Jumaat, 2 Januari 2015

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Jan 2015 09:39 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Samun terancang di Lebuhraya PLUS

Posted: 01 Jan 2015 07:21 PM PST




Samun terancang di Lebuhraya PLUS
1 Januari 2015

SEREMBAN - Suami isteri yang mengalami cedera parah di kepala, dipercaya diekori suspek sebelum ditetak dalam kejadian samun di Kilometer 246, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata, kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi selepas mangsa singgah di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Senawang, arah selatan.

"Rakaman  percakapan kedua-dua mangsa telah diambil semalam. Kereta mangsa terbabas akibat tayar belakang pancit.

"Kita percaya suspek telah buat sesuatu pada tayar kereta mangsa dan mengekori kereta mangsa dari belakang," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Proton Wira berwarna putih itu berpura-pura membantu mangsa sebelum menyamun dan menetak mangsa.

Semalam Sinar Harian melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Chong Kar How,24 dan isterinya, Wong Wei Yan, 24, mengalami cedera parah di kepala selepas ditetak seorang lelaki dengan menggunakan parang.

Mangsa yang menaiki kereta jenis Honda City dalam perjalanan dari Perak ke Singapura itu terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum disamun suspek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan