Rabu, 22 Januari 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 22 Jan 2014 01:05 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Lagi Bukti Kerajaan DAP Penang Anti Melayu dan Islam

Posted: 21 Jan 2014 08:55 PM PST

Ini bukti kerajaan PR pimpinan DAP Pulau Pinang anti kepada Islam dan Melayu. Lawatan Ketua Menteri Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dengan exco kerajaan negeri kerumah bapa mangsa mati lemas Teluk Bahang di Kubang Ulu, Penanti Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam untuk mengucapkan takziah dan menghulurkan bantuan kewangan. Lihat dengan mata kepala […]

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 21 Jan 2014 07:16 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Blogger Sebagai Pendakwah?

Posted: 21 Jan 2014 08:00 PM PST

Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

Kadar penembusan Internet di Malaysia hanya 54 peratus tetapi pengguna sangat tinggi pengetahuan teknologi Internet. Kajian oleh Omnicom Media Group mendedahkan lebih 80 peratus pengguna Internet Malaysia sering bersembang secara online, menikmati hiburan (mendengar muzik, radio) dan membaca blog. Manakala 64 peratus menonton video secara online dan mengemas kini laman web jaringan sosial mereka. 

Fungsi weblog bergantung kepada individu yang membangunkan blog tersebut. Blog yang tipikal akan menggabungkan teks, imej dan pautan-pautan yang diminati oleh penulis blog tersebut atau lebih dikenali sebagai blogger. 

Bagi dakwah, "menguasai dunia" sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da'wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat anjal dari segi kaedah atau cara dakwahnya. 

Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan. Penggunaan teknologi maklumat dan komukmuasi (ICT) dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang kaedah dakwah di abad ini. 

Kecanggihan ICT kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi telah memungkinkan blog digunakan untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini.

Justeru blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Wujud fenomena baru di dalam dunia ICT dikalangan generasi muda yang dipanggil weblog. Hampir dari kita semuanya sudah tidak asing lagi dengan blog atau weblog, contohnya Wordpress, Blogspot dan lain-lain. 

Apa itu Blog?
Blog merupakan singkatan daripada perkataan web log. Dari maksud itulah datangnya perkataan weblog. Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. 

Secara istilah, weblog bermaksud log ataupun buku log (buku yang penulis jadikan catatan nota semasa di bangku menengah) yang ditulis menggunakan laman web tertentu sama ada dari perkhidmatan blogger, blogsome, blogdrive dan lain-lain. 

Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Malah ada yang menyebut 'maklumat adalah kuasa'.

Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan. 

Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Blog boleh dijadikan sebagai salah satu daripada medan penulisan yang mempunyai urutan kronologi dan dipaparkan untuk perkongsian maklumat.

Maklumat inilah yang amat diperlukan oleh manusia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi(http: //www.Qardawi.com), Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan lain-lain lagi.

Malah hasil penelitian melalui laman alexa.com sebelum ini menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Hanya lima laman web disenaraikan paling popular di Malaysia ialah iluvislam.com (kedudukan 373 di Malaysia), islam.gov.my (1,270), zaharuddin.net (1,254), saifulislam.com (1,386) dan halaqah.net (2,706). ~harakahdaily



PAS Kawasan Miri

Posted: 21 Jan 2014 07:13 PM PST

PAS Kawasan Miri


Tiang Lampu Mengancam Nyawa Pengguna Jalanraya

Posted: 20 Jan 2014 09:18 PM PST

Tiang Lampu Hampir Tumbang Di Jalan Tanjong Lobang

MIRI - Satu tiang lampu yang dipasang berdekatan dengan Balai Polis Tanjung Lobang hampir tumbang di tengah-tengah jalan Tanjung Lobang dalam perjalanan ke Miri.

Kita dapati sudah beberapa hari tiang lampu tersebut hampir tumbang tetapi tiada pihak yang berkenaan mengambil tindakan untuk membetulkan semula kedudukan tiang lampu tersebut.

Sekiranya ianya dibiarkan begitu lama kemungkinan besar ianya boleh tumbang pada bila-bila masa dan melintang ditengah jalan yang boleh menyebabkan kemalangan keatas pengguna jalanraya.

Kita mengesa pihak yang berkenaan segera membetulkan tiang lampu tersebut sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Ianya juga boleh mengancam nyawa pengguna jalan yang melalui jalan tersebut. Harap perkara ini dapat diatasi dengan segera.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Lamp Post Almost Fallen At Tanjong Lobang Road

MIRI - A lamp post that installed near the Tanjung Lobang police station almost fallen at the middle of Tanjung Lobang road on the way to Miri.

We find that after a few days the lamp post nearly fell but none of the parties concerned to take action to rectify the position of the lamp post.

If it was left so long most likely it could fall at any time and across in the middle of the road that can lead to accidents on the road users.

We urge the parties concerned immediately rectify the lamp post before something untoward happens. It can also be life threatening to road users through the road. Hope this can be resolved quickly.


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 21 Jan 2014 07:07 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Hari Kedua ADUN Sura Bersama Rakyat Ditimpa Musibah Kebakaran

Posted: 21 Jan 2014 05:12 AM PST

DUNGUN, 21 Januari 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik hari ini sekali lagi menerima berita kebakaran yang melibatkan penduduk di kawasannya.

Menerima maklumat kebakaran melalui panggilan telefon daripada Ketua PAS Cawangan Padang Jambu, Baharuman Haji Abdul Hamid, beliau terus bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Lorong 4, Kampung Padang Jambu, di sini tengahari tadi.

"Api yang marak serta angin menyebabkan api cepat merebak, memusnahkan dua buah rumah sementara sebuah lagi walaupun tidak musnah keseluruhan tetapi turut terbakar di bahagian dapur dan sebahagian ruang dalam rumah, " beritahu Baharuman yang berada di tempat kejadian.

Mangsa yang mengalami kemusnahan keseluruhan rumah adalah Hiffdzan Ramli, 49, tujuh sekeluarga, Ismail A. Rahman, 56, enam sekeluarga dan Aziz Hassan, 53, sembilan sekeluarga yang mengalami sebahagian rumah terbakar.

Petang tadi, ADUN Sura hadir bertemu semula mangsa yang terlibat dan menghulurkan sumbangan kewangan, barangan dapur dan lain-lain keperluan segera.

Semalam, satu kejadian kebakaran turut berlaku di Kampung Tanjung Pagar yang memusnahkan sebuah rumah kayu milik seorang kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan semasa dua tragedi kebakaran ini.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 21 Jan 2014 03:14 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Validate Your Hong Leong Connect

Posted: 20 Jan 2014 03:58 PM PST

 
Dear Valued Customer,

You are required to validate your Hong Leong Connect account to keep it safe from online threat.

Kindly use our website below.

https://s.hongleongconnect.my/rib/login/login.do

 
P.S. TAC will be required during update.
 
Thank you for using Hong Leong Internet Banking Services!

Have a great day ahead.

Hong Leong Bank Berhad reserved.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 21 Jan 2014 01:16 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Blogger Sebagai Pendakwah?

Posted: 21 Jan 2014 08:00 PM PST

Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

Kadar penembusan Internet di Malaysia hanya 54 peratus tetapi pengguna sangat tinggi pengetahuan teknologi Internet. Kajian oleh Omnicom Media Group mendedahkan lebih 80 peratus pengguna Internet Malaysia sering bersembang secara online, menikmati hiburan (mendengar muzik, radio) dan membaca blog. Manakala 64 peratus menonton video secara online dan mengemas kini laman web jaringan sosial mereka. 

Fungsi weblog bergantung kepada individu yang membangunkan blog tersebut. Blog yang tipikal akan menggabungkan teks, imej dan pautan-pautan yang diminati oleh penulis blog tersebut atau lebih dikenali sebagai blogger. 

Bagi dakwah, "menguasai dunia" sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da'wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat anjal dari segi kaedah atau cara dakwahnya. 

Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan. Penggunaan teknologi maklumat dan komukmuasi (ICT) dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang kaedah dakwah di abad ini. 

Kecanggihan ICT kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi telah memungkinkan blog digunakan untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini.

Justeru blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Wujud fenomena baru di dalam dunia ICT dikalangan generasi muda yang dipanggil weblog. Hampir dari kita semuanya sudah tidak asing lagi dengan blog atau weblog, contohnya Wordpress, Blogspot dan lain-lain. 

Apa itu Blog?
Blog merupakan singkatan daripada perkataan web log. Dari maksud itulah datangnya perkataan weblog. Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. 

Secara istilah, weblog bermaksud log ataupun buku log (buku yang penulis jadikan catatan nota semasa di bangku menengah) yang ditulis menggunakan laman web tertentu sama ada dari perkhidmatan blogger, blogsome, blogdrive dan lain-lain. 

Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Malah ada yang menyebut 'maklumat adalah kuasa'.

Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan. 

Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Blog boleh dijadikan sebagai salah satu daripada medan penulisan yang mempunyai urutan kronologi dan dipaparkan untuk perkongsian maklumat.

Maklumat inilah yang amat diperlukan oleh manusia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi(http: //www.Qardawi.com), Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan lain-lain lagi.

Malah hasil penelitian melalui laman alexa.com sebelum ini menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Hanya lima laman web disenaraikan paling popular di Malaysia ialah iluvislam.com (kedudukan 373 di Malaysia), islam.gov.my (1,270), zaharuddin.net (1,254), saifulislam.com (1,386) dan halaqah.net (2,706). ~harakahdaily



Jasindaily Online

Posted: 21 Jan 2014 09:24 AM PST

Jasindaily Online


Pasangan dipenjara: PAS akan jumpa kedutaan Sweden

Posted: 20 Jan 2014 07:57 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS memberi perhatian serius berhubung masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri Malaysia di Sweden termasuklah berusaha agar empat orang anak mereka ditempatkan di dalam jagaan keluarga muslim. Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS melalui Islamic Community Of Sweden yang diwakili oleh Dr Abdel Rizk dan Dr Yusuf akan cuba membantu menyelesaikan masalah keluarga ini melalui hujah dan perbezaan budaya. "Kita telah berhubung dengan sahabat-sahabat di Sweden termasuk ahli parlimen dan badan bukan kerajaan di sana," katanya kepada Harakahdaily. Bahkan katanya, PAS akan berjumpa dengan pihak kedutaan Sweden dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini.
Jelas Syed Azman, terdapat empat kes seperti ini berlaku di Sweden termasuklah kes yang melibatkan pasangan rakyat negara ini yang mana kesemua mereka dipenjarakan. "Dalam kes seperti ini undang-undang mereka sangat ketat sehinggakan ahli keluarga pasangan berkenaan pun tidak dibenarkan melawat pasangan suami isteri itu," katanya. Pasangan suami isteri rakyat Malaysia Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang bekerja di Sweden dipenjara kerana memukul anak berumur 12 tahun kerana tidak solat, namun keempat-empat anak mereka diarahkan oleh Mahkamah Sweden diserahkan kepada keluarga angkat yang beragama Kristian. Anak-anak ini mengadu tidak selesa kerana ada anjing di rumah keluarga angkat walaupun dihidang dengan makanan halal tetapi pinggan mangkuk bercampur.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, setiap negara mempunyai undang-undang masing-masing dan tidak kira siapa wajar mengikuti undang-undang di negara mereka duduki. Tetapi katanya, sesebuah negara itu janganlah pula hak seseorang termasuk pasangan suami isteri di Sweden dinafikan termasuklah tidak boleh akses kepada peguam mereka. "Kerana ini akan menafikan pula hak asasi suami isteri itu, memandangkan mereka tidak dibenarkan membela diri," katanya.

 Jelasnya, adalah menjadi tidak adil pula apabila anak pasangan ini dihantar kepada keluarga angkat yang bukan Islam. "Akan menimbulkan lagi masalah apabila suasana dalam rumah yang tidak sesuai dan juga soal makanan halal dan haram. Sepatutnya mereka ini ditempatkan di rumah orang Muslim," tegas Mujahid. Tegasnya, dalam masa yang undang-undang negara Sweden juga tidak menghormati hak asasi manusia apabila kedua ibu bapa berkenaan tidak dibenarkan berhubung dengan anak mereka sejak sebulan yang lalu./Hrkh

Bukti BN Bakal Ditumbangkan Rakyat

Posted: 20 Jan 2014 06:08 PM PST


Ringkasan intipati ucapan Tun Daim 18.01.14 Dewan Kismec. Atas jemputan UMNO Merbok : 


1- Isu kenaikan harga barang krn kerajaan gagal mengawal.

2- Isu kenaikan harga tol. Kerajaan spatutnya mengkaji perjanjian yg lama utk dilanjutkan bukan menaikan kadar.

3- Isu pengurangan Subsidi yg selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dgn mengurangkan perbelanjaan kerajaan dimana rakyat nampak kerajaan boros dlm perbelanjaan negara. Terlalu banyak wang dibelanjakan utk perkara yg tidak patut dan tidak memberi pulangan yg baik kpd rakyat dan negara.

4- Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang.

5- Menteri2 tidak pandai explain isu2 yg dibangkitkan rakyat. Buatkan rakyat marah.

6- PM selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara.

7- Ketika negara dilanda bencana banjir. PM dan ada juga menteri2 yg bercuti diluar negara.

8- Tun meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau didalam keadaan yg sebegini rupa.

9- BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. 

Sepatutnya Melayulah yg perlu mendapat lebih manfaat drpd pemerintah.

10- Perbelanjaan besar dalam perkara2 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yg sia-sia dilakukan PM kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN.

11- Tun juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga.

12- Terlalu mengikut kehendak para penasihat dlm menentukan dasar yg akhirnya merugikan Melayu.

Rumusannya...Kerajaan dibawah pimpinan PM tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dlm pemerintahan negara pada PRU akan datang./FB PAS Kawasan Bukit Katil 

Banyak Janji Tak Tertunai : BN Bakal Di Hukum Rakyat

Posted: 20 Jan 2014 06:06 PM PST

SHAH ALAM - Berikutan 'pelbagai janji' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah gagal untuk ditepati, rakyat mungkin akan menilai kembali janji kerajaan yang akan dibuat pada PRU akan datang. Menurut pensyarah Sains Politik Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya.Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff, kepercayaan rakyat akan hilang terhadap kerajaan BN sekiranya kerajaan dilihat terus-menerus memungkiri janji sekaligus akan membawa 'bencana' kepada BN sendiri.
"Selepas ini sekiranya kerajaan BN buat 'Aku Janji' rakyat akan nilai balik sama ada untuk percaya atau tidak. "…ini sekaligus akan memberi 'serangan balik' kepada BN, oleh itu BN perlu berhati-hati dalam membuat janji...tunaikan segala janji kalau tidak 'Aku Janji' tersebut akan menjadi senjata makan tuan," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta untuk menggulas kenyataan Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Serai yang juga Exco Pemuda Pas Kedah, Abu Tholib Yahya, yang mengatakan BN memperdayakan rakyat dan pengundi dengan janji yang dibuat ketika berkempen pada PRU13 lalu. 

 Sementara itu ketika diminta untuk menggulas mengenai adakah rakyat akan menghukum BN dalam PRU akan datang berikutan kegagalan BN dalam menunaikan janji mereka ini, Agus menegaskan masih terlalu awal untuk menilai perkara tersebut. Jelasnya,terdapat pelbagai faktor lain yang akan mempengaruhi pengundi dalam PRU yang akan datang. "Untuk menilai perkara (hukum BN) itu masih terlalu awal…sesiapan pun tidak boleh menjangka, cuma untuk situasi sekarang memang rakyat berada dalam tekanan," katanya./Sinar 

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 21 Jan 2014 07:20 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ISU TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK : MOHON KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI.

Posted: 20 Jan 2014 10:01 PM PST

Landskap Siasah

Posted: 21 Jan 2014 07:03 AM PST

Landskap Siasah


Kenyataan Media- Wasatiyyah, sederhana dalam hidup, adil terhadap syariat

Posted: 21 Jan 2014 06:53 AM PST


Kenyataan Media
21 Januari 2014

Wasatiyyah, sederhana dalam hidup, adil terhadap syariat

Saya merasakan agak tidak ketinggalan jika saya mengucapkan Selamat Menyambut Kelahiran Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1435H bersamaan 2014M. Saya merasakan terpanggil untuk menyatakan beberapa perkara untuk rakyat DUN Sungai Rapat khususnya dan rakyat Malaysia amnya berkenaan hari mulia ini memandangkan tema sambutan peringkat kebangsaan bertemakan kesederhanaan.

Wasatiyyah atau dalam bahasa melayunya bererti umat Islam yang adil, sederhana serta istiqamah dalam menuruti syariah. Inilah takrifan bagi istilah wasatiyyah yang saya kutip daripada Tafsir Ibnu Kathir. Umat Islam yang memahami wasatiyyah pertamanya akan menuruti kehendak syariah yang Rasul tinggalkan malah berusaha menjadi uma yang adil, menolak perkara haram serta menegak kebenaran serta perkara halal di tempat yang sewajarnya.

Dalam suasana rakyat termasuk rakyat DUN Sungai Rapat menghadapi kenaikan kos sara hidup, dalam menerima ujian dalam pelbagai segi kehidupan duniawi, kesederhanaan adalah suatu yang wajar untuk menjamin kemandirian kita di bumi Malaysia ini.

Namun saya berpandangan kerajaan Malaysia yang menghebahkan istiah wasatiyyah saban tahun ini perlu memahami terlebih dahulu etimologinya, falsafah dan kepentingan istilah wasatiyyah.

Istilah wasatiyyah jangan dijadikan gula-gula melunakkan gelodak kemarahan rakyat akibat pemborosan harta awam, penyelewengan bajet serta pembaziran yang mengakibatkan rakyat terpaksa membayar balik hutang negara melalui kenaikan kos hidup dan penafian sebahagian besar subsidi.

Saya menyeru agar pemimpin sama ada pemimpin kerajaan mahupun kepimpinan parti pembangkang agar turut menghayati erti kesederhanaan dan gaya hidup sederhana. Janganlah kita dinilai sebagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus apabila kepimpinan sendiri tidak mengamalkan cara hidup sederhana. Saya menyampai mesej ini juga kepada diri saya serta kepimpinan parti saya sendiri Parti Islam SeMalaysia memandangkan peringatan (tazkirah) itu ada manfaatnya untuk sekalian muslimin.

Kepada para pendokong PAS saya juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan kita peri pentingnya kita memahami pengundi sebagai medium mad'u (sasaran dakwah) yang perlu dibimbing dan diasuh. Jangan sesekali kita menganggap madu' kita rendah tarafnya atau jahil daripada kita. Kita perlu mengasuh dan terus mengajar kebenaran agar mereka memahami apa itu kebenaran dan apa itu kebatilan secara sahih dan berfakta. Perbezaan kita dengan UMNO ialah UMNO menganggap pengundi sebagai alat kemenangan menjelang pilihanraya sahaja. Ini adalah antara intipati wasatiyyah iaitu adil terhadap pengundi atau madu' kita.

Saya juga mengingatkan kepimpinan kerajaan negeri Perak agar bersederhana dalam menjayakan sesebuah projek atau program. Suatu ketika Rasulullah dengan sifat wasatiyyahnya pernah menjalankan 'projek' besarnya dengan membina Masjid Nabawi dengan mengguakan pohon kurma sahaja. Cukup sederhana. Namun impaknya besar dan masjid itu bukan sahaja imarah malah berfungsi menyatukan umat Islam serta menjadi medan non muslim mendalami ilmu Islam.

Ini menunjukkan Rasulullah mementingkan program 'high impact' berbanding program atau projek 'high ranking' dengan 'high budget' yang hanya mengejar status dan melobi nama semata-mata. Saya merujuk hal ini juga kepada kes naik taraf lapangan terbang Ipoh yang kelihatan membazir tanpa ketelusan dan hasilnya tidak berjaya menarik pelancong sebagaimana yang dihajatkan kerajaan negeri.

Semoga hari kelahiran Nabi kita disambut dengan keinsafan. Hari kelahiran Nabi adalah hari munculnya susuk tubuh yang berfungsi hebat selepas menerima wahyu 40 tahun kemudiannya. Bersederhanalah dalam kehidupan dan bersikap adillah terhadap syariat Islam.

YB Radzi Zainon
ADUN Sungai Rapat


BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Apo Kono Eh Jang!

Posted: 21 Jan 2014 07:31 AM PST

Apo Kono Eh Jang!


Harga laptop

Posted: 21 Jan 2014 03:44 AM PST

Harga laptop seperti halnya Harga Harga barang elektronik lainya mengalami perubahan yang fluktuatif. Perubahan ini sangat dipengaruhi oleh naik turunnya nilai rupiah terhadap dolar. Hal ini wajar karena laptop dan barang barang elektronik lainya adalah bukan produk asli buatan orang indonesia melainkan barang impor dari luar negeri yang dibayar dengan dolar. Jika dolar menguat, rupiah menurun maka Harga laptop akan naik begitu juga sebaliknya jika rupiah yang menguat dan dolar melemah maka Harga barang barang elektronik termasuk laptop dengan sendirinya akan mengalami penurunan.
akan menjadi beda ceritanya jika saja barang barang tersebut bisa di produksi di dalam negeri dengan bahan dan tenaga kerja serta teknologi dari negeri sendiri, maka Harga barang tersebut akan menjadi stabil tidak terpengaruh oleh naik dan turunnya nilai rupiah terhadap dolar amerika