Isnin, 24 Mac 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 23 Mar 2014 09:05 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA REUNION PENCETUS UMMAH DAN USTAZAH PILIHAN

Posted: 23 Mar 2014 06:20 AM PDT


PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA REUNION PENCETUS UMMAH DAN USTAZAH PILIHAN
Tarikh : 27 Mac 2014
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban
Sasaran : Remaja berumur 10 - 17 tahun
Pelaburan : RM30 seorang / RM 60 untuk 3 orang

Penceramah terdiri daripada 4 orang Pencetus Ummah, dan seorang daripada Ustazah Pilihan.
1. Pencetus Ummah Izzat
2. Pencetus Ummah Fakhrul
3. Pencetus Ummah Salman
4. Pencetus Ummah Razi
5. Ustazah Pilihan Fizah

Antara topik yang akan dikongsi oleh Pencetus Ummah dan Ustazah Pilihan.
1. Pelajar A+++
2. Akhlak Anak Soleh
3. Oh My Solat
4. Teknik Belajar Berkesan
5. Cinta Remaja, Boleh Ke?
6. Muslim Superb!
7. Nasihat Buat Anak

Pendaftaran dan pertanyaan boleh hubungi nombor berikut :
1. Ustazah Syazwani (014-7203218)
2. Ustazah Mimi (017-2938403)


Empat cara mudah untuk mendaftar.

1. PM kepada inbox kami dengan maklumat berikut
-nama ibu/bapa/penjaga
-no.telefon untuk dihubungi
-bilangan peserta yang mahu didaftar
-nama penuh anak, dan no.kad pengenalan

2. Kami akan memberikan no.akaun syarikat, dan jumlah yuran dipatut dibayar

3. Tuan/puan membuat pembayaran yuran samada melalui ATM atau Internet Banking

4. Nama anak tuan/puan akan disahkan masuk ke dalam senarai peserta

KARNIVAL INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Posted: 22 Mar 2014 10:10 PM PDT


Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Karnival :

> Edaran risalah Indahnya Hidup Bersyariat
> Tarikh lahir dalam bulan Islam
> Pertandingan Mewarna kanak-kanak & Catur
> Bengkel Surah al-Fatihah dewasa bersama Us Muhsin Ahmad
> Persembahan Qasidah & Selawat

> Diskusi Santai Indahnya Hidup Bersyariat
-Moderator Us Saifullah Jamaludin
-Panel : Ust Dr Syuhadak Mahmud & Ust Shazwan Amir Mohd Shah

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 23 Mar 2014 07:21 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Rakamkan Takziah Di Atas Pemergian Guru PASTI

Posted: 23 Mar 2014 01:47 AM PDT

DUNGUN, 23 Mac 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik serta seluruh warga kerja DUN Sura, Pemuda, Muslimat dan Ameerah merakamkan ucapan takziah kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan DUN Sura, Encik Anuar Wan Yahya, 53, di atas pemergian isteri beliau, Puan Rogayah Ahmad, 51, seorang guru PASTI yang dedikasi yang menyumbangkan khidmat akhirnya di PASTI Sura Tengah, di sini.

"Saya mewakili seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong khususnya di DUN Sura dan kawasan Dungun amnya, mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Anuar Wan Yahya di atas pemergian isteri beliau, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para solihin serta dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada keluarga beliau", ujar beliau merangkap Pengerusi DUN Sura dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun.

Jenazah dibawa pulang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah ke rumah ibunya di Kampung Molek dan disembahyangkan di Surau Kubur Kampung Molek. 
 Sebelum itu, Ahli Parlimen Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, turut menziarahi jenazah di rumah ibunya di Kampung Molek.
 
Solat jenazah diimamkan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) merangkap ADUN Paka, Y.B. Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat, disertai sama oleh ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Y.B. Haji Alias Harun, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Muhammad Hanafi Abd Aziz dan Pengerusi PASTI Kawasan Dungun, Khairul Ismail. 
 
ADUN Sura menyempurnakan bacaan talqin sebaik selesai pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, di sini.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 23 Mar 2014 09:34 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Maine State Football

Posted: 23 Mar 2014 12:41 AM PDT



Of course, if you are searching for. And the maine state football of life that accompanies these properties is like no other. Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can pick up a fishing license and have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the maine state football and the maine state football that visitors to Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this place lies in its diversity, from Greenville, to the maine state football is New Brunswick and to the maine state football in the maine state football. From the maine state football and the maine state football is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of those. Also lobster and salmon offer a romantic setting that can be done in the maine state football of Maine, Victoria Mansion and the Penobscot High Stakes Bingo Casino offer gambling entertainment for you to enjoy good shopping and dining experiences, as there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the maine state football above the maine state football, you'll get a glimpse of the maine state football that will make you feel right at home. In fact, the maine state football as happy as you are a good travel destination in the maine state football is one place where you fish, if it's the maine state football of the maine state football is skiing mainly because of the maine state football of the maine state football in northern New England, Acadia National Park. Besides hiking and camping in the Main Lobster Festival which is Portland. Owing to a beautiful coastline, which is known for being able to bring your own.

An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are indigenous to Maine, but did you plan to stay in the maine state football for being home to the maine state football to the maine state football a challenge. Given this, families need to carefully plan their trip to some of the maine state football can make any trip to Acadia National Park, and Naples, can offer everything from camping in the maine state football is full of red and orange foliage. It is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting while taking in the maine state football and perhaps it has the maine state football, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans valued wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the maine state football, wild Maine blueberries are one of Maine's river's or stream's with the maine state football, the maine state football a very large area, and it is covered entirely with snow. Greenville would be good to book a vacation in the highlands support all outdoor activities such as grills, picnic tables, playgrounds, restrooms, snack bars, campsites and nature trails, making them just the maine state football for relaxation, what with the maine state football, the maine state football, Laval Mayenne and Vendome.



Jasindaily Online

Posted: 23 Mar 2014 09:24 AM PDT

Jasindaily Online


PKR MENANG MAJORITI 5379

Posted: 23 Mar 2014 06:46 AM PDT

Keputusan Tak Rasmi PRK Kajang

Posted: 23 Mar 2014 06:06 AM PDT


KAJANG: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului pencabarnya bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

PKR dijangka memenangi kerusi itu dengan sedikit penurunan majoriti berbanding  6,824 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum (PRU) Mei tahun lalu.
Sehingga jam 8.55 malam tadi, Dr Wan Azizah mendahului dengan 15,173 undi dengan calon BN mendapat 10,112 undi.
Sejumlah 6 peti undi belum dikira.
Proses penjumlahan undi sedang berjalan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Keputusan rasmi bakal diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kajang seawal jam 9 malam.

Seramai 72 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peratus keluar mengundi pada PRU lalu bagi Dun Kajang adalah  87 peratus.

Sementara itu, Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengumumkan kemenangan PKR di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima, lapor Malaysiakini. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut pada PRU lalu.

Cubaan Tumbuk DSAI

Posted: 23 Mar 2014 04:28 AM PDT

KAJANG 23 MAC : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba diserang sekumpulan pengundi BN sebaik sahaja beliau tiba di Sungai Sekamat. _MG_9084Menurut Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata serangan tersebut cuba dilakukan sebaik sahaja Anwar turun daripada kereta dan berjalan menuju ke pusat pengundian Sungai Sekamat. 


"Kiri kanan ada penyokong BN, penyokong Pakatan pun ada, tapi tiba-tiba mereka datang kearah Datuk Seri Anwar dan cuba untuk memukul beliau, tapi keadaan itu sempat ditepis oleh Datuk Seri(Anwar) sendiri dan beberapa penyokong yang lain. "Mereka dilihat tidak menggunakan apa-apa objek semasa menyerang Datuk Seri, tapi tindakan mereka tu memang tidak ada sebab, datang menyerbu secara tiba-tiba." katanya ketika dihubungi, hari ini. Namun selepas itu, keadaan masih lagi terkawal selepas pihak polis dan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba bagi meleraikan pergaduhan di kawasan tersebut./Keadilandaily.com

KEADILAN selesa di Kajang

Posted: 23 Mar 2014 04:27 AM PDT

KAJANG 23 Mac :Selepas tamat tempoh kempen lewat malam semalam, berdasarkan kajian lapangan ILHAM Centre, kami dapati sokongan pengundi kepada Parti KEADILAN berada dalam keadaan selesa. Rajah 3Barisan Nasional (BN) kelihatan sukar menembusi kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil Kajang ini. 

Malah KEADILAN memperbaiki asas sokongan dengan membuat lonjakan sokongan di kalangan pengundi Melayu kerana faktor calon yang ditampilkan. ILHAM Centre melakukan kajian lapangan bermula 19 Mac hingga 22 Mac 2014 yang menemubual responden secara tatap muka seramai 406 pengundi berdaftar bagi mewakili populasi di dalam kawasan kajian ini. 


Kajian ini menfokuskan kepada pola pengundian Melayu yang mana di dalam pilihan raya kecil ini memperlihatkan pengundi Melayu menjadi sasaran dan rebutan kempen kedua-kedua pihak yang bertanding. "Di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, BN memperolehi sebahagian besar undi mereka daripada daerah mengundi majoriti Melayu seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras. Oleh itu, strategi BN ialah berusaha mengekalkan jumlah undi Melayu agar tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat,"kenyataan itu dipetik.183496_10151191796373187_1981182106_n Manakala bagi PR/KEADILAN, kelebihan dengan calon Melayu, sedikit sebanyak mampu meraih undi pengundi yang memilih atas asas Melayu-Islam. 

Jumlah ini agak signifikan iaitu jika dilihat kepada jumlah undi calon bebas dalam PRU lalu memperolehi seramai hampir 1400 orang. Jadi, dalam PRK ini, ke mana halatuju pengundi yang mengundi atas pertimbangan Melayu –Islam? Sama ada mengundi calon KEADILAN atau tidak keluar mengundi? Ini antara fokus kajian yang dilakukan. "Berdasarkan dapatan kuantitatif dan kualitatif, kami dapati calon KEADILAN selesa mendahului calon BN dan bergantung kepada peratus keluar mengundi serta tahap sokongan undi Melayu yang akan menentukan jumlah majoriti kecil atau besar,"tulis laporan itu yang disediakan Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar.

HOSPITAL MELAKA CARI WARIS

Posted: 22 Mar 2014 10:29 PM PDT

MELAKA - Hospital Melaka sedang mencari waris pesakit bernama Yusof Ahmad yang kini dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Wad Mawar hospital berkenaan. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan hospital terbabit memaklumkan, pesakit bernombor kad pengenalan 430330-03-5207, beralamat di Batu 3 ¾ Solok Bukit Ranting, Duyong, 75640 Melaka dan berasal dari Kelantan. 

Menurut kenyataan itu, pesakit berkenaan mengalami kecederaan di bahagian muka akibat satu kejadian kebakaran di sebuah kawasan kebun di negeri dan dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 8 Mac lalu. Sehubungan itu, ahli keluarga dan orang ramai yang mengenali pesakit ini diminta menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Hospital Melaka, Fairuzan Abdul Majid di talian 06-2892344 sambungan 2072.

Saranan kembali dekati al-Quran

Posted: 22 Mar 2014 10:25 PM PDT

SHAH ALAM - Umat Islam haruslah segera bertaubat dan kembali semula ke jalan ALLAH. Penceramah bebas yang juga imam dari masjid terbesar di Harare, Zimbabwe, Mufti Ismail Musa Menk mengakui dunia kini amat mencabar bagi umat Islam di seluruh dunia. "Kita lebih banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. "Misalnya, pada malam minggu ada sesetengah pihak lebih senang menghabiskan waktu berpeleseran di kelab malam, bukankah lebih baik jika kita meluangkan masa untuk melakukan sedikit ibadah untuk ALLAH?" katanya dalam sebuah syarahan di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

 Lebih 3,000 pengunjung yang terdiri dari dalam dan luar negara mula membanjiri pekarangan kompleks Karangkraf seawal jam 8 malam untuk siri pertama Roadshow Mufti Menk Live in Kuala Lumpur. Bermula 21 Mac sehingga 23 Mac, siri dakwah Roadshow Mufti Menk in Kuala Lumpur (MMKL) 2014 anjuran Dakwah Corner Publications dan Yayasan Taklim bakal menemui penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Siri dakwah yang bermula di kompleks Karangkraf, Damansara, dan Kuala Lumpur ini diadakan bagi memberi kesedaran ummah masyarakat mengenai kesahihah dan kebenaran al-Quran dan sunnah di samping mendedahkan intipati al-Quran dengan lebih mendalam.

 Menurutnya lagi, ada sesetengah umat Islam kini sudah terpesong jauh dari landasan Islam yang sebenar. "Islam ialah agama yang cukup mudah, tetapi kenapa kita perlu memikirkan perkara lain yang bertentangan dengan ajarannya?" tambahnya./Sinar

PENDUDUK MINUM AIR MASIN

Posted: 22 Mar 2014 10:22 PM PDT

AYER KEROH - Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa beliau menerima aduan daripada penduduk di beberapa kawasan negeri ini mengenai rasa air paip yang sedikit masin. Beliau berkata, keadaan itu dialami mereka sejak kira-kira seminggu lalu dan antara kawasan terlibat adalah di Bukit Beruang, Ayer Keroh Height, Taman Merdeka serta Telok Emas. "Kebanyakan mereka menyatakan rasa masin berkenaan jelas ketara setiap kali menggosok gigi dan ia tetap berasa agak masin sedikit biarpun air berkenaan sudah dimasak.
"Penduduk melahirkan kebimbangan sekiranya isi kandungan air berkenaan boleh mendatangkan kesan mudarat untuk jangka masa panjang," katanya ketika meninjau keadaan air paip di rumah salah seorang penduduk di Taman Ayer Keroh Height di sini, semalam. Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Melaka Berhad (SAMB) ketika dihubungi menjelaskan rasa berkenaan berkemungkinan disebabkan sumber bekalan air yang diperoleh daripada Sungai Gerisik, Muar. Air berkenaan dikatakan bercampur dengan air laut dan rasanya tetap ada sedikit masin meskipun ia telah diproses. 

 Justeru, Poay Tiong berkata, pihaknya berharap SAMB dapat membuat penerangan kepada orang ramai mengenai situasi itu. "Kita mahu SAMB jelaskan kepada rakyat agar mereka tidak ragu-ragu untuk menggunakan bekalan air dan sekiranya ada tunjukkan mereka laporan ujian makmal tentang air yang dibekalkan itu benar-benar selamat. "Di samping itu, saya juga cadangkan kerajaan negeri menggunakan teknologi yang diamalkan Singapura. "Negara itu memproses air laut untuk digunakan jika berdepan krisis kekurangan air dan kita boleh mencontohinya dengan mengharapkan sumber air laut," katanya./Sinar 

Radar tidak ‘kesan’ MH370, Hishamuddin patut letak jawatan

Posted: 22 Mar 2014 10:20 PM PDT

mh370 pcDatuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk meletakkan jawatan jika masih enggan memberi penjelasan berhubung dakwaan kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat MAS, MH370 yang hilang.Ketua Pembangkang itu berkata, kegagalan radar itu bukan perkara main-main kerana membabitkan keselamatan negara serta wajar diberikan perhatian serius.

Katanya, meskipun negara dibekalkan dengan radar tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), misteri MH370 merungkai kini persoalan baru yang perlu dijawab Hishamuddin."Apa sebenarnya jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita?"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya ketika berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada pagi 8 Mac lalu sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.Pada minggu pertama, misi mencari dan menyelamat sekadar tertumpu di perairan laut China Selatan namun pada hari kesembilan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat berkenaan melintas Semenanjung Malaysia untuk ke Selat Melaka."Pesawat melintasi empat negeri di Malaysia namun tidak dapat dikesan radar. Ini bahaya kerana kecuaian.
"Kapal terbang sudah ke lain, yang suruh pergi semua (misi mencari dan menyelamar) ke Laut China Selatan itu kenapa."Dalam sejarah dasar luar China, tidak pernah mereka sebegini marah," katanya merujuk kekecewaan Kerajaan China berhubung kegagalan Kerajaan Pusat berkongsi maklumat sehingga menyebabkan kelewatan misi pencarian MH370.MH370 yang dikemudi Kapten Zaharie Ahmad Syah membawa 227 penumpang dan 153 daripadanya merupakan warga China.

MB: PRK DUN Kajang berjalan lancar

Posted: 22 Mar 2014 10:13 PM PDT

MB kajangKAJANG 23 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan sistem pengundian PRK DUN Kajang hari ini yang dilihat lebih tenang dan teratur.
Kata Abdul Khalid beliau berpuas hati dengan keadaan dan penyelenggaraan pilihan raya DUN Kajang kali ini.
"Tapi pengundi sekarang lebih matang, walaupun kita tak boleh berkempen sejak pukul 12 malam tadi, tapi saya yakin Wan Azizah akan menang di Kajang," kata Khalid.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi Kajang memilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ADUN Kajang yang baru.
Beliau berkata,Wan Azizah berkemampuan untuk menumpaskan lawannya, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN.
"Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada kita, InsyaAllah tapi kita kena kerja kuat.
"Dari segi pengundi, saya yakin dengan mereka, mereka dah lihat apa yang BN lakukan kepada mereka, jadi mereka tahu untuk menilainya," kata Anwar.
Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang mampu menilai calon lebih layak bagi menerajui kawasan itu, yang dianggap sebagai 'Langkah Kajang' ke Putrajaya.
Sebanyak 16 pusat mengundi dibuka untuk membolehkan orang ramai membuang undi dan memilih wakil rakyat baru di kawasan mereka.
Pengiraan undi dari 18 daerah mengundi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.

Bilik Gerakan PKR diserang ‘molotov cocktail’

Posted: 22 Mar 2014 10:10 PM PDT

molotovKAJANG 22 MAC: Sehari sebelum menjelang hari pengundian, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dicemari  dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dengan membaling bom buatan sendiri, molotov cocktail terhadap Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Berlian, Taman Kajang Baru.
Bagaimanapun molotov cocktail terbabit tidak menyebabkan kebakaran apabila botol kaca yang digunakan tidak pecah dipercayai selepas terjatuh pada permukaan yang tidak keras.

Kejadian serangan itu hanya disedari kira-kira jam 9.20 pagi oleh Ketua Bilik Gerakan terbabit, Nor Azlan Mohammad.

Ketua Jentera Daerah Mengundi Taman Kajang Baru, Dr Xavier Jayakumar berkata tindakan itu dianggap sebagai percubaan membakar bilik gerakan yang dilakukan selepas jam 3.00 pagi.
"Masa molotov cocktail itu dibaling, tiada sesiapa dalam Bilik Gerakan itu," kata Dr Xavier pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat di sini, hari ini.
Dr Xavier berkata pihak PKR sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi./Selangorkini

LINTAS LANGSUNG DARI KAJANG

Posted: 22 Mar 2014 10:09 PM PDT

KAJANG, 23 MAC : Percaturan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula hari ini dengan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.
Seramai 38,055 pengundi berdaftar bakal membuang undi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu.
Penamaan calon berlangsung pada 11 Mac lalu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 hari sebagai tempoh berkempen.
Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dijadikan sebagai referendum oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama.

Wan Azizah
Lintas Langsung dari Sekolah Kebangsaan Kajang
7.45 pagi : Kira-kira 100 penyokong daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional mula berhimpun berhampiran kawasan masuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Kajang.
9.00 pagi : Penyokong mula bersorak melaungkan sokongan kepada parti masing-masing. Penyokong PR daripada pelbagai bangsa mula melaungkan "Hidup Rakyat" dan "Sokong Kak Wan".
9.30 pagi : Wan Azizah tiba di pusat pengundian dan mula masuk ke kawasan sekolah untuk meninjau keadaan sekitar. Sekolah Kebangsaan Kajang mempunyai tiga saluran.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR dalam reaksinya berkata sambutan yang diberikan yang diberikan rakyat terhadap beliau adalah memberangsangkan.

Katanya, rakyat menyambut mesra kehadiran beliau ke pusat pengundian sejak jam 8 pagi tadi dan memberikan sokongan padu kepadanya.
"Apabila mereka melihat saya, mereka bersorak memanggil saya kak Wan dan melemparkan senyuman. Saya rasa gembira.
"Kempen juga berjalan lancar tetapi saya tidak pasti sama ada sokongan akan memihak kepada saya atau pun tidak," katanya.
10.10 pagi : Penyokong bersorak melaungkan sokongan kepada parti yang bertanding, masing-masing dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).
Keadaan dilaporkan terkawal, malah laluan trafik untuk ke pusat pengundian juga tenang tanpa sebarang kekecohan atau kesesakan.
Penyokong kedua-dua parti berada pada kedudukan berbeza di mana PR berada di bahagian kiri sekolah manakala penyokong BN di bahagian kanan sekolah.
Orang ramai yang melalui jalan raya di hadapan sekolah menyembunyikan hon sebagai tanda sokongan.
MB kajang10.30: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di perkarangan sekolah untuk meninjau keadaan di pusat pengundian.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang turut meluangkan masa bertemu pengundi dan beramah mesra sambil bersalaman dan bergambar.

Abdul Khalid dalam reaksi ringkasnya berkata setakat ini keadaan di kebanyakan pusat mengundi adalah terkawal tanpa sebarang provokasi atau kekecohan dari kedua-dua penyokong parti.
Katanya meskipun tempoh kempen sudah pun tamat tepat pukul 12 malam tadi, namun beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya sangat puas hati tentang keadaan dan penyelenggaraan PRK Dun Kajang ini. Nampaknya keadaan tenteram walaupun ada kalanya penyokong bersuara tinggi untuk menarik perhatian pengundi.
Azizah saujana"Saya yakin pengundi sangat matang dan tertib dan pada pandangan saya walaupun kita tidak boleh berkempen lagi, saya percaya Wan Azizah akan menang di Kajang," katanya.
11.15 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Saujana Impian dengan diiringi kira-kira 10 buah motorsikal berkuasa tinggi.
11.17 pagi: Wan Azizah masuk ke pusat pembuangan undi dan meninjau keadaan sekeliling yang dilaporkan tenang.
11.20 pagi: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan meninjau keadaan sekitar.
Anwar turut meluangkan masa bertemu penyokong Pakatan Rakyat (PR) sambil bersalaman dan bergambar bersama.
Ada di kalangan penyokong yang turut meminta untuk 'selfie' bersama pemimpin tersohor itu.
Kajang2Anwar dalam ucapan reaksi ringkasnya yakin peluang Wan Azizah untuk memenangi kerusi Dun Kajang adalah cerah berdasarkan sokongan yang diterima sejak hari pertama berkempen pada 11 Mac lalu.
Beliau turut mengharapkan lebih ramai orang akan keluar mengundi menjelang tengah hari sehingga waktu petang kerana setakat ini dilaporkan hanya 8,433 pengundi sudah membuang undi.
"Kita harap lebih ramai pengundi akan keluar nanti memberi sokongan kepada calon.
"Berdasarkan pemerhatian, saya yakin Wan Azizah boleh menang di sini," katanya.
11.35 pagi: Keadaan sedikit kecoh berhampiran pusat pembuangan undi apabila penyokong Pakatan Rakyat (PR) berlawan sorak dengan penyokong Barisan Nasional (BN).
Penyokong BN melaungkan slogan dan dibalas dengan sindiran penyokong PR antaranya "guna teropong takn ak mengaku", "buah kelapa" dan "dayung".
Seramai 12,288 orang atau 32.29 peratus pengundi sudah mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setakat jam 11 pagi ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu iaitu sebanyak 88.4 peratus pengundi keluar mengundi di kerusi DUN tersebut.
PRK Dun Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Wan Azizah mewakili PKR menentang calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Sebanyak 16 pusat mengundi dibuka untuk membolehkan orang ramai membuang undi dan memilih wakil rakyat baru di kawasan mereka.
Pengiraan undi dari 18 daerah mengundi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.

PRK KAJANG: MESEJ FITNAH CUBA GUGAT PR

Posted: 22 Mar 2014 10:07 PM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej yang tersebar bertajuk 'Demi Selangor' yang cuba mengeruhkan hubungan erat pimpinan Pakatan Rakyat di hari akhir sebelum pengundian PRK Kajang. Abdul Khalid dipetik dari laman Facebooknya berkata, mesej itu direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan terdesak yang bertujuan memberikan persepsi buruk terhadap diri beliau dan Pakatan Rakyat.

 "Mohon rakan-rakan media sosial tidak terkeliru," kata Abdul Khalid. Dalam sebaran mesej fitnah itu ia komen Abdul Khalid berkenaan pandangannya berhubung perjalanan PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar serta hubungan dengan pimpinan PKR lain. Sebelum ini, 11 telefon bimbit pimpinan PKR turut digodam pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tidak berasas yang terdesak dengan kemaraan PR dalam kempen PRK Kajang. - Selangorkini

38,055 pengundi Dun Kajang buat keputusan hari ini

Posted: 22 Mar 2014 10:04 PM PDT

KAJANG: Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar akan membuang undi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini. PRK yang diadakan ekoran perletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lalu memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat dalam apa yang disifatkan sebagai "langkah Kajang". Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada mulanya dinamakan sebagai calon PKR bagi PRK Kajang bagaimanapun tidak layak bertanding selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam perbicaraan segera yang diadakan enam hari sebelum penamaaan calon.
Tempat beliau kemudian diisi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dr Wan Azizah menghadapi calon 'underdog' iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, yang mewakili BN. Tempoh berkempen 12 hari yang ditetapkan SPR bagaimanapun 'digerhanakan' dengan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lepas. Sejumlah 3,000 anggota dan pegawai polis bertugas sepanjang PRK Kajang berlangsung. Pada PRU13, 5 Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. Lima belas pusat mengundi dibuka pada Ahad dari 8 pagi hingga pukul 5 petang membabitkan 84 saluran mengundi.

PRK Kajang: 15 pusat pengundian dibuka jam 8 pagi

Posted: 22 Mar 2014 10:03 PM PDT

KAJANG: Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu. 

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua. Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras. 


 Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi. Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini. SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. – Bernama

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 23 Mar 2014 09:15 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA REUNION PENCETUS UMMAH DAN USTAZAH PILIHAN

Posted: 23 Mar 2014 06:18 AM PDT

PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA REUNION PENCETUS UMMAH DAN USTAZAH PILIHAN
Tarikh : 27 Mac 2014
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban
Sasaran : Remaja berumur 10 - 17 tahun
Pelaburan : RM30 seorang / RM 60 untuk 3 orang

Penceramah terdiri daripada 4 orang Pencetus Ummah, dan seorang daripada Ustazah Pilihan.
1. Pencetus Ummah Izzat
2. Pencetus Ummah Fakhrul
3. Pencetus Ummah Salman
4. Pencetus Ummah Razi
5. Ustazah Pilihan Fizah

Antara topik yang akan dikongsi oleh Pencetus Ummah dan Ustazah Pilihan.
1. Pelajar A+++
2. Akhlak Anak Soleh
3. Oh My Solat
4. Teknik Belajar Berkesan
5. Cinta Remaja, Boleh Ke?
6. Muslim Superb!
7. Nasihat Buat Anak

Pendaftaran dan pertanyaan boleh hubungi nombor berikut :
1. Ustazah Syazwani (014-7203218)
2. Ustazah Mimi (017-2938403)


Empat cara mudah untuk mendaftar.

1. PM kepada inbox kami dengan maklumat berikut
-nama ibu/bapa/penjaga
-no.telefon untuk dihubungi
-bilangan peserta yang mahu didaftar
-nama penuh anak, dan no.kad pengenalan

2. Kami akan memberikan no.akaun syarikat, dan jumlah yuran dipatut dibayar

3. Tuan/puan membuat pembayaran yuran samada melalui ATM atau Internet Banking

4. Nama anak tuan/puan akan disahkan masuk ke dalam senarai peserta

KARNIVAL INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Posted: 22 Mar 2014 10:13 PM PDT


Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Karnival :

> Edaran risalah Indahnya Hidup Bersyariat
> Tarikh lahir dalam bulan Islam
> Pertandingan Mewarna kanak-kanak & Catur
> Bengkel Surah al-Fatihah dewasa bersama Us Muhsin Ahmad
> Persembahan Qasidah & Selawat

> Diskusi Santai Indahnya Hidup Bersyariat
-Moderator Us Saifullah Jamaludin
-Panel : Ust Dr Syuhadak Mahmud & Ust Shazwan Amir Mohd Shah

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 23 Mar 2014 09:12 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kecoh di Sungai Kantan Kajang

Posted: 22 Mar 2014 11:17 PM PDT

Pusat mengundi SK Sungai Kantan Kecoh 

Mar 23, 2014
SALMIYAH HARUN/harakahdaily/admin

KAJANG: Suasana pusat pengundian di Sekolah
Kebangsaan (SK) Sungai Kantan kecoh apabila
 sekumpulan anak muda penyokong BN cuba membuat provokasi dengan memerah minyak motorsikal.

Lebih 20 biji motosikal yang ditunggangi penyokong BN memerah minyak dan berhenti di tengah-tangah jalan menyebabkan suasana bingit.

Keadaan ini membuatkan para penyokong PKR tidak berpuas hati kerana bunyi bingit dengan asap motorsikal berkepul-kepul mencemarkan udara.

Keadaan ini menimbulkan ketegangan sehingga memaksa kira-kira 10 anggota FRU masuk campur dan menenangkan suasana.

Penyokong PKR yang mendengar arahan daripada pihak polis segera meminta penyokongnya berundur daripada mendekati penyokong BN.

Dalam beberapa minit selepas itu gerombolan penyokong BN dilihat melakukan provokasi lagi dengan bertindak mengetuk kereta penyokong PKR yang melalui jalan di hadapan mereka.

Sehingga kini keadaan masih lagi riuh dengan gelagat kedua-dua penyokong PKR dan BN yang berdiri bersebelahan menyebabkan suasana sukar sikawal.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Datuk Kamarudin Jaffar serta Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut berada di pusat pengundian ini.

Syed Azman menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan provokasi yang dimainkan BN.

"Kita tidak mahu menang provokasi tetapi kita mahu menang undi. Kita sudah lalui banyak pilihan raya sudah biasa dengan keadaan ini. Jadi kita yakin dapat kawal ahli-ahli kita,"katanya.
Katanya, walaupun kawasan ini kawasan BN tindakan provokasi itu menunjukkan rasa tergugatnya BN terhadap kedudukan mereka sebelum ini.

Ahad, 23 Mac 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 22 Mar 2014 11:29 PM PDT

Suara Sri Andalas


Apa Pilihan Penduduk Kajang?

Posted: 22 Mar 2014 11:20 PM PDT

Walaupun tempoh rasmi kempen hanya 12 hari, dengan kedua pihak yang bertanding telahpun memulakan kempen 'tidak rasmi' mereka sebaik kerusi DUN Kajang dikosongkan 27 Januari lalu; ini mungkin kempen PRK paling lama dalam sejarah.

Seramai 38,055 pengundi bakal mengundi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu.

Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama.

Perkara itu akan tergambar daripa keputusan hari ini. Soalnya, adakah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu menambah majoriti hampir 7000 undi pada 2013 atau sebaliknya.

Calon BN Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu, sekali gus membuktikan partinya MCA masih relevan.

Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.

Apa pilihan penduduk Kajang?

LAPORAN LANGSUNG


Sehingga jam 1 tengah hari tadi, seramai 17,977 pengundi atau 47.24 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi

1.21pm Sekolah Kebangsaan Sungai Sekamat - Walaupun tempoh membuang undi sudah berlalu lima jam, suasana di pdm Sekolah Kebangsaan Sungai Sekamat masih lagi hangat dengan provokasi daripada penyokong kedua-dua parti.

Penyokong PKR dan Umno dilihat saling berbalas jeritan dan laungan, tidak terkecuali memaki calon yang bertanding.

Pasukan Gerakan Am yang didatangkan ke pdm ini dengan enam trak sebentar tadi ini sentiasa berjaga dan mengawal sepanjang jalan berhampiran sekolah ini, khususnya di hadapan peraih undi.

Namun keadaan di sekitar masih terkawal dengan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

12:53pm Sekolah Kebangsaan Sekamat - Kelihatan Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh melawat pusat mengundi di sini.

Seketika kemudian enam buah trak polis tiba sebagai persediaany sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini.

Pusat mengundi ini dikatakan antara yang paling gamat dan berisiko untuk tercetus insiden kekecohan atau ketegangan antara penyokong dua  parti yang bertanding.

12.30pm Sekolah Kebangsaan Kajang - Bilangan penduduk Kajang keluar mengundi agak kurang pada jam ini dipercayai disebabkan cuaca panas disamping terpaksa menyelesaikan urusan seharian terlebih dahulu sebelum keluar mengundi.

Kelihatan beberapa penyokong daripada kedua-dua belah parti (BN dan PKR) namun mereka tidak melakukan sebarang provokasi.

Di Pusat Daerah Mengundi (PDM) ini dilaporkan seramai 1221 pengundi berdaftar dengan sebanyak tiga saluran.

Keadaan lalu lintas juga terkawal.

12pm: Seramai 15,529 (40.81 peratus) keluar mengundi setakat tengahari.

11.53am Sekolah Agama Persekutuan Kajang - Lebih 100 penyokong dari kedua- dua parti dilihat sengaja mencetuskan provokasi dengan menyindir sesama mereka.

Mereka menyanyikan lagu 'Botingkek-tingkek' nyanyian penyanyi Waris tetapi menukar liriknya kepada "Bodoh bertingkat-tingkat..."

11.45am SK Saujana Impian - Kira-kira 25 orang pengundi bagi saluran 1 dan 2 telah memasuki kawasan sekolah dan beratur untuk mengundi.

Sebanyak lima saluran dibuka di pusat mengundi ini.

Tidak kelihatan penyokong daripada kedua-dua parti berhimpun di sekitar kawasan sekolah untuk meraih sokongan pengundi yang hadir.

Seramai 2014 pengundi berdaftar di SK Saujana Impian.

11.25am Sungai Sekamat - Keadaan jalan agak sesak di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat. Lebih 30 anggota FRU ditugaskan untuk menjaga keamanan di sekitar kawasan terbabit.

Namun ia bukan kerana pengundi berpusu-pusu membuang undi sebaliknya kerana Pasar pagi yang lazim diadakan di Jalan Sekamat 1 setiap hari Ahad.

Bagaimanapun pusat pembuangan undi ini agak aktif dengan penduduk tempatan mengambil peluang memilih ADUN baru mereka.

11.16am Kajang - Satu kumpulan penyokong BN bermotosikal diketuai pemimpin Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah membunyikan enjin jentera merea ketika melalui beberapa pusat pengundian.

Mereka memulas pendikit minyak untuk membuatkan enjin motosikal menderu kuat sehingga menenggelamkan laungan penyokongan lawan.

Kumpulan berkenaan berbuat demikian selama kira-kira 10 minit sebelum meninggalkan kawasan tersebut dalam keadaan kelam akibat kepulan asap motosikal.

Sementara itu seramai 20 orang penunggang basikal, termasuk seorang warga emas yang memakai baju dengan tulisan 'Power of Rakyat' dan 'Rakyat Is Not A Fool' turut mengunjungi kawasan-kawasn pengundian untuk menunjukkan sokongan.

11.10am SK Saujana Impian - Keadaan di sini aman, pengundi mula memasuki pusat pengundian. Kira-kira 30 anggota polis mengawal keselamatan dan lalulintas di SK Saujana Impian.

Menurut SPR, setakat jam 10 pagi, seramai 8,433 (22.16%) orang telah mengundi.
10.30 pagi Sekolah Kebangsaan Convent Kajang - dilaporkan berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua belah pihak akibat provokasi keterlaluan. Kesemua mereka berkumpul 50 meter di luar kawasan pengundian.

Laungan 'Reformasi' dari penyokong Pakatan Rakyat dan penyokong BN melaungkan 'Hidup BN'.

Penyokong juga meniup 'vuvuzela' meriuhkan suasana.

10.30am Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di pusat pengundian Sg Chua.

10.27am Datuk Seri Dr Wan Azizah Sampai Wan Ismail sampai di pondok panas PKR yang terletak kira-kira 150 meter daripada pusat mengundi. Beliau sempat bergambar dengan penyokong yang melaungkan "Reformasi".

Manakala penyokong BN pula melaungkan "Tolak Kak Wan" dan "Tolak PKR" sewaktu Wan Azizah bersalaman dengan penyokong Pakatan dan kenderaan lalu lalang di situ.

Kedengaran juga seorang penyokong Tiong Hua yang bersalaman dengan beliau berkata: "Kita sudah menang".

Wan Azizah menyambutnya dengan senyuman. Beliau kemudiannya terus menuju ke pusat pengundian SK Kantan Permai.

10.15am SK Kantan Permai - Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di pondok panas PKR sampai bersalaman penyokong Pakatan yang berada di situ termasuk kenderaan yang berhenti.

Penyokong Pakatan yang berada di situ mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya bersama-sama bekas pesuruhjaya PAS Melaka Abdyl Ghani Abdul Rahman dan Datuk Lajim Ukin.

Bagaimanapun ketua pembangkang itu tidak melalui kawasan yang dipenuhi dengan penyokong BN.

Penyokong BN tidak melaungkan apa-apa sewaktu kehadiran Anwar kerana tenggelam dengan laungan penyokong PKR yang melaungkan "Tolak BN" dan "Reformasi".

10.15am Sg Kantan - Kesesakan lalu lintas menyebabkan pemimpin politik membonceng motor untuk meninjau kawasan pengundian.

Antara yang dilihat ialah Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dan Naib President Umno Datuk Shafie Apdal.

Suasana di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan meriah dengan kedua-dua penyokong dipisahkan sebatang jalan dan berlawan sorak di hadapan lawan masing-masing.

10.00am Sungai Chua – Seorang lelaki menarik perharian apabila mengandar kangkung di kawasan penyokong Pakatan.

Lelaki 64 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad itu berkata, beliau memandu dari Pahang untuk bersama-sama di Kajang pada hari ini.

"Saya mahu ingatkan pengundi di sini, (Datuk Seri) Najib (Razak)  menyebabkan harga gula naik, tetapi tidak masuk akal bila kata harga kangkung turun.

"Kita sudah tak boleh tahan!" katanya yang melaungkan "kangkung turun tapi harga gula naik" kepada orang ramai.

10.00am SK Kantai Permai - Dipisahkan hanya satu lorong ke Sekolah Kebangsaan Kantan Permai, penyokong BN dan PKR meraih undi kepada pengundi yang menuju ke pusat pengundian itu.

Penyokong BN yang kelihatan lebih ramai daripada penyokong PKR melaungkan " Hidup BN", "Hancur Anwar", "Tolak Anwar" dan "Tolak Kak Wan" beberapa kali sambil mengibar bendera dan poster Chew Mei Fun.

Manakala penyokong Pakatan hanya melaung reformasi. Pondok panas mereka hampir bertentangan satu sama lain.

Berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pemandu kereta - tidak dapat dipastikan penyokong BN atau PKR - telah melanggar belakang sebuah motosikal di hadapan kedua-dua penyokong menyebabkan penyokong BN marah.

Bagaimanapun, kekecohan itu dapat ditenangkan oleh anggota polis.


 9.55am Kajang - Polis minta pekerja parti, kecuali yang membantu warga emas, beralih daripada pusat pengundian di SK Convent Kajang.

Perayu undi MCA dilihat merekodkan jumlah pengundi yang tiba mengikut bangsa. Mereka juga dilihat mendekati pengundi Cina dengan berkata "Chew Mei Fun" dan "hua ren".

Ditanya sama ada dibenarkan berbuat demikian, dia menjawab: "Siapa kamu? Wartawan? Saya juga  boleh jadi wartawan. Saya tidak pakai mana-mana logo parti."

"Kamu tidak cakap bahasa kami jadi kamu tidak tahu apa saya kata. Kamu tak perlu wawancara saya.

"Saya tidak takut, saya tidak sembunyikan apa-apa atau buat salah. Jika saya macam itu polis boleh tangkap," kata lelaki bergelar "Datuk" itu yang enggan mendedahkan identitinya.

9.43am Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan pengurusan dibeberapa pusat pengundian oleh SPR. Terdapat Saluran 1 yang terdiri daripada warga emas yang ditempatkan di tingkat 1. Beliau berkata sepatutnya demi kemudahan mereka, ditempatkan di tingkat bawah. Bayangkan kesusahan mereka yang berusia 70 tahun untuk memanjat tangga.

Apabila ditanya berkenaan kadar keluar mengundi setakat ini, beliau berkata agak perlahan tetapi jentera sedang berusaha untuk melancarakannya. 



9.05am Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sungai Chua. Datuk Seri Dr Wan Azizah berjumpa pengundi di pusat pengundian Sek Keb Tinggi Kajang.


9.00am SK Kantan Permai - Suasana pilihan raya DUN ini semakin 'panas' apabila semakin ramai penyokong BN membanjiri pusat pengundian ini.

Malah, mereka yang berdiri di kiri dan kanan jalan menyanyikan lagu 'Inilah Barisan kita' beramai-ramai sambil diperhatikan oleh penyokong PKR dan Pakatan.

Suasana lebih meriah, apabila seorang penyokong Puteri Umno mengetuai lebih 200 penyokong BN yang berhimpun di luar pusat mengundi, bersorak" Hidup BN" beberapa kali.

8.45am SK Kantan Permai - Kira-kira 35 anak muda penyokong BN menunggang motosikal sambil memulas minyak sehingga menimbulkan bunyi bising dan mengeluar asap sambil mengibarkan bendera sekaligus mengganggu penyokong yang merayu di luar kawasan mengundi.

Salah seorang perayu undi PKR berteriak beberapa kali kepada mereka: "Baguslah, baguslah, buat macam ini."

8.36am SK Kantan Permai - Penyokong BN lebih mendominasi penyokong PKR untuk meraih sokongan pengundi yang masuk ke sekolah ini. Lebih 100 orang penyokong BN mengibar bendera dan payung sambil melaungkan "Hidup BN, Undilah" BN.

Manakala kira-kira 35 penyokong PKR pula memegang poster Wan Azizah dan bendera PKR sambil menunjukkannya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Terdapat juga kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada calon BN, menyebabkan penyokong parti bersorak.

8.30am Dewan Orang Ramai Sungai Chua - Penyokong BN dan PKR kelihatan berdiri bersebelahan di tepi jalan masuk ke Dewan Orang Ramai Sungai Chua.

Penyokong BN memakai topi dan vest berlambang BN sementara penyokong PKR memegang poster wajah Datuk Seri Wan Azizah bertulisan 'Dari Kajang ke Putrajaya'.

Turut kelihatan adalah kira-kira 10 orang anggota Unit Tindakan Ringan yang berkawal berhampiran tempat penyokong-penyokong tersebut berdiri.

Pada masa sama, aliran keluar masuk pengundi ke Dewan Orang Ramai untuk membuang undi kelihatan berjalan lancar tanpa masalah.

8.20am Sungai Chua – Chew memulakan harinya di Persatuan  Jing Miao Buddhist sebelum melawat beberapa pusat pengundian. Beliau dijadual melawat  SRJK (C) Sungai Chua pada-pada jam 9 pagi.

8.18am Kajang Beberapa pengundi dilihat mengalami masalah tersalah pusat pengundian.

"Kamu mengundi di Bukit Kajang, kawasan sebelah di Bangi," kata seorang agen pengundian pada pemilih.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menolak dakwaan seorang pengundi yang mendakwa, di Internet, dipindahkan keluar daripada Kajang tanpa persetujuan.

Kajang meliputi kawasan antara Batu 10 Cheras hingga Seksyen 14 Bangi.

8.05am SK Saujana Impian - Keadaan di sini aman, pengundi mula memasuki pusat pengundian. Kira-kira 30 anggota polis mengawal keselamatan dan lalulintas di SK Saujana Impian

8.00am  Sungai Sekamat - Keadaan jalan agak sesak di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat.

Namun ia bukan kerana pengundi berpusu-pusu membuang undi sebaliknya kerana Pasar pagi yang lazim diadakan di Jalan Sekamat 1 setiap hari Ahad.

Bagaimanapun pusat pembuangan undi ini agak aktif dengan penduduk tempatan mengambil peluang memilih ADUN baru mereka.

7.55am SK Saujana Impian - Kira-kira 25 orang pengundi bagi saluran 1 dan 2 telah memasuki kawasan sekolah dan beratur untuk mengundi.

Sebanyak lima saluran dibuka di pusat mengundi ini.

Tidak kelihatan penyokong daripada kedua-dua parti berhimpun di sekitar kawasan sekolah untuk meraih sokongan pengundi yang hadir.

Seramai 2014 pengundi berdaftar di SK Saujana Impian.


Sumber: MalaysiaKini, FZ.com

Telefon Bimbit Fuziah Salleh Digodam, Hantar Mesej Palsu

Posted: 22 Mar 2014 10:20 PM PDT

KAJANG 23 Mac : Telefon bimbit Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh digodam hari ini serta digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengundi Dun Kajang.
FuziahDalam satu kenyataan ringkas kepada Keadilan Daily, Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil memaklumkan kandungan SMS itu menyeru pengundi mengambil ganjaran wang apabila selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kandungan SMS tersebut berbunyi :- PENGUNDI LUAR KAJANG: Mohon amb ganjaran anda RM 100 dibilek Gerakan PKR,Lot 4711 Bt 12 3/4 Jln Cheras Kajang pagi ini pada pukul 8 – 11 pagi shj.
Oleh itu, orang ramai khususnya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Kajang hari ini tidak terpedaya dengan SMS berkenaan.

Ini bukan kali pertama telefon bimbit pemimpin KEADILAN digodam.
 
Turut menjadi mangsa sebelum ini ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali dan dua oarang Naib Presiden iaitu Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

PRK ini menyaksikan pertembungan antara calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan cNaib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini.

SPR juga menjangkakan keputusan PRK itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.
Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan DUN Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sumber: KeadilanDaily

Nurul Izzah: SPR Patut Professional, Bukan Sasar Penyokong PR Sahaja

Posted: 22 Mar 2014 09:45 PM PDT

KAJANG 23 MAC: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi perhatian kepada ugutan fizikal terhadap calon; bukan buah kelapa atau kangkung yang dibawa petugas.

Nurul Izzah berkata SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.
 
"Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.

"Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan," katanya.

Sebelum ini, Abdul Aziz berkata penyokong dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian.

Sumber: SelangorKu

PRK DUN Kajang: Penyokong BN Terus Cetus Provokasi

Posted: 22 Mar 2014 09:30 PM PDT

KAJANG 23 MAC: Suasana pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kantan kecoh apabila sekumpulan anak muda penyokong BN cuba membuat provokasi dengan membunyikan bising motorsikal

Lebih 20 biji motosikal yang ditunggangi penyokong BN berhenti di tengah-tangah jalan menyebabkan suasana bingit.

Keadaan ini membuatkan para penyokong PKR tidak berpuas hati kerana bunyi bingit dengan asap motorsikal berkepul-kepul mencemarkan udara.

Keadaan ini menimbulkan ketegangan sehingga memaksa kira-kira 10 anggota FRU masuk campur dan menenangkan suasana.

Penyokong PKR yang mendengar arahan daripada pihak polis segera meminta penyokongnya berundur daripada mendekati penyokong BN.

Dalam beberapa minit selepas itu gerombolan penyokong BN dilihat melakukan provokasi lagi dengan bertindak mengetuk kereta penyokong PKR yang melalui jalan di hadapan mereka.

Sehingga kini keadaan masih lagi riuh dengan gelagat kedua-dua penyokong PKR dan BN yang berdiri bersebelahan menyebabkan suasana sukar sikawal.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Datuk Kamarudin Jaffar serta Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut berada di pusat pengundian ini.

Syed Azman menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan provokasi yang dimainkan BN.

"Kita tidak mahu menang provokasi tetapi kita mahu menang undi. Kita sudah lalui banyak pilihan raya sudah biasa dengan keadaan ini. Jadi kita yakin dapat kawal ahli-ahli kita,"katanya dipetik Harakah Daily.

Katanya, walaupun kawasan ini kawasan BN tindakan provokasi itu menunjukkan rasa tergugatnya BN terhadap kedudukan mereka sebelum ini.

Sumber: SelangorKU

PRK Kajang: Telefon Pengarah IT PAS Pusat Digodam

Posted: 22 Mar 2014 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Nombor telefon Pengarah IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong telah digodam pihak tertentu malam tadi dengan menghantar mesej-mesej 'mengganggu' orang ramai termasuk pengundi di Kajang.

Menurut Suhaimi, beliau menyedari perkara itu selepas menerima beratus-ratus panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) balas yang mengecam beliau berhubung satu sms yng didakwa dihantar melalui nombor tersebut.

"Saya telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms sejak lebih kurang jam 11 malam tadu hingga sekarang tak henti-henti.

"Saya kesal dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuat serangan psikologi untuk mengganggu tugas dan tumpuan kita membantu gerak kerja IT Pakatan Rakyat menghadapi PRK Kajang pada hari ni," kata beliau yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut Suhaimi, antara mesej yang di hantar berbunyi; "Emak kau berhutang dengan aku, bila nak bayar" dan "Duit telah ada pada aku bila nak ambil".

"Saya tidak pernah sama sekali menghantar sms tersebut dan meminta maaf kepada orang yang menerima serta minta mengabaikannya," katanya kepada Harakahdaily.

Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof turut menjadi mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 1.42 pagi tadi.

Ekoran itu, beliau telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms daripada penerima mesej itu sama ada Melayu, Cina, India termasuk pendatang asing yang bekerja di negara ini sehingga pagi ini.

Beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada pihak Celcom malam tadi.

Sumber: HarakahDaily

PRK Kajang: SPR Jangka Lebih 80% Keluar Mengundi

Posted: 22 Mar 2014 05:20 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80% daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan keluar mengundi hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada pilihan raya terdahulu.

Bercakap pada sidang media di Kajang semalam, Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini melebihi 88.4% yang dicatat semasa pilihan raya umum ke-13.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

Rabu lalu, 8.39%  atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di DUN itu melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ditanya mengenai perjalanan keseluruhan pilihan raya kecil itu termasuk tempoh berkempen berakhir jam 12 tengah malam tadi, Abdul Ghani berkata, SPR berpuas hati dan menyifatkan semuanya berjalan lancar.

Beliau bagaimanapun mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya semasa hari pengundian.

Beliau berkata, antara larangan ialah merayu atau meraih undi.

Pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu.

Hari ini, pengundi di DUN Kajang akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional (BN) atau calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai wakil rakyat yang baharu.

Sumber: TheMalaysianInsider

PRK Kajang: 15 Pusat Pengundian Dibuka Bermula 8 pagi

Posted: 22 Mar 2014 05:10 PM PDT

KAJANG 23 MAC: Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua.
 
Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini.

SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.

Sumber: SelangorKu

PRK Kajang: Pengundi Dinasihat Keluar Awal

Posted: 22 Mar 2014 05:00 PM PDT

KAJANG 23 MAC: Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dinasihatkan agar keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Elizabeth Wong berkata, ini berikutan hujan dijangka turun pada tengah hari dan menjelang petang.

"Elok keluar awal sebab Jabatan Meteorlogi menjangkakan tengah hari hujan," kata Elizabeth dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.aizah

Elizabeth juga merupakan Exco Alam Sekitar Kerajaan Selangor.

Sementara itu, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali mengingatkan setiap undi adalah penting bagi memastikan kejayaan PKR dalam PRK kali ini.


Sumber: SelangorKu

PKR Dakwa Bilik Gerakan Dilontar Bom Petrol

Posted: 22 Mar 2014 02:30 AM PDT

ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar mendakwa bilik gerakan PKR di Taman Kajang Baru dilontar bom petrol antara jam 3 pagi dan 6 pagi tadi.

Menurutnya, satu botol dipercayai berisi minyak tanah dengan sumbu terbakar, dijumpai di atas tanah di luar bilik gerakan itu oleh seorang petugas parti pagi tadi.

Dr Xavier berkata beliau percaya ia dilontar di antara jam 3 hingga ke 6 pagi kerana bilik gerakan tersebut ditutup di antara jam 2.30 sehingga jam 3 pagi tadi.

Satu laporan polis tentangnya telah dibuat tengahari tadi, kata Dr Xavier dalam sidang medianya petang ini.

"(Tindakan) ini satu taktik menakut-nakutkan kita yang dibuat pihak lawan dan kita tidak mengalu-alukan perbuatan ini," kata Xavier.


Dalam laporan polis itu, petugas PKR Nor Azlan Mohammad berkata beliau menemui botol berisi minyak tanah itu sekitar jam 9.20 pagi tadi.

Dakwanya, kesan balingan dikesan pada satu kain rentang dan satu kerusi berhampiran juga terbalik dipercayai akibat dibaling bom itu.

Sumber: MalaysiaKini

PRK Kajang: Petugas BN Dicekup Gantung Kain Rentang Provokasi

Posted: 22 Mar 2014 02:00 AM PDT

KAJANG 22 MAC: Sekumpulan lelaki dipercayai petugas jentera Barisan Nasional (BN) dicekup ketika sedang menggantung beberapa banner provokasi terhadap parti lawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Kumpulan terbabit yang memakai topi berlogo BN dengan menggunakan lori berlogo BN serta gambar calon BN ditemui pada jam 4.08 pagi tadi di kawasan jalan besar Kampung Baru Sungai Chua.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Elizabeth Wong berkata, banner bersifat provokasi itu juga didapati tidak tertera lambang BN seperti mana lazim dilakukan dalam serangan provokasi lain.

"Memang ini yang kita jangkakan dari BN. Mungkin ada lagi dinaikkan menjelang malam nanti.

"Pihak PKR, kami tidak akan mengeluarkan banner propaganda hitam seumpama ini," kata Elizabeth dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzli berkata tindakan ini jelas menunjukkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa BN akan menjalankan kempen secara budiman sebagai hipokrit semata-mata.

"Tan Sri Muhyiddin kata BN akan berkempen secara 'gentleman' tapi buat lain. Hentilkan hipokrasi," kata Fahmi.

Antara banner provokasi itu tertulis, "Kami sudah beri peluang enam tahun. Tak perlu minta simpati" cuba menggambarkan banner itu dikeluarkan pengundi Kajang.

Provokasi seumpama ini dianggap sebagai bahan kempen yang tidak mematuhi syarat pilihan raya yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu ini sudah pun dilaporkan kepada balai polis berdekatan kira-kira jam 5.00 pagi tadi untuk tindakan lanjut.

Sumber: SelangorKu

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 22 Mar 2014 07:26 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Pelbagaikan Qaedah Dekati Masyarakat - ADUN Sura

Posted: 22 Mar 2014 08:53 AM PDT

DUNGUN, 22 Mac 2014 - Program Rawatan Darus Syifa' yang julung kalinya dianjurkan di UPU Mukim Sura Utara, di sini, berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat.
ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik dalam ucapan ringkas semasa sesi perasmian menyeru supaya dipelbagaikan qaedah serta cara untuk mendekati masyarakat.
"Dalam usaha kita untuk mengajak masyarakat bersama-sama dengan kita, hendaklah difikirkan qaedah-qaedah yang boleh menyentuh hal kehidupan semasa masyarakat secara umum", 

"Pada hari ini, kita mencuba melalui qaedah perubatan Islam dengan penglibatan daripada tenaga perawat daripada Darul Syifa', diharap dengan usaha ini dapat melebarkan hubungan serta silaturrahim dengan penduduk sekitar", di antara petikan ucapan ringkas perasmian ADUN Sura sebelum majlis bermula pagi tadi.

Majlis anjuran bersama Majlis Tindakan DUN Sura bersama PAS Cawangan Bunga Raya dan PAS Cawangan Sura Utara itu mensasarkan penduduk sekitar UPU Mukim Sura Utara yang berada di bawah kendalian dua cawangan berkenaan.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Bunga Raya, Haji Che Razlan Omar, program rawatan yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.00 petang itu, mendapat kerjasama daripada lima orang tenaga perawat Darul Syifa' yang berpusat di Dungun.
"Alhamdulillah, dengan bantuan tenaga perawat Darul Syifa' seramai lima orang, kita berjaya menyempunakan rawatan kepada lebih 50 orang peserta, sebahagian besar yang hadir mendapatkan rawatan adalah terdiri daripada penduduk sekitar unit peti undi di bawah seliaan kami", ujar beliau yang melahirkan kesyukuran di atas kejayaan program yang julung kali diadakan di Surau Hajjah Aishah, Jalan Kenanga, Sura Jeti, dalam kawasan unit peti undi berkenaan. 

Sabtu, 22 Mac 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 21 Mar 2014 09:19 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


SPM: Tahniah kepada semua

Posted: 21 Mar 2014 07:21 AM PDT

S.P.M. 
Debaran sekalian lama pelajar telah reda. Ada yang teramat bahagia mengenggam keputusan bagus yang luar jangkaan. Tidak kurang pula yang berduka dan hampa di atas pencapaian SPM mereka. Ianya satu pengesahan keputusan yang dijangka. Biasa biasa sahaja. Sebilangan pula merana pilu kerana tidak kesampaian hasil yang dihajati.
Ibu bapa tidak terkecuali diselubungi dengan dunia suspens sementara. Begitu juga datuk dan nenek.Pendek kata demam sekeluarga hanya sanya kerana sebuah peperiksaan awam bernama S.P.M.
Ini adalah keluarga yang normal. Reaksi yang boleh dijangka.

Apa yang sering dilupakan oleh manusia yang melalui ujian demi ujian ialah nilai relatif ujian yang dihadapinya. Bermula dengan ujian kecil di pra sekolah. Sorakan dan galakan hanya tertumpu kepada markah. Ujian bulanan, ujian penggal. Kemudian penghujung 6 tahun di peringkat rendah ujian UPSR. markah lagi yang menjadi ukuran. Hingga PMR, kemudian SPM, STPM dan lain lain. Bahkan IPT juga penuh ujian. C.G.P.A menjadi ukuran penting. Bagi yang yang mendapat pinjaman PTPTN bahkan tajaan lain, andaikata CGPA jatuh bawah paras 2.0 pinjaman atau tajaan tersebut akan digantung sehingga ia pulih melebihi paras minima 2.0.

Maka pelik wal hairan bagaimana pelajar yang telah dilatih tubi dengan pelbagai ujian dalam pendidikan tidak sedar bahawa ada ujian lain selain daripada ujian formal di bangku sekolah dan menara gading.
Ujian integriti, kesabaran, kejujuran, keihlasan, setiakawan, kebolehpercayaan.........semua ini berlaku dalam hidupnya. lulus atau gagal dalam ujian praktikal dalam dunia realiti kehidupan ini akan menjadi ukuran kepada tahap kejayaannya dalam kehidupan dan boleh menjadi petunjuk kepada hal ehwalnya di alam akhirat kelak.
Justeru, ia perlu mempelajari 'subjek teras' untuk menanggapi erti kehidupan dan bagaimana hidup di dunia dengan jaya dan melstarikan kejayaannya hingga ke akhirat kelak.

S.P.M.(Sijil Pelajaran Malaysia) BUKAN SAMA NILAI dengan S.P.M( Sijil Padang Mahsyar)
Jadi bagi pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, sekalung tahniah bagimu, ibubapamu, gurumu serta rakan belajarmu. Namun jangan sekali kali lupa dengan S.P. M yang lagi satu, yang sudah tentu lebih mencabar, real dan ukuran kejayaan hakiki.

Siruu 'ala barakatillah