Ahad, 1 Mac 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 01 Mar 2015 11:52 AM PST

PEJUANG BANGSA


7 AMANAT PM UNTUK PANDUAN BANGSA MELAYU @NajibRazak @HishamuddinH20

Posted: 28 Feb 2015 06:13 PM PST



Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat serta bermaruah. Perdana Menteri ketika menggariskan amanat itu dalam Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini berkata, orang Melayu dan umat Islam mesti memperjuangkan ketinggian agama Islam serta syiarnya sebagai agama Persekutuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

 Menurut beliau, amanat kedua menuntut orang Melayu mempertahankan institusi raja-raja Melayu dan hak keistimewaan mereka serta kaum bumiputera yang lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Najib memberitahu, amanat ketiga menegaskan komitmen untuk menegakkan maqasid syariah manakala amanat keempat menyatakan tekad memperkukuhkan ekonomi orang Melayu agar mampu bersaing dengan kaum-kaum lain di negara ini dan di pentas antarabangsa.



 Beliau yang juga Presiden UMNO menambah, amanat kelima memberi penekanan terhadap usaha melatih dan mendidik orang Melayu sebagai peneraju yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif, berwawasan serta berfikiran global namun dalam masa sama, berpaksikan kepada adat resam dan budaya Melayu.

 "Amanat keenam iaitu menyuburkan nilai-nilai mahmudah yang mulia lagi terpuji seperti berjiwa besar, semangat juang yang tinggi, berani serta patriotik kepada watan dengan menjauhi sifat-sifat mazmumah yakni tercela, terkeji seperti berdengki dan bersengketa serta bermusuh-musuhan sesama bangsa.

 "Amanat ketujuh, memperteguh institusi keluarga dan masyarakat Melayu serta menjadikan nilai murni seperti hormat menghormati, kasih mengasihi, tolong menolong sesama kita di samping itu menjauhi sifat-sifat negatif seperti buruk sangka, saling memfitnah sesama bangsa dan seumpamanya," katanya.

Yang turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad.

Perdana Menteri menegaskan, dengan tujuh amanat tersebut, orang Melayu wajib mengorak langkah dalam mengeratkan silaturahim sesama bangsa. Beliau berkata, orang Melayu mesti menjadi bangsa yang kuat, hebat, bermaruah dan diberkati Allah SWT.

"Amanat yang dilafazkan ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu hendaklah dijadikan peringatan yang kekal untuk kita semua.

"Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir dalam tubuh badan kita semua, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila," ujarnya. Najib mengakhiri amanatnya dengan laungan 'Hidup Melayu!' dan 'Allahuakbar' masing-masing sebanyak tiga kali yang seterusnya disambut dengan teriakan gemuruh oleh para hadirin. -

bumiyang

Posted: 01 Mar 2015 03:35 AM PST

bumiyang


Himpunan Bela Anwar X Mendapat Sambutan - Rakyaat Telah Muak???

Posted: 28 Feb 2015 05:14 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 01 Mar 2015 03:07 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Nurul sajalah minum teh dengan Sultan Melaka

Posted: 28 Feb 2015 08:46 PM PST


Pak Aji Husin kesian pulak tengok YB Nurul ke sana ke mari kendung anak ke istana, ke mahkamah dan ke ceramah.

Pasti ada yang dia mahu jatuh simpati tengok seorang ibu tunggal jaga anak, mengurus kawasan sebagai wakil rakyat dan nak juangkan si ayah yang faham-faham saja.


Bersungguh si Nurul nak ayahnya bebas hingga dia menuntut agar dibenarkan ayah ke parlimen untuk minum teh dengan DYMM Seri Paduka Agong.

Pak Aji Husin kesian tapi Nurul kena pasrah pada ketentuan Illahi dan undamg-undang. Sudah masa untuk Nurul "move forward" dan fikir tentang diri dan keluarga.


Namun, maksud Pak Aji Husin bukanlah dia tu tapi fikirkan seseorang yang lebih stabil dan bermasa depan.


Bukankah ada yang sudah menyuarakan hasrat? Maka, elok Nurul terima cadangan Facebooker dan bekas ahli politik S46, Roslan Latif untuk Nurul minum teh saja dengan Sultan Melaka tu.


Pak Aji Husin kau hanya nak lihat kau bahagia saja. Nak tolong tapi Mak Aji kau tak kasi...

Wow! Malam ni tidor di kandang unta

tunku

Posted: 01 Mar 2015 03:02 AM PST

tunku


Najib outlines seven decrees for further Malay empowerment

Posted: 28 Feb 2015 08:07 AM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak has outlined seven decrees that will make the Malays knowledgeable, empower their economy in the 21st century, and to make them strong, powerful and dignified.

The other decrees are to champion the interests of Islam, defend Malay rulers and Malay privileges, uphold maqasid syaria (Islamic law) by being moderate, retain pure values and take care of the family institution.

Najib stressed that if the Malays hold on to these decrees, they will emerge as a race respected by races around the world and become self-reliant.

"These decrees to represent the Malay rulers must be remembered by all," he said at a Malay unity rally in front of thousands at Putra Stadium, Bukit Jalil here.


"As long as there is the moon and the stars, and as long as the Malay blood flows in our bodies, we will continue to champion these decrees," he said.

Najib took the opportunity to emphasise the importance of multi-racial harmony.

He said multi-racial harmony as well as unity between the races in Malaysia was the key and foundation to a brighter future for the people and nation.

The Prime Minister also said the Malays had gone far and attained many achievements.

However, he urged the Malays to continue asking themselves: "What can we do in the name of the Malays? What can we contribute?"

He said that question should always be in the minds of the contemporary Malays because they could not depend on the Government anymore to become more successful and to guarantee their future.

Taipingmali (tm)

Posted: 01 Mar 2015 01:54 AM PST

Taipingmali (tm)


YB Datuk Ahmad Maslan menjawab fitnah pembangkang terhadap Datin Seri Rosmah Mansor

Posted: 28 Feb 2015 06:01 PM PST

Penjelasan GST

Penduduk setempat yang hadir
melimpah sehingga ke luar dewan

Penduduk Kpg Teratai Tambahan menerima geran tanah


Sidang Media


Bertempat di Sekolah Agama Rakyat Larut Tin Taiping Perak, Umno Bahagian Bukit Gantang mengadakan satu majlis penerangan GST, Bajet dan Isu Semasa yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Ahmad Maslan.

Selesai majlis penerangan,  satu sidang media diadakan. Taipingmali telah mengemukakan satu soalan kepada Ahmad Maslan mengenai isu hangat iaitu isu caj rambut Datin Seri Rosmah Mansor.

Datin Seri Rosmah Mansor menyentuh isu caj rambut dalam ucapan pada satu majlis penerangan GST anjuran Bakti dan Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Ahmad Maslan sendiri di Bangunan Sri Hasmah Petaling Jaya pada 23 Februari lalu.

Tulisan berunsur fitnah boleh dibaca dalam portal Malaysiakini, Malaysian Insider dan lain-lain media sosial pembangkang. 

"Saya ada di majlis itu apabila DS Rosmah menyebut 'nak buat rambut pun mereka cuba caj 1200, mahalnya', bukan bermaksud beliau membuat rambut dengan kos 1200 dan Rosmah minta supaya perkara ini diambil perhatian dalam home services charges yang kurang diberi tumpuan dan perhatian oleh kerajaan" ujar Ahmad Maslan.

"Apakah yang dimaksudkan tentang home services charges

"Ia seperti perkhidmatan pemasang paip, pendawaian elektrik, tukang jahit,  fisioterapi dan lain-lain. Perkara ini nampaknya terlepas pandang dan tidak  kelihatan, jadi harganya tidak dikawal dan mereka meletakkan caj sembarangan dan keterlaluan.

"Apa yang disebut oleh Rosmah adalah perkara baik untuk di bincangkan oleh pihak tertentu dan pengetahuan orang ramai. bahawa ada sekumpulan peniaga yang sengaja meletakkan harga tanpa kawalan". Tambah Ahmad Maslan.

"Isu fitnah terhadap Rosmah menjelaskan bahawa sikap pembangkang yang suka memutar belit fakta, kenyataan yang baik pun diputar menjadi tak baik"

Datuk Ahmad Maslan dalam rangka lawatan penerangan ke 14 negeri dan ini adalah negeri Perak adalah negeri ke 10 dan selepas ini ialah beliau akan ke Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dan selesai sebelum 1 April 2015 dan penjelasan dan penerangan akan diteruskan kerana ianya perlu sentiasa sehingga rakyat faham.

Menurut Ahmad Maslan ada tiga sebab kenapa GST (Goods and Services Tax)  tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang,  

"Sebab pertama ialah  kerana cukai hari ini iaitu SST ( Sales and Services Tax) sekarang lebih tinggi berbanding GST.

"Contohnya  cukai 5 peratus cukai SST kesannya akan menjadi 8 peratus terhadap barangan makanan yang telah diproses,  caj cukai 8 peratus itu ialah  SST tetapi GST cuma 6 peratus sahaja, 

"Barangan yang dikenakan SST seperti pakaian, perabut, barangan elektrik rumah kereta 10 peratus apabila sampai kepada pengguna akan menjadi 15 peratus, akan tetapi selepas GST cukai jadi 6 peratus dan termasuk juga cas perkhidmatan 6 peratus hari ini akan kekal 6 peratus sebagai GST.

"Alasan kedua kerana GST mempunyai input tax credit system, maksudnya pembekal, pengeluar pemborong boleh tuntut balik GST yang dikenakan pada barang-barang yang mereka punyai, 

" Dengan kata lain, GST bukan lah kos kepada mereka SST adalah kos kepada mereka oleh itu mereka pindahkan kos itu kepada pengguna. 

"GST bukan kos itu sebab tidak boleh dipindahkan kepada pengguna jadi dengan sendirinya kos kan jadi lebih rendah daripada kos SST dengan sebab kaedah tuntut balik input tax credit system itu dengan cara online 14 hari dan manual 28 hari. 

"Sebab ke 3 ialah banyak barang yang di kecualikan GST seperti barang makanan asas, makanan binatang, sayur-sayuran, minuman, ubat-ubatan dan oleh kerana sifar GST maka jangan jadikan alasan untuk menaikkan harga barang.


Panglima Perang Cyber

Posted: 28 Feb 2015 11:36 PM PST

Panglima Perang Cyber


Kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Berhubung Wahabi di Malaysia

Posted: 28 Feb 2015 11:12 PM PST




Wahabi tidak sesuai diamal di Malaysia - Nasional - Sinar Harian

Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin
Abdul Shukor Husin

SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan aliran Wahabi tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini yang mengamalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, aliran Wahabi bukan mazhab tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama di Arab Saudi mengikuti pendekatan yang diambil Muhammad bin Abd Wahhab.

"Aliran tersebut tidak salah untuk diamalkan. Majlis Fatwa memutuskan sedemikian setelah mengadakan perbincangan mengenai aliran-aliran lain selain Wahabi yang tidak sesuai diamalkan di negara ini namun tidak sehingga haram," katanya, semalam.

Mengulas lanjut kata Abdul Shukor berkata, daripada segi mazhab, pengamal aliran Wahabi lebih hampir dengan mazhab Hambali walaupun daripada beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Beliau berkata, pengikut Wahabi lebih cenderung dan mudah mengeluarkan orang Islam daripada lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

"Mereka menganggap setiap amalan yang tidak mengikuti cara yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW, dianggap bidaah dan terkeluar daripada Islam," katanya.

Abdul Shukor berkata, apa yang tidak dipersetujui dengan aliran Wahabi apabila ia menjuruskan pengamal aliran itu lebih ekstrem.

"Mereka menganggap apa yang dilakukan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bidaah, bukan mengikut sunnah. Mereka juga menolak akidah Asha'irah dan Maturidiyah, malah dengan mengatakan dua akidah ini keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi ini pertikaian yang tidak menguntungkan sesiapa," katanya.

Ditanya mengenai pengamal aliran ini ditegah untuk menyebarkan kepada orang lain, Abdul Shukor berkata, ia bergantung kepada enakmen negeri masing-masing untuk mencegah penyelewengan tersebut.

"Hak mengeluarkan fatwa adalah hak negeri masing-masing. Contoh seperti apa dilakukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan penyebaran Wahabi di negeri itu, sememangnya ia tidak bertentangan.

"Saya fikir, negeri tersebut mengharamkan Wahabi kerana tidak mahu berlaku kacau bilau dalam masyarakat Islam negeri itu," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, tindakan negeri tersebut juga tidak akan menjejaskan hubungan negara dan Arab Saudi kerana sememangnya itu hak negeri tersebut.

"Jika perkara itu akan menjejaskan hubungan, maknanya tiada hak kepada negeri untuk membuat keputusan sendiri.

"Malahan Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah membincangkan perkara tersebut lebih awal sebelum isu ini kembali disensasikan," katanya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 28 Feb 2015 11:18 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ADUN PKR KELANTAN TIDAK CONFIRM SOKONG HUDUD KELANTAN

Posted: 28 Feb 2015 05:14 PM PST

Saifuddin Nasution 'mengingatkan' PAS Kelantan untuk mengemukakan segala perancangan kerajaan negeri itu apabila bermesyuarat sekali lagi pada awal bulan depan.
"Termasuklah perkara yang mereka mahu masukkan sebagai 'private member bills' ke parlimen. Ini keputusan MPPR. Sehubungan itu pendirian ADUN PKR menjadi sangat kecil kerana sekiranya semua perkara yang dipersetujui di dalam MPPR dilaksanakan. Maka ia membantu PKR membuat keputusan dan panduan kepada ADUN kami di Kelantan," tegasnya lagi.
Pendirian Roslan Puteh dalam sidang DUN Kelantan akan menjadi petanda aras sama ada PKR menyokong atau menolak cadangan PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
PKR mempertikaikan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan mengambil pendirian yang sama dengan DAP.
Kegagalan PKR memberikan sokongan kepada PAS di DUN Kelantan dan seterusnya di Parlimen mengenai rang undang-undang hudud sdah pasti akan merapuhkan lagi hubungan dua parti itu dalam Pakatan Rakyat.
PAS dijangka akan memikirkan masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Belantan

Posted: 28 Feb 2015 11:14 PM PST

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - DAP “CEMARI” TAHUN BAHARU CINA?

Posted: 28 Feb 2015 05:01 AM PST

Keratan akhbar China Press bertarikh 25 Februari 2015.

Akhbar China Press bertarikh 25 Februari 2015 menyiarkan artikel yang menyentuh mengenai tindakan dua ahli DAP yang mencetuskan kontroversi apabila memuat naik beberapa keping gambar mereka berjudi di tempat terbuka dan membakar mercun dalam Facebook semasa perayaan Tahun Baharu Cina, baru-baru.

Artikel bertajuk 'Bermula sahaja Tahun Baharu Cina DAP sudah berkulat' ditulis oleh Lim Eng Theng itu disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C17.

Kontroversi tercetus setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Eddie Ng Tien Chee dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lai Wai Chong cuba mewajarkan tindakan mereka, biarpun secara terang-terangan telah melanggar undang-undang dan peraturan.

Mengaku gambar itu adalah dirinya, Wai Chong menganggap pembakaran mercun tidak harus dijadikan satu kesalahan, lebih-lebih lagi aktiviti itu akan memeriahkan lagi suasana perayaan Tahun Baharu Cina.

Hakikatnya, beliau terlepas pandang bahawa jika pihak berkuasa memberi kelonggaran itu, permintaan mercun di pasaran meningkat, sekali gus mendorong banyak simpanan stok mercun.

Padah dapat dilihat apabila sebuah kedai runcit di Pangsapuri Emas, Butterworth, Pulau Pinang yang menyimpan pelbagai jenis bunga api dipercayai untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina musnah terbakar pada 8 Februari lalu.

Kebakaran kedai runcit yang terletak di tingkat bawah bangunan lima tingkat dalam kejadian pukul 11.31 malam itu turut menyebabkan tiga motosikal di hadapan kedai terbakar, selain tiga buah rumah yang berada di tingkat atas kedai runcit mengalami keretakan.

Penulis menyifatkan Wai Chong tidak bersikap matang apabila hanya memikirkan keseronokan tanpa mengambil kira kesan mudarat dan bahaya kepada orang awam akibat kelonggaran diberi kepada masyarakat itu untuk bermain mercun secara berleluasa.

Berbanding Wai Chong, Tien Chee pula berhasrat untuk me­ngambil tindakan saman malu terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya ekoran penyebaran gambar dirinya yang berjudi secara terbuka.

Lebih mengelirukan orang ramai, beliau sendiri tidak dapat mengesahkan bahawa dalam gambar itu adalah dirinya biarpun mengaku pernah terlibat dengan perjudian beramai-ramai.

Pada hemat penulis, sebagai seorang ADUN, Tien Chee perlu menjaga imej wakil rakyat sebagai sebahagian pendokong undang-undang. Tindakannya itu jelas menjejaskan DAP dan parti itu sewajarnya mengenakan tindakan disiplin, biarpun pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.-UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 28 Feb 2015 11:09 PM PST

The Unspinners


Cara DAP akan ikut kronisma dan nepotisma Lee Kuan Yew

Posted: 28 Feb 2015 10:33 PM PST



Kalau nak ikut sangat Lee Kuan yew, harap Lim Kiit Siang ikut sekali jejak terbaru dia ...




Kata2 James Brooke mengensi Cina DAP

Posted: 28 Feb 2015 07:30 PM PST


Peniaga Cina "sure" naikkan harga atas arahan DAP

Posted: 28 Feb 2015 04:39 PM PST


Ingat apa Guan Eng kasi tahu sama peniaga cina DAP. Sekarang harga minyak sudah naik, maka polisi baru kerajaan untuk ikut pasarsn terpaksa naikkan minyak dipam.


Semasa minyak turun, tak dengar langsung suara dua komunis kaya ini ...


Si bahalol idola Gen Y sentiasa bigai.


Buat isu lari. Bila salah tak jawab dan ambil tanggungjawab.


Hari tu lu banyak langsi. Wa nak tunggu lu bising bila harga barang naik.

Gong here fu*k you.




CIA agent behind petition to WHite House!!!!

Posted: 28 Feb 2015 06:00 AM PST


Wan Azizah promoted the CIA created petition to WHite House


Read in Gmie here.

Narander Singh arah layanan istimewa untuk Anwar dan sokong vigil luar penjara Sg Buloh

Posted: 28 Feb 2015 02:30 AM PST


Khabarnya bekas Pengarah Penjara Sg Buloh dan kini Timbalan Komissioner Penjara, Dato Narander Singh larang polis pantau keadaan luar penjara.

Dia telah beri Anwar layanan istimewa seperti dulu dan demonstran di luar uuntuk bakar lilin beri diberi kawasan lebih luas untuk tunjuk perasaan dan bantu tutup lampu untuk beri kessan baik...   

Baca petikan Bulleting Sengal berikut:

Pada 25 Februari lalu, Azmin Ali telah melakukan lawatan ke atas Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh dengan menggunakan 'kabel' bernama DATO NARANDER SINGH, yang berjawatan Timbalan Komisioner Penjara. Sekaligus lawatan tersebut telah melanggar peraturan penjara yang menyatakan banduan baru hanya dibenarkan dilawati oleh ahli keluarga sekali dalam tempoh 4 minggu sahaja.

Anwar mula dimasukkan ke penjara pada 10 Februari 2015.

Azmin Ali bukanlah ahli keluarga Anwar Ibrahim dan lawatan oleh ahli keluarganya telah dibuat pada 13 Februari 2015. Sepatutnya sehingga 7 Mac, tiada sebarang lawatan lagi untuk Anwar Ibrahim.

Difahamkan, selepas pertemuan dengan Azmin Ali, Narander Singh bersetuju untuk menempatkan Anwar Ibrahim ke dalam sel 'istimewa' yang dikhaskan untuk pesakit yang menjadi tempat kediamannya sewaktu menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya. Sel tersebut lebih luas dan lebih privasi manakala sel-sel biasa yang menempatkan Anwar Ibrahim sekarang berkeluasan 12 x 8 kaki.

Dalam sel 'istimewa' itu, Anwar akan dibekalkan dengan katil, kerusi, meja, televisyen, bahkan besar kemungkinan juga telefon bimbit sebagaimana yang diperolehinya dahulu. Sekaligus menepati sebagaimana yang didesak oleh para peguam dan ahli keluarganya.
anwar-ibrahim-dipenjara-5-tahun

Sedikit rentetan peristiwa yang agak menarik untuk diperhatikan dan dinilai membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh selepas Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara itu.

Sepenuh di SINI

Mahfuz dan ibu Sirul ke Australia ptg ni?

Posted: 27 Feb 2015 11:33 PM PST


Khabar terbaru didengar Mahfuz dan ibu Sirul akan ke Australia dan akan berlepas pada flight 7 petang Sabtu ini.


Dahlah semalam tak muncul di PC, dia masih lagi meminta pihak media beri liputan PC pada pukul 5 ptg di balai berlepas KLIA.


 Semalam pihak sekuriti PAS memberitahu Mahfuz tak ada di ibupejabat tapi di alor Setar ketika PC yang dijadualkan. Awat tak beritahu pagi-pagi ketika PC ini tersebar?

Entah siapa pula yang troll Mahfuz ini.



Jangan nak tuduh UMNO pulak ye ... Ulamak tak mahu UMNO tolong

Hawaii untuk kumpulan ulamak ka?







JURI RAKYAT

Posted: 28 Feb 2015 07:21 PM PST

JURI RAKYAT


minyak premium dan solar naik lagi.

Posted: 28 Feb 2015 07:07 AM PST

minyak premium dan solar naik lagi.

pada malam ini minyak jenis premium dan zolar akan naik pada malam ini tgl 1/3/2015  kenaikan ini sekitar pukul 00.00 wib berlaku untuk seleuruh indonesia naiknya minyak disebabkan karena faktor minyak mentah dunia naik.
naiknya minyak bensin dan zolar untuk mensentralisasikan perekonomiaaan yang ada di indonesia kenaikan minyak pada hari minggu besok sangat disayangkan bagi masyarakat miskin dan tidak mampu tidak ada lagi minyak yang bersubsidi.
sementara dalam kenaikan minyak hanya minyak tanah masih dengan harga biasa dan tidak ada kenaikan minyak bensin dan solar berkisar Rp 200 naik.dari harga 6.600 perliter untuk minyak jenis premium.
naik turunnya minyak ini merupakan yang kesekiaan kalinya oleh pemerintah untuk menseimbangkan perekonomiaan negara republik indonesia yang merupakan beberapa faktor penyebab naiknya minyak adalah naiknya minyak mentah dunia sehingga terpaksa minyak di naikkan.
kebijakan yang diambil oleh pemerintah tentang dinaikkannya minyak bensin dan solar mengundang naiknya harga kebutuhan pokok sehari-hari walau demikiaan kita berharap ada manfaatnya dalam kebijakan ini,bagi anda yang ingin membeli stok minyak untuk keperluaan sendiri bukan untuk di perjual belikan silakan sebelum pukul 00.00 Wib. karena walaupun 2ratus rupiah sangat membantu menekan pengeluaran. 

Evgenia Sviridenko tewas main hp

Posted: 28 Feb 2015 01:14 AM PST

Evgenia Sviridenko tewas main hp.

kejadiaan tewasnya Evgenia Sviridenko dikamar mandi dikala itu dia sedang berendam namun kesalahan fatal yang dia lakukan hingga merenggut nyawanya itu akibat main hp disaat berendam di dalam bak mandi sambil online.
bagi anda jangan coba-coba bermain hanphone ketika berendam di dalam air/bak mandi apalagi hp dalam keadaan di cas sebab efeknya sangat fatal,inilah yang terjadi pada wanita ayu ini bernama Evgenia Sviridenko orang asli dari rusia.
dari tempat kejadiaan di temukan carger yang dipakai oleh Evgenia Sviridenko ternyata charger odong-odong bin rongsokan wanita asal rusia berusia 24 tahun sehingga Apple pun angkat bicara dan tak percaya peristiwa ini karena daya listrik yang di hantarkan oleh charger mustahil bisa merenggut nyawa Evgenia Sviridenko.
dikutip dari mirror teman satu apartemen dengan Evgenia Sviridenko mengatakan bahwa sahabatnya memang kebiasaanya main hp Iphone di kamar mandi,ia juga menuturkan kepada pihak yang berwajib kronologi kejadiaan tewasnya Evgenia Sviridenko.
"saya tunggu dan panggil Evgenia Sviridenko tak menjawab karena terlalu lama di kamar mandi akhirnya sahabatnya tersebut datang ke kamar mandi dan melihat Evgenia Sviridenko wajahnya pucat sudah tidak bernyawa lagi dan akhirnya saya melaporkan kejadiaan" inilahh akibat bermain hp disaat berendam di bak mandi yang meregang nyawa Evgenia Sviridenko.

Meggy Wulandari minta dicerai kiwil

Posted: 28 Feb 2015 01:12 AM PST

Meggy Wulandari minta dicerai kiwil


akibat 3 janji tidak di tepati oleh suaminya kiwil si Meggy wulandari memutuskan untuk dicerai karena dirinya merasa ikrar janji yang dulu pernah diucapkan oleh kiwil diantaranya pertam kiwil akan membagi waktu dan kasih sayangnya kepada Meggi Wulandari tidak terpenuhi meggy merasa tersingkirkan oleh istri kiwil satunya lagi yaitu Rohimah.
janji kiwil yang ke 2 akan menjaga komunikasi kepada meggy tapi kenyataan yang dirasakan Meggy Wulandari seperti orang yang tidak di berikan perhatiaan dari kiwil sehingga Meggi wulandari minta dicerai walaupun dulu mereka pernah hidup bersama kemudian bercerai menyambung pernikahan lalu minta di cerai lagi.

minta di cerai oleh Meggy wulandari dari kiwil karena janji ketika tidak bisa kiwil penuhi dan tepati apa itu janji yang terakhir dari kiwil kiwil ia berjanji akan menjadikan Meggy Wulandari istri satu-satunya berarti bererti melepaskan istri kiwil Rohimah ungkap Meggy yang meminta cerai.
kiwil dan meggy bercerai merupakan yang kedua kalinya dengan permintaan cerai dari meggy 3 permintaan maupun janjinya kiwil tidak di tepati dulu mereka rujuk serta mengulang pernikahan pada bulan 11/2014,itulah kisah meggy yang memiliki anak 1 ini yang membuat keadaan menjadi putus nyambung rujuk nikah lalu cerai lagi semoga jika ini benar-benar terjadi mudah-mudahan menjadi yang terbaik untuk meggy dan kiwil.
adakah faktor Pil (Pria idaman Lain) atau wil (wanita lain) tentu kita sudah pastikan dari kiwil benar adanya karena Wil sedangkan dari Meggy Wulandari kita belum mengetahui adanya Pil Meggy meminta agar di cerai karena 3 alasan tersebut tunggu lanjutannya pada artikel berikutnya ayo berlangganan artikel di jurirakya.blogspot.com

judika dapat gelar kebangsawanan KRH Kencana Ningrat.

Posted: 28 Feb 2015 01:10 AM PST

judika panglet berastagi dapat gelar kebangsawanan KRH Kencana Ningrat.

penyanyi judika yang sangat populer dengan lagunya aku yang tersakiti yang masih berdarah batak tinggalnya di panglet berastagi itu mendapatkan gelar kebangsawanan kerataon yogyakarta walaupun ia besar di taneh karo.
gelar judika sekarang berubah menjadi KRH Kencana Ningrat sungguh keren walaupun berbeda tempat lahir dan besar di taneh karo berastagi ia sangat bangga mendapatkan gelar tersebut meskipun berbeda adat dan tradisi.
judika mendapatkan gelar KRH Kencana Ningrat karena sering menyanyikan tembang-tembang solo dan sebagai bentuk penghargaan kepada judika diberikan gelar kepadanya gelar kebangsawanan kraton yogyakarta.
judika di hias dengan baju kebangsawan kraton yogyakarta bagaikan seorang bangsawan sehingga membuat nafasnya sulit untuk ia tarik karena hal yang belum biasa yang ia alami dan memakai baju kebangsawan kraton yogyakarta.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 28 Feb 2015 03:02 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Harga baru petrol, diesel untuk Mac 2015

Posted: 28 Feb 2015 01:39 PM PST

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam mengumumkan kenaikan harga petrol RON95, RON97 dan diesel sebanyak 25 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam tadi.

Dengan itu harga runcit baru bagi Petrol RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 dan diesel RM1.95 seliter sepanjang bulan ini.

Harga pasaran bagi petrol RON95 sepanjang bulan lalu ialah RM1.70 seliter, RON97 RM2 dan diesel RM1.70 seliter.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan subsidi bagi RON95 dan diesel dihapuskan dan harga bahan api terbabit akan mengikut kaedah pengapungan terkawal,

bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33922#sthash.OOcYPcil.dpuf

Duke of UMNO

Posted: 28 Feb 2015 02:04 PM PST

Duke of UMNO


WOW! BADRUL AMIN "TUALA" DIBENAR SAMPAIKAN KHUTBAH, BUAT PROGAM DI MASJID SULTANAH BAHIYAH, KEDAH..!!!

Posted: 28 Feb 2015 05:10 AM PST

Hebat betoi Masjid Sultanah Bahiyah, kan? 
Saya memuji Jabatan Agama Islam Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah sebab sangat berani membenarkan pemimpin kanan PKR, Badrul Amin Bahrun, untuk membuat program dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultanah Bahiyah baru-baru ni...

Walaupun saya tidak pasti sama ada Badrul Amin ada tauliah atau tidak dari JAIK untuk buat begitu, tapi keberanian pihak Masjid Sultanah Bahiyah menganjurkan program untuk Badrul Amin wajar dipuji setinggi langit...

Kalau boleh, bukan saja Badrul Amin, bawa lagi ramai pemimpin Pakatan Haram buat program kat masjid tu... lagi ramai lagi bagusssss...



Bukan apa... bukannya saya sokong sangat pun pihak pengurusan masjid tu bawak penceramah politik masuk masjid atas tiket "penceramah bebas". Saya cuma nak tengok "true colour" pihak jawatankuasa masjid tu sebenarnya...

Agak-agak la, Badrul Amin ada selit politik dak dalam program dia kat situ? Heh! Muhong sangat la kalau dia tak berpolitik sekali dalam program "ceramah khas" dia tu, kan?

Takpa... panggil lagi ramai pi bagi ceramah agama kat situ... takdak tauliah pun takpa... bukannya ada orang amik tindakan pun...

Dulu, ada sekali dah kejadian tu... ingatkan dah serik lepas kena panggil... rupanya dok buat jugak lagi... pengurusan masjid tu suka pepecahan umat Islam berlaku kat masjid tu kot? 

Sampai baca khutbah atas mimbar.. mujoq tak sebut nama Anwar Berahim ganti nama Sultan Kedah ja time doa tu..kan? Badrul Amin baca ke teks khutbah Jumaat yang disediakan JAIK? Tak ikut pun takpa kalau ikut garis isi khutbah Jumaat yang asal...

Apapun, tahniah la pengurusan masjid Sultanah Bahiyah... lepas ni boleh panggil Mahfuz Omar pulak buat program, baca khutbah dan sebagainya... elok la dipecah-pecahkan umat Islam kat Masjid Sultanah Bahiyah tu...kan? kan? kan?

Mujoq la Badrul Amin tak pakai "kain tuala" masa buat program kat situ.. kalau tidak... haruuu..! Heh!

Cucu Tok Selampit

Posted: 28 Feb 2015 01:18 PM PST

Cucu Tok Selampit


500,000 Turun Ke Ibu Kota Untuk Demo Reformasi "Undur Najib"

Posted: 28 Feb 2015 03:06 AM PST




Walaupun memo daripada Ahli Parlimen Pondan merangkap Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli telah dikeluarkan bertarikh 23/02/2015, supaya ahli-ahli Cabang PKR menghantar peserta-peserta demo (baca di sini), kehadiran pendemo-pendemo hari ini telah gagal. Tidak perlu kita letakkan berapa orang yang hadir. Biar gambar-gambar sahaja berbicara. Agak-agaknya mereka ini mewakili berapa peratus daripada keseluruhan Rakyat Malaysia? Ada tak sampai 0.000001%?

Berbanding demonstrasi 1998, Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3,0, demonstrasi hari ini yang bertema "Undur Najib" atau "Liwat Tetap Liwat" gagal sama sekali. Rafizi Ramli dan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memalukan KETUM Anwar Ibrahim dengan teruk sekali. Letak jawatan sajalah anda berdua. Selama ini demontrasi hanyalah hebat jika disertai oleh ahli-ahli PAS. Tanpa ahli-ahli PAS, PKR hanyalah sampah masyarakat!