Jumaat, 26 September 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


dollah yankee

Posted: 26 Sep 2014 09:13 PM PDT

dollah yankee


Khalid Ibrahim kata "over to you, Azmin !"

Posted: 26 Sep 2014 07:17 AM PDT


Sifat positifMulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
Sifat negatifTidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka
Kalau ikut 'feng-shui' cina, yang diatas ada lah sifat-sifat yang ada pada seseorang yang lahir pada tahun naga. Tak kira lah kalau orang itu cina atau india atau orang melayu. Sifat yang diatas juga adalah sifat Azmin Ali yang baru dilantik jadi MB Selangor.

Kalau dilihat pada Azmin, gurkah-gurkah politik disini amat bersetuju dengan kenyataan ini kerana Azmin ni budak grad dari US dan dia dapat Master Degree masa umur dia 24 tahun.

Tetapi semua mata kini  sedang melihat Azmin, bukan nak tengok Azmin tentang perkara diatas tetapi nak tengok macam mana dia nak  'tackle' dua isu besar dalam Selangor- Bekalan Air dan projek lebuhraya KIDEX. 

Sebelum ini Azmin lah orang yang paling lantang mengkeritik Khalid Ibrahim berhubung dengan pengstrukturan bekalan air di Selangor. Soalan nya kini ialah apa dia boleh buat dengan dasar dan polisi yang dibawa semasa menentang pengstrukturan bekalan air ini hari itu? sebab Khalid dah pun 'sign' perjanjian pengstrukturan bekalan air dengan Air Selangor Sdn.Bhd., yang akan mengambil alih perkhidmatan operasi rawatan dan pembekalan air.

Dalam hal projek KIDEX, semua penduduk di tempat yang terlibat telah melancarkan pembantahan dengan "Say NO to KIDEX". Azmin yang sebelum dilantik jadi MB antara orang yang bersama-sama dengan penduduk terbabit menyokong "Say NO to KIDEX" dan berkata bahawa projek itu tidak menepati manifesto Pakatan Rakyat.

dollah yankee -
Selamat bertugas !



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 26 Sep 2014 09:02 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Benarkah atau benarkan PAS meninggalkan PR

Posted: 26 Sep 2014 08:32 AM PDT

OLEH: AMIRULMUKMININ








Seusai upacara angkat sumpah MB baharu Selangor sepatutnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengalihkan tumpuan ke arah usaha untuk memperkukuh gabungan itu. Pepatah Melayu 'Buang yang keruh ambil yang jernih' wajar diutamakan dalam beberapa bulan mendatang.
Sekurang-kurangnya, jika pemimpin tertinggi Anwar Ibrahim, Guan Eng dan Hadi lambat berbaik-baik, pemimpin yang lebih rendah atau anak muda yang tidak terlibat dengan pertelagahan politik di Selangor sudah boleh memulakan sessi dialog membina dan memperbaharui persahabatan.

Namun perkara sebaliknya ditunjukkan Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang seolah-olah mahu meneruskan keangkuhan pemimpin unity government (UG) PAS seperti Zuhdi, Tantawi, Zaharudin dan lain-lain. Kenyataan Khairil yang disiar oleh Sinar Harian online hari ini amat menyinggung serta mengocakkan kembali suasana reda dan tenang politik Selangor.

"Sejauh mana kesabaran kita, saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya dipetik.

Situasi ini menimbulkan pertanyaan rakyat apakah PAS akhirnya akan meninggalkan gabungan itu. Persoalan sebelum muktamar lalu benarkah PAS akan meninggalkan Pakatan, selepas ini mungkin ditulis dengan perkataan: 'Benarkan PAS pergi!.'

Terdapat tanda-tanda puak UG dalam PAS mahu meneruskan projek mereka untuk membuktikan PAS adalah saudara kembar Hizbollah di Lubnan. Hizbollah walaupun parti berteraskan perjuangan Islam tetapi mendapat undi daripada puak sekular dan Kristian di sana.

PAS dengan 1 juta keahlian, bagi puak ulama, tidak lagi perlu bergabung dengan mana-mana parti untuk memerintah. Kelab penyokong Cina dan India cukup hebat dan mampu menangani pengundi bukan Islam.

Sekurang-kurangnya itulah visi pemimpin puak yang mendapat pendidikan di Mesir dan Jordan. Jangan terkejut sebahagian daripada mereka ini mempunyai garis fikiran ekstrem seperti ISIL di Iraq dan Syiria.

Namun, untuk survive dalam situasi politik Malaysia, ahli PAS wajib mengambil jalan perjuangan Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat yang sederhana dan praktikal. Bukannya mengikut jalan perjuangan ekstrem puak dari Mesir dan Jordan ini.

Nik Aziz juga mengaji di Mesir tetapi beliau sering bertolak ansur dan faham erti persahabatan bersama rakan-rakan politik. Nik Aziz memerhati terlebih dulu perkembangan politik tanah air, realiti dan risiko sebelum memikir bagaimanakah PAS akan bertindak dengan sebaik-baiknya.

Manakala pemikir dari Timur Tengah yang mengelilingi Hadi tidak mengambil pendekatan sedemikian. Mereka tanpa merujuk banyak perkara terus sahaja memutuskan sesuatu isu dengan pandangan agama yang sempit. Kemudian cuba memaksa keputusan yang tidak praktikal itu dengan mencari seberapa banyak hujah agama bagi mensucikannya.

Islam tidak pernah mengajar kaedah penyelesaian sedemikian. Pertentangan pendapat dibenar selagi tidak merugikan jemaah. Begitu juga strategi perkongsian kuasa seperti mana dalam Pakatan. Semuanya berpandukan realiti sekeliling.

Sekiranya ahli dan pemimpin PAS berada dalam perjuangan yang mementingkan hukum praktikal dan realiti maka apa yang berlaku di Selangor tentunya menggembirakan mereka.

Tetapi jika mereka mengambil jalan keras dan menganggap diri mereka sahaja yang betul maka tindakan meninggalkan Pakatan adalah yang terbaik buat PAS.

Malah pemimpin Pakatan pun tidak berminat sekiranya PAS duduk dalam gabungan dan berkhidmat sepenuh masa mencipta huru-hara agar PR gagal menjadi pesaing yang ampuh kepada BN dalam PRU 14.

Rakyat sudah cukup menderita dengan kenaikan harga barang, GST, minyak dan pelbagai lagi. Kini pemimpin PAS pula menambah derita rakyat dengan kerenah mereka.

Inikah parti yang akan menggantikan Hezbollah? Jika PAS di Lubnan pun belum tentu mereka boleh menggantikan Hezbollah dengan perjuangan lebih mengutamakan bangsa berbanding Islam  sebagaimana ditunjukkan dalam perbahasan muktamar lalu.

Perpecahan PAS punca utama kekalahan Pengkalan Kubur

Posted: 26 Sep 2014 08:30 AM PDT

OLEH : AMIRULMUKMININ








PAS menafikan perpecahan dalaman sebagai punca utama kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. Bagaimanapun, bersetuju faktor utama tidak kembalinya pengundi anak perantau telah menjejaskan peluang parti itu untuk menundukkan Umno.
Kelemahan  itu sewajarnya menyedarkan PAS mengenai realiti perjuangan. Anak perantau tidak merantau dan bekerja di Terengganu yang mana PAS muncul sebagai kuasa terhebat dan tidak memerlukan Pakatan Rakyat sebagai rakan politik.

Sebaliknya anak rantau berada di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Kota-kota ini jelas perjuangan Pakatan jauh mengatasi perjuangan walak sempit PAS. Apabila PAS mengakui anak rantau tidak kembali maka mereka harus sedar sikap berdolak-dalik Presiden Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam kemelut politik Selangor sebagai penyumbang terbesar kehilangan sokongan anak perantau terhadap parti agama itu.

Mungkin pemimpin PAS Pantai Timur apabila turun ke bawah, para pengikut PAS masih lagi berbisik mereka akan walak walau apa pun terjadi. Walaupun Hadi mencaci pemimpin Pakatan, ia tidak menjadi masalah kepada golongan tersebut.

Tetapi sekiranya pemimpin PAS bertanya penyokong mereka di Pantai Barat maka telinga mereka akan panas dengan kritikan pedas, kepimpinan ulama telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan yang diharap akan mengganti BN. Maka sudah tentu anak perantau yang lebih terdedah dengan pemikiran politik Pantai Barat tidak bersetuju dengan pemimpin PAS Pantai Timur dan membiarkan mereka bersendirian melawan BN seandainya benar PAS hebat.

Kekalahan di Pengkalan Kubor juga merupakan langkah 'terjun jurang' kepada puak UG. Calon PAS yang bertanding ialah Wan Rosdi Wan Ibrahim, seorang penyelaras DUN dan dikatakan disenangi oleh pengundi di kawasan tersebut melalui perkhidmatannya. Tetapi mengapakah beliau kalah lebih teruk berbanding calon PKR sebelum ini?

Ketika PKR bertanding, calon mereka hanya kalah dengan 1700 undi majoriti tetapi calon PAS kalah 2,600 undi. Sebelum pilihan raya Menteri Besar Ahmad Yaakob, Timbalan MB Nik Amar, Hadi, Tuan Ibrahim dan lain-lain semuanya meramalkan Rosdi akan menang atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang majoriti PAS.

Ada dua perkara yang jelas daripada kekalahan PAS ini. Pertama, selepas pemimpin UG PAS mencaci PKR, rakyat Kelantan sendiri melihat PAS tidak ada masa depan lewat ancaman untuk keluar Pakatan berulang-kali.

Bagi mereka, tanpa Pakatan PAS akan kembali ke zaman lama yang tidak terbuka. Tiada lagi ciri-ciri moderat, dinamik, akauntabiliti dan sebagainya. Pemerintahan PAS akan kembali ke era ala kadar dan tanpa perancangan masa depan yang baik.

Oleh ketana itu, penyokong PAS lebih mudah mengundi BN yang mampu memberi pembangunan dan membelanjakan kewangan yang banyak kepada rakyat. Strategi BN ini hanya mampu dilawan oleh Pakatan. Dengan imej kepimpinan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau dalam DAP maka harapan rakyat lebih menyerlah untuk menyaksikan BN digantikan oleh sekumpulan pentadbir yang lebih baik.

Kedua, kekalahan PAS juga adalah kerana kurangnya perancangan pembangunan oleh kepimpinan ulama Kelantan. Memang Nik Aziz juga seorang ulama, tetapi beliau lebih proaktif dan progresif. Beliau tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan Husam Musa dalam merancang pembangunan Kelantan. Hasilnya adalah Bandar Baru Tunjung, pembinaan stadium baru dan pelbagai prasarana yang menaikkan imej Kota Bharu.

Pentadbiran Ahmad Yaakob dilihat hanya mengikut pelan bercita-cita tinggi Husam tanpa melakukan sesuatu yang baru. Bagi rakyat, petanda kelemahan PAS sudah tiba. Dan sepertimana diakui oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, bahawa tanpa pengundi anak rantau maka Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Pengajaran yang perlu diambil dari peristiwa Pengkalan Kubur ialah pengaruh PAS di Kelantan telah sampai ke penghujung. Strategi yang mereka amalkan tidak sesuai. Apatah lagi Kelantan telah masuk ke dalam perangkap Umno dan berkerjasama ingin meluluskan undang-undang Hudud di peringkat persekutuan.

Apabila Umno juga inginkan Hudud maka dosa mengundi Umno telah lupus. Fatwa yang terpakai di kalangan penyokong PAS, Umno adalah sekular dan berdosa mengundi mereka lenyap apabila Umno juga inginkan undang-undang Islam. Jadi dengan itu lebih baik rakyat Kelantan mengundi Umno yang mewah serba serbi berbanding kerajaan PAS yang hanya mengharap peruntukan Persekutuan tanpa berusaha sendiri mencari sumber kewangan.

PAS hanya akan selamat apabila mereka berjuang bersama Pakatan. Tetapi dengan perangani Ahmad Yaakob dan Nik Amar yang setuju parti itu menghentam Anwar, Azizah dalam krisis Selangor, tiada rakyat Kelantan percaya PAS akan bekerjasama baik dengan Pakatan selepas ini.

PAS perlu sedar sekelilingnya telah jauh berubah. Mereka juga perlu berubah dan tidak mengutamakan ijtihad ulama untuk menang. Hadi telah luput tarikh. Dia kalah mentadbir Terengganu. Faktor Hadi mempertahankan Azizan Razak juga punca kekalahan di Kedah.

Tetapi jika PAS hanya inginkan gerakan agama dan tidak mahu memperbaiki diri dalam pemerintahan maka lebih baik ia bertukar menjadi gerakan tabligh. Sekurang-kurangnya rakyat tidak perlu membantah jika tidak selesa dengan perjuangan sebuah pertubuhan dakwah.

Tukar Tiub

Posted: 26 Sep 2014 07:25 PM PDT

Tukar Tiub


MAT ANGKUH

Posted: 26 Sep 2014 07:00 PM PDT






FACE BOOK





Bang... lain kali jangang syok sendiri... tak baik...
 







-----------

SATU BERITA PELIK

Posted: 26 Sep 2014 06:00 AM PDT



KAH KAH KAH
KULUM BIA
BILA NAK KAHWIN

Anak muda hanya tentang pimpinan 

atasan, bukan Umno, kata Mahathir 

Wartawan veteran  A Kadir Jasin mendedahkan hari ini, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad berkata tidak semua anak muda menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, mereka menentang pimpinan atasan Umno, BN dan kerajaan, kata bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu dalam blognya.

Katanya, perkara itu dinyatakan sendiri oleh  Mahathir selepas pertemuan pada 19 September baru-baru ini dengan dua blogger, salah seorangnya bekas menteri.

"Beliau berkata bukan semua anak muda Melayu menentang Umno dan bukan semua anak muda bukan Melayu menentang BN.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anak-muda-hanya-tentang-pimpinan-atasan-bukan-parti-kata-dr-mahathir#sthash.RsZkM1O5.dpuf

KAH KAH KAH

woit
pemimpin atasan yang mana?
anak muda tak suka
pemimpin yang takut bini
siapakah pemimpin itu?

KAH KAH KAH

---------------

PECAT PRESIDENG

Posted: 26 Sep 2014 01:00 AM PDT





PECAT PRESIDENG
PAS masih parasan yg mereka bagus kerana amal ibadat mereka dan parti paling survival walaupun lemah. Kapla vutoh la nak berjuang secara gerila (baca:gelila). Kesian Unit Amal, diperkudaka Presideng atas nama agama.

Sudahlah BN buat rakyat jadi paria yg x buleh mengubah apa2. Kini PAS pukimak ni masih tak sedar2 diri kerana Allah! Punyala meleis PAS ni malas berpikir, malas membaca, malas mengkaji, asyik syok dgn kepala butuh sendiri. Pecat saja Presideng HAMPAS ni. UG sudah jadi PUKIMAK. Jika masih bertahaluf pokimak gini..PR akan terus rugi. on SALUT ANAK MUDA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/26/14

--------

BERITA PELIK TETAPI BENAR

Posted: 25 Sep 2014 10:50 PM PDT




'Najib lebih teruk dari Pak Lah, tapi tiada tindakan dari Umno'
1:18PM Sep 26
Kadir Jasin bertanya: Najib masih jadi PM selepas prestasi buruk pada 
PRU13kerana Umno adalah lemah?

Najib  Razak menunjukkan prestasi yang lebih teruk daripada pendahulunya,  Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum 2013, tetapi tiada tindakan diambil kerana Umno lemah.

Dalam membuat analisis tersebut, wartawan veteran,  A Kadir Jasin mendakwa telah bertemu  Mahathir Mohamad awal bulan ini di mana bekas perdana menteri itu mengesahkan beliau menghantar surat kepada Najib mengkritik kepimpinan Umno, tetapi telah diminta menariknya balik melalui seorang perantara.



KAH KAH KAH


woit
ada yang lebih terok
dari pak lah

ya ampoon
ya maulana

woit 
mat mongol gi amerika
buat apa di amerika?

ya ampoon
ya maulana
i have nothing 
to say my lord

KAH KAH KAH



----------

SALUT ANAK MUDA

Posted: 25 Sep 2014 10:32 PM PDT



KOMENTAR

hebat anak muda
salut!

Dua hari berturut-turut PAS terima berita malang kerana anak muda

PAS menerima nasib malang dua hari berturut-turut; semalam di negeri terkuatnya Kelantan, apabila kalah di Pengkalan Kubor, hari ini di Selangor apabila kuota ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya (exco) kurang dari empat kepada tiga.

Kedua-duanya disifatkan berpunca daripada anak muda.

Bagi penganalisis politik Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kekalahan PAS di Pengkalan Kubor adalah kerana anak muda yang sudah muak dengan politik PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Kehilangan satu kerusi exco di Selangor juga diletakkan atas kesilapan anak muda, iaitu Pemuda PAS.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dua-hari-berturut-turut-pas-terima-berita-malang-kerana-anak-muda#sthash.KfmKdocF.dpuf

KAH KAH KAH

woit
i have nothing
to say my lord

KAH KAH KAH

-----------

SIASAH

Posted: 26 Sep 2014 03:41 PM PDT

SIASAH


Apa yang sedang berlaku di Yaman?

Posted: 25 Sep 2014 09:51 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI

Apa yang sedang berlaku di Yaman berkait langsung dengan perubahan kepimpinan dan aliansi selepas kebangkitan massa yang akhirnya menyebabkan Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah memerintah selama 33 tahun diundurkan.

Perkembangan ini turut berkait langsung dengan persaingan kuasa-kuasa serantau Asia Barat, yang juga dikesankan oleh kebangkitan rakyat yang bermula pada 2011.

Konflik yang telah berlangsung sejak hujung tahun lalu ini juga berkait dengan kepentingan kuasa-kuasa serantau di sana, yang lebih meluas daripada persaingan proksi antara Arab Saudi dan Iran - atau Sunni dengan Syiah - seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak.

Banyak pihak terlibat dalam krisis terbaharu ini, walaupun tumpuan banyak diberikan pada kumpulan pemberontak Houthi yang beraliran Syiah Zaidiyah dengan kubu kuat di utara Yaman bersempadan dengan Arab Saudi.

Politik Yaman kuat dicorakkan oleh kuasa puak-puak berpengaruh yang menguasai kerajaan sejak pemerintahan Syiah Zaidiyah ditamatkan dan Yaman muncul sebagai sebuah negara republik, satu-satunya di Semenanjung Arab.

Aliran Zaidiyah yang disebut hakikatnya bukan garis pemisah atau penentu paling utama - walaupun tidak dinafikan peranan pentingnya - seperti tanggapan sesetengah pihak, kerana Houthi turut mendapat sokongan Sunni, dan Ali Abdullah yang memerangi Houthi selama pentadbiran beliau juga bermazhab Syiah Zaidiyah.

Selain Houthi, kumpulan lain yang terlibat termasuk kelompok Salafi yang mempunyai pengaruh kuat di Yaman selama ini, dan Ikhwan al-Muslimin, yang bersama Salafi dan keluarga berpengaruh al-Ahmar - keluarga paling kuat dalam gabungan puak Hashid - membentuk Parti Islah yang ditubuhkan pada 1990, sekutu kuat Presiden Ali Abdullah sehingga beliau berundur.

Salafi mempunyai pengaruh kuat di Yaman hasil hubungan baik dengan kerajaan Ali Abdullah dan kerajaan Saudi, yang menggunakan mereka sejak sekian lama untuk menangani pesaing seperti Parti Sosialis Yaman - yang menguasai Yaman Selatan sehingga penyatuan pada tahun 1990 - dan kumpulan-kumpulan lain.

Salafi, dipimpin Abdul Majid al-Zindani merupakan seteru kuat Houthi, yang menjadi satu punca tindakan keras Houthi terhadap Universiti al-Iman, pusat kegiatan Salafi dan dikaitkan juga dengan al-Qaeda, yang kini menjadikan Yaman sebagai salah satu pangkalannya.

Houthi terlibat dalam konflik bersenjata dengan kerajaan, terbaharu sejak 2004 hingga 2011, dan berhasil mencapai matlamat mereka sedikit demi sedikit terutama melibatkan wilayah dikuasai. Perkembangan terkini menyaksikan Houthi mendapat kelebihan paling besar.

Islah yang kini dikuasai Ikhwan memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Ali Abdullah hasil kebangkitan yang bermula pada 2011, menjadi satu sebab permusuhan bekas presiden itu terhadap Islah.

Islah menjadi broker penting dalam perjanjian mengundurkan Ali Abdullah - yang turut melibatkan Arab Saudi, pihak yang membantu presiden itu berundur dengan selamat - dan menyerahkan jawatan presiden kepada orang nombor dua, Abd Rabbuh Mansur Hadi.

Ikhwan yang tidak berpuas hati dengan aturan itu, hingga menjejaskan hubungan Islah dengan Riyadh dan mendorong Qatar berusaha melebarkan pengaruh di Yaman bermula 2011 dengan memberikan sokongan kepada Islah, selari dengan dasar menyokong Ikhwan di Mesir dan Syria sepanjang kebangkitan.

Bermula 2011, Islah merapatkan diri dengan Qatar dan Turki, dua pemain serantau yang mempunyai agenda untuk meluaskan pengaruh di seluruh rantau Arab, dan pada sekaligus melebarkan lagi jurang dengan sekutu lama Arab Saudi.

Ali Abdullah turut memusuhi keluarga al-Ahmar, setelah dikhianati oleh Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar semasa kebangkitan yang akhirnya menjatuhkan Ali Abdullah. Puak Ali Abdullah dan keluarga al-Ahmar kedua-duanya daripada puak yang sama, Sanhan, dan kedua-duanya mempunyai pengaruh masing-masing dalam gabungan puak Hashid.

Persaingan Ali Abdullah dengan keluarga al-Ahmar - walaupun mengekalkan kerjasama demi kepentingan kuasa - sejak sekian lama akhirnya menjadi permusuhan yang jelas ekoran perubahan politik yang dramatik pada 2011.

Pemberontak Houthi berkongsi kepentingan dengan Ali Abdullah dan penyokongnya dalam hal Islah dan keluarga al-Ahmar, yang menjadi penentang kuat Houthi selama ini.

Hal ini menyebabkan Ali Abdullah dilihat berperanan aktif dalam membantu kemaraan Houthi ke Sanaa dan keupayaan menguasai ibu negara dalam masa sebulan tanpa tentangan yang setara.

Kepentingan yang pelbagai dilihat dalam krisis terbaharu ini, yang memperlihatkan pihak yang tidak sehaluan selama ini berkongsi kepentingan yang sama, seperti Tehran dan Riyadh yang masing-masing mendapat manfaat melalui peningkatan pengaruh Houthi dan pengunduran Ikhwan al-Muslimin.

Saudi mengetuai kempen serantau bersama Emiriyah Arab Bersatu dan Kuwait dalam mematahkan kemaraan Ikhwan yang disokong Qatar, sebelum ini di Mesir dan kini di Yaman.

Pengaruh Saudi merosot di Mesir dan Yaman ekoran perubahan politik sepanjang kebangkitan yang bermula pada 2011, tetapi perkembangan di Mesir dan Yaman membantu memelihara kembali kepentingan Riyadh.

Perkembangan terbaharu di Yaman ini bakal membawa implikasi yang berpotensi memanjangkan lagi pertembungan, mengundang reaksi balas yang keras daripada kumpulan-kumpulan yang melihat kebangkitan Houthi - dan kepentingan Syiah Zaidiyah serta perluasan pengaruh Iran yang dikaitkan dengannya - sebagai satu ancaman besar.

Perjanjian yang dicapai membuka ruang kepada satu proses pemulihan dan pembinaan negara yang baharu, tetapi rasa tidak puas hati antara pihak yang bermusuh selama ini dijangka akan terus kekal.

Hal ini jelas dapat diperhatikan berdasarkan kelebihan yang diperolehi oleh Houthi hasil perjanjian yang telah dicapai, yang memberikan pihak Houthi perkara-perkara penting yang menjadi tuntutan mereka termasuk lebih diwakili dalam pemerintahan baharu, termasuk suara dalam pemilihan perdana menteri.

Pada masa sama, situasi tidak stabil yang telah berlarutan sejak sekurang-kurangnya lima tahun lalu bakal menyuburkan lagi elemen militan di negara itu, yang menjadi semakin meluas ekoran peningkatan aktiviti bersenjata kebelakangan ini.

Politik identiti yang dibawa oleh pemberontak Houthi, golongan Salafi yang semakin tercabar dan cuba dipinggirkan, dan pemain-pemain penting daripada puak-puak dan keluarga-keluarga berpengaruh yang turut tergugat bakal meningkatkan elemen sektarian dalam kekacauan di Yaman.

Persaingan antara kuasa-kuasa serantau juga mampu menjadi lebih sengit, apabila pihak-pihak bertelagah kini mempunyai keperluan yang lebih besar untuk menharapkan sokongan daripada pihak yang sedia membantu, terutama kuasa-kuasa serantau yang memiliki kemampuan kewangan dan bantuan lain termasuk senjata.  - September 25, 2014


DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Sep 2014 03:35 PM PDT

DUNIACACAMARBA


Mimpi Ngeri Remaja 13 Tahun, Diliwat Rakan Sendiri

Posted: 25 Sep 2014 07:47 PM PDT

Sekadar hiasan.

[Harian Metro] Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.

Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.

Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.

Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan. -26/9/14


BN Kekal di Pengkalan Kubor, Majoriti Bertambah

Posted: 25 Sep 2014 07:32 PM PDT


[Malaysia Kini] Keputusan rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi.

Bernama melaporkan, mengikut keputusan rasmi, BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon Bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.


Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sebelum ini, 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.


Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu,Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.

Sementara itu, pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini. 

Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. -25/9/14


P/s: Tahniah Pas kerana mengambil kerusi Dun Pengkalan Kubor daripada PKR.
Admin teringat kata2 pemimpin Pas ketika mendesak PKR menyerahkan kerusi ini. Kata mereka, pengundi mahu selera baharu, PKR tiada jentera, sudah diberi 2 peluang tetapi kalah, dan sebagainya.

Kali ini BN menang dengan 2,625 majoriti undi. BN dilaporkan mendapat 9,960 undi manakala PAS pula 7,335 undi. BN sebelum ini menang mengalahkan calon PKR dan bebas dengan majoriti 1,736 undi. Maknanya Pas kalah dengan penambahan majoriti hampir 1000 undi. Jumlah ini amat memalukan PAS kerana tewas lebih teruk daripada PKR dalam PRU13.

Harus diingat bahawa kawasan ini majoritinya Melayu, iaitu melebihi 90 peratus dan Kelantan merupakan kubu kuat PAS sejak 20 tahun lalu. Adakah ini petanda PAS akan kehilangan negeri itu pada PRU14? Sesuatu perlu dilakukan terutamanya berkaitan dengan puak UG yang kini dilihat menguasai PAS.

PKR tidak wajar berasa rendah diri kerana kekalahan sebelum ini bukanlah disebabkan parti anda bertanding atau kerana alasan-alasan yg dikemukakan.

Seperti yg admin sebut sebelum ini, moga kekalahan ini meredakan angkuh dan tamak geng pak lebai. Muhasabah dan cermin diri sebelum memperkatakan kemampuan dan kebolehan orang lain.




Biaqpila

Posted: 26 Sep 2014 03:04 PM PDT

Biaqpila


APA BEZA RASUAH DAN HADIAH?

Posted: 25 Sep 2014 09:00 PM PDT





Soalan: Kepada Dr Asri, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.

Farid Ahmad, KL

Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:

1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan
"apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan". (lihat:, 22/220)
Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan "rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan". Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau aka nada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.

2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa?
Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas 'budi' pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?
Sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat" (Riwayat al-Bukhari).
Juga sabda Nabi s.a.w:
"Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)" (Riwayat Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang hasan).
Ertinya, sekalipun jika ada yang berfatwa untuk menghalalkan yang salah, nmun jiwa mukmin yang ikhlas akan tetap teragak-agak dan ragu mengenainya. Justeru, jika pemberi dan penerima mempunyai perasaan takutkan azab Allah, mereka sendiri dapat memutus apakah nilai pemberian yang diberi atau diterima tersebut.

3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:
"Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: "Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya." (Riwayat al-Bukhari).
Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.

4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya)
"dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)" (Surah al-Baqarah, ayat 188)

5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan 'hadiah' kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.

6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).

7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:
"Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya" (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).
Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:
"Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus". (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).


8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:
"Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi" (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa.


drmaza

JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!

ALHUSSEYN

Posted: 26 Sep 2014 03:04 PM PDT

ALHUSSEYN


PAS perlu reform, tajdid jika mahu ke arus perdana

Posted: 26 Sep 2014 11:13 AM PDT

PAS perlu tajdid dan menjalani reformasi sekiranya mahu ke depan dan menjadi parti yang mesra dengan tuntutan politik, kata Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzwan Abu Bakar. 

Pada ceramahnya, malam semalam bertajuk 'PAS: Ke mana selepas muktamar?'

 Katanya, pemimpin utama parti membawa pemikiran era tahun 80an dan gagal menerapkan gerakan pemikiran Islam di pentas arus perdana. Sila ikuti rakaman berikut : 

Rahsia kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim.... pendedahan exclusif! (VIDEO & Transkrip)

Posted: 26 Sep 2014 03:01 AM PDT

Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

 Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :

 0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

 Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

 0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

 0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul!  Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~  Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

 Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.


Tahniah, PAS dapat 3 Jawatan Exco & 1 Timb Speaker

Posted: 25 Sep 2014 10:05 PM PDT

Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga. 

 Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. 

Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib. (gambar sebelah)

 Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy. 

Jelas beliau keputusan ini sudah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Exco akan dilangsungkan pada hari ini, jam 3.00 petang di Istana Alam Shah, Klang.

 1. Elizabeth Wong - PKR 
 2. Daroyah Alwi - PKR 
 3 Nik Nadzmi Nik Ahmad - PKR ** 
 4. Amiruddin Shari - PKR ** 
 5. Teng Cang Khim - DAP 
 6. Ean Yong Hian Wah - DAP 
 7. V Ganabatirau - DAP 
 8. Iskandar Samad - PAS 
 9. Ahmad Yunus Hairi - PAS 
 10. Zidi Abdul Talib - PAS** 

 ** muka baru . Sila baca seterusnya di sini

Kerabu Bersuara ®

Posted: 26 Sep 2014 03:01 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


DAP Pulau Pinang Pula Buat Hal?

Posted: 26 Sep 2014 08:46 AM PDT



Tolong perjelaskan kenapa dan mengapa.

Gambar Majlis Angkat Sumpah Exco Selangor

Posted: 26 Sep 2014 08:09 AM PDT









Selamat bertugas dan buat yang terbaik.

Teks penuh titah ucapan Sultan Selangor

Posted: 26 Sep 2014 03:46 AM PDT

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana  dengan  limpah  dan  kurnianya pada hari ini,  Beta  dapat  mengadakan Pelantikan  Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.  

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat "Kajang Move"-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka  walaupun  dalam  bulan  suci  Ramadhan dengan terus  menghina  dan  mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta  ingin  mengucapkan  terima  kasih kepada Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai  apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.

Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan  agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta  mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.

Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata'ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor  akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat  menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.

Sekian.

Lepas menang, terlucut dah gelaran 'ustaz'

Posted: 26 Sep 2014 01:15 AM PDT



Kena kencing berai-berai atas muko puak mung!

Perkongsian Tazkirah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz-pasca prk pkln kubur-26/9

Posted: 25 Sep 2014 08:27 PM PDT

Saya kongsikan Sedikit perkongsian Tazkirah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz-pasca prk pkln kubur-26/9. Catatan ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat saya yg berjemaah di Masjid Kg Melaka Subuh td.. Moga kita pakat2 ambil iktibar & munafaat..

SECARA PERIBADI SAYA AMAT SANJUNG TAZKIRAH TGNA.. harap sgt pemimpin peringkat pertengahan menggunakan pemikiran yg waras dlm mengeluarkan kenyataan yg boleh merugikan JEMAAH & PERJUANGAN ISLAM...KITA AMAT BIMBANG kiranya budaya "BENCI & MELUAT" akan menular di kalangan pengundi di SELANGOR yg sudah tentu akan merugikan peekembangan syiar islam yg begitu hebat melanda bumi selangor..

Intipati tazkirah TGNA;
-kalah..nabi muhammad juga tidak diterima penduduk mekah..termasuk pembesar
-nabi mengajak org terus menyembah Allah.
-manusia hamba kpd Allah.
-manusia jgn serik dgn kegagalan.
-nelayan yg perahu tenggelam..terus jd nelayan
-perlu terus ikhtiar utk teruskan perjuangan.
-sama dgn praya...jgn serik dgn kegagalan.
-radio tv dikuasai kjaan..
-wpun gagal...teruskan yakin dgn perjuangan.
-membaca yaasin..bukan hanya utk diambil berkat.
demi al quran yg penuh ilmu...utk jadi manusia org yg cerdik..org cerdik tahu menilai pahala dosa dlm kehidupan..
pakoh parti musnahkan islam berdosa
- jgn serik dan frust dgn kegagalan...buat benda baik jgn serik..terus
-wpun manusia tak terima..Allah terima
-jgn serik..
-sngor...pilih mb...berebut jd mb..takdir Allah...mb dilantik bukan yg dihajat...
-mujur tak pilih MB PAS..
-tak nampak kita berebut.
-sngor..negeri kaya..universiti,kilang, bank...pas tak berebut.
-org cerdik di sngor tak pilih umnu.
-jgn serik dlm berjuang utk kemenangan...teruskan perjuangan demi Islam

DS TG Nik Abd Aziz
Masjid Pulau Melaka

Kuota exco PAS dikurangkan ke 3, 2 exco lama gugur

Posted: 25 Sep 2014 07:10 PM PDT

Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.

Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib. Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy.

Azmin mengumumkan 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru‎. Kompisisi exco adalah 4 PKR, 3 PAS, 3 DAP.

Elizabeth Wong Keat Ping
Dr Da‎royah Alwi
Nik Nazmi Nik Ahmad
Amirudin Shari
Datuk Teng Chang Khim
Ean Yong Hian Wah
V Ganabatirau
Iskandar Abdul Samad
Dr Ahmad Yunus Hairi
Zaidy Abdul Talib – 26 September, 2014.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 26 Sep 2014 01:09 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PAKAR MATEMATIK CABAR AL=QURAN

Posted: 25 Sep 2014 05:24 PM PDT

.

Posted: 26 Sep 2014 03:14 AM PDT

.


BN menang besar di Pengkalan Kubur

Posted: 25 Sep 2014 05:50 AM PDT

RENGKAS                                                                                                        

Barisan Nasional menerusi calonnya Mat Razi Mat Ail berjaya mempertahankan kerusi Pengkalan Kubur dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti lebih besar berbanding majoriti diraih calon BN dalam pilihan raya umum lalu 1,736.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat 9,948 undi berbanding calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memunggut sebanyak 7,322. Majoriti ialah sebanyak 2,626. Calon bebas hanya mengutik 38 undi dan mampos deposit.

Daripada 12 peti undi Pas hanya menang di tiga peti undi sahaja, iaitu Kampung Tebing, Kampung Genting dan Kedai Genting. Kekalahan Pas ini memberi pengertian besar buat Pas untuk menilai kekuatan dan keupayaan parti itu bagi mempertahankan Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Walaupun kekalahan itu sudah dijangka, tetapi ia mengejutkan kerana majoriti besar dipunggut calon BN. Keputusan pilihan raya itu juga memberi kemenangan moral buat Mustapa Mohamed selaku ketua Umno Kelantan, manakala ia seakan memulakan momentum kemuraman zaman kehebatan
Pas Kelantan. [*** 8:46 pm 25/09/14]

MANDOR.BLOGSPOT.COM

Posted: 26 Sep 2014 01:30 AM PDT

MANDOR.BLOGSPOT.COM


PAS TEWAS TERUK, APA PUNCANYA?

Posted: 25 Sep 2014 02:27 PM PDT

Aku tak mahu ulas panjang dengan kekalan teruk dan luar biasa PAS di dalam PRK Pengkalan Kubur semalam.  Aku memang dapat rasa PAS akan tewas tetapi tidak sedikit pun aku rasa PAS tewas seteruk itu, lebih teruk dari yang diperolehi oleh PKR sebelum ini.  Berganda teruknya.

Cuma aku nak bagitahu, terbukti kita tidak boleh mendabik dada kita kuat kerana kita ada ramai ahli dan jentera di semua tempat.  Kelantan bawah PAS puluhan tahun, mana tempat di ceruk Kelantan yang tiada Markas atau jentera PAS?  Semua cukup.  PKR memanglah, PKR tiada ahli, tiada jentera pun sebab itu tidak pelik dua kali PKR tewas di situ.  Tetapi kali ini PAS tewas lebih teruk dari PKR yang tiada ahli dan jentera?  Itu yang aku kata pelik.

Alasan...Umno/Bn guna jentera kerajaan.  Umno Bn umpan macam-macam kepada pengundi?  Semenjak bila mereka tidak buat begitu?  Waktu PKR bertanding di situ dulu, Umno/Bn lurus sangatkah?  Jujur sangatkah mereka?  PKR tewas juga dan hadapi masalah yang sama seperti yang dialami oleh PAS sekarang.  Tetapi PKR tewas paling banyak majoriti tewas 1, 700 lebih kurang.  Kali ini PAS tewas lebih kurang sekali ganda teruknya.  

Kesimpulannya, mengaku sajalah ada sebab lain yang Presiden serta pimpinan PAS yang tidak jumud saja tahu mengapa PAS tewas teruk kali ini.  Itu di Kelantan, kubu kuat PAS dalam negeri yang hampir 100% Melayu Islam.  Aku tak boleh bayangkan nanti di tempat lain di mana ada pengundi-pengundi camporan. 

Aku tahu, ada para penyokong PAS yang taksub tetap akan kata PAS sebenarnya menang dalam kalah!!

Kelab Greenboc

Posted: 26 Sep 2014 01:06 AM PDT

Kelab Greenboc


Betulkah Pengundi Luar Tak Balik Faktor Kekalahan?

Posted: 26 Sep 2014 12:24 AM PDT


PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pengundi luar tak balik

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

"Faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS. Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

"Dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. Selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin dan kita harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini," katanya lagi.

Calon: Saya reda

Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.

"Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas. -mk

ULASAN GB

Kita cukup lemas dengan sindrom penafian. Tak mahu mengaku mengenai "masalah dalaman".

Jika faktor pengundi luar tidak mengundi itu alasan utama, lama sebelum PRK berjalan lagi, Prof Madya Dr Agus Yusof di dalam status FB pada 2 September membuat rumusan awal:

"Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.

"...Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur."


Dan ini petikan dari beberapa komentar di blog GB

Anonymous said...
aku sokong pas sejak dr sekolah menengah..buat pertama kali aku rasa sungguh..tak tau nak gambarkan perasan aku tengok akhlak pemimpin utama parti dlm muktamar baru2 ni dan juga media..kalu ikit hati tak tau berapa bakul dah makian aku nak hamburkan tp aku masih control..tp hati aku betul2 dah tawar dkt PAS.

September 25, 2014 at 10:23 PM

Anonymous said...
Samalah jugak dgn aku, family aku, kwn2 aku....semuanya kini dah kata mula tawar dan dah tak percaya lagi pada pas terutama presiden dan geng2 ug serta ulamanya...

in response to aku sokong pas sejak dr sekolah menengah..buat pertama kali aku rasa sungguh..tak tau nak gambarkan perasan aku tengok akhlak pemimpin utama parti dlm muktamar baru2 ni dan juga media..kalu ikit hati tak tau berapa bakul dah makian aku nak hamburkan tp aku masih control..tp hati aku betul2 dah tawar dkt PAS., by Anonymous.

September 25, 2014 at 11:17 PM

Dengar dan baca kesemua keluhan ahli-ahli dan penyokong PAS. Jika pimpinan PAS tidak jujur di dalam muhasabah, PAS akan terus berhadapan dengan kekalahan demi kekalahan, kegagalan demi kegagalan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Jawatan Exco PAS Dikurangkan Kpd 3, Sallehin & Halimah Digugurkan

Posted: 25 Sep 2014 08:46 PM PDT


Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.

Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy.

Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.

"Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Semalam, Azmin telah menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya di Twitter.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenan senarai nama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baharu.

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu semalam yang ditemui selepas kunjungan hormatnya ke pejabat MB Selangor semalam berkata,

"Tidak ada perbincangan mengenai senarai Exco. Itu terserah pada menteri besar," katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Semalam, Pas Selangor bertegas mahu mempertahankan komposisi empat orang Exconya dalam pentadbiran Selangor. Pengerusinya, Iskandar Abdul Samad berkata, adalah tidak patut meminta Pas yang memenangi 15 kerusi Dun mengurangkan kuota empat orang Exconya.

Namun beberapa pihak di dalam Pakatan Rakyat mahu exco PAS dikurangkan kerana PAS dilihat tidak bersama Pakatan Rakyat semasa krisis MB Selangor.

"Kemenangan 15 kerusi PAS semasa PRU13 adalah kerana rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan PAS semata-mata", menurut sumber.

Sementara itu jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS.

"Nik Nazmi Nik Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

"Saya bersetuju supaya jawatan Timbalan Speaker disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat," kata Mohamed Azmin dalam sidang media di Bilik Gerakan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pagi ini.

Jelas beliau keputusan ini sudah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Exco akan dilangsungkan pada hari ini, jam 3.00 petang di Istana Alam Shah, Klang.

1. Elizabeth Wong - PKR
2. Daroyah Alwi - PKR
3 Nik Nadzmi Nik Ahmad - PKR **
4. Amiruddin Shari - PKR **
5. Teng Cang Khim - DAP
6. Ean Yong Hian Wah - DAP
7. V Ganabatirau - DAP
8. Iskandar Samad - PAS
9. Ahmad Yunus Hairi - PAS
10. Zidi Abdul Talib - PAS**

** muka baru












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[RASMI] BN Menang DUN Pengkalan Kubor, Majoriti 2,635

Posted: 25 Sep 2014 05:05 PM PDT


Keputusan rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi.

Bernama melaporkan, mengikut keputusan rasmi, BN mendapat 9,960 undi manakala PAS mendapat 7,335 undi. Calon Bebas pula mendapat 37 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sebelum ini, 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. -petikan mkini









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 Exco Baru Selangor Angkat Sumpah Esok

Posted: 25 Sep 2014 04:51 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah perkenan untuk menerima pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.

Seramai 10 Exco yang telah disenaraikan itu akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah pada Jumaat.

"Saya telah persembahkan nama-nama yang akan dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kepada Tuanku.

"Alhamdulillah baginda telah memperkenankan senarai yang telah saya persembahkan. Saya akan umumkan nama mereka esok," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor selama lebih satu jam di Istana Mestika di sini pada Khamis.

Azmin berkata, beliau mengekalkan jumlah pembahagian kerusi exco yang digunapakai sebelum ini, iaitu empat daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (tiga) dan DAP (3).


Adun PAS, Saari Sungib Tolak Jawatan Exco Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib sedia menarik diri sekiranya beliau dicalonkan sebagai exco Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat.

Beliau berkata, jawatan sebagai panel penasihat bagi memantau pengagihan dana dan pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor yang telah diberikan kepadanya sebelum ini sudah memadai.

"Saya akan tarik diri sekiranya nama saya tersenarai sebagai exco. Semalam (Rabu) pun saya secara peribadi telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada menteri besar supaya tidak meletakkan nama saya dalam barisan exco," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurutnya, selain Exco, tugas sebagai Adun juga boleh menjadi 'check and balance' kepada polisi yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor.

"Seperti yang sudah saya lakukan selama dua penggal menjadi Adun di Selangor, kita mahu memastikan tiada ketirisan berlaku, semua polisi yang dilaksanakan dapat mencapai tahap pelaksanaan hingga 90 peratus. Semua bantuan yang dijanjikan harus sampai kepada golongan sasar seperti yang ditetapkan.

"Prinsip ini akan saya teruskan dan kami sedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali," katanya.

Justeru, beliau berharap supaya kepimpinan menteri besar baharu dapat meneruskan legasi pentadbiran yang ditinggalkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita berharap Azmin dapat membawa Selangor terus maju dan mengumpul lebih banyak rizab tunai yang dapat membantu rakyat kurang berkemampuan di negeri ini.

"Dalam masa yang sama, polisi sedia ada diteruskan dan ditambah baik serta kerjasama dengan kerajaan pusat dapat diteruskan terutamanya dalam melibatkan kepentingan rakyat Selangor," katanya.

Sejak Rabu, terdapat beberapa senarai nama yang didakwa barisan Exco Selangor yang baharu tersebar di laman sosial. Nama Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dikatakan tersenarai sebagai exco yang mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pada Jumaat.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan mereka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk menggantikan Khalid.

Bagaimanapun tindakan tersebut mendapat kecaman beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS yang menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada parti dan bertentangan dengan keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama yang menyokong agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar.
-mstar


BERITA TERKINI

Menteri Besar Selangor Azmin Ali menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya di Twitter beliau sebentar tadi.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan