Khamis, 26 Februari 2015

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Landskap Siasah

Posted: 25 Feb 2015 07:48 AM PST

Landskap Siasah


SADA NAIK DEPOSIT AIR- RAKYAT KEDAH BANGKIT BANTAH

Posted: 25 Feb 2015 02:41 AM PST


SADA NAIK DEPOSIT AIR- RAKYAT KEDAH BANGKIT BANTAH
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

KUALA NERANG - 24 Feb 2015

Tindakan Sayarikat Air Kedah (SADA) menaikkan deposit perkhidmatan tanpa warta persekutuan dan sebab munasabah telah menimbulkan kemarahan ramai pengguna air SADA. Rakyat bersama pimpinan PAS dan Pemuda PAS Kedah telah berhimpun untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka di hadapan pejabat SADA Jalan Semeliang Pekan Kuala Nerang.

" Depositi naik tanpa sebab munaabah, tiada warta persekutuan sepertimana kenaikan pada tahun 2010 semasa Kedah dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, walaupun deposit naik lihat sahaja perkhidmaan SADA, banyak kawasan di Kuala Nerang tiada bekalan air dan airnya kotor", jelas Ustaz Nasir Zakaria Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah sambil menunjukkan sampel air keruh yang diperolehi melalui bekalan air paip SADA.

Menurutnya lagi Exco yang mengurus isu air negeri kedah adalah ADUN Kuala Nerang di bawah Parlimen Padang Terap manakala ahli.Parlimennya adalah Timbalan Menteri Air akan tetapi isu air kotor dan ketiadaan bekalan air berlaku di kawasan Padang Terap ini.

" Kami rakyat marhein Padang Terap merayu kepada exco.dan Timbalan menteri tolonglah selesaikan isu ini dulu, dan bukannya bersungguh menaikkan deposit air", tambahnya lagi.

Walaupun pihak SADA memapar banyak baner menerangkan bahawa rumah ibadat tidak akan menerima kenaikan deposit namun ramai mengakui rumah ibadat turut menerima kenaikan deposit.

Sebelum ini CEO SADA ada mengeluar kenyataan media mnejawab persoalan Ahli parlimen Pokok Sena Dato' Mahfuz Omar berkenaan deposit yang dinaikan disyaki untuk menjelaskan hutang dengan kerajaan pusat. Pihak CEO menyatakan dalam (Sinar Harian 18 Feb 2015) bahawa SADA bukan syarikat buat untung dan pelarasan kadar deposit adalah biasa diambil oleh syarikat-syarikat utiliti di negara ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau juga menyatakan kenaikan ini hanya babit 1.73% daripada pengguna air SADAyang seramai 540,000 pengguna. Manakala kenaikan deposit adalah antara RM50-RM70 untuk setiap pengguna.

Himpunan bermula dengan edaran risalah sekitar pekan sehari kuala Nerangkepada orang ramai yang membeli belah dan juga parapeniaga. Rata rata pengguna air SADAsangat tidak berpuas hati caj baru yg tidak diberitahu sebab munasabah.

Himpunan disertai oleh Ketua Pemuda PAS kedah, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato'Amiruddin Hamzah, Ydp Pas Padang Terap Ustaz Azam Aziz , Adun Sg LimauUstaz Azam Bin Abd Samat, Presiden Panglima Sulaiman Ibrahim, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah Ust Idrus Ahmad, Pengarah Mobilisasi Dewan Pemuda Ustaz Fadzil Nor serta penduduk Padang Terap.

Himpunan berakhir dengan ucapan disampaikan oleh pimpinan, wakil pengguna di hadapan pejabat Syarikat Air Darulaman (SADA). Ucapan berkisar menuntut janji BN yang berjanji tidak akan menikkan caj air serta menuntut Exco Air Kedah yg juga ADUN kuala Nerang Datuk.Badrolhisham Hashim serta Timbalan Menteri Air yang juga Ahli Parlimen Padang Terap Dato Seri Mahadzir Khalid menyelesaikan.masalah ini.


Utusan Malaysia pada 14 Oktober 2010 menyiarkan kenyataan Setiausaha UMNO Kedah Dato' Ir Nawawi Ahmad bahawa BN akan menurunkan kadar tarif air jika BN menang pada PRU-13 yang .




lalu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan