Isnin, 8 Disember 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 07 Dec 2014 11:44 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Jangan buang pahala kerana telefon bimbit

Posted: 07 Dec 2014 06:14 AM PST

TELEFON bimbit ibarat menjadi kemestian dalam hidup masa kini. Rasanya tidak sempurna hidup

tanpa alat komunikasi itu. Lebih-lebih lagi dengan gajet pintar (smart phone) banyak gunanya. Jika sesat jalan, boleh menggunakan google earth bagi mencari destinasi tujuan.

Malah di Masjidilharam, orang Malaysia kini boleh mendengar khutbah dalam bahasa Melayu menggunakan smart phone. Ia hasil inisiatif Kerajaan Arab Saudi yang menyediakan penterjemah bagi kemudahan ratusan ribu umat Islam dari rantau ASEAN mengikuti khutbah secara langsung yang disampaikan dalam bahasa arab.

Demikian hebatnya teknologi membantu kita dalam memudahkan lagi pelaksanaan ibadat harian. Bagaimanapun, terlalu obses dengan gajet tersebut secara tidak disedari boleh menyebabkan pahala ibadat kita menjadi sia-sia terutama ketika solat Jumaat.

Solat Jumaat adalah masa di mana kaum muslimin berhimpun di masjid tanpa mengira pangkat, kedudukan atau bangsa. Khutbah pula adalah satu daripada lima syarat sah solat Jumaat. Justeru, ia adalah wasilah terbaik untuk menyampai dan menerima nasihat, peringatan serta mesej-mesej ukhrawi dan duniawi kepada masyarakat Islam.

Sebab itu, Rasulullah SAW menyuruh para jemaah supaya diam dan khusyuk mendengar khutbah. Sabda nabi SAW yang bermaksud: Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu pada hari Jumaat 'diam' padahal imam pada ketika itu sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau benar-benar berkata sia-sia. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dapatlah difahami daripada hadis ini bahawa apa pun jenis kata-kata mahupun perbualan adalah dilarang sama sekali ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan. Ini kerana jika kata-kata seorang jemaah yang menyuruh seorang jemaah lain supaya diam dan mendengar khutbah itu pun dikategorikan sebagai sia-sia, sedangkan perbuatan itu merupakan satu suruhan ke arah kebaikan, apatah lagi kata-kata biasa atau perbualan kosong semata-mata.

Malangnya, masih ada dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit mereka. Sehinggakan semasa khatib berkhutbah pun, ada yang melayari internet, chatting dan bermain game.

Perbuatan sebegini tidak patut berlaku kerana ia menjejaskan kesempurnaan solat Jumaat. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah disampaikan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah), maka dia telah berbuat sia-sia. (riwayat Muslim)

Adapun perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat boleh diqiaskan kepada maksud hadis di atas. Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menegaskan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu ketika khutbah Jumaat itu telah melakukan suatu perbuatan yang sia-sia.

Maksud 'sia-sia' dalam hadis ini adalah bertentangan dengan sunnah, adab dan mengakibatkan rugi pahala dan kelebihan-kelebihan solat Jumaat walaupun sembahyangnya masih dikira sah.

Menurut ulama, larangan itu tidak hanya terbatas terhadap bermain dengan anak batu sahaja tetapi menyeluruh terhadap semua perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat.

Jika dinilai dan diteliti, perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khutbah dibacakan adalah lebih buruk daripada perbuatan bermain dengan anak batu kerana perbuatan seperti bermain game, melayari halaman internet, berkomunikasi melalui halaman rangkaian sosial dan sebagainya itu adalah sangat jelas lebih menghilangkan kekhusyukkan dan menjejaskan tumpuan.

Akan tetapi tidak makruh ke atas orang yang mendengar khutbah Jumaat itu berkata-kata jika berlaku darurat misalnya kerana hendak menyelamatkan orang buta yang hampir jatuh ke dalam parit atau ternampak binatang berbisa seperti kala jengking atau ular menghampiri seseorang. Maka dalam hal sedemikian, tidaklah dilarang orang yang mendengar khutbah Jumaat itu berkata-kata, bahkan wajib baginya melakukan demikian. Akan tetapi lebih baik (sunat) baginya untuk menggunakan isyarat sahaja jika dia mampu mengelakkan daripada berkata-kata.

Marilah memastikan solat Jumaat kita terpelihara daripada sebarang hal yang lagha agar kita beroleh keampunan Allah seperti yang dijanjikan dalam hadis di atas.

2015: Malaysia bakal berdepan 'darurat ekonomi'

Posted: 07 Dec 2014 06:08 AM PST

 Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menjangkakan Malaysia bakal berdepan dengan 'darurat ekonomi' pada tahun hadapan berikutan berlakunya penyusutan nilai matawang ringgit, penurunan harga minyak serta peningkatan inflasi.

Menurut beliau, keadaan cukup membimbangkan apabila nilai mata wang ringgit terus menjunam pada kadar RM3.43 untuk USD1 dan RM2.63 bagi satu Singapore Dollar (SGD1).

Penurunan ini amat tinggi yang kita alami sejak 1997 ataupun 1998, pada waktu yang sama berlaku penurunan harga minyak kepada USD70 satu tong.

"Ini semua akan meningkatkan kadar inflasi dan sekaligus bajet 2015 akan menyusut lebih kurang 30 peratus," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang apabila negara sedang menuju kepada darurat ekonomi, walaupun kerajaan menjangkakan ia boleh ditampung melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Petronas sendiri sudah meramalkan dan umum sumbangan Petronas akan menyusut sebanyak RM25 bilion dalam bentuk cukai mahupun royalti," ujarnya.

Beliau menambah, ia satu jumlah yang besar, kebergantungan kerajaan dari hasil minyak dan gas akan tergugat.

"Jika kerajaan berharap GST dapat menampung kelompangan tersebut tetapi dalam keadaan ekonomi sedemikian rakyat akan lebih berhemah dalam berbelanja.

"Bila berbelanja dengan berhemah ini bermakna cukai GST yang disasarkan kepada RM23 bilion itu tidak akan tercapai," katanya lagi.

Beliau turut berharap dalam keadaan kritikal itu, kerajaan perlu melantik segera seorang Menteri Kewangan sepenuh masa bagi memberi tumpuan khusus kepada 'darurat ekonomi' yang bakal berlaku

PAS lancar portal berpusat

Posted: 07 Dec 2014 06:04 AM PST

KUALA KANGSAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melancarkan portal berpusat PAS yang bertujuan menghimpunkan semua web kendalian PAS.

Pelancaran tersebut disempurnakan ketika Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kuala Kangsar, 30 November lalu.

Menurut Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong, portal berpusat itu akan turut menghimpunkan web kendalian PAS termasuklah di negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

Katanya, dengan adanya portal berpusat itu, ia akan mengatasi banyak masalah termasuklah kegagalan penyelenggaraan web yang bersarang di alam siber dengan baik.

Menurutnya, pihak IT pusat mengambil inisiatif itu apabila mendapati PAS di semua peringkat banyak membina laman portal namun gagal konsisten dalam penyeleggaraannya dan ada daripadanya tidak dikemaskini bertahun lamanya.

"Banyak web yang tidak diselenggara dengan baik akibat pertukaran jawatan parti serta pentadbiran laman portal tidak dibuat dengan cara yang teratur.

"Ini adalah salah satu usaha IT PAS untuk menambah baik pengurusan PAS dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat," katanya kepada Harakah.

Suhaimi menjelaskan, pembangunan web di dalam PAS bermula sekitar akhir 90-an dan telah mengalami beberapa evolusi selama 15 tahun usia Jabatan IT PAS.

Pengoperasian laman portal berpusat itu jelas beliau adalah dibawah kelolaan Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Lanjah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

Beliau menyatakan, dalam portal berpusat atau Centralized PAS Porta (CPP) itu membolehkan setiap negeri mempunyai 'page' dan pentadbir sendiri untuk mengemaskini informasi dan berita PAS berkaitan dngan negeri masing-masing.

"Ini adalah satu lagi kejayaan PAS yang mengikut peredaran semasa dengan mempunyai kemahiran terhadap teknologi terkini.

"Ia akan menyemarakkan lagi medan dakwah ke arah mencapai matlamat perjuangan PAS," jelasnya lagi.

Ustaz ustazah ekspres, sindiran dan jenaka

Posted: 07 Dec 2014 06:00 AM PST

Oleh Subky Latif

MUNGKIN Dr. Masitah Ibrahim sekadar hendak menegur dan memberi peringatan betapa artis yang menyertai PAS sekonyong-konyong menjadi ustaz dan ustazah. Jika menjadi ustaz dan ustazah atau dijadikan ustaz dan ustazah, maka mereka akan dikira ustaz dan ustazah ekspres.
    
Yang dibimbangkannya dengan latar belakang dan pengetahuan agama mereka, ditakuti mereka menyampaikan maklumat Islam yang tidak betul. Nescaya celarulah jika yang disebarkan itu Islam yang salah.
   
Saya suka bersangka baik tentang apa yang disampaikannya dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno sebagai perwakilan Kedah dari Baling.
   
Kebimbangannya berasas. Sebagai ilmuwan berpengetahuan PhD Islam, pernah memberi pandangan Islam yang menyesatkan. Antaranya tentang hukum ibu melacur bagi menyara anak. Sebagai Timbalan Menteri hal ehwal agama, jawapannya diharuskannya. Banyak lagi pandangan Islamnya tidak kemas.
   
Jika Masitah berpengetahuan PhD agama bercakap sesat dan menyesatkan, maka kesilapan sama boleh dilakukan oleh ustaz ustazah ekspres. Jika artis yang diketahui jahil memberi pandangan silap, kurang kesan impaknya. Tapi kalau Masitah yang  berPhD membuat kepalsuan, boleh patah tiang agama.
   
Apapun tanggapan Masitah terhadap artis itu tidak dilihat umum sebagai ingatan dan teguran, tetapi ia lebih kepada sindiran dan jenaka. Bagi pasaran dakwah, artis yang terjun ke dalam PAS lebih laris daripada Masitah yang berpengetahun tinggi Islam dari mereka. Itulah penilaian orang awam pelbagai lapisan.
   
Reaksi Abby Abadi, antara artis yang jadi PAS itu dalam sambutan 63 tahun PAS di Kuala Kangsar, penampilan mereka dalam dakwah, tidak pernah mengajar tetapi mengajak. Dibimbangi, Masitah mengajar tidak, mengajak pun tidak tetapi menyindir orang hendak kembali kepada Islam.
   
Jika mereka dipanggil ustaz dan ustazah, tidaklah mereka memintanya tetapi itulah penghormatan orang awam terhadap orang yang berhijrah kepada yang betul. Semua tahu saya bukan ustaz. Apabila saya masuk PAS, orang PAS yang saya bukan ustaz panggil saya ustaz, tak tahu pun panggil ustaz. Bukan PAS saja, Umno yang kenal saya pun panggil saya ustaz. Dari muda saya berkawan dengan Tun Musa Hitam. Dia tahu saya. Bila saya jadi PAS, dia pun panggil saya ustaz.
   
Kadang-kadang semasa solat berjemaah yang ada pegawai kanan Jakim dan pemimpin Umno yang berpengetahuan tinggi, baik bacaannya, lebih kelayakannya bagi menjadi imam, tetapi mereka tolak saya jadi imam. Apa saya nak kata apabila jadi imam ekspres? Ia bukan salah ustaz/ustazah ekspres, tetapi itulah penerimaan masyarakat termasuk orang Umno sendiri.
   
Kita arif tentang ustaz mengeletek hati, berlagu dan bergurindam dalam ceramah. Mengikut pakar, teknik dakwah sekarang pendakwah wajar berjenaka, berlagu sikit dalam dakwahnya supaya orang tidak mengantuk dan bosan. Disyaratkan pula oleh penaja Program Pencetus Ummah di TV, imam dan ustaz yang menyertainya kena berlakon, nyanyi dan melucu. Jik TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi yang berceramah tegang dari awal menyertai Pencetus Ummah, mereka akan kalah. Apa kita hendak kata dengan ilmu dakwah yang menekankan keadaan begitu?
    
Saya tidak perkenan imam dan lebai disuruh berlakon, tetapi itulah pencapaian dakwah terbaik mengikut pakar ilmu dakwah.
   
Memanglah kita rasa tidak kena alim ulama banyak berjenaka semasa mengajar dan berceramah. Majlis ilmu bukan panggung wayang, tetapi saya bimbang Masitah yang menyebut ustaz/ustazah ekspres dan pertandingan raja lawak dalam hujah di Perhimpunan Umno itu juga sengaja hendak berjenaka. Tanpa disedari terperangkap dengan Raja Lawak juga.
   
Perhimpunan Umno boleh diisi perkara lebih penting daripada ustaz/ustazah ekspres. Seperti ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmi sidang Pemuda, Wanita dan Puteri. Ucapannya kelas. Saya cemburu PAS tidak dapat buat ucapan macamnya.

Kerajaan Najib tidak jujur

Posted: 07 Dec 2014 05:57 AM PST

Usul mansuh Akta Hasutan ditolak Speaker Parlimen


PADA 24 November lalu, usul pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang dibawa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Jadi bagi mendapat penjelasan mengenai usul tersebut Wartawan ROY RASUL mewancara, Setiausaha Lajnah Undangundang dan Hak asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

WARTAWAN: Apa pandangan saudara ber hubung penolakan usul oleh parlimen mengenai usul pemansuhan Akta Hasutan 1948? 

ABANG AHMAD KERDEE: Saya nampak kerajaan tidak jujur dalam isu ini dengan apa yang diuaruarkan sebelum ini.

Antara perkara yang Perdana Menteri maklumkan sebelum ini beliau akan beri satu bentuk pengadilan dalam setiap perkara yang melibatkan rakyat. Dalam isu ini apabila salah seorang ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat mengusulkan supaya dibincang di peringkat parlimen ditolak.

Walaupun daripada segi pentadbiran perdana menteri boleh mengatakan itu bukan beliau yang menolak tetapi dewan rakyat. Mesej itu daripada kerajaan sendiri.

Jadi kita nampak kalau betul kerajaan ingin menjadikan usul tersebut disampaikan di parlimen itu sepatutnya dari dahulu kita faham.

Nampaknya usul yang hendak disampaikan dalam dewan rakyat itu sepatutnya dengar dahulu dan faham apa yang dibangkitkan itu.

Ini menampakkan kerajaan tidak mahu membahas langsung walaupun ada tekanan demi tekanan di luar sana biarpun ada segelintir kumpulan yang mahukan akta hasutan itu dipertahankan.

Kita lihat reaksi kerajaan sendiri terhadap akta baharu iaitu Akta Keharmonian Nasional setakat ini nampaknya masih tidak tahu apa status mengenai kemahuan untuk menggantikan Akta Hasutan itu. Hampir setahun tetapi masih tidak ada apa-apa perkembangan dan sebagainya.

Oleh itu kita hendak tahu apa pandangan kerajaan tentang status Akta Hasutan itu?

Adakah kerajaan betulbetul hendak menghapuskannya sebagaimana dimaklumkan sebelum ini atau sekadar sandiwara sebelum pilihan raya umum sebelum ini.

Bagi saya ini satu lakonan dan mungkin tahun depan akan timbul lagi polemik akta tersebut sebab pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan. Nampaknya sekali lagi kerajaan BN akan berlakon.

Mungkin mereka akan kata Akta Keharmonian Nasional di peringkat terakhir.

Jadi ia akan menjadi seperti 'wirid' apabila dekat pilihan raya dan mereka akan bangkitkan perkara itu.

Respon saya, perdana menteri setakat ini boleh dikatakan tidak jujur dengan yang beliau sebutkan sebelum ini.

Mengapa kerajaan bersung guh mahu kekalkan akta draconian itu?

Pertama sekali itu jawapan yang diberikan perdana menteri sendiri yang mengatakan, kita mendengar luahan rakyat. Sebelum pilihan raya mereka mendengar luahan rakyat. Jadi kita pun akan mansuhkan akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa.

Maknanya apa yang dicakapnya itu bohong. Beliau tidak dengar pun apa yang rakyat mahu.

Kesimpulannya pimpinan BN akan dengar apa sahaja suara rakyat apabila hampir pilihan raya.

Sejauh mana akta ini sebenarnya menyekat kebebasan rakyat?

Sebenarnya Akta Hasutan itu hanya perkaraperkara tertentu yang mana perkara tersebut sudah ada dalam perlembagaan dan termaktub dalam perlembagaan yang melibatkan soal agama, sultan bangsa Melayu dan sebagainya.

Perkara itu sememangnya sudah ada dalam perlembagaan.

Kenapa kita hendak wujudkan satu akta yang mahu mengawal perkara tersebut.

Jika ada berlaku juga sebarang isu hasutan, sebenarnya banyak lagi akta lain contoh akta Kanun Keseksaan atau akta Ketenteraman Awam. Kita boleh pakai akta itu. Sebabnya apabila melibatkan akta Hasutan, kuasa menteri Dalam Negeri terlalu luas dan orang awam akan nampak ruang untuk menyalahguna kuasa itu ada.

Apa cadangan lain seki ranya akta ini mahu dihapuskan?

Maknanya kena menyegerakan akta Keharmonian Nasional yang melibatkan wakil parti-parti politik.
Umpamanya PAS diwakili Ahli Parlimen, Parit Buntar, Dato' Dr Mujahid Yusoff Rawa. Ia melibatkan satu unit undang-undang dan itu kita bawa suara dari Pakatan Rakyat dan ia kena disegerakan pelaksanaan dan akta tersebut kena segerakan dan dibawa ke parlimen dan seterusnya diwartakan.

Memandangkan kini terlalu banyak isu sen timen antara kaum dan agama berlaku, layakkah akta ini dikekalkan?

Seperti mana saya sebut tadi kerana akta sudah ada dalam perlembagaan dan tidak perlu kepada akta.
Apa yang ada dalam perlembagaan semuanya sudah diterima dan sekiranya ada akta lain boleh digunapakai Banyak lagi akta lain, bukan akta hasutan sahaja yang perlu gunakan dan yang paling pen ting akta hasutan itu diwujudkan sebelum pembentukkan Malaysia. Di zaman British lagi digunapakai akta Hasutan jadi tidak boleh diwarisi kerana tidak relevan lagi. Zaman sekarang kita kena sesuai dengan kehendak semasa.

Oleh sebab itu apabila kerajaan mahu laksanakan akta Keharmonian Nasional itu makna nya Pakatan Rak yat menawarkan untuk memberi saranan agar akta yang baharu itu tidak disalahguna untuk tujuan politik.

Baru-baru ini perdana menteri mengingat rak yat tidak menjadi internet sebagai medan untuk semarakkan isu perkauman dan agama?

Dalam masa sama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dilaporkan berkata dalam Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur 24 November lalu, PAS dan Umno mesti berfikir untuk bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan KeADILan.

Apa pandangan saudara?

Antara benda yang kita boleh duduk bersama semeja apabila akta baharu diwujudkan. Wakil PAS pun ada seperti Dr Mujahid.

Maknanya kita boleh duduk semeja dalam soal kepentingan rakyat untuk mewujudkan akta tersebut.
Kita boleh berbincang apabila melibatkan soal perundangan.Malah dalam parlimen sekali pun jika BN tidak mahu bahas dan sebagainya tidak mengapa.

Namun di luar sana kena tunjukkan kebersamaan kita dalam soal menghapuskan akta tersebut. Di segi ketegangan kaum pula sekarang ini, jika kita lihat ia bukan sekadar wujud tetapi di segi siasatan, pembukaan kertas siasatan atau pendakwaan pun kita boleh nampak perkara itu tidak adil.

Jasindaily Online

Posted: 07 Dec 2014 09:11 AM PST

Jasindaily Online


ALMARHUM USTAZ GHANI TOKOH PENDAKWAH HARAKI

Posted: 06 Dec 2014 05:41 PM PST

Majlis Makan Malam Perdana anjuran Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan malam tadi telah sepakat menganugerahkan Tokoh Pendakwah Haraki kepada arwah abah, Al Marhum Ustaz Haji Ab Ghani bin Ab Rahman yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS melalui isterinya Datin Seri Hajjah Zainab Awang Ngah malam tadi di Dewan KUIZM, Taman Melewar kepada Ummi Maya dan Mama Aziah sempena Penubuhan Perhubungan PAS Wilayah Perseketuan ke 40.

Alhamdulillah, sebagai anak kami pastinya begitu bangga dengan penghargaan ini walaupun hanya bonda kami sebagai wakil penerima anugerah. Menyingkap sejarah, arwah abah pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan sebelum diangkat menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.

Al Marhum merupakan anak kepada pasangan Haji Ab Rahman bin Abdullah dan Hajjah Lamah binti Haji Ahmad. Datang daripada keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat membuatkan arwah diasuh dengan disiplin agama yang sangat ketat. Teringat sejarah ketika memandu kereta arwah untuk ke kuliah, arwah seringkali kongsikan sejarah hidupnya yang sangat susah kepada anak - anak terutamanya terpaksa menjual kuih terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Pernah suatu ketika, arwah terjatuh dan kuih bertaburan di jalan, bila balik terus dirotan sebagai pengajaran. Begitulah tegasnya arwah nenek kepada arwah abah.

Arwah juga selalu cerita, bagaimana bermulanya sejarah menyambung pelajaran ke Kelantan untuk mencari ilmu agama, beliau lari hanya berbekalkan baju blazer (Kot) milik arwah atuk dan beberapa ringgit yang ada dalam baju tersebut. Pernah sekali, arwah bercerita kepada kami sambil menitiskan air matanya yang beliau pernah makan nasi dan lauk dalam satu periuk yg sama dek kerana kedhaifan pada waktu itu. Arwah tidak pernah patah semangat sehingga pernah dinobatkan Juara Badminton. Arwah beritahu kami, dia pernah mengalahkan YBhg. Dato' Prof. Emeritius Dr. Mahmud Zuhdi dan kawan-kawannya di Kelantan termasuk Ustaz Dato' Taib Azamuddin. Arwah juga pernah memenangi Pertandingan Syarahan Peringkat Negeri Kelantan dan mendapat kurniaan hadiah daripada YTM Tuanku Sultan Kelantan.

Perjuangan tidak terhenti setakat itu, arwah abah mengembara pula ke Bumi Mesir dalam misi pencarian ilmu. Disinilah abah diasuh dengan usrah dan tarbiyyah Ikhwan Muslimin. Hari ini, sebut sahaja perkataan IM boleh dikejar atau terus disumbat ke dalam penjara. Arwah merupakan orang kuat ABIM sebarisan dengan Anwar Ibrahim dan juga Almarhum Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Ghani Shamsuddin dan ramai lagi. Menurut arwah, pernah arwah menggalas jawatan pemangku sehingga ditugaskan sebagai perasmi ABIM di London, UK semasa tampuk kepimpinan pada waktu ramai yang ditahan di bawah Akta ISA.

Kisah di Mesir juga tidak kurang hebatnya. Perselisihan antara pelajar dengan pegawai EME bukan baru tetapi sejak zaman arwah di sini lagi, sekitar tahun 70-an. Menurut perkongsian abah, arwah di antara orang yang terlibat menaikkan semula persatuan pelajar (PMRAM) yang pernah diharamkan pada tahun 1975. Krisis yang berlaku atas masalah kenegerian dan arwah dijulang sebagai Presiden PMRAM pada tahun 1980 dan sahabat karibnya, Almarhum T.G Dato' Dr. Haron Taib sebagai Timbalan Presiden. Alhamdulillah, PMRAM merupakan satu gagasan pelajar yang tertua dan terkuat sehingga hari ini.

Apabila balik ke Malaysia, antara tempat yang arwah pernah menyumbang bakti adalah SM Tun Tuah, SM (U) Syarifah Rodziah, Maktab Perempuan Melayu Melaka dan akhirnya di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak. Kehebatan arwah abah sebagai pendakwah mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Pendakwah Terbaik Wilayah Persekutuan dari JAWI. Anugerah disampaikan oleh Dato' Abu Hassan Omar disaksikan oleh arwah atuk dan nenek. Arwah antara barisan panelis yang cukup popular dengan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam RTM, Program Minda TV1 dan Siri Al Kuliyyah TV3. Namun, sejak pendakwah haraki di'gam', bukan sahaja nama arwah malah ramai lagi yang sudah tidak diundang termasuk YBhg. Dato' Dr. Haron Din, Datuk Ismail Kamus dan ramai lagi.

Semasa gelombang kebangkitan Rakyat Malaysia kemuncak, Presiden PAS pada waktu itu, Almarhum Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dan kepimpinan PAS Pusat memberi amanah kepada abah untuk memberi penjenamaan semula kepada Perhubungan PAS Melaka. Alhamdulillah, sepanjang tempoh abah memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Melaka, calon PAS tidak lagi hilang wang deposit dalam setiap PRU mahupun PRK. PAS Melaka sempat melahirkan 'anak' (DUN) sulung sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Arwah tidak pernah kenal erti jemu, sakit atau penat sehinggalah arwah diuji dengan sakit buah pinggang kronik. Penyakit mula pada tahun pertengahan 2011. Pada waktu itu, arwah terpaksa mengurangkan segala aktiviti dakwah dan haraki atas permintaan doktor (pakar perubatan). Namun begitu, arwah tetap memenuhi jemputan kuliah sehingga pertengahan tahun 2013.

19hb Mei 2014. Tarikh keramat bagi kami. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada 12:05 tengahari di atas katil Unit Jagaan Rapi (ICU), Pusat Perubatan UKM ditemani oleh Ummi, Mama dan semua adik beradik kecuali penulis yang berada di Mesir. Arwah meninggalkan kami dengan penuh ketenangan. Kami redha dengan ketentuan Allah ke atas dirinya. Namun, masih terbuku dihati kami ingatan dan juga pesanan arwah, " sibuk macam mana sekalipun...jangan lengah dan tinggalkan solat". 

Kami berdoa agar Allah berikan kemenangan ke atas dirinya yang berjuang di atas agama-Nya. Semoga ketenangan abadi milik arwah dan diterima segala amalannya. Terima kasih ya Allah kerana engkau kurniakan kami seorang ayah, teman, murabbi dan juga seorang tokoh yang disegani.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Salam sayang
Abu Zahra
Hayyu Asyir, Kaherah
08hb Disember 2014
 —

IJTIMAK TARBAWI : PAS LAGI DITEKAN SEMAKIN KUAT

Posted: 06 Dec 2014 05:31 PM PST

Kekuatan PAS tidak pernah berkurangan, tetapi dari hari ke hari semakin bertambah secara berterusan walaupun tekanan ujian berlaku dari luar dan dalam parti. Perkara itu dinyatakan mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang di sini 5 Disember. Katanya, PAS tetap berjalan terus dan meningkat penghasilannya dalam menjalankan kerja politik dan dakwah di Malaysia kerana beliau yakin PAS termasuk dalam perlindungan dan keredaan Allah. "Saya menyatakan kekuatan PAS ini amat luar biasa, perkembangan PAS luar biasa. Kita tengok berapa ramai pejuang dalam PAS ditekan, dizalimi hingga syahid, tetapi orang PAS umumnya tidak berubah. "Orang PAS sentiasa bangkit dengan pengorbanan dan sumbangan kepada perjuangan Islam melalui PAS. 

Kalau kita lihat pada zahirnya untuk apa kita menyertai PAS? Nak duit, dalam PAS tiada duit. Nak pangkat, dalam PAS tiada pangkat. "Hanya ada dalam PAS adalah pengorbanan. Pengorbanan ini memberatkan dan menyiksa. Tetapi kenapa orang berpusu-pusu menyertai PAS?" ujarnya disambut laungan takbir kira-kira 3,000 pemuda. Menurutnya, kekuatan PAS berada di tiga tiang seri utamanya iaitulah Islam sebagai dasarnya; ulama selaku pemimpinnya dan akhlak budi pekerti yang dihayati pimpinan dan ahli PAS. Tegas beliau, ahli PAS mesti berpegang dan menghayati ketiga tiang tersebut jika mahu terus meningkat dalam kejayaan perjuangan. Iaitulah katanya, dengan menghayati sepenuhnya iman, akhlak dan syariat Allah. 

 Beliau turut menegaskan agar para pemuda menerima Kepimpinan Ulama kerana tidak mungkin Islam boleh dipimpin oleh mereka yang tidak memahami dan menghayati Islam. Ujarnya, jika PAS sebagai gerakan Islam dipimpin oleh bukan ulama, bermakna ia telah hilang sifat ikhlas. "Kepimpinan ulama adalah kepimpinan hakiki kepada perjuangan Islam. Saya bukan ulama tapi saya pencinta ulama. Tabiat perjuangan Islam mesti dipimpin ulama. "Siapa ulama? Yang bekerja kuat? Yang berjanggut, bermisai atau balik dari Al-Azhar? Ulama mestilah sebagaimana Allah kata, iaitu mereka yang takutkan Allah!" Dr Sanusi turut mahu para pemuda menyedari bahawa usaha PAS membawa Islam ke hadapan pasti akan ditentang habis-habisan oleh musuh PAS sama ada melalui porak-perandakan Islam, cemuhan memperkecilkan ulama hinggalah kepada hilangnya budi pekerti kepada jamaah.

KITA PEWARIS PERJUANGAN ISLAM: TG PRESIDEN

Posted: 06 Dec 2014 05:18 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, golongan yang suka mengamalkan sikap remeh temeh dan terlalu melampau lebih senang dipergunakan oleh musuh untuk menghancurkan Islam berbanding musuh sebenar. "Kita mesti mewarisi perjuangan Islam jangan bertindak menjadi acuan kehancuran. "Dalam Islam pun ada khilaf dan pertelingkahan namun tetap ada ukhuwah dan keakraban persahabatan tanpa ada dendam," jelas beliau ketika menyampaikan kuliah tafsir Surah Al-Fath pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Kompleks An-Nahdhoh, dekat sini semalam. 

 Katanya, mereka yang tergolong dalam ketogari begitu wajar keluar segera dari kepompong seandainya mahu melihat tunas-tunas baru tumbuh dengan segar. Beliau menjelaskan, perjuangan Islam menuntut keberanian untuk mencapai keberkatan "Sebab itu, kita diingatkan untuk terus bersama jamaah. Apa pun yang terjadi tetapkan hati dan ukhuwah, berkasih sayanglah sesama kita kerana ia akan mematikan usaha iblis yang asyik melaksanakan tugasan jahat," tegas beliau. 


 Menyentuh situasi dunia Islam hari ini, Tuan Guru yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Dunia kesal kerana kebanyakan negara umat Islam sanggup berperang sesama sendiri tetapi dalam masa yang sama takut berhadapan dengan musuh. Menurutnya, mereka sanggup bertempur sesama sendiri walaupun kadang-kadang dalam perkara kecil. "Hari ini kebanyakan negara Islam takut dengan orang kafir tetapi sanggup bertelagah, berperang dan membunuh sesama Islam. Inilah yang dikatakan tragedi akhir zaman," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

IJTIMAK TARBAWI : KEGAGALAN MENDENGAR DAN TAAT PUNCA PERPECAHAN

Posted: 06 Dec 2014 05:16 PM PST

Dengar dan taat merupakan elemen dan tonggak penting dalam menentukan kekuatan dan kemenangan perjuangan PAS, kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat itu lagi, assam'u wa tha'ah (dengar dan taat) merupakan asas kejayaan untuk membawa risalah perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Bahkan, katanya kegagalan untuk merealisasikan elemen tersebut menyebabkan ahli PAS terdedah kepada perpecahan yang dicela dan tegah oleh agama.

 Dengar dan taat adalah satu rukun penting dalam organisasi gerakan Islam sebagaimana Nabi s.a.w. menuntut baiah para sahabat dari Yathrib sebelum hijrah sepertimana diriwayatkan oleh Ubadah bin Somit: "Kami baiah Nabi s.a.w untuk dengar dan taat ktka sukar dan senang ketika cergas dan keadaan tidak suka". "Kerosakan sebuah organisasi gerakan Islam apabila ketua yang mempunyai hak ditaati pada hukum syarak dalam perkara makruf dipertikai, dikecam, dicerca dan dimaki. "Kata Abu Darda' permulaan sifat nifak seseorang ialah mengecam ketua," tegas beliau pada satu majlis yang diadakan di sini, kelmarin. Jelasnya, walak ditagih kerana Nabi s.a.w. menagih walak untuk dengar dan taat dalam peristiwa baiah orang-orang Yathrib di Mina sebelum berhijrah ke Madinah. 

 "Ditagih dan dituntut, maka menjadi kewajipan kepada ahli-ahli mentaati ketua dan apabila keengkaran mereka dituntut untuk kembali dengar dan taat apabila berlaku keengkaran," ujarnya.

LAMBAKAN PEKERJA ASING UNDANG KEBIMBANGAN

Posted: 06 Dec 2014 05:04 PM PST

Baru-baru ini Malaysia dan Bangladesh telah bersedia untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi dengan perjanjian yang ditandatangani dalam empat bidang kerjasama. Antara bidang kerjasama berkenaan ialah mengenai pengecualian visa untuk pegawai dan pemegang pasport diplomatik, dua memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, serta protokol untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh di Sarawak. Dalam sidang itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata protokol untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh itu akan melihat penambahan 12,000 pekerja negara berkenaan tiba di Sarawak pada awal tahun hadapan untuk menampung keperluan 62,000 pekerja yang diperlukan bagi sektor peladangan. 


 Kata beliau: Sekiranya mereka dapat menyesuaikan diri, maka boleh pertimbangkan penambahan pekerja-pekerja Bangladesh pada masa akan datang. Menurut Perdana Menteri pada masa ini, terdapat kira-kira 299,000 pekerja Bangladesh secara sah, khususnya dalam sektor pembinaan dan pembuatan di Malaysia. Mengapa perlu mengambil terlalu ramai pekerja asing masuk ke Sarawak pada tahun hadapan? Sekiranya terlalu ramai pekerja asing datang dan bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan maka penduduk tempatan akan sukar untuk mendapatkan kerja dalam bidang tersebut. Walaupun tujuan kerajaan untuk mengambil pekerja asing sebagai memenuhi keperluan pekerjaan dalam sektor peladangan, sektor pembinaan dan pembuatan tapi penduduk tempatan juga perlu diberi peluang yang sama dengan memberi sedikit kelebihan agar penduduk tempatan berminat untuk bekerja dalam sektor tersebut. 

 Kalau terlalu ramai pekerja asing bekerja dalam sektor tersebut, ini secara tidak langsung boleh mengancam pendapatan penduduk tempatan sebab apabila ramai pekerja asing menguasai dalam sektor tersebut lama-kelamaan penduduk tempatan akan terpinggir dan juga sukar mendapatkan pekerjaan. Bukan saja dalam sektor peladangan dan pembinaan bahkan terdapat juga pekerja asing yang datang ke negara ini mengambil kesempatan menjual barangan mereka secara terbuka sehingga menjejaskan peniagaan penduduk tempatan. Kami juga menerima aduan dari penduduk tempatan yang tidak mahu namanya disebut mengatakan ada pekerja asing Muslim yang bekerja dengan non Muslim di restoran yang tidak memiliki sijil halal. 

 Menurut pengadu lagi, ada juga di antara mereka ini terpaksa bekerja di restoran dan kedai makanan yang tidak memiliki sijil halal dengan pakaian bertudung seolah-olah restoran tersebut memiliki sijil halal. Perkara ini boleh mengelirukan umat Muslim yang hendak makan di restoran atau kedai makan tersebut sebab mereka mungkin menyangka yang restoran tersebut menyediakan makanan Islam.

 Kebanyakan umat Muslim yang makan di restoran tersebut datang dari luar disebabkan mereka menyangka pelayan Muslim yang bekerja di situ sudah pasti makanan yang dihidang adalah halal. Kita harap perkara ini mendapat perhatian dari pihak berkuasa agar pekerja Muslim dari negara jiran tidak dipaksa bekerja di tempat kerja yang bercanggah dengan amalan agama masing-masing. Pihak berkuasa jangan memandang remeh masalah ini kerana ianya melibatkan akidah pekerja asing Muslim yang terpaksa mencari makan di negara ini. Masalah sosial dan juga masalah penempatan pekerja asing akan menyebabkan sewa dan harga rumah akan meningkat naik tanpa kawalan sebab untuk menampung keperluan kebanjiran pekerja asing yang terlalu ramai datang ke negara ini. Mungkin dari segi ekonomi yang ianya baik untuk merancakkan pembangunan negara tetapi apabila ianya tidak dikawal maka ianya boleh mengancam keselamatan negara. 

 Kita tidak mahu pekerja asing ini disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti apa yang berlaku di Sabah di mana mereka ini digunakan untuk tujuan tertentu yang boleh mengancam keselamatan negara. Kita menggesa pihak berkuasa sentiasa memantau pekerja asing yang datang ke negara ini agar ianya tidak menyalahgunakan permit mereka untuk bekerja di tempat yang bukan sepatutnya atau berniaga tanpa kebenaran dari pihak berkuasa tempatan. Kerjasama dengan pihak berkuasa mengatasi masalah kebanjiran pekerja asing tanpa kawalan yang boleh mengancam penduduk tempatan dan keselamatan negara ini amat dihargai.

SUHAKAM KESAL KEKAL AKTA HASUTAN

Posted: 06 Dec 2014 04:51 PM PST

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia kesal dengan pengumuman Kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan untuk mengukuhkannya dengan peruntukan tambahan, walaupun janji yang dibuat pada tahun 2012 untuk memansuhkan undang-undang yang menindas dan lapuk. Keputusan yang mengecewakan ini tidak memberikan gambaran baik kepada negara di saat ia akan menyandang dua jawatan bertaraf antarabangsa yang penting dan berprofil tinggi menjelang Januari 2015 iaitu sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pengerusi ASEAN, sesuai dengan kemunculannya ketika ini sebagai komuniti serantau yang makin bersepadu, dinamik dan berpandangan jauh. 


 Dengan menggalas kedua-dua jawatan ini, harapan agar Malaysia dapat meningkatkan prestasi dan standard yang tinggi dalam ruang lingkup hak asasi manusia dengan jangkaan yang lebih kukuh dan dipergiatkan Walaupun Suruhanjaya memahami keseimbangan antara kebebasan dan keselamatan, dan mengakui bahawa amalan kebebasan bersuara mungkin tertakluk kepada sekatan yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang, terutamanya bagi melindungi hak asasi orang lain, ia menegaskan bahawa sebarang sekatan mesti seimbang, berkadar, jelas dan adil. Seterusnya, sekatan itu hendaklah mematuhi norma antarabangsa mengenai hak untuk kebebasan bersuara dan berucap. Oleh itu, semua undang-undang atau pindaan kepada undang-undang sedia ada seperti yang diumumkan, mestilah tertumpu kepada semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, dan prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa. Ini hendaklah juga mengambil kira realiti globalisasi yang bercirikan dimensi baru terhadap kebebasan bersuara melalui Internet dan media sosial.

 Suruhanjaya turut menggesa Kerajaan untuk memastikan bahawa pindaan kepada undang-undang sedia ada atau undang-undang yang baru mestilah berdasarkan penglibatan sepenuhnya dan perundingan bermakna dengan semua pihak yang berkenaan secara adil, jelas dan mematuhi proses yang sewajarnya, dan tidak tergesa-gesa. Memandangkan bahawa Akta Hasutan tidak direka untuk tujuan mempromosi, memupuk dan mengekalkan keamanan dan keharmonian negara, Suruhanjaya mengulangi pendiriannya bahawa Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan mestilah segera menggantikan Akta Hasutan. 

Suruhanjaya yang juga telah dirujuk mengenai undang-undang yang dicadangkan ini, berpendapat bahawa undang-undang ini boleh mengatasi cabaran kebebasan bersuara secara mutlak, dan ancaman terhadap nilai demokrasi, serta pada masa yang sama memastikan rakyat Malaysia menikmati hak asas dan jaminan perlembagaan kepada kebebasan bersuara. Suruhanjaya berpendapat juga bahawa Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan ini bertujuan untuk mencari keseimbangan yang saksama antara hak kebebasan berucap dan bersuara dengan hak rakyat untuk hidup aman, harmoni dan stabil.

Datuk Dr Khaw Lake Tee
Pengerusi SUHAKAM Malaysia

IKTIRAF PALESTIN : NEGARA BARAT SAJA SINDIR NEGARA ARAB

Posted: 06 Dec 2014 04:48 PM PST

Pemuda PAS Malaysia ingin menyampaikan penghargaan kepada Parlimen Perancis khasnya kerana telah mengiktiraf Negara Palestin baru-baru ini. Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, tidak lupa juga kepada Sweden dan Poland di antara negara Eropah yang terdahulu sudah mengiktiraf Negara Palestin yang sedang berjuang mempertahankan hak dan wilayah mereka di sana. "Bagi kami, kepentingan Perancis dengan pengiktirafan ini kerana ia adalah salah satu kuasa besar dunia selain daripada Ahli Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai kuasa veto di atas konflik yang berlaku di dunia dan ianya adalah sebuah negara Eropah yang maju pada masa kini," ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS dalam satu kenyataan. Menurut beliau, warga PAS tentunya mengharapkan ianya menjadi pemangkin kepada dunia untuk terus mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin kelak. Katanya, ia juga sebagai bukti bahawa negara besar seperti Perancis mengakui kezaliman regim zionis Israel dan hak rakyat Palestin selama ini dan juga sebagai sindiran kepada negara Arab dan Islam yang masih tidak berani sehingga kini.

DAKWAAN MASHITAH : LKS PERTIKAI ZAHID LAMBAT BERTINDAK

Posted: 06 Dec 2014 04:47 PM PST

KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan Dr. Mashitah bahawa kononnya orang Cina di Kedah telah melakukan perbuatan membakar al-Quran 'helai demi helai dalam satu upacara sembahyang', DAP melalui beberapa ahli parlimennya telah membuat laporan polis bahawa dakwaan itu suatu fitnah. Lim Kit Siang dalam satu kenyataan medianya mempersoalkan kenapa pihak Menteri Dalam Negeri telah gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif. Lim juga menyatakan bahawa beliau telah melawat tempat kejadian dan telah bertemu dengan pemilik gerai dan orang ramai di kawasan untuk mendapatkan maklumat sebenar. Berikut kenyataan penuh Lim Kit Siang. Saya mahu bertemu dengan Zahid menjelang tamat tempoh 480 jam pada 18 Disember untuk mengetahui kenapa Menteri Dalam Negeri telah gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif. 


 Pemimpin dan perwakilan Umno bukan sahaja sudah hilang akal waras sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, tetapi juga selepas ia selesai, sehinggakan menteri-menteri Umno tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik bukan hanya kepada Umno malah lebih penting lagi kepada negara dan rakyat Malaysia. Saya mahu bertemu dengan Zahid menjelang tamat tempoh 480 jam pada 18 Disember untuk mengetahui kenapa Menteri Dalam Negeri telah gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif.

 Sudah lebih seminggu sejak dua Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching (Kulai) dan Kasthuri Patto (Batu Kawan), bersama setiausaha politik saya Dyana Sofya Mohd Daud dan aktivis DAP Syefura Othman membuat laporan polis terhadap bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengenai ucapan penuh kebenciannya di persidangan Wanita Umno yang boleh dikira berniat membangkitkan ketakutan antara kaum dan agama, ketegangan dan konflik dengan pembohongan besar kononnya orang Cina di Kedah telah melakukan perbuatan cemar membkar Al-Quran 'helai demi helai dalam satu upacara sembahyang'.

 Semalam, bersama-sama Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari (Bukit Bendera), Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Vincent Wu (Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan), setiausaha politik saya Dyana Sofya beserta dua Adun DAP dari Kedah, Tan Kok Yew (Derga) dan Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok (Kota Darul Aman) dan juga Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Naasir Mustafa; saya telah melawat medan selera Taman Anggerik di Alor Setar, tempat di mana menurut Mashitah, perbuatan cela oleh masyarakat Cina itu kononnya dilakukan. Dalam perbualan kami bersama pemilik gerai dan orang ramai di tempat tersebut, telah disahkan bahawa Mashitah benar-benar bersalah kerana telah mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan mengada-adakan penipuan yang begitu berbahaya dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama kononnya orang Cina di tempat tersebut telah membakar Al-Quran 'helai demi helai dalam satu upacara sembahyang'. 

 Insiden yang sedemikian itu tidak pernah berlaku, dan penemuan kami dalam misi pencarian fakta tersebut menyokong kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada 24 November bahawa insiden di kawasan tersebut pada 20 November melibatkan seorang lelaki Melayu tidak siuman yang telah mengoyak-ngoyakkan Al-Quran. Beliau kini dirawat di wad psikiatrik. Tidak ada insiden orang Cina membakar Al-Quran 'helai demi helai dalam satu upacara sembahyang'. Sekiranya Zahid tidak senang hati dengan kenyataan Mukhriz dan juga penemuan kami dalam misi mencari kebenaran semalam, saya cadangkan beliau melawat medan selera Taman Anggerik dan mencari tahu tentang fakta kejadian tersebut. Amat mengejutkan bahawa seorang bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh menjadi begitu tidak bertanggungjawab menyebarkan ucapan kebencian sedemikian demi membangkitkan rasa tidak senang antara kaum dan agama, rasa tegang dan konflik; dan walaupun didepani fakta menggunung, Mashitah tetap tidak bersedia menarik balik penipuannya dan meminta maaf secara terbuka di atas ucapannya yang begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah sikap membisu dan tidak bertindak para pemimpin Umno menunjukkan bahawa mereka bersedia bersekongkol dengan kesalahan Mashitah itu. 

 Mashitah bukanlah satu-satunya perwakilan Umno yang bersalah mengeluarkan ucapan berbaur kebencian dengan niat membangkitkan ketakutan sesama kaum dan agama, serta ketegangan dan konflik; kerana perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said juga adalah seorang lagi yang telah secara serius menjejaskan keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini dengan ucapan kononnya kejayaan Pulau Pinang adalah disebabkan aktiviti haram dan jenayah secara terbuka yang dilakukan oleh orang Cina di negeri tersebut. Berapa lama lagi Zahid perlukan sebelum pihak polis akan bertindak terhadap demikian banyak laporan polis yang telah dibuat terhadap Mashitah dan Zaidi? 48 jam, 96 jam, 240 jam atau 480 jam? Saya akan memberi Zahid 480 jam, atau 20 hari sehingga 18 Disember sebelum saya meminta untuk bertemu dengannya untuk mengenalpasti apa sebabnya beliau gagal menunaikan janji bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap mana-mana individu yang bermain dengan isu sensitif.

MASALAH PERPARITAN PUNCA BANJIR KILAT DI JASIN

Posted: 06 Dec 2014 04:44 PM PST

JASIN - Masalah sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan sempurna menjadi punca banjir kilat di Jalan Kolam Air Taman Maju dan Kampung Lubok Kasar. Adun Bemban, Datuk Ng. Choon Koon berkata, penduduk kawasan terbabit sering membuat aduan mengenai masalah limpahan air longkang masuk ke dalam rumah mereka sekiranya hujan lebat. Kata Choon Koon, beliau telah menggesa pihak-pihak berkaitan termasuk Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyelesaikan masalah berkenaan. "Setiap kali hujan lebat, lebih lima rumah penduduk menjadi mangsa banjir kilat. 

 "Walaupun kejadian itu tidak lama, namun ia memberi kesan kepada penduduk yang sering bimbang untuk meninggalkan rumah mereka dalam tempoh lama, selain terpaksa membersihkan rumah setiap kali berlakunya banjir," katanya ketika turun padang mendengar permasalahan penduduk di Kampung Lubok Kasar. Sementara itu, beliau turut berharap supaya penduduk bersabar menghadapi musibah ini. "Saya yakin MPJ termasuk pihak berkaitan akan melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan berkenaan bagi mengatasi masalah itu. "Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan terutama wakil pegawai dari MPJ dan wakil penduduk Taman Maju yang turut hadir bagi menyelesaikan masalah ini," katanya.

PRU KAMPUS UM : PRO MAHASISWA TERUS KUKUH

Posted: 05 Dec 2014 05:00 PM PST

SHAH ALAM - Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) yang diumumkan semalam, menyaksikan kumpulan Pro-Mahasiswa memenangi pilihan raya kampus tersebut. Dalam pemilihan itu, Pro-Mahasiswa berjaya menang 21 kerusi manakala Pro-Aspirasi atau dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa memenangi 16 kerusi sementara Bebas menang tiga kerusi. Menurut pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin, dia menghargai semua sokongan yang diberikan kepada Pro-Mahasiswa. 

"Saya mewakili seluruh Jentera Pro-Mahasiswa mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong, pendokong dan juga mahasiswa Universiti Malaya yang telah memberikan kepercayaan kepada kami semula untuk memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi kali ini," katanya yang dipetik menerusi laman rasmi Facebook Pro-Mahasiswa UM. Sebanyak 40 kerusi dipertandingkan tahun ini iaitu sebanyak 32 kerusi fakulti dan lapan kerusi umum. Kemenangan ini menyaksikan Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan 'tampuk pemerintahan UM' selepas tahun lepas turut menang, dengan pecahan mereka menang sebanyak 26 kerusi, Pengerak Mahasiswa 14 dan Bebas tiga kerusi.

KJ SINDIR NAIB PRESIDEN AMERIKA

Posted: 05 Dec 2014 04:54 PM PST

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini menyindir Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden supaya 'mencermin diri' sebelum hendak memperlekehkan sistem perundangan negara lain. "Mengata dulang paku serpih. Bukan main nak memberi 'tekanan' kepada orang lain, terlupa nak tengok cermin," tulisnya di laman sosial Facebooknya, hari ini. 

 Menulis di laman mikro Twitternya hari ini, Biden melahirkan kebimbangannya terhadap apa yang didakwanya sebagai tekanan terhadap pembangkang di Malaysia dengan penggunaan Akta Hasutan dan undang-undang lain. "Ketika pertumbuhan hubungan AS-Malaysia sedang berkembang, kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang. "Tindakan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang," katanya lagi. "Rayuan Anwar memberi Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakimannya," kata Biden. 

 Respons terhadap kenyataan pemimpin itu, Khairy kemudiannya 'retweet' dan dengan sinis berkata, AS juga harus menutup penjara di Teluk Guantanamo bagi membuktikan negara itu juga mengamalkan sistem demokrasi. "Kepada naib Presiden penutupan Guantanamo akan memberi peluang, untuk 'membuktikan' Amerika menyakini sistem demokrasi dan proses undang-undang," tulisnya sinis.

BELA PELESTIN : MALAYSIA AKAN GUNA PBB

Posted: 04 Dec 2014 04:56 PM PST

PUTRAJAYA - Malaysia akan menggunakan kedudukannya sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperhebatkan usaha pembelaan terhadap Palestin daripada kekejaman rejim Zionis. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan menyerahkan peranan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk mengetengahkan isu-isu berkenaan Palestin pada mesyuarat PBB berkaitan. "Tentunya Malaysia akan memainkan peranan dengan menggunakan kerusi di PBB untuk memperjuangkan negara serta rakyat Palestin, dan yang penting menyelamatkan Masjid Al-Aqsa daripada dikuasai rejim Zionis," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Global Selamatkan Al-Quds di sini, hari ini.
Kempen Global Selamatkan Al-Quds, dengan Ahmad Zahid selaku penaungnya, merupakan inisiatif untuk mendedahkan kepada rakyat mengenai keadaan kritikal yang kini menyelubungi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa sekaligus meletakkan tekanan kepada Israel supaya menghentikan segera usaha 'pengyahudian' Al-Quds. Ahmad Zahid berkata, kewujudan Palestin, yang kini diiktiraf oleh 134 negara, memberi isyarat dan membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia tentang perlunya pembelaan sewajarnya diberikan. "Walaupun sesetengah negara yang bersahabat dengan Malaysia masih bersama-sama Israel tetapi kita harap sokongan negara dunia terhadap Palestin yang kian bertambah, secara tidak langsung mampu memberi tekanan kepada kuasa-kuasa besar yang selama ini mendokong Israel, agar tunduk kepada permintaan masyarakat dunia yang mahu keganasan dihentikan," katanya.

Landskap Siasah

Posted: 07 Dec 2014 07:05 AM PST

Landskap Siasah


Buku Manhaj usrah PAS ; perlu ada di setiap almari rumah para ahli PAS

Posted: 06 Dec 2014 10:38 AM PST


Antara koleksi Manhaj Usrah yang saya ada di almari perpustakaan mini saya. Ada lagi beberapa tajuk buku usrah seperti buku karangan Ustaz Yaakub Husin dll.

Manhaj Usrah Takwin jilid 1 sahaja belum saya miliki. Katanya ada artikel saya dalam jilid berkenaan.

Manhaj Usrah adalah teks dalam kehidupan berjamaah. baik buruk, lengkap atau kurang faktanya, ia adalah teks wajib yang perlu dijadikan panduan sebagaimana pentingnya buku teks dalam mana-mana tempat pengajian...

Jom kumpul buku PAS..

Pendita Bitara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan