Selasa, 17 Februari 2015

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Landskap Siasah

Posted: 16 Feb 2015 07:20 AM PST

Landskap Siasah


TABUNG DANA BINA RUMAH MANGSA BANJIR KELANTAN; PAS KEDAH CAPAI SASARAN

Posted: 15 Feb 2015 09:40 AM PST

TABUNG DANA BINA RUMAH MANGSA BANJIR KELANTAN; PAS KEDAH CAPAI SASARAN

SUNGAI PETANI - 15 Feb 2015

Perlancaran Tabung Pembangunan Pasca Banjir Kelantan anjuran PAS Negeri Kedah telah berjaya dianjurkan di Taman Sejati Sungai Petani malam ini dengan dirasmikan oleh YB Dato' Amirudin Hamzah selaku Timbalan Pesuruhjaya 1.

Program yang bermula pada 9 malam ini bertujuan mensasarkan pembinaan rumah sebanyak 20 buah rumah di Kelantan dengan kos sekitar RM 40 ribu sebuah.

Jumlah dana setakat yang diperolehi sehingga kini adalah melebihi RM 150 000 semasa ia diumumkan oleh Saudara Muhammad Sanusi Md Nor dan PAS Kedah ingin terus berusaha mengumpul sehingga RM 600 000 demi merealisasikan impian rakyat Kelantan yang menginginkan hak asasi paling penting iaitu tempat tinggal yang telah musnah.

YB. Ustaz Abd latif Abd Rahman, Timbalan Speaker DUN Kelantan dalam ucapan penerangannya memaklumkan sekitar 25 buah rumah telah hilang atau musnah terus, 1 surau dan sebuah masjid telah hilang kesemua dindingnya.

"Air naik dengan amat mendadak dan ia melebihi jangkauan semua rakyat Kelantan yang berpengalaman menghadapi banjir, kali ini ia terlalu dahsyat dan operasi menyelamat cukup getir" kata YB Ustaz Latif sambil menyatakan terima kasih beliau kepada beberapa kumpulan NGO yang banyak membina rumah pasang siap di Kelantan.

YB Dato'Amirudin semasa ucapan perasmian menyatakan bahawa PAS kedah akan membina rumah di Kelantan tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Ia adalah suatu amal yang merealisasikan matlamat sebenar PAS berjuang untuk kesemua bangsa dan agama teruatama dalam hal 'khairat' atau kebajikan.

Tuan Haji Muhammad Sobri Bin Haji Osman selaku bendahari Tabung Pasca Banjir pula sempat merakamkan penghargaan atas usaha gigih pada petugas PAS di kawasan-kawasan. Bukan mudah sebuah jentera parti yang tidak mengharapkan dana kerajaan untuk mengumpul sejumlah besar wang untuk saudara di negeri lain. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Merbok yang berjaya menyumbang sebanyak RM 28 000 dan menjadi penyumbang terbanyak dalam majlis malam ini serta mengumumkan akuan Maybank 552170001133 iaitu akaun Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK sebagai saluran dana.
 
Majlis ini diserikan dengan Perlancaran kempen Tambah Ahli Unit Amal Kedah dengan dirasmikan oleh Ustaz Nasir Zakaria selaku Ketua Pemuda PAS Kedah. Unit Amal Sungai Petani kini telah berjaya mengumpul keahlian baru mencecah 100 orang ahli.

Majlis ini disiarkan secara langsung melalui radio internet ubah.fm yang dikendaikan oleh DJ Fiq yang terkenal serata negeri Kedah.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan