Isnin, 21 April 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 21 Apr 2014 01:03 PM PDT

Duke of UMNO


Puak sana dah mula sebut pasal manifesto BN di Kedah?

Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT

Tiba-tiba ja puak belah sana sebut pasai Manifesto BN untuk PRU-13. Kononnya nak suruh rakyat tuntut la tu? Atau saja nak bagi semua orang kata BN tak tunai pun Manifesto tu?

Tak sampai setahun, puak belah sana mula sebut pasai manifesto? 5 Mei ni baru cukup setahun... Tak sampai setahun dah nak tanya?

28 April ni kalau tak silap saya ada sidang DUN... tanya la dalam dewan... boleh?

Cuma saya nak sebut la sikit kannn...
 

Sebenarnya, pada saya "manifesto tu bukan janji" (sapa punya ayat ni? ingat tak?)...

Atau...

"Baru saya tau..tak semua benda yang kita janji tu boleh buat..." (ayat sapa pulak yang ni?)

Jadi, ada hati nak tanya BN pasal manifesto? Heh! Simpan dalam poket la soalan tu...

Penasihat Undang-Undang UMNO

Posted: 21 Apr 2014 11:40 AM PDT

Penasihat Undang-Undang UMNO


PKR Kesal Dan Akui Felda Tidak Pernah Jual Minyak Mentah Kepada Israel

Posted: 21 Apr 2014 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut dilakukan dengan negara Palestin.
Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa  Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Menurut beliau lagi, penghakiman persetujuan ini juga telah direkodkan tanpa apa-apa pengecualian terhadap liabiliti atau kebertanggungjawaban oleh PKR dalam mengeluarkan kenyataan sepertimana yang dikeluarkan di dalam akhbar milik PKR, Suara Keadilan.
Tambahnya, ini adalah selaras sepertimana penjelasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu merupakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda, di mana Felda menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat di Palestin dan bukannya Israel sepertimana yang dituduh oleh Suara Keadilan.
"Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa  segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang," tegasnya.
Sementara itu menurut  beliau, berhubung saman malu Felda terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda.
"Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu Felda terhadap keenam-enam defendan tersebut.
"Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," akhiri beliau. -MediaUMNO

PEJUANG BANGSA

Posted: 21 Apr 2014 11:10 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TRAGEDI #MH192 , KEHEBATAN PILOT MAS & KOMEN KAPTEN NIK HUZLAN

Posted: 21 Apr 2014 02:25 AM PDT





Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.

Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut mengalami kerosakan gear bahagian kanan selepas  tayarnya terbakar sewaktu berlepas.

Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines (OCC) kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam.

Pesawat yang membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal akan bertolak semula ke Bangalore pada pukul 3.30 petang, Isnin and dijangka sampai pada jam 5.00 petang pada hari yang sama. .

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. Penumpang juga ditempatkan di hotel berhampiran. astro awani

Keris Pusaka Melayu

Posted: 21 Apr 2014 11:08 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Presiden PVTM Ali Tinju mengaku Tipu Gelaran Dato ‘- Utusan Malaysia

Posted: 21 Apr 2014 04:41 AM PDT

Presiden bekas tentera veteran PVTM yang dikenali Ali Tinju mengaku menggunakan gelaran Dato adalah bukti beliau adalah seorang individu yang bukan boleh dipercaya.

Dengan apa yang dilakukan dan didedahkan di blog lain berhubung peristiwa silam beliau sudah cukup memberitahu kepada kita mesej yang jelas bahawa beliau bukan boleh dipercaya.

Maka jangan pula yang akan menggunakan beliau untuk sesuatu tujuan atau matlamat lebih-lebih lagi menghentam sesiapa sahaja di kalangan pemimpin kerajaan.

Pilihlah yang berintegriti untuk elakkan teguran kerana tidak masuk akal ‘ketam’ mampu mengajar anak berjalan betul jika dia sendiri tidak mampu jalan lurus.

Bacalah kenyataan beliau dibUtusan Malaysia sebagai panduan kepada sesiapa yang mungkin belum mengenalinya.

Maafkan saya…

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar

KUALA LUMPUR 12 Jan. Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran Datuk sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran Datuk yang telah saya beli pada 2006 dengan RM250,000.

Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran Datuk buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta, katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, nafsu untuk memakai gelaran Datuk pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2zWHlyPbZ

Sent from my iPad


IPOHMALAY

Posted: 21 Apr 2014 09:09 AM PDT

IPOHMALAY


Apabila harga komoditi getah dipolitikkan

Posted: 20 Apr 2014 11:31 PM PDT

Dakyah disebarkan kononnya kerajaan memerintah tidak peduli apabila harganya menjunam baru-baru ini.

Hairan. Apabila yang cerdik memperbodohkan yang kurang cerdik, persekutuan mereka berleluasa menyebarkan kebodohan ke sana-sini. Getah jatuh kepada RM2.00 sekilo kononnya akibat sikap sambil lewa pemerintah.

Apabila kononnya menteri perlu diingatkan tentang menjunamnya harga getah. Sedangkan getah adalah komoditi yang harganya ditentukan oleh pasaran dunia.

Malaysia bukan pengeluar paling atas komoditi getah. Jika mahu adil, menteri-menteri Thailand dan Indonesia yang menjadi pengeluar utama dan kedua komoditi getah perlu ditempelak juga. Berupayakah mereka?  Harga getah jika dibandingkan dengan harga gula ibarat membandingkan King Jason dengan babi hutan. Itu tidak adil, bukan?

Lupakah mereka semasa harga getah menjadi RM15 sekilo sehingga pokok-pokok getah di kebun-kebun terbiar kembali ditoreh? Sehingga ada pekebun getah menaiki Persona untuk pergi menoreh?

Jika mereka Islam, tentu sekali mereka mengetahui bahawa setiap zaman senang, akan datang zaman susahnya untuk diuji. Kisah Nabi Yusuf menjadi pengajaran betapa hasil dari zaman senang hendaklah disimpan kerana akan datang pula zaman susahnya.

Oh, kebanyakan pembawa dakyah bukanlah orang Islam. Manakala yang ditipu adalah orang Islam yang kolot tentang peringatan dari agamanya sendiri.



Pesawat MH192 selamat mendarat selepas berlegar 4 jam di Selat Melaka

Posted: 20 Apr 2014 11:48 AM PDT

Pesawat penerbangan Malaysia MH192 tujuan Bangalore yang mengalami masalah teknikal telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 1:56 pagi tadi. Ia berlepas jam10:09 malam tadi dan mengalami masalah teknikal pada gear mendaratnya sebaik sahaja berlepas mengakibatkan ia terpaksa berpatah balik sejurus melintasi Klang.

Pesawat yang membawa 159 penumpang dan 7 anak kapal ini terpaksa berlegar-legar di luar pantai Klang selama hampir 4 jam bagi menghabiskan bahan bakar apabila ia didapati perlu mendarat tanpa tayar hadapan. 

Jurucakap jabatan Penerbangan Awam berkata pesawat Boeing 737 yang tiada mekanisme membuang minyak, hanya dibenarkan mendarat setelah bahan api nya kehabisan.

Pihak MAHB dan pasukan bomba bertungkus lumus menyediakan keperluan bagi pendaratan tersebut dengan penyediaan buih pemadam kebakaran memandangkan pesawat perlu didaratkan dengan bertopangkan 'hidung' pesawat.




Pedang Alif Ba Ta

Posted: 21 Apr 2014 07:53 AM PDT

Pedang Alif Ba Ta


VIDEO Pengurus Johor DT II Tumbuk Pengadil Perlawanan | Johor DT II vs UiTM FC

Posted: 20 Apr 2014 07:17 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/m8ompxblNGM


Ohpolitik!™

Posted: 21 Apr 2014 03:46 AM PDT

Ohpolitik!™


KEMPEN MANDI! BERAK! KENCING! di Rumah Speaker, Exco, MB Selangor!

Posted: 21 Apr 2014 01:41 AM PDT



KRISIS AIR DI SELANGOR?... 

hanya rakyat marhaen sahaja yang mengalaminya...!!! 

EXCO, ADUN dan MB kene catu air tak?... 

JOM PAKAT RAMAI2 tumpang mandi dan berak kat rumah mereka!!! 

mereka kan pilihan rakyat selangor!!!...

Tak payah susah2 beratur dan angkat baldi...cuma bawa tuala dan sabun sahaja!!!!
-Bolok Molek

Karpal MATI DAPAT PENGHORMATAN "State Funeral", Bendera Pulau Pinang Separuh TIANG, GUNA KEMUDAHAN Dewan Sri Pinang?

Posted: 20 Apr 2014 05:14 PM PDT


Kematian Karpal penghina Islam & Raja Melayu terus diratapi puak-puak DAP & macai PR. Tapi yang kita persoalkan apa sumbangan Karpal kepada negeri P.Pinang sehinggakan dibelanjakan duit rakyat negeri untuk majlis penghormatannya  " State Funeral " 

Contohnya,  lihatlah sendiri Dewan Sri Pinang miliki kerajaan yang  digunakan sepenuhnya untuk majlis ini . Adakah ia percuma oleh kerajaan negeri atau dibayar oleh  parti DAP ? 

Malah  bendera negeri dikibarkan separuh tiang & juga kena bertafakur di stadium bandaraya semasa PP menentang PDRM di Liga Perdana lepas.  Mujur majoriti Melayu yang mai buat bodoh je  & tidak berdiri untuk bertakafur untuk pemimpin kesayangan DAP ini . Entah anak muda Melayu yang datang untuk menyokong P.Pinang kenal ke dengan Karpal ini dan apa sumbangannya kepada mereka .

Akhirnya sekali, tahniah kepada rakyat negeri ini kerana bukan selalu nak lihat  begitu hebat dan gah layanan terhadap pemimpin tertinggi DAP bila mati . 

Anda patut berbangga sekali kerana hasil jimat cermat CAT kerajaan DAP ...first class penghormatan dibuat walaupun dia tak pernah menjadi sebahagian mentadbir P.Pinang seperti menjawat TKM , KM mahupun Gabenor . 
http://sejarahmelayu.blogspot.com/

Pesawat #MH192 telah membuat ‘air turn back’ berpatah balik ke KLIA PAGI TADI!!

Posted: 20 Apr 2014 04:26 PM PDT



Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.09 malam Ahad menuju ke Bangalore, India, telah membuat 'air turn back' berpatah balik ke KLIA.

Difahamkan MH192 mengalami masalah dengan peralatan pendaratan (landing gear) apabila tayarnya dikatakan meletup ketika  berlepas.

Sehubungan itu pesawat jenis Boeing 737-800 itu dikatakan sedang berlegar di ruang udara Selat Melaka bagi mengurangkan bekalan bahan bakarnya sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.

MH192 Fligt RadarMAS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 1.35 pagi Isnin mengesahkan penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam menuju ke Bangalore telah membuat pusingan udara ke arah Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan MAS itu, peralatan pendaratan di bahagian kanan pesawat berkenaan didapati tidak berfungsi ketika berlepas dan ia dijangka membuat pendaratan cemas di KLIA pada kira-kira jam 2.00 pagi, hari ini (Isnin).

Penerbangan MH192 yang beroperasi menggunakan pesawat Boieng 737-800, dijadualkan tiba di Bangalore pada 11.35 malam hari yang sama (Ahad).

Penerbangan itu membawa seramai 166 orang, terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.

Malaysia Airlines dengan kerjasama Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) kini bersedia menunggu pendaratan cemas dilakukan.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan maklumat terkini berhubung situasi MH192.

Inilah wajah juruterbang MH192 yang telah berjaya menyelamatkan 159 orang penumpang dan 7 orang anak kapal. Beliau telah mendarat dengan selamat di KLIA. Tahniah!

bumiyang

Posted: 21 Apr 2014 03:20 AM PDT

tunku

Posted: 21 Apr 2014 03:17 AM PDT

tunku


Job Well Done In MH192 Emergency Landing - Najib

Posted: 21 Apr 2014 02:01 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak has commended the good work of the pilot and co-pilot of a trouble-hit Malaysia Airlines (MAS) plane and those on the ground in ensuring a Bangalore-bound flight landed safely back at the KL International Airport (KLIA) this morning.

The prime minister said he was glad that Flight MH192 returned safely to the airport in Sepang.

"Good work to all involved. Well done to Captain Nor Adam Azmi and his co-pilot Prakash Kumar for successfully landing the plane in an emergency situation," he said on his Facebook account Monday.

Najib noted that the quick action of the Kuala Lumpur Air Traffic Control in notifying the Malaysia Airlines Operations Control Centre that tyre debris had been found on the runway was commendable.

Flight MH192 left KLIA at 10.09 pm Sunday but detected a right landing gear malfunction, turned back and made an emergency landing at KLIA at 1.56 am Monday.

"All 159 passengers and seven crew members on board are safe," said the prime minister whose Facebook has some 2.3 million "Likes".

The passengers praised the pilot for having dealt with the situation in a professional manner.

Is There A Need To Privatise PLUS?

Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT

Many politicians and analysts are in agreement that recent calls for the nationalisation of Malaysia's longest highway that stretches from the Thai border to Singapore are illogical as the North-South Expressway (NSE) was nationalised four years ago.

This happened when PLUS was delisted from Bursa Malaysia and fully taken over by the government via two agencies - the Employees Provident Fund (EPF) and Khazanah-owned UEM Group Bhd.

While efforts are now underway to prise PLUS away from government ownership, politicians and economists are in agreement that it should stay in government hands, given that this is a critical national infrastructure spanning the length of Peninsular Malaysia.

The recent unsolicited offer from Idaman Saga Sdn Bhd, which was rumoured to have roped in another government-linked entity, to take over the ownership of the nation's most lucrative highway concession has once again seen calls for nationalisation from both sides of the political divide.

What seems to be forgotten is that the 772km NSE that forms the backbone of the country's road network, together with all the highways under the purview of PLUS Malaysia Bhd, had already been nationalised since 2010 following calls from the people.

The unsolicited offer, which lacks an offer price from Idaman Saga, a private vehicle of Tan Sri Halim Saad, among other things, includes a sweetener: it will not increase toll charges until the end of the concession period in 2038. This will also save the government some RM64 billion in compensation as a result no toll increases between 2016 and 2038.

Such an offer has certainly struck a chord with the motoring public.

Despite the lack of financial details i.e. the offer price and funding of the purchase, analysts felt that the offer lacked viability for it to be considered a serious bid.

The current owners - UEM Group Bhd and the EPF - certainly have no plans to part with their prized asset.

Analysts say that PLUS Malaysia Bhd is an attractive takeover target with its huge cash generating business and steady growth potential.

"PLUS is already a national asset as it is owned by government-linked companies, 51 per cent by UEM Group and 49 per cent by EPF. It is pointless to risk privatisation. In terms of being competitive, UEM has managed PLUS well.

PLUS gives a good return to EPF contributors, so it's not necessary to privatise it," said David Ang Chin Tat, the Selangor Chairman of Gerakan.

"The government tries to look after the best interests of the people so that big assets are sometimes nationalised to protect the public. The public, also means the people who work for PLUS, not only the highway users.

"EPF represents 14 million Malaysians (who are contributors). Why should EPF pull out from the joint venture? I don't see it as being necessary," Ang said.

Zakie Shariff, a Director of FA Securities, said for a highway that has reached maturity like PLUS, it made more sense to let the status quo remain because it was once privatised before being nationalised via EPF and UEM.

"To have a third party now to buy back from EPF and UEM, I don't see the rationale. If anyone really wants to reduce the financial burden of the rakyat, look at the intracity ones, don't just look at PLUS.

"With the high cost of living right now, the offer of no toll hikes and huge saving is tempting to the public and the government," he said.

Stressing that one needs to think long-term on this matter, he said, "EPF plus UEM are two government agencies and this partnership, which saw the nationalisation of PLUS in 2010, has thus far managed PLUS well."

"Why should this arrangement that is currently benefiting the rakyat be changed?" asked an economics professor, who spoke on condition of anonymity, on the Idaman Saga offer.

"No doubt, the public is not happy with the expected toll hike among all the highway concessions and not just PLUS," she said.

"For PLUS, even though it is owned by government agencies, it manages public amenities and operates like a business entity," she stressed.

But many analysts are also of the opinion that given the maturity of the toll concessions and the profits that had been enjoyed by the profitable toll concessionaires, there is a pressing need for the government to revisit the agreements to reduce the frequency of toll hikes and the quantum of price increases

Will PAS' Hudud Bill See The Light Of The Day?

Posted: 20 Apr 2014 04:45 AM PDT

While PAS' leadership remain adamant in tabling a private member bill to implement Hudud in Kelantan, political analysts believe the move is in futility and no more than a political play.

PAS' has harboured dreams of implementing Hudud in Kelantan since 1990s and its dreams were rekindled when neighbouring Brunei decided to implement the Syariah system and concurrently the Hudud.

Brunei's Syariah law and Hudud will come into force on April 22, which introduces specific method of execution for rape, adultery, sodomy and extra-marital sexual relations.

Political analyst Dr James Chin, a senior fellow at the Institute of South East Asia Studies based in Singapore, says PAS is under pressure especially from its younger supporters who argue if Brunei can do it, it can be done in Malaysia too.

A DIFFERENT TURF IN MALAYSIA

However, back in Malaysia the federal constitution that is secular in nature has been the stumbling block thus PAS has to get the Parliament's approval to amend the constitution before it could implement Hudud in Kelantan.

PAS knows well that the bill's passage is filled with hurdles but still wants to go ahead as the Hudud could serve as the trump card in helping the party regain some relevance as it has been overshadowed by its partners PKR and DAP in the Pakatan Rakyat setup.

In the 13th General Election (GE13), PAS downplayed the race and religious card to appease its Pakatan partners especially DAP that was dead against Hudud and it resulted in the party's dismal performance.

Nonetheless, some politicians believe the move could be a clever political strategy as well as to embarrass UMNO as it will put the backbone party of Barisan Nasional (BN) on a difficult position.

"If UMNO votes against the bill, it is a checkmate by PAS on UMNO on the Hudud," explained Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEA) chief executive officer Wan Saiful Wan Jan.

"There are two things here. One is that some in PAS believe Hudud is a religious obligation, while others believe this could be a good political move," he adds.

However, Dr James Chin points out during the days of the PAS Spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, the Hudud card against UMNO had been prohibited.

MOVE TO HUMILIATE UMNO AND PKR

"Apart from the effort to embarrass UMNO, I also believe it is also a retribution against PKR over RM2 million lawsuit against PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang," says MCA veteran politician Datuk Yap Pian Hon.

Yap is referring to the former Bukit Besi PKR candidate and PKR Dungun Youth Chief Mohd Shamsul Mat Amin's refusal to withdraw his RM2 million defamation suit against Abdul Hadi who is also the Member of Parliament for Marang.

On Feb 23, the Kuala Terengganu High Court ordered Abdul Hadi to pay RM2 million in damages to Mohd Shamsul for the defamation suit he filed on Dec 5 last year.

Mohd Shamsul sued Hadi over the latter's statement that even drug dealers were among PKR's candidates for GE13, which became an excuse for PAS to nominate its own candidate in the seat allocated to PKR resulting in a three-cornered fight in Bukit Besi.

THE MATHEMATICS DON'T FAVOUR HUDUD BILL

In order for the Hudud to be implemented in Kelantan, PAS needs two-thirds support of the Dewan Rakyat that is from at least 148 of the 222 Parliamentarians.

However, it only takes 75 parliamentarians to vote against the bill to dash PAS' hopes of enforcing Hudud in Kelantan.

"Even if all the Muslim MPs vote for the bill, still PAS won't have the two-thirds support to get it through. PAS knows this well and that's why I say it is purely a political move," says Chin.

Some PAS leaders concur with Chin that even if the bill is passed, Hudud still cannot be implemented without a comprehensive Syariah system in place.

PRIVATE MEMBER BILL, ONE OF KIND IN MALAYSIA

Nonetheless, PAS' attempt to table a private member bill is something rare in the Malaysian legislature.

A private member's bill is a proposed law introduced into a legislature by a legislator who is not acting on behalf of the executive branch.

Despite the euphoria over the bill in PAS' camp, Chin remains doubtful that the party will proceed with the tabling of the bill in Dewan Rakyat.

"Even if it is allowed to be tabled, there will be another fresh hurdle to go through. Even if get passed (two-thirds), there is still a huge challenge to get it implemented due to various technical reasons," he adds.

Prior to this, Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob had said that the private member's bill on Hudud would be tabled in Parliament to obtain approval for the enforcement of the Syariah Criminal Code (II) Enactment.

Ahmad said PAS would choose a suitable parliament session to table the bill as provided by Article 76(A) of the Federal Constitution.

Meanwhile, DAP publicity chief Tony Pua and PKR vice-president N. Surendran have pointed out that the Hudud law was never agreed upon by the opposition coalition and any attempt to table such bill would face stiff objection.

Sahabat-Gunung

Posted: 21 Apr 2014 01:54 AM PDT

Sahabat-Gunung


PANAS !! PANAS !!! Mengapa Baihaki Kaizan 'Diterajang' Keluar Pada Malam Terakhir Perpindaan Pemain.....?

Posted: 20 Apr 2014 06:00 AM PDT


Kenapa Baihaki05 jadi mangsa Bojan .....

Mengapa Bojan hanya maklumkan pada Baihaki pada malam terakhir perpindahan pemain, sedangkan usaha nak keluarkan Bai dah lama, sejak Bojan usha JDT lagi....

Apa akan jadi kalau Baihaki tak main mana-mana kelab selama 6 bulan .... apa kesan kepada Baihaki?


JAWAPANNYA:

Bila Bojan Hodak maklumkan nak terajang keluar Baihaki05 last minute sebelum transfer window tutup, dengan harapan Baihaki tak dapat balik main dengan Lion, jadi - Bojan beritahulah last minute .....

Jadi jika Bai tak dapat daftar dengan mana-mana kelab atau team, dia akan dipaksa berehat selama 6 bulan.

So, ikut peraturan FIFA, pemain yang rehat selama 6 bulan TIDAK LAYAKuntuk bermain dengan pasukan kebangsaan sesebuah negara.

Jadi, ini perancangan jahat untuk memastikan Baihaki Kaizan tidak dapat mewakili Singapura pada Piala AFF Suzuki, dijangka pada bulan Nov 2014.

Bukanlah aku tak sayangkan Harimau Malaya, sebaliknya biarlah kita bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi ....

Lagipun, Baihaki ada anak isteri, ada keluarga yang ditanggungnya ..... jadi jika dia direhatkan selama 6 bulan, macammana dia nak tanggung keluarga dia....


Baihaki Kaizan juga orang kita, orang Islam beb ..... kita anak Johor bukan orang yang menganiaya orang  .... fikir-fikirkanlah.

Siapa Marcos Antonio Elias Santos?

Posted: 20 Apr 2014 04:47 AM PDT


Khabarnya, Marcos Antonio Elias Santos ade rekod buruk bermain di Liga Jerman tetapi inilah pemain yang diambil untuk mengantikan Baihaki Kaizan di dalam JDT .....

Hebat sangat ker Marcos nie? Suka atau tidak, nampaknya kita terpaksa menunggu sehingga ke hujung liga untuk melihat kehebatan Marcos Antonio Elias Santos nie ...

Adakah dia sehebat atau sesetia Baihaki Kaizan ....?


Atau dia hanya 'mesin ATM' untuk Bojan, Shebby dan Martin .....

PANAS !! PANAS !! ............ Jawapan Andre Silva

Posted: 20 Apr 2014 02:30 AM PDT



Dalam kenyataan TMJ hari ini, Tuanku ada sebut -


"Bekas pemain JDT, Andre Silva ada membuat kenyataan melalui laman sosial miliknya yang mana secara peribadi menyatakan ada ejen pemain Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan dalang disebalik peristiwa ini sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Andre yang sebenarnya merayu kepada ejen tersebut untuk kembali beraksi bersama pasukan JDT namun pemintaannya telah ditolak oleh pengurusan PBNJ dan sekarang ini menuduh pula ejen tersebut menjadi dalang dalam PBNJ. Ingin saya kongsikan bersama anda semua iaitu detik ketika Andre masih lagi berkhidmat untuk pasukan JDT, saya diberitahu oleh pemain lain dan jurulatih bahawa beliau ada membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak sabar untuk meninggalkan pasukan kerana tindakan pengurusan mengenepikan Fandi Ahmad sebagai jurulatih pasukan."


Ini Jawapan Andre Silva:





RAPERA ..

Posted: 21 Apr 2014 01:09 AM PDT

RAPERA ..


Masyarakat Muslim jangan emosi

Posted: 20 Apr 2014 05:19 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 21 Apr 2014 01:08 AM PDT

Taipingmali (tm)


HOSPITAL BERKABUNG LAGI.?

Posted: 20 Apr 2014 11:30 PM PDT


Larian 'Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima'

Posted: 20 Apr 2014 04:54 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai kira-kira 3,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam larian tiga kilometer di sini bagi menunjukkan komitmen untuk menjadikan negara bebas rasuah.

Larian yang bermula dan berakhir di Padang Merbok hari ini itu dinamakan Larian 'Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima' anjuran Parti Gerakan.

Najib yang diiringi Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Ketua Wanita Gerakan yang juga pengerusi penganjur larian, Datuk Tan Lian Hoe,

Larian tersebut mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menamatkan larian itu. Menurut Tan, larian tersebut akan diadakan seluruh negara dan dijangka akan berakhir pada 2 September 2014.


The Unspinners

Posted: 20 Apr 2014 11:56 PM PDT

The Unspinners


SPR pasti OK di Gelugor

Posted: 20 Apr 2014 11:00 PM PDT



Dah yakin DAP menang ...


Harap jangan pula BN cepat ngaku kalah. Guna PRK ini sebagai peluang untuk dedahkan hipokrasi dan kelemahan pentadbiran DAP.

Lawan tetap lawan pun releven untuk BN.

Karpal Singh bukan seorang yang hebat berprinsip:





Kita berjuang kerana prinsip.

Kenapa perlu gugur Mat Said? Salah Penasihat yang sampai banyak kalah

Posted: 20 Apr 2014 06:03 PM PDT


Ura-ura pertukaran jawatan tiga orang Menteri Besar sudah mula diperkatakan walaupun sebelum ini, sekurang-kurangnya dua nama telah dinaikkan iaitu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dan Menteri Besar Pahang bagi pertukaran.

Antara faktor-faktor penyebab kepada pertukaran tersebut adalah pertelingkahan dalaman yang menyaksikan cantasan dan tikam belakang berlaku di kalangan sesama sendiri sehingga mengakibatkan prestasi UMNO dan Barisan Nasional di negeri masing-masing berada pada tahap paling rendah.

Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah sikap iri hati, dengki dan tamak haloba, merupakan perkara paling penting dalam proses pertukaran ini.

Kita ambil contoh Terengganu.

Memang benar pada tahun 2004, Terengganu di bawah Idris Jusoh berada di puncak dengan kemenangan besar yang telah menyapu PAS keluar dari pentadbiran negeri. Namun apa yang berlaku selepas itu amat menyedihkan. Walaupun banyak pembangunan dan rancangan ekonomi telah dibuat oleh Idris Jusoh, namun pada masa yang sama, segala perancangan tersebut turut datang bersama-sama liabiliti yang boleh meruntuhkan negeri itu sendiri.

Perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris Jusoh pada mulanya mendapat tentangan daripada ADUN-ADUN BN Terengganu yang sudah biasa makan dan dimanjakan di tangan Idris Jusoh. Bagaimanapun, tentangan dilihat sedikit reda kerana masing-masing begitu takut tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13.

Senarai nama-nama calon PRU-13 Terengganu akhirnya menunjukkan bahawa percaturan di Terengganu sebenarnya lebih merugikan berbanding keinginan untuk menguasai negeri tersebut. Perubahan pada saat-saat akhir dan ketiadaan kuasa pada Menteri Besar Terengganu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri, menunjukkan bahawa ada pihak yang masih bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar negeri itu.

Pertelingkahan itu masih berpanjangan sehingga sekarang. Individu berkenaan menggunakan kesempatannya rapat dengan Perdana Menteri untuk 'memberi nasihat' tentang penyingkiran Mat Said yang dikatakan tidak mampu menyatukan UMNO Terengganu.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI

Dikhabarkan ketika Ahmad Said bertemu Perdana Menteri Dato Najib untuk bincang senarai calun, dia membawa calun yang mana telah dijalankan survey dan risikan latarbelakang.

Sebaik saja dia masuk, Ahmad Said diberitahu senarai Terengganu tak perlu nak bincang dan sudah siap. Maka Ahmad Said tidak dapat buat apa-apa dan pertemuan itu memakan masa 15 minit saja.

Jika Ahmad Said mahu dikambing hitamkan, ianya satu ketidak adilan kerana bukan dia yang patut dipersalahkan hingga majoriti Terengganu hanya tinggal dua kerusi.

Pasti cadangan calun datang dari seseorang yang telah menasihati PM dan bukan dari PM sendiri. Namun begitu, harus diingat bahawa PM yang membuat keputusan tentang senarai calun dan bukan Ahmad Said atau Penasihat.

Tindakan menyingkir Ahmad Said kerana keputusan piihanraya umum pun tidak bijak kerana pihak yang mengetahui tahu bahawa salahnya adalah PM dan akan tmbul desas desus kata PM pun patut diguguran kerana tidak dapat 2/3 Parlimen dan kekalahan Selangor lebih teruk.

Harap difaham bahawa ketika pentadbiran di bawah Dato Idris Jusoh, diakui bahawa Terengganu telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan fizikal. Tetapi adakalanya Idris Jusoh terlalu laju dan jauh ke depan untuk difahami dan diterima rakyat.

Pembangunan ketika itu pun terlalu deras hingga banyak kesilapan pun turut berlaku. Ada baiknya Terengganu consolidate dahulu sebelum melonjak lebih laju. Buat masa ini, sentuhan rakyat Ahmad Said sedang diterima ramai dan belum tahu letak pengganti lain akan dapat mengekang kemaraan PAS.

 

Selangor mahu tunjuk kuasa, 60 ribu rakyat bersusah

Posted: 20 Apr 2014 05:57 AM PDT


Krisis air yag berterusan di Selangor sebenarnya sudah sampai ke peringkat yang mendatangkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran pakatan pembangkang. Tidak kira samada mereka penyokong pakatan ataupun Barisan Nasional, perasaan meluat tetap meluap kerana terpaksa menanggung kesusahan ekoran catuan air.

Namun sikap pakatan pembangkang yang cuba menyalahkan Barisan Nasional dalam isu air ini amat keterlaluan.Rakyat perlu tahu bahawa krisis air yang meruncing ini akibat daripada kedegilan dan sikap "bodoh sombong" pakatan pembangkang.Ini merupakan realiti.

Akibat dari sikap mahu "tunjuk kuasa" bahawa pakatan pembangkang berkuasa dan memerintah Selangor maka Kerajaan Pakatan Selangor telah menolak dengan berbagai alasan untuk melaksanakan projek Langat 2.

Baca setrusnya di Badut Rakyat SINI

Keadaan Selangor tanpa air serupa negera dunia ke tiga

Posted: 20 Apr 2014 02:00 AM PDT


Panglima Perang Cyber

Posted: 20 Apr 2014 11:54 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Malaysian Flight MH192 safe landing - @Youtube

Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/AH7X6pKqZFg


Sent from my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 20 Apr 2014 11:40 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PICTURE OF THE MONTH

Posted: 20 Apr 2014 11:00 PM PDT



Firman Allahu Subhanawataala :
وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
"Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.

"Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik." {Surah At-Taubah Ayat ke-84}
Berdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: "Itu jenazah Yahudi".

Baginda bersabda: "Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat". Direkod oleh Nasai (no: 1929).
 
Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: "Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?" Jawab baginda: "Ya, berdirilah.

Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh". Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).


ISU HUDUD : PAS SENDIRI MELAMBAT-LAMBATKAN PERLAKSANAANNYA, KATA PROF AZIZ BARI

Posted: 20 Apr 2014 08:06 PM PDT

Prof Dr Abdul Aziz Bari mendakwa kerajaan PAS Kelantan sedang berusaha mencari jalan untuk tidak melaksanakan hudud walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) telah diluluskan sejak 21 tahun lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tanpa pelaksanaan.
"Saya melihat Kelantan itu satu kes yang cukup baik. Saya masih tidak begitu yakin kalau (hudud) dilaksanakan di peringkat persekutuan berjaya, tapi kalau Kelantan mungkin boleh.
"Sebab, hampir keseluruhannya Melayu, rakyatpun menyokong, enakmen sudah ada, boleh buat lah dengan syarat betul-betul terbuka dan kerajaan pusat memberikan laluan.
"Itu sebab saya sangat terkejut apabila kerajaan Negeri Kelantan mencari jalan, mencari hujah untuk tidak melaksanakan hudud, "katanya dalam program Lepak Maqasid, 'Enakmen Hudud Kelantan:- Dalam Perlembagaan Malaysia,' anjuran Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi, 24 Januari lalu.
Tambahnya, "Itu yang PAS buat sekarang. Mencari hujah kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan.
"Ini suatu sensasi betul. Saya tidak pernah terfikir bagaimana PAS boleh berkata begitu, sebab saya selama ini diminta, disuruh bercakap, carilah hujah bagaimana hudud ini boleh dibuat. Tiba-tiba dia (PAS) pula kata tak boleh buat. Ni apa dah jadi ni ?, " soalnya.
Pengerusi majlis Lepak Maqasid, Wan Ji Wan Hussin mencelah," Ni mungkin era Menteri Besar (Kelantan) yang berbeza kot ?."
"Mungkinlah..," jawab Aziz Bari sambil tersenyum.

BIAR BETIK...'TUHAN BARU' BERMUNCULAN LAGI?

Posted: 20 Apr 2014 05:33 PM PDT


Nak kata tak dak ilmu, belajar tinggi-tinggi tapi sayang sesat tak kenal Tuhan. Agaknya inilah fahaman liberalisme-pluralisme yang diagung-agungkan oleh puak-puak pembangkang.

Kalau dulu muncul Ayah Pin yang mengaku Tuhan. Lepas tu si Harun pulak mengaku jadi Tuhan. Kini muncul pulak budak sosialis Benz Ali mengaku Tuhan.


Ikut hukum adalah haram untuk seseorang mengangkat atau mengiminasikan dirinya atau diri orang lain sebagai Tuhan kerana Tuhan (Allah) itu adalah Zat yang Maha Berkuasa tidak menyerupai atau menyamai apa-apa makhluk di alam ini. Ini telah ditegaskan di dalam Surah al-Ikhlas ayat 1-4.


Namun pada golongan pemuja kebebasan totok, free thinkers dan pedamba segala-galanya dapat percuma, soal-hukum hakam tidak diendahkan. yang penting nafsu mereka dapat dipuaskan!

Inilah yang dibimbangi oleh kita apabila budaya bebas berfikir hingga mengugat akidah, kehormatan dan keselamatan dipermain-mainkan. Rasanya apa yang akan dilakukan oleh PAS dan PKR apabila pengikut mereka yang beragama Islam boleh mengeluarkan kenyataan 'murtad' sebegini?


Yang herannya apabila matinya para ulama, mereka tidak mahu menghormatinya. Tetapi apabila matinya seorang musyrik, mereka berebut-rebut mengangkatnya sebagai syuhada kerana si musyrik adalah kawan-kawan mereka.

Siapa yang pakai kopiah dan 'orang disebelahnya' yang tunduk pada bangkai si kafir musyrik;
penentang tegar hudud dan Sultan Melayu?

Jijah pun tak lupa tunduk kepada bangkai si musyrik


RAKYAT KOTA BHARU BOLEH TUNTUT SEMULA BAYARAN LETAK KERETA YANG SEPATUTNYA PERCUMA !

Posted: 19 Apr 2014 11:51 PM PDT


TIDAK DINYATAKAN DALAM MANA UNDANG-UNDANG KECIL NEGERI KELANTAN!
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI TEMPAT LAIN DI KELANTAN DIDAPATI TIDAK MENGUTIP LEVI TEMPAT LETAK KERETA !

Kepada seluruh penduduk Kelantan di Kota Bharu, apakah ini khabar berita baik kepada anda? Apakah selama ini sepatutnya anda tidak perlu membayar apa-apa levi letak kereta kerana tidak termaktub pung di dalam Undang-Undang Kecil di dalam Undang-Undang Negeri Kelantan? Kepada orang Kota Bharu, Kelantan, Silakan menuntut hak anda ! 

AZLI SHUKRI

Posted: 20 Apr 2014 11:30 PM PDT

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Permainan Mungkar! (Episod 9)

Posted: 19 Apr 2014 11:13 PM PDT

Mereka telah merancang dengan teliti kemusnahan Word Trade Centre (WTC) yang terjadi pada 11 September 2001. Mereka juga sanggup mengorbankan 2996 nyawa bagi mewujudukan persamaan makna "Terrorist" itu "Islam" dan "Islam" itu "Terrorist". Peristiwa 11/9 itu merupakan konspirasi dan sudah terlalu banyak bukti yang mengaitkan tragedi tersebut dengan agenda AS dan Israel melalui slogan "Perang Menentang Keganasan". Sekiranya 2996 nyawa tiada nilai bagi "mereka" yang merancang tragedi tersebut - maka apalah sangat dengan nyawa 241 penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang itu. Namun demikian seperti yang sudah penulis maklumkan sebelum ini - "peperangan besar-besaran" di dunia ini sebenanrnya dimulakan oleh para pemilik modal antarabangsa - "mereka" mahu keuntungan yang berterusan dan para pelakonnya terdiri daripada ahli-ahli politik, para pemimpin dan organisasi-oraganisasi bukan kerajaan yang sering kali melaungkan kebebasan dan hak-hak kumpulan tertentu. 

Kita seharusnya mempunyai kebimbangan yang sangat jelas - bahawa MH370 dihilangkan atas "kehendak" dan satu plot misteri telah dicipta. Hal ini bukanlah imaginasi, tetapi realiti yang harus kita terima. Sudah pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan namun, "klu" mengapa MH370 dilarikan secara tiba-tiba masih tetap buntu dan tiada petunjuk. Walaupun kita mungkin menolak teori konspirasi sebagai fakto utama kehilangan MH370 - tetapi sifat dan ciri-ciri sesebuah konspirasi sememang wujud dalam isu tersebut. Masih ingat dengan "The Protocols of The Elders of Zion" yang membicarakan 24 topik bagi mencatur dunia? Walaupun pelbagai bukti cuba dihamparkan bagi membuktikan kononnya protokol tersebut adalah palsu dan merupakan hasil daripada aktiviti menciplak pelbagai sumber tulisan lain - namun ia sama sekali tidak dapat menolak hujah bahawa hampir semua protokol yang tertera di dalamnya sudah pun berlaku dan dilaksanakan terhadap masyarakat dunia hari ini. Salah satu masej utama di dalam protokol tersebut adalah menjurus ke arah - Yahudi/Israel "wajib" menguasai dunia, melalui ekonomi dan inovasi (ilmu pengetahuan). 

Dalam isu ini kita telah bersetuju bahawa kehilangan MH370 mestilah dihubung kait dengan dua perkara pokok - pertama ia ada kena mengena dengan isu teknologi masa hadapan yang tidak diketahui oleh ramai pihak. Kedua - ia sangat berkait rapat dengan isu keselamatan dan pertahanan. Kedua-dua perkara pokok ini akan menjurus kepada dua kesimpulan penting - pertama "perniagaan dan ekonomi" dan yang kedua, "kuasa dan politik". Kesimpulan ini menjadi titik tolak bagi membongkar misteri kehilangan MH370. Dalam bab yang lepas, hipotesis saya adalah jelas, tragedi MH370 didalangi oleh "sekelompok pemodal antarabangsa berpengaruh " yang mahu mencapai cita-cita ekonomi dan perniagaannya. Jangan terkejut sekiranya beberapa bulan selepas ini - kita akan dibekalkan dengan cadangan-cadangan yang bersifat "paksaan" agar rantau ini melakukan pembaharuan dalam pengurusan ruang angkasa, penambaikan dalam aspek keselamatan pesawat komersial, meningkatkan pelaburan negara dalam organisasi-organisasi perkhidmatan satelit, kelonggaran syarat dalam kerjasama ruang angkasa negara, dan tidak mustahil - Malaysia Air Lines juga bakal diambil alih oleh pesaingnya!

Rantau ini, khususnya Asia Tenggara telah lama menjadi idaman para perniaga - ia merupakan segmen ekonomi yang besar dan negara-negaranya masih stabil dan membangun. Rugi jika para pemodal antarabangsa tidak mengambil peluang keemasan ini dengan cara mewujudkan konflik dan tragedi terlebih dahulu agar "mereka" menawarkan perniagaan berskala besar di rantau ini. Salah satu perniagaan yang menguntungkan para pemodal antarabangsa ialah " peperangan" - dan peperangan adalah produk ekonomi paling laris dan menguntungkan sejak 100 tahun kebelakangan ini.  Perang Dunia, Perang Iran-Iraq, Perang Teluk Parsi, Perang Rusia-Afghanistan, Perang AS-Vietnam dan banyak lagi peperangan yang semuanya membawa keuntungan besar sekurang-kurangnya kepada 10 syarikat ini, iaitu : 1. Mitsubhisi (membina pesawat Jepun) 2. Volkwegan (mengeluarkan kenderaan tentera Jerman) 3. Heinkel (membina enjin pesawat Jerman) 4. Hugo Boss (menyediakan sut tentera Nazi) 5. Boeing (membina pesawat pengebom AS) 6. Ford (membina pesawat dan kenderaan tentera AS/Pakatan Perikatan) 7.  DuPont (menyediakan bom dan bahan kimia tentera AS) 8. IG Farben (menyediakan bom kimia tentera Jerman) 9. Opel (menyediakan kenderaan perang tentera Jerman) 10. NSU Motorenwerke AG@Syarikat Audi (menyediakan kenderaan perang Jerman). 

Setakat ini sekurang-kurangnya kita dapat melihat - "perang" membawa keuntungan kepada industri tertentu - tetapi itu masih belum penting, kerana yang yang mengaut keuntungan sebenar adalah adalah para pemberi dana yang terdiri daripada pemilik modal antarabangsa (jumlahnya sangat kecil, termasuklah pemilik bank dan institusi kewangan) yang sudi memberi pinjaman berbilion dolar hanya untuk mengaut keuntungan maksima hasil daripada pertumpahan darah yang sengaja diciptakan ini. Jika kita bertanya secara jujur - setelah tamat Perang Dunia ke-2 siapakah yang sebenarnya menang? Adakah AS? atau Jepun? atau Jerman? Hakikatnya, yang menang adalah pemilik modal antarabangsa ini. "Mereka" mengaut keuntungan dan kemenang mutlak daripada kedua-dua pihak yang bertelagah, sama ada pasukan yang menang, mahu pun yang kalah - yang tetap untung adalah "mereka". 

Doktrain peperangan adalah sebahagian daripada ekonomi - sudah pun termaktub di dalam "Laporan Iron Mountain" - satu laporan rahsia yang diterbitkan pada tahun 1967. Laporan tersebut merupakan hasil kesimpulan 15 pakar pemikir yang dipanggil sebagai Kumpulan Kajian Khas yang dilantik oleh Pentadbiran Kennedy, Presiden AS pada waktu itu, bagi mengkaji satu hipotesis penting - apakah AS akan berhadapan dengan masalah sekiranya negara itu beralih daripada era perang kepada era keamanan yang panjang? dan apakah prosedur yang sepatutnya diambil bagi menangani masalah itu? 

Pemilihan pakar pemikir tersebut telah dibuat pada tahun 1963. Mereka terdiri daripada individu dalam pelbagai disiplin akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Mesyuarat pertama dan terakhir mereka telah diadakan di kubu nuklear bawah tanah dipanggil Iron Mountain. Kajian yang memakan masa hampir tiga tahun ini akhirnya disiapkan pada tahun 1966 dengan 34 halaman yang penuh dengan kesimpulan-kesimpulan yang mengejutkan berhubung "fungsi perang" - AS sama ada suka atau tidak perlu terlibat dalam menterjemahkan "fungsi perang" dalam segenap kehidupan manusia, agar keamanan tidak "merosakkan" negara itu jika AS berhasrat untuk terus kekal menguasai dunia. "Fungsi perang" atau "alternatif perang" perlu wujud dalam semua sistem kehidupan, termasuk ekonomi, sosiologi, politik, ekologi, kebudayaan dan saintifik.  "Fungsi perang" adalah plot bagi mengawal dunia dan populasinya. Peningkatan dan kepadatan penduduk dunia mewujudkan pelbagai masalah, maka penduduk dunia mesti dikurang dari semasa ke semasa, kerana menurut mereka "lebihan penduduk" adalah beban kepada dunia dan ekonomi - dan jalan terbaik adalah melalui peperangan berskala besar atau "dengan membunuh mereka secara senyap". "Perang" menurut mereka lagi adalah perangsang kepada inovasi dan perkembangan sains dan teknologi. Laporan ini telah dibocorkan oleh Profesor John Doe (nama samaran) salah seorang panel yang terlibat dalam mengubal kesimpulan-kesimpulan tersebut.

Di dalam seksyen empat (Perang dan Keamanan sebagai Sistem Sosial) mereka menulis, Satu "fungsi perang" adalah dengan menggunakan keganasan terancang untuk mempertahankan atau menjaga "kepentingan negara". "Negara" tidak akam mempunyai makna sekiranya tidak berperang. Mereka percaya ia adalah perlu untuk meningkat pembangunan dan ketenteraan bagi "mencipta keperluan terhadap keunikan kuasanya ". Satu lagi "fungsi perang" utama adalah untuk menghasilkan sisa. Sisa ini adalah satu cara untuk mengawal lebihan. Ia juga menghasilkan pekerjaan dan kemajuan industri. Perang, pada dasarnya, merangsang ekonomi, dan telah menjadi penstabil ekonomi penting dalam masyarakat moden."

Dan lebih jauh daripada itu - mereka juga mengesyorkan bahawa dalam tempoh "keamanan daripada peperangan sebenar" - "fungsi perang" harus tetap wujud dengan wajah yang lain, namun demikian impaknya tetap menyamai "perang" sebenar serta matlamatnya untuk mengawal populasi manusia dan mencipta keuntungan ekonomi - hal ini termasuklah mewujudkan wabak penyakit besar-besaran (seperti AIDS) dan kemudian AS menawarkan penawarnya, mewujudkan "ancaman keganasan" dan kemudian AS menawarkan perkhidmatan dan teknologinya, mewujudkan masalah alam sekitar yang kerap digelar sebagai "Pemanasan Global", kemudian AS muncul dengan plan penyelesaiannya, mewujudkan "bencana terpilih" seperti Tsunami, gempa bumi dan banjir besar dengan menggunakan teknologi rahsia - bagi menghapuskan "etnik lama" untuk digantikan dengan "etnik baharu" yang dikawal, kemudian AS muncul menawarkan pembangunan dan kawalan ekonomi, mewujudkan "musuh rekaan" sebagai ancaman besar dunia umpamanya penganut Islam disinonimkan dengan pengganas, kemudian AS muncul mambawa konsesus keamanan bersama bagi memerangi "Keganasan Antarabangsa" - dan di situ terdapat keuntungan untuk AS dari aspek politik, kepimpinan dunia dan ekonomi, mewujudkan krisis kewangan, kemudian AS muncul dengan pakej bantuan menyeluruh, mewujudkan pemberontakkan dalaman, kemudian AS muncul dengan "proksi invidu terpilih" bagi menukar rejim sedia ada. Semua isu ini memiliki "fungsi perang" yang membawa kehancuran, kawalan populasi, keuntungan ekonomi dan kepimpinan politik dunia - bagi menjurus ke satu matlamat iaitu, mengekalkan AS sebagai peneraju dan ketua kepada seluruh negara di dunia dalam segala aspek.

Soalnya apakah kaitannya semua ini dengan kehilangan MH370? Apakah kita masih gagal menghidu dan melihat bahawa terdapat "fungsi perang" dalam tragedi tersebut? Siapakah yang rugi akibat daripada kehilangan MH370? - Jawapannya Malaysia dan MAS - Malaysia kerugian daripada imej dan kehadiran pelancong yang besar daripada China, dikhabarkan 30,000 pelancong daripada China telah membatalkan tempahan tiket mereka sehingga tahun 2015. MAS - mangsa paling sengsara dalam isu ini, imej, pampasan, peningkatan kos pengurusan keselamatan, ketidakpercayaan pelabur, penghijrahan pekerja dan kejatuhan nilai saham. Kemudian, siapakah pula yang bakal membuat keuntungan daripada tragedi ini? Jawapannya sudah tentulah AS (termasuk sekutunya) dan para pemilik modal antarabangsa - sampai bilakah kos pencarian MH370 sanggup dibiayai dengan menggunakan alasan "kami sahabat Malaysia"? Tidak mustahilkah akan wujud pimbiaya yang sanggup menawarkan hutang rasmi kepada Malaysia, sekiranya kos untuk menyelesaikan isu MH370 akan terus meningkat? Dan siapakah pula yang bakal menawarkan kepada Malaysia pakej "meningkatkan keselamatan pesawat dan keselamatan ruang udara" dengan "diskaun" yang mengagumkan? Malah siapakah pula yang bakal menjadi "tukang sorak" dan "tukang hasut" rasmi bagi memanipulasikan MH370 menjadi isu politik domistik yang akan mengancam parti pemerintah dan mendesak pertukaran tampuk pemerintahan negara? Sama ada kita suka atau pun tidak - terdapat hujah "ekonomi" dan "politik" mengapa "mereka" mahu MH370 dihilangkan dengan cara sebegini. 

Menurut Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar, jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut. Katanya lagi, "Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia. Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang," katanya.

Bersambung dalam episod akan datang berjudul Misteri MH370 :  Selepas Satu Billion Pertama!

 

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 20 Apr 2014 11:06 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Rumah MB Khalid Ada 2 Kolam Air, Jom Kita Mandi Dan Cuci Pakaian Disana...

Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT


Seorang brother nie tanya pak guard yang berkawal di kediaman rasmi menteri besar selangor, "rumah mb ada air tak"? soal brother tu, dengan tenang, pak guard tu jawab "ada" dan pak guard tu cakap lagi, "masakan rumah MB air dicatu"...

Jadi kesimpulan yang kita rakyat selangor boleh buat ialah, rumah menteri besar selangor langsung tidak mempunyai masaalah air, air mengalir dengan deras di rumah menteri besar selangor...

Cadangan aku, apa kata jom ramai-ramai kita mandi, basuh baju dan melepaskan hajat kita yang selama ini terbantut dek kerana catuan bekalan air di rumah menteri besar selangor, negeri yang mempunyai rizab simpanan duit sebanyak 1.9 bilion.

Aku rasa khalid pasti benarkan rakyat selangor menggunakan air di rumahnya memandangkan kalau mengikiut carian dari google earth, rumah khalid ada dua kolam renang, banyak air tu...

Sumber


Ustaz Moden's Weblog

Posted: 20 Apr 2014 11:03 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


Video Ustaz Azhar Idrus Ulas Kehilangan MH370

Posted: 20 Apr 2014 07:22 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/pRiNJtO73lM


Belantan

Posted: 20 Apr 2014 11:02 PM PDT

Belantan


Mahkamah Putuskan Kenyataan Anwar Dari Kandang Tertuduh Penafian Semata-mata?

Posted: 20 Apr 2014 07:11 AM PDT


Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh.

"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan Jumaat.

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.

Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.


Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan.

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.

Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan- BERNAMA

Suara Politik
Belantan

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 20 Apr 2014 09:27 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


TIBA MASANYA KERAJAAN TAK LAYAN DAN TOLAK PERSATUAN RASIS NI..BODOH SUNGGUH !

Posted: 20 Apr 2014 12:53 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 20 Apr 2014 09:09 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Wardina Kecam Hadi Awang Sebagai "Ulama Yang Buta"?

Posted: 20 Apr 2014 09:37 AM PDT



4 Pesanan Untuk Mereka Yang Gemar Sebar Maklumat Dalam Media Sosial

Posted: 20 Apr 2014 08:37 AM PDT



Anwar Tunduk Pada Mayat Karpal Singh, Apa Hukumnya?

Posted: 19 Apr 2014 11:48 PM PDT

Bolehkah seseorang muslim tunduk menghormati kematian seorang bukan muslim?


Firman Allahu Subhanawataala :

وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

"Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.

"Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik."

{Surah At-Taubah Ayat ke-84}

Berdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: "Itu jenazah Yahudi".

Baginda bersabda: "Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat". Direkod oleh Nasai (no: 1929).

Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: "Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?" Jawab baginda: "Ya, berdirilah.

Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh". Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).

Ketika Haron Taib, Ketua Dewan Ulama PAS dan Ustaz Azizan Razak, bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia tidak nampak pun kelibat Anwar Ibrahim datang untuk solat jenazah. Ke mana Anwar pergi masa itu?

r b f

Posted: 20 Apr 2014 07:05 PM PDT

r b f


Perdana Menteri Patut Arah Penghormatan Negara Untuk Mendiang Karpal Singh

Posted: 20 Apr 2014 06:23 PM PDT


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Mendiang Karpal Singh diatas kehilangan orang yang tersayang. Semoga anda semua tabah menghadapi ujian yang getir ini. 

Apabila sebut sahaja Karpal Singh kita semua pasti akan terbayang keseriusan wajahnya apabila berucap di Dewan Rakyat atau dalam sidang media. Mendiang tidak suka bercakap lawak atau bercakap kosong. Kalau beliau bercakap mesti serius, ditambah pula dengan suaranya yang vokal. Sampai Anwar Ibrahim pun beliau minta supaya bertaubat. Nik Aziz pun tak pernah minta Anwar bertaubat. Sebaliknya Karpal yang bukan islam pula yang berani menasihati Anwar supaya bertaubat. Walaupun berbeza pendirian politik dengan pemimpin-pemimpin BN, Karpal tak pernah pun minta Tun Dr Mahathir atau Datuk Najib supaya bertaubat. Itulah gambaran bagaimana teruknya Anwar sampaikan peguam dia sendiri yang satu aliran politik minta dia bertaubat. 

Umum telah mengetahui Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah mengumumkan pemberian penghormatan negeri untuk upacara pengkebumian Mendiang Karpal Singh. Bendera negeri diarah supaya dikibarkan separuh tiang selama tiga hari dan kerandanya ditutup dengan bendera Pulau Pinang. Selain itu jenazahnya di bawa ke Dewan Sri Pinang iaitu premis milik kerajaan negeri untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Karpal. 

Langkah yang diambil oleh kerajaan pimpinan Lim Guan Eng adalah satu langkah yang tepat sebagai membalas jasa, sumbangan dan pengorbanan Mendiang Karpal. Saya secara peribadi amat-amat bersetuju dengan langkah tersebut dan menyokongnya sepenuh hati. 


Penghormatan negeri atau negara kebiasaannya diberi kepada mana-mana pemimpin utama atau bekas pemimpin utama negeri atau negara yang banyak berjasa dan menyumbang kepada negeri dan negara. 

Dalam kes Karpal diberi penghormatan negeri ada kawan-kawan atau pihak-pihak lain yang mempertikaikan sumbangan atau jasa Karpal.  Mereka bertanya apa jasa dan apa sumbangan Karpal ? 

Dalam hidup ini kita kena berpaksikan kepada realiti. Walaupun kita berbeza aliran atau anutan politik dan agama dengan Karpal tetapi kita kena akui atau menerima hakikat sumbangan besar beliau kepada negara. Saya sebut NEGARA. 

Mendiang Karpal Singh sepatutnya diberi penghormatan negara. Bukannya penghormatan negeri. Penghormatan negara itu jauh lebih besar. Saya tidak tahu mengapa Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Najib tidak mengarahkan penghormatan negara diberikan untuk upacara pengkebumian Karpal. 

Mungkin ada yang memarahi atau tidak bersetuju dengan saya. Sabar…kan saya dah kata kita hidup kena berpaksikan realiti. Jasa dan sumbangan Karpal kepada negara cukup besar. Kerana Karpal kita  dapat hidup dengan selesa di bumi Malaysia hari ini. Jika tidak mungkin sudah lama negara kita dilanda musibah atau bencana besar. 


Karpal telah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual daripada menjadi pemimpin utama negara kita. Jika tidak kerana pendedahan dan asakan daripada Karpal tahun 1997 sudah tentulah pengamal homoseksual berkenaan yang telah dinamakan oleh Tun Dr M sebagai penggantinya akan menjadi pemerintah kita selepas Tun bersara. Dah hampir pun ketika itu. Nasib baik Karpal yang menjadi penghalang. 

Kita kena ambil iktibar bagaimana hancurnya sebuah negara kaum Nabi Luth kerana homoseks. Dan Nabi cukup-cukup marah kepada pengamal homoseks sehingga Baginda tidak mengaku sebagai umatnya. Cuba anda bayangkan sekiranya orang begitu diangkat menjadi pemimpin kita, apa akan jadi kepada negara kita ? Sebab itu saya kata kita kena ambil iktibar apa yang pernah terjadi dalam sejarah islam hingga hancur sebuah negara. 

Sebab itu juga saya kata kita kena akui jasa besar Karpal Singh kepada negara kita dan beliau sepatutnya layak diberi penghormatan negara. 

Saya tidak bercakap benda bohong….saya tidak mengutip khabar angin kemudian dimasukkan ke dalam blog. Saya juga tidak mendengar cerita orang yang tidak tahu kesahihannya kemudian dimasukkan ke dalam blog. Saya bercakap atau menulis benda yang berdasarkan fakta. 

Sekarang mari saya tunjukkan fakta-faktanya kepada anda…

Sebelum saya menunjukkan fakta-fakta kepada anda saya nak beritahu sikit sahaja lagi….

Sebelum Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat, terlebih dahulu sebelum itu Tun Dr M selaku PM telah dimaklumkan tentang salah laku moral Anwar Ibrahim oleh pelbagai pihak. Termasuklah oleh Tun Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara ketika itu. Namun semuanya Tun ketepikan…kerana baginya itu semua adalah mainan politik kotor orang yang dengki kepada Anwar. Tun tetap mempercayai Anwar dan memilih beliau sebagai penggantinya. Sehingga satu masa Anwar diberi memangku jawatan PM sewaktu Tun keluar negara. 

Sehinggalah Tun menerima surat akaun bersumpah daripada mangsa liwat dan kemudiannya dibangkit secara serius oleh Karpal Singh dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. Barulah Tun membuka mata dan mengarahkan satu pasukan khas polis ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Sebabnya Karpal membangkitkan perkara itu secara serius dalam Parlimen dan mengasak Anwar bertalu-talu. 

Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard) . Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. Sekarang jom kita lihat bukti apa yang dibangkitkan oleh Karpal sehingga ianya menjadi penghalang Anwar dipilih sebagai PM oleh Tun Dr M. Dan juga ianya menjadi punca Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno, ditangkap , didakwa dan dipenjara. 

Kalau ada sesiapa kata saya tipu, anda boleh cari sendiri di laman web Parlimen Malaysia, atau pergi sendiri ke Arkib Parlimen di Bangunan Parlimen Malaysia. Manalah tahu ada yang kata ini superimpose atau kertas tak boleh jadi bukti. 

Kali pertama Karpal membangkitkan perkara ini adalah pada 22 Oktober 1997. Teliti, baca dan fahami betul-betul. Kemudian fikir-fikirkan. Klik pada imej untuk membaca dengan jelas. 

Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 22 Oktober 1997

Lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ?

Ini detik-detik permulaan Karpal mengasak Permatang Pauh

Karpal masih berlemput atau berlapik dan dia berkata 'kewajipan' beliau mempertahankan orang Pulau Pinang kerana dia pun orang Pulau Pinang. Cekappppp


Aik ! Ketika itu Anwar percaya pula sumpah dengan nama Allah. Lihat perenggan ketiga. Kenapa pula sekarang tak percaya sumpah dengan nama Allah dan takut nak bersumpah dengan nama Allah ?
Kuat Kadir Sheikh Fadzir pertahan bos dia


Sekarang kita lihat pula asakan Karpal yang lebih keras dua bulan selepas itu, iaitu pada 18 Disember 1997. 

Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Sidang Dewan Rakyat bertarikh 18 Disember 1997

Sekali lagi, lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ? 
Jeng…jeng…jeng…lihat anak panah merah. Asakan Karpal yang lebih keras terhadap Permatang Pauh mula mengambil tempat
Anak panah merah: Itulah ayat 'pembunuh' yang menjadi penghalang cita-cita Anwar untuk menjadi PM. Dalam Parlimen beb. Akuan bersumpah pula tu.  Bukannya surat layang yang kita terima kemudian diminta fotokopi 10 keping dan edar. Siapa yang dapat  lagi , fotokopi pula 10 keping dan edar. Karpal siap nak panggil Azizan (mangsa liwat) ke Dewan Rakyat lagi.
Hebat orang-orang Anwar ganggu Karpal dan panggil Karpal benggali lagi dalam Parlimen. Hari ini Anwar kata anak cina anak dia, anak india anak dia, anak iban pun anak dia. Mana suara dia waktu Karpal dipanggil benggali oleh orang-orang dia?
Memang layaklah Karpal digelar Harimau Jelutong. Dia memang berani. Dia gasak TPM pasal salah laku moral rapat ke dinding walaupun diganggu dengan hebat oleh penyokong-penyokong Anwar yang cuba menghalang Karpal terus mengasak.

Berdasarkan semua fakta inilah saya katakan Mendiang Karpal Singh patut diberi penghormatan negara. Jasanya cukup besar kepada negara. Pendedahannya membuatkan Tun Dr M membuka mata dan seterusnya mengarahkan polis menyiasat. Jika tidak kita tidak tahu apa nasib negara kita sekarang. 

Sayang semuanya telah terlambat. Mendiang Karpal telah disemadikan semalam tanpa mendapat penghormatan negara. Hanya sekadar penghormatan negeri. Namun begitu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib masih ada peluang jika ingin menghargai jasa Karpal Singh. Saya mencadangkan agar kerajaan dapat mengusulkan kepada Istana Negara supaya Mendiang Karpal Singh diberi gelaran Tun.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 20 Apr 2014 03:22 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tayar hadapan Pesawat MH192 pecah, masih berlegar di udara

Posted: 20 Apr 2014 05:01 PM PDT

Maklumat di atas diperolehi daripada twitter MAS.

Cebisan tayar dilaporkan ditemui.

Pesawat juga telah membuat 'air turn back' ke Kuala Lumpur




Berkongsi aktiviti maksiat jadi amalan biasa remaja masa kini...

Posted: 20 Apr 2014 04:01 PM PDT

Gejala sosial semakin parah di negara ini.

Kalau dahulu ianya 'meriah' dengan amalan seks bebas secara sembunyi-sembunyi hingga melahirkan anak diluar nikah, kini remaja-remaja jenis ini semakin berani menyatakan perlakuan maksiat mereka secara terang-terangan!

Dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, golongan jenis ini semakin hari semakin ghairah berkongsi amalan hidup mereka yang semakin sesat secara umum tanpa segan silu.

Peranan ibu bapa semakin berat dan penting dalam mengawal aktiviti sosial anak-anak. Terlalu longgar dan tiada kawalan yang seirus boleh menjerumuskan diri anak-anak seperti mana yang berlaku di dalam foto di bawah!





Pesta hari jadi tak ubah seperti pesta seks liar di Pulau Pinang

Posted: 20 Apr 2014 07:01 AM PDT

GEORGE TOWN – Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.

"Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak.

"Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Ismail berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah.

Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.

"Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan," katanya. – BERNAMA

Remaja perempuan dirogol, diliwat dua rakan teman lelaki

Posted: 20 Apr 2014 06:01 AM PDT

SUNGAI BULOH – Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa menempuh detik hitam dirogol teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Jaras dekat sini, minggu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan keluar dari rumah di Tanjong Karang Selangor tanpa pengetahuan keluarganya.

"Mangsa dibawa ke rumah sewa teman lelakinya di Kampung Paya Jaras sebelum dirogol dan diliwat.

"Siasatan mendapati mangsa turut dirogol oleh dua lagi lelaki yang merupakan kawan serumah teman lelakinya," katanya.

Menurutnya, teman lelaki mangsa kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan, manakala dua lagi rakannya diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377 kanun keseksaan kerana merogol dan meliwat.

Sakit di kemaluan bongkar kisah pelajar diperkosa

Posted: 20 Apr 2014 02:01 AM PDT

KUCHING – Seorang gadis mengaku dirogol lelaki yang baharu dikenalinya sejak sem­inggu lalu selepas mengalami kesakitan pada alat sulitnya.

Difahamkan, mangsa yang baharu berusia 15 tahun dan berasal dari Petra Jaya mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling di sekolahnya ekoran tidak ta­han dengan kesakitan yang dialaminya.

Menurut sumber, mangsa mengaku telah dirogol oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Amirzul dipercayai berusia 19 tahun melalui seorang daripada rakannya.

"Lelaki (suspek) telah men­gambil mangsa di rumahnya sekitar jam 4.30 petang Rabu lepas dengan menaiki sebuah motosikal.

"Mangsa kemudian dibawa oleh lelaki terbabit ke dalam hutan berdekatan dan me­maksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebelum dihantar pulang se­lepas itu," katanya.

Keluarga mangsa pada mulanya tidak mengetahui in­siden tersebut kerana mangsa takut untuk menceritakannya sehingga diberitahu oleh guru kaunseling iaitu sehari selepas kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai perkara tersebut.

Ketua Polis daerah Kuch­ing ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi menge­sahkan ada menerima lapo­ran berhubung kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan sementara sia­satan polis masih diteruskan," katanya, lapor Utusan Borneo.

Shah Jaszle putus tunang, tayang awek baru

Posted: 20 Apr 2014 12:31 AM PDT

KAMI yakin ramai yang terkejut dengan kisah terbaru pelakon kontroversi Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle yang memaklumkan dirinya sudah pun memiliki kekasih baru menerusi gambar yang dimuatnaiknya di akaun Instagram.

Kekasih barunya yang dikenali sebagai Hanis Husna turut memuatnaik gambar mesranya bersama pelakon itu di akaunnya dan menyatakan bahawa Shahrizal kini telah putus tunang dengan Redzwani Puteri.

Amboi, bukan main cepat cari pengganti ya!

Rasanya, tak sampai dua minggu Redzwani mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak kisah dengan keputusan kes khalwat pelakon itu yang belum diputuskan sehingga ke hari ini. Tambahnya lagi, hubungan mereka juga masih baik.

Tindakan Shahrizal memuatnaik gambar terbaru itu mengundang pelbagai reaksi pengikutnya dan kebanyakan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara itu.


Sementara itu, Redzwani menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai kejam.

Pada masa yang sama, dia turut meminta agar pihak di luar sana tidak bersimpati terhadapnya, sebaliknya kepada Shahrizal dan Hanis.


Persoalannya, adakah tindakan Shahrizal memuatnaik gambar tersebut dilakukan secara terburu-buru dan sengaja ingin menyakiti hati bekas tunangnya itu?

Ini kerana, gambar-gambar dia bersama Redzwani kira-kira dua bulan lalu masih belum dipadamkan di akaun Instagramnya.

Hai, tak tahulah kami nak cakap apa!

Rasanya lebih elok jika Shahrizal memaklumkan terlebih dahulu bahawa dia dan Redzwani sudah memutuskan pertunangan sebelum memuatnaik gambar bersama kekasih barunya itu kepada umum.

Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pelakon itu bukan sahaja tidak menghormati bekas tunangnya, malah juga keluarganya.

Apa pun, kita nantikan sahaja penjelasan Shahrizal nanti. Kami kongsikan sedikit gambar Hanis untuk tatapan semua.


-Mynewshub

Anak dedah rahsia terkutuk bapa kepada nenek

Posted: 19 Apr 2014 11:40 PM PDT

PERKAHWINAN bertujuan menyatukan dua insan dalam sebuah ikatan kasih yang diharap akan berkekalan sampai ke hujung nyawa. Susah senang, gagal atau berjaya dikongsi bersama dengan rasa penuh tanggungjawab asalkan hidup dapat diteruskan dalam suasana harmoni.

Pun begitu tidak semua perkahwinan membawa bahagia, ada yang derita hingga ke hujung usia dan ada juga yang patah di tengah jalan. Semuanya adalah suratan takdir dan tidak siapa mampu menolaknya.

Bagaimana pula dengan suami yang mendera isteri tetapi tidak mahu menceraikan isteri kerana ego dan tidak berhati perut?

Inilah kisah yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini, kisah Mazni (bukan nama sebenar) yang telah berkongsi hidup bersama suaminya, Roslan (bukan nama sebenar) selama tujuh tahun. Perkahwinan yang menjadikan Mazni terseksa jiwa dan raga, malah dia hampir mengalami tekanan jiwa dengan sikap suami yang teramat ego.

Kita ikuti cerita Mazni.

'Saya berusia lewat 30-an, bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat insurans. Saya telah bernikah dengan Roslan, seorang penjawat awam selama tujuh tahun. Kami dikurniakan tiga orang anak berusia setahun, empat dan tujuh tahun.

'Kami bernikah atas pilihan keluarga. Saya tidak pernah kenal dia sebelum kami disatukan kerana ibunya yang beriya-iya mahukan saya sebagai menantu.

'Saya juga tidak tahu kenapa Roslan bersetuju dengan hajat ibunya, sedangkan dia tidak cintakan saya. Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan jodoh. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berusaha menjadi isteri yang baik dan solehah.

'Di peringkat awal pernikahan kami semuanya baik-baik belaka. Saya dilayan seperti mana suami lain melayan isteri. Apabila anak sulung kami lahir, suami mula buat hal. Perangainya mula berubah.

'Dia bukan kaki perempuan, tidak juga yang selalu keluar malam berfoya-foya. Masalah dengan suami saya, dia seorang yang panas baran dan suka memerintah.

'Saya sering diherdik, ditengking dan dimarahi tanpa sebab. Ada kalanya disebabkan masalah kecil, dia boleh menengking dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar kepada saya. Pun begitu, saya masih bersabar sebab ingatkan anak-anak. Malah dia kerap memukul saya di hadapan anak-anak.

'Daripada panas baran, dia mula naik tangan. Sikit sahaja silap, saya akan ditampar. Pendek kata, saya tidak boleh buat silap. Itu pun saya sabar. Tidak sekalipun saya ceritakan kepada sesiapa termasuk ibu dan ayah saya dan keluarga.

'Di rumah, saya didera mental dan fizikal. Semua kerja rumah saya harus buat sendiri. Tidak ada pembantu rumah. Mengemas, memasak dan membeli keperluan rumah, saya yang kena buat. Dia hanya menjadi pemerhati.

'Bayangkan, setiap hari saya terpaksa bangun pagi untuk memasak, membasuh pakaian dan menghantar anak ke taska. Mujur dua orang anak yang bersekolah naik bas. Sering kali saya masuk kerja lewat kerana kesesakan jalan atau terlewat bangun.

'Sekali dua, mungkin terlepas tetapi kalau selalu, kawan-kawan pun tidak dapat membantu. Akhirnya saya diberi surat amaran kerana terlalu kerap datang lewat ke pejabat. Saya cuba bercakap dengan suami dan minta dia carikan saya pembantu rumah.

'Nak tahu apa jawapannya, awak kan ada. Awaklah jadi pembantu rumah. Itu pun tak boleh buat! Sedihnya hati saya, Allah sahaja yang tahu. Saya cuba memujuk tetapi gagal, dia berkeras yang kami tidak perlukan pembantu rumah kerana membazir katanya.

'Memang saya akui, saya boleh buat semua kerja. Tetapi dengan kudrat yang ada, saya tidak mampu lagi bertahan. Saya sering keletihan apabila balik ke rumah. Pergi menjemput anak-anak di taska dan rumah jiran. Dari pukul 6 pagi, saya keluar rumah, sampai di rumah hampir 8 malam. Bayangkan!

'Suami langsung tidak ada tolak ansur untuk membantu. Anak menangis pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Saya juga yang terpaksa bergelut dengan anak dan kerja rumah. Anak-anak sedang membesar dan perlukan perhatian kami sebagai ibu bapa, itu pun dia tidak faham.

'Saya pelik dengan perangai suami. Bagaimana dia boleh tidak ada perasaan kasihan sedikit pun kepada saya. Bukan dia tidak nampak bagaimana kalutnya saya untuk buat semua kerja rumah.

'Balik rumah, saya perlu memasak untuk makan malam. Kalau saya tak masak, dikatanya saya malas dan tidak pandai melayannya. Serba tak kena dibuatnya!

'Mengenangkan sikap suami, hati saya menjadi luluh, saya sangat sedih. Sering kali saya menangis apabila mendengar cerita kawan-kawan pejabat yang mana suami mereka suka membantu buat kerja di rumah. Saya selalu berdoa agar satu hari nanti suami akan berubah dan mohon Allah lembutkan hatinya.

'Satu hari, ibu saya datang ke rumah. Saya ambil cuti kerana nak jaga hati ibu. Anak-anak sangat gembira apabila saya ada di rumah, sebab mereka tidak payah pergi ke rumah jiran selepas balik sekolah.

'Entah macam mana anak sulung saya yang berusia tujuh tahun memberitahu neneknya yang saya selalu kena marah dan pukul dengan ayahnya. Apa lagi, mengamuk ibu saya terutama setelah tanda lebam dan bengkak di lengan saya kerana baru ditampar oleh suami sehari sebelum ini.

'Saya mengelak daripada bercerita hal sebenar tetapi gagal sebab anak saya yang sulung itu petah bercerita dengan neneknya apa yang ayahnya selalu buat terhadap saya dan juga mereka. Saya tidak dapat berbohong lagi. Mahu tidak mahu saya terpaksa berterus terang.

'Malam itu juga, ayah dan abang saya tiba di rumah. Rupa-rupanya ibu telah menelefon mereka memberitahu apa yang telah berlaku kepada saya. Saya menangis apabila ayah dan abang bertanya hal sebenar. Saya akhirnya memberitahu mereka yang selama ini saya tidak bahagia dan banyak berahsia dengan mereka.

'Malam itu, sebaik sahaja Roslan balik ke rumah, dia terkejut melihat ayah dan abang saya ada di rumah. Dia menegur dan bertanya khabar tetapi ayah bersikap dingin. Ayah benar-benar marah dan mahu membuat perhitungan dan menyelesaikan masalah kami berdua malam itu juga.

'Setelah diasak dan ditunjukkan bukti tangan saya yang bengkak dan lebam-lebam, akhirnya Roslan mengaku akan perbuatannya. Dia meminta maaf kepada ayah dan abang di atas perbuatannya itu. Tetapi abah tidak dapat menerima.

'Abah tegur perbuatannya yang tidak berhati perut itu. Pada masa yang sama ayah minta dia bertaubat dan menyediakan segala keperluan rumah untuk saya dan anak-anak jika mahu terus bersama saya.

'Pertengkaran hebat berlaku antara abah, abang dan Roslan. Keluarga Roslan juga dipanggil untuk menyelesaikan perkara ini. Terkejut keluarga mentua saya dengan apa yang berlaku.

'Saya menangis semahu-mahunya menyaksikan perdebatan antara dua keluarga ini. Tidak siapa tahu apa yang saya tanggung selama ini. Keluarga mentua memarahi saya kerana menyimpan rahsia ini terlalu lama. Sepatutnya saya berterus terang dengan mereka atau keluarga saya.

'Saya rasa tidak ada seorang isteri yang mahu membuka keburukan suami kepada keluarga, lebih-lebih lagi jika si isteri sangat mencintai suaminya, begitulah juga dengan saya. Tetapi kehendak Allah tidak siapa menduga, dalam sekelip mata masalah rumah tangga saya tersingkap.

'Roslan macam orang bodoh. Dia dihembur dengan kata-kata yang bukan kepalang oleh ibu bapanya. Saya hanya berdiam diri dengan air mata yang berlinangan di pipi. Bukan niat saya bercerita kepada sesiapa.

'Akan tetapi Allah Maha Mendengar dan Melihat penderitaan saya. Hari itu, Roslan diberi pilihan sama ada membebaskan saya atau bertaubat dan berubah.

'Dia memilih untuk bertaubat dan berubah. Dia melutut di hadapan ayah dan ibu saya serta ibu bapanya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya. Suasana sangat pilu.

'Saya meraung apabila Roslan memeluk saya dan memohon maaf atas keterlanjurannya selama ini. Katanya, dia tidak ada niat untuk menyeksa saya tetapi egonya mengatasi mindanya sebagai seorang suami yang perlu melindungi saya. Akhirnya keadaan kembali pulih.

'Suami diberi amaran keras oleh keluarga kami. Jika terjadi lagi perkara seumpama itu, dia tidak ada pilihan melainkan kehilangan saya dan anak-anak, itu kata dua yang abah dan abang saya berikan kepadanya.

'Alhamdulillah selepas peristiwa itu semuanya kembali tenang. Roslan berubah terus daripada perangai lamanya. Dia menjadi seorang suami dan ayah yang penyayang dan prihatin. Saya terasa seperti kami baru berkahwin dan memulakan kehidupan baru.

'Saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Terutama peranan yang dimainkan oleh keluarga kami dalam menyelesaikan masalah ini. Terima kasih juga kepada anak saya yang membuka cerita kepada neneknya. Jika tidak, sampai bila saya akan terus terseksa pun, saya tidak tahu.

'Saya percaya, Allah menguji saya kerana Dia mahu memberi yang lebih baik untuk saya dan keluarga. Saya bersyukur dan berharap apa yang saya lalui akan menjadi teladan kepada pasangan suami isteri yang lain.

'Pesanan saya, sayangkan suami biar bertempat dan jangan sampai memudaratkan diri. Bertindak menjaga hak kita sebagai isteri jika tidak mahu menderita... saya telah menempuhnya dan saya tidak mahu anda pula melaluinya,'' demikian Mazni menamatkan ceritanya.

Menarik sungguh cerita Mazni. Jarang ibu bapa mahu mencampuri masalah rumah tangga anak dan menantu mereka. Tetapi keluarga Mazni bertindak bijak apabila bersemuka dengan suami Mazni dan keluarganya.

Inilah tindakan yang harus dibuat oleh ibu bapa apabila berdepan dengan krisis rumah tangga anak menantu. Bukan niat mengeruhkan keadaan tetapi menyelesaikannya dengan baik.

Semoga kes ini menjadi pengajaran buat Roslan dan Mazni dan didoakan agar kehidupan mereka sekeluarga dalam rahmat Allah hendaknya.

Mengundur diri, pesanan saya untuk pembaca budiman, di sebalik derita ada gembira, di sebalik bahagia ada air mata. Kembalilah kepada Allah apabila anda berada di persimpangan dalam mencari jalan pulang.

Salam

Keluarga@Utusan

MP Langkawi mohon maaf pada keluarga Karpal

Posted: 19 Apr 2014 11:35 PM PDT

Langkawi - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad semalam dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga mendiang Karpal Singh atas tindakannya cuba mengungkit kembali ungkapan kontroversi Pengerusi DAP itu mengenai ketegasannya menolak hukum hudud.

Nawawi turut kesal dengan ketelanjuran petikan akhbar yang bertulis "mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu" yang disifatkan kurang sesuai dimuat turun di laman Facebooknya apatah lagi ditambah dengan ungkapan "Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh. sila bagi nama."

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu,

"Adalah tidak sopan untuk saya atau pegawai saya menggunakan gambar mendiang Karpal Singh yang diambil di tempat lain secara 'copy and paste' dan diletakkan ke dalam akuan FB saya," katanya yang dipetik dari laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Ungkapan "mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu" pernah ditegaskan dulu oleh Karpal terhadap perjuangan PAS yang sebelum ini begitu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Ketegasan mendiang Karpal Singh dalam soal hudud menjadi "duri dalam daging" di dalam hubungan antara parti yang membentuk Pakatan Rakyat di mana perjuangan PAS itu turut disanggah oleh PKR yang bersetuju dengan pendirian DAP itu.

Tindakan PAS yang baru-baru ini membawa Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang merujuk kepada hukum hudud ke Parlimen ditentang keras oleh mendiang Karpal, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pucuk pimpinan PKR.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengendahkan reaksi rakan Pakatan Rakyat itu dan tetap mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun kehangatan pembentangan hudud di Parlimen itu terbantut buat sementara waktu ekoran kematian Karpal yang terlibat kemalangan di Lebuhraya PLUS beberapa hari lalu. -UtaraNews.com

Adi Putra Cipta 264 Formula Matematik

Posted: 19 Apr 2014 11:31 PM PDT

Tanjung Malim: Biarpun tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana pusat pendidikan di negara ini, budak pintar matematik Adi Putra Abd Ghani, 15, mampu berkongsi pelbagai bidang ilmu terutamanya matematik dengan pelbagai lapisan masyarakat antaranya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta kakitangan agensi kerajaan.

Adi Putra berkata, dia sudah mencipta 264 formula matematik membabitkan pelbagai cabang ilmu termasuk menghasilkan buku penyelesaian matematik yang diterbitkan beberapa tahun lalu.

Menurutnya, ini bukan bidang matematik baru, namun pendekatan saja yang berbeza dan kebanyakan formula yang diciptanya adalah berasaskan daripada al-Quran serta Islam seperti berdasarkan hukum tajwid termasuk mengaitkan formula dengan kejadian alam, namun ia ditukar kepada sistem pengiraan matematik.

Adi Putra yang pernah menarik perhatian ramai berikutan kepintarannya dalam menyelesaikan permasalahan matematik pernah mendapat perhatian umum kira-kira enam tahun lalu sebelum kelibatnya seolah-olah 'hilang' daripada pandangan masyarakat.

Dia yang kini sudah menginjak usia remaja berkata, dia tidak pernah 'hilang' atau membawa diri tetapi masih meneruskan usahanya dalam berkongsi ilmu matematik dengan pihak lain tidak mengira platform atau pentas.

"Saya tidak pernah hilang, sebaliknya masih meneruskan usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk semua pihak. Saya juga sering mengadakan bengkel di sekolah serta IPT berkaitan dengan ilmu matematik. - Harian Metro

Masalah air: Nestle boleh pindah kilangnya ke N. Sembilan

Posted: 19 Apr 2014 11:15 PM PDT

SEREMBAN – Kerajaan negeri mengalu-alukan kilang Nestle Malaysia Bhd (Nestle) di Selangor jika mahu berpindah operasi ke negeri ini, berikutan industri pengeluar makanan dan minuman itu kini berdepan dengan masalah bekalan air di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya ada hasrat daripada industri itu untuk memindahkan atau mengalihkan operasi kilang mereka ke sini memandangkan Nestle turut mempunyai kilangnya di Chembong.

"Mereka boleh meninjau dan membesarkan kilang mereka di sini bagi membolehkan mereka mengalihkan secara beransur-ansur operasi kilang dari Selangor ke Negeri Sembilan berikutan kawasan sekarang tidak lagi kompetitif.

"Bagaimanapun, kita bukanlah mahu menghasut pihak industri itu supaya datang ke Negeri Sembilan kerana ia bukan tujuan kita tetapi sekiranya mereka mempunyai hasrat untuk memindahkan atau mengubah lokasi operasi mereka, kita amat mengalu-alukannya.

"Malah saya rasa Nestle tidak mempunyai masalah kerana operasi kilangnya di negeri ini juga besar yang mana mengeluarkan produk makanan dan minuman seperti Milo, Koko Krunch dan bijirin sarapan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2013 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban dekat sini, semalam.

Pada masa sama, Mohamad turut mengakui bukan satu perkara yang mudah dan senang jika Nestle mahu mengalihkan atau mengubah operasi kilang kerana ia akan menelan belanja yang begitu besar.

Dua Menteri Besar bakal ditukar?

Posted: 19 Apr 2014 11:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya Bisik-Bisik Awang Selamat mendakwa dua Menteri Besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional akan ditukar tidak lama lagi.

Bagaimanapun Awang Selamat tidak menamakan Menteri Besar mana dan dari negeri mana yang dimaksudkan dalam tulisannya yang disiarkan di Mingguan Malaysia hari ini.

"Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.

"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi
desas-desus," tulisan Awang Selamat dipetik.

Awang Selamat turut menyokong usaha berkenaan kerana ia mampu menyuntik kesegaran dalam pentadbiran negeri.

"Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu.

"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," katanya.

Katanya, pertukaran dalam pentadbiran negeri wajar dilakukan dan ia tidak perlu dilakukan hanya ketika berlaku pilihan raya umum atau negeri semata-mata.

Awang Selamat juga berpendapat ramai yang menyimpan harapan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dua-menteri-besar-bakal-ditukar-34277?cp

Lelaki bertuala ke rumah MB Selangor untuk mandi

Posted: 19 Apr 2014 10:01 PM PDT

Kira-kira jam 3.30 petang tadi, saya dihubungi oleh lelaki berusia 28 tahun.

"Saya terbaca status facebook encik Mazidul mengenai cadangan untuk rakyat mandi di rumah Menteri Besar, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Jomlah!," pelawanya.

Lalu saya bergegas ke Shah Alam untuk menyaksikan tindakan nekad pekerja syarikat swasta itu. Jam 3.55 petang, dia tercegat di luar pintu utama kediaman rasmi MB negeri terkaya di Malaysia itu.

Selamba dia menyapa anggota polis bertugas di situ.

"Berapakah bilangan anggota polis berkawal?," soal saya.

"Dua orang. Seorang berdiri di luar pondok kawalan, tidak berseragam dan seorang lagi di dalam, lengkap berseragam," ujarnya.

"Berbualkah dengan mereka?," tanya saya lagi.

"Melihat saya memegang tuala, reaksi mereka sedikit hairan. Saya kemudian meminta izin untuk merakamkan gambar di sekitar kawasan luar rumah MB. Dalam pada itu, sempat juga saya bertanya, di sini (kediaman MB) ada bekalan air?," katanya.

"Apakah respon polis itu?," soal saya spontan.

"Katanya, ada. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Masakan rumah MB, bekalan air dicatu," balasnya.

Dia terdiam buat seketika.

"Kalau dimohon kebenaran tadi, tiba-tiba saya dibenarkan untuk mandi di rumah MB, khuatir pula terlalu ramai rakyat negeri Selangor, hidup terseksa akibat catuan air tidak mengikut jadual, berduyun-duyun membawa tuala dan sabun, datang ke sini untuk mandi. Boleh juga mereka tengok, jumlah bilik air di kediaman Tan Sri Khalid," jelasnya.

"Apa salahnya, jika rakyat dalam kesusahan menumpang seketika, menikmati kemudahan asas di rumah pemimpin mereka. Lagipun MB sendiri mengarahkan bekalan air dicatu di seluruh Selangor. Sedangkan bekalan air ke rumah dia, tiada gangguan langsung. Lazimnya, susah senang, pemimpin sejati tetap bersama rakyat," celah saya.

Lelaki bujang menetap di Klang itu kemudian kelihatan terus menyandang tuala dan berdiri pegun, merenung papan tanda di sebelah kiri pintu masuk.

"Mudah sungguh MB dan ahli keluarga mandi, berak dan kencing. Rakyat seperti saya menderita, kena kencing. Di kawasan rumah saya, kononnya, bekalan air dicatu dua hari dan disalurkan semula dua hari kemudian. Kononnyalah tetapi kejadian itu tidak berlaku. Sukar orang bujang seperti saya untuk membasuh pakaian. Berak pun leceh sebab saya beragama Islam, punggung tidak boleh dibersihkan mengguna kertas tisu gulung sahaja. Masakan hendak bertemu teman wanita tanpa membasuh berak dengan air dan tidak mandi, busuk," ujarnya kesal.

Saya tersenyum.

"Kalau MB terkini mewakili UMNO-Barisan Nasional, BN, sudah pasti ribuan penyokong Pakatan Rakyat berpiket berulang kali, terpekik terlolong di sini. Penyokong UMNO-BN tidak bertelur, terlalu bersabar menanti, diam menikus, biarpun mereka sendiri merana berikutan kegagalan pemimpin Parti Keadilan Rakyat menguruskan bekalan air. Air, kemudahan asas, bukan kemudahan alternatif seperti sport rims kereta. Saya setuju benar dengan cadangan bernas encik Mazidul, jika catuan air masih berterusan, rakyat tertekan harus datang mandi di rumah MB. Bukan mandi dengan MB. Ikut giliranlah. Maka kediaman rasmi Tan Sri Khalid ini akan sentiasa meriah," komennya lagi.

Dia mengelap peluh di dahi sebelum berlalu pergi. Itulah antara luahan hati seorang daripada penduduk negeri Selangor.

Sumber: Mazidul Akmal

Diserang sawan ketika berasmara dengan kekasih gelap

Posted: 19 Apr 2014 09:01 PM PDT

Gambar hiasan
Miri: Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah hotel, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami kekejangan di seluruh tubuh.

Difahamkan, lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga tetapi dipercayai mengunjungi hotel terbabit bagi memadu asrama dengan wanita berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya.

Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

"Tindakan pantas paramedik Hospital Miri berjaya menyelamatkan warga emas terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh badan selain mulutnya berbuih.

"Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam)," katanya.

Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan seks.

Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum membawa lelaki itu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, keadaan lelaki itu stabil dan dibenarkan keluar sehari selepas itu.

Serbuan seks: Pelakon terkenal dicekup positif dadah

Posted: 19 Apr 2014 07:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam.

Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.

Ujian positif ganja


Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.

"Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Tawar seks


"Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak.

"Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah," katanya.

Berita Harian