Sabtu, 24 Januari 2015

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Landskap Siasah

Posted: 23 Jan 2015 07:09 AM PST

Landskap Siasah


PEMUDA PAS KEDAH BERHIMPUN BANTAH CHARLIE HEBDO HINA ISLAM

Posted: 23 Jan 2015 06:50 AM PST

PEMUDA PAS KEDAH BERHIMPUN BANTAH CHARLIE HEBDO HINA ISLAM

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI LAYAR - 23 Jan 2015

Rentetan kebiadaban majalah satira keluaran negara Perancis Charlie Hebdo yang mengeluar beberapa siri karikatur, ilustrasi dan rencana memperlekeh Nabi Muhammad SAW dan syariah Islam, Pemuda PAS Kedah telah mengambil inisiatif untuk berhimpun di perkarangan Masjid Penghulu Him Sungai Layar untuk menyatakan bantahan kepada pihak penerbitan tersebut.

Melalui beberapa wakil media yang hadir, deklarasi Pemuda Pas Kedah membantah tindakan Charlie Hebdo telah diserahkan untuk dihebahkan.

Sekitar 300 anak muda berjaya dihimpunkan dari segenap negeri Kedah bersama playcard dan sepanduk menyatakan bantahan terhadap majalah kontroversi berkenaan.

Mohd Nasir Zakaria selaku Ketua Pemuda PAS Kedah menyatakan perinsip Pemuda PAS jelas iaitu tidak sesekali berkomprami dengan tindakan menghina mana-mana agama. PAS buka sekadar berjuang mempertahan susuk tubuh Nabi Muhammad SAW serta syariah islam, malah Islam sebagai agama 'rahmaan lil alamin' tetap berpandangan tindakan sinikal memperlekeh mana-mana agama adalah bertentangan dengan Islam.







DEKLARASI DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

ISU PENGHINAAN ISLAM OLEH MAJALAH SATIRA CHARLIE HEBDO

23 Januari 2013

  1. Kami Pemuda Islam berhimpun pada hari mulia ini demi menyatakan asa kasih dan cinta kami kepada Junjungan Besar kami Nabi Muhammad SAW yang telah beberapa kali diperolok oleh Majalah Satira Charlie Hebdo yang berpankalan di Perancis.

  1. Kami juga berhimpun kerana mempertahan syariah dan perundangan Islam daripada diperolok melalui lukisan karikatur dan sinikal yang bertujuan menghina dan menjatuhkan maruah umat Islam.

  1. Walaupun Majalah ini hanya dikatakan terjual 20 000 naskah setiap bulan dan hanya mewakili manoriti kelompok haluan kiri Perancis namun ia juga tersebar serata Eropah dan naskhah menghina Nabi Muhammad dijual jutaan naskhah.

  1. Kami ingin menegaskan bahawa

  1. tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menggambarkan susuk tubuh Nabi Muhammad SAW.

    1. Melukis kartun menghina syariah Islam bukan suatu bentuk perhubungan inter agama yang baik dan sihat sebaliknya hanya mengundang kebencian, kemarahan dan ketidakselesaan sesama warga dunia.

    1. Islam melarang keras sebarang aktiviti menghina sesama agama yang lain.

    1. Charlie Hebdo tidak memiliki sebarang hak atas nama kebebasan bersuara untuk melukis karikatur memperlekeh Nabi Muhammad.

    1. Walaupun Charlie Hebdo menyatakan mereka mengkritik smeua pihak pada pengamatan kami hanya agama ISLAM dan NABI Muhammad sahaja yang menjadi sasaran kritikan, penghinaan daripada pihak mereka.

    1. Para ahli politik, penggiat media, para pendidik, pemimpin masyarakat, artis atau sesiapa sahaja perlu menyapaikan mesej bahawa Nabi Muhammad perlu dipelihara bukan sahaja namanya malah syariat dan sunnah besarnya juga perlu dipertahankan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan