Khamis, 20 November 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Nov 2014 09:54 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Sumbangan untuk membaik pulih surau ini adalah dialukan

Posted: 19 Nov 2014 09:51 PM PST


Jom derma untuk menyiapkan projek pembinaan sekolah tahfiz di Rembau ini

Posted: 19 Nov 2014 09:50 PM PST



Pembukaan PASTI baru, PASTI As-Syabab Taman Ampangan

Posted: 19 Nov 2014 09:49 PM PST



Assalamualaikum w.b.t...

Iklan Sumbangan & Penajaan Pembukaan PASTI baru, PASTI As-Syabab Taman Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Sukacita saya memaklumkan bahawa tawaran sumbangan & penajaan Pasti baru seperti yang di atas, penajaan secara wang tunai @ peralatan @ kelengkapan premis i.e. meja, kerusi, rak buku, alat tulis, alatan dapur dll. Barangan terpakai jika hendak disumbangkan, kami terima.

Sumbangan & penajaan anda amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shafiq Mohd Kassim
PASTI As-Syabab Taman Ampangan
0196647099

Rembau Hari Ini

Posted: 19 Nov 2014 08:10 PM PST

Rembau Hari Ini


Sila daftar awal. Tempat adalah amat terhad.

Posted: 18 Nov 2014 07:57 PM PST



Pendaftaran pelajar PASTI 2015 kini dibuka

Posted: 18 Nov 2014 07:56 PM PST



PAS Kawasan Miri

Posted: 19 Nov 2014 07:23 PM PST

PAS Kawasan Miri


Bila Surau Baru Darul Iman Kpg Jengalas Dibina Semula?

Posted: 18 Nov 2014 09:05 PM PST




Surau Lama Diroboh Masih Belum Dibina Semula

BEKENU - Surau Darul Iman, Kpg Jengalas Bekenu yang berada dipinggir jalan pesisiran pantai Miri Bintulu telah lama diroboh tetapi sehingga kini masih belum dibina semula. Umat Muslim yang berada di sekitar kawasan Kpg Jengalas memerlukan sebuah surau yang lebih baik dibina segera untuk memudahkan umat Muslim solat berjamaah dalam surau tersebut.

Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab merobohkan surau lama tersebut perlu membina segera surau baru kerana sudah hampir setahun surau baru itu belum dibina semula.  Sebelum surau lama tersebut diroboh ianya telah dibaiki dan dicat baru tetapi mengapa tiba-tiba saja pihak yang berkenaan mesti merobohnya dalam keadaan tergesa-gesa tanpa ada perancangan yang teratur.

Walaupun pihak yang berkenaan hendak meroboh surau lama itu untuk membina semula surau baru, pihak yang berkenaan perlu merancang dengan teliti dan segera membina semula surau itu tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan bahan binaan yang baru.

Kita yakin pihak kerajaan ada peruntukan untuk membina semula surau baru Darul Iman, Kpg Jengalas Bekenu sebelum mereka merobohkannya.

Harapan penduduk dengan peruntukan bajet yang ada, pihak yang berkenaan harus melaksanakan amanah demi kebaikan umat Muslim yang tinggal di kawasan Kpg Jengalas Bekenu.

Surau tersebut juga memberi banyak manfaat bukan saja kepada penduduk kampung tetapi ianya juga sebagai tempat persinggahan para musafir yang lalu lalang menggunakan jalan pesisiran pantai Miri Bintulu untuk mengerjakan solat di surau tersebut. Dengan adanya surau yang berdekatan dengan jalan pesisiran pantai ianya akan memudahkan umat Muslim solat dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Kami mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera membina surau baru Darul Iman, Kpg Jengalas di Bekenu untuk kemudahaan umat Muslim solat berjamaah dan juga untuk para musafir menggunakannya.

Kerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Sarawak yang menjaga urusan hal ehwal umat Muslim dan juga pihak yang berkenaan untuk bertindak segera mengatasi masalah dan menjaga kebajikan umat Muslim amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Old surau demolished still not rebuilt

BEKENU - Surau Darul Iman, Kpg Jengalas Bekenu which is located alongside Miri Bintulu coastal road has long been demolished, but until now has not been rebuilt. Muslims residing in the vicinity of Kpg Jengalas requires a better surau (place of Muslims prayers) to be constructed immediately to facilitate the Muslims prayers in congregation in the surau.

Should be the responsible party that demolish the old surau should build a new surau soon because after almost a year a new surau has not been rebuilt. Before the old surau demolished it was repaired and painted newly but why suddenly the parties concerned must be demolished in haste without proper planning.

Although the parties concerned want to demolish the old surau to rebuild the new surau, the party concerned need to plan carefully and immediately rebuild the surau without having to wait too long to get a new building material.

We believe the government has the provisions to rebuild the new surau of Darul Iman, Kpg Jengalas Bekenu before they demolished.  Expectations of the population with the existing budget allocations the relevant parties should implement a trust for the benefit of Muslims living in Kpg Jengalas Bekenu area.

The surau also provides many benefits not only to villagers but it is also as a stopover place for wayfarer passing through the coastal road of Miri Bintulu for prayers at the surau. With a existence of surau close to coastal road which makes it easier for Muslims to prayers and take a brekak before continuing towards their destinations safely.

We urge the government and those concerned immediately build a new surau of Darul Iman, Kpg Jengalas in Bekenu for ease of Muslims prayers in congregation and also for the travelers to use it.

Cooperation with the Sarawak Islamic Religious Council in charge of the affairs of the Muslims and also the party concerned to act quickly to resolve the problem and the welfare of the Muslim community is greatly appreciated.

KHIDMAT MERU

Posted: 19 Nov 2014 09:13 AM PST

KHIDMAT MERU


Menziarahi, merawat dan memberi sumbangan.

Posted: 18 Nov 2014 10:56 PM PST






Selesai menghadiri mesyuarat dwi bulanan di SUK, Yb Dr Rani sempat menziarahi, merawat dan memberi sumbangan kewangan kpd penduduk beragama Keristian dikawasan beliau. 
Semoga usaha ini dapat mengurangkan bebanan kehidupan mereka.
Yb Dr Rani cuba mencontohi akhlaq Nabi Muhammad s.a.w. yg berbakti kpd seluruh masyarakat tanpa mengira warna kulit dan pegangan agama.

Landskap Siasah

Posted: 19 Nov 2014 07:41 AM PST

Landskap Siasah


ANALISA ISU KEDAH 1 : Korupsi Kerajaan Kedah

Posted: 19 Nov 2014 06:59 AM PST



ANALISA ISU KEDAH 1 : Korupsi Kerajaan Kedah
Lajnah Penerangan DPPN Kedah 2014

Zaman Ustaz Azizan

  1. Kedah mahu jadi belanda Timur- pertanian
  2. Misi Pertanian tinggi

Zaman Mukhriz

  1. Audit jabatan Pertanian Kedah Mac-Jun 2014
    1. Zon pemprosesan makanan gagal beroperasi 100%
    2. Peralatan dibeli tidak diagih
    3. Peralatan dibekal tidak pula diguna
    4. Ubahsuai bangunan melebihi bajet
    5. Zon pemprosesan makanan Baling - taiada kemudahan asas, tandas, air , elektrik- usahawan lari.
    6. 6 usahawan Daerah Kuala Muda, 5 usahawan Baling diberi pinjaman peralatan TETAPI, tiada ikatan perjanjian bersurat-tidak telus.

  1. Audit majlis Agama Islam (MAIK)
    1. Tunggakan sewaan hartanah wakaf- RM 1.11 juta - tertinggi adalah sewaan sawah padi.
    2. Sehingga 31 Disember 2013 - 79.8% penyewa tidak membayar sewa.
    3. Tanah wakaf berpotensi tidak pula disewakan di padang Terap, Kuim, Pokok Sena - terbiar




SAIF Guar Cempedak - Kesungguhan Pemuda PAS Kedah dalam pendidikan

Posted: 18 Nov 2014 09:41 AM PST

Malam ini Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) ataupun Sekolah al-Akhlak al-Islamiyyah Guar Cempedak Gurun terus melangkah gagah. Sekolah rendah kedua di bawah Pemuda Pas Kedah. Jamuan mencari dana sejumlah RM1.1 juta untuk membina bangunan kelas dan asrama. Terima kasih atas sokongan penyumbangsekolah yg menyediakan pendidikan bersepadu agama, akademik dan tahfiz. Sesiapa yang sudi terus berhubung dengan Ustaz Mohd Aizat Zakaria 0134481030. Pengetua sekolah






MENYOROT JASA-JASA PAS YANG MENJADI ASAS KEBIJAKAN POLITIK SEHINGGA 63 TAHUN

Posted: 18 Nov 2014 09:24 AM PST



MENYOROT JASA-JASA PAS YANG MENJADI ASAS KEBIJAKAN POLITIK SEHINGGA 63 TAHUN
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah
AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat
Apabila klausa Matangkah PAS di usia 63 tahun dipilih sebagai tema diskusi bagi sambutan ulangtahun PAS tahun ini, jelas ia bermaksud bahawa ada sesuatu fenomena yang terjadi kini kelihatan dijadikan kayu ukur kematangan PAS. Ya, baik di bandar mahupun desa, ceruk estet getah mahupun cawangan PAS hulu banat, semua menyedari bahawa PAS berada dalam krisis dalaman yang semua pihak mahu diselesaikan secepat mungkin. Ramai ingin melihat wacana menilai kematangan ini dalam keadaan ingin mendengar bagaimana cara PAS menyelesai konflik yang sebenarnya jauh lebih kecil berbanding konflik-konflik retro PAS sebelum ini. Malah kadangkala klausa 'matangkah' boleh menjurus kepada perbahasan difensif di mana hujah menyokong kematangan lebih kepada membela PAS terhadap beberapa stigma, tohmahan, serangan pemikiran terhadap PAS yang kadangkala digembar gembur, ditokok perisa oleh pihak bukan PAS sendiri. Maka muncul lebih banyak bahan tulisan, kenyataan media dan tulisan menegaskan semula apa itu PAS, mengekal manhaj PAS, memperhangat sejarah retro PAS serta banyak lagi agar PAS dinilai matang. Hal ini biasa dan kadangkala ianya perlu.
Ada dua mazhab utama dalam keputusan krisis yang kelihatan didambakan oleh para ahli. Pertama 'get rid' semua pihak yang tidak sehaluan dengan faction mereka ia kelihatan mudah dan memuaskan hati. Kedua pula adalah semua pihak perlu diam, reda, tutup mulut serta gerakkan kerja seperti dahulu, seperti zaman kegemilangan PAS sebelum ini. Mazhab ketiga adalah perbanyakkan aktviti Parti, dalaman bersifat tarbawi mahupun aktiviti kepolitikan sehingga distorsi isu mengalihkan pemusatan krisis kepada fokus menangani isu yang disepakati bersama. Saya memilih mazhab ketiga dan sedang melaksanakan kerja di aliran pemikiran ini.
Bagi penulis kematangan PAS boleh dicapai misalannya melalui bagaimana para ahli mampu membezakan isu krisis dengan isu kedudukan kita yang masih bergelar ahli jamaah yang sah. Lantaran itu buku terbitan Dewan Ulama' PAS Kedah bertajuk 10 Ketetapan Dalam Jamaahamat baik diteliti baik ahli bawahan mahupun pinpinan pusat. Dalam buku bernilai RM 10 itu, 10 ketetapan adalah kebersamaan yang mesti dicapai, dia amal oleh semua ahli baik apa pun persepsi mereka terhadap metadologi polisi kepolitikan yang mereka ikhtilafi. Misalnya konsep taawun a'la birr wa attaqwaadalah ketetapan tuntas yang perlu diamal oleh semua pihak baik sekolah apa sekalipun ahli berkenaan.
Menilai kematangan PAS dengan bermatlamat menilai bagaimana licinnya PAS mengurus konfik dalaman selepas 63 tahun wujud di bumi Malaysia adalah perbahasan skop yang terlalu kecil dan kerdil berbanding berbincang jasa serta kemampuan yang telah PAS hadapkan kepada masyarakat. Penulis berminat untuk terus berkempen bukti-bukti kerja kuat PAS selama ini walaupun pihak yang mendengar atau membaca akhirnya akan berbahas hal konflik juga kerana berbahas isu konflik adalah minat semua manusia yang dicipta sinonim dengan berita hangat, sensasi, khabar-khabar, berprasangka dan sebagainya sedangkan kerja buat semakin menimbun sebagai anggota Harakah Islamiyyah bernama PAS.

Antara persiapan ahli PAS yang terpenting adalah mempersiap pengetahuan berkenaan sejarah perjuangan PAS, jasadan bagaimana PAS memulakan pergerakan awalnya. Antara isu yang perlu diketahui adalah seperti, benarkah PAS ditubuh untuk bersaing dengan UMNO? Adakah PAS tidak pernah berjuang untuk merdeka? Benarkah tiada sumbangan PAS dalam merealisasikan pertumbuhan masyarakat Islam sehingga hari ini?
Tahukah ahli, sekecil-kecil isu seperti perjuangan cuti pada Hari Raya Syawal juga merupakan perjuangan serta jasa para ulama' PAS suatu ketika dahulu?
Adakah semangat persefahaman politik PAS (tahaluf siasiy) hari inicukup sensistif diincangkan sesama komponen pakatan rakyat adalah suatu persefahaman pragmatisme dalam PAS atau ia merupakan suatu juzuk awal dasar penubuhan PAS?
Lihat dahulu jasa-jasa PAS yan dilahirkan bermula Mesyuarat Agong dan Muktamarnya.
Ketika Persidangan Alim Ulama' pada 21 dan 22 Februari 1950 di Muar Johor anjuran Bahagian Ehwal Agama Islam dan Pendidikan (Ketua: Abdullah Fahim) terdapat usul awal perjuangan PAS selepas ituyang mana para ulama' berkenaan kemudiannya meneruskan gesaan di bawah untuk terus diperjuangkan.
  • Merayu kerajaan Arab Saudi turunkan cukai haji yang dikenakan sebanyak $360 dan sediakan layanan baik.
  • Menubuhkan kolej Islam.
  • Mengisytihar hari pertama Ramadhan dan Syawal sebagai cuti.
  • Mendesak kerajaan Persekutuan (jajahan British) menubuhkan Majlis Agama di Melaka dan P.Pinang.
  • Mengadakan perhubungan antara Majlis Agama Negeri.
  • Wujudkan derma pelajaran tinggi agama Islam bagi penuntut belajar luar negara.
Nama PAS (Persatuan Islam Se Malaya) dipilih dan menolak nama Perikatan Ulama' UMNO Malaya semasa penibuhannya. Ahli PAS juga masih ahli UMNO kerana tiada pemisahan dan ramai menolak perlembagaan baru Fasal 22 Bab (1) yang memisahkan keahlian.Ibnu Hashim dalam bukunya Sejarah Kebangkitan dan Masa Depan; PAS kuasai Malaya menyatakan antara sebab penubuhan PASadalah kerana menentang judi loteri kebajikan UMNO, malah Ulama' yang menentang termasuk Sheikh Abdullah Fahim, Ustaz Ahmad Fuad Hassan dan Haji Fathullah Suhaimi (Singapura).Sebab lain adalah UMNO kerana mengekalkan falsafah sekular.Jika PAS hari ini mulai berlembut dengan sekular dan liberalisme antarabangsa yang bijak mengatur bicara melunakkan pimpinan PAS maka tindakan uama' keluar daripada UMNO dahulu menjadi sia-sia kerana kita akan menuju manhaj sekular yang sama dengan UMNO.
PAS pernah menentang UMNO yang melalui wakil parlimennyaHaji Ahmad Said (AP Seberang Perai Utara) yang mencadangkan kerajaan melesenkan pelacuran yang berjalan semasa itu atas alasan mengawal aktiviti perlacuran.
Jasa kerjasama antara-kaum
Ustaz Baharuddin Latif menyatakanDato' Onn tidak disukai raja Melayu kerana ingin satukan semua pertubuhan Islam Malaya malah Dato' Onn ingin masukkkan kaum bukan Islam dalam UMNO.Atas kerana polisi ini mash sensitif menyebabkan PAS juga menannguhkan idea ini sehinggalah pra penggabungan berlaku semasa penubuhan CCC di kelantan dan penubukan KPP serta DHPP yang diusahakan oleh Dato' YB Mujahid Rawa dahulu. Kesemua ini ada rentetannya bukan bersifat drastik.
PAS berpengalaman dalam hal inter-kaum kerana antara pimpinan awalnya adalah insan yang berusaha menyataukan semua kaum membina Tanah Melayu. Idea perpaduan dan kerjasama antara kaum telah diasaskan oleh Dr Burhanuddin pada 1947, jauh lebih awal sebelum beliau menyertai PAS apabila PKMM bersekutu dengan PUTERA-AMCJA.


Membina kerajaan rakyat untuk rakyat
Pada Muktamar Pertama PAS pada 3 dan 4 Januari 1953 di Madrasah Dairat Ma'arif, Kepala Batas pula PAS telah lama menggunakan terma dari rakyat untuk rakyat iaitu menggesa didirikan negara merdekadari rakyat untuk rakyat.PAS juga bersetuju Malaya merdeka di bawah Komanwelmalah pertama kali kelompok islam terbesar Tanah Melayu ini menuntut isytihar hari pertama Muharam sebagai cuti.PAS juga yang mendesak ditubuhkan syarikat perkapalan untuk jemaah haji, penurunankadar pasport haji dari $20 kepada $ 5.
Haji Ahmad Fuad Hassan ingatkan perwakilan;selepas kerakyatan kaum bukan Melayu memiliki hak sama dengan Melayu yang sebagai warganegara asal tanah Melayu, melayu perlu pastikan Islam sebagai agama yang berpengaruh terus dalam Malayadan bukannya agama apologatik, defensif dan akur dengan kehendak liberalisasi satu demi satu.
Judi dan arak
Muktamar Kedua pada 25 Ogos 1953 di Madrasah Al Ulum, Batu 20, Bagan Datuk, Perakpula PAS mendesak kerajaan meluluskan mengadakan pelajaran agama Islam kepada anak-anak Islam di sekolah Inggeris dan dijadikan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan.Inilah kehendak PAS yang belum berjaya dalam tahap sekolah rendah. PAS juga mendesak larangan menjual arak kepada orang Islamyang sehingga kini tidak berjaya kerana Akta Eksais 1976 bercanggah dengan Enakmen-enakmen kuatkuasa pembelian arak di Mahkamah Syariah. PAS juga bersetuju akan menganjur satu muktamar khas bersama pertubuhan Islam serata negara untuk mendesak pengharaman loteri dan judi di Tanah Melayu. Hari ini GMJ (Gerakan Mansuh Judi) telah disertai oleh PAS bersama NGO-NGO yang berhaluan seperti PAS.
Asal ketumbukan Ulama berubah jadi Parti Siasah
Muktamar Ketiga diadakan pada 12 hingga 14 Ogos 1954 di madrasah At tahzib Ad Diniyah, Titi Serong, Parit Buntar, Perak dengan diketuai oleh Dr Abbas Aliasdengan tekad mengesahkan pindaan untuk tekad menubuhkan negara Islam Malaya.Malah inilah pertama kali PAS bersungguh untuk mengambil keputusan untuk terlibat dalam pilihanraya.Jelas PAS bukan sekadar parti politik yang bersepak terajang dalam pilihanraya sebagaimana yang difahami oleh segelintir ahli PAS. PAS asal ketumbukan ulama' menentang sekular dan ingin menobat syariah, bertukar menjadi parti siasah dan kemudiannya ditransformasi menjadi parti tarbiah, dakwah dan siasah semasa kebangkitan mahasiswa Melayu yang menyertai kegiatan Ikhwan di Asia Tengah. Dalam muktamar kali ini PAS terus mendesak kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi.
Isu bahasa Melayu
Hal ini diteruskan apabila Dr Burhanuddin Al Helmi memegang jawatan yang Dipertua PAS pada tahun 1956, beliau menegaskan;bahawa dasar Kebangsaan negara perlulah Melayu, mesti diakui bahawa kaum Melayu adalah tuan negeri ini(suasana ketika itu), satu sahaja bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu, Islam adalah agama rasmiserta menentang jus soli. Kerakyatan perlu melalui majlis perundangan.
Jasa PAS dalam isu bahasa dan agama bukan bermula apabila Tun Mahathir melancarkan dasar 'mimpi' berliau iaitu PPSMI.Jauh sebelum itu telah tertanam suatu juzuk estetika pimpinan PAS terhadap isu budaya, tradisi melayu dan Bahasa Eka, Bahasa Melayu. Misalnya dalam Mesyuarat Agong Tahunan ke-5 PAS pada 23,24 dan 25 Disember 1956 menyatakan;
  • Kita hendaklah menuntut kemerdekaan negara dalam tempoh tidak sampai 1959.
  • Bahasa kebangsaan Semenanjung Tanah Melayu adalah Bahasa Melayu dan ianya tunggal.
  • PAS perlu beri peringatan kepada rombongan ke London agar tidak ketepikan hak Islam.
  • Agama Islam perlu dijadikan panduan pemerintahan.
Suruhanjaya Reid mencadangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris perlu digunakan dalam tempoh 10 tahun sesudah merdeka. Reaksi PAS adalah seperti berikut;
  • Datuk Asri Muda menyatakan: Beliau merasakan tempoh sepuluh tahun ubah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu terlalu lama, malah Dasar Undang-undang Bahasa Kebangsaan hanya memperuntuk bahasa kebangsaan pada sekolah rendah. Beliau malah menggesa supaya sekolah menengah dan pengajian tinggi juga menggunakan bahasa kebangsaan (semasa ini Dr Burhanuddin dalam ISA).
  • Pada 23 Februari 1967, 10 tahun selepas merdeka, sejajar dengan Suruhanjaya Reid, bahasa kebangsaan ingin dinobatkan, kerajaan gubal Undang-undang Bahasa Kebangsaan yang masih memihak kepada Bahasa Inggeris dalam kehakiman, pentadbiran dan pengajian tinggi. PAS menentang habis-habisan sehingga muncul gerakan Keranda 152. Bahasa Melayu tercatat dalam Fasal 152 Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (1967/68). Ironinya, timbul persoalan sejauh manakah dasar itu dilaksanakan secara telus terutama oleh sektor awam dan swasta.
  • PAS menentang Undang-undang Bahasa Kebangsaan kerana Tunku Abdul Rahman dan UMNO walaupun memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu tetap mempunyai sikap liberal terhadap perkembangan bahasa kaum bukan Melayu.
  • PAS telah mengulangi tuntutan mereka supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal dengan serta merta. Dengan adanya peruntukan seperti itu maka bahasa lain selain dari bahasa Melayu tidak akan ada kesempatan dan ruang untuk dijadikan sebagai bahasa rasmi di Tanah Melayu. PAS juga menolak multilingualism dalam Dewan Perundangan. Sekiranya dasar ini diterima, maka ia akan membuka ruang kepada bahasa lain diangkat sebagai bahasa rasmi. Lanjutan dari menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, maka hak untuk mendapatkan kerakyatan mestilah mengetahui Bahasa Melayu dengan baik1.
  • PAS juga membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka kerana ia dianggap oleh PAS sebagai "hendak membina sesuatu, dan dalam membina itu meruntuhkannya sendiri".
  • PAS menuntut supaya penegasan dibuat dalam Suruhanjaya Reid bahawa "bahasa rasmi Tanah Melayu dan bahasa Bahasa KEBANGSAAN Tanah Melayu yang TUNGGAL ialah BAHASA MELAYU"
Selepas merdeka, PAS masih lagi menegur kerajaan dan memberi saranan khusus untuk mempertingkat prestasi sekolah dan sistem pendidikan Islam. Mesyuarat Jawatankuasa Agung ke-3 pada 26 Februari 1959 telah mengambil ketetapan berikut;
  • Menuntut kerajaan mengeluar dengan segera bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Tanah Melayu seperti yang dijanjikan.
  • Mendesak kerajaan memperbanyak Sekolah Tinggi Islam di Tanah Melayu.
  • Mendesak kerajaan mengadakan kelas agama untuk orang dewasa di setiap kampung dengan kos ditanggung kerajaan mulai 1959.

Isu harta negara- kebajikan rakyat
Mesyuarat Agung PAS tahunan ke-9 pada 12 dan 13 Februari 1961 membuat ketetapan dan desakan kerajaan kurangkan gaji menteri sebanyak 10%.Hal ini ditunjuk contoh pula oleh Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat semasa menerajui PAS apabila beliau memotong elaun wakil rakyat PAS untuk kemaslahatan rakyat Kelantan. Semasa Tun Abdullah Badawi mengumumkan pemotongan elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus ramai ahli UMNO yang mengkritik. Sedangkan di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 25peratus sejak 1990an lagi misalnya untuk Tabung Serambi Mekah. Menurut Datuk Ahmad Yakub , bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong sebanyak lima peratus setiap bulan.Ahmad berkata, pemotongan yang serupa juga melibatkan semua anggota-anggota Parlimen PAS sebagai usaha menjaga kebajikan rakyat dan parti.Selepas wakil-wakil rakyat PAS diisytihar menang dalam pilihan raya mereka akan diberi borang khas untuk diisi bagi pemotongan elaun bulanan yang diterima mereka.
PAS juga telah lama mendesak kerajaan jangan gunakan harta kerajaan untuk Parti Perikatansepertimana disuarakan dalam Muktamar 1961 lagi. Hal ini tidak hairan kerana hingga kini cawangan UMNO masih 'miskin' tiada bilik oeprasi sendiri sehingga terpaksa menakluk dan menjajah Balai Raya, Dewan Serbaguna milik kerajaan untuk kerja-kerja parti mereka.
Bukankah saranan PAS ini jauh lebih awal berbanding suara-suara Parti lain?
Semasa Tunku Abd Rahman isytihar dalam parlimen pada 1958 bahawa Malaya bukanlah negara Islam sebaliknya hanya ada peruntukan agama rasmi sahaja. Reaksi PAS adalah tegas iaitu perlu tubuhkan Majlis Islam Pusat bagi memusatkan segala urusan agama persekutuanserta dibentuk Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.PAS juga yang pertama mendesak ditubuhkan Majlis Fatwa.Malah pelajaran Agama Islam perlu jadi bahan asasi di sekolah kerajaan (perjuangan pelajaran Pendidikan Islam belum diambil serius oleh kerajaan).Pada 16 Oktober 1961, Prof. Zulkifli Mohamad tidak bersetuju dengan Akta Pelajaran 1961 mengenai agama Islam dan mengkritik jam Pengajian Islam tidak mencukupi iaitu hanya 2 jam seminggu!Zulkifli Mohamad juga tegaskan penukaran Kolej Islam Malaya kepada Universiti Islam Malaysia pada 1966.

Isu Global
PAS telah menggesa kerajaan cakna dan perihatin dengan isu global zaman itu.Misalnya Dr Burhanuddinsendirimenggesa kerajaan campurtangan dan bawa kes Selatan Thai yang ditindas kepada PBB tetapi dianggap kerajaan sebagai mencampuri urusan dalaman negara lain. Sebenarnya KerajaanPerikatan ketika itu lebih pentingkan hubungan 2 negara daripada matlamat Melayu serantau.Kerajaan telah iktiraf penubuhan negara Israel dan dibantah oleh PAS.Tidak hairan usul demi usul mengecam Israel ditolak parlimen kerana asas UMNO adalah mengiktiraf Israel! Ketika 1960an lagi wakil UMNO serang PAS menyatakan Malaya akan hilang wibawa kerana ubah prinsip terhadap Israeldisebbkan Perikatan telah mengiktiraf negara Isreal walaupun secara rasmi ia tidak diiktiraf melalui diplomasi luar negara.Secara semangatnya ia mengiktiraf.
Sebenarnya banyak lagi fakta-fakta jasa PAS dalam aspek lebih terperinci seperti jasa pas mengasaskan tahaluf siasiy, mengasaskan kerjasama inter kaum, jasa dalam isu global; dan sebagainya. Namun ruang untuk penulis agak terbatas dalam makalah ini. Untuk menutup tulisan penulis senaraikan tindakan 'copy and paste' BN terhadap sejulah besar jasa PAS. Bukan hari ini sahaja BN dikatakan menciplak bajet Pakatan Rakyat. PAS secara parti individu pun telah mengasas pelbagai kebijakan politik yang ditiru UMNO-BN sejak dahulu lagi. Misalnya JASA PAS yang ditinggalkan oleh Kerajaan Kelantan :
1 - Pajak gadai Islam Ar-Rahn yang diterima pakai oleh YPEIM dab Bank Rakyat
2 - Cuti bersalin daripada 42 hari kepada 60 hari yang berkuatkuasa akhir tahun 1997
3 - Ekonomi yang berasaskan pertanian dimana Negeri Kelantan adalah negeri pertama menyiapkan Pelan Strategik Pertanian. Negeri Negeri lain kemudian mengambil contoh dari pelan tersebut.
4 - Konsep pejabat bercuti pada Hari Sabtu mulai diguna pakai selepas Belanjawan 1999/Januari 1999. Namun begitu Kerajaan Pusat hanya mengambil sekali dalam sebulan cuti tersebut iaitu Sabtu pertama awal bulan.
5 - Pemberhentian perniagaan pasar malam untuk solat Magrib telah di tiru oleh Terengganu semasa BN.
6 - Ayat-ayat Al Quran dan DOA-DOA sebagai hiasan di tepi jalan raya. Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Abd. Hamid Othman berkata kerajaan akan letakdi tepi lebuhraya (BH - 8.10.1997), namun cakap tidak serupa bikin.
7 - Papan tanda lokasi masjid dtiru oeh kebanyakan negeri di Malaysia.
8 - Konsep Hotel Islam di tiru oleh Negeri Pahangdan kini kian menjadi perbahasan ilmiah dalam majalah dan media massa.
9 - Pemotongan elaun tetap Meneri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan ditiru mulai tahun 1997 iaitu selepas kegawatan ekonomi.
10- Amalan tidak memberikan cenderahati/hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baru mengeluarkan arahan yang sama pada bulan Ogos 1998.
11- Tidak mengeluarkan lesen premis judi cuba ditiru oleh Terengganu, itu pun di Besut pada Julai 1998 semasa BN.
Walau bagaimanapun, lebih 80% lagi jasa PAS tidak mampu atau tidak gamak dilaksana oleh UMNO-BN kerana jasa PAS adalah jasa sebuah Parti islam, pastilah mana-mana parti sekular sukar menerima jejak jasa parti Islam ini.

1 PAS, Ulasan Terhadap Penyata Perlembagaan Suruhanjaya Reid yang dikeluarkan pada 2 Mei 1957.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan