Sabtu, 25 Oktober 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Oct 2014 09:33 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Pelajar IPTA kesempitan wang untuk sewa rumah

Posted: 24 Oct 2014 08:43 AM PDT

Seorang pelajar IPTA telah menghubungi saya. Dia sedang mengambil ijazah sarjana muda di sebuah IPTA di pantai barat. Berasal dari pantai timur, dari keluarga yang susah, emak hanya kerja kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anak sulung , adik-adiknya masih bersekolah.

Dia ada menerima PTPTN, tetapi tidak cukup kerana terpaksa beli laptop untuk buat kerja kursus, sebelum ni dia pinjam laptop kawan semasa peringkat Asasi. Sebahagian yuran sudah dibayar, sebahagian belum dibayar. Duitnya sudah habis, sekarang dia meminjam daripada kawannya untuk belanja harian.

Asrama hanya disediakan untuk pelajar Diploma. Jadi dia terpaksa menyewa bilik diluar. Deposit RM480 seorang, dan bulanan RM180 seorang.

Buku pun banyak yang dia belum beli lagi, pinjam-pinjam kawan dulu. Buku yang perlu dibeli sekitar RM600. Semasa di Asasi dulu ada pensyarah yang bantu sikit-sikit. Kini semasa ambil Ijazah Sarjana mungkin sebab pelajarnya ramai, dia belum kenal siapa yang boleh bantu.

Duit zakat IPTA dalam proses permohonan. PTPTN lepas ni cuma akan dapat bulan Mac 2015.

Kepada mereka yang ingin membantu pelajar ini samada untuk membayar hutang dia pada kawan, yuran kolej, duit buku, deposit rumah, belanja makan minum boleh hubungi saya Rozmal 012-2267406

Salam Maal Hijrah

Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
FB : Rozmal Malakan
1 Muharram 1436 H

PAS Kawasan Miri

Posted: 24 Oct 2014 07:11 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1436H Dari PAS Sarawak

Posted: 23 Oct 2014 11:00 PM PDT

Tahun Baru Hijrah Masa Untuk Bersatu Ke arah Kebaikan

 Kalender Hijriyah atau Kalender Islam adalah kalender yang digunakan oleh umat Muslim termasuk dalam menentukan tanggal atau bulan yang berkaitan dengan ibadah, atau hari-hari penting lainnya. Kalender ini dinamakan Kalender Hijriyah, karena ini adalah  tahun pertama terjadinya peristiwa Hijrah Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah pada tahun 622M.

Setiap tahun kita akan meraikan sambutan acara tahunan mengikut kepercayaan masing-masing. Ada diantara golongan yang menyambutnya secara berpesta dan hiburan tapi dalam Islam kita menyambutnya dengan mengingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad bersama pengikutnya dari Makkah ke Madinah dengan berbagai-bagai cabaran.

Mereka bersatu ke arah kebaikan kerana sepanjang kehidupan mereka di Makkah, mereka sentiasa menghadapi berbagai-bagai ugutan dan ancaman dari pihak musuh. Setelah perpindahan mereka ke Madinah, mereka disambut penduduk Madinah dengan baik maka dari situlah bermulanya kehidupan dengan lebih tenang dan aman.

Tahun hadapan apabila GST dilaksanakan, ramai yang masih ragu akan jaminan pihak kerajaan agar harga barangan keperluan tidak akan dinaikkan. Kesan dari kenaikan harga minyak menyebabkan hampir keseluruhan harga barang keperluan naik. Sepatutnya pihak kerajaan dapat menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran minyak dunia.

Masalah insfrastruktur di luar bandar yang masih belum dinikmati oleh kebanyakan rakyat sepatutnya perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaaan begitu juga masalah kehidupan penduduk di luar bandar dan bandar yang masih belum ada tempat tinggal tetap juga perlu diberi keutamaan.

Ketua Menteri Sarawak berkata dengan lebih 5,000 kampung yang terdapat di seluruh negeri dan keluasan Sarawak yang menyamai Semenanjung Malaysia, beliau berjanji akan menumpukan pembangunan dan menaik taraf kemudahan serta keperluan di luar bandar, hingga menjadi lebih baik daripada di Semenanjung Malaysia. "Saya rasa sudah sampai masanya, kita berhenti membantu orang-orang kaya tetapi membantu orang miskin." tambah Ketua Menteri.

Walaupun peruntukkan berbillion ringgit diperuntukan untuk Sabah dan Sarawak, rakyat di Sarawak secara umumnya masih lagi hidup dalam kemiskinan kerana keuntungan dari hasil peruntukan dan projek itu nanti tetap dinikmati oleh golongan kapitalis serta kroni mereka yang mempunyai kepentingan.

Harapan Rakyat setiap tahun baru tetap sama iaitu ingin melihat perubahan secara menyeluruh bukan setakat mendengar billion ringgit tapi manfaat hasil dari peruntukkan tersebut.

Sempena menyambut Tahun baru Maal 1436 Hijrah bersamaan dengan 25hb oktober 2014, PAS Sarawak ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakyat Malaysia di mana juga mereka berada.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Hijri New Year Time to Unite Towards Goodness

Hijri calendar or Muslim calendar is the calendar used by Muslims, including in determining the date or month in connection with worship or other important days. This calendar is called Hijri calendar, as this is the first year calendar the occurrence of the Hijrah of the Prophet Muhammad from Makkah to Madinah in 622 AD.

Each year we will celebrate the annual event by their individual belief. There are among those who celebrate by partying and entertainment, but in Islam we celebrate the remembrance of the events of the migration of the Prophet Muhammad with his followers from Makkah to Madinah with various challenges.

They worked together towards betterment because all their life in Makkah, they always face various threats from the enemy. After their migration to Madinah, they were greeted with the good people of Madinah, it was the beginning of a life with more calm and peaceful.

Next year when the GST is implemented, many still doubt that the government will guarantee the price of goods will not be increased. Effects of rising oil prices led almost of the entire price of goods rise. Be supposed to the government be able to lower the price of oil according to the world oil market.

Problems of infrastructure in rural areas are still not enjoyed by many people should be given attention by the government as well as the lives of people in rural and urban areas that are still no permanent residential should also be given priority.

Chief Minister said that there are more than 5,000 villages across the country and area of ​​Sarawak approximate area of Peninsular Malaysia, he promised to focus on the development and upgrading of facilities and needs in rural areas, to be better than in Peninsular Malaysia. "I think it's time we stop helping the rich but the poor." added the Chief Minister.

Although the provision of billions of ringgit allocated to Sabah and Sarawak, the people in Sarawak in general still live in poverty because of the benefits of the provisions and the project will continue to be enjoyed by the capitalists and their cronies who have an interest.

People's expectations of each New Year is the same, namely to see the changes as a whole not just hear billion of ringgit, but the benefit from these provisions.

In conjunction with the New Year of 1436 Hijriah simultaneously with 25th October 2014,
Sarawak PAS wish to express Salam Maal Hijrah to all Malaysians wherever they are.

Landskap Siasah

Posted: 24 Oct 2014 07:22 AM PDT

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA- MENGGESA KERAJAAN NEGERI BERTEGAS DALAM ISU HIBURAN MELAMPAU

Posted: 23 Oct 2014 09:56 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
22 OKTOBER 2014
MENGGESA KERAJAAN NEGERI BERTEGAS DALAM ISU HIBURAN MELAMPAU

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) menggesa kerajaan negeri yang diterajui BN untuk mengotakan janji bahawa Barisan Nasional mampu mengawal hiburan melampau di negeri ini. DPPNK melihat segala janji tersebut semakin menuju kehancuran dan hanya retorik kosong.
1. Pada 30 Jun 2012, Datuk Mukhriz Mahathir, menyifatkan Pas gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008.
2. Imej positif dan Islamik yang dibawa oleh Datuk Menteri Besar selama ini rupanya satu fatamorgana yang penuh dengan kepalsuan. Program selawat, imej berjubah termasuk kehadiran para habib hanyalah program tempelan. Ia bukannya satu dasar dan perjuangan Barisan Nasional. Maka akan semakin terserlahlah segala kelemahan dan retorika pentadbiran yang diterajui oleh Dato Seri Mukhriz.
3. DPPNK amat sedih dengan berbagai program hiburan yang semkin bercambah. Sudah sampai masa untuk kerajaan negeri bertegas dalam mengawal hedonisme yang kian melampau di negeri tercinta ini.
Antara program dan aktiviti hiburan melampau dan tidak beretika, tetapi berlangsung di Kedah adalah :
A. Di Alor Setar - Pertandingan karaoke anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yang bermula sekitar jam 5 petang hingga 9.30 malam menampilkan dua peserta berpakaian keterlaluan separuh bogel
B. Di Sungai Petani - konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani telah mendapat tentangan penduduk tempatan dan ramai yang telah melahirkan bantahan dengan berhimpun di masjid.
4. Berdasarkan satu laporanBerita Harian 7 Ogos 2014, kini terdapat 500 lesen hiburan negeri Kedah. Majoritinya di Daerah Kuala Muda 235 lesen, 158 lesen di Langkawi, 45 lesen di Kulim, 45 lesen di Kubang Pasu, 17 lesen di Baling, 32 lesen di padang Terap, 11 lesen di Pendang.
5. Justeru itu, DPPNK menyeru kerajaan negeri pimpinan Dato Seri Mukhriz
A. mengotakan janji beliau berhubung dengan program hiburan yang berlaku di dalam negeri Kedah.
B. Tidak membuat tindakan terpilih atau perlaksanaan tidak menyeluruh yang menggagalkan undang-undang sedia ada.
DPPNK percaya Dato Seri Mukhriz akan menyambut seruan ini demi melaksanakan janji beliau sebelum berkuasa.

MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Pemuda

PAS Negeri Sembilan

Posted: 23 Oct 2014 09:45 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Sumbangan Derma Untuk Pembinaan Sekolah Tahfiz

Posted: 22 Oct 2014 11:55 PM PDT




Kepada mereka yang ingin menderma untuk menyiapkan projek pembinaan sekolah tahfiz di Rembau ini sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akuan Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

PAS Kawasan Miri

Posted: 23 Oct 2014 07:31 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Kehilangan Ahli Yang Dedikasi Dan Komited Dalam Perjuangan

Posted: 23 Oct 2014 05:56 AM PDT

Bekas Pegawai Daerah (DO) Miri Meninggal Dunia
MIRI - Hj Johari Bin Bujang 61 bekas Pegawai Daerah (DO)  Miri telah meninggal dunia di kediamannya di Kampung Luak semalam. Beliau meninggalkan 3 orang anak dan seorang isteri.

Beliau meninggal di tempat tidur  dan punca kematian tidak diketahui kerana menurut keluarga beliau sebelum itu dia kelihatan sihat tanpa ada tanda-tanda menghadapi sebarang penyakit serius.

Sebelum menjadi ahli PAS, beliau pernah menjadi calon SNAP semasa Pilihanraya Sarawak ke10 yang lalu. Beliau menjadi ahli PAS sebelum PRU13 yang lalu.

Kematian beliau amat mengejut sekali kerana sebelum ini beliau kelihatan sihat dan ramai orang tidak menyangka yang beliau akan meninggal secara mengejut.  PAS kehilangan seorang ahli yang begitu dedikasi dan komited dalam perjuangan.   

Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Muslim kpg Batu Satu Jalan Kuala Baram pada hari khamis 23hb oktober 2014.

Takziah buat keluarga beliau semoga  Allah menempatkan roh beliau bersama roh para solehin.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Former Miri District Officer Dies
Pic : Hj Johari Bujang (white shirt) seated on the left

MIRI - Hj Johari Bin Bujang 61 former District Officer (DO) Miri has died at his residence in Kampung Luak yesterday. He left behind three children and a wife.

He died in bed and the cause of death is unknown because according to his family before he looks healthy with no signs of having any serious illness. Before becoming a member of PAS, he was a candidate for SNAP  during the 10th Sarawak Election ago. He became a member of the PAS before 13GE.

His death was a shock because previously he looked healthy and many people did not think that his would die suddenly. PAS lost a member who is so dedicated and committed to the struggle.

He was buried in a Muslim cemetery at kpg Batu Satu Jalan Kuala Baram on Thursday 23th October 2014.

Condolences for his family, may Allah put his soul with the spirit of the righteous people.

Rembau Hari Ini

Posted: 23 Oct 2014 07:11 PM PDT

Rembau Hari Ini


Sumbangan Derma Untuk Pembinaan Sekolah Tahfiz

Posted: 22 Oct 2014 11:55 PM PDT




Kepada mereka yang ingin menderma untuk menyiapkan projek pembinaan sekolah tahfiz di Rembau ini sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akuan Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

Redah banjir selamatkan barang

Posted: 22 Oct 2014 11:54 PM PDT




Redah banjir selamatkan barang
23 Oktober 2014

KUNDUR - "Sebaik menerima panggilan daripada emak, saya terus pulang ke rumah dan meredah banjir untuk selamatkan barang," kata Rahmat Mohd Taf, 38, ketika ditemui di Kampung Kundur Hulu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, lima kediaman penduduk, sebuah balai raya dan sebuah kedai makan dilanda banjir kilat selama beberapa jam. Kejadian itu berlaku apabila air sungai melimpah.

Menurut Rahmat, ketika kejadian hujan lebat sejak jam 3 petang dan emaknya, Jemiah Sani, 62,  berada di rumah bersama dua beradiknya, Nor Hayati Mohd Taf, 41, dan Hafizi Mohd Taf, 28.

"Mereka segera naik ke tingkat atas rumah selepas air sungai melimpah. Pada kejadian kali ini, kami tidak sempat selamatkan barangan elektrik.

"Kalau diikutkan, setiap 10  tahun sekali kejadian banjir besar pasti akan berlaku di sini.

Tapi, ini merupakan kejadian banjir paling teruk pernah keluarga kami alami libatkan kerosakan lima peti sejuk beku, tiga peti ais, dan lain-lain lagi," katanya yang mengalami kerugian hampir RM50,000.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kundur Ulu, Zubir Jamal berkata, kali terakhir kampung berkenaan dilanda banjir adalah sekitar 2008, namun kejadian berkenaan tidak seteruk kejadian ini.

Menurutnya, selain kediaman penduduk, kemudahan kampung, kedai makan dan sebuah kolam ikan penduduk turut terjejas selepas air lumpur melimpah masuk ke dalam kolam serta merosakkan sangkar ikan di kolam berkenaan.

"Bagaimanapun, air surut selepas beberapa jam dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan oleh penduduk.

"Kesemua mangsa banjir dinasihatkan untuk membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya oleh pihak JKKK," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan