Selasa, 9 Disember 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jasindaily Online

Posted: 08 Dec 2014 09:33 AM PST

Jasindaily Online


Takziah Buat Keluarga Tan Sri Datuk Hassan Azahari

Posted: 08 Dec 2014 01:12 AM PST

KUANTAN - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tengah malam tadi akibat serangan sakit jantung. Beliau berusia 62 tahun. Fuad menghembus nafas terakhir kita-kira jam 12.20 tengah malam tadi di sisi ahli keluarganya setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan awal pagi semalam. Allahyarham sebelum itu diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam kelmarin.


 Adik Allahyarham, Datuk Jalaluddin Hassan berkata, beliau menerima berita mengenai kejadian yang menimpa abangnya itu tengah malam kelmarin sebelum bertolak ke Kuantan pagi semalam bersama adik beradiknya yang lain. "Saya bersama adik beradik yang lain sampai ke hospital pagi jam 9 pagi dan semasa itu Abg Ngah ketika itu masih dalam keadan tidak sedarkan diri namun dalam keadaan stabil. "Bagaimanapun keadaannya mula kritikal petang semalam dengan mengalami tekanan darah rendah dan kegagalan fungsi buah pinggang sebelum menghembus nafas yang terakhir tengah malam tadi," kata pelakon terkenal itu. 

 Katanya jenazah abangnya itu akan dimandi dan disembayangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dibawa ke rumahnya di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor. Adik Allahyarham ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Allahyarham, pernah memegang pelbagai jawatan dalam Pemuda Umno Selangor dan Pemuda Umno Malaysia serta merupakan bekas Adun Hulu Klang (BN) selama dua penggal dari 1990-1999. Allahyarham dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Jasa pada 2009. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Bukit Teratai, Ampang, selepas zohor hari ini. - Bernama

Anak Muda Perlu Sentiasa Bersama Jamaah

Posted: 07 Dec 2014 02:32 PM PST

PERMATANG PAUH: Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Hashim Jasin berkata apa yang dilakukan bersama dengan PAS adalah jamaah yang mendukung kebenaran. "Saya yakin bahawasanya apa yang kita lakukan bersama dengan jamaah kita bersama dengan kumpulan yang mendukung kebenaran," ujarnya ketika berucap merasmikan penutup Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Justeru, beliau mengingatkan anak-anak muda supaya hendaklah sentiasa dengan jamaah.

 "Jangan lari dengan jamaah, sentiasa bersama jamaah dan jangan cuba buat (jamaah) sendiri," ujarnya. Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis itu menambah, para pemuda perlu menghindari unsur yang tidak sihat yang berlaku dalam jamaah. "Ada macam-macam yang berlaku, pertikai Jawatankuasa Pusat, Majlis Syura dan sebagainya yang saya rasa adalah unsur yang tak sihat yang perlu dihindari," katanya lagi. Sehubungan itu, katanya ahli-ahli hendaklah melakukan apa yang disuruh oleh kepimpinan seperti mesyuarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan