Jumaat, 26 Disember 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Dec 2014 09:41 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Anak, cucu rai majlis kahwin

Posted: 24 Dec 2014 11:45 PM PST



Anak, cucu rai majlis kahwin
25 Disember 2014

PORT DICKSON – "Jodoh pertemuan ketentuan ALLAH, hadirnya di luar jangkauan dan kita sebagai manusia yang di beri kesempatan dan peluang itu wajib mensyukurinya."

Itulah yang diberitahu mempelai, Mohd Kasim Mohd Tahir, 74, sebaik sahaja sah bergelar suami kepada Norisah Karim, 47.

Mohd Kasim seorang penceramah agama berkata, dia sendiri tidak menyangka perkenalannya dengan Norisah pada 2011 akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan.

"Perkahwinan ini sebagai satu amanah besar dan saya akan sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan baik termasuklah tanggungjawab terhadap keluarga anak-anak dan isteri pertama," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Jamek Dato' Haji Abdullah Sijang, di sini.

Mohd Kasim sah menjadi suami Norisah dengan dua kali lafaz selepas dinikahkan oleh mantan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad mewakili bapa pengantin perempuan.

Hadir sama kesemua enam anak-anak Mohd Kasim serta cucunya, adik beradik dan sahabat handainya dan keluarga pengantin perempuan.

Mohd Kasim berkata, dia mahu melakukan perubahan yang positif yang pastinya tidak melanggar syariat Islam.

"Tadi (semalam) saya sendiri bangun memberi khutbah nikah yang lazimnya disampaikan oleh juru nikah ataupun individu lain. Saya menyampaikan khutbah mengupas tentang pernikahan dan Islam.

"Saya memberanikan diri untuk berbuat demikian dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

Sementara itu, Norisah ketika ditemui mengakui dia sangat berdebar menanti detik dinikahkan.

"Ini adalah pernikahan pertama saya dan memang sangat berdebar. Rombongan kami tiba agak lewat namun bersyukur kerana ALLAH sentiasa memudahkan perjalanan urusan pernikahan ini," katanya.

Norisah anak keenam daripada sembilan beradik berkata, dia terbuka pintu hati untuk hidup berpasangan dengan Mohd Kasim apabila mimpi yang selama ini mengganggu tidur malamnya terungkai.

"Sejak tahun 1987, seorang lelaki yang tidak dikenali sering hadir dalam mimpi saya berulang-ulang kali. Sehinggalah beberapa bulan lalu, saya yakin bahawa lelaki itu adalah suami saya sekarang ini yang telah saya kenal sejak 2011 kerana saya menyewa di kedainya.

"Untuk membuat keputusan ini, saya telah melakukan solat istikharah dan yakin dengan jodoh yang ditentukan ALLAH ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan