Kopitiam Bang Nan Posted: 31 May 2011 09:29 PM PDT Ustaz Azhar Idrus - Apakah Benar Kita Tidak Boleh Menentang Pemimpin Yg Zalim? Posted: 31 May 2011 02:53 AM PDT | Sudahkah manifesto Pakatan Rakyat terlaksana di Selangor?? Posted: 31 May 2011 01:56 AM PDT Aku ditanya oleh Anas pasal benda ni semalam. Ini semua gara2 kerja mencula yang dijalankan oleh beliau bersama 100 petugas PAS hujung minggu yang lalu di sekitar DUN Lembah Jaya. Agaknya inilah pertanyaan2 yang diutarakan oleh pengundi. Jadi di bawah ini ialah menifesto PR semasa PRU12 yang lalu. Sendiri kena tengok ya samada janji-janji telah terlaksana?? Kalau ditanya pendapat aku, sebahagian besar telah dilaksanakan. Cumanya informasinya sampai ke golongan sasar atau tidak, itulah persoalannya. Mana2 yang belum terlaksana, cepat2lah ditunaikan. | Air Selangor Free...Hehe!! Posted: 30 May 2011 09:33 PM PDT Nak tergelak aku baca komen seseorang di fb Yob Tualang Sakah...
Azwan Osman: nak tido tutup lampu yop.. lepaih tu naik atas katil..macam2 boleh buat dalam gelap yop.. tapi nanti bil ayor naik la pulak..kah kah kah
Dan aku menjawab...
Air di Selangor free....hehe!!
Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan? Kuek Ser Kuang Keng and S Pathmawathy
Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.
"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna," katanya. | |
~penarik beca Posted: 31 May 2011 09:28 PM PDT |
kerangeleber Posted: 31 May 2011 09:25 PM PDT |
Tun Saban Balek Posted: 31 May 2011 09:11 PM PDT ZAHID HAMIDI : PANJANGKAN TEMPOH LATIHAN PLKN Posted: 30 May 2011 10:13 PM PDT DAPSY membantah cadangan untuk memanjangkan tempoh Program Latihan Khidmat Negara dan program tersebut sepatutnya dikaji semula Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan supaya Program Lathan Khidmat Negara (PLKN) dipanjangkan tempoh latihannya kerana mendakwa bahawa tempoh 3 bulan yang dilaksanakan sekarang tidak mencukupi untuk menerapkan "semangat patriotik" di kalangan pelatihnya. Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2003, PLKN telah dibelenggui dengan pelbagai kontroversi dan masalah. DAPSY membantah cadangan untuk memanjangkan tempoh latihan tersebut kerana ia bukanlah faktor utama samada program tersebut berjaya memupuk semangat patriotik di kalangan anak muda kita. Sekiranya Menteri sendiri mengakui program tersebut tidak berkesan untuk memupuk "semangat patriotik", ia sepatutnya dikaji semula secara komprehensif sama ada patut diteruskan atau sebaliknya. PLKN memakan belanja yang begitu besar yang mencecah RM560 juta setahun. Sekiranya tempoh tersebut dipanjangkan, maka tanggungan kerajaan untuk program ini akan bertambah berlipat ganda. Adakah ini wajar dalam keadaan kewangan negara ketika ini yang terus mengurangkan pelbagai subsidi untuk barangan keperluan yang menghimpit kehidupan rakyat? Malah, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menyarankan supaya PLKN dikaji semula. Pada masa yang sama, Ahmad Zahid juga mengatakan bahawa PLKN akan memperkenalkan modul baru untuk mendidik para peserta tentang kepentingan untuk mengundi apabila mereka mencapai umur 21 tahun. Saya mempersoalkan tujuan sebenar mengapa PLKN begitu beria-ia untuk memperkenalkan modul ini walaupun peserta PLKN belum pun layak untuk mendaftar sebagai pengundi. Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas untuk mendidik orang muda tentang sistem demokrasi, ia sepatutnya dimulakan di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA) kerana merekalah yang berhak mengundi dan merupakan golongan yang sepatutnya digalakkan untuk mengambil berat tentang perkembangan politik negara dan sistem pilihanraya dan bukannya terus dibantutkan pemikiran mereka di bawah AUKU. Apakah niat PLKN ialah untuk memainkan peranan tambahan kepada Biro Tatanegara untuk terus "membasuhi" pemikiran anak muda kita dan memprogramkan minda anak muda bahawa maksud mengundi itu adalah mengundi Barisan Nasional? - Kenyataan media oleh Loke Siew Fook di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 27hb Mei 2011 | |
dollah yankee Posted: 31 May 2011 09:10 PM PDT Mari kita lihat...perut siapa yang senakkkkk...??!! Posted: 31 May 2011 06:24 PM PDT Mari..mari..mari kita tengok sekarang siapa yang penin? siapa yang sakit perut??! Perut siapa yang sakit sekarang? akibat terlalu banyak isu-isu yang bukan berkenaan dengan hal-ehwal ekonomi. Orang-orang cina masih sedih, masih kecewa dan masih geram dengan pelbagai isu-isu yang melibatkan bangsa mereka termasuk lah isu kes Teoh Beng Hock yang sampai saat ini masih lagi menjadi misteri dan masih belum selesai selesai, tup-tup sudah umum pada rakyat yang pengakhiran kes TBH ini tidak akan di umum kepada rakyat.Yang terkini, bila isu biasiswa persekutuan menjadi perdebatan hangat, di mana ramai anak-anak cina, yang kaya-kaya pulak tu yang dah score straight A, tak dapat biasiswa.Penganut-penganut agama kristian, yang sembilan puluh persen ada lah terdiri dari orang-orang cina, pun masih lagi kecewa dan sedih dengan pelbagai isu, termasuk lah hak mereka untuk menggunakan perkataan 'Allah', perampasan dan penahanan kitab-kitab Bible mereka yang masih tersadai di Port Klang, dan dakwaan kata yang ada komplot mahukan orang kristian menjadi perdana menteri malaysia.Utusan Malaysia pula yang saban waktu kerap memainkan isu-isu tentang 'ketuanan melayu' serta Ibrahim Ali dengan seruan untuk 'perang salib'nya...Kah..Kah..Kah.. dia sudah sakit peruttttttt.!dollah yankee -Kah..Kah..Kah.. lagi lama tangguh, lagi lama dok pikiaq bila nak buat pilihanraya, lagi senak perut dia... | PAS kena cuba Mat Sabu ! Posted: 31 May 2011 04:21 AM PDT TG Nik Aziz dok teropong tengok siapa yang patut menang?? Ada lagi 3 hari sebelum Muktamar dimana semua ahli-ahli PAS akan berkumpul untuk memilih barisan kepimpinan parti. Tapi yang pelik tu, tak nampak langsung ada tanda-tanda kempen-kempen sedang dijalankan olih mereka-mereka yang mahu memegang jawatan-jawatan penting dalam parti pada pemilihan itu.TG Nik Aziz kata ada lah penting untuk memilih mereka yang boleh bawa sistem pentadbiran di Kelantan ke peringkat pusat kerana PR pasti akan menakluki Putrajaya, jadi mereka (PAS) perlu bersiap sedia.TG Nik Aziz kena main peranan penting dalam perkara pemilihan ini kerana sebagai Mursyidul Am PAS beliau memang kena masuk campur.Mungkin sebab tu lah kot TG Nik Aziz kita tak ada di Kota Bahru sejak dari hari jumaat 27 hb. lima yang lepas. TG Nik Aziz sekarang berada di Kuala Lumpur dan akan berada di sana sehingga lah selesai Muktamar PAS yang ke-56.Kalau dulu pada pemilihan yang lepas,TG Nik Aziz secara terbuka telah menyokong Husam untuk jawatan nombor-2, ada kah kali ini TG Nik Aziz mahukan Tuan Ibrahim Tuan Man pula? Yang gurkah-gurkah politik di'port' pasti ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa tak akan dapat sokongan TG Nik Aziz untuk jawatan nombor-2 itu.Apa kah perwakilan pada Muktamar kali ini akan masih lagi mahu mendengar nasihat TG Nik Aziz lagi? atau apa kah perwakilan mahu meneruskan hasrat mereka mahukan Mat Sabu yang di rasakan seorang yang cukup sesuai untuk berdepan dengan menteri-menteri dari umno?Jawapan nya hanya lah akan di ketahui pada hujung minggu ini.dollah yankee -Gurkah-gurkah politik di'port' tetap rasa yang Mat Sabu yang patut ganti Ustaz Nasharudin. | |
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI Posted: 31 May 2011 09:06 PM PDT Perlu Ambil Calon Timbalan Presiden yang "Kebal UMNO" Posted: 31 May 2011 05:59 AM PDT Abg Mat Sabu seorang yang telah menghabiskan hampir seluruh umur beliau melawan UMNO. Bak kata orang tua-tua, kalau Abg Mat dicincang 30 pun, beliau tetap tidak akan duduk bersama dengan UMNO dalam satu saf. ...Di zaman UMNO gagah dan perkasa dan di zaman PAS lemah dan ditindas (antara pilihanraya 1982 ke 1995), Abg Mat dengan berani melawan dan menentang UMNO sehingga merengkok dalam ISA sebanyak 2 kali.
Ada pun calon2 lain untuk jawatan Timbalan Presiden masih belum teruji.
Komitmen Ustaz Nasaruddin kepada agenda PERPADUANG dengan UMNO adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.
Adapun Ustaz Tuan Ibrahim bukanlah terkenal dengan agenda ini.
Namun, Ustaz Tuan Ibrahim terkenal dengan sikap "wala'" beliau.
Apa akan jadi sekiranya Tok Guru pergi meninggalkan kita dan Majlis Syura Ulama pula dikuasai oleh mereka2 yang jelas komited dengan agenda PERPADUANG?
Adakah Dato Tuan Ibrahim akan menolak arahan Syura untuk "BERPADU" dengan UMNO?
Tulang Besi sendiri merasakan ianya tidak akan berlaku.
Lebih lebih lagi Dato Tuan Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan PAS TErengganu.
Tidak hairanlah akhbar2 harian serta MUBARAK (persatuan yang 100% UMNO) juga menyokong Dato Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PAS.
Bukan kerana Dato' Tuan Ibrahim ini PRO PERPADUANG sangat. Tapi, mereka amat arif dengan sikap WALA' Dato Tuan Ibrahim yang akan membantu agenda PERPADUANG mereka.
Adapun, Abang Mat Sabu, kita boleh harap untuk memastikan AGENDA PERPADUANG tidak menjadi kesampaian.
Kalau Ustaz Nasa, memang confirm akan terjadi PERPADUANG, tak payah wala'2.
Itu sahajalah "reservation" Tulang Besi berkaitan Dato Tuan Ibrahim. Bukan Tulang Besi kata dia jahat atau PRO UMNO. Tapi, tak konfiden beliau mampu melawan agenda PERPADUANG atas sikap beliau yang wala' itu.
Tulang BesiSee More
| Zaid Ibrahim dan KITA Kini Tukang Karut Umno? Posted: 31 May 2011 05:19 AM PDT KOMENTAR
31 MEI : Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.
Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.
Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.
Mungkin kerana "sambutan" orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.
Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.
Namun, Zaid menjadi "anak emas" Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.
Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.
Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.
Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.
Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.
Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.
Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai "ilham" menganjurkan peraduan mirip Anwar.
Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.
Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.
Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.
Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.
Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan "membela" nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang "bijak pandai" seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.
Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.
Alangkah baiknya jika kereta Rolly Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit kepayahan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.
Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.
Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?
Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.
Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.
Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.
Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.
| PKR Tak Pernah Gagal Bayar Sewa Posted: 31 May 2011 02:06 AM PDT PETALING JAYA 31 MEI : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata parti itu tidak pernah mengabaikan perjanjian kontrak sewa bangunan yang menempatkan pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana.
Ini katanya berdasarkan pengetahuan beliau, pihak parti tanpa gagal, membayar sewa bangunan terbabit saban bulan.
Justeru beliau menolak dakwaan pihak dalaman mengatakan parti itu tidak membayar sewa bangunan tersebut selama 30 bulan.
"Sangat susah untuk respon dengan laporan yang mengatakan "orang dalaman" parti. Saya adalah orang dalam parti dan saya tidak tahu menahu tentang perkara ini.
"Jadi ia amat susah sebab tiba- tiba wujud orang dalaman ini. Tapi saya boleh pastikan sepanjang saya dalam Biro politik dan majlis pimpinan pusat, isu ini tidak pernah dibincangkan," jelas beliau.
Menurut laporan minggu lalu unit tiga tingkat yang menempatkan pejabat PKR itu akan dilelong oleh Affin Bank pada 9 Jun nanti setelah pemilik gagal melangsaikan hutang tertunggang kepada bank itu.
Terdahulu menurut Bendahari PKR yang juga ahli parlimen Selayang, William Leong berkata parti tidak tahu menahu tentang sewa yang tidak dibayar memandangkan kesemua urusan pinjaman bank dilaksanakan oleh tuan punya unit pejabat berkenaan.
William kemudian menegaskan PKR hanya bertindak sebagai penyewa justeru beliau parti tidak dimaklumkan mengenai sebarang masalah.
Mengulas isu itu, Rafizi berkata, PKR hanya mengetahui tentang perkara tersebut setelah mendapat surat daripada bank.
"Kami tidak sedar mengenai perkara ini hingga kami dapat surat daripada bank. Jika kami tidak bayar maka ianya akan menjadi subjek perbincangan dan kita akan mencari pilihan," jelas beliau.
| PKR Fail Permohonan Mahkamah Halang ROS Posted: 31 May 2011 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR 31 MEI : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) berniat jahat dan mempunyai agenda tersendiri apabila menghantar notis pengharaman pertubuhan parti itu pada 9 Mei lalu.
Malah menurut Surendran, tindakan ROS itu juga disifatkan sebagai sebahagian daripada strategi politik kotor Umno-Barisan Nasional(BN) demi mengekalkan kuasanya menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
"ROS hanya mengikut telunjuk Kerajaan (BN). Pada tahun 1998, Saifuddin Nasution yang kini Setiausaha Agung PKR, Roslan Kassim dan beberapa lagi telah dipecat serta-merta oleh UMNO kerana dilihat berada di rumah Anwar Ibrahim, yang juga dipecat serta merta oleh UMNO. Mengapa ROS tak hantar notis ketika itu?," kata Surendran kepada media di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.
PKR hari ini memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu yang jelas melanggar perlembagaannya.
Jelas Surendran lagi, permohonan semakan semula pembatalan itu juga disusuli dengan satu Perintah Larangan bagi memastikan ROS tidak menjalankan perintah notis mereka selagi semakan kehakiman tidak dilakukan.
Selain Surendran, PKR turut diwakili oleh R. Sivarasa, Latheefa Khoya dan Fadiah Nadwa Fikri.
Awal Mei lalu, PKR menerima notis pembatalan pendaftaran partinya bermula 9 Jun ini kerana didakwa telah memecat seorang ahli bernama A. Jayagopal pada April tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.
Namun peruntukkan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti dan telah melanggar Fasal 32.2.1. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.
Tindakan RoS itu juga disifatkan pimpinan PKR sebagai berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi.
Bagaimanapun Surendran menyanggah hal tersebut dengan menyatakan Fasal itu tidak pernah wujud.
"Hal ini berlaku pada 2009 tapi mengapa tahun 2011 baru nak beri notis?. Adakah kerana UMNO BN terdesak kerana kurang sambutan rakyat yang menyebabkan mereka cuba mensabotaj dan melumpuhkan PKR dan PR sebelum pilhan raya?. Banyak persoalan di sini," kata beliau lagi.
Tambah Surendran lagi, taktik mengharamkan parti pembangkang hanya merupakan taktik pemerintahan diktator.
"Di Burma atau Mnyanmar, Junta yang berkuasa mengharamkan NLD, parti Aung San Suu Kyi. Di Afrika Selatan pula pihak pelampau Apartheid kulit putih mengharamkan Parti Nelson Mandela? Adakah UMNO nak guna cara ini," kata beliau.
Mahkamah dijangka akan mengambil masa seminggu bagi memproses permohonan mereka dan menetapkan tarikh pendengaran kes.
| Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mulakan Siasatan Kes Lynas Posted: 30 May 2011 11:19 PM PDT KUALA LUMPUR 31 MEI : Panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang bermesyuarat di Kuantan pada harini memulakan pertemuan kerja mereka dengan wakil-wakil pihak berkuasa negeri dan jabatan-jabatan teknikal negeri yang berkaitan bagi menyiasat aspek kesihatan dan keselamatan cadangan pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam berkata panel itu juga akan menemui wakil kumpulan-kumpulan termasuk "kumpulan warga prihatin Kuantan" yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Bagaimanapun dalam penghujahan Fuziah kepada panel pakar itu berkata panel itu tidak memasukkan seorang pakar perubatan dalam pasukan itu.
Panel pakar yang dilantik oleh IAEA terdiri daripada pakar-pakar mengenai isu-isu kesihatan dan keselamatan berkaitan radiasi, kata MITI.
| |
Cursing Malay : Terus Terang Posted: 31 May 2011 09:04 PM PDT |
Tukar Tiub Posted: 31 May 2011 07:53 PM PDT DALAM GELAP PUN ADA YANG TIPU Posted: 31 May 2011 11:40 AM PDT
GELAP GELAP GELAPnota: semua gelap nak cari susu ibu pun susah kena bekerja dengan keras untung untung dapat laba
MENTERI : KERAJAAN TIADA KUASA DEDAH KONTRAK IPP - mkini Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). "Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?" katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya. PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga. Adalah kemungkinan PPA akan menghuraikan butiran seperti kadar dan harga bahan api yang dibeli oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas tetapi ia sekarang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi. Bagaimanapun menurut Chin jika kedua-dua pihak bersetuju mendedahkan dokumen berkenaan kerajaan akan menyokong langkah tersebut. "Jika kedua-dua pihak (IPP dan TNB) bersetuju dan kata 'kami mahu dedahkannya' siapa kami untuk menghentikan mereka," katanya selepas pelancaran bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya. Pengkritik, khususnya parti pembangkang sejak akhir-akhir ini menekan kerajaan untuk mendedahkan PPA. Ini berikutan keenganan kerajaan persekutuan menstruktur semula kontrak berkenaan yang dikatakan berat sebelah sehingga membebankan rakyat. Pakatan Rakyat juga mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan dari kontrak itu dan pada masa yang sama menikmati subsidi gas yang ditanggung oleh pembayar cukai. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa subsidi bahan api yang dinikmati oleh IPP dan TNB mencecah RM19 bilion dan mereka penerima sebahagian besar subsidi yang diberikan oleh kerajaan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit... BAIKNYA KERAJAAAN INI.... kah kah kah.. kah kah kah.. .RUPA RUPA TAK ADA KUASA.... kah kah kah... kah kah kah... TNB INI SIAPA PUNYA.... kah kah kah... kah kah kah... INI SYARIKAT RAKYAT.... kah kah kah... kah kah kah.. .APA PASAL TAK BOLEH RAKYAT DI BERITAHU....kah kah kah... kah kah kah... INI JUGA MACAM KES PERJANJIAN LEBUH RAYA.... kah kah kah.. kah kah kah.. .RAHSIA RAHSIA RAHSIA....kah kah kah... kah kah kah... RAHSIA INI BUKAN AYAT QURAN... TAK BOLEH UBAH UBAH...kah kah kah... nota:inilah caranya gerombolan menipu inilah cara rakyat kena tipu inilah caranya melayu kena tipu
ada akta rahsia ada ada tak boleh usik raja ada akta tak boleh itu ada akta tak boleh ini semua nak tipu melayu bangang jadinya melayu kah kah kah
| MELAYU KENA TIPU LAGI Posted: 31 May 2011 11:29 AM PDT
INI KES TIPUnota: ini kes tipu lehernya kena serang masuk hospital lagi besar leher ee ini lagi besar tipu helahnya
PKR: KERAJAAN ROMPAK RAKYAT BAGI SUAP KRONI, KAPITALIS - mkini PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat. Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna. Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan. "Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit...I NI LAH CARA NAK BAGI KRONI KAYA....kah kah kah.. kah kah kah.. PAKSA TNB BELI TENAGA DARI SYARIKAT KRONI....kah kah kah.. kah kah kah... BUAT PERJANJIAN... kah kah kah... kah kah kah.. .MACAM PERJANJIAN SINGAPORE BELI AIR DARI MALAYSIA... kah kah kah... kah kah kah. ..MACAM PERJANJIAN SINGAPOREAMBIL TANAH TNB....kah kah kah.. kah kah kah.. .PERJANJIAN TIPU...BERAT SEBELAH.... kah kah kah.. kah kah kah.. BILA NAK TENGOK APA YANG DI JANJI... TAK BOLEH...kah kah kah... kah kah kah.. .RAKYAT TIDAK DIBENARKAN LIHAT PERJANJIAN..kah kah kah kah kah kah.... INI RAHSIA...INI SULIT...INI AKTA RAHSIA...kah kah kah... nota: tak sedar lagi orang melayu siang malam kena tipu pagi ditipu akhbar meloya tengah hari di tipu radio malaysia petang ditipu oleh rtm malam ditipu oleh tv3 tengah mnalam ditipu oleh nyamuk pagi subuh ditipu oleh jais kah kah kah | KAPAL SUDAH PECAH -SEMUA LANUN NAK CABUIT LARI Posted: 31 May 2011 11:20 AM PDT
PUNDEK PUNDEK GERAKAN NAFI USAHA SINGKIR TSU KOON PRESIDEN GERAKAN- minsider Gerakan menafikan terdapat usaha dari dalam parti itu untuk menyingkirkan presidennya Koh Tsu Koon walaupun terdapat laporan bahawa semakin ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau. Timbalan Presiden Gerakan, Chang Ko Youn berkata malahan kini pemimpin dan ahli parti sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 di bawah kepimpinan Koh. "Ia tidak benar. Ada orang yang mahukan publisiti dengan membuat dakwaan demikian," katanya dipetik laporan Bernama Online. Bekas naib ketua Pemuda parti itu, S Paranjothy mendakwa wujud perasaan tidak puas hati dalam parti dan terdapat ahli yang merancang untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menyikirkan Koh. Paranjothy yang merupakan ketua cawangan Taman Ehsan mendakwa ramai ahli yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinan Koh yang dianggap lebih sebagai "yes man" dan mengetepikan pandangan dan isu yang dikemukakan oleh sayap Pemuda dan Wanita. Beliau juga dilaporkan sebagai berkata bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lebih berminat untuk menjaga kedudukan politiknya dalam kerajaan dan tidak menghiraukan masalah dalam parti. Laporan itu mendakwa bukan itu sahaja, Koh dikritik kerana kerana tidak mengemukakan strategi untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada pembangkang. Namun Chang menjelaskan adalah perkara biasa bagi mana-mana ahli parti untuk mempunyai pandangan yang berbeza mengenai banyak isu, tetapi ia tidak bermakna mereka merancang untuk menjatuhkan pemimpin parti. Malah katanya, di bawah kepimpinan Koh, Gerakan telah membuka lebih banyak cawangan dan menarik lebih ramai ahli baru di seluruh negara. Beliau memberi contoh, Gerakan berjaya menarik empat anggota dewan undangan negeri bebas, tiga di Sabah dan seorang di Pahang menyertai parti itu. Mereka ialah Peter Pang En Yin (Karamunting), Raymond Tan Shu Kiah (Tanjung Papat) dan Au Kam Wah (Elopura) semuanya dari Sabah serta Ho Yip Kap (Tanah Rata) dari Pahang yang menang pada pilihan raya umum 2008. Pang keluar dari Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menyertai Gerakan pada Mac lalu sementara Tan dan Au keluar dari Parti Maju Sabah (SAPP) selepas parti itu keluar dari gabungan Barisan Nasional pada September 2008. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHnota:gerakan telah bersedia untuk meninggalkan gerombolan gerakan sesudah pilihanraya yang lalu jelas kalah teruk ramai ahli tidak puas dengan gerombolan ramai ahloui mahu tinggalkan geromboan ramai ahli telah masuk dap atau pkr
rancangan ketika itu telah sedia untuk istihar gerakan meninggalkan gerombolan tapi mat mongol sedar lalu beri apek poyo tsu koon jadi munkee dengan pangkat munkeee maka gerakan batalkan rancangan untuk cabiut lari
tapi hari ini agenda gerakan nak cabut lari muncul lagi kali ini makin kuat retak sudah terbelah hanya nak menunggu kapal pecah kah kah kah
| BERITA BAIK UNTUK KE JALAN RAYA Posted: 31 May 2011 01:32 AM PDT
HANYA SATU JAWAPAN : LAWAN!nota: masanya telah tiba masanya telah sampai hari nya ialah hari ini masanya ialah sekarang
kita bangun dan lawan! HARGA ELETERIK DIJANGKA NAIK SETIAP ENAM BULAN -mkini Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan AirPeter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan. "Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit... 6 BULAN SEKALI NAIK....m kah kah kah.. kah kah kah... TAK KAN ORANG RAMAI TAK SEDAR....kah kah kah... woit... KERAJAAN GEROMBOLAN HANYA BERI KRONI JADI SENANG....kah kah kah... kah kah kah... KRONI KAYA RAYA.... RAKYAT MISKIN PAPA.... kah klah kah.... woit... .TAK KAN TAK SEDAR LAGI..... kah kah kah... kah kah kah.. .JANGAN LUPA SEMBILAN JULAI.... kah kah kah... kah kah kah... HARI KEMARAHAN KITA SEMUA..... kah kah kah kah kah kah... KITA TURUN BERAMAI-RAMAI... kah kah kah | BERSEDIA BARANG NAIK HARGA! Posted: 31 May 2011 12:24 AM PDT
MASANYA SEKARANG!PAKAR EKONOMI :HARGA MAKANAN AKAN TURUT NAIK - mkini Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng. Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. "Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit... RAKYAT TAK BANYAK PILIHAN...kah kah kah.. kah kah kah.... HANYA ADA SATU PILIHAN YANG TINGGAL.... kah kah kah... kah kah kah.. .HUMBANKAN GEROMBOLAN KE DALAM TONG SAMPAH SEJARAH...kah kah kah... kah kah kah... JANGAN MALU DAN JANGAN SEGAN UNTUK TURUN 9 JULAI INI....kah kah kah... woit... 9 JULAI ILAH HARI KEMARAHAN RAKYAT....kah kah kah | KE JALAN RAYA SEBELUM PILIHANRAYA Posted: 30 May 2011 10:18 PM PDT
NOTA:
jangan lupa sembilan julaqi ini adalah hari kemarahan rakyat
anak anak muda bersedia anak anak muda penggerak anak muda barisan hadapan anak muda penjana perubahan!
nota: jangan lupa 9 julai jangan lupa turun ke kuala lumpur
anak anak muda bersedia!
| KITA HUMBANKAN GEROMBOLAN Posted: 30 May 2011 09:23 PM PDT
JANGAN LUPA 9 JULAIJANGAN POLITIK TARIF BARU LETERIK - berita hairan KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan. Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini. "Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit.. MALAON INI DATANG DARI MANA?.... kah kah kah.. woit.... INI BOLA TANGGUNG... INI TERBAIK...kah kah kah... kah kah kah.. MESTI LAH DIPOLITIKKAN....kah kah kah... kah kah kah... INI LAH MASANYA NAK KUTUK GEEROMBOOLAN....kah kah kah.. kah kah kah... INI LAH MASANYA NAK TUNJUKKAN PADA ORANG RAMAI...kah kah kah.... kah kah kah... BAGI TAHU ORANG RAMAI GEROMBOLAN INI BODOH MENTABIR...kah kah kah.... kah kah kah.. .BAGI ORANG RAMAI BENCI GEROMBOLAN...kah kah kah.. woit.. INGAT HARGA BARANG NAIK INI MACAM KENDURI TAHLIL KE?..... kah kah kah.. kah kah kah... INGAT HARGA BARANG NAIK INI AMAL SEDEKAH JARIAH...kah kah kah... kah kah kah.. .KALAU PAKATAN RAKYAT TAK POLITIKAN DAN BURUKKAN GEEROMBOLAN.... PAKATAN INI PARTI BANGANG.... kah kah kah.. nota: bila musuh jatuh terkelicik inilah masa kita memijak dan kemudian belangkong sekali dengan pwengandar kah kah kah
| NAK TIPU LAGI Posted: 30 May 2011 08:24 PM PDT
SEMUA HARGA NAIKPENGUSAHA DIMINTA TAK NAIKKAN HARGA BARANG -berita hairan KUALA LUMPUR: Walaupun peningkatan tarif elektrik tidak dapat dielakkan, ahli ekonomi berpendapat pengusaha industri sewajarnya berhati-hati dengan tidak menaikkan harga produk dan perkhidmatan masing-masing secara mendadak bagi mengelak paras inflasi negara meningkat secara ketara. Ini kerana peningkatan mendadak harga barangan dan perkhidmatan akan menjejaskan rakyat, seterusnya memberi kesan negatif kepada inflasi yang turut menjejaskan rakyat. Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata jika peningkatan harga tidak dilaksanakan secara beransur-ansur dan teratur, ia boleh menjejaskan sosioekonomi rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. "Meskipun kenaikan tarif tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus pengguna yang menggunakan tenaga kurang daripada 300 kilowatt sebulan, namun boleh membebankan pengusaha industri untuk menanggung peningkatan kos. "Kebiasaannya, apabila pengusaha industri tidak lagi mampu menanggung peningkatan kos, mereka akan memindahkannya kepada pengguna. Kesan rantaian ini boleh menjadi faktor kepada kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi penanda aras inflasi di Malaysia. "Kenaikan inflasi menyebabkan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh pengguna berkurangan. Kestabilan perbelanjaan pengguna penting kerana ia ialah salah satu penyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit... INGAT BOLEH MINTA MINTA...kah kah kah.. kah kah kah... INGAT INI APA....MENIAGA ZAMAN NABI KE?.... kah kah kah... kah kah kah.... INI ZAMAN KAPITALIS....kah kah kah... kah kah kah.. KAPITALIS CARI PELUANG MENANGGUK DI TEPI LUKAH... kah kah kah NOTA:bila minyak naik dulu gerombolan pakai towkay kedai mimnyak umum tak gunakan perkatan hargha naik guna selaras guna rasionalisasi
kakli ini gunakan pula tok lebai dari bank islam pulak nak bagi komen tok lebai ini entah ia entah tidak entah entah beli ijazah entah entah lulusan sintok kah kah kah
| |
Generasi Pewaris Khilafah Posted: 31 May 2011 07:22 PM PDT Tarif Air dan Elektrik Naik Salah Kita ? Posted: 30 May 2011 08:14 PM PDT Assalamualaikum .. salam hormat saja nak menyuarakan pandangan pada isu yang sedang hangat dan diperkatakan dan kini heboh disembangkan tak kiralah kat mana kita berada. Sebenarnya ramai yang menyalahkan bahawa tarif air dan elektrik naik disebabkan oleh harga minyak dunia yang naik secara mendadak ekoran daripada permasalahn yang berlaku dan melanda dunia asia barat. Malahan ada yang menyalahkan kerajaan seolah-olah mereka penyebab utama yang menyebabkan ianya naik dan terpaksa dinaikkan.
Pada pandangan saya secara peribadinya, kalau nak kata kerajaan yang salah tu mungkin tak banyak yang salah. Tapi yang banyak salahnya ialah kita yang tidak tahu untuk menghargainya. Mana tidaknya, kita banyak melakukan pembaziran dalam penggunaan bahan tersebut. Contohnya macam penggunaan air. Kita lebih banyak mencemarkan air daripada menjaga dan memulihara sumber air. Contoh yang terdekat yang saya boleh katakan ialah sungai Melaka.Dengan bau yang boleh membuatkan kita akan rasa nak muntah bila bau.
Penggunaan barangan elektrik yang terlalu banyak pun boleh mengundang kepada pembaziran dan kenaikan tarif yang tinggi. Daripada maklumat yang saya perolehi daripada seorang rakan, tarif yang dinaikkan pada tahun ini merupakan yang paling tinggi dalam sejarah. Jadi Sama-samalah kita menilai semula tindakan kita .. | |
D'Perbatasan Posted: 31 May 2011 07:19 PM PDT |
:: @ AL-BAKISTANI @ :: Posted: 31 May 2011 03:53 PM PDT PERUBAHAN : MAHU ATAU TIDAK MAHU? Posted: 30 May 2011 09:51 PM PDT [1]
Perubahan adalah ungkapan yang menakutkan bagi mereka yang berkuasa sekian lama dalam suatu organisasi. Lebih-lebih lagi, apabila puak mereka sering ditolak oleh rakyat secara majority, waima dipertahankan oleh puak2 mereka yang minority.
Makanya, kedengaran ungkapan berbau "anti-perubahan". Mereka tidak ungkap "saya anti-perubahan" kerana bimbang dikatakan mundur. Ungkapan mereka mungkin berbentuk seperti "perubahan bersyarat" dan banyak lagi ungkapan yang sedap ditelinga, tapi dungu di otak.
[2]
Orang yang anti perubahan adalah orang yang tidak mempunyai masa depan. Mereka hanya fikir untuk makan pada hari ini, tetapi tidak fikir apa yang bakal mereka makan pada keesokkan hari dan hari selanjutnya. Apabila terdesak, baru mereka mahu berubah. Mereka berubah di kala dharurat, walhal kalau mereka berubah dari awal, mereka tidak akan terjebak dengan waktu dharurat.
Dalam Islam, perubahan ini amat penting. Nabi SAW menyatakan, "perbaharuilah iman kamu". Melambangkan kepentingan mengadakan perubahan. Perubahan yang disebut oleh Nabi SAW sebagai perbaharui itu, bukan bermakna mencipta yang baru, tetapi iman itu perlu sentiasa dikuatkan dan kemaskan agar kelihatan cergas dan muda seperti baru.
Perubahan dari sudut peribadi, wujudnya hadis di atas. Rupa-rupanya dari kerangka yang lebih besar, nabi SAW juga ada menyebut bahawa setiap seratus tahun akan ada mujaddid, iaitu sang pelaku perubahan atau dalam ungkapan lughawinya sebagai sang pembaharu. Melakukan pembaharuan dalam agama, bukan mencipta agama baru, tetapi pembaharu itu bertindak dalam mempamerkan Islam kepada manusia dalam wajah segar seperti baru.
[3]
Dari hadis di atas, kelihatan bahawa Nabi SAW tidak anti perubahan. Terbukti, Nabi SAW melakukannya.
Di awal dakwah di Makkah. Nabi SAW boleh disifatkan sebagai reformis. Beliau ditentang oleh golongan berkuasa, golongan pentaassub dan golongan pengampu. Nabi SAW ditentang dengan misi aqidah baginda itu, bukan kerana aqidah itu yang menjadi punca, tapi mesej penyerangan terhadap budaya pengamalan sang penguasa yang menindas dengan menggunakan nama tuhan-tuhan yang diaqidahkan oleh rakyat makkah ketika itu.
Abu Lahab dan Abu Jahal adalah golongan yang sukar menerima perubahan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kenapa? Kerana mereka hidup dengan menindas dengan mencandukan kepercayaan rakyat kepada berhala-hala. Jika mahu mendapat keberkatan berhala, maka rakyat hendaklah patuh kepada mereka.
Lalu, nabi SAW dating menyerang berhala-berhala itu. Ia sudah pasti menganggu periuk nasi dan kekuasaan mereka. Ia dilihat sebagai sesuatu yang bahaya. Makanya, Nabi Muhammad SAW mula diserang.
[4]
Dalam budaya politik moden, ia memerlukan kepada kebijakan. Tanpa kebijakan, sukar mencapai kemenangan. Terutama, di era ini, budaya politik bukan sekadar pertembungan dengan musuh, tetapi wujud rakan saingan.
Rakan saingan akan berusaha mempamerkan yang terbaik untuk menarik minat rakyat. Kita sebagai pesaing, seharusnya menyangi mereka juga. Tindakan memburukkan rakan saingan tanpa berusaha hendak menyaingi secara sehat adalah budaya kebodohan dan kefiraunan.
Dalam budaya politik moden juga, perubahan hendaklah dilakukan melebihi dari kehendak rakyat. Jika rakyat sedang berharap mahu makan nasi, sebagai parti yang mahu menawani hati rakyat, perlu menawarkan nasi dan lauk pauk. Jika rakyat mahukan nasi, tetapi parti itu hanya dapat menyediakan beras sahaja, ia sukar diterima.
Cuma ada pihak mengatakan, gerakan Islam berubah tertakluk kepada desakan. Tanpa desakan, maka tidak perlu ada perubahan. Jika ini ungkapannya, tidak hairan sejak kejatuhan osmaniyyah, gerakan islam tidak pernah menang.
Sekian
| JANGAN LUPA : MUNAJAT ROYALTI MINYAK Posted: 30 May 2011 09:35 PM PDT | |
Biaqpila Posted: 31 May 2011 03:52 PM PDT TNB untung RM2.68 billion lagi nak naikkan tarif elektrik? Posted: 31 May 2011 03:00 PM PDT mStar melaporkan: PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai Rabu. Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak. "Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini Selasa. Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. - mStar. Nak ingatkan apanya. Yang dikatakan peniaga ni memang macam tu kaedahnya. Kalau harga modal meningkat harga jualan pun akan dinaikkan jugak. Kalau sikit-sikit boleh la kut depa nak serap, tapi payah nak jumpa la yang jenih macam tu. Kalau yang tak naikkan harga pun bukan sangat pasai kesian kat pelanggan tapi pasai ada sebab lain, contohnya sebagai strategi pemasaran kut. Habih sangat tak boleh naikkan harga depa bagi kecik saiz, lebih kurang sama jugak. Masa gula naik baru ni macam ni jugak 'nasihat' yang menteri bagi. Macam tu jugak masa RON97 naik baru ni pun macam tu jugak 'nasihat' yang menteri bagi. Kali ni bila tarif elektrik naik pun macam tu jugak 'nasihat' yang menteri bagi. Bila ada kenaikan macam ni, yang jadi sasaran peniaga kecik. Depa-depa ni di'nasihat' supaya tak naikkan harga barang. Nak suruh depa serap kenaikan tu, konon tak mau bagi pengguna teraniaya. Sibuk la sat pegawai-pegawai KPDNKK memantau harga. Yang menariknya, hujung bulan lepas Utusan melaporkan: KUALA LUMPUR 21 April - Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan ia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.34 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun kewangan semasa berakhir 28 Februari lalu, penyusutan sebanyak 21.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Penyusutan itu disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan operasi yang berlaku pada suku kedua dalam tahun kewangan. - UtusanSetengah tahun punya untung banyak tu, kalau setahun TNB boleh untung 2.68 billion. Patutnya sebagai GLC yang pegang monopoli sebagai satu-satunya pembekal elektrik tak sepatutnya TNB dibenarkan buat untung gila babi sampai macam tu. Untung sikit-sikit sudah la. Tapi bila fikir-fikir balik, aku yakin kerajaan punya "kajian terperinci" dalam hal tarif elektrik ni tentu punya ada bersangkut paut dengan sumber dana untuk Umno BN nak hadapi PRU13. Tentu punya la lebihan hasil kenaikan tarif elektrik tu akan masuk jugak dalam kantung Umno BN untuk pilihanraya. cenangauSUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | Demo anti-Lynas: Rakyat diugut, kereta dipecah Posted: 31 May 2011 06:00 AM PDT Anggota jawatankuasa 'Selamatkan Malaysia' memutuskan tidak berjumpa dengan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dijadualkan hari ini kerana bimbang terhadap ancaman dan ugutan daripada kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pro-Lynas sejak semalam. Pengerusi jawatankuasanya Tan Bun Teet berkata situasai sekarang menjadi tidak lagi terkawal dengan ugutan fizikal daripada kumpulan pro-Lynas yang memecahkan kereta kepunyaan penunjuk perasaan anti-Lynas. “Kami menelefon panel itu pada jam 2.30 bagi memaklumkan bahawa kami tidak lagi akan menghadiri mesyuarat kerana bimbang dengan keganasan yang dipamerkan,” katanya ketika dihubungi. Perhimpunan aman membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan hari ini hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali itu.
Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang kononnya berkelah di pantai itu.
Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis 'Save Malaysia' beredar kerana didakwa mencemarkan pantai.
Dalam kenyataan medianya kemudian, Tan berkata: "Kumpulan penceroboh itu di hadapan kehadiran polis mengeluarkan kata-kata kesat ke atas mereka yang berhimpun dengan aman dan cuba mengasari mereka.
"Ketua kumpulan kami ditendang dari belakang dan malah seorang daripada mereka cuba mencekik ketua kami... Jika tidak kerana tindakan pantas oleh polis sisinya, beliau mungkin menghadapi kecederaan parah,” kata Tan.
"Tindakan tidak bertamadun di hadapan polis secara terangan membelakangkan hak asas seseorang rakyat.
"Sama ada dirancang ataupun kebetulan, ia menjadi proses di mana panel IAEA cuba mendengar pandangan mereka yang terbabit satu bahan jenaka.
"Kami sebuah NGO dan kami ingin meluahkan pandangan kami berhubung isu Lynas. Tetapi mendedahkan diri kami dengan risiko yang mungkin mengancam keselamatan kami, kami memutuskan tidak mahu terbabit dengan sesi hari ini.”
MK
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | Petronas tanggung RM21 bilion kerugian dari perjanjian IPP-Rafizi Posted: 30 May 2011 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa kerajaan mengkaji semula keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan tenaga di negara ini supaya berlaku adil kepada rakyat. Menurut beliau, selepas menjadikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai kambing hitam oleh kerajaan, Petronas pula terpaksa menanggung bebanan sehingga RM21 bilion setiap tahun. "Untuk berlaku adil, keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan elektrik perlu dikaji. TNB dipaksa menandatangani perjanjian membeli elektrik dari penjana bebas pada kadar yang tinggi. Lebih dari separuh kos TNB adalah untuk membayar Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Yang dimarahi rakyat adalah TNB kerana TNB yang menjadi kambing hitam dan budak jahat. "Lebih teruk, apabila perjanjian itu juga menyebut kalau ada sebarang kenaikan kos bahan api (gas, arang batu), IPP ini tidak perlu menanggungnya. "Akibatnya Petronas pula yang terpaksa menanggung sehingga berjumlah RM21 bilion setiap tahun berdasarkan anggaran terbaru kita," kata Rafizi yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas. Untuk rekod, TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal manakala Petronas pula diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada syarikat tersebut. IPP pula kemudian membeli tenaga lebih mahal daripada Indonesia dan kawasan minyak JDA di sempadan Malaysia-Thailand. Rafizi baru-baru ini mendakwa Petronas terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10. Katanya, ekoran keresahan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan rakyat berhubung kenaikan tarif elektrik, mereka terpaksa menenangkan rakyat kononnya kerajaan memotong subsidi korporat. "Bila rakyat mula bangkit, BN resah dan mahu menenangkan rakyat dengan menghebahkan kononnya memotong subsidi korporat. Tetapi jalan yang diambil adalah dengan menghukum rakyat, apabila tarif elektrik dinaikkan supaya kenaikan harga bahan api (arang batu dan gas) ditanggung oleh rakyat. "Ini akan beri kesan kepada harga barang dan melonjakkan lagi kadar inflasi yang sudah tinggi akibat beberapa siri kenaikan harga baik gula, harga petrol, diesel dan lain-lain sejak kebelakangan ini. "Dalam keadaan gaji rakyat yang tidak naik akibat kegagalan BN mewujudkan agihan kekayaan yang adil, ini akan menyukarkan lagi hidup seharian rakyat," kata beliau kepada Keadilandaily.com. Selain itu katanya, kerajaan perlu mengambil inisiatif yang bijak bagi mengelakkan kenaikkan tarif elektrik yang membebankan rakyat. "Runding dengan IPP supaya caj yang terlampau mahal yang dikenakan kepada TNB atas elektrik yang dijual dikurangkan, kerana caj yang terlalu tinggi hingga memberi keuntungan besar dan berat sebelah inilah yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia tinggi. "Apabila caj dari IPP ini dikurangkan, barulah beban kewangan TNB boleh dikurangkan dan subsidi bahan api (gas dan arang batu) boleh dikurangkan agar wang boleh digunakan untuk tujuan lain sementara tarif lektrik dikekalkan kerana penjimatan dari caj IPP yang lebih rendah boleh digunakan untuk menampung kenaikan kos bahan api," kata beliau. - SKSUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ? Posted: 30 May 2011 07:06 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa." "Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu. Selain itu, beliau berkata, kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa . Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita. Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri. Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ? Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakwa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie, adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan. Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri. Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi. Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu. Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!! Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ? Adakah UMNO fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar. Dipetik daripada blog Hanipa Maidin (Penasihat Undang-undang Pas) SHSUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |
DUNIACACAMARBA Posted: 31 May 2011 03:24 PM PDT - Remaja Direjam Sehingga Mati Kerana Sertai Ratu Cantik
- Anjing Ditembak 40 Kali, Diikat, Ditanam Hidup-hidup, Namun Masih Bernyawa
- Pakar Ekonomi Ramal Inflasi Naik, Harga Barang Naik Melambung!
- Pengundi BN, Katakan Yahhhoooo, Tarif Elektrik Diramal Naik Setiap 6 Bulan!
- [Video] Notis Batal Pendaftaran, PKR Cabar RoS di Mahkamah, Niat Jahat Pihak Tertentu untuk Menang PRU
- Remaja Cabul Mangsa di Depan Ibunya
- Sadis&Tragis: Isteri Diperkosa, Triton Dilarikan
- JAKIM Dakwa Tidak Iktiraf Bir Halal, Pengedar "Barbican" Dakwa Kerugian
- Salih Selamat Nikah Isteri No 4, Bulan Madu di China
Remaja Direjam Sehingga Mati Kerana Sertai Ratu Cantik Posted: 31 May 2011 06:30 AM PDT Katya Koren, remaja perempuan berusia 19 tahun telah direjam sehingga mati di sebuah perkampungan di Wilayah Crimea Ukraine. Dia dilaporkan direjam kerana menyertai suatu pertandingan ratu cantik. Mayat remaja itu dijumpai ditanam di kawasan hutan di Crimea seminggu selepas kehilangannya.
Menurut rakan mangsa, Katya seorang yang gemar berfesyen dan Katya dilaporkan telah mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan ratu cantik yang disertainya. Menyentuh soal pembunuhnya, DM melaporkan bahawa tiga remaja Muslim berusia belasan tahun bertindak merejam Katya sehingga mati kerana mendakwa mangsa melanggar undang-undang Syariah.
Menurut sumber polis, ketiga-tiga remaja itu bertegas bahawa tindakan membunuh Katya itu berlandaskan undang-undang Syariah. Salah seorang daripada tiga remaja lelaki yang merejam Katya Koren, iaitu Bihal Gaziev 16 tahun memberitahu polis bahawa dia tidak menyesal melakukan pembunuhan itu.
P/s: Islam sekali lagi dicemuh kerana kebingaian budak-budak berusia belasan tahun yang membuat intepretasi hukuman syariah berdasarkan pemahaman mereka.
| Anjing Ditembak 40 Kali, Diikat, Ditanam Hidup-hidup, Namun Masih Bernyawa Posted: 31 May 2011 05:04 AM PDT
Adakah kes ini merupakan penyeksaan paling dasyhat terhadap binatang? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh sesetengah media yang melaporkan kes seekor anjing yang ditemukan tertanam seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas. Hasil pemeriksaan, anjing itu didapati telah ditembak sebanyak 40 kali di bahagian kepala.
Anjing jenis crossbreed mongrel yang diberi nama Star oleh penyelamatnya itu ditemukan berhampiran dengan Bandar Birzebbuga, Malta. Anjing tersebut ditemukan oleh petugas badan kebajikan haiwan itu ketika dia sedang menyiasat suatu kes lain.
Ketika sedang melakukan siasatan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah sekeping papan yang ditindih dengan sebongkah kayu besar. Ketika mengalihkan papan tersebut, petugas itu terkejut apabila mendapati Star ditanam dengan bahagian kepala tertonjol di permukaan pasir.
Ketika menggali pasir untuk mengeluarkan anjing malang tersebut, petugas itu sekali lagi terkejut apabila mendapati keempat-empat kaki Star diikat kemas. Lebih mengejutkan apabila doktor mendapati Star telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, pasukan doktor berhasil mengeluarkan 40 peluru tersebut dari kepala Star. Insiden yang tersebut telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak. Biarpun orang yang bertanggungjawab masih bebas, namun masyarakat menuntut agar penjenayah itu dikenakan hukuman maksimum.
Sebuah laman FB juga diwujudkan sebagai protes terhadap penderaan yang dialami Star. Ribuan orang telah mengikut laman itu. Malah 1000 orang dilaporkan telah menandatangani petisyen untuk menangkap penjenayah terbabit dan mengumpul dana membiayai Star. P/s: Gila!
| Pakar Ekonomi Ramal Inflasi Naik, Harga Barang Naik Melambung! Posted: 31 May 2011 02:00 AM PDT | Untuk BN dan kroni!!! |
Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.
Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.
"Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj)," katanya dilapor Sinar Harian hari ini.
Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.
Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.
"Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,"
"kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah," ujarnya dipetik berkata.
Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.
Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya seperti di lapor Malaysiakini.
Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.
Ia disebabkan langkah kerajaan untuk menarik semula subsidi daripada rakyat di negara ini. | Pengundi BN, Katakan Yahhhoooo, Tarif Elektrik Diramal Naik Setiap 6 Bulan! Posted: 31 May 2011 12:40 AM PDT
Saya petik: [MK] Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.
"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna," katanya.
P/s: IPP didahulukan, rakyat dibelakangkan, IPP melaram, rakyat melarat!
| [Video] Notis Batal Pendaftaran, PKR Cabar RoS di Mahkamah, Niat Jahat Pihak Tertentu untuk Menang PRU Posted: 30 May 2011 11:45 PM PDT Berdasarkan laporan TMI, PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan Mei lalu memberikan kata dua kepada parti itu sama ada memberikan alasan yang kukuh atau berhadapan dengan tindakan pembatalan pendaftaran berhubung dengan satu kes pemecatan ahlinya dua tahun lalu.
Dalam berita yang sama, PKR juga akan memohon semakan kehakiman terhadap keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah, dan dilakukan dengan niat jahat.
Untuk pengetahuan pembaca DCM, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 9 Mei 2011 yang menyatakan bahawa PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin. Dalam suratnya, Abdul Rahman juga berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan parti itu memberikan alasan yang memuaskan.
Pada suatu sidang media, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, RoS mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau. Walau bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan yang dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum tergempar disebut-sebut akan diadakan Julai ini. P/s: Kalau mahu menang PRU, berlawanlah cara anak jantan! Kalau tidak, potong anu buang ke dalam longkang!
| Remaja Cabul Mangsa di Depan Ibunya Posted: 30 May 2011 09:55 PM PDT
Saya petik: [HM] AMPANG: Seorang remaja lelaki layak digelar 'gila seks' apabila mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di hadapan ibu gadis terbabit, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini dikatakan bersama ibunya berusia lingkungan 40-an dalam perjalanan dari rumahnya di sebuah rumah pangsa di Taman Nirwana, di sini untuk membeli sarapan di kawasan berhampiran.
Menurut sumber, ketika mangsa dan ibunya itu menuruni tangga, seorang remaja lelaki yang tidak dikenali sedang menaiki tangga sebelum berselisih dengan mereka.
"Ketika itu ibu mangsa berada di depan manakala mangsa mengikut ibunya di belakang kerana tangga yang sempit berselisih dengan suspek. "Remaja itu dikatakan berpura-pura seperti penghuni rumah pangsa berkenaan sebelum tiba-tiba meraba kemaluan mangsa," katanya...
P/s: Kurang ajar dan lahanat!
| Sadis&Tragis: Isteri Diperkosa, Triton Dilarikan Posted: 30 May 2011 07:25 PM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: [HM] SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.
Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.
Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain. "Tersentak dengan kejadian itu, suami mangsa yang melihat isteri dan kenderaannya itu dilarikan cuba mengejar namun gagal. Lelaki terbabit segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan dan pihak berkuasa terus melakukan operasi mengesan kumpulan terbabit...
Berita yang sama:Wanita kena culik, dibelasah tiga perompak [BH] KUALA LUMPUR: Seorang wanita menempuh saat mencemaskan hampir lima jam selepas dibelasah dan disamun oleh sekumpulan penjenayah yang melarikan kenderaannya sebelum mangsa dicampak di tepi jalan, tengah malam kelmarin.
Ketika kejadian jam 12 tengah malam di depan sebuah 7-Eleven di USJ di sini, suri rumah berusia 30-an itu sedang berada dalam Mitsubishi Triton menunggu suaminya membeli barangan di kedai serbaneka terbabit. Bagaimanapun, secara tiba-tiba, tiga lelaki menyerbu masuk ke dalam kenderaan itu menyebabkan mangsa meronta-ronta dan menjerit meminta tolong, namun penjenayah terbabit bergegas melarikan kenderaan berkenaan.
Mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan lebam oleh seorang pengawal keselamatan di tepi jalan berhampiran Sekolah Sukan Bukit Jalil, kira-kira jam 5 pagi. Telefon bimbit dan wang tunai mangsa turut disamun.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meminta pertolongan pengawal keselamatan terbabit untuk menghubungi suaminya sebelum membuat laporan polis.
Beliau berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan pihaknya juga sedang menunggu keputusan penuh laporan perubatan.
Katanya, polis masih menyiasat motif kejadian dan sudah menjalankan gerakan memburu ketiga-tiga penjenayah terbabit. P/s: Gila lahanat!
| JAKIM Dakwa Tidak Iktiraf Bir Halal, Pengedar "Barbican" Dakwa Kerugian Posted: 30 May 2011 05:45 PM PDT
Saya petik: [Kosmo] Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini. Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu. "Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab. Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 'Kami kerugian' BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.
[HM] KUALA LUMPUR: "Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama," kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.
Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.
Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.
"Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.
"Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana," katanya.
Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.
"Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.
Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.
"Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.
"Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini," katanya.
P/s: Sila nyatakan jenama bir yang dikenal pasti mengandungi alkohol berlebihan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham. | Salih Selamat Nikah Isteri No 4, Bulan Madu di China Posted: 30 May 2011 05:31 PM PDT
Saya petik: [HM] KULAIJAYA: "Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi," kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.
Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.
"Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya," kata Salih.
Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali. Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad....
P/s: Semoga berbahagia. | |
Ajijoi Posted: 31 May 2011 03:14 PM PDT Umno bimbang jika rakyat bermaklumat Posted: 30 May 2011 11:33 PM PDT IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan PAS kini sedang giat menyampaikan segala maklumat berkenaan kezaliman dan pengkhianatan UMNO terhadap rakyat di Malaysia.
Hal ini kerana, menurut beliau, UMNO sangat takut dan bimbang jika rakyat bermaklumat kerana ia akan mempercepatkan rakyat memastikan kezaliman UMNO berakhir. Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat kinimenggunakan sebaik mungkin pendekatan medium baru bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui blog, Facebook dan Twitter . Memetik ucapan beliau " UMNO kini resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data". " PAS mengharapkan semua jentera parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan UMNO selama memerintah Malaysia ". PAS yakin UMNO kini dalam keresahan, hal ini kerana jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika, jelas beliau. | Tetamu Khas Antarabangsa: Bukti Dunia Bersama PAS Posted: 30 May 2011 11:30 PM PDT
TETAMU KHAS ANTARABANGSA : BUKTI DUNIA BERSAMA PAS KENYATAAN MEDIA LAJNAH ANTARABANGSA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 28 Jamadil Akhir 1432 H | 31 MEI 2011 Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina. Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka. Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia. Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA. RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB Ketua Lajnah Antarabangsa | |
Pulakdah! Posted: 31 May 2011 01:54 PM PDT Remaja Perempuan 19 Tahun DIREJAM SEHINGGA MATI Kerana Sertai RATU CANTIK Posted: 31 May 2011 01:34 AM PDT Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun telah direjam sehingga mati di sebuah perkampungan di Wilayah Crimea Ukraine. Katya Koren yang tinggal di wilayah Crimea di Ukraine. Mayat perempuan tersebut ditemui ditanam di kawasan pokok-pokok di Crimea. Menurut laporan Daily Mail, remaja perempuan tersebut telah direjam oleh 3 remaja muslim sehingga mati kerana menyertai pertandingan ratu cantik. Mereka menyatakan telah bertindak berlandaskan undang-undang Syariah, menurut polis yang menyiasat kes tersebut.Salah seorang daripada tiga remaja lelaki yang merejam Katya Koren ialah Bihal Gaziev 16 tahun yang ditahan polis selepas memberitahu remaja perempuan itu telah melanggar undang-undang Syariah. Menurut rakan Katya, dia memang amat meminati fesyen dan gemar berpakaian cantik, Katya mendapat tempat ke 7 dalam pertandingan ratu cantik tersebut. Mayat Katya dijumpai di dalam hutan oleh pihak polis setelah dilaporkan hilang selama seminggu. Gaziev memberitahu pihak polis,dia tidak menyesal di atas tindakannya merejam Katya Koren kerana dia telah melanggar undang-undang Islam. Kelemahan umat Islam di dalam perkara-perkara seperti ini akan dijadikan modal Barat untuk memburukkan Islam...alahai..:Author Faethal | Austin Mbewe Pemenang LELAKI PALING HODOH 2011 Posted: 31 May 2011 12:16 AM PDT Paling Hodoh....Mr Ugly 2011 Austin Mbewe didampingi oleh naib johan Kudakwashe Chiramba (kiri) dan Chitova Chezira. Gambar di sebelah kanan ialah pemenang tahun lalu Elmas Moses Pertandingan kecantikan dan juga ketampanan mungkin sudah biasa. Bagaimana jika pertandingan untuk mencari lelaki paling hodoh? Austin Mbewe, 30 tahun dari Bandar Bulawayo, Zimbabwe, dengan bangga mengenakan mahkota Mr Ugly, dan turut memenangi hadiah wang tunai USD173 dan sehelai selimut. "Saya merasa sangat bangga atas penghargaan ini. Saya selalu menjadi bahan ejekan sejak dari kecil dan dunia kini dapat mengetahui bahawa ada sesuatu yang baik dari kehodohan saya ini," kata Mbewe kepada The Herald. "Saya amat yakin dengan wajah saya yang semula jadi ini dan percaya pada diri. Ini merupakan pertandingan yang sangat sengit, tetapi akhirnya kerja keras saya mendatangkan hasil," katanya lagi pada Selasa (31/5/2011). | Mr Ugly 2011 Austin Mbewe | Pertandingan yang diadakan di Pagomo Heights Leisure Centre, Beitbridge, wilayah yang bersempadan dengan Afrika Selatan ini mengundang ramai penonton. Mereka datang beramai-ramai untuk menyaksikan pertandingan lelaki hodoh ini. Kira-kira 15 lelaki hodoh bertanding dalam pertandingan tersebut. Enam daripada peserta lelaki hodoh tersebut sudah nampak gugup pada minit-minit terakhir. Pertandingan lelaki hodoh ini memasuki tahun ketiga, turut disokong oleh Pusat Pelancongan Zimbabwe dan juga Dewan Seni Nasional. Semua juri pertandingan ini adalah wanita. | 14 MATI Kes TIMUN BERACUN, Dan Terus Bertambah Posted: 30 May 2011 08:55 PM PDT BERLIN - Seramai 14 orang di Jerman dilaporkan meninggal dunia akibat memakan timun import. Timun tersebut dilaporkan beracun dan ditemui bakteria di dalamnya. Selepas hampir 2 minggu korban mangsa akibat timun ini terus bertambah. Dua korban terakhir adalah wanita berusia 50 tahun dan lelaki 75 tahun. Jumlah sehingga kini jumlah mangsa yang meninggal dunia mencapai hingga 14 orang, sementara ratusan lainnya menderita kesakitan. Kira-kira 1200 kes dilaporkan ketika wabak ini merebah di wilayah utara Jerman. Lembaga Pengendalian dan Pencegahan Wabak Penyakit Eropah mendakwa bahawa bakteria E.coli terdapat pada timun beracun tersebut. Demikian dilaporkan AFP, Selasa (31/5/2011). Pihak berkuasa Jerman memperingati penduduknya untuk tidak meMAKAN sayuran mentah setelah merebaknya wabak bakteria yang berasal dari timun yang diimport dari Spanyol. Sebaik saja timun tersebut dikatakan beracun, Belgia dan Rusia melarang dari mengimport timun serupa dari Negeri Matador tersebut. Namun sehingga kini pihak Kesihatan Jerman belum dapat memastikan penyebab kepada penyebaran bakteria E.Coli tersebut. Bakteria ini memang berbahaya, kerana dapat menyebabkan cirit-birit dan kerosakan pada hati hingga menyebabkan kematian. Wabak ini telah menyerang beberapa negara di Eropah termasuk England, Denmark, Sweden dan Belanda. Sebahagian besar mangsa adalah rakyat yang baru melakukan perjalanan di Jerman. | LYNAS Akan Ulang TRAGEDI BUKIT MERAH Di Kuantan (WAJIB BACA) Posted: 30 May 2011 06:15 PM PDT Tidak, ia bukan tentang Bukit Merah Resort, sebuah taman tema percutian yang indah. Ia adalah tentang THORIUM. Apapun yang terjadi kepada THORIUM yang dibuang oleh Asian Rare Earth Sdn Bhd, anak syarikat kepada Mitsubishi Chemical Ind Ltd, pada tahun 1986? Apakah ianya masih ada? Dibuang dimana? Di suatu tempat di negara ini? BUKA HATI anda dan BACA susunan artikel di bawah serta BAYANGKAN jika ia berlaku kepada KITA atau SAUDARA MARA kita. Mangsa Bukit Merah Yang Terselamat: "Air mata kami sudah kering" Ia sudah hampir 30 tahun sejak kali pertama Lai Kwan menjejakkan kakinya ke kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak. Ketika itu dia baru saja mendapati dirinya hamil anak keenam iaitu anak bongsunya, tapi disebabkan kemiskinan membuatkannya mempunyai pilihan yang terhad dan dia terpaksa bekerja sebagai buruh pekerja dengan kontraktor tempatan, yang dilantik untuk membina struktur tambahan pada kilang tersebut. Tanpa diketahuinya, bahawa keputusannya untuk mendapatkan sesuap makanan untuk keluarganya akhirnya akan menghancurkan hatinya. Beberapa bulan selepas ia bekerja di kilang ARE, anaknya yang ia mahu kenali sebagai Kok Leong, lahir cacat. Anak itu mengalami masalah teruk pada matanya, dan akhirnya kehilangan penglihatan mata kirinya ketika ia berusia lima tahun. Ia juga menderita masalah hati berlubang. Tetapi apa yang paling menyakitkan Lai Kwan ialah anaknya turut mengalami masalah mental. Kok Leong sekarang sudah dewasa dan berusia 29 tahun, tapi fikirannya tidak berkembang daripada anak kecil. Dia memiliki kemampuan yang sedikit untuk bercakap, dan tidak pernah berhenti menggunakan lampin. Untuk menjaga dan keselamatannya dari berkeliaran keluar dari rumah, ia diletakkan di bahagian belakang rumah sederhana mereka - berasingan dari dunia luar dengan sebuah pintu kawat dibina sehingga paras dadanya. Dan itulah tempat tinggal Lai Kwan yang sekarang berusia 69 tahun, telah menghabiskan tiga dekad hidupnya, menjaga anaknya sejak bertahun-tahun dengan cara yang sama sejak dari hari pertama ia dibawa pulang. Salah seorang anak perempuan Lai Kwan terpaksa berhenti sekolah dan belum sempat tamat Kelas Peralihan demi membantu keluarganya, kerana suaminya telah meninggalkan mereka dan dia tidak boleh meninggalkan sisi anaknya. "Ketika anda melihat saya dan anak saya, dapatkah anda merasakan apa yang aku rasa?" katanya dalam Hakka, dialek yang dia fasih kerana hanya mendapat pendidikan yang terhad. Tidak ada petunjuk tentang radiasi Kilang ARE, yang dikendalikan oleh syarikat Jepun Mitsubishi Chemicals dari 1980 hingga ke awal 1990-an, dipersalahkan kerana menyebarkan keracunan radiasi di Bukit Merah kerana ia didakwa melakukan pengurusan yang buruk terhadap sisa radioaktif yang dihasilkan dari pemprosesan amang timah yang diekstrak dari nadir tanah. Akibat dari operasi kilang ini, telah menyebabkan wujudnya salah satu tempat pelupusan terbesar sisa radioaktif di Asia, dengan salah satu tapaknya didirikan di kaki bukit Kledang yang berdekatan. Kesan bahaya dan buruk kepada kesihatan dalam episod ARE muncul kembali baru-baru ini ketika perancangan oleh Lynas, sebuah syarikat perlombongan Australia untuk membina satu lagi kilang pemprosesan tanah nadir, kali ini di Gebeng, Pahang, diumumkan. Menceritakan saat ketika ia bekerja di kilang ARE, Lai Kwan mengatakan agak aneh bahawa semua ahli kakitangan diharuskan memakai pin termometer di atas dada mereka setiap kali mereka berada di tapak, yang dia dapat tahu kemudiannya digunakan untuk mengukur paras radioaktif. "Setiap kali di tempat kerja, aku akan terbau sesuatu yang sangat buruk. Itu membuat saya merasa haus, tetapi selain itu aku tidak merasakan sesuatu yang aneh. Saya hanya mengetahui (tentang sisa radioaktif) ketika penduduk Kg Papan mula memprotes terhadap kilang itu kerana rancangan mereka untuk menanam sampah di desa. Penduduk desa memberitahu kepada saya tentang hal itu," katanya. Seorang lagi warga emas, yang keluarganya juga menderita kerana keracunan radiasi dari kilang ARE, mengatakan ia teramat sukar bagi puteri bongsunya, yang sering keluar dan masuk ke hospital sejak masih bayi. Panchavarnam Shanmugam, 55, yang bekerja sebagai buruh pembersihan hutan di sebidang tanah yang berhampiran dengan kilang ARE pada tahun 1987 ketika ia melihat banyak air yang dibuang keluar dari kilang tersebut. "Kami mengambil masa tujuh bulan untuk membersihkannya. Kebiasaannya akan ada banyak air dari kilang itu dan ia menjadi hampir setinggi lutut kita. Airnya sangat berbau," katanya di rumahnya. 'Anak saya menderita' Setahun kemudian, anak bongsu Panchavarnam, Kasturi lahir dan hampir mengalami komplikasi. Dia menceritakan bagaimana ketika bayi, Kasturi tiba-tiba menderita radang di seluruh tubuhnya sehingga dia harus dirawat persekitaran yang steril di hospital. Puterinya juga kerap sakit kepala, yang diikuti dengan pendarahan hidung dan ada beberapa kali sehingga menyebabkan pengsan. Ketika Kasturi berusia sekitar 10 atau 11 tahun doktor mendapatinya menderita leukemia. Tidak ada seorangpun daripada dua adik beradiknya mempunyai penyakit tersebut, Panchavarnam juga mendapatai tidak ada sesiapa pun dikalangan keluarganya yang memiliki penyakit tersebut. "Dia tidak boleh berjalan seperti rakan-rakannya, dan dia merasa sukar untuk menumpukan perhatian pada apa pun. Dia boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, tapi sukar baginya untuk fokus ... dia tidak dapat menamatkan sekolah tingkatan lima," Panchavarnam (kanan) menceritakan puterinya. Kasturi, sekarang 23 tahun, sekarang bekerja di sebuah kedai tekstil berhampiran, tetapi Panchavarnam berkata puterinya masih kerap masuk dan keluar dari hospital. "Ia terlalu sukar untuknya," kata ibunya. Dan, seperti yang dijelaskan oleh anak perempuab Lai Kwan, yang meminta tidak disebutkan namanya, kesusahan itu tidak hanya kepada mereka yang sakit disebabkan oleh radiasi, tetapi juga pada keluarga mereka, yang tidak berdaya untuk mengubah nasib orang yang mereka cintai. "Saya melalui masa yang sukar di sekolah sebelum berhenti, kerana kawan-kawan sekelas saya akan mengejek adik saya kerana keadaannya. Ibuku tidak boleh pergi ke majlis makan perkahwinan, atau meraikan Hari Ibu kerana tidak akan ada sesiapa untuk menguruskan adik. "Kami sudah puas menangis sehingga air mata kami sudah kering," katanya. Kronologi Kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994. Anda rakyat prihatin. Selamatkan generasi masa depan kita. Bersuaralah dan hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kuantan sebelum terlambat. 1979 November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear. 1982 Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE. 30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru. 11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah. 1983 November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan 1984 24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu. 5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan. 18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan. 28 Jun: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu. 1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut. 4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai. 18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai. 29 Ogos: Michael O 'Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan. 19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat. 5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk. 21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah. 7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya. 28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan. 12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut. 1985 11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu. 1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. 1986 22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi. 5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang. 28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu. 16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP. 26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC). 8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya. 1987 6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya. 10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius. 12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE. 24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan. 23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu. Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian. 7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka. 11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang. 18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985. 27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan. November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang. 1988 25 Januari: Perbicaraan disambung semula. 1990 13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan. 1992 11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung. 23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu. 24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya. 3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana 'tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.' 5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya. 1993 15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun. 7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 1994 19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi. Kredit : Mkini, sisaradioaktif Kepada yang perihatin isu LYNAS dan benar-benar cintakan Malaysia, sama-sama edarkan artikel ini di wall facebook anda dengan KLIK butang SHARE untuk disampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda..:Author Faethal | |
SOKONG PAKATAN RAKYAT Posted: 31 May 2011 01:52 PM PDT KOMBUNASI ULAMA DAN BUKAN ULAMA Posted: 31 May 2011 05:27 AM PDT Takut benar "penyokong ulama" jika Timbalan Presiden Pas bukannya dari kalangan ulama. Kononya nanti tak ada orang mampu berhujah dengan al quran dan hadis . Realitinya kini Pas berjaya menarik orang awam bukan menggunakan hujah alquran sahaja. Jika ya, sudah barang tentulah penceramah yang bijak dan pakar al quran dan hadis seperti Ustaz Harun Taib, Ustaz Taib Azmudin, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Nasarudin Tantawi dan Ustaz Nasarudin Isa akan dihadiri ramai orang. Hujah al quran dan hadis hanya digunakan untuk program "dalaman" Pas sahaja.
Secara ikhlas marilah kita mengaku bahwa golongan bukan ulama dalam Pas lebih berjaya menarik orang ramai dalam berhujah membongkar kezaliman BN/UMNO. Malah isu Allah yang dieksploitasi oleh Umnio itu pun berjaya di jawab dan dipatahkan oleh Hj Khalid Samad dan Dr Dzulkefli Ahmad. Setakat ini hanya TG Nik Aziz dan TG Haji Abdul Hadi Awang dari gologan ulama yang berjaya memikat orang ramai.
Kita merasakkan jika Timbalan Presiden Pas bukan dari kumpulan bukan ulama pun, jika Presidennya meninggal dunia pun, ianya tetap diganti oleh tokoh dari kumpulan ulama juga. Timbalan Presiden bukan ulama hanya memangku buat sementara sahaja.
Oleh kerana 'syok" dengan tokoh dari ulama, maka posisi Timbalan Presiden Pas sejak Hj Hadi menjadi Presiden, sentiasa sahaja ditandingi. Ini bermakna anggota Pas tidak puas hati dengan prestasi pemegang jawatan Timbalan Presiden dari kumpulan ulama. Ya, jika ada tokoh baik dari kumpulan bukan ulama, mengapa kita tidak mahu menerimanya. Isunya bukan soal ulama atau tidak tetapi adalah kemampuan menggerakkan parti. Tambahan pula pihak luar parti yang menyokong Pas pun mahukan Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas. Mohamad Sabu for all.
Alangkah baiknya jika Pas berjaya menonjolkan pada awam bahwa hirarki kepimpinan Pas menunjukkan kombinasi ulama dan bukan ulama dalam jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
| |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 31 May 2011 01:49 PM PDT |
AKU INGIN BEBAS Posted: 31 May 2011 01:23 PM PDT 4 Posted: 30 May 2011 03:40 PM PDT KULAIJAYA: "Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi," kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam. Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.
"Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya," kata Salih.
Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali. Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.
| |
PENYAPU SIAL Posted: 31 May 2011 01:13 PM PDT Fitnah II: Wajib heret Najib, Rosmah ke mahkamah Posted: 31 May 2011 08:42 AM PDT Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II. Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan. Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan. Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar. "Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada keadilandaily.comNajib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar. Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta. Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor. Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan. Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah. Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. | 4 WANITA GOBLOK DAN TAHYUL MAHYUL PERKOSA...!!! Posted: 30 May 2011 04:02 PM PDT
Wahai wiranita dan wirawati perkasa.. Apabila didalam kubur nanti kamu akan ditanya 7 soalan oleh Mungkar dan Nangkir..
Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Adakah kamu akan menjawab...
Tuhanku Umno dan Barisan Nasional... Nabiku Ibrahim Ali... Kiblatku putrajaya ... Saudaraku cua soi lek yang menghina islam dan rosmah mansor yang tak tahu menutup aurat... Peganganku utusan malaysia... dan Kalimahku HIDUP UMNO!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP UTUSAN!!! HIDUP PERKASA!!! ?
Hidup wira wati.. berjuang sampai mati.. islam mu belakangi.. melayu mu dahului.. apa nak jadii.. tengok laa diri sendiri.. sebelum berkata nak berbakti penuhilah ilmu pada diri.. jagalahh kehormatan wahai saudari.. agar Allah tidak murkai,.. kamu jugak yang susah nantii xkan dalam neraka nak panggil ibrahim ali.. akhirat tak ada subsidii.. kecuali amalan kamu sndiri.. | Tanggung biawak hidup...Petronas pulak kena tanggung RM21 bilion kerugian dari perjanjian IPP- Posted: 30 May 2011 03:48 PM PDT Kerajaan di gesa mengkaji semula keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan tenaga di negara ini supaya berlaku adil kepada rakyat.Selepas menjadikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai kambing hitam oleh kerajaan, Petronas pula terpaksa menanggung bebanan sehingga RM21 bilion setiap tahun.Untuk berlaku adil, keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan elektrik perlu dikaji. TNB dipaksa menandatangani perjanjian membeli elektrik dari penjana bebas pada kadar yang tinggi. Lebih dari separuh kos TNB adalah untuk membayar Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Yang dimarahi rakyat adalah TNB kerana TNB yang menjadi kambing hitam dan budak jahat. Lebih teruk, apabila perjanjian itu juga menyebut kalau ada sebarang kenaikan kos bahan api (gas, arang batu), IPP ini tidak perlu menanggungnya.Akibatnya Petronas pula yang terpaksa menanggung sehingga berjumlah RM21 bilion setiap tahun berdasarkan anggaran terbaru kita... Untuk rekod, TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal manakala Petronas pula diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada syarikat tersebut. IPP pula kemudian membeli tenaga lebih mahal daripada Indonesia dan kawasan minyak JDA di sempadan Malaysia-Thailand. Terbaru ini Petronas di dakwa terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.Ekoran keresahan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan rakyat berhubung kenaikan tarif elektrik, mereka terpaksa menenangkan rakyat kononnya kerajaan memotong subsidi korporat. Bila rakyat mula bangkit, BN resah dan mahu menenangkan rakyat dengan menghebahkan kononnya memotong subsidi korporat. Tetapi jalan yang diambil adalah dengan menghukum rakyat, apabila tarif elektrik dinaikkan supaya kenaikan harga bahan api (arang batu dan gas) ditanggung oleh rakyat. Ini akan beri kesan kepada harga barang dan melonjakkan lagi kadar inflasi yang sudah tinggi akibat beberapa siri kenaikan harga baik gula, harga petrol, diesel dan lain-lain sejak kebelakangan ini.Dalam keadaan gaji rakyat yang tidak naik akibat kegagalan BN mewujudkan agihan kekayaan yang adil, ini akan menyukarkan lagi hidup seharian rakyat,. Selain itu , kerajaan perlu mengambil inisiatif yang bijak bagi mengelakkan kenaikkan tarif elektrik yang membebankan rakyat.Runding dengan IPP supaya caj yang terlampau mahal yang dikenakan kepada TNB atas elektrik yang dijual dikurangkan, kerana caj yang terlalu tinggi hingga memberi keuntungan besar dan berat sebelah inilah yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia tinggi. Apabila caj dari IPP ini dikurangkan, barulah beban kewangan TNB boleh dikurangkan dan subsidi bahan api (gas dan arang batu) boleh dikurangkan agar wang boleh digunakan untuk tujuan lain sementara tarif lektrik dikekalkan kerana penjimatan dari caj IPP yang lebih rendah boleh digunakan untuk menampung kenaikan kos bahan api.. | |
Muslimeen United Posted: 31 May 2011 01:06 PM PDT UMNO TAKUT MAT SABU MENANG TIMBALAN PRESIDEN PAS? Posted: 31 May 2011 03:28 AM PDT MENGAPA Umno begitu bimbang jika Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Tidak lain tidak bukan adalah kerana Mat Sabu begitu lantang menentang kerjasama politik Umno dan PAS. Ini bukan bermakna pemimpin lain tidak menentang kerjasama itu, tetapi Mat Sabu lebih lantang daripada beberapa pimpinan lain. Memetik ucapan berapi Mat Sabu sewaktu ceramah di Markas PAS Kerdau kelmarin, beliau sekali lagi membidas kerjasama yang kununnya untuk perpaduan Melayu itu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin. Tentulah tektik Umno ingin berpura-pura dengan PAS atas dasar kerjasama perpaduan Melayu ini gagal seandainya Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS itu. Apakah Umno mengharapkan Mat Sabu tewas? Tentulah begitu, tetapi Umno jangan lupa bahawa sekiranya Mat Sabu tidak dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini, Umno jangan berharap tektik murahannya itu boleh dilaksanakan jika Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan tersebut. Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim tidak selantang Mat Sabu menentang kerjasama Umno-PAS ini, namun tidak pernah kita menyaksikan tokoh PAS dari Pahang ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk bersama Umno. Bahkan, di dalam setiap siri ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang ini berterusan membongkar kemungkaran Umno. Kepimpinan di bawah Us Nasha telah kita lihat, tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak. Itu pilihan masing-masing setelah melihat sendiri rekod yang beliau tunjukkan. Pada saya, saya mengharapkan Ustaz Tuan Ibrahim berpeluang menjadi Timbalan Presiden PAS kerana saya mempunyai sebab-sebab tertentu menyukainya, tetapi jika beliau tewas dan Mat Sabu dipilih, saya tidak kecewa kerana Mat Sabu adalah idola saya di dalam PAS. Mungkin benar kata mereka, PAS lebih ditakuti oleh Umno jika `ayam sabung' PAS ini berada di sisi Presiden./ wfauzdin.blogspot.com | SPRM Gugur Dakwaan Rasuah Peguam Negara Posted: 31 May 2011 03:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghapuskan tuduhan ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ( gambar ) berhubung dakwaan wujud unsur rasuah dalam urusan haji ke Mekah bersama keluarganya. SPRM turut membersihkan dakwaan keatas bekas anggota panel suruhanjaya itu, Tan Sri Robert Phang yang dikatakan cuba memberi sogokan kepada Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian. Menurut kenyataan SPRM, pihaknya menggugurkan tuduhan-tuduhan berkenaan ekoran tiada bukti lengkap untuk mengaitkan mereka terlibat dengan rasuah. Sebelum ini beberapa portal berita dan blog menyiarkan gambar Abdul gani yang dilihat bersama Shahidan Shafie, yang pernah dikaitkan dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli. Abdul Gani dibidas ekoran timbul dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Tajudin yang kini disiasat oleh SPRM. pelbagai pihak mendakwa, Shahidan cuba memujuk Abdul Gani supaya tidak membuat pendakwaan terhadap Tajudin. MAS pernah mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion ketika syarikat tersebut diterajui oleh Tajuddin dalam tempoh di antara 1994 dan 2001. Kerugian utama yang direkodkan membabitkan penempatan semula operasi kargo MAS di Amsterdam dan Frankfrut sebagai hab tunggal di Hahn, Jerman. -Mstar | Panas: Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota Buat Laporan Polis Atas Keganasan Penyokong Lynas !! Posted: 31 May 2011 03:25 AM PDT KUANTAN, 31 Mei - Nampaknya, penyokong kerajaan yang dipimpin sendiri oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang sendiri, terus melakukan kekecohan dengan menggunakan "bala tenteranya" yang terdiri daripada pemuda UMNO dan NGO berkaitan untuk menggasak kumpulan Save Malaysia Stop Lynas yang mengadakan demontrasi aman di Teluk Chempedak. Tidak cukup dengan tindakan menghalau peserta demontrasi awal pagi tadi, mereka kemudiannya menggasak Saudara Andasura Rabu (foto), Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota ketika sessi sidang media. Tanpa menghormati arahan pihak polis. Kumpulan terbabit menyerbu sidang media Andasura yang diadakan dipintu masuk ke bilik mesyuarat Hotel Hyatt. Difahamkan Andasura berada disitu atas jemputan pihak kerajaan sendiri (MITI) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). "Ketika saya keluar dari bilik mesyuarat, waratawan sudah penuh berada di pintu masuk danmengajukan soalan. Maka saya terpaksa memberikan komen dan pandangan saya terhadap apa yang telah dibentangkan kepada pihak IAEA itu. Say bertindak profesional dan tidak menimbulkan apa-apa ketegangan sebenarnya", kata Andasura. Sekumpulan penyokong Lynas yang diketuai oleh Azmi Nasir (adik Jamal Nasir bekas ADUN Beserah) telah cuba membuat provokasi ketika sidang media belum tamat. Ini menyebabkan pihak polis yang berada di situ terpaksa meleraikan keadaan dan mengarahkan pihak terbabit beredar. Dalam masa yang sama sekumpulan penyokong Lynas yang berada di Restoran Bistro berhampiran telah beramai-ramai meluruk ke arah Andasura. Ketika itu YB Syed Mohammad Syed Lonik juga berada disitu. Mereka kemudian ditengking dan diherdik supaya "berambus". Kumpulan itu juga memarahi pihak polis kerana membenarkan sidang media diadakan. Beberapa orang anggota FRU meluru ke kawsan terbabit dan berlaku kekecohan dan pergaduhan di situ. Kumpulan berkenaan mengarahkan Andasura beredar dari Hotel Hyatt dan tinggalkan Teluk Chempedak.ADUN Beserah sedang dikawal oleh pihak polis ketika kekecohan tersebutWartawan yang menemubual Andansura selepas keluar dari Hotel HyattFRU cuba mengiringi tetapi tidak pula menghalang penyokong kerajaanAndansura membuat laporan polis di Balai Polis Beserah selepas kejadian [Selepas episod tolak menolak berlaku, penyokong kerajaan yang seolah-olah dibiarkan oleh pihak polis cuba menggasak kumpulan Andansura yang mahu beredar dari kawasan terbabit. Sekumpulan hampir 100 orang yang diketuai oleg beberapa orang pemimpin UMNO didapati cuba melakukan provokasi, termasuk menarik dan menolak mereka. Biar pun dikawal oleh beberapa orang anggota FRU yang mengiringi mereka ke kenderaan, namunpolis dilihat tidak serius untuk mengawal keadaan sebenarnya.
Mereka sepatutnya menghalang kumpulan penyokong kerajaan daripada mengekori mereka. Malahan, mereka terus diekori sehingga ke kenderaan dan diperlakukan sewenangnya termasuk ditendang dan cuba dipecahkan cermin kenderaan. Anehnya pihak polis hanya dapat mermerhatikan dan memantau sahaja, tanpa mengarahkan penyokong bersurai. Mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Beserah sebelum diarah ke IPD Kuantan untuk laporan lanjut].-PahangDaily | 10,000 sertai program Selangor di Sabak Bernam Posted: 31 May 2011 03:13 AM PDT (Gambar: Sebahagian remaja dan kanak-kanak yang hadir di majlis yang diadakan di Sungai Besar baru-baru ini) SABAK BERNAM, 31 Mei: Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini penuh meriah apabila hampir 10,000 menyertainya.
Exco kerajaan negeri Selangor yang juga penaung program ini, Dr Halimah Ali menyifatkan perhimpunan ini satu kejayaan besar dalam menembusi kawasan Sabak Bernam.
Beliau sendiri yang hadir ke majlis itu menyifatkan sambutan yang diberikan kepadanya suatu yang luar biasa dan kejayaan besar bagi satu majlis anjuran kerajaan negeri.
Di majlis itu, Dr Halimah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial peringkat Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah mengadakan dialog terbuka.
Sesi dialog ini disertai penghulu dan ahli JKKK serta wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan Lembaga Zakat Selangor. ( Gambar: Dr Halimah melihat pameran Vespa di himpunan itu) Majlis dialog ini bertujuan berkongsi input-input mengenai gejala sosial terkini yang berlaku di daerah Sabak Bernam serta cara menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan bersepadu antara agensi kerajaan dengan pimpinan masyarakat. Pelbagai perkara dapat dikongsi bersama antara pimpinan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepada pimpinan tinggi Kerajaan Negeri Selangor. Konsert dan sembang santai ini diserikan dengan kehadiran Shahir AF, Akil Hayy, Dakmie serta peserta Raja Lawak 5 seperti kumpulan R2, Nazmi dan Black. Konsert dan sembang santai dikendalikan oleh motivator remaja, Akhwan Afandi. Kelainan konsert ini ialah dengan menampilkan mesej kepada remaja berkenaan isu gejala sosial seperti rempit, pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya. Kebanyakan penonton yang dianggarkan lima ribu orang di sekitar Sabak Bernam yang hadir pada malam itu sangat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat melihat artis pujaan mereka secara dekat malah artis tersebut juga memberi nasihat mengenai kehidupan remaja seharian. Antaranya contoh konsep kasih sayang yang sebenar iaitu kasih sayang kepada Allah S.W.T sebagai pencipta. Penutupnya, kelainan ditampilkan iaitu Akhwan Afandi bersama Akil Hayy mengepalai munajat dan doa beramai-ramai supaya Allah SWT melindungi negeri Selangor daripada bala bencana dan kerosakan akhlak anak muda dan zikir taubat. Selain itu, Forum GeMS juga telah diadakan pada malam sebelumnya dengan kehadiran panel Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Syukri (Halaqah) dan juga Kamal Affendi (Penganalisis Jenayah) yang dipengerusikan oleh Ustaz Sallehin Muhyi. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hasrat menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman yang bebas gejala sosial dan perkara-perkara negatif di kalangan remaja dan belia pewaris masa depan negara. Kehadiran peserta yang dianggarkan hampir dua ribu orang yang terdiri daripada ibu bapa dan remaja telah mendapat input yang berguna untuk ibu bapa dan remaja dalam menghadapi masalah identiti, sosial dan juga jatidiri. -Hrkh | Bantahan Projek Loji Nadir Bumi Posted: 31 May 2011 03:10 AM PDT Kuantan (Pahang): Para penduduk dan kumpulan anti-Lynas semalam sekali lagi berusaha menghalang pembangunan sebuah projek loji nadir bumi (rare earth) yang dianggarkan menelan belanja RM700 juta ($286.2 juta) di Gebeng, Pahang. Ahli parlimen Kuantan, Cik Fuziah Salleh, berkata kumpulan pembantah itu telah menyiapkan satu pelan enam perkara dan mahu mengetengahkannya kepada perwakilan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) apabila mereka bertemu di sini semalam. Cik Fuziah, yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipetik laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam sebagai berkata pelan itu akan menekankan kepada perwakilan IAEA itu tentang kesia-siaan membangunkan loji itu dekat pelabuhan Kuantan dan ketidaksediaan penduduknya menjadi 'tikus-tikus makmal'.
Loji nadir bumi baru itu mencetuskan kebimbangan pencemaran radiasi ke atas penduduk di situ. Mereka cuba menghentikan pembinaan loji tersebut yang dianggap terbesar di dunia.
Loji itu dijangka memenuhi 30 peratus daripada permintaan dunia bagi bahan nadir bumi, di luar China.
Nadir bumi, yang terdiri daripada sekumpulan 15 logam, digunakan dalam pengeluaran alat elektronik bagi pertahanan, tenaga alternatif dan perusahaan perhubungan.
Loji itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp, yang merancang menghantar bahan bijih nadir bumi yang dihasilkan lombong-lombong di Mount Weld, Australia Barat, ke loji di Gebeng itu menjelang September ini.
Cik Fuziah berkata pelan bertindak itu dihasilkan kelmarin berikutan mesyuarat dua jam bersama kumpulan-kumpulan pelobi dan penduduk.
Ia melihat ke arah hujah-hujah perubatan, undang-undang, sosial dan sekitaran berhubung pembinaan loji tersebut, jelasnya.
Panel IAEA itu akan bermesyuarat hingga lusa bagi membincangkan isu berkenaan bersama pihak pemegang taruhan sebelum memulakan kajian semula selama sebulan bagi memutuskan nasib loji penapisan itu.
Namun, keadaan di Hotel Hyatt Regency di sini petang semalam hampir 'kecoh' apabila kededua kumpulan penyokong dan pembantah projek tersebut berhimpun dan saling mengancam satu sama lain sedang mesyuarat panel IAEA diadakan, menurut laporan laman berita The Malaysian Insider.
Kumpulan pro-Lynas, termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, bergegas untuk bersemuka dengan Cik Fuziah sedang beliau tiba untuk menemui panel IAEA itu sekitar 3 petang.
Mereka meminta Cik Fuziah, yang sekian lama memimpin protes terhadap projek kontroversial itu, supaya tidak dibenarkan membawa masuk petisyen yang sudah ditandatangani dalam mesyuarat setengah jam itu. - BHS
Nampaknya pemimpin UMNO, MCA dan beberapa NGO seperti GPMS bagai nak rak mempertahankan logi Gebeng ini.
Ada berita menyatakan kerajaan negeri Pahang dah terima bayaran deposit dari syarikat Lynas Australia, mahu tidak mahu projek itu perlu dipertahan dan diteruskan.
GB menerima beberapa soalan dari pengunjung melalui email, orang GB (orang PAS) tak turut sertakah membantah projek yang merbahaya itu?
GB pun tak tahu samada ada pemimpin PAS yang turut serta atau tidak. Jika tidak Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man perlu jawab, mengapa tidak hadir atau mengapa tidak sokong demo bantahan projek Lynas berkenaan. -GB
| Mat Said bakal jadi DJ Manis FM?? Posted: 31 May 2011 03:09 AM PDT Pada Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, yang berlangsung selamat empat hari bermula dengan perasmiannya pada 9 Mei hingga 12 Mei 2011 pelbagai aksi ahli dewan serta cerita 'pelik' diperolehi. Berkebetulan pula, kawan Awang adalah seorang WARTAWAN yang mempunyai hubungan baik+rapat dengan rakan-rakannya wartawan yang lain. Dan berkebetulan pulanya, salah seorang dari rakan-rakan kawan Awang pula yang juga seorang WARTAWAN dari agensi surat khabar "arus perdana" itu adalah terlibat secara langsung dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Mungkin dia adalah Pengerusi JKKK atau Setiausaha JKKK atau Bendahari JKKK atau Ketua Penerangan JKKK atau mungkin orang 'kuat' Umno diperingkat cawangan dan bahagian Kuala Terengganu. Awang diberitahu, rakan kepada kawan itu telah membisik-bisikkan tentang suatu perangai 'pelik' Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Kata mereka (kawan) MB 'Mat Said' buat kerja "GILA". Kata mereka (kawan) mungkin masa depan untuk 'Mat Said' kekalkan kuasa sebagai MB Terengganu sudah berada dipenghujungnya. Rakan kepada kawan Awang itu, memaklumkan bahawa dalam satu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu bulan lalu 'Mat Said' dikatakan telah membuat satu keputusan besar tanpa perbincangan dengan Ahli Exco-nya. Terdapat di kalangan Ahli Exco Kerajaan Terengganu sendiri yang "ANTI Mat Said", yang "MELUAT" dengan perangai Mat Said terkejut "BERUK" apabila diberitahu yang kerajaan negeri telah "membeli" stesen radio Manis FM. Maklumat itu, dijelaskan sendiri oleh Exco Kerajaan Mat Said yang 'terkilan' apabila keputusan untuk membeli stesen radio berkenaan langsung tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan setiap hari RABU. Mat Said sendiri memberitahu rakan-rakan Ahli Exconya ketika selesai mesyuarat bahawa, "Kita telah beli stesen radio Manis FM dengan harga RM7 juta dan kita telah bayar deposit RM4 juta", ujarnya. Apakah dengan keputusan peribadi Mat Said selaku MB boleh berbelanja RM7 juta untuk penyiaran Manis FM itu tepat dan tidak perlu dibawa berbincang dalam Mesyuarat Exco. Dalam keadaan rakyat susah dan masih banyak yang miskin, tiba-tiba boleh seorang yang bergelar Ketua Eksekutif Menteri Besar Terengganu sanggup "BERBELANJA LEBIH". Namun begitu, ada pandangan nakal rakyat membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Mat Said sedang mencari tapak dan peluang yang baik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Kata mereka, Mat Said juga bakal menjadi "DJ" untuk sebuah stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim..??? Jika Mat Said menjadi "DJ Manis FM" sudah pasti kerja-kerja penerangan dan kerja 'memfitnah' menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Jadi di manakah kepentingan rakyat diutamakan? Jika sekadar slogan sahaja itu tidak memadai dan rakyat terus-menerus menjadi 'mangsanya' Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Di SINI… Awang cuba jelaskan insan manakah yang menjadi peneraju serta pengasas kepada sebuah Stesen Radio Manis FM tersebut? TAN SRI DATO' HJ. HUSEIN AHMAD yang juga 'Orang Kuat Umno' ialah insan di belakang Manis FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini. Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran. Suatu ketika, radio pernah dibayangkan akan melalui zaman malap, namun setelah masa beredar ternyata ia masih mendapat tempat sebagai medium hiburan dan maklumat. Sebagai veteran Umno, Hussein mengaku mewujudkan Manis FM atas rasa kasih dan semangat setia kawan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. ''Hubungan yang rapat dalam parti mendorong saya menghulurkan bantuan kepada Dr. Mahathir melalui kemampuan yang ada untuk menjadi sebahagian telinga kepada pimpinan negara, lantas saya jadikan Manis FM medium antara pendengar dengan perkhidmatan agensi kerajaan. ''Komunikasi dua hala menerusi segmen yang diperkenalkan iaitu berkaitan dengan aduan rakyat menghidupkan Manis FM pada awal kemunculan kerana si pemanggil mendapat maklum balas dengan pantas daripada agensi kerajaan di studio rakaman kerana disiarkan secara langsung," ujarnya. Dan berbalik kepada isu Mat Said beli Manis FM tadi. Maka, banyaklah suara-suara sumbang yang keluar dari mulut pimpinan Umno Terengganu termasuk di kalangan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan Wakil-wakil Rakyat BN. Bahkan, cerita terbaru yang kedengaran dari cakap-cakap 'orang atasan' bahawa Jamaah Istana sudah 'reject'nama Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dari 12 orang nama-nama yang bakal dicalonkan. Mereka adalah Dato' Mohamed Awang Tera, Dato' Seri Ahmad Said, Dato' Ahmad Sabry Chik, Dato' Yahya Khatib Mohamad, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, Dato' Nasir Ibrahim Fikri, Dato' Abdul Rahin Said, Dato' Jailani, Dato' Wan Farid Dato' Wan Salleh, Dato' Din Adam. Dikatakan juga dari 12 pencalonan tersebut kini hanyalah tiga orang yang bakal dipertimbangkan oleh Jamaah Istana dan siapakah mereka itu? | Mat Sabu : Semakin Cepat PRU, Semakin Dekat Perubahan Posted: 31 May 2011 03:05 AM PDT
Ramalan tarikh pilihan raya yang bertiup semakin kencang telah lama dihidu oleh Pakatan Rakyat sekaligus memberi kelebihan kepada gagasan itu membuat persiapan rapi menjelang tarikh keramat itu. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, semakin dekat tarikh pilihan raya bermakna semakin dekat perubahan menghampiri Putrajaya, sekaligus menandakan sedikit sahaja lagi benteng Umno-Barisan Nasional bakal dirempuh. "Sesetengah pihak berpandangan pilihan raya mungkin sekitar bulan 7, ada yang meramalkan bulan 11 ada juga yang mengatakan awal tahun depan, himpunan kita pada malam ini kita nampak, masyarakat hari ini mahu pilihan raya dekat kerana semakin dekat dengan pilihan raya, semakin dekat kita dengan Putrajaya," kata Mohamad kepada hadirin yang membanjiri Tapak Kompleks PAS, Kerdau, malam semalam. Jelas Mohamad, kehadiran hampir 10,000 Warga Felda dan penduduk Pahang pada himpunan kebangkitan warga Felda Pahang ini adalah gambaran awal bahawa Putrajaya bukan lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional.
Kebanjiran rakyat ini juga katanya membuktikan bahawa rakyat sudah jelak dengan pembohongan dan propaganda mainan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan kemajuan ekonomi dan pembangunan.
Namun ujar Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, isu pembangunan ini tidak lagi relevan pada hari ini.
"Selepas pilihan raya 2008, isu ekonomi dan isu pembangunan tidak dapat digunakan lagi. Kalau dulu mereka (Umno-BN) mengatakan kalau BN kalah tiada pembangunan, BN kalah pelabur asing tidak datang, dan rakyat banyak yang akan hilang pekerjaan.
" Mereka-Umno-BN cuba sinonimkan pembangunan dengan Umno dan BN,"kata Mat Sabu lagi.
Ironinya, fakta daripada Badan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2008 dan ke atas membuktikan, negeri tertinggi menjadi tumpuan pelabur asing adalah Pulau Pinang diikuti Selangor dan Kedah yang tidak ditadbir pemerintah.
Mengulas senario ini, Mat Sabu berkata rekod tersebut jelas memberihu rakyat bahawa tanggapan Umno-BN selama ini meleset sama sekali.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno sengaja mencipta isu luar jangka bagi mengaburi mata rakyat selain membekalkan pelbagai program berunsur hiburan untuk melalaikan rakyat dari isu semasa yang semakin mencengkam kehidupan rakyat marhaen.
"Mereka cuba mengalihkan perhatian kita semua kepada isu-isu yang sengaja mereka wujudkan daripada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat,"ujarnya.
Baliau berkata demikian mengulas usaha terdesak Umno-BN yang mengunakan fitnah video lucah untuk menyerang pemikiran golongan dewasa manakala penganjuran Hari Belia Negara pula untuk menawan golongan muda.
Melihat kepada dasar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mula diterima rakyat, Umno-BN terus-terusan mengkritik dari pelbagai sudut namun pada masa sama menyadur idea itu untuk diadaptasi dalam kepimpinan mereka.
"Yang hairanya, setiap kali kita lancarkan sesuatu, mereka kritik, mereka komen tetapi akhirnya mereka tiru, kita lihat bagaimana mereka menggunakan media menyerang cadangan kita dalam Buku Jingga dengan menggambarkan sekiranya Buku Jingga diteruskan negara bakal bankrup, tetapi kini satu demi satu mereka tiru,"kata Tuan Ibrahim.
Pada majlis yang sama, PAS turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.
Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.
Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.
Ia turut menyaksikan penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan Aliman di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. | |
Addin Posted: 31 May 2011 11:58 AM PDT Panas!! 'Statement' Pak Menteri Paling Bangang!! Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok. Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak. "Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat.
Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini. Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.
Kajian terperinci Katanya sebelum kadar elektrik itu dinaikkan, kerajaan membuat kajian terperinci dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. "Kerajaan sudah membuat kajian mendalam, penelitian yang agak khusus apakah implikasi dan impak kesan kenaikan ini kepada rakyat dan juga kos hidup ataupun peningkatan kepada kadar inflasi dan peningkatan harga barang,' katanya.
Muyhiddin berkata beliau gembira dengan sikap terbuka sebilangan peniaga yang menerima kenaikan kadar tarif itu yang tidak membebankan mereka. Katanya hanya beberapa sektor perniagaan sahaja yang mungkin terjejas dengan kadar baru itu yang masih terlalu kecil berbanding negara-negara lain.
Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok. Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan./Bernama
Addin :
Dah kalau kos meningkat.. tak akan harga barangan tak nak naik? Siapa meniaga tak nak untung? kerajaan pun tak nak rugi.. memang bangang punya pak menteri..
| Laman Wikipedia Termasuk Warisan Budaya Dunia UNESCO? Posted: 31 May 2011 08:16 AM PDT Wikipedia ingin masuk dalam daftar situs warisan budaya dunia UNESCO, sejajar dengan Tembok Besar China dan Taman Nasional Pulau Komodo. Bisakah? NY Times melaporkan bahwa Wikipedia melayangkan petisi untuk bisa masuk ke dalam daftar situs warisan budaya dunia UNESCO, sejajar dengan monumen historis Tembok Besar China, Piramida di Mesir, dan Taman Nasional Pulau Komodo di Indonesia.
Walaupun kompetisinya telah dimulai, Jimmy Wales, pendiri Wikipedia, antusias untuk memasukkan situsnya dalam kegiatan ini. "Ide dasarnya adalah karena Wikipedia merupakan fenomena budaya yang menakjubkan, yang telah memengaruhi kehidupan ribuan orang," ungkap Wales kepada NY Times.
Namun optimisme itu sepertinya akan menghadapi banyak tantangan dan pertimbangan. Wikipedia harus bisa bernegosiasi dengan baik agar disetujui pihak UNESCO.
Susan Williams, kepala Humas UNESCO di Paris, mengatakan, belum pernah ada situs digital yang mencalonkan diri sebagai warisan budaya dunia. "Walaupun semua orang dapat mengajukan diri, tapi mungkin Wikipedia akan kesulitan memenuhi kriteria tertentu," ujar Williams.
Masalahnya, untuk masuk dalam daftar warisan budaya dunia seperti tembok besar China, sebuah objek budaya harus merupakan karya agung hasil ciptaan jenius umat manusia. Apakah Wikipedia memenuhi syarat yang satu itu?/Inilah
| SPRM Di Desak Siasat Sindiket Beras Nasional Posted: 31 May 2011 07:41 AM PDT Sejak berlakunya beberapa penyelewengan dan sabotag di kalangan pemborong bekalan beras subsidi nasional yang semakin ketara, sehingga hampir 500 penduduk di kawasan Kampung Pinangkau dan Tangkarason, Sugut tidak lagi mendapat bekalan beras subsidi nasional sejak 8 bulan lalu. Seorang penduduk Kampung Pinangkau Paitan, Johanies Tayoh, 39, ketika mendedahkan perkara ini kepada Sabahkini.Net, antara lain menjelaskan bahawa jika adapun beras subsidi nasional di kedai runcit tetapi hanya 70 kampit sahaja. Tetapi beras seberat 10 kilogram berkenaan dijual dengan harga RM25.00 hingga RM26.30 sekampit; berbanding harga pasaran, RM18.00 sekampit.
Menurut aduan yang diterima daripada beberapa orang pekerja di beberapa syarikat pemborong beras, mereka mendakwa beras subsidi nasional yang dihantar ke syarikat pemborong berkenaan menggunakan guni seberat 50 kg. Tetapi apabila sampai ke kedai masing-masing, mereka tidak mengisi beras tersebut di beg plastik yang berlambangkan 'Beras Nasional' namun sebaliknya, mereka membungkus dengan menggunakan beg plastik nama syarikat mereka sendiri dan kemudian dijual dengan harga antara RM25.00 atau RM26.30 sekampit.
"Pada mulanya, saya tidak percaya apa yang diperkatakan oleh kawan saya yang bekerja di salah sebuah syarikat pemborong beras; tambahan pula sememangnya syarikat berkenaan mempunyai kouta yang telah diluluskan oleh Jabatan Kawal Selia Padi," ujar Johanies lagi. Sejak senario ini berlaku, kata Johanies, bekalan beras subsidi nasional semakin hari semakin berkurangan di pasaran kerana telah di bungkus dengan menggunakan jenama lain. Kata Johanies lagi, perkara ini telah lama diketahui sendiri oleh pihak Kawalan Selia Padi tetapi disebabkan mereka bersekongkol dengan syarikat pemborong berkenaan; maka fenomena terus menyubur kerana masing-masing mendapat habuan.
"Pengguna betul-betul tertipu dengan mainan licik oleh para peniaga berkenaan. Ini semuanya angkara rasuah yang berleluasa dan melibatkan pegawai Kawalan Selia Padi yang sengaja membiarkan perkara ini berterusan sehingga sukar untuk dibanteras," ujar Johanies yang mengakui hanya satu jalan terbuka iaitu melalui siasatan SPRM, KPDNKK dan Jabatan Kastam./SK
| (Gambar) Macam-Macam.. Pertunjukan Fesyen Untuk Tikus Pun Ada Posted: 31 May 2011 06:00 AM PDT Penggemar fashion New York berbelanja besar untuk pakaian tikus peliharaan mereka. Pertama ada gaun anjing, mantel untuk babi mini, dan sekarang pemilik haiwan peliharaan trend ini memesan pakaian kepada designer untuk tikus mereka.
Tikus terlihat sangat lucu ketika memakainya. Ia memakai gaun pengantin. Dan penggemar tikus kelmarin berkumpul di New York untuk mengikuti sebuah fashion show. Juga tikus memiliki keperibadian yang menakjubkan. Mereka seperti kucing, anjing dan musang .
Tetapi masing-masing juga memiliki karakter individu. Penggemar tikus mengajarkan tikur mereka berenang dalam sebuah kolam kecil, melatih mereka belajar bagaimana menari. Mereka sangat cerdas dan memiliki kesamaan karakteristik dengan manusia./BK
| Panas!! Tarif Elektrik Akan Di Naikkan Setiap 6 Bulan Posted: 31 May 2011 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Tarif elektrik di negara ini dijangka akan dinaikkan setiap enam bulan supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan, lapor Malaysiakini.
"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli baru-baru ini mendakwa Tenaga Nasional Berhad dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal
Manakala Petronas pula diarah menjual gas asli pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.
Rafizi mendakwa Petronas terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual semula kepada IPP dengan harga serendah RM10./KD
| Bank Islam Dan Bank Muamalat Tidak Jadi Bergabung Posted: 30 May 2011 11:34 PM PDT PAS menyambut baik keputusan Bank Islam dan Bank Muamalat yang tidak jadi bergabung untuk membentuk 'Bank Islam Mega' buat masa ini. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, beliau bimbang nama Bank Islam Mega sedap didengar tetapi isinya akan merugikan Bank Islam dan pelaburnya yang terdiri dari badan-badan umat Islam termasuk Tabung Haji. Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang memberitahu, Bank Islam Mega tunggal adalah sukar untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.
Mohd Redza berkata, memang ada cadangan daripada pemegang saham kedua-dua bank berkenaan ke arah itu, tetapi ketika ini tiada perancangan untuk meneruskan usaha penggabungan yang dimaksudkan. "Ia adalah usaha untuk mewujudkan bank yang lebih besar dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi," kata beliau dipetik Bernama Online.Sebelum ini, Salahudin berkata, beliau bimbang adanya tangan ghaib di belakang penggabungan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan Bank Muamalat.
Beliau menyifatkan gabungan itu tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada bank Islam terawal itu.Kata Salahuddin Ayub, beliau percaya tindakan penggabungan itu adalah satu usaha untuk "menyelamatkan" Bank Muamalat.
BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd yang mana Tabung Haji memegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam BIMB Holding Bhd.
"Saya cukup bimbang berlaku satu lagi budaya tidak sihat yang akan merugikan rakyat di mana BIMB Holding mahu mengambil alih atau beli atau bergabung dengan Bank Muamalat.
"Apa guna Bank Islam mahu bergabung dengan Bank Muamalat? Apa faedahnya? Bank Islam ada 115 cawangan di seluruh negara, apa guna mahukan lagi Bank Muamalat, kalau cawangan sikit, baru ada rasional tapi Bank Islam ada rangkaian di seluruh negara, begitu juga dengan Tabung Haji," kata Salahuddin pada sidang media di sini sebelum ini.
Justeru beliau percaya, kemungkinan penggabungan itu disebabkan Bank Muamalat mengalamai masalah besar. Pemegang saham terbesar Bank Muamalat adalah DRB-HICOM iaitu 70 peratus saham dan baki oleh Khazanah Nasional Bhd.
Rasional penggabungan
Semalam media melaporkan, Bank Islam Holdings tidak berminat untuk menggabungkan unit perbankannya, Bank Islam Malaysia Bhd dengan pesaingnya, Bank Muamalat buat masa ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif BIMB Holdings, Johan Abdullah berkata, keputusan itu diambil selepas membuat pertimbangan sewajarnya yang mengambil kira kedudukan Bank Islam.
"Selepas membuat pertimbangan teliti mengenai rancangan strategik semasa dan kedudukan Bank Islam, syarikat tidak boleh mempertimbangkan rancangan penggabungan itu pada masa ini," katanya.
DRB-Hicom Bhd yang menguasai 70 peratus kepentingan Bank Muamalat sebelum ini menyatakan ia berminat meninjau kemungkinan menggabungkan bank yang dikuasainya itu dengan Bank Islam.
| Perang Dingin Dalam UMNO Sabah Posted: 30 May 2011 08:09 PM PDT Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan wujudnya 'perang dingin' antara pemimpin tertentu dalam Umno negeri. Sebaliknya, kata beliau, Umno Sabah stabil dan pemimpin serta anggotanya bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno). Tidak ada 'cold war' dalam Umno Sabah," katanya kepada pemberita semasa ditemui di perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang, dekat sini pada Isnin.
Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khairy semalam di Keningau bahawa 'perang dingin' yang sedang berlaku dalam Umno Sabah telah membawa kepada rombakan kepimpinan pemuda Umno negeri yang menyaksikan bekas Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan diganti.
Khairy juga dipetik sebagai berkata bahawa Pemuda Umno terperangkap di tengah-tengah krisis yang sedang berlaku akibat perang dingin itu.Salleh berkata kenyataan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman segolongan pihak mengenai politik Sabah.
"Apa yang ketara ialah segelintir pemimpin yang tamak kuasa berusaha untuk mengganggu kestabilan Umno Sabah dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan pihak-pihak tertentu.
"Pada saya perubahan kepimpinan peringkat Pemuda adalah proses biasa dan ia adalah kuasa mutlak Ketua Pemuda Umno," katanya./ Bernama
| Pemilihan Muktamar : Tuan Ibrahim Akui Peluangnya Tipis Posted: 30 May 2011 07:58 PM PDT PETALING JAYA - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersikap merendah diri apabila mengatakan peluangnya memenangi jawatan timbalan presiden PAS adalah tipis. Beliau berkata, dari sudut pencalonan, pengalaman dan pergorbanan terhadap parti, peluang, pencabarnya iaitu penyandang Nasaruddin Mat Isa dan Mohamad Sabu lebih baik.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan. "Dalam PAS, segalanya bergantung kepada hak dan budi bicara perwakilan," katanya dalam satu wawancara melalui emel.
Ini percubaan pertama Tuan Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Nasharuddin yang juga ahli Parlimen Bachok menjadi timbalan presiden PAS sejak 2004, manakala Mohamad, bekas naib presiden bertanding pada 2009 tetapi kalah kepada Nasharuddin.
Kehendak ahli Tuan Ibrahim yang kini naib presiden PAS, menegaskan apabila pencalonan dari kawasan banyak, ia adalah gambaran sebahagian kehendak ahli di bawah. "Kita sebagai petugas parti harus meraikan dan akur kepada kehendak ahli-ahli parti kerana merekalah batu-bata yang membina tembok kekuatan di dalam PAS.
"Soal bersedia atau tidak (menjadi timbalan presiden PAS), saya serahkan sepenuhnya kepada perwakilan untuk menilai, tetapi saya sedar saya bukanlah calon yang terbaik. Pesuruhjaya PAS Pahang itu tidak mahu menyatakan jumlah pencalonan yang diperolehi bagi jawatan timbalan presiden kerana menghormati Jawatan Kuasa Pemilihan PAS, yang tidak mendedahkannya.
Menurutnya, PAS sebagai gerakan Islam mestilah menjadikan dasar syarak dalam memandu parti. Panduan wahyu Katanya, dalam keghairahan mencari kemenangan pilihanraya tidak boleh membiarkan keghairahan tanpa panduan wahyu. Beliau menegaskan, pengukuhan dalam Pakatan Rakyat sangat penting dijaga, namun yang lebih penting bagaimana PAS dapat memainkan peranan agar pendekatan dan hala tuju tidak bertentangan dengan syarak.
"Seluruh anggota PAS perlu diperkukuhkan hubungan antara pelbagai bidang dan profesion. Kita tidak boleh dilihat mempunyai jamaah dalam jamaah. Andai kita gagal membina tarbiyah dalaman parti, kita akan berhadapan dengan perpecahan dalaman yang sangat diingini oleh musuh. "Cabaran besar ini perlu ditangani segera, sebelum ianya merebak menjadi barah yang mnghancurkan jemaah," tambahnya./FMT
| |
MyKampungKu Posted: 31 May 2011 11:58 AM PDT Mengapa Harga Gula, Letrik Dan Minyak Naik??? Posted: 31 May 2011 02:55 AM PDT Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata. 1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain selain dari 'seluk poket rakyat' ambik duit sebagai sumber pendapatan. Rakyat bawahan merah bijik mata pulun cari duit, depa senang-senang tadah kantung. 2) Untuk menggunakan duit tersebut membiayai BN hadapi pilihanraya umum ke 13. Umumnya jentera BN tak boleh bergerak tanpa duit. Biaya bilik gerakan, makan minum, kempen, merasuah pengundi semua perlu duit. Nak bawak masuk pengundi Sabah mai tukar alamat, nak cetak VCD lucah untuk diedarkan kepada rakyat perlu duit, upah Datuk SK buah sumpah laknat bukan free tu saja habis berjuta-juta, nak upah pelakon mirip Anwar.. semua perlu duit. bagi BN biar rakyat marah sekejab tarif lektrik naik, lepas tu rakyat suka balik dapat rasuah sepuluh dua dekat pilihanraya. 3) Untuk kroni BN makan besar. Harga barang naik macam mana pun, kroni BN dan suku sakat mereka tetap kaya raya, senang lenang. Rosmah Mansor masih dapat keluar negara saban waktu, boleh shopping kat mana-mana dunia pun tanpa had belanja, sebab yang biaya dia semua duit rakyat. Ada satu soalan/alasan yang dicipta oleh agent propaganda BN, bagi merasionalisasikan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik iaitu: Kerajaan perlukan duit untuk kebajikan rakyat, kalau semua duit diguna untuk subsidi harga barang, macam mana nak buat pembangunan untuk rakyat?Jawapannya: Boleh sebenarnya jika kerajaan BN menguruskan negara dengan kos sebenar. Maksudnya berbelanja tanpa 'mark up' dari harga sebenar. Mengikut Laporan Audit 2009 kerajaan BN telah membazir sebanyak RM40 Billion apabila kos projek yang dibuat kerajaan tidak seperti harga sepatutnya.Nak cerita mudah kat orang kampung macam ni... kalau kata kos sebenar sebuah jambatan yang dibuat dalam kampung cuma RM100 ribu, tapi harga depa letak ialah RM1 juta. Maknanya RM900 ribu lagi puak-puak tu sapu sama ada untuk peribadi, kroni, parti politik, beli undi pemilihan UMNO dan sebagainya. Itu yang dipanggil ketirisan. Inilah punca duit negara tak pernah cukup, penyamun tarbus BN dok sapu. Kalangan rakyat yang tak tau apa-apa simpati bukan main dekat kerajaan, walhal depa tarik subsidi tu 'demi tembolok' mereka dan kroni. Tiada kena mengena dengan kebajikan rakyat. - Kedah La
| |
shalehudin Posted: 31 May 2011 11:57 AM PDT Terima kasih Hata, anda pembuka minda warga... Posted: 31 May 2011 09:00 AM PDT Aku suka mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada sdr Hata Wahari, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia kerana sumbangannya mencelikkan mata warga dan membuka minda jelata terhadap penyalahgunaan media oleh sang penguasa yang rakus.
Beliau telah dilaporkan melepaskan jawatan presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia berkuat kuasa serta-merta. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan dalams satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu kata Anbalagan, Majlis Eksekutif telah melantik Naib Presiden NUJ Chin Sung Chew untuk jawatan nombor satu itu.
Tak kira apa jua alasan, baik peribadi atau tekanan... anda telah berjaya menjadi ikon baru tentang kebebasan hakiki rakyat jelata.
Hata (gambar) telah dipecat dari Kumpulan Utusan kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu.
Syarikat itu memaklumkan keputusannya dalam satu surat bertarikh 21 April 2011, yang ditandatangani oleh Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman. Pada 14 April lalu, panel siasatan dalaman Kumpulan Utusan mendapati Hata bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media tempatan.
Hata sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantang berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan. Dia telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh Kumpulan Utusan. | Terima kasih BN Posted: 31 May 2011 07:12 AM PDT PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat. Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna. Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan. "Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu. "Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis," kata Rafizi kepada wartawan hari ini.- M'kini | Kita bersyukur Posted: 31 May 2011 06:05 AM PDT BERJUDILAH DI TEMPAT YANG HALALnota: alhamdulilah kita bersyukur dapat berjudi di tempat yang halal kah kah kah POLIS LUMPUH KEGIATAN JUDI NOMBOR EKOR HARAM DI KULUANG DAN BATU PAHAT – tiewnamaPolis percaya dapat melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang membabitkan wang pertaruhan sejumlah RM504,000 sebulan dengan tertangkapnya 17 lelaki dan lima wanita di 21 premis di sekitar bandar ini dan Batu Pahat, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Amer Awal berkata, serbuan di 14 premis di sekitar bandar ini dan tujuh premis di sekitar Batu Pahat itu dilakukan pada jam 3 petang sehingga jam 8 malam, hasil maklumat orang awam dan risikan polis. "Dalam serbuan itu, seramai 11 lelaki dan empat wanita ditahan di Kluang manakala enam lelaki dan seorang wanita ditahan di Batu Pahat. Seorang daripada lelaki yang ditahan di Kluang itu, merupakan pembeli nombor ekor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, malam tadi. Amer berkata, hasil siasatan awal, polis mendapati jumlah pertaruhan di kesemua premis berkenaan menjangkau RM6,000 seminggu dan kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak enam bulan lalu. Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan. Katanya, kesemua rakyat tempatan berumur 20 hingga 40an itu kini direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala lelaki yang membeli nombor ekor haram itu akan disiasat mengikut Seksyen 9(1) akta yang sama. "Serbuan terhadap kegiatan ini akan dijalankan berterusan memandangkan mereka yang terbabit kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya. KAH KAH KAHKAH KAH KAHKAH KAH KAHwoit…PELIK… HAIRAN… TAKJUB…. kah kah kah.. kah kah kah…TAK SANGKA DI MALAYSIA INI ADA DUA JENIS JUDI….. kah kah kah.. kah kah kah… SATU JUDI HARAM…. kah kah kah… kah kah kah….KEDAI KENA SITA… TOWKAY KENA TANGKAP….. kah kah kah.. kah kah kah…SATU LAGI KEDAI JUDI LEBAI VICENT TAN… INI JUDI HALAL…. kah kah kah… woit… PASAL APA TAK TUTUP KEDAI LEBAI VINCENT… kah kah kah.. kah kah kah…BILA DAPAT SIJIL HAHAL?..... kah kah kahnota: kalau nak buka kedai judi dan nak dapat logo halal sila berurus dengan gerombolan terutama sekarang ini masa ini duit amat amat diperlukan untuk pru13 kah kah kah
| Kesian kat Umno... kahkahkah... Posted: 30 May 2011 09:00 PM PDT UMNO TAKUT MAT SABU MENANG TIMBALAN PRESIDEN PAS?Oleh: WFAUZDIN NS MENGAPA Umno begitu bimbang jika Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Tidak lain tidak bukan adalah kerana Mat Sabu begitu lantang menentang kerjasama politik Umno dan PAS. Ini bukan bermakna pemimpin lain tidak menentang kerjasama itu, tetapi Mat Sabu lebih lantang daripada beberapa pimpinan lain. Memetik ucapan berapi Mat Sabu sewaktu ceramah di Markas PAS Kerdau kelmarin, beliau sekali lagi membidas kerjasama yang kununnya untuk perpaduan Melayu itu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP. DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah. "Kita dah ada pengalaman bersama Umno. Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau kelmarin. Tentulah tektik Umno ingin berpura-pura dengan PAS atas dasar kerjasama perpaduan Melayu ini gagal seandainya Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS itu. Apakah Umno mengharapkan Mat Sabu tewas? Tentulah begitu, tetapi Umno jangan lupa bahawa sekiranya Mat Sabu tidak dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini, Umno jangan berharap tektik murahannya itu boleh dilaksanakan jika Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memenangi jawatan tersebut. Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim tidak selantang Mat Sabu menentang kerjasama Umno-PAS ini, namun tidak pernah kita menyaksikan tokoh PAS dari Pahang ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk bersama Umno. Bahkan, di dalam setiap siri ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang ini berterusan membongkar kemungkaran Umno. Kepimpinan di bawah Us Nasha telah kita lihat, tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak. Itu pilihan masing-masing setelah melihat sendiri rekod yang beliau tunjukkan. Pada saya, saya mengharapkan Ustaz Tuan Ibrahim berpeluang menjadi Timbalan Presiden PAS kerana saya mempunyai sebab-sebab tertentu menyukainya, tetapi jika beliau tewas dan Mat Sabu dipilih, saya tidak kecewa kerana Mat Sabu adalah idola saya di dalam PAS. Mungkin benar kata mereka, PAS lebih ditakuti oleh Umno jika `ayam sabung' PAS ini berada di sisi Presiden./ wfauzdin.blogspot.com | Sejuta belia akan lawan Peranchis... kahkahkah... Posted: 30 May 2011 07:00 PM PDT NAJIB AKAN DI PANGGILAN OLEH MAHKAMAH PERANCHIS - keadilan dailySiasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis. Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut. "Suaram dimaklumkan peguam, siasatan akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar. "Dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan," katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini. Beliau memaklumkan, hakim dan pendakwaraya akan dilantik oleh Mahkamah Kebangsaan Perancis, manakala siasatan akan lebih terbuka dengan bukti didedahkan di mahkamah. Menurut Cynthia, memberi atau menerima komisen adalah salah bagi undang-undang, kerana Perancis telah menandatangani konvensyen Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melarang komisen bagi sebarang urusniaga pembelian senjata. "Kes ini menjadi lewat kerana karenah birokrasi. Perbicaraan ini cuba membongkar pihak mana yang memberi komisen, sama ada pihak di Malaysia atau Perancis,"ujarnya yang menambah, kes ini menjadi isu penting menjelang pilihan raya di Perancis. Dalam pada itu, Suaram mengalu-alukan tawaran Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu tampil ke mahkamah untuk membantu siasatan. "Beliau mengatakan bahawa Kementeriannya menghargai inisiatif yang kami lakukan. Walaupun bukan dia yang menjadi Menteri pada waktu urusniaga itu dilakukan, tetapi bagi mewakili kerajaan Malaysia ia cukup membantu. "Kita berpegang kepada kata-katanya. Kita akan pastikan dia tunaikannya," ujarnya. Dalam pada itu Cythia memaklumkan, sehingga kini, peguam yang mewakili Suaram memberi khidmat guaman secara sukarela, atau 'pro-bono'. Justeru, bagi menampung kos guaman dua program bagi mengumpul dana iaitu majlis minum petang pada 21 Julai di Pulau Pinang dan makan malam pada 23 Julai di Kuala Lumpur menjangkakan kutipan sehingga RM 100,000. Peguam yang mewakili mereka, William Bourdon akan hadir ke majlis tersebut bagi memberikan taklimat berhubung perjalanan kes dan sistem perjalanan perundangan di Perancis. Suaram turut mengalu-alukan sebarang tajaan dana melalui bank Hong Leong di akaun bernombor 0300-0065-200. Manakala, perkembangan mengenai program ini boleh diperolehi melalui maklumat di laman web rasmi www.suaram.net | Sorang dua... lama lama tak sejuta? Kahkahkah... Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT | |
AdukaTaruna Posted: 31 May 2011 11:24 AM PDT Wajah PDRM dalam demo pro Lynas Posted: 31 May 2011 04:53 AM PDT Provokasi Yang Di Lakukan Penyokong Kerajaan ! KUANTAN, 31 Mei - Mesyuarat isu Lynas bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sepatutnya diadakan di Hotel Hyatt, jam 3.00 petang ini terpaksa dijalankan tanpa kehadiran NGO "Save Malaysia Stop Lynas". Demikian menurut satu mesej yang dihantar kepada kami sebentar tadi oleh wakil NGO terbabit. Katanya "Save Malaysia tidak akan melayan appointment dengan IAEA petang nanti kerana Kerajaan tidak ikhlas dalam mengawal keamanan dan menjamin keselamatan mereka yang diundang, termasuk mengawal orang ramai disekitar kawasan Hotel Hyatt. Dia orang dah gagal!", kata SMS itu. Sebenarnya ramai yang terkejut dengan cara pihak polis mengawal peserta demontrasi aman itu. Pihak polis dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan seadil-adilnya. Sedangkan pihak penyokong kerajaan yang terdiri dari UMNO, Pakida, Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, GPMS dan yang lainnya telah bertindak diluar batasan kemanusiaan. Bukan sahaja pemimpin Save Malaysia Stop Lynas yang dikasari mereka, malahan wartawan yang mengambil gambar insiden tersebut turut diugut serta dikasari mereka. Hingga ada terdapat seorang wartawan wanita sebuah akhbar Cina dikejar dan kameranya cuba dirampas oleh kumpulan terbabit. Ini sesuatu yang cukup memalukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Mesyuarat bersama IAEA tidak dihadiri oleh Save Malaysia Stop Lynas Sepatutnya polis menghalang penyokong kerajaan bukan biarkan begini Cuba lihat, polis bersama-sama penyokong kerajaan pemimpin terbabit Bayangkan penyokong kerajaan mengkasari mereka hingga ke kenderaan Berbaju oren, antara penyokong kerajaan yang begitu agreasif sekali Namun, pihak polis hanya memandang dan cuba meleraikan keadaan tanpa mengadakan sekatan seperti apa yang dilakukan terhadap peserta demontrasi aman bantah Lynas di pejabat DAP , Jalan Beserah (foto bawah) baru-baru ini. Dalam kejadian itu, empat orang aktivis telah ditahan polis untuk siasatan dan diarahkan melapor diri ke IPD Kuantan pertengahan bulan Jun ini. Mereka bukan sahaja digari, malahan dimasukkan ke dalam trak polis yang sudah disediakan. Polis bukan sahaja memantau malahan turut mengadakan benteng untuk menghalang orang ramai. Tetapi anehnya apa yang berlaku di Teluk Chempedak semalam dan hari ini jauh berbeza. Pihak polis seolah-olah merelakan apa yang dilakukan oleh penyokong kerajaan tanpa sebarang tangkapan. Sedangkan ada diantara mereka yang begitu lantang mencabar dan mengherdik pihak polis itu sendiri. Malahan semalam, OCPD Kuantan sendiri telah diherdik oleh seorang pemimpin UMNO yang merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Soalnya, kenapa pihak polis tidak bertegas dalam mengawal keamanan dan keselamatan mereka yang telah diundang oleh kerajaan sendiri untuk bersama dalam mesyuarat Lynas itu di Hotel Hyatt. Bukti, mereka ini ditangkap hanya kerana berbaring atas kain rentang ketika himpunan bantah Lynas di pejabat DAP Pahang baru-baru ini Bukti, YB Chong Siew Onn mentunjukkan surat jemputan khas Kerajaan untuk mereka hadir dalam mesyuarat dengan IAEA, kenapa dikasari? Paling menyedihkan ialah apa yang berlaku seolah-olah dipandang sebelah mata oleh pihak polis. Hinggakan salah seorang pemimpin pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk bersama dalam mesyuarat dengan IAEA itu sendiri pun telah dihalang dan diperlakukan sedemikian rupa. Beliau bukan sahaja dihalau oleh penyokong kerajaan, malahan pihak Hotel Hyatt sendiri begitu berani melakukan tindakan yang sama. Pemimpin terbabit ialah YB Chong Siew Onn (ADUN Teras), yang mewakili parti DAP. "Saya telah diundang secara rasmi untuk menghadiri mesyuarat berkenaan, namun kenapa kami dilayan sedemikian rupa?. Saya akan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit kerana jelas mereka telah gagal memainkan peranan untuk memastikan keselamatan kami yang diundang oleh kerajaan Malaysia itu sendiri", kata Chong. Tindakan melayan pihak berkenaan sedemikian rupa seolah-olah menunjukkan kerajaan kini begitu takut untuk menghadapi suara rakyat. [Tindakan ganas penyokong mereka itu sebenarnya didalangi oleh Kerajaan Negeri sendiri. Tambahan pula ia dipimpin oleh Exco Kerajaan iaitu Dato' Safri Aziz. Ditambah lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi (foto) di kawasan itu. Apa yang jelas kekecohan dan senario yang berlaku ini sengaja dirancang, untuk menunjukkan kononnya pihak Save Malaysia Stop Lynas tidak bermoral dan sebagainya. Sebaliknya, provokasi melampau itu dilakukan sendiri oleh penyokong mereka yang begitu "fanatik" dan "bagaikan histeria" itu. Soalnya sekarang, kenapa Setpol MB berada di kawasan terbabit dan hanya melihat dan tidak cuba meleraikan keadaan. Bukankah ini membuktikan bahawa kekecohan tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Maknanya ia melibatkan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang dilihat mengarahkan tugas kepada Exco Tugas-Tugas Khas dan Setpol beliau sendiri. Apakah ini gayanya satu kaedah profesional oleh seorang Ketua Kerajaan Negeri?. Tindakan ganas dan menakut-nakutkan rakyat membuktikan mereka sengaja mahu mencetuskan pergaduhan. Sedangkan rakyat yang datang untuk menghantar patisyen dan demo bagi membantah projek berkenaan. Mereka sepatutnya mengadakan demo menyokong projek Lynas dan bukannya menimbulkan kekecohan sedemikian rupa. Semoga rakyat dapat menilai dan melihat perkara ini dengan fikiran yang waras. Usahlah gunakan isu perkauman dalam isu rakyat yang sepatutnya ditangani berdasarkan satu kaedah yang lebih profesional. Tindakan mahu bergaduh dan berperang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menghalang kebangkitan rakyat itu sebenarnya - Pahang Daily Online | Rakaman sejarah : Wajah2 WOW Kepimpinan Ulama PAS. Posted: 31 May 2011 12:23 AM PDT Ulama 1.Masa gua dilembuti oleh jemaah Rusila dulu, media perdana nak temuramah gua. Boleh jer gua gunakan media perdana untuk tunjuk bukti lebam, laporan perubatan, laporan polis dan 4 soalan yang gua nak tanya. Capaiannya lebih meluas. Tapi gua tolak kerana media perdana adalah medium capaian Melayu Hutan. Gua berasal dari internet, biarlah pertembungan itu berlaku di internet. Kalaulah tak terikat dengan niat pada Allah, perjalanan yang dimudahkan, bantuan2 yang diizinkan Allah, nak juga gua glamer macam Tantawi. Khahkkk ptuih! Hebatnya Tantawi, dia tak muncul di Utusan Malaysia ketika kedudukannya masih belum pasti. Suhaizan belum bacul ditekan syura ketika itu. Sebaik sahaja, kedudukannya rasmi selepas syura, jeng3... Tantawi terima temuramah Utusan Malaysia. Ini faktor wow! Ulama 2.Sebenarnya Allah tunjukkan kita ulama bergerak dan mentafsirkan nas berdasarjkan kepentingan kedudukan pangkat diri mereka. Teringat gua semasa Hadi melontarkan idea UG. Diminta pimpinan PR lain sebagai detail. Diminta detail juga oleh rakyat. Hadi ghaib. Menjelang pemilihan, menyaksikan Roslan sms tumbang, menantu tumbang, Hadi muncul dengan penjelasan UG. Penjelasan UG hanya muncul ketika kedudukan ulama tersepit! Ini faktor wow! Ahli PAS malas membaca katanya. Jadi idea UG ditutup. Kemudian, selepas menyaksikan Hadi menang tanpa bertanding, dan Nash mengalahkan Husam dan Mat Sabu melalui pecahan undi, di sidang media muktamar itu, Hadi kemukakan semula UG. Ketika tersepit, dia kata tutup buku. Selepas terlepas, dia up semula UG. Ini satu lagi faktor wow! Ini adalah sejarah yang Allah takdirkan hanya untuk orang2 yang berfikir. Allah tidak mentakdirkan sesuatu itu hanya sia2. Lalu, 10 ahli parlimen tandatangan tolak UG. 10 ahli parlimen tersebut digelar 10 budak hitam oleh jemaah Rusila. Ketika sidang media muktamar itu, Najib telah memerintah beberapa bulan. Lalu diasak secara menggila dari dalam parti. Dan dari seluruh blogger. "UG ditutup. UG hanya di zaman Paklah." Hadi Awang. Ini satu lagi faktor wow! UG hanya di zaman Paklah katanya setelah disepit kembali. Sedangkan apa terjadi jika tiada inside and outside fighter? Sudah tentu UG berlaku ketika itu Najib adalah PMnya. Soalan ni antara 4 soalan yang gua nak tanya Hadi di Rusila hari tu. Mula2 muka berubah. Lepas tu lari (berjalan laju mencapai payung) menuju ke rumah. lepas tu berlindung di belakang bodiguard dan kereta (di hadapan rumah). Allah janji kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi bermati2 memegang amanah. Kehinaan itu akan terakam selepas Hadi bersara. Fadhil Noor bersara dalam sejarah yang harum. Hadi Awang kita belum pasti lagi. Ulama 3.Seterusnya Azizan MB Kedah. Menawarkan diri bertanding Timbalan. Sebelum jumlah pencalonan diketahuilah. "Pencalonan belum selesai lagi, tengok lah sama ada undian berpihak pada saya atau tidak. Jika mendapat pencalonan tinggi, dan saya yakin boleh menang serta mampu pikul amanah ketika itu, saya terima lah," Itu ijtihad seekor ulama sebelum jumlah pencalonan. Tapi setelah jumlah pencalonan, apa ijtihadnya? Katanya, penarikan diri Azizan daripada bertanding jawatan nombor dua dan tiga dalam parti itu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap tugas Menteri Besar di negeri ini. Wow! Mulianya! | |
PERAKITE Posted: 31 May 2011 11:12 AM PDT Persiapan hampir disempurnakan untuk Muktamar PAS Ke-57 Posted: 31 May 2011 05:29 AM PDT Jika kini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Taman Melewar, agak sunyi, namun suasana itu pasti berubah antara Jumaat dan Ahad ini apabila Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor mula menjadi tumpuan 1,150 perwakilan Muktamar PAS dari seluruh negara. Persekitaran Taman berkenaan juga pasti meriah dengan gerai-gerai perniagaan yang menjual pelbagai juadah termasuk cenderamata sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 itu. Selain pemilihan barisan pimpinan, Muktamar ini juga pastinya hangat untuk menyemarakkan semangat para pemimpin dan ahli PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 . Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan petugas kelihatan sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna. Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu. Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik kuliah dan asrama pelajar, manakala di bawahnya dewan Datuk Fadzil Mohd Noor untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan. Dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar anjuran PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan. Panitia muktamar dan petugas sedang menghias indah Dewan berkenaan dan melengkapkannya dengan pelbagai keperluan termasuk pentas utama, sistem pembesar suara dan sistem hawa dingin. Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu yang akan menempatkan ruang media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat. Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir 90 peratus selesai. Sebanyak 105 tapak gerai niaga juga disediakan. Panitia turut membuka kaunter derma darah bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk tabung darah. Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa mengunjungi kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah dilaksanakan. Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan. Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, TG Abdul Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat. Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan. | Harussani wajar bertaubat.. Posted: 30 May 2011 10:32 PM PDT | Norazli bersama Ulama Lubnan | Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria seeloknya bertaubat ekoran kenyataannya yang secara langsung membawa pengertian menghina Rasullulah saw berhubung pengguna wang cukai, judi dan arak.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak Alfadhil Ustaz Haji Norazli Musa berkata, ungkapan ataupun perkataan yang membawa maksud atau seolah-olah memperkecil-kecilkan Rasullulah tidak seharusnya terbit daripada mulut seorang Mufti.
Mufti adalah tonggak penasihat agama bagi sesebuah negara maupun negeri, dan oleh kerana itu sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang murni, unggul dan tegas kepada seluruh umat Islam di Perak, khasnya, dan negara amnya, katanya ketika dihubungi.
Oleh kerana itu, seseorang yang bergelar mufti dan penasihat agama kepada kerajaan seperti Harussani sepatutnya sentiasa berwaspada dalam kata-katanya dan bukan main semborono mengikut paksi yang disukainya semata-mata, kata Norazli.
"Saya mencabar Harusani kemukakan dalil dan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi."
Nor Azli memetik sabda Rasullulah saw bahawa: "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka."
Berikut kenyataan penuh Ustaz Norazli Musa:
1. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebaik-baiknya bertaubat kerana menghina Rasullulah saw berhubung kenyataannya berkaitan wang cukai, arak dan judi.
2. Sebagi seorang Mufti, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa pada zaman Rasulullah turut mengguna wang cukai arak dan judi untuk urusan pembayaran gaji.
3. Sebelum ini, beliau tidak pernah memberi pandangan mengenai dakwaan UMNO, iaitu wang kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan judi, haram untuk diberi sumbangan kepada warga emas. Beliau mengelakkan daripada memberi pandangan
4.Semasa ceramah, saya langsung tidak menyentuh soal halal atau haram gaji mufti atau mana-mana individu yang terlibat dalam kerajaan. Yang saya bangkitkan adalah mengenai sikap Harussani yang enggan memberi respons terhadap dakwaan UMNO tersebut kononnya sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu haram kerana hasil wang judi.
5. Lantaran itu, saya mencabar Harusani, selaku penasihat agama Islam kepada kerajaan negeri agar ada sedikit keberanian menegur dan menasihati kerajaan negeri Perak yang sedia ada untuk mengasingkan wang hasil kutipan dalam negeri kepada dua akaun iaitu sumber kutipan negeri yang halal dan yang haram sepertimana dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
6. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka terserlah sikap bermuka-mukaan Harusani dalam menegakkan kebenaran ajaran Islam dan beliau tidak layak menjadi seorang mufti, kerana pandangan dan tegurannya hanya berpihak kepada Umno, ATAU yang mana lebih menguntungkan dirinya. Oleh itu Harussani harus berundur kerana jika TIDAK berbuat demikian beliau akan lebih banyak mengelirukan umat Islam dengan pandangan-pandangannya yang kabur dan silap.
7. Gelaran Haramsani (semasa berceramah) merupakan gelaran spontan yang diberi oleh orang ramai sebagai respons ekoran sikap Harussani yang lebih gemar berdiam diri apabila kalangan UMNO membuat dakwaan yang menyeleweng daripada syariah Islam. Gelaran itu adalah petunjuk pendirian rakyat mengenai keperibadian Harusani sebagai seorang mufti yang kurang bijaksana.
8.Oleh itu, saya mencabar Harussani kemukakan dalil dan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi. Ini jelas satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.
Ingatlah Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.
9. Harusani memang banyak berdolak dalih dalam hal-hal berkaitan syariah Islam dan kini seelok-eloknya berasaskan sabda Rasullulah saw itu, beliau bertaubatlah.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak merangkap YDP PAS Ipoh Barat Alfadhil Ustaz Norazli Musa 31hb Mei 2010 | |