Jumaat, 27 Februari 2015

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Landskap Siasah

Posted: 26 Feb 2015 07:33 AM PST

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA- PEMUDA PAS KEDAH MENOLAK KEMPEN GST YANG MENGELIRUKAN RAKYAT

Posted: 25 Feb 2015 04:54 PM PST


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

25 FEBRUARI 2015

PEMUDA PAS KEDAH MENOLAK KEMPEN GST YANG MENGELIRUKAN RAKYAT


Dewan pemuda PAS Kedah melihat kekerapan iklan meperomosi GST di televisyen bersifat mempermain fikiran dan penilaian para rakyat dan pengguna di negara ini kerana ia bersifat kempen yang persuasif tetapi menyembunyikan fakta yang sebenar.

Baik lakonan artis wanita, pelakon lelaki melayu terkenal sehinggalah sepasang remaja berbangsa Tionghua ia memaparkan kononnya GST adalah percukaian yang akan menurunkan harga barang sekaligus seolah tiada kesan negatif terhadap ekonomi tempatan.

Istilah, cukai kopetetif, efisyen, baik untuk pengeluar, pengilang, peniaga dan pengguna digunakan tanpa penjeladan yang sewajarnya memang cukup mengeliru rakyat.

Pihak kami bersetuju dengan Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abd Rahman, bahawa bagi barang keperluan asas seperti sayur misalnya yang termasuk dalam kategori GST Berkadar Sifar, tiada alasan bagi peniaga menaikkan harga barang kerana GST tidak dikenakan kepada pengguna memandangkan peniaga boleh membuat tuntutan semula cukai tersebut.

Namun peniaga mungkin menaikkan harga barang tertentu dengan alasan mereka menanggung kenaikan kos bagi barangan yang dikecualikan cukai dan mereka tidak boleh membuat tuntutan semula cukai.

Bagi barangan yang dikecualikan cukai kenaikan harga mungkin tetap akan berlaku atas banyak faktor.

Menurut FOMCA juga kenaikan bukan sekadar GST, barangan yang dikecualikan GST boleh naik jika harga barag menah impot dinaikkan harga.

Kempen televisyen ini giat dijalankan selepas Perdana menteri mengumumkan sekitar 56 % barangan dan perkhidmatan akan mengalami enurunan harga selepas dilaksana GST.

Pihak kami juga menegaskan GST bukan punca untuk kerajaan membuat duit akibat hutang yang kian meningkat serta pertunbuha ekonomi yang malap. GST seperti yang dikempen melalui klip lakonan dua pelakon lelaki bahawa ia tanggungjawab rakyat untuk meningkatkan ekonomi negara adalah bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslanpada Januari 2014 bahawa perlaksanaa GST bukan untuk membayar bebanan hutang negara.

Tahun lalu pada Oktober 2014 Ahli Parlimen Gua Musang menyetakan ketidakwajaran bagi kerajaan Malaysia mengenakan GST jika memang bertujuan mengaut duit rakyat untuk sama-sama memikul hutang negara.

Mendidik rakyat dengan memahamkan mereka bahawa naik turun harga hanya dengan pemboleh ubah GST adalah pendidikan ekonomi rakyat yang tidak sihat. Iklan di televisyen perlu menjlaskan sebab musabab harga barang naik dan turun bukannya memberi janji manis bahawa pnurunan harga selepas GST adalah sesuatu yang pasti berlaku.

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri  Kedah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan