… dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah…" (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 22 Jul 2012 11:03 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pegawai Khas Blog Ali Rustam gaji tertunggak RM24,370?

Posted: 22 Jul 2012 02:23 AM PDT

Ahmad Faisal menunjukkan surat penolakan gaji ketika berkhidmat di pejabat sebuah parti politik.

(15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau. Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini.)

Pengendali blog tuntut tunggakan gaji
Sinar Harian - 22 Julai 2012

AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

"Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan," katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

"Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

"Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

"Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya.


Ali Rustam minta polis siasat blog palsu
MELAKA, 15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.
Beliau berkata, blog palsu itu ialah http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.
"Blog saya yang sebenar ialah www.mohdalirustam.com," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd. Ali berkata, kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.
Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya.
Mohd. Ali berkata tindakan pihak berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana orang akan fikir artikel dalam blog palsu itu dilakukan oleh beliau.
Percaya bahawa pihak yang melakukan perbuatan itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap dirinya, Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini. – Bernama


Malacca Governor's birthday honours list
Wednesday October 13, 2004
Pingat Bakti Masyarakat

Ahmad Faisal Mohd Yunos

Lagi wanita mangsa serangan asid di KL

Posted: 21 Jul 2012 06:45 PM PDT

Polis harus memberikan tumpuan untuk menangkap penjenayah yang merupakan pengganas sebenar negara yang mengancam keselamatan rakyat yang tidak dikelilingi atau dilindungi gerombolan polis, SB atau pengawal peribadi dalam kehidupan seharian rakyat marhaen. Sejak tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Dua sahabat disimbah asid
Harian Metro 22 Julai 2012

KUALA LUMPUR: Dua wanita yang juga rakan baik berusia lewat 30-an cedera di seluruh badan selepas disimbah asid dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Dewan Bahasa, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berjalan ke tempat letak kereta di kawasan itu bagi mengambil kenderaan mereka untuk pulang ke rumah.

Menurut sumber, ketika mangsa dan rakannya sudah menghampiri kenderaan, dua lelaki menaiki motosikal lengkap memakai topi keledar dilihat dipandu laju menuju ke arah mereka.

"Sebaik menghampiri mangsa, pembonceng motosikal itu mengeluarkan satu botol mengandungi cecair dipercayai asid lalu menyimbah ke arah mereka.

"Seorang daripada mereka terkena di belakang badan, tangan dan kaki manakala rakannya pula terkena di dada dan kaki," katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sebelum diberikan rawatan susulan.

Katanya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi, di sini, oleh mangsa menuntut siasatan lanjut dilakukan.


Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2012/02/penyerang-asid-kembali-serang-warga.html

2 lagi wanita disimbah asid di Rawang

28 Mac 2012 KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.


Penyelia pusat kecantikan cedera parah disimbah asid di hadapan kedai miliknya

KUALA LUMPUR 26 Feb. 2012 - Seorang penyelia di sebuah pusat kecantikan cedera parah selepas disimbah sejenis cecair yang dipercayai asid ketika berjalan kaki di hadapan kedainya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dekat sini semalam.

Iftar Amal

Posted: 21 Jul 2012 03:54 PM PDT


BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Jul 2012 01:20 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Gulai kawah Baling laris di bulan puasa

Posted: 23 Jul 2012 12:19 AM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Gulai kawah campuran rias batang pisang dengan daging atau tulang lembu sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di Baling.

Peniaga gulai kawah, Malik Mat Khir, 45, berkata dia terpaksa mendapatkan rias batang pisang setiap hari daripada sekurang-kurangnya 10 batang pokok untuk dimasak bersama daging cincang atau tulang lembu.

Malik yang berpengalaman memasak gulai kawah hasil belajar daripada tukang masak kenduri kahwin di Baling memberitahu bukan semua gulai kawah mampu menarik minat dan selera pembeli.

Katanya warna kuahnya yang kekuningan dan cair mampu menarik minat dan selera pembeli.

Malik berkata ramuan rempah untuk membuat gulai kawah adalah daripada jenis serbuk kari yang sesuai yang tidak terlalu pedas dan tidak berkuah pekat.

Malik berkata sejak dua hari berniaga di pasar Ramadan pekan Baling, setiap petang lebih 300 bungkus gulai kawah dijual kepada pelanggan.

"Rias batang pisang adalah daripada batang pisang jenis kebatu atau pisang awak.

"Rias pisang kebatu dan pisang awak sesuai dicampur dengan daging untuk gulai kawah kerana tidak mudah lembik dan rasanya juga sedap dan manis," katanya.

Sejak 3 petang, Malik akan mula menumis bahan gulai kawah di kawasan dia berniaga dan mula menjualnya seawal 5 petang dengan harga serendah RM3 sebungkus.

-Bernama

Teman lelaki hentak kepala

Posted: 23 Jul 2012 12:12 AM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

AMPANG: Seorang gadis bukan saja dihentak dengan topi keledar, malah turut dimalukan kekasih yang mengoyak pakaiannya di depan orang ramai gara-gara perselisihan faham berkaitan telefon bimbit.

Menurut sumber, kejadian berlaku di Pandan Indah jam 10.30 malam Jumaat lalu ketika mangsa yang berusia 19 tahun menunggu burger dipesannya siap.

Kekasihnya mahu menggunakan telefon bimbit milik mangsa, namun mangsa tidak memberi kebenaran dengan alasan tiada kredit.

"Teman lelaki mangsa yang berusia 26 tahun enggan mempercayainya dan berlaku pertengkaran antara mereka.

"Suspek menghentak kepala mangsa beberapa kali dengan topi keledar," katanya.

metro/-

Empat termasuk tiga pelajar maut nahas di Pahang

Posted: 23 Jul 2012 12:02 AM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUANTAN: Tiga pelajar lelaki dan seorang warga emas lelaki maut dalam tiga kemalangan berasingan di Pahang, semalam.

Dalam kejadian di Km5 jalan lama Bentong-Gombak dekat Bentong, penunggang motosikal, Muhammad Iwan Radzuan, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Iqbal Ahmad Fahairol, 13, maut selepas motosikal mereka terbabit nahas dengan sebuah lori.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim dalam kejadian 3.30 pagi itu pelajar tingkatan empat dan satu itu dipercayai terbabas di satu selekoh dan memasuki laluan bertentangan.

"Akibat itu, mereka bertembung dengan lori berkenaan yang dalam perjalanan dari arah Gombak menuju ke Bentong, kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan dan disahkan mati di tempat kejadian.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian lain, seorang pelajar kolej swasta, Muhammad Nur Nikmat Mohd Soffian Solian, 18, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Km148 Jalan Kuantan - Segamat dekat Rompin.

"Dalam kejadian 1.50 tengah hari itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Gambang ke Melaka melalui Jalan Segamat.

"Sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai terlanggar lopak air di sisi jalan sebelah kiri lalu terbabas ke bahu jalan sebelum terlanggar tiang elektrik," katanya.

Sementara itu dalam kejadian lain, seorang warga emas, Tew Chai, 72, dari Jalan Bahagia, Taman Angkasa di sini, maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Air Putih, dekat sini.

"Dalam kejadian 11.50 pagi itu, mangsa dari arah Semambu menuju ke Air Putih telah membelok ke simpang kanan secara tiba-tiba sebelum dilanggar kereta berkenaan secara bertentangan," katanya.

Mangsa disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Semua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama

Pakatan berhimpun sokong ambil alih SYABAS

Posted: 22 Jul 2012 11:50 PM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Sekumpulan 100 orang penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan MP Shah Alam Khalid Samad memimpin perhimpunan yang bermula jam 12 tengahari itu.

Selain pemimpin parti Pakatan Rakyat, turut hadir dalam perhimpunan itu adalah wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan pemimpin Gabungan NGO Selangor.

Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".

Satu memorandum turut diserahkan kepada wakil SYABAS dalam perhimpunan berlangsung selama kira-kira 45 minit itu.

Memorandum tersebut, yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.

Memorandum itu juga menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air.

Memo berkenaan juga menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2.

malaysiakini/-

Sifat-Sifat Rasulullah Menurut Al-Qur’an

Posted: 22 Jul 2012 12:18 AM PDT

2 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Hari ini, Mat ingin memulakan tulisan ini dengan menyampaikan dua buah hadith tentang kecintaan kepada Rasulullah saw. Pertama, hadis yang masyhur diriwayatkan dalam kitab-kitab ahli sunnah, di antaranya dalam Al-Targhib wal Takhib, sebuah kitab hadis yang sangat popular di antara kita. Kedua, hadis yang dikutip dari Bihar Al-Anwar, kitab hadis yang cukup besar dan menjadi rujukan mazhab Ahlul Bayt.

Hadis yang pertama menceritakan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah saw sedang berbincang-bincang dengan para sahabatnya, seorang pemuda datang mendekati Rasul sambil berkata, "Ya Rasulullah, aku mencintaimu." Lalu Rasulullah saw berkata: "Kalau begitu, bunuh bapakmu!" Pemuda itu pergi untuk melaksanakan perintah Nabi. Kemudian Nabi memanggilnya kembali seraya berkata, "Aku tidak diutuskan untuk menyuruh orang berbuat dosa." Aku hanya ingin tahu, apa betul kamu mencintai aku dengan kecintaan yang sesungguhnya? "

Tidak lama selepas itu, pemuda ini jatuh sakit dan pengsan. Rasulullah saw datang menjenguknya. Namun pemuda itu masih dalam keadaan tidak sedar. Nabi berkata, "Nanti kalau anak muda ini bangun, beritahu aku." Rasululah saw kemudian kembali ke tempatnya. Lewat tengah malam pemuda itu bangun. Yang pertama kali ia tanyakan ialah apakah Rasulullah saw telah berkunjung kepadanya. Diceritakanlah kepada pemuda itu bahawa Rasulullah saw bukan sahaja berkunjung, tapi beliau juga berpesan agar diberitahu jika pemuda itu bangun. Pemuda itu berkata, "Tidak, jangan beritahu Rasulullah saw. Bila Rasulullah harus pergi pada malam seperti ini, aku khuatir orang-orang Yahudi akan mengganggunya di perjalanan. "Segera setelah itu, pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pagi hari selepas solat subuh, Rasulullah saw diberitahu tentang kematian pemuda itu. Rasul datang melayat jenazah pemuda itu dan berdo'a dengan do'a yang pendek tetapi sangat menyentuh hati, "Ya Allah, sambutlah Thalhah di sisi-Mu, Thalhah tersenyum kepada-Mu dan Engkau tersenyum kepadanya."

Dengan hal itu Nabi menggambarkan kepada kita, bahawa orang yang mencintainya akan didoakan oleh Nabi untuk berjumpa dengan Allah swt. Allah akan redha kepadanya dan dia redha kepada Allah, Radhiyyatan Mardhiyyah. Dia tersenyum melihat Allah dan Allah tersenyum melihatnya.

Hadis yang kedua mengisahkan seorang peniaga minyak goreng di Madinah. Setiap kali dia hendak pergi, termasuk pergi ke pasar, dia selalu melewati rumah Rasulullah saw. Dia selalu singgah di tempat itu sampai dia puas memandang wajah Rasul.Setelah itu ia pergi ke pasar. Suatu saatetelah melepaskan rindunya kepada Rasul, seperti biasanya dia pergi ke pasar. Tapi tidak berapa lama selepas itu, dia datang lagi. Nabi terkejut sehingga bertanya, "Kenapa kau balik lagi?" Dia menjawab, "Ya Rasulullah, setelah saya sampai di pasar hati saya gelisah. Saya ingin kembali lagi.Izinkan saya memandang Engkau sebentar saja untuk memuaskan kerinduan saya. "Kemudian Rasul berbincang-bincang dengan orang itu.

Tidak lama selepas itu Nabi tidak lagi melihat tukang minyak itu lewat di depan rumahnya. Berhari-hari orang itu tidak lagi kelihatan batang hidungnya di hadapan Rasulullah saw. Lalu Rasul mengajak sahabat-sahabatnya untuk menjenguk dia.Berangkatlah mereka ke pasaran dan mendapat khabar bahawa orang itu telah meninggal dunia. Rupanya pertemuan sampai dua kali waktu itu merupakan isyarat bahawa dia tidak boleh lagi memandang wajah Rasulullah saw.

Rasul bertanya kepada orang-orang di pasar, "Bagaimana akhlak orang itu?" Mereka berkata, "Orang itu peniaga yang sangat jujur. Cuma ada sedikit sahaja, orang ini senang perempuan. "Kemudian Rasul berkata," Sekiranya orang itu dalam dagangnya agak lancung sedikit, Allah akan mengampuni dosanya kerana kecintaannya kepadaku. "Tetapi orang itu sangat jujur dan kecintaannya kepada Rasul dibuktikan dalam kejujurannya di dalam berniaga.

Dua hadis di atas menceritakan kepada kita tentang pentingnya mencintai Rasulullah saw. Sudah sering kita mendengar hadis yang berbunyi, "Belum beriman kamu sebelum aku lebih kamu cintai daripada dirimu, anak-anak kamu, dan seluruh umat manusia."

Kita semua diperintahkan mencintai Rasulullah saw. Mencintai Rasul merupakan sebahagian dari seluruh bangunan keislaman kita. Oleh kerana itu, dahulu para ulama melakukan pelbagai cara agar kecintaan kepada Nabi terus-menerus dibangkitkan. Di antaranya dengan menghias majlis-majlis mereka dengan bacaan selawat, mengadakan peringatan maulid, dan mengungkapkan kecintaan mereka dengan puisi-puisi, sehingga sepanjang sejarah sudah terkumpul beribu-ribu puisi yang ditulis untuk mendedahkan kecintaan kepada Rasululah saw.

Beberapa waktu yang lalu di masjid Asy-Syifa, Universiti Diponegoro, saya mengajak semua orang untuk kembali membangkitkan kecintaan kepada junjungan kita Rasulullah saw. Ada orang yang bertanya kepada saya: "Saya ingin mencintai Rasulullah, tapi apa yang harus saya lakukan supaya kecintaan itu tertanam di dalam hati saya. Kalau saya ini mencintai seorang perempuan, saya bayangkan wajahnya, rambutnya, dan bibirnya supaya tumbuh kerinduan saya kepada perempuan itu.Adakah saya perlu membayangkan wajah Rasululah saw, supaya saya boleh men-cintainya? "Waktu itu saya menjawab:" Inilah bencana yang paling besar yang menimpa kita sekarang ini. Kita hanya boleh mencintai sesuatu yang boleh dilihat, diraba, dan disaksikan. Kita ini sama dengan orang-orang kafir yang disebutkan dalam Al-Quran. Mereka hanya mencintai yang zahir saja, mata mereka tidak dapat menembusi hal-hal yang bathiniyah.

Jadi, kalau kita mahu mencintai, maka cinta kita hanya cinta fizikal saja, cinta yang sensual. Kita tidak dididik untuk mencintai orang bukan kerana tubuhnya. Di dalam ilmu percintaan, cinta kerana tubuh adalah tahap cinta yang paling rendah. Para ahli jiwa mengatakan, cinta pertama pada anak-anak adalah cinta pada sesuatu yang boleh dilihat. Menurut Sigmund Freud, pertama kali seseorang mencintai ialah ketika dia merasakan kenikmatan pada menyusu kepada ibunya. Itulah cinta yang paling rendah. Makin dewasa orang itu, makin abstrak atau makin tidak kelihatan cintanya.Sayang, nampaknya kedewasaan kita ini lambat.

Salah satu ciri ketidakdewasaan kita adalah bila kita mencintai sesuatu, itu disebabkan oleh hal-hal yang kukuh dan boleh dilihat. Kita cinta kepada gunung, kerana kehijauannya yang boleh dilihat dan kesejukkan anginnya yang boleh dirasakan. Bukan kerana keanggunannya dan misteri yang ada di sebalik gunung itu.Kalau kita menceritakan laut, yang kita ceritakan adalah gelombangnya, batu-batu karangnya, dan ikan-ikannya. Tidak kita ceritakan keluasan samudera itu, kedahsyatannya, dan pengaruhnya kepada jiwa kita. Sebab, semua hal itu terlalu abstrak dan kita terbiasa dengan hal-hal yang kukuh.

Ketika Pemilu, kita memilih parti bukan program-program. Kerana program bersifat abstrak, tidak kelihatan. Kita jugamemilih bukan kerana perilaku para politisinya, kerana perilaku itu tidak kelihatan.

Tapi saya tidak akan menceritakan hal itu, saya akan membawa anda mencintai Rasulullah saw dengan kecintaan yang lebih tinggi tingkatnya. Bukan kecintaan fizikal atau jasmaniah. Kecintaan jasmaniah itu adalah kecintaan ala ABG, yang tidak layak buat orang-orang dewasa seperti kita.

Kalau kita buka ayat Al-Quran, ketika Allah berkisah tentang Rasulullah saw, tidak pernah diceritakan sifat-sifat jasmaniah Rasulullah saw. Al-Quran selalu menceritakan sifat-sifat rohaniah Rasulullah saw. Bercerita tentang akhlak Rasulullah saw, bukan penampilan fizikalnya.

Berbeza dengan para sahabat. Kalau sahabat bercerita tentang Rasulullah saw sering berupa penampilan fizikalnya. Misalnya diceritakan bahawa Rasul itu kalau ketawa sampai kelihatan gusinya. Atau diceritakan tentang titisan peluh Rasul. Siti Aisyah pernah terpesona dengan titisan peluh di dahi Rasul, sampai dia berkata: "Ya Rasulullah, ingin saya bacakan sebuah puisi kepada." Lalu Siti Aisyah menuliskan puisinya dengan mengutip syair seorang Arab tentang titisan keringatnya. Saya tidak bermaksud mengatakan bahawa Siti Aisyah hanya mencintai Rasulullah saw kerana jasmaninya.

Saya ingin mengetengahkan satu ayat Al-Quran. Ada riwayat yang agak lucu tentang ayat ini. Katanya selepas Al-Quran terkumpul dan tertulis pada zaman Abu Bakar, seseorang berkata bahawa ada satu ayat yang hilang. Pada waktu itu, seseorang yang mengumpul-kan ayat mesti membawa saksi satu orang. Sehingga jumlah pengumpul ayat ada dua orang. Seseorang berbicara, "Ada yang terlewat, satu ayat belum masuk ke situ." Dia hanya seorang diri, tidak mempunyai saksi. Namanya Khuzaimah bin Tsabit. Lalu orang-orang berkata, "Kesaksian Khuzaimah bin Tsabit dikira menjadi dua, kerana hanya dia yang mengetahui ayat Al-Quran ini."

Lepas dari persoalan hadis ini sahih atu tidak, ayat itu bercerita tentang akhlak Rasullullah saw dan ayat itu sering menjadi wirid kita semua. Mungkin ini juga merupakan cara agar kita mampu memasukkan akhlak itu dalam kehidupan kita.Ayat itu berbunyi, "Laqad Jâ'akum Rasûlum min anfusikum …" (Surah al-Taubah 128).Menurut Fakhrur Razi, kata anfusikum menurut qira'at nabi saw, qira'at Fatimah as, dan qira'at Aisyah dari Ibnu Abbas as harus dibaca Anfasikum. Dibacanya difathahkan bukan didhammahkan. Hal ini akan kita ceritakan kemudian.

Fakhrur Razi menjelaskan ada empat sifat Nabi yang tergambar dalam Surah At-Taubah ayat 128. Pertama, min anfusikum, dari kalangan sendiri. Nabi berasal dari sesama manusia seperti kamu. Nabi yang datang itu bukanlah Nabi yang datang sebagai makhluk ghaib, bukan pula Superman, tapi Nabi yang datang dari tengah-tengah manusia. Bahkan Nabi diperintahkan untuk berkata bahawa Nabi adalah manusia seperti kita semua, seperti dalam ayat "Qul innama ana basyârum mitslukum …" (Surah Al-Kahfi 110) Nabi adalah manusia biasa. Kalau ia berjalan, ada bayang-bayang badannya. Kalau terkena panas matahari, berkeringat kulitnya.Kalau terkena anak panah, berdarah tubuhnya. Ia bukan manusia istimewa dari segi jasmaniahnya, ia pun merasakan lapar dan dahaga. Al-Qur'an menegaskan bahawa kehidupan Nabi itu sama seperti kehidupan manusia biasa. Nabi dapat merasakan kepedihan dan penderitaan seperti manusia biasa yang mendapatkan musibah.

Dalam qira'at Min Anfasikum, diterangkan bahawa kata Anfas mengandungi erti yang paling mulia. Jadi ayat ini bererti, "Sudah datang di antara kamu seorang Rasul yang paling mulia." Ertinya Rasulullah diakui kemuliaannya, bahkan sebelum Rasul membawa ajaran Islam. Dia adalah orang yang paling baik di tengah-tengah masyarakatnya dilihat dari segi akhlaknya. Sebahagian orang ada yang menyebutkan bahawa Rasulullah berasal dari kabilah yang paling baik. Jadi sifat pertama nabi adalah yang paling mulia akhlaknya, sampai orang-orang di sekitarnya memberi gelar Al-Amin, orang yang dipercayai.

Sifat kedua-dua Nabi ialah, berat hatinya melihat penderitaan umat manusia. Para ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan dengan berat hati Nabi ialah kalau manusia menemui hal-hal yang tidak enak. Dalam riwayat yang lain, yang diertikan dengan berat hati Rasul ialah jika orang Islam berbuat dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan bahawa sampai sekarang Rasulullah masih dapat melihat perbuatan-perbuatan kita dan Rasul akan menderita jika melihat kita berbuat dosa. Kerana beliau sangat ingin supaya kita memperoleh petunjuk Allah. Bahkan Rasul sampai bersujud di hadapan Allah agar diizinkan untuk dapat memberi syafaat kepada umatnya.

Jalaluddin Rumi bercerita dalam salah satu syairnya yang dibukukan dalam Al-Matsnawi tentang Rasulullah saw. Pada suatu hari di masjid, Rasul kedatangan serombongan kafir yang meminta untuk bertamu. Mereka berkata, "Kami ini datang dari jarak yang jauh, kami ingin bertamu kepada Engkau, Ya Rasulullah." Lalu Rasul membawa para tetamu tersebut kepada para sahabatnya. Salah seorang kafir yang bertubuh besar seperti raksasa tertinggal di masjid, kerana tidak ada seorang sahabat pun yang mahu menerimanya. Dalam syair itu disebutkan, ia tertinggal di masjid seperti tertinggalnya ampas di dalam gelas. Mungkin para sahabat takut menjamu dia, kerana membayangkan harus menyediakan bekas yang sangat besar.

Lalu Rasul membawa dan menempatkannya di sebuah rumah. Dia diberi jamuan susu dengan mendatangkan tiga ekor kambing dan seluruh susu itu habis diminumnya. Dia juga menghabiskan makanan untuk lapan belas orang, sampai orang yang ditugaskan melayani dia jengkel. Akhirnya pegawai itu menguncinya di dalam. Tengah malam, orang kafir itu menderita sakit perut. Dia hendak membuka pintu tapi pintu itu terkunci. Ketika rasa sakit tidak tertahankan lagi, akhirnya orang itu mengeluarkan kotoran di rumah itu.

Setelah itu, ia merasa malu dan terhina. Seluruh perasaan bergolak dalam fikirannya.Dia menunggu sampai menjelang subuh dan berharap ada orang yang akan membuka pintu. Pada saat subuh dia mendengar pintu itu terbuka, segera saja dia lari keluar. Yang membuka pintu itu adalah Rasulullah saw.

Rasul tahu apa yang terjadi kepada orang kafir itu. Ketika Rasul membuka pintu itu, Rasul sengaja bersembunyi agar orang kafir itu tidak merasa malu untuk meninggalkan tempat tersebut.

Ketika orang kafir itu sudah pergi jauh, dia teringat bahawa azimatnya tertinggal di rumah itu. Jalaluddin Rumi berkata, "Kerasukan mengalahkan rasa malunya.Keinginan untuk mendapatkan barang yang berharga menghilangkan rasa malunya. "Akhirnya dia kembali ke rumah itu.

Sementara itu, seorang sahabat membawa tikar yang dikotori oleh orang kafir itu kepada Rasul, "Ya Rasulullah, lihat apa yang dilakukan oleh orang kafir itu!" Kemudian Rasul berkata, "Ambilkan wadah, biar aku bersihkan." Para sahabat meloncat dan berkata, " ya Rasulullah, engkau adalah Sayyidul Anam. Tanpa engkau tidak akan diciptakan seluruh alam semesta ini. Biarlah kami yang membersihkan kotoran ini. Tidak layak tangan yang mulia seperti tangan membersihkan kotoran ini. "" Tidak, "kata Rasul," ini adalah kehormatan bagiku. "Para sahabat berkata," Wahai Nabi yang namanya dijadikan sumpah kehormatan oleh Allah, kami ini diciptakan untuk berkhidmat kepadamu. Kalau engkau melakukan ini, maka apalah ertinya kami ini. "

Begitu orang kafir itu datang ke tempat itu, dia melihat tangan Rasulullah saw yang mulia sedang membersihkan kotoran yang ditinggalkannya. Orang kafir tidak sanggup menahan emosinya. Ia memukul-mukul kepalanya sambil berkata, "Hai kepala yang tidak mempunyai pengetahuan." Dia memukul-mukul dadanya sambil berkata, "Wahai hati yang tidak pernah memperoleh fail cahaya." Dia bergetar ketakutan menahan rasa malu yang luar biasa. Kemudi-an Rasul menepuk bahunya menenangkan dia. Singkat cerita, orang kafir itu masuk Islam.

Boleh jadi cerita Jalaluddin Rumi ini adalah sebuah metafora. Suatu lambang bahawa kedatangan Rasul adalah untuk membersihkan kotoran dan noda-noda yang ada pada diri kita. Betapa banyaknya kaum muslimin menodai rumah Rasul dengan kemaksiatan dan akhlak yang buruk. Kita ini sama dengan orang kafir yang menaburkan kotoran di rumah Rasul yang suci. Bezanya ialah, kita percaya kerana kecintaan Nabi kepada kita, Rasul akan menghulurkan syafaatnya kepada kita.Derita kita adalah juga derita Rasul. Kerana itu, jangan ragu-ragu untuk datang meminta syafaatnya dan bersimpuh di hadapan Nabi sambil mengucapkan, "Yâ Abal Qasim, Ya Rasulallah, Yâ wajihan 'indallah, Isyfa'lanâ' indallah."

Terlalu banyak kotoran yang kita taburkan di rumah Nabi yang mulia. Seperti tertulis dalam sebuah puisi Iqbal. Ketika sakit keras, Iqbal pernah berdoa: "Ya Allah kalau Engkau adili aku di hari kiamat nanti, jangan dampingkan aku di samping Nabi Al-Musthafa. Kerana aku malu mengaku sebagai umatnya padahal hidupku bergelumang dalam dosa. "

Kita sebenarnya perlu malu seperti malunya orang kafir itu. Kita datang berziarah kepada Rasul di bulan Maulid ini dengan membawa seluruh kemaksiatan. Kita sudah banyak mengotori rumah Rasul yang mulia dengan akhlak yang tercela. Tapi kita percaya bahawa Nabi mendengar jeritan kita. Kita sedari kejelekan akhlak-akhlak kita dan kita malu bertemu dengan Rasul dengan membawa dosa. Tetapi kita percaya bahawa kita menantikan tepukan tangan Rasul untuk mententeramkan batin kita dan mengharapkan syafaatnya.

Sifat ketiga Rasullullah saw, ialah bahawa ia sangat ingin agar kaum muslimin memperoleh kebaikan. Ia ingin memberikan petunjuk kepada umatnya. Keinginan untuk memberikan petunjuk kepada kita begitu besar, sehingga Rasul bersedia memikul seluruh penderitaan dalam berdakwah.

Adapun sifat keempat Rasulullah saw, ialah bahawa ia sangat penyantun dan penyayang kepada kaum mukminin. Menurut para ahli tafsir, belum pernah Allah menghimpunkan dua nama-Nya sekaligus pada nama seorang Nabi, kecuali kepada Nabi Muhammad saw. Nama-nama yang dimaksudkan ialah nama Raûfur Rahîm.

Raûfur Rahîm itu adalah nama Allah. Nama itu pun dinisbahkan Allah kepada Rasulullah. Menurut sebahagian ulama, Raûfun ertinya penyayang dan Rahîm ertinya pengasih. Jika kedua-dua kata itu digabungkan dalam satu tempat, maka ertinya berbeza. Menurut sebahagian ahli tafsir, nama itu bererti sifat Nabi yang penyayang tidak hanya kepada orang yang taat kepadanya, tapi juga penyayang kepada orang yang berbuat dosa. Nabi melihat amal kita setiap hari. Beliau berduka cita melihat amal-amal kita yang buruk.

Dalam riwayat yang lain, Rasul itu Raûfun Liman Râ'ah, Raĥīmun Liman Lam yarah.Ertinya, Rasul itu penyayang kepada orang yang pernah berjumpa dengannya dan juga penyayang kepada orang yang tidak pernah berjumpa dengannya. Suatu hari Rasul berkata, "Alangkah rindunya aku untuk berjumpa dengan ikhwani." Para sahabat bertanya, "Bukankah kami ini ikhwânuka." "Tidak," jawab Rasul, "kalian ini sahabat-sahabatku. Saudara-saudaraku adalah orang yang tidak pernah berjumpa denganku, tapi membenarkanku dan beriman kepadaku. "Rasul sangat sayang kepada orang yang tidak pernah berjumpa dengan Rasul tetapi beriman kepadanya.

Di dalam Tafsir al-Durrul Mantsur, diriwayatkan sebagai berikut, "Berbahagialah orang yang beriman kepadaku, padahal tidak pernah berjumpa denganku." Rasul menye-butnya sampai tiga kali. Rasul juga sayang bukan hanya kepada orang Islam sahaja, tetapi juga kepada orang kafir.

Saya akan menceritakan hadis lain. Diriwayatkan bahawa ketika Rasul berdakwah di Thaif, Rasul dilempari batu sehingga tubuhnya berdarah. Kemudian Rasul berlindung di kebun Uthbah bin Rabi'ah. Rasul berdo'a dengan do'a yang sangat mengharukan.Rasul memanggil Allah dengan ucapan, "Wahai yang melindungi orang-orang yang tertindas, kepada siapa Engkau akan serahkan aku, kepada saudara jauh yang mengusir aku?" Kemudian datang malaikat Jibril dan berkata: "Ya Muhammad, ini Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu. Dan ini malaikat yang mengurus gunung-gunung, diperintah Allah untuk mematuhi semua perintahmu. Dan dia tidak akan melakukan apa-apa kecuali atas perintahmu. "Lalu malaikat dan gunung berkata kepada Nabi," Allah memerintahkan aku untuk berkhidmat kepadamu. Jika engkau mahu, biarlah aku jatuhkan gunung itu kepada mereka. "Namun Nabi berucap," Hai malaikat dan gunung, aku datang kepada mereka kerana aku berharap mudah-mudahan akan keluar dari keturunan mereka orang-orang yang mengucapkan kalimah Lailaha illallah. "Nabi tidak mau menurunkan azab kepada mereka. Nabi berharap kalau pun mereka tidak beriman, keturunan mereka nanti akan beriman.Kemudian berkata para malaikat dan gunung, "Engkau seperti disebut oleh Tuhanmu, sangat penyantun dan penyayang."

Kasih sayangnya tidak terhad kepada umatnya. Perasaan cinta kita kepada Nabi tidak setanding dengan besarnya kecintaan Nabi kepada kita semua. Kecintaan Nabi terhadap orang-orang yang menderita begitu besar. Menurut Siti Aisyah, Nabi tidak makan selama tiga hari berturut-turut dalam keadaan kenyang. Ketika Aisyah bertanya apa sebabnya, Nabi menjawab, "Selama masih ada ahli shufah-orang-orang miskin yang kelaparan di sekitar masjid-saya tidak akan makan kenyang." Dan itu tidak cukup hanya pada saat itu, Nabi juga memikirkan umatnya di kemudian hari.Beliau khuatir ada umatnya yang makan kenyang sementara tetangga di sekitarnya kelaparan.

Kerana itu, Nabi berpesan, "Tidak beriman kamu, jika kamu tidur dalam keadaan kenyang sementara tetanggamu kelaparan." Nabi pun berkata, "Orang yang senang membantu melepaskan penderitaan orang lain, akan sentiasa mendapat bantuan Allah swt." Empat sifat Rasulullah kepada umatnya, yang sangat luar biasa.

Marilah kita kenang kecintaan Rasulullah yang agung kepada kita dan bandingkanlah apa yang boleh membuktikan kecintaan kita kepadanya. Sekarang kita bertanya, sudah sejauh mana kita mengikuti sunnah Rasulullah saw? Bolehkah akhlak kita seperti akhlak Nabi sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Taubah 128? Bagai-mana kita dapat ikut merasakan penderitaan orang-orang di sekitar kita?Bagaimana kita menjadi orang yang berusaha agar orang-orang lain itu hidup bahagia dan memperoleh petunjuk Allah? Bagaimana kita menumbuh-kan sikap Raûfur Rahîm di dalam diri kita seperti Rasulullah saw contohkan kepada kita?

Marilah kita sebarkan kecintaan kepada Rasulullah saw di dalam diri kita, keluarga kita, dan pada masyarakat di sekitar kita. Akhirul kalam, yang harus selalu kita ingatkan pada diri kita adalah misi Rasulullah yang paling utama, iaitu misi akhlak yang mulia. Tidak ada artinya menisbahkan diri kita kepada Rasulullah saw tanpa memelihara akhlak yang mulia. Hendaknya kita selalu malu untuk mengucapkan selawat kepada junjungan kita, sementara di belakang kita penuh dengan dosa dan maksiat. Kita telah mengotori rumah Rasulullah saw dengan akhlak buruk kita.

BLOG AMMAR/-

Salam Perjuangan

Posted: 22 Jul 2012 11:14 PM PDT

Salam Perjuangan


APA SALAHNYA ARTIS SERTAI PAS?

Posted: 22 Jul 2012 09:02 AM PDT

1 Ramadhan 1433 H | 21 Julai 2012 

SHAH ALAM – PAS mengakui memanfaatkan penglibatan artis dalam politik bagi menarik golongan muda untuk terus bersama memperjuangkan politik baru dan sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mempertikaikan perkembangan tersebut.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penglibatan artis dalam politik terutamanya penyertaan mereka dalam Pas telah memberi kesan positif bagi menarik golongan muda bersama pihaknya mengubah kerajaan.


Menurutnya, artis adalah golongan yang mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri serta boleh dimanfaatkan dengan tujuan yang baik.


"Ya memang benar penglibatan artis berkesan untuk menarik anak-anak muda pada masa sekarang yang lebih menggemari hiburan dan seni sertai PAS.


"Apa salahnya kita manfaatkan artis untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berlandaskan Islam kepada anak muda yang mengikuti golongan tersebut," kata beliau kepada
 Sinar Harian Online.

Beliau berkata, PAS tidak pernah menawarkan penglibatan artis dalam politik untuk menyertai Pas, tetapi mereka sendiri mengambil inisiatif untuk berubah menjadi seorang yang mengikut landasan Islam, antaranya menutup aurat.


"Alhamdulillah, penglibatan artis itu bukan kita paksa atau kita ajak, tapi mereka terikut budaya tutup aurat. Golongan muda bersama PAS gembira apabila artis kegemaran berjaya untuk yakinkan mereka dengan PAS telah membawa dimensi baru," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.


Tuan Ibrahim berkata, kerjaya seni artis tidak dihalang dan mereka perlu bijak memilih sesuatu lakonan dan sebagainya dengan lebih baik selaras dengan budaya yang diamalkan mereka selepas menyertai Pas.


"Artis sudah ada program dan aktiviti sendiri, kami tak halang, malah aktiviti tersebut berjaya menarik golongan muda menyokong Pas dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi.


Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penglibatan artis dalam Pas telah memberi kesan kepada golongan muda dan berjaya menarik mereka menyertai parti pembangkang itu.


Katanya, PAS tidak menggunakan artis sebagai jalan menarik golongan muda tetapi mereka secara tidak langsung telah membawa golongan tersebut bersama-sama merubah kerajaan.


"Memang benar artis bagi kesan menarik anak muda sertai PAS dan PR, tapi kami tak ajak, mereka sendiri yang datang kepada PAS.


"Barisan Nasional (BN) tak sepatutnya prejudis tentang perubahan ini, biar kami buat cara kami dan mereka buat cara mereka," katanya.

Mahfuz berkata, walaupun artis telah menyertai PAS, namun pejalanan seni mereka tidak akan terbatas tetapi akan menjadi salah satu perubahan kepada industri seni tanah air. -
SinarHarian

misbahul munir

Posted: 22 Jul 2012 09:24 PM PDT

misbahul munir


RAYUAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN

Posted: 22 Jul 2012 08:56 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Jul 2012 07:25 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan Helikopter

Posted: 22 Jul 2012 04:03 PM PDT

PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan Helikopter


PAS Sarawak ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan helikopter milik Sebiro Holdings yang terhempas di Sungai Triso, Sri Aman baru-baru ini.
Mereka meninggal semasa menjalankan tugas mereka dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sebuah sekolah di Nanga Merit, Kapit.
Kepada keluarga Siti Khuzaimah Anwar, 27, dan Peter Ato Mayau, 53, dan juga Henry Loh agar terus tabah dan sabar menghadapi ujian yang penuh dengan cabaran ini. Setiap yang hidup pasti akan mati dan kita semua akan pasti menemui Tuhan suatu hari nanti.
Untuk keluarga Siti Khuzaimah, semoga roh beliau ditempatkan bersama dengan roh orang-orang yang soleh lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini.

Takziah dari PAS Sarawak.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Sarawak PAS express condolences to family's victims of Helicopter accident

Sarawak PAS would like to express condolences to the family's victims of helicopter accident owned by Sebiro Holdings that crashed in the river Triso, Sri Aman recently.

They died during carry out their duties on the way to do a school building project in Nanga Merit, Kapit.

To the family of Siti Khuzaimah Anwar, 27, and Peter Ato Mayau, 53, and also Henry Loh continue to persevere and patience enough to face this challenges. Every living would surely die and we all will sure to meet God one day.

For the family of Siti Khuzaimah, May her spirit was placed together with the spirits of the righteous especially in the month of Ramadan that is full of grace and blessing.

Condolences from PAS Sarawak

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

Mana Janji Ditepati Untuk Penduduk Senadin Untuk Mendapat Masjid Baru?

Posted: 22 Jul 2012 03:58 PM PDT

Masjid At Takwa Sudah DiBaikPulih, Bagaimana Pula Dengan Masjid Baru Senadin?
MIRI - PAS Miri sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian pihak berwajib yang telah membaik-pulih Masjid At Taqwa Miri dengan menyiapkan lantai baru dalam masjid setelah sekian lama menghadapi kerosakan teruk akibat kebocoran air hujan.

Cuma bumbung masjid saja yang masih lagi perlu dibaikpulih kerana ada masalah teknikal yang perlu diselesaikan. Walaubagaimana pun sekurang-kurangnya imej Masjid At Takwa dalam bandaraya Miri nampak kemas dan elok dipandang daripada sebelumnya.
Satu lagi masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib iaitu Masjid baru Senadin yang dirancang dalam kawasan perumahan Senadin sehingga kini belum nampak ada sebarang perkembangan.
Setelah sekian lama penduduk di situ menunggu pihak kerajaan membina masjid baru di kawasan perumahan mereka, dan wang derma sudah pun dikumpul dari berbagai pihak tetapi tiada tanda masjid baru tersebut akan dibina. Cuma ada plan masjid yang cantik tapi tapak masjid pun belum ditetapkan lagi.
Begitu juga dengan lain-lain masjid dalam parlimen Miri dan Sibuti seperti Masjid di Bekenu yang perlu dibaikpulih sepenuhnya, sebab ada pihak mengatakan ada menteri yang berjanji akan memberi peruntukan dari Kerajaan untuk mendapat peruntukan bagi pembinaan masjid berkenaan.
Konsep menunggu pungutan wang dari penderma mungkin akan mengambil masa yang terlalu lama, memandangkan pendapatan dan gaji pekerja penduduk di Sibuti agak terhad seperti (Pekebun dan warga veteran yang sudah pencen).

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menampung pembinaan masjid baru bagi kampung Sebuyau. Adakah penduduk kampung Senadin juga kena tunggu Datuk Seri Najib datang mengumumkan peruntukan tersebut?

Kemana perginya Slogan "Janji Ditepati" sekiranya masih banyak lagi janji-janji semasa pilihanraya dulu sampai sekarang belum ditepati?

Kita mendesak pihak yang berkenaan menepati janji-janji mereka sebelum Pilihanraya Umum ke13 nanti, kerana rakyat sudah bosan dengan janji-janji yang belum lagi ditepati selama ini. Sampai bila mereka harus menunggu? Setahun, lima tahun atau 1 abad lagi barulah dapat? Fikirlah setiap yang hidup pasti mati, yang kekal hanya Allah.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Masjid At Takwa has been renovated, How about New Senadin Mosque?
MIRI - PAS Miri once again express thanks for the attention of the authorities, who have done renovations the Masjid At Taqwa Miri with complete new floor in the mosque after a long face severe damage due to leakage of rain water.

Only the mosque roof would still be repaired because there are technical issues to be solved. However, at least the image of Masjid At Taqwa in Miri city looked neat and beautiful than before.

Another problem that must be addressed by the authorities namely the new Senadin mosque planned in the neighborhood of Senadin until now not seen any progress.
After a long period the residents wait the government to build a new mosque in their areas, and donations have already been collected from various parties, but no sign of the new mosque will be built.There are only plan of the mosque, the mosque was beautiful but the site has not been determined yet.

Similarly to the other mosques in Miri and Sibuti parliament as the Mosque in Bekenu that need to be fully renovated, because there is the minister promised that there will allocate funds from the Government to obtain funding for the construction of the mosque.
The concept of waiting for the collection of money from a donor may take a long time, since the income and salary workers in Sibuti relatively limited population such as (Farmer and veteran who has retired).
Recently, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has announced an allocation of RM1 million to support construction of new mosques for Sebuyau village. Are Senadin villagers also having to wait for Datuk Seri Najib to come announced that provision?

Where it goes the slogan "The promise fulfilled" if there are still many promises during the election until now have not been fulfilled?

We urge the parties concerned meet their promises before the 13th General Election later, because people are fed up with promises that are not yet fulfilled all these years. How long they should wait? A year, five years or a century more only then can? Think about, every living surely die, which remained only God.

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 22 Jul 2012 03:04 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


tazkirah ramadhan 30 saat (3)

Posted: 22 Jul 2012 10:54 AM PDT

Tazkirah Ramadhan 30 saat (3) Justeru Allah tunjukkan kekuatan sebenar nabi Adam عليه السلام kepada para malaikatNya melalui penggunaan akal yang disiapkan untuk menuju ke alam atas, alam malakut dan kesucian melalui kecintaan dan kedambaan kepada ilmu dan makrifat. Akhirnya para malaikat sedar dan akur dengan kelebihan kurniaan Allah kepada nabi Adam. Manusia bukan malaikat [...]

Tazkirah Ramadhan 30 saat (2)

Posted: 21 Jul 2012 09:19 AM PDT

Tazkirah Ramadhan 30 saat (2) Bulan Ramadhan penuh isi dan anugerah kurniaan Allah. Antara yang paling agung adalah ibadah berpuasa yang menjadi rukun dan tiang ugama Islam.  Kebesaran ibadah puasa begitu jelas sehingga kita sering memanggil bulan Ramadhan itu sebagai bulan puasa, sehinggakan pula, ia kadang-kadang menjejaskan peluang kita untuk melihat kelebihan isi-isi lain di [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 22 Jul 2012 01:17 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Mengucapkan Salam Ramadhan Kepada Semua Umat Islam.

Posted: 21 Jul 2012 06:33 PM PDT


Perutusan daripada Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA."
(Al-Baqarah :183)

Tujuan/maqasid diwajibkan puasa adalah supaya umat islam menjadi berTAQWA.

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha.)



Amatlah rugi bagi mereka yang apabila berakhirnya bulan Ramadhan, mereka hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Banyak ayat Al-quran dan Hadis yang membicarakan soal Ramadhan. Jadi, kita sebagai umat islam haruslah mengikut setiap apa suruhan Allah bagi menjadikan kita orang yang bertaqwa.

Ramai orang yang berbicara, apabila tiba Ramadhan ia adalah bulan untuk beribadah dan ramai yang beranggapan bahawa ibadah hanyalah ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan berzakat. Hakikatnya, ibadah adalah suatu perkara yang bersifat umum. Setiap perkara baik yang diniatkan kerana Allah SWT akan dikira ibadat. Apatah lagi berjihad dan berjuang dijalan Allah, ia adalh satu ibadah yang sangat tinggi nilainya.


Kami, Dewan Pemuda PAS sentiasa komited bagi memastikan bahawa agama Islam ini akan berada di peringkat tertinggi di atas muka bumi ini. Sebagaimana kemenangan Islam yang pertama dalam perang Badar, begitulah juga kami Dewan Pemuda PAS ini. Kami akan berjuang dan berjihad bagi memastikan Sekularisma yang dibawa oleh penjajah dan kini diteruskan oleh BN akan dikuburkan dan Islam akan tertegak di bumi Malaysia ini.


Takbir, Takbir, Takbir..


Mohd Jawhar Mat Dawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil. 

Pemuda PAS Sandakan

Posted: 22 Jul 2012 01:04 PM PDT

Pemuda PAS Sandakan


Edar Risalah Ramadhan

Posted: 21 Jul 2012 04:00 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Jul 2012 09:41 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Laporan polis terhadap ADUN Kota

Posted: 21 Jul 2012 06:51 PM PDT



21 Julai 2012 - Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota, Parlimen Rembau, Zamri Mad yang membuat laporan terhadap ADUN BN Kota, Dr Awaluddin Said kerana menurunkan bendera PAS di Bongek mahu wakil rakyat itu memohon maaf.

Zamri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau selepas kejadian berlaku 17 Julai lalu.
Ketika dihubungi hari ini, Zamri berkata, sehingga hari ini Dr Awaluddin belum membuat sebarang permohonan maaf kepadanya.

"Beliau sebagai wakil rakyat mesti menunjukkan teladan baik sesuai dengan statusnya seorang ADUN.

"Tindakan Awaluddin menurunkan bendera PAS kononnya untuk mendamaikan orang PAS dan Umno tidak boleh diterima.

"Apa kena mengena menurunkan bendera PAS dengan mendamaikan orang PAS dan Umno.?"

Menurut Zamri, Awaluddin sebelum ini merupakan seorang wakil rakyat yang bersih tetapi tindakan menurunkan bendera PAS boleh menjatuhkan nama baiknya.

Beliau menambah, sebagai wakil rakyat beliau mesti bertindak adil kepada semua orang tidak kira penyokong kerajaan atau pun pembangkang.

"Bendera kami banyak yang hilang tetapi apabila mengadu kepada Majlis Daerah Rembau (MDR), mereka menjawab apa boleh buat?" kata Zamri lagi.

Iftar Amal

Posted: 21 Jul 2012 03:53 PM PDT


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 22 Jul 2012 09:12 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Selamat Datang Bulan Jihad, Bulan Tarbiyah – TG Hj Nik Zawawi Nik Salleh

Posted: 22 Jul 2012 03:39 AM PDT

RUSILA, 19 JULAI: Seluruh pemuda PAS Terengganu bertuah kerana berkesempatan untuk mendengar taujihat dan motivasi persiapan Ramadhan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Hj Nik Zawawi Nik Salleh di Masjid Rusila, Khamis lalu.

Beliau hadir menyampaikan ucapan perasmian sekaligus melancarkan Bulan Tarbiyah anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Kehadiran beliau telah mengubat hati seluruh pemuda yang hadir setelah YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tidak dapat bersama-sama dalam majlis untuk melancarkan Bulan Tarbiyah DPPNT Tahun 1433H.


" Pertama-tamanya marilah kita meletakkan perasaan syukur yang amat sangat kepada Allah Subhanahu Wa Taala yang memberi keizinan kepada kita –insyaallah- untuk kita bersama-sama dengan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Barangkali kalau kita renung, ramai dalam kalangan pemuda ataupun orang yang berumur yang tidak diizin oleh Allah Subhanahu Wa Taala menyambut Ramadhan pada tahun ini. (Sedangkan) Mereka bersama-sama kita menyambut Ramadhan pada tahun lepas. ", ujar beliau memulakan ucapan.

 " Kelebihan yang berada dalam bulan Ramadhan ini terlalu besar. Kelebihan yang hanya dianugerah oleh Allah kepada umat Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam. Walaupun ibadat puasa ini difardhukan oleh Allah Subhanahu Wa Taala sejak daripada zaman sebelum Rasulullah sebagaimana firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah. Kita mesti ingat kelebihan yang diberi kepada umat Muhammad sangat berbeza dengan sekalian umat yang lain sehingga Nabi Sollallahu'alaihiwasallam menyebut dalam hadis baginda janji keampunan kepada mereka yang menyempurnakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ihtisab"

Beliau turut menarik perhatian seluruh pemuda supaya memahami hakikat Ramadhan yang dilalui sepanjang tahun. Ramadhan yang difardhukan oleh Allah mempunyai makna yang tersendiri dalam membina jati diri pejuang agama Allah Taala.

" Apakah  dia ibadat Ramadhan yang difardhukan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada kita? Bagaimana cara kita menyambut Ramadhan? Bagaimana cara kita mentarbiyah, mendidik diri kita di dalam Bulan Ramadhan yang dipanggil sebagai ' Madrasatun Tarbawiyyah'?" soal beliau membuka minda para pemuda untuk menghayati erti Ramadhan.

Arahan Ketua DPPP Buat Seluruh Pimpinan Pemuda Semua Peringkat

" Satu institusi yang mendidik dan membentuk jiwa manusia supaya manusia mengenali Allah dan dalam waktu yang sama manusia mengenali diri mereka sendiri. Kelebihan Ramadhan sangat banyak sehingga kita melihat Nabi Sollallahu'alaihiwasallam mentafsirkan kepada kita Syahru Ramadhan melalui praktikal Rasulullah"

" Allah Subhanahu Wa Taala menjadikan sepanjang perjalanan Islam yang diterjemahkan oleh Rasulullah secara amali, secara praktikal selama 23 tahun. Peperangan yang pertama yang berlaku dalam Islam iaitu Peperangan Badar; Allah mentakdirkan berlaku di dalam Bulan Ramadhan. Allah Taala telah menetapkan sejak dari azali bahawa peperangan pertama di dalam Islam berlaku dalam Bulan Ramadhan", tegas beliau membangkitkan semangat anak pemuda dalam menghadapi Ramadhan.

 " Disusuli dengan Peperangan Ahzab walaupun kemuncak Peperangan Ahzab berlaku di dalam Bulan Syawal tetapi persiapan yang menggugat jiwa orang yang tidak kuat iman kepada Allah semuanya berlaku dalam Bulan Ramadhan. Peristiwa menggali parit, peristiwa bagaimana umat Islam menerima tamparan hebat daripada ucapan golongan munafiqin apabila golongan ini mengatakan Islam tidak akan menang kali ini"

Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Tarbiyah DPPNT

Posted: 22 Jul 2012 02:45 AM PDT

RUSILA, 19 JULAI: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Tarbiyah di Masjid Rusila Marang.

Majlis yang pada asalnya dijangka akan dirasmikan oleh YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama' PAS Pusat, Al-Fadhil Tuan Guru Hj Nik Zawawi Nik Salleh. Tuan Guru Presiden tidak dapat merasmikan program tersebut kerana baru tiba daripada siri lawatan beliau ke Mesir dan Morocco. 


Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Hj Nik Zawawi Nik Salleh, Ketua Penerangan BPPNT. Sebaik sahaja selesai solat sunat ba'diah Maghrib, majlis pelancaran diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis yang juga Ketua Lajnah Tarbiyah DPPNT, Us Kamaruzzaman Abdullah. Beliau mengajak seluruh hadirin supaya bersyukur kerana berkesempatan untuk bersama seorang tokoh ulama' muda walaupun tidak dapat bersama Tuan Guru Presiden. Beliau turut mengharapkan supaya kedatangan bulan Ramadhan akan menguatkan lagi roh anak muda untuk berjuang menegakkan agama Allah Taala.

Selepas itu, ucapan disampaikan oleh Al-Fadhil Us Mohd Nor Hamzah selaku Ketua DPPNT bagi mewakili DPPNT yang menganjurkan majlis tersebut. Beliau terlebih dahulu merakamkan rasa syukur kerana DPPNT berjaya menghimpunkan anak muda untuk bersama-sama menghidupkan Ramadhan sebagai bulan tarbiyah. Selain itu, beliau turur bersyukur kerana kehadiran al-Fadhil Tuan Guru Hj Nik Zawawi sebagai tokoh pelapis bagi menggantikan tuan guru-tuan guru dalam PAS yang semakin lanjut usianya.

Para pemuda turut diingatkan bahawa  Ramadhan adalah bulan untuk kita mendidik segala yang berada pada tubuh kita samada jasmani mahupun rohani untuk tunduk kepada Allah Taala. Pemuda sepatutnya menjadi wakil PAS untuk bertemu seluruh pemuda-pemuda bagi memahamkan mereka betapa pentingnya tarbiyah. Walaupun secara zahir, kita dilihat berada dalam keadaan serba kekurangan pada zahirnya, kita tetap mempunyai peluang menguasai arena jihad ini dengan bekalan taqwa kepada Allah Taala. Istimewanya apabila Ramadhan hadir untuk membuahkan rasa taqwa dalam diri seluruh pejuang agama Allah Taala.

Acara kemuncak merupakan ucapan perasmian oleh Al-Fadhil Tuan Guru Hj Nik Zawawi Salleh. Beliau menceritakan mengenai peristiwa-peristiwa perang yang berlaku sepanjang Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disusun oleh Allah untuk kita menjadi semakin kuat, bukannya semakin lemah. Maka, bolehlah dikira Ramadhan adalah Bulan Jihad.

Selesai perasmian, seluruh hadirin menunaikan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ketua DPPNT, Us Mohd Nor Hamzah. Majlis berakhir dengan bacaan Ma'thurat yang dipimpin oleh Naib Ketua DPPNT, Us Kamaruzzaman Abdullah.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 22 Jul 2012 09:11 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


KERAJAAN PR SELANGOR LAKUKAN APA YANG PATUT

Posted: 21 Jul 2012 08:25 PM PDT














Selangor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS

Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:

1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir);
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.

Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Jasindaily Online

Posted: 22 Jul 2012 09:10 AM PDT

Jasindaily Online


Duit baru Malaysia

Posted: 21 Jul 2012 06:16 PM PDT


Inilah gambaran duit malaysia yang baru dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia.Nampak Cantik bukan ? tapi kalau kita buat perbandingan dengan bank dari Republik Rakyat China ? Sama Tak ? Nilaikan sendiri dimana kedudukan kita sebenarnya 

Memang Takkan Berubah

Posted: 21 Jul 2012 04:01 PM PDT


Berita ini pasti takkan keluar dari mana-mana media milik kerajaan kerana mereka tak cerdik dalam mencari isu dan memahami isu tapi mereka lebih pandai memainkan isu dan memusingkan isu. Itulah antara salah satu sebab rakyat malaysia semakin pening dengan politik malaysia dek kerana pengamal media tak pandai nak memurnikan isu . 


Jangan Pandang Sebelah Mata Saja

Posted: 21 Jul 2012 03:57 PM PDT


UMNO / BN kata DAP musuh Islam tapi ce kita tengok apa yang dia musuhi sangat Islam ni. Atau UMNO / BN sendiri yang malu alah dengan apa yang orang bukan islam buat. Kita jangan buat salah tafsiran atau salah penilaian terhadap orang. Jangan rasis dengan sesuatu bangsa kalau ianya bawa manfaat pada semua 

Melaka Berani Buat Ke ?

Posted: 21 Jul 2012 03:54 PM PDT


Kalau diperhatikan terdapat banyak perbezaan dulu dan kini ,terpulanglah pada kita untuk membuat penilaian yang sebaiknya 

Syarikat Arak Mirzan kendali PETRON

Posted: 21 Jul 2012 03:49 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 22 Jul 2012 07:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ULAMA HANYA SAYAP PARTI ? MUNGKIN HANYA SEDIKIT AGAMA DI HATI!

Posted: 21 Jul 2012 11:42 PM PDT

PERUTUSAN RAMADHAN 1433 : KETUA DPPK BAGAN DATOH

Posted: 21 Jul 2012 08:47 AM PDT

RAMAI SUDAH CELIK POLITIK : BOB LOKMAN

Posted: 21 Jul 2012 08:30 AM PDT

MANA LEBIH UTAMA BAGI UMAT ISLAM?

Posted: 21 Jul 2012 08:07 AM PDT