Ahad, 5 Oktober 2014

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 04 Oct 2014 11:29 PM PDT

Razlan's


Selamat Hari Raya Aidil Adha

Posted: 04 Oct 2014 03:00 PM PDT


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh Umat Islam..

Sahabat handai dan keluarga sekalian...

Semoga Aidil Adha kali ini dapat memberi kesedatan kepada kita diatas kepentingan pengorbanan untuk yang memerlukan ....

Mohd Razlan Muhammad Rafii

PAS YANG BODOH, UMNO JUGA DISALAHKAN

Posted: 04 Oct 2014 02:56 PM PDT


Akibat ketamakan kuasa dan rela diperkudakan oleh 'teman sebantal', pemimpin PAS terus akur walaupun masyarakat melihat parti itu terus dibuli dan dicabuli hak tertentu mereka dalam Pakatan.
 
Baru-baru ini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan UMNO adalah parti yang membuli PAS paling lama sebenarnya dan bukan rakan mereka dalam Pakatan. Kenyataan tersebut boleh diibaratkan seumpama kurang akal atau mungkin hanya kenyataan daripada budak hingusan yang suka-suka meletakkan kesalahan kepada UMNO akibat daripada kealpaan dan kesilapan pemimpin mereka. Ayat tersebut terlalu klise kerana Nik Abduh masih lagi mahu menjaga hati PKR dan DAP yang digeruni selama ini.
 
UMNO bukanlah pembuli PAS sebaliknya PAS sudah memusuhi UMNO sekian lama dalam arena politik tanah air. Pastinya di setiap kerusi yang ditandingi PAS, UMNO akan turun bertanding menentang. Maka istilah pembuli tidak pernah wujud dalam sejarah politik negara antara UMNO dan PAS.
 
"Tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain".
 
Itu satu ungkapan yang selalu kita baca, dengar selama ini dan sering kali dilontarkan kepada Pakatan Pembangkang bukanlah satu omong kosong. Ianya adalah perkara yang jelas kelihatan walhal dalam perjuangan mereka pun sudah terdapat tanda-tanda mereka telah gagal membentuk dasar yang mereka bakal laksanakan.
 
DAP membuli PAS di Pulau Pinang semenjak mendapat kuasa di sana bukan perkara baru dan realitinya sudah lama orang Melayu sedar akan perkara ini namun kepimpinan PAS Pusat mahupun negeri sanggup pekakkan telinga, butakan hati dan menyalahkan UMNO atas kegagalan mereka mendapat tempat di sana.
 
Banyak orang bercakap pemimpin PAS tidak akan sesekali berpaling daripada parti 'Islam' tersebut namun hari ini ada pemimpin mereka sudah berani mengumumkan tidak akan teragak-agak bertanding atas tiket DAP jika kepimpinan parti mengambil tindakan menggantung keahlian beliau. Sejarah silam dan perjuangan parti komunis DAP yang mengamalkan sekular sudah jelas tersimpang jauh daripada landasan perjuangan Islam.
 
Pemimpin PAS mudah lupa.
 
Begitu hebatnya rasa kebencian yang ditanam PAS sebelum ini kepada ahlinya sehingga mereka bertindak melawan kepimpinan PAS sedia ada kerana bernafsukan kepada pangkat dan jawatan. Kegagalan PAS mengawal ahli-ahli mereka terutama berhaluan Anwarinas adalah sesuatu perkara perkara yang amat mendukacitakan dan ini adalah tanda-tanda PAS semakin tiba di penghujung perjuangannya.
 
PAS kena ingat bahawa DAP bukannya membuli PAS sebaliknya mereka mempunyai ketetapan mempertahankan Perlembagaan parti mereka dan tidak akan berganjak walau seinci pun dalam menentukan hala tuju parti mereka.
 
Lihat contoh kes Kalimah Allah. Dasar Perlembagaan DAP, mereka memperjuangkan hak kebebasan secara total. Apa saja yang menghalang, pasti DAP akan tetap teruskan juga waima dengan cara apa sekali pun sehingga memperkudakan NGO-NGO dan pemimpin mereka bagi mendesak kerajaan.
 
Begitu juga dengan isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah ketika PAS memegang tampuk kepimpinan negeri tersebut di mana DAP mengumumkan keluar daripada Pakatan hanya kerana Allahyarham Ustaz Azizan (Menteri Besar) bertegas menutup pusat tersebut walaupun tapak baru telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).
 
Isu DYMM Sultan Selangor juga mereka (DAP) tidak lari dari Perlembagaan parti apabila mereka terus kekal mempertahankan perkara 1 (satu) sistem parlimen berperlembagaan dan bukan Raja berpelembagaan. Dari isu sekecil-kecil zarah sehingga sebesar gunung, DAP tidak pernah lari dari perjuangan mereka walhal PAS yang mempergunakan Agama lari lintang pukang kerana mahu memikat hati kekasih hati mereka, walaupun kekadang tingkah laku PAS seolah-olah sudah terkeluar dari Islam.
 
Kepada pemimpin PAS, sedar dan peganglah pada pendirian parti bukannya rakan dalam Pakatan. Bukan kami hendak mengajar tetapi sekadar ingatan jangan pandai menyalahkan UMNO jika kesilapan tersebut datang daripada sendiri. PAS jangan mengaku berjuang berlandaskan Agama jika Iman dalam jiwa tiada rasa kasih kepada Islam.
 
Kejayaan UMNO hari ini mempertahankan majoriti kerusi kawasan orang Melayu sudah jelas menunjukkan parti keramat ini tidak pernah lari daripada mempertahankan dasar Parti yang memperjuangkan kepentingan Agama, Bangsa & Tanah Air.
 
Namun kejayaan PAS hari ini adalah membantu kempen DAP dan PKR bagi memberi kuasa rakan dalam Pakatan menambah buli & derita kepada PAS.
 
 
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

30 September 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan