Rabu, 17 Disember 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Dec 2014 07:29 PM PST

PAS Kawasan Miri


Tiang Lampu Jalan Ada Tapi Tidak Berfungsi

Posted: 15 Dec 2014 10:15 PM PST

Lampu jalan tidak berfungsi kawasan perumahan Tudan hendaklah dihidupkan segera

MIRI - Penduduk perumahan Desaras di Tudan sudah lama menanti sampai bila lampu jalan di kawasan perumahan mereka dapat digunakan sepenuhnya kerana masalah lampu jalan itu tidak menyala sejak ianya di pasang tahun lalu sehingga kini tidak berfungsi seperti yang diharapkan.  Antara kawasan lampu jalan yang tidak berfungsi ialah Jalan Perdana.

Penduduk perumahan juga mengadu banyak berlaku kemalangan di kawasan tersebut terutama pada waktu malam yang gelap, para pemandu yang tidak berhati-hati mudah tergelincir ke dalam parit berdekatan ketika waktu hujan lebat.

Tanpa lampu jalan kawasan perumahan mereka jadi gelap dan ini akan memudahkan akitiviti yang tidak sihat berlaku seperti remaja lepak, kecurian, pecah rumah mudah berlaku. Pihak berkuasa seperti polis juga perlu sentiasa memantau di kawasan perumahan Tudan kerana banyak kes seperti kecurian serta pecah rumah berlaku di kawasan itu.

Penduduk perumahan merasa takut akan keselamatan mereka terutama sekali suri rumahtangga dan pelajar perempuan yang tinggal berseorangan di kawasan perumahan tersebut ketika waktu malam. Dengan adanya lampu jalan dan juga kereta peronda polis yang sentiasa memantau ke kawasan perumahan mereka sekurang-kurangnya keselamatan mereka akan terjaga dari sebarang aktiviti jenayah yang semakin menular sekarang ini dalam kawasan perumahan.

Kami mengesa pihak yang berkaitan segera memasang dan menghidupkan lampu jalan di perumahan Desaras Tudan demi keselamatan dan keselesaan penduduk perumahan tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Street lights not functioning in Tudan residential areas should be turned on immediately

MIRI - Desaras housing residents in Tudan had been waiting for so long until when the street lighting in their residential area can be fully utilized because the problem of street lighting that did not on since it was installed last year until now is not functioning as expected. Among the areas of street lighting that are not functioning is Jalan Perdana.

Housing residents also complain that many accidents occurs in the area especially at night when it is dark, the driver is not careful easily slip into a nearby ditch during heavy rain.

Without street lighting their residential area so dark and this will make it easier for unhealthy activities such as loitering teenagers, theft, burglary easily occurs. Authorities such as the police must also monitor in Tudan residential area because many of the cases of theft and burglary occurred in the area.

Housing residents feared for their safety, especially housewives and female students who live alone in a residential area during night time. With the streetlight and also a police patrol car to monitor their housing area at least their safety will be protected from any criminal activity that is becoming more common today in a residential area.

We urge the relevant authorities immediately install and turn on street lighting in residential of Desaras Tudan for the safety and comfort of the residential population. Cooperation with relevant parties to resolve this issue as soon as possible is greatly appreciated.

Jasindaily Online

Posted: 16 Dec 2014 09:19 AM PST

Jasindaily Online


Hudud : Kerajaan Kelantan Jangan Berundur

Posted: 16 Dec 2014 07:55 AM PST

Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin yang mendesak agar Pakatan Rakyat membuat satu pendirian menolak hudud jika ingin merampas Putrajaya di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kenyataan beliau tersebut disiarkan oleh akhbar Sinar Harian di muka hadapan hari ini 15 Disember 2014. Saya suka ingin mengulangi pendirian Pemuda PAS Kelantan bahawa hudud merupakan di antara agenda teras perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) khususnya di Kelantan. DI negeri Kelantan, undang-undang hudud ini telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri semenjak tahun 1993 lagi iaitu 15 tahun sebelum wujudnya Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Justeru, DAP sendiri tentunya menyedari pendirian PAS di dalam isu hudud sebelum bersetuju untuk bersama-sama di dalam gabungan parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Rakyat. 


 Kenyataan agar Pakatan Rakyat membuat pendirian menolak hudud merupakan satu kenyataan yang tidak matang dan lebih berbentuk provokasi terhadap PAS. Di dalam hal ini, PAS tidak perlu melayan provokasi. Di Kelantan, kerajaan Kelantan wajib terus mara ke hadapan ke arah memastikan undang-undang ini dapat dikuatkasakan sepenuhnya.

  Kita mengharapkan kerajaan Kelantan tidak berundur ke belakang dalam isu ini. Bahkan pengumuman Menteri Besar Kelantan semalam bahawa kerajaan Kelantan akan mengadakan Sidang DUN Khas bagi membincangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Kerajaan Kelantan (Pindaan) 2014 pada 29 Disember 2014 ini juga merupakan satu langkah yang sangat dialu-alukan.  AHMAD FADHLI BIN SHAARI Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan 15 Disember 2014M

INGATAN BUAT DAP : TOLONG HORMAT DASAR ORANG LAIN

Posted: 16 Dec 2014 07:43 AM PST

Persefahaman bersama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menentang polisi-polisi pincang dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat.

 Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam pilihan raya umum berasaskan konsep Negara Berkebajikan dan Negara Adil Untuk Semua. Katanya, dalam masa yang sama setiap parti menghormati perbezaan dasar dan perjuangan yang dipegang oleh setiap parti. "Hal ini adalah asas kepada persefahaman PR," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud adalah sebahagian perjuangan PAS yang tidak boleh ditawar-menawar.


 Jelasnya, ia telah dikanunkan oleh PAS di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 jauh sebelum wujudnya Pakatan Rakyat selepas 2008. Menurutnya lagi, menjadi hak PAS untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti umat Islam Kelantan dan Terengganu dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah di kalangan orang Islam sahaja menerusi Mahkamah Syariah melainkan jika penjenayah bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka atas prinsip perundangan mutatis mutandis. Justeru, ujar beliau PAS menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan dan tidak bersetuju.

 Namun, kata beliau sikap DAP yang secara berterusan mempertikaikan hak PAS untuk memperjuangkan undang-undang itu di negeri Kelantan khususnya sangat tidak baik dan tidak wajar dan ia adalah satu percubaan meretakkan hubungan di kalangan PR. "Ia memberi modal kepada Umno dan Barisan Nasional untuk terus bernafas. Ini adalah siri berangkai beberapa lagi tindakan DAP yang mempertikaikan PAS termasuk dalam krisis MB Selangor," ujarnya. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengharapkan pemimpin DAP lebih berhemah dalam kenyataan-kenyataan mereka khususnya melibatkan dasar PAS. Kata beliau, respons balas daripada pimpinan dan ahli PAS tentu sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam keadaan tersebut.

Cairo Festival: Persembahan Artis Cemar Imej Negara

Posted: 16 Dec 2014 07:38 AM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman bagi membantah Ekspo Malaysia 2014 yang berlangsung di Cairo Festival City Mall pada 10 hingga 13 Disember lalu yang mengandungi antaranya persembahan kebudayaan yang dicemari dengan artis yang tidak menepati syariat.

 Delegasi yang diketuai oleh naib ketuanya, Khairil Nizam Khirudin turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridwan disambut oleh Mohd Izzat dari Bahagian Afrika Kementerian Luar Negeri yang menerima memorandum itu bagi pihak menteri yang bercuti sehingga akhir tahun.


 Khairil Nizam selepas menyerahkan memo itu memberitahu Pemuda PAS menyokong ekspo itu yang bertujuan antara lain untuk mempromosikan pendidikan, perdagangan dan pelaburan serta makanan Malaysia. Namun, ujarnya insiden persembahan artis yang tidak berlandaskan syariat di bumi para anbiya' itu amat dikesali. Beliau juga mencadangkan agar Duta Malaysia di Kaherah lebih berhati-hati pada masa hadapan apabila menganjurkan program-program seperti itu. Sementara itu, pihak kedutaan berjanji akan menyampaikan memo tersebut kepada menteri dan akan menyiasat insiden itu serta mengucapkan terima kasih di atas respons daripada Pemuda PAS Malaysia.

Lim Guan Eng Perlu Hentikan Polemik, Fokus Usaha Perkukuh Hubungan PR

Posted: 16 Dec 2014 04:33 AM PST

Pemuda PAS Malaysia meneliti dengan cermat setiap butir ucapan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, YAB Sdr. Lim Guan Eng dalam Konvensyen DAP yang sedang berlangsung ketika ini. Daripada keseluruhan ucapan beliau, Pemuda PAS sejujurnya menerima hasrat besar beliau dan seluruh kepimpinan DAP untuk melihat Pakatan Rakyat berperanan dengan lebih baik.

Namun begitu terdapat beberapa perkara dalam ucapan beliau yang kami rasakan perlu diperhalusi dengan lebih cermat dan berhati-hati. Pemuda PAS Malaysia berpendirian bahawa DAP dan Pakatan Rakyat perlu fokus terhadap usaha memperkukuh Pakatan Rakyat dan membulatkan titik persamaan yang menjadi tekad bersama.


Gesaan yang dibuat beliau tentang isu hudud itu samada sedar atau pun tidak, telah kembali menjadi 'bola tanggung' kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk memanipulasi isu ini. Pada hemat kami keadaan ini tidak seharusnya berlaku. Sewajarnya seluruh pemimpin Pakatan Rakyat ketika ini perlu fokus dan tidak terjebak untuk memanjangkan polemik sedia ada.
Pemuda PAS Malaysia percaya bahawa PAS & DAP boleh menerima konsep 'setuju untuk tidak bersetuju' (agree to disagree) dalam isu hudud. Mempolemikkan isu ini di ruang awam hanya menambahkan prejudis dan hilang hormat rakyat kepada kita. Sewajarnya pada fasa ini, seluruh anggota Pakatan Rakyat perlu fokus untuk berkhidmat dengan lebih baik dan memperbaiki hubungan sesama taulan dalam koalisi politik yang menjadi harapan rakyat Malaysia ini.
SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

MELABUH TIRAI 2014 ULANG TAHUN KE-63 PAS : MEMBAWA KEMATANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA

Posted: 16 Dec 2014 04:29 AM PST

2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan PAS sudah pun menjangkau umurnya 63 tahun. Iaitu peringkat umur yang sangat matang dan berpengalaman. PAS lahir pada 1951 manakala perjuangannya sudah bersusur galur semenjak penubuhan Hizbul Muslimin 1948, kejatuhan Aceh 1521 dan kejatuhan Pattani 1641. Ikhwan Muslimin Mesir ditubuhkan pada 1928 kemudian mula terserlah pada 1933. Jama'at Islami pula ditubuhkan di Lahore Pakistan pada 1941. Hamas ditubuhkan pada 1989, Front Islamic Salvation Algeria ditubuhkan pada 1970an dan sebagainya.

Di persada lautan pengalaman ini, beberapa untaian isi yang boleh dipahat di dada sejarah PAS, lahirlah beberapa buah dan hasil yang dapat dipetik setelah proses penanaman dan pembajaan yang cukup lama. Antaranya;

a) Masyarakat Islam di Malaysia mula faham kewajipan dan keperluan berpolitik dalam Islam ke arah membawa wadah dan menzahirkan syiarnya. Walaupun sebelumnya masyarakat masih menganggap politik hanya sekadar kuasa kosong yang tidak perlu diperjuangkan.


b) Masyarakat Islam di Malaysia mula sedar bahawa tidak ada pemisahan di antara Islam dan politik, bahkan Islam bukanlah sekadar agama ritual dan Islam juga bukanlah sepertimana tafsiran UMNO/BN ketika menghuraikan Islam sebagai agama rasmi. Islam adalah agama persekutuan mengikut roh dan tafsiran perjuangan awal PAS supaya kalimat ini dicatat dalam perlembagaan Malaysia. 

c) PAS juga mengajar erti tahaluf dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam beserta had batasannya yang mesti diperhalusi dan diambil kira. Islam bukanlah keseluruhannya longgar selonggar longgarnya, tidak pula ketat seketat ketatnya. Sebaliknya ada kelonggaran yang dibenarkan dan ada juga prinsip yang dipegang erat.

4. Dalam misi dakwah yang panjang, PAS telah berjaya mengetengahkan batasan kufur dan Iman dalam perjuangan. Tidak dibenarkan melangkaui batasan ini walaupun dengan idea idea yang kelihatan bernas serta rasional yang kelihatan betul. Walhal keimanan dan kekufuran itu mengikut garis neraca Islam.

5. Masyarakat juga mula faham mengapa PAS tidak boleh bersama perjuangan UMNO yang merupakan parti yang terdiri dari kalangan Melayu Islam. PAS pertahankan prinsip dalam apa juga keadaan walaupun terpaksa kehilangan sokongan. Redha Allah lebih diutamakan daripada kepuasan manusia dan keuntungan dunia. Inilah bimbingan para ulamak haraki sehingga PAS berdiri teguh, istiqamah dengan dasar perjuangan tersendiri.

* Sebuah catatan di perjalanan musafir dari Selangor ke Kampung Luat, Lenggong

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak 

Selasa 24 Safar 1436
16 Disember 2014

Landskap Siasah

Posted: 16 Dec 2014 08:06 AM PST

Landskap Siasah


Anak Muda Simpor dan Alor Bemban bersama Qaryah anjur Sukaneka Rakyat

Posted: 16 Dec 2014 07:39 AM PST



Anak Muda Simpor dan Alor Bembanbersama Qaryah anjur Sukaneka Rakyat
Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah
SIMPOR - 14 Disember 2014
Kerjasama anak muda bersama pihak Kolej Komuniti Sungai Petani dan Qaryah Masjid Batu Simpor berjaya menganjurkan Sukaneka Rakyat Rakyat Qariah Masjid Batu Simporpada 14 disember 2014 lalu.

Bertempat di Padang Awam Kampung Simporberjaya menghimpun sejumlah besar penduduk tempatan penduduk Qariah dan ia suatu usaha untuk meningkatkan semangat motivasi baru terhadap gaya hidup bermasyarakatserta mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakatkampung.

Saudara Hazlan bin Desaselaku pengarah program telah berucap menggalakan masyarakat supaya mengamalkan budaya hidup dengan lebih sihatserta menyeru supaya belia-beliasupaya tidak terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat.Beliau juga mengajak penduduk kampung supaya sentiasa mengambil berat diantara satu sama lain.

Para penduduk kampung juga bersyukur kerana Kolej Komuniti Sungai Petani cukup aktif dan perihatin dengan progra kemasyarakatan dan menjadi pemangkin perlaksanaan program berfaedah untuk masyarakat tempatan.


Inilah rukun hidup dalam suasana desa yang penuh dengan nilai persaudaraan, kerjasama, gotong royong disamping dipupuk nilai keislaman dan syariah dalam bersukan dan bersuka ria.  







Tiada ulasan:

Catat Ulasan