Khamis, 11 Disember 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Dec 2014 01:10 PM PST

Apa Yang Tersirat


Sodomi II: Akan Bila Kah Keputusan?

Posted: 10 Dec 2014 08:55 PM PST

LEBIH sebulan, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman rayuan sodomi II Anwar Ibrahim terhadap hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 8 mac lalu.

Rakyat tertunggu-tunggu berkaitan dengan hukuman itu. 

Kini, mereka yang menjadi penyokong Anwar mengwar-warkan bahawa Anwar bakal dibebaskan, atas sebab Peguam Utama Ketua Pembangkang itu Datuk Seri Gopal Sri Ram, dapat mematahkan hujjah pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


Keselamatan Sabah: Kenyataan Ketua Menteri Sabah

Posted: 10 Dec 2014 08:36 PM PST

Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN
Ketua Menteri Sabah
Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri dan 
Pengerusi Jawatankuasa 
Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)

10 Disember 2014

Hari ini saya telah mempengerusikan dua mesyuarat yang melibatkan aspek keselamatan negeri Sabah iaitu Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) dan Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua agensi berkaitan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Dalam mesyuarat ini, saya telah menekankan bahawa susulan daripada pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Berhubung PATI di Sabah, Kabinet Negeri telah memutuskan agar tindakan drastik diambil dalam menangani isu dan permasalahan berkaitan PATI di Sabah. Sehubungan itu, antara perkara utama yang telah dibincangkan adalah usaha untuk memantapkan strategi dan pendekatan bagi menangani keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di dalam negeri Sabah. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengambil tindakan drastik memberikan fokus kepada dua aspek utama iaitu:

1. Menangkap dan mengusir keluar PATI yang sedia ada di dalam negeri; dan
2. Menghalang kemasukan baru PATI dari luar

Untuk fokus pertama (1), kita telah meneliti beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam operasi sedia ada yang giat dijalankan oleh semua agensi. Kita memutuskan untuk melaksanakan semula Operasi Bersepadu pada kadar segera. Namun begitu, saya telah mengarahkan persediaan awal pra operasi dilaksanakan dalam masa terdekat untuk memantapkan operasi yang akan dilaksanakan.
Ini termasuk:

1. Menambah kapasiti Pusat Tahanan Sementara (PTS) sedia ada yang hanya boleh menampung seramai 5,000 penghuni dalam satu masa. Langkah drastik yang dicadangkan adalah untuk mengenal pasti lokasi dan bangunan bersesuaian untuk diubahsuai dan diwartakan sebagai PTS untuk memastikan kapasiti tahanan dapat ditingkatkan segera tanpa perlu menunggu pembinaan PTS baru.

2. Mengkaji dan menambah baik Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) berhubung proses pengusiran dan penghantaran pulang PATI ke negara asal. Ini meliputi aspek reman, penyiasatan, dokumentasi dan jadual pengusiran. Sungguhpun tempoh SOP semasa sudah ditambahbaik dari purata 6 bulan kepada 2 bulan, namun ia masih dilihat tempoh yang agak lama dan melibatkan kos operasi yang tinggi khususnya penyediaan makanan tahanan dan penyelenggaraan serta kawalan PTS. 
Penambahbaikan SOP ini juga memerlukan perundingan dan kerjasama dengan negara asal yang merupakan antara perkara utama yang perlu diselesaikan kerana tahap komitmen mereka akan menentukan sejauhmana tempoh proses pengusiran dapat disingkatkan.

Sebuah Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri telah dibentuk untuk menyusul perkara-perkara berbangkit di atas dan sekali gus mengetuai pelaksanaan Operasi Bersepadu.

Pada masa yang sama, saya menggesa semua pihak khususnya para majikan dalam semua sektor untuk memastikan semua pekerja mereka mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah. Begitu juga, semua pemimpin masyarakat, ketua-ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung diarahkan untuk memberikan kerjasama kepada agensi keselamatan dengan memberikan maklumat tentang keberadaan PATI di tempat masing-masing. Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi PATI. Jangan salahkan kerajaan jika kerajaan mengambil tindakan tegas kerana peringatan telah diberikan sejak sekian lama.

Untuk fokus kedua (2) pula, kita memutuskan supaya diteruskan strategi semasa melalui pelaksanaan Perintah Berkurung di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Pada masa yang sama, inisiatif ini akan dimantapkan dengan cadangan strategi baru iaitu mewartakan pulau-pulau tumpuan perlindungan dan persembunyian PATI dan penjenayah rentas sempadan sebagai Kawasan Larangan.

Strategi ini penting kerana didapati pulau-pulau di sekitar perairan ESSZONE telah menjadi antara lokasi perlindungan aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan dan penculikan serta persembunyian PATI yang ingin memasuki negeri Sabah. Terdapat lebih 360 pulau di sekitar ESSZONE dan 83 daripadanya terletak di perairan Semporna.

Secara prinsipnya kita bersetuju untuk menggerakkan strategi Pewartaan Pulau-Pulau Sasaran sebagai Kawasan Larangan ini dengan pelaksanaan secara rintis di pulau-pulau sasaran. Pelaksanaan ini tertakluk kepada kajian yang akan dilaksanakan oleh sebuah Jawatankuasa Bertindak.

Sebagaimana strategi Perintah Berkurung, kita yakin pewartaan Kawasan Larangan akan membawa impak yang signifikan dalam agenda membendung kemasukan PATI ke dalam negeri. Ini sekali gus membantu usaha pencapaian agenda besar Kerajaan dalam menangani permasalahan PATI yang menjadi antara fokus utama dalam masa terdekat.

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Dec 2014 11:31 AM PST

PEJUANG BANGSA


HARIMAU MALAYA MENGAUM DI HANOI , TAKTIKAL DOLLAH LETAK OTAI MENJADI #AFFSuzukiCup

Posted: 11 Dec 2014 07:33 AM PST



TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN HARIMAU MALAYA & DOLLAH SALLEH  ...

ANDA SUDAH BUKTIKAN MAMPU BANGKIT DI HANOI DENGAN MEMBELASAH  4 - 2 


PEMAIN HARIMAU MALAYA   DAN DOLLAH TELAH BUAT  APA DIMAHUKAN PEMINAT MALAYSIA ..

FAKTOR KEMENANGAN  : -


-   5 PERTUKARAN PEMAIN MENJADI SEKALIGUS PASUKAN BERMAIN DENGAN 
     PENUH BERDISIPLIN   ( SHUKOR - FARIZAL  - AMRI  - INDRA - PIYA  ) 

-   OTAI MASIH BERBISA MEMANG HEBAT   ( AMRI - SHUKOR - INDRA - PIYA ) 

-   VIETNAM TERTEKAN  FIRST HALF DAN KENA 4 -1   ...

-   KEHEBATAN PEMAIN TENGAH TERBAIK  2014  ,   PIYA  YANG BIJAK  HANTAR THROW BALL & LONG PASS KEPADA STRIKER KITA GERUNKAN PERTAHANAN VIETNAM ....( KEKALKAN DALAM FIRST TEAM DI FINAL ) 


- BILA ADA KAPTEN OTAI   SHUKOR ADAN  DI PADANG .. PENGALAMANNYA DAN SEMANGAT MAHU MENANG TAMBAHA KEKUATAN KEPADA RAKAN-RAKAN . ( JERITANNYA ARAH PEMAIN TURUN BANTU ) 






Skuad Harimau Malaya membalas dendam kekecewaan di Shah Alam tempoh hari dengan menumpaskan Vietnam 4-2 dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.
Kemenangan dengan agregat 5-4 itu melayakkan Malaysia menempah slot perlawanan akhir untuk 
berdepan Thailand.
Vietnam turun berkeyakinan tinggi apabila beraksi di tempat sendiri ditambah pula berbekalkan kedudukan 2-1, namun ia tidak mematahkan skuad bimbingan Dollah Salleh untuk beraksi baik, sekaligus mengecewakan pasukan tuan rumah di depan penyokong sendiri.

Malaysia meraih jaringan pembukaan seawal minit ke-3 hasil sepakan penalti Safiq Rafim selepas salah seorang pemain Vietnam dipersalahkan kerana menjatuhkan Indra Putra Mahayuddin di dalam kotak penalti.



Jelas moral Harimau Malaya semakin meningkat. Di minit ke-16, Amri Yahyah membuat lambungan jauh untuk disambut Norshahrul Idlan Talaha, sebelum pemain Johor Darul Takzim itu bijak mengambil peluang hasil kesilapan benteng lawan dengan membuat sedikit sentuhan, sekaligus menyumbang gol kedua negara.
Di minit ke-22, Vietnam dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dan ia disempurnakan oleh Lee Chon Vinh.
Kemasukan Badhri Radzi atau Piya tidak menghampakan Dollah apabila kepekaan dan hantaran tepatnya kearah Indra mencetuskan gol. Indra yang menyambut baik bola tersebut, melakukan sepakan kearah gol sebelum tertampan pemain Vietnam, Dinh Tien Thanh sekaligus menerjah gawang tuan rumah.
Ketika Badri mengambil sepakan penjuru dua minit sebelum waktu rehat, pemain pertahanan yang juga kapten negara, Shukor Adan naik ke atas untuk membantu bahagian serangan. Dalam keadaan pintu gol Vietnam cemas, Shukur membuat tandukan mudah untuk menyempurnakan jaringan keempat negara.



Bersambung babak kedua, Vietnam melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu Harimau Malaya, memaksa pertahanan negara bekera keras.
Bagaimanapun, gawang negara bolos di minit ke-78 apabila kesilapan kecil Shukur digunakan sepenuhnya oleh Chon Vinh, dengan melakukan rembatan deras untuk mengecewakan Farizal Marlias.
15 minit terakhir adalah tempoh paling kritikal di bahagian pertahanan negara apabila terpaksa menahanan asakan Vietnam, namun ia berbaloi selepas Malaysia berjaya mempertahankan kedudukan 4-2, sekaligus memenangi perlawanan separuh akhir dengan agregat 5-4.






Keratan surat di EDIT , laporan Polis & SKMM dibuat kepada penyebar !

Posted: 10 Dec 2014 11:01 PM PST



Kenyataan Rasmi Daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pihak Kementerian memandang serius penyebaran gambar keratan surat Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan/Melaka, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang tersebar di media sosial.

Hasil semakan Kementerian mendapati salinan surat asal yang ditandatangani oleh pegawai tersebut telah sengaja dipinda.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej Kementerian.

Susulan itu, satu laporan polis telahpun dibuat di IPD Seremban 2 dan aduan juga turut difailkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya.

Pihak Kementerian memohon kerjasama daripada semua pihak agar dapat menyebarkan penjelasan ini.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.
03-88915945 / 03-88915946

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 11 Dec 2014 03:24 AM PST

AL-Kesah AloQStaQ


JANGAN PANDANG ENTENG Pendapat ORANG LAMA

Posted: 10 Dec 2014 09:30 AM PST


Kalau nak selamat, jangan dianggap teguran orang lama yang sudah banyak pengalaman itu sebagai sesuatu yang tidak bernilai.

Kalau nak selamat pada Pilihanraya akan datang, ambillah berat apa yang dinasihatkan oleh orang lama itu.

Tegurannya bukan untuk mengganggu hidupmu dan kepimpinanmu, tetapi tegurannya demi kebaikan seluruh rakyat.

Beliau tidak meminta bayaran untuk memberikan nasihatnya, buah fikirannya, pendapatnya, perkongsian pandangannya, pengalamannya selama 22 tahun memimpin negara. Cukuplah sekadar semua yang disebut itu diberi perhatian dan diambil sebagai pedoman.

Bukanlah pedoman itu perlu diikuti 100% apa yang dinasihatkan, tetapi landasan kepimpinan tidak boleh terlalu menyimpang dari apa yang dinasihatkan. Nampak kini landasan itu semakin jauh tersasar dari laluan selamat dan laluan yang sebenar, cepatlah berpatah balik ke laluan asal.

Masa sudah tidak lama lagi. Sebarang kelewatan untuk pulang ke landasan asal akan menyebabkan habis musnah sebuah kepimpinan ... Sekali kalah, susah untuk mendapatkannya kembali.

Percayalah, nasihat orang lama itu WAJIB diperhalusi dan digunapakai demi kebaikan negara.

Jangan pandang enteng!


AloQStaQ
Nukilan tengah malam.
11 Disember 2014
1.30 Pagi

bumiyang

Posted: 11 Dec 2014 03:11 AM PST

bumiyang


Pemimpin Pelajar UM Digantung!!! Umpama Habis Madu - Sepah Dibuang???

Posted: 11 Dec 2014 12:40 AM PST

Kerajaan Negeri Selangor Kaya, Melayu Miskin Terpaksa Dapatkan Bantuan Gereja???

Posted: 09 Dec 2014 02:00 PM PST

The Unspinners

Posted: 10 Dec 2014 11:53 PM PST

The Unspinners


Adakah senjata Ukraine yang disyaki tembak MH370 dibekalkan US?

Posted: 10 Dec 2014 09:27 PM PST






Dokumen di atas dotandatangani John Kerry.

US has no moral right to judge other countries

Posted: 10 Dec 2014 05:28 PM PST


Lihat video tersebut di FB SINI

Jangan pula kita kow tow kepada negara paling zalim di dunia.

Daulat Tuanku!

Posted: 10 Dec 2014 04:00 PM PST


Anifah Aman panggil Duta US datang ngadap

Posted: 10 Dec 2014 06:19 AM PST



PRESS STATEMENT BY YB FOREIGN MINISTER ON THE 
 COMMENTS MADE BY THE UNITED STATES OF AMERICA ON MALAYSIA'S SEDITION ACT 1948 AND RULE OF LAW

Malaysia regrets the comments made by His Excellency Joseph Y. Yun, Ambassador of the United States of America to Malaysia on the latest developments relating to the Government of Malaysia's decision to retain the Sedition Act 1948, in an interview with an online news portal. 

Given Malaysia's unwavering position on moderation and tolerance, Malaysia is disappointed that the US Ambassador has chosen to highlight his unwarranted comments on the decisions of the Government.  Wisma Putra has summoned the US Ambassador to the Ministry on 10 December 2014 to explain the US' position on the matter.

The Sedition Act 1948 does not hinder a vibrant democracy.  The Act is a preventive measure to ensure that no parties would incite religious and racial tension that could jeopardize peace and stability in the country.

Malaysia calls on the US Government, to respect the internal affairs of the country and allow Malaysia the space, indispensable to all countries with maturing democracies, to ensure continued peace, security and stability in the country.
Malaysia wishes to remind all parties that the decision relating to the Sedition Act 1948 is a prerogative of the Government.  Despite the interest of external parties on the subject, any decisions of the Government on the Act are an internal matter and any unwarranted comments on the decisions of the Government would be regarded as interference in the country's internal affairs.

The Government of Malaysia remains committed to maintaining peace, stability and harmony in the country and safeguarding the multiracial and multicultural values, norms and practices in Malaysia.


MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS
Putrajaya

10 December 2014

Apa muslihat khabar angin Azmin dalang anugerah Dato Seri ditarikbalik?

Posted: 10 Dec 2014 12:20 AM PST


Azmin baru jadi MB. Bolehkah dia pengaruhi Sultan?

Jika benar, apa motifnya? Cantas atau kasi upkan Anwar sebagai mangsa untuk dapat simpati?



Semasa kes liwat di mahkamah Persekutuan dan roadshow sebelum ini, tak ramai.

Benda ni tak masuk akal maka mesti ada muslihatnya.

Belantan

Posted: 10 Dec 2014 11:45 PM PST

Belantan


Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Ke-69

Posted: 10 Dec 2014 04:00 PM PST


DAULAT TUANKU 

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU 

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K.,D.M.N., D.K.( Terengganu ), D.K. Kelantan ), D.K.( Perak ), D.K.( Perlis ), D.K.( Negeri Sembilan ), D.K.( Kedah ), D.K.( Johor ), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J. 

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA 

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat 

SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 69 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR PADA 11 DISEMBER 2014 BERSAMAAN 18 SAFAR 1436 HIJRIAH 

SEMBAH TAKZIM DARIPADA 

Admin Suara Politik 
belantan.blogspot.com


APANAMA

Posted: 10 Dec 2014 11:23 PM PST

APANAMA


Cabinet discussed, questioned and surprised with 1MDB?

Posted: 10 Dec 2014 07:48 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 10 Dec 2014 11:02 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENGAPA HARGA MINYAK DUNIA JATUH ?

Posted: 10 Dec 2014 09:00 PM PST



            Harga minyak telah jatuh lebih daripada 40% sejak bulan Jun. Pada asalnya minyak berharga $115 setong. Ianya kini menjunam di bawah $70. Keadaan ini berlaku selepas hampir lima tahun harga minyak berada pada keadaan stabil. Dalam mesyuarat di Vienna yang berlangsung pada 27 November yang lalu Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum yang mengawal hampir 40% daripada pasaran dunia gagal mencapai persetujuan mengenai sekatan pengeluaran sehingga menyebabkan harga minyak jatuh merudum. Negara-negara pengeksport minyak seperti Rusia, Nigeria, Iran dan Venezuela mengalami kesan paling teruk dalam situasi ini. Persoalannya di sini adalah 'Mengapa harga minyak jatuh?'

            Harga minyak ditentukan oleh dua aspek; bekalan dan permintaan sebenar serta ramalan atau jangkaan yang dibuat berdasarkan situasi semasa. Permintaan untuk tenaga berkait rapat dengan aktiviti ekonomi. Ia juga meningkat pada musim sejuk di Hemisfera Utara dan pada musim panas di negara-negara yang menggunakan penyaman udara. Bekalan minyak boleh terjejas disebabkan oleh gangguan cuaca (yang menghalang kapal tangki muatan dari berlabuh ) dan juga gangguan geopolitik. Seandainya pengeluar menjangkakan harga minyak akan kekal tinggi, mereka akan melabur dengan lebih banyak dalam bidang ini dimana selepas beberapa ketika akan meningkatkan jumlah bekalan minyak. Begitu juga, harga semasa minyak yang rendah akan membawa kepada pengurangan pelaburan yang seterusnya mungkin akan mengurangkan bekalan minyak. Keputusan OPEC turut mempengaruhi jangkaan ini; jika OPEC mengambil keputusan untuk mengurangkan bekalan secara mendadak, ia boleh menyebabkan harga minyak melambung tinggi.  Pada ketika ini Arab Saudi menghasilkan hampir 10 juta tong minyak sehari; satu pertiga daripada jumlah yang ditetapkan OPEC.

            Empat perkara memberi kesan kepada keadaan masa kini. Pertama, permintaan yang rendah kerana aktiviti ekonomi yang lemah dan peralihan banyak pihak dari minyak kepada bahan api lain sebagai sumber tenaga. Kedua, pergolakan di Iraq dan Libya yang merupakan dua pengeluar minyak terbesar yang mampu membuat pengeluaran hampir 4m tong sehari. Namun, masalah ini tidak menjejaskan pengeluaran mereka. Ini menunjukkan bahawa pasaran adalah lebih optimis apabila ia melibatkan risiko geopolitik. Ketiga, Amerika telah menjadi pengeluar minyak terbesar di dunia. Walaupun ia tidak mengeksport minyak mentah, ia kini telah mengurangkan jumlah import yang mewujudkan banyak bekalan berlebihan di negara-negara pengeluar. Akhir sekali, Arab Saudi dan sekutu Teluk mereka telah memutuskan untuk tidak mengorbankan keuntungan pasaran mereka sendiri untuk memulihkan harga iaitu dengan mengehadkan pengeluaran minyak. Langkah ini dapat menangani masalah pengeluaran dengan cepat. Tetapi oleh kerana negara-negara yang mereka tidak suka seperti Iran dan Rusia yang akan mendapat manfaat utama daripada perlaksanaan langkah ini, mereka memilih untuk tidak melaksanakannya. Arab Saudi tidak mengalami kesan yang teruk oleh sebab penurunan harga minyak dunia kerana negara itu mempunyai $900 bilion dalam rizab dan kos pengeluaran minyak mereka sangat murah; kira-kira hanya $5-6 setong.


            Kesan utama dapat dirasakan oleh negara yang paling berisiko dan paling lemah dalam industri minyak. Ini termasuklah syarikat-syarikat Amerika yang telah membuat pinjaman sepenuhnya untuk menceburi bidang ini kerana mereka menjangkakan harga minyak akan kekal tinggi. Ini juga termasuk syarikat minyak Barat yang memiliki projek kos tinggi kerana melibatkan penggerudian minyak di laut dalam atau di Artik, atau berurusan di kawasan-kawasan yang kosnya semakin mahal seperti di Laut Utara. Tetapi kesakitan yang paling besar akan dialami di negara-negara bergantung kepada harga minyak yang tinggi untuk membayar pengembaraan ke angkasa lepas dan program-program sosial yang berkos tinggi. Ini termasuklah Rusia (yang sudah mengalami sekatan berikutan campur tangan Barat di Ukraine) dan Iran (yang membayar untuk memastikan rejim Assad kekal selamat di Syria). Para optimis merasakan sekatan ekonomi boleh membuat negara-negara ini tunduk dengan tekanan antarabangsa. Manakala pihak pesimis bimbang sekiranya keputusan ini menyebabkan mereka akan bangkit dan serang balas kerana kehidupan yang terlalu mendesak.

JOM LARI KE US - DI SANA TAK DE UMNO, TAK DE SULTAN, TAK DE AKTA HASUTAN

Posted: 10 Dec 2014 07:08 PM PST


Presiden Obama sendiri pada pertengahan November lalu dah bagi green light akan mengizinkan pendatang-pendatang haram untuk mendapatkan kewarganegaraan di Amerika Syarikat melalui pengisytiharan  "executive order".

Dasar terbaru ini memberikan peluang kepada ramai pendatang haram untuk mendapatkan kewarganegaraan setelah sekian lama bermastautin di negara tersebut terutamanya di wilayah California. 

Agaknya sebab itulah si blogger porno si Alvin Tan lari ke Los Angeles, California kerana mungkin mengetahui mudah untuk mendapatkan kerakyatan US. 

Lagipun takkan lah tak der puak-puak sebangsa atau seideologi dengannya akan membantu menyara beliau di sana. Yahudi geng-geng Anwar pun ramai di sana dan boleh beri akses mudah kepada si blogger porno sasau ni.

Paling menarik di Amerika tak de parti UMNO dan Barisan Nasional. Di sana tak de Sultan dan tak de Akta Hasutan. 

Jadi bolehlah penghijrah-penghijrah memaki hamun juga Presiden Obama, kerajaan Amerika atau sesiapa saja di dunia kerana ia adalah hak asasi kebebasan bersuara. 


Sebab tu Naib Presiden Amerika Joe Biden boleh mengkritik kerajaan Malaysia untuk menghapuskan Akta Hasutan atau membebaskan peliwat pujaannya. 

Namun tanpa Akta Hasutan Amerika kini berhadapan dengan konflik antara kaum kulit hitam dengan kaum kulit putih dan polis. Ini semua kerana polis kulit putih dilihat sering mengamalkan kekerasan terhadap kaum kulit hitam. 

Ia mungkin salah UMNO juga kerana UMNO berbaik-baik dengan Presiden Obama...itulah yang sering dimomokkan kepada puak-puak tertentu di Malaysia ini.

Adakah apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan maka berduyun-duyunlah orang menjadi lebih baik dan berbudi bahasa di negara kita, jenayah semakin berkurangan, undi kerajaan semakin bertambah, "rakyat itu" semakin bersyukur?

Joe Biden lantang mengkritik Akta Hasutan kononnya zalim dan menghalang kebebasan bersuara. Namun apabila berlakunya insiden rusuhan kaum di Ferguson ramai rakyat Amerika sendiri berpendapat bahawa kerajaan Amerika perlu menyekat sebarang provokasi bersifat perkauman dan sentimen keagamaan.


Di Malaysia Akta Hasutan menjadi sumber perundangan dan pencegahan yang berjaya menghalang merebaknya sentimen kebencian antara kaum. 

Itupun segelintir manusia yang kufur beria-ia benar mahu menghapuskan Akta Hasutan dengan harapan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, Islam dan Raja Berpelembagaan boleh dikritik.

Hak Melayu je puak-puak ni nampak. Apakata jika orang-orang Melayu mula menyoalkan hak keistimewaan yang diperolehi oleh kaum-kaum lain berdasarkan prinsip memberikan kewarganegaraan "jus soli" ?

Apa akan terjadi jika orang Melayu-Bumiputera yang majoriti pula mempersoalkan hak-hak, kekayaan, hak milik aset, peluang dan kedudukan bukan Melayu di Malaysia melalui pelbagai forum, seminar, ceramah hatta di dalam khutbah Jumaat nanti???

Tambahan pula bila pihak berkuasa sendiri tak dapat bertindak, maka elemen militan-pengganas seperti Islamic States (IS) pula yang akan menjalankan kegiatan subversif dan balas dendam terhadap sesiapa saja yang kurang ajar terhadap Islam macam di Iraq.

Maka ketika itu negara ini sudah hancur, puak-puak penghasut dan pembenci Akta Hasutan dan hak-hak kaum majoriti ini mungkin akan memanggil Uncle Sam untuk campur tangan lalu mereka pun akan diangkat sebagai pemimpin di bawah kawalan kuasa besar itu.

Kekejaman militan Islamic States (IS) menghukum puak Syiah dan bukan Islam yang selama ini begitu lantang menghina puak sunnah di Iraq. Adakah kita mahu ini terjadi di Malaysia akibat kesabaran
tidak dapat dibendung lagi????
Hakikatnya perbalahan kaum dan agama tidak diperlukan di negara ini. Kita sekian lama hidup aman damai dan harmoni antara kaum. 

Namun apabila ada manusia yang tersadung jenayah songsang mahu merebut kuasa maka negara kita makin huru hara.

Mungkin dia fikir dengan sokongan 52% tu dia boleh perintah negara mengikut sistem republik berpresiden. Namun dia silap 48% yang tak setuju sudah tentu tak akan berdiam diri. Maka amankah pemerintahannya nanti?

Kesalahan dan dosa yang dipikul pemimpin itu berbakul-bakul sudah diketahui orang. 

Tapi adakah kuasa-kuasa besar atau sekutu-kutu politiknya akan duduk diam tak akan meminta sesuatu atau mengugut apa-apa jika mereka inginkan sesuatu dari pemimpin belaan mereka itu?      

Itu yang kita perlu elakkan dengan tidak melantik manusia begini dan partinya menjadi pemimpin kita buat selama-lamanya.


tok gajah

Posted: 10 Dec 2014 09:35 PM PST

tok gajah


Kalau masih sayangkan UMNO akui segala kesalahan dan kesilapan........

Posted: 10 Dec 2014 04:30 PM PST




Ini adalah posting yang pertama Atuk tulis selepas PAU yang baru lepas. Atuk rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan tentang PAU tersebut.

Jika di pandang-dengar segala ucapan2 dari para perwakilan dan pemimpin2 Atuk dapati ianya sangat kurang daya usaha yang boleh menjurus kepada kebangkitan UMNO yang mungkin dianggap semakin layu.

Sejak dari PRU 11 permulaan kemerosotan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tidak ada nampak usaha2 yang ber sungguh2 dan yang berkesan untuk memulihkan kemerosotan itu.

Hingga kini UMNO/BN boleh dikatakan seperti "telur di hujung tanduk". Ini telah diakui sendiri oleh TPM dalam ucapan nya -jika undi/sokongan terhadap UMNO/BN menurun 2% maka kerajaan yang di terajui oleh UMNO ini boleh tumbang.

Pada hemat atuk, UMNO sukar untuk kembali gemilang selagi masih ada pemimpin2 yang 'bermasalah' berada dipucuk pimpinan UMNO. UMNO harus dibersihkan dengan cara mengeluarkan semua pemimpin2 yang 'bermasalah' ini secara total.

Tugas paling berat seterus nya ialah mengembalikan sokongan dari kaum bukan melayu terutamanya kaum cina dan india untuk bersama Barisan Nasional. UMNO/BN akan terus menghadapi jalan sukar jika masalah2 ini masih gagal diatasi.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 10 Dec 2014 09:29 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Bukti Mengapa Passport Alvin & Abd Jalil Berhak Ditarik Balik

Posted: 10 Dec 2014 06:13 PM PST



Pihak Berkuasa Kena Siasat, Apakah Ini Siaran Radio Komunis?

Posted: 10 Dec 2014 06:41 AM PST



Azmin Tidak Hormat Orang Tua Dalam PKR

Posted: 10 Dec 2014 02:19 AM PST



BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 10 Dec 2014 03:03 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dipaksa lakukan seks oral dalam surau

Posted: 10 Dec 2014 02:01 AM PST

Gambar hiasan
Ampang: Pistol diacukan ke kepala sebelum seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki dan lebih keji perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah surau di Ampang, di sini.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menceritakan kepada keluarganya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Ampang, kelmarin,

Menurut sumber, kanak-kanak itu datang ke surau berkenaan untuk bermain dengan rakannya kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu.

"Mereka kemudian ditahan seorang lelaki yang mengarahkan mangsa masuk ke dalam surau manakala rakannya disuruh menunggu di luar.

"Bagaimanapun sebaik masuk, suspek mengeluarkan senjata dipercayai pistol dan mengacukannya ke kepala kanak-kanak terbabit," katanya.

Sumber berkata, suspek mencium dan meraba tubuh mangsa sebelum memaksanya melakukan seks oral selama beberapa minit.

"Dia hanya berhenti selepas seorang orang ramai datang ke surau dan lelaki itu beredar dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

"Mangsa yang trauma dengan kejadian itu pulang ke rumah tetapi tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15091#sthash.KZe6mM26.dpuf

Lelaki dicekup bersetubuh dengan isteri hamil atas katil hospital

Posted: 10 Dec 2014 12:01 AM PST

Bristol: Mengejutkan, apabila seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan hanya tunggu masa melahirkan anak ditemui sedang melakukan seks dengan suaminya diatas katil hospital.

Kelakuan mereka itu telah mengejutkan seorang perkerja pencuci hospital itu selepas mendengar bunyi dari sebuah bilik perseorangan di wad bersalin.

Lebih mengejutkan lagi apabila pekerja itu cuba melaporkan kepada pihak pengurusan hospital Hospital St. Michael dan dibalas bahawa perbuatan itu tidak menyalahi peraturan hospital.

Selain daripada itu pesakit digalakkan untuk meltakkan tanda "Jangan ganggu" di hadapan pintu sekiranya melakukan perkara tersebut,

Menurut pihak hospital selain dari pekerja pencuci itu, pesakit lain juga turut terdengar bunyi tersebut dan berasa amat kecewa dan terkejut akan kelakuan itu di dalam hospital.

Tambahnya lagi, pekerja hospital mestilah memastikan privasi pesakit dihormati.

Baju terselak perut, terkangkang atas motor, Diana Danille 'dibahan' peminat

Posted: 09 Dec 2014 10:01 PM PST

Mula-mula dulu jenuh melayan kontroversi Sharifah Sakinah yang saban hari tayang perut di Instagram. Kemudian Hanez Suraya pula dikatakan bergambar sehingga menampakkan pusatnya di Singapura.

Tak lama lepas tu, Hanis Zalikha pun teruk dikecam oleh orang ramai kerana fotonya sebagai cover girl sebuah majalah menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Ha.. Terkini, nampaknya sasaran beralih kepada foto Diana Danielle hanya dek kerana sekeping foto yang mendedahkan sedikit perut dan pinggangnya mula tersebar di laman sesawang.

Malah, foto Diana sedang minum air sambil posing maut atas motor besar pun jadi isu. Ada yang kata posisi Diana posing atas motor besar itu sangat mengghairahkan. Hurm.

Kami pun tak beranilah nak mengulas lanjut mengenai hal ini. Lagipun, kami rasa selebriti sudah cukup 'masak' dengan sikap netizen yang gemar mencari kesalahan mereka.

Jadi, mungkin mereka dengar dan terima kata-kata cacian anda semua sambil menyanyikan lagu 'Let it go' daripada filem animasi Frozen. Hewhew.

Oh Bulan

Suami mati, warisi KWSP kepada kekasih gelap, isteri berputih mata

Posted: 09 Dec 2014 08:01 PM PST

Tamil Selvee membuat aduan di pejabat Pembela BN Melaka ekoran kecewa wang KWSP yang ditinggalkan suami selepas kematiannya diwarisi oleh individu lain yang didakwa sebagai 'kekasih gelap' suaminya
AYER KEROH - Hampa dan kecewa. Itulah yang dirasa seorang ibu tunggal apabila mendapat tahu dia tidak layak menuntut wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suami selepas kematian lelaki itu.

Sebaliknya nama waris yang tertera adalah individu lain yang didakwa sebagai 'kekasih gelap' suami.

M Tamil Selvee, 48, dari Taman Kesang Damai, Jasin, berkata, perkara itu hanya disedarinya ketika tampil ke pejabat KWSP Cawangan Jasin, Julai lalu dan pegawai terbabit menjelaskan suaminya telah menukar nama waris kepada wanita berkenaan.

Selvee yang hanya meraih pendapatan sebanyak RM322 sebulan sebagai tukang sapu di sebuah kuil, mengenali wanita terbabit dan tahu hubungannya dengan suami selama ini.

"Saya memang tahu hubungan suami, tetapi apa boleh buat, sebagai isteri saya kena patuh padanya. Tetapi saya tidak sangka dia (suami) tergamak sehingga sanggup menukar nama waris KWSP miliknya kepada wanita itu.

"Saya puas merayu kepada wanita itu supaya memberikan sebahagian wang itu untuk keperluan keluarga saya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya," katanya ketika ditemui di pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, di sini, semalam.

Menurut Tamil Selvee, suaminya, Mendiang K Chellamanickam, seorang pemandu jentolak, meninggal dunia pada Julai lalu selepas mendapat kemalangan di tempat kerja.

Katanya, mendiang suaminya pernah mengeluarkan wang berkenaan sebelum kematiannya beberapa bulan lalu sebaik usianya genap 50 tahun.

Ibu tunggal itu bercadang untuk mengeluarkan baki wang berkenaan yang jumlahnya lebih kurang RM31,000.

"Saya mempunyai tiga anak tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia akibat sakit. Kini tinggal anak perempuan saya berusia 26 tahun tetapi dia sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Harapan saya, wang berkenaan dapat digunakan untuk keperluan keluarga.

"Saya ingin nasihatkan isteri-isteri di luar sana supaya semak penama KWSP suami supaya apa yang menimpa saya tidak terjadi kepada wanita-wanita lain yang kematian suami.

Begitu juga buat suami, jangan tergamak perlakukan isteri seperti ini, hanya kerana terpengaruh dengan teman wanita sampai letak penama KWSP kepada nama kekasih," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan sistem penama KWSP itu sendiri sehingga pencarum sewenang-wenang meletakkan nama kepada sesiapa pun.

"Saya mencadangkan agar perkara ini diambil perhatian serius dengan meletakkan nama waris kepada mereka yang benar-benar berhak seperti anak dan isteri," katanya.

'Rindu tet*k cikgu'

Posted: 09 Dec 2014 06:01 PM PST

Gambar hiasan
"Rindu tetek cikgu"

Itulah mesej yang diterima oleh seorang guru wanita dari pelajar lelaki yang viral di laman Facebook hari ini.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang rakan kepada guru terbabit di laman Facebook tersebar dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut dengan mesej pelajar tersebut.

Namun, rata-rata netizen juga menunding jari terhadap sesetengah guru wanita yang dilihat gemar berpakaian mencolok mata sehingga menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya di kalangan pelajar lelaki.

Menurut Reza Shamsudin, "Kalau umurnya darjah 1, 2, 3, 4 bagi mesej macam ini, saya rasa bukan salah pelajar ini. Sememangnya cikgu dia 'menjamu' bentuk badannya yang menggiurkan bagi pelajar-pelajarnya," katanya.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa, sesetengah guru wanita terlalu bergaya sehingga melanggar etika pakaian penjawat awam.

Apa pandangan anda? - MY MEDIA HUB

Pian Cecupak kian hanyut, celaru dengan jantina sendiri...

Posted: 09 Dec 2014 05:01 PM PST

Rasanya tidak lama dahulu Pian Cecupak sudah pernah melahirkan rasa keinsafannya kerana melakukan perubahan terhadap wajahnya. Malah Pian sendiri sudah pun membuang colagen yang pernah disuntiknya satu ketika dahulu.

Tindakan tersebut amat bagus dan terpuji. Namun sebentar tadi menerusi Facebook Media Hiburan, gambar terbaru pelawak ini telah pun menjadi perbualan orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa terkejut dengan penampilan terbaru Pian Cecupak.


Abang Nara mati-mati ingat Pian Cecupak yang sebelah kiri (lelaki hensem tersebut). Rupa-rupanya yang belah kanan. Tidak diketahui apa motif Pian memakai baju perempuan dan membuat solekan seperti kaum Hawa. Kemungkinan besar ada majlis yang dihadiri. Mungkin Pian menjadi MC untuk majlis tersebut. Namun ternyata penampilan tersebut membuatkan orang ramai bercakap mengenai Pian.

Antara komen-komen yang menarik ialah:-


Abang Nara sebenarnya paling anti dengan lelaki yang cuba menyerupai perempuan. Tak sesuai sangat-sangat di mata Abang Nara. Tak kiralah pelakon ke, pelawak ke, orang biasa ke. Negara kita ini dahlah baru-baru ini ada kes mengenai transgender ini.

Kang tak pasal-pasal makin ramai kelompok ini yang semakin berani selepas ini. Banyak lagi cara lain untuk menghiburkan orang ramai. Rasanya tak perlu nak berpakaian sebegini. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Beautiful Nara

Cucu Tok Selampit

Posted: 10 Dec 2014 01:40 PM PST

Cucu Tok Selampit


BN Bagus!!! Parlimen Kota Tinggi Sumbang 500 Kelengkapan Sekolah - Kerajaan DAP & PKR Ada? Kerajaan PAS Lagilah ...

Posted: 10 Dec 2014 02:17 AM PST

Inilah Kerajaan yang dekat dengan Rakyat. Kerajaan Barisan Nasional (BN). Sumbagan dan bantuan sentiasa diberikan kepada Rakyat, baik dari peringkat pusat, Kerajaan Negeri yang diperintah oleh BN mahupun daripada Parlimen dan DUN yang dimenangi BN. Ini ditambah dengan sokongan daripada yayasan yang mesra Rakyat dan badan-badan korporat yang ada. 

Kita tidak perlukan muka tak tahu malu seperti Wakil Rakyat DAP yang menjaja bantuan BR1M dan mengambil peluang untuk mendaftar untuk totok totok Cina DAP. Di mulut cina-cina DAP totok ini mengatakan Kerajaan rasuah dengan pemberian yang diberikan sedangkan kalau ada peluang, mereka terlebih dahulu yang terhegeh-hegeh.


Hari ini, berlansungnya majlis penyampaian bantuan kelengkapan persekolahan Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedeli dan DUN Kota Lama, Yayasan Mesra dan PLUS. Lebih daripada 500 orang pelajar terlibat dalam penerimaan bantuan ini. Menurut YB Datuk Haji Nor Ehsanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi, pendidikan adalah pelaburan yang terbaik untuk masa depan dan di dalam Belanjawan 2015, peruntukan pendidikan adalah merupakan yang terbesar daripada lain-lain peruntukan. 

Datuk Haji Nor Ehsanuddin turut merasmikan majlis dan menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar. Tahniah Kerajaan BN! Err ... Kerajaan DAP Pulau Pinang dah buat ke? Kerajaan PKR Selangor jangan dok masuk parit saja sambil bergambar. Kerajaan PAS Kelantan? Sonyap jer ... jangan haraplah.






Bodohnya Lim Kit Siang Kata Imigresen Tiada Kuasa Batalkan Passport

Posted: 09 Dec 2014 06:28 PM PST


Bodohnya seorang Penasihat DAP ini apabila beliau bersetuju dengan artikel yang memaparkan pendapat peguam bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak mempunyai hak untuk membatalkan passport seseorang warganegara Malaysia. Lim Kit Siang telah menyiarkan pendapat tersebut dalam laman sosial Twitter beliau semalam. Pendapat ini dikemukakan apabila pihak pembangkang mempertikaikan keputusan Jabatan Imigresen yang membatalkan passport milik Ali bin Abdul Jalil dan Alvin Tan yang melarikan diri ke luar negara setelah dihadapkan ke mahkamah atas Akta Hasutan 1948.

Mungkin Lim Kit Siang dan para peguam yang memberi pendapat berkenaan tidak pernah melihat ke dalam passport berkenaan syarat-syarat yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen. Di muka surat belakang passport Malaysia ada tercatit "Pasport ini adalah "Hak Milik Kerajaan Malaysia" dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Pasport ini tidak boleh dipinda atau dipindah milik kepada orang lain" (This passport is the property of the Government of Malaysia and may be withdrawn at any time. This passport shall not be amended and is not transferable or given to any other party). Apek Lim Kit Siang tak ada baca ka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan