Rabu, 12 Februari 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 11 Feb 2014 03:14 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Hong Leong Bank New Security Update

Posted: 10 Feb 2014 04:28 PM PST

Dear Valued Customer,

Your account has been mandated for update.

For your security, please validate your account.

CLICK HERE TO VALIDATE


Thank you for using Hong Leong Internet Banking Services!

Hong Leong Bank Berhad reserved.

Jasindaily Online

Posted: 11 Feb 2014 09:39 AM PST

Jasindaily Online


Program Ceramah Minggu Ini

Posted: 10 Feb 2014 06:15 PM PST


1 hari 2 program bersama YB Ustaz Sallehen Mukhyi(Adun Sabak dan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor)



Kuliah Maghrib
12 Februari 2014 / Rabu
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Hj Husin, Umbai, Merlimau, Melaka

Ceramah Perdana
12 Februari 2014 / Rabu
Masa : 930 malam
Tempat : Dataran HAMAS, Sempang Kemendor, Jasin, Melaka

SEMUA DIJEMPUT HADIR 

KHIDMAT MERU

Posted: 11 Feb 2014 09:25 AM PST

KHIDMAT MERU


Yb Meru menyambut jemputan orang2 India di Kuil Maha Mariamman Muniswarar Jln Acob Meru.

Posted: 11 Feb 2014 12:02 AM PST





Yb Meru menyambut jemputan orang2 India di Kuil Maha Mariamman Muniswarar Jln Acob Meru di hari perayaan mereka. Dalam ucapannya selain memberi pencerahan terhadap tasawwur Islam yg sebenarnya, Yb Kumpulan 52 meminta ketua2 komuniti dan ketua2 kuil utk memberikan senarai pesakit dan orang miskin dan alamat rumah mereka utk mendapat bantuan dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.

PAS Kulaijaya

Posted: 11 Feb 2014 07:25 AM PST

PAS Kulaijaya


Ceramah Isu Kajang oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 10 Feb 2014 03:57 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 11 Feb 2014 07:03 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


DR. KHAIRUDDIN : TOL SUDAH WAJAR DIHAPUSKAN !

Posted: 10 Feb 2014 06:30 PM PST

EPL..DISEBALIK HIKMAHNYA..

Posted: 10 Feb 2014 03:35 PM PST

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


HAMIM Ledang

Posted: 12 Feb 2014 03:25 AM PST

HAMIM Ledang


Perasmian Pejabat Wilayah Selatan MIDF, JOHOR

Posted: 12 Feb 2014 01:52 AM PST

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

1.            Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada MIDF kerana mengundang saya bagi menyempurnakan perasmian Pejabat Wilayah Selatan MIDF yang terletak di Tingkat 15 di bangunan Menara TH ini. 

2.            MIDF adalah institusi kewangan yang berada di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif untuk manfaat usahawan serta syarikat-syarikat tempatan. 

3.            MIDF memberikan fokus kearah menyediakan bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mewakili 97.3% daripada jumlah keseluruhan entiti perniagaan yang berdaftar di Malaysia mengikut Bancian Ekonomi tahun 2011. Daripada jumlah tersebut, 95% adalah di bawah sektor perkhidmatan dan pembuatan. Syarikat-syarikat PKS dijangka akan menyumbang sekurang-kurangnya 41% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 9% daripada tahap yang telah dicapai pada tahun 2010 iaitu 32%. 

4.            Berkuatkuasa pada 1 Januari 2014, dijangka lebih banyak lagi syarikat, khasnya dari sektor perkhidmatan akan diklasifikasikan sebagai PKS berdasarkan definisi baru PKS, malahan peratus bilangan PKS daripada jumlah keseluruhan perniagaan di negara ini dijangka akan meningkat daripada 97.3% ke 98.5%.

5.            MIDF akan terus memberi fokus dalam menawarkan pembiayaan pinjaman kepada syarikat-syarikat PKS bagi mendapat bantuan kewangan berterusan daripada pihak Kerajaan kerana ini akan membantu syarikat-syarikat PKS dalam mencapai tahap sumbangan kepada KDNK tersebut. 

6.            Sehubungan itu, MIDF menawarkan skim pinjaman mudah bagi manfaat PKS dan juga syarikat-syarikat bukan PKS di antaranya; Skim Pinjaman Mudah Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SLSME), Skim Pinjaman Mudah Bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM), Skim Pinjaman Mudah Bagi Peningkatan Sektor Perkhidmatan (SLSCD), Skim Pinjaman Mudah Bagi Sektor Perkhidmatan (SLSSS); dan Skim Pinjaman Mudah Bagi Usahawan Automotif Bumiputera (SLBAE).  Harapan saya adalah supaya skim pinjaman yang ditawarkan dapat membantu para usahawan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang mampu untuk berdaya saing dan kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

7.            Saya dimaklumkan bahawa setakat 31 Disember 2013 secara keseluruhannya, MIDF telah meluluskan 9,507 permohonan pinjaman dengan nilai pinjaman RM11.8 bilion.  Bagi negeri Johor termasuk Melaka, sebanyak 1,274 permohonan pinjaman telah diluluskan pada nilai RM2.1 bilion setakat 31 Disember 2013.  Bagi tahun 2014, MIDF mensasarkan permohonan pinjaman secara keseluruhan sebanyak RM600 juta kepada sekurang-kurangnya 400 syarikat tempatan.

8.            Saya turut dimaklumkan bahawa fokus pembiayaan MIDF bagi tahun ini adalah untuk mewujudkan usahawan tempatan yang berdaya saing dan berdaya maju bagi meningkatkan tahap kesediaan menghadapi pasaran terbuka. MIDF mensasarkan penyaluran bantuan pinjaman kerajaan berjumlah RM600 juta dalam tahun ini dan dari jumlah tersebut, RM200 juta diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera, yang mana RM100 juta digunakan bagi meningkatkan tahap pegangan aset hartanah oleh syarikat Bumiputera melalui pembiayaan sehingga 100% kos pembelian aset tersebut pada kadar tetap serendah 4% setahun. RM100 juta seterusnya digunakan untuk meningkatkan tahap daya saing syarikat Bumiputera melalui pembiayaan pembelian mesin, peralatan industri dan pembiayaan modal kerja juga pada kadar tetap serendah 4% setahun. 

9.         Di samping itu, sejumlah RM400 juta lagi akan disasarkan kelulusan di bawah program-program sedia ada bagi meneruskan kesinambungan pembangunan syarikat tempatan iaitu:

·         program pembiayaan bagi pengembangan dan pengwujudan syarikat PKS tempatan di      bawah program Skim Pinjaman Mudah Bagi PKS (SLSME);
·         program pembiayaan bagi peningkatan tahap produktiviti dan penggunaan automasi serta  modenisasi oleh syarikat perkilangan di bawah program Skim Pinjaman Mudah Bagi  Automasi dan Modenisasi (SLSAM);

·         program peningkatan kapasiti syarikat perkhidmatan tempatan di bawah program Skim      Pinjaman Mudah Bagi Peningkatan Kapasiti Perkhidmatan (SLSCD):

·         program bagi peningkatan daya saing syarikat perkhidmatan tempatan di bawah Skim        Pinjaman Bagi Sektor Perkhidmatan (SLSSS); dan

·         program pengembangan aktiviti perniagaan syarikat Bumiputera yang memiliki Permit        Kelulusan Terbuka atau "Open AP" di bawah Skim Pinjaman Bagi Usahawan Automotif    Bumiputera (SLBAE).

10.         Antara jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh MIDF di bawah program-program tersebut adalah:

·         Pembiayaan pembelian asset tetap seperti tanah, bangunan kilang dan premis                    perniagaan;

·         Pembiayaan pembelian mesin, peralatan, kenderaan perniagaan, perisian dan                    perkakasan komputer; dan

·         Pembiayaan modal kerja dan pemfaktoran.

11.         Dana terbaru yang akan dilaksanakan oleh MIDF adalah Dana Pelaksanaan Gaji Minima PKS. Dana ini bertujuan membantu syarikat PKS yang terjejas akibat pelaksanaan gaji minima melalui bantuan pembelian mesin, peralatan, modal kerja dan pensijilan.  RM100 juta akan diperuntukkan oleh MIDF bagi tujuan ini.

12.         Dalam menjalankan perniagaan, MIDF tidak lupa kepada mereka yang memerlukan. MIDF telah memainkan peranan dengan membantu syarikat-syarikat PKS yang terjejas akibat bencana banjir yang telah melanda Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor melalui Dana Kecemasan PKS.  Dana ini bertujuan untuk membantu memulihkan semula perniagaan PKS yang terlibat dan boleh digunakan untuk pembiayaan pembelian mesin dan peralatan, pembaikan premis yang terjejas serta keperluan modal kerja seperti pembelian bahan mentah.

13.         Tahniah, saya ucapkan kepada MIDF kerana telah banyak memberikan peluang kepada syarikat-syarikat tempatan untuk berjaya dalam perniagaan mereka dan di samping itu saya juga percaya MIDF mempunyai hasrat yang amat murni untuk menyaksikan syarikat tempatan terutamanya syarikat PKS sentiasa berada ditahap kompetitif dalam menghadapi persaingan daripada syarikat antarabangsa, bahkan MIDF mahu terus membantu mereka untuk menembusi pasaran global.  Saya berharap semoga segala niat murni MIDF dalam memperkasakan syarikat-syarikat tempatan akan terus berhasil dan berjaya.


Sekian, terima kasih.