Isnin, 12 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Jan 2015 01:06 PM PST

Cucu Tok Selampit


Kenapa Teresa Kok Sakit Hati Sangat MyEG Menguruskan Permit Pekerja Asing?

Posted: 11 Jan 2015 11:19 PM PST


Ahli Parlimen (MP) Seputeh Teresa Kok Suh Sim mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan kaunter permohonan manual pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga masalah sistem atas talian dan bayaran MyEG diselesaikan. Beliau yang dipetik oleh akhbar tempatan berkata KDN perlu menjelaskan mengapa bayaran RM38 dikenakan terhadap perkhidmatan e-pembekal MyEG sedangkan permit sebelum ini dikeluarkan tanpa bayaran.

Bagi menjawab persoalan Teresa Kok, MyEG telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk membuat dan menyusun pangkalan data berpusat (data dimiliki oleh Jabatan Imigresen) untuk pekerja asing (dengan izin dan tanpa izin), majikan yang sah, majikan yang mengaji pekerja asing tanpa izin dan majikan yang tidak mengetahui bahawa nama mereka telah digunakan untuk mendaftar pekerja asing tanpa izin.

MyEG diperlukan untuk pergi ke semua pejabat majikan yang sah untuk mengenalpasti premis pejabat mereka serta mengesahkan pengenalan biometrik wakil mereka yang diberi kuasa. Untuk pangkalan data yang bersih dan menyeluruh, satu pihak iaitu MyEG perlu bertanggungjawab untuk itu. Bayaran RM38 yang dikenakan MyEG untuk permohonan atas talian, adalah untuk menanggung kos operasi dan pengurusan perkhidmatan permit berkenaan.

Teresa Kok turut mempersoalkan mengapa purata levi RM1,755 untuk setiap pekerja atau jumlah agregat RM4.4 bilion kini telah dibayar kepada MyEG bukannya Jabatan Imigresen. Untuk menjawab persoalan beliau ini, MyEG telah mengumpul pendapatan bagi pihak Kerajaan sejak 14 tahun lalu berjumlah lebih daripada RM20 billion untuk cukai jalan, lesen memandu, saman polis dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. MyEG dipastikan untuk membuat kiriman wang (remittance) atas semua bayaran yang dibuat kepadanya kepada Akauntan Negara pada hari yang sama. Oleh itu, MyEG tidak membuat sebarang keuntungan ke atas dana yang diapungkan (interest on float). Di samping itu, MyEG dikehendaki menyediakan deposit bon kepada Kerajaan bagi memastikan pematuhan semua syarat yang dikenakan oleh Kerajaan.

Sebuah organisasi untuk menguruskan permit pekerja asing secara berpusat amat penting bagi Kerajaan dalam mengawal kemasukan pekerja asing tanpa izin. Kita boleh melihat pekerja asing di mana-mana dalam kehidupan seharian kita. Pergi saja ke sebuah kedai kopi atau mamak dan biasanya dikendalikan oleh pekerja asing. Adakah gerai penjaja kecil sebenarnya mempunyai lesen untuk mengaji pekerja asing? Atau mereka semua adalah pekerja asing tanpa izin yang menafikan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan? Bagaimana dengan kilang-kilang yang mengambil pekerja asing tanpa izin? Ianya tidak adil kepada perniagaan yang menghabiskan wang yang banyak untuk mengambil pekerja mengikut lunas undang-undang.

Kita juga telah mendengar cerita bagaimana pembantu rumah asing yang melarikan diri selepas bekerja untuk beberapa bulan. Majikan menghabiskan lebih daripada RM10,000 untuk mengupah seorang pembantu rumah, dan adalah sangat mengecewakan sekiranya pembatu rumah melarikan diri. Persoalannya, ke manakah pembantu rumah itu pergi? Tidakkah terlintas di fikiran kita terdapat sindiket yang membawa pembantu rumah ini untuk bekerja di gerai-gerai makanan. Mengapa Teresa Kok mahu memainkan isu ini? Apakah beliau mempunyai kepentingan atau cuba melindungi sindiket pekerja asing tanpa izin?

Banjir Di Pantai Timur & UMNO Selangor - Bahagian Dan Pemimpin Mana Yang Siap Siaga Membantu?

Posted: 11 Jan 2015 10:05 PM PST



Tahniah sukarelawan UMNO Selangor dan ketua-ketua bahagian yag juga komited membantu bagi menjayakan misi bantuan pasca banjir di Temerloh. Ini adalah konvoi kali ketiga bagi UMNO Selangor. Sambil membantu mangsa-mangsa banjir, kita dapat merapatkan lagi silaturrahim. Tahniah semua. Semangat dan komitment lebih bernilai daripada wang ringgit. Selain daripada usaha murni untuk membantu mangsa-mangsa banjir, komitmen ketua-ketua bahagian yang menghantar sukarelawan amat dipuji. Inilah yang membezakan mereka dengan ketua-ketua bahagian yang lain yang bersikap tunggu dan lihat. 

Buat DS Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor, sebenarnya ini adalah ujian untuk melihat bahagian manakah yang siap siaga, boleh mengharapkan jentera bahagian bila-bila masa dan boleh bersama UMNO Selangor sebagai 'team player'. Di sini kita boleh mengenal siapakah pemimpin-pemimpin bahagian yang boleh diketengahkan untuk bersama-sama menduduki jawatankuasa UMNO Selangor.

2014 sudahpun melabuhkan tirai dan 2015 sudahpun bermula. Masa tidak menunggu kita. UMNO Selangor perlu berubah. Sebuah pasukan yang kuat perlu diwujudkan dengan segera untuk memimpin UMNO Selangor. Sebagai Pengerusi UMNO Selangor, DS Noh Omar memerlukan seorang Setiausaha yang kuat yang mampu bekerja keras dan mampu bekerja rapat dengan Pengerusi. Nama yang kedengaran melalui beberapa blog yang CTS baca adalah Dato Zein Isma. Sama ada beliau layak atau tidaak, DS Noh Omar sendiri lebih maklum siapakah yang beliau percayai.

Tiga Naib Pengerusi amat diperlukan untuk struktur organisasi UMNO Selangor yang baru dan kondusif. CTS membayangkan tiga naib pengerusi ini mewakili kawasan Bandar, Luar Bandar dan Kampung/Desa/ Kampung Baru. Tiga kawasan ini amat penting dijaga untuk menjana sokongan di seluruh negeri Selangor. Satu-satunya jabatan atau biro yang amat penting di dalam Jawatankuasa UMNO Selangor yang baru adalah Jabatan Penerangan / Pengarah Strategik UMNO. Komunikasi di alam siber, media cetak dan media massa amat penting di dalam usaha UMNO untuk menawan hati dan mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi Selangor. 

YB Budiman Zohdi adalah calon utamanya yang dilihat dan diakui paling popular di media sosial. Pendekatan politik baru yang segar dan remaja oleh beliau banyak membantu UMNO dan BN Selangor untuk meluaskan pengaruh di kalangan orang muda. Satu nama lagi yang tidak perlu dipinggirkan adalah Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Azhari Shaari. Beliau dilihat sebagai tokoh muda yang perlu diketengahkan bagi mendapatkan sokongan pengundi atas pagar. Dato Azhari adalah seorang pemimpin yang rajin dan kerap turun melalui program-program Rakyat yang diusahakan oleh beliau. Jabatan Belia, Komuniti dan Kemasyarakatan amat sesuai diberikan kepada tokoh muda ini.

Duke of UMNO

Posted: 12 Jan 2015 01:02 PM PST

Duke of UMNO


SAYA SEDIH UMAT ISLAM BUAT PERANGAI BEGINI.. CIKGU PULAK TU... HMMMM..

Posted: 12 Jan 2015 05:12 AM PST


Betul saya hairan dengan umat Islam di akhir zaman ni... terutamanya di Malaysia. Kalau ada apa-apa isu, cepat sangat percaya tanpa usul periksa. Lepas tu sebarkan...

Paling teruk tu ialah orang yang dok reka-reka cerita tu... kalau betul dan tepat tak mengapa laaa.. tapi kalau tak betul camana? Tak takut ke dengan dosa fitnah? Dosa fitnah ni tergolong antara 7 dosa-dosa besar dalam Islam...semua orang tahu, kan?

Ni cuba baca kat bawah ni... apa nak jadi ni?

 


Sedih saya... saya betul-betul sedih! Bukan dibuat-buat. Yang ditahan tu pasangan suami isteri. Kedua-duanya guru pulak tu... lebih menyedihkan saya, keduanya ditahan kat KEDAH...

Eiiii... ni boleh kasi malu orang Kedah nihhhhhh... camana ni orang Kedah? Hmmmmm...

Saya mohon pada semua, termasuk diri saya supaya kembali pada jalan Islam. Nak glemer pun, glemerlahhh... tapi buat cara Islam... rujuk hukum hakam dulu.. kalau tak tahu hukum hakam, rujuk pada ustaz-ustaz muktabar...bukan ustaz politik...

Sama ada pada mereka yang buat cerita, sebar cerita dan termasuk yang percaya cerita tu, mohon ubah la sikap tu... tak elok lagu tu.. Islam suruh kita cari kebenaran... kalau sangsi atau tak tahu, tak payah percaya atau sebar laaa... buat malu orang Islam jaaa...

Lebih-lebih lagi pada mereka yang suka buat cerita tak betul, 50% betul tapi 90% tak betul (lebih banyak tak betul dari betul), nampak macam betul tapi tak betul dan seumpamanya, tak payah la buat perangai lagu tu...boleh tak? Kesian la pada nama baik "Islam"...

Kalau cerita tu status desas-desus, tulis betul-betul "DESAS-DESUS". Kalau fakta, jangan tulis auta. Kalau cerita tu benar, tulis sebenar-benarnya... boleh kan? Semoga kita semua kembali ke jalan Allah SWT...

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 Jan 2015 11:56 AM PST

PEJUANG BANGSA


AKHIRNYA PEGUAM BIADAP ERIC PAULSEN DITANGKAP !!

Posted: 12 Jan 2015 09:52 AM PST


-  Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen yang mendakwa Jakim mempromosikan ekstrimisme di negara ini sudah ditahan di Brickfields, sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

"@PDRM baru sahaja menangkap Eric Paulsen," tulis catatan itu.

Eric dilapor membuat catatan di akaun Twitternya mengatakan: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia".

Posting itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak yang menyifatkan Eric menghina agama Islam dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan ke atasnya.  

Laporan polis telah dibuat terhadap Eric oleh Pemuda Umno hari ini.



LIHAT PENIPUAN LAWYER FOR LIBERTY..

MENIPU CAKAP 20 ORANG POLIS BERKAS ERIC PAULSEN 




TAUKE BALAK BAKAL DIHERET UNDANG2, MENTERI ADA BUKTI PEMBALAKAN HARAM DI KELANTAN

Posted: 12 Jan 2015 12:44 AM PST



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di Gua Musang, iaitu antara penyebab banjir besar melanda Kelantan, baru-baru ini.
Beliau mendakwa penerokaan haram itu membabitkan kawasan hitam yang tidak terusik sejak zaman darurat tetapi diteroka pihak tertentu sejak sekian lama.
"Saya mempunyai bukti kukuh mereka ini diberi Lesen Pendudukan Sementara untuk meneroka tetapi meneroka sehingga melampaui kawasan yang diberi kebenaran. Saya juga ada maklumat siapa yang melakukan kerja-kerja ini.
"Mereka ini antaranya tauke-tauke besar dari negara jiran. Saya harap ada undang-undang untuk mengheret mereka ke muka pengadilan," kata Shahidan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca banjir bersama agensi-agensi kerajaan negeri di Kangar.
Beliau mencadangkan setiap jalan masuk ke kawasan hutan dipasang besi penghalang dan penceroboh ditangkap serta dikenakan tindakan sewajarnya manakala pembalak disyaratkan menanam tiga batang pokok bagi setiap batang balak yang ditebang.
Shahidan berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan untuk melantik Orang Asli sebagai Renjer sukarela.
"Tindakan ini mungkin dapat mengawal pencerobohan kerana bilangan yang meneroka secara haram adalah ramai dan telah lama berlaku namun tiada tindakan diambil terhadap mereka," katanya.
Beliau berkata kerajaan pusat telah membincangkan dengan kerajaan Kelantan isu pembalakan dan penerokaan tanah secara haram ke arah meredakan masalah banjir di negeri tersebut.
Mengenai banjir di Perlis, Shahidan berkata taksiran awal kerugian petani membabitkan sawah padi seluas 2,335 hektar adalah kira-kira RM2 juta dan telah dihantar kepada kementerian berkenaan untuk mendapatkan bantuan.
"Saya berpuas hati dengan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan kira-kira 1,000 orang sukarelawan di Perlis membantu 445 keluarga mangsa banjir bulan lepas namun persediaan harus dibuat untuk meningkatkan keupayaan mengendalikan sehingga 20,000 mangsa banjir," katanya.-12/1/2015

TAHNIAH KERAJAAN CAT DAP, KELULUSAN SRP PUN BOLEH BERGELAR AHLI MAJLIS @dzainalabidin

Posted: 11 Jan 2015 08:30 PM PST





PULAU PINANG 9 Jan. – Pelantikan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekali lagi mencetus kontroversi selepas terdapat individu yang dikatakan tidak layak didakwa dilantik sebagai Ahli Majlis baharu bagi penggal 2015. KLIK DI SINI

 Menurut sumber dalaman, salah seorang Ahli Majlis MPPP itu yang mengisi kuota parti politik hanya berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). 

Sedangkan menurut beliau, syarat pendidikan paling rendah bagi membolehkan seseorang dilantik sebagai Ahli Majlis adalah perlu sekurang-kurangnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Dalam masa sama, beliau turut mempersoal kelayakan Ahli Majlis yang mengisi kuota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa turut tidak menepati syarat kelulusan akademik.

"Bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh terlepas pandang syarat kelayakan akademik dalam melantik Ahli Majlis MPPP yang baharu sehingga melantik individu yang tidak layak?

"Kerajaan negeri perlu menjawab dakwaan ini kerana perkara ini ada kaitan dengan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) yang kononnya diamalkan mereka selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Selasa lalu,

Kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan pelantikan enam muka baharu Ahli Majlis MPPP bagi penggal 2015 termasuk Yang Dipertua Pas Tanjung, Yacoob Omar yang menggantikan Bendahari Pas negeri, Iszuree Ibrahim.

Lima lagi muka baharu termasuk masing-masing dua wakil yang mengisi kuota DAP dan NGO manakala seorang lagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Iszuree sebelum ini disingkirkan semua jawatannya dalam MPPP selepas terbabit mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung dasar perumahan dalam Muktamar Pas Ke-60 di Johor baru-baru ini.

Pelantikan Ahli Majlis MPPP sebelum ini pernah mencetus kontroversi melalui pelantikan Nur Fitriah Abdul Halim pada 2013 yang menimbulkan tanda tanya kerana didakwa dipilih semata-mata bagi mengisi kuota Melayu dan jantina.

 Pelantikan Nur Fitriah, 26, yang merupakan seorang pereka grafik juga dipersoal banyak pihak kerana didakwa dilantik atas dasar kroni memandangkan beliau juga difahamkan tidak melalui proses temu duga.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail ketika ditanya mengenai dakwaan berkenaan berkata, beliau bukan individu yang layak untuk membuat kenyataan berhubung perkara tersebut.

"Pelantikan Ahli Majlis bukan dibuat MPPP tetapi dilantik oleh kerajaan negeri. Jadi saya tidak boleh komen," katanya. Bagaimanapun, usaha mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow tidak berjaya kerana beliau gagal dihubungi. - UTUSAN - 


Komen GPB

Dulu LGE pernah bercakap jika mana-mana ahli majlis tak perform , akan ditamatkan khidmatnya . Sekarang perlantikan seorang Ahli Majlis dibuat LGE  pun tak melepasi syarat akademik ditetapkan .

Apakah sebab pemilihan ahli majlis kerana faktor kroni hinggakan yang tidak layak pun boleh dapat ?  Maklum la sekarangkan  elaun ahli majlis meningkat dan semua orang berebut nak menduduki jawatan itu .




PENGANJUR BENGANG MEDIA TULIS PERLAKUAN CABUL AKSI K POP PELUK PEMINAT

Posted: 11 Jan 2015 07:16 PM PST




 Berikutan insiden kurang menyenangkan yang kini hangat diperkatakan mengenai  tingkah lakubeberapa peminat  perempuan Melayu Islam yang terlalu teruja dengan kumpulan artis K-Pop, B1A4, pihak penganjur acara berkenaan, TGM Events tampil menjelaskan duduk perkara melalui laman Facebook rasmi mereka.

Berikut adalah isi kandungan penjelasan tersebut:

Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.

Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.

1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.

3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

4)  Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.

5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.

Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.


PEGUAM PAKATAN ERIC PAULSEN TERUS DIKECAM MEMFITNAH JAKIM & KHUTBAH JUMAAT

Posted: 11 Jan 2015 04:56 PM PST



Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang menyelar sekeras-kerasnya tindakan seorang peguam yang memuatnaik kenyataan di laman sosial Twitter miliknya seperti berikut : 'Jakim is promoting extremism every Friday. Govt needs to address that if serious about extremism in Msia.' Kenyataan Eric Paulsen jelas dilhat menyentuh sensitiviti agama Islam dan mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan seluruh umat Islam khususnya orang Melayu di negara ini.

Jikalau kenyataan beliau merujuk kepada khutbah Jumaat,  sebagai seorang peguam, Eric Paulsen sepatutnya mendengar isi khutbah Jumaat yang sentiasa mengajak umatnya ke arah kebaikan dan kesempurnaan hidup.

 Kami ingin tany beliau, bagaimana beliau boleh membuat tuduhan sebegitu? Adakah beliau pernah mendengar khutbah jumaat untuk membuat  tuduhan sebegitu? Jika beliau pernah mendengar khutbah jumaat, adakah beliau faham isi kandungannya?

Walaupun kenyataan ini didapati telah dipadam, tetapi ianya tidak boleh membendung kemarahan umat Islam di negara ini. Mengambil pepatah Melayu lama yang berbunyi, 'Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya.' Tindakan Eric Paulsen dikhuatiri menimbulkan keadaan yang tidak dapat mengawal emosi dan kemarahan umat Islam seterusnya mengundang kepada perkara-perkara yang tidak diingini.

Maka untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang menuntut agar Eric Paulsen memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam atas tindakannya seterusnya menarik balik kenyataan yang dibuat.Jangan cuba bermain dengan api dengan mengeluarkan kenyataan jahil dan bongkak yang amat memalukan.

Akhir kata, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang memohon kepada seluruh rakyat Malaysia di negara ini supaya saling menghormati dan menjaga sensitiviti antara kaum, agar negara kita terus aman dan sejahtera. Jangan melampaui batasan yang ada. Memang kita sedia maklum dan mengakui bahawa hak bersuara adalah hak individu, tetapi itu bukan bermakna individu itu bebas berkata apa sahaja tanpa batasan. Jika jahil akan bab-bab kebenaran, janganlah menjadi dungu dengan bercakap perkara-perkara yang boleh menyerlahkan kebodohan. Jangan menjadi manusia yang 'jack of all trade (tahu macam-macam)' sepanjang masa, sehingga semua perkara ingin dipersoalkan.

Hormatilah pelbagai ujud kaum di negara ini, yang terdiri daripada pelbagai pecahan etnik dan agama. Jagalah sensitiviti antara kita, agar perasaan syak wasangka dan rasa tidak puas hati dapat dihindari.

Salam Hormat Daripada Saya,

RAFIZAL BIN ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang

IPOHMALAY

Posted: 12 Jan 2015 09:53 AM PST

IPOHMALAY


Sungai Rokam, Ipoh dilanda banjir kilat

Posted: 12 Jan 2015 08:42 AM PST

Sungai Rokam, penempatan orang Melayu di Gunung Rapat, Ipoh, dilanda banjir kilat awal malam tadi ekoran hujan lebat selama tiga jam bermula jam 5:00 petang yang telah menyebabkan Sungai Pinji melimpah.

Banjir kilat walaubagaimanapun surut sepenuhnya pada pukul 10:30 malam.

Ipoh terletak antara 40 hingga 50 meter dari aras laut dengan punca hulu sungai tidak lebih dari 50 km tidak berhadapan dengan bah walaupun berlaku hujan monsun kecuali banjir kilat yang surut dengan cepat.






Cerapan Met Malaysia jam 6:20 petang.

ڤلواڠ بوروقكن اسلام تيبا بيلا اسلام برڤچه

Posted: 12 Jan 2015 02:49 AM PST

تيدق دينافيكن لاڬي، ڤربواتن بوكن اسلام د نڬارا اين تله مولا ملڠڬر باتس-بستس يڠ واجر اونتوق مريك


تاهون 2015 سهاج، مريك ممولاكن دڠن دوا ايسو



ڤرتام، مريك مڠوتوق اسلام سكرس-كراسڽ د لامن ويب ڤمبڠكڠ بركايت سراڠن چرلي هيبدو



كدوا، مريك مولا مڠوتوق اسلام باڬي ممڤرتاهنكن ڤڬوام يڠ ممڤرسوالكن خطبة جمعة جاكيم، اراچ ڤاولسين



سمنتارا ايت، اومت اسلام تروس برڤچه د نڬارا اين انتارا ڤواق يڠ مڠنلڤستي اين سباڬاي كبيادڤن ملولو دان ڤربواتن يڠ برچڠڬه دڠن نيلاي-نيلاي كڤلباڬايان اڬام د نڬارا اين، دڠن ڤواق-ڤواق يڠ كونونڽ لبيه اسلاميك يڠ ممڤرتاهنكن سكوتو ڤوليتيك مريك دالم اڤ جوڬ سڬي ترماسوق سكيراڽ سكوتو مريك ايت مڠهينا اسلام



اڬام مريك تيدق بوليه دسنتوه. جاڠن اد يڠ مننتڠ دقيه ڤڽيبارن اڬام مريك. تتاڤي ڤد ماس يڠ سام، مريك دڠن تيبا-تيبا مڽنتوه دان ممڤرسوال عباده اورڠ اسلام. شعار اورڠ اسلام سڤرتي چونتوه ممڤرتيكايكن اذان



سهيڠڬ بيلا اومت اسلام اكن تروس جادي سڤرتي كوچيڠ جالنن يڠ تاكوتكن اورڠ لالو لالڠ د نڬارا اين؟ كلمهن يڠ كتارا اينله يڠ مڽببكن كبيادڤن بوكن اسلام ك اتس اڬام اسلام سماكين منجادي-جادي



ليهتله ملايو سيڠاڤورا يڠ لنتڠ دالم ڤرساتوان مريك. مريك ممڤو ممبواتكن سأورڠ چينا اصل مليسيا داوسير دري سيڠاڤورا كران مڠكريتيك مجليس ڤركهوينن اورڠ ملايو



چينا-چينا د سيڠاڤورا سأكن-اكن سماكين تاكوت دڠن سوارا اورڠ ملايو اسلام د سيڠاڤورا يڠ هاڽ برجومله 14% دري ڤوڤولسي رعيتڽ. جك حقيقة هاري اين 40% دري ڤندودوق سيڠاڤورا اداله بوكن ورڬنڬارا، اورڠ ملايو اسلام د سان چوما 8.4% دري ڤوڤولسي كسلوروهن. تتاڤي سوارا مريك لنتڠ سهيڠڬ د نڬارا كمبر إسرائيل ايت، تياد ورڬڽ يڠ بوكن اسلام يڠ براني مڠهينا اڬام اسلام سچارا تربوك



اڤ سوده جادي دڠن نڬارا اين؟ بيلاكه اومت اسلام د نڬارا اين واجر بڠكيت دري تيدور؟ ڬرتاكن د اينترنيت دڠن انچمن ككراسن ڤون هاڽله سيا-سيا



علمو د دادا تيدق منچوكوڤي اونتوق ملاوان مريك دڠن كات-كات، دڠن بهاس، دڠن ديناميك فكتا دان ڤاليڠ ڤنتيڠ، تيدق ممڤو برساتو دان ملتقكن كڤنتيڠن ڤوليتيك د تڤي، لالو برسام ممبوات هنتامن برعلمو



هاري اين، د ميديا سوسيال، سسواتو يڠ بلوم ڤرنه ترجادي سبلوم اين مولا مكر. كريستيان دري سابه دان سراوق مولا براني مڠهينا نيلاي-نيلاي اسلام دان ممڤرتيكاي انوتن اورڠ ملايو د سمننجوڠ. سينتيمن انتي ملايا مولا منيڠكت كران دبكر اوليه توكڠ ڤروۏوكاسي دري سبله سيني



اڤ علمو دان كبيجقسنأن يڠ كيت اد دالم مڠكڠ حال اين؟ كيت تيدق بوليه مڠهارڤكن كراجأن. ملايو سيڠاڤورا تيدق مڠهارڤكن كراجأن ڤون. مريك مڠهارڤكن علمو يڠ مريك اد حاصيل دري ڤنيڠكتن تارف ڤنديديقن يڠ سيڬنيفيكن



كسيمڤولنڽ جلس. ساڠت مالو منجادي ملايو اسلام د مليسيا. ساڠت مالو. اڬام ڤڽاتوان اين برجاي دڤچهكن اوليه كافير سوڤاي سنڠ مريك منجالنكن ميسي منجاديكن اسلام ايت كليهاتن بوروق. ساتو قاعده دعوة ترسمبوڽي يڠ ملايو اسلام نڬارا اين ڬاڬل اونتوق فهمي

Dakwaan Ukraine tembak MH17 semakin jelas

Posted: 11 Jan 2015 05:17 PM PST

Dakwaan bahawa Ukraine menembak jatuh pesawat MH17 Amsterdam - KL 17 Julai lalu semakin menyerlah apabila seorang saksi mendedahkan tentang juruterbang pesawat tempur Ukraine yang di dakwa menembak jatuh pesawat MH17.


Juruterbang jet tempur tentera Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk sehingga mengorbankan 298 orang. – AGENSI -


KIEV 11 Jan. - Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut.


Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.


Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.


BACAAN LANJUT : UTUSAN MALAYSIA



​Tunjuk perasaan di Kedutaan Rusia , Jalan Ampang dipimpin Pemuda UMNO beberapa hari selepas pesawat MH17 ditembak jatuh.

bumiyang

Posted: 12 Jan 2015 03:47 AM PST

bumiyang


Job Scope MB Selangor Termasuk Cuci Kain???

Posted: 11 Jan 2015 05:00 PM PST

tunku

Posted: 12 Jan 2015 03:01 AM PST

tunku


Jakim: Concert organisers must heed Islamic guidelines

Posted: 12 Jan 2015 12:00 AM PST


Event organisers have been told to abide by entertainment guidelines issued by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), after public outcry over a viral video of South Korean K-pop band B1A4 members hugging and kissing tudung-clad female fans during a recent concert.

Its director-general Datuk Othman Mustapha said the incident had "shamed Malaysia and the Muslim community" and urged concert organisers to weigh both the positive and negative implications before organising an event.

Jakim had issued an Islamic guideline on entertainment in 2007 to be referenced by event organisers and agencies before conducting their programmes.

Othman said Jakim had not been informed of this concert and had no knowledge of it.

He also questioned if the organisers were diligent in following these guidelines.

"The concert organiser must bear responsibility and not indemnify themselves.
"Any event that contravenes Islamic morals and the cultural decencies of Malaysi
ans should not be allowed to take place," Othman said in a statement on Monday.
He said the Federal Territory Religious Department (Jawi) had been instructed to take necessary action as the concert was held in Kuala Lumpur.

He said that Jakim was ready to cooperate with the Foreign Artists' Film Screening and Performance central agency (Puspal) when it summons the concert organiser to explain the incident.
Othman also advised the younger generation preserve their self-respect and not allow themselves to be taken advantage of by their idols.

"There is no such thing as personal right or freedom in doing something that violates Islamic principles.

They should have a sense of shame, and covering themselves with the proper attire is a way to hide that shame," he added.

A three-minute video clip of the South Korean band's members hugging and kissing female Malay fans on stage went viral on social media on Sunday, prompting criticism from Internet users.

The concert organiser, TGM events, has since apologised for the incident and said in a statement that the female fans had gone on stage willingly.

The company also said it had never nor would it ever condone any form of sexual harassment or molestation during its events.

Divers retrieve 'black box' data recorder from AirAsia wreck

Posted: 11 Jan 2015 09:41 PM PST

Indonesian navy divers on Monday retrieved the black box flight data recorder from an AirAsia airliner that crashed two weeks ago, killing all 162 people on board, a government official said.
Flight QZ8501 lost contact with air traffic control in bad weather on Dec. 28, less than halfway into a two-hour flight from Indonesia's second-biggest city of Surabaya to Singapore.

"At 7:11, we succeeded in lifting the part of the black box known as the flight data recorder," Fransiskus Bambang Soelistyo, the head of the National Search and Rescue Agency, told reporters at a news conference.

The second black box with the cockpit voice recorder has been located, based on pings from its emergency transmitter, but not yet retrieved, Madjono Siswosuwarno, the main investigator at the National Transportation Safety Committee, told Reuters.

Officials hope the black boxes, found near the wrecked wing of the plane, will reveal the cause of the crash. The national weather bureau has said seasonal storms were likely a factor.

The recorders are expected to be taken to the capital, Jakarta, for analysis and it could take up to a month to get a complete reading of the data. Officials did not provide details of the condition of the black boxes.

"The download is easy, probably one day. But the reading is more difficult ... could take two weeks to one month," Siswosuwarno said.

Over the weekend, three vessels detected "pings" that were believed to be from the black boxes, but strong winds, powerful currents and high waves hampered search efforts.

Dozens of Indonesian navy divers took advantage of calmer weather in the Java Sea on Monday to retrieve the flight recorder and search for the fuselage of the Airbus A320-200.

Forty-eight bodies have been retrieved from the Java Sea and searchers believe more will be found in the plane's fuselage.

Relatives of the victims have urged authorities to make finding the remains of their loved ones the priority.

"All the ships, including the ships from our friends, will be deployed with the main task of searching for bodies that are still or suspected to still be trapped underwater," Soelistyo said, referring the multinational force helping with the search and recovery effort.

Indonesia AirAsia, 49 percent owned by the Malaysia-based AirAsia budget group, has come under pressure from authorities in Jakarta since the crash.

The transport ministry has suspended the carrier's Surabaya-Singapore licence for flying on a Sunday, for which it did not have permission. However, the ministry has said this had no bearing on the crash of Flight QZ8501.

President Joko Widodo said the crash exposed widespread problems in the management of air travel in Indonesia.

Separately on Sunday, a DHC-6 Twin Otter operated by Indonesia's Trigana Air crashed on landing at Enarotali Airport in Paniai, Papua.

Strong winds caused the aircraft to roll over, domestic news website Detik.com reported, with no injuries to the three crew members on board. The plane was not carrying any passengers.

Panglima Perang Cyber

Posted: 11 Jan 2015 11:48 PM PST

Panglima Perang Cyber


ISMA Kecam @EricPaulsen101 Tuduh JAKIM Sebar Ekstremisme Selepas Gelar PAS 'Gila Seks' !!!

Posted: 11 Jan 2015 10:06 PM PST


Eric Paulsen biadap terhadap Islam dan umatnya | ISMA

eric paulsen


BANGI, 12 Jan – Kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang mengaitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyebaran fahaman ekstremis memperlihatkan kebiadabannya terhadap umat Islam dan pengamalannya di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Profesor Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, menuduh JAKIM mempromosikan agenda ekstrem melalui khutbah Jumaat pada setiap minggu ternyata membuktikan beliau seorang yang biadap.

"Dia perlu diajar selayaknya agar lebih beradab dan berbahasa.

"Isunya bukanlah untuk menyatakan kekebalan JAKIM atau institusi agama daripada kritikan yang membina.

"Tetapi apa yang lebih penting ialah institusi masjid dan khutbah Jumaat telah sebati dengan rakyat Malaysia sejak ratusan tahun yang lalu," ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian bagi mengilas tindakan Eric yang membuat tuduhan dengan mengaitkan Jakim menyebarkan fahaman ekstremis.

Eric dalam kenyataan Twitter miliknya, menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Kata Dr. Zainur Rashid, apa yang Eric lakukan boleh dilihat sebagai serangan secara bersiri dan terancang oleh golongan yang mendokong agenda liberalisme tajaan Barat terhadap kedaulatan Islam di Malaysia.

Justeru, kerajaan mesti bertegas dengan tindakan provokasi yang dilakukan oleh mana-mana pihak seumpama ini dan bertindak segera sebelum ia terus merebak dan menimbulkan perbalahan di kalangan rakyat Malaysia

"Kepada semua umat Islam di Malaysia daripada apa jua latar belakang, kita haruslah menginsafi dengan agenda tajaan Barat ini.

"Kita perlu bersatu dan mendepaninya bersama.

"Kita mesti melihat segala permasalahan yang berlaku di Malaysia dengan jiwa yang besar dan bersedia untuk bersepakat bagi memertabatkan Islam dan masa depan umat," ujarnya.

http://www.ismaweb.net/2015/01/eric-paulsen-biadap-terhadap-islam-dan-umatnya/


nota : dia ni pernah gelar PAS gila seks dan hina hudud.






Sent from my iPhone

K- Pop Peluk Wanita Bertudung - Siapa Penganjur ??? @NajibRazak @dsjamilkhir

Posted: 11 Jan 2015 02:50 AM PST

Apakah tindakan kita bila melihat artis luar negara ini ?

Siapa yang beri kelulusan ?

Belantan

Posted: 11 Jan 2015 11:30 PM PST

Belantan


Kapal nelayan Malaysia sah ditenggelamkan?

Posted: 11 Jan 2015 04:15 AM PST


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia dengan nombor pendaftaran PKFA 7738 ditenggelamkan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara itu pada 8 Januari lalu.


Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini menyelar tindakan tersebut dan meminta Indonesia meneliti semula undang-undang domestik berhubung isu berkenaan bagi menjamin keselamatan nelayan pada masa depan.

Malaysia turut bersedia mengadakan perbincangan dengan Indonesia berhubung insiden tersebut.

Selanjutnya sila baca di sini

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 11 Jan 2015 11:21 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEGUAM SENGAL: APA HAK KAMU HINA KHUTBAH JUMAAT DAN AGAMA KAMI???

Posted: 11 Jan 2015 08:08 PM PST


Nak kata tak belajar tinggi ada kelayakan jadi lawyer.

Nak kata warga asing dia ada status kewarganegaraan, ada surat beranak dan I/C Malaysia.

Tapi mungkin dia tak pernah ada perasaan hormat pada orang Islam atau tak pernah kena penampar orang Melayu atau tak pernah lihat bagaimana Melayu mengamuk libas parang penggal kepala nenek moyangnya yang dulu pernah mengganas menjadi komunis di hutan.

Bukan setakat agensi kerajaan yang menjalankan kerja-kerja dakwah dihinanya, tapi orang-orang Islam tak kira samada dari UMNO atau PAS atau NGO-NGO Melayu-Islam semuanya tak terlepas dari cercaan mulut capoinya.    



Mungkin beliau merasakan dirinya terlalu hebat dilindungi pemimpin Anugerah Tuhan yang bisa memberinya syafaat pertolongan apabila diperlukan?

Tapi sejauhmana peguam sengal Eric Paulsen yang bermentaliti western liberal ini boleh berdalih itu ini mengelak dari hukuman undang-undang Akta Hasutan?

Sekarang ramai yang dok cari peguam sengal ni, hinggakan terpaksa diberi kawalan ketat oleh para penyokongnya termasuklah Tipah Koyak, Ambiga, Sister in Islam dan puak-puak pakatan liberal yang mengaku sebagai We are the Son of God.

Adakah selama ini kita lihat ada umat Islam mempersoalkan ucapan paderi-paderi di gereja-gereja setiap Sunday Sermon atau mempersoalkan apa yang sami-sami ucapkan di hadapan penganut-penganut ajaran mereka?

Khutbah Jumaat adalah rukun wajib dalam setiap solat Jumaat. JAKIM sebagai agensi agama Islam tertinggi di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa membuat dan menyampaikan khutbah di negeri-negeri tidak beraja. 

Sedangkan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri di bawah kuasa sultan masing-masing berhak menulis teks khutbah untuk dibacakan setiap kali solat Jumaat di semua masjid, madrasah dan surau di bawah pentadbirannya. 

Tapi peguam sengal ini lebih berminat mendengar khutbah Jumaat bukan untuk mempelajari Islam tetapi mencari apa point yang boleh digunakan untuk memperlekehkan Islam. 

Dulu bapa segala rasis DAP mempersoalkan ayat Quran kini ia menjadi inspirasi puak-puak kafir harbi belaan PKR mengkritik khutbah Jumaat.
Dulu situasi begini tidak berlaku di Malaysia. Semua rakyat mahu hidup harmoni. Tapi sejak ada pemimpin yang galak merebut kuasa dengan memberontak di jalanan, maka segala hak orang Melayu-Islam mahu dilanggar tanpa aturan!

Rasanya lebih baik pihak Polis cepat cekup, dakwa dan sumbat dalam penjara peguam sengal ni. 

Cari jangan tak cari...Bukan susahpun nak cari rumah, kelibat dan pejabat musibat ni.

Kalau dibiarkan bebas tanpa hukuman rasanya boleh lunyai apek ni dikerjakan rakyat. Kalau tak pun orang-orang yang menyokongnya pula akan dikerjakan.  Ketika itu mungkin sudah lambat...

Apa....dengar kata lu mau lari ke Jerman minta suaka politik....ya dipersilakan kalau lu berani langgar sama itu Imigresen dan Interpol!


GURU MINTA MAAF ATAU KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA MOHON MAAF?

Posted: 11 Jan 2015 04:00 PM PST


Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suami isteri berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sebuah rumah di Kodiang, Kedah, pada 12 tengah hari semalam.

"Suspek disyaki menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp yang kononnya ada mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai dan ia merupakan mesej yang berbaur fitnah serta palsu.

"Kedua-dua suspek bekerja sebagai guru, kita tahan suspek untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar mengenai tangkapan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Baharu hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman.

Mazlan berkata pasangan itu akan direman untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata 11 kematian direkodkan manakala dua mangsa masih hilang dalam kejadian banjir besar yang melanda Kelantan bulan lepas.

- Bernama

EDISI SAMUN WANG RAKYAT SKALA BESAR: AMBIL KESEMPATAN ATAS KESEMPITAN RAKYAT!!!

Posted: 11 Jan 2015 08:43 AM PST


Hahahah untuk sekalian kalinya puak-puak PASMA yang bertopengkan Dewan Pemuda PAS akan melancarkan tabung pembinaan rumah untuk mangsa-mangsa banjir di Manek Urai dan lain-lain kawasan yang terjejas teruk di Kelantan.

Untuk sekalian kalinya juga rakyat akan tertipu dengan mainan kata-kata dan pembohongan puak-puak PASMA untuk mendajjalkan Menteri Besar Kelantan. 

Apa tidaknya nama beliau dipergunakan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan kutipan itu berlangsung di sana sini.


Bagi PAS bukan susah untuk mencari audien. 

Adakah saja majlis penerangan isu-isu semasa kononnya akan membongkar satu isu yang amat sensasi... 

Letak semua gambar pemimpin besar mereka yang lawa-lawa walaupun ada yang dah kerepot...

Upah seorang dua bekas ahli UMNO yang kecewa untuk serah borang keahlian PAS di pentas utama ceramah...

Panggil retis mak janda meletup bagi tazkirah...

Panggil aktis rockers yang dah insaf tapi mulut capoi suka kutuk Najib atau Rosmah...

Panggil ostad-ostad suka buat lawak bodo hina UMNO atas nama dakwah, usrah dan tazkirah...

Buat bazar jual tudung-tudung terbaru, paling baik kalau ada jual ubat kuat jantan perkasa...tukang ubat jadi testimoni beristeri dua dan tiga...tak lupa juga jual baju-baju anti kerajaan dan GST...

Pasti penuh 'majlis-majlis ilmu' itu yang sarat dengan fitnah adu domba...lepas tu lancarkan tabung-tabung yang akan berkeliaran sana sini menagih derma atas nama jihad.

Perumahan percuma untuk rakyat???
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-bina-rumah-percuma-untuk-mangsa-banjir

Senangkan hidup menipu rakyat untuk sekalian kalinya lagi?

Mana perginya wang kutipan yang dahulunya dilancarkan satu per satu? 

Mana perginya lebuhraya rakyat....?

Mana stadium rakyat...?

Mana ladang rakyat?

Bila dah jadi malapetaka tsunami banjir begini buat sekalian kalinya sekali lagi Tabung Perumahan Rakyat Budiman akan dilancarkan bagi menagih derma rakyat.

Bagus bunyinya bila rakyat akan dapat rumah percuma yang kosnya cuma RM37,000 sahaja dengan keluasan 34x 24 meter persegi...ada 3 bilik tidur, ruang tamu, tandas, dapur dan beranda

Sekali lagi hebat bunyinya..., siap dikatakan percuma kepada rakyat...fuyooooo


Tapi kita masih sangsi adakah dengan harga RM37,000 dengan spesifikasi yang dinyatakan mampu berdirinya rumah yang dicanangkan itu. 

Apakah material yang akan digunakan...dinding batu-bata, konkrit IBS atau plywood?

Atap zink atau atap genting, tiang guna kayu jenis apa dan gred apa ataupun guna konkrit tetulang?

Bagaimana dengan kos mengecat, wiring dan plumbing?....

Meh kita tengok sini beza kos binaan dambaan PAS dengan realiti sebenarnya ...

Rumah mangsa banjir dambaan PAS lebih murah yer...mungkin kot kos bahan mentah di Kelantan lebih murah berbanding di Selangor?
http://www.mudah.my/Bina+Rumah+budget+Sederhana+dan+rendah-31558416.htm

Persoalan lagi satu...adakah wang kutipan tabung itu nanti akan sampai ke tangan penerima yang juga mangsa banjir?

Nak beli lot rumah saja Pemuda PAS dah tetapkan RM10,000 se lot. Berapa pulak kos pembinaan rumah yang lengkap nanti? 

Tu pun tak boleh nak bina pelan rumah sesuka hati, semuanya telah ditetapkan oleh PAS. Mangsa tak der pilihan !

Masihkah kita ingat lagi dengan keluasan bazar Tok Guru di Kota Bharu yang dicanangkan hebat itu...12x10 meter sampai berlaga bontot ...kecil macam liang lahad.

Ramai lagi yang rosak rumah

Di Kelantan saja dianggarkan 2,677 buah rumah musnah sepenuhnya. Sementara beribu-ribu lagi rumah yang rosak tetapi masih boleh dibaiki akan dikenalpasti dan taksirkan kerosakkannya oleh Pejabat Jajahan.

Dalam Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan yang dipengerusikan bersama antara kerajaan Negeri dan Pusat pada 10 Januari 2015 lalu telah memutuskan terdapat tiga jenis penempatan yang akan dilaksanakan, iaitu penempatan serta-merta di bawah MKN. 

Sebanyak 21 buah rumah transit dibina dengan bantuan kerajaan Negeri Terengganu di Dabong untuk mangsa-mangsa banjir. Rumah dibina dengan bantuan 1000 sukarelawan termasuk 100 orang tukang kayu Terengganu.
http://beritasini.blogspot.com/ 
Sebanyak 3,000 buah khemah transit pebagai saiz akan dipasang untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir di seluruh Kelantan. Foto ini menunjukkan sebahagian 171 buah khemah dipasang di padang sebuah sekolah di Gua Musang untuk penempatan mangsa banjir.
http://merdeka-online.com/home/3000-khemah-sementara-disediakan-kerajaan/

Manakala penempatan sementara dan pembinaan rumah kekal akan dibangunkan oleh kerajaan Pusat, kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atau badan bukan kerajaan (NGO).

Tapi Tabung anjuran puak-puak PASMA ini termasuk dalam kategori mana? NGO atau kerajaan Negeri?

Berapakah anggaran wang yang akan dikutip oleh tabung terbaru PAS ini dan berapa pula rumah yang akan dibina hasil kutipan wang tersebut?

Adakah rakyat tahu taktik puak-puak ini menggunakan nama tabung banjir tetapi sebenarnya mereka nak songlapkan hasil kutipan itu untuk dana pilihanraya di Sarawak ataupun dana turun berdemo di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015 kononnya menentang perlaksanaan GST?

Mereka menentang macam mana sekalipun GST tetap dilaksanakan 1 April 2015. Yang pasti tak semuanya duit kutipan akan dibelanjakan untuk demonstrasi ...yang puak-puak 'amil' PAS juga nak kedarah duit tu... 
  
Kutip duit lagi...orang sibuk pasal banjir di Pantai Timur mereka sibuk nak pergi huru-harakan Sarawak.
Kita amat-amat sangsi dengan hasil kutipan itu nanti yang pasti ada penyelewengan sepertimana tabung-tabung sebelumnya.

Mungkinkah ini cara PAS untuk menyamun wang rakyat dengan skala yang besar?

Mungkin ini juga sebagai taktik untuk menunjukkan sesungguhnya segelintir puak-puak dalam PAS yang berjiwa PASMA begitu prihatin pada rakyat? 

Presiden PASMA kan Husam Musa si broker balak yang tak dijadikan sebagai MB tu...


Kenapa tak saja Husam Musa membelanjakan segala keuntungan yang beliau perolehi selama ini hasil penjualan balak-balak dengan saudara sepupu sepapat; Nga dan Ngeh bagi bina semula perumahan rakyat yang rosak akibat diterjah balak-balaknya yang hanyut?

Setakat hantar kayu balak depan rumah tak de maknanya... 

Mereka ini memerlukan rumah baru...namun adakah mereka ini akan dapat rumah transit sepertimana yang dijanjikan percuma oleh pengutip-pengutip derma tabung dari puak-puak PASMA itu?






SOALAN, SIAPA DIA PENGGANTI NAJIB ITU?

Posted: 11 Jan 2015 04:02 AM PST

Artikel pilihan hujung minggu:

SAYA membaca dengan teliti pandangan sahabat blogger saya ini ,kami mempunyai pandangan yang berbeza, anda boleh terus membandingkan pemikiran kami.

Pengaruh Tun Dr. Mahathir dalam pemikiran rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan, pertama kerana beliau seorang yang mempunyai seni politik dan seni mentadbir yang bagus, kedua Tun Dr. Mahathir seorang yang sangat yakin apa yang difikirkan dan dilakukannya adalah benar, ketiga Tun Dr. Mahathir telah memerintah lebih dua dekad, dan keempat Tun Dr. Mahathir seorang yang patriotik. 

Kesimpulan pertama, seorang doktor perubatan akan berusaha tidak melakukan kesilapan semasa manage pesakit mereka walaupun dalam kalangan doktor ada pelbagai managementyang berbeza ke atas pesakit mereka. Maksud saya, lumrahnya seorang doktor tidak akan merosakkan atau membunuh.

DS Najib melalui zaman yang sangat-sangat mencabar dalam sejarah 6 Perdana Menteri Malaysia. Kejadian pesawat MAS MH370 dan MH17, banjir maha besar khususnya di Kelantan, pencerobohan di Lahad Datu dan pelbagai ancaman luar dan dalam yang sangat kompleks kejadiannya. 

Pendek kata, zaman DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir adalah dua zaman yang sangat berbeza.
Perbezaan DS Najib dan Tun Dr. Mahathir
Perbezaan di antara DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah, apabila anda menulis surat kepada Tun Dr. Mahathir surat anda akan dijawab sendiri oleh Tun Dr. Mahathir. Setpol Tun Dr. Mahathir sangat cekap, cepat dan cerdas. 

Saya teringat kisah seorang Maharaja negara China. Pada masa itu, terdapat seorang anggota tentera yang bijaksana telah menulis surat berpuluh kali kepada Maharaja dengan tujuan untuk menyelamatkannya daripada anasir musuh. Malangnya surat itu tidak pernah disampaikan kepada Maharaja. Pegawai-pegawai di Istana tidak menyampaikannya kepada Maharaja. Sehinggalah suatu hari Maharaja terjumpa surat-surat itu, tetapi sudah terlambat. 
Pilihan DS Najib
Berbalik kepada pandangan supaya DS Najib berundur oleh kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir. Dari sudut politik, DS Najib mempunyai sekurang-kurangnya 3 pilihan.

1. Pilihan pertama, menerima kemasukan PAS khususnya kepimpinan Ulama PAS yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyertai kerajaan gabungan. Allah SWT telah memberikan petunjuk yang jelas dengan menurunkan ujian banjir besar khususnya di Kelantan. Alhamdulillah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan bersatu menyelesaikan isu-isu banjir di Kelantan. 

Dalam bahasa mudahnya, mereka sudahpun bersatu padu daripada segi syahadah, pemikiran, kewangan dan sebagainya walaupun masih berbeza pakaian. Saya percaya perpaduan kedua akan lebih tersirna semasa perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tidak lama lagi.

2. Pilihan kedua, menerima kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Kerajaan Persekutuan sekaligus menamatkan sengketa politik yang sudah berlangsung lebih dua dekad. Jika kita kembali kepada sejarah 1988, tentangan pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah berpindah sekejap ke Semangat 46 lebih besar cabarannya berbanding cabaran ahli-ahli UMNO yang membentuk PKR. 

Sebenarnya terdapat wakil rakyat UMNO yang mahukan Anwar diterima semula masuk ke dalam UMNO, katanya jika ianya menjadi kenyataan kedudukan agama Islam dan orang Melayu akan bertambah kuat. Saya tidak tahu pandangan anda pula?

Rekonsiliasi  adalah pilihan atas pilihan yang sukar ditolak. Saya menerima banyak pertanyaan mengenai pertemuan saya di Jakarta tempoh hari. Off Record.

3. Pilihan ketiga, menerima dan menghadapi cabaran dalam UMNO seperti biasa. Saya memandang berat pandangan DSP Salleh Said Keruak ini bahawa,

"It does not matter whether Najib or whoever it may be heads Umno and becomes the Prime Minister of Malaysia. As long as Umno does not see that it is its own worst enemy and start executing reforms, Umno will face the risk of being rejected by the voters. It is very convenient to blame Najib for all the problems that Umno is facing. 

Do these people really think that by kicking out Najib Umno is going to be saved? Umno can only be saved once it realises that the voters are not opposed to the Prime Minister as much as they are angry about the Umno culture, which can no longer be accepted in a civil society." (SSK).

Kesimpulan saya ialah, sebagaimana yang disebut oleh Profesor Jayum di sini, bahawa sehingga ke saat ini, belum ada lagi pengganti DS Najib yang paling sesuai. DS Najib masih perlu meneruskan satu dua penggal lagi sehingga pengganti yang benar-benar layak telah mencapai tahap layak itu.

Jika anda berpandangan sudah ada pengganti yang layak, siapa dia?  

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.

The Unspinners

Posted: 11 Jan 2015 11:10 PM PST

The Unspinners


Ambiga dan Tipah Koyak bela kebiadapsn Eric Paulsen

Posted: 11 Jan 2015 08:30 PM PST


Muka JUAL SAYUR ... takkan IGP tak boleh fikir sendiri

Posted: 11 Jan 2015 06:35 PM PST



Takyah ikut cakap blogger, dah memang kerja dia. Mesti lagi cekap.






Rasa nak sepak ajer cina Kopitian Nama Jerman ni ...

Posted: 11 Jan 2015 04:30 PM PST


Kat mana yang extrimis tu???

Tiada alasan perlu pukul seperjuangan?

Posted: 11 Jan 2015 07:00 AM PST


Tiada sebab perlu Ketua Pemuda UMNO Lenggong pukul Ketua Wora Perkasa Lenggong hanya kerana berlumba publisiti untuk bantu banjir.

Khabanya kerana cemburu sebab dia lebih aktif bantu dari hari pertama banjir dan enggan tunggu pemuda UMNO dengan gimik publisiti mereka.

Kononnya pihak Pemuda kata dia jatuh sendiri ....


Takkan gini ghupa yob?

Polis pun kata budak ni takde ambik dadah dan darah takde kesan.


Salah faham pun tak lojik yob. Takkan sampai belasah orang. Pembangkang ko boleh bersabar tapi dgn rakan seperjuangan malah difahamkan budak Wira ni ahli UMNO.

Harap YB KJ gantung mamat ni dan pecat dari jawatan di KBS. Memalukan UMNO nak coverup.

Saksi banyak yob.... Orang nampak Iruan di belakang biarkan budak2 dia belasah ramai2. Langsung tak tahan.

Kalau Tan Sri Rahim Noor boleh disabitkan mahkamah dlm kes Anwsr ditumbuk dalam tahanan, ni sama saja, KJ.

Selesaikan segera KJ. Jgn lepas tangan terhadap kawan yg tindak tanduk tak matang cemarkan nama Pemuda yg mahu dilihat "liberal dan progresif".

Perjuangan ke orang yg penting????

Musuh senyum.dapat lihat perpaduan sesama Melayu pecsh.


Sekim Ketua Pemuda PASMA yang tak cerdik mcm samun skala besar

Posted: 11 Jan 2015 03:00 AM PST


Dengar macam bagus. Tak kiralah parti apa, nak bantu kemanudiaan, teruskanlah.


Pandai2 masing2 nak guna nama baik MB untuk kumpul dana, tapi bila ljbatkan pencacai PASMA ini ...


Baik tak payah. PRESIDEN PASMA adalah Husam. Elok Husam keluarkan balik duit balak kepunyaannya dan bina rumah2 orang yang dihanyut akibatnya. Tak payah lancau2 dana dsn tabung.

Sebabnya, ia hanya ....


Beza utama Husam dan Suhaizan tu satu saja. HUSAM pandai dan licik, tapi Suhaizan lagi tak cerdik dari Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS dulu.

Tapi dia ingat orang ramai sama bodoh mvm dia.



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 11 Jan 2015 09:23 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


PASAR TANI SEDIA HARGA LEBIH MURAH.. KASI VIRAL SATU MALAYA !

Posted: 11 Jan 2015 11:07 AM PST

AH BENG PERASAN OMPUTIH !

Posted: 11 Jan 2015 09:07 AM PST

AZMIN PUNYA TORAK PUN LEBÌH KURANG KANDANUAR GAK...

Posted: 11 Jan 2015 03:50 AM PST

MASALAH OBSES DIRI SENDIRI YANG SERIUS. SENDIRI KERJA SENDIRI PUJI DIRI SENDIRI.

Posted: 11 Jan 2015 02:58 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 Jan 2015 09:22 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Bekas YB BN Pula Hendak Pertikai Khutbah Jumaat

Posted: 11 Jan 2015 08:09 PM PST

1) Apa sudah jadi dengan bekas YB seorang ini?

2) Lebih pentingkan populariti hingga sanggup pertikaikan khutbah jumaat?

3) Sudah terikut ikut dengan provokasi Eric Paulsen hingga turut sama buat tweet begitu?

4) Umat Islam sedang menilai, siapa sebenarnya yang sengaja bermain dengan api dalam isu ini.

5) Alangkah lebih baik mereka sibuk bermain dengan air banjir (menolong dan membantu) daripada sengaja membuat provokasi terhadap umat Islam tatkala ribuan umat Islam di Pantai Timur berada dalam kesusahan akibat banjir.

Pengurusan Harakah Didakwa Sebagai Munafik

Posted: 11 Jan 2015 05:30 PM PST


Video Keadaan Banjir Di Kelantan

Posted: 11 Jan 2015 04:00 PM PST


Azmin Terkantoi : Ingatkan Menangis, Rupanya Gelak Besar

Posted: 11 Jan 2015 08:49 AM PST


Apa Motif Lawyer Ini Cuba Provokasi Khutbah Jumaat?

Posted: 11 Jan 2015 06:16 AM PST

Lawyer Seorang Ini Juga Perlu Disiasat

Posted: 11 Jan 2015 02:54 AM PST

Peguam Ini Wajib Ditahan, Sudah Terlalu Biadap

Posted: 11 Jan 2015 12:03 AM PST

Jakim Perlu Saman Lawyer Anwar Ibrahim Ini

Posted: 10 Jan 2015 11:08 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 Jan 2015 03:21 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tahniah Sebab Hancurkan Rumah Tangga Saya - Alyah

Posted: 11 Jan 2015 03:01 PM PST

Teka teki mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah akhirnya terjawab.

Penyanyi yang hit dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.

"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar."Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.

Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.

sumber : Berita Harian

19 dicekup sedang lalok lakukan seks

Posted: 11 Jan 2015 07:10 AM PST

KLANG: Seramai 19 lelaki dan wanita ditahan polis kerana terbabit dalam pesta dadah dan seks di sebuah bilik hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, awal pagi tadi.

Serbuan pada jam jam 3 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, setelah menerima maklumat orang ramai.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, berkata kesemua yang ditahan berusia di antara 20 hingga 37 tahun, termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan di sebuah bank.

"Pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ecstacy serta satu botol berisi air ketum.

"Hasil soal siasat mendapati mereka mengadakan parti ini untuk menyambut ulang tahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan," katanya ketika dihubungi BH di sini.

Video gadis Melayu dicabul artis K-Pop atas pentas mula viral

Posted: 10 Jan 2015 11:20 PM PST



HARI ini, isu paling gempar yang hangat diperkatakan adalah perkongsian gambar dan video menyedihkan perihal anak gadis Melayu beragama Islam yang mencalar maruahnya atas nama muzik.

Seperti diketahui umum anak muda zaman ini begitu menggilai muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K Pop.

Justeru apabila kumpulan penyanyi lelaki terkenal Korea, B1A4 mengunjungi negara ini semalam bagi sesi bertemu peminat ia mendapat sambutan cukup hangat.

Bagaimanapun, sambutan penuh hangat bertukar keterlaluan hingga tahap 'rentung' bila beberapa gadis remaja yang manis mengenakan tudung, tergamak merelakan diri dipeluk dan dikucup anggota lelaki kumpulan berkenaan di atas pentas, depan khalayak ramai.

Hasilnya satu video berdurasi 3:21 minit, rakaman kejadian mencemar imej Islam itu mula bertebaran di laman sosial dan menjadi sensasi internet hari ini.

Aksi canggung lagi tak sesuai ini menunjukkan bagaimana ahli kumpulan tersebut menjemput peminat wanita naik ke atas pentas sebelum melakukan aksi berpegangan tangan, memeluk malah mencium dahi mereka!

Terdapat dua persoalan di sini iaitu; tidakkah anggota kumpulan ini diberi penerangan terlebih dahulu oleh pihak penganjur tentang adab dan sensitiviti masyarakat Islam di sini ketika melakukan konsert dan kedua, bagaimana seorang perempuan boleh membenarkan dirinya dilayan demikian rupa depan khalayak ramai dalam keadaan dia membawa imej wanita muslimah bersamanya?



Gambar dan video kejadian ini dihujani banyak komen daripada netizen yang mengkritik tindakan artis Kpop tersebut kerana tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan golongan muslimah tidak boleh disentuh sesuka hati.

Namun, ramai juga yang meletakkan kesalahan pada peminat-peminat wanita sendiri yang terlalu teruja sampai kelihatan seperti histeria dan merelakan diri dipeluk dan dicium oleh artis tersebut. Orang cakap, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, kan?

Begitu pun komen paling pedas bagi kami datang daripada seorang pengguna Facebook bukan Islam yang berbunyi:


Pengguna tersebut, Mathis Mim, mengakui bahawa dirinya sendiri malu melihat perlakuan tersebut dan mempersoalkan tindakan wanita-wanita muslimah itu.

"Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawa pengaruh barat ini? Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri.

"Saya mohon sangat-sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

"Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukan konsert beginidan . Tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini," katanya.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak terbabit berkaitan kejadian ini, ia seharusnya membuka mata pihak bertanggungjawab supaya pada masa hadapan, penganjuran acara seperti ini diberikan garis panduan jelas agar perkara begini tidak berulang.

Paling kasihan, memikirkan kecetekan akal gadis muslimah itu sendiri yang mungkin terlalu teruja bertemu dengan idola mereka sampai alpa mereka sebenarnya telah merelakan diri 'dicabul'. – MYNEWSHUB.CC

bERANIKAN hATI

Posted: 11 Jan 2015 03:03 PM PST

bERANIKAN hATI


BANJIR DISEBABKAN HUJAN - 'MENTERI KITARSEMULA' PERLU HATI-HATI BUAT KENYATAAN

Posted: 10 Jan 2015 11:28 PM PST

Gambar hiasan - Kemusnahan akibat banjir di Kuala Tahan


Seorang menteri (menteri kitarsemula) meminta kerajaan semua negeri mengkaji semula pemberian lesen pembalakan. beliau berkata demikian ketika lawatannya ke Negeri Pahang khususnya dalam lawatannya ke Taman Negara ketika banjir mula reda baru-baru ini. (Rujuk Sini)

Mungkin 'menteri kitarsemula' ini patut dibertahu bahawa banjir berlaku adalah akibat dari hujan dan hujan kali ini lebatnya adalah yang terbanyak dan luar biasa akibat dari perubahan cuaca dunia. 'Menteri Kitarsemula' itu boleh rujuk laman ini dan juga ini supaya lebih tahu berapa jumlah hujan yang diterima yang mengakibatkan bencana banjir kali ini.

Memang penerokaan hutan adalah salah satu (SALAH SATU) punca berlakunya banjir apabila lebih kurang 70% hujan yang sepatutnya diserapkan oleh lapisan 'span' hutan gagal berbuat demikian kerana lapisan berkenaan musnah akibat pembalakan sebaliknya mengalir terus ke sungai-sungai.

Untuk catatan, ketika bencana banjir melanda Kelantan baru-baru ini, jumlah hujan direkodkan sebanyak 129mm yang sememangnya luar biasa banyaknya. 

'Menteri Kitarsemula' ini mesti juga faham prosedur pembalakan di negara kita, iaitu hanya pokok-pokok yang berukuran tertentu serta dari species tertentu sahaja yang dibenarkan ditebang, Ini bertujuan untuk menjaga agar hutan tropika masih kekal ada pembalakan semula boleh dilakukan beberapa tahun selepas itu.

Bagaimanapun, untuk pengetahuan 'menteri kitarsemula' berkenaan, dalam kes-kes tertentu keseluruhan hutan digondolkan dengan tujuan penanaman semula sama ada bagi penanaman sawit, getah atau lainnya.

Perkara sebegini telah berlaku lama dahulu seawal tahun 60an ketika kerajaan dalam usaha membina ladang sawit terbesar yang kini dinamakan 'Felda'. Ketika itu seluruh dunia mengecam pembalakan Malaysia namun kita ada alasan tersendiri yang bukan sahaja untuk menjual hasil hutan sebagai kayu balak, namun untuk membina 'ladang rakyat' terbesar 'Felda' tapi tidak pula berlaku banjir besar seperti apa yang berlaku kini.

Saya bukan berniat mengecam 'menteri kitarsemula' yang juga merupakan mantan Menteri Besar dari utara, namun sebagai Menteri yang dilantik sebagai membalas budi beliau harus berhati-hati dengan kenyataannya agar akhirnya tidak jadi senjata kepada pembangkang untuk menghentam semula kerajaan 

Yang lebih penting (kerana sayangkan beliau) adalah supaya beliau juga tidak digolongkan dalam kalangan menteri-menteri yang memberikan kenyataan yang boleh membuatkan rakyat ketawa berdekah-dekah dan berguling-guling sebagaimana ada menteri yang menyatakan 'jika harga ayam naik, jangan makan ayam' dan lain-lain kenyataan seumpamanya. 



Duke of UMNO

Posted: 11 Jan 2015 01:45 PM PST

Duke of UMNO


BILA KETUA HAKIM NEGARA KUTUK PERANGAI PEGUAM... PADAN MUKA DEPA! HEH!

Posted: 11 Jan 2015 05:11 AM PST


Betul. Saya setuju dengan Ketua Hakim Negara... segelintir peguam di zaman sekarang ni poyo je lebih... kononnya pengamal undang-undang, tapi depa sendiri la yang burukkan imej pengamal undang-undang lain... 

Kawan-kawan saya ramai yang grad dari UIA dan jadi peguam actually... ramai yang bengang dengan puak-puak peguam yang dok rosakkan undang-undang kat negara kita ni.. depa kata, sebab depa tu la ramai yang dah tak percaya pada sistem kehakiman dan perundangan di Malaysia...

Cuma kawan-kawan saya tu malas ja nak bersuara... masing-masing sebok dengan kes masing-masing... tapi tu la pendapat depa pasai peguam-peguam "poyo" yang dok keluaq masuk media pembangkang tu... hehehee...

Ni cuba baca apa Ketua Hakim Negara kata kat sini... setuju dak dengan dia?

Kawan saya kata, peguam-peguam tu pandai putar alam dan suka manipulasi undang-undang sedia ada... padahal depa selalu kalah kat court... heh! Cakap kat luaq saja berdegaq-degaq sampai ke langit.. masuk court depa kalah.... lebih kurang gitu la kata kawan saya tu... 

Hmmmm... camana? Apa pandangan kawan-kawan lain? Saya? Hahahaaa... mujoq saya tak jadi peguam...hahahahahahaaaaa...

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Jan 2015 01:35 PM PST

Cucu Tok Selampit


YAB @AzminAli Basuh Baju Mangsa Banjir, Hebat Tu ...

Posted: 11 Jan 2015 03:07 AM PST


Agak terkesima pada mulanya mendapat gambar Dato Mentri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membasuh kain batik seorang mangsa banjir. Apatah lagi melihat Kakak di belakang tu menangis kesyaduan mungkin kerana seorang Menteri Besar membasuh kain batiknya. Pada mulanya kita fikir baik sajalah. Mungkin YAB Azmin Ali seorang yang ringan tangan dan rajin bekerja. 

Apabila membaca status Menteri Besar tersebut di laman sosial Twitter, hati tertanya-tanya, adakah beliau melakukan basuhan tersebut secara ikhlas atau sekadar lakonan untuk menunjuk-nunjuk. Sekali lagi kita fikir baik sajalah. Oleh itu, mana-mana mangsa banjir yang perlukan seseorang untuk membasuh pakaian anda, bolehlah menghubungi Menteri Besar berkenaan dengan kadar segera untuk bantuan. Terima kasih.


Situasi sebenarnya adalah seerti di bawah. Kakak itu ketawa sebab Azmin Ali hanya sekadar berlakon.

Macai Kata DS @NajibRazak Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Cuba Tengok @anwaribrahim dan @cmlimguaneng

Posted: 11 Jan 2015 12:47 AM PST





Macai-macai PR tidak berpuas hati apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, turun ke Pantai Timur pasca banjir untuk membantu membersihkan kediaman mangsa-mangsa banjir. Kata mereka, Perdana Menteri hanya berlakon. Turun salah, tak turunpun salah. Sekurang-kurangnya sebelum dan sesudah banjir, Perdana Menteri turun juga ke kawasan banjir dan berendam di dalam air, walaupun beliau masih bercuti.

Cuba macai bandingkan KETUM Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. Persamaaan kedua-duanya, tidak seorangpun yang turun semasa Pantai Timur dilanda banjir jerana bercuti. Pasca banjir pula, yang seorang datang melawat tunding sana tunding sini, satu bantuanpun tak dibawa serta tangan di belakang semasa melawat mangsa banjir. Al maklumlah orang besar. Yang seorang lagi baju tidak pernah kotor dan berpeluk tubuh. Memang sombong tahap dewa.




Tanah Jerlus Di Bandar Bentong - MP Bentong DS @liowtionglai Turun Padang

Posted: 10 Jan 2015 10:02 PM PST


Semua kenderaan yg hendak menuju ke Raub atau ke Kelantan melalui Bandar Bentong terpaksa dilencongkan ke jalan alternatif Felda Sertik-Mempaga - Kg. Lebu - Raub kerana terdapt masalah tanah jerlus di jambatan yg dalam pembinaan di Bandar Bentong. Pihak Bomba memaklumkan penutupan jalan berkenaan disebabkan berlaku hakisan yang serius di Jambatan Sg Bentong berikutan hujan lebat.





DS Liow juga turut meninjau dan mendengar taklimat daripada penduduk Bentong dan kawasan sekitarnya mengenai laluan alternatif.






Majlis Letak Batu Asas Lagi - Berapa Banyak La Batu Asas Nak Ada Di Kelantan?

Posted: 10 Jan 2015 08:05 PM PST


"Alhamdulillah, YAB Dato Ahmad Yaakob Menteri Besar Kelantan bersetuju untuk merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Projek Perumahan Rakyat Budiman yang akan diadakan pada 13 Januari 2015 (Selasa) jam 10.00 pagi di No 11 Kampung Temian, Kuala Krai Kelantan (Tapak perintis projek). Semua yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan projek ini dijemput hadir." Begitulah status yang disiarkan oleh Ketua Pemuda PAS, Saudara Suhaizan Kayat di dalam laman sosial Facebook beliau. Berapa banyaklah majlis letak batu asas ini hendak diadakan sebelum projek berkenaan benar-benar direalisasikan?

Dalam Kerajaan Negeri Kelantan sibuk berjanji untuk menyiapkan rumah dan meletakkan batu asas, Kerajaan Barisan Nasional sudahpun memulakan pembinaan rumah transit sebelum pembinaan rumah kekal kepada penduduk Kelantan disiapkan. Tidak perlu pengiklanan yang gah, tidak perlu letak batu asas, Rakyat tetap diutamakan. Walau bagaimanapun, kita doakan Kerajaan PAS Kelantan berjaya membina rumah untuk Rakyat Kelantan seperti yang dijanjikan. Jangan batu asas tinggal batu asas! Cumanya CTS tidak faham kenapa hendak buat rumah rakyat yang jadi mangsa banjir pun kena ada majis perasmian peletakan batu asas. Semua hendak mengambil kesempatan mencari nama atas penderitaan orang lain. 



Lawatan Pengerusi PLKN Ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Di Kelantan

Posted: 09 Jan 2015 07:45 AM PST


Pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Noor Ehsannudin bin Mohd Harun Narrashid, hari ini telah membuat lawatan ke pusat PLKN yang terlibat dengan banjir iaitu di Batu Jong, Kuala Krai. Ianya bagi memastikan fasiliti pusat PLKN yang dilanda banjir tidak terjejas dan keselamatan pelatih-pelatih PLKN adalah selamat dan terpelihara.









Datuk Ehsan juga turut membuat lawtan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir bersama Timbalan Menteri Pertahanan di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas.



Yayasan Mesra Hantar Misi Kemanusiaan Ke Kelantan

Posted: 09 Jan 2015 07:30 AM PST


Bukan setakat jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusian ke Pantai Timur, malah Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga turut memainkan peranan yang besar di dalam membantu mangsa-mansa banjir. Salah satu NGO yang bergiat aktif di dalam penghantaran misi bantuan kemanusiaan adalah Yayasan Mesra. 

Hari ini, Yayasan Mesra telah menyerahkan bantuan barangan keperluan semeperna Khidmat Mesra Pasca Banjir di Tanah Merah, Kelantan. Kumpulan Yayasan Mesra diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Noor Ehsannudin bin Mohd Harun Narrashid. Konvoi Yayasan Mesra bergerak sejak semalam menuju ke Dewan Insaniah, Kamung Kelewek, Tanah Merah, Kelantan di bawah Ahli Parlimennya, Datuk Ikmal Hisham. 

Barangan seperti beras, minyak masak, biskut, makanan segera dan telor seberat 10 tan telah dibawa dalam misi tersebut. Tahniah kepada Yayasan Mesra dan kesemua NGO yang terlibat di dalam misi kemanusiaan ini.









Terdahulu, Yayasan Mesra juga turut membuat ziarah ke rumah keluarga kakitangan mereka yang terjejas dengan banjir di Kampung Paloh, Chincha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan.




Sukarelawan Yayasan Mesra juga turut menyerahkan bantuan barang keperluan di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.





#BNBagus! - MCA Turun Padang Sediakan Pakaian Sekolah Untuk Mangsa Banjir

Posted: 09 Jan 2015 01:00 AM PST




Bantuan persekolahan berupa pakaian sekolah, bag sekolah dan kasut sekolah daripada MCA Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) telah sampai ke sekolah-sekolah di Kelantan dan telah diedarkan kepada kanak-kanak mangsa-mangsa banjir di sana. CRSM telah menghantar lebih daripada 8,000 set bantuan persekolahan ke kawasan banjir Pantai Timur. 






Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, CRSM telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 18 sekolah di negeri Kelantan. Guru-guru Besar, Guru-guru dan PIBG turut sama membantu memunggah bantuan persekolahan dari trailer.



#BNBagus! - Bantuan Datang Mencurah-Curah Melalui Bilik Operasi Bantuan MCA

Posted: 06 Jan 2015 05:11 AM PST


Sejak MCA melancarkan bilik operasi bantuan banjirnya pada Disember lalu, bantuan datang mencurah-curah daripada pelbagai NGO dan sektor swasta. Terkini syarikat NSK Trade City dan180 syarikat pembekalnya tampil ke depan untuk menyumbang barangan bantuan bernilai lebih RM160 ribu untuk dihantar ke mangsa banjir di Perak, Pahang dan Kelantan.

MCA menerima barangan bantuan berkenaan pada satu majlis ringkas di NSK Trade City Selayang hari ini. Barangan bantuan termasuk baju sekolah, beras, air minuman, biskut dan mee segera itu diserahkan kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Setiausaha (Francais & Kepenggunaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basarudin Sadali.

Turut hadir ialah Penasihat NSK Dato C.S. Lim dan Pengarah Urusan NSK Encik C.B. Lim. Ini adalah kali ketiga NSK menyumbang kepada mangsa banjir, dengan jumlah nilai sumbangan lebih RM200 ribu. Sebelum ini beberapa syarikat konglomerate telahpun menghantar sumbangan kepada mangsa banjir menerusi MCA. Antaranya Mahsing, Berjaya Group dan Tiong Nam Logistics.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan