Description: Slug - FATWA KETUMPerlis - KANGAR, 16 DISEMBER 2013 - Reaksi Mufti Kerajaan Negeri , Datuk Dr. Juanda Jaya memberi kenyataan kepada media ketika sidang media mengenai Pengharaman Penyalahgunaan Ketum oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. Gambar; Muhamad Iqbal Rosli.NOTATERBITANUTUSAN MALAYSIAKHAMIS26 DISEMBER 2013MUKA 8***archived by KH

Mufti negeri, Datuk Dr. Juanda Jaya memberitahu, ini kerana ungkapan tersebut yang membawa maksud mohon bantuan wahai Rasulullah adalah sejenis al-Istighathah dan tidak dibenarkan dalam Islam.


"Tidak boleh memohon bantuan kepada orang yang sudah meninggal dunia, begitu juga kepada Rasulullah yang telah wafat dan dalam konteks ini, kita (umat Islam) hanya boleh memohon pertolongan Allah.


"Sedangkan Rasulullah sendiri meminta supaya kita memohon bantuan daripada Allah," kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai kecenderungan generasi masa kini menyanyikan lagu-lagu qasidah atau nasyid tanpa menyedari bahawa terdapatnya unsur-unsur ungkapan al-Madad ya Rasulullah.


Kata Juanda, orang ramai perlu berhati-hati supaya tidak sesekali mengeluarkan ungkapan seumpama itu.


"Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung perkara tersebut diputuskan dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 17 November lalu," katanya.


Dalam perkembangan lain, Juanda berkata, jawatankuasa berkenaan juga mengambil ketetapan bahawa pemakaian lilitan kain hitam di lengan baju berwarna putih oleh orang Islam hukumnya adalah haram kerana menyerupai adat orang kafir.


"Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur adat keagamaan lain," katanya.