Rabu, 26 November 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Landskap Siasah

Posted: 25 Nov 2014 08:30 AM PST

Landskap Siasah


FAKTA PENTING - Kesan Penarikan Subsidi Petrol 1 Disember 2014

Posted: 25 Nov 2014 08:02 AM PST


FAKTA PENTING - Kesan Penarikan Subsidi Petrol 1 Disember 2014
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah (Tim Ketua Penerangan DPPN Kedah)

Latar belakang :

  1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek - 1 Disember, harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal1.
  2. Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet seperti pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.
  3. Tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.
  4. Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Apa itu sistem apungan harga terkawal (managed float system)?

  1. Sebelum ini harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.
  2. Kerajaan tetap harga runcit pada satu paras tertentu - perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
  3. Misalnya - harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 Nov 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.
  4. Jadi Managed Float System = harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.

Ada apa pada subsidi minyak?

  1. subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan2.
  2. Penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh kerajaan. Untuk distributif - kerajaan pula akan tentukan bentuk apa 'sedekah' yang wajar diberi.

Aspek Syariah

  1. Obligasi kerajaan memberi jaminan keamanan, kestabilan sosial.
  2. Mengurangkan subsidi untuk rakyat untuk menampung ketempangan ekonomi kerajaan yang boros melambangkan betapa usaha itu tidak menepati syariah.
  3. Peranan sebuah kerajaan walaupun bukan menerima obligasi untuk memberi subsidi dalam komoditi tempatan, ia berperanan sebenarnya menjamin kestabilan sosial, jenayah dan masalah sosial.
  4. Subsidi - konsep keadilan dan ihsan dalam Al Quran.
  5. Ihsan pada asasnya digariskan melalui fiqh klasik sebagai sedekah, faraid, hibah, derma dan sebagainya untuk meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat.
  6. Konteks kontemporari, subsidi adalah suatu bentuk sedekah atau infaq kerajaan untuk rakyat semata-mata untuk melihat kestabilan ekonomi, sosial dan mencegah mudharat dan jenayah akibat himpitan ekonomi.

Konsep Keadilan Distributif

  1. Konsep keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintah terhadap rakyat.
  2. Negara harus mengagih sumber alam yang dikuasai kepada rakyat secara adil.
  3. Subsidi adalah tergolong dalam ketagori ini.
  4. Aristotle - dalam aspek keadilan distributif kelihatan mendesak kerajaan untuk semata-mata berperanan mengalir kekayaan negara kepada rakyat.

Konsep Keadilan Konvensional
  1. Keadilan apabila seorang warga negara telah menaati segala peraturan perundang-undangan yang telah diwajibkan.

8 Kesan Subsidi minyak dihapus (ganti sistem apungan terkawal)
  1. Kerajaan mampu hapus hutang 1MDB sekurang-kurangnya sebanyak RM20 bilion selepas ini. Tahniah3!
  2. Terbukti BN berbohong dalam Bajet 2015 kerana para menteri berkata subsidi dikurangkan sebelum ini untuk salurkan kembali melalui BRIM dll.
  3. Perdana Menteri perlu membentang semula Belanjawan 2015 kerana nilai subsidi dan perolehan hasil minyak jauh berubah daripada anggaran asal4.
  4. Kenaikan harga barang terus kekal naik -Graf kekal ( jika minyak naik harga, harga barang naik, bila harga turun, barang kekal harga mahal)5
  5. Jika harga naik- Inflasi boleh berlaku kerana kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz - Pemansuhan subsidi sekarang tidak akan kesan inflasi kerana harga minyak mentah global sedang jatuh6?
  6. Dasar reaksionis-kerajaan yang gagal - Bernama umum Kerajaan mungkin perrtimbang perkenalkan subsidi bersasar berdasarkan pendapatan jika harga minyak kembali meningkat.
  7. Rakyat berdepan dengan risiko TURUN-NAIK harga petrol dan diesel di pasaran dunia.
  8. Rakyat kampung/petani lebih merasai jika harga global naik.
    1. Najib berkata Petani naik Kapchai rug beri subsidi yang untung orang kaya7. TETAPI :
    2. Impak kepada golongan kaya hanyalah 0.001% dari pendapatan mereka bagi setiap Liter
    3. Impak bagi golongan petani pula ialah 0.013% lebih kurang.
  9. BN meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak. (gaya kapitalis)8 lihat formula bagaimana BN jaga syarikat minyak:

Harga MOPS dicampurdengan beberapa kos lain9:

Kos operasi (9.58 sen/liter)
Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
– 'Alpha' yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
MOPS = Mean of Platts Singapore (MOPS).iaituharga minyak yang sudah diproses


Tekanan lain rakyat tahun 2015
  1. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan - GST akan beri kesan minimum 1.08 % terhadap kenaikan Indeks Harga Pengguna (CPI) ekoran perubahan sistem percukaian10.



Bandar Puteri Jaya
25 Nov 2014
11.48 malam

1 ulasan: