Sabtu, 11 Januari 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 11 Jan 2014 01:54 PM PST

Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Jan 2014 01:14 PM PST

Apa Yang Tersirat


Apa Motif Serangan di Kota Kinabalu?

Posted: 11 Jan 2014 04:08 AM PST

Apakah ada hubungan dengan perbicaraan di Penjara Kepayan berkaitan dengan serangan Kg Tanduo Februari lalu? atau kah ada hubungan dengan operasi mengejar PATI bermula pada 21 Januari ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri- Datuk Seri Zahid Hamidi?

Menurut cakap-cakap di kawasan Kota Kinabalu, angkara semalam itu, dilakukan untuk menganggu perbicaraan dan operasi memburu PATI khususnya di negeri Sabah.

Foto yang berjaya dirakam CCTV, pengacau semacam membawa senjata seperti psitol, namun menurut polis Sabah, pengacau itu menggunakan senapang angin menggunakan peluru guli.

Kota Kinabalu Diserang

Posted: 10 Jan 2014 11:42 PM PST

Wisma Sabah, Kota Kinabalu
Belakang Hotel Hyatt, Kota Kinabalu
Megalong, Donggongan, Penampang
Beberapa premis perniagaan di kawasan Kota Kinabalu, diserang semalam. Motif kepada serangan itu, tidak diketahui. Selain premis2 di atas, Premis Coffe Bean Damai, Ambank Damai, Malar Hotel, Public Bank Inanam juga turut diserang. Menurut sumber polis 25 premis diserang secara serentak, dan percayai dilakukan oleh remaja2 nakal.

Polis menolak dakwaan kejadian tembakan di Kota Kinabalu mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu atau percubaan menceroboh Lahad Datu.

Kejadian tembak di lebih dari 20 institusi termasuk hotel dan bank antara tengah malam Jumaat dan 1 pagi Sabtu itu adalah angkara enam individu yang menaiki tiga kereta menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru, kata Ketua Polis Kota Kinabalu Komisioner Jauteh Jikun. "Kami sedang menyiasat beberapa petunjuk," katanya.

Jauteh berkata polis percaya senjata jenis itu digunakan kerana jika ia terpelanting, ia tidak mampu memecahkan pintu kaca dan cermin tingkap binaan. "Saya menyeru orang ramai supaya tidak panik.

"Ini adalah kerja-kerja budak nakal (juvana)," katanya pada sidang akhbar pada pukul 1 tengah hari, Sabtu.
Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu perlu segera menghubungi polis di Hotline 088221191.

Tempat-tempat yang menjadi sasaran Kota Kinabalu adalah:
Kawasan Karamunsing -
1. Agro Bank2. Standard Chatered Bank3. Wisma Merdeka4. Belakang Hotel Hyatt5. Pintu masuk Plaza KK6. Maxis Warisan Square7. Gate B Warisan Square8. Hotel Malar di KK Times Square9. Aeropod KK Times Square10. Pejabat Sutera Avenue KK Times Square11. Pejabat MAA Api -api12. Pintu masuk Wisma Sedco Plaza Wawasan
Kawasan Luyang -
1. DM Hotel Damai2. Ambank Damai3. Stesen Southern Damai4. Pizza Hutt Damai5. Pearl Karaoke Damai6. Secret Recipe City Mall7. Hair Made Saloon City Mall8. Hair Shampoo Saloon City Mall
Kawasan Inanam -
1. Public Bank
2. cimb Bank

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 11 Jan 2014 04:02 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Bolehkah Marina, PAS dan PKR berfikir?

Posted: 10 Jan 2014 07:40 PM PST


Husin setuju suruh ada akal fikir-fikirkan. Betulkah semua pihak berfikir???

PAS kata mereka berjuang untuk Islam, haukan hukum hudud, nak dirikan negara Islam dan tuduh UMNO kafir. Tapi ...

... begitu jelas gereja Katolik berniat jahat untuk memesongkan akidah orang Islam secara tipu helah  contextualisation dan localisation, mereka boleh berdiam dan biar PKR hentam exco ugama PAS dan Tan Sri Khalid Ibrahim ikut telunjuk DAP untuk tahan kuasa JAIS, PAS diam saja.

Malah ada pemimpin PAS bengong macam Khalid Samad, Dr Zul, Dr Rani, Mujahid dan lain-lain buat tak tahu hingga membela Kristian untuk berniat jahat ke atas orang Islam. Tambah lagi, JAIS ada sebanyak 90% orang PAS.

Marina Mahathir boleh pertahan hak gereja atas slogan hak asasi manusia dan kebebasan ugama sedangkan niat gereja Katolik bukan untuk kebebasan berugama yang dah sememang ada tetapi mereka mahu bebas untuk memesongkan akidah orang Islam secara tipu helah contextualisation dan localisation

Semua ini beragenda politik nak jatuhkan kerajaan Melayu Islam dengan menimbulkan kemarahan penganut Kristian di Sarawak. [Baca Malaysia Today di sini dan sini]


Kalau kerajaan PAS dan PKR itu betul-betul diterajui mereka satu hal juga tapi mereka nak ganti dengan kerajaan yang depannya saja Melayu PAS dan PKR tetapi adalah boneka DAP, Kristian serta Zionis.


Siapa tak marah pasal rasuah? Berbanding rasuah, memelihara dna selamatkan akidah umat Islam harus diutamakan. Kalau marah pasal rasuah, kita lanyak orang rasuah baik dalam kerajaan BN atau kerajaan Pakatan Rakyat atau yang tak berpolitik tapi kerja kerajaan, korporat dan berniaga.

Husin tanya mereka yang membenci rasuah. Jangan cakap tak guna, tapi sudahkah anda buat laporan SPRM ke atas majikan anda, keluarga anda, lawan anda, pemimpin politik anda, Menteri anda, wakil rakyat anda, majlis tempatan anda, penguatkuasa anda, dan lain-lain yang mengamalkan rasuah?

SPRM tak buat apa-apa, kita dedah di blog dan kritik SPRM.

Wow! Ramai tak boleh berfikir

Sahabat-Gunung

Posted: 11 Jan 2014 02:00 AM PST

Sahabat-Gunung


Semoga Blogger PR Omakkau Akan Kembali Sihat

Posted: 10 Jan 2014 07:22 AM PST


Seorang Blogger Pakatan Rakyat iaitu Bloger OMAKKAU sedang bertarung nyawa di sebuah hospital KERAJAAN kerana diserang virus Kencing Tikus dan Denggi SERENTAK.


Sebagai saudara seIslam, kewajipan kita untuk mendoakan kebaikan, semoga cepat sembuh untuk beliau.

Taipingmali (tm)

Posted: 11 Jan 2014 01:14 AM PST

Taipingmali (tm)


Holy Water:  Benarkah Yang Meminumnya Ikhlas Menerima Kristian?   

Posted: 10 Jan 2014 07:01 PM PST

Cerita mengenai Holy Water diedarkan secara percuma oleh mubaligh Kristian di beberapa kawasan di Malaysia bukan cerita baru.  Penulis sendiri pernah mendengar mengenainya sejak tahun 90an lagi.  Memang sukar untuk kita percaya bahawa ada ajaran agama yang membenarkan pendakwahnya menambahkan pengikut secara muslihat. Namun, itulah yang kita dengar dan masih kedengaran sehingga ke hari ini. 
 
Akhir-akhir kisah ini semakin hebat lagi diperkatakan.  Baru semalam, katanya, ada remaja yang menerima air itu secara percuma di sekitar Gombak dan kemudiannya tidak mampu mengucap kalimah syahadah atau beristighfar sekali pun.  Katanya, orang yang meminumnya seakan terpukau dan menurut saja apa yang diperkatakan oleh pendakwah Kristian tadi. 
 
Penulis bukan jenis yang mudah percaya kepada sihir, namun penulis pernah mendengarnya dari mulut seorang arwah Mufti sendiri yang turut terlibat memulihkan mangsa Holy Water ini.  Justeru, penulis sentiasa berfikiran terbuka ke atas apa saja kemungkinan. 
 
Apa yang penulis musykil ialah jika semua ini benar, kenapakah pendakwah agama Kristian perlu melakukan penipuan sebegini untuk menambah bilangan penganutnya? Apakah agama itu membolehkan mereka untuk menipu atau 'mengenakan' orang lain agar memeluk Kristian? 
 
Apakah dengan memastikan seorang Muslim itu tidak lagi dapat mengucap secara lisan maka mereka bukan lagi Muslim dan menjadi Kristian?    
 
'Iman' menurut Islam terletak pada hati, roh, fikiran, akal dan perasaan iaitu bukan berbentuk fizikal yang mampu dinilai atau dihukum oleh sesiapa selain Allah SWWT. 'Iman' tidak boleh dimasukkan atau dibuang sewenang-wenangnya dari dalam diri seorang Muslim tanpa sedar dan tanpa kerelaannya.
 
Nampaknya agama Kristian tidak berpegang kepada konsep yang sama.  Agama itu jelas hanya berupa fizikal semata-mata kerana boleh 'dimasukkan' ke dalam diri orang lain dengan hanya meminum air yang telah 'dijampi' dan dibubuh garam. 
 
Agama Kristian itu juga boleh 'dikeluarkan' dari diri orang itu dengan menyedarkannya dari 'pukau'.  Namun, hampir semua mangsa yang ditemui, katanya, tidaklah terpukau sepenuhnya.  Sebaliknya cukup sedar dan ingin mengungkap syahadah, cuma tidak dapat dikeluarkan secara lisan.    Ini bermakna, roh dan minda mereka masih beriman kepada Allah SWT dan para RasulNya.
 
Ini bermakna 'dakwah' atau 'penipuan' Kristian itu adalah tidak berjaya tetapi hanya mencetuskan gangguan sementara dalam sistem kerohanian seseorang Muslim yang menjadi mangsa, serta tidak lebih dari itu. 
 
Bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil ringan akan kemungkinan terdapat umat Islam yang hanyut terus akibat longgarnya pegangan akidah dan kefahaman Islam. Justeru, kita wajib berusaha untuk saling ingat mengingati dan memerangi strategi dakwah yang licik lagi jahat ini, sekiranya ia benar-benar berlaku. 
 
Memandangkan penganut Kristian pada hari ini berhujah bahawa Tuhan bagi semua agama adalah sama, maka kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah SWT tidak sekali-kali menyuruh manusia menipu dalam berdakwah sepertimana yang mereka lakukan. 
 
Dan lagi, jika benar mereka percaya bahawa semua Tuhan adalah sama, kenapa Kristian perlu bersusah payah memurtadkan umat Islam? 
 
Tindakan pendakwah Kristian 'memerangkap' umat Islam dengan Holy Water bukan sahaja jahat, tetapi yang paling dibimbangkan ialah ia mampu mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.  Tidak mustahil ia juga mampu membawa kepada pertumpahan darah dan kemusnahan besar-besaran sekiranya berterusan. 
 
Lebih dari itu, jika benar pendakwah Kristian gemar berdakwah secara muslihat, pukau atau sihir, maka para penganut Kristian wajar 'memeriksa' diri mereka sendiri.  Apakah mereka menerima Kristian kerana tertipu, terpukau atau terkena sihir?  Apakah mereka yakin yang mereka menganut agama Kristian kerana mereka yakin ia adalah agama yang benar? 
 
Mungkinkah jika mereka dapat menyembuhkan diri mereka dari sihir itu dan berhenti meminum Holy Water maka hati dan minda mereka akan kembali terang dan tidak lagi ingin sengaja mencetuskan persengketaan dengan agama Islam?  Tidak mustahil juga jika mereka berhenti meminum Holy Water maka mereka akan turut melihat bahawa Islam itu benar. 
 
Kitab Injil juga ada menyebut mengenai syaitan dan iblis yang gemar memanipulasi manusia agar menjadi sesat.  Justeru, tidakkah para penganut Kristian terfikir adakah pendakwah mereka benar-benar berdakwah mengikut ajaran 'Jesus' atau sebenarnya hanya memanipulasi manusia agar mengikut jalan 'iblis'? 
 
Apapun, tindakan menyihir dan menipu orang lain mungkin merupakan ajaran Tuhan Trinity tetapi ia pastinya bukan sekali-kali ajaran Allah SWT.  Maka jelaslah bahawa agama Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama dengan agama Islam! 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAIS Tolak SOP, Khalid Ibrahim Terima Tamparan Hebat

Posted: 10 Jan 2014 05:39 PM PST

Di saat hampir kesemua pimpinan pakatan rakyat dan kerajaan negeri Selangor yang menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di atas tindakan yang dilakukan sebelum ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam tampil membuat kenyataan mempertahankan tindakan itu.

 

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan JAIS itu bukan kerana Bible berkenaan dicetak dalam bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah digunakan dan perkara tersebut mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenal pasti sama ada berlaku kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

 

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilihat cuba menyalahkan tindakan itu yang disifatkan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Malah dia dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini pernah berkata akan mengambil tindakan terhadap para pegawai JAIS sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

 

"Semakan bagi memastikan pegawai penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi standard yang telah ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan atau kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan tersebut," katanya.

 

Tidak cukup dengan itu, semalam Khalid turut mengeluarkan arahan dan prosedur SOP yang baharu dengan mewajibkan JAIS untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan MAIS dan Exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan. kononnya untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.

 

Menurut Mohamad Adzib arahan baharu Khalid itu hanya akan mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.

 

"JAIS juga tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak untuk mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana akan mengganggu proses yang hendak dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Menurutnya, JAIS mempunyai kuasa sama seperti polis untuk memeriksa dan menyiasat orang bukan Islam mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

 

Katanya, beliau kesal kerana pelbagai pihak termasuk media dan Majlis Konsultatif Perpaduan Negara telah melaporkan fakta tidak tepat sama sekali dan menggambarkan seolah-olah tindakan JAIS semata-mata kerana cetakan Bible berkenaan dalam versi bahasa Melayu.

 

"Kenyataan pihak-pihak terbabit tanpa menyemak fakta sebenar menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan JAIS.

 

"Tindakan JAIS dilakukan setelah MAIS mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan agar jabatan agama itu bertindak terhadap aduan orang ramai berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 atau menguatkuasakan undang-undang sedia ada di Selangor," katanya.

 

Menurut Mohamad Adzib lagi, tindakan JAIS itu bukan bertujuan menyekat atau campur tangan terhadap kebebasan beragama oleh penganut-penganut agama lain seperti mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

 

Ini kerana jelasnya, JAIS sekadar menguatkuasakan undang-undang sedia ada yang telah digubal mengikut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

 

"Oleh itu, tiada kena-mengena dengan unsur-unsur menyekat kebebasan penganut agama lain daripada melaksanakan amalan agama mereka. JAIS tidak langsung mengambil tindakan menyekat orang beragama Kristian melaksanakan upacara keagamaan mereka seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

 

Kesimpulannya ialah, Khalid perlu sedar walaupun dari segi politik dia memegang jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu memainkan peranan untuk menjaga hati dan perasaan orang bukan Islam khususnya DAP. Namun di masa yang sama, dia tidak boleh dilihat seperti peguam, kerana isu tersebut melibatkan kesucian agama Islam.

 

Tindakan dan sikapnya seperti 'tunduk kepada DAP' berhubung isu ini, hanya akan menimbulkan masalah yang lebih besar di kalangan masyarakat Islam iaitu murtad. 

Ia bukanlah merupakan andaian atau dakwaan semata-mata, ini kerana perkara itu turut diakui sendiri oleh para mubaligh Kristian. Contohnya menurut John Hultvall seorang mubaligh Kristian 'Mission Covenant Church of Sweden', walaupun penggunaan kalimah 'Allah' dipersoalkan di kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, namun mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.

 

Seterusnya menurut Kevin Greeson, juga seorang mubaligh Kristian telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Menurutnya kaedah 'The Camel' telah digunakan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam dengan menggunakan  kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian.

 

Dengan kaedah yang terselindung ini, ia mampu memberi manfaat kepada Kristian kerana penggunaan kalimah 'Allah' dapat digunakan sebagai 'jambatan' untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nalla Cabar Anwar Untuk Teruskan Saman Fitnah

Posted: 10 Jan 2014 04:29 PM PST

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut ahli dewan negara itu, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.

 

Nala di dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata, sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.

 

"Mahkamah adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia Anwar. Sebab itu dalam perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru. Nalla berkata beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar  untuk menjadi pemimpin pembangkang. Beliau juga menggesa pemimpin PAS, Datuk Nik Aziz, untuk mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi pemimpin islam

 

"Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual, Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi saya tidak. Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman), jika dia adalah orang yang di pihak benar. "

 

"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara ini," katanya. 

 

Ekoran kenyataan itu, pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012.

 

Menurut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

 

Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar semalam.

 

Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.

 

Paling menarik apabila banyak pihak sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini hanyalah merupakan gimik dan sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat. Mereka juga turut melahirkan keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat akhir.

 

Malah apabila diteliti semua tindakan yang dilakukan sebelum ini, ternyata ia menepati seperti yang diramalkan itu. Contohnya kes saman fitnah Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah ditarik balik dan direkodkan untuk penyelesaian di luar mahkamah.

 

Begitu juga dengan dua saman fitnah yang difailkan olehnya sebelum ini terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut diselesaikan di luar mahkamah.

 

Persoalannya apakah Anwar berani untuk meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia juga akan ditarik kembali pada saat-saat akhir. Bak kata pepatah 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rafizi tak puas hati perlantikan duta bertaraf menteri

Posted: 10 Jan 2014 04:27 PM PST

http://t.co/duQw6tgtTZ

Dalam bual bicara anjuran Sinar Haarian Rafizi terus membelasah kepimpinan Najib kerana meletakkan duta bertaraf menteri tetapi Rafizi lupa bahawa gaji menteri besar, exco dan speaker kerajaan Selangor lebih dahsyat berbanding menteri kabinet.

Rafizi juga lupa bahawa ramai wakil rakyat pembangkang lebih tamak dan besar gaji mereka kerana memegang dua kerusi iaitu Adun dan MP.

Lihatlah sikit kecelaruan dalam parti sendiri dan jangan belasah sahaja.

Mengenai barangan yang sentiasa naik harga, Rafizi setuju sebab harga akhbar Suara Keadilan pun mahal seperti harga china doll.

Rafizi Lembu ini juga mempunyai satu sikap buruk dan menggambarkan bahawa beliau mempunyai hati yang busuk dan kotor kerana tidak pernah bersangka baik terhadap orang lain kecuali kepada bossnya Abang Nod. Ia jelas apabila silembu menghina Nur Jazlan yang kononnya terpaksa membela menteri. Weh! Sapa suruh jemput Nur Jazlan? Jemputlah menteri yang lain. Bengong punya Rafizi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rekaan badan kereta Lotus memang hebat dan kukuh. Tahniah Proton kerana membeli Lotus

Posted: 10 Jan 2014 05:47 AM PST


Kemalangan kereta sport 'Lotus Elise' pagi tadi memang menyeramkan, jika kita lihat badan kereta dan rim yang patah dan tayar yang hancur berderai mungkin kita menyangka pemandu dan penumpang akan terkorban. 

Rangka atau chasis kereta Lotus Elise dibuat daripada aluminium dan badan daripada gentian kaca. Berat keseluruhan kereta ini hanya 725kg dengan enjin Toyota 1.8 mampu memecut sehingga 250km/j. 

Kemalangan ini berlaku pagi tadi berhampiran stesen rehat dan rawat Pagoh. Lelaki berusia 40 tahun ini dalam berjalanan dari Johor Bahru ke utara dan yang mati hanyalah seekor anjing. Hasil pemerhatian TM daripada gambar kemalangan  tayar kereta ini sudah hampir ketiadaan bunga atau hampir botak. Rekaan badan kereta yang hebat telah menyelamatkan pemandu kereta tersebut iaitu Lim Lik Wei dari Johor. Kes disiasat mengikut Syeksyen 43 (1) Akta JPJ. ( memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa /careless and inconsiderate driving.)





















RAPERA ..

Posted: 11 Jan 2014 01:13 AM PST

RAPERA ..


Chapter 3: The Devil’s Statistics

Posted: 10 Jan 2014 02:31 AM PST

APANAMA

Posted: 11 Jan 2014 12:29 AM PST

APANAMA


Bukan Kerana Nama

Posted: 10 Jan 2014 11:58 PM PST

Kedah DAP - 1

Posted: 10 Jan 2014 12:00 AM PST

Belantan

Posted: 10 Jan 2014 11:46 PM PST

Belantan


Dr. M persoal niat Paderi Andrew?

Posted: 10 Jan 2014 05:40 PM PST


Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan niat sebenar Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang terus menyakitkan hati umat Islam apabila berdegil mahu gereja-gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah.

Sambil membidas sebarang perbuatan tidak menghormati keputusan mahkamah, Dr. Mahathir menegaskan, paderi tersebut perlu mengutamakan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama bagi mengelakkan berlaku huru-hara termasuk pembunuhan seperti di negara luar.

"Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, telah lama (digunakan) tak apalah, tapi di sini (Semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?

"Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa, ada niat apa?" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Seminar Pengarah Korporat Keenam sempena Ulang Tahun Ke-50 Tabung Haji di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Andrew yang tetap tidak berganjak daripada pendirian supaya gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakan bahasa Melayu.


Dr. Mahathir berkata, isu pengunaan Kalimah Allah dirujuk ke mahkamah oleh pihak gereja namun apabila keputusan dibuat, mereka tidak mempedulikan.

"Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia (Andrew) sengaja, dah mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah," katanya.

Tegasnya, paderi tersebut perlu sedar selama ini terdapat banyak kesalahan yang dilakukan orang bukan Islam tidak ditegur oleh umat Islam kerana menghormati sensitiviti serta atas dasar kebebasan beragama.

Malah, Dr, Mahathir turut mengakui, sewaktu bergelar Perdana Menteri, beliau tidak menegur kesalahan orang bukan Islam yang membina empat rumah ibadat dalam satu kawasan kecil disebabkan mahu menjaga sensitiviti.

"Di Malaysia kita tengok, orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka sebaliknya di sesetengah negara bukan Islam, masjid tidak boleh didirikan," katanya.

Justeru katanya, Andrew digesa menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Sama ada boleh digunakan atau tidak perkataan Allah dalam agama adalah perkara lain, yang harus kita utamakan adalah sensitiviti masyarakat," jelasnya.

Mengenai cadangan membuka premis hiburan Hard Rock Cafe di Putrajaya yang ditentang pelbagai pihak, Dr. Mahathir berpendapat, tiada masalah untuk dibuka premis hiburan tetapi perlu menghormati undang-undang termasuk larangan menjual arak.-UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 10 Jan 2014 11:25 PM PST

The Unspinners


Macam-macam sialan Cina dan RBA .. Trus boikot kedai Cina

Posted: 10 Jan 2014 07:30 PM PST

Subang Jaya biak demam denggi untuk Hannah Yeoh naik

Posted: 10 Jan 2014 04:30 PM PST

Berhati-hati blogger pro UMNO

Posted: 10 Jan 2014 05:00 AM PST

Syabas SPRM cekup perasuah... awat tak cekup Azmin lagi?

Posted: 10 Jan 2014 02:00 AM PST

sekupangdua

Posted: 10 Jan 2014 11:14 PM PST

sekupangdua


NGO PERAK BERI AMARAN KEPADA PADERI PENCETUS KEMARAHAN UMAT ISLAM

Posted: 10 Jan 2014 01:08 AM PST


Sebentar tadi sebaik selepas sholat jumaa bertempat di Dataran KTM ipoh yg betul-betul Berhadapan Masjid Negeri Perak sekumpulan NGO sepa. At dan berhimpun bagi menyatakan sokongan Terhadap Sokongan Dato Mufti Negi Perak yg j.a cuba diaibkan Oleh Pemuda PAS yg cukup jelas dilihat hanyalah sebagai pak tur.  kepada Roket. Yang menyedihkan mereka sanggu.menghina mufti dan seolah mufti yang mengarahkan pem.nuhan


De.hanya kerana memperjelaskan pengertian dan hukumnya Bhugah Pemuda PAS sanggup membuat report atau aduan Polis seolah seriusnya bagai arahan membunuh... teman nak tanya jugak kat dema nie... berapa ribu orang yg dah mati masa dema jadi beruk berguling didataran merdeka dan ganggu sambutan tahun baru yang diadakan? 

Mana pegi telor dema bila satu ketika dahulu Badrul Amin pernah dalam ceramah Pas menyatakan cukup jelas mahu pancung kepala mufti perlis (Asri) ketika itu. Kenapa tak buat report Polis. Berlambak video di laman you tube  Cukup nelas dan terang dia nyatakan ' Nak saya pancung kepala mufti nie' kenapa tak report? Adakah roket tak suruh macam sekarang... apakah sebab takut tergugat maka jadi balaci dengan segala arahan...


Sebelum itu juga mereka juga menegaskan bahawa gerakan ini sebagai amaran kepada Paderi Lawrence Andrew yang begitu biadap kerana engakr dengan Arahan Sultan Selangor yg cukup jelas memerintahkan supaya tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah disebarang aktiviti agama Kristian termasuk di Gereja. Nampak dia cuba menyalakan api kemarahan umat islam di sini. Tegas mereka lagi supaya beliau jangan mencetuskan keharmonian rakyat yg berbilang bangsa dan agama di Malaysia yg cukup aman serta harmoni...

Mereka juga menegaskan akan memperbesarkan gerakan hingga ke peringkat daerah untuk melahirkan sokongan terhadap Mufti yang nampaknya diperlekehkan oleh pakartun Roket dan kuncu-kuncunya... mereka juga mencabar pemuda PAS berani tampil.dan buat juga aduan kepada Badrul yang cukup jelas dalam ceramahnya berkata mahu memancung kepala mufti bagi membuktikan juga Badrul perlu disanggah dan bukan kerana atas arahan. 

Agak-agak la yop...Mufti hanya perjelaskanpengertian Bhugah dan hukumnya yg komer buat macam dah mufti suruh bunuh ker pulak... ater tau ker hukumnya menyanggah mufti yg bertangung jawab halehwal agama bagi Sultan dan Rakyat Perak. Kot yer pun berapa ramai yang dah kojol masa berguling hari tu... boleh teman carikan sponser kain kapan kalau miker ndak... tarak hei ler...

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 10 Jan 2014 10:04 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Krisis Dalaman Makin Parah, Azmin Dipecat Khalid Menjelang Pemilihan PKR

Posted: 10 Jan 2014 06:54 PM PST



Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh Pada Kadar 5.3% Pada 2014

Posted: 10 Jan 2014 01:00 AM PST


"Sultan Melaka" Minta Ufti RM200 Kepada Setiap Orang Melaka?

Posted: 09 Jan 2014 11:30 PM PST


Artikel Ini Membuktikan Perangai Lim Guan Eng Yang Sebenarnya

Posted: 09 Jan 2014 10:30 PM PST

ORANG ramai hanya mampu menggeleng kepala apabila melihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terkenal dalam kalangan rakyat kononnya ahli politik rendah diri, berhemah, 
sederhana dan mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) secara tiba-tiba bertukar angin 'menerima' Mercedes-Benz S300L berwarna perak sebagai 'hadiah' Tahun Baru 2014 kerajaan negeri Pulau Pinang kepadanya.

Kerajaan negeri yang terajui Guan Eng sudah tentu tahu mengenainya terlebih dahulu dan tentu mesyuarat untuk menempah kereta itu di- pengerusikan oleh beliau. Tidak mungkin Guan Eng tidak tahu akan menerima hadiah semahal itu walaupun penulis di- maklumkan Guan Eng mengakui kepada media beliau langsung tidak tahu menahu tentang kereta tersebut sehinggalah disampaikan kepadanya pada malam Tahun Baru. 

Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait mengumumkan Guan Eng akan menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218 yang dibeli dengan harga istimewa RM298,263.75. Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan DAP Pulau Pinang menukar kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.

Sensitiviti
Penulis turut dihujani dengan pelbagai reaksi serta panggilan telefon daripada akar umbi DAP dan bekas-bekas parti itu yang meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan sikap retorik Guan Eng yang 'cakap tak serupa bikin' kerana selama ini melabel dirinya sebagai 'Menteri Jimat' di mata rakyat.

Lebih dikesalkan keputusan itu tidak mengambil kira sensitiviti pelbagai pihak terutama rakyat yang berdepan tekanan peningkatan kos sara hidup.

Bukan sahaja mereka marah bahkan media-media arus perdana berbahasa Cina yang selama ini sering menjadi 'jurucakap' kepadanya juga tampil kecewa sehingga mengkritik beliau kerana selama ini Guan Eng begitu lantang menuding kerajaan Barisan Nasional membazirkan wang rakyat.

Media Cina berterusan menempelak Guan Eng apabila 'kantoi' mengatakan selama ini beliau tidak tahu sebagai kerajaan beliau boleh mendapat pelepasan cukai. Apabila disoal mengapa penjual kereta itu juga boleh memberikan beliau diskaun sehingga RM100,000, Guan Eng enggan melayan soalan itu. Diskaun itu bukanlah sedikit, apakah agenda di sebaliknya?

Seperti biasa, Guan Eng akan menjadikan orang lain sebagai kambing korban apabila dengan mudah membiarkan orang lain mempertahankan beliau menggunakan kenderaan mewah tersebut walaupun realitinya beliau yang menikmati kemewahan itu. Antaranya Pengerusi DAP, Karpal Singh yang merasakan Setiausaha Agung yang jawatannya belum disahkan itu layak menggunakan Mercedes berikutan status serta maruahnya sebagai Ketua Menteri.

"Tiada orang boleh mempertikaikan kemudahan ini. Beliau (Guan Eng) layak menerimanya memandangkan Pulau Pinang telah berkembang dengan hebat di bawah kepimpinannya sejak tahun 2008," dakwanya melalui satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Ironinya, mungkin Karpal sudah lupa, Guan Eng jugalah yang pernah mengkritik tindakan Kerajaan Negeri Terengganu membeli kereta jenama serupa pada 24 Julai 2008 bagi tujuan sama.

Guan Eng jugalah yang pernah berkata kepada media pada 31 Oktober 2009, penjimatan berpunca daripada usaha kerajaan negeri mengurangkan perbelanjaan berdasarkan kepimpinan melalui teladan seperti menempah tambang kapal terbang kelas ekonomi, membatalkan pembelian kereta baru dan projek mewah.

Seandainya menggunakan kereta mewah seperti Mercedes itu mampu menjaga imej dan status seorang Ketua Menteri, mengapa selama ini retorik? Mengapa berbohong kepada rakyat seolah-olah pemimpin parti itu sangat telus dan berjaga-jaga dalam membelanjakan wang rakyat? 

Apakah Guan Eng hebat serta bermaruah lebih daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih menggunakan Proton sebagai kenderaan rasmi? Sebelum perintah Pulau Pinang, Guan Eng boleh pula naik basikal dan motosikal. Boleh juga naik kapal terbang kelas ekonomi. Namun kini, demi menjaga 'maruahnya' beliau kena bermewah bersesuaian dengan statusnya?

Bak kata peribahasa Inggeris, 'Walk The Talk atau Practice what you preach" perlu di hayati oleh Guan Eng sebelum sesuka hati menuduh kerajaan itu dan ini tetapi akhirnya beliau sendiri melakukan perkara yang sama. Bercakap memang senang, untuk melaksanakan sesuatu perkara itulah yang paling sukar, daripada Guan Eng terus mewarnai fikiran rakyat dengan perkara yang tidak betul, cermin dulu diri sendiri. - Utusan Malaysia

Video : Anwar Ibrahim Kena "Boo" Semasa Berceramah, Terus Lagi Tinggalkan Majlis

Posted: 09 Jan 2014 07:27 PM PST


r b f

Posted: 10 Jan 2014 07:22 PM PST

r b f


Kadir Jasin Lebih Baik Jika Dibangdingkan Dengan Johan Jaafar

Posted: 10 Jan 2014 06:05 PM PST


Berikut adalah komen yang diterima berhubung tulisan saya dalam posting sebelum ini…

Komen pertama… 
Saya berpendapat Kadir Jasin lebih bagus dari Johan Jaafar.Kadir Jasin nampak lebih vokal, kritikal dalam pemikiran dan sentiasa memberi idea baru untuk penambahbaikan kpd kerajaan. Memang nampak seperti membangkang tapi ianya lebih baik berbanding Johan Jaafar yang membodek kerjanya tak habis-habis. Media Prima sepatutnya memerlukan bos yang baru dan Johan Jaafar dah tak relevan.

Komen kedua… 
Kadir Jasin ada ketokohan yang dilihat sebagai legendary dalam dunia wartawan dan media dengan idea-idea idealis. Johan Jaafar nampak lebih kepada gaya kapitalis yang banyak buat rancangan yang merapu dalam stesen tv media prima. Kadir Jasin perlu diambil untuk berkhidmat bersmam agensi kerajaan supaya idea beliau yang idealist dan berguna itu dapat diimplementasikan untuk kebaikan kerajaan dan negara. Johan Jaafar kelihatan lebih banyak mengampu dan kehabisan idea dalam media prima.

JURI RAKYAT

Posted: 10 Jan 2014 07:08 PM PST

JURI RAKYAT


9 Makanan Penyedot Lemak

Posted: 10 Jan 2014 11:16 AM PST

 
ketika anda berusaha mengurangi berat badan  dengan melakukan diet, benarkan anda harus menghindari dari semua makanan ? sebenarnya makanan bisa membantu anda membakar lemak ! mari kita temukan beberapa makanan alami yang yang dapat membantu anda mengurangi asupan makan, sehingga anda bisa terlihat lebih baik dengan pakaian anda.
 

1. Tahu dingin
http://www.restodb.com/indonesia/articles/2009/05/10/spicy_sensations_di_nadaman_shangri_la/images/200_shang2.jpg
Ini dapat membantu mencerna lemak yang tersimpan di dalam usus dan perut, juga untuk mengeluarkan lemak.

2. Rebung
http://matoa.org/wp-content/uploads/2009/05/rebung.jpg
Rendah lemak dan gula namun tinggi serat, rebung baik untuk mencegah konstipasi. Akan tetapi orang yang menderita ulkus (luka) perut harus membatasi asupan rebung.

3. Sayur yang diasinkan
http://3.bp.blogspot.com/_g7RVxPCrnOE/SQeDT9ua3xI/AAAAAAAAAdI/7J2O_cyZ6co/s320/42-15880582.jpg
Lemak dari sayuran terhancurkan selama proses pengasinan. Akan tetapi, orang yang tubuhnya cederung menyimpan kelebihan cairan dan gas harus menghindarinya untuk mencegah tersimpannya cairan tubuh.

4. Tauge
http://3.bp.blogspot.com/_56la8EMhjWs/SE4DEixIsrI/AAAAAAAAAJA/xVD8wbcW_Ss/s320/tauge.PNG
Mengandung fosfor, zat besi dan banyak cairan. Ini dapat mencegah terbentuknya lemak di bawah kulit.

5. Pepaya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9D9sJw8_3h60I26On0ArIysK37e7Iwr7aiB1uNRWfswKNMytjYBtGeXfiSZqo-k-jJVzvgEH4goCCEQ_O8VMu1SR6n-UGRltkmklgvDgnUfeXdD3pqT2dxT48-Zr_tyTeahK-y2RwWzg/s400/papaya+1.jpg
Membantu mengurangi kelebihan cairan dan gas yang tersimpan di dalam tubuh dan beri-beri. Juga memperbaiki persendian.

6. Nanas
http://ksupointer.com/wp-content/uploads/2009/08/nanas1.jpg
Mengandung enzim untuk menghancurkan makanan berprotein tinggi, seperti ikan dan daging. Ini cocok dikonsumsi setelah makan.

7. Kulit jeruk yang dikeringkan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtkiwkXOLi6mYsOnOQKFCAnblG-9JcPZ1bMpQbBHUZ0kTGYpagZsaX3g0S72-w1wsoeWHOKH3yAIRmv8BgWJcRr8TuzOFYTfDujhm7I9RlhJXCYhw7QMXwCp6waMSy5clj5HgZzoTGjZe-/s400/orange+peel.JPG
Tidak saja bisa membantu pencernaan dan melepaskan gas, juga dapat mengurangi tersimpannya lemak di dalam perut.

8. Cumi
http://www.testcompany.com/archive/March2009-09/att-5171/Cumi-Bakar.jpg
Sangat rendah lemak sehingga berat anda tidak akan bertambah jika memakannya. Ini pilihan makanan yang tepat selagi diet.

9. Jali-jali
http://dienyyusuf.files.wordpress.com/2008/11/hanjeli.jpg
Efektif bagi orang dengan berat badan yang bertambah karena kelebihan menyimpan cairan dan gas.

Aneh - Pohon Cemara Tumbuh Dalam Paru-Paru

Posted: 10 Jan 2014 07:53 AM PST

Pohon cemara dengan tinggi 5 cm telah ditemukan di paru-paru seorang lelaki yang mengeluh rasa sakit yang kuat di dada dan batuk berdarah. Pasien 28 Tahun, Artyom Sidorkin, datang ke rumah sakit di kota Izhevsk di Rusia Tengah pekan lalu, Seperti dilaporkan koran harian Komsomolskaya Pravda. Dokter meng x-ray dadanya dan ditemukan tumor di salah satu paru-paru pasien tersebut. Diperkirakan kanker, mereka kemudian membuat keputusan untuk melakukan biopsi, tetapi ketika mereka memotong jaringan, mereka kagum melihat jarum hijau yang di potong. "Saya melihatnya tiga kali, dan pikir saya telah melihat sesuatu. Kemudian saya dipanggil asisten untuk melihat, "ujar Vladimir Kamashev, dokter di Pusat Kanker Udmurtian. Kemudian Lima sentimeter-cabang telah diangkat dari tubuh pasien. "Mereka mengatakan padaku batuk darah itu bukan disebabkan oleh penyakit apa pun," ujar Sidorkin.

 "Itu adalah akar sebesar jarum yang menempel, sangat menyakitkan. Tapi saya tidak pernah merasa seperti saya memiliki benda asing di dalam tubuhku. " jelas lima sentimeter cabang terlalu besar untuk ditelan, dokter mengatakan.

 Mereka mengatakan bahwa pasien mungkin telah menghirup serbuk pohon cemara kecil, yang kemudian mulai tumbuh di dalam tubuhnya. Sementara itu, bagian dari paru-paru dengan sedikit pohon cemara dijaga untuk dipelajari lebih lanjut.

WOW Ada Sepotong Kaki Dalam Otak Manusia

Posted: 10 Jan 2014 07:28 AM PST

Kaki dalam otak manusia bagaimana bisa, dunia medis kembali dikejutkan dengan peristiwa aneh. Dokter di Colorado, Amerika Serikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak jabang bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb terkejut bukan main. Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, ia menemukan sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki lainnya yang hampir berbentuk. Tak hanya itu, ia juga mendapatkan beberapa bagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. "Seperti melahirkan bayi tapi dari otak," kata Grabb seperti dilansir Daily Mail.

 Prosedur medis itu, tadinya bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di otak Sam. Berdasarkan hasil rekam otak dengan MRI, secara resmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fisik, jabang bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini terlihat sehat-sehat saja.
"Menemukan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan hal yang unik, tak biasa, dan tak pernah terdengar di manapun," imbuh sang dokter yang tak bisa menjelaskan fenomena ini. Namun, lanjutnya, bisa saja 'kaki' di otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.

Tumor, menurut Grabb, bisa saja terjadi akibat kasus fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lainnya. Kendati demikian, ia tak pernah mendengar ada kasus seperti itu yang terjadi di otak. Sehingga ia langsung ingat dengan mitos Yunani, raja para dewa Zeus, yang melahirkan putrinya Athena dari dahinya.

Aneh Tapi Nyata Ada telur di Dalam Telur

Posted: 10 Jan 2014 07:20 AM PST

Hae sobat jurirakyat.com, pernahkah sobat jurirakyat melihat atau mendengar kalo ada telur di dalamnya masih ada telur lagi ? baru-baru ini di Inggris ada keunikan yang belum pernah kita jumpai yaitu sebutir telur yang di dalamnya terdapat telur seperti anda lihat pada gambar. Telur tersebut ditemukan oleh seorang kakek 68 tahun yang bernama John Fellow yang tinggal di Weymouth, Dorset, Inggris. Ketika selesai membuat telur rebus untuk sarapan, kakek dari empat cucu itu mengupas kulit telur tersebut, tiba-tiba sang kakek terkejut melihat hal yang langka dan belum pernah ia jumpai karena didalam telur tersebut terdapat telur yang memiliki kulit atau cangkang seperti telur luarnya. Sebelumnya sang kakek cuma menduga telur tersebut memiliki dua kuning telur didalamnya karena ukurannya lebih besar dari telur biasa. Namun justru ada sebutir telur kecil yg memiliki kulit/cangkang di dalamnya. 


Robert Newbery, seorang Kepala Penasihat Persatuan Petani Nasional Inggris mengatakan ada telur di dalam telur adalah fenomena alam. Telur itu juga aman untuk dimakan. "Aku pernah mendengar hal ini, ini memang kejadian tidak biasa," katanya.
Menurut Newbery, yang banyak terjadi bukan ada dobel cangkang atau telur didalam telur tapi ada dua kuning telur dalam satu cangkang."Kalau dua kuning telur dalam satu cangkang cukup sering terjadi," ujar Newbery.
TDouglas Russell, seorang Staf dari Museum Sejarah Alam, mengatakan kejadian ini adalah "ovum in ovo". Fenomena langka ini telah menyita perhatian para peneliti dan akademisi selama ratusan tahun terakhir. "Ada beberapa teori, satu di antaranya, faktor peristaltik yang terganggu," ujarnya.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 10 Jan 2014 04:04 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Linda Onn akhirnya dedah foto nikah dan suami

Posted: 10 Jan 2014 02:01 PM PST

Setelah merahsiakan wajah sebenar suami dan majlis pernikahan beliau, Linda Onn akhirnya memuatnaik dua keping foto istimewa khas untuk peminatnya di Instagram.

Gambar tersebut adalah gambar beliau dan suaminya Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan.

Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung sekitar jam 5.45 petang Jumaat dan bertempat di Masjid Bukit Indah Ampang.

Pasangan ini pada mulanya telah berkenalan sejak bulan Ogos 2013 lalu dan kini telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2013 yang lalu

Blogger pembangkang, Omakkau nazak bertarung nyawa?

Posted: 10 Jan 2014 07:26 AM PST

Seorang blogger popular pembangkang, Omakkau dikhabarkan sedang bertarung nyawa di sebuah hospital.

Menurut sumber, keadaan beliau agak kritikal akibat jangkitan kencing tikus dan denggi secara serentak.

Sumber dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang berkata beliau mengenali wanita berkenaan kerana menjadi rakan di dalam Facebook.

Blogger Omakkau ataupun nama sebenarnya Hanisya Abdul Hamid merupakan ahli PKR cabang Kapar pernah ditimpa musibah sebelum ini apabila beliau dirompak pada bulan September lepas.

Beberapa status dimuatnaik turut mendakwa blogger berkenaan memohon maaf kepada semua yang pernah terluka dengan status dan tulisannya di blog.


Keranamu 'Abang Negroku'...

Posted: 10 Jan 2014 05:02 AM PST

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Cinta yang mendalam terhadap kekasih 'Awang Hitam' membuatkan seorang wanita tempatan sanggup melawan tindakan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor daripada menahan teman lelakinya yang berasal dari Sierra Leone dalam satu operasi di tiga lokasi berasingan, malam kelmarin.

Dalam operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil bersama dua pegawai kanan dan 31 pegawai itu, seramai 18 lelaki dan 13 wanita warga asing ditahan di tiga lokasi iaitu Seksyen 4 Bangi, Putra Perdana dan Sunway.

Othman berkata, serbuan pertama dilakukan di kawasan perniagaan tepi jalan yang dimonopoli warga Indonesia yang menjalankan perniagaan kedai runcit dan restoran di Seksyen 4 Bangi.

Katanya, kebanyakan kedai itu dimiliki rakyat tempatan bagaimanapun disewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan.

"Ketika serbuan di Putra Perdana, sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki warga Seirra Leone bersama kekasihnya yang juga wanita tempatan melanggar van dinaiki pegawai imigresen dalam cubaan melarikan diri sebaik diarah berhenti untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun, usaha mereka gagal dan apabila anggota cuba menahan lelaki warga asing terbabit kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan, kekasih lelaki itu melawan dengan cuba menarik teman lelakinya itu daripada digari," katanya ketika ditemui selepas operasi.

Beliau berkata, selepas diberi penerangan, wanita itu akhirnya akur.

"Ketika serbuan terakhir di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid, lebih 15 wanita dan lelaki warga asing dari Nigeria dan Uganda yang sedang leka berhibur bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa menjalankan operasi.

"Ada antara mereka yang sanggup menggadai nyawa dengan berlari ke arah jalan utama di hadapan pusat beli-belah itu untuk melarikan diri malah ada yang bergelut dengan pegawai penguat kuasa selepas ditahan," katanya.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, kebanyakan daripada mereka dikesan melakukan kesalahan tinggal melebihi tempoh, salah guna pas lawatan sosial, dokumen palsu dan malah ada yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

"Seramai 16 daripada mereka adalah warga Indonesia, Nigeria (enam), Uganda (empat), Bangladesh (dua) manakala seorang daripada Sierra Leone dan Vietnam.

"Semua yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Semenyih untuk siasatan lanjut," katanya.

Live Streaming: Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-9

Posted: 10 Jan 2014 04:07 AM PST

Minggu kesembilan MLM 2013 bakal menyaksikan setiap kumpulan berentap dengan tema 'Bebas'.

Sememangnya aku suka dengan tema ini kerana peserta tidak terikat dengan satu-satu genre.

Tugasan: Bebas


KLIK SINI UNTUK TONTON  
Live Streaming Maharaja Lawak Mega Minggu ke-9


Berjubah, bertudung litup juga tewas dengan godaan nafsu

Posted: 09 Jan 2014 08:05 PM PST

HANI menceritakan kisah hidup songsang kepada wartawan.
Klang: Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis.

Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti menjijikkan itu.

Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional.

"Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya," katanya ketika ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam.

Pelakon Liza Abdullah Fail Perceraian

Posted: 09 Jan 2014 07:32 PM PST

Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang. Begitulah gosip rumah tangga Norliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, yang sudah hangat kedengaran sejak 2012.

Namun ketika itu, Liza menepis khabar angin tersebut yang kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dengan alasan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Bagaimanapun kelmarin, Liza akhirnya memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Kuala Lumpur.

Dia kelihatan hadir bersama peguamnya bagi tujuan bercerai dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah.

Selain bercerai, Liza difahamkan turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.

Liza dan Zolkifli telah mendirikan rumah tangga kira-kira 26 tahun, dan hasil perkahwinan tersebut mereka mempunyai empat anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Liza pernah popular melalui drama Vanilla Coklat dua tahun lalu dan dia merupakan bintang filem popular 80-an. Antara filem yang menaikkan namanya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

mstar

Video seks bersama isteri tersebar, mufti letak jawatan

Posted: 09 Jan 2014 06:01 PM PST

(Belakang) Gambar hiasan
Bishkek: Pegawai Islam tertinggi Kyrgyzstan semalam dilaporkan terpaksa meletak jawatan selepas klip video memaparkan imej seperti dirinya mengadakan hubungan seks terbesar kepada umum.

Berita itu turut mendorong kira-kira 60 orang berkumpul di luar pejabat Mufti Besar Kyrgyzstan, Rakhmatullah Hajji Egemberdiyev bagi mendesaknya memberi penjelasan terhadap dakwaan berkenaan.

Mereka turut melaungkan kemarahan bagi mendesak Egemberdiyev meletak jawatan. Sebelum ini mufti terbabit berkata, dia mengakui lelaki dalam klip video itu adalah dirinya yang sedang berasmara dengan isteri kedua.

Ketika ini Kyrgyzstan mengharamkan amalan poligami walaupun umum percayai golongan kaya dan bangsawan sebenarnya mempunyai lebih daripada seorang isteri. Beberapa percubaan pernah dibuat untuk menghalalkan poligami di negara berkenaan tetapi belum berjaya. Bekas Presiden Kyrgyzstan, Kurmanbek Bakiyev - yang disingkirkan daripada kuasa pada 2010 juga berpoligami. Klip video itu mula tersebar di YouTube pada 1 Januari lalu dan mencetuskan kemarahan ramai.

EGEMBERDIYEV yakin penyebaran klip video seksnya mempunyai motif politik.
Penduduk setempat berkata, Egemberdiyev mesti melepaskan jawatannya kerana "tidak mempunyai nilai moral" lagi untuk menjadi mufti. Klip berkenaan sudah dipadamkan dari YouTube. Egemberdiyev berkata, penyebaran klip video itu mungkin mempunyai motif politik dan didalangi pegawai kanan suruhanjaya agama di Kyrgyztan, Abdulatif Zhumabayev.

"Abdulatif berniat menggantikan saya dengan tokoh lain yang sehaluan dengannya serta menguasai agensi pengurusan haji yang membuat pungutan tinggi setiap tahun," katanya.

Sementara itu sumber berkata Egemberdiyev turut disiasat kerana disyaki cuba mengelak cukai serta mengambil rasuah ketika menguruskan sistem kuota haji. Egemberdiyev menjadi mufti Kyrgyztan pada 2012 dan tokoh keenam disingkirkan dari jawatan berkenaan dalam tempoh empat tahun. Jawatan itu diisi melalui pilihan raya.

Sementara menunggu pemilihan baru pada 8 Februari ini jawatan berkenaan dipangku timbalan Egemberdiyev, Maksat Toktomushev. - Agensi

Pembaca berita TV3 dirompak, suami dipukul

Posted: 09 Jan 2014 05:16 PM PST

KUALA LUMPUR - Seorang pembaca berita sebuah televisyen TV3 dan keluarganya berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan rumahnya di Kota Damansara, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, difahamkan personaliti televisyen dan tiga anaknya hendak keluar rumah.

Menurut sumber, ketika kejadian suami kepada pembaca berita itu berada di luar rumah bersama dua anak lelakinya yang berusia dua dan empat tahun, manakala wanita itu sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.

"Tiba-tiba empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu menyerang dan memukul lelaki berkenaan," katanya.

Menurutnya, suspek menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta pertolongan.

"Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Damansara. Difahamkan suami kepada pembaca berita itu cedera di bahu dan kepala," katanya.

Logo halal pada tin arak fitnah - JAKIM

Posted: 09 Jan 2014 04:48 PM PST

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.

Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir tertera logo halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.

"Jakim dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau syarikat itu.

Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras," katanya.

Beliau berkata sebarang penyalahgunaan logo halal oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan - Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).

"Jakim menganggap penyebaran gambar minuman tin berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta kredibiliti Jakim sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di dalam dan luar negara," kata Hakimah.

Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada Jakim dan boleh menyentuh sensitivi agama.

"Justeru itu, Jakim mengecam tindakan memalsukan logo halal itu, sama ada secara sengaja atau tujuan prokosi kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilian halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat," katanya.

Beliau berharap pengguna tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu di laman sosial yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara sedemikian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama

THE FLYING KICK

Posted: 10 Jan 2014 02:20 PM PST

THE FLYING KICK


ANWAR IBRAHIM NI SEMBAHYANG KER, BETULKAN LUTUT, ATAU CUBA MASUKKAN KEPALA JUBUR DIA BALIK KE PERUT?

Posted: 10 Jan 2014 07:30 AM PST

HASAN MALEK TAK JADI LETAK JAWATAN... TAPI SEBENARNYA RAMAI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI YANG PERLU BERAMBUS!!!

Posted: 10 Jan 2014 06:30 AM PST

APA PILIHAN NAJIB SEKARANG?... KEMBALIKAN SAHAJA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI!!!

Posted: 10 Jan 2014 05:30 AM PST

MARI TENGOK BEBAL KE TIDAK KHALID SAMAD YANG DIPILIH OLEH PENGUNDI DI SHAH ALAM SEBAGAI AHLI PARLIMEN MEREKA!!!

Posted: 10 Jan 2014 04:17 AM PST

DAP TIDAK TERHUTANG BUDI DAN BERTERIMA KASIH KEPADA PAS SELANGOR YANG SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MENYELAMATKAN LIM GUAN ENG DENGAN ISU JAIS DAN BIBLE BAHASA MELAYU!!!!

Posted: 10 Jan 2014 12:00 AM PST

KEJAM!!! ANGGOTA PENGUATKUASA MPAJ SENDIRI MENITISKAN AIR MATA KERANA TERPAKSA HALAU PENJAJA MELAYU BAGAI ANJING KURAP KERANA ARAHAN AHLI MAJLIS!!!

Posted: 09 Jan 2014 10:19 PM PST

ANTARA TANGKAPAN KE ATAS PEGAWAI KHAS MENTERI DAN MENTERI LETAK JAWATAN ISNIN NANTI!!!

Posted: 09 Jan 2014 05:00 PM PST

21 JANUARI, KDN BURU PENDATANG ASING SECARA BESAR-BESARAN DI SELURUH NEGARA... IYER KER?

Posted: 09 Jan 2014 02:57 PM PST

Cucu Tok Selampit

Posted: 10 Jan 2014 01:49 PM PST

Cucu Tok Selampit


Perdana Menteri Turki Datang Malaysia Guna Pesawat Komersial Turkish Airlines - Malaysia?

Posted: 09 Jan 2014 06:38 PM PST




Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam. Perdana Menteri Turki dengan bangganya menggunakan syarikat penerbangan negaranya, Turkish Airlines dalam lawatan tersebut. Beliau diiringi oleh isterinya yang amat sopan dan ayu menutup aurat. Kenapa Perdana Menteri Turki ini menggunakan pesawat komersial negaranya untuk lawatan rasmi seorang Perdana Menteri. Walaupun mungkin keseluruhan pesawat tersebut disewa khas untuk penerbangan ke Malaysia, namun ianya pasti lebih murah jika dibandingkan sekiranya Kerajaan terpaksa menyewa pesawat khas untuk suatu tempoh tertentu, yang belum tentu digunakan sepenuhnya bagi tempoh sewaan tersebut.

Apakah Turki sebuah negara yang miskin tidak mampu membeli atau menyewa jet peribadi eksklusif? Apakah beliau seorang yang tidak sibuk dan tidak mempunyai jadual yang ketat seperti yang selalu kita dengar dari Perdana Menteri dan "The First Lady" dari sebuah negara tertentu? Apakah Perdana Menteri Turki ini tidak terdedah kepada bahaya diculik, dibunuh dan risiko yang lain (alasan keselamatan) apabila beliau menggunakan pesawat komersial Turkish Airlines? Hmm ... Teringat kata-kata Tun Dr Mahathir semalam,
"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar. Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun. Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger."

Duke of UMNO

Posted: 10 Jan 2014 01:47 PM PST

Duke of UMNO


KALAU SAYA JADI MB SELANGOR...

Posted: 10 Jan 2014 06:34 AM PST


Nahhh..! Amikkk hang! Kan dah kena "smash"... Kalau saya jadi MB Selangor...

Mungkin saya tak sanggup keluar rumah 3 hari...malu betul bila kena "smash" macam ni.. 

Ye laaa... sebagai seorang yang beragama Islam, tiba-tiba saya perlu gadaikan kepentingan Islam dan aqidah ummah hanya semata-mata nak memenuhi kehendak DAP... saya tahu ia salah, tapi mungkin politik punya pasal..maka saya "pejam" mata...

Tapi lepas tu kena "tibai" la pulakkk.. Mujur la MAIS saja yang "tibai" saya.. kalau DYMM Sultan Selangor yang "tibai" saya, amacam? Mana saya nak letak muka? Tapi pasai saya ni "muka tembok", jenis tak tahu malu... saya buat donno je laaaa... heh!

Cuba baca cerita "smash" kat bawah ni.. Malu MB Selangor wooo... nama je Islam...tindakan ikut DAP... heh! Apa cerita ni PAS? Mana "pejuang Islam"? Bila dah peluk DAP maka tiba-tiba jadi "pejuang Kristian"... sudah tukar kaaaa..?


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia serta merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah pada minggu lalu.
 
Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan JAIS itu bukan kerana Bible berkenaan dicetak dalam bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah digunakan dan perkara tersebut mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenal pasti sama ada berlaku kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

"JAIS juga tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak untuk mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana akan mengganggu proses yang hendak dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, JAIS mempunyai kuasa sama seperti polis untuk memeriksa dan menyiasat orang bukan Islam mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988. 

Katanya, beliau kesal kerana pelbagai pihak termasuk media dan Majlis Konsultatif Perpaduan Negara telah melaporkan fakta tidak tepat sama sekali dan menggambarkan seolah-olah tindakan JAIS semata-mata kerana cetakan Bible berkenaan dalam versi bahasa Melayu.

"Kenyataan pihak-pihak terbabit tanpa menyemak fakta sebenar menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan JAIS.

"Tindakan JAIS dilakukan setelah MAIS mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan agar jabatan agama itu bertindak terhadap aduan orang ramai berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 atau menguatkuasakan undang-undang sedia ada di Selangor," katanya.

Semalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengeluarkan dua arahan kepada JAIS berhubung tindakan jabatan itu menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Arahan pertama yang diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri ialah JAIS perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah jika kitab penganut Kristian itu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Arahan kedua pula ialah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu iaitu JAIS wajib mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan MAIS dan Exco-exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.

Mohamad Adzib memberitahu, tindakan JAIS itu bukan bertujuan menyekat atau campur tangan terhadap kebebasan beragama oleh penganut-penganut agama lain seperti mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana jelasnya, JAIS sekadar menguatkuasakan undang-undang sedia ada yang telah digubal mengikut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, tiada kena-mengena dengan unsur-unsur menyekat kebebasan penganut agama lain daripada melaksanakan amalan agama mereka.

"JAIS tidak langsung mengambil tindakan menyekat orang beragama Kristian melaksanakan upacara keagamaan mereka seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan untuk mempolemikkan isu berkenaan agar siasatan dapat dijalankan tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak demi mencapai matlamat penyelesaian adil dan efektif. -Utusan

GEGARRR..!!! CONTOH PETIKAN DARI BIBLE BAHASA MELAYU GUNA KALIMAH "ALLAH"...

Posted: 10 Jan 2014 04:31 AM PST

Gambar kat bawah nanti para pembaca semua akan dapat lihat dan baca beberapa petikan ayat dari chapter Yohanes "Bible Berbahasa Melayu" yang cuba disebarkan pada umat Islam kat negara kita ni...

Tapi jangan terkejut atau cepat melatah. Tolong jaga ketenteraman awam dan jangan bertindak melulu. Jangan wujudkan ketegangan agama di negara kita...

Cuba baca dulu petikan tu. Lepas tu suruh anak kita baca dan jangan cakap dari sumber mana..Sembunyikan dulu tulisan "Yohanes" tu dulu.. lepas tu... cuba suruh anak kita baca terjemahan surah Al-Ikhlas...



Baca yang ni dulu...
Petikan dari "Yohanes"
Lepas baca surah Al-Ikhlas tu, cuba tanya anak kita apa yang dia faham dari apa yang dia baca dan tengok reaksinya...

Dan cuba bayangkan kalau anak anda hanya baca petikan dari Yohanes tu tanpa membaca terjemahan surah Al-Ikhlas... apa akan jadi pada anak kita? Apa yang dia akan faham? Mudah untuk aqidah dan fahaman anak-anak kita diseleweng kalau tak di monitor, kan?

Tapi itulah yang disokong oleh pemimpin PAS macam Khalid Samad, Mujahid dan konco-konconya... diorang takpa la sebab terpelajar sikit.. tapi macamana dengan mereka-mereka yang mentah, senang terpengaruh dan kurang ilmu... senang-senang je jahanam aqidah, kan?

Fikir la sendiri...

GEGARRR..!!! TAK SABAR NAK DEDAH BUKTI PASAL ANWAR...

Posted: 10 Jan 2014 01:17 AM PST

Tak sabar? Saya pun rasa macam tak sabar jugak..! Tak sabar rasanya nak tahu pasal bukti-bukti tentang Anwar yang ada pada Nallakaruppan...

Bukan main lagi Nalla... macam dia ada bukti-bukti hebat yang menggentarkan Anwar kat mahkamah nanti... Apa bukti-bukti tu? 

Issshhh... bila Anwar nak heret Nalla masuk mahkamah ni? Bukan apa.. sama ada Anwar menang atau kalah, saya tak kisah. Kalau Anwar kalah, itu hal peribadi dengan Nalla la kan.. Kalau Anwar menang, Nalla tu tauke magnum 4D.. tauke nombor ekor yang jadi sahabat Anwar selama 30 tahun... ada saya kesah?

Takkan Anwar nak tarik balik saman tu kot? Bila nak masuk mahkamah niiihhh..? Cuba baca apa yang Nalla cerita kat bawah ni... heh!


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mahu kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau diteruskan dan tidak ditangguh lagi.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga memberitahu, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

"Saya tunggu, biarkan beliau 'heret' saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.

Bekas rakan baik Ketua Pembangkang itu berkata, 'permainan' tersebut menimbulkan banyak persoalan dengan terbaharu Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penyelesaian bersama dalam kes saman fitnah RM10 juta oleh Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar.

"Tahun lalu ada dua saman fitnah yang difailkan beliau (Anwar), ditarik balik atau diselesaikan di luar mahkamah. Mengapa?

"Tetapi, saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap saya, kalau boleh mahu dipercepatkan dan diteruskan. Saya mahu jumpanya di mahkamah," katanya.

Pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif menyaman Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 di muka surat hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Sepanjang tahun lalu, Anwar menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, selain kes saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak kira-kira enam tahun lalu, diselesaikan di luar mahkamah. -Utusan

GEGARRR..!!! SESUATU AKAN BERLAKU PADA BULAN 9 NI...

Posted: 09 Jan 2014 11:16 PM PST


Pada 16hb September tahun ni, mungkin sesuatu yang luar biasa akan berlaku... Sesuatu yang akan menggemparkan seluruh negara... Malah mungkin satu dunia akan "pengsan" jika berlaku perkara ni...

Sesuatu yang akan mengharu-birukan semua rakyat khususnya di Malaysia...Nak tahu apa yang akan berlaku?

Cuba tengok kat bawah ni...




Pada 16hb September ni...

Mungkin "Tuhan" Harun akan menuntut Andrew Lawrence supaya memasukkan namanya di dalam Bible berbahasa Melayu sebagai salah satu "God"? Mungkin Harun akan bertindak memfailkan saman pada Andrew dan pihak Kristian jika gagal penuhi kehendaknya...

Mungkin Ayah Pin akan naik ke langit dan mengherdik "Tuhan" Harun supaya sedar dirinya yang tak mampu naik ke langit menandakan Harun bukan "Tuhan"...Kononnya Kerajaan Langitnya lebih hebat dari "Tuhan" Harun yang ngada-ngada nak jadi "Tuhan"...

Mungkin Hj Kahar pula akan memfailkan saman pada JAKIM, ulama-ulama dan seluruh umat Islam yang tidak masukkan namanya dalam senarai Rasul yang diutus Allah. Hj Kahar akan membuktikan "mukjizat"nya dengan terbang seperti Superman berseluar dalam diluar? Arrggghhh!

Mungkin juga Hasbul Jalil pula akan menabalkan dirinya sebagai DYMM Yg DiPertuan Agong dari dalam penjara. Bersaksikan abang-abang polis, dia akan tabalkan diri. Sidang media pula akan dilakukan selepas "majlis pertabalan" selesai.. Siapa nak komplen, dia akan saman! Heh!''

Raja Noor Jan Shah pula mungkin akan dapat "mufti" baru. "Sultan" Melaka ni sekarang dalam proses "tawar-menawar" dan "pancing-memancing" bekas Mufti Perlis, Dr. MAZA, untuk dijadikan "Mufti"nya... Tak caya? Tengok perbualan twitter kat bawah...


Haaaa... yang ni paling hebat... dah banyak kali dah 16hb September berlalu, tapi dia masih lagi tak jadi PM... tu yang haru tu. Abih dia manipulasi "macai-macai"nya ke jalanraya buat kacau.. Selagi tak jadi PM, selagi tu la dia dok sebut 16hb September... heh! PAS pun percaya tarikh tu wooo..!!!

Dah parah dah niiii... kesian..heh!

WAJIB TONTON..!!! CERITA USAHA RIDHUAN TEE CUBA ISLAMKAN IBUNYA...

Posted: 09 Jan 2014 07:19 PM PST

Kepada semua umat Islam, sebelum ke masjid untuk solat Jumaat hari ni, apa salahnya kalau kita ikuti sekejap tazkirah "istimewa" di bawah yang disampaikan semalam oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah...

Kaum Hawa pun, sempena hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang penuh keberkatan, apa kata luangkan masa 10 minit menyaksikan tazkirah di bawah... semoga kita semua diberikan hidayah dariNya... 

Kenapa saya kata tazkirah ni "istimewa"? Sebab ia mampu membuat saya hiba dan mengalir airmata. Bukan saya seorang yang menangis, malah ulama seperti Al-Fadhil Ustaz Hassan Mahmood Al-Hafiz, Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan ramai lagi menangis kerananya...

Ikuti tazkirah yang sangat menyentuh hati di bawah menceritakan bagaimana Ustaz Dr Ridhuan Tee berdakwah ketika hayat ibunya hinggalah ibunya berada di ambang maut bersama Izrail...


DR MAZA NAK JADI MUFTI "SULTAN" MELAKA TAK? KAH! KAH! KAHHH..!

Posted: 09 Jan 2014 05:18 PM PST


Saya tersengih membaca perbualan di antara bekas Mufti Perlis, Dr. MAZA dengan "Sultan" Melaka, Raja Noor Jan Shah...

Dr. MAZA pada mulanya berkias, menyindir Raja Noor Jan Shah yang selama ni bermati-matian nak ditabalkan jadi Sultan Melaka...Sindiran bekas Mufti tu selamba saja dipatahkan "Sultan" Melaka tu....heh!

Bila Dr Mohd Asri (nama betul Dr MAZA) tanya pasai apa nak jadi Sultan sangat, Raja Noor Jan Shah "bertitah"...

Kononnya rakyat Melaka perlukan dia sebagai "Sultan"... betul ke orang Melaka perlukan Raja Noor Jan Shah sebagai Sultan? Berapa orang yang nak dia jadi Sultan Melaka? Heh!
Yang lawaknya...kat bawah ni...


Sempat lagi "Sultan" Melaka tu tanya Dr. MAZA.. "nak jadi Mufti beta?" Kah! Kah! Kahhhh..!!! Berderai ketawa saya... 

Memang tepat sindiran "Sultan" Melaka tu.. tepat ke batang hidun Dr MAZA.. bukan apa.. bekas Mufti ni sejak tak jadi mufti makin sakan keluarkan "fatwa"... kalau boleh, semua benda dia nak fatwakan... heh! Kah! Kah! Kah...! Tak menjawab ke Dr. MAZA?

Amacam Dr. MAZA? Tak nak jadi Mufti "Sultan" Melaka ke? Heheheeee... peace bro!

Kan dah kenaaaa...heh!