Sabtu, 22 November 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Landskap Siasah

Posted: 21 Nov 2014 07:20 AM PST

Landskap Siasah


FAKTA PERBANDINGAN KERAJAAN PR DAN BN KEDAH

Posted: 20 Nov 2014 08:53 AM PST


ANALISA ISU KEDAH 4: Isu air Kedah

Posted: 20 Nov 2014 08:49 AM PST


ANALISA ISU KEDAH 4: Isu air Kedah
Lajnah Penerangan DPPN Kedah 2014

Zaman Pakatan Rakyat
  1. Kerajaan Negeri Kedah berusahaselamatkan hak-hak negeri berhubung air, dari ditakluk oleh kerajaan Persekutuan.
  2. Setelah Mac 2008, kerajaan Pakatan mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan air jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.
  3. Semasa Ustaz Azizan memimpin kerajaan, beliau mempastikan supaya status pinjaman terhadap semua yang berkaitan dengan perkhidmatan air dikaji semula. Projek perkhidmatan air untuk kawasan luar bandar, sepatutnya berstatus geran Pusat bukan pinjaman. Misalnya
    1. pembinaan loji pembersih di Padang Sanai (RM155 juta),
    2. Lubuk Buntar (RM65 juta),
    3. Empangan Ahning (RM48 juta) sepatutnya mendapat peruntukan geran.
    4. Semua perkhidmatan luarbandar di Kedah bernilai RM1.3 bilion.


Zaman BN dulu....
  1. 50 tahun BN mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air.
  2. BN waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan Persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia)
  3. Projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.

Apa kerajaan Pusat buat?

  1. Negeri-negeri BN sukar membayar hutang pinjaman berkaitan air.
  2. Pusat menggunakan taktik 'penjajahan' melalui pindaan akta Persekutuan. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai entiti pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh negara.
  3. Melaluinya juga diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAAB) sebagai sebuah entiti milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan aset bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dan lain-lain). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.

Kini?
  1. Kedah bertukar teraju kepimpinan kerajaan negeri, hak tersebut diserahkan kepada Pusat di samping negeri terpaksa menanggung beban tanggungan tertentu.
  2. BN Kedah selepas mengambilalih pentadbiran adalah menghentikan perbincangan dan mengiktiraf kesemuanya sebagai pinjaman. Apakah negeri mampu membayar balik pinjaman yang besar itu?
  3. Pinjaman kerajaan Pusat yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini akan dipindahkan kepada PAAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber tersebut. Semua aset yang dibina/diambil alih oleh dana PAAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.
  4. Kini kerajaan negeri dalam proses untuk menandatangai migrasi aset air negeri kepada PAAB. PAAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Negeri akan jadi 'hamba hutang' PAAB.
  5. Dilaporkan selepas ini kerajaan negeri, melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membayar kepada PAAB sebanyak RM65 juta setahun, di samping bayaran pajakan RM5 juta setahun; menjadikan jumlah RM70 juta selama 45 tahun!


CARA ELAK BEBANAN- KEDAH AKAN TERUS NAIKKAN TARIF AIR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan