Khamis, 19 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 18 Apr 2012 07:07 PM PDT

Anwar Ibrahim


Samseng Serang Mahasiswa di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 05:24 PM PDT

Harakah

KUALA LUMPUR, 19 April: Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi, lapor KeadilanDaily.
 
Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.
 
(Kanan: Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.)

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.
 
"Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar," kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.
 
Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.
 
Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.
 
Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'.
 
(Kiri: Khemah mahasiswa yang dirosakkan kumpulan samseng.)

Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.
 
"Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk," katanya.
 
Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.
 
"Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.
 
(Kanan: Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini.)

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.
 
Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.

Mansuh PTPTN, Tapi Yang Kaya Mesti Bayar

Posted: 18 Apr 2012 01:57 PM PDT

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa golongan kaya perlu membayar semula pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) walau Pakatan Rakyat komited untuk memansuhkan bayaran itu.

Anwar berkata, Pakatan akan berusaha untuk menyediakan rangka kerja untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman semula itu.

Namun langkah itu lebih banyak melibatkan golongan miskin dan juga yang berpendapatan sederhana yang tidak mampu membiaya pendidikan selain melalui pinjaman, katanya.

Katanya lagi, peluang pendidikan bukanlah satu masalah kepada golongan kaya dan maha kaya, katanya lagi,

“Saya dengar, anak lelaki bos AirAsia (Tan Sri) Tony Fernandes pun memohon (pinjaman PTPTN), ini tak munasabah,” katanya dengan berjenaka dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

PRU13: Selangor Tidak Bubar Dun Serentak Jika SPR Gagal Bersih Daftar Pemilih

Posted: 18 Apr 2012 01:46 PM PDT

Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilihyang dipertikaikan pembangkang.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, petang ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika PRU13 diadakan dalam tempoh singkat ini, Selangor tidak akan turut serta selagi SPR tidak membersihkan senarai daftar pemilih.

Pada 17 November lepas, Abdul Khalid berkata, Dun Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas
Jun 2012.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang

Posted: 18 Apr 2012 04:09 AM PDT

Jom Bersih 3.0

20 April 2012 (Jumaat)

1)    5.00 ptg – Perjumpaan Dengan Masyarakat India

          Lokasi : Ladang Alma, Bukit Mertajam

2)    7.00 mlm – Solat Dan Tazkirah Maghrib

         Lokasi: Masjid Daerah Balik Pulau

3)    8.00 – 11.30 mlm – Majlis Makan Malam

         Lokasi: Komplek Sukan Balik Pulau

4)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YAB Lim Guan Eng

iii.                YB Dato' Mansor Othman

iv.               YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

v.                 YB Fauziah Salleh   

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Jom Bersih 3.0

         Lokasi : Taman Cermai, Sama Gagah, Permatang Pauh

6)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YAB Lim Guan Eng

iii.                YB Dato' Mansor Othman

iv.               YB Dato' Salleh Man 

Tamrin Ghafar: Don’t Let BN Pawn Our Country

Posted: 17 Apr 2012 09:54 PM PDT

Malaysiakini

A pre-Bersih 3.0 rally last night raised eyebrows when Tamrin Abdul Ghafar, son of former deputy prime minister Abdul Ghafar Baba, made his debut by urging the crowd to throw their support behind the April 28 sit-in protest to demand clean and fair elections.

Tamrin (right) took to the stage and declared: "I have a clarification to make, I am still an Umno member."

This invited laughter and some jeers from nearly 2,000 people who filled the muddy field in Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"But today, I have decided to come down to the ground with you because I can no longer bear to see the electoral system being manipulated for the sake of maintaining power," he said.

Tamrin claimed that it was his first time speaking on stage since 1986. He was last spotted in 2010 with Opposition Leader Anwar Ibrahim at a ceramah, but he was then a guest and made no speech.

Last night's rally, marking the 10-day countdown to the massive protest expected at Dataran Merdeka on April 28, saw several participants wearing the trademark yellow Bersih T-shirt.

They sat on makeshift mats on wet grass to listen to speeches by some 31 activists, student leaders and politicians.

Tamrin contrasted premier Najib Abdul Razak's administration with that of his father.

He said Abdul Razak had willingly surrendered power after assuming absolute authority as head of the National Operations Council following the May 13, 1969 riots.

"But today, I am saddened to see that our country can simply be sold to foreigners for the sake of winning (the general election)," he said.

Pointing to media reports that tens of thousands of foreigners were being granted instant citizenship in exchange for votes, Thamrin related that he too, had come across a Pakistani taxi driver, who was in fact a Malaysian citizen.

He also conveyed a message to the crowd from Umno veteran and Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah, popularly known as Ku Li.

"Ku Li has clearly said that he supports what Bersih is doing and he is also supportive of calls by Anwar and allies for PTPTN to be abolished in favour of free education. This is the best investment for our country," he said.

‘Don't let them steal the election’

Another surprise guest was former information minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir who urged the audience not to allow BN to "steal the election".

"I was an Umno member for 56 years and it was a party owned by the members, the leaders were clean. But as time passed, it appeared that it had become their (selected few) fathers' party.

"They stole this and stole that, I could no longer tolerate it and quit as a minister at the peak of my career,” he said.

"After I quit, I remained silent but the stealing became worse. Millions were no longer enough, its now in the billions, in the end I could no longer take it and quit the party.”

He said elections cannot be called until the government provides fair access to the media and stops abusing government machinery, the police and the army to give it an upper hand in the polls.

"Don't forget that 48 percent of people voted for Pakatan Rakyat in 2008 without media access, half of the country was being blacked out… this is not a democracy.”

Abdul Kadir, who claimed that he had secretly supported the two Bersih rallies in 2007 and 2011, pledged to show up on April 28. He was then handed a Bersih T-shirt which he put on.

Others who spoke at the rally included PAS deputy president Mohamad Sabu, PKR deputy presidents Nurul Izzah Anwar and Tian Chua, PSM secretary-general S Arulchelvan, former Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin, Bersih steering committee members Maria Chin Abdullah and Hishammuddin Rais, Himpunan Hijau steering committee member Clement Chin and Solidariti Mahasiswa Malaysia chief Safwan Anang.

Also gracing the event was Anne Ooi who shot to fame during the Bersih rally last July when she was photographed standing in front a phalanx of Federal Reserve Unit (FRU) officers holding a yellow flower and drenched in acid- laced water.

The retired teacher, accompanied by Kota Raja state assemblyperson Dr Siti Mariah Mahmud, cheekily told the crowd to give Najib "a headache".

"Are afraid of the police? Are you afraid of Umno? Are you afraid of Kuala Lumpur City Hall (DBKL)?" she asked, to which the crowd roared "No!"

Dataran Merdeka, the main venue for Bersih 3.0 rally which is expected to be simultaneously staged in more than 50 cities locally and globally, is under the jurisdiction of DBKL.

‘Rally for justice, no more deaths’

Azhar Mohd Kassim, the nephew of Baharuddin Baharuddin Ahmad who had died amid the chaos of the police crackdown in the Bersih 2.0 rally, appealed to the crowd to fulfill his uncle's last wish.

"When my uncle left for the protest, he said he was doing it for justice… I hope that you can join the rally to uphold justice," he said.

However, Azhar said he hoped the rally this time would not face a similar police crackdown and result in injuries and deaths.

As Bersih co-chairperson A Samad Said, better known as Pak Samad took the stage, marking the final lap of the rally, the audience huddled closer to listen to the 77-year-old national laureatte.

"We have received hurtful answers from the Election Commission that constantly favour those in power… it is time for everyone to take responsibility if our democracy is tainted,” he said.

"April 28 will be an important day to voice our dissatisfaction with what has happened in the last 54 years.”

Pak Samad also commended the student activists who have taken a two-week head start to camp at Dataran Merdeka in spite of harassment from DBKL.

"If they (authorities) insist on evicting you from Dataran Merdeka (Independence Square), then it is Dataran Penjajah (Colonialists Square); therefore anyone who prevents our right to gather at Dataran Merdeka is a colonialist," he said.

Later, some 300 people visited the students, who entered the fifth day of camping there.

Police and DBKL officers have remained mum so far on whether Bersih will be allowed to hold its rally at Dataran Merdeka.

However, the organisers say they will go ahead with the rally with or without the authorities' consent.

Misteri Tugasan Luar Negara Shafee

Posted: 17 Apr 2012 07:56 PM PDT

Malaysiakini

Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam.

Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum.

Shafee juga akan menjelajah tiga negara – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi.

Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta dan mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya.

Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu.

Wee Choo Keong

Posted: 18 Apr 2012 03:03 PM PDT

Wee Choo Keong


“NOW EVERYONE CAN FLY MAS WITH LOW COST FARE” – PART 2

Posted: 17 Apr 2012 07:27 PM PDT

Updates @ 7:50 pm on 18-4-2012: Today yours truly has received a reply from MOF regarding the question on the amount of consultancy fees for “WAU” that MAS paid to BinaFikir Sdn Bhd, when it was owned by Tan Sri Azman Mokhtar and his most trusted crony Rashdan who has been embroiled with abused of [...]

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 18 Apr 2012 02:27 PM PDT

PKR PENGKALAN HULU


Elizabeth Wong Bersama Mahasiswa Di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 06:12 AM PDT

Tian Chua Bersama Mahasiswa Di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 06:10 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 18 Apr 2012 09:24 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


(Bersih 3.0 Countdown) Black: Lagu Baru UMNO

Posted: 18 Apr 2012 08:02 AM PDT

Sedangkan beruk pun takut memanjat pokok tua yang tinggi, takkanlah .......

Posted: 18 Apr 2012 07:49 AM PDT

Secara peribadi, saya menyokong tuntutan mahasiswa supaya PTPTN dimansuhkan. Saya telah menulis tentang isu ini sejak dua tahun yang lalu apabila kita semua nampak PTPTN ini sebenarnya merupakan satu perkara yang boleh membantutkan pembentukan 'human capital' seperti yang disebut-sebut oleh pemimpin kita. Setakat ini seramai 130,000 orang graduan telah disenaraihitamkan oleh PTPTN kerana gagal membayar balik pinjaman yang mereka terima dari PTPTN ini.

Hari-hari saya terbaca pemimpin-pemimpin kita, baik menteri-menteri atau pun penyokong UMNO yang seperti biasa sentiasa menyebelahi pemimpin yang tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh graduan-graduan muda kita yang bermasalah ini. Setengah daripada penyokong membuta tuli dan pengampu UMNO sekarang ini menyokong kata-kata pemimpin untuk mendapat 'point' untuk termasuk ke dalam senarai 'winnable candidate' dalam pilihanraya yang semakin hampir ini. Menjadi calon adalah perkara yang 'ultimate' bagi ramai pemimpin UMNO sekarang ini.
.
Walaupun saya menyokong sepenuhnya tuntutan pelajar-pelajar ini, saya begitu 'pessimistic' tentang kejayaan tuntutan ini kerana PTPTN ini bukan setakat membiayai pelajar dengan memberikan pinjaman pembiayaan pelajaran. PTPTN ini wujud kerana 'business' besar kepada kroni-kroni besar dalam 'industry' pelajaran ini. Ratusan IPTS wujud di negara ini dan lesen IPTS-IPTS ini diperolehi oleh kroni-kroni besar dari IPTS-IPTS ini bergantung kepada PTPTN untuk mendapat sumber kewangan melalui pelajar-pelajar yang kehausan pendidikan ini.

Untuk memendekkan cerita yang panjang, PTPTN ini hanya memberikan keuntungan besar kepada pengusaha-pengusaha bidang pendidikan swasta negara kita sahaja. Ramai di antara yang berada di dalam Lembaga Pengarah IPTS ini merupakan kroni-kroni dan yang memegang kepentingan peribadi mereka. Budaya berniaga secara senang ini memang sudah sebati didalam pemikiran rakyat. Kebanyakkan daripada IPTS-IPTS ini tidak mencari keuntungan yang berpatutan tetapi mereka merupakan kumpulan 'profiteers' gergasi yang mengambil kesempatan atas keperluan asas rakyat ini.

Banyak kali blog ini menulis tentang pelajaran percuma untuk rakyat dan ini bukannya cadangan yang ganjil atau pandangan yang 'isolated'. Banyak negara memberikan pendidikan kepada rakyatnya secara percuma. Negara-negara itu bukan pun negara pengeluar minyak seperti negara kita.

Malahan pelajaran percuma ini bukannya tidak pernah berlaku di negara ini. Dari awal kemerdekaan sehingga ke tahun tujuh puluhan, mahasiswa kita diberikan biasiswa di peringkat universiti dan mereka telah ditanggung oleh kerajaan. Semasa itu wujud 'state scholarship' dari setiap negeri-negeri dalam Persekutuan ini dan ada juga 'federal scholarship' yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Petronas dan Bank Bumiputra telah memperuntukkan banyak biasiswa semasa itu. Ribuan biasiswa telah disediakan oleh Petronas dan BBMB kerana Tengku Razaleigh Hamzah yang mengetuai kedua-dua syrikat GLCs ini telah bertegas untuk menjadikan pelajaran sebagai 'ingredient' penting untuk pembangunan negara kita.

Jika dahulu sebelum negara kita melalui zaman kemajuannya, kerajaan telah memberikan biasiswa kepada semua mahasiswa, kenapa pula sekarang negara yang dikatakan oeh pemimpin kita sebagai negara hampir maju ini memberhentikan pemberian biasiswa kepada rakyatnya? Pada zaman itu tidak pernah kita mendengar pelajar memohon pinjaman untuk belajar di peringkat universiti.

Sekarang rakyat yang masih muda telah menerima padahnya kerana disenaraihitamkan oleh kerajaan kerana tidak mampu untuk membayar balik pinjaman yang kesemuanya telah pergi kepada IPTS-IPTS dan kapitalis kroni-kroni pemimpin-pemimpin kita. Kerajaan kita telah mengambil kesempatan atas keperluan yang terdesak rakyat untuk belajar dengan menjadikan pinjaman PTPTN sebagai syarat utama sebelum menerima pelajar masuk ke kampus-kampus mereka.

Kerajaan sepatutnya membayar segala kos pembelajaran rakyat di peringkat universiti ini. PTPTN telah menjadikan graduan-graduan kita tidak 'marketable' lagi di dalam pasaran pekerjaan kerana telah disenaraihitamkan oleh PTPTN. Bagaimana graduan- graduan muda ini hendak memajukan diri mereka jika mereka masih terbelenggu dengan hutang seperti menghadapi 'along-along berlesen' seperti PTPTN ini.

Saya begitu teruja untuk memberikan pandangan terhadap komen Dr Mahathir yang meminta semua yang tidak bersetuju dengan PTPTN supaya tidak mengambilnya dan meminta supaya mereka memulangkan kembali pinjaman yang telah diambil mereka itu. Ini merupakan komen yang amat menyakitkan yang datang dari seorang pemimpin besar sedangkan mereka yang berdemonstrasi itu adalah mereka yang bakal menghadapi masalah seperti yang sedang dihadapi oleh mereka yang telah keluar dan mendapat ijazah mereka itu.

Dr Mahathir tidak boleh menjawab secara begitu kepada mereka yang sedang memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan pelajaran secara percuma seperti rakyat di kebanyakan negara di dunia ini. Jika kita ambil 'equation' yang saya anggap sebagai 'silly' ini, saya juga ingin mencadangkan kepada Mirzan, anak beliau yang telah menggunakan pengaruh bapa beliau mengambil wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang telah digunakannya untuk menyelamatkan perniagaannya pada 1998 dahulu. Tidak ada sebab Mirzan mengambil wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya selain daripada sebab dia anak Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sehingga ke pentadbiran Najib ini telah membazirkan wang rakyat sehingga bertrillion ringgit tetapi pinjaman anak-anak muda yang sedang memulakan kehidupan mereka dikejar dan dipintas oleh undang-undang yang menekan seperti tekanan PTPTN ini. Anak-anak muda hanya inginkan pendidikan percuma, bukannya hendak menyelamatkan perniagaan mereka seperti yang dilakukan oleh Mahathir dalam isu menyelamatkan anaknya daripada tersadai dalam perniagaannya.

Slogan 'rakyat didahulukan' itu nampaknya hanyalah satu lagi slogan karangan pimpinan UMNO yang tidak mempunyai daya perjuangan yang kuat. Alasan negara akan bangkrap jika PTPTN dimansuhkan itu adalah alasan hingusan yang sepatutnya ditolak oleh rakyat. Jika ketirisan yang begitu besar yang berlaku di dalam kerajaan dapat dibendung, tidak ada masalah untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kerana pendidikan percuma itu merupakan perkara yang biasa di kebanyakan negara yang tidak menghadapi ketirisan dalam kerajaan mereka.

Apabila pihak pembangkang menjanjikan pelajaran percuma, pimpinan UMNO memekik-mekik dan terlolong dan menuduh pembangkang tidak akan dapat mengotakan janji-janji itu dan itu merupakan janji-janji kosong semata-mata. Pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir Mohamad menganggapkan pembangkang tidak mempunyai daya pentadbir yang baik seperti mereka. Kerana mereka (BN) tidak mampu menyelesaikannya mereka anggap orang lain pun tidak akan mampu melakukannya.

Pemimpin-opemimpin UMNO begitu kenyang dengan rasuah dan ketirisan yang berlaku di dalam kerajaan pimpinan mereka, maka mereka mengambil pandangan yang pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama jika diberikan mandat mentadbir negara ini.

Sekarang rakyat setidak-tidaknya mempunyai harapan untuk mendapatkan tuntutan mereka itu dengan memberikan sokongan kepada kerajaan alternatif. Jangan hiraukan kutukan pihak UMNO itu kerana kita tidak boleh mengharapkan orang yang terlalu kenyang untuk bekerja keras untuk kita.

UMNO dan BN telah memerintah kita selama 54 tahun dan nampaknya perkara-perkara yang karut marut tetap berlaku dengan percambahan yang begitu ketara. Sekarang BN sudah kita lihat mempunyai ketidakmampuan untuk melakukan perkara yang penting untuk masa depan rakyat ini maka kita berikanlah kepercayaan ini kepada pihak PR untuk melakukannya.

Untuk mendapatkan penghapusan PTPTN ini rakyat terpaksa mengambilalih Putrajaya melalui Pakatan Rakyat. Itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dan ibu bapa kepada mahasiswa-mahasiswa ini untuk mencapai apa yang mereka tuntut pada hari ini. Kita lupakan dan ketepikan sahaja BN kali ini.

BN sudah jelas tidak mampu mentadbir dengan baik lagi kerana pemimpin-pemimpin yang rasuah tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan dengan baik dan saksama. 54 tahun itu sudah terlalu lama untuk sesuatu parti memerintah sesebuah negara.

Pokok kelapa yang berumur 54 tahun itu sudah terlalu tinggi dan merbahaya untuk dikekalkan. Bak kata seorang sahabat saya, "beruk pun takut untuk memanjat pokok kelapa yang terlalu tinggi dan tua itu."

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

TGNA melayan tetamu

Posted: 18 Apr 2012 07:35 AM PDT

TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam semalam di rumahnya

A CALL TO BERSIH 3.0 - KADIR SHEIKH FADZIL (THE BOW MAN')

Posted: 18 Apr 2012 06:20 AM PDT

Adam Adli: Mahasiswa Akan Hadir & Tunggu Rakyat Malaysia Di Dataran

Posted: 18 Apr 2012 06:14 AM PDT

Masih bersama Umno tapi sokong Bersih 3.0

Posted: 18 Apr 2012 06:04 AM PDT

Betul Ker Nii ?

Posted: 18 Apr 2012 12:56 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 18 Apr 2012 09:09 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Anwar Ibrahim Nyanyi Lagu: Macam mana kita buat pilihan dalam PRU ke-13?

Posted: 17 Apr 2012 08:45 PM PDT

http://youtu.be/ZYPyJJlpSnY

"Madu di tangan kananmu;Racun di tangan kirimu;Aku dah tahu pilihanku."

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jabatan Amal Malaysia DPPP

Posted: 19 Apr 2012 03:34 AM PDT

Jabatan Amal Malaysia DPPP


Unit Amal akan kawal siswa hingga 28 April

Posted: 19 Apr 2012 02:10 AM PDT


PAS akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil (kiri) berkata, bermula malam ini, 30 anggota pasukan itu akan ditempatkan di situ dan bilangannya akan ditambah jika terdapat keperluan.

"Saya datang pagi ini untuk dapatkan maklumat daripada mereka. Dan kita akan minta Unit Amal untuk jaga keselamatan di sini supaya tak ada gangguan macam semalam.

"Saya sangat dukacita dengan kejadian pagi tadi. Melihat kejadian macam ni, saya boleh katakan yang negara kita yang demokrasi kini dah tak selamat ," katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, sekumpulan lelaki didakwa 'samseng' membuat gangguan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan seorang mahasiswa cedera yang mendapatkan rawatan di hospital.

Mahasiswa mendakwa selain khemah mereka dirosakkan, kamera dan telefon bimbit mereka juga dirosakkan oleh kumpulan itu yang tidak puas hati aksi mereka dirakamkan.

Laporan polis sudah dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Ketika ditemui Malaysiakini di tempat kejadian pagi ini, Khairul Faizi berkata, buat masa ini kawalan Unit Amal hanya akan dibuat pada waktu siang dan kekal sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini, apabila bantahan mahasiswa tamat.

Beliau turut menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar awal pagi tadi.

Sehingga sekarang, sudah enam hari kumpulan mahasiswa dan aktivis berkampung di tempat bersejarah itu.

Futsal Remaja

Posted: 08 Apr 2012 02:00 AM PDT

150 peneroka dilanda ribut; kehadiran Unit Amal disambut baik

Posted: 18 Sep 2011 07:58 PM PDT


DUNGUN -  Ribut serta angin kuat yang melanda rumah-rumah peneroka di FELDA Kerteh 5 dan FELDA Kerteh 6, pada petang Sabtu 17 September, menyebabkan hampir 150 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan.

Buletinonline dimaklumkan, angka mangsa dijangka akan bertambah apabila Unit Amal PAS DUN Kemasik 'turun padang' sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Operasi awal misi membantu dan menyelamat oleh Unit tersebut bermula pada Ahad pagi dengan kekuatan 10 anggota.

Ketua Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Mazlan Chik berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada Sabtu petang dan memutuskan untuk menghantar pasukan petugas pada keesokannya.

(Gambar - Anggota Unit Amal sedang bertungkus lumus membasuh lantai salah sebuah rumah mangsa yang dinaiki air dan lumpur akibat ribut angin yang melanda pada petang semalam)

Beliau berkata sebahagian besar kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pembaikian dan mencucui rumah-rumah mangsa.

"pelbagai kerja yang sebahagian besarnya melibatkan membaiki, menggantikan dan mengemas atap serta perabung atap dan membasuh lantai rumah yang dinaiki air dan lumpur, 

 
"(semua kerja) berjaya disempurnakan oleh anggota Amal walaupun kekurangan ahli disebabkan hari ini merupakan hari bekerja,"ujarnya ketika ditemui di lokasi

Selain itu, menurutnya, terdapat banyak pokok bersaiz besar tumbang dan kerja-kerja memotong dan membersihkan mesti dilakukakan segera.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepda semua pihak yang menyambut baik kehadiran Unit Amal serta memberikan kerjasama scara bergotong royong.

"Alhamdulillah, para peneroka FELDA yang terlibat dengan kejadian ribut, menyambut baik kedatangan Unit Amal, ada yang berkata telah mendengar banyak berita mengenai aktiviti Unit Amal sebelum ini. "saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu',kata Mazlan.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 19 Apr 2012 01:25 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kolokium Pemuda Pakatan Rakyat

Posted: 18 Apr 2012 08:48 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Apr 2012 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum

Posted: 19 Apr 2012 12:57 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

OSLO 19 April - Suspek yang dipercayai membunuh 77 orang di Norway pada Julai lalu memberitahu mahkamah di sini semalam bahawa dia tidak takut kemungkinan dipenjara sehingga 21 tahun.


Pada pandangan saya, hukuman penjara 21 tahun adalah satu hukuman yang menyedihkan,'' kata Anders Behring Breivik perbicaraannya itu.

Katanya, hanya akan ada dua keputusan dalam kes membabitkan dirinya sama ada dia akan dibebaskan atau dihukum mati.- DPA

Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam

Posted: 19 Apr 2012 12:50 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BEIJING 19 April - Pihak berkuasa pertanian China telah memusnahkan kira-kira 95,000 ekor ayam selepas penularan wabak virus selesema burung H5N1 di negara itu, lapor media semalam.


Penularan wabak itu dikesan di bandar Touying, daerah Ningxia pada Jumaat lalu setelah 23,000 ekor ayam mempunyai simptom-simptom wabak berkenaan.

Namun kementerian menegaskan, wabak itu kini berada adalah terkawal setelah langkah pencegahan dilaksanakan. - AFP

BR1M perangkap BN pancing undi rakyat

Posted: 19 Apr 2012 12:43 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Mohd Nor Yahya,/ Hasrakahdaily
KUALA KRAI: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diagih kepada 6.2 juta rakyat baru-baru ini dianggap sebagai perangkap dipasang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.


Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, pemberian tersebut semata-mata bagi memancing undi rakyat dengan harga yang murah.

"Dengan RM500 pemimpin Umno dan BN beranggapan rakyat akan terpengaruh, sedangkan orang ramai sedar wang itu ialah hasil cukai mereka yang dibayar kepada kerajaan.

"Saya yakin rakyat tidak mudah terpengaruh dengan umpan seperti itu. Mereka lebih merasai kos hidup yang semakin meningkat sekarang dan muak pelbagai penyelewengan kerajaan BN," katanya di majlis "TTemu Mato JJemok Kiro" anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Lata Rek baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan pegawai penerangan kerajaan negeri, Abdul Hamid Derani.

Muhamad Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, rakyat mulai mengetahui kehidupan boros pemimpin Umno dan BN menjadi antara punca banyak subsidi untuk rakyat dikurangkan.

Menurutnya juga PAS tetap menentang Umno dan mendedahkan penyelewengan dilakukan mereka biar pun parti itu tidak lagi diterajui Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tetap memerangi Umno kerana dasar parti itu tidak berlandaskan Islam manakala pemimpin mereka banyak terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan," katanya.

Di majlis tersebut juga Dr Muhammad Fadzli menerima borang keahlian PAS daripada seorang penyokong Umno kampung terbabit, Muhammad Mahat.

Beliau bersama sembilan anggota keluarga menyertai PAS dan meninggalkan perjuangan Umno yang disertai selama ini.

Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara

Posted: 19 Apr 2012 12:40 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -



G
lobal Bersih, sayap antarangsa bagi gerakan rakyat Malaysia untuk pilihanraya adil dan bebas, akan mengadakan rali secara serentak di 41 bandaraya di 14 negara seluruh dunia pada 28 April ini.

"Kerajaan Malaysia harus faham bahawa gerakan Bersih tidak akan berhenti sehingga demokrasi yang bermakna dan berterusan dan perubahan pilihanraya terlaksana," Yolanda Augustin, wakil Global Bersih di Britain berkata dalam satu kenyataan.

Satu kumpulan pendesak, Bersih pertama kali mengadakan rali pada tahun 2007, selepas gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Umno –BN pimpinan PM Najib Razak untuk merubah sistem pilihanraya. Proses mengundi rakyat Malaysia dikenali penuh unsur-unsur tidak sihat dimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa sejak dulu lagu didakwa bersekongkol untuk membantu kemenangan Umno-BN.

Pengundi hantu, kerakyatan sebagai pertukaran untuk undi, nama yang berulang dan daftar pemilih yang mana SPR enggan membenarkan di periksa secara bebas memaksa Bersih mengumumkan rali ketiganya pada 28 April ini.

Di seluruh negara, rali serentak akan di adakan di semua negeri, manakala di Kuala Lumpur, rakyat bersemangat untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan semangat perpaduan dan rasa tidak ppuas hati terhadap pemerintahan Najib.

Talam dua muka

Malah, Najib bukan sahaja cuba mengelak dari permintaan rakyat untuk perubahan proses pengundian, beliau juga memperkenalkan beberapa undang-undang baru yang beliau dan kerajaan kononnya mendakwa akan memberikan lebih hak asasi dan demokrasi kepada rakyat.

Bagaimanapun, masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, malah NGO terkemuka dunia membidas cakap-cakap talam dua muka dari Umno-BN, dan mendakwa Najib cuba mengurangkan kawalan malah memberi lebih kuasa kepada kerajaan dan pihak polis dari sebelumnya.

Masalah lama sejak berdekad yang lalu, rasuah sudah semakin berkembang dan di biarkan saja malah parti Najib secara terbuka mempertahankan pemimpin yang tertangkap menggunakan dana negara.

Kenaikan harga barang, kos sara hidup dan harga hartanah merupakan antara keluhan rakyat Malaysia, dan beberapa siri melepaskan tanggungan untuk ahli perniagaan kroni yang berkait dengan Umno BN. Pendekata, Bersih 3.0 ada atau tidak, rakyat sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan kerajaan.

"Penggerak Bersih 3.0 ialah kuasa rakyat yang berganda di dalam dan juga luar negara, yang mendesak untuk pilihanraya yang bebas dan adil, berpaksikan demokrasi, bebas dari rasuah dan sistem pemilihan yang telus," kata Global Bersih.

Pada 28 April 2012, rakyat Malaysia berani yang ke Datran Merdeka harus sedar mereka tidak sendirian, rakyat Malaysia di England, Eropah, seluruh Asia, US, Canada,Timur Tengah, dimana saja, berdiri bersama mereka dalam semangat dan demi satu tujuan dimana Kuala Lumpur telah menyatukan kita.

Rali akan di adakan di Washington DC, New York, Tokyo, Beijing, Toronto, Paris, London, Seoul, Dubai, Zurich dan seluruh ibunegeri di Australia.

Rali bersejarah

Bersih mengumumkan rali ketiga mereka pada 4 April selepas Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dikuasai penggubal undang-undang Umno BN menolak cadangan perubahan yang di kemukakan oleh jawatankuasa Bersih, yang jika di kemukakan sudah cukup untuk melindungi pengundi.

Pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara A.Samad Ismail menuduh Najib cuba mempercepatkan kajian semula parlimen 'kosmetik' supaya pilihanraya dapat dijalankan sebelum perubahan sewajarnya boleh dilaksanakan

Perubahan pilihanraya akan membawa risiko besar kepada peluang Umno BN dalam pilihanryaa ke 13 akan datang, yang diramalkan berlangusng pada pertengahan Jun. Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan sepanjang masa itu, mempunyai kuasa mutlak dan terus menjalankan operasi manipulasi dan mengikut undang-undang yang sesuai dengan hajat mereka.

Tahun 2011, Bersih mengadakan rali kedua pada 9 Julai, dihadiri oleh lebih 50,000 orang. Mengambil contoh apa yang berlaku di negara Arab pada musim luruh,sumber kebimbangan dan amaran kepada kuasa autoritarian Umno BN di sini, Najib segera melancarkan gerakan tangkapan untuk mengekang rasa kecewa dan tidakpuas hati rakyat Malaysia.

Walaupun ada operasi tangkapan yang menyaksikan lebih seribu orang ditahan, pengharaman Bersih 2.0 dan pengharaman memakai t shirt kuning, Najib gagal menjatuhkan semangat rakyat negara ini.

Kejayaan Bersih 2.0 akan terus tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai satu acara bersejarah. Ia menunjukkan permintaan rakyat untuk perubahan dan pembaikan adalah serius. Rakyat tidak lagi hanya bersungut. Mereka mahu tindakan sebenar diambil dan mereka bersedia bertindak untuk memastikan nya.

Kepimpinan masyarakat sivil

Jelasnya,Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Bersih, kerana perubahan pilihanraya sudah tentu membuka lebih peluang kepada mereka. Tetapi jangan silap, Bersih ialah gerakan masyarakat sivil dan di pimpin aktivis, dan membuat keputusan mereka secara bebas.

Malah, berani menyuarakan pendapat dan mengarahkan hala tuju dalam tangan mereka merupakan de riguer bagi rakyat Malaysia, manakala contoh2 generasi lepas yang hanya patuh dan atakut untuk bersuara hanya di kesali tapi tidak lagi di contohi.

Ini jelas bila di lihat dari cara rakyat menolak pati-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC dalan pilihanraya umum 2008 dimana Anwar dan Pakatan mendapat kuasa di 5 dari 13 negeri. Malah Umno,parti perbesar negara ini, merekodkan keputusan kurang memuaskan.

"Para pelajar tidak perlu takut untuk menunjukkan sokongan bagi pilihanraya bebas dan adi, kerana ia akan memberi perubahan besar kepada keluarga mereka di negara kita," kata David Teoh,penyelarasn Global Bersih di Melbourne.

Demokrasi berkualiti dan kerajaan yang lebih baik

Malah pada 28 April, satu lagi gerakan rakyat, Himpunan Hijau 3.0 yang memprotes pembinaan loji rawatan sisa bumi di Gebeng, Pahang akan juga di adakan di Kuala Lumpur. Dipimpin oleh pencinta alam yang prihatin tentang risiko radioaktif dan kesannya kepada kesihatan akibat loji Lynas, Himpunan Hijau ialah satu lagi gerakan rakyat yang popular.

Perlu diberi perhatian, satu protes pelajar sedang berlangsung di Dataran Merdeka, para pelajar kolej dan universiti dari seluruh negara membina khemah, enggan beredar walau di halang keras oleh pihak berkuasa yang cuba menggagalkan demonstrasi mereka untuk pengajian tinggi percuma.

Pada mulanya, protes itu ialah untuk menentang skim pinjaman pelajar yang didakwa membawa perubahan dan membuat mereka menanggung hutang dari saat mereka mula bekerja. Tidak ada perhatian wajar dan sikap sambil lewa BN dalam menangani keluhan dan desakan untuk dikaji semula oleh badan-badan pelajar dan persatuan menjadikan isu ini satu lagi bom jangka politik untuk kerajaan Najib.

Yang tersirat di sebalik protes pelajar ini ialah satu lagi tanda desakan semakin tinggi untuk demokrasi berkualiti dan pemerintahan lebih baik di negara ini.Seperti Bersih, Himpunan Hijau dan lain lain kebangkitan di mana rakyat terpaksa bertindak kerana sikap tidak acuh dan terlalu berkeras kerajaan. 


-Malaysia Chronicle

PAS arah semua ke Bersih 3.

Posted: 19 Apr 2012 12:33 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.

Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.

Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.

Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.

Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka.

Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN.

Laman web BERSIH diserang DdoS

Posted: 19 Apr 2012 12:30 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -


Gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH mendakwa laman webnya diserang denial-of-service (DdoS) selama 13 jam kelmarin.

'Serangan' itu dikatakan berlaku daripada jam 2 petang pada 17 April hingga jam 3 pagi hari berikutnya. Ia menyebabkan masalah akses bermula 2 petang pada 18 April (semalam).

NONE



"Serangan itu menyebabkan beban kita-kira sejuta permintaan setiap jam, iaitu lebih 100 kali daripada trakfik portal berita seperti Malaysia Today," kata BERSIH.

Menurut carta yang dibekalkan bersama kenyataan akhbar, trafik memuncak kepada 90 mega bit setiap saat, jauh melebihi pada masa biasa kira-kira satu atau dua mega bait setiap saat.

BERSIH percaya serangan itu sebagai langkah untuk mendiamkan mereka daripada menaikkan kesedaran berkaitan reformasi sistem pilihan raya melalui perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

'Samseng' serang pelajar berkhemah di Dataran

Posted: 19 Apr 2012 12:27 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -


Seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng' dalam satu kejadian awal pagi ini, menurut saksi.


Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

thugs attacked student in dataran merdeka scene after the attack an injured student
Koordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahuMalaysiakinibahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka.


Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital.


Heng berkata, siswa berkenaan bagaimanapun tetap bertenang dalam situasi tersebut.

Kumpulan itu juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden tersebut menggunakan kamera dan telefon bimbit.

student assault by gangster
Mereka kemudiannya merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut.

Heng berkata, pegawai polis seramai lebih sepuluh orang yang berada berdekata kawasan itu juga tidak bertindak sehinggalah pemimpin pelajar berkenaan meminta pertolongan daripada mereka.

Kumpulan berkenaan meninggalkan kawasan itu apabila polis tiba dan beberapa orang daripada mereka turut ditahan, menurut saksi.

Kira-kira 100 orang pelajar berkenaan berkhemah di kawasan itu sejak Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan juga supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dihapuskan.

Pelajar berkenaan telah membuat laporan polis atas insiden tersebut hari ini.

Malaysiakini/-

Pesawat Yaman bedil pemberontak, 6 maut

Posted: 19 Apr 2012 12:13 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -


ADEN, Yaman: Pesawat Yaman membunuh sekurang-kurangnya enam miltan yang ada kaitan dengan al-Qaeda ketika ia meningkatkan serangan ke atas penentangan di selatan. 


Sejak meletusnya bantahan antikerajaan yang menggulingkan bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh, tahap keselamatan di Yaman semakin merosot, terutama di bahagian selatan.


Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, ia melancarkan serangan udara ke atas kumpulan militan berhampiran bandar Lawdar, menyebabkan enam orang terbunuh. - Agensi

Drogba bantu Chelsea atasi Barcelona

Posted: 19 Apr 2012 12:10 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -



LONDON: Didier Drogba menjaringkan gol pada masa kecederaaan separuh masa pertama untuk Chelsea menewaskan juara bertahan Barcelona 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge.

Gol itu menyusul apabila Frank Lampard merampas bola daripada bintang Barca, Lionel Messi, di bahagian tengah dan mengumpan kepada Ramires di sebelah kiri.
Pemain Brazil itu kemudian mengumpan kepada Drogba untuk merembat melepasi penjaga gawang Barca, Victor Valdes. Ia adalah gol Drogba ke-38 dalam saingan Liga Juara-Juara.
Perlawanan kedua akan berlangsung di Camp Nou Selasa depan dan pemenang akan menemui sama ada Real Madrid atau Bayern Munich di final. - AFP

Siri serangan bom gegar Baghdad

Posted: 19 Apr 2012 12:07 AM PDT

27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -


BAGHDAD: Sekurang-kurangnya lima letupan menggegarkan kawasan penduduk Syiah di ibu negara Iraq dalam serangan terancang awal hari ini. 

Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh manakala 20 yang lain cedera. - Agensi

Peghelih La...

Posted: 18 Apr 2012 11:21 PM PDT

Peghelih La...


Himpunan Anak Muda Perlis (HAMAS) 2012

Posted: 18 Apr 2012 09:24 PM PDT


PAKAT MAI RAMAI-RAMAI


PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Apr 2012 09:45 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Solat Hajat setiap minggu di DUN Kota, N.Sembilan

Posted: 18 Apr 2012 09:02 PM PDT



SOLAT HAJAT
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13
Setiap hari Rabu (bermula 18 Apr 2012)
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Teratak Amal, DUN Kota, N.Sembilan

Semua petugas dan Penyokong Pakatan Rakyat di jemput hadir.

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

atau melalui Akaun CIMB 05020693061526.

Sila hubungi :
Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com , Pengarah DUN Kota
Tn Hj Harun 016-3092990

Kuliah Ustaz Dato Ismail Kamus 22 Apr 2012 Port Dickson

Posted: 18 Apr 2012 07:39 PM PDT


KULIAH PERDANA
Bersama Ustaz Dato Ismail Kamus
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : Bermula Maghrib
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson http://surautamanselasihpd.blogspot.com/

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Bakar 017-3651743

Aturcara :
7.17 mlm Solat Maghrib
7.50 mlm Jamuan Ringan
8.28 mlm Solat Isya
10.30 mlm Bersurai

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


Rembau Hari Ini

Posted: 18 Apr 2012 07:30 PM PDT

Rembau Hari Ini


Hospital Putrajaya tak cukup wad, Hospital Rembau pula?

Posted: 18 Apr 2012 06:31 PM PDT

Jika Hospital Putrajaya yang hampir dengan Pejabat Perdana Menteri pun mempunyai masalah serius kekurangan wad ketika ini, dapatkah Hospital Rembau yang pada Mac 2008 lagi telah diletakkan batu asas, pada Mac 2012 baru dikeluarkan tender kerja tanah sahaja, dapat disiapkan, sedangkan tender untuk membina bangunan Hospital Rembau belum dikeluarkan?

JANJI DITEPATI ?

Kuarters kerajaan jadi wad bersalin
Utusan Malaysia 19 April 2012

MASALAH kekurangan wad bersalin di Hospital Putrajaya mencapai tahap serius sehingga menyebabkan perkhidmatan klinikal khususnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ibu-ibu mengandung tidak dapat diberikan pada tahap optimum.

*******

Beberapa fakta mengenai cadangan projek Hospital Rembau

1. Di bina atas tanah selus 45 ekar milik PKNS

2. PKNS menawarkan harga pada RM 22.00 sekaki persegi atau RM 958,320.00 seekar sedangkan tanah orang kampung di Rembau yang diambil untuk projek landasan keretapi hanya diberi pampasan RM1.20 sekaki persegi atau RM 52,272.00 seekar.

3. Jika 45 ekar, harga tanah yang ditawarkan ialah RM 43.1 juta sedangkan kos keseluruhan projek Hospital Rembau ialah RM 122.6 juta

Sumber http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/semakin-mengelirukan-projek-hospital.html

Sumber Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 18 Apr 2012 03:29 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


FUH!!!MUJUR KHALWAT DI BERLAKU DI DUNGUN BUKAN KELANTAN

Posted: 17 Apr 2012 08:09 PM PDT

SURA GATE, DUNGUN – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan 5 sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.
Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.
Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.
Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

BAJU BERSIH 3.0 HANYA RM13*.. MEMBELI SAMBIL MENGINFAQ

Posted: 17 Apr 2012 07:30 PM PDT

(klik untuk paparan yang lebih jelas)

.........Cepat sebelum Hisham haramkan pakai baju...huhuhuhuhuhuhu....

RAHMAN PERKASA SAMA MERENG DENGAN DR. RAHMAN

Posted: 17 Apr 2012 05:54 PM PDT

Perkasa berkata, insiden yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ketika pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tempoh hari adalah petunjuk bahawa mereka akan menjadikan Malaysia sebagai negara republik sekiranya pakatan pembangkang itu memerintah negara.
Malah, kumpulan pendesak Melayu ini juga beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara.
"Pada kejadian yang dikatakan wakil rakyat pembangkang menghina raja-raja Melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara," tegas timbalan presiden Perkasa, Abd Rahman Abu Bakar, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas pertubuhan itu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.
"Berdasarkan insiden itu, Perkasa merasakan kemungkinan mereka akan perlahan-lahan menukarkan Malaysia kepada negara Republik, negara tanpa Raja."
.... hanya orang giler yang paham bahasa orang giler!!!!

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Apr 2012 03:10 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KALAU BETUL, HULU SELANGOR DALAM BAHAYA

Posted: 18 Apr 2012 08:30 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan usaha terbaru UMNO-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian UMNO Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13. "Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13," tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan.

Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung. "Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk diberikan kewarganegaraan bagi mengundi pada PRU 13," katanya lagi.


Bukti, surat dihantar Ketua UMNO Hulu Selangor kepada Hishamuddin
[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan UMNO Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan. Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu.


Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan. Hal yang sama juga berlaku di negeri Pahang sebenarnya. Pengundi rakyat asing semain bertambah di kawasan pilihanraya parlimen Pekan dan Rompin. Semuanya adalah atas kebenaran pihak yangberkenaan. Khabarnya di DUN Chini sahaja terdapat lebih 4,000 pengundi baru didaftarkan kali ini, itu belum termasuk di kawasan lain. Bukankah ini satu angka yang amat mengejutkan dan tidak masuk dek akal. Itulah kerja jahat SPR berpakat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan kemenangan BN.

http://kopitarikkaw2.blogspot.com/2012/04/pendedahan-edisi-kantoi-surat.html

MISI SULIT KE PARIS KENAPA SHAFEE TERPALIT?

Posted: 18 Apr 2012 08:08 AM PDT

Misi sulit Muhammad Shafee Abdullah ke Paris untuk menyelamatkan Najib dan Rosmah?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan tujuan menggunakan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagi tugasan "sulit" di luar negara seperti didakwa, kata PKR.
Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution yang membuat dakwaan itu semalam berkata, penjelasan itu mesti diberikan kerana ia melibatkan kepentingan awam ekoran dakwaan Muhammad Shafee dilantik oleh kerajaan.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga mempersoalkan kenapa Muhammad Shafee itu mesti dilantik sedangkan kerajaan sudah mempunyai Jabatan Peguam Negara.

Semalam, Muhammad didakwa dilantik oleh perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya - dengan salinan kepada Najib dan Rosmah - supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 semalam.
-malaysiakini-

PELUANG JADI KAYA TAPI KENA TEROR BAHASA ARAB LA!

Posted: 17 Apr 2012 09:14 PM PDT

Wanita Saudi Sanggup Bayar Calon Suami RM5J

17 Apr 12: Seorang wanita di Arab Saudi rela membayar 5 juta riyal (Riyal hampir sama RM) untuk lelaki yang bersedia menjadi suaminya. Permintaannya ini disampaikan secara terbuka di sebuah majalah di negara tersebut.

Diberitakan laman Al Arabiya, Minggu, wanita yang tidak diketahui namanya ini menyampaikan permintaannya tersebut di majalah berbahasa Arab, Roa. Wanita tersebut meminta lelaki yang akan meminangnya untuk menghubunginya melalui email atau faks.

Tidak ada persyaratan macam-macam dari wanita misterius ini. Dia hanya meminta agar calon suaminya dapat menghargai kehidupan perkawinan.

"Tidak masalah jika suami baru saya hanya mengincar harta, yang terpenting dia menghargai perkawinan dan tahu tugasnya sebagai suami. Saya bahkan menerima pernikahan Misyar," kata wanita tersebut.

Nikah Misyar adalah pernikahan yang dilandasi perjanjian bahawa suami tidak tinggal satu atap dengan isteri dan tidak wajib memberi nafkah. Pernikahan model ini dibolehkan di Saudi. Model pernikahan yang diharamkan di negara ini adalah 'kahwin kontrak', iaitu dengan jangka waktu tertentu.

Majalah Roa mengatakan, wanita misterius tersebut tidak menyebutkan namanya, usia atau tempat tinggal. Informasi mengenai dirinya baru akan diungkapkan setelah dia menemui lelaki idamannya itu.

Wanita ini hanya mengaku seorang janda kaya yang menceraikan suaminya kerana lelaki itu sangat serakah dan menghabiskan hartanya.

"Saya membuat keputusan yang salah waktu itu, sekarang saya mencari pilihan yang tepat. Saya sangat ingin berkahwin!" kata wanita itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini peluang baik. Siapa berminat sila hubungi majalah tersebut.. atau gunalah cara anda sendiri untuk mendekatinya.. (IH)

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 18 Apr 2012 01:46 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Persiapan rapi sambut lawatan rasmi Yang Di-Pertuan Agong

Posted: 11 May 2011 09:10 AM PDT


http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_1020.jpgALOR SETAR – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kedah bermula 13 Mei ini.

Baginda berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 4.30 petang disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah.

Sejam selepas itu, baginda berdua dibawa ke Istana Tetamu di Mentaloon bagi majlis mengadap KDYMM Tuanku Sultan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pada sebelah malamnya baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Anak Bukit.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_1014.jpgPada 14 Mei, sebelah pagi, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke pertandingan golf di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani.

Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok seterusnya mengadakan lawatan di Muzium Peerhutanan, Gunung Jerai.

Pada sebelah malam, baginda berdua akan berangkat ke majlis jamuan rakyat di Dewan Wawasan, Jitra.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_0962.jpgPada 15 Mei, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan ke majlis taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman.

Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Persiapan rapi telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap semua program yang telah dirancang.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 18 Apr 2012 11:14 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


TAHAN SUSPEK SEGERA

Posted: 17 Apr 2012 08:37 PM PDT


TUESDAY, 17 APRIL 2012 08:21
SKUAD BO
HITS: 333

  • PDF
KEMAMAN – Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat mahu pihak polis menahan segera suspek yang memukul kepala ibunya sendiri ditahan segera kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa malah merupakan seorang anak yang derhaka.

"Kita minta supaya pihak polis menahan suspek terbabit, yang mengancam keselamatan nyawa Mak Cik Zah, bahkan anak derhaka itu mesti diberi pengajaran,

"supaya para ibu lebih dihormati dan undang-undang dapat melindungi rakyat,"ujarya ketika ditemui skuad Buletin selepas menziarahi mangsa di sini Isnin 16 April [Gambar kanan]

Menurutnya, selepas membaca paparan berita berkenaan dalam sebuah akhbar, beliau terus mencari ibu malang itu.

Ketika mengunjungi Mak Cik Zah, beliau diberitahu sebelum ini suspek pernah menjirus kepala mangsa dengan minyak masak dan melomor kepala magsa dengan telur.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, kejadian seumpama itu bukanlah asing berlaku di negeriTerengganu kerana sudah acapkali dilaporkan di dada-dada akhbar.

Hanafiah menyifatkan, suspek adalah mangsa kepada sistem pemerintahan yang mengutamakan keduniaan dan hanya dengan menukar tampuk pemerintahan dapat mengubah keadaan.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan suspek yang dikatakan berang kerana tidak diberikan wang, tergamak memukul kepala ibunya sendiri dengan besen sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Paya Berenjut, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan biadab berkenaan menyebabkan si ibu malang berusia 58 tahun itu tergamam dengan tinda­kan anak lelakinya dan mengalami luka di kepala.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa berada di rumah bersama anaknya itu yang berumur 29 tahun mendekati mangsa dan meminta wang.

Mangsa memberitahu anaknya bahawa dia tiada wang, bagaimanapun anaknya itu tidak berpuas hati lalu bertindak mengambil sebiji besen.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar yang mengesahkan kejadian itu berkata, sejurus itu suspek memukul mangsa di bahagian kepala dengan menggunakan besen berkenaan sebelum meninggalkan rumah dan tidak pulang.

"Akibatnya mangsa mengalami luka di kepala dan segera pergi mendapatkan rawatan di hospital. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 2.17 petang," katanya

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Apr 2012 09:47 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


IPTS tipu kursus, pelajar putih mata

Posted: 18 Apr 2012 12:18 AM PDT



Apabila Pengajian Tinggi diniagakan untuk keuntungan, inilah jadinya ! PTPTN perlu dimansuhkan sehingga masalah kursus serta IPT yang tidak diiktiraf disifarkan. Dengan itu graduan akan terjamin kerjaya mereka apabila mengambil kursus serta IPT yang diiktiraf setelah meminjam puluhan atau ratusan ribu ringgit dari PTPTN.

IPTS tipu kursus, pelajar putih mata
Utusan Malaysia

MENGGENGGAM segulung ijazah untuk melangkah ke alam pekerjaan merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap siswazah. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun dan wang ribuan ringgit di institusi pengajian tinggi (IPT) terutama swasta (IPTS).

Pelbagai cara dilakukan oleh IPTS untuk memperdayakan orang ramai dan bakal pelajar termasuk membuat surat perakuan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Awas! Jangan hanya ghairah mahu memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tetapi akhirnya berputih mata apabila mengetahui kursus diikuti tidak diiktiraf kerajaan.

Pesanan jangan mudah terpedaya dengan tawaran kursus di IPTS ini perlu dihebahkan. Ini kerana banyak IPTS tidak jujur sebaliknya beria-ia menarik pelajar baru semata-mata mahu mengaut keuntungan.

Sesetengah kurus yang ditawarkan tidak pernah atau belum mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

Timbalan menteri pertahan Kolej Universiti Lincoln
April 12, 2012

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempertahankan tindakan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) memberi kelulusan kepada Kolej Universiti Lincoln (LUC) untuk melaksanakan program perubatan peringkat sarjana muda di tiga universiti Ukraine.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar mengenai kelulusan yang diberikan kepada Kolej Lincoln untuk membuat program perubatan di tiga universiti, Ukraine yang mana ketiga-tiga universiti tidak diiktiraf oleh Jawatankuasa Perkhidmatan Awam (JPA).

Sejak kebelakangan ini program pengajian perubatan luar negara yang bakan dijalankan oleh LUC pada September ini menjadi tanda tanya selepas mendapati ketiga-tiga universiti yang dipilih oleh LUC tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/12/timbalan-menteri-pertahan-kolej-universiti-lincoln/

'Hidup saya kini musnah'

KUALA LUMPUR: "Hidup saya kini musnah selepas impian untuk membantu keluarga supaya dapat menikmati kesenangan tidak kesampaian gara-gara sijil kejururawatan yang diperoleh ketika belajar di sebuah kolej swasta tidak diiktiraf kerajaan," dakwa Hemalatha Ganesa, 21, penuntut kolej berkenaan.

Katanya, pihak kolej tidak mempedulikan masa depan pelajarnya sebaliknya hanya mementingkan keuntungan semata-mata dengan meminta mereka menjelaskan yuran sebanyak RM7,500 bagi kursus selama lapan bulan.

Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah hospital swasta namun kelayakannya hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana sijil dimilikinya ketika belajar kursus berkenaan tidak diiktiraf.

"Masih ramai rakan-rakan lain sehingga kini tidak mempunyai pekerjaan tetap malah ada yang hanya bekerja di pusat beli-belah kerana pihak hospital tidak mahu menerima mereka.

http://www.hmetro.com.my/articles/Hidupsayakinimusnah/Article

Jawatankuasa khas bincang CUCMS

CYBERJAYA: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengatasi masalah berikutan arahan pengurangan jumlah pelajar yang dihadapi Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) bagi mengelakkan kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan kolej berkenaan tidak diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


Pengajian seramai 236 pelajar perubatan tahun pertama di kolej berkenaan mungkin tidak diiktiraf selepas mendapat arahan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), 29 November lalu supaya mengurangkan bilangan pelajar perubatan sesi terbabit kepada 150 saja. Daripada jumlah itu, seramai 108 pelajar mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 57 lagi tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), manakala selebihnya tajaan sendiri.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JawatankuasakhasbincangCUCMS/Article/index_html

16 program UniMAP tidak diiktiraf

KAMPUS baru UniMAP di Pauh, Perlis tersergam indah tetapi sebahagian besar kursus yang ditawarkan IPTA itu tidak mendapat pengiktirafan.

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.

Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

http://berita-harian-online.com/16-program-unimap-tidak-diiktiraf/

Kursus ijazah tak diiktiraf

ANAK saya baru-baru ini memaklumkan mengenai ijazah sarjana muda perguruan yang diambilnya ada masalah kerana program yang ditawarkan di Institusi Perguruan Tunku Bainun tidak mendapat kelayakan akreditasi.

Pihak institusi perguruan memaklumkan pelajar tidak dapat diberi penempatan sehingga masalah selesai. Saya difahamkan masa yang diambil bagi memperoleh kelayakan itu boleh berlanjutan daripada enam bulan sehingga setahun. Dalam proses mendapatkan kelayakan itu, pelajar diminta membuat kerja kursus tambahan bagi membantu pihak institusi mendapatkan kelayakan bagi program ditawarkan. Sebelum ini, pelajar ijazah perguruan terbabit juga menerima elaun tertangguh sehingga dua bulan. Kesannya, ada pelajar yang terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk perbelanjaan. Saya mengharapkan setiap program perlu mendapat kelulusan pihak berwajib sebelum ditawarkan pada peringkat institusi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kursusijazahtakdiiktiraf/Article

Ijazah OUM Tidak diiktiraf Kerajaan ?

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.
http://pkg-petaling.net/v1/2010/08/ijazah-oum-tidak-diiktiraf-kerajaan/

National Service costing more than PTPTN students debts?

Posted: 17 Apr 2012 09:26 PM PDT



While the Federal government has been strongly opposed to Pakatan Rakyat's pledge to abolish the debts owed by tertiary students to National Higher Education Fund Corporation (PTPTN), it is now revealed that a much bigger amount was being spent on the National Service (PLKN) programme every year.

In providing the figues, Defence minister Ahmad Zahid Hamidi said to train 629,052 trainees, the government had so far forked out RM4.36 billion, or an average of RM6,931 per trainee.

"The cost of training a PLKN trainee for 3 months for free is actually the same as the cost to finance a student who takes PTPTN loan for a degree programme for a year," said Negeri Sembilan PAS commissioner Taufek Abdul Ghani.

Taufek said the RM4.36 billion could have been spent to finance education for some 622,857 students who took PTPTN loan in the first year.

The PLKN programme has come under heavy criticism following a spate of incidents involving misconduct and accidents. Some 17 fatalities involving trainees undergoing PLKN have been reported since it was introduced in 2004.

On March 12, a trainee at the Terlok National Service Camp in Perak succumbed to leptospirosis, or commonly known as the 'rat fever".

http://en.harakah.net.my/index.php/berita-utama/4729-national-service-costing-more-than-ptptn-students-debts.html

Penduduk jumpa Presiden PAS adu masalah tanah

Posted: 17 Apr 2012 08:57 PM PDT



KUALA LUMPUR, 17 April 2012 : Masalah tanah yang semakin serius dan tidak pernah selesai dari tahun ke tahun, mendesak tiga kumpulan penduduk menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen.

Tiga kumpulan berkenaan adalah dari Pengerang dan Taman Desa Kempas Johor serta Ladang Gatco Serampang Indah, Negeri Sembilan di mana masing-masing sedaya upaya sedang memperjuangkan tanah mereka daripada dirampas oleh pihak tertentu.

Wakil Pengerang diketuai oleh Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin) Anis Afida Mohd Azli, Ladang Gatco diwakili oleh Abdul Rahman dan wakil dari Taman Desa Kempas diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Projek Terbengkalai Ee Cheng Lai.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizat Kaiat, pembeli rumah Taman Desa Kempas kecewa dengan Kerajaan Negeri Johor dan pemaju Syarikat Maju Delima Sdn Bhd yang gagal dalam pembinaan rumah di taman tersebut menyebabkan projek ini terbengkalai selama 12 tahun.

"Projek prumahan tersebut dibangunkan pada tahun 2001 dan sepatutnya siap pada tahun 2004, Malangnya sehingga tahun 2012 rumah kami yang berqada di fasa ke-3, empat dan lima masih gagal disiapkan," katanya bagi pihak pembeli-pembeli terbabit.

Jelasnya fasa-fasa itu meliputi dua jenis rumah iaitu pangsapuri yang berharga RM88,000 hingga RM100,000 dan flat kos rendah yang berharga sekitar RM22,000 manakala rumah pangsapuri hanya siap 80 peratus dan kos rendah hanya siap sekitar 40 peratus sahaja.

Katanya biarpun penduduk banyak kali mengadakan pertemuan dengan pemaju bahkan turut berjumpa dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, namun setakat ini belum nampak sebarang perubahan.

Lebih malang lagi katanya penduduk turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatanya ke Johor pada 9 Mac lalu, masih tidak ada sebarang tindakan daripada beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani memenjelaskan masalah yang membelenggu 400 peneroka Ladang Gatco yang dinafikan hak mereka timbul sejak 35 tahun lalu.

Katanya, peneroka ini gagal mendapat geran hak milik walaupun sudah membayar RM4,000 hingga RM7,000 bagi mendapatkan tapak kediaman, namun syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik.

"Pada tahun 2004 tanah perladangan ini dilelong. Kami bersedia membeli tanah perladangan ini melalui koperasi dan kami telah membayar deposit sebanyak RM320,000.00 (earnest deposit) kepada Tetuan Singam and Young (Pelelong).

"Apabila kami ingin membuat bayaran peringkat kedua, pihak pelelong tidak mahu menerima bayaran dari kami atas alasan kami tidak mampu untuk menyelesaikan keseluruhan lelong tersebut," katanya mewakili peneroka terbabit.

Ekoran itu, tanah perladangan ini ditawarkan kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd dengan harga RM16 juta.

Tegas Taufek, terdapat beberapa kelemahan dalam cara perolehan tanah ini oleh syarikat tersebut dan penerokalah pihak yang lebih layak terhadap harga tanah tersebut.

"Sekiranya peneroka ada cara untuk membuat bayaran terhadap harga tanah tersebut, kenapa dan mengapakahpihak kerajaan neegri tidak boleh membantu peneroka dengan menggunakan 'Land Acquisition Act/1960 ataupun mana-mana perundangan tanah yang boleh membantu rakyat miskin seperti peneroka ini," katanya dalam sidang media bersama-sama Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Anis Afida mendesak kerajaan memberi pampasan yang setimpal mengikut penilaian harga semasa harga tanah di kawasan Pengerang Kota Tinggi ekoran pengambilan seluas 22,500 ekar tanah bagi menjalankan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau Rapid.

Projek ini dijangka siap pada tahun 2016 di mana ia merupakan salah satu sektor di bawah program Transformasi Ekonomi Negara, Tujuan projek ini untuk dimajukan sebuah terminal marin air dalam bebas untuk penerimaan, penyimpanan, pengendalian, percampuran dan pengedaran minyak mentah dan produk petroleum bertaraf antarabangsa.

Katanya, perpindahan melibatkan 1000 buah rumah, 927 keluarga dan 3122 orang penduduk yang terdiri daripada 2239 melayu dan 882 orang Cina yang bekerja nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta.

"Kita minta kerajaan menyediakan penempatan semula yang kondusif bagi penduduk berkenaan dan yang paling penting pampasan diberi secara telus kepada penduduk terlibat," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9634-penduduk-jumpa-presiden-pas-adu-masalah-tanah

Apakah Menteri Pengajian Tinggi tidak pernah meniliti permasalahan berkaitan PTPTN?

Posted: 17 Apr 2012 08:38 PM PDT



Di bawah ini cuma sebahagian kecil permasalahan PTPTN yang dilaporkan di laman web Aduan Rakyat.

Tidak Mampu Bayar Balik Pinjaman PTPTN
April 14th, 2012

Saya salah seorang pemimjam PTPTN dan berkelulusan dari salah sebuah IPTA di Shah Alam. Graduan macam saya susah dapat kerja . Kalau dapat kerja pon setakat kerja-kerja yang tidak mendatangkan gaji tinggi yang setimpal dengan kelulusan. Macam mana mahu bayar ptptn kalau gaji cukup makan jer? Bayangkan…berapa ramai graduan di luar sana yang ada kerja? Dan adakah mereka mampu untuk membayar balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan? Oleh yang demikian, diharap kerajaan kita membantu graduan yang masih menganggur dan belum mendapat pekerjaan tetap.

By: NorAin http://www.aduanrakyat.com.my/tidak-mampu-bayar-balik-pinjaman-ptptn#more-12639

Kekeliruan oleh pihak PTPTN
February 11th, 2012

Kepada pihak PTPTN, tolong lah balas email dan beri penerangan yang jelas terhadap cas yang dikenakan kepada saya. Saya sangat kerap membuat panggilan ke PTPTN dan memberi email, tetapi saya masih tidak dapat jawapan kenapa baki pinjaman saya lebih dari penyata online. Saya meminjam RM5000 dan telah membayar hampir RM2000, tetapi baki sebenar yang di emailkan oleh PTPTN adalah RM5400++.

By: Mardiana http://www.aduanrakyat.com.my/kekeliruan-oleh-pihak-ptptn#more-9791

Frustrated with PTPTN
December 6th, 2011

I am a frustrated disabled individual who is visually impaired since birth. I am a registered disabled person in Malaysia. In 2006 I went to university at Universiti Teknologi Malaysia and graduated with a Bachelor of Science in Industrial Biology. At the time I obtained a First Class Honours degree with a cGPA of 3.74 when I graduated in 2009.

For my education I took a loan from the National Higher Education Fund and obtained an amount of RM21 000 as an education loan. Since I graduated in 2009 I have been paying my loan amount off diligently at the sum of RM100 per month. My NHEF reference number is 724749. For your information due to my visual impairment I am only able to work at a temporary job at present earning a minimal wage. I have never and currently still do not receive any form of assistance from the Welfare Department.

By: Naren Kumar A/L Surendra http://www.aduanrakyat.com.my/frustrated-with-ptptn#more-7649

Tidak Wajar Potongan Yuran Pengajian Dipotong 2 Sem Sekaligus
September 5th, 2011

Saya ingin membuat aduan mengenai cara pihak Kolej Multimedia Kuala Lumpur (MMC KL) membuat pemotongan daripada PTPTN pelajar. Apa yg saya rasakan tidak wajar disini adalah, mereka membuat potongan secara 2 sem sekaligus, contohnya pembayaran dari PTPTN adalah untuk Sem 3, setiap sem pelajar akan mendapat RM4000.00, sepatutnya kolej hanya boleh memotong RM2260.00 bgi yuran sem 3, dan seharusnya duit lebihan yang berjumlah RM1740.00 adalah duit poket, untuk kegunaan pembayaran yuran asrama serta sara diri pelajar sepanjang tempoh sem tersebut.

By: Mardziah Zahari http://www.aduanrakyat.com.my/tidak-wajar-potongan-yuran-pengajian-dipotong-2-sem-sekaligus

Been blacklisted by PTPTN for no reason
August 3rd, 2011

I am very disappointed with the credibility and actions of PTPTN which have caused me a great deal and lost of opportunity. On the 2n July 2011, I was suppose to travel from Singapore to Kuala lumpur on 8pm Tiger Airway's flight after a job interview. But to my disbelief, when I entered Johor Bahru immigration, I was blocked from entering Singapore and the reason being was, I have been blacklisted by PTPTN for not paying back their loan. How could this be possible when I AM NOT EVEN A PTPTN LOAN BORROWER inthe first place? I was JPA scholar!

By: rathi devi athimurthy http://www.aduanrakyat.com.my/been-blacklisted-by-ptptn-for-no-reason#more-4146

Kolej Uniti Port Dickson, Indah Khabar Dari Rupa
July 3rd, 2011

Dukacita dimaklumkan bahawa saya abag kepada salah seorang pelajar di institusi ini begitu kecewa dan tidak berpuas hati dan terkilan dengan penginapan dan ketidakselesaan adik saya belajar di institusi ini. Antara perkara-perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati saya adalah:

By: saiful http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-uniti-port-dickson-indah-khabar-dari-rupa#more-3371

Pemotongan duit sara diri (PTPTN) tanpa pengetahuan pelajar
June 30th, 2011

Saya lala (bukan nama sebenar) selaku wakil pelajar usahasama UiTM di KOLEJ SAL JB di senai hendak mengadu tentang kehilangan duit sara diri (ptptn). Saya kini adalah pelajar semester lima. Perkara ini berlaku bukan pada saya seorang sahaja tetapi rakan-rakan saya yang mengambil pinjaman ptptn juga.kami tidak menerima pinjaman pada semester empat kerana pihak ptptn menyatakan bahawa terdapat sedikit masalah dan akan mendapat duit tersebut tetapi bukan dalam waktu terdekat.

By: lala http://www.aduanrakyat.com.my/pemotongan-duit-sara-diri-ptptn-tanpa-pengetahuan-pelajar-2#more-3018

Batalkan ambilan PLKN 1 Mei 2012, demi masa depan pelajar

Posted: 17 Apr 2012 05:04 PM PDT



Pada 1 Mei 2012 ialah tarikh pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA.

Ketika ini hingga bulan Mei - Julai 2012, lepasan SPM pastinya sibuk untuk menghadiri temuduga ke IPT. Mereka harus diberi masa yang secukupnya untuk membuat pilihan kursus apa yang harus diambil, membuat permohonan biasiswa atau pinjaman, membuat pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Sekiranya PLKN tidak dapat memastikan setiap kem PLKN ada kemudahan internet yang secukupnya untuk para pelatih menyemak permohonan mereka ke IPT dari masa ke semasa, membuat permohonan biasiswa atau pinjaman, mendapatkan khidmat nasihat guru kaunseling di setiap kem PLKN, membuat pemeriksaan kesihatan dan X-ray, maka adalah perlu pengambilan pelatih PLKN pada 1 Mei 2012 ini perlu dibatalkan dan dibuka hanya kepada mereka yang berminat untuk menyertai PLKN dan tidak berminat untuk meneruskan pengajian ke IPT.

Bukankah ini satu pembaziran jika ada yang mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 1-2 minggu untuk latihan PLKN atau mungkin kurang kerana persiapan untuk pemeriksaan kesihatan, urusan kumpul wang untuk mendaftar dan sebagainya?

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 pelatih PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi.

Berita-berita isu PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com/

Tarikh Latihan PLKN Siri 9/2012 :
Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Jul 2012
http://www.khidmatnegara.gov.my/?lang=en

Tarikh kemasukan pelajar ke IPTA
http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf

Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman

Posted: 17 Apr 2012 05:03 PM PDT



Harakahdaily, 18 Apr 2012

PETALING JAYA, 18 April: "Dapat juga saya jumpa Tok Guru," kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

"Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya," kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.

Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya.

"Saya tak minta," kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.

Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9644-dapat-juga-saya-jumpa-tok-guru-bob-kuman

Kematian di depan pejabat PM mengecewakan

Posted: 17 Apr 2012 05:03 PM PDT


Harakahdaily, 17 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 16 April: Walaupun ajal maut adalah ketentuan Ilahi tetapi beberapa insiden yang berlaku pada hari kejadian Mohd Nordin Ahmad Bakri meninggal dunia di depan pejabat Perdana Menteri amat mengecewakan rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani ada beberapa faktor turut bertanggungjawab menyumbang berlakunya kes kematian itu.

Antaranya kelewatan ketibaan pihak doktor dan ambulan ke tempat kejadian melebihi 20 minit walaupun Hospital Putrajaya terletak lebih kurang 4.3 kilometer dari tempat kejadian yang mana dijangka boleh sampai dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan ambulan.

Mohd Nordin meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 12 April lepas dipercayai akibat serangan jantung ketika berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Beliau dipercayai meninggal akibat dari lambat diberikan bantuan kecemasan.

Taufek juga turut mempersoalkan, apakah tidak ada pasukan paramedik yang bertugas sepenuh masa di pejabat Perdana Menteri bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kecemasan?

"Tidak mustahil, ia boleh melibatkan kejadian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di Pejabat Perdana Menteri termasuk YAB Perdana Menteri?," kata Taufek (gambar) dalam sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Malah beliau juga mempertikaikan pegawai-pegawai kerajaan tidak diberi latihan kecemasan seperti memberi bantuan penafasan kecemasan khususnya pihak anggota polis bagi menghadapi kes-kes kecemasan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Nordin.

Tegasnya, pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sewajarnya menjadi pejabat yang mempunyai kemudahan mesra rakyat di mana rakyat yang hadir untuk berjumpa beliau diberi keutamaan dan kemudahan yang sesuai.

"Apa yang boleh disimpulkan daripada kejadian ini Putrajaya yang dicanang sebagai pusat Petadbiran Negara yang canggih dan moden sebenarnya masih jauh ketinggalan dan perlu dilakukan transformasi segera," katanya.

Justeru itu katanya yang juga mewakili Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah, Perdana menteri sewajarnya memberi bantuan kepada keluarga mangsa iaitu isteri dan lima orang anak di mana 3 daripadanya masih bersekolah.

Beliau menuntut satu siasatan terperinci dijalankan oleh polis berdasarkan laporan polis yang telah dibuat di Putrajaya pada hari ini bagi memastikan kejadian sama dapat dielakkan dari berulang pada masa depan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9641-kematian-di-depan-pejabat-pm-mengecewakan


PAS Kawasan Gerik

Posted: 18 Apr 2012 09:21 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Mat Sabu Bersama Mahasiswa Di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 06:08 AM PDT

Nizar Jamaluddin Bersama Mahasiswa Di Dataran Merdeka

Posted: 18 Apr 2012 06:07 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Apr 2012 09:07 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Tuan Guru Presiden Ziarah Bob Kuman

Posted: 17 Apr 2012 06:15 PM PDT


PETALING JAYA, 18 April: "Dapat juga saya jumpa Tok Guru," kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

"Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya," kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan. Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)

"Saya tak minta," kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik. Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya. Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.
Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah. Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9644-dapat-juga-saya-jumpa-tok-guru-bob-kuman?device=xhtml

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 18 Apr 2012 09:07 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Lakewood Lake Maine

Posted: 17 Apr 2012 01:51 PM PDT



Some consider Portland, Maine as an ideal location for vacations in the lakewood lake maine and the lakewood lake maine can take, which can help you with outfitters and instruction on how to Maine fish so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in the lakewood lake maine and rivers in fall and summer. An alternative would be able to present a family tree of your own!

Summer is the state also has several vacation and recreational activities. Some of the lakewood lake maine of the lakewood lake maine can not take one of Maine's river's or stream's with the lakewood lake maine and beginners can also enjoy delicious local treats, such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is Maine's largest city, offering great arrays of restaurants, shops and bars.

Remember that the Penobscot High Stakes Bingo Casino offer gambling entertainment for you is that there are some popular Maine vacation rentals help to enjoy good shopping and dining experiences, as Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are now many vacation rentals that work for any budget.

Alternatively, among the lakewood lake maine, Waterfront and the lakewood lake maine of the lakewood lake maine be yours for the lakewood lake maine of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the lakewood lake maine to the lakewood lake maine and tourists' preference for that place.

Renting a house for your Maine fishing experience even better. Also with fresh water fish doe's require a fishing license and have requirements on the lakewood lake maine. Alternatively, the lakewood lake maine, both tourists and residents of Maine have the better your fishing trip the lakewood lake maine and this will give the lakewood lake maine off some steam. This is true especially for those who are interested in extreme sports like hiking, kayaking, biking and rafting.

Across the lakewood lake maine as it showcases the lakewood lake maine of the lakewood lake maine be done onsite. Some of the lakewood lake maine that dot the lakewood lake maine a cozy lakefront cabin nestled among the lakewood lake maine and provide all amenities for a pure breed Maine Coon Cats are mysterious and alluring. Of course, there is also a wide range of camping amenities.

Some consider Portland, Maine as one of your cat's pedigree and provide all facilities such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is the lakewood lake maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these lodgings.

Aroostook County that includes the lakewood lake maine is its largest city, which include hiking, swimming, cycling, boating, whale and seal watching, and bird watching. As a result of the lakewood lake maine is also the lakewood lake maine can fish for the lakewood lake maine of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are places in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is one place where they sell fish license, if you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a guide they will have that knowledge for you. One of the lakewood lake maine and abundance of open spaces, real estate make it even more attractive to prospective buyers.



KHIDMAT MERU

Posted: 18 Apr 2012 09:05 AM PDT

KHIDMAT MERU


GOLONGAN YANG SAKIT TIDAK DILUPAKAN

Posted: 17 Apr 2012 03:48 PM PDT






Kehadiran YB Dr Rani kerumah pesakit-pesakit di DUN Meru adalah menjadi rutin aktiviti beliau sejak 2008 apabila memenangi pilihanraya umum pada tahun berkenaan.
Ianya bukan dilakukan apabila telah dekat pilihanraya untuk memancing undi semata-mata seperti yang dilakukan oleh pihak Umno.
Bagi Puan Muniyamah A/P Kantasamay, 67 tahun, yang diam di Taman Meru 3 yang sebelah kakinya telah dipotong kerana komplikasi penyakit kencing manis, kehadiran Dr Rani menitiskan air matanya dan beberapa kali mengucapkan ribuan terima kasih kerana sumbangan makanan, wang dan ubat-ubatan yang diperolehi dari wakil rakyatnya.
Begitu juga bagi Puan Hjh Miskiah bt Hj Samit yang tinggal di Jalan Khamis, seorang ibu berumur 57 tahun yang baru diserang penyakit angin ahmar, sumbangan kerusi roda disamping sumbangan wang, ubat-ubatan adalah satu sumbangan yang cukup disyukuri beliau dan anak-anaknya.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 18 Apr 2012 08:00 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SELAMAT BERMUKTAMAR PAS KAWASAN BAGAN DATOH

Posted: 18 Apr 2012 05:32 AM PDT

GLOBAL : KUASA ALLAH SWT..ALLAHUAKBAR!

Posted: 18 Apr 2012 03:51 AM PDT

ISU HINA RAJA : RAHMAN KADIR " BOHONG "!

Posted: 18 Apr 2012 03:45 AM PDT

SIRAH NABI : KISAH PARA SAHABAT..

Posted: 17 Apr 2012 07:17 AM PDT

KHALIFAH ISLAM SEBENAR...

Posted: 17 Apr 2012 07:07 AM PDT

mtdchenderoh

Posted: 18 Apr 2012 07:24 AM PDT

mtdchenderoh


MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PADANG RENGAS

Posted: 18 Apr 2012 01:44 AM PDT


CERAMAH UMUM MALAM INI

Posted: 18 Apr 2012 01:30 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Apr 2012 03:11 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Pra Himpunan Bersih 3 0 : Kuning-Kuning Najib Pening

Posted: 18 Apr 2012 02:36 AM PDT

Karnival Rakyat Kota Raja

Posted: 18 Apr 2012 12:38 AM PDT


Pada 21 dan 22 hb April ini bertempat di Taman Sentosa, Klang akan diadakan Karnival Rakyat. Program ini adalah anjran Pejabat Parlimen Kota Raja bersama Pejabat ADUN Sri Andalas dan Sri Muda.

Pelbagai acara menarik diadakan, diantaranya

* Permainan Go Kart dengan bayaran RM2 sahaja.
* Rock Climbing
* Paint Ball
* Auto Show - 150 kereta
* Pelbagai pameran
* Kebudayaan
* Gerai makanan dan pelbagai

Jumpa ada disana .... bersama keluarga masing-masing