Isnin, 15 Disember 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Dec 2014 09:12 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Saudara baharu dalam dilema

Posted: 14 Dec 2014 03:50 PM PST




Saudara baharu dalam dilema
13 Disember 2014

SEREMBAN - Tidak kurang 10 saudara baharu sekitar daerah ini mendakwa kecewa dengan karenah birokrasi dihadapi mereka dalam memohon bantuan kebajikan daripada pihak berkaitan.

Menurut mereka, karenah tersebut menyebabkan mereka tidak tahu ke mana lagi harus membuat aduan dalam menghadapi masalah.

Aktivis mualaf, Mohd Suhib Mohan Abdullah, 49, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana menjadi tanggungjawab pihak tersebut menjaga dan memberi perhatian masalah dihadapi saudara baharu.

"Kebelakangan ini saya tengok pentadbiran pihak tersebut semakin tidak proaktif dan terlalu terikat dengan karenah birokrasi.

Menurutnya, ada yang terpaksa menunggu dari pagi hingga petang, malah ada yang diminta datang pada keesokan harinya bagi mengetahui status kelulusan permohonan sama ada lulus atau tidak.

"Alasan sering diterima pemohon semasa datang ke pejabat membuat permohonan bantuan ialah tiada kakitangan bertanggungjawab, cuti atau berkurusus.

"Jika ada pegawai bercuti atau berkursus, sepatutnya tempatkanlah pegawai lain untuk memproses permohonan bantuan itu. Mereka benar-benar menyulitkan golongan mualaf yang datang memohon bantuan kecemasan," katanya di sini, semalam.

Noraishah Abdullah, 29, berkata, dia kini buntu memikirkan bagaimana dia boleh mendapatkan wang membayar tunggakan sewa rumahnya berjumlah RM600.

Dia yang tinggal sendiri selepas ditinggalkan suami berkata, dia membuat permohonan mendapatkan bantuan Khamis lalu, bagaimanapun kecewa kerana masih belum mengetahui statusnya.

"Kalau saya tidak bayar sewa selewatnya Isnin ini, saya akan dihalau keluar. Saya ada cuba minta bantuan dengan keluarga, tapi mereka minta saya keluar dahulu dari Islam. Takkanlah saya mahu buat macam itu," katanya.

Masalah sama dihadapi Jamaludin Abdullah, 61, yang menghidap sakit jantung apabila mendakwa kebanyakan mereka dibuang keluarga selepas memilih memeluk Islam dan pihak berkenaan kini merupakan tempat bergantung.

"Tapi jika pihak tersebut pun susah untuk membantu, siapa lagi mahu tolong? Bila kami datang memohon bantuan, tolong beri jawapan yang jelas dan janganlah buat kami terlalu berharap," katanya.

Menurutnya, masalah itu mula berlaku sejak pentadbiran baru pihak berkenaan.

"Dulu bila mohon bantuan, dalam satu minit mereka terus bagi jawapan sama ada dapat atau tidak. Tapi sekarang tidak lagi," katanya.

MOH TENGOK SKRIN GHODANG Final Piala AFF

Posted: 14 Dec 2014 02:40 PM PST


MOH TENGOK SKRIN GHODANG Final Piala AFF di Perkarangan Flat Pekan Senawang Rabu 17 Dis 8 pm. Jersi Harimau Malaya & pelbagai cabutan hadiah. PERCUMA

PAS Kawasan Miri

Posted: 14 Dec 2014 07:42 PM PST

PAS Kawasan Miri


Masalah Peparitan Yang Belum Selesai

Posted: 14 Dec 2014 02:21 PM PST

Masalah peparitan dan jalan sempit di Kpg Batu 1 perlu diselesaikan segera

MIRI - Musim tengkujuh yang melanda sekarang ini menyebabkan penduduk Kpg Batu 1 Jalan Lutong Kuala Baram sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi banjir terutama di kawasan yang rendah. Antara masalah utama yang dihadapi penduduk kampung ialah jalan yang sempit dan peparitan yang tersumbat yang menjadi punca berlakunya banjir kilat dalam kawasan kampung mereka.

Salah seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Zainal  mengatakan mereka sudah beberapa kali mengadu masalah jalan yang sempit dan peparitan tersumbat kepada pihak berkuasa tempatan tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Menurut penduduk kampung lagi, simpang jalan tersebut perlu diperbesarkan lagi supaya memudahkan kenderaan keluar masuk ke dalam kampung mereka. Ketika hujan lebat, jalan tersebut akan ditenggelami oleh air akibat parit tersumbat yang penuh dengan lalang dan semak samun.

Ianya juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati di simpang jalan yang sempit itu dan boleh menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal sekiranya terjatuh ke dalam parit yang berdekatan.

Penduduk kampung mencadangkan agar pembetung yang lebih besar digunakan untuk membentuk struktur laluan di simpang jalan itu agar ianya memudahkan kenderaan lalu lalang disamping membolehkan air peparitan mengalir dengan lancar.  Dengan adanya sistem peparitan yang teratur dan konkrit boleh mengelak berlaku banjir kilat.

Oleh kerana jalan kampung dibawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan maka menjadi tanggungjawab pihak berkaitan untuk membaikpulih dan menaiktaraf jalan kampung. Antara masalah lain ialah tong sampah besar perlu diletakkan dalam kawasan perumahan mereka.


Kami menggesa agar pihak yang berkaitan boleh menggunakan peruntukan yang sedia ada secepat mungkin untuk mengatasi masalah yang berkenaan dengan membina sistem peparitan yang konkrit dan melebarkan jalan untuk kemudahan penduduk kampung tersebut.

Pihak kami telah meninjau kawasan berkenaan memang masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah tersebut. Kami akan sentiasa memantau dan mengemukakan masalah rakyat dari masa ke semasa agar segala peruntukan untuk rakyat digunakan dengan sepatutnya.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah peparitan dan lain-lain hal yang dihadapi oleh penduduk kampung Batu 1 dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Drainage problems and narrow road in Kpg Batu 1 should be resolved immediately

MIRI - The monsoon season that hit today cause population of Kpg Batu 1 Jalan Lutong Kuala Baram always in a state of alert against floods especially in low areas. Among the main problems faced by the villagers is a narrow road and drainage blockages that cause flash flooding in their village.

One of the villagers known as Zainal said they has several times complained problem of narrow roads and clogged drainage to local authorities but until now there has not been any action taken to resolve the issue.

According to villagers, the road junction should be further expanded to facilitate entry and exit of vehicles into their village. During heavy rains, the road will be submerged by water due to clogged drain that is full with grass and thick undergrowth.

It also can be a danger to road users if they are not careful at the narrow road junction and may cause injury to motorcyclists in the event of falling into a ditch nearby.

Villagers suggested that larger culverts used to form the structure of the route at the junction of the road so that it is easier for vehicles passing by, besides enabling smooth flow of drainage water. With the proper drainage system and concrete can avoid flash floods.

Due to the village roads under the supervision of local authorities then become the responsibility of the relevant parties for refurbishment and upgrading of rural roads. Among other problems are a large trash should be placed in their residential area.

We urge the relevant parties can make use of the existing provisions as soon as possible to resolve the problems concerned with building a concrete drainage system and widen the road for the facilities of the village.

We have looked at the area indeed there is still no any action taken by the parties concerned to resolve the issue.  We will continue to monitor and raised the issue of the people from time to time to ensure that the provisions for the people properly used.

Cooperation with relevant parties to solve drainage problems and other issues faced by the villagers of Batu 1 immediately is greatly appreciated.
 

Rembau Hari Ini

Posted: 14 Dec 2014 07:27 PM PST

Rembau Hari Ini


MOH TENGOK SKRIN GHODANG Final Piala AFF

Posted: 14 Dec 2014 02:41 PM PST


MOH TENGOK SKRIN GHODANG Final Piala AFF di Perkarangan Flat Pekan Senawang Rabu 17 Dis 8 pm. Jersi Harimau Malaya & pelbagai cabutan hadiah. PERCUMA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 14 Dec 2014 07:25 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


TUKAR KERAJAAN UNTUK SELAMATKAN NEGARA DARI BANGKRAP

Posted: 14 Dec 2014 07:24 PM PST

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Rosli Yaakob berkata rakyat negara ini mesti menukar kerajaan pada PRU14 nanti bagi memastikan negara tidak bangkrap.

Beliau hutang negara yang sudah menjangkau lebih RM500bilion menggambarkan betapa seriusnya masalah negara kita.

"Kerajaan mesti 'mengempiskan perut' dan 'mengikat tali pinggang bagi mengurangkan perbelanjaan yang boros dan membazir yang mengakibatkan hutang negara meningkat sehingga mencecah lebih RM500bilion sekarang. 

"Jika mereka tidak mengempiskan perut dan mengikat tali pinggang, hutang Malaysia dijangka meningkat menjadi RM1.3 trilion pada tahun 2020". 

"Sikap boros, membazir, rasuah serta membiarkan ketirisan menjadi penyebab kepada hutang negara yang semakin meningkat"ujar Dr Rosli. 

Beliau berkata sehingga kini sudah 16 tahun berturut-turut bajet Malaysia mengalami defisit, iaitu pendapatan kurang dari perbelanjaan. 

"Contohnya dalam sebuah rumah, katakan pendapatan RM2000, tetapi perbelanjaan RM2500, jadi tiap-tiap bulan mereka berhutang RM500 untuk menampung perbelajaan. Sama juga dengan negara kita, pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan akibat boros dan membazir." 

"Bila pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan, kerajaan mula memikirkan untuk menambah hasil pendapatan negara dengan mengenakan cukai GST yang menekan rakyat." 

Dr Rosli berkata GST dikenakan kepada semua lapisan rakyat tidak kira orang kaya, peminta sedekah dan fakir miskin. 

"Sesiapa juga yang membeli barang keperluan dan perkhidmatan yang dikenakan GST sudah tentu terpaksa membayar GST." 

"Memang GST dikenakan kepada beras dan sebagainya tetapi jika kita makan di restoran atau kedai mamak, sudah tentu kita akan kena bayar GST". tambah beliau.

Menurutnya, para pekedai dan peniaga boleh mendapat balik cukai GST yang dibayar dari kerajaan, tetapi rakyat terbanyak tidak dapat bayaran balik dan merekalah yang paling teraniaya. 

"Harga barangan sudah tentu akan naik dan rakyatlah yang terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga barang"ujar Dr Rosli. 

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya membuat perubahan bagi menyelamatkan negara kita yang tercinta ini. 

"Jika pemimpin negara dan kerajaan tidak ditukar,sudah pasti Malaysia akan bangkrap dan rakyat akan bertambah sengsara" ujar beliau. 

"Sekarang ini hutang negara sudah melebihi 55 % dari jumlah pendapatan dan kadar ini membuktikan bahawa negara berada di ambang muflis seperti yang dialami oleh Greece." 

Menurutnya hanya ada satu jalan sahaja untuk menyelamatkan negara dari bangkrap iaitu denga menukar kerajaan pada PRU14 nanti. 

Beliau berkata demikian pada ceramah umum anjuran Jentera Pilihanraya Dun Ayer Molek dan PAS Kawasan Ayer Molek di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di Pekan Ayer Molek malam Sabtu lalu. 

Selain Dr Rosli Yaakob, turut berceramah bersamanya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Amiruddin Shari.

Landskap Siasah

Posted: 14 Dec 2014 07:08 AM PST

Landskap Siasah


Konvoi Ziarah Pondok Ustaz Sidek : suntik cintakan ilmu dan ulama’ dikalangan anak muda

Posted: 14 Dec 2014 05:21 AM PST


Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

BERUAS - 14 Disember 2014

Seramai 30 anak muda dikalangan UNit Amal Sungai Petani dengan kerjasama Belia Sejahtera Sungai Peani telah menyertai Konvoi & Ziarah Amal ke Pondok Tuan Guru Sidek Noor di Beruas semalam.

Program yang bermula pada 12 Disember pada hari Jumaat dan berakhir pada 13 Dec 2014 sebenarnya bertujuan untuk mengeratkn kerjasama antara ahli-ahli Unit Amal dgn masyarakat dan memandangkan Ustaz Sidek adalah natara guru yang kerap hadir ke Sungai Petani, pihak Unit Amal dan Belia Sejahtera mengambil inisiatif untuk berbakti di pondok beliau.

Ia juga bertujuan mendedahkan kepada anak muda kehebatan institusi pendidikan islam tradisional yang paling ama kekal di Malaysia yang telah menghasilan ribuah tokoh pekjuang bangsa, kemerdekaan, keilmuan dan pemimpin tempatan.

Pihak anak muda ini juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1840 hasil sumbangan masjid antaranya Masjid Bakar Arang, Masjid Padang Temusu, Masjid Kariah Matang Berangan dan Masjid Kpg Raja

Selain berqiamulail, berzikir dan mendengar kuliah Subuh khas oleh Ustaz Sidek Nor, para anak muda ini telah menyumbang tenaga memasang 5 buah awning padapondok jemaah muslimat yang selalu terkena tempias air hujan. Mereka juga mengecat bangunan 2 tigkat asrama pelajar tahfiz serta membersihkn kawasan persekitaran pondok.




Ustaz Sidek selaku mudir Madrasahnya sendiri telah merakamkan perhargaan atas sumbangan ahli Amal. Beliau juga menjemput untuk belajar di pondok berkenaan dan rata-rata pelajar dalam tempoh 5 tahun jika tekun mampu untuk menjadi daie (pendakwah) dan mampu mengajar kitab-kitab thurat(lama) kepada masyarakat malah pengajian disediakan secara percuma sahaja.


Semoga program sebegini mampu menghasilkan generasi ilmu, generasi yang sedia berbakti kepada institusi keilmuan Islam agar kerja buat ini berterusan sehingga hari kiamat.






Masalah jalan raya dan keselamatan jalan raya? Pemuda Pas Kedah bersama anda

Posted: 14 Dec 2014 04:54 AM PST


Ingin belajar ilmu media, akhbar dan jurnalisme? Jom sertai kami

Posted: 14 Dec 2014 04:53 AM PST



Tiada ulasan:

Catat Ulasan